The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuminahbaharom, 2019-04-19 23:04:52

MODEL PRIGEL KOMSAS TING 4- EDISI MURID

MODEL PRIGEL KOMSAS TING 4- EDISI MURID

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

UCAPAN PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah-Nya,
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat dapat dihasilkan. Oleh sebab itu, saya merakamkan
setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah dan panel penulis Modul Prigel Bahasa Melayu atas komitmen dalam
menghasilkan modul yang sangat bermanfaat ini.

Prakarsa penghasilan modul ini merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu
SPM yang bertujuan untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). KPM telah
mengetengahkan isu murid yang gagal dalam peperiksaan SPM walaupun 11 tahun berada dalam
alam persekolahan. Salah satu punca kegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid tidak dapat
menjawab dengan baik soalan peperiksaan Bahasa Melayu khususnya soalan yang berkaitan
dengan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk soalan 2(b), 2(c), 2(d), dan
soalan 4 (novel). Murid dikenal pasti tidak menguasai cara memahami teks serta teknik
menjawab soalan dengan betul. Oleh yang demikian, untuk membantu murid lulus dalam
peperiksaan SPM maka Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat dihasilkan untuk memenuhi
keperluan pembelajaran murid di negeri Sabah.

Modul ini sangat relevan digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan sokongan
pembelajaran dan pemudahcaraan subjek Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang estetik
seperti yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4. Saya
berharap agar pihak yang berkenaan baik guru mahupun murid dapat memanfaatkan modul ini
dengan sebaik mungkin demi meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan
SPM bagi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel penulis
modul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul Prigel KOMSAS ini. Modul
ini diharapkan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
seterusnya dapat melonjakkan prestasi murid dalam peperiksaan awam khasnya SPM.

Sekian.

ENCIK ABIDIN BIN MARJAN
Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik,
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Sabah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

ii

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PRAKATA PANEL PENGGUBAL MODUL
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat ini dihasilkan dengan satu tujuan iaitu
membantu pelajar Tingkatan Empat mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Hal ini dikatakan demikian kerana Bahasa Melayu
merupakan mata pelajaran teras yang memerlukan pelajar mendapat keputusan yang
cemerlang dan membantu mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, modul ini dihasilkan untuk membantu para guru membuat persediaan
mengajar yang lebih rapi dalam usaha melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Modul ini boleh digunakan oleh guru untuk mengajar dan pelajar
dapat menggunakannya untuk tujuan latih tubi dan juga sebagai rujukan.

Modul ini dihasilkan mengikut topik tetapi masih mengekalkan format
peperiksaan Bahasa Melayu SPM yang sebenar sama ada dari aspek bentuk soalan dan aras
soalan. Selain itu, setiap topik yang terdapat dalam modul ini mengikut Huraian Sukatan
Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tingkatan 4.

Modul ini dihasilkan oleh ahli Panel Penggubal Modul yang dilantik oleh SPA
Jabatan Pendidikan Sabah yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pemeriksa Kertas Bahasa
Melayu SPM dan Jurulatih Utama Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, diharapkan guru-guru
dan murid-murid memanfaatkan modul ini dalam usaha memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Sekian. Terima kasih

PANEL PENGGUBAL MODUL PRIGEL KOMSAS
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

iii

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

KANDUNGAN

Ucapan Penghargaan ii
Prakata Panel Penulis Modul
iii
PUISI TRADISIONAL
2-5
A NOTA
1. Syair Bidasari 6-8

2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 9

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 10
11
C PRAKTIS TOPIKAL 12
1. Syair Bidasari 12
Praktis 1 13
Praktis 2
Praktis 3 14
Praktis 4 15
Praktis 5 16
17
2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 18
Praktis 1
Praktis 2 20-22
Praktis 3 23-25
Praktis 4 26-28
29-32
Praktis 5
33
GENRE PUISI MODEN
A NOTA 34
35
1. Sang Gembala Kuda 36
2. Aku Membaca Lagi 36
3. www.sibermerdeka.com.my 37
37
4. Gelanggang
38
B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
39
C PRAKTIS TOPIKAL
1. Sang Gembala Kuda
Praktis 1
Praktis 2
Praktis 3
Praktis 4
Praktis 5

2. Aku Membaca Lagi
Praktis 1

iv

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4 40
41
Praktis 2 42
Praktis 3 43
Praktis 4
Praktis 5 44

3. www.sibermerdeka.com.my 45
Praktis 1 46
Praktis 2 46-47
Praktis 3 47
Praktis 4 47
Praktis 5
48
4. Gelanggang 49
Praktis 1 49
Praktis 2
Praktis 3 50
Praktis 4 50
Praktis 5 51

PROSA TRADISIONAL 52-57
A NOTA
58-59
1.Sinopsis Kepimpinan Melalui Teladan
60
B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 61
Latihan Praktis 62
Praktis 1 63
Praktis 2 64
Praktis 3
Praktis 4 65-71
Praktis 5
72-77
GENRE CERPEN 78-81
A NOTA
82
1. Kaduk, Ayam dan Raja
2. Munsyi 83
3. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
84
B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
85
C PRAKTIS TOPIKAL 86
1. Kaduk, Ayam dan Raja 87
Praktis 1
Praktis 2
Praktis 3
Praktis 4
Praktis 5

v

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4 88
89
2. Munsyi 90
Praktis 1 91
Praktis 2 92
Praktis 3
Praktis 4 93
Praktis 5 94
95
3. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul 96
Praktis 1 97
Praktis 2
Praktis 3 98-104
Praktis 4
Praktis 5 105

GENRE DRAMA 106
A NOTA 107
108
1. Berkhidmat untuk Negara 109
110
B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN
111
C PRAKTIS TOPIKAL 112-119
1. Berkhidmat untuk Negara
Praktis 1 120
Praktis 2 120
Praktis 3 121-124
Praktis 4 125-126
Praktis 5 127-129
130
GENRE NOVEL DI SEBALIK DINARA 131
A NOTA 132
133
1. Biodata
2. Sinopsis 134-137
3. Tema
4. Persoalan 138
5. Watak dan Perwatakan
6. Plot
7. Latar
8. Nilai
9. Pengajaran
10. Gaya bahasa
B PANDUAN MENJAWAB NOVEL

C PRAKTIS NOVEL
LAMPIRAN
Senarai Panel Penulis Modul Prigel KOMSAS

vi

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

SYAIR BIDASARI Maksud

Syair Penyair ingin menceritakan suatu kisah yang
berlaku di Negeri Kembayat. Kisah ini ditulis oleh
Rangkap 1 seorang fakir untuk dijadikan pedoman atau
Dengarkan tuan suatu riwayat, teladan.
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya Negeri Kembayat diperintah oleh seorang sultan
menjadi tamsil ibarat. yang bijak. Baginda mempunyai rupa paras yang
elok dan pekerti yang mulia. Baginda sentiasa
Rangkap 2 melayani rakyat dan para ulama yang datang
Ada raja suatu negeri, mendalami ilmu dalam bidang agama dengan adil.
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari, Rakyat begitu kagum akan baginda yang gagah
Melimpah ngadil dagang senteri. perkasa. Baginda amat disenangi oleh rakyat
kerana tidak pernah mendapat kesusahan semasa
Rangkap 3 di bawah pemerintahan baginda. Namun, mereka
Hairan orang empunya temasya, tidak dapat menduga ketentuan yang akan berlaku
Baginda itulah raja perkasa, pada masa akan datang.
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa. Sultan telah berkahwin dan beberapa bulan
kemudian permaisuri telah hamil.
Rangkap 4
Seri sultan raja bestari, Setelah lama memegang tampuk pemerintahan
Setelah ia sudah beristeri, dalam suasana yang aman dan penuh kegembiraan,
Beberapa bulan beberapa hari, akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayat
Hamillah puteri permaisuri. ditimpa bencana, baginda telah mangkat.

Rangkap 5 Pada waktu itu, negeri baginda telah diserang oleh
Beberapa lamanya dalam kerajaan, burung geroda yang sangat besar dan kuat lalu
Baginda duduk bersuka-sukaan, membinasakan negeri tersebut
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Rangkap 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

2

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Rangkap 7 Negeri Kembayat diserang geroda yang ganas
telah menimbulkan bunyi yang sangat kuat lagi
Datanglah menyambar suaranya bahana, menakutkan. Seluruh rakyat berada dalam
Gemparlah sekalian mulia dan hina, kebimbangan lalu melarikan diri.
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana. Para pembesar pergi berjumpa dengan sultan yang
baharu. Baginda telah mendengar suasana yang
Rangkap 8 riuh rendah di luar istana. Baginda berasa hairan.
Baginda menanyakan tragedi yang menimpa
Baginda pun sedang dihadap orang, negeri tersebut.
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
“Gempar ini apakah kurang”

TEMA

Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika mentadbir negara.
Raja Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urus negara.

PERSOALAN

1. Keadilan dalam pemerintahan.
Cth : Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda
melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.

2. Tanggungjawab semasa menjalankan tugas.
Cth : Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda
mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.

3. Ketaatan terhadap pemimpin/pemerintah
Cth : Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama dengan baginda ketika
susah dan senang.

4. Kasih sayang terhadap isteri.
Cth : Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang beberapa
bulan hamil.

3

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BAHASA

1. Bahasa istana
Cth : baginda; permaisuri

2. Bahasa klasik/arkaik
Cth : akas; ngadil; halifah; gurda.

3. Inversi
Cth : Melayanglah unggas dari angkasa (sepatutnya diungkapkan sebagai Unggas
melayanglah dari angkasa)

4. Simile
Cth : Mendengar gempar seperti perang

5. Penggunaan kata ganda
Cth : gundah-gulana; bersuka-sukaan; dam mana-mana

NILAI

1. Kebijaksanaan
Cth : Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang bijak.

2. Kasih sayang
Cth: Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang hamil
beberapa bulan.

3. Keadilan
Cth: Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda
melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.

4. Tanggungjawab
Cth: Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda
mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.

5. Ketaatan
Cth: Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama raja ketika susah dan senang.

4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN
1. Kita sebagai pemerintah mestilah memerintah negara dengan bijaksana.

Cth : Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang bijaksana.
2. Kita mestilah menyayangi pasangan kita.

Cth : Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang beberapa
bulan hamil.

3. Raja mestilah adil memerintah sesebuah negara.
Cth : Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda
melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.

4. Raja hendaklah bertanggungjawab dalam segala hal
Cth :Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda
mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.

5. Kita mestilah taat kepada pemerintah.
Cth : Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama raja ketika susah dan
senang.

5

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA
GURINDAM DUA BELAS FASA YANG KETIGA

Gurindam Maksud

Apabila terpelihara mata, Penglihatan yang dijaga akan
Sedikitlah cita-cita. mengurangkan keinginan terhadap
perkara-perkara yang negatif.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping. Pendengaran yang dijaga akan terhindar
daripada berita yang tidak baik.

Apabila terpelihara lidah, Seseorang yang menjaga tutur kata akan
Nescaya dapat daripadanya faedah. mendapat banyak manfaatnya.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan, Tangan perlu dipelihara daripada
Daripada segala berat dan ringan. mengambil barang yang bukan hak kita.

Apabila perut terlalu penuh, Nafsu harus dijaga agar tidak melakukan
Keluarlah fiil yang tiada senonoh. perbuatan yang dilarang.

Anggota tengah hendaklah diingat, Kehidupan seseorang perlulah dijalani
Di situlah banyak orang yang hilang semangat. dengan penuh semangat.

Hendaklah peliharakan kaki, Anggota kaki perlulah dipelihara dari
Daripada berjalan yang membawa rugi. melangkah ke tempat-tempat yang
maksiat.

TEMA

Nasihat memelihara anggota diri.
- Gurindam ini memberikan nasihat supaya kita sentiasa memelihara anggota diri dan
berbudi pekerti.

6

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN

1. Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.
Cth : Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang
dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)

2. Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.
Cth : Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3)

3. Persoalan kepentingan memelihara pendengaran.
Cth : Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2)

4. Persoalan semangat penting dalam kehidupan.
Cth : Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)

GAYA BAHASA

1. Kata ganda
Cth : cita-cita (rangkap 1; baris 2)

2. Asonansi
Cth : Pengulangan vokal a -Apabila terpelihara mata,( rangkap 1; baris 1)

3. Aliterasi
Cth : Pengulangan bunyi konsonan g - Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan
tangan (rangkap 4 baris 1)

4. Bahasa kiasan
Cth : Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh (rangkap 5)

BENTUK

1. 7 rangkap
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
3. Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan

Cth :  Sedikitlah cita-cita. (rangkap 1; baris 2)
 Di situlah banyak orang yang hilang semangat. (rangkap 6 ; baris 2 )

4. Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata
Cth : Se/di/kit/lah/ ci/ta/-ci/ta. – 8 suku kata (rangkap 1; baris 2)
 Di/ si/tu/lah/ ba/nyak/ o/rang/ yang/ hi/lang/ se/mang/at
- 15 suku kata (rangkap 6; baris 2)

5. Rima akhir aa
Cth: Apabila terpelihara kuping, - a
Khabar yang jahat tiadalah damping. – a (rangkap 2; baris 1 & 2)

7

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI
1. Kebijaksanaan

Cth : Kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata
2. Kesederhanan

Cth: Kesederhanaan ketika menghadap rezeki.
3. Kesabaran

Cth: Kesabaran memelihara mata daripada melihat perkara negatif.
4. Berbudi bahasa

Cth : Seseorang perlu menjaga tutur kata agar mendapat banyak faedahnya.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjaga penglihatan kita agar tidak menimbulkan keinginan yang

tidak baik.
2. Kita mestilah memelihara pendengaran kita agar tidak mendengar berita yang tidak

sahih.
3. Kita haruslah menjaga anggota kaki agar tidak menjejaki tempat yang tidak

berfaedah.

8

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN Markah
Soalan i (2 markah)
Bentuk Soalan Soalan ii (3 markah)

Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertumpu) Soalan iii (4 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
(memberikan pandangan atau pendapat, alasan,
menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu)
(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, gaya
bahasa, nilai dan pengajaran daripada petikan dan
keseluruhan puisi)

Teknik Menjawab.

Jawapan menggunakan ayat sendiri
Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis
Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang
diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.
Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan
sebagai jawapan (kaedah potong tampal)
Bagi soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), jawapan mestilah logik dan
relevan dengan kehendak soalan.
Bagi soalan KOMSAS yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau
huraikan, pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

9

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1

Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat, Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda duduk bersuka-sukaan,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Datanglah beroleh kedukaan,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Ada raja suatu negeri, Datanglah kepada suatu masa,
Sultan halifah akas bestari, Melayanglah unggas dari angkasa,
Asalnya baginda raja yang bahari, Unggas gurda sangat perkasa,
Melimpah ngadil dagang senteri. Menjadi negeri rosak binasa.

Hairan orang empunya temasya, Datanglah menyambar suaranya bahana,
Baginda itulah raja perkasa, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Sangat tiada merasai susah, Seisi negeri gundah-gulana,
Entah esok dan lusa. Membawa diri ke mana-mana.

Seri sultan raja bestari, Baginda pun sedang dihadap orang,
Setelah ia sudah beristeri, Mendengar gempar seperti perang,
Beberapa bulan beberapa hari, Bertitah baginda raja yang garang,
Hamillah puteri permaisuri. “Gempar ini apakah kurang.”

JAMILAH HJ. AHMAD (Penyelenggara)

i. Berikan maksud unggas gurda sangat perkasa dalam rangkap ke-6 syair di atas.
[2 markah]

ii. Sebagai rakyat yang prihatin, nyatakan sumbangan-sumbangan anda kepada mangsa yang

ditimpa bencana. [3 markah]

iii. Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

10

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

i. Berikan maksud gempar ini apakah kurang dalam rangkap kelapan syair di atas.
[2 markah]

ii. Jelaskan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk menggambarkan ketaatan anda
kepada pemerintah.
[3 markah]

iii. Huraikan dua persoalan syair di atas. [4 markah]

11

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3
i. Kemukakan sifat-sifat raja Negeri Kembayat berdasarkan rangkap kedua.

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mempertahankan negara dari ancaman musuh?
[3 markah]

iii. Jelaskan dua pengajaran berdasarkan syair Bidasari. [4 markah]

Praktis 4

i. Berikan maksud rangkai kata ‘supaya menjadi tamsil ibarat’ dalam rangkap pertama syair
di atas.
[2 markah]

ii. Pada hemat anda, seandainya anda seorang pemimpin, apakah sifat-sifat seorang pemimpin

yang akan anda tonjolkan nanti? [3 markah]

iii. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam syair yang dikaji. [4 markah]

12

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5
i. Berikan maksud rangkai kata ‘melimpah ngadil dagang senteri’.

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah terjadinya keadaan tidak stabil di sesebuah negara?
[3 markah]

iii. Nyatakan dua perwatakan Raja Negeri Kembayat berdasarkan syair yang dikaji?
[4 markah]

13

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C. PRAKTIS TOPIKAL
Praktis 1

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS
( Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

i. Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2 markah]

ii. Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agar
menjaga tutur kata.

Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu gemar
menuturkan kata-kata negatif?

[3 markah]

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

14

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2
i. Berdasarkan gurindam, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri?

[2 markah]

ii. Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah
kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh
mempengaruhi minda pembacanya.

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda menerima sesuatu
berita yang diragui kebenarannya?

[3 markah]

iii. Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

15

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3 Hendaklah peliharakan kaki,
i. Daripada berjalan yang membawa rugi

Kemukakan maksud rangkap gurindam di atas. [2 markah]

ii. Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial.

Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat mengelakkan diri daripada

melakukan perbuatan negatif? [3 markah]

iii. Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut. [4 markah]

16

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

i. Nyatakan maksud keluarlah fiil yang tiada senonoh.

[2 markah]

ii. Dalam rangkap kedua gurindam, penulis mengingatkan kita agar menjaga pendengaran. Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu memelihara pendengaran?

[3 markah]

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga gurindam tersebut.
[4 markah]

17

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4 [2 markah]

Praktis 5
i. Nyatakan maksud khabar yang jahat tiadalah damping.

ii. Pada pendapat anda, wajarkah kita mengambil berat tentang penjagaan pemakanan?

Jelaskan dua alasan anda. [3 markah]

iii. Huraikan tema yang terungkap dalam gurindam tersebut. [4 markah]

18

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A. NOTA

Sang Gembala Kuda karya
Karya : Razali Mohd Yussof

Sajak Maksud
‘Seorang lelaki bergelar perkasa’ merupakan
Rangkap 1 simbolik kepada seorang pemimpin. ‘Cemeti
keberanian di tangan’ bermaksud pemimpin
Dia lelaki bergelar perkasa tersebut mempunyai kuasa. ‘Rembat
dengan cemeti keberanian di tangan angkuhnya memacu takut’ bermaksud
rembat angkuhnya memacu takut pemimpin ini boleh melakukan apa-apa sahaja
menghalau kuda-kuda dipadang yang menyebabkan orang bawahannya berasa
berebutan memburu kandang. takut. ‘kuda-kuda’ bermaksud orang bawahan
atau orang suruhannya. Pemimpin ini kuat
Rangkap 2 kerana kuasa yang ada padanya.

Rumput dan jerami yang terhidang Untuk mengekalkan kuasa, pemimpin ini
adalah kanun janji kesetiaan memberikan pelbagai kemewahan kepada
dimamah rakus kala lapar ketua-ketua kecil yang menyokong penuh
tak peduli nasib diri setelah kenyang kepemimpinannya. Segala pemberian ini
jadi tunggangan memburu rakan. diterima sepenuhnya dan ketua-ketua kecil ini
perlulah setia. Oleh sebab mereka telah
Rangkap 3 menerima pelbagai kemewahan daripada
pemimpin atasan, ketua-ketua kecil akan
Dia lelaki punya kuasa berusaha untuk mendapatkan sokongan
sesekali suaranya lebih gempita daripada rakan atau orang di kawasannya
daripada ringkik kuda sekandang supaya mentaati pemimpin mereka.
pacuannya diiringi seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan Pemimpin mempunyai kuasa yang besar. Oleh
meranduk lumpur dipaya penindasan sebab dia mempunyai kuasa, arahannya
sambil melibas cemeti durjana sentiasa dipatuhi oleh ketua-ketua kecil di
dia melampar muslihat aku bawahnya. Pelbagai masalah dapat dihadapi
penyelamat maruah berjuang dengan mudah. Dengan kuasa yang ada, dia
atas dasar kebenaran berjaya menindas orang bawahan. Dengan
menentang semua kebobrokan. menggunakan tipu muslihat, pemimpin ini
mengatakan bahawa dia merupakan penyelamat
maruah bangsa, berkhidmat dengan ikhlasnya,
dan menentang semua ketidakadilan yang
berlaku.

20

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Rangkap 4 Inilah pemimpin yang mempergunakan orang
lain untuk mengekalkan kedudukannya. Dia
Dia lelaki sang gembala kuda hanya bijak untuk menggunakan orang lain
hanya mengenal pantas tunggangan bagi mengekalkan kuasanya. Pemimpin ini
tanpa membaca keletihannya hanya tahu untuk mengejar kuasa tanpa
dia lelaki sang gembala kuda mengambil kira kehebatan dirinya yang
hanya tahu mengejar kehebatan sebenar. Oleh sebab kebijaksanaannya
tanpa menghitung kesakitannya mempergunakan orang lain, orang-orang
dan kuda-kuda itu ditunggangi bawahannya terus tertindas.
ditunggangi dan ditunggangi!

TEMA

Kekuasaan seseorang pemimpin yang mengeksploitasi orang bawahannya untuk
mengekalkan kuasa.

PERSOALAN

1. Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengekalkan kuasanya.
2. Kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpin kerana habuan.
3. Kekuasaan mampu mengawal orang bawahan dan mengekalkan kedudukan.
4. Keberanian seorang pemimpin menghadapi pelbagai cabaran.
5. Penganiayaan terhadap orang bawahan untuk mengekalkan kuasa.

BENTUK

1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1-2 (5 baris), rangkap 3 (11 baris), dan

rangkap 4 (8 baris).
3. Bilangan kata dalam setiap baris adalah antara 3-6 patah kata.
3. Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 8-13 suku kata.
4. Rima akhir berbentuk bebas – rangkap 1 (abcdd), rangkap 2 (abcab), rangkap 3

(aabcccadecc), dan rangkap 4 (abaabacc).
5. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.

GAYA BAHASA

1. Aliterasi
Cth : ditunggangi dan ditunggangi (pengulangan bunyi konsonan d)

2. Asonansi
Cth : adalah kanun janji kesetiaan (pengulangan bunyi vokal a)

3. Personifikasi
Cth : rembat angkuhnya memacu takut.

21

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

4. Metafora
Cth : dengan cemeti keberanian di tangan
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan

5. Repetisi
Cth : dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

NILAI
1. Keberanian

Cth : pemimpin yang berani menghadapi cabaran.
2. Tanggungjawab

Cth : pemimpin bertanggangjawab menjaga kebajikan orang bawahannya.
3. Kebijaksanaan

Cth : pemimpin yang bijak untuk mengekalkan kuasanya.
4. Kesetiaan

Cth : kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpinnya.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah menggunakan kuasa dengan betul apabila menjadi seorang pemimpin.
2. Kita mestilah setia kepada pemimpin yang jujur, amanah, dan bertanggungjawab.
3. Sebagai pemimpin, kita janganlah mengamalkan rasuah untuk mengekalkan kuasa.
4. Sebagai pemimpin, kita janganlah menggunakan orang bawahan untuk mengekalkan

kedudukan kita.
5. Kita perlulah berani untuk menghadapi cabaran apabila menjadi seorang pemimpin.

22

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Aku Membaca Lagi Maksud
Karya: Razali Mohd Yussof Penyajak mendongak ke langit lalu berasa
kerdil dan kagum apabila melihat kebesaran
Sajak Tuhan yang telah mencipta pelbagai fenomena
alam sekitar.
Rangkap 1
Aku mendongak langit Penyajak melihat gambaran pelbagai fauna dan
membaca garis dan titik kejadian alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan
menaakuli kebesaran-Mu untuk mencorakkan kehidupan manusia.
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung Penyajak merenung ke langit lagi dan
mentafsirkan bahawa masalah penggunaan
Rangkap 2 bahasa Melayu yang berlaku di tanah air
Kuselurusi alam semakin meruncing.
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi Penyajak berpendapat bahawa bulan dan
mewarnai kehidupan umat-Mu bintang sedang berduka kerana bahasa Melayu
telah dipinggirkan oleh anak bangsa sendiri.
Rangkap 3
Aku mendongak lagi Penyajak mendongak lagi ke langit dan
membaca langit merasakan langit turut bersedih lalu menangisi
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh nasib bahasa Melayu yang semakin dilupakan
dahan dan ranting terkulai oleh bangsa peribumi.
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku makmur.

Rangkap 4
Aku membaca langit
kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Rangkap 5
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayu
yang berdarah.

23

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEMA

Nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa

PERSOALAN

1. Kewujudan pelbagai keindahan alam membuktikan kebesaran Tuhan.
2. Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan yang mencipta alam sekitar
3. Kedudukan bahasa Melayu di negara sendiri semakin terancam.

BENTUK

1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
2. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1 (5 baris), rangkap 2 (4 baris), rangkap

3 (7 baris), rangkap 4-5 (4 baris).
3. Bilangan kata dalam setiap baris adalah antara 1-6 patah kata.
4. Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 4-12 suku kata.
5. Rima akhirnya berbentuk bebas – rangkap 1 (abcde), rangkap 2 (abcd), rangkap 3

(abcadae), rangkap 4 (abcd), dan rangkap 5 (abcd).
6. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.

GAYA BAHASA

1. Repetisi
Cth : helai demi helai

2. Metafora
Cth : wajah pelangi, lantai tanah airku

3. Personifikasi
Cth : dahan dan ranting terkulai

4. Inversi
Cth : menitis air mata langit (sepatutnya diungkapkan sebagai air mata langit menitis)

5. Asonansi
Cth: bulan dan bintang menangis (pengulangan bunyi vokal a)

6. Aliterasi
Cth: – bulan dan bintang menangis (pengulangan bunyi konsonan b)

24

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI
1. Tanggungjawab

Cth : penyajak menyeru anak bangsa memikul tanggungjawab untuk mengangkat kembali
martabat bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

2. Kesyukuran
Cth : penyajak bersyukur dan kagum akan kebesaran Tuhan yang mencipta pelbagai
fenomena alam dan fauna untuk mencorakkan kehidupan manusia di muka bumi.
.

3. Keinsafan
Cth : penyajak menyeru anak bangsa yang semakin hilang maruah bangsa untuk segera insaf
dan mula mengenal diri serta berusaha memartabatkan bahasa Melayu

PENGAJARAN
1. Kita perlu memikul tanggungjawab untuk mengangkat maruah bangsa dengan

memartabatkan bahasa Melayu.
2. Kita perlu bersyukur kepada Tuhan atas segala ciptaan-Nya yang melengkapi kehidupan

manusia.
3. Kita perlu tabah menghadapi apa-apa cabaran dalam usaha mempertahankan maruah

bangsa dan bahasa.

25

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A: NOTA Maksud
Sajak www.sibermerdeka.com.my
Karya Abdul Ghaffar Ibrahim Dalam diri penyajak, dia telah membuat
pelbagai perancangan yang akan dilakukan
Sajak bagi menyelesaikan segala masalah /
kesusahan yang dihadapinya.
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba
untuk memerdekakan warga susahku memikirkan cara untuk mengatasi
hidup menentang senja dan malam. masalahnya agar dirinya tidak mudah
dipermainkan oleh orang lain.
Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak Dalam kehidupan penyajak, dia sering
untukku merdekakan warga fikirku berhadapan dengan pelbagai dugaan yang
mengelak hidup dikotak-katikkan. menguji kesabaran dan keimanannya

Dalam laut diriku Penyajak yang berasakan dirinya hebat
ombak gelora menampar pantai aman sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu,
untuk menguji amal dan iman. penyajak cepat tersedar seterusnya
mengambil langkah berjaga-jaga agar
Dalam gergasi diriku tidak terperdaya lagi.
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi. Penyajak sentiasa berusaha membaiki

Dalam pentas diriku dirinya dengan bertekad untuk berubah ke
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan arah kebaikan walaupun dia tidak
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya. mengetahui apa-apa yang bakal

Dalam dewan diriku ditempuhnya pada hari-hari yang
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang mendatang.
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang. Penyajak yang semakin berusia menjadi
lebih matang. Dia tidak mudah panik dan
tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata
orang terhadap dirinya.

26

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Apabila sibermerdeka sampai Dalam era globalisasi, penyajak
ke rumah cabaranku sering melakukan muhasabah diri dalam
aku panggil diriku bermesyuarah mencari erti kehidupan agar dia tidak
menyokong, berkecuali atau menentang mudah tewas dalam perjuangannya.
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri untuk Apabila tiba waktunya, penyajak harus
tidak mengulangi kekalahan. bersedia menghadapi kenyataan hidup
yang bersifat sementara. Setiap
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia peristiwa dalam hidup penyajak berlalu
aku turun darinya menghadapi hidup nyata dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak
peristiwa datang peristiwa pergi menasihati pembaca agar tidak mensia-
bagai siang memanggil malam siakan hidup sebaliknya pembaca wajar
dan sibermerdeka terus berkaca mendekati Tuhan.
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.

TEMA

Ketabahan seorang insan untuk mendepani dugaan hidup.
Penyajak sering bermuhasabah diri dalam menghadapi dugaan dan cabaran agar tidak mudah
tersungkur ketika berhadapan dengan unsur jahat.

PERSOALAN

1. Persoalan kepentingan merancang kehidupan.
Cth: Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan
bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

2. Persoalan kegigihan untuk menyelesaikan masalah
Cth: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya
agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

3. Persoalan cara menjalani hidup dengan bermanfaat.
Cth: Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca
wajar mendekati Tuhan.

4. Persoalan muhasabah diri ke arah kebaikan.
Cth: Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah
kebaikan.

5. Persoalan keinginan mendekatkan diri kepada Tuhan
Cth: Penyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.

27

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI
1. Nilai rasional

Cth: Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan
hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

2. Nilai kegigihan
Cth: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya
agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

3. Nilai keinsafan
Cth: Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah
berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

4. Nilai kebijaksanaan
Cth: Penyajak bijak membuat perancangan untuk mengatasi masalahnya.

5. Nilai ketaatan
Cth: Penyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.

PENGAJARAN
1. Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan agar tidak terpedaya lagi.
2. Kita mestilah memiliki pendirian agar tidak mudah terpengaruh dengan orang lain.
3. Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri agar tidak mudah tewas dalam perjuangan.
4. Kita mestilah gigih berusaha untuk mengatasi sesuatu masalah agar tidak mudah

dipermainkan oleh orang lain.
5. Kita mestilah berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan agar

tidak mensia-siakan hidup.

28

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A: NOTA

Sajak Gelanggang
Karya Onn Malini

Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Maksud
Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh
generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap
kaum demi masa depan generasi seterusnya.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Maksud
Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu.
Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara.
Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua
rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak
luar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
kaum di negara kita.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Maksud
Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yang
dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh
sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya
tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk
mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.

29

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Maksud
Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali
persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat ke akhir hayat.

Maksud
Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah
yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai
kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia
melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam
meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh semua
pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.

TEMA

Kepentingan mempertahankan kedaulatan negara tercinta.
Perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah air wajar
dikenang.

PERSOALAN
1. Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan

Cth: Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air
mata

2. Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara
Cth: Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat
memelihara negara daripada ancaman luar

3. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara
Cth: Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh
tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

30

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

BENTUK

1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
2. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1 (5 baris), rangkap 2 (8 baris), rangkap

3 (7 baris), rangkap 4 (2 baris), rangkap 5 (5 baris).
3. Jumlah kata dalam setiap baris adalah antara 1-8 patah kata.
4. Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 3–22 suku kata.
5. Rima akhirnya berbentuk bebas – rangkap 1 (abccd), rangkap 2 (abacdade), rangkap 3

(abcbcdb), dan rangkap 4 (ab), rangkap 5 (abaac).
6. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.
7. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1 (5 baris), rangkap 2 (8 baris), rangkap

3 (7 baris), rangkap 4 (2 baris), rangkap 5 (5 baris).
8. Jumlah kata dalam setiap baris adalah antara 1-8 patah kata.

GAYA BAHASA

1. Anafora
Cth : Kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
Kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat

2. Metafora
Cth : Gelanggang keramat

3. Perlambangan atau imej
Cth : pewaris gelanggang (imej pewaris merujuk generasi muda, manakala, imej
gelanggang merujuk kepada negara)

4. Repetisi
Cth :kata gelanggang diulang sebanyak enam kali dalam sajak ini.

5. Asonansi
Cth : jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. (pengulangan bunyi vokal
i)

6. Aliterasi
Cth: elakkan pertelingkahan sesama sendiri. (pengulangan bunyi konsonan b)

31

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI
1. Kerjasama

Cth: setiap kaum menjalinkan kerjasama yang erat untuk mencapai kemerdekaan.
2. Cinta akan negara

Cth: rakyat bersatu padu untuk memajukan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.
3. Bersatu padu

Cth: kemakmuran negara dapat dinikmati dengan wujudnya perpaduan
4. Pengorbanan

Cth: pendekar sanggup berkorban demi negara tercinta.
5. Tanggungjawab

Cth: rakyat negara ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada
ancaman musuh.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berkorban tenaga dan nyawa demi kedaulatan negara yang tercinta.
2. Kita mestilah menghargai pengorbanan para pejuang negara yang berjuang

memerdekakan negara.
3. Kita haruslah bekerjasama membangunkan negara agar mencapai kemajuan yang

diimpikan.
4. Kita tidak seharusnya bersengketa sesama sendiri demi keamanan dan keharmonian

negara.
5. Kita hendaklah mempunyai perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.

32

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAJAK

BENTUK SOALAN PERINCIAN MARKAH
Soalan i (2 markah)
Bertanyakan maksud rangkai kata/ baris /rangkap Soalan i (2 markah)
Soalan ii (3 markah)
Pemahaman teks (bertumpu)
(mengenal pasti /mengesan jawapan dalam petikan) Soalan iii( 3 – 4 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT)(memberikan pandangan atau pendapat,
alasan, menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu)
(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan,
gaya bahasa, nilai dan pengajaran daripada
petikan dan keseluruhan puisi)

TEKNIK MENJAWAB

Jawapan menggunakan ayat sendiri
Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis
Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang
diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.
Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai
jawapan (kaedah potong tampal)
Bagi soalan KBAT, jawapan mestilah logik dan relevan dengan kehendak soalan.
Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan, pelajar
perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

33

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.LATIHAN PRAKTIS
Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda dipadang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiringi seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur dipaya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

34

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4 [2 markah]
[3 markah]
Praktis 1. [4 markah]
i. Nyatakan dua lambang kekuasaan sang gembala kuda.

ii. Raja ialah simbol kekuasaan sesebuah negara.
Pada pendapat anda, bagaimanakah raja mengukuhkan kekuasaannya?

ii. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.

35

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2.
i. Apakah maksud frasa ‘Cemeti keberanian di tangan’.

[2 markah]

ii. Masalah penyalahgunaan kuasa telah menjadi satu wabak penyakit yang telah lama
menular dalam kehidupan masyarakat.

Pada pendapat anda, apakah kesannya kepada negara jika masalah tersebut tidak
dibendung.

[3 markah]

ii. Huraikan dua persoalan yang diketengahkan dalam sajak.

[4 markah]

Praktis 3.
i. Berikan maksud menentang semua kebobrokan.

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah simbolik penggunaan cemeti dalam sajak tersebut?
[3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang diketengahkan berdasarkan sajak.

[ 4 markah]

36

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

==================================================================================

Praktis 4.

i. Berikan maksud tanpa membaca keletihannya.

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, wajarkah penggembala kuda bertindak kasar terhadap kuda-kudanya?
[3 markah]

iii. Huraikan tema yang digarap berdasarkan sajak.

[4 markah]

Praktis 5.

i. Apakah bentuk penindasan yang dilakukan oleh Sang Gembala Kuda terhadap kuda
tunggangannya?
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghindari sifat mementingkan diri?
Kemukakan empat cadangan.
[3 markah]

ii. Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak.

[4 markah]

37

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

AKU MEMBACA LAGI

Aku mendongak langit
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku makmur.

Aku membaca langit
kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayu
yang berdarah.

Razali Mohd Yussof
Dewan Bahasa,Januari,2007
Dewan Bahasa dan Pustaka.

38

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1
i. Apakah maksud meratapi luka nasib bangsa.

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengangkat martabat
Bahasa Melayu yang hampir tenggelam semula?

[3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak yang dikaji.

[4 markah]

39

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2
i. Nyatakan gambaran alam yang terdapat dalam rangkap kedua sajak.

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu semakin
terpinggir penggunaannya.

[3 markah]

ii. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak yang dikaji.

[4 markah]

40

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3
i. Apakah maksud bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa?

[2 markah]

i. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam
kalangan murid sekolah rendah?

[3 markah]

ii. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.

[4 markah]

41

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

i. Nyatakan perkara yang menimpa tumbuh-tumbuhan seperti yang digambarkan dalam
rangkap ketiga sajak?
[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersyukur dalam kehidupan?

[3 markah]

ii. Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam sajak yang telah dikaji.

[4 markah]

42

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5
i. Berikan maksud rangkai kata menaakuli kebesaran-Mu?

[2 markah]

ii. Membaca buku dan melayari Internet merupakan kaedah yang digunakan untuk menambah
ilmu pengetahuan.

Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang lebih gemar mendapatkan maklumat
melalui Internet?

[3 markah]

ii. Huraikan tema sajak di atas.

[4 markah]

43

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Sajak www.sibermerdeka.com.my

PRAKTIS TOPIKAL
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

www.sibermerdeka.com.my

Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.

Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.

44


Click to View FlipBook Version