Ibn Hajar al-„Asqalani menyebutkan pelbagai tafsir
ulama bagi maksud hadis ini, antaranya:
„Tiada ihsan bagi orang lain, maka ia tidak
memperolehi pahala‟;
„Tiada rahmat iman di dunia, maka tiada dikasih di
akhirat‟; dan
„Tiada amal laksana perintah Allah dan tinggal
larangan-Nya, maka tiada balasan pahala‟.
Allah SWT yang Maha Pengasih dengan keluasan
rahmat-Nya menurunkan Islam sebagai agama kasih
sayang ke seantero dunia. Walaupun teks hadis
berkaitan kasih sayang Rasulullah SAW kepada anak
cucu dan keluarga, namun mesejnya kepada seluruh
makhluk, termasuklah manusia, haiwan dan alam.
37 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Ini dijelaskan oleh Ibn Battal al-Maliki:
„(Hadis ini) menggalakkan aplikasi rahmat
(kasih) kepada semua makhluk termasuklah
orang Mukmin, kafir, haiwan yang dimiliki
atau tidak, serta rahmat itu termasuklah
sentiasa memberi (haiwan) makan, minum,
meringankan bebanan dan tidak melakukan
kekerasan dengan pukulan.‟ (al-Minhaj,
15/77; Fath al-Bari, 10/440).
Kasih sayang ini boleh diamalkan dalam pelbagai cara
merangkumi kepada kanak-kanak dan orang tua, lelaki
mahupun wanita, insan mahupun haiwan, orang bukan
Islam serta alam sekitar. Jauhi sifat benci. Kasihilah
mereka di bumi, insya Allah kita dikasihi oleh yang
di langit.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 38
Hadis 13
Dunia Penjara Bagi Mukmin
َو َجنةُ الْ َكاِف ِر،ال ُّدنْيَا ِس ْج ُن الْ ُمْؤِم ِن
“Dunia (adalah) penjara bagi Mukmin dan syurga bagi
kafir.”
Hadis riwayat Muslim no. 2956 daripada Abu Hurayrah RA.
Al-Nawawi mengulas hadis ini dengan menyatakan
maksudnya setiap Mukmin dipenjara diri dan dilarang di
dunia ini daripada perkara syahwat yang haram dan
makruh (serta) dituntut melakukan ketaatan (walaupun)
payah.
39 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Namun, apabila meninggal dunia, dia berehat daripada
semua ini, lalu berubah (mendapat) apa dijanjikan oleh
Allah SWT kepadanya daripada nikmat-nikmat yang kekal
dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa kekurangan.
Sementara orang kafir, (mereka) mendapat apa dilakukan
di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak
sempurna. Apabila meninggal dunia, akan mendapat
azab selama-lamanya dan derita yang abadi (al-Minhaj,
18/93).
Ini bererti kehidupan orang beriman di dunia seolah-olah
berada di penjara jika dibandingkan dengan nikmat
syurga kekal yang dijanjikan Allah SWT. Si kafir pula seolah-
olah berada di syurga sementara jika dibandingkan
dengan azab yang menimpa di akhirat kelak.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 40
Pada masa yang sama, dunia bukannya syurga bagi
orang yang beriman untuk bebas berbuat apa sahaja
tanpa larangan.
Hadis ini menjelaskan hidup sementara di dunia adalah
ujian dan tempat beramal bagi setiap Mukmin.
Mereka seumpama hidup di penjara, iaitu tempat
tahanan yang ada peraturan yang perlu dipatuhi.
Seperti di penjara, kita hidup di dunia ada pantang
larangnya.
Justeru, kita dilarang daripada melakukan maksiat dan
apa yang diharamkan Allah SWT.
Ini adalah ujian kesabaran dan menahan diri sementara
sebelum mendapat rahmat dan balasan nikmat di
syurga yang kekal abadi. Amalan Mukmin berbeza
dengan orang kafir yang bebas tanpa sempadan
melakukan apa sahaja seolah-olah berada di syurga.
41 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Walaupun begitu, umat Islam perlu mengambil manfaat
hidup di dunia seperti memajukan ekonomi dan
kekayaan, dengan syarat beramal solih dan bertakwa.
Begitu juga, seorang Mukmin perlu hidup harmoni dan
menjalin hubungan sosial dengan orang lain termasuklah
yang bukan Islam.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 42
Hadis 14
Mudahkan Usah Menyusah
َوبَ ِّشُروا َولاَ تُنَ ِّفُروا،يَ ِّسُروا َولاَ تُ َع ِّسُروا
“Permudahkan dan jangan menyusah, khabarkan
kegembiraan dan jangan buat orang lari (menjauh diri).”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 69 & 6125 dan Muslim no. 1734
daripada Anas bin Malik RA.
Teks di atas daripada hadis al-Bukhari, 69 sementara
hujung dua riwayat lain menggunakan teks (– )َو َس ِّكنُواَُّولَُّتػُنَػِّفُروا
„berilah ketenangan dan jangan buat orang lari‟.
43 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Kalimah ( )تػَُع ِّسُرواdan ( )تُػنَػِّفُرواadalah penegasan kepada
kalimah sebelumnya kerana memudahkan urusan
orang perlu dilakukan seiring dengan tidak menyukarkan
orang lain.
Kalimah () َب ِّش ُروا- „khabar gembira‟ didahului daripada
khabar buruk untuk menjadikan sesuatu pengajaran
atau dakwah diambil peduli. Sikap keras dan khabar
menakutkan akan menyebabkan orang atau mad‟u
menjauhkan diri.
Hadis ini turut menjadi asas dalam kaedah induk qawaid
fiqh, iaitu (ّ„ – )اَلْ َم َشقةُ َُّْتلِ ُب ُّاْلتَػْي ِسْيػَُرKepayahan (akan)
mendatangkan kemudahan‟ serta pelbagai kaedah
cabang lain.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 44
Hadis ini menjelaskan Islam adalah ajaran yang mudah,
menggesa memudahkan segala urusan diri dan orang
lain. Jangan terlalu memberatkan diri dengan perkara
yang tidak mampu dalam ibadat dan pendapat.
Sebab itulah dalam syariat Islam ada rukhsah
(keringanan), darurah, jama‟ qasar dan sebagainya.
Tujuannya untuk memudahkan, bukan membebankan.
Naluri manusia mahukan yang mudah dan
melaksanakan sesuatu dengan gembira.
Justeru, Islam mengajar kita tentang kesederhanaan
dalam hidup serta melarang keras sikap melampau
dalam beragama. Selain itu, hadis di atas juga mengajar
kita tentang kaedah penyampaian pendidikan dan
dakwah nahi munkar iaitu dengan hikmah dan lemah
lembut.
45 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Sikap sebegini mudah diterima, memberi ketenangan
dan menggembirakan orang untuk beramal. Sikap keras
dan kasar akan membuatkan orang jauh daripada
dakwah serta merugikan kebaikan yang nak
disampaikan (Ali Imran, 159).
Kaedah penyampaian perlu disusun secara bertahap
supaya dapat menarik dan memikat hati audien untuk
beramal. Mulakan yang mudah, usah ditonjol-tonjolkan
yang payah.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 46
Hadis 15
Mukmin Seumpama Binaan
المُْؤِم ُن لِْل ُمْؤِم ِن َكالْبُْنيَا ِن يَ ُش ُّد بَ ْع ُضوُ بَ ْع ًضا
“Mukmin dengan mukmin yang lain umpama sebuah
bangunan, sebahagian mengukuhkan sebahagian lain.”
Hadis riwayat Muslim no. 2585 daripada Abu Musa Abdullah bin
Qays RA dan pada riwayat al-Bukhari no. 481, 2446, 6026.
Riwayat al-Bukhari mempunyai penambahan teks (ُّ َو َشب َك
ُ)أَ َصابَِعُّو, iaitu (Rasulullah SAW) „tasybik jari-jemarinya‟
(menggenggam sambil menyilang jari dengan bertemu
telapak tangan kanan dan kiri) sebagai tanda saling
menguatkan.
47 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Teks ini antara hadis perumpamaan yang disabda
oleh Baginda SAW di samping gerak jari, tangan atau
tubuh badan bagi mengukuhkan pemahaman.
Hadis ini memberi perumpamaan keadaan seorang
Mukmin yang membantu Mukmin lain laksana bangunan
yang teguh saling lengkap melengkapi.
Sebuah bangunan adalah gabungan acuan pasir,
simen, batu, besi dan sebagainya. Naik tiang sebagai
pasak memerlukan dinding untuk teguh, lantai dan
bumbung sebagai pelengkap.
Dengan bangunan berdiri kukuh, tentu lebih bermanfaat
dan selamat untuk menumpang teduh.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 48
Begitu juga hubungan sesama Mukmin - yang berat
sama dipikul yang ringan sama dijinjing, yang berilmu
memberi nasihat, yang jahil sama beramal - yang
akhirnya membantu menguatkan Islam.
Hadis lain memperumpamakan:
Orang mukmin yang berkasih sayang dan
bantu membantu laksana jasad yang terasa
demam dan tidak dapat tidur apabila satu
anggota lain berasa sakit (al-Bukhari, 6011 & Muslim
2586).
Hadis ini mengajak kita menggunakan kaedah
penyampaian yang berkesan dalam pendidikan dan
dakwah. Ini bagi memudahkan pemahaman serta
meraikan kadar pemikiran audiens. Teknologi moden
pula boleh digunakan sebagai alat bantu.
49 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Pokok isi hadis ini mengiktiraf hak seorang Muslim serta
menjelaskan kepentingan ukhuwah dan bantu-
membantu antara satu sama lain. Itulah nilai kerjasama
hidup berjemaah.
Ini tentunya meraikan hidup manusia yang secara fitrah
tidak boleh bersendirian, sebaliknya memerlukan orang
lain sebagai komunikasi sosial dan berkongsi hidup di
dunia. Bantuan dalam perkara kebaikan mendapat
pahala dan begitulah sebaliknya.
Saling hormat menghormati serta kasih mengasihi
memberi kekuatan kepada ummah, lantas memberi
kekuatan juga kepada Islam daripada diganggu-gugat.
Sebatang lidi boleh dipatahkan dengan mudah,
segenggam lidi boleh tergeliat jari yang cuba
mematahkannya.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 50
Hadis 16
Tiada Hijrah Lepas al-Fath
َولَ ِك ْن ِجَهاد َونِية،لاَ ِى ْجَرَة بَ ْع َد الَفْت ِح
“Tiada lagi hijrah selepas Fath Makkah, tetapi (masih
ada) jihad dan niat.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 1834, 2783, 2825, 3077 & 3189 dan
Muslim no. 1353 & 1864 daripada Ibn „Abbas RA dan „Aisyah RA
serta athar daripada „Abdullah bin „Umar RA.
Terdapat penambahan teks („ – )َوإَِذا ُّا ْستُػْنِفْرُْت ُّفَانِْفُرواApabila
kamu diperintah (pemerintah berjihad), maka
berangkatlah‟ di hujung hadis ini.
51 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Riwayat menyebut teks ini diucapkan oleh Rasulullah
SAW semasa Fath Makkah. Hijrah secara umum adalah
berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain. Ulama
mendefinisikan hijrah sebagai meninggalkan negara
kufur menuju ke negara Islam dan tuntutan ini kekal
hingga hari kiamat.
Maksud hijrah secara khusus merujuk kepada
perpindahan Nabi SAW dan Sahabat dari Makkah ke
Madinah. Hijrah ini adalah suatu jihad dengan niat
mendaulatkan Islam serta meninggikan kalimah
tauhid. Ketika awal Islam, hijrah adalah wajib untuk
menjaga akidah serta membebaskan umat Islam yang
sedikit daripada azab dan kezaliman.
Namun keistimewaan, kelebihan dan tuntutan hijrah
tersebut berakhir dengan peristiwa Fath Makkah.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 52
Hijrah secara fizikal ini tidak diwajibkan lagi setelah Islam
telah kuat serta Makkah telah menjadi tempat
berdaulatnya Islam. Begitu juga kini tiada lagi kewajipan
hijrah daripada negara yang bebas mengamalkan syiar
Islam.
Malah menurut al-Mawardi, jika (seseorang) mampu
menzahirkan agama (Islam) di negara bukan Islam,
maka tinggal di situ lebih baik daripada
meninggalkannya kerana diharap orang lain masuk
Islam (dengan keberadaannya) (Fath al-Bari, 7/229).
Hadis ini menjelaskan cara untuk mendapat pahala
seperti pahala kelebihan hijrah masih ada dan
berterusan hingga kiamat. Cara itu adalah melalui amal
jihad dan niat yang baik dalam sebarang perkara,
termasuklah melalui jihad nafsu, pendidikan, harta,
ekonomi, politik dan sebagainya.
53 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Jihad maksudnya berusaha bersungguh-sungguh
serta niat yang ikhlas ke arah perubahan diri, keluarga,
masyarakat dan ummat. Ini termasuklah hijrah dengan
berubah daripada akhlak buruk kepada kebaikan,
bertaubat daripada pro maksiat kepada ahli ibadat
serta memajukan negara mundur kepada sejahtera.
Ini dijelaskan dalam hadis lain bahawa mereka yang
berhijrah adalah sesiapa yang meninggalkan larangan
Allah SWT (al-Bukhari, 10). Ringkasnya, jihad dan niat
mendaulatkan Islam tetap wujud sampai bila-bila, di
mana-mana sahaja dan dalam apa-apa bidang sahaja.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 54
Hadis 17
Umat Al-Qur’an Terbaik
َُخْي ُرُك ْم َم ْن تَ َعل َم الُقْرآ َن َو َعل َمو
“Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang belajar al-
Qur‟an dan mengajarkannya.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 5027 & 5028 daripada „Uthman bin
Affan RA.
Al-Quran adalah firman Allah SWT bersifat mukjizat yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang tertulis
dalam mashaf, disampaikan secara mutawatir dan
berpahala ibadah apabila membacanya.
55 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Al-Quran juga adalah sumber utama hukum syariat Islam
serta panduan hidup yang mengandungi keterangan
petunjuk serta penjelasan yang benar dan salah (al-
Baqarah, 185). Ibn Kathir menjelaskan hadis ini bertujuan
menjelaskan sifat-sifat orang Mukmin yang meneladani
para rasul untuk memberikan manfaat kepada diri
mereka dan melebar manfaatnya kepada orang lain
yang mengikutinya (Fadail al-Qur‟an, 1/126).
Hal ini turut dijelaskan oleh Ibn Hajar al-„Asqalani bahawa
orang yang belajar al-Qur‟an mendapat kebaikan
walaupun tidak mengajarkannya.
Namun, orang yang belajar al-Quran dan kemudian
mengajarkannya kepada orang lain mendapat
kebaikan lebih banyak kerana mendapat manfaat
sebagai (guru) yang diikuti (Fath al-Bari, 9/76).
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 56
Hadis-hadis lain banyak menjelaskan kelebihan ahli al-
Qur‟an, antaranya diangkat darjat di sisi Allah SWT serta
pemberi syafaat pada hari akhirat kelak.
Hadis ini menjelaskan kemuliaan dan kelebihan bagi
mereka yang mempelajari al-Qur‟an. Hadis ini turut
menjelaskan fasa pembelajaran, iaitu mereka yang
telah mampu kemudian dituntut mengajarkannya pula
kepada orang lain.
Belajar al-Qur‟an adalah
dengan maksud mempelajari
cara bacaan terutama secara
musyafahah, memperbetulkan
sifat huruf dan makhraj serta
bertajwid bagi mencapai bacaan yang tartil (al-
Muzammil, 4).
57 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Mereka yang tidak tahu membaca al-Qur‟an, wajib
mempelajarinya walaupun sudah berusia tanpa rasa
malu. Setelah berilmu, dituntut pula menjadi guru al-
Qur‟an kerana banyak ganjaran pahala bagi ilmu yang
dimanfaatkan, lebih-lebih lagi ilmu al-Qur‟an yang
sentiasa dibaca oleh murid.
Kita juga dituntut bertadabbur dengan merenungi ayat
al-Qur‟an, memahami dan mengamalkan isi
kandungannya. Jika mempunyai kemampuan, hafaz
dan belajarlah ilmu-ilmu al-Qur‟an, antaranya tafsir,
asbab al-nuzul, nasikh mansukh dan sebagainya.
Al-Qur‟an adalah kitab bermotivasi, justeru jangan
biarkan sebagai hiasan rak rumah dan masjid sahaja.
Bergeraklah kita menjadi umat Muhammad yang terbaik
di muka bumi ini.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 58
Hadis 18
Dipatuk di Lubang Sama
لاَ يُْل َدغُ المُْؤِم ُن ِم ْن ُج ْح ٍر َوا ِح ٍد َمرتَ ِْي
“Mukmin tidak dipatuk dua kali pada lubang yang
sama.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998 daripada
Abu Hurayrah RA.
Kalimah ( )يلدغboleh dibaca ( )يُ ْلدَ ٌُغatau (ٌ)يُ ْلدَ ِغ. Bacaan
pertama (pilihan majoriti) adalah khabar (berita)
dengan maksud arahan, iaitu „seorang Mukmin jadilah
teguh pendirian dengan tidak lalai‟.
59 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Bacaan kedua adalah larangan dengan maksud
„seorang mukmin janganlah lalai‟. Ramai ulama
termasuk antara perawi hadis ini, al-Zuhri menjelaskan
maksud hadis di atas adalah „tidak sepatutnya bagi
seseorang yang beriman yang telah ditimpa
suatu musibah ia kembali mengulanginya‟.
Dalam Sunan al-Baihaqi (18029) dan Maqazi al-Waqidi
(1/111) terdapat riwayat daripada Sa‟id bin Musayyib
tentang faktor kemunculan teks hadis ini.
Ia disebabkan seorang ahli syair Quraisy Makkah, Abu
„Azzah al-Jumahi telah ditawan dalam Perang Badar,
lalu dia dibebaskan kerana rayuan kemiskinan dan
keluarganya dengan syarat tidak memerangi Rasulullah
SAW dan Islam lagi.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 60
Namun, apabila dia pulang kepada kaumnya, dia
kembali memusuhi Islam hingga ditawan kali kedua
dalam Perang Uhud. Dia meminta pembebasannya, lalu
Rasulullah SAW bersabda seperti teks di atas (al-Minhaj,
18/125; Fath al-Bari, 10/529).
Hadis ini menonjolkan pepatah bahasa indah tentang
adab yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umat
supaya berhati-hati dan tidak lalai hingga melakukan
kesilapan sama yang membawa akibat buruk.
Maksud Mukmin dalam hadis tersebut adalah orang
yang sempurna beriman dengan mengetahui sesuatu
perkara tersirat hingga berwaspada terhadap musibah
yang berlaku, sedangkan Mukmin yang lalai akan
mengulangi kesilapan sama berulang kali.
61 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Menurut Ibn Hajar al-„Asqalani, seseorang muslim perlu
berwaspada jangan lalai sama ada dalam urusan
agama ataupun dunia, walaupun urusan agama yang
perlu diutamakan. Justeru, jika melakukan sesuatu dosa,
bertaubatlah dan jangan diiulangi dosa itu lagi.
Umat Islam juga perlu cerdas dan bijaksana dalam
memahami hal ehwal yang berlaku disekeliling. Risiko
masalah, musibah dan kerosakan perlu dielakkan
terutama jika telah mengalaminya buat kali pertama.
Kita perlu belajar daripada pengalaman dan mengambil
hikmah serta ibrah daripada apa yang telah berlaku.
Ambilah pengajaran seperti pisang yang tak
berbuah dua kali daripada pokok yang sama.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 62
Hadis 19
Luruskan Saf Solat!
َسُّووا ُصُفوفَ ُك ْم
“Luruskan saf (solat) kamu!.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 723 dan Muslim no. 433 daripada Anas
bin Malik RA.
Teks hadis ini sebahagian daripada teks penuh dengan
tambahan di hujungnya ()فَِإنُّتَ ْس ِويَةَُّالصُفو ِؼُِّم ْنُّإِقَاَمُِّةُّالصلاَُِّة
„Sesungguhnya meluruskan saf adalah daripada
(kesempurnaan) mendirikan solat‟.
63 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis ini merupakan arahan Rasulullah SAW supaya
meluruskan saf sebelum menunaikan solat berjamaah.
Dalam riwayat lain Sahabat seperti „Umar bin al-Khattab
RA tidak memulakan solat sebelum dimaklumkan saf
telah lurus serta Bilal bin Rabah RA membantu
meluruskan saf dengan mengetuk kaki makmum.
Hukum meluruskan saf adalah sunnah menurut
pandangan majoriti empat mazhab untuk
kesempurnaan solat.
Walaupun begitu, kita sewajarnya mengambil berat
tentang tuntutan ini kerana terdapat pandangan seperti
Ibn Taymiyah dan al-Bukhari yang mewajibkannya.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 64
Al-Bukhari meletakkan tajuk khas (ّ– )َِب ُب ُّإِِْث َُّم ْن ََُّلُّْيُتِم ُّالصُفو َُؼ
„Bab Dosa Seseorang yang Tidak Menyempurnakan Saf‟
selepas hadis ini (al-Bukhari, 1/146).
Menurut al-Nawawi (al-Minhaj, 4/154), hadis ini adalah
hujah bagi pandangan mazhab al-Syafi‟i dan jumhur
ulama tentang harus bercakap-cakap antara iqamah
dan memulai solat, sama ada melibatkan urusan solat
atau bukan.
Hadis ini menjelaskan sunat dan kepentingan
meluruskan saf sebelum solat. Imam, wakil atau ahli
jamaah sendiri perlu memainkan peranan tersebut sama
ada menggunakan teks hadis atau lafaz lain yang
mencapai maksud meluruskan saf.
65 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Terdapat pelbagai cara untuk meluruskan saf seperti
tercatat dalam banyak hadis. Secara umum, saf perlu
lurus dan rapat tanpa sebarang ruang celahan kosong,
antaranya dengan menyamakan antara bahu dan tumit
kaki jamaah di kiri kanan ketika berdiri memulakan solat.
Banyak hadis yang menyebut tentang kelebihan
tuntutan ini. Antaranya menimbulkan khusuk tanpa
gangguan syaitan, mendapat rahmat Allah SWT,
membina perpaduan jamaah dan menonjolkan nilai
Islam yang tersusun.
Selain itu, hadis ini juga secara tidak langsung
menunjukkan kepentingan solat berjemaah yang 25
atau 27 kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian
(al-Bukhari, 645 & Muslim, 650).
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 66
Hadis 20
Arak Najis Memabukkan
َوُك ُّل ُم ْس ِك ٍر َحَرام،ُك ُّل ُم ْس ِك ٍر ََخْر
“Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap
yang memabukkan adalah haram.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 242 dan Muslim no. 2003 daripada
„Abdullah bin „Umar RA dan „Aisyah RA.
Teks di atas terdapat pada riwayat Muslim daripada Ibn
„Umar RA, sementara teks al-Bukhari daripada „Aisyah RA
(ٌ„ – ) ُكلُّ َشَرا ٍبُّأَ ْس َكَرُّفَػُهَوُّ َحَراُّمSetiap minuman memabukkan adalah
haram‟.
67 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis ini adalah dalil bagi „illat (sebab) pengharaman
arak, iaitu sesuatu yang memabukkan, yang
menghilangkan akal hingga tidak dapat membezakan
sesuatu.
Apa-apa istilah seperti khamr, nabiz atau „beer‟ yang
melalui proses pembuatan arak adalah haram, sama
ada diminum sedikit atau banyak. Ini termasuklah arak
yang diperbuat daripada anggur, kurma, madu, susu,
daun ketum, suntikan heroin, berbentuk pil estacy dan
sebagainya.
Majoriti ulama termasuk mazhab al-Syafi‟i menganggap
arak adalah najis (al-Nawawi, al-Majmu‟ 2/563). Namun,
tidak semua bahan beralcohol itu mengandungi arak
dan najis walaupun setiap minuman arak mengandungi
alkohol.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 68
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 14 hingga 16
Julai 2011 memutuskan ubat-ubatan dan pewangi yang
mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah
tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut
bukan diambil melalui proses pembuatan arak serta
bukan racun membunuh.
Hadis ini menjelaskan „illat atau sebab pengharaman
arak, iaitu memabukkan. Pengharaman ini
diperluaskan kepada sebarang minuman, makanan,
serbuk dadah, pil atau suntikan cecair yang mempunyai
„illat yang sama.
Justeru, umat Islam perlu mengambil berat tentang
pengharaman ini kerana boleh memberi kemudaratan
kepada diri, famili, masyarakat dan negara.
69 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Sudah terbukti dalam peristiwa dan berita, najis haram ini
telah memusnahkan hidup manusia, merebak jenayah
mencuri dan hilangnya nyawa, malah anak dan ibu
bapa bermusuhan, suami isteri bercerai-berai dan anak-
pinak pula daif terbiar. Elemen arak yang memabukkan
adalah keji, juga mainan syaitan yang perlu dijauhi oleh
orang yang beriman kerana boleh mengakibatkan
permusuhan dan kebencian sesama umat (al-Ma‟idah,
90 - 91).
Budaya mengagungkan arak perlu dibanteras sama
ada melalui pesta, pengiklanan ataupun penjualan
secara terbuka di penempatan umat Islam. Undang-
undang lebih keras perlu terpakai kepada penjualannya
kepada orang Islam serta kepada pemandu dengan
pengaruh arak. Semua pihak perlu bertindak
mencegahnya.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 70
Hadis 21
Jangan Marah!
لاَ تَغْ َض ْب
“Jangan marah!.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6116 daripada Abu Hurayrah RA.
Hadis ini tentang amarah, iaitu emosi semula jadi yang
wujud pada setiap insan. Hadis ini muncul bila seorang
Sahabat - dikatakan Jariyah bin Qudamah RA yang
meminta nasihat daripada Rasulullah SAW lalu dinasihati
„Janganlah engkau marah!‟. Dalam riwayat lain diminta
nasihat supaya mudah diingati, sementara riwayat lain
meminta suatu amalan mudah ke syurga.
71 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Permintaan tersebut diajukan berulang kali, namun
jawapan Baginda SAW tetap sama. Ada riwayat
menyebut diajukan sebanyak tiga kali.
Menurut al-Nawawi, ulangan jawapan yang sama
menunjukkan kemusnahan besar yang wujud daripada
sifat marah (al-Minhaj, 16/163). Menurut al-Khattabi,
maksud hadis ini adalah „menjauhi daripada sebab-
sebab amarah.‟
Ada ulama menyebut maksudnya „jangan melakukan
perkara yang boleh menimbulkan kemarahan‟. Ini
kerana hakikat amarah tidaklah dilarang kerana ia
adalah perkara tabi‟i yang tidak akan hilang daripada
tabiat manusia (Fath al-Bari, 10/520).
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 72
Malah, marah dibenarkan dalam keadaan tertentu
seperti ketika Islam dan syariat dihina, marah terhadap
maksiat dan kezaliman dengan syarat dikawal supaya
tidak melampau atau mengikut hawa nafsu.
Menahan atau mengawal sifat marah adalah suatu
kebaikan yang disukai Allah SWT (Ali Imran, 134), malah
Nabi SAW menilai kekuatan sebenar seseorang bukan
kerana handal berlawan, tetapi dapat
mengawal diri semasa marah (al-Bukhari, 6114 &
Muslim, 2609).
Hadis ini menganjurkan sifat nasihat-menasihati serta
membuktikan Sahabat adalah mereka yang suka
mendapatkan nasihat yang baik dan bermanfaat untuk
amalan yang boleh kita contohi.
73 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Kandungan utama hadis ini adalah menggesa umat Islam
supaya mengawal kemarahan, lantas memupuk diri dengan
sifat sabar, pemaaf, tawaduk‟ serta akhlak mulia lain.
Amarah boleh dikawal dengan amalan tertentu yang turut
dijelaskan Rasulullah SAW dalam banyak hadis yang lain.
Antaranya, berdoa berlindung daripada hasutan syaitan
dengan mengucapkan ()أَعُْوذُ ُِّبللِه ُُِّّم َن ُّالشْيطَا ِن ُّالرِجْيُِّم, bertenang,
mengambil wudhuk, diam atau mengucapkan kalimah
yang baik, mengubah posisi dengan duduk atau baring
ketika sedang marah.
Marah juga perlu diluah dan dibincangkan dengan
orang lain, bukan dipendam lama-lama yang akan
meletus dan mungkin menimbulkan masalah psikologi
kepada individu. Marilah kita mengawal amarah,
simpanlah amarah itu untuk bertempat seperti membela
syariat Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 74
Hadis 22
Tangan Di Atas Lebih Baik
اليَ ُد العُْليَا َخْير ِم َن اليَ ِد ال ُّسْفلَى
“Tangan di atas (pemberi) lebih baik daripada tangan di
bawah (penerima).”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 1427, 1428, 1429 & 1472 dan Muslim no.
1033, 1034, 1035 dan 1036 daripada Hakim bin Hizam RA, Abu
Hurayrah RA, „Abdullah bin „Umar RA dan Abu Umamah RA
dengan penambahan teks di awal dan akhir yang pelbagai.
Maksud hadis ini dijelaskan dalam teks penuh riwayat Ibn „Umar
RA iaitu dengan tambahan (َُُّوالسْفلَىُّالسائِلَُّة،ُ– )َوالْيَ ُدُّالْعُلْيَاُّالْ ُمْنِفَقة
„tangan di atas adalah pemberi sadaqah,
tangan di atas adalah peminta‟.
75 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Tangan di bawah juga bermaksud „penerima sadaqah‟.
Riwayat Ibn „Umar RA juga menyebutkan teks hadis ini
disabda oleh Rasulullah SAW di atas mimbar ketika
berbicara tentang sadaqah dan menahan diri daripada
meminta-minta.
Hakim bin Hizam RA dalam riwayatnya menjelaskan
beliau meminta sadaqah kepada Rasulullah SAW
beberapa kali (riwayat lain menyebutkan tiga kali) lalu
diberikan kepadanya setiap kali permintaan.
Setelah memberi beberapa kali, Baginda SAW
mengingatkannya jangan meminta dengan nafsu
supaya harta diberi itu berkat seumpama orang makan
yang tidak kenyang-kenyang, lalu disabdakan teks hadis
di atas. Hakim RA kemudian berkata beliau tidak
meminta-minta lagi pada sesiapa.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 76
Hal ini dilaksanakan termasuk menolak pemberian pada
zaman Abu Bakar RA dan Umar RA sehingga beliau
wafat walaupun beliau layak sebagai penerima.
Hadis ini mengajak kita menjadi dermawan terutama
kepada keluarga tanggungan sendiri serta kelebihan
orang yang memberi sesuatu kepada orang yang
memerlukannya. Orang yang memberi sadaqah atau
apa-apa keperluan orang lain dengan ikhlas
mempunyai kelebihan berbanding penerima atau
berbanding orang yang meminta-minta.
Walaupun begitu, hadis ini tidak melarang kita menerima
pemberian orang lain. Si penerima kadang-kadang
memberikan ruang amal pahala kepada si pemberi.
Meminta-minta pula bukanlah suatu kesalahan bagi
mereka yang terpaksa dan memerlukannya.
77 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Jika kita punya kelebihan, berilah bantuan dan
kegembiraan kepada mereka. Mungkin sedikit yang kita
berikan itu adalah penolong kita di kampung akhirat
kelak. Jika tiada apa-apa, tidak mengapa. Orang yang
meminta jangan pula diherdik atau dihina (al-Dhuha,
10). Namun, meminta-minta bukan kerana keperluan
sebaliknya untuk memperkayakan diri adalah haram
dan seolah-olah meminta bara neraka (Muslim, 1041).
Dari aspek lain, pemberian atau sadaqah luas
maksudnya termasuklah dengan wang ringgit, amar
ma‟ruf nahi munkar, bercakap baik dan pelbagai
kebaikan lagi (Muslim, 1006). Kita hidup bukan
nafsi-nafsi, tetapi berkongsi. Apa yang kita beri,
sebenarnya kita memberi untuk diri sendiri. Allah SWT
jualah Maha Pemberi.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 78
Hadis 23
Guru dan Tafaqquh Fiddin
َم ْن يُِرِد اَّللُ بِِو َخْي ًرا يَُفِّق ْهوُ ِف ال ِّدي ِن
“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka
ia diberi faham dalam agama.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 71, 3116 & 7312 dan Muslim no. 1037
daripada Mu‟awiyah bin Abi Sufyan RA yang berkhutbah di
mimbar.
Istilah (ُ )يُ َف ِقّ ْه ٌهatau faqih bermaksud ( – )ا ْلفَ ْه ٌُنfaham. Ibn Hajar
al-„Asqalani menyebutkan „faham‟ merujuk kepada
kefahaman tentang hukum-hukum syarak.
79 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Istilah „kehendaki kebaikan‟ dalam hadis ini menjelaskan
secara jelas tentang keutamaan ulama / orang yang
berilmu berbanding orang-orang lain serta keutamaan
belajar memahami agama berbanding ilmu-ilmu lain.
Hadis ini boleh difahami bahawa sesiapa yang tidak
memahami agama, iaitu belajar asas-asas Islam serta
yang bersangkutan dengannya tidak memperolehi
kebaikan dan rahmat Allah SWT (Fath al-Bari 1/161 &
164). Ilmu agama termasuklah berkaitan al-Qur‟an,
hadis, akidah, fiqh, akhlak dan sebagainya.
Menurut al-Nawawi, hadis ini mengandungi keutamaan
ilmu, memahami ilmu agama serta galakan menuntut
ilmu. Ini kerana ilmu agama adalah pintu utama menuju
takwa Allah SWT (al-Minhaj, 7/128).
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 80
Oleh itu, salah satu ciri mendapat kebaikan yang
sempurna dan petunjuk Allah SWT di dunia akhirat
hendaklah mempelajari dan memahami ilmu agama,
iaitu ilmu yang mewariskan amal solih kepada
penuntutnya.
Hadis ini menjelaskan kedudukan ilmu dan keutamaan
mereka yang mempelajari ilmu agama. Setiap
percakapan dan amalan agama perlu mempunyai ilmu,
malah mengenal Allah SWT juga perlu dengan ilmu
(surah Muhammad, 19).
Orang yang mempelajari ilmu adalah umat terbaik (al-
Bukhari, 3383) berbeza dengan orang jahil (surah Zumar,
9) kerana sentiasa dinaungi Allah dan dipayung
Malaikat-Nya (Abu Dawud, 3641).
81 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Pemahaman ilmu agama yang benar pula perlu
dipelajari secara langsung daripada pewaris ilmu para
nabi, iaitu ulama (al-Tirmidhi, 2682). Justeru, kita
hendaklah menjadi ahli ilmu dengan belajar, menyelidik
dan memahami sesuatu perkara. Ilmu agama
terutamanya fardhu ain adalah kewajipan, namun ilmu-
ilmu alat lain seperti sains, matematik, bahasa, teknologi
dan sebagainya juga penting jangan ditinggalkan.
Walaupun begitu, ilmu yang diperolehi perlu diamalkan
kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak berguna laksana
pohon yang tidak berbuah. Pada masa yang sama, kita
perlu mengenang semua guru yang mendidik,
mewariskan kebaikan kepada kita sejak kecil,
termasuklah kedua ibu bapa dan guru di tadika, sekolah,
kolej mahupun di universiti. Jasa mereka tidak bertepian.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 82
Hadis 24
Jangan Jadi Batu Api
َلا يَ ْد ُخ ُل الجَنةَ قَتات
“Tidak masuk syurga (tanpa hisab) pengadu domba.”
Hadis riwayat al-Bukhari no. 6056 dan Muslim no. 105 daripada
Huzaifah bin Yaman RA.
Teks hadis ini diriwayatkan oleh Huzaifah RA apabila
terdapat seorang lelaki di Masjid Nabawi yang
menyampaikan satu berita kepada „Uthman bin Affan
RA sedangkan ia tidak benar. Teks riwayat lain menyebut
(„ – )َل ُّيَْد ُخ ُل ُّالْجَنةَ َُّناٌُّمTidak masuk syurga (tanpa hisab) si
penghasut‟ (Muslim, 105).
83 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Kedua-dua istilah mempunyai maksud yang sama. Ada
ulama membezakannya, namun secara umum kedua-
duanya bermaksud sebaran sesuatu bertujuan
merosakkan hubungan orang lain.
Terdapat berapa istilah lain yang mempunyai maksud
hampir sama dan merupakan larangan Rasulullah SAW,
antaranya (ُ ) َع ْضُّوdan () ِغيبَة. Menurut al-Nawawi, ُّ ِغيبَة,َناٌم
dan lain-lain diharuskan jika dilakukan atas keperluan
maslahah syariah seperti mencegah kezaliman,
mengubah kemungkaran dan sebagainya dengan
syarat tertentu (al-Minhaj, 16/142).
Hadis ini memaparkan larangan keras kepada kita
seperti Hadis 5 tentang pemutus silaturrahim. Namun ini
merujuk kepada perkataan dan perbuatan adu domba,
fitnah, hasutan atau menjadi batu api yang membawa
kepada permusuhan.
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 84
Mereka tidak masuk syurga bersama golongan terawal
jika masih ada iman, sebaliknya akan di azab atas
kejahatan tersebut. Justeru, kita jangan cuba menjadi si
penfitnah atau si batu api. Malah, kita yang hidup pada
zaman Whatsapp, Twitter dan Facebook ini perlu berhati-
hati dengan segala hantaran dan perkongsian yang
dibuat.
Semak dan tabayyun dahulu sebelum sebar (al-Hujurat,
6). Tanya dulu IMAN (Istighfar, Manfaat ada, Asal
sumber/sandaran dan Niat kerana Allah) sebelum
hantar. Telinga yang peka, lidah yang petah berkata-
kata dan jari yang tangkas menaip bicara semuanya di
akhirat akan ditanya. Janganlah menjadi penyambung
lidah fitnah kelak kita disentuh bara panas batu dan
kayu neraka. Semak. Tabayyun.
85 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit
Hadis 25
Raih Rahmat Dengan Salawat
َم ْن َصلى َعلَي َوا ِح َدًة َصلى الله َعلَْيِو َع ْشًرا
“Sesiapa yang bersalawat ke atasku dengan satu
salawat, Allah akan bersalawat (memberi rahmat) ke
atasnya dengan sepuluh salawat.”
Hadis riwayat Muslim no. 408 daripada Abu Hurayrah RA dan no.
384 daripada Abdullah bin „Amr bin al-As RA.
Salawat dalam kamus Bahasa Arab maksudnya doa,
rahmat (kasih sayang), istighfar (mohon keampunan)
dan takzim (penghormatan).
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 86