The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamili Diana Alias @ Yusof, 2020-10-11 07:18:25

combinepdf (5)

combinepdf (5)

288 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

STQM6034 Analisis Keputusan dan Permainan
STQM6044 Kriptologi
STQM6084 Pengaturcaraan Linear
STQM6064 Pemodelan dan Kaedah Matematik
STQM6074 Analisis Berangka
STQM6114 Topologi
STQM6124 Aljabar
STQM6134 Analisis Fungsian
STQM6154 Sains Rangkaian
STQM6214 Matematik Kabur
STQM6224 Analisis Kompleks
STQM6234 Teori Ergodik
STQM6254 Teori Kumpulan Kombinatorik
STQM6274 Teori Sukatan dan Kamiran
STQM6294 Sejarah dan Falsafah Matematik
STQM6324 Kaedah Berangka Pemindahan Haba dan Aliran Bendalir
STQM6414 Sistem Dinamik
STQM6524 Pemodelan Linear Sistem Dinamik Tak Berketentuan
STQM6534 Mekanik Bendalir
STQM6624 Simulasi
STQM6654 Matematik Ekonomi dan Kewangan Dalam Perniagaan
STQM6988 Projek Penyelidikan
STQS6244 Proses Stokastik
STQS6274 Penghitungan Berstatistik
STQS6444 Pemodelan Siri Masa dan Peramalan
STPD6014 Kaedah Penyelidikan

KANDUNGAN KURSUS

STQA6014 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio
Kursus ini memfokus kepada proses membuat keputusan pelaburan. Ia mendalami aplikasi
pelbagai instrumen pelaburan dan peranannya dalam pengurusan risiko. Konsep risiko dan
pulangan dihuraikan secara terperinci dan menyeluruh. Pempelbagaian cekap dibincang
dengan fokus ke atas penjanaan portfolio cekap. Pelbagai bentuk instrumen berbeza dinilai
dan diberi kewajaran. Kaedah penilaian saham dan teori portfolio seperti teori Markowitz,
Model Indeks Tunggal, Model Perletakan Harga Aset Modal akan dibincang. Analisis
fundamental dan teknikal turut dihuraikan. Teori gelagat kewangan merangkumi Hipotesis
Pasaran Cekap turut dibincang. Pelajar akan terlibat dalam aktiviti pembelajaran termasuk
perbincangan artikel jurnal dan pelaksanaan projek.

Bacaan Asas
Bodie, Z., Kane, A. & Marcus, A. 2014. Investments. 10th Edition. McGraw-Hill Education:

New York.
Brealey, R., Myers, S. & Allen, F. 2013. Principles of Corporate Finance. 11th Edition.McGraw-

Hill/Irwin.
Reilly, F.K., Brown, K.C. 2012. Investment Analysis and Portfolio Management. South-

Western, Cengage Learning: Mason, Ohio, U.S.A.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

289 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Elton, E.J., Brown, S.J., Gruber, M.J, Goetzmann, W.N. 2014. Modern Portfolio Theory and
Investments Analysis. 9th Edition. Wiley: New York, U.S.A.

Mohamed Ariff, Shamsher Mohamad, Taufiq Hassan, Annuar Md Nassir. 2008. Capital
Markets In Malaysia. McGraw-Hill Education: Malaysia.

STQA6024 Sekuriti Terbitan dan Pengurusan Risiko
Di akhir kursus ini, pelajar perlu memahami dan memahami konsep sekuriti terbitan dan
peranan yang dimainkan dalam pengurusan risiko. Pelajar perlu memahami dan berupaya
untuk menakrif instrumen sekuriti terbitan seperti kontrak niaga hadapan, opsyen, kontrak
niaga masa hadapan dan kontrak tukaran. Pelajar perlu memahami dan mempraktikkan teori
matematik yang biasa diguna pakai dalam bidang matematik kewangan. Sebagai tambahan,
pelajar perlu mengetahui dan memahami kaedah matematik yang biasa diguna pakai dalam
pengurusan risiko.

Bacaan Asas
McDonald, R.L. 2013. Derivatives Markets. Edisi Semak Ketiga. New York: Pearson.
Capinski, M. Zastawniak, T. 2011. Mathematics for Finance: An Introduction to Financial

Engineering. London: Springer.
Hull, J.C. 2005. Option, futures and other derivatives. New York: Prentice Hall.
Roccioletti, S. 2016. Backtesting Value at Risk and Expected Shortfall. Viena: Springer Gabler.
Veale, R.V. 2013. The Investor’s Guidebook to Derivatives: Demystifying Derivatives and

Application. New York: Prentice Hall.

STQA6034 Isu-isu dalam Pengurusan Risiko dan Insurans
Kursus ini direka untuk mendedahkan pelajar kepada asas-asas risiko dan pengurusan risiko,
untuk membangunkan dalam kalangan pelajar penghayatan yang jelas tentang risiko dan
implikasinya, dan untuk membangunkan pelajar memahami peranan dan kepentingan
pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menimbulkan risiko. Kursus ini meneroka konsep
utama dalam risiko, dengan penekanan pada pendekatan praktikal terhadap risiko dan
pengurusannya. Kursus ini mendedahkan pelajar kepada beberapa pendekatan aktuari yang
diguna dalam perniagaan insurans bukan-hayat. Di akhir kursus ini pelajar diharap agar dapat
memahami konsep risiko dan pengurusan risiko, mengelaskan risiko kepada pelbagai
kategori, memahami prinsip insurans dan hubungannya dengan pengurusan risiko,
memahami struktur pasaran insurans di Malaysia, mempelajari pengoperasian perniagaan
insurans bukan hayat, mengkaji dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi premium
dan menganalisis tuntutan insurans.

Bacaan Asas
Paul Hopkin 2018. Fundamentals of Risk Management: Understanding, Evaluating and

Implementing Effective Risk Management. 5 th Edition. The Institute of Risk
Management, UK.
Rejda, G.E. 2017. Principles of Risk Management and Insurance. 13th Edition. Addison
Wesley Longman Inc.
Carl L. Pritchard. 2015. Risk Management: Concepts and Guidance. 5th Edition. CRC Press
Taylors & Francis Group.
Vaughan, E.J. & Vaughan, T.M. 2013. Fundamentals of Risk and Insurance. Ed. Ke-11.
John Wiley & Sons, Inc.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

290 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Hendon Redzuan, Rubayah Yakob & Mohamad Abdul Hamid. 2006. Prinsip pengurusan
risiko dan insurans. 2nd Ed. Selangor: Pearson Prentice Hall.

STQM6024 Biomekanik
Kursus bermula dengan persamaan umum bagi pergerakan tiga matra. Pemboleh ubah dalam
persamaan ini diterangkan dan satu ringkasan berkenaan cara pemboleh ubah ini dihasilkan
melalui uji kaji atau secara teori dilakukan. Kursus ini akan membincangkan beberapa kaedah
untuk mentakrifkan data biomekanik secara uji kaji, termasuk perbincangan tentang
pengukuran daya, akselometri, pengukuran pergerakan secara optikal, elektromiografi, dan
pengukuran keterikan. Tujuan kursus ini adalah untuk menerangkan prinsip-prinsip yang
terlibat dalam beberapa teknik uji kaji, dan untuk membandingkan teknik-teknik tersebut.
Kemudian kursus ini akan membincangkan pemodelan matematik dalam biomekanik. Konsep
analisis sistem daya dibincangkan. Kursus ini akan melihat kepada pelbagai model matematik
yang bersifat berketentuan. Sistem yang bersifat tidak berketentuan juga dibincangkan
termasuk penyelesaiannya menggunakan teori pengoptimuman. Kursus ini juga
membincangkan simulasi sebagai satu kaedah kajian biomekanik.

Bacaan Asas
Duffy, V. G. 2016. Handbook of Digital Human Modeling: Research for Applied Ergonomics

and Human Factors Engineering. Boca Raton, FL : CRC Press.
Latash, M. L. & Zatsiorsky, V. 2016. Biomechanics and Motor Control: Defining Central

Concepts. San Diego, CA: Elsevier.
Robertson, G., Caldwell, G., Hamill, J., Kamen, G.& Whittlesey, S. 2014. Research Methods

in Biomechanics. 2nd Ed. Champaign, IL. : Human Kinetics.
Watkins, J. 2014. Fundamental Biomechanics of Sport and Exercise. London: Taylor &
Francis.
Yamaguchi, G.T. 2006. Dynamic Modelling of Musculoskeletal Motion: A Vectorized Approach

for Biomechanical Analysis in Three Dimensions. New York: Springer.

STQM6034 Analisis Keputusan dan Permainan
Kursus ini bertujuan memperlihatkan pelajar kepada masalah keputusan dengan bilangan
alternatif yang terhad, yang boleh diselesaikan menggunakan teknik-teknik analisis
pembuatan. Alat-alat yang digunakan untuk menyelesaikan masalah bergantung kepada jenis
masalah tersebut. Kaedah Proses Hierarki Analitik, ELECTRE dan TOPSIS digunakan untuk
menyelesaikan masalah di bawah kepastian. Bagi masalah yang mempunyai kebarangkalian,
kaedah pokok keputusan adalah alat yang terbaik untuk mencapai keputusan. Keputusan bagi
masalah di bawah ketidakpastian akan menggunakan kriteria yang mencerminkan sikap
pembuat keputusan terhadap risiko, dan kaedah teori permainan untuk dua orang pesaing
dengan gol yang bercanggah yang bertujuan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik
daripada keadaan terburuk setiap lawan.

Bacaan Asas
Anderson, D. R., Sweeney, D. J., Williams, T. A., Camm, J. D. & Cochran, J. J. 2015. An

Introduction to Management Science: Quantitative Approaches to Decision Making. 14th
Ed. Boston: Cengage Learning.
Pastine, I., Patine, T. & Humberstone, T. 2017. Introducing Game Theory: A Graphic Guide.
London: Icon Books Ltd.
Tadelis, S. 2013. Game Theory: An Introduction. New Jersey: Princeton University Press.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

291 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Triantaphyllou, E. 2013. Multi-criteria Decision Making Methods: A Comparative Study. New
York: Springer Science & Business Media.

Tzeng, G-H. & Shen, K-W. 2017. New Concepts and Trends of Hybrid Multiple Criteria
Decision Making. 1st ed. Florida: CRC Press.

STQM6044 Kriptologi
Kursus ini berfungsi sebagai pengantar kepada beberapa topik kriptologi yang penting, iaitu
kajian saintifik untuk menyembunyi dan memecah data rahsia. Pelajar akan diberi gambaran
mengenai deskripsi, asas teori, dan protokol keselamatan yang ketat. Ini merangkumi asas
teori dan mekanisme penyulitan simetri, penyulitan kunci awam, tandatangan digital, fungsi
cincang, kod pengesahan mesej, dan beberapa topik lanjutan dalam kriptologi. Bagi setiap
topik kriptologi yang dibincangkan, pelaksanaannya yang paling biasa juga akan diperiksa
dan dibentangkan untuk pemahaman yang lebih baik. Di samping itu, kriptanalisis terpilih akan
diperkenalkan disepanjang kursus.

Bacaan Asas
Christof Paar & Jan Pelzl. 2010. Understanding Cryptography. Berlin. Springer.
Steven D. Galbraith. 2012. Mathematics of Public Key Cryptography. Cambridge University

Press.
José Luis Gómez Pardo. 2013. Introduction to Cryptography with Maple. Berlin. Springer.
Jeffrey Hoffstein, Jill Pipher & Joseph H.Silverman. 2014. An Introduction to Mathematical

Cryptography. 2nd Ed. New York. Springer.
Jonathan Katz & Yehuda Lindell. 2014. Introduction to Modern Cryptography. 2nd Ed. New

York. CRC Press.
Willian Stallings. 2016. Cryptography and Network Security: Principle and Practice. 7th Ed.

London. Pearson.
Jean-Philippe Aumasson. 2017. Serious Cryptography: A Practical Introduction to Modern

Encryption. San Francisco. No Starch Press.
Keith M. Martin. 2018. Everyday Cryptography: Fundamental Principles and Applications. 2nd

Ed. United Kingdom. Oxford Univeristy Press.

STQM6064 Pemodelan dan Kaedah Matematik
Pemodelan matematik adalah satu proses membina perwakilan bermatematik bagi suatu
fenomena untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang fenomena tersebut. Kursus
ini bertujuan melatih pelajar membina, menganalisis dan menyelesaikan model matematik
bagi beberapa masalah kompleks (khususnya model berketentuan dalam sains fizis). Konsep-
konsep asas pemodelan matematik akan dijelaskan. Prosedur penskalaan, penghampiran
dan analisis dimensi akan dibincangkan dahulu. Model-model yang diperkenalkan adalah
model linear dan tak linear. Kaedah penyelesaian beranalisis yang dibincangkan meliputi
beberapa kaedah berikut: kaedah pengembangan usikan, kaedah berasimptot, kalkulus
ubahan dan siri Fourier. Penggunaan sistem/pakej algebra berkomputer seperti Maple atau
Matematica akan ditekankan.

Bacaan Asas
Arfken, G.B., Weber, H.J. & Harris, F.E. 2013. Mathematical Methods for Physicists: A

Comprehensive Guide. 7th Ed. Waltham: Academic Press. (ISBN 978-0-12-384654-9)
Barnes, B. & Fulford, G.R. 2015. Mathematical Modelling with Case Studies: Using Maple and

MATLAB. 3rd Ed. Boca Raton: CRC. (ISBN 978-1-4822-4772-5)

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

292 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Dacorogna, B. 2015. Introduction to the Calculus of Variations. London: ICP. (ISBN 978-1-
78326-551-0)

Holmes, M.H. 2013. Introduction to Perturbation Methods. 2nd Ed. New York: Springer. (ISBN
978-1-4614-5477-9)

Snieder, R. & Van Wijk, K. 2015. A Guide Tour of Mathematical Methods for the Physical
Sciences. 3rd Ed. New York: CUP. (ISBN 978-1-107-08496-4)

STQM6074 Analisis Berangka
Kursus ini merangkumi kaedah-kaedah berangka bagi penyelesaian persamaan
terbitan/pembezaan biasa dan separa (PTB/PTS). Masalah-masalah yang diselesaikan
termasuklah masalah nilai awal dan masalah nilai sempadan bagi PTB. Kaedah-kaedah
berangka dibincangkan termasuklah kaedah satu langkah dan kaedah multi-langkah dengan
saiz langkah tetap atau berubah untuk persamaan/sistem persamaan terbitan bersifat kaku,
tak kaku mahupun kalut. Kestabilan dan analisis ralat. Pengenalan kepada kaedah berangka
bagi PTS seperti kaedah beza/unsur terhingga. Analisis terhadap persamaan hiperbolik,
parabolik dan eliptik. Penumpuan, kekonsistenan, peringkat dan kestabilan kaedah.
Penggunaan kepada beberapa masalah dalam kejuruteraan/sains.

Bacaan Asas
Burden, R.L., Faires, J.D. & Burden, A.M. 2016. Numerical Analysis. 10th Ed. Boston:

Cengage Learning. (ISBN-13: 978-1305253667)
Epperson, J.F. 2013. An Introduction to Numerical Methods and Analysis. 2nd Ed. New

Jersey: John Wiley & Sons. (ISBN-13: 978-1118367599)
Hutchinson, I.H. 2015. A Student’s Guide to Numerical Methods. Cambridge: CUP. (ISBN-13:

978-1107479500)
Siauw, T & Bayen, A.M. 2015. An Introduction to MATLAB Programming and Numerical

Methods for Engineers. San Diego: Academic Press. (ISBN-13: 978-0124202283)
Transgenstein, J.A. 2013. Numerical Solution of Elliptic and Parabolic Partial Differential

Equations. Cambridge: CUP. (ISBN-13: 978-0521877268)

STQM6084 Pengaturcaraan Linear
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar penggunaan kaedah pemodelan
bermatematik untuk membuat keputusan dalam pengurusan. Beberapa model berketentuan
akan dibincangkan dengan memfokuskan bagaimana untuk memodelkan masalah dan
mendapatkan penyelesaian kepada masalah menggunakan perisian komputer LINGO.
Tugasan berbentuk kajian kes memerlukan pelajar menggunakan perisian LINGO untuk
menyelesaikan masalah dan menulis laporan ringkas. Antara tajuk yang akan dibincangkan
ialah masalah pengaturcaraan linear, pengaturcaraan integer dan pengaturcaraan gol, sambil
memberi penekanan terhadap penggunaan kaedah ini dalam penyelesaian masalah nyata
seperti masalah analisis rangkaian, masalah pengangkutan dan umpukan, masalah
perjalanan jurujual dan analisis kecekapan.

Bacaan Asas
Jones, D & Tamiz, M. 2010. Multi-Objective Programming and Goal Programming: Theories

and Applications. Berlin: Springer Verlag.
Hillier, F. S. & Lieberman, G. J. 2014. Introduction to Operations Research with Access Card

for Premium Content. 10th Ed. New York: McGraw-Hill Education.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

293 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Sultan, A. 2011. Linear Programming: An Introduction with Applications. 2nd Ed. CreateSpace
Independent Publishing Platform.

Taha, H.A. 2016. Operations Research: An Introduction. 10th Ed. New Jersey: Pearson.
Tanino, T., Tanaka, T. & Inuiguchi,M. 2013. Multi-objective Programming and Goal

Programming: Theory and Applications. Berlin: Springer Science & Business Media.

STQM6114 Topologi
Ruang topologi muncul secara semula jadi dalam hampir semua bidang matematik. Maka ini
menjadikan topologi sebagai satu penggabungan idea yang besar dalam matematik. Kursus
ini berkaitan dengan sifat-sifat yang terawetkan di bawah pembentukan selanjar objek-objek
yang muncul menerusi pembangunan konsep daripada geometri dan teori set. Cabang
topologi yang paling asas dan besifat tradisional iaitu topologi set titik akan dipertimbangkan.

Bacaan Asas
Morris, S.A. 2012. Topology Without Tears, Online book Version 2012.
Waldmann, S. 2014. Topology: An Introduction. Berlin: Springer.
Manetti, M. 2015. Topology (Unitext). Berlin: Springer.
Conover, R.A. 2014. A first Course in Topology: An Introduction to Mathematical Thinking.

Dover Publication.
Conway, J.B. 2013. A Course in Point Set Topology. Berlin: Springer.

STQM6124 Aljabar
Kursus ini bermula dengan mengimbas kembali dua struktur utama aljabar iaitu kumpulan dan
gelanggang serta beberapa konsep yang berkaitan dengan kedua-duanya. Ini termasuklah
subkumpulan/subgelanggang, unggulan, kumpulan/gelanggang hasil bahagi dan pemetaan
kumpulan/gelanggang. Seterusnya perluasan kepada gelanggang polinomial dan medan
diperkenalkan. Pelbagai perluasan medan kepada mandala seperti mandala integer, mandala
Euclidan dan mandala pemfaktoran bitara kemudiannya diperkenalkan. Pembenaman
mandala ke dalam medan pula membawa kepada pembangunan kumpulan Galois. Kursus ini
berakhir dengan ulasan beberapa makalah terpilih berkaitan struktur aljabar.

Bacaan Asas
Farmakis, I. & Moskowits, M. 2017. A Graduate Course in Algebra, Singapore: World Scientific

Publisher.
Jacobson, N. 2013. Lectures in Abstract Algebra, Graduate Text in Mathematics, New York:

Springer-Verlag.
Pierce, R. S. 2012. Associative Algebras, Graduate Text in Mathematics, New York: Springer-

Verlag.
Robinson, D. J. 2012. A course in the Theory of Groups, edisi ke-2, Graduate Text in

Mathematics, New York: Springer-Verlag.
Winter, D. J. 2014. The Structure of Fields, Graduate Text in Mathematics, Berlin: Springer

Science.

STQM6134 Analisis Fungsian
Kursus ini mengitlakkan kajian aljabar linear terutamanya ruang vektor bermatra tak terhingga.
Kajian ini disokong oleh pelbagai struktur had seperti hasil darab terkedalam, norma dan
topologi. Kemudian dicampur bersama pengoperasi linear yang bertindak ke atas ruang

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

294 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

vektor. Kombinasi aljabar dan yang berkaitan had ini membentuk ruang baharu yang dinamai
ruang Banach dan Hilbert. Maka, kursus ini secara asasnya mengkaji sifat-sifat ruang ini.
Bacaan Asas
Muscat, J. 2014. Functional Analysis: An Introduction to Metric Spaces, Hilbert Spaces, and

Banach Algebras, 2014th Edition, Springer.
Haase, M. 2014. Functional Analysis: An Elementary Introduction (Graduate Studies in

Mathematics Vol 156), AMS.
Davis, M. 2013. A First Course in Functional Analysis (Dover Books on Mathematics), Dover

Publications.
Bowers, A & Kalton, N.J. 2014. An Introductory Course in Functional Analysis (Universitext).

Springer.
Ciarlet, P.G. 2013. Linear and Nonlinear Functional Analysis with Applications. SIAM.

STQM6154 Sains Rangkaian
Kursus ini memperkenalkan teori matematik dalam sains rangkaian. Sains Rangkaian
merupakan suatu bidang multidisiplin yang mengkaji masalah-masalah yang dapat difahami
dengan pendekatan rangkaian. Antara tujuan sains rangkaian adalah bagi mencari
persamaan rentas rangkaian dan meningkatkan pemahaman tentang sistem yang diwakili
oleh setiap rangkaian melalui analisis data. Kegunaan sains rangkaian merentas bidang
termasuk matematik, rangkaian sosial, sistem biologi dan pengangkutan.

Bacaan Asas
Barabasi, A. 2016. Network Science. Cambridge: Cambridge University Press.
Barrat, A., Barthelemy, M. & Vespignani, A. 2012. Dynamical Processes on Complex

Networks. Cambridge: Cambridge University Press.
Newman, M. E. J. 2010. Networks: An Introduction. New York: Oxford University Press.
Newman, M. E. J., Barabasi, A. & Watts, D. J. 2011. The Structure and Dynamics of Networks.

Princeton: Princeton University Press.
Steen, M. V. 2010. Graph Theory and Complex Networks: An Introduction. Amsterdam:

Maarten van Steen.

STQM6214 Matematik Kabur
Kursus ini memperkenalkan set kabur sebagai pengitlakan bagi set klasik. Operasi asas untuk
set kabur: pelengkap kabur, kesatuan kabur, dan persilangan kabur. Norma-s dan norma-t.
Pengoperasi purataan. Hubungan kabur, unjuran dan perluasan silinder. Penggubahan
hubungan kabur. Pemboleh ubah linguistik, pagaran linguistik, dan petua JIKA-MAKA kabur.
Tafsiran petua JIKA-MAKA kabur. Mantik kabur dan pentaakulan hampiran. Asas petua kabur
dan enjin pentaabiran kabur. Sistem kabur dan teori kabur.

Bacaan Asas
Cao, B-Y., Lin, H-R. & Liao, Y-Z. 2018. Fuzzy Sets Theory Preliminary. Cham: Springer Int.

Pub. AG.
Mohan, C. 2015. An Introduction to Fuzzy Set Theory and Fuzzy Logic. New Delhi; Viva

Books.
Raich, V. & Hooda, D.S. 2016. Fuzzy Set Theory and Fuzzy Controller. Oxford: Alpha Sci. Int.

Ltd.
Ruan, D. 2012. Fuzzy set Theory and Advance Mathematical Applications. New York:

Springer-Verlag NY Inc.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

295 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Zimmermann, H-J. 2014. Fuzzy Set Theory – and its Applications. Dordrecht: Springer.

STQM6224 Analisis Kompleks
Kursus ini memberi gambaran berkenaan asas fungsi analisis seperti perwakilan siri kuasa,
teorem Cauchy-Goursat pelbagai versi, teorem Modulus Maksimum pelbagai versi, pemetaan
mensebentuk, teorem pemetaan Riemann dan teorem Phragmen-Lindelof. Kursus ini juga
memperkenalkan teorem dalam ruang fungsi analisis dan memperlihatkan penggunaan
teorem Runge dan teorem Mittag-Leffler. Fungsi harmonik termasuk penyelesaian terhadap
masalah Dirichlet, kesingularan, teorem Picard dan fungsi istimewa seperti fungsi gamma,
fungsi zeta dan teorem penting dalam fungsi seluruh juga diperkenalkan.

Bacaan Asas
Lang, S. 2010. Complex Analysis.4th edition. New York: Springer Verlag.
Rodriguez, R.E., Kra, I. & Gilman, J.P. 2013.Complex Analysis. In the spirit of LipmanBers.

New York: Springer.
Shilag, W. 2014.A Course in Complex Analysis and Riemann Surfaces.Graduate Studies in

Mathematics 154. American Mathematical Society.
Kythe, P.K. 2015. Complex Analysis: Conformal inequalities and Bieberbach conjecture

Portland: Taylor&Francis Inc.
Muir, J.R. 2015. Complex Analysis (eBook ,ePub): A Modern First Course in Function

Theory.Verlag: John Wiley & Sons.

STQM6234 Teori Ergodik
Teori Ergodik ialah satu kajian kuantitatif terhadap telatah jangka masa panjang sesuatu
sistem. Koleksi kesemua keadaan bagi sesuatu sistem itu membentuk suatu ruang X dan
evolusi sistem itu diwakili pula dengan suatu penjelmaan yang jika x mewakili keadaan sistem
itu pada suatu masa, maka T(x) mewakili keadaan sistem itu selepas masa satu unit. Kajian
akan dibuat ke atas X yang merupakan ruang sukatan (dan T penjelmaan mengawet sukatan)
dan ruang topologi (dan T selanjar). Memahami lelaran Tn apabila n besar.

Bacaan Asas
Cornfeld, I., Fomin, F. & Sinai, Y. 2012. Ergodic Theory. New York: Springer Verlag.
Katok, A. & Hasselblatt, B. 1995. Introduction to the Modern Theory of Dynamical Systems.

Cambridge, Mass.: Cambridge University Press.
Lind, D. & Marcus, B. 1999. Introduction to Symbolic Dynamics. London: Cambridge University

Press.
Rudolph, D. 1999. Fundamentals of Measurable Dynamics. Oxford: Clarendon Press.
Walters, P. 2000. An Introduction to Ergodic Theory. New York: Springer Verlag.

STQM6254 Teori Kumpulan Kombinatorik
Kursus ini bertujuan untuk memaparkan teknik dan idea geometri untuk mengkaji kumpulan
bebas dan persembahannya, asas kepada teori kumpulan kombinatorik. Kepelbagaian kelas
kesetaraan akan dibincangkan dan seterusnya kumpulan-kumpulan yang berpadanan akan
dibangunkan dengan menggunakan kepelbagaian teknik geometri. Teknik-teknik geometri
yang dibincangkan termasuklah graf, graf kumpulan, kompleks, gambar dan gambar rajah.
Seterusnya beberapa artikel terpilih dan terkini akan dibincangkan.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

296 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Bacaan Asas
Baumslag, G. & Miller, C.F. 2011. Algorithms and Classification in Combinatorial Group

Theory. New York: Springer-Verlag NY Inc.
Cohen. D.E. & Bruce, J.W.2014. Combinatorial Group Theory: A Topological Approach. New

York: Cambridge University Press.
Latiolais, P. 2014. Topology and Combinatorial Group Theory. New Yory: Springer.
Metzler, W. & Rosebrock, S. 2017. Advances in Two-Dimensional Homotopy and

Combinatorial Group Theory. Cambridge: Cambridge University Press.
Rosenberger, G., Fine, B. & Kahrobaei, D. 2012. Computational and Combinatorial Group

Theory and Cryptography. Providence: American Mathematical Society.

STQM6274 Teori Sukatan dan Kamiran
Mula-mula diperkenalkan aljabar-. Kemudian ditakrifkan sukatan yang merupakan fungsi
nyata dengan domain suatu aljabar-. Seterusnya dibincangkan sukatan terkeluar (termasuk
sukatan terkeluar metrik) yang dengannya ditakrifkan set-set tersukatkan, ruang sukatan
niskala, fungsi tersukatkan dan penumpuan jujukan fungsi tersukatkan. Dengan mengguna
semua konsep ini, dipaparkan pula tentang kamiran, sifat-sifat fungsi terkamirkan, teorem-
teorem penumpuan, ruang dan ketaksamaan-ketaksamaan penting. Contoh-contoh kamiran
tertentu seperti kamiran Riemann, kamiran Lebesgue dan kamiran Lebesgue-Stieltjes
dibincangkan sedikit. Akhir sekali konsep sukatan diperluaskan kepada sukatan bertanda,
sukatan bernilai kompleks dan juga sukatan dan kamiran pada ruang hasil darab.

Bacaan Asas
Bartle, R. G. 1995.The Elements of Integration and Lebesgue Theory. New York: John-Wiley.
Burk, F. 2011. Lebesgue Measure and Integration: An Introduction. New York: John-Wiley.
Cohn, D. L. 2013. Measure Theory. Boston: Birkhauser.
Konig, H. 2009. Measure and Integration: An Advanced Course in Basic Procedure and

Applications. New York: Springer-Verlag.
Strook, D. W. 2013. A Concise Introduction to the Theory of Integration. New York. Stringer-

Verlag.
Weir, A. J. 1999. Lebesgue Integration and Measure. Cambridge: Cambridge University

Press.

STQM6294 Sejarah dan Falsafah Matematik
Kursus ini mendalami sejarah dan falsafah ilmu matematik daripada pelbagai segi. Perkara-
perkara yang akan dibincangkan termasuklah hakikat matematik aspek metafizik,
epistemologi, mantik dan aksiologi. Tabii komuniti ahli matematik, khususnya dari segi
sosiologi akan juga diteliti di samping hubungan antara matematik dengan kepercayaan.
Sejarah dan falsafah ahli matematik Islam dan pengislaman ilmu juga akan dibincangkan.

Bacaan Asas
Abdul Latif Samian. 1997. Falsafah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ascher, M. 1991. Ethnomathematics. Pacific Grove, Ca.: Brooks-Cole.
Lakatos, I. 2001. Pemalsuan dan Tatakaedah Aturcara Penyelidikan Sains. Terj. Shaharir

Mohamad Zain. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Putnam, H. 1990. Realism with a Human Face. London: Harvard Univ. Press.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

297 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Shaharir Mohamad Zain. 2000. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

STQM6324 Kaedah Berangka Pemindahan Haba dan Aliran Bendalir
Kursus ini bertujuan memaparkan model pemindahan haba dan aliran bendalir serta
penyelesaiannya secara berangka. Kursus dimulakan dengan formulasi model pemindahan
haba dan aliran bendalir. Konduksi haba yang mantap dan tak mantap sehingga dalam tiga
matra dibincangkan. Seterusnya dibincangkan kaedah Crank-Nicholson, perolakan dan
resapan mantap dan tak mantap sehingga dalam matra tiga, serta skema dan penyelesaian
berangkanya termasuk Hokum Hibrid dan hokum kuasa. Model Aliran dan kaedah
penyelesaian berangka juga dibincangkan.

Bacaan Asas
Cengel, Y.A. and Cimbala, J.M. 2017. Fluid Mechanics: Fundamentals and Applications.

McGraw-Hill: New York.
Moukalled, F., Mangani, L. and Darwish, M. 2015. The Finite Volume Method in

Computational Fluid Dynamics: An Advanced Introduction with OpenFOAM and Matlab.
Springer: New York.
Pletcher, R.H., Tannehill, J. C. and Anderson, D.A. 2016. Computational Fluid Mechanics and
Heat Transfer. Taylor & Francis: Philadelphia.
Pozrikidis, C. 2017. Fluid Dynamics: Theory, Computation, and Numerical Simulation.
Springer: New York.
White, F.M. 2015. Fluid Mechanics. McGraw-Hill: New York.

STQM6414 Sistem Dinamik
Kursus ini bertujuan mendedahkan konsep-konsep asas dalam bidang ini dalam situasi masa
diskret dan selanjar. Antara lain, perbincangan akan tertumpu kepada topik-topik seperti sifat
setempat, kestabilan termasuk kestabilan struktur, titik hiperbolik dan homoklinik, penarik
pelik, eksponen Lyapunov dan lain-lain. Konsep percabangan, kekalutan dan fraktal akan
diterokai secara mendalam.

Bacaan Asas
Clark, R. 2012. An Introduction to Dynamical Systems. American Mathematical Society.
Holmgren, R.A. 2012. A First Course in Discrete Dynamical Systems. Springer Science &

Business Media
Martelli, M. 2011. Introduction to Discrete Dynamical Systems and Chaos. John Wiley & Sons
Abraham, A. Gardini, A. Mira, C.. 2013. Chaos in Discrete Dynamical Systems: A Visual

Introduction in 2 Dimensions. Springer Science & Business Media
Galor, O. 2010. Discrete Dynamical Systems. Springer Berlin Heidelberg
Devaney, R.L. 1992. An Introduction to Chaotic Dynamical Systems, Westview Press
Lind, D.A. 1995, An Introduction to Symbolic Dynamics and Coding, Cambridge University

Press New York, NY, USA.
Hirsch, M.W. Smale, S. 2012, R. L. Devaney Differential Equations, Dynamical Systems, and

an Introduction to Chaos, Academic Press, California, USA.

STQM6524 Pemodelan Linear Sistem Dinamik Tak Berketentuan
Kursus ini bertujuan untuk memaparkan kemampuan untuk memodelkan sistem dinamik
berkeadaan tidak tentu sebagai satu proses stokastik yang memenuhi persamaan terbitan

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

298 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

stokastik yang linear. Ia seterusnya dapat membawa kepada konsep kamiran stokastik. Ini
termasuklah pelbagai sistem dinamik Newtonan yang berhingar, sistem kawalan dalam
perancangan, pengurusan dan penurasan maklumat. Daripada pemodelan inilah dipaparkan
pula bagaimana konsep dalam proses stokastik perlu ditakrif dengan rapinya dan seterusnya
pembinaan kalkulus stokastik Ito secara analisis dan berangka yang bertujuan menyelesaikan
model yang tersebut di atas. Hubungan persamaan terbitan stokastik dengan proses resapan
juga dibincangkan sehingga kepada perbatasan penyelidikan.

Bacaan Asas
Friedman, A. 2006. Stochastic Differential Equations and Applications. Dover Publication.
Mikosch, T. 1998. Elementary Stochastic Calculus with Finance in View. World Scientific.
Oksendal, B. 2003. Stochastic Differential Equations: An Introduction with Applications.

Springer.
Ross, S.M. 1996. Stochastic Processes. John Wiley.

STQM6534 Mekanik Bendalir
Kursus ini bertujuan memperlihatkan bagaimana bendalir unggul dan bendalir likat dapat
dimodelkan secara bermatematik, dan seterusnya dikaji gelagat bendalir tersebut secara
analisis dan berangka, terutamanya terhadap persamaan Navier-Stokes. Kursus dimulakan
dengan pengenalan umum bendalir dan sorotan kepada prinsip statik dan kinematik bendalir.
Perbincangan tentang bendalir unggul termasuk persamaan keselanjaran, persamaan Euler
dan persamaan Bernoulli diberikan. Aliran upaya dan aliran tak mampat juga dibincangkan.
Sebahagian besar kursus ini membincangkan bendalir likat yang membawa kepada
persamaan Navier-Stokes, penerbitan persamaan tersebut dan penyelesaian tepatnya, serta
aliran mantap dan tak mantap. Aliran asas, aliran Stokes, aliran berlamina dan bergelora,
kaedah keserupaan serta nombor Reynolds dan kepentingannya juga akan dibincangkan. Di
samping itu, teori lapisan sempadan dan ketakstabilan bendalir akan dibincangkan secara
terperinci.

Bacaan Asas
Biswas, G. 2014. Computational Fluid Dynamics. Oxford: Alpha Science Intl. Ltd. (ISBN-13:

978-1842657386)
Currie, I.G. 2013. Fundamental Mechanics of Fluids. 4th Ed. Boca Raton: CRC Press. (ISBN-

13: 978-1439874608)
Kundu, P.K., Cohen, I.M. & Dowling, D.R. 2012. Fluid Mechanics. 5th Ed. Waltham: Academic

Press. (ISBN-13: 978-0123821003)
Munson, B.R., Okiishi, T.H., Huebsch, W.W. & Rothmayer, A.P. 2013. Fundamentals of Fluid

Mechanics. 7th Ed. New Jersey: John Wiley & Sons. (ISBN-13: 978-1118116135)
Panton, R.L. 2013. Incompressible Flow. 4th Ed. New Jersey: John Wiley & Sons. (ISBN-13:

978-1118013434)

STQM6624 Simulasi
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar konsep dan penggunaaan simulasi sistem. Ia
bertujuan untuk membolehkan pelajar segera membuat pemodelan, simulasi dan analisis ke
atas sistem ringkas tetapi representatif, serta menggalakkan pelajar menyelidik-lanjut hasilnya
melalui eksperimen. Simulasi model sistem statik, diskret dan dinamik akan dibincangkan.
Tajuk meliputi konsep sistem, pemodelan, simulasi dan analisis pelbagai sistem khususnya

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

299 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

yang berkaitan penggunaan dengan Excel, @Risk dan pakej Arena. Aspek sains dalam
pengurusan projek sistem simulasi turut dibincangkan.

Bacaan Asas
Banks, J., Carson II, J.S., Nelson, B.L. & Nicol, D.M. 2009. Discrete-Event System Simulation.

5th Ed. Upper Saddle River: Prentice Hall.*
Kelton, W.D., Sadowski, R.P. & Zupick, N.B. 2015. 6th Ed. Simulation with Arena. New York:

McGraw-Hill.
Law, A.M. 2014. Simulation Modeling and Analysis. 5th Ed. Boston: Mc-Graw Hill.
Ross, S.M. 2012. Simulation. 5th Ed. San Diego: Academic Press.
Rossetti, M.D. 2015. Simulation Modeling and Arena. 2nd Ed. Hoboken: Wiley.

STQM6654 Matematik Ekonomi dan Kewangan Dalam Perniagaan
Kursus ini merangkumi kaedah-kaedah berangka bagi penyelesaian persamaan
terbitan/pembezaan biasa dan separa (PTB/PTS). Masalah-masalah yang diselesaikan
termasuklah masalah nilai awal dan masalah nilai sempadan bagi PTB. Kaedah-kaedah
berangka dibincangkan termasuklah kaedah satu langkah dan kaedah multi-langkah dengan
saiz langkah tetap atau berubah untuk persamaan/sistem persamaan terbitan bersifat kaku,
tak kaku mahupun kalut. Kestabilan dan analisis ralat. Pengenalan kepada kaedah berangka
bagi PTS seperti kaedah beza/unsur terhingga. Analisis terhadap persamaan hiperbolik,
parabolik dan eliptik. Penumpuan, kekonsistenan, peringkat dan kestabilan kaedah.
Penggunaan kepada beberapa masalah dalam kejuruteraan/sains.

Bacaan Asas
Wai Sum Chan & Yiu Kuen Tse. 2017. Financial Mathematics for Actuaries. Second Edition.

World Scientific.
Broverman, S.A. 2015. Mathematics of Investment and Credit Sixth Edition. ACTEX

Publications.
Mirakhor, A. & Krichene, N. 2014. Introductory Mathematics and Statistics for Islamic Finance:

John Wiley & Sons.
Zaidi Isa & Noriza Majid. 2011. Matematik Kewangan: Aplikasi Terhadap Kewangan Islam dan

Konvensional. Penerbit UKM, Bangi.
Kellison, S.G. 2009. Theory of interest.Ed. ke-3. Homewood: Irwin.

STQM6988 Projek Penyelidikan
Projek Penyelidikan adalah satu kursus wajib yang berupa latihan amali, latihan industri
tinjauan kesusasteraan atau penyelidikan. Setiap pelajar dikehendaki menjalankan projek
penyelidikan ini di bawah bimbingan seorang penyelia. Setiap calon dikehendaki memilih satu
tajuk yang sesuai dengan modul program sarjana masing-masing yang dipersetujui oleh
penyelia. Calon tersebut dikehendaki menyiapkan sebuah laporan yang berupa sorotan kritis
kepada tajuk yang dipilih itu, atau pentahkikan sesebuah teori atau pelaksanaan sesebuah
model dengan cara yang tersendiri.

STQS6244 Proses Stokastik
Subjek ini memperkenalkan pelajar kepada proses stokastik dengan penekanan dalam
aplikasi pengurusan dan kewangan. Pelajar akan mengulangkaji teori yang telah dipelajari
dalam Pemodelan Statistik & Pentaabiran Statistik seperti pembolehubah rawak, teori
kebarangkalian dan fungsi penjana momen. Pelajar kemudiannya akan didedahkan kepada

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

300 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

proses stokastik dalam masa yang berterusan dan diskret, termasuk teori pembaharuan,
rantai Markov, pergerakan Brownian, proses kelahiran-dan-kematian, fenomena
pembaharuan, martingales, proses Poisson, kalkulus stokastik dan penggunaan komputer
untuk tujuan simulasi proses. Aplikasi dalam teori giliran, dan sistem pengurusan dan
kewangan.

Bacaan Asas
Ross, S. M. 2014. Introduction to Probability Models. Ed. ke-11. Oxford: Elsevier Science.
Mikosch, T. 2011. Elementary Stochastic Calculus with finance in view: World Scientific

Publishing Co. Pte. Ltd.
Gallagher, R. G. 2014. Stochastic Processes: Theory for Applications. Ed. ke-1. New York:

Cambridge University Press.
Durrett, R. 2012. Essentials of Stochastic Processes. Ed. ke-2. Durham: Springer.
Bhattacharya, R. N. & Waymire E. C. 2009. Stochastic Processes with Applications: Society

for Industrial & Applied Mathematics (SIAM).

STQS6274 Penghitungan Berstatistik
Pelajar akan didedahkan kepada kaedah analisis data menggunakan pengkomputeran.
Konsep asas simulasi dan penggunaan model simulasi dalam penjanaan pelbagai data yang
bersesuaian turut dibincangkan. Setelah menguasai kaedah penjanaan data, pelajar
dikehendaki menganalisis data yang dijana dengan menggunakan kaedah statistik dan
mentafsirkan dapatan mereka. Kaedah pensampelan semula dengan tumpuan kepada
pendekatan Butstrap dan Jacknife turut dibincangkan. Selain itu, kaedah-kaedah ini akan
diterapkan dalam penyelesaian masalah pentaabiran statistik.

Bacaan Asas
Brandt, S. 2014. Data Analysis: Statistical and Computational Methods for Scientists and

Engineers. Ed. ke-4. Heidelberg: Springer.
Carsey, T.M. & Harden, J.J. 2014. Monte Carlo Simulation and Resampling Methods for Social

Science. Los Angeles: SAGE Publications, Inc.
Goo, P.I. 2013. Introduction to Statistics through Resampling Methods and R. 2nd Ed. New

Jersey: John Wiley & Sons, Inc.
Hollander, M., Wolfe, D.A. & Chicken, E. 2014. Nonparametric Statistical Methods. 3rd Ed.

New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.
James, G. & Witten, D. 2013. An Introduction to Statistical Learning: with Applications in R.

New York: Springer.

STQS6444 Pemodelan Siri Masa dan Peramalan
Ada dua objektif utama kursus ini, iaitu membantu pelajar membina kefahaman tentang
konsep-konsep dan kaedah-kaedah peramalan siri masa, dan membantu mereka membina
kebolehan menggunakan konsep-konsep dan kaedah-kaedah tersebut dalam masalah dunia
nyata serta mentafsir keputusan-keputusan penyelesaiannya. Topik-topik utama yang akan
disentuh dalam kursus ini termasuklah analisis regresi, regresi siri masa, kaedah penguraian,
kaedah pelicinan eksponen dan model Box-Jenkins bagi data tak bermusim. Dalam setiap
topik, pelajar akan mempelajari tentang tatacara penganggaran, pembinaan model dan
analisis reja, pemeriksaan diagnostic dan peramalan. Bagi membantu pelajar mengkaji dan
memahami pengkomputeran yang relevan dalam analisis, pelajar akan dilatih menggunakan
perisian E-Views dan perisian Microsoft Excel. Pada akhir semester, pelajar diwajibkan

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

301 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021
membuat pembentangan tentang satu kertas kerja daripada jurnal yang dipersetujui supaya
pelajar dapat menghargai kegunaan konsep dan kaedah yang disentuh dalam kursusini.
Bacaan Asas
Hill R.C., Griffith W.E. & Lim G.C. 2011. Principles of Econometrics International Student
Version (4th. Ed.) John-Wiley & Sons.
Stock J. & Watson M. 2011. Introduction to Econometrics (3rd. Ed.) Addison Wesley
Longman.
Wooldridge, J.M. 2013. Introductory Econometrics: A Modern Approach (5th. Ed.) Cengage
Learning.
Weiers, R.M. 2011. Introduction to Business Statistics (7th. Ed.) Cengage Learning.
Cryer, J.D. & Chan, K.S. 2010. Time Series Analysis: With Applications in R (2nd. Ed.)
Springer.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Matematik

302 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

PROGRAM SARJANA SAINS (PENINGKATAN KUALITI DAN
PRODUKTIVITI)

PENGENALAN

Program ini ditawarkan untuk menangani cabaran dalam isu kualiti dan produktiviti yang
diperlukan dalam persekitaran di sektor awam, pembuatan dan perkhidmatan.Kursus-kursus
utama yang ditawarkan meliputi falsafah dan kaedah-kaedah pengurusan menyeluruh dan
peningkatan kualiti barangan dan perkhidmatan dengan tumpuan diberikan kepada
penggunaan kaedah sains matematik.Mesej utama program ini ialah untuk memberi
pengetahuan menggunakan kaedah sains matematik dan kemahiran matematik dan statistik
untuk meningkatkan kualiti barangan dan juga perkhidmatan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)

OPP1 : Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi, beretika dan
OPP2 : mempunyai daya saing;
OPP3 : Melengkapkan pelajar dengan keupayaan menterjemah dan mensintesis
OPP4 : pemahaman mereka terhadap alam, manusia dan pembangunan;
Melengkapkan pelajar dengan kesedaran terhadap alam sekitar dan
OPP5 : mendokong pembangunan mapan;
OPP6 : Melengkapkan pelajar dengan kebolehan menggunakan kaedah penyelesaian
bermatematik seperti analisis, pemodelan, pengaturcaraan dan perisian
matematik dalam menangani isu-isu pembangunan dan perubahan semasa;
Melengkapkan pelajar dengan pendekatan saintifik dalam menjanakan dan
berkongsi pengetahuan yang bersifat inter- dan intra-disiplin; dan
Melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dan
mampu menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar, pembuatan
keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

HPP1 : Berupaya untuk menerapkan pengetahuan kualiti dan produktiviti.
HPP2 : Berkebolehan merangka reka bentuk kaedah yang bersesuaian dengan
masalah yang dihadapi.
HPP3 : Berkemampuan menganalisis dan mentafsirkan penyelesaian yang diperoleh
dan menjana idea baru berasaskan penyelesaian tersebut.
HPP4 : Berkebolehan memperoleh, mengguna dan menjana maklumat.
HPP5 : Berkekuatan mengendalikan emosi.
HPP6 : Menjunjung akhlak mulia dan nilai-nilai estetika terhadap Pencipta, pelanggan
dan masyarakat.
HPP7 : Berkeupayaan untuk memimpin, bekerja secara berpasukan dan
mengutamakan kejayaan bersama.
HPP8 : Berupaya untuk berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan berkesan
dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
HPP9 : Berkebolehan untuk memahami dampak penyelesaian kualiti dan produktiviti
dalam pelbagai dimensi kehidupan.
HPP10 : Berkebolehan untuk mengiktiraf keperluan pembelajaran berterusan dan
mengamalkannya sepanjang hayat.
HPP11 : Memiliki ciri-ciri keusahawanan.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Peningkatan Kualiti dan Produktiviti

303 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

STRUKTUR PROGRAM

Program ini ditawarkan hanya secara kerja kursus. Calon dikehendaki mengikuti dan lulus 32
jam kredit kursus (wajib dan pilihan) di samping menyiapkan sebuah projek penyelidikan yang
bernilai 8 jam kredit. Calon diwajibkan untuk mengambil kursus fakulti STPD6014 Kaedah
Penyelidikan.

Program ini terbahagi kepada tiga modul seperti berikut:-

• Sektor Awam
• Sektor Pembuatan
• Sektor Perkhidmatan

MODUL SEKTOR AWAM

SEMESTER KURSUS WAJIB KURSUS PILIHAN
I
STPD6014 Kaedah Pilih dua:
II
JUMLAH Penyelidikan

STQK6114 Jaminan Kualiti STQK6124 Kawalan

dan Piawaian Proses dan

STQK6534 Kaedah Peningkatan

Penyelidikan Kualiti

Pemasaran STQK6514 Pengurusan

STQK6144 Pengukuran Kualiti Dalam

Prestasi Sektor

Organisasi Perkhidmatan

STQK6324 Sistem STQK6264 Pengurusan

Penyampaian Rantaian Bekalan

Perkhidmatan STQK6544 Reka Bentuk

di sektor Awam Kualiti dan

STQK6524 Pengukuran Kebolehpastian

Produktiviti Sistem

STQK6988 Projek

Penyelidikan

32 8

40

MODUL SEKTOR PEMBUATAN

SEMESTER KURSUS WAJIB KURSUS PILIHAN
I STPD6014 Kaedah Pilih dua:
II
Penyelidikan STQK6264 Pengurusan
STQK6114 Jaminan Kualiti Rantaian Bekalan

dan Piawaian STQK6514 Pengurusan
STQK6534 Kaedah Kualiti dalam
Sektor
Penyelidikan Perkhidmatan
Pemasaran
STQK6144 Pengukuran STQK6324 Sistem
Prestasi Penyampaian
Organisasi Perkhidmatan di
STQK6124 Kawalan Proses Sektor Awam
dan Peningkatan
Kualiti

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Peningkatan Kualiti dan Produktiviti

304 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

JUMLAH STQK6524 Pengukuran STQK6544 Reka Bentuk
Produktiviti Kualiti dan
Kebolehpastian
STQK6988 Projek Sistem
Penyelidikan
8
32 40

MODUL SEKTOR PERKHIDMATAN

SEMESTER KURSUS WAJIB KURSUS PILIHAN
I
STPD6014 Kaedah Pilih dua:
II
JUMLAH Penyelidikan

STQK6114 Jaminan Kualiti STQK6124 Kawalan Proses

dan Piawaian dan

STQK6534 Kaedah Peningkatan

Penyelidikan Kualiti

Pemasaran STQK6264 Pengurusan

STQK6144 Pengukuran Rantaian

Prestasi Bekalan

Organisasi STQK6324 Sistem

STQK6514 Pengurusan Penyampaian

Kualiti dalam Perkhidmatan di

Sektor Sektor Awam

Perkhidmatan STQK6544 Reka Bentuk

STQK6524 Pengukuran Kualiti dan

Produktiviti Kebolehpastian

STQK6988 Projek Sistem

Penyelidikan

32 8

40

KURSUS YANG DITAWARKAN

STPD6014 Kaedah Penyelidikan
STQK6114 Jaminan Kualiti dan Piawaian
STQK6124 Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti
STQK6134 Pengurusan Kualiti Menyeluruh
STQK6144 Pengukuran Prestasi Organisasi
STQK6264 Pengurusan Rantaian Bekalan
STQK6324 Sistem Penyampaian Perkhidmatan di Sektor Awam
STQK6514 Pengurusan Kualiti dalam Sektor Perkhidmatan
STQK6524 Pengukuran Produktiviti
STQK6534 Kaedah Penyelidikan Pemasaran
STQK6544 Reka Bentuk Kualiti dan Kebolehpastian Sistem
STQK6988 Projek Penyelidikan

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Peningkatan Kualiti dan Produktiviti

305 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

KANDUNGAN KURSUS

STQK6114 Jaminan Kualiti dan Piawaian
Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai sistem kualiti dalam
sesebuah organisasi dan kegunaannya dalam menjamin kualiti pengeluaran atau
perkhidmatan. Tajuk yang dibincangkan termasuk Kawalan Kualiti Menyeluruh, ISO 9000 dan
perkembangannya, pendokumentasian dan perancangan sistem kualiti, dan audit kualiti dan
akreditasian. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
dari perspektif Islam dan prinsip-prinsip Syariah yang mendokong pembangunan dan
pentakrifan SPK MS 1900:2005. Seterusnya, SPK MS 1900:2005 dikupas dari sudut
implementasi dalam pelbagai sektor dan kaedah meningkatkan daya-saing dengan
menambah nilai-nilai Islam dan aspek halal dalam proses penghasilan produk dan
penyediaan perkhidmatan, juga dalam persekitaran kerja.

Bacaan Asas
Department of Standards Malaysia. MS 1500: 2004. Halal food - Production, preparation,

handling and storage.
Gitlow, H. S. 2000. Quality Management System: A Practical Guide. Boca Raton, Florida: CRC

Press LLC.
Hoyle, D. 2005. ISO 9000 Quality Systems Handbook. Oxford. UK: Butterworth Heinemann.
Kemp, S. 2005. Quality Management Demystified. New York: McGraw Hill.
Peach, R. W. 1996. The ISO 9000 Handbook. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.

STQK6124 Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti
Kursus ini diolah bagi mendedahkan para pelajar akan keperluan memahami penggunaan
kaedah statistik di dalam kawalan proses dan peningkatan kualiti berasaskan konsep 6Sigma.
Menggunakan contoh-contoh dari industri, kursus ini menjelaskan kaedah-kaedah asas bagi
menjamin proses berada di dalam kawalan, prinsip-prinsip asas pengumpulan dan
persembahan data untuk pemantauan, kawalan dan penambahbaikan proses. Secara
khusus, kursus ini menekankan terhadap perbincangan sekitar memahami serta mentaktifkan
konsep 6Sigma dan langkah-langkahnya, pengecaman faktor-faktor kritikal terhadap kualiti,
strategi pengukuran, fasa analisis, fasa kawalan serta alat-alat kualiti termasuk beberapa
carta kawalan data selanjar dan atribut seperti carta min dan julat, carta min dan sisihan
piawai, carta data individu dan purata bergerak, carta CUSUM dan carta EWMA. Topik-topik
seperti penilaian kebolehupayaan proses, pengecaman proses di luar kawalan, dan carta
kawalan lanjutan juga dibincangkan.

Bacaan Asas
David S. Chambers & Donald J. Wheeler. 1992. Understanding Statistical Process Control.

2nd ed. SPC PRESS (Statistical Process Control)
Donald J. Wheeler. 2004. Advanced Topics in Statistical Process Control: The Power of

Shewhart’s Charts. 2nd ed. SPC PRESS (Statistical Process Control)
Douglas C. Montgomery, 6th ed. 2008. Introduction to Statistical Quality Control.John Wiley
John S. Oakland. 2008. Statistical process control. 6th ed. Elsevier Burlington,USA
Nur Riza Mohd Suradi, Zainol Haji Mustafa dan Faridatul Azna Ahmad Shahbudin. 2000.

Kawalan Proses Statistik; Applikasi di Industri. Penerbit UKM
Pete Pande & Larry Holpp. 2011. What is Six Sigma? McGraw-Hill

STQK6134 Pengurusan Kualiti Menyeluruh
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM)
dari aspek sejarah, falsafah, prinsip, keperluan, pengukuran, laporan dan kegunaannya. Tajuk
yang dibincangkan termasuk sejarah perkembangan PKM, falsafah PKM prinsip dan
keperluan PKM; penumpuan pelanggan, pengurusan sumber manusia, pengurusan proses
dan pengukuran prestasi, dan penandaarasan.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Peningkatan Kualiti dan Produktiviti

306 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Bacaan Asas
Camp, R.C. 2006. Benchmarking: The Search for Industry Best Practices That Lead to

Superior Performance. Milwaukee, Wisconsin: ASQC Quality Press.
Evans, J.R. & Lindsay, W.M. 2004. The Management and Control of Quality. 6th ed. South-

Western: South-Western College Pub.
Leonard, D. & Mcguire, M. 2007. The Executive Guide to Understanding and Implementing

the Baldrige Criteria: Improve Revenue and Create Organizational Excellence (ASQ
Quality Management Division Economics of Quality Book Series). Milwaukee, Wisconsin:
ASQ Quality Press.
Patricia Keehley, P. & Abercrombie, N. 2008. Benchmarking in the Public and Nonprofit
Sectors: Best by Practices for Achieving Performance Breakthroughs. San Francisco, CA:
Jossey-Bass.
Thomas, F.S. 2002. Managing Quality: An Integrative Approach. Upper saddle River, NJ:
Prentice Hall.

STQK6144 Pengukuran Prestasi Organisasi
Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang konsep pengukuran
prestasi sesebuah organisasi. Penekanan berkisar kepada persoalan mengapa pengukuran
prestasi diperlukan oleh organisasi dan bagaimana pengukuran prestasi dapat dilaksanakan.
Antara topik yang disentuh adalah, penunjuk prestasi utama (Key performance Index, KPI)
serta kaitannya dengan perancangan strategik organisasi. Prinsip pengukuran berasaskan
‘Balanced Scorecard’ (BSC) dengan mengukur prestasi berasaskan empat perspektif utama;
Proses Dalaman, Pelanggan, Kewangan dan Modal Insan turut dibincangkan beserta
cabaran dalam melaksanakannya. Kefahaman pelajar diperkukuhkan dengan beberapa
kajian kasus di dalam organisasi.

Bacaan Asas
Neely, A., Adams, C. & Kennerly, M.. 2012. The Performance Prism: The Scorecard for

Measuring and Managing Business Success. Financial Times Prentice Hall.
Halachmi, A. & Bouckaert, G. 1996. Organizational performance and measurement in the

public sector: toward service, effort and accomplishment reporting. Connecticut and
London: Quorum Book.
Frost, B. 2000. Measuring Performance: Using the new metrics to deploy strategy and
improve performance. 2nd ed. Measurement Intl.
Parmenter, D. 2010. Key Performance Indicators (KPI): Developing, Implementing and Using
Winning KPIs. 2nd ed. Wiley.
Spitzer, D.R. 2007. Transforming Performance Measurement: Rethinking the Way We
Measure and Drive Organizational Success. AMACOM.
Smith, D.K.. 1999. Make Success Measurable: A Mindbook-Workbook for Setting Goals and
Taking Action. Wiley.
Hubbard, D.W. 2007. How to Measure Anything: Finding the Value of “Intangibles” in
Business. Wiley.

STQK6264 Pengurusan Rantaian Bekalan
Kursus ini merupakan satu pengenalan kepada konsep rantaian bekalan dan akan menjelajah
pengurusan rantaian bekalan bagi meningkatkan kecekapan bekalan keseluruhan sesebuah
organisasi. Konsep lain termasuk definisi bekalan rantaian, prosedur pengecaman, gambaran
keseluruhan terhadap kaedah-kaedah, proses-proses, dan sistem yang digunakan dalam
operasi rantaian bekalan, dan penggunaan kaedah-kaedah, proses-proses, dan sistem yang
digunakan untuk menambah baik prestasi rantaian bekalan.

Bacaan Asas
Chopra, S. & Meindl, P. 2006. Supply Chain Management: Strategy, Planning & Operations.

3rd ed. New Jersey: Prentice Hall.
Hugos, M. 2006. Essentials of Supply Chain Management. New York: John Wiley & Sons.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Peningkatan Kualiti dan Produktiviti

307 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Madu, C.N. 2005. ERP and Supply Chain Management. Connecticut: Chi Publishers Inc.
Schoenfeldt, T. 2008. A Practical Application of Supply Chain Management Principles.

Milwaukee, Wisconsin: ASQC Quality Press.
Stadtler, H. 2004. Supply Chain Management And Advanced Planning: Concepts, Models,

Software & Case Studies. 3rd ed. New York: Springer-Verlag.

STQK6324 Sistem Penyampaian Perkhidmatan Di sektor Awam
Dalam kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan Sistem Penyampaian Perkhidmatan oleh
Agensi Kerajaan. Antara yang perlu difahami ialah pelbagai dasar, peraturan dan pekeliling
tentang pelbagai jenis dan tahap perkhidmatan awam yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia. Aspek sejarah perkhidmatan awam dan evolusi sistem
penyampaian perkhidmatan awam di Malaysia turut dibincangkan. Antara pendekatan
penting dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang akan diketengahkan ialah 'Best Value
Review'. Perbandingan dengan beberapa sistem penyampaian perkhidmatan awam di
negara luar, khususnya di negara maju seperti Australia, United Kingdom, USA dan Kanada
akan turut disentuh. Beberapa kajian kes sistem penyampaian perkhidmatan awam di agensi-
agensi kerajaan akan dibincangkan.

Bacaan Asas
Anwar Shah. 2005. Public Services Delivery (Public Sector, Governance, and

Accountabilityseries). Washington, DC: World Bank Publication.
Anwar Shah. 2009. Tools for Public Sector Evaluation (Public Sector, Governance, and

Accountability Series). Washington, DC: World Bank Publication.
Christopher, H. Lovelock. 2008. Services Marketing. 7th ed. Upper Saddle River, NJ: Prentice-

Hall.
Light, P.C. 1999. The New Public Service. New York: Brooking Institution Press.
Mat Zin Mat Kib. 2006. Penyampaian Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan: Isu dan

Cabaran. Universiti Teknologi MARA. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti.

STQK6514 Pengurusan Kualiti dalam Sektor Perkhidmatan
Kursus ini menerangkan kepada pelajar takrifan ‘perkhidmatan pelanggan’ dan
‘kecemerlangan perkhidmatan’, asas kecemerlangan perkhidmatan serta kepentingan
kecemerlangan perkhidmatan kepada sesebuah organisasi. Antara aspek penting ialah
bagaimana sesebuah organisasi dapat meningkatkan kualiti perkhidmatannya. Ia
membincangkan jangkaan pelanggan dan kepuasan mereka, begitu juga dengan aduan
pelanggan serta menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh pelanggan. Dalam kursus
ini pelajar akan didedahkan dengan beberapa kajian kes yang melibatkan kecemerlangan
perkhidmatan di agensi-agensi Kerajaan dan swasta. Turut dibincangkan ialah beberapa
teknik dan kaedah berkesan untuk mengurus sesuatu perkhidmatan.

Bacaan Asas
Fitzsimmons, J.A. & fitzsimmons, M. J. 2011. Service Management: Operations, Strategy,

Information Technology. Edisi ke-7. New York: McGraw-Hill.
Johnston, R. & Clark, G. 2005. Service Operations Management. 2nd ed. New Jersey: Prentice

Hall.
Van Looy, B., Gemmel, P. & Van Dierdock, R. 2003. Service Marketing: An Integrated

Approach. Edisi ke-2. New Jersey: Prentice Hall.
Zeithaml, V. A., Bitner, M. J. & Gremler, D. D. 2009. Service Marketing: Integrating Customer

Focus Across the Firm. New York: McGraw-Hill.
Zemke, R. & Woods, J. A. 1999. Best Practice in Customer Service. New York: American

Management Association.

STQK6524 Pengukuran Produktiviti
Kursus ini memperkenalkan konsep pengukuran produktiviti sesebuah firma yang mengubah
input yang digunakan kepada output secara cekap. Pengukuran produktiviti adalah satu cara

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Peningkatan Kualiti dan Produktiviti

308 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

yang menyediakan medium yang baik untuk memantau status produktiviti, dan untuk
mengaitkan produktiviti dengan objektif strategik lain secara jelas. Tajuk-tajuk yang
dibincangkan termasuk penunjuk-penunjuk produktiviti, kaedah Analisis Penyampulan Data
(APD), nombor-nombor Indeks dan Indeks Malmquist. Beberapa penggunaan kaedah APD
dan Indeks Malmquist akan dibincangkan.

Bacaan Asas
Aft, L.S. 1991. Productivity Measurement and Improvement. Upper Saddle River. NJ: Prentice

Hall.
Coelli, T.J., Rao, D.S.P., O'Donnell, C.J. & Battese, G.E. 2005. An Introduction to Efficiency

and Productivity Analysis. Edisi ke-2. New York: Springer Science & Business Media, Inc.
Norman, M. & Stoker, B. 1991. Data Envelopment Analysis: The Assessment of Performance.

Chichester: John Wiley & Sons.
Schaffer, R.H. 2006. Managing Productivity. New York: Jaico Publishing House.
Sherman, H.D. & Joe, S. 2006. Service Productivity Management. New York: Springer

Science & Business Media, Inc.

STQK6534 Kaedah Penyelidikan Pemasaran
Kursus ini membincangkan kaedah penyelidikan dalam bidang pemasaran. Pelajar akan
didedahkan dengan kaedah penyelidikan saintifik bagi memahami serta menganalisis sesuatu
masalah dalam organisasi. Kefahaman tentang persoalan masalah, isu penyelidikan, reka
bentuk penyelidikan, pengumpulan dan analisis data akan dibincangkan secara mendalam.
Pendekatan terbaik dalam menghasilkan 'Ringkasan Eksekutif' juga akan disentuh.
Penggunaan pakej statistik SPSS serta tafsiran kepada hasil analisis statistik akan
didedahkan kepada pelajar. Dalam hal ini, beberapa konsep dan kaedah analisis statistik akan
dibincangkan dengan menggunakan set data yang dikumpul daripada masalah nyata yang
dipilih.

Bacaan Asas
Burns, A.C. & Bush, R.F. 2006. Marketing Research. 5th ed. Upper Saddle River, NJ: Pearson

Prentice Hall.
Malhotra, N.K. 2007. Marketing Research: An Applied Orientation. 5th ed. Upper Saddle River,

NJ: Pearson Prentice Hall.
McDaniel, C. & Gates, R. 2007. Marketing Research. Edisi ke-7. Hoboken, NJ: John Wiley &

Sons.
Scheaffer, R.L. & Mendenhall, W. 1990. Elementary Survey Sampling. 4th ed. Boston: PWS-

KENT Publ. Co.
Zikmund, W.G. 1991. Exploring Market Research. Edisi ke-4. Chicago: Dryden Press.

STQK6544 Reka bentuk Kualiti dan Kebolehpastian Sistem
Kursus ini meneroka bagaimana statistik digunakan bagi mengawal kualiti reka bentuk produk
dan proses dalam industri pembuatan dan seterusnya menjamin kebolehpercayaan sistem
pengeluaran. Data yang dipungut daripada reka bentuk uji akan dianalisis dan seterusnya
para pelajar akan berkemampuan menterjemah keputusan tersebut kepada yang bererti bagi
konteks uji kajimasing-masing dengan mengambilkira ralat dan faktor yang sesuai. Antara
tajuk yang dibincangkan adalah reka bentuk uji kaji dalam peningkatan dan kawalan kualiti:
analisis varians, ujian-f, perbandingan berganda, reka bentuk rawak lengkap, reka bentuk
faktoran, keortogonan, pemblokan, permukaan sambutan dan reka bentuk optimum; takrif
kualiti Taguchi, kaedah Taguchi, nisbah isyarat-bisingan, reka bentuk teguh; fungsi kerugian
dan toleransi pengeluaran; kebolehpastian dan fungsi mudarat; taburan masa hayat;
pemilihan model dan penyuaian; sistem boleh baiki; mantik sistem; pokok kegagalan;
rancangan ujian hayat; pengujian hayat dipercepatkan; model mudarat berkadaran dan
regresi, termasuk juga pendedahan kepada kaedah tindakbalas permukaan (RSM).

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Peningkatan Kualiti dan Produktiviti

309 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Bacaan Asas
Dhillon, B. 1999. Design Reliability: Fundamentals and Applications. Boca Raton, Fl.: CRC

Press.
Douglas C. Montgomery. 2012. Design and Analysis of Experiments. 8th ed. John Wiley
George E. P. Box, J. Stuart Hunter, William G. Hunter. 2005. Statistics for Experimenters:

Design, Innovation, and Discovery. 2nd ed. Wiley-Interscience.
Jiju Antony. 2003. Design of Experiments for Engineers and Scientists. Butterworth-

Heinemann.
Mark J. Anderson dan Patrick J. Whitcomb. 2007. DOE Simplified: Practical Tools for

Effective Experimentation. 2nd ed. Productivity Press;
Paul G. Mathews. 005. esign of Experiments with MINITAB. ASQ Quality Press.
Ranjit K. Roy.2001. esign of Experiments Using the Taguchi Approach: 16 Steps to Product

and Process Improvement. John Wiley
Warren Brussee. 2004. Statistics for Six Sigma Made Easy.1st ed. McGraw-Hill.
STQK6988 Projek Penyelidikan
Projek penyelidikan merupakan satu kursus wajib yang melibatkan kajian kes/kajian
kesusasteraan/penyelidikan. Pelajar dikehendaki menjalankan satu penyelidikan di bawah
penyeliaan seorang penyelia. Pelajar juga dikehendaki memilih sesuatu tajuk penyelidikan
yang sesuai dan dipersetujui oleh penyelia. Pelajar perlu menulis suatu laporan saintifik yang
menyeluruh bagi penyelidikan yang telah dijalankan.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Peningkatan Kualiti dan Produktiviti

310 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

PROGRAM SARJANA SAINS (SAINS DATA DAN ANALITIK)

PENGENALAN

Sains data adalah satu bidang pengajian multidisiplin yang melibatkan kaedah saintifik,
proses dan sistem dalam mengekstrak maklumat tersurat dan tersirat dalam pelbagai struktur
data. Ia menggabungkan pengetahuan matematik dan statistik, pengaturcaraan dan analitik
data. Program Sarjana Sains (Sains Data Analitik) menawarkan pelbagai kursus dalam bidang
ini dengan penekanan kepada analitik data.Tiga modul pembelajaran ditawarkan:
Pengkomputeran Data, Analitik Data serta Kewangan & Analitik Perniagaan. Matlamat
program Sains Data dan Analitik adalah untuk melahirkan siswazah berilmu, beretika, berdaya
saing, terkehadapan dan memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)

OPP1 : Melahirkan pelajar yang beraspirasi kebangsaan yang mampu menguasai
OPP2 : dan menerapkan ilmu matematik, statistik dan pengkomputeran untuk
OPP3 : keperluan pihak yang berkepentingan dan masyarakat.
Melengkapkan pelajar dengan keupayaan menggunakan kaedah
penyelesaian sains data dalam menterjemah dan mensintesis pemahaman
terhadap isu-isu alam, manusia, perubahan semasa dan pembangunan.
Melengkapkan pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi serta
mampu menjana dan menyumbang idea kepada proses penggubalan dasar,
pembuatan keputusan dan pelaksanaan pembangunan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

HPP1 : Berkeupayaan mengaitkan pengetahuan matematik, statistik dan
HPP2 : pengkomputeran dalam pelbagai aspek kehidupan.
Berkemampuan menganalisis dan mentafsir penyelesaian yang diperoleh
HPP3 : menggunakan model dan perisian sesuai dengan persekitaran pemprosesan
HPP4 : data untuk penjanaan idea baharu.
HPP5 : Berkemahiran berfikir dan berhujah secara matang dengan emosi yang stabil
HPP6 : serta bertanggung jawab sosial terhadap masyarakat dan persekitaran.
HPP7 : Mempunyai nilai-nilai moral, beretika dan profesionalisme.
Berkebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara visual dan verbal,
HPP8 : serta berkepimpinan dan bekerja secara berpasukan.
Berkemahiran menggunakan teknik analisis dan al-Khwarizmi (algoritma) ke
atas set data raya untuk menggali maklumat yang tersirat.
Berkemahiran menilai masalah, membuat analisis kritikal, menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan dalam pelbagai keadaan melalui
pendekatan saintifik.
Berupaya untuk memahami dampak penyelesaian sains data dalam pelbagai
dimensi kehidupan.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

311 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

STRUKTUR PROGRAM

Program ini dibahagikan kepada tiga modul seperti berikut:
1. Pengkomputeran Data
2. Analitik Data
3. Kewangan dan Analitik Perniagaan

Calon dikehendaki mendaftar dan lulus sekurang-kurangnya 36 jam kredit (kursus wajib dan
pilihan) di samping menyiapkan projek mercu yang bernilai 9 jam kredit.

MODUL PENGKOMPUTERAN DATA

SEMESTER KURSUS WAJIB KURSUS PILIHAN
I Pilih empat:
STQD6014 Sains Data STQD6124 Pengvisualan
• STQD6214 Matematik
Statistik dengan dan Komunikasi
II STQD6414 Pengkomputeran Data
Perlombongan STQD6324 Pengurusan
III Data Data
STQD6114 Analitik Data Tak
STQD6024 Pembelajaran Berstruktur
STQP6014 Mesin STQS6444 Pemodelan Siri
Kaedah Masa &
Penyelidikan dan Peramalan
Seminar Industri STQM6154 Sains Rangkaian
STQD6334 Pembuatan
STQD6889 Projek Mercu Keputusan Multi-
Kriterium
STQD6524 Kaedah Statistik
untuk
Pengkomputeran
Biologi

JUMLAH 29 16
45

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

312 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

MODUL ANALITIK DATA

SEMESTER KURSUS WAJIB KURSUS PILIHAN
I Pilih empat:

• STQD6014 Sains Data STQD6124 Pengvisualan
STQD6214 Matematik dan Komunikasi
II Statistik dengan STQS6284 Data
STQD6414 Pengkomputeran STQD6114 Analisis
III Perlombongan STQD6134 Multivariat
Data STQS6444 Analitik Data Tak
Berstruktur
STQD6024 Pembelajaran STQS6234 Analitik
STQP6014 Mesin STQM6154 Perniagaan
Kaedah STQD6334 Pemodelan Siri
Penyelidikan dan Masa &
Seminar Industri STQD6524 Peramalan
Pentaabiran
STQD6889 Projek Mercu Bayesan
Sains Rangkaian
Pembuatan
Keputusan Multi-
Kriterium
Kaedah Statistik
untuk
Pengkomputeran
Biologi

JUMLAH 29 16
45

MODUL KEWANGAN DAN ANALITIK PERNIAGAAN

SEMESTER KURSUS WAJIB KURSUS PILIHAN
Pilih empat:
I
STQD6014 Sains Data STQD6114 Pengvisualan
• STQD6214 Matematik dan
Statistik dengan STQD6134 Komunikasi
II STQD6414 Pengkomputeran STQD6114 Data
Perlombongan Analitik
Data Perniagaan
Analitik Data
Tak Berstruktur

STQD6024 Pembelajaran
Mesin

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

313 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

STQP6014 Kaedah STQS6444 Pemodelan Siri

Penyelidikan dan Masa &

Seminar Industri Peramalan

STQD6334 Pembuatan

Keputusan

Multi-Kriterium

STQD6889 Projek Mercu STQA6014 Analisis

Pelaburan dan

Pengurusan

Portfolio
III STQA6034 Isu-isu dalam

Pengurusan

Risiko dan

Insurans

JUMLAH 29 16
45

KURSUS YANG DITAWARKAN

STQA6014 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio
STQA6034 Isu-isu dalam Pengurusan Risiko dan Insurans
STQD6014 Sains Data
STQD6024 Pembelajaran Mesin
STQD6114 Analitik Data Tak Berstruktur
STQD6124 Pengvisualan dan Komunikasi Data
STQD6134 Analitik Perniagaan
STQD6214 Matematik Statistik dengan Pengkomputeran
STQD6324 Pengurusan Data
STQD6334 Pembuatan Keputusan Multi-Kriterium
STQD6414 Perlombongan Data
STQD6524 Kaedah Statistik untuk Pengkomputeran Biologi
STQD6889 Projek Mercu
STQM6154 Sains Rangkaian
STQP6014 Kaedah Penyelidikan dan Seminar Industri
STQS6234 Pentaabiran Bayesan
STQS6284 Analisis Multivariat
STQS6444 Pemodelan Siri Masa & Peramalan

KANDUNGAN KURSUS

STQA6014 Analisis Pelaburan dan Pengurusan Portfolio
Kursus ini memfokus kepada proses membuat keputusan pelaburan. Ia mendalami aplikasi
pelbagai instrumen pelaburan dan peranannya dalam pengurusan risiko. Konsep risiko dan
pulangan dihuraikan secara terperinci dan menyeluruh. Pempelbagaian cekap dibincang

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

314 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

dengan fokus ke atas penjanaan portfolio cekap. Pelbagai bentuk instrumen berbeza dinilai
dan diberi kewajaran. Kaedah penilaian saham dan teori portfolio seperti teori Markowitz,
Model Indeks Tunggal, Model Perletakan Harga Aset Modal akan dibincang. Analisis
fundamental dan teknikal turut dihuraikan. Teori gelagat kewangan merangkumi Hipotesis
Pasaran Cekap turut dibincang. Pelajar akan terlibat dalam aktiviti pembelajaran termasuk
perbincangan artikel jurnal dan pelaksanaan projek.

Bacaan Asas
Bodie, Z., Kane, A. & Marcus, A. 2014. Investments and Portfolio Management. 10th Edition.

McGraw-Hill International Edition: Singapore.
Brealey, R., Myers, S. & Allen, F. 2013. Principles of Corporate Finance. 11th Edition. McGraw-

Hill/Irwin
Hirschey, M. & Nofsinger, J. 2010. Investments: Analysis & Behavior. 2nd Edition. McGraw-Hill

International Edition: New York, U.S.A.
Stewart, S.D., Piros, C.D. & Heisler, J.C. 2011. Running Money: Professional Portfolio

Management. McGraw-Hill International Edition: Singapore.
Mohamed Ariff, Shamsher Mohamad, Taufiq Hassan & Annuar Md Nassir. 2008. Capital

Markets In Malaysia. McGraw-Hill Education: Malaysia.

STQA6034 Isu-isu dalam Pengurusan Risiko dan Insurans
Kursus ini mempunyai dua objektif utama, iaitu untuk memberi pelajar perspektif yang luas
tentang pengurusan risiko yang menekankan pengurusan risiko tradisional dan insurans di
samping memperkenalkan jenis-jenis pengurusan risiko yang lain; dan untuk melengkapkan
pelajar dengan kaedah yang diperlukan untuk analisis model matematik yang menerangkan
proses kerugian. Topik-topik utama yang akan dibincangkan adalah pengurusan risiko
(objektif, pengukuran, kepelbagaian dan bendungan), lindung nilai, pengurusan risiko
korporat, pengurusan risiko organisasi, kaedah penganggaran (untuk data lengkap dan tidak
lengkap) dan pemilihan model. Pelajar juga dilatih untuk menggunakan perisian R dan Excel
untuk analisis matematik yang berkaitan. Pada akhir semester, pelajar dikehendaki membuat
persembahan berdasarkan satu artikel dari jurnal supaya mereka dapat menghargai
kesesuaian konsep dan metodologi yang diliputi dalam kursus ini.

Bacaan Asas
Denuit, M., Marechal, X., Pitrebois, S. & Walhin, J.F. 2007. Actuarial Modeling of Claim

Counts. London: John Wiley & Sons.
Harrington, S., Niehaus, G. 2003. Risk Management and Insurance. Ed. ke-2. Boston:

McGraw-Hill.
Klugman, S.A., Panjer, H.H., Willmot, G.E. 2012. Loss Models, From Data to Decisions. Ed.

ke-4. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.
Lee, H.L. 1997. The Insurance Industry in Malaysia: A Study in Financial Development and

Regulation. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Redja, G.E. 2013. Principles of Risk Management and Insurance. Ed. ke-12. New York:

Addison-Wesley.

STQD6014 Sains Data
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan prinsip asas sains data dan pengaturcaraan Python
kepada para pelajar. Konsep dan jenis-jenis data yang berkaitan dengannya turut
diperkenalkan kepada para pelajar. Kursus ini juga merangkumi al-Khwarizmi, proses, kaedah

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

315 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

dan analisis yang digunakan dalam bidang sains data dengan contoh dan perbincangan
menggunakan Python. Topik-topik lain yang dibincangkan termasuklah teknologi data yang
terkini untuk penyimpanan dan pengarkiban data.

Bacaan Asas
Grus, J. 2015. Data Science from Scratch: First Principles with Python. California: O’Reilly

Media, Inc.
Lutz, M. 2013. Learning Python. Edisi ke-5. California: O’Reilly Media, Inc.
Nielsen, L. & Burlingame, N. 2012. A Simple Introduction to Data Science. Wickford: New

Street Communications, LLC.
O’Neil, C & Schutt, R. 2013. Doing Data Science: Straight Talk from the Frontline. California:

O’Reilly Media, Inc.
Stanton, J. 2013. An Introduction to Data Science. Edisi ke-3. New York: Portions.

STQD6024 Pembelajaran Mesin
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang konsep, teknik dan
al-Khwarizmi dalam pembelajaran mesin. Pembelajaran mesin adalah berkisar tentang
pembinaan sistem komputer yang mampu untuk belajar sendiri dan menambah baik
pencapaiannya melalui pengalaman yang dikumpul daripada data yang dicerap. Kursus ini
memberikan teknologi utama dalam Data Raya dan aplikasinya dalam pelbagai bidang.
Antara topik yang akan dipelajari adalah rangkaian neural, pokok keputusan dan mesin vektor
sokongan. Topik terkini dalam pembelajaran mesin turut dibincangkan seperti pembelajaran
sedondon dan tidak terselia serta pembelajaran berevolusi dan pengukuhan.

Bacaan Asas
Bishop, C. 2007. Pattern Recognition and Machine Learning. New York: Springer.
Duda, R., Hart, P. & Stork, D. 2001. Pattern Classification. New York: Wiley-Interscience.
Hastie, T., Tibshirani, R. & Friedman, J. 2009. The Elements of Statistical Learning. 2nd Ed.

Corr. 7th printing 2013 Ed. New York: Springer.
Murphy, K. 2012. Machine Learning: A Probabilistic Perspective. Massachusetts Institute of

Technology.
Shalev-Shwartz, S. & Ben-Davi, S. 2014. Understanding Machine Learning: From Theory to

Algorithms. New York: Cambridge University Press.

STQD6114 Analitik Data Tak Berstruktur
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar kaedah-kaedah asas dan terkini
untuk menyusun, merumus dan menganalisis data tak berstruktur dan sedikit berstruktur.
Data tak berstruktur termasuklah data teks, data imej dan data audio. Fokus adalah kepada
algoritma dan teknik melombong, menjelajah dan menganalisis data tak berstruktur dengan
menggunakan perisian-perisian yang berkaitan. Pelajar turut didedahkan kepada sumber-
sumber data tak berstruktur. Aplikasi yang berkenaan data tak berstruktur seperti analisis
sentimen, pengelasan dokumen dan pengekstrakan maklumat turut dibincangkan.

Bacaan Asas
Miner, G. 2012. Practical Text Mining and Statistical Analysis for Non-structured Text Data

Application. Academic Press.
Ingersoll, G.S., Morton, T.S. & Farris, A.L. 2013. Taming Text. Manning Publications.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

316 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Russell, M.A. 2011. Mining the Social Web: Analyzing Data from Facebook, Twitter, LinkedIn,
and Other Social Media Sites. O’Reilly.

Sarkar, D. 2016. Text Analytics with Python: A Practical Real-World Approach to Gaining
Actionable Insights from your Data. Bangalore: Apress.

Struhl, S. 2015. Practical Text Analytics: Interpreting Text and Unstructured Data for Business
Intelligence (Marketing Science). London: Kogan Page.

STQD6124 Pengvisualan dan Komunikasi Data
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada prinsip asas pengvisualan data dan komunikasi
dengan data. Pelajar didedahkan kepada prinsip-prinsip rekabentuk pengvisualan, persepsi
manusia, teori warna dan penceritaan berkesan bagi pengvisualan data. Kemahiran
menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan melalui statistik bergraf, plot, grafik
bermaklumat, jadual, dan carta yang bersesuaian turut dipelajari. Seterusnya, pelajar dilatih
menggunakan beberapa perisian pengvisualan seperti pengaturcaraan R, ggplot, MatplotLib,
D3 dan alat-alat pengvisualan lain. Beberapa teknik grafik khusus akan diperkenalkan seperti
pengvisualan multivariat, siri masa, reruang, teks, data berhirarki, dan data berasaskan
rangkaian/graf.

Bacaan Asas
Börner, K. & Polley, D.E. 2014. Visual Insights: A Practical Guide to Making Sense of Data,

MIT Press.
Few, S. 2012, Show Me the Numbers: Designing Tables and Graphs to Enlighten, 2nd.

Edition, Analytics Press.
Gohil, A. 2015. R Data Visualization Cookbook. Birmingham: Packt Publishing.
Iliinsky, N. & Steele, J. 2011. Design Data Visualizations: Representing Informational

Relationships. Sebastopol: O’ Reilly Media
Munzner, T. 2014. Visualization Analysis and Design, CRC Press.
Tufte, E.R. 2001. The Visual Display of Quantitative Information, 2nd. Edition, Graphics

Press.

STQD6134 Analitik Perniagaan
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada teknik dan perkakasan dalam
menterjemahkan data mentah kepada maklumat yang berguna dan bermakna untuk tujuan
analisis perniagaan. Kursus ini dibahagikan kepada analitik pelanggan, operasi dan
perniagaan. Analitik pelanggan memfokuskan kepada bagaimana data digunakan untuk
menggambarkan, menjelaskan dan meramal kelakuan pelanggan. Manakala analitik operasi
pula memfokuskan kepada bagaimana data dapat digunakan untuk memadankan
pengeluaran dan permintaan agar keuntungan diperoleh dalam pelbagai senario perniagaan.
Ini turut meliputi pemodelan ketakpastian permintaan pada masa hadapan, peramalan akibat
dari persaingan polisi dan pembuatan keputusan/tindakan terbaik ketika berhadapan dengan
risiko. Analitik manusia merupakan pendekatan berasaskan data dalam pengurusan sumber
manusia di tempat kerja.

Bacaan Asas
Eckerson, W.W. 2011. Performance Dashboards: Measuring, Monitoring, and Managing Your

Business. 2nd Edition. John Wiley & Sons, Inc, Hoboken, New Jersey.
Howson, C. 2014. Successful Business Intelligence, Second Edition: Unlock The Value of BI

and Big Data. McGraw Hill Education, USA.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

317 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Kimball R. & Margy, R. 2010. The Kimball Group Reader: Relentlessly Practical Tools for
Data Warehousing and Business Intelligence. Wiley Publishing, Indianapolis, Indiana.

Provost, F. & Fawcett, T. 2013. Data Science for Business: What you need to know. O’Reilley
Media, CA.

Siegel, E. & Davenport, T.H. 2013. Predictive Analytics: The Power to Predict Who Will Click,
Buy, Lie or Die. John Wiley & Sons, Inc, Hoboken, New Jersey.

STQD6214 Matematik Statistik dengan Pengkomputeran
Kursus ini bertujuan mendedahkan asas dalam matematik statistik termasuk perihalan
statistik, paparan grafik, taburan pensampelan, ujian hipotesis dan kaedah lain dalam analisis
data. Kursus ini mengetengahkan peranan R dalam masalah penghitungan berstatistik.
Konsep asas simulasi turut dibincangkan dengan contoh. Pelajar akan mempelajari cara
untuk menjana data, menganalisis data menggunakan kaedah statistik dan mentafsirkan
keputusan yang diperoleh.

Bacaan Asas
Bickel, P.J. & Doksum, K.A. 2015. Mathematical Statistics: Basic Ideas and Selected Topics,

Volume 1. Edisi ke-2. Boca Raton: CRC Press.
Brandt, S. 2014. Data Analysis: Statistical and Computational Methods for Scientists and

Engineers. Edisi ke-4. Heidelberg: Springer.
Devore, J.L. 2012. Modern Mathematical Statistics with Applications. Edisi ke-2. New York:

Springer.
James, G. & Witten, D. 2013. An Introduction to Statistical Learning: with Applications in R.

New York: Springer.
Miller, I. & Miller, M. 2012. Edisi ke-8. John E. Freund’s Mathematical Statistics with

Applications. England: Pearson.

STQD6324 Pengurusan Data
Kursus ini bertujuan untuk menyediakan asas dan teknologi terkini yang digunakan dalam
pengurusan data dan penyelesaian data raya. Pelajar akan diperkenalkan kepada model data,
pangkalan data, pertanyaan dan pemprosesan data raya. Ia meliputi keselamatan data, pusat
data dan pembangunan penyelesaian data raya seperti ekosistem Hadoop, termasuk
MapReduce dan HDFS. Apache Spark juga akan diperkenalkan, termasuk seni bina Spark,
pengagihan data dan pemprosesan selari tugas. Pelajar akan mempunyai pemahaman yang
lebih baik tentang bagaimana untuk mengoptimumkan maklumat dalam data raya
menggunakan ingatan para serta operasi lanjutan dalam Spark.

Bacaan Asas
Geng, H. 2014. Data Center Handbook. Hoboken: John Wiley & Sons.
Karau, H., Konwinski A., Wendell, P. & Zaharia M. 2015. Learning Spark: Lightning-Fast Big

Data Analysis. O'Reilly Media.
Marz, N. & Warren, J. 2015. Big Data: Principles and best practices of scalable realtime data

systems. Manning Publications.
Redmond, E. & Wilson, J. R. 2012. Seven Databases in Seven Weeks. Pragmatic Bookshelf.
White, T. 2015. Hadoop: The Definitive Guide. 4th Ed. O'Reilly Media.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

318 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

STQD6334 Pembuatan Keputusan Multi-Kriterium
Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada konsep dan teknik menyelesaikan
masalah dalam Pembuatan Keputusan Multi-Kriterium. Kaedah-kaedah yang digunakan
untuk menyelesaikan masalah bergantung kepada jenis masalah tersebut. Topik yang akan
dipelajari oleh pelajar adalah pembuatan keputusan tanpa kebarangkalian, pembuatan
keputusan dengan kebarangkalian, pembuatan keputusan dengan maklumat sampel,
pembuatan keputusan di bawah ketidakpastian, Proses Hierarki Analitik, TOPSIS, VIKOR,
PROMETHEE dan ELECTRE.

Bacaan Asas
Anderson, D. R., Sweeney, D. J., Williams, T. A., Camm, J. D. & Cochran, J. J. 2015. An

Introduction to Management Science: Quantitative Approaches to Decision Making. 14th
Ed. Boston: Cengage Learning.
Ishizaka, A. & Nemery, P. 2013. Multi-criteria Decision Analysis: Methods and Software. West
Sussex, UK: John Wiley & Sons.
Triantaphyllou, E. 2013. Multi-criteria Decision Making Methods: A Comparative Study. New
York: Springer Science & Business Media.
Tzeng, G. H. & Huang, J-J. 2011. Multiple Attribute Decision Making: Methods and
Applications. Florida: CRC Press.
Ragsdale, C. T. 2014. Spreadsheet Modeling and Decision Analysis: A Practical Introduction
to Business Analytics. 7th Ed. Stamford: Cengage Learning.

STQD6414 Perlombongan Data
Kursus ini menerangkan dengan terperinci, proses penerokaan pengetahuan dalam
pangkalan data (KDD) dan perlombongan data. Kursus ini membincangkan proses
penyediaan data yang merangkumi pembersihan data, penyepaduan, penjelmaan,
pengurangan dan pendiskretan. Kursus ini meliputi proses perlombongan data yang lazim ke
atas pelbagai jenis strim data, jujukan, siri masa, teks, ruang dan data sesawang.

Bacaan Asas
Aggarwal, C.C. 2015. Data Mining: The Textbook. New York: Springer.
Garcia, S., Luengo, J. & Herrera, F. 2014. Data Preprocessing in Data Mining. Heidelberg:

Springer.
Han, J., Kamber, M. & Pei, J. 2012. Data Mining: Concepts and Techniques. Edisi ke-3.

Massachusetts: Elsevier.
Larose, D.T. & Larose, C.D. 2014. Discovering Knowledge in Data: An Introduction to Data

Mining. Edisi ke-2. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.
Zaki, M.J. & Jr. W.M. 2014. Data Mining and Analysis: Fundamental Concepts and Algorithms.

Edisi pertama. New York: Cambridge University Press.

STQD6524 Kaedah Statistik untuk Pengkomputeran Biologi
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada kaedah-kaedah statistik dan penghitungan
dalam biologi dan bioinformatik. Penekanan diberikan terhadap pemahaman konsep asas
statistik dan pentaabiran statistik serta kegunaaannya dalam menyelesaikan masalah biologi.
Kursus ini meliputi topik pengenalan kepada data genetik, data pengekspresan gen, data
jujukan DNA, Protein dan RNA, analisis jujukan, analisis filogenetik, analisis pengekspresan
gen dan analisis data mikro tatasusunan. Kaedah-kaedah statistik meliputi kaedah

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

319 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

pentaabiran statistik, pengujian hipotesis, multivariat, pemodelan statistik, reka bentuk uji kaji,
teknik statistik teguh, Bayesan dan Rantaian Markov Monte Carlo.

Bacaan Asas
Yang, Z. 2014. Molecular Evolution: A Statistical Approach. New York: Oxford University

Press.
Ewens, W.J. & Grant, G. 2010. Statistical Methods in Bioinformatics: An Introduction. New

York: Springer.
Cristianini, N. & Hahn, M.W. 2007. Introduction to Computational Genomics. New York:

Cambridge University Press.
Lemey, P., Salemi M. & Vandamme A-M. 2010. The Phylogenetics Handbook: A Practical

Approach to Phylogenetic Analysis and Hypothesis Testing. New York: Cambridge
University Press.
Wiley, E. O. & Lieberman, B. S. 2011. Phylogenetics: Theory and Practice of Phylogenetic
Systematics. New Jersey: Wiley-Blackwell.

STQD6889 Projek Mercu
Projek mercu menyediakan peluang pembelajaran pengalaman (experiential learning) dan
memberi ruang kepada pelajar untuk menghasilkan satu produk data yang dinilai oleh bakal
majikan. Projek diperoleh daripada masalah dunia nyata dan dilaksanakan bersama dengan
pihak industri, agensi kerajaan atau swasta, atau rakan akademik. Pelajar akan menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang telah diperoleh di sepanjang pengajian untuk membantu
menyelesaikan masalah nyata. Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar terlibat dengan
keseluruhan proses mengenal pasti dan mentakrifkan masalah, mencadangkan penyelesaian
dan hambatan, melaksanakan analisis, seterusnya melapor dan membentangkan dapatan
dan cadangan penyelesaian.

Bacaan Asas
Pusat Panduan Siswazah: Panduan menulis tesis: gaya UKM. Edisi Semak kedua Tahun

2010. Percetakan Watan Sdn Bhd.
Bell, J. 2014. Doing Your Research Project: A guide for first-time researchers. McGraw-Hill

Education (UK).
Blaxter, L. 2010. How to research. McGraw-Hill Education (UK).
McMillan, K. & Jonathan W. J. 2013. How to Cite, Reference & Avoid Plagiarism at

University. Pearson Higher Ed.
Saunders, M. N., Saunders, M., Lewis, P. & Thornhill, A. (2011). Research methods for

business students, 5/e. Pearson Education India.

STQM6154 Sains Rangkaian
Kursus ini memperkenalkan teori matematik dalam sains rangkaian. Sains Rangkaian
merupakan suatu bidang multidisiplin yang mengkaji masalah-masalah yang dapat difahami
dengan pendekatan rangkaian. Antara tujuan sains rangkaian adalah bagi mencari
persamaan rentas rangkaian dan meningkatkan pemahaman tentang sistem yang diwakili
oleh setiap rangkaian melalui analisis data. Kegunaan sains rangkaian merentas bidang
termasuk matematik, rangkaian sosial, sistem biologi dan pengangkutan.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

320 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Bacaan Asas
Barabasi, A. 2016. Network Science. Cambridge: Cambridge University Press.
Barrat, A., Barthelemy, M. & Vespignani, A. 2012. Dynamical Processes on Complex

Networks. Cambridge: Cambridge University Press.
Newman, M. E. J. 2010. Networks: An Introduction. New York: Oxford University Press.
Newman, M. E. J., Barabasi, A. & Watts, D. J. 2011. The Structure and Dynamics of

Networks. Princeton: Princeton University Press.
Steen, M. V. 2010. Graph Theory and Complex Networks: An Introduction. Amsterdam:

Maarten van Steen.

STQP6014 Kaedah Penyelidikan dan Seminar Industri
Kursus ini bertujuan memberikan latar belakang dan kaedah menjalankan sesebuah
penyelidikan saintifik dalam bidang Sains Data. Etika penyelidikan, prinsip penyelidikan, reka
bentuk penyelidikan dan peranan penyelidik dibincangkan. Kaedah-kaedah penyelidikan,
pensampelan dan pengumpulan data serta ulasan kritis terhadap kajian kesusasteraan
didedahkan kepada pelajar. Seterusnya, pelajar didedahkan kepada isu-isu semasa dan
penyelidikan terkini dalam bidang Sains Data melalui siri Seminar Sains Data dengan
menjemput penyelidik dan pengamal utama industri dalam bidang ini.

Bacaan Asas
Cresswell, J.W. 2014. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods

Approaches, 4th Edition, SAGE Publications.
Davenport, T. H. 2014. Big Data at Work: Dispelling the Myths, Uncovering the

Opportunities, Harvard Business Publishing.
Foreman, J. W. 2014. Data Smart: Using Data Science to Transform Information into Insight,

1st Edition, Wiley Publications.
Machi, L. A. & McEvoy, B.T. 2012. The Literature Review: Six Steps to Success,2nd Edition,

SAGE Publishings.
Wallace, M. & Wray, A. 2011. Critical Reading and Writing for Postgraduates, 2nd Edition,

SAGE Publishings.

STQS6234 Pentaabiran Bayesan
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar tentang teori Bayesan. Pentaabiran
Bayesan untuk taburan normal dibincangkan. Selain daripada itu, pentaabiran Bayesan untuk
taburan selain normal juga dikaji - Binomial, Poisson, dll. Tajuk-tajuk lain termasuklah model
Bayesan berhirarki, Bayes empirik, pengujian hipotesis, korelasi dan regresi.

Bacaan Asas
Koduvely, H. M. 2015. Learning Bayesian Models with R. Birmingham: Packt Publishing.
Gelman, A., Carlin, J. B., Stern, H. S., Dunson, D. B., Vehtari & A. Rubin, D. B. 2013.

Bayesian Data Analysis, 3rd Edition. Boca Raton: Taylor & Francis Group.
Barber, D. 2012. Bayesian Reasoning and Machine Learning. Cambridge: Cambridge

University Press.
Kruschke, J. K. 2015. Doing Bayesian Data Analysis: A tutorial with R, JAGS and Stan. 2nd

Ed. London: Academic Press.
Lee, P. M. 2012. Bayesian Statistics: An Introduction. 4th Ed. London: John Wiley.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

321 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

STQS6284 Analisis Multivariat
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada kaedah statistik untuk data
multivariat. Pelajar diberi kefahaman konsep dan teori bagi analisis multivariat. Antara topik
yang dicakupi dalam kursus ini adalah aljabar matriks, taburan multivariat normal, pengujian
hipotesis bagi data multivariat, analisis komponen utama, analisis faktor, analisis pembeza
layan dan analisis kelompok.

Bacaan Asas
Afifi, A., May, S. & Clark, V.A. 2011. Practical Multivariate Analysis. 5th Ed. Chapman & Hall.
Everitt, B. & Hothorn, T. 2011. An Introduction to Applied Multivariate Analysis with R.

Springer.
Hair, J.F., Black, B., Babin, B. & Anderson, R.E. 2010. Multivariate Data Analysis. Prentice

Hall.
Rencer, A. & Christensen, W. 2012. Methods of Multivariate Analysis. 3rd Ed. Wiley.
Tabachnick, B.G. & Fidell, L.S. 2013. Using Multivariate Statistics, 6th Ed. Boston: Pearson.

STQS6444 Pemodelan Siri Masa dan Peramalan
Kursus ini bertujuan untuk menganggar model regresi mudah, menerangkan teknik memodel
trend dan kemeruapan data siri masa, menerangkan tentang hubungan kointegrasi antara
satu siri masa dengan satu atau beberapa siri masa lain, dan mengenengahkan isu-isu yang
penting dalam menganalisis data siri masa. Bagi pemodelan trend dan kemeruapan, tumpuan
diberikan kepada model ARCH dan GARCH. Hubungan kointegrasi pula membincangkan
pendekatan pembetulan ralat dan pendekatan Johansen. Pada akhir semester, pelajar akan
menyediakan satu laporan pendek yang menekankan kepada penggunaan teknik-teknik
pengujian dan analisis model yang disentuh dalam kursus ini.

Bacaan Asas
Enders, W. 2004. Applied Econometric Time Series. 2nd ed. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.
Greene, W.H. 2007. Econometric Analysis. 4th ed. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Hamilton, J.D. 1994. Time Series Analysis. Princeton: Princeton University Press.
Tsay, R.S. 2005. Analysis of Financial Time Series. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.
Vogelvang, B. 2005. Econometrics Theory and Applications with Eviews. Harlow: Pearson
Education.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Data dan Analitik

322 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

PROGRAM SARJANA SAINS (KIMIA)

PENGENALAN

Program ini menyajikan satu pakej yang lebih menarik terutama sekali dari segi tempoh
minimum yang hanya 2 semester. Program ini disediakan untuk menarik lebih ramai calon-
calon dari industri, kolej swasta, institut penyelidikan dan juga badan kerajaan yang
mempunyai masa yang terhad untuk cuti belajar. Pelajar lulusan Program Sarjana Sains
(Kimia) ini akan dapat memberi sumbangan dan memainkan peranan yang berkesan dalam
kemajuan dan pembangunan sains dan teknologi negara selaras dengan prinsip
pembangunan negara.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)

OPP1 : Berketerampilan dengan sahsiah dan akhlak terpuji yang dapat mendukung
wawasan fakulti dan universiti serta mampu menyumbang tenaga dan
OPP2 : kepakaran kepada perkembangan teknologi dan penyelesaian masalah
OPP3 : semasa.
OPP4 : Membangunkan sikap dan kesedaran untuk mengenalpasti, merancang aktiviti
kerja, mereka-bentuk penyelidikan baru dan inovasi dalam proses dan
pengeluaran yang berkaitan dengan bidang kimia.
Memberikan pengetahuan mendalam dan membimbing penerokaan
penyelidikan terkini dalam bidang kimia yang mampu menangani isu
keselamatan, keharmonian dan keseimbangan alam sekitar.
Mendalami pengetahuan, kemahiran dan membina jaringan perkongsian ilmu
dalam bidang kimia yang menyumbang kepada pembangunan pertanian,
kesihatan dan industri pembuatan

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

HPP1 : Penguasaan pengetahuan kimia lanjutan.
HPP2 : Penguasaan kemahiran teknikal dalam kimia.
HPP3 : Mampu mengenalpasti, merumus dan menyelesai masalah.
HPP4 : Mampu menggunakan kaedah saintifik untuk mereka bentuk, mengendali
eksperimen, menganalisis dan menginterpretasi data.
HPP5 : Mampu menghayati isu berkaitan dengan etika, masyarakat, dan alam sekitar.
HPP6 : Berkebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan.
HPP7 : Berkemampuan untuk memainkan peranan dalam kumpulan sebagai individu
dan pemimpin yang berkesan.
HPP8 Menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat dan mendapat kemahiran
untuk melakukannya.
HPP9 : Mampu memiliki kemahiran keusahawanan dan pengurusan.

STRUKTUR PROGRAM

Pelajar dikehendaki mendaftar dan lulus sekurang-kurangnya 40 jam kredit kursus sepanjang
pengajian. Jadual berikut menunjukkan kursus-kursus wajib dan pelengkap program yang
perlu diambil oleh pelajar.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Kimia

323 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

SEMESTER KURSUS WAJIB KURSUS PILIHAN JUMLAH
STKK6142 Elektrokimia
STKK6113 Kimia Kuantum STKK6342 Kimia Tak
STKK6313 Mekanisme Tindak
Organik Fizik
Balas STKK6542 Kinetik dan
STKK6513 Tak Organik
I STKK6713 Sintesis Organik Mekanisme
Tindak Balas
Prinsip Reka STKK6762 Analisis
Bentuk Permukaan
Instrumen
STPD6014 Analisis
Kaedah
STKK6972 Penyelidikan
Projek
Penyelidikan I

STKK6123 Kimia Polimer
STKK6323 Lanjutan

Kimia Tak Organik
STKK6523 Gunaan
II Spektroskopi Kimia
STKK6723 Organik
STKK6986 Sistem Pengurusan

Kimia
Projek Penyelidikan
II

JUMLAH 36 4 40

KURSUS YANG DITAWARKAN

STPD6014 Kaedah Penyelidikan
STKK6113 Kimia Kuantum
STKK6123 Kimia Polimer Lanjutan
STKK6142 Elektrokimia
STKK6313 Mekanisme Tindak Balas Tak Organik
STKK6323 Kimia Tak Organik Gunaan
STKK6342 Kimia Tak Organik Fizik
STKK6513 Sintesis Organik
STKK6523 Spektroskopi Kimia Organik
STKK6542 Kinetik dan Mekanisme Tindak Balas
STKK6713 Prinsip Reka Bentuk Instrumen Analisis
STKK6723 Sistem Pengurusan Kimia
STKK6762 Analisis Permukaan
STKK6972 Projek Penyelidikan I
STKK6986 Projek Penyelidikan II

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Kimia

324 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

KANDUNGAN KURSUS

STKK6113 Kimia Kuantum
Kursus ini memperkenalkan dan membincangkan prinsip asas dalam teori kuantum. Topik-
topiknya termasuklah prinsip kedualan zarah-gelombang, prinsip ketidaktentuan, persamaan
Schrodinger, pengnormalan dan kuantil, interpretasi fungsian gelombang Born, pengoperasi,
nilai dan fungsian Eigen, kebarangkalian dan nilai jangkaan. Aplikasi fungsian gelombang
dalam menyelesaikan partikel dalam kotak dan pergerakan dua dimensi untuk pergerakan
translasi, aras tenaga dan fungsian gelombang untuk getaran dan putaran dalam dua dan tiga
dimensi dan spin untuk putaran akan dibincangkan. Dalam bahagian kedua kursus ini,
pengajaran merangkumi topik berikut: spektrum atom, struktur atom H, tenaga pengionan,
struktur molekul, teori orbital molekul, orbital pengikatan dan anti-pengikatan. Teori gabungan
linear orbital atom (LCAO), teori orbital molekul Huckel dan pengkomputeran kimia juga akan
dibincangkan.

Bacaan Asas
Atkins, P. & Paula, J. 2014. Physical Chemistry, Volume 2: Quantum Chemistry,

Spectroscopy, and Statistical Thermodynamics. New York: WH Freeman & Co.
Atkins, P. & Paula, J. 2015. Elements of Physical Chemistry. Oxford University Press.
Piela, L. 2019. Ideas of Quantum Chemistry. New York: Elsevier.
Shukla, J. L. & Manoj K. 2016. Practical Aspects of Computational Chemistry IV. New York:

Springer.
Lewars, E.G. 2016. Computational Chemistry: Introduction to the Theory and Applications of

Molecular and Quantum Mechanics. New York: Springer.

STKK6123 Kimia Polimer Lanjutan
Pengkuliahan terbahagi kepada tiga aspek asas iaitu termodinamik pencampuran,
kebolehcampuran dan pengadunan berkoloid. Tajuk perbincangan termodinamik merangkumi
entalpi, entropi dan tenaga bebas, interaksi antara molekul dan keserasian. Perbincangan
kebolehcampuran polimer akan tertumpu kepada kelikatan, reologi, morfologi dan
keseimbangan fasa, sifat fizik dan mekanik adunan, dan pengadunan larutan danleburan.
Pengadunan berkoloid akan dibincang dari aspek sebaran koloid, fasa tersebar dan penyebar,
dan penggugusan molekul amfifilik, struktur dan sifat misel, kestabilan koloid, agen
penyebaran dan pengadunan berkoloid.

Bacaan Asas
Atkins, P. and de Paula, J. 2017. Physical Chemistry, 10th ed. Oxford UK: Oxford University.
Fischer, E.K. 2018. Colloidal Dispersion, Franklin Classics Trade Press.
Mittal, V. 2018. Functional Polymer Blends and Nanocomposites, Central West Publishing.
Utraki, L. A. 2014. Polymer Blends Handbook, Vol I & II, Netherlands:Kluwer Academic Pub.
Mittal, V. 2017. Functional Polymer Blends: Synthesis, Properties and Performance, CRC

Press,London.

STKK6142 Elektrokimia
Topik yang akan dibincang ialah pemilihan pelarut dan elektrolit, reka bentuk sel dan elektrod
teknik voltametri untuk tindak balas sintetik dan sintesis elektrokimia dengan kaedahm
elektrolisis keupayaan terkawal, spektro-elektrokimia, tindak balas elektrokimia di dalam
media akueus dan pelarut organik. Selain itu, aplikasi dalam penyelidikan dan teknologi bateri
serta sensor kimia/ biosensor turut diperkenalkan. Seterusnya dalam bidang industri kloralkali,
elektrosintesis dan penyaduran akan dibincangkan.

Bacaan Asas
Eliaz, N. & Gileadi, E. 2019. Physical Electrochemistry: Fundamentals, Techniques and

Applications. 2nd Edition. Germany: Wiley-VCH

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Kimia

325 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Moretto, L.M., Kalcher, K. 2014. Environmental Analysis by Electrochemical Sensors and
Biosensors. Volume 1: Fundamental. New York: Springer

Fuchigami, T., Atobe, M., Inagi, S. 2015. Fundamentals & Applications of Organic
Electrochemistry. United Kingdom: John Wiley & Sons, Ltd.

Jow, T.R., Xu, K., Borodin, O. Ue, M. 2014. Electrolytes for Lithium and Lithium Ion Batteries.
New York: Springer

STKK6313 Mekanisme Tindak Balas Tak Organik
Kursus ini akan mendedahkan pelajar segala aspek asas mekanisma tindak balas tak organik
iaitu proses pembentukan ikatan dan celahan, pemindahan elektron, keadaan semulajadi
bahantara, media dan kesan lain, dalam redoks tak organik dan organologam dan tindak balas
gantian, termasuk proses yang melibatkan mangkin penting, sekitaran, biologi dan industri. Di
samping itu akan dibincangkan beberapa contoh tindak balas tak organik dan organologam
penting untuk menguatkan lagi pemahaman pelajar mengenai mekanisma tak organik.

Bacaan Asas
Kent, B. 2019. Inorganic Chemistry: Reaction, Structures and Mechanisms. NY Research

Press
Wilde, B. 2019. Inorganic Chemistry: Reactions and Mechanisms. Wilford Press
Kent, B. 2019. Advanced Inorganic Chemistry. NY Research Press
Van Eldik, R. & Hubbard, C. D. 2017. Inorganic Reaction Mechanism. Academic Press; 1st

Edition
Pérez, P. J. 2017 Advances in Organometallic Chemistry, Academic Press; 1st Edition

STKK6323 Kimia Tak Organik Gunaan
Kursus ini akan membincangkan dua bahagian terpenting dalam kimia takorganik yang
berkaitan dengan kehidupan seharian. Bahagian pertama adalah struktur dan fungsi
logam/ion logam dalam kehidupan manusia seperti mineral, vitamin dan ko-enzim. Tindak
balas biokimia yang melibatkan kepada kehadiran ion logam seperti pengambilan,
pengangkutan serta penyimpanan ion logam seperti besi; kuprum-protein, fotosintesis, ko-
enzim dan mangkin enzim akan dibincangkan. Bahagian kedua adalah bahan takorganik
digunakan dalam industri iaitu jenis tindak balas bermangkin secara homogen dan heterogen.
Dalam bahagian mangkin homogen mekanisme tindak balas bermangkin menggunakan
logam peralihan akan dibincangkan. Manakala dalam mangkin jenis heterogen pula hanya
tertumpu kepada sistem cecair dan gas.

Bacaan Asas
Mackay K. M., Mackay R. A., Henderson, W. 2017. Introduction to Modern Inorganic

Chemistry. 6th Edition. United Kingdom: Nelson Thornes.
Atwood, D. A. 2016. Sustainable Inorganic Chemistry. New York: John Wiley & Son.
Bhaduri, M. & Mukesh, D. 2014. Homogeneous Catalysis: Mechanisms and Industrial

Applications. New York: John Wiley & Son.
Kaim, W. & Schwederski, B., Klein, M. 2013. Bioinorganic chemistry: inorganic elements

in the chemistry of life: an introduction and guide. New York: John Wiley & Son.

STKK6342 Kimia Tak Organik Fizik
Kajian yang mendalam mengenai sifat sebatian tak organik dan tindak balas yang boleh
dialaminya. Tumpuan utama adalah kepada tindak balas gantian sebatian kompleks
oktahedron, tetrahedron dan segi-empat mensatah. Konsep stabil, labil, langkah mekanisme,
stereokimia, kesan trans serta bukti eksperimen bagi mekanisme sekutuan, penghuraian dan
saling-tukaran akan dikaji. Selain daripada tindak balas gantian, tindak balas redoks dengan
konsep sfera dalaman dan luaran dan juga tindak balas yang berlaku oleh ligan terkoordinat
juga dikaji. Tindak balas ligan terkoordinat merangkumi hidrolisis ester, amida dan peptide,
tindak balas templat dan elektrofilik. Tindak balas yang berkaitan dengan sistem biokimia akan
juga dibicarakan.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Kimia

326 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Bacaan Asas
Mackay K. M., Mackay R. A., Henderson, W. 2017. Introduction to Modern Inorganic

Chemistry. 6th Edition. United Kingdom: Nelson Thornes.
Atwood, D. A. 2016. Sustainable Inorganic Chemistry. New York: John Wiley & Son.
Bhaduri, M. & Mukesh, D. 2014. Homogeneous Catalysis: Mechanisms and Industrial

Applications. New York: John Wiley & Son.
Kaim, W. & Schwederski, B., Klein, M. 2013. Bioinorganic chemistry: inorganic elements in

the chemistry of life: an introduction and guide. New York: John Wiley & Son.

STKK6513 Sintesis Organik
Membincangkan tindak balas ke arah pembentukan ikatan karbon-karbon dan tindak balas
yang melibatkan penukaran antara kumpulan berfungsi. Kaedah sintetik dengan penekanan
kepada penemuan, pembangunan dan kegunaan tindak balas kimia dalam sintesis, batasan
dan skop tindak balas. Sintesis multi-peringkat hasilan semulajadi sebagai templat untuk
pelbagai pendekatan dan strategi sintetik dan reagen sintetik menggunakan sebatian
organologam akan dibincangkan.

Bacaan Asas
Shi, M., Wei, Y., Zhao, M-X., & Zhang, J. 2018. Organocatalytic cycloadditions for synthesis

of Carbo- and Heterocylcles. Wiley-VCH; 1st Edition.
Starkey, L.S. 2018. Introduction to Strategies For Organic Synthesis. Wiley; 2nd Edition
Smith, M.B. 2016. Organic synthesis. New York: McGraw-Hill Higher Education.4th Edition.
Wuts, P.G.M. & Greene, T.W. 2014. Protective groups in organic synthesis. Wiley, 5th Edition

STKK6523 Spektroskopi Kimia Organik
Kursus ini diperkenalkan bagi mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam
penentuan struktur dan stereokimia sebatian organik. Teori dan aplikasi kaedah spektroskopi
moden bagi tujuan ini akan dibincang meliputi spektroskopi ultralembayung, inframerah, RMN
satu dan dua dimensi dan spektrometri jisim. Di samping itu, pendekatan langkah demi
langkah dalam elusidasi struktur sebatian organik yang melibatkan pengabstrakan dan
interpretasi data spektrum ultralembayung, inframerah, RMN satu dan dua dimensi dan
spektrometri jisim akan dibincangkan dengan terperinci. Selain menitikberatkan latihan
elusidasi struktur berdasarkan data spektroskopi, latihan pengoperasian instrumen juga akan
dijalankan dalam satu slot kerja amali. Kepentingan data spektroskopi dan analisis fizikal
dalam penentuan stereokimia sebatian organik juga akan disentuh.

Bacaan Asas
Breitmaier, E. 2004. Structure Elucidation by NMR in Organic Chemistry. A Practical Guide.

Sussex: John Wiley & Sons.
Claridge, T.G.W. 2016. High Resolution NMR Techniques in Organic Chemistry. 3rd Edition.

Amsterdam: Elsevier Science.
Crews, P., Rodriguez, J. & Jaspars, M. 2009. Organic Structure Analysis. 2nd Edition. New

York : Oxford University Press.
Pavia, D. L., Lampman, G. M. & Kriz, G. S. & Vyvyan, J. R. 2013. Introduction To

Spectroscopy. 5th Edition. Stamford: Cengage Learning
Shriner, R.L., Christine, K.F., Morill, T.C., Curtin, D.Y. & Fuson, R.C. 2004. The Systematic

Identification of Organic Compounds. 8th Edition. New York: John Wiley & Son.

STKK6542 Kinetik dan Mekanisme Tindak Balas
Mengkaji secara terperinci bagaimana kaedah dan data kinetik diperolehi serta diolah
bersetuju dengan model tindak balas atau mekanisme yang dicadangkan bagi sesuatu tindak
balas sama ada organik atau tak organik. Pelbagai mekanisme tindak balas yang lazim bagi
tindak balas gantian, redoks, mangkin, asid-bes, pempolimeran dan enzim akan dikaji. Teknik
penentuan tindak balas pantas dan lompatan suhu akan diperkenalkan. Konsep perhubungan

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Kimia

327 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

linear tenaga bebas, kinetik kesan isotop dan pengolahan matematik bagi beberapa
mekanisme tindak balas rumit akan dibincangkan.

Bacaan Asas
Turanyi, T. & Tomlin, A.S. 2014. Analysis of Kinetic Reaction Mechanisms. Springer.
Vallance, C. 2017. An Introduction to Chemical Kinetics. IOP Concise Physics.
Ancheyta, J. 2017. Chemical Reaction Kinetics: Concepts, Methods and Case Studies. Wiley;

1st Edition.
Punekar, N. S. 2018. Enzymes: Catalysis, Kinetics and Mechanisms. Springer; 1st edition

STKK6713 Prinsip Reka Bentuk Instrumen Analisis
Pemahaman tentang prinsip kimia kualitatif dan kuantitatif dalam mereka bentuk instrumen
analisis diterapkan. Sistem dan komponen dalam instrumen analisis - sumber cahaya,
pemanas, optik, pam, motor, amplifier operasi, elektronik, unit pemprosesan berpusat (CPU),
vakum, antaramuka, pengukuran isipadu dan jisim, pengesan dan lain-lain dibincangkan.
Langkah-langkah dalam mereka bentuk sistem instrumen analisis untuk tujuan tertentu dan
beberapa contoh penganalisa automatik dan penganalisa proses yang digunakan dalam
pelbagai bidang juga akan diperkenalkan.

Bacaan Asas
Barbooti, M. 2015. Environmental Applications of Instrumental Chemical Analysis. Apple

Academic Press, Inc.
Rouessac, F. & Rouessac, A. 2013. Chemical Analysis: Modern Instrumentation Methods and

Techniques. 2nd Edition. London: Wiley.
Manka, D. 2012. Automated Stream Analysis for Process Control, Volume 1. Elsevier.
Chaudhuri, U.R. & Chaudhuri, U.R. 2012. Fundamentals of Automatic Process Control. CRC

Press.
Chesmond, C.J. 2014. Control System Technology. Edward Arnold Ltd.

STKK6723 Sistem Pengurusan Kimia
Memperkenalkan hubungan antara ekonomi, industri, keselamatan dan alam sekitar.
Penekanan diberikan kepada pengurusan bahan kimia berbahaya dan sisa terjadual serta
akta dan peraturan yang berkaitan di Malaysia. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Akta 514), Peraturan Pengkelasan, Pembungkusan dan Perlabelan Bahan Kimia, Akta Kualiti
Alam Sekeliling (Akta 127), Buangan Terjadual (1989), Penggunaan dan Standard
Pendedahan Bahan Kimia Kepada Kesihatan
(USECHH 2000), Risalah Data Keselamatan Bahan (MSDS) dibincangkan. Analisis hazad
(HAZAN, HAZOP), hubungan bahan kimia dengan toksikologi, kitaran bahan kimia dan
kecemasan industri kimia, kebakaran dan tumpahan bahan kimia dan pelupusan sisa kimia
terjadual serta keselamatan kebakaran juga dibincangkan. Pendedahan kepada pelbagai
sistem pengurusan akan diberikan ternasuk jaminan kualiti (ISO 9001:2000), pengurusan
alam sekitar (ISO 14000) dan kesihatan dan keselamatan pekerjaan (OHSAS 18001),
ISO17025. Good Manufacturing Practice. Cradle to Grave Management.

Bacaan Asas
Crowl, D.A. & Louvar, J.F. 2019. Chemical Process Safety: Fundamentals and Application.

New Jersey: Prentice-Hall, 4th edition.
Konieczka, P. & Namiesnik, J. 2018. Quality Assurance and Quality Control in the analytical
Chemical laboratory: A Practical Approach.CRC Press; 2nd edition.
Armour, M-A. 2016. Hazardous Laboratory Chemicals Disposal Guide. CRC Press, 3rd edition.
Turner, G.R. 1994. Total Quality Management in the Chemical Industry – Strategies for

Success. United Kingdom: Royal Society of Chemistry
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan, 2000, MDC Publisher, Kuala

Lumpur.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Kimia

328 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

STKK6762 Analisis Permukaan
Kursus ini membincangkan kepentingan analisis permukaan, sistem vakum, 'mean free path'
(MFP), fenomena fotoelektron dan elektron Auger. Spektroskopi elektron yang melibatkan
teori, instrumentasi dan analisis data bagi spektroskopi XPS, AES dan UPS. Analisis
permukaan sampel pepejal berasaskan fenomena jerapan/nyahjerapan sampel
menggunakan gas N2, persamaan BET, luas permukaan, saiz liang dan taburan liang.
Jerapan selektif berasaskan jerapan kimia berasaskan gas H2 dan gas-gas lain. Kaedah
analisis permukaan yang lazim digunakan melibatkan teori instrumentasi dan penggunaan
instrumen AFM, SEM dan TEM.

Bacaan Asas
Samorjai A. G & Li, Y. 2015. Introduction to Surface Chemistry and Catalysis. New Jersey:

Wiley.
Lowell, S., Shields, J.E, Thomas, M. A & Thommes, M 2016. Characterization of Porous Solids

and Powders: Surface Area, Pore Size and Density. Dordrecht: Wiley.
Vickerman, J.C & Gilmore I. S. 2017. Surface Analysis: The Principle. New Jersey: Wiley.
Walls, J.M. & Smith R. 2018. Surface Science Technique. New York: Pergamon Press.
Goncharova, L.V. 2018. Basic Surface and Their Analysis. England: IOP Publishing.

STKK6972 Projek Penyelidikan I
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada proses penyelidikan mengikut bidang
khusus dalam kimia iaitu kimia organik, tak organik, analisis, fizik dan polimer. Pelajar
dikehendaki menjalankan pencarían maklumat secara sistematik. Pelajar perlu memahami
dengan mendalam intipati kajian pustaka yang dijalankan. Projek penyelidikan ini akan
dijalankan dalam dua semester berturut-turut dan pada hujung semester kedua, calon
dikehendaki menghantar laporan penyelidikan untuk dinilai. Tajuk-tajuk projek akan diberikan
oleh pensyarah yang telah dikenalpasti oleh program untuk membimbing pelajar tersebut
sepanjang pengajiannya. Projek penyelidikan I akan dinilai berdasarkan penulisan usulan
penyelidikan dan pembentangan usulan penyelidikan.

Bacaan Asas
Pusat Siswazah. 2015. Format Gaya UKM. Bangi: Penerbit UKM.
Kumar, R. 2019. Research Methodology: A Step-By-Step Guide for Beginners. SAGE

Publications Ltd; 5th Edition.
D’Angelo, J.G. 2018. Ethics in Science: Ethical Misconduct in Scientific Research. CRC Press;

2nd Edition.
Pogliani, L., Haghi, A.K. & Islam, N. 2019. Research Methodologies and Practical

Applications of Chemistry (Innovations in Physical Chemistry). Apple Academic Press; 1st
Edition.

STKK6986 Projek Penyelidikan II
Projek Penyelidikan II adalah sambungan daripada Projek Penyelidikan I di mana pelajar pada
semester ini dikehendaki menulis satu disertasi hasil penyelidikan yang diperolehi.
Penyelidikan yang dijalankan mendedahkan pelajar kepada pendekatan, teknik, pencerapan
dan análisis data serta rumusan penyelidikan. Hasil penyelidikan perlu ditulis dalam bentuk
disertasi mengikut format yang ditetapkan. Penilaian dibuat berdasarkan kepada hasil kerja
penyelidikan, penulisan dan juga pembentangan akhir projek tersebut. Penulisan disertasi
mestilah mengikut garis panduan gaya UKM.

Bacaan Asas
Pusat Siswazah. 2015. Format Gaya UKM. Bangi: Penerbit UKM.
Thomas, G. 2017. How To Do Your Research Project: A Guide for Students. SAGE

Publications Ltd; 3rd Edition.
O’Leary, Z. 2017. The Essential Guide to Doing Your Research Project. SAGE Publications

Ltd; 3rd Edition.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Kimia

329 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021
D’Angelo, J.G. 2018. Ethics in Science: Ethical Misconduct in Scientific Research. CRC Press;
2nd Edition.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Kimia

330 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

PROGRAM SARJANA SAINS (SAINS MAKANAN)

PENGENALAN

Program Sains Makanan menawarkan Sarjana Sains secara tesis dan kerja kursus. Bidang
pengkhususan ini mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti pengeluaran makanan
bermula daripada ianya dituai atau disembelih sehinggalah dipasarkan dan sampai kepada
pengguna dalam keadaan yang selamat dan memenuhi keperluan dan citarasa pengguna.

Program ini penting dari segi kesinambungan dan penambahan ilmu bagi pelajar yang ingin
meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah yang mengikuti penyelidikan
sepenuhnya. Siswazah yang dikeluarkan akan dilengkapi dengan pengetahuan yang kukuh
dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan. Adalah diharapkan siswazah ini juga mampu
menggunakan pengetahuan ini dalam penyelidikan dan penghasilan produk baru yang
berkhasiat, memantau kualiti dan keselamatan makanan, dapat menyumbang dalam
perkembangan dasar makanan dan pemakanan negara, membantu melaksanakan peraturan-
peraturan makanan dan juga program pendidikan sains makanan dan pemakanan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (OPP)

OPP1 : Berketerampilan dengan sahsiah dan akhlak terpuji yang dapat mendukung
wawasan fakulti dan universiti serta mampu menyumbang tenaga dan
OPP2 : kepakaran kepada perkembangan teknologi dan penyelesaian masalah
OPP3 : semasa.
OPP4 : Memberikan pengetahuan mendalam dan membimbing penerokaan
penyelidikan terkini dalam bidang sains dan teknologi makanan yang mampu
menangani isu keselamatan, keharmonian dan keseimbangan alam sekitar.
Membangunkan sikap dan kesedaran untuk mengenalpasti, merancang aktiviti
kerja, mereka-bentuk penyelidikan baru dan inovasi bagi menghadapi cabaran
dan memenuhi permintaan dalam industri makanan semasa.
Mendalami pengetahuan, kemahiran dan membina jaringan perkongsian ilmu
dalam bidang sains dan teknologi makanan yang menyumbang kepada
pembangunan pertanian, kesihatan dan industri makanan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

HPP1 : Penguasaan pengetahuan asas dan lanjutan menjalankan penyelidikan
HPP2 : dalam bidang sains dan teknologi makanan.
HPP3 : Mempunyai kemampuan teknikal yang mendalam berkaitan bidang sains dan
HPP4 : teknologi makanan.
Berkemampuan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan
penyelidikan sains dan teknologi makanan.
Berkemampuan menggunakan kaedah saintifik untuk merekabentuk,
menjalankan, menganalisis dan mentafsir data penyelidikan.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Makanan

331 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

HPP5 : Kefahaman terhadap isu dan keperluan berkaitan dengan etika, masyarakat,
budaya dan persekitaran sebagai seorang ahli sains dan teknologi makanan
HPP6 : yang profesional.
HPP7 : Berkebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
Berkemampuan untuk memainkan peranan secara berkesan sebagai individu
HPP8 : ataupun berkumpulan beserta keupayaan menjadi pemimpin mahupun ahli
kumpulan yang berkesan.
HPP9 : Berkebolehan mengurus dan mengumpul maklumat serta melibatkan diri
dalam pembelajaran sepanjang hayat dan memiliki kemampuan untuk
berbuat demikian.
Berkeupayaan untuk memperoleh kemahiran keusahawanan dan pengurusan
bagi memenuhi keperluan industri berasaskan makanan.

STRUKTUR PROGRAM

Setiap pelajar yang mendaftar program ini dikehendaki mendaftar dan lulus 40 jam kredit
sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah. Daripada 40 jam kredit tersebut, 29 jam kredit
adalah kursus wajib dan 11 jam kredit kursus pilihan. Pelajar boleh memilih mana-mana
kursus pilihan yang disenaraikan untuk memenuhi keperluan jam kredit kursus tersebut.

SEMESTER KURSUS WAJIB KURSUS PILIHAN JUMLAH

STPD6014 STKM6033
Kaedah Penyelidikan Sains Lemak dan Minyak

STKM6113 STKM6323

Mikrobiologi Makanan Lanjutan Operasi Pemprosesan

Makanan

STKM6122

Teknik Eksperimen dalam Sains STKM6322

I Makanan Teknik Semasa dalam 20

Mikrobiologi Makanan

STKM6313

Kualiti Makanan

STKM6712Toksikologi Makanan
dan Pemakanan

STKM6973
Projek Penyelidikan I

STKM6023 STKM6043 20
Teknologi Produk Berprotein Teknologi Konfeksi Gula
II dan Coklat
STKM6123
Kimia Makanan Lanjutan

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Makanan

332 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

STKM6986 STKM6243
Projek Penyelidikan II Pengurusan Keselamatan
Makanan
JUMLAH 29 40
STKM6722
Pembungkusan Makanan

11

KURSUS YANG DITAWARKAN

STPD6014 Kaedah Penyelidikan
STKM6023 Teknologi Produk Berprotein
STKM6033 Sains Lemak dan Minyak
STKM6043 Teknologi Konfeksi Gula dan Coklat
STKM6113 Mikrobiologi Makanan Lanjutan
STKM6122 Teknik Eksperimen dalam Sains Makanan
STKM6123 Kimia Makanan Lanjutan
STKM6243 Pengurusan Keselamatan Makanan
STKM6313 Kualiti Makanan
STKM6322 Teknik Semasa dalam Mikrobiologi Makanan
STKM6323 Operasi Pemprosesan Makanan
STKM6712 Toksikologi Makanan dan Pemakanan
STKM6722 Pembungkusan Makanan
STKM6973 Projek Penyelidikan I
STKM6986 Projek Penyelidikan II

KANDUNGAN KURSUS

STKM6023 Teknologi Produk Berprotein
Kursus ini membincangkan pelbagai aspek sains dan teknologi protein haiwan dan tumbuhan.
Penekanan akan diberi kepada teknologi protein haiwan khususnya daging, susu dan telur.
Aspek sains meliputi perkembangan komponen kimia dan biokimia, mutu mikrobiologi dan
perubahan fiziko-kimia komponen protein berkenaan. Aspek teknologi akan menghuraikan
teknologi pemprosesan daging, susu dan tenusu dan produk berasaskan telur. Penghasilan
dan penggunaan hasil sampingan seperti lemak dan kulit haiwan, kulit telur, wei dan laktosa
akan dihuraikan.

Bacaan Asas
Bajpai, P. 2017. Single Cell Protein Production from Lignocellulosic Biomass. Singapore:

Springer.
Ortolan, F. & Steel, C.J., 2017. Protein characteristics that affect the quality of vital wheat

gluten to be used in baking: A review. Comprehensive Reviews in Food Science and Food
Safety 16(3): 369-381.
Thompson, A., Boland, M. & Singh, H. (Eds). 2014. Milk Proteins: from Expression to Food
(2nd Edition). New York: Academic Press.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Makanan

333 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Toldra, F. 2017. Lawrie’s Meat Science. 8th Ed. Cambridge, England: Workhead Publ.
Ustunol, Z. 2015. Applied Food Protein Chemistry. West Sussex: John Wiley & Sons Ltd.
William, J. & Cotterill, O.J. (Eds.) 2013. Egg Science and Technology (4th Edition). New

York: Routledge.

STKM6033 Sains Lemak dan Minyak
Kursus ini membincangkan pemprosesan lemak dan minyak untuk menghasilkan produk
bernilai tambah. Ini termasuklah pemeringkatan, penghidrogenan, pentransesteran dan
pengadunan untuk menghasilkan pengemulsi (ester gula, DAG, MAG) dan lemak istimewa
(lipid berstruktur, lemak konfeksi, lelemak). Selain daripada itu, ciri-ciri polimorfisme lemak
dan minyak dan kepentingannya dalam penghijrahan lemak, keserasian dan pembentukan
bebunga lemak juga dibincangkan. Perubahan fizik-kimia lemak dan minyak semasa
memasak juga dibahaskan. Peranan lemak dan minyak diet dalam kesihatan dan penyakit
(penyakit koronari jantung, obesiti) juga diterangkan.

Bacaan Asas
Akoh, C.C. 2017. Food Lipids: Chemistry, Nutrition and Biotechnology. Boca Raton: CRC

Press.
Ahmad, M. 2017. Fatty Acids: Chemistry, Synthesis, and Applications. London: Academic

Press.
Bornscheuer, U.T. 2018. Lipid Modification by Enzymes and Engineered Microbes. London:

Elsevier.
Foo, D.C. 2018. Green Technologies for the Oil Palm Industry. Singapore: Springer.
Padley, F. 2018. Lipid technologies and applications. London: Routledge.
Sato, K. 2018. Crystallization of Lipids: Fundamentals and Applications in Food, Cosmetics

and Pharmaceuticals. Chichester: John Wiley & Sons.

STKM6043 Teknologi Konfeksi Gula dan Coklat
Kursus ini merangkumi pemahaman secara komprehensif dan saintifik terhadap teknologi
konfeksi gula dan coklat secara teori dan praktikal. Skop kursus meliputi perbincangan
terhadap spesifikasi, bahan mentah, pemprosesan, kawalan mutu, jangka hayat,
pembangunan produk baru dan penerimaan produk. Perbincangan juga tertumpu kepada
beberapa aspek fizikokimia produk seperti karbohidrat, pemanis, pengemulsi dan lemak.
Bahan mentah dan produk konfeksi yang akan dibincangkan ialah jeli dan gam, produk koko,
kacang, pemanis, lemak, lemak koko gantian, gula-gula dan karamel. Perbincangan ke atas
pemprosesan produk akan meliputi aspek penghabluran, kepekatan, kesan adunan, kesan
pH, titik didih, penggunaan aditif makanan dan masalah penyimpanan.

Bacaan Asas
Ashokkumar, Y. 2018. Textbook of Bakery and Confectionery, (Revised). Delhi: PHI Learning

Pvt. Ltd.
Beckett, S.T., 2018. The Science of Chocolate. London: Royal Society of Chemistry.
Beckett, S. T., Fowler, M.S. & Ziegler, G.R. 2017. Beckett's Industrial Chocolate Manufacture

and Use. Sussex: John Wiley & Sons.
Edwards, W.P. 2018. The Science of Sugar Confectionery. London: Royal Society of

Chemistry.
Hartel, R.W., Joachim, H. & Hofberger, R. 2017. Confectionery Science and Technology.

Cham: Springer.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Makanan

334 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Mohos, F. 2017. Confectionery and Chocolate Engineering: Principles and Applications.
Sussex: John Wiley & Sons.

STKM6113 Mikrobiologi Makanan Lanjutan
Kursus ini membincangkan tentang aspek saintifik mikroorganisma yang mencemari
makanan, fisiologi dan biokimia mikroorganisma dalam makanan yang tercemar, dan aspek-
aspek kemandirian sel vegitatif dan spora mikroorganisma akibat terdedah kepada pelbagai
teknik pengawetan makanan. Mekanisma penghasilan toksin oleh bakteria dan tindakannya
hingga menyebabkan keracunan makanan, secara infeksi dan intoksikasi akan juga
dibincangkan. Epidemiologi molekular, kaedah pantas untuk pensubtaipan bakteria dan
analisis data, dan isu-isu kemunculan penyakit yang berpunca dari makanan dan
perundangan antarabangsa berkaitan dengan mikrobiologi makanan akan dipelajari. Prinsip
dan penggunaan ramalan mikrobiologi semasa pengawetan makanan bagi mengawal
patogen makanan akan diperkenalkan disamping tajuk lain seperti penilaian risiko
mikrobiologi dan kriteria mikrobiologi. Teknik-teknik terkini berdasarkan kepada imunologi
dan genetik untuk mengesan dan menentukan beban mikroorganisma dalam makanan
khususnya patogen turut dibincangkan.

Bacaan Asas
Charles, N.H., Joan, B.R. & Chales B.G. 2014. Quantitative Microbial Assessment. 2nd Edition.

New Jersey: Wiley and Sons. Inc.
Doyle, M.P. & Buchanan, R.L. eds., 2012. Food microbiology: Fundamentals and Frontiers.

American Society for Microbiology Press.
Forsythe, S.J. 2008. The Microbiological Risk Assessment of Food. John Wiley & Sons.
Fratamico, P.M., Bhunia, A.K. & Smith, J.L. 2005. Foodborne Pathogens: Microbiology and

Molecular Biology. New York: Caister Academic Press.
International Commission on Microbiological Specifications for Foods (ICMSF). 2011.

Microorganisms in Foods 8: Use of Data for Assessing Process Control and Product
Acceptance. New York: Corr.
Jia-Horng, K. & Ding-Shinn, C. 2018. Hepatitis B Virus and Liver Disease. Singapore:
Springer Nature Singapore Pte Ltd.
Palino, M.V. 2007. Food Microbiology Research Trends. New York: Nova Science
Publishers.

STKM6122 Teknik Eksperimen dalam Sains Makanan
Kursus ini membincangkan prinsip asas teknik menjalankan eksperimen dalam sains
makanan. Perbincangan juga merangkumi beberapa kaedah menjalankan eksperimen yang
biasa dijalankan dalam bidang sains makanan, menganalisa dan merumuskan hasil
eksperimen serta penggunaan perisian untuk menganalisa data. Kursus ini akan menekankan
aspek praktikal selain dari teori.

Bacaan Asas
Cornell, J. 2011. A Primer on Experiments with Mixtures. John Wiley & Sons. Inc., Florida.
Myers, R.H. & Montgomery, D.C. 2016. Response Surface Methodology. John Wiley & Sons.

Inc.,Florida.
Fellows, P. 2009. Food Processing Technology: Principles & Practice. Ellis-Harwood Ltd.,

Chichester, England.
Montgomery, D.C. 2012. Design and analysis of Experiments. John Wiley & Sons. Inc., New

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Makanan

335 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

York.
Jackson, S.L. 2015. Research Methods and Statistics. Cengage Learning. Boston.

STKM6123 Kimia Makanan Lanjutan
Kursus ini akan membincangkan kimia protein, karbohidrat dan lipid dari aspek kimia dan
biokimia serta teknik-teknik analisis berinstrumen yang sesuai untuk permonitoran sifat
fizikokimia bagi menentukan kualiti. Kimia protein yang akan dibincangkan tertumpu kepada
interaksi protein-air, protein-protein, protein-kanji dan protein-logam dan kepentingannya
dalam pemprosesan makanan. Teknologi ubahsuaian protein juga akan dibincangkan.
Sementara kimia karbohidrat pula akan membincangkan dengan terperinci tentang
polisakarida dari segi hubungan struktur dengan fungsi, pengubahsuaian serta penggunaan
dalam industri makanan. Kimia lipid merangkumi tajuk-tajuk seperti penghasilan lemak,
pengkelasan lipid, produk bernilai tambah, polimorfisma, pengoksidaan, lipid terstruktur
melalui kaedah interesterifikasi and dan penggunaan lipid dalam sistem makanan. Teknik-
teknik analisis lemak dan minyak juga akan dibincangkan.

Bacaan Asas
deMan, J.M., Finley, J., Hurst, W.J. & Lee, C. 2018. Principles of Food Chemistry. Fourth Ed.

New York: Springer Science & Business.
Cheung, P.C. & Mehta, B.M. eds., 2015. Handbook of Food Chemistry. New York: Springer

Reference.
Damodaran, S., Parkin, K.L. & Fennema, O.R.. 2017. Fennema's Food Chemistry. Fifth

Edition (Food Science and Technology). Boca Raton: CRC Press.
Coultate, T.P. 2015. Food: The Chemistry of Its Components. Sixth Edition. London: Royal

Society of Chemistry.
Velisek, J. 2014. The Chemistry of Food. First Edition. Hoboken: Wiley Blackwell.

STKM6243 Pengurusan Keselamatan Makanan
Pengawalan kualiti makanan, pengurusan kualiti keseluruhan (TQM) dan pengurusan
keselamatan makanan dalam industri makanan akan dibincangkan. Kursus ini juga
membincangkan konsep analisis risiko makanan dan kebolehkesanan makanan. Pelajar juga
akan didedahkan mengenai pembangunan perundangan dan piawaian makanan termasuklah
perkara-perkara utama dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 serta
Piawaian Malaysia bagi pelbagai kategori produk makanan. Peranan Codex Alimentarius
Commission dalam membangunkan pelbagai piawai dan panduan mengenai pengeluaran
makanan akan dijelaskan. Pelajar juga didedahkan secara mendalam kepada pembangunan
dan mentadbirkan sistem kualiti sesuatu produk. Sistem kualiti yang cekap amat perlu bagi
tuk menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat yang menepati kehendak piawai dalam
negara dan antarabangsa. Prinsip kebersihan makanan, kod amalan, kod Amalan
Pengilangan baik, konsep makanan halal dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Bahaya
(HACCP) dan ISO9000 akan dibincangkan. Pembangunan dan pentadbiran peraturan dan
penguatkuasaan berkaitan dengan sistem kualiti juga akan dibincang dalam kursus ini.

Bacaan Asas
Albert, I. & gustavo, V.B.C. 2014. Introduction to Food Process Engineering (Food Presevation

Technology). 1st Edition. Boca raton: CRC Press.
Foster, S.T. 2014. Managing Quality: an Integrative Approach. Upper Saddle River, New

Jersey: Prentice Hall

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Makanan

336 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Hoyle, D. 2005. ISO9000 Quality Systems Handbook. 5th Ed. Butterworth Heinemann.
Publication.

ICMSF. 1988. HACCP In Microbiological Safety and Quality. Oxford: Blackwell Scientific.
Kementerian Kesihatan Malaysia. 2006. Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik.

Kuala Lumpur: Publication of the Ministry of Health, Malaysia.
Ministry of Health Malaysia. 2001. Malaysian Certification for HACCP, Guideline for HACCP

Certification, Guidelines for HACCP Surveillance Audit, Guidelines for HACCP
Compliance Audit, Publication of the Ministry of Health, Malaysia.
Moretimore, S. & Wellace, C. 2013. HACCP: A Practical Approach. 3rd Ed. Springer
Publication.
Shearsett, A. & Bevoc, L. 2016. Food Safety For Food Processors. NutriNiche System LLC.

STKM6313 Kualiti Makanan
Kursus ini mendalami aspek kawalan kualiti bagi beberapa jenis makanan tertentu. Perhatian
akan ditumpukan kepada pengawalan kualiti makanan tempatan untuk kegunaan tempatan
dan eksport. Kursus ini akan memperkenalkan kaedah-kaedah untuk membangunkan
spesifikasi, menyediakan piawai serta kaedah mengukur ciri-ciri kualiti termasuk kualiti
berkaitan produk makanan halal. Kualiti buah-buahan khususnya perubahan fisiologi yang
dikaitkan dengan pemasakan dan hayat simpanan buah-buahan tropika akan dibincangkan.
Kaedah-kaedah penilaian sensori seperti kaedah analisis pemerihalan, kuantitatif, profil perisa
dan profil tekstur yang mempunyai peranan dalam kawalan mutu akan dihuraikan.

Bacaan Asas
Aminah Abdullah. 2000. Prinsip Penilaian Sensori. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia
Herschdoerfer, S.M. 2012. Quality Control for the Food Industry: Food Science and

Technology. London and New York.
International Trade Centre. 1991. Quality Control for the Food Industry: An Introductory

handbook Geneva. UNCTAD/GATT.
Malaysian Standard MS1500: 2000. General guidelines on the production, preparation,

handling and storage of halal foods, Department of Standards Malaysia.
Pizato, S., Cortez-Vega, W. R. & Prentice, C. 2015. Quality assessment of cooked chicken

breast meat at different storage temperatures. International Food Research Journal 22(1):
143-154.
Taoukis, P. S., Labuza, T. P. & Saguy, I. S. 1997. Kinetics of food deterioration and shelf-life
prediction. The Editors, 30.

STKM6322 Teknik Semasa dalam Mikrobiologi Makanan
Kursus ini, teknik-teknik terkini dalam mikrobiologi makanan akan didedahkan kepada pelajar.
Ini termasuklah pengesanan, pengenalpastian dan pencirian teknik-teknik berbeza dalam
mikrobiologi makanan seperti diagnostik berasaskan asid nukleik dan ELISA. Pelajar diajar
microbial yang biasa mencemari makanan dan bahan berisiko seperti Bovine Spongiform
Encephalophaty (BSE). Mereka juga akan didedahkan kepada penganalisaan data dan
pembelajaran epidemiologi molekular dari cap jari DNA yang telah didapati dan diterangkan
kemajuan terkini dalam diagnostik berasaskan asid nukleik untuk menentukan kandungan
makanan dari aspek agama (Isu Halal), keselamatan, perundangan dan pengakuan. Selain
dari itu, penerangan dan kaedah dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan mirob
akan didedahkan kepada pelajar-pelajar.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Makanan

337 Panduan Siswazah FST Sesi Akademik 2020-2021

Bacaan Asas
John R. Crowther. 2008. Elisa: Theory and Practice (Methods in Molecular Biology. 2nd Ed.

USA: Springer Protocol.
Conrad Sachse. 2002. PCR Detection of Microbial Pathogens (Methods in Molecular

Biology). 1st Ed. USA: Humana Press.
Ron Fridell. 2001. DNA Fingerprinting: The Ultimate Identity. USA: Childrens Press.

STKM6323 Operasi Pemprosesan Makanan
Kursus ini membincangkan aspek teknikal dan pengurusan operasi pemprosesan makanan.
Aspek teknikal akan merangkumi prinsip dan aplikasi proses pengekstrakan, pemisahan,
penggorengan serta penyahasidan. Pelajar juga akan terlibat di dalam beberapa sesi makmal.
Aspek pengurusan pula akan merangkumi topik-topik seperti pengecaman dan pengesanan
produk, carta kawalan proses, analisis titik pulangan, proses ukur tara dan sebagainya.

Bacaan Asas
Aguilar, C.N. & Carvajal-Millan, E. 2018. Applied Food Science and Engineering with Industrial

Applications. Apple Academic Press Inc.
Berk, Z. 2018. Food Process Engineering and Technology. 2nd Edition. Elsevier Science

Publishing Co Inc.
Das, S.K. & Das, M. 2018. Fundamentals and Operations in Food Process Engineering. Taylor

& Francis Inc.
Heldman, D.R., Lund, D. B. & Sabliov, C. 2018. Handbook of Food Engineering. Taylor &

Francis Inc.
Smith, J.S. & Hui, Y.H. 2013. Food Processing: Principles and Applications, 1st Edition. Wiley-

Blackwell.

STKM6712 Toksikologi Makanan dan Pemakanan
Kursus ini membincangkan konsep asas dan gunaan dalam toksikologi makanan dan
pemakanan. Penekanan juga diberi kepada penyerapan, pengedaran, metobolisme
(biotransformasi) dan perkumuhan bahan beracun makanan. Beberapa bahan toksik
semulajadi dan persekitaran akan diperkenalkan. Penekanan juga akan diberi kepada
mekanisme ketoksikan, pengawalan dan pencegahan ketoksikan makanan.

Bacaan Asas
Bagchi, D. & Swaroop, A. 2016. Food Toxicology. Boca Raton: CRC Press.
Dong, M.H. 2014. An Introduction to Environmental Toxicology. Third Edition. South Carolina,

USA: CreateSpace Publishing.
Omaye, S.T., Hayes, A.W. & Clemens, R. 2018. Food and Nutritional Toxicology, Second

Edition. Boca Raton: CRC Press.
Klaassen, C.D. 2013. Casarett & Doull's Toxicology: The Basic Science of Poisons. 8th

Edition. Boston: McGraw-Hill Professional Publishing.
Msagati, T.A.M. 2018. Food Forensics and Toxicology. 1st Edition. New Jersey, USA: John

Wiley and Sons Inc.

STKM6722 Pembungkusan Makanan
Merangkumi pengenalan dan fungsi serta jenis bahan-bahan pembungkusan makanan.
Pembungkusan produk makanan seperti sayuran dan buah-buahan, makanan cecair dan
snek. Kaedah pembungkusan makanan mikro-gelombang, “retortable pouch” dan aseptik.

Program Sarjana Sains Mod Kerja Kursus – Sains Makanan


Click to View FlipBook Version