The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hakim.aqie, 2021-04-13 01:07:32

Hafal Hadis Pendek dalam 1 Minit

Bahan Kuliah Tiga Minit (KULTIM)

Salawat daripada Allah SWT bermaksud rahmat-
Nya. Ini turut dinyatakan dalam Surah al-Ahzab, 56

bahawa Allah SWT dan malaikat-Nya bersalawat
kepada Rasulullah SAW.

Al-Bukhari (6/120) menukilkan

kata-kata Abu al-„Aliyah dan Ibn

„Abbas bahawa „Allah

bersalawat‟ maksudnya pujian

terhadap Nabi Muhammad SAW

di hadapan malaikat, sementara

„Malaikat bersalawat‟ maksudnya malaikat berdoa dan

memohon berkat bagi Baginda SAW.

87 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Ulama tafsir menyebutkan Allah SWT bersalawat dengan

melimpahkan segala rahmat, keberkatan dan keampunan
sebagai bentuk kemuliaan dan penghormatan kepada Baginda
SAW.

Malaikat pula bersalawat dengan berdoa memohon

keampunan kepada Allah SWT. Lalu orang-orang yang beriman
diseru bersalawat dan mengucapkan salam sejahtera di samping
memuliakan Rasulullah SAW dengan mengikuti sunnah serta
syariat yang dibawa.

Ulama juga menyebutkan maksud kita bersalawat adalah kita

menyanjung dan memuliakan Rasulullah SAW di samping
mendoakan supaya Allah meninggikan darjat kemuliaan Baginda
SAW.

Hadis ini dan hadis-hadis lain serta ayat al-Qur‟an jelas
menganjurkan kita sentiasa bersalawat kepada Rasulullah SAW
sebagai suatu ibadah dan amalan lisan harian.

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 88

Amalan ini sangat mudah, tetapi mempunyai nilai yang
tinggi dan pahala yang besar. Selain rahmat Allah SWT,
salawat sekali sahaja memberi manfaat besar ke atas
kita seperti disebut dalam banyak hadis lain, antaranya
dihapuskan dosa-dosa kecil, ditinggikan darjat dan
berdekatan dengan Baginda SAW pada hari akhirat
kelak.

Marilah kita istiqamah bersalawat kepada Junjungan
Besar Nabi Muhammad SAW setiap masa dan setiap kali
nama baginda disebut. Ada hadis sahih menyebut
orang yang tidak bersalawat apabila nama Rasulullah
SAW disebut di sisinya adalah seorang yang bakhil (al-
Tirmidhi, 3546). Marilah kita menjadi pencinta Baginda
SAW. Marilah kita bersalawat: (ُّ‫َُّك َماُّ َصلْي َت‬،‫اللُهمُّ َص ِّلُّ َعلَىُُّمَم ٍدَُّوَعلَىُّآِلُُّمَم ٍد‬
‫ُّإِن َكُّحَِميٌدََُِّمي ٌُّد‬،‫َُّوَعلَىُّآِلُّإِبْػَرا ِىيَم‬،‫( ) َعلَىُّإِبْػَرا ِىيَم‬al-Bukhari, 3370 & Muslim, 406).

89 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Hadis 26

Makan Minum Beradab

‫ َوُك ْل ِِما يَلِي َك‬،َ‫َسِّم اَّلل‬

“Sebut basmallah dan makanlah apa yang dekat
denganmu.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 5376 & 5378 dan Muslim no. 2022
daripada „Umar bin Abi Salamah RA.

Hadis ini menjelaskan dua adab makan, iaitu

memulakan dengan menyebut nama Allah SWT -
basmallah (ّ‫ )بِ ْسِم ُّاّللِ ُّالرحْمَ ِن ُّالرِحيُِم‬dan makan makanan yang
berdekatan.

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 90

Dalam riwayat lain ditambah satu lagi adab iaitu (‫)َوُك ْلُّبِيَ ِمينِ َُّك‬
– „Dan makanlah dengan tangan kananmu‟ di tengah-
tengah teks dua adab tersebut. Hadis ini adalah
pesanan Rasulullah SAW kepada budak asuhan
baginda, „Umar bin Abi Salamah RA yang juga perawi
hadis ini. Beliau ketika itu masih kanak-kanak dan
tangannya merayap-rayap sekitar hidangan ketika
hendak makan, lalu Baginda SAW memulakan teks hadis
dengan sabda (‫„ – )يَاٌ ُغلاَ ٌُم‬Wahai anak kecil‟.

Terdapat dalam hadis lain Rasulullah SAW pernah
menegur seorang lelaki – dikatakan Basar bin al-Asyja‟i
yang makan menggunakan tangan kiri (Muslim, 2021). Ini
kerana ada hadis menyebutkan makan dan minum
dengan tangan kiri menyerupai perlakuan syaitan
(Muslim, 2019 & 2020).

91 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Selain itu, terdapat pelbagai adab makan lain dalam al-
Qur‟an dan hadis antaranya mengambil makanan

halal dan berkhasiat (al-Baqarah, 168), menjauhi

pembaziran dan berlebih-lebihan (al-A‟raf, 31), tidak
mencela makanan, membasuh tangan serta berdoa
sebelum dan selepas makan.

Hadis ini adalah siri teladan didikan Rasulullah SAW

terhadap anak-anak tentang adab dengan tunjuk ajar
lembut tanpa memarahinya. Hadis ini juga menjelaskan

adab Rasulullah SAW yang wajar diikuti oleh umat Islam

dalam kehidupan seharian. Semua gerak-geri kita

mengikut sunnah akan mendapat pahala, termasuklah

ketika makan minum. Justeru, sesuatu perkara ibadah

atau amal kebaikan perlu dimulakan dengan

basmallah serta niat kerana Allah SWT untuk

mendapat pahala dan keberkatan. 92

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Ketika makan, sunat menggunakan tangan kanan,
sementelah jumhur ulama termasuk mazhab al-Syafi‟i
berpandangan adalah makruh menggunakan tangan
kiri tanpa keuzuran. Jika hidangan memerlukan dua
tangan seperti sudu dan garfu, tiada masalah untuk
menggunakannya, namun suapkanlah ke mulut dengan
tangan kanan. Malah, Rasulullah SAW turut menyukai
mendahulukan bahagian kanan dalam urusan kebaikan
harian seperti memakai kasut, menyikat rambut dan
mandi atau wudhu‟ (al-Bukhari, 168).

Selain itu, hadis ini turut memberi contoh adab makan
berjamaah dengan mengambil makanan berdekatan
terutama ketika mula makan. Ini secara langsung
menjauhi sikap berebut-rebut makanan atau berlaga
tangan untuk mengambil juadah yang sedap terlebih
dahulu. Semua ini adalah sunnah kecil dan mudah
diikuti, namun berpahala besar dan mudah diperolehi.

93 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Hadis 27

Pembayar Hutang Terbaik

ً‫َخْي ُرُك ْم أَ ْح َسنُ ُك ْم قَ َضاء‬

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik membayar
hutang.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 2305, 2390 & 2606 dan Muslim no. 1601
daripada Abu Hurayrah RA, selain turut diriwayatkan oleh „Irbadh
bin Sariyah RA dan Abu Rafi‟ al-Qibti, budak asuhan Rasulullah
SAW.

Hadis ini berkaitan hutang, iaitu transaksi yang diharuskan
dalam Islam. Rasulullah SAW berhutang seekor unta muda
dengan seorang lelaki yang dikatakan Arab Badwi.

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 94

Lelaki itu datang menuntut hutang unta tersebut, lalu
Baginda SAW menyuruh Abu Rafi‟ membayarnya.
Namun, Abu Rafi‟ mendapati unta yang ada untuk
dibayar hanyalah seekor unta yang lebih tua (lebih besar
dan mahal).

Rasulullah SAW meminta beliau membeli unta lebih tua
itu dan membayar hutang tersebut. Lelaki itu berdoa
moga Allah memberi balasan baik kepada Rasulullah
SAW kerana menunaikan janji membayar hutang, lalu
Baginda SAW bersabda seperti teks di atas.

Contoh Rasulullah SAW sebagai penghutang yang

baik turut terdapat dalam hadis yang lain, antaranya
berhutang dengan „Irbadh bin Sariyah RA, Jabir bin
Abdullah RA dan Yahudi Madinah yang dikatakan
bernama Abu Syahm.

95 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Hadis ini menunjukkan akhlak muamalah Rasulullah SAW
serta hutang yang wajib dibayar mengikut tempoh yang
ditetapkan.

Sebab itu al-Qur‟an dalam ayat terpanjang adalah

tentang hutang yang disaran ditulis butirannya termasuk
tempoh pembayaran balik supaya tidak timbul masalah
(al-Baqarah, 282).

Hadis ini turut mengharuskan pembayaran hutang
dalam bentuk yang lebih baik dengan syarat inisiatif itu
daripada penghutang dan bukan ditetapkan semasa
kontrak.

Jika ada penambahan daripada pemiutang atau

disyaratkan semasa kontrak itu adalah riba yang

diharamkan.

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 96

Ini kerana hutang berasaskan kontrak qardh al-
hasan yang tidak boleh ada sebarang penambahan

oleh pemiutang atas jumlah hutang.

Walaupun begitu, umat Islam disarankan menggunakan
kontrak lain untuk mendapatkan pembiayaan seperti
jual beli (al-bai‟) dan al-rahn (gadaian). Elakkan diri
terperangkap dengan belenggu hutang.

Rasulullah SAW mengajar Abu Umamah RA yang
berdukacita kerana masalah hutang agar berdoa pagi
dan petang (‫َُّوقَػ ْهِرُّالِّرَجاُِّل‬،‫„ – )َوأَعُوذُُّبِ َكُِّم ْنُّ َغلَبَِةُّالديْ ِن‬Dan aku berlindung
kepada Engkau daripada bebanan hutang dan
penindasan manusia.‟ (Abu Dawud, 1555). Jika
berhutang, jadilah penghutang yang baik!.

97 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Hadis 28

Tiada Taat Untuk Maksiat

‫لاَ طَا َعةَ ِف َمْع ِصيٍَة‬

“Tiada taat dalam (perkara) maksiat.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 7257, 7145 & 4340 dan Muslim no. 1840
daripada „Ali bin Abi Talib RA.

Kedua-dua riwayat mengandungi penambahan di

hujungnya (ّ‫„ – )إَِنَاُّالطا َعةُُِّفُّالمَْعُرو ُِؼ‬Sesungguhnya (kewajipan)

taat (hanya) pada (perkara) kebaikan‟.

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 98

Perawi hadis ini, „Ali bin Abi Talib RA menceritakan
Rasulullah SAW telah mengutus sepasukan tentera dan
melantik seorang lelaki Ansar sebagai pemimpin dan
menyuruh mereka memberikan ketaatan kepadanya.

Dalam tugasan, tiba-tiba pemimpin tentera itu marah
dan memerintahkan mereka mengumpulkan kayu lalu
dinyalakan api. Beliau mengarahkan mereka masuk ke
dalam api. Ketika sebahagian mereka hendak masuk,
api tiba-tiba padam dan kemarahan beliau pun hilang.

Perkara itu diceritakan kepada Nabi SAW lalu Baginda
SAW bersabda kepada mereka yang hendak masuk ke
dalam api, „Jika kamu masuk ke dalamnya, kamu kekal
dalamnya hingga hari kiamat‟. Kemudian disabdakan
kepada sebahagian yang lain seperti teks hadis di atas.

99 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Lelaki itu dikatakan bernama „Abdullah bin Huzaifah al-
Sahmi yang hendak menguji tentera pimpinannya (al-
Minhaj 8/59 & Fath al-Bari 12/227). Jika tentera itu masuk
ke dalam api tersebut, nescaya mereka membunuh diri,
iaitu suatu maksiat dan dosa besar yang dilarang serta
berhak tempatnya dalam neraka.

Hadis ini menjelaskan persoalan taat. Al-Bukhari

meletakkannya pada Bab (ً‫– )الس ْم ِع َُّوالطا َعِة ُّلِِْلَماِم َُّما ََُّلْ ُّتَ ُك ْن َُّم ْع ِصيَُّة‬
„Dengar dan Taat kepada Pemimpin Selagi Bukan
Perkara Maksiat‟ sementara Muslim pada Bab (ُّ ‫ُو ُجو ِب ُّطَا َعِة‬
ّ‫ َُّوَتِْريمَِها ُِّف ُّالْ َم ْع ِصيَُِة‬،‫„ – )اْلأَُمَراِء ُِّف ُّ َغِْْي َُّم ْع ِصيٍَة‬Wajib Taat Pemerintah Pada
Bukan Maksiat dan Haram (Taat) Pada Maksiat‟. Justeru,

hadis ini menjelaskan kewajipan taat kepada

kepimpinan Islam dalam perkara kebaikan dan haram

mematuhinya dalam perkara maksiat.

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 100

Dalam al-Qur‟an, ketaatan kepada perintah atau
larangan Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah mutlak,
tidak boleh disanggah, namun sebaliknya bagi orang
lain (al-Nisa‟, 59). Ini termasuklah ketaatan kepada
pemerintah, pemimpin termasuklah ibu bapa dan suami
adalah muqayyad, tertakluk kepada perintah atau
larangan tersebut bertepatan dengan al-Qur‟an dan al-
Sunnah serta bukan dalam perkara maksiat.

Justeru, setiap Muslim wajib mentaati para pemerintah
dalam apa jua perkara sama ada disukai atau dibenci
selagi ia bukan berbentuk munkar dan maksiat kepada
Allah SWT. Selain itu, pemimpin Islam perlu mengikut
syariat dalam kepimpinannya serta tidak membuat
sesuatu keputusan dalam keadaan marah.

101 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Hadis 29

Bina Rumah Tepi Neraka?

‫ فَ ْليَتَبَوأْ َمْقَع َدهُ ِم َن الناِر‬،‫َم ْن َك َذ َب َعلَي ُمتَ َع ِّم ًدا‬

“Sesiapa berdusta atas (nama)ku dengan sengaja,
maka dia menyediakan tempatnya dalam neraka.”

Hadis riwayat ramai, antaranya dalam al-Bukhari no. 3461 dan
Muslim no. 3 daripada „Abdullah bin „Amr RA, Abu Hurayrah RA
serta lebih daripada 70 Sahabat.

Hadis ini adalah mutawatir, iaitu hadis yang diriwayatkan
oleh bilangan (perawi) ramai yang secara kebiasaannya
mustahil mereka berpakat untuk berdusta (al-Tahhan,
Taysir, 19) dan merupakan kategori hadis paling sahih.

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 102

Teks ini adalah hadis pertama dalam karya Sahih Muslim
(3), sementara teks al-Bukhari (3461) terdapat
penambahan pada awal hadis (َُّ‫َُّو َح ِّدثُواُّ َع ْنُّبَِّنُّإِ ْسَرائِي َلَُّول‬،ً‫بػَلِّغُواُّ َعِّّنَُّولَْوُّآيَة‬
‫“ – ) َحَرَُّج‬Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat
dan ceritakanlah (yang didengari) daripada Bani Israil
dan itu tiada apa-apa (dosa).”

Hadis ini menggalakkan periwayatan dan penyebaran
ilmu daripada hadis Rasulullah SAW serta mengharuskan
riwayat atau mengambil hadis daripada Bani Israil.

Namun, hadis dan kisah Bani Israil (atau Israiliyyat)
mestilah sahih bersumberkan Baginda SAW. Kisah

Israiliyyat ada yang benar bersumberkan al-Quran

dan sanad hadis sahih, namun kebanyakannya tidak
benar.

103 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Pendustaan terhadap Rasulullah SAW bermaksud
menyandarkan sesuatu penyataan kepada Baginda
SAW sedangkan baginda tidak mengatakannya. Pelaku
demikian digambarkan dalam hadis sedang membina
sendiri tempat tinggalnya di neraka.

Hadis mutawatir ini melarang keras berdusta atau
menyandarkan sesuatu yang bukan hadis kepada
Rasulullah SAW secara sengaja, malah perkara ini
adalah haram dan berdosa besar. Ini termasuk mereka-
reka hadis mawdu‟ (palsu) sama ada dalam perkara
hukum-hakam atau dalam bentuk nasihat dan fadilat
amal.

Mereka yang menyedari kepalsuan sesuatu hadis,
namun tetap menyebarkannya kepada umum tanpa
penjelasan juga termasuk dalam amaran keras hadis ini.

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 104

Malah, ulama mengkufurkan pelaku tersebut jika berniat
menghalalkan perbuatan pendustaan atas nama
Baginda SAW.

Hadis ini secara tidak langsung menyeru umat Islam
supaya memastikan sumber rujukan, perawi dan
klasifikasi kesahihan sesebuah hadis atau kisah Israiliyyat
sebelum menyebarkannya dalam ucapan, tulisan atau
ilustrasi.

Hari ini kita melihat khalayak umum suka berkongsi teks
dan makna hadis dalam media sosial seperti facebook,
twitter ataupun whatsapp tanpa sebarang semakan
atau sumber rujukan. Sepatutnya gunakanlah manfaat
dunia internet yang turut menyediakan ruang luas untuk
semakan hadis dalam Bahasa Melayu atau Arab.

105 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Laman web seperti carihadis.com atau
sigir.uitm.edu.my/webhadis boleh digunakan, sementara
yang boleh berbahasa Arab semaklah di
dorar.net/hadis, islamweb.net/ar/library, sunnah.com
atau paling kurang tanyalah si lebai google.

Software atau mobile apps seperti Semak Hadis, ‫المكتبةُّالشاملو‬
dan ‫ الموسوعة ُّاْلديثية‬juga boleh dimanfaatkan. Marilah kita

menjadi umat Muhammad yang tidak
mengetuk memaku untuk mendirikan
rumah di tepi jurang api neraka.

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 106

Hadis 30
Puasa Adalah Perisai

‫ال ِّصيَا ُم ُجنة‬

“Puasa adalah perisai.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 1894 dan Muslim no. 1151 daripada
Abu Hurayrah RA.

Teks ini daripada Sahih Muslim sementara teks al-Bukhari

terdapat penambahan selepasnya (ُّ ‫ َُّوإِ ِن ُّاْمُرٌؤ‬،‫فَلاَُّيػَْرفُ ْث َُّولََُّْيَه ْل‬
‫ ُُّّإِِّّن ُّ َصائٌِم َُّمرتَػْ ُِّي‬:‫“ – )قَاتَػلَوُ ُّأَْو ُّ َشاَتَوُ ُّفَػْليَػُق ْل‬Maka (orang berpuasa)

janganlah berkata keji dan janganlah bertindak jahil.

107 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Jika seseorang hendak bergaduh atau memakinya,

maka katakan: „Aku berpuasa‟ diulangi dua kali.”

Istilah (‫ )يػَْرفُ ُّْث‬maksudnya „perkataan keji‟ seperti menghina
atau mencaci, sementara (ّ‫ )َْي َه ُْل‬bermaksud jangan

melakukan perbuatan orang jahil seperti memekik-mekik,
melaung dan sebagainya (Fath al-Bari, 4/104).

Menurut al-Nawawi, puasa adalah perisai yang

menegahnya daripada perkataan keji (‫)يػَْرفُ ُّْث‬,

melindunginya daripada dosa-dosa dan api neraka (al-
Minhaj, 8/30). Ini turut dijelaskan dalam riwayat lain
bahawa puasa adalah perisai yang melindungi
daripada api neraka (al-Nasa‟i, 2234) seumpama perisai
yang melindungi seseorang dalam peperangan (al-
Nasa‟i, 2230; Ibn Majah, 1639).

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 108

Ibn Rajab menjelaskan maksud hadis ini bahawa:

Puasa melindungi orang berpuasa daripada
pelbagai maksiat ketika di dunia, maka puasa
juga akan melindunginya daripada azab
neraka di akhirat. (Sebaliknya) puasa yang
gagal melindunginya daripada maksiat di
dunia, maka puasa juga tidak dapat
melindunginya daripada azab neraka akhirat
kelak. (Jami' al-Ulum, 2/139).

Hadis ini menjelaskan fadilat berpuasa yang dapat
mencegah daripada nafsu syahwat, perbuatan keji dan
gejala maksiat. Bersetubuh siang hari, berzina,
berkunjung ke tempat maksiat, memaki, mengumpat
dan bercakap kotor adalah contoh maksiat.

109 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Pelakuan sebegitu tidak layak bagi ibadah puasa serta boleh

membatal puasa atau mengurangkan pahalanya. Maksiat
ini turut menimbunkan dosa yang boleh mengheret

kita kepada pembalasan azab akhirat kelak.

Menurut al-Qurtubi, hal ini tidak bermaksud perbuatan
tersebut diharuskan ketika tidak berpuasa, tetapi bermaksud
larangannya lebih kuat ketika berpuasa (Fath al-Bari, 4/104).
Ulama menyebutkan puasa yang dimaksudkan meliputi
puasa wajib Ramadhan dan puasa sunat seperti puasa
enam hari Syawal, puasa setiap Isnin dan Khamis, puasa tiga
hari setiap bulan, puasa Arafah dan puasa „Asyura.

Puasa sebenar bukan setakat meninggalkan makan minum

untuk perut, namun berpuasa daripada perbuatan
yang diharamkan seperti bertelingkah, mencaci orang,

berbohong dan sebagainya.

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 110

Jika ada orang yang berbuat jahat, bersabarlah dan
usah membalas perbuatannya. Sebaliknya, beritahu diri
sendiri dan kepada orang itu secara baik bahawa anda
sedang berpuasa. Ingatlah, orang berpuasa lisannya

baik, perbuatannya
baik, amalannya
juga baik.

Lepas berlalu bulan

puasa, amal ibadat

hariannya juga

sama. Berjamaah,

bertiwalah dan

bersedekah. Tidak

berubah. Tidak berubah tanda mencapai sasaran

berpuasa Ramadhan „orang bertakwa‟ (al-Baqarah,

183).

111 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit

Dapatkan buku kami di
http://najahudin.onpay.my

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 112

113 Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit


Click to View FlipBook Version