The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuminahbaharom, 2019-04-19 23:04:52

MODEL PRIGEL KOMSAS TING 4- EDISI MURID

MODEL PRIGEL KOMSAS TING 4- EDISI MURID

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Abdul Ghaffar Ibrahim

Praktis 1
i. Berikan maksud rangkap pertama sajak di atas.

[2 markah]

ii. Perancangan masa yang berkesan sangat penting kepada setiap orang kerana masa itu emas.

Pada pendapat anda, apakah faedah perancangan masa yang berkesan? [3 markah]

iii. Jelaskan tema sajak tersebut. [4 markah]

45

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

i. Berdasarkan rangkap ketujuh, apakah yang terjadi ‘apabila sibermerdeka sampai ke rumah
cabaranku’?
[2 markah]

i. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk membantu golongan kurang berada keluar
daripada belenggu kemiskinan?
[3 markah]

ii. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Praktis 3

i. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan baris yang tak diduga klimaksnya?
[2 markah]

ii. Peribahasa “Pisang berbuah dua kali” jelas menunjukkan bahawa manusia sering

melakukan kesilapan yang berulang.

Pada pandangan anda, mengapakah manusia sering melakukan kesilapan yang berulang?
[3 markah]

iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.

[4 markah]

46

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4
i. Berikan maksud rangkap ketiga sajak di atas.

[2 markah]

i. Pada pendapat anda, mengapakah penyajak mengajak pembaca mendekati Tuhan?
[3 markah]

ii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

[4 markah]

Praktis 5
i.Berikan maksud mengelak hidup dikotak-katikkan?

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghindari remaja daripada menyalahgunakan
kemajuan teknologi maklumat?
[3 markah]

ii. Huraikan dua perwatakan ‘aku’ dalam sajak di atas.

[4 markah]

47

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PRAKTIS TOPIKAL

GELANGGANG

Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak
cucu di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur
rakyat berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Onn Malini
Pohon Tradisi,2012
Gapeniaga Sdn.Bhd.

48

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1.
i. Berikan maksud ‘jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.”

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh dilakukan bagi mewujudkan perpaduan di
sekolah?

[3 markah]

iii.Jelaskan tema yang dipaparkan dalam sajak tersebut.

[4 markah]

Praktis 2.
i. Berikan maksud rangkai kata ‘kita dan taat hingga ke akhir hayat.’

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, wajarkah keamanan negara wajar dijaga dan dipelihara?

[3 markah]

iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak.

[4 markah]

49

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3.
49

i. Berikan dua larangan penyajak terhadap pembaca untuk memelihara keamanan negara ini.
(2 markah)

ii. Pada pendapat anda, apakah perkara yang menyebabkan sesebuah negara dijajah?
[3 markah]

iii.Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
[2 markah]
Praktis 4.
i. Berikan maksud rangkai kata ‘kukuhkan ukhuwah’.

ii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjejaskan semangat perpaduan di negara
kita?

[3 markah]

iii. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak.

[4 markah]

50

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5.
i. Nyatakan dua saranan penyajak yang dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini.

[2 markah]

ii. Pihak kerajaan menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan perpaduan kaum sentiasa
terpelihara.

Pada pandangan anda, apakah kepentingan perpaduan kaum di negara kita?
[3 markah]

iii. Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak tersebut.

[4 markah]

5

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

SINOPSIS

Kegagalan penjurit tujuh bersaudara yang mati dibunuh oleh Laksamana dalam misi
untuk mengalahkan negeri Melaka amat menghairankan Patih Gajah Mada. Patik Gajah Mada
beranggapan bahawa negeri Melaka sukar dikalahkan tetapi jika mereka berjuang dengan
bersungguh-sungguh sudah pasti Melaka tewas kepada Majapahit.

Patih Gajah Mada tiba-tiba teringatkan Petala Bumi lalu segera menghantar orang untuk
berjumpa dengan isteri Petala Bumi dan bertanyakan anaknya, iaitu Kertala Sari yang pergi
mencuri ke Daha sama ada sudah kembali atau belum. Pada waktu itu, Kertala Sari baru sahaja
kembali dari Daha dengan kejayaan dan berjaya mencuri emas, perak, pakaian, serta wang yang
berpuluh-puluh juta. Sekembali Kertala Sari di rumahnya, dia bertanyakan hal bapanya yang
tiada kelihatan di rumah pada masa itu. Apabila mendengar pertanyaan ini, ibunya terus
menangis lalu memberitahu bahawa bapa Kertala Sari telah mati dibunuh oleh Laksamana
Hulubalang Ratu Melaka. Setelah mendengar kata-kata ibunya, Kertala Sari sangat marah dan
mahu menyiasat orang yang bertanggungjawab atas kematian bapanya. Ibunya kemudian
menceritakan perkara yang sebenar dari mula hingga akhir.

Setelah mendengar cerita daripada ibunya itu, Kertala Sari sangatlah marah lalu bertekad
untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana serta membinasakan negeri Melaka. Menurutnya
lagi, jika dia tidak melakukannya, dia bukanlah anak penjurit yang berani dan kepetangan (cerdik
dan licik). Kemudian, orang-orang Patih Gajah Mada tiba lalu memberitahu bahawa mereka telah
ditugaskan oleh Patih Gajah Mada untuk mendapatkan kepastian sama ada Kertala Sari sudah
kembali atau tidak dari Daha kerana Patih Gajah Mada hendak berjumpa dengannya. Tanpa
berlengah lagi, Kertala Sari terus mengambil kerisnya lalu berjalan bersama-sama orang tersebut
untuk bertemu dengan Patih Gajah Mada.

Ketika menghadap dan menyembah Patih Gajah Mada, Kertala Sari telah dimaklumkan
oleh Patih Gajah Mada bahawa bapanya Petala Bumi telah mengamanahkan Patik Gajah Mada
mengambil berat tentang keadaan Kertala Sari jika bapanya meninggal dunia setelah
menjalankan tugas yang diarahkan oleh Seri Betara Majapahit. Oleh itu, Kertala Sari akan
dilantik menjadi penggawa agung. Hal ini menyebabkan Kertala Sari berasa sangat gembira atas
pelantikan itu.

Kertala Sari kemudian bertanya kepada Patih gajah Mada sama ada dia ditugaskan untuk
membunuh Ratu Melaka dan Laksamana? Tambah Kertala Sari lagi, jika negeri Melaka dapat
dikalahkannya seorang diri, apatah lagi anak isteri orang Melaka pun akan dapat ditawan olehnya.
Dia berjanji bahawa selagi dia tidak dapat membunuh Ratu Melaka dan Laksamana, dia tidak
akan menerima jawatan sebagai penggawa.

52

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Setelah mendengar kata-kata Kertala Sari, Patih Gajah Mada sangat gembira. Kertala Sari
diraikan dan dijamu serta diberi sepersalinan pakaian. Selepas itu, Kertala Sari dibawa
menghadap Seri Betara. Patih Gajah Mada memberitahu Seri Betara bahawa penjurit tujuh orang
yang dititahkan oleh baginda ke Melaka telah mati dibunuh oleh Laksamana. Pada kali ini, Seri
Betara beranggapan bahawa Melaka akan dikalahkan. Melaka akan dikalahkan oleh seorang
penjurit yang cerdik. Penjurit itu ialah Kertala Sari, iaitu anak kepada Petala Bumi.

Setelah Seri Bentara mendengar sembah daripada Patih Gajah Mada, Seri Betara telah
bertanya kepada Kertala Sari sama ada dia dapat membunuh Ratu Melaka dan hulubalangnya,
Laksamana atau tidak?. Kertala Sari menjawab dengan mengatakan bahawa sedangkan negeri
Daha dapat dikalahkan, inikan pula pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana. Setelah
mendengar kata-kata Kertala Sari, Seri Betara menitahkan Kertala Sari supaya pergi ke Melaka
dengan segera. Jika berjaya, Seri Betara akan melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung.
Oleh itu, Kertala Sari meminta sebuah perahu supaya dia dapat melaksanakan tugasnya segera.
Setelah mendengar kata-kata Kertala Sari, Seri Betara menitahkan Patih Gajah Mada supaya
menghantar Kertala Sari segera ke Melaka. Patih Gajah Mada telah melengkapkan sebuah perahu
dan sepuluh orang yang akan mengikut Kertala Sari. Setelah siap, Kertala Sari pun belayar ke
Melaka.

Tidak beberapa lama kemudian, Kertala Sari telah sampai di Melaka. Di Melaka, dia telah
singgah di sebuah kampung yang penduduknya terdiri daripada orang Jawa. Di sini, Kertala Sari
telah menyamar sebagai orang Jawa. Hal ini membolehkan Kertala Sari keluar masuk di segenap
kampung orang kaya-kaya dan saudagar. Selepas mengetahui pelbagai perkara, Kertala Sari telah
menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Pada ketika itu, Kertala Sari mengikut Patih
Kerma Wijaya pergi menghadap bersama-sama dengan orang Jawa yang ramai itu. Pada ketika
itu, Kertala Sari meneliti setiap hulubalang yang sama-sama masuk menghadap raja. Akhirnya,
Kertala Sari terpandang wajah Laksamana. Dalam hatinya, dia mengakui kehebatan Laksamana
menjadi hulubalang Ratu Melaka dan berjaya membunuh bapanya kerana Laksamana seorang
penjurit yang besar lagi cerdik.

Setelah berfikir demikian, Kertala Sari telah meneliti bahagian hadapan dan tempat
menunggu raja. Selepas itu, dia kembali semula ke tempat yang menjadi persinggahannya dan
kemudian mencari tempat untuk menyimpan harta-harta curiannya. Dia ternampak sebuah bukit
di luar kota yang dikenali sebagai Bukit Cina . Setelah pergi ke bukit itu, dia mendapati bahawa
tempat itu sesuai untuk menyimpan harta-harta curiannya. Selepas itu, dia menuruni Bukit Cina
tersebut.

Apabila tiba pada waktu malam, Kertala Sari telah bersiap sedia dan berjalan-jalan di kota.
Dia telah masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya yang sedang makan bersama-sama
isterinya. Kertala Sari juga makan bersama-sama dengan saudagar itu. Setelah jauh malam,
saudagar itu pun masuk ke biliknya untuk tidur. Pada malam tersebut, Kertala Sari mencuri harta
saudagar tersebut dan isteri saudagar dicabulinya. Selepas itu, Kertala Sari kembali ke tempat
persinggahannya, iaitu di Bukit Cina. Selepas hari siang, saudagar itu heboh mengatakan bahawa
dia kecurian.

53

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Pada malam berikutnya, Kertala Sari pergi mencuri di rumah saudagar yang lain. Selepas
memperoleh harta yang banyak, dia kembali ke tempat persinggahannya. Hal ini menyebabkan
banyak harta saudagar yang kaya-raya dicurinya. Saudagar-saudagar yang terlibat telah
menghadap raja untuk menyembahkan perkara tersebut. Mereka memberitahu raja bahawa harta
mereka habis dicuri sehingga menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Apabila mendengar berita itu, baginda amat terkejut. Baginda menganggap seolah-olah
bala telah menimpa negerinya. Baginda mengatakan negeri Melaka amat bertuah kerana
mempunyai Laksamana. Namun demikian, jika Laksamana dihantarkan ke negeri orang, negeri
Melaka pasti akan binasa.

Oleh sebab itu, baginda menitahkan Temenggung supaya meminta orang berkawal dan
semua saudagar pun mengawal kampung mereka. Pada suatu malam, Kertala Sari pun masuk ke
dalam kampung. Dia dapat menyaksikan orang yang berkawal terlalu ramai dan lengkap
bersenjata. Dia pun membaca kitabnya lalu berjalan di tengah-tengah orang yang sedang
berkawal itu. Dia pergi ke sebuah rumah orang kaya lalu mencuri harta dan mencabuli isteri
orang-orang kaya tersebut. Selepas itu, dia kembali ke tempat persinggahannya.

Setelah hari siang, orang-orang kaya yang kecurian tadi telah mengadukan hal kepada raja.
Baginda berasa sangat hairan dan bertanya kepada Temenggung sama ada beliau mengarahkan
orang-orangnya berkawal pada malam itu. Temenggung menyatakan bahawa orang-orangnya
telah berkawal pada malam itu dan tidak menemukan apa-apa. Temenggung juga berasa hairan
atas kejadian kecurian yang berlaku. Baginda bertanya lagi tentang sebab-sebab pencuri itu dapat
melakukan perbuatan mencuri walaupun dikawal ketat. Hal ini menyebabkan baginda memurkai
Temenggung. Baginda menitahkan Temenggung supaya memanggil Laksamana. Laksamana
segera datang lalu menyembah raja.

Baginda memberitahu Laksamana bahawa negeri Melaka sedang ditimpa bala, iaitu
banyak rakyat yang kecurian. Laksamana memberitahu Raja bahawa pencuri yang melakukan
pekerjaan itu bukanlah pencuri dari dalam negeri Melaka, sebaliknya pencuri yang datang dari
negeri lain. Raja bertanya lagi kepada Laksamana tentang punca yang menyebabkan pencuri itu
dapat mencuri walaupun negeri ini dikawal pada waktu malam. Bendahara pula menegaskan
bahawa pekerjaan berkawal itu merupakan pekerjaan Temenggung. Oleh sebab itu, raja
menitahkan Temenggung supaya berkawal pada malam tersebut. Temenggung menyatakan
bahawa beliau akan berkawal pada malam itu lalu mengerahkan lima ratus orangnya berkawal
pada malam tersebut.

Setelah hari malam, Kertala Sari pun masuk ke dalam kota. Dia dapat menyaksikan
banyak orang yang berkawal dan lengkap dengan senjata. Seperti biasa, Kertala Sari akan
membaca kitabnya lalu berjalan di tengah-tengah orang ramai tersebut. Dia kemudiannya masuk
ke rumah Bendahara dan mencuri harta-hartanya dan dibawa ke tempat persinggahannya.
Apabila hari siang, Bendahara heboh mengatakan bahawa dia kecurian. Bendahara
menyembahkan hal ini kepada raja. Beliau memberitahu raja bahawa hartanya kecurian pada
malam itu. Raja bertanyakan hal ini kepada Temenggung. Temenggung menjelaskan bahawa dia
sendiri telah berkawal dan setiap pintu dan rumah saudagar serta orang-orang kaya telah dikawal
oleh orang-orangnya. Tegasnya, semua titah raja telah dilaksanakan.

54

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Laksamana sekali lagi datang menghadap raja. Laksamana memberitahu bahawa pencuri
itu dari negara luar yang sangat hebat. Oleh itu, Laksamana memohon izin supaya dapat
menangkap pencuri tersebut. Raja pula mengatakan bahawa Laksamana tidak boleh
meninggalkan istana. Jika Laksamana pergi berkawal di kota, siapakah yang akan menjaga
baginda di istana? Laksamana hanya berdiam diri apabila mendengar kata-kata daripada raja
tersebut.

Setelah beberapa hari kemudian, semua orang kaya-kaya dan saudagar telah kecurian.
Semuanya datang menghadap raja yang menyebabkan raja tidak dapat berbuat apa-apa.
Laksamana pula berpendapat bahawa pencuri itu akan datang ke istana pada malam tersebut.
Baginda meminta pendapat Laksamana tentang cara menghalang pencuri itu daripada memasuki
istana. Laksamana menjelaskan bahawa Laksamana telah memperoleh hikmat daripada pencuri
yang tahu akan perbuatan itu. Oleh hal yang demikian, Raja meminta Laksamana untuk
melakukan yang terbaik untuk baginda. Hal ini menyebabkan Laksamana memohon perkenan
supaya dia dibenarkan berkawal pada malam itu tetapi tidak jauh dari istana. Raja
memperkenankan permintaan Laksamana tersebut.

Laksamana menyuruh orang-orang yang berkawal pada malam itu membawa senjata yang
banyak termasuk lembing, tombak dan kayu. Mereka akan berkawal di sekeliling istana.
Laksamana telah membubuh suatu hikmat pada setiap senjata supaya lembing dan tombak itu
radak-meradak dan tetak-menetak sesama sendiri. Kayu pula palu-memalu sesama sendiri. Hal
ini menimbulkan bunyi yang terlalu gemuruh.

Apabila tiba pada waktu malam, Laksamana pun memakai pakaian serba hitam lalu
berjalan. Pada ketika itu, Kertala Sari pun masuk ke istana. Hal ini dapat dilihat oleh Laksamana.
Laksamana pula menyembunyikan diri di suatu tempat. Kertala Sari pula telah mengubah haluan
untuk masuk ke Istana. Di dalam hatinya, Kertala Sari mengatakan bahawa setelah harta Raja
dicuri, dia akan membakar Istana dan mengamuk. Isteri raja pula akan dijadikan isterinya.

Apabila tiba di istana, Kertala Sari terdengar bunyi yang gemuruh. Setelah didekati, dia
dapat melihat senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak. Kertala sangat
hairan kerana hikmat tersebut bukan hikmat Melayu tetapi hikmat pencuri Jawa yang
diketahuinya juga. Kertala mengambil sebatang kayu lalu disarungkannya. Dia kemudiannya
memalu kayu yang dipasang oleh Laksamana menyebabkan kayu itu berbunyi dengan kuatnya.
Apabila bunyi itu didengari oleh orang yang sedang berkawal, mereka ingin mendapatkannnya.
Namun demikian, Laksamana telah berpesan supaya mereka tidak bergerak di tempat masing-
masing.

Hal ini menyebabkan Kertala sari berfikir dalam hatinya, iaitu senjata tersebut cuba
menipunya kerana senjata itu bertikaman. Jika dia terus masuk ke dalam istana, sudah tentu dia
akan dikalahkan oleh senjata tersebut. Oleh itu, Kertala Sari telah pergi ke tempat lain. Dia
mencuri lagi dan selepas itu membawa harta yang dicuri ke tempat persinggahannya. Setelah hari
siang, Laksamana pun kembali ke istana. Dia bertanya kepada orang-orang yang berkawal pada
malam tersebut tentang bunyi kayu dan senjata lain pada malam itu. Orang itu menjawab

55

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

bahawa dia mendengar kayu itu memalu kayu lain. Hal ini juga dilihat oleh Laksamana.
Laksamana terus menghadap raja. Setelah ditanya oleh Raja, Laksamana menyatakan bahawa dia
tidak bertemu dengan pencuri tersebut. Selain itu, laksamana berjanji akan berlawan dengan
pencuri tersebut pada malam nanti dengan berkat arwah guru Laksamana.

Apabila malam tiba, Kertala Sari memakai pakaian yang indah-indah dan bau-bauan yang
wangi sebelum masuk ke kota. Dia berbisik dalam hatinya bahawa dia akan membakar dan
mengamuk kerana harta orang Melaka telah habis dicurinya. Pada malam itu pula, Laksamana
memakai pakaian pencuri lalu berjalan. Keadaan pada malam itu kelam-kabut dan hujan pula
turun rintik-rintik. Pada ketika itu, Kertala Sari masuk ke dalam kota. Laksamana pula tidur di
tengah-tengah pasar. Laksamana dapat mendengar tapak kaki Kertala Sari yang sedang berjalan
dan bunyinya yang gemuruh. Laksamana mengetahui bahawa orang itu ialah Kertala Sari. Ketika
melalui di tengah-tengah pasar itu, Kertala Sari tertendang kaki Laksamana. Kertali Sari telah
berdiri di atas kepala Laksamana sambil menyatakan bahawa dia terpijak bangkai. Tiba-tiba,
Laksamana bangun lalu melompat sambil menikam dada Kertala Sari tembus ke belakangnya.

Setelah merasai luka itu, Kertala Sari menghunuskan kerisnya untuk mengusir Laksamana.
Selepas beberapa langkah, Kertala Sari rebah lalu mati. Laksamana telah memotong
kemaluannya lalu dibawa pulang ke rumahnya. Setelah hari siang, ada orang yang terlihat
pencuri itu mati. Orang itu mengerat telinga Kertala Sari lalu menyembahkannya kepada raja
sebagai tanda bahawa dia telah membunuh pencuri tersebut. Seorang lagi pula mengerat kepala
lalu menghadap raja untuk memberitahu bahawa dialah yang membunuh pencuri tersebut. Hal ini
menyebabkan raja berasa hairan kerana semua kaki tangan Kertala Sari dikerat dan dibawa oleh
orang kepada baginda. Sultan bertanya kepada Bendahara tentang orang sebenar yang membunuh
Kertala Sari. Bendahara menyatakan bahawa dua bukti lagi akan membuktikan pembunuhnya.
Bendahara memberitahu Raja bahawa Laksamana masih belum datang. Selepas itu, Laksamana
pun datang membawa kemaluan dan keris Kertala Sari. Bendahara memberitahu raja bahawa
bukti yang dibawa oleh Laksamana benar. Bendahara menyatakan bahawa hanya Laksamana
yang mampu membunuh Kertala Sari. Orang-orang yang lain tadi tertunduk malu.

Baginda bertanya kepada Laksamana tentang cara Laksamana dapat menewaskan Kertala
Sari. Setelah diceritakan, baginda terlalu gembira. Baginda memberikan anugerah kepada
Laksamana. Selepas itu, Laksamana meminta baginda supaya menyuruh rakyat mengambil harta
masing-masing yang telah dicuri oleh Kertala Sari. Raja telah menitahkan Kasturi supaya
menyuruh orang mengangkut harta-harta tersebut. Kasturi pun membawa orang ke Bukit Cina
untuk mengangkut harta-harta tersebut. Harta yang terlalu banyak itu ditimbunkan di halaman
balai rung. Mereka mengambil masa tujuh hari tujuh malam untuk mengangkut segala harta
tersebut.

Setelah harta dihimpunkan, Laksamana meminta Duli Yang Dipertuan memerintahkan
orang memalu gong supaya mereka mengenal pasti harta masing-masing. Hal ini menyebabkan
seorang demi seorang akan memberitahu raja tentang harta mereka. “Ini harta patik, Tuanku”.
Setelah masing-masing mengambil harta masing-masing, Tuanku menitahkan harta tersebut
dibahagi tiga, iaitu empunya harta akan mengambil satu bahagian, manakala dua bahagian harta
tersebut diserahkan kepada Laksamana.

Modul Prigel KO5M6 SAS Tingkatan 4

Semua orang yang telah memperoleh harta tersebut bersetuju akan cadangan raja. Namun
demikian, Laksamana mencadangkan satu bahagian sahaja diserahkan kepadanya, manakala dua
bahagian lagi diambil oleh pemilik harta yang berkenaan. Semua orang yang berkenaan gembira
akan ketulusan hati Laksamana tersebut. Harta yang diterima oleh Laksamana tersebut
disedekahkan kepada tiga pihak, iaitu segala fakir miskin, segala pegawai yang tiada penguasaan
dan segala orang-orangnya. Setelah harta itu habis, Laksamana langsung tidak mengambil satu
barang pun.

Baginda pun amat terhutang budi kepada Laksamana. Jika tiada Laksamana, negeri Melaka
akan ditewaskan oleh Kertala Sari. Berita ini telah sampai di Majapahit. Patih Gajah Mada
mendapat berita bahawa Kertala Sari telah dibunuh oleh Laksamana. Oleh hal yang demikian,
Patih Gajah Mada sentiasa berusaha untuk menyuruh orang untuk mengalahkan Melaka dan
membunuh Laksamana. Namun, usahanya tetap gagal.

57

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA TRADISIONAL
BENTUK SOALAN

1. Soalan prosa tradisional dikemukakan dalam Soalan 2(c)
2. Pelajar wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan
3. Markah yang diperuntukkan sebanyak 8 markah untuk tiga soalan iaitu gabungan 2-3-3.
4. Satu petikan daripada salah satu teks prosa tradisional dikemukakan.
5. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:

 Soalan memberikan maksud kata/frasa/ungkapan/ayat
 Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan atau keseluruhan cerita.
 Soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBAT berdasarkan petikan

prosa.
6. Lazimnya soalan maksud dan pemahaman langsung terhadap kandungan teks berasaskan

kata tanya berikut:
 Apa..
 Siapa...
 Di mana...
 Mengapa/Kenapa...
 Bagaimana...
Ataupun menggunakan arahan berikut:

 Jelaskan...
 Terangkan...
 Huraikan secara ringkas...
 Gambarkan...
7. Soalan pemahaman/ aplikasi berasaskan KBAT:
 Pada pendapat anda...

Pada pandangan anda...
 Sekiranya anda/ Andaikan anda...
 Jika anda...
 Mengikut pemahaman anda...

8. Soalan (i) menanyakan soalan tentang maksud rangkai kata berdasarkan petikan yang
diberi.
Contoh: Apakah maksud rangkai kata gila-gila bahasa?

9. Soalan (ii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberi. Contoh:
Nyatakan tiga keistimewaan Tun Perak.

10. Soalan (iii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan KBAT berdasarkan petikan.
Contoh: Pada pendapat anda, wajarkah Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu lalu
dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja? Berikan tiga sebab

58

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEKNIK MENJAWAB SOALAN
Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan Prosa Tradisional kerana sukar memahami
cerita yang dipaparkan dalam teks dan tidak memahami istilah bahasa klasik. Untuk mengatasi
kelemahan semasa menjawab soalan, murid harus:
1. Baca petikan dari awal hingga akhir
2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan walaupun menggunakan bahasa klasik.
3. Baca soalan dan garisi kata kunci soalan.
4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBAT
5. Padankan aspek yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah

boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
6. Tulis menggunakan ayat yang gramatis dari segi struktur ayat dan tanda baca yang

digunakan.
7. Gunakan bahasa yang standard, iaitu bukan bahasa klasik yang dipetik daripada teks.
8. Pastikan juga bahasa yang anda gunakan tidak dipengaruhi kata pinjaman atau dialek

tempatan.
9. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.
10. Untuk soalan KBAT terutama yang memerlukan pandangan anda, jangan sesekali

menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.
11. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai

jawapan (Kaedah potong tampal)
12. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan

dalam bahagian ini.

59

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PRAKTIS TOPIKAL

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri
mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan patih Gajah Mada hendak
mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamana
membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Beberapa lamanya didengar oleh Patih
Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah
mati. Maka Patih pun hairan. Maka patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. “Ada pun negeri
Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang
di Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.

Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih
Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama
Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang
Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada
emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah
sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke
mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,
seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu,
bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

i. Berikan maksud jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.

[2 markah]

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan-tindakan ibu Kertala Sari selepas mendengar
pertanyaan anaknya itu tentang bapanya?
[3 markah]

iii. “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu, bernama
Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Pada pandangan anda, apakah keistimewaan yang ada pada Laksamana sehingga sukar
ditewaskan oleh penjurit tujuh bersaudara itu?

[3 markah]

60

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka
Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi.
Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.

Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar
kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala
Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main
segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma
Wijaya. Tatkala itu, Kertala Sari pun masuk sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main
segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma
Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi
menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang
menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang
pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka
yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku,
kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”

i. Berikan maksud penjurit besar lagi kepetangan?

[ 2 markah]

ii. Nyatakan strategi yang telah digunakan oleh Kertala Sari dalam usaha mengenal pasti
Laksamana.
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari menyamar diri ketika berada di Melaka?
[3 markah]

61

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada
tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya.
Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah,
“Ya tuanku, patik mohon ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai
sepinggang.”

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku!
Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal
dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan
orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari
malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing
perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu
berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya
harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya.
Maka ia pun kembali ke tempatnya.

i. Berikan maksud datanglah pula bala atas negeriku.

[2 markah]

ii. Apakah reaksi Temenggung selepas menerima titah daripada baginda sultan?

[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tergamak mencuri harta orang lain?
[3 markah]

62

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai
pula aku ini!”

Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.

Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana
dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati;
maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya
patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya,
“Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja.
Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan
ini. Siapakah juga yang sungguh ini?”
Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka
sungguh; tambahan Laksamana belum datang.
Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syawat dan keris Kertala Sari. Maka
sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain
daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.”
Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

i. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Laksamana terhadap Kertala Sari?

[2 markah]

ii. Berdasarkan petikan, nyatakan perkara-perkara yang telah berlaku kepada mayat Kertala Sari?

[3 markah]

iii. “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana,
tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu
pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

Sekiranya anda raja, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang yang
berbohong?

[3 markah]

63

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam pergi
mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “Ini harta patik, tuanku.”

Maka seorang, “Ini pun ia harta patik, tuanku.”
Maka kata seorang, “Ini tuanku benda patik.”
Kata seorang, “Ini bantal patik tuanku.”
Setelah habis dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan
orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha
mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun,
mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah
dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala
hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka

yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada

segala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan

sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada

diambil oleh Laksamana.

Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada

Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.

i. Berikan maksud harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana? [2 markah]

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah cadangan Sultan Melaka kepada tuan-tuan empunya

harta yang hartanya telah dijumpai semula? [3 markah]

iii. Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada

Laksamana, tiadalah putus.

Sekiranya anda merupakan Raja Melaka, bagaimanakah anda menghargai jasa dan

pengorbanan pegawai seperti Laksamana? [3 markah]

64

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA

CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA
Karya Zurinah Hassan

SINOPSIS

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang
berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim yang
merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan
bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui
penghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan
ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak
kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak
dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa
Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan
yang banyak memberi insentif kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah
membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas
kerjanya beberapa kali dan hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank
meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi
sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah
kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA,
maka projek penternakan ayam pun bermula.

Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat karibnya
Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim
telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu
terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan
kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya
dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilai
lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya
kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA. Jumlah wang yang
diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air,
hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan
kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku.
Hakim mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga
dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap
dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuknya yang tertipu oleh orang yang memiliki
kuasa.

TEMA
Kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan.
Contoh: Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam

walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

65

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN
1. Persoalan keberanian menuntut hak

Cth: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah
dengan bantuan sahabatnya, Azam.

2. Persoalan memahami selok-belok bidang keusahawanan
Cth: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan
ayam yang dirancangnya.

3. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah
Cth: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas
perintah baginda semasa bersabung ayam.

4. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah
Cth: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat
ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.

PLOT

1. Permulaan/Eksposisi
Pembaca diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam
dengan raja. Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang
sebenarnya miliknya sendiri.

2. Perkembangan
1. Hassan menamakan anaknya Hakim yang bererti bijaksana yang berbeza nama-nama
orang lain yang primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.
2. Hakim seorang yang pandai dan melanjutkan pelajaran ke universiti. Hakim semakin
sedar akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan datuknya.
Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan kemelut
keluarganya itu. Usaha Hakim berjaya.
3. Hakim berhasrat mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu
walaupun memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit. Untuk
merealisasikan hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul
ialah pihak bank pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain untuk
dicagarkan. Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim
diluluskan.
4. Hakim memeterai perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan
ubat ayam dan projek pun bermula.
5. Orang kampung merungut bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang
membawa ayam melalui jalan. Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan
untuk membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.

66

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Klimaks
Setelah setahun, Hakim bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa
dia berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat
pulangan yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasa
dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan ubat ayam
kepadanya. Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat mahal.

4. Peleraian
Hakim menganggap dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya yang
terpaksa akur kepada golongan yang berkuasa.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. Pemerian
Pengarang menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membina
reban ayam tertutup.
Cth: Dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah
telah diangkat untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.

2. Dialog
Cth: “Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam

3. Imbas muka
Cth: Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak
dirikan sebuah memorial.”

4. Imbas kembali
Cth: “Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.”

5 Kejutan
Cth: Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga
belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku. Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA
kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari tiga belas
ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam,
membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan
yang lain.

67

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA
Hakim
1. Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk
2. Seorang pemuda yang berani memperjuangkan hak

Cth: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah
melalui sahabatnya, Azam.

3. Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawanan
Cth: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan
ayam yang dirancangnya.

4. Seorang pemuda yang tabah menghadapi masalah
Cth: Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.

5. Seorang yang rajin menuntut ilmu
Cth: Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

WATAK SAMPINGAN
Azam
1. Sahabat baik Hakim semasa di universiti.
2. Seorang peguam
3. Seorang pemuda yang suka membantu orang lain

Cth: Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik
datuknya.

4. Seorang yang rajin menuntut ilmu
Cth: Walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia
sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambah
pengetahuannya.

5. Seorang yang prihatin
Cth: Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha
penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.

Kaduk
1. Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan
2. Seorang yang suka bersabung ayam

Cth: Kaduk bersabung ayam dengan raja.
3. Seorang yang mentaati raja

Raja
1. Seorang yang suka bersabung ayam

Cth: Raja bersabung ayam dengan Kaduk
2. Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain

Cth: Raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi
pertandingan itu.

3. Seorang yang suka menganiaya haiwan
Cth: Raja bersabung ayam dengan Kaduk

68

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

LATAR

Latar Masa
1. Zaman lampau

Cth: Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.
2. Zaman selepas merdeka

Cth: Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek
penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.

3. Dalam masa setahun
Cth: Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan penternakan
ayamnya.

Latar Tempat
1. Mahkamah

Cth: Kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.
2. Tanah Kaduk

Cth: Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.
3. Kampung

Cth: Penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung
mereka.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan

Cth: Para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawanan melalui pertanian yang
mengeluarkan lebih banyak makanan.

2. Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling
Cth: Penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat
dilalui oleh lori-lori Hakim.

3. Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki
Cth: Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.

4. Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal
Cth: Wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat
Kaduk.

5. Masyarakat yang gigih dan tabah berusaha untuk mengubah nasib diri
Cth: Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum
menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.

69

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BAHASA

1. Sinkope
Cth:kau, ku

2. Pengulangan kata
Cth: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami
sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.

3. Kata ganda
Cth:bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah-tanah

4. Bahasa Arab
Cth:Assalamualaikum, Alhamdulillah

5. Bahasa Inggeris
Cth :Global Chicken

NILAI

1. Nilai keadilan
Cth: Hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu.

2. Nilai keberanian
Cth: Hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah dilakukannya
sebelum ini.

3. Nilai kegigihan
Cth: Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang
yang banyak.

4. Nilai keprihatinan
Cth: Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi
semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia
berangkat ke luar negara untuk berkursus.

5. Nilai tolong-menolong
Cth: Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah
seluas empat ekar milik datuk Hakim

70

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain

Cth: Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.
2. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan

Cth: Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek
penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum
bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.

3. Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan
Cth: Hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan
penternakan ayam untuk dijual.

4. Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan
Cth: Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik
tanah datuk Hakim.

5. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah
Cth: Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam
yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.

71

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA

Cerpen MUNSYI
Karya Husna Nazri

SINOPSIS

Cerpen ini tentang keinginan seorang anak muda, iaitu Mel yang mahu berhijrah ke kota.
Hasratnya itu dihalang oleh bondanya. Bondanya bimbang sekiranya anaknya itu akan
terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Bondanya berpendapat bahawa Mel masih
belum menguasai bahasa ibunda dan jati dirinya masih goyah. Bondanya dapat menyaksikan
bahawa warga kota sudah lupa akan agama, bahasa, dan bangsa. Bonda amat sedih kerana
penjajah telah menyemaikan perasaan perkauman dalam kalangan rakyat. Sebagai akibatnya,
pertumpahan darah dan permusuhan antara kaum berlaku.

Dengan berdasarkan hal yang dinyatakan oleh bonda itu, bonda menasihati Mel supaya
memelihara agama, bahasa, bangsa, dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sifat yang
ditunjukkan oleh bonda ini menunjukan bahawa bonda mempunyai semangat patriotik yang kuat.
Buktinya, bonda banyak menyimpan buku lama tentang bahasa dan sejarah. Mel selalu membaca
buku tersebut. Bonda menyatakan bahawa asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga
perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu, dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.

Apabila Mel telah mempunyai ilmu yang cukup dan mempunyai kemampuan untuk
berjuang di kota, barulah bonda mengizinkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Bonda
berpesan kepada Mel supaya menjaga dua perkara, iaitu agama dan bangsa. Bonda juga meminta
Mel untuk memberikan sejumlah buku kepada kawan lamanya yang bernama Munsyi. Apabila
tiba di bandar, Mel menyerahkan buku-buku tersebut pada kawan bondanya itu. Apabila
mengamati keadaan dan sikap Munsyi, Mel berpendapat bahawa Munsyi merupakan seorang
yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Munsyi tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah
perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, Mel melihat generasi muda bangsanya telah
hilang identiti dan jati diri.

Oleh sebab sibuk bekerja, Mel tidak bertemu dengan Munsyi. Pada suatu hari, Mel
mendapat berita bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan
mewah dan hotel. Apabila Mel mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang
merobohkan rumah-rumah di situ. Mel sedih apabila melihat buku-buku lama yang telah dibawa
oleh Mel, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan, tetapi Munsyi tidak kelihatan di mana-
mana.

TEMA

Semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa dan budaya yang tersemai dalam jiwa
sekumpulan warganegara – Bonda banyak menyimpan buku lama tentang bahasa dan sejarah.
Selain itu, bonda juga sayang akan bahasa dan agamanya. Disebabkan itu, bonda tidak
membenarkan Mel berhijrah ke kota selagi ilmunya belum penuh di dada. Mel juga dapat
menyaksikan bahawa Munsyi merupakan seorang yang mencintai bahasa dan agamanya.

72

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN

1. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu sebagai panduan hidup
Cth : Mel bertekad untuk memenuhi dirinya dengan segala ilmu pengetahuan dan
pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum Mel bersedia berhijrah ke tengah
gelora kota.

2. Peranan penjajah dalam memecahbelahkan rakyat sesebuah negara
Cth : Bonda kecewa kerana generasi kini yang telah ditanam racun perkauman melalui
sistem pecah dan perintah menyebabkan setiap kaum mempunyai sifat iri hati.

3. Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan
Cth : Bonda tidak membenarkan Mel berhijrah ke bandar kerana ilmu agama Mel belum
mencukupi.

4. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan baharu
Cth : Mel tidak berputus asa untuk meminta kebenaran daripada bonda untuk bermastautin
di bandar.

5. Ketaatan seorang anak terhadap ibunya
Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.

PLOT

1. Permulaan/Eksposisi
Mel memohon izin daripada ibunya untuk bermastautin di kota. Bondanya melarang kerana
bimbang Mel akan terpengaruh oleh budaya hedonisme dan modenisme yang sedang
melanda remaja di kota.

2. Perkembangan
Untuk meningkatkan semangat patriotik Mel, Bonda pernah bercerita kepada Mel tentang
peranan penjajah yang memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Selepas merdeka, negara ini telah berlakunya huru-hara akibat sistem pecah perintah yang
diamalkan oleh pemerintahan Inggeris. Bonda menasihati Mel supaya memelihara, bahasa,
bangsa, agama, dan budaya. Untuk mendapat pelbagai maklumat, Mel membaca pelbagai
buku simpanan bonda. Setelah ilmu penuh di dada, bonda telah membenarkan Mel berhijrah
ke kota. Semasa hendak ke kota, bonda telah meminta Mel supaya memberikan buku-buku
lama kepada sahabatnya, iaitu Munsyi. Semasa di kota, Mel dapat menyaksikan anak-anak
muda telah hanyut dalam keseronokan hidup dan melanggar batas-batas susila dan agama.
Mel mendapat berita bahawa kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan
pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang. Hal ini bermakna tempat tinggal
penduduk termasuklah rumah Munsyi akan dirobohkan.

73

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Klimaks
Apabila Mel sampai di perkampungan tradisi itu, jentera berat sedang merobohkan rumah-
rumah di situ. Buku-buku yang diberikan oleh bonda kepada Munsyi turut musnah. Mel
mencari Munsyri tetapi beliau tiada di situ.

4. Peleraian
Selepas kejadian itu, Mel mencari Munsyi. Setelah berhari-hari, kelibat Munsyi tidak
ditemui oleh Mel.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. Saspens
Cth: Selepas kejadian rumah-rumah dirobohkan oleh penguat kuasa, Mel masih tidak
menemui kelibat Munsyi. Peristiwa ini menimbulkan tanda tanya tentang perkara
yang terjadi kepada Munsyi sehingga dia menghilangkan diri tanpa dapat dikesan
oleh Mel.

2. Imbas kembali
Cth: Mel teringat cerita bonda tentang kota mewah yang pernah mencalit sejarah hitam
sedekad yang lalu.

WATAK DAN PERWATAKAN

Mel
1. Seorang yang taat akan ibu bapa

Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.

2. Seorang yang rajin membaca
Cth : Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan
kitab-kitab lama walaupun bertulisan jawi.

3. Seorang yang tidak mudah putus asa
Cth : Mel menyampaikan hasratnya kepada bonda untuk membina kehidupan di kota
walaupun bonda berkali-kali membantah hasratnya itu.

4. Seorang yang amanah
Cth : Mel menyampaikan salam bonda kepada Munsyi sebelum menghulurkan beg berisi
puluhan kitab lama yang dibawanya dari kampung.

Bonda
1. Seorang yang penyayang

Cth :Bonda sangat menyayangi Mel. Dia memberikan pelbagai alasan agar Mel terus
menetap di kampung bersamanya.

2. Seorang yang beriman
Cth :Bonda selalu mengingatkan Mel supaya tidak meninggalkan perintah agama

3. Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan

Cth :Bonda mahu Mel melengkapkan dirinya dengan ilmu sebelum berhijrah ke kota agar
Mel tidak hilang jati diri sebagai generasi bermaruah.

74

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

4. Seorang yang berjiwa patriotisme
Cth :Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan
kisah-kisah sejarah kepada Mel.

Munsyi
1. Seorang yang menghormati tetamu.

Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, dia mula tersenyum kepada Mel sebelum
mempersilakan dia masuk

2. Seorang yang teguh jati diri
Cth : Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta
menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya.

LATAR

Latar Masa
1. Minggu pertama di kota

Cth : Mel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsanya yang menetap di kota.

2. Seminggu selepas perkhabaran mengambil alih kampung tradisi
Cth : Jentera berat bersiap sedia untuk merobohkan rumah-rumah di perkampungan tradisi
sambil penguat kuasa mengawal demonstrasi penduduk membantah penccerobohan
itu.

Latar Tempat
1. Kampung tradisi

Cth : Mel berjumpa dengan Munsyi dan menyerahkan beg yang berisi puluhan kitab lama
yang dibawanya dari kampung.

2. Ibu kota
Cth : Anak-anak muda di kota tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan
agama yang murni.

3. Kampung halaman
Cth : Mel menetap di kampung bersama-sama bondanya sejak kecil lagi.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang taat kepada ibu bapa

Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.

2. Masyarakat yang rajin membaca
Cth : Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan
kitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan.

3. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
Cth : Bonda mahu Mel melengkapkan dirinya dengan ilmu sebelum berhijrah ke kota agar
Mel tidak hilang jati diri sebagai generasi bermaruah.

75

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

1. Masyarakat yang berjiwa patriotisme
Cth : Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan
kisah-kisah sejarah kepada Mel.

5. Masyarakat yang menghormati tetamu
Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelum
mempersilakan dia masuk

GAYA BAHASA

1. Kata pinjaman Inggeris
Cth : hedonism; modenisme; globalisas; ideologi. (hlm. 55)

2. Peribahasa
Cth : – besar hati. (hlm. 59)

3. Metafora
Cth : api prasangka; tembok dan benteng perkauman; pagar-pagar perkauman.

4. Personifikasi
Cth : darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan. (hlm. 57)

5. Simile
Cth : Bersamping bagaikan seorang maharaja pada kesultanan Melaka. (hlm 61)

NILAI

1. Nilai ketaatan
Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda

2. Nilai kerajinan
Cth : Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan
kitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan.

3. Nilai patriotisme
Cth : Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan
kisah-kisah sejarah kepada Mel.

4. Nilai hormat-menghormati
Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelum
mempersilakan dia masuk

5. Nilai cinta akan budaya
Cth : Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta
menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya.

76

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mentaati kedua-dua ibu bapa kita agar hidup diberkati

Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari
pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda

2. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
Cth : Mel rajin membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan
kitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan

3. Kita hendaklah memiliki sifat patriotisme agar tidak mudah terpedaya dengan anasir asing
Cth : Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan
menceritakan kisah-kisah sejarah kepada Mel.

4. Kita hendaklah menghormati dan melayani tetamu dengan baik
Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelum
mempersilakan dia masuk

5. Kita hendaklah mencintai budaya sendiri agar tidak hilang ditelan zaman
Cth : Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta
menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya

77

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA

JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
Karya: Maskiah Haji Masrom

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mas telah

melancong ke Istanbul, Turki. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak USD400, dia
mengikuti rombongan Passage Tours and Travel. Penulis telah membuat senarai dan pengiraan
perbelanjaan untuk membeli cendera mata kepada kawan-kawan dan ahli keluarganya. Penulis
mahu berbelanja secara berhemat namun terbeli jaket kulit kijang. Sebelum itu, dia telah
dinasihati oleh Yuksel, seorang pemandu pelancong tentang perkara-perkara yang perlu diberikan
perhatian bagi mengelakkan penipuan para peniaga. Ketika berkunjung ke sebuah premis menjual
jaket kulit, dia telah dipujuk oleh seorang peniaga agar membeli jaket kulit berkualiti yang
diperbuat daripada kulit kijang dengan tawaran harga potongan yang terendah. Walau
bagaimanapun, penulis menolak dengan sopan kerana perbelanjaan itu tidak ada dalam
perancangannya. Penolakannya itu menyebabkan lelaki itu memarahinya dan menuduhnya
sebagai wanita muslim yang tidak baik kerana membuang masanya.

Penulis kemudiannya mengisahkan perjalanannya pada hari keenam di Istanbul. Dia melihat
seorang wanita tua penjual makanan burung yang menyentuh perasaannya. Selain itu, dia juga
menyaksikan peristiwa seorang budak lelaki yang mencuba menjual barangan di pasaran gelap
telah ditangkap oleh pihak polis dan dilayan tanpa belas kasihan. Shahmeen, rakan penulis telah
membeli sehelai jaket daripada lelaki yang menjualnya di pasaran gelap dengan harga USD120
yang jauh lebih murah daripada harga di bazar. Shahmeen kemudiannya menjual jaket itu kepada
penulis kerana jaket itu tidak sesuai dengannya. Walaupun penulis membeli jaket tersebut namun
dia tidak nampak rasionalnya menggunakan jaket itu di Malaysia kerana faktor cuaca yang panas.
Penulis berpendapat bahawa jaket kulit kijang hanya lambang kemewahan dan kemegahan. Lebih
seekor kijang dibunuh untuk menghasilkan sehelai jaket. Pembelian jaket kijang telah
menggembirakan penjualnya, Shahmeen dan penulis. Dia berhasrat untuk menjual jaket itu
sekembalinya di Malaysia dan bercadang untuk mendermakan hasil jualan itu kepada mana-mana
zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh
demi gaya hidup manusia yang moden.

TEMA

Tema cerpen ini ialah pengalaman seorang pelancong yang suka melancong.

Penulis telah mengikuti rombongan pelancong dari Malaysia ke Istanbul, Turki. Semasa berada
di negara tersebut, penulis melalui pelbagai pengalaman pahit manis. Penulis berpeluang
melawat beberapa lokasi pelancongan yang menarik dan juga membeli-belah. Penulis melihat
peristiwa budak lelaki yang menjual barangan di pasar gelap ditangkap dan dibelasah oleh pihak
polis, peniaga berbangsa Turki yang kasar dan membeli jaket kulit kijang yang tidak
dirancangnya.

78

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN

1. Gaya hidup dan kemewahan yang mengancam hidupan liar. Contohnya, gaya hidup
masyarakat di Turki yang suka memakai jaket kulit kijang menyebabkan banyak kijang
dibunuh demi mendapatkan kulitnya.

2. Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya,
peniaga berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.

3. Amalan berhemah tinggi- Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga berbangsa
Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya walaupun dilayan
dengan kata-kata yang kasar.

4. Nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap manusia. Contohnya, pegawai polis yang
membelasah budak lelaki yang ditangkap ketika menjual barangan di pasaran gelap.

5. Amalan berhemat ketika berbelanja. Contohnya, penulis telah membuat senarai barangan
yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar jangka.

PLOT

1 PERMULAAN
Penulis menyertai sekumpulan pelancong dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki. Penulis
memerihalkan jumlah wang tunai yang dia bawa dan perancangannya untuk membeli
cenderamata bagi ahli keluarga dan sahabat handainya.

2 PERKEMBANGAN
Penulis menceritakan kumpulan pelancong ini berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenali
Grand Bazaar. Pemandu pelancong menasihati mereka agar berhati-hati dengan sikap peniaga
yang tidak jujur. Kemudian, seorang peniaga lelaki tidak berpuas hati dengan penulis yang tidak
mahu membeli jaket kulit kijang yang telah dicubanya. Peniaga itu menuduhnya perempuan
muslim yang tidak baik dan membuang masanya.

3 KLIMAKS
Penulis mahu menjual jaket tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya bagi
menghilangkan sifat ego pembeli bahawa dia sebenarnya membeli barangan terpakai.

4 PELERAIAN
Penulis mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang
sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang moden.

79

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEKNIK PLOT

1. Teknik Pemerian
Penulis menceritakan jaket kulit kijang yang dibelinya.

2. Teknik Dialog
Perbualan antara penulis dengan peniaga yang menjual jaket kulit kijang.

3. Teknik imbas kembali
Penulis meningat semula tentang peristiwa dia terbeli jaket kulit kijang.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA : MAS / PENULIS

1 Seorang yang berhemat ketika berbelanja –Contohnya, penulis membuat perancangan
untuk perbelanjaannya ketika melancong di Istanbul, Turki.

2. Seorang yang baik hati – Contohnya, penulis merancang untuk membeli cenderamata untuk
ahli keluarga dan sahabat handai.

3. Seorang yang berhemah tinggi – Contohnya, penulis tetap bersopan santun ketika menjawab
peniaga yang bercakap kasar dengannya kerana dia enggan membeli jaket kulit kijang yang
dijual oleh peniaga tersebut.

4. Seorang yang insaf akan kepentingan menjaga hidupan liar – Contohnya, penulis bercadang
untuk mendermakan hasil jualan jaket kulit kijangnya kepada mana-mana zoo yang ada
kandang kijang sebagai tanda muhibahnya pada kijang yang dibunuh demi kulitnya.

WATAK SAMPINGAN

LELAKI TURKI / PENIAGA

1 Seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam berniaga – Contohnya, peniaga yang
tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijualnya.

2 Seorang yang tidak berhemah tinggi – Contohnya, bercakap kasar pada pelanggan yang
enggan membeli barangan yang dijualnya.

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang mementingkan gaya hidup dan kemewahan yang mengancam hidupan liar.
Contohnya, gaya hidup masyarakat di Turki yang suka memakai jaket kulit kijang
menyebabkan banyak kijang dibunuh demi mendapatkan kulitnya.

2. Masyarakat peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan.
Contohnya, peniaga berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang
dijual.

80

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Masyarakat yang berhemah tinggi- Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga
berbangsa Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengan
sopan walaupun dilayan dengan kata-kata yang kasar.

4. Masyarakat yang berhemat ketika berbelanja. Contohnya, penulis telah membuat senarai
barangan yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar
jangka.

LATAR MASA

1. Hari kelima lawatan ke Turki
2. Hari keenam lawatan ke Turki
3. Malam terakhir di Istanbul

LATAR TEMPAT

1. Istanbul, Turki
2. Grand Bazaar
3. Bas pembawa pelancong

NILAI

1. Nilai baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata untuk keluarga
dan sahabat handainya di tanah air.

2. Nilai bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya, peniaga berbangsa
Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.

3. Nilai berhemah tinggi- Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga berbangsa Turki
yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengan sopan walaupun
dilayan dengan kata-kata yang kasar.

4. Nilai berjimat cermat. Contohnya, penulis telah membuat senarai barangan yang ingin
dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar jangka.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah sentiasa baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata
untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air.

2. Kita haruslah bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya, peniaga
berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.

3. Kita haruslah sentiasa berhemah tinggi. Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga
berbangsa Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengan
sopan walaupun dilayan dengan kata-kata yang kasar.

4. Kita haruslah berjimat cermat ketika berbelanja. Contohnya, penulis telah membuat senarai
barangan yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar
jangka.

81

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B.BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN CERPEN

BENTUK SOALAN
Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan 2(b)
ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkan sembilan
(9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yang berikut:

Soalan Markah
2 markah
Soalan (i): Pemahaman berdasarkan isi
dalam petikan 3 markah
4 markah
Soalan (ii): Soalan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT)
Soalan (iii): Soalan aspek sastera

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

- Petikan cerpen hendaklah dibaca,dianalisis, dan difahami sepenuhnya.
- Fahami maksud ayat dan maksud keseluruhan petikan
- Ketika membaca petikan, perkara-perkara yang berkaitan dengan soalan pemahaman yang

dikemukakan hendaklah digariskan.
- Mulakan menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu.
- Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
- Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap/ gramatis
- Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang

dikehendaki.
- Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

82

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.PRAKTIS TOPIKAL

KADUK,AYAM DAN RAJA

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang
dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itupun tidaklah tinggi nilainya
seperti tanah-tanah di bandar yang melambung dan melambung naik. Namun dia amat bersyukur
kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan
nama dan menebus maruah datuknya Kaduk yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

Hakim pernah berseloroh, "Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, Aku nak dirikan
sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi
peringatan kepada kita semua agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksudaku biar mereka
menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain”.

“Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu di dalam kampung ni. Mana ada
pelancong yang nak datang melawat?” Tanya Azam.

“Aku bergurau saja. Lagi pun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apa lagi yang
wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan bebincang dengan
beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab
memajukan bidang pertanian.

Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan
terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di
Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA.

i. Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya semula. [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu mengeluarkan makanan yang mencukupi?
[3 markah]

iii. Selain persoalan keberanian dalam menuntut hak, jelaskan dua persoalan lagi yang terkandung

dalam cerpen tersebut. [4 markah]

83

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif,apabila raja
meminta bertukar ayam,adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh
sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah
menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti,
atau sebarang tandatangan, atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si
Kunani memang dalam persabungan,bererti Pak Kaduklah yang menang dan berhak menerima
apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat
yang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guam
saya.”

Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini . Tidak payah aku ceritakan butiran
hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yang
pentingnya,tanah empat ekar di hujung kampung dan di tepi belukar itu kini sah menjadi milik
Hakim bin Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah.

Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan
tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah
tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukur
kerana Berjaya menebus kembali tanah itu yang lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan
nama dan menebus maruah datuknya Kaduk, yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

i. Apakah tawaran yang diperoleh jika Pak Kaduk menang dalam persabungan ?

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang peguam yang bertauliah?
[3 markah]

iii.Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran yang turut
digarapkan oleh pengarang dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

84

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian
besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada
ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita bergantung
kepada beras, ikan, daging, ayam, dan sayur-sayuran import? Keadaan ini akan
membahayakan kita kalau terjadi sesuatu bencana. Kerajaan mengutamakan bidang
pengeluaran makanan kerana ini soal keselamatan negara.”

Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan melihat
potensi yang ada dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar merebut
peluang ini, terutama ribuan siswazah Melayu yang masih menganggur. Kerajaan banyak
menyediakan peluang terutama kepada keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru. Ada
pelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh sebuah
bank khusus. Nah, semuanya ada di hadapan mata anda! Yang diperlukan sekarang ialah
kesanggupan anda untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini, ‘Pertanian adalah Perniagaan’.”

Hakim telah mendengar dengan penuh minat. Segala kata itu membakar semangatnya
untuk memajukan tanah yang ditebusnya.dia juga berharap kejayaannya juga nanti akan
menjadi contoh teladan kepada orang yang seketurunan dengannya yang mendapat kelebihan
daripada Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai projek pembangunan sebuah kerajaan yang
prihatin.

i. Apakah seruan pemimpin tertinggi kepada rakyat ?

[2 markah]

ii.Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan negara jika
siswazah hanya suka makan gaji?

[3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

85

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

Azam memandang ke wajah sahabatnya. “Apa masalahnya? Bukankah kau boleh
mendapat bantuan? Kerajaan sudah berjanji akan menolong penternak sebagai insentif kerana
menambah bekalan makanan untuk rakyat.”

“Azam, tanah ini sesuai untuk ternakan kerana jauh dari kawasan perumahan. Tetapi
ada masalah yang lain. Kau tengok jalan masuk ke reban ini. Jalan itu tidak berturap dan becak
pada musim hujan. Pernah lori tersangkut dalam selut. Aku sudah menulis surat permohonan
jalan itu dinaikkan taraf. Aku sudah berusaha ke sana ke mari untuk menemui orang yang
berpengaruh, tetapi jawapannya tiada peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini. Aku
dicaci-maki oleh orang kampung kerana kemasukkan lori-lori itu memburukkan lagi keadaan
jalan.”

Azam menggeleng-geleng, “Bagaimanakah hasil jualan ayam?”

Hakim terus menjawab, “Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang.
Aku berhutang dengan bank. Aku berhutang dengan Syarikat RAJA. Mereka menghantar anak-
anak ayam, mereka menghantar dedak, mereka menghantar ubat-ubatan. Semua itu akan
dipotong daripada hasil jualanku. Kau tengok ini (Hakim menunjukkan salah satu penyata yang
dikeluarkan oleh Syarikat RAJA). Nilai jualan dari rebanku ialah RM85 000.00. tetapi akhirnya
hanya RM13 000.00 sahaja yang masuk ke kantungku. RM72 000.00 adalah untuk RAJA
kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari RM13 000.00 itu
lah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah menagkap ayam, membayar bil elektrik
dan air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain.”

i. Berikan dua halangan yang dihadapi oleh Hakim dalam penternakan ayam yang

diusahakannya? [2 markah]

ii. Sekiranya anda Azam, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk membantu Hakim
menyelesaikan masalah yang dihadapinya?

[3 markah]

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain
yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
[4 markah]

86

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim perlu membina sebuah reban tertutup. Dia memulakan segala kerja, menebang
pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkut untuk menambak kawasan yang
memang rendah dan berair itu. Wang simpananya hampir habis di situ.

Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara dan
peralatan memberi makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudah
beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian.
Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman diluluskan. Pinjaman
sebanyak itu memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain selain tanah Pak Kaduk
yang baru ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggup
campur tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. Dengan pertolongan
itu terbinalah sebuah reban yang boleh memuatkan sepuluh ribu ekor ayam.

Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA. Maka jadilah dia seorang petani
moden merangkap anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan menyumbang ke
arah penambahan pengeluaran makanan negara.

“Tahniah! Aku doakan kau Berjaya. Setahun lagi insya-Allah aku akan pulang. Kita
jumpa di reban ini untuk merayakan ulang tahun kau jadi penternak,” kata Azman sambil
menggenggam tangannya erat-erat tanda memberi semangat. Mereka akan berpisah buat
sementara kerana Azman akan mengikuti kursus selama sepuluh bulan di luar negara.

i. Berikan maksud berjasa kepada nusa?

[2 markah]

ii. Sejajar dengan perkembangan semasa, bidang tenternakan turut mengalami banyak
perubahan.

Jelaskan manfaat-manfaat penggunaan teknologi moden dalam bidang penternakan.
[3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam
keseluruhan cerpen.
[4 markah]

87

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.PRAKTIS TOPIKAL

MUNSYI

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

SETIAP kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai
alas an agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama saya
masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan
modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda
saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai
budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.

Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang
ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya
akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai
anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia
yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang
dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada,
kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.

i. Mengapakah bonda tidak membenarkan Mel bermastautin di kota? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda sekarang terlalu mudah terpengaruh

dengan gejala yang tidak sihat? [3 markah]

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai yang lain daripada

keseluruhan cerpen. [3 markah]

88

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di
pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah
kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam
diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.

Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar
dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para
warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya.
Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan kepentingan diri sendiri.

Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan
serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing bangun
untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.

Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad
lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentiment yang bukan sedikit. Sejarah suram
yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap
warganya sejak sekian lama.

i. Apakah tujuan Mel berhijrah ke kota? [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan semangat

kekitaan dalam kalangan masyarakat bandar? [3 markah]

iii. Huraikan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakannya

yang lain daripada keseluruhan cerpen. [3 markah]

89

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan Jawi di
dalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang mata bonda
dalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum mengerti segala-
galanya. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam diri
saya, anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yang
berani mempertahankan nilai-nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit demi sedikit
mula terhakis di atas tanah sendiri.

“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan
menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan
kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan
perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda
merenung mata dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang
menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah
berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali
kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana
mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.”

i. Apakah kebaikan yang diperoleh oleh bangsa yang mengkaji sejarah? [2 markah]

ii. Semangat patriotisme dalam generasi muda boleh disemai melalui pembelajaran sejarah baik
di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menyemai semangat patriotik dalam jiwa remaja di

negara ini? [3 markah]

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang

lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

90

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput

saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan

beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa

anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan dengan setiap
patah slanga dan klausa yang memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib
menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan
silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki
perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-
apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan.
Saya jadi keliru tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang
dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu
dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di
negara mewah ini.

i. Apakah yang disaksikan oleh Mel pada minggu-minggu pertama dia berada di kota?
[2 markah]

ii. Anak-anak muda sekarang gemar menggunakan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan
bahasa asing sehingga memunculkan istilah bahasa rojak yang mengelirukan.

Pada pendapat anda, apakah kesan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan generasi muda

di negara ini? [3 markah]

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar

masyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

91

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah kelam-
kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang. Puluhan
anggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan demonstrasi
penduduk membantah pencerobohan itu.

Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh bonda
kepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi terkedu melihat puluhan buku ini ranap
dan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam taring-taring tajam jentera berat
yang melanggar dan meredah apa-apa saja. Air mata saya menitis sedih dan pilu bukan sahaja
mengenang khazanah berharga yang musnah, tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizab
milik bangsa di kota besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakal
mengaut keuntungan di bumi ini.

Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya langsung
tidak saya temui. Saya bertanya setiap orang, ke mana perginya gerangan orang tua itu, namun
tiada sesiapa mengetahui pejuang bahasa ibunda itu menghilangkan diri.

i. Mengapakah Mel berasa sedih dan pilu? [2 markah]

ii. Demonstrasi jalanan bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.

Pada pendapat anda, mengapakah penganjuran demonstrasi tidak digalakkan untuk

menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu yang tidak disenangi? [3 markah]

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain

daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

92


Click to View FlipBook Version