i Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit ii
dalam minit
iii Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Cetakan Pertama 2021
© Najahudin Lateh
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
keizinan bertulis daripada penulis.
Diterbitkan oleh Dr. Najahudin Lateh, Lot 4032 Jalan Rebung, Bukit Kapar 42200 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
E-mel: [email protected]
Official Website: http://najahudin.net
Sale Website: http://najahudin.onpay.my
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Najahudin Lateh, Dr. -
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit /
Dr. Najahudin Lateh.
Mode of access: Internet
eISBN 978-967-19407-1-16
Rupa taip teks : Century Gothic iv
Saiz taip teks : 12 / 14
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
dalam minit
Dr. Najahudin Lateh
2021
i Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit ii
Kandungan
_________________________________________________
Kandungan i
Prakata Penerbit v
Mukadimah Penulis vii
Hadis 1 Kebaikan Adalah Sedekah 1
ٌُك ُلَُّّم ْعُرو ٍُؼُّّ َص َدقَُّة 4
7
Hadis 2 Malu Kesempurnaan Iman 10
ّاْْلَيَاُءُُِّّم َُّنُّاِْليمَا ُِن 13
16
Hadis 3 Bersama Orang Dikasihi
ّالمَْرُّءَُُّم َُّعَُّم ُْنُّّأَ َح ُب
Hadis 4 Istiqamahlah Lepas Beriman
ُّفَا ْستَِقُّْم،ِقُ ُْلُّّآَمْن ُُتُِّّبلله
Hadis 5 Amaran Kepada Pemutus Silaturrahim
ُّلَُّيَْد ُخ ُّلُُّالجَنُّةَُّقَا ِط ٌُّع
Hadis 6 Kezaliman Menuju Kegelapan
ّالظْلُُمُّّظُلَُما ٌُتُّّيػَْوَُّمُّالِقيَاَمُِة
i Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis 7 Sedekah Tidak Kurangkan Harta 19
َّماُّنػََق َص ُّْتُّ َص َدقَُةٌُِّّم ُْنَُّّماٍُل 22
25
Hadis 8 Sabar Di Awal Musibah 28
الصْبػُُّرُّ ِعْن َُدُّّالص ْدَمُِّةُّالأُوَُّل 31
35
Hadis 9 Bagimu Seperti Diharapkan 39
ّإِ ُّنُّلَ َُّكَُّماُّا ْحتَ َسْب َُت 43
47
Hadis 10 Perang adalah Strategi
ii
ٌّاْلَْر ُُبُّّ َخ ْد َعُة
Hadis 11 Riba Berlaku Bila Tangguh
الِّرَُِبُُِّّّفُّالن ِسيئَُِّة
Hadis 12 Pengasih Nescaya Dikasihi
َم ُّْنُّ ُلَُّّيػَْرَحُُمُّّ ُلَُّّيػُْرَحُُّم
Hadis 13 Dunia Penjara Bagi Mukmin
َُّّو َجنُّةُُّالْ َكافُِِر،الدنْػيَاُّ ِس ْج ُُنُّّالْ ُمْؤِم ِن
Hadis 14 Mudahkan Usah Menyusah
َُّوبَ ِّشُرواَُّوُّلَُّتُػنَػِّفُروا،يَ ِّسُرواَُّوُلَُّّتػَُع ِّسُروا
Hadis 15 Mukmin Seumpama Binaan
المُْؤِم ُُّنُّلِْل ُمْؤِم ُِّنُّ َكالْبُػْنػيَا ُِّنُّيَ ُش ُّدُّبػَْع ُضُوُُّّبػَْع ًضا
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis 16 Tiada Hijrah Lepas al-Fath 51
ٌَُّولَ ِك ُْنُّّ ِجَهاٌُّدَُّونِيُّة،ُلَُّّ ِى ْجَرُةَُّّبػَْع َُدُّّالَفْت ِح 55
59
Hadis 17 Umat Al-Qur‟an Terbaik 63
67
َُّخْيػُرُكُّْمَُّم ُّْنُّتَػَعلَُّمُّالُقْرآ َُنَُّّوَعل َمُو 71
Hadis 18 Dipatuk di Lubang Sama 75
79
ُّّلَُّيػُْل َدُغُُّّالمُْؤِم ُُّنُِّم ُّْنُّ ُج ْحٍُرَُّّوا ِح ٍُدَُّّمرتَػْ ُِي 83
Hadis 19 Luruskan Saf Solat!
َّسوواُّ ُصُفوفَ ُكُْم
Hadis 20 Arak Najis Memabukkan
َُّوُك ُلُُّّم ْس ِكٍُّرُّ َحَراٌُّم،ُك ُّلُُّم ْسكٍُِّرََُّخٌْر
Hadis 21 Jangan Marah!
ُّّلَُّتَػ ْغ َض ُْب
Hadis 22 Tangan Di Atas Lebih Baik
اليَ ُُّدُّالعُْليَاُّ َخْيػٌُّرُِّم َُنُّّاليَ ُِدُّّالسْفلَى
Hadis 23 Guru dan Tafaqquh Fiddin
َم ُْنُّّيُِرُِّدُّاّلُّلُُّبُِِوُّّ َخْيػًراُّيػَُفِّق ْهُّوُُُِّّفُّال ِّدي ُِّن
Hadis 24 Jangan Jadi Batu Api
َُّّلُّيَْد ُخ ُُّلُّالجَنُّةَُّقَػتا ٌُت
iii Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis 25 Raih Rahmat Dengan Salawat 86
َم ُْنُّّ َصلىُّ َعلَ ُيَُّّوا ِح َدًُّةُّ َصلىُّاللهُّ َعلَيُِْوُّّ َع ْشًرا 90
94
Hadis 26 Makan Minum Beradab 98
َُّوُك ُّْلُِِّماُّيَلِي َُّك،ََسُِّمُّّاّلل 102
107
Hadis 27 Pembayar Hutang Terbaik
ًَخْيػُرُكُّْمُّأَ ْح َسنُ ُكُْمُّّقَ َضاُّء
Hadis 28 Tiada Taat Untuk Maksiat
ُّلَُّطَاعَُّةَُُِّفَُّّم ْع ِصيٍَُّة
Hadis 29 Bina Rumah Tepi Neraka?
ُّفَػْليَػتَػبَػ ُوأَُّّْمْقَع َدُهُُِّّم َُّنُّالناُِّر،َم ُْنُّّ َك َذ َُبُّّ َعلَ ُّيُُّمتَػَع ِّم ًدا
Hadis 30 Puasa Adalah Perisai
ٌال ِّصيَاُُّمُّ ُجنُّة
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit iv
Prakata Penerbit
___________________________________________________
ُّاْلمدلله ُّرب ُّالعالمي ُّالرحمن ُّالرحيم ُّوالصلاة ُّوالسلام ُّعلى ُّرسولو ُّالأمي
.وعلىُّآلوُّوأصحابوُّأجمعيُّومنُّتبعهمُّإلُّيومُّالدين
Kami memanjatkan kesyukuran atas rahmat dan
pertolongan Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang, buku ini dapat disiapkan dalam tempoh
seminggu, terutama ketika detik manusia seluruh dunia
masih lagi menghadapi ujian Covid-19, di samping
menghidupkan madrasah Ramadhan 1442 hijrah.
Karya ini adalah khazanah ilmu dengan objektif penerbitan
untuk kita menghafal hadith-hadith Nabi SAW yang mulia
serta memahami fiqhnya untuk panduan dan amalan
dalam kehidupan.
Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
penulis kerana menghasilkan karya ini untuk manfaat
semua. Didoakan mudah-mudahan karya ini dapat
dimanfaatkan oleh umat Islam melalui pembelian,
pembacaan, penghayatan dan amalan.
Penerbit
v Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit vi
Mukadimah Penulis
___________________________________________________
السلامُّعليكمُّورحمةُّاللهُّوبركاتو
ُّ ُّوالصلاة ُّوالسلام ُّعلى ُّعبده ُّالذي،اْلمد ُّلله ُّالذي ُّجعلنا ُّمن ُّأىل ُّالسنة
ُّ ُّوعلى ُّآلو ُّوأصحابو ُّالذين ُّحبهم ُّواتباع ُّآثارىم ُّأقوى،أكمل ُّعلينا ُّبو ُّالمنة
،ُّأماُّبعد،جنة
Salam Ramdhan dan selamat berpuasa. Pada Ramadhan
tahun lepas 1441 hijrah, setiap hari saya berkongsi satu hadis
pendek untuk hafalan harian berserta huraian melalui aplikasi
WhatsApp. Kini, tulisan fiqh 30 hadis yang bertajuk "Hafal Hadis
Pendek dalam 1 Minit" tersebut dikumpulkan dalam sebuah e-
book untuk diulang kaji hafalan dan pemahaman masing-
masing.
Buku ini mengandungi 30 hadith pendek
yang sangat mudah dihafal oleh orang
awam. Semua hadith ini terdiri daripada
dua hingga lapan patah perkataan. Takhrij
ringkas hadith juga dibuat dengan nama
perawi a‟la (tertinggi) daripada kalangan
Sahabat serta sumber sandarannya
walaupun semua hadith ini adalah sahih
daripada karya al-Bukhari dan Muslim.
vii Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Karya ini ditulis dan diterbitkan ketika kita berhadapan dengan
ujian wabak Covid-19 yang masih melanda seantero dunia. Kita
doakan mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala segera
mengangkat ujian-Nya ini.
Penerbitan buku ini insya Allah dapat mewarnai kehidupan kita
semua supaya kembali menghayati ilmu dan ajaran Islam
daripada sumber utama.
Saya memohon sebarang teguran atas kesalahan atau
kekurangan buku ini. Semoga usaha kecil ini amalan
bermanfaat dan suatu ibadah kepada Allah Subhanahu wa
Ta’ala dalam titian menjejaki Jannah.
Sebuah hadith mampu dihafal
dalam tempoh satu minit
sahaja jika dibaca berulang-
ulang kali. Selain itu, huraian
fiqh hadith berpandukan ulasan-
ulasan ulama‟ tradisi dan
kontemporari juga dimuatkan
untuk pemahaman serta
amalan semua.
Dr. Najahudin Lateh viii
Ramadhan 1442 - Shah Alam
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis 1
Kebaikan Adalah Sedekah
ُك ُّل َم ْعُرو ٍف َص َدقَة
“Setiap kebaikan (berpahala) sedekah.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6021 dan Muslim no. 1005 daripada
Jabir bin Abdullah RA.
Teks (ّ )َم ْعُرو ٍُؼadalah lafaz umum yang bermaksud segala
perkara ketaatan yang disuruh syarak serta segala
perkara buruk yang perlu ditinggalkan dengan niat
mencapai redha Allah SAW.
1 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis ini mengajak umat Islam untuk melaksanakan
amalan kebaikan yang banyak manfaatnya kepada diri
sendiri serta orang lain. Kepada pelaku kebaikan,
Rasulullah SAW memberi khabar tentang ganjarannya
seperti pahala bersedekah.
Malah, semua amalan yang dianggap baik dan
berkebajikan memperolehi pahala. Dalam hadis sahih
lain, Baginda SAW menjelaskan:
Setiap lafaz zikir, menyuruh kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran adalah sedekah
(Muslim, 1006), juga bercakap baik, langkah
untuk solat dan membuang benda
mengganggu jalan juga adalah (berpahala)
sedekah (al-Bukhari, 2989 & Muslim, 1009).
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 2
Justeru, marilah sama-sama kita melakukan amal
kebajikan, mencegah maksiat, melepaskan kesulitan
orang sama ada secara personal, melalui
kesukarelawan, aktiviti NGO atau apa-apa medium.
Ini sesuai dengan ajakan supaya setiap Muslim
berlumba-lumba melakukan kebaikan (al-Baqarah,
148) dan bersegera
mencari keampunan
Allah SWT (Ali Imran, 133).
Kebaikan bukan terhad
kepada orang Islam
sahaja, tetapi kepada
seluruh manusia termasuk
makhluk lain, sama ada
insan, haiwan atau alam.
3 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis 2
Malu Kesempurnaan Iman
اْْلَيَاءُ ِم َن اِْليمَا ِن
“Malu sebahagian (kesempurnaan) iman.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 24 & no. 6118 dan Muslim no. 36
daripada Abdullah bin Umar RA.
Hadis ini menjelaskan saranan Rasulullah SAW kepada
seorang lelaki daripada Ansar supaya tidak
mengganggu saudaranya yang sangat pemalu. Ini
berlaku ketika Baginda SAW terserempak dengan lelaki
tersebut yang sedang menasihati serta melarang
saudaranya daripada bersifat malu.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 4
Ini kerana sifat malu adalah terpuji, malah ia tanda
kesempurnaan keimanan seseorang. Imam Muslim
meletakkan hadis ini di bawah tajuk tentang cabang-
cabang iman dan memuatkan hadis seterusnya bahawa
„Malu tidak berada kecuali bersama kebaikan.” (Muslim,
37).
Sifat malu pada diri seseorang mendorongnya
melakukan perkara mulia dan meninggalkan perkara
keburukan. Mereka yang tiada sifat malu akan hilang
harga diri dengan berani melakukan kejahatan di depan
khayalak.
Kadang-kadang perkara aib, pelakuan maksiat dan
gambar sensitif dikongsikan awam melalui media sosial
seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp tanpa malu
segan silu.
5 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Walaupun begitu, sifat malu tidak boleh dijadikan
penghalang kepada kita untuk belajar, memahami sesuatu
dan bertanya perkara yang tidak difahami. Tabi‟in terkenal,
Mujahid menyebut:
“Ilmu tidak diperolehi oleh orang yang malu dan
bongkak.” (al-Adab al-Syar‟iyah al-Maqdisi, j.2 h.68).
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 6
Hadis 3
Bersama Orang Dikasihi
المَْرءُ َم َع َم ْن أَ َحب
“Seseorang (akan) bersama orang yang dikasihi.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6168, no. 6169 & 6170 dan Muslim no.
165 daripada Abdullah bin Mas‟ud RA.
Teks hadis ini adalah jawapan Rasulullah SAW kepada
soalan lelaki yang datang bertanya tentang
bagaimanakah kedudukan seseorang yang kasihkan
kaumnya tetapi dia tidak bertemu dan beramal
kebaikan seperti mereka.
7 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Lalu Baginda SAW menyatakan dia akan bersama-sama
mereka yang dikasihinya di dunia pada akhirat kelak.
Dalam riwayat Anas bin Malik RA, seorang lelaki Arab
Badwi bertanya tentang tarikh kiamat, lalu Rasulullah
SAW bertanya apakah bekalan yang beliau sediakan.
Lalu lelaki itu berkata bahawa dia kasihkan Allah dan
Rasul-Nya. Baginda SAW bersabda, “Engkau akan
bersama mereka yang engkau kasih.” (al-Bukhari, 6171 &
Muslim 161.
Hadis ini menjelaskan ciri berkasih sayang, cinta dan
adab berkawan yang perlu direalisasikan oleh kita di
dunia. Kasih kepada seseorang akan menyebabkannya
meneladani perlakuan orang yang dikasihi. Justeru,
carilah pasangan dan kawan yang boleh membawa
kita ke syurga Allah SWT.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 8
Kecintaan atas ketaatan orang dicintai adalah keyakinan
kepada ganjaran pahala daripada-Nya. Jangan bersama
mereka yang mendekatkan kita dengan maksiat serta
menjauhkan daripada kasih sayang Allah SWT. Biarlah kita
bersama-sama dengan orang-orang yang baik di dunia,
mudah-mudah kelak kita dekat dengan bau para nabi,
syuhada‟ dan salihin di syurga-Nya.
9 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis 4
Istiqamahlah Lepas Beriman lalu
فَا ْستَِق ْم،قُ ْل آَمْن ُت ِبللِه
“Katakanlah: „Aku beriman dengan Allah‟,
istiqamahlah.”
Hadis riwayat Muslim no. 38 daripada Sufyan bin Abdullah al-
Thaqafi RA, iaitu satu-satunya hadis riwayat beliau dalam Sahih
Muslim.
Hadis ini adalah jawapan Rasulullah SAW kepada
pertanyaan Sufyan RA tentang perkara penting dalam
Islam yang beliau tidak perlu bertanya lagi kepada
orang lain.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 10
Terdapat pertambahan teks dalam riwayat lain (al-Tirmidhi,
al-Nasa‟i & Ibn Majah), iaitu Baginda SAW menunjukkan ke
hujung lidah Baginda tentang perkara yang dikhuathiri
berlaku pada beliau (Sufyan RA), iaitu pada bab penjagaan
lidah percakapan.
Teks ini selari dengan suruhan ayat al-Qur‟an untuk
mengesakan Allah SAW dan beristiqamah (surah Fussilat, 30;
Ahqaf, 13) serta jangan melampaui batasan syariat yang
ditetapkan (surah Hud, 112).
Hadis ini sangat penting kerana menegaskan dua perkara
pokok serta menyeluruh dalam Islam, iaitu iman dan amal
istiqamah.
Al-Nawawi dalam al-Minhaj (2/8) meletakkan hadis ini di
bawah bab „Himpunan Sifat-sifat Islam‟ kerana mengandungi
sifat zahir dan batin, amalan hati (iman) dan amalan
anggota badan (istiqamah).
11 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Iman berkaitan keyakinan hati kepada Allah SWT, sementara
istiqamah berkaitan ketaatan berdasarkan keimanan tersebut.
Iman melahirkan amalan yang ikhlas, sementara istiqamah
melahirkan konsisten ke jalan yang lurus dalam melaksana
perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
Justeru, marilah kita teguh pendirian dalam pelaksanaan Islam
dan ketaatan kepada-Nya sebagai tanda keimanan yang
benar serta tidak menyimpang daripada jalan yang dibawa
Rasulullah SAW. Kejayaan dua perkara ini digambarkan oleh Allah
SWT dalam surah Fussilat, 30 dengan perkhabaran gembira iaitu
ganjaran syurga.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 12
Hadis 5
Amaran Kepada Pemutus Silaturrahim
لاَ يَ ْد ُخ ُل الجَنةَ قَا ِطع
“Tidak masuk syurga (tanpa hisab) pemutus
(silarurrahim).”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 5984 dan Muslim no. 2556 daripada
Jubayr bin Mut‟im RA.
Hadis ini menjelaskan kepentingan menjalin silaturrahim
dan memberi amaran keras kepada mereka yang
memutuskannya.
13 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Ulama mendefinisikan silarurrahim sebagai menjaga
dan menjalin hubungan baik dengan kaum keluarga
terdekat, namun ada yang menghadkannya kepada
mahram, hubungan nasab dan pewaris harta.
Ada ulama pula yang meluaskan maksud silaturrahim
kepada menyampaikan kebaikan dan menolak
kejahatan sedaya mungkin. Dalam hadis lain, pemutus
bagi silaturrahim
dikaitkan dengan
mereka yang tidak
sempurna beriman
dengan Allah SWT
dan Hari Akhirat
(al-Bukhari, 760 &
Muslim, 47).
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 14
Memutuskan silaturrahim merupakan antara dosa-dosa besar
seperti amaran hadis di atas. “Tidak masuk syurga” merujuk
kepada mereka yang tidak masuk syurga bersama golongan
terawal jika mereka masih mempunyai iman.
Ia juga merujuk kepada mereka yang menganggap
perbuatan memutuskan silaturrahim sebagai halal
sedangkan mengetahuinya sebagai haram.
Al-Nawawi memberi contoh pelakuan silaturrahim seperti
memberi sedekah, khidmat bantuan, ziarah, menjaga
keselamatan dan sebagainya (al-Minhaj, 2/201).
Hadis lain secara umum menjelaskan bentuk silaturrahim
yang juga hak terhadap saudara Muslim yang lain, iaitu
memberi salam, memenuhi undangan, memberi nasihat,
mendoakan orang bersin, menziarahi orang sakit dan
mengiringi jenazah (Muslim, 2162). Itu semua contoh
kebaikan yang boleh diamalkan untuk bakal calon
pemegang anak kunci syurga.
15 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis 6
Kezaliman Menuju Kegelapan
ال ُظّْل ُم ظُلَُمات يَْوَم الِقيَاَمِة
“Kezaliman (akibatnya) kegelapan (pada) hari kiamat.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 2447 dan Muslim no. 2579 daripada
Abdullah bin Umar RA.
Hadis ini adalah amaran daripada melakukan kezaliman
dan ketidakadilan kepada semua makhluk, jiwa dan
harta. Dalam teks hadis lain, Rasulullah SAW menyeru
umat supaya menjauhi sifat zalim dan kedekut.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 16
Ini kerana sifat tersebut telah menghancurkan umat
terdahulu yang saling berbunuhan dan melakukan
perkara haram (Muslim, 2578). Zalim adalah meletakkan
sesuatu tidak kena pada tempatnya, merangkumi
penganiayaan, penindasan, kekejaman dan tidak
berperikemanusiaan.
Zalim adalah syirik dan kegelapan. Lawannya adil,
tauhid dan cahaya hidayah. Sejahat-jahat sifat zalim
adalah mensyirikkan Allah SWT, mengamalkan maksiat
dan meninggalkan syariat. Sebaik-baik sifat adil adalah
mengesakan Allah SWT, melakukan kebajikan dan
ketaatan (surah al-Nahl, 90).
Hadis ini mengingatkan perbuatan zalim di dunia
membawa kesengsaraan dan kepanasan di akhirat
tanpa naungan Allah SWT.
17 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Di dunia mungkin kita gagah menganiaya, iri dengki dan
mengambil hak orang kerana kegelapan hati. Kita buta
hati melihat kejahatan sebagai perkara biasa, kebaikan
pula seolah-olah tiada apa-apa.
Namun di akhirat, kita serba
susah dan lemah dengan
kegelapan yang berlipat kali
ganda. Pahala amalan yang
sedikit pula „dirampas‟ lalu diberikan kepada orang yang
kita zalimi. Itulah kegelapan hakiki yang kita alami atas
kezaliman semasa di dunia.
Justeru, hadis mengajak umat Islam melakukan keadilan
dan kebajikan untuk menempah tiket ke pintu syurga.
Tidak terlewat zikir dan doa, memohon maaf daripada
insan teraniaya serta keampunan daripada yang Maha
Memberi Hisab.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 18
Hadis 7
Sedekah Tidak Kurangkan Harta
َما نََق َص ْت َص َدقَة ِم ْن َما ٍل
“Sadaqah tidak mengurangkan harta.”
Hadis riwayat Muslim no. 2588 daripada Abu Hurayrah RA.
Teks ini adalah sebahagian daripada teks penuh hadis
dengan tambahan anjuran bersikap pemaaf dan
tawadhu‟. Tentang sadaqah, kita ketahui bahawa
konsepnya sangat luas seperti dijelaskan dalam Hadis 1.
Sadaqah meliputi material dan spiritual; Sadaqah
material umpama sedekah wajib (seperti zakat),
sedekah sunat (derma infaq), sedekah jariyah (wakaf).
19 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Sadaqah spiritual pula umpama amal kebajikan,
mencegah kemungkaran, menyelesaikan kesulitan di
jalan dan sebagainya. Al-Nawawi menyebutkan dua
tafsiran bagi teks hadis ini, iaitu (i) Harta yang disedekah
akan diberkati dan dapat menghilangkan kemudaratan
(hidup kerana) kekurangan harta akan diganti dalam
bentuk keberkatan tersembunyi; dan (ii) Walaupun
kekurangan jumlah (harta), namun kekurangannya
diganti dengan pahala yang banyak serta berlipat kali
ganda (al-Minhaj, 16/141).
Justeru, umat Islam sama ada kaya atau papa
dianjurkan bersedekah secara ikhlas. Si Papa bersedekah
ikut kemampuan dan tidak menyusahkan diri serta
keluarga. Si Kaya silalah menunaikan zakat, wakaf dan
infaq kerana sikap pemurah tidak menjadikan mereka
fakir miskin.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 20
Usah ditakuti dengan janji syaitan tentang kepapaan (al-
Baqarah, 268) kerana tidak pernah tercatat dalam
sejarah manusia atau dilaporkan media bahawa:
Si Kaya menjadi papa kedana kerana suka
bersedekah.
Sebaliknya, sedekah ada keajaibannya. Sedekah bukan
untuk merugikan sesiapa, sebaliknya untuk menyubur
dan memberkati harta serta memperoleh keuntungan
harta dan pahala yang digandakan (al-Baqarah, 261; al-
Hadid, 18).
Dalam hadis lain, disebutkan (ٌّ„ – ) َعلَى ُُّك ِّل ُُّم ْسلٍِم ُّ َص َدقَُةKe atas
setiap Muslim (ada tanggungjawab) bersadaqah‟ (al-
Bukhari, 1445, 6022 & Muslim, 1008). Jom! Mulakan
langkah hari ini dengan „banyak bersadaqah walaupun
nampak sedikit pada mata kita‟.
21 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis 8
Sabar Di Awal Musibah
الصْب ُر ِعْن َد الص ْدَمِة الأُوَل
“Sabar (adalah) ketika kejutan (musibah) mula-mula
(menimpa).”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 1302 dan Muslim no. 926 daripada
Anas bin Malik RA.
Teks ini muncul apabila Rasulullah SAW melewati seorang
perempuan yang sedang menangis di kubur, lalu
menasihatinya bertakwa (tinggalkan tangisan kecewa)
dan bersabar.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 22
Beliau yang tidak mengenali Baginda SAW minta beliau
dibiarkan kerana musibah tersebut tidak menimpa orang
lain seperti menimpa dirinya. Apabila diberitahu yang
menasihatinya adalah Rasulullah SAW, beliau datang
menemui Baginda SAW yang kemudian bersabda seperti
dalam teks hadis.
Hadis ini menjelaskan sifat sabar yang dituntut dan
sempurna pahalanya. Ibn Hajar al-Asqalani menyebut
maksud hadis ini:
Apabila ada thabat diri (tetap terima) ketika
mula-mula berlaku sesuatu yang menikam hati
serta mengandungi rasa kecewa, itulah
kesabaran yang sempurna yang memberinya
pahala (besar)‟ (Fath al-Bari, 3/149).
23 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Musibah kematian, kehilangan, kesusahan, banjir,
kebakaran dan sebagainya adalah fitrah serta ujian ke
atas kenikmatan insan di dunia. Oleh itu, sifat sabar
ditagih pada setiap saat tersebut. Namun, sabar yang
sebenar adalah kesabaran seseorang ketika mula-mula
saat pertama kali ditimpa sesuatu musibah. Ia serta-
merta meredhai segala musibah yang berlaku
serta menerima qada qadar Allah SWT tanpa
persoalan, keluhan atau kekesalan.
Ini kerana saat mula-mula ditimpa musibah boleh
membuatkan seseorang hilang akal pertimbangan,
malah melupai Tuhan kerana terkejut, dalam kesusahan
atau tidak menerima ketentuan apa yang berlaku.
Kesabaran menjadi biasa jika musibah ditabahi dan
diterima kemudian kerana hati telah terpujuk setelah
berlalu beberapa hari.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 24
Hadis 9
Bagimu Seperti Diharapkan
إِن لَ َك َما ا ْحتَ َسْب َت
“Sesungguhnya bagimu apa yang engkau harapkan.”
Hadis riwayat Muslim no. 663 daripada Ubay bin Ka‟ab RA.
Hadis ini menceritakan tentang seorang lelaki Ansar
yang tidak pernah tertinggal solat jamaah di Masjid
Nabawi sedangkan lokasi rumahnya paling jauh.
25 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Para Sahabat merasa kasihan lalu mencadangkan
beliau membeli kenderaan kaldai namun ditolaknya
kerana inginkan setiap langkah pergi balik ke
masjid mendapat pahala. Apabila diketahui,
Baginda SAW menyebutkan teks hadis di atas. Dalam
riwayat lain dinyatakan keinginan lelaki tersebut untuk
mendapat pahala telah dimakbulkan oleh Allah SAW.
Perkara ini disokong dalam hadis lain - Rasulullah SAW
bersabda kepada penduduk Bani Salimah bahawa:
Pahala dicatat dan darjat diangkat
berdasarkan langkah kaki mereka dari rumah
ke masjid (al-Bukhari, 1887 & Muslim, 665).
Hadis ini menjelaskan setiap amalan diberi pahala dan
dibalas atas niat serta keazaman yang dilakukan.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 26
Jika berusaha mendapatkan kebaikan, maka pahala
kebaikan akan diberi kepadanya. Jika berusaha
mengelakkan kejahatan, maka dosa kejahatan akan
terhindar.
Setiap amalan pasti akan diberi
ganjaran seperti yang diniatkan.
Puasa Ramadhan contohnya,
jika dilakukan atas dasar iman
dan niat dengan mengharap
( )ا ْحتِ َساًُِّبkeampunan-Nya, maka
akan diampunkan dosanya
yang telah lalu (al-Bukhari, 2014
& Muslim, 760). Sesungguhnya
kita akan mendapat apa yang
kita niat dan harapkan kerana
Allah SWT Maha Kaya lagi Maha
Pemberi.
27 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis 10
Perang adalah Strategi
اْلَْر ُب َخ ْد َعة
“Perang (adalah strategi) muslihat.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 3030 dan Muslim no. 1739 & no. 1740
daripada Jabir bin „Abdullah RA dan Abu Hurayrah RA.
Istilah (ٌ ) َخ ْد َعةatau (ٌ ) ُخدَ َعةmempunyai pelbagai maksud
dalam Bahasa Arab antaranya „tipudaya ahli perang‟
dan „ahli perang adalah penipudaya‟. Al-Tabari
berpandangan hadis ini digunakan dengan maksud
kiasan dan bukan „tipudaya‟ sebenar.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 28
Al-Waqidi dalam al-Maghazi (2/487) menyebut Rasulullah
SAW bersabda teks di atas semasa Perang Uhud dan
Khandaq (Ahzab). Semasa perang Ahzab, Nu‟aim bin
Mas‟ud yang telah masuk Islam secara senyap-senyap
memainkan peranan memecahkan kesatuan pihak
Quraisy, Yahudi Bani Quraizah dan suku beliau, Ghatfan.
Secara umum helah, muslihat atau tipudaya dalam
peperangan menentang kuffar adalah harus, kecuali
melibatkan hukum-hakam dalam perang dan bukan
melibatkan sesama Muslim. Menurut al-Nawawi, ulama
bersepakat mengharuskannya melainkan tipudaya yang
boleh mengkhianati perjanjian dan (jaminan)
keamanan. Hadis ini juga merupakan peringatan
kepada umat Islam supaya berwaspada dengan tipu
helah musuh dalam peperangan (al-Minhaj, 12/45; Fath
Bari, 6/158).
29 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Zaman langit terbuka kini kita berhadapan dengan
serangan perang pemikiran (ghazwatul fikr), iaitu
penjajahan tidak berlaku melalui penguasaan tanahair
tetapi penguasaan musuh melalui minda dan pemikiran
umat Islam.
Gejala liberalisme, pluralisme beragama dan LBGT
adalah contoh-contoh kecil proses memperdaya umat
Islam yang perlu dihadapi.
Strategi dan helah muslihat terbaik adalah dengan
mempunyai perancangan untuk menghadapi peperangan
mental ini. Kekuatan yang utama tentulah iman dan akidah
yang sahih, disulami dengan ilmu dan pemahaman Islam
yang sebenar. Anak-anak perlu dididik dan dibajai dengan
acuan Islam sejak kecil supaya ibu bapa tidak „terlalu letih‟
bila mereka sudah dewasa. Kita tidak tahu bagaimana rupa
dunia 50 atau 100 tahun ke hadapan. Justeru, bersedialah
dengan segala „senjata‟ peperangan.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 30
Hadis 11
Riba Berlaku Bila Tangguh
الِّرَِب ِف الن ِسيئَِة
“Riba (berlaku) dalam (bayaran) bertangguh.”
Hadis riwayat Muslim no. 1596 daripada Usamah bin Zayd RA.
Riba adalah lebihan atau pertambahan terhadap
transaksi barangan ribawi (al-buyu‟) atau hutang (al-
duyun) melibatkan pertambahan kuantiti (berat/jumlah)
atau penangguhan tempoh. Ini berlaku dalam dua
keadaan, iaitu:
31 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
(i) Pertambahan daripada pertukaran atau jual
beli dua barangan ribawi kerana kuantiti berat
yang tak sama serta pertukaran dilakukan
secara bertangguh; dan
(ii) Pertambahan daripada bayaran balik hutang
kerana faedah (interest) daripada jumlah
pinjaman pokok serta faedah daripada
penangguhan tempoh bayaran.
Hadis ini mengkhususkan tentang al-nasi‟ah, iaitu
pertambahan disebabkan penangguhan pertukaran
barangan ribawi (iaitu riba al-nasa‟) atau
penangguhan tempoh bayaran balik hutang (iaitu riba
al-jahiliyah). Sebagai contoh, jual beli emas 999
(transaksi wang dengan emas) dengan bayaran ansuran
atau faedah yang dikenakan kerana dipanjangkan
tempoh bayaran balik sesuatu hutang.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 32
Ijma‟ ulama menyebutkan riba adalah haram dan
berdosa besar. Allah SWT menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba (al-Baqarah, 275). Malah, pemakan
riba diisytiharkan
berperang dengan
Allah SWT dan Rasul-
Nya. (al-Baqarah, 278).
Hadis ini mengajak umat Islam untuk terlibat dengan
sistem kontrak Islam dan menjauhi najis riba walaupun
saki-baki yang sedikit.
Riba kontemporari wujud dalam pelbagai urusniaga
konvensional seperti hutang kad kredit, deposit tetap,
insurans, pajak gadai, online forex, simpanan dan
sebagainya.
33 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Namun, kita di Malaysia beruntung kerana
mempunyai sistem ekonomi, kewangan dan perbankan
Islam yang kukuh. Sistem kontrak berasaskan riba
digantikan dengan kontrak Islam berasaskan transaksi
sewa beli, kedermaan, perkongsian dan jaminan.
Justeru, kita wajib memilih instrumen berasaskan
Islam lantas tiada alasan untuk „beriman‟ dengan sistem
konvensional yang berasaskan faedah riba. Kemudahan
simpanan, pembiayaan, pelaburan, risiko takaful,
pasaran modal, wang, ekuiti dan pelbagai fasiliti sudah
banyak yang patuh syariah.
Produk pembiayaan kewangan peribadi, kenderaan
atau perumahan pula ditawarkan di hampir keseluruhan
institusi kewangan. Terpulanglah kepada kita untuk
memilih yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Tepuk
dada, tanya iman kita!.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 34
Hadis 12
Pengasih Nescaya Dikasihi
َم ْن لاَ يَْرَح ُم لاَ يُْرَح ُم
“Sesiapa yang tidak mengasihi, (dia) tidak dikasihi (Allah
SWT).”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 5997 & 6013 dan Muslim no. 2318
daripada Jarir bin „Abdullah dan Abu Hurayrah RA.
Istilah ( )لَ ُّيػَْرَحُُّمmaksudnya „tidak mengasihi makhluk‟
sementara ( )لَُّيػُْرَحُُّمbermaksud „Tidak dikasihi Allah SWT‟.
35 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Ini dijelaskan dalam teks hadis al-Bukhari no. 7376 , iaitu (َُّل
„ – )يػَْرَحُم ُّاّللُ َُّم ْن ُّلَ ُّيػَْرَحُم ُّالنا َُّسAllah tidak mengasihi sesiapa
yang tidak mengasihi manusia‟ dan Muslim no. 2318,
iaitu ( َُّل ُّيػَْرحَمْوُ ُّاللهُ ُّ َعز َُّو َج ُّل،„ – )َم ْن َُّل ُّيػَْرَحِم ُّالنا َسSesiapa yang tidak
mengasihi manusia, (dia) tidak dikasihi Allah
Azzawajalla‟.
Teks ini muncul ketika Rasulullah SAW mencium
cucu al-Hasan bin „Ali dan di situ terdapat
Sahabat, al-Aqra‟ bin Habis al-Tamimi yang
sedang duduk. Lalu al-Aqra‟ menyebutkan
bahawa beliau mempunyai 10 orang anak,
namun beliau belum pernah mencium seorang
pun. Rasulullah SAW memandang beliau seraya
bersabda hadis di atas.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 36