TAJUK : KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5, 4 ZON DI
MALAYSIA
NAMA PELAJAR : NUR ADILAH BINTI KHALIL AZIZY
NO. MAKTAB : PB190139
HOMEROOM : MISS IRMA YUHANIS
NAMA GURU : PUAN AISAH BINTI MAT
ISI KANDUNGAN
- Penghargaan
- Tingkatan 4
1) Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
2) Di sebalik Dinara
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan
cadangan penambahbaikan novel
3) Novel Jendela Menghadap Jalan
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan
cadangan penambahbaikan novel
4) Novel Pantai Kasih
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan
cadangan penambahbaikan novel
-Tingkatan 5
1) Novel Songket Berbenang Emas
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
2) Novel Tirani
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
3) Novel Bimasakti Menari
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
4) Novel Silir Daksina
- Pengenalan novel
- Biografi penulis
- Sinopsis novel (keseluruhan dan setiap bab) Kekuatan, kekurangan dan cadangan
penambahbaikan novel
-Rujukan
1) Rujukan Setiap Novel
2) Rujukan Link Web
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua murid dan juga guru guru yang tercinta.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada guru bahasa melayu saya iaitu Puan Aisah Bt. Mat dan Encik Shurdi Bin Shuib serta guru
guru Bahasa Melayu tingkatan 4 yang telah banyak memberikan didikan,sokongan dan galakkan
kepada saya sepanjang saya melakukan folio ini. Selain itu, ribuan terima kasih juga ditujukan
kepada kedua dua ibu bapa yang saya hormati lagi sayangi selama lamanya. Mereka sentiasa
memberikan dorongan,sokongan dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan folio ini sehingga
selesai dengan sempurnanya. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada adik beradik saya yang
telah banyak menolong dan memberikan sokongan saya dalam melakukan dan menyelesaikan
tugasan ini. Disamping itu, saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya
iaitu Siti Nur Balqis dan Iffa Nadia yang sudi membantu saya semasa saya menyiapkan tugasan
ini dan membantu saya dalam menyelesaikan masalah saya sewaktu menyiapkan folio ini.
Daripada tugasan ini saya sudah mendapat banyak pengalaman yang berharga dan akan
menggunakannnya pada kerja kerja lain supaya kerja itu mendapat keputusan yang terbaik dan
cemerlang. Akhir sekali, penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat
secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan folio ini. Hanya Allah subhanawata’ala
sahaja yang mendapat membalas segala budi dan bakti kepada semua yang telah menolong saya
dalam menyiapkan tugasan ini.
NOVEL
LEFTENAN WIRA
BANGSA KARYA
ABDUL LATIP
TALIB
CERITA SECARA RINGKAS TENTANG
NOVEL
1) NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP
TALIB
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa mengisahkan keberaniandan keperwiraan
seorang anggota tentera Melayu dalam mempertahankan tanah airdaripada dijajah oleh
kuasa asing. Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak
kecil serta mendapat dorongon daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau
terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian
dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk
7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin
Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar
Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
BIOGRAFI SETIAP PENULIS
1) Abdul Latip Bin Talib
Abdul Latip bin Talib dilahirkan di Kampung Ulu Seperi Rembau Negeri Sembilan
pada 2hb Jun 1954, pernah bekerja sebagai pegawai ladang FELCRA selama 20 tahun dan kini
merupakan penulis sepenuh masa. Beliau menulis dalam pelbagai genre seperti sajak, cerpen,
rencana, drama tv dan novel. Sehingga kini telah menghasilkan 20 buah novel kanak-kanak,
remaja dan dewasa. Kini menumpukan penulisan novel sejarah dengan PTS. Antara karya yang
telah diterbitkan Salahudin Penakluk Jerusalem 2007, Khalid Memburu Syahid 2007, Ikramah
Penentang Jadi Pembela 2007, Tariq Menang atau Syahid 2007, Si Bongkok Tanjung Puteri
2007, Setelah Roboh Kota Melaka 2007, Abu Bakar Sahabat Sejati 2008, Sultan Muhamad al
fateh 2008, Leftenan Adnan Wira bangsa 2008, Hikayat Amir Hamzah jilid 1, 2 dan 3
2008.Ketekalan beliau menghasilkan karya telah melayakkan beberapa buah karya beliau
merangkul pelbagai anugerah. Antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Sayembara
Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan.
Novel Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Randau Ruai
memenangi Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005 dan terbaru novel sejarah Perang
Jementah dan datuk Moyang Saleh memenangi hadiah sayembara menulis novel sejarah Johor
2007.Abdul Latip yang kini menetap di Jelebu Negeri Sembilan pernah menerima Anugerah
Sastera Negeri Sembilan 2005 dalam genre cerpen dan esei. Dan sekali lagi pada tahun 2007
dalam genre novel remaja.Beliau dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC)
oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG
NOVEL
1. LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ADBUL LATIP TALIB
SINOPSIS KESELURUHAN
1) NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA LATIP TALIB
Novel Leftenan Adnan mengisahkan perjuangan anak Melayu, iaitu Leftenan Adnan
dalam mempertahankan Tanah Melayu daripada pihak Jepun. Anak Pak Saidi dan Mak Milah
telah bercita-cita menjadi askar sejak kecil lagi. Apabila tamat persekolahan di sekolah
Inggerish, Adnan menjadi guru pelatih di Kampung Sungai Ramal. Walaupun dia telah menjadi
guru pelatih, cita-citanya tidak pernah pudar.
Ketika dia menjadi tenaga pengajar, dia mendapat berita bahawa Askar Melayu Diraja
diperlukan. Pak Saidi menyokong cita-cita anaknya itu, malah dua orang adik Adnan, iaitu
Ahmad dan Amarullah turut menjadi askar. Mak Milah yang pada mulanya tidak bersetuju
akhirnya akur dengan cita-cita Adnan. Akhirnya, Adnan dan kawannya, Mamat terpilih dalam
menyertai askar. Mereka telah menjalani latihan selama setahun di Port Dickson.
Adnan juga dikejutkan dengan berita pertunangannya dengan Sophia apabila pulang
ke kampung halaman untuk bercuti. Adnan terkilan dengan keputusan Pak Saidi dan Mak Milah
yang tidak berbincang dengannya terlebih dahulu malah perkahwinan yang diatur juga
seminggu daripada tarikh kepulangannya. Oleh itu, dia tidak dapat berbuat apa-apa dan patuh
akan keputusan Pak Saidi dan Mak Milah.
Adnan kembali ke bukit Candu untuk melaksanakan tugasnya selepas perkahwinan
tersebut, isterinya ditinggalkan di kampung halaman bersama-sama ibunya kerana masih tiada
kemudahan untuk dia dan isteri tinggal sekali. Beberapa lama berpisah, Adnan telah membawa
Sophia dan anaknya tinggal sekali ketika dia bertugas di Pasir Panjang oleh sebab kemudahan
seperti rumah telah disediakan untuk pegawai. Leftenan Adnan dan Sophia sempat tinggal
selama setahun di bawah satu bumbung. Hal ini demikian, ada ura-ura Jepun ingin menyerang
Singapura seterusnya menjajah Tanah Melayu. Oleh itu, Sophia dihantar pulang ke kampung
halaman demi keselamatan anak-anak dan isterinya.
Episod getir bermula apabila Leftenan Adnan dan rakan seperjuangan berhadapan
dengan serangan Jepun. Mereka menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
tinggi sehingga ke titisan darah yang terakhir.
SINOPSIS
NOVEL
LEFTENAN
ADNAN WIRA
BANGSA KARYA
ABDUL LATIP
TALIB
( MENGIKUT
BAB )
Sinopsis Bab 1
Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)
bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki.
Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan
Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan
sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang
Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana
sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah (
British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar
sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 2
Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan
Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana
di kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun
sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala
rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan
sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah
membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.
Sinopsis Bab 3
Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi
loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-
anaknya yang sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan
membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka
gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya
tidak mahu mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab
walau ketika membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah
dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya
membuat senapang kayu pula.
Sinopsis Bab 4
Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan.
Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab
itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal
usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah
membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk
kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh
British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan
bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu
menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.
Sinopsis Bab 5
Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam
pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan
hasrat untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau
Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-
tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur
dengan kehendak Pak Saidi.
Sinopsis Bab 6
Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung
yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad
namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang
berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar
Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari
sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah
bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada
waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan
berharap anak-anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-
anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.
Sinopsis Bab 7
Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di
sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak
Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar
anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih
berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya
anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu
berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang
memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
Sinopsis Bab 8
Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil
jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah
dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak
Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah
nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung,
Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan
di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu memantau
anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat
Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Sinopsis Bab 9
Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris.
Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan
bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah
Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak
berubah walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar
mengaji dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita
apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara
dari serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak
dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun
ada seorang yang mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak
Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya
mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling
beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta
pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.
Sinopsis Bab 10
Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun
Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai
dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal
baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan.
Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Sinopsis Bab 11
Yakin Boleh
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia
seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan
pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya
Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak
berminat kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan
Ramasamy serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat
Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan
semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan
hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat
tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Sinopsis Bab 12
Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya
mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka
tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai
Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan
oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab.
Perlawanan yang dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan
berdamai kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut
peraturan. Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan
Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah
setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa
mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.
Sinopsis Bab 13
Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita
menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak
kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam
kalangan guru-guru.
Sinopsis Bab 14
Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil
anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak
menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota
tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin
Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus
menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Sinopsis Bab 15
Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke
kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang
lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah
diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.
Sinopsis Bab 16
Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal
dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
menggembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Sinopsis Bab 17
Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima
kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi
dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Sinopsis Bab 18
Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan
kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan.
Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi
ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di
rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar
Melayu.
Mereka hidup bahagia.
Sinopsis Bab 19
Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah
Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka
di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia,
sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-
jaga.
Sinopsis Bab 20
Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir
Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British
mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu
kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan
yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan
memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong.
Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak
penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan
mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada
isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenarnya
askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan
berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.
Sinopsis Bab 21
Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan
serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang
sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura.
Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat
peninjau, dapatlah pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan
lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan
diserang dan mereka bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga
cuba menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal
kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka
hendak mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Sinopsis Bab 22
Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat
pangkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang
melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit
Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara
akhirnya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang
dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama,
Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah.
Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Sinopsis Bab 23
Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah
dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir
kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan
tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun
ibunya tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada
adik-adiknya sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh
demi tanah air.
Sinopsis Bab 24
Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula
membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera
Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan
Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu
diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi
mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan
berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar
Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya
menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai
Kempen Tanah Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak
dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh
dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak sehingga tentera
Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan
sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India
British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang
penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang
mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah
dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra.
Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan
pasukan pertahanan mula berundur.
Sinopsis Bab 25
Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan
Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan
udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan
Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di
situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki
Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen
Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar
pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan
Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera
Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN
Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang
Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan.,
Alor Setar dan Sungai Petani.
Sinopsis Bab 26 : Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun
dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan
British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan.
Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh
buah pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang
British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun.
Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat
kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi
menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85
buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau
bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap
kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera
infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau
bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di
dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut.
Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Sinopsis Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun.
Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-
mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu
persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang
selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di
Timur Jauh, Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu
jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah
meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai
pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip
Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur
persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian
utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri
Jepun pula menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera
Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Sinopsis Bab 29 : Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang
itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar
Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun
berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu
menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar
Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Sinopsis Bab 30 : Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat
Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar
apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya
bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu
berundur diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara
kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit
Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan
berani. Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan
tentera Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan
hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang.
Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak
sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera
Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
Sinopsis Bab 31 : Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut
hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera
Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah
tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal
terbang Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di
Bukit Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan
semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan
akhirnya meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak
mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu
Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan
sebagaimana janjinya.
Sinopsis Bab 32 : Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,
termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata
mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran
berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh.
Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi
enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan
bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang
musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup
dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera
parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun
kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap
orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung
pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Sinopsis Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah
kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan
Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu
memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus
lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka
juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun
menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir.
Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya.
Sinopsis Bab 34 : Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan
bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan
Jepun di tanah Melayu
Sinopsis Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan
Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat
terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-
anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah
dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan
baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah
dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal
dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama
memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya
mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat
tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit
leukimia.
ANALISIS NOVEL
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah sesesorang yang bercita cita tinggi
untuk menjadi seorang askar yang mahu melindungi negara bangsa daripada diancam
oleh negara musuh yang ditakuti iaitu jepun. Seterusnya, jalan cerita plot yang sangat
menarik perhatian dan tidak terpesong jauh dari asal jalan cerita sehingga habis cerita
membuat satu novel itu sangat tersusun rapi dan sedap mata membaca novel itu dengan
hati yang tenang. Selain itu, novel ini banyak memberi pengajaran yang berharga buat
kita seperti berjuang untuk tanah negara dan juga usaha yang bersungguh sungguh untuk
mencapai kejayaan yang sempurna serta mengajar kita erti kasih sayang antara satu sama
lain. Disamping itu, penggunaan bahasa dan ayat yang gramatis lengkap membuatkan
mesej dan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis dapat difahami oleh pembaca.
Akhir sekali, penulis juga menerapkan nilai keberanian yang menunjukkan bahawa kita
perlu membuat sesuatu itu tanpa mendengar kata kata orang sekeliling yang berkata buruk
tentang diri kita dan ingin mematahkan semangat kita yang berkobar kobar itu.
KELEMAHAN NOVEL
Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah plot cerita yang agak lambat dan
membuatkan pembaca bosan menunggu kemuncak cerita. Seterusnya, kulit buku yang tidak
menarik perlu diubah dan meletakkan sedikit ilustrasi yang lebih gempak dan bergaya.
Selain itu,terdapat beberapa kesalahan ejaan yang penulis terlepas pandang . Disamping itu,
novel ini tidak sesuai untuk budak bawah umur 13 tahun membaca kerana ada unsur unsur
pembunuhan yang diceritakan dan ianya agak sensitif bagi sesetengah masyarakat. Akhir
sekali, menukarkan sedikit sebanyak cerita yang terlalu panjang menjadi lebih pendek agar
mudah difahami.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh novel ini ialah memuat naik
buku ini ke laman sesawang dengan menggunakan aplikasi yang bersesuaian supaya orang
ramai dapat membaca buku ini juga. Seterusnya, pihak penulis juga boleh membuat buku ini
dalam bahasa inggeris juga kerana orang luar dapat memahami perjuangan seseorang itu dalam
mempertahankan negaranya. Selain itu, penulis juga perlu menukarkan kulit buku kepada
ilustrasi yang lebih menarik perhatian pembaca serta orang yang melihatnya. Disamping itu,
jalan cerita novel ini perlu diubahkan sedikit tentang perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh
watak utama tersebut kepada watak utama itu menrima pasangan seumur hidupnya itu. Akhir
sekali, memastikan setiap ejaan perkataan di dalam novel tidak ada masalah supaya pembaca
dapat baca dengan jelas.
NOVEL
DISEBALIK
DINARA KARYA
DAYANG NOOR
CERITA SECARA RINGKAS TENTANG
NOVEL
DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi
sehingga menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima
Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn
lebih hebat daripadanya,dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu.
Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun
dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk
menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus
ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara
BIOGRAFI SETIAP PENULIS
Dayang Noor
Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman, lahir pada 1974 di Pahang, Malaysia) ialah
seorang penulis novel Bahasa Melayu sambilan. Beliau memiliki ijazah dalam Kejuruteraan
Elektronik dan Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan salah satu syarikat
penyepaduan sistem IT terbesar di Selangor, Malaysia. Beliau telah menulis 2 buah novel
fiksyen pulpa dalam bahasa Melayu – Jerat (2011) dan Hilang (2012). Beliau tinggal di
Selangor, Malaysia bersama suami dan 3 anak lelaki.
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG
NOVEL
DISEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
SINOPSIS KESELURUHAN
1) DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor berkisar tentang seorang gadis bernama
Farisha yang dikatakan memiliki ciri-ciri keistimewaan kerana mampu menyelamatkan sebuah
syarikat komputer yang besar iaitu Soft Lab.
Farisha dan Rosman merupakan rakan kongsi syarikat perunding keselamatan sistem
komputer yang dikenali sebagai Secured Shell Sdn. Bhd. Akram berusaha untuk membawa
Farisha masuk ke dalam Soft Lab kerana amat memerlukan kepakaran Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Kebetulan, rakan serumah Farisha, iaitu Shida telah ditawarkan
sejumlah wang RM40 ribu untuk menulis sebuah rencana dan sebuah buku biografi tentang
Dinara.
Dinara sebenarnya hasil kerja Karl dan Medina. Semasa di Soft Lab, Farisha berasa
pening kepala. Farisha berada di bawah sedar dan mampu berkomunikasi dengan Karl dalam
keadaan tersebut.
Karl telah mereka khas mikrocip yang tertanam di tubuh Farisha. Keadaan ini
membolehkan Karl menyalurkan pemikirannya kepada Farisha. Dr. Maxi berjaya
menyakinkan Shida agar menggantikan tempat Farisha. Dua batang jarum mudah lentur
ditusukkan ke tengkuk Shida untuk tujuan bahan uji kaji.
Azraai memberitahu bahawa nama sebenar ibu kandung Farisha ialah Marilyn wanita
Portugal. Nama ayahnya pula tidak tercatat dalam fail. Azraai segera membawa Farisha keluar
dari hospital dan mencari tempat untuk menyembunyikan Farisha. Hal ini demikian kerana
ada pihak yang mahu mengancam keselamatan Farisha.
Semasa Shida berada di bawah sedar, Karl telah berada dalam tubuh Shida. Karl yang
menjalankan uji kaji sains telah mengubahkannya menjadi imej baharu. Alia pula
memperkenalkan dirinya yang sebenar. Dia menjadi cacat kerana diseksa oleh Karl. Nama
sebenarnya ialah Rusmina tetapi Karl telah menukarnya menjadi Alia. Medina memberitahu
bahawa 30 tahun yang lampau Karl telah mengubah Marilyn menjadi Medina. Karl juga
menjadikan Farisha sebagai bahan uji kajinya.
Akram menjelaskan bahawa punca dendam Medina terhadap Karl adalah apabila Karl
mensabotaj Medina semasa menjalankan uji kaji. Akibatnya, Medina menjadi hampir separuh
gila. Akram pula membocorkan rahsia dirinya, iaitu dia telah diberikan identiti yang baharu.
Umurnya 60 tahun bukan 30 tahun. Nama asalnya ialah Akeem dan merupakan adik kepada
Karl. Dia terencat akal. Uji kaji Karl terhadap Akram berjaya.
Tepat jam 7.00 malam, Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir. Wasiat Karl
adalah agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara menabur abu
mayat dilakukan di Port Dickson. Semasa mahu pulang, kejutan berlaku apabila Shida
mengungkapkan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Karl. Farisha terkesima apabila
mengetahui bahawa Karl yang berkata-kata melalui tubuh Shida.
SINOPSIS
NOVEL
DISEBALIK
DINARA KARYA
DAYANG NOOR
( MENGIKUT
BAB )
Bab1
Farisha berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk menaiki kapal terbang ke Kuala
lumpur. Dia terjumpa seorang pemuda yang bersikap sopan santun dan kacak. Pemuda itu
bersenyum kepadanya. Di dalam pesawat, kebetulan pemuda itu duduk di tepinya. Farisha
berminat akan jam tangan pemuda yang juga merupakan pusat kawalan elektronik. Setelah
berbual ringkas. Mereka tertidur dalam penerbangan. Di balai ketibaan KLIA, Farisha terlupa
menghubungi rakan serumahnya Shida dan abangnya, Azraai. Dia terpaksa menaiki teksi balik
ke tempat kediaman. Pada pukul 10.00 malam, dia baru sampai di hadapan pintu apartmennya.
Kad pintar tidak dapat berfungsi untuk membuka pintu rumah. Setelah menghubungi Shida,
Shida yang sedang bermain skuasy segera balik untuk membuka pintunya, iaitu, kunci pintu
telah ditukar kepada Retinal Scanner. Farisha terkejut tentang perubahan rumah mereka.
Menurut Shida, abang Farishalah yang memasang retinal scanner itu.
Melalui hologram, wajah Azraai wujud di depannya. Azraai menyatakan bahawa dia bimbang
akan keselamatan Farisha kerana berlakunya kes pembunuhan yang tidak jauh dari apartmen
Farisha. Azraai meminta Farisha supaya mendaftar retinal matanya dalam sistem keselamatan
rumahnya dengan bantuan Shida. Setelah itu, Farisha pun tidur kerana terlalu letih.
Di sebuah bilik pejabat, Dr. Maxi sedang berbincang tentang Farisha. Aqram , pemuda yang
duduk di sisi Farisha dalam pesawat itu telah mengesahkan bahawa Farisha ialah orang yang
dicari oleh mereka selama ini kerana DNA Farisha daripada cawan di pesawat itu memang
orang yang dicari oleh mereka. Aqram mengatakan bahawa dia tidak dapat membaca minda
Farisha kerana otak Faisha memiliki sejenis pendinding yang dipanggil Wall. Dr. Maxi
menyerahkan Penetrator kepada Aqram untuk membantunya supaya dapat melemahkan Wall
Farisha dan dapat membaca minda Farisha. Mereka memerlukan Farisha untuk menyelamatkan
sistem Dinara.
Bab 2
Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya supaya membawa dia ke Hotel
Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan pembukaan yang akan disampaikan oleh
Philips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Rosman menelefonnya bahawa
keretanya telah rosak. Farisha segera menjagakan Shida yang sedang tidur lena. Farisha
meminta Shida membawanya ke stesen monorel. Setelah sampai di hotel itu, sebuah robot
penyambutnya ke dewan itu. Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya
hologram beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di dewan itu.
Sebenarnya Farisha dan Rosman membuka sebuah syarikat perunding keselamatan sistem
komputer yang bernama Secured Shell Sdn. Bhd setahun yang lalu. Mereka baru mendapat
projek di Senawang. Mereka kesempitan wang sehingga Rosman tidak dapat menggantikan
kereta lamanya tambahan lagi Rosman bercadang untuk berkahwin tidak lagi.
Rosman mendapati bahawa ada seorang pemuda yang kacak sedang memerhatikan Farisha.
Pemuda itu memperkenalkan dirinya Aqram. Farisha terkejut kerana dapat bertemu semula
dengan pemuda yang dijumpainya di Lapangan Terbang Senai semalam itu . Aqram bekerja di
Soft Lab, Cyberjaya. Aqram menyatakan bahawa dia sedang mencari jururunding untuk satu
projek mini di Soft Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat Farisha. Ketika berbual-
bual dengan Farisha, Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk melemahkan Wall
minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di depan matanya. Aqram
hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha sahaja. Aqram berasa kesal kerana maklumat
yang diperolehnya dalam minda Farisha terlalu sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk
menyelamatkan sistem Dinar dalam syarikat mereka.
Bab 3
Rosman teruja untuk mengetahui tawaran yang diutarakan oleh Aqram. Atas desakan Rosman,
Farisha menghantar e-mel kepada Aqram tentang projek mini itu. Aqram membalas e-mel
tentang kegembiraannya kerana Farisha menerima tawaran mereka. Keesokan hari, mereka
bertemu di luar dewan simposium. Rosman hendak membawa mereka ke Puchong untuk
perbincangan mereka. Menurut Aqram, mereka akan berbincang di rumah Karl, seorang
penyelidik SoftLab yang banyak berjasa. Rosman dan Farisha terkejut tentang nama Karl
kerana Karl pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan dan sejak memenangi
anugerah tersebut, Karl terus menyepi daripada pihak media. Aqram membawa mereka menaiki
LRT untuk ke Puchong . Di platform monorel, Farisha mendapati bahawa penumpang sebelah
ialah seorang wanita tua yang menghidap penyakit barah.
Ketika tiba di rumah agam milik Karl, mereka disambut oleh seorang lelaki tua. Lelaki itu
bernama Dr. Maxi yang juga bekerja di Soft Lab dalam bahagian penyelidikan. Dr. Maxi ingin
membuat tawaran langsung kepada Syarikat Secured Shell tentang projek mini itu dengan nilai
RM1.5 juta. Rosman dan Farisha terkejut tenang tawaran tersebut. Farisha ingin mengetahui
skop kerja itu. Dr. Maxi menerangkan bahawa khidmat mereka adalah menggodam tiga
kelompok komputer SoftLab yang merupakan infrastruktur sistem pengkomputeran awam
dalam masa empat minggu. Farisha tidak berkeyakinan untuk menerima projek itu.
Bagaimanapun, Dr. Maxi menyatakan bahawa Farisha berbakat besar dan pernah berjaya
melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Farisha terkejut kerana Dr.Maxi
mengetahui peristiwa tiga tahun yang lalu itu. Farisha ingin berfikir dahulu tentang tawaran
tersebut.
Setelah itu, Dr. Maxi membawa Farisha dan Rosman ke dalam terowong. Di hujung terowong
itu terdapat ruang . Di situ mereka ternampak Karl terbaring di atas katil hospital canggih di
dalam sebuah bilik kaca. Karl telah menghidap penyakit barah usus selama tiga tahun. Farisha
teringat akan arwah ibu bapanya juga menghidap penyakit barah tulang. Mereka hanya berdiam
diri. Menurut Dr Maxi, Karl masih aktif dalam penyelidikan. Farisha diminta menggodam
sistem Dinara yang dibuat oleh Karl. Setelah balik, Farisha kurang senang hati atas projek itu
dan ingin meminta pendapat daripada abangnya.
Bab 4
Azraai bersungguh-sungguh memintanya menerima sahaja tawan itu. Pada petang itu, Farisha
menerima pesanan ringkas daripada Rosman bahawa dia masih berada di Senawang dang tidak
sempat untuk pergi ke Soft Lab petang nanti. Farisha terpaksa pergi ke SoftLab sendiri. Farisha
enggan menaiki kenderaan awam kerana berasakan dirinya diekori orang. Shida dibangunkan
oleh Farisha. Shida tergesa-gesa bangun kerana terdapat temu janji dengan seorang pelanggan.
Kebetulan mereka menuju ke destinasi yang sama, iaitu SoftLab di Cyberjaya. Shida menerima
tawaran untuk menulis satu rencana dengan harga RM25000. Setibanya di Soft Lab, Shida
disambut oleh Khairul Anwar. Sebaliknya Farisha disambut oleh Aqram ke bilik keselamatan
untuk mendaftar cap jari dan retina mata. Farisha dibawa ke sebuah bilik besar sebagai tempat
kerjanya. Farisha berasa selesa di tempat kerjanya. Seterusnya Farisha juga dibawa ke pusat
data yang merupakan perkakas Dinara. Farisha diberitahu bahawa di situlah semua data untuk
perisian Desktop Maya yang digunakan oleh pelanggan Soft Lab, iaitu semua data disimpan
dalam Dinara. Oleh itu Farisha dipertanggungjawabkan untuk menggodam dan mengukuhkan
sistem Dianara.
Setelah pulang dari Soft Lab, mereka berdua minum di sebuah kopitiam. Shida mengatakan
bahawa dia ditawarkan supaya menulis satu rencana dan satu buku biografi dengan bayaran
sebanyak RM40 ribu. Mereka berdua akan mula bekerja pada keesokan hari di Soft Lab
manakala Rosman tidak dapat datang kerana kerja di Senawang belum selesai.
Di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi berbincang dengan Khairul Anwar dan Aqram bahawa mereka
perlu memastikan Shida sentiasa di situ bersama dengan Farisha. Shida juga akan dijadikan
pengganti Farisha jika apa-apa terjadi kepada Farisha. Shida dianggap sesuai kerana mereka
sebaya dan tubuh badan hampir sama. Mereka memerlukan Alia untuk menjalankan tugas tetapi
mereka turut bimbang akan emosi Alia yang tidak menentu. Sebenarnya Alia ialah sebuah
cyborg yang canggih.
Bab5
Pada pagi itu, Alia sudah menunggu kedatangan Farisha di lobi pejabat. Setelah itu, Alia
membentangkan semua kemudahan yang ada di tempat kerja mereka kepada Farisha. Farisha
terkejut tentang penerangan Alia yang lancar sekali.
Ketika makan petang, Farisha dan Shida makan di kedai mamak. Mereka berasa agak aneh
terhadap Alia yang memiliki kulit yang terlalu sempurna sehingga tidak dapat bulu kening.
Mereka menyangka bahawa Alia pernah menjalani pembedahan plastik. Farisha turut
mengatakan bahawa Aqram mempunyai fizikal dan perlakuan yang lebih sempurna. Shida turut
berminat terhadap Aqram.
Pada sebelah petang, Aqram menyambung penerangan Alia pada pagi itu. Farisha turut
mendebat dengan Aqram tentang kelemahan sistem Dinara. Farisha mendapati bahawa sistem
pengkomputeran itu mempunyai kelemahan yang banyak. Aqram mengakui kelemahan itu dan
meminta Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya boleh ditingkatkan. Aqram
turut mengakui bahawa Dinara sudah dicerobohi dan penceroboh telah menyusupkan satu virus
bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh tertentu.
Pada sebelah malam, Rosman menyatakan bahawa dia tidak dapat menyertai kerja Farisha di
Soft Lab kerana syarikat di Senawang itu telah menambahkan tugas untuk Rosman. Sebaliknya
di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi sedang berbincang tenang tugas yang akan dilakukan pada
keesokan hari. Alia sungguh marah kerana tidak diberitahu tentang rancangan Dr.Maxi. Dr.
Maxi mengatakan bahawa Alia akan diberi arahan ketika berada di bilik Farisha padi esok.
Setelah Alia beredar dari situ, Dr. Maxi hendak menghapuskan sebahagian ingatan Alia kerana
Alia kecenderungan untuk bersaing dengan wanita lain. Alia cemburu dengan perhubungan
rapat antara Medina dengan Karl. Sebaliknya Alia dicipta oleh Karl. Mereka berancang untuk
meneruskan rancangan bermula pada pukul 9.00 pagi esok sebelum 10.30 pagi kerana Karl
akan menerima rawatan sekitar pukul 11.00.
Pada malam itu, Farisha tidak dapat tidur dengan baik kerana asyik bermimpi tentang serang
binatang buas sehingga dia terlewat bangun.
Bab 6
Farisha tiba sepuluh minit lewat ke ruang kerjanya. Sebaik-baik sahaja dia duduk
di kerusinya, tiba-tiba dia terasa pening. Ketika itu, Alia menerima arahan daripada Dr.
Maxi supaya mengurut kepala Farisha. Farisha turut tertidur. Dua jarum keluar daripada
kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha telah
berinteraksi dengan Karl. Ketika itu, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang
menyaksikan reaksi Farisha di bilik Dr. Maxi. Alia sungguh tidak puas hati kerana
Farisha dapat berinteraksi dengan Karl dan bukan dia yang menjalankan tugas itu.
Dalam mimpi itu, Karl mengatakan bahawa Farishalah sahaya yang dipercayainya
untuk menyelamatkan Dinara. Karl juga mengatakan bahawa sejak dahulu, dia sudah
mempersiapkan Farisha dengan kelengkapan untuk berhubungan dengannya. Alia
hilang kawalan dan terjerit pekik kerana Farisha dapat berbincang dengan Karl. Aqram
terpaksa mematikan suis di belakang tengkuk Alia dan Alia turut tegak dan kaku.
Apabila Farisha terjaga semula, dia ternampak Aqram di depannya. Farisha tidak
teringat apa yang telah berlaku sebelum itu. Aqram memberikan multivitamin kepada
Farisha supaya lebih segar. Seterusnya mereka berdua menyambung penerangan
semalam. Farisha berpendapat bahawa dia seolah-olah pernah menggunakan sistem
Dinara.
Apabila tengah hari, Farisha makan petang bersama dengan Shida di kantin Soft Lab.
Farisha berasa hairan tentang mimpi ngeri yang dialaminya. Shida pula menyatakan
bahawa dia sedang mengkaji Karl , saintis terkenal di situ melalui arkib syarikat itu.
Shida juga mengatakan bahawa sistem Dinara merupakan hasil Karl dengan seorang
wanita yang bernama Medina dan Medina telah menghilangkan diri setelah sistem
Dinara disiapkan. Bagaimanapun Shida tidak dapat mencari maklumat yang selanjutnya
tentang Medina di dalam arkib syarikat.
Bab7
Pada malam itu, Shida dijemput ke pejabat Secured Shell Sdn. Bhd untuk
membincangkan kontrak projek Soft Lab kerana Shida memiliki latar belakang undang-
undang. Farisha meneliti setiap halaman dalam kontrak itu. Semasa mereka bertiga
sedang berbincang, tiba-tiba Farisha mengerang kerana kepalanya berdenyut-denyut.
Farisha terlihat cahaya seperti kilat yang memancar seperti yang dialaminya di Hotel
Renaissance. Mereka terpaksa berhenti dalam perbincangan itu. Semasa mereka keluar
dari pejabat, Uncle Seng, tauke kedai runcit di blok itu menegur mereka dan mengatakan
bahawa dia ternampak dua orang pemuda lari keluar dari arah pejabat mereka dengan
membawa beberapa beg besi, piring TV satelit dan sebagainya. Mereka berasa curiga
atas kejadian itu.
Dua hari kemudian, Farisha berkunjung ke rumah Azraai. Dia disambut oleh dua orang
anak saudaranya yang comel, iaitu Dina dan Aina. Farisha sangat sayang akan dua orang
anak saudaranya. Farisha diberitahu oleh abang dua perkara yang di luar sangkaannya.
Perkara pertama ialah Azraai telah dikesan oleh doktor bahawa dia telah menghidap
penyakit jantung. Farisha menangis dan meminta Azraai tidak lagi menyembunyikan
masalah kepada Azraai kerana tidak mahu kehilangan abang yang amat disayangi.
Perkara kedua ialah Azraai menyerahkan satu fail daripada arwah ayah mereka kepada
Farisha dan memberitahunya bahawa Farisha ialah anak angkat kepada ayah dan ibunya.
Azraai berat hati untuk memberitahu perkara itu kepada adik angkatnya sejak 26 tahun
yang lalu tetapi dia perlu melaksanakan amanah yang diberikan oleh arwah ayahnya.
Farisha sangat sedih dan menangis sehingga matanya bengkak. Sesungguhnya kakak
iparnya, Mariah turut mengetahui perkara itu. Apabila sampai di rumah, Farisha tidak
membuka fail plastik itu dan terus mencampakkan fail itu ke dalam almari bajunya
kerana belum bersedia untuk menerima perkara itu.
Bab8
Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton skrin besar untuk sesi
selanjutnya antara Karl dengan Farisha pagi itu. Tiba-tiba Farisha jatuh pengsan. Aqram
terus berlari ke arah Farisha. Dr. Maxi menelefon doktor yang merawat Karl untuk
menyatakan bahawa sesi pagi itu terpaksa dihentikan. Setelah diperiksa oleh pegawai
perubatan, mereka mengambil keputusan untuk menghantar Farisha ke hospital . Dr.
Maxi telah mengarahkan Aqram dan Khairul Anwar supaya mereka menjalankan
rancangan yang kedua, iaitu Shida akan mengganti Farisha dalam tugas itu.
Aqram dan Khairul Anwar menjumpai Shida dan memberitahunya bahawa Farisha telah
jatuh pengsan dan telah dihantar ke hospital. Mereka turut bertanya kepada Shida
tentang keadaan Farisha semalam. Shida mengatakan bahawa Farisha kelihatan kurang
ceria sejak pulang dari rumah abangnya. Farisha menerima pesanan ringkas daripada
Farisha bahwa dia berada di Hospital Putrajaya kerana tekanan darah terlalu tinggi dan
doktor akan membuat CT-scan kerana ada benjol di belakang kepalanya. Shida diminta
ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi hendak mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama
ada Farisha telah mengandung. Shida menafikan pertanyaan Dr. Maxi kerana Farisha
tidak memiliki teman lelaki. Selepas itu Shida menelefon Rosamn tentang keadaan
Farisha.
Bab9
Di bilik pejabat Dr. Maxi, mereka berpendapat bahawa setelah tiga sesi dilakukan
untuk berkomunikasi dengan Karl, badan Farisha sudah lemah dan tidak mampu
menanggung semua kerja itu. Mereka akan menggantikan Farisha dengan Shida.
Mereka perlu membuat persiapan untuk sesi pagi esok walaupun amanah Karl ialah
Farisha sahaja yang dapat menyiapkan tugas tersebut.
Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan pakaian Farisha untuk dibawa ke
hospital. Dia ternampak fail plastik yang disimpan di dalam almari. Shida membuka fail
itu dan membaca dokumen yang ada di dalam fail itu. Dia terkejut kerana Farisha ialah
anak angkat yang diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha
melaksanakan semua tugas di Soft Lab. Menurut Farisha , dia pengsan kerana tekanan
darah terlalu tinggi, masalah keluarga dan kurang tidur. Shida ingin mengetahui
keputusan daripada CT-scan. Farisha mengatakan bahawa abangnya telah menjumpai
doktor dan keadaannya tidak membimbangkan. Tidak lama kemudian,Rosman dan
Shida meninggalkan wad itu kerana Farisha perlu banyak berehat.
Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal wad itu, Farid dan Amin masuk
ke wad Farisha. Mereka mengeluarkan piring TV Satelit lalu membaca minda Farisha.
Ternyata WALL Farisha pada malam itu tidak fungsi. Dengan mudah, mereka dapat
merakamkan ingatan Farisha lalu keluar dari situ. Selepas itu, Aqram melawat Farisha.
Farisha masih tidur lena. Ternyata Farisha masih lemah dan tidak dapat meneruskan
tugas tersebut. Sebenarnya sebelum itu, Aqram telah bertemu dengan Azraai. Azraai
memberitahu Aqram bahawa semua mikrocip masih terletak di tempatnya. Walaupun
doktor telah mengesan mikrocip itu melalui CT-Scan tetapi Azraai menerangkan
bahawa mikrocip itu digunakan untuk tujuan uji kaji. Dia berbuat demikian atas amanah
arwah ibu bapanya, iaitu semua mikrocip mesti kekal di dalam tubuh Farisha dan
berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Bab10
Pada pagi itu, Shida asyik mencari maklumat Medina tetapi maklumat bagi
Medina amat sedikit. Nama Medina banyak dipadamkan daripada kebanyakan laporan.
Alia datang ke belakang Shida dan meminta Shida pergi ke bilik pejabat Dr. Maxi .
Dalam perjalanan, Shida asyik bertanya ke Alia sama ada berada di sisi Farisha ketika
Farisha jatuh pengsan. Alia enggan menjawab. Sebelum Shida bertanya apa-apa kepada
Dr. Maxi, Alia menekupkan kedua-dua belah tapak tangan ke wajah Shida. Shida segera
tidak ingat apa-apa. Dalam pembedahan, mikrocip telah dimasukkan ke dalam tubuh
Shida.
Pada pukul 2.00 petang, Shida dibangunkan oleh Aqram. Menurut Aqram, Shida telah
tertidur. Pada petang pukul 2.30, Shida dibawa ke bilik kerja Farisha. Shida diminta
duduk di kerusi Farisha. Dr. Maxi meminta Shida berhubungan dengan seorang lelaki
dan mengikut arahan yang dipinta. Shida mengangguk. Alia mengurut bahu Shida.
Shida terlena. Dua jarum mudah lentur sudah menusuk ke tengkuknya.
Setelah kembali ke bilik Dr. Maxi, mereka berempat menyaksikan keadaan Shida.
Nafasnya semakin laju dan dadanya berombak. Khairul Anwar bercadang supaya
menghentikan sesi itu tetapi Dr. Maxi tidak bersetuju. Bagaimanapun keadaan Shida
semakin serius, Dr. Maxi terpaksa menghentikan sesi itu. Dr. Maxi tidak mahu
memadam ingatan Shida dan hendak mendengar apa yang dialami oleh Shida.
Sebaliknya di hospital, Farisha terdengar suara tentang suara perempuan yang
mengatakan dirinya sebagai mummy. Setelah lima tahun berkhidmat dengan wanita tua
yang separuh gila itu, Farid tidak pernah lihat wanita itu bergembira begitu. Wanita
begitu gembira kerana berjaya menghubungi anaknya, Farisha. Wanita itu bukan sahaja
hendak mencari anaknya tetapi lebih penting untuk membuktikan yang benar dan yang
lebih hebat.
Keesokan pagi, Shida masih berada di bilik kerja Farisha. Sepanjang malam dia
memencilkan diri di satu penjuru tanpa mempedulikan orang lain. Alia diminta untuk
memujuk Shida tetapi tidak berkesan. Mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh Karl
terhadap Shida.
Bab11
Farisha bertanya kepada Azraai tenang nama ibu kandungnya. Azraai
mengatakan bahawa namanya Marilyn, seorang wanita Portugal tetapi tidak tahu siapa
bapa kandungnya. Azraai berasa syukur kerana mendapat adik seperti Farisha. Tiba-tiba
Farisha menyatakan bahawa semalam ibu kandungnya datang dan bercakap dengannya.
Azraai terkejut segera meminta Farisha mengemas barang dan hendak mengeluarkan
Farisha dari hospital. Azraai memandu kereta dan hendak melarikan Farisha keluar dari
Kuala Lumpur. Setelah menghubungi rakannya, Azraai hendak menuju ke arah Air
Keroh, Melaka. Farisha hendak mengetahui apa hal yang berlaku. Azraai memberitahu
Farisha bahawa ibunya hendak membunuhnya. Dia pernah cuba membunuh Farisha
ketika bayi kerana taksunb dengan sains dan hendak mengorbankan Farisha demi sains.
Farisha tidak dapat menerima kata-kata Azraai. Farisha berasa bingung kerana abang
dapat mengetahui misi mereka. Azraai mengatakan bahawa dia baru mengetahui misi
tersebut. Azraai mengatakan bahawa dia hanya dapat mengetahui perkara itu dua
minggu yang lalu. Azraai juga menerangkan bahawa 26 tahun yang lalu, dua orang
lelaki datang ke rumah mereka dengan membawa Farisha bersama.
Sebaliknya di bilik kerja Farisha, Shida terpaksa diikat kerana dia meronta-ronta dan
berguling-guling di lantai. Kekuatannya seperti lelaki. Alia diminta mengurut bahu
Shida dan Shida kembali tenang. Dr. Maxi cuba bercakap dengan Shida. Shida
mengakui dirinya sebagai Karl. Mereka terkejut. Karl hendak mengetahui ke mana pergi
Farisha. Karl tidak paus hati kerana mereka menggantikan Farisha dengan Shida. Dr.
Maxi mengatakan bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana keadaan Karl yang
tidak dibenarkan. Shida terus menengking Dr. Maxi bahawa dia hanya hendak Farisha
sahaja untuk menjalankan projek itu kerana Farisha cukup lengkap. Shida menegaskan
bahawa dia memerlukan Farisha untuk menghapuskan virus yang disusupi masuk ke
dalam Dinara dan mereka kesuntukan masa. Melalui mulut Shida, Karl mengatakan
bahawa jika virus itu diaktifkan, virus itu akan menular kepada ribuan manusia. Dr.
Maxi segera memberikan arahan supaya Aqram membawa Farisha ke Soft Lab segera.
Sebaliknya Aqram menerima berita bahawa Farisha telah meninggalkan Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan, Azraai terpaksa menghentikan keretanya di hentian Pagoh kerana
kepala Farisha pening dan sepeti terpadat cahaya kilat memancar matanya. Farisha terus
jatuh pengsan lagi. Semasa Azraai mencari ubat untuk Farisha, dua orang lelaki berkaca
mata hitam sedang berdiri di luar kereta mereka. Dengan pistol, dua orang lelaki telah
membawa Farisha dan Azraai diberi amarah supaya tidak membuat laporan kepada
pihak polis.
Alia mengejutkan Shida. Shida menjerit-jerit bagai dirasuk. Shida menangis dan
mengatakan bahawa dia duduk di dalam penjara. Ramai banduan belasahnya. Shida
terus mengatakan bahawa dia telah membunuh seorang budak lelaki di dalam dewan
pembedahan. Selain itu, dia juga memukul seorang wanita sampai cacat dan hampir
mati lalu memberi dia kehidupan baharu kemudian. Khairul Anwar meluru kepada
Shida dan bertanya siapanya yang sebenarnya. Shida mengatakan bahawa Khairul
Anwar sebenarnya bernama Muhammad Irfan yang merupakan pengemis. Dia telah
diberi ingatan baharu dan menjadi Khairul Anwar. Khairul Anwar sangat marah dan
hendak memukul Shida. Dr. Maxi cuba mengawal emosi Khairul Anwar yang tidak
tenteram.
Bab12
Dengan cemas, Azraai menghubungi Rosman bahawa Farisha telah diculik orang.
Dia meminta Rosman supaya mengesan lokasi telefon bimbit Farisha. Rosman dapat
mengesan Farisha telah dibawa ke arah lebuh raya ke utara. Azraai segera keluar dari
hentian Pagor dan menuju ke arah lebuh raya.
Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah berjaya menangkap Farisha.
Farisha masih tidak sedar diri di dalam kereta. Di makmal, Marilyn melelapkan mata
dan berinteraksi dengan Farisha. Dalam interaksi minda itu, Farisha menolak Marilyn
sebagai ibunya .
Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa dia bernama Rusmina dan
merupakan isterinya. Rupa-rupanya Rusmina pernah derhaka kepada Karl sehingga
dipukul sampai cacat. Selepas Karl mengubah fizikal dan ingatan serta nama Alia.
Fikaran Shida bercelaru kerana krisis identitinya. Dr. Maxi dan Aqram telah mendapati
bahawa Karl telah memindahkan pengalamannya yang pahit selamat 20 tahun ke dalam
minda Shida. Khairul Anwar bertanya sama ada ujii kaji sedemikian pernah dilakukan.
Menurut Dr. Maxi, uji kaji yang pernah dijalankan terhadap Medina itu gagal.
Di lebuh raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman telah menunjukkan kereta
yang membawa Farisha tidak ke Seremban. Melalui telefon, Azraai menyangka bahawa
Farisha telah dibawa ke Soft Lab.
Di dalam kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia telah ditangkap oleh dua
orang lelaki. Tangan dan kakinya telah diikat.
Di Soft Lab, Alia terus bertanya kepada Shida tentang hubungan Karl dengan Medina.
Shida (Karl) terus mengakui bahwa dia berjaya atas bantuan Medina. Medina sungguh
bijak dan sentiasa hendak membuktikan dia lebih hebat daripada Karl. Shida terus
berkata bahawa dia gagal cinta akan Medina dan Medina mengaburi matanya dengan
kecantikan dan kebijaksanaannya. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar baru
mengetahui perkara yang tersembunyi selama ini. Atas dasar kemanusiaan, Dr. Maxi
mengambil keputusan untuk memadamkan ingatan Karl terhadap Shida. Pada mula Alia
enggan menjalankan prosedur itu kerana ingin mengetahui peristiwa Karl dengan lebih
lanjut lagi. Alia pun diberi masa 10 minit untuk berinteraksi dengan Shida tanpa diawasi
oleh mereka.
Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta Farid. Dia gembira berjumpa dengan
Farisha. Dia mengucup pipi Farisha . Farisha bertanya kepadanya tentang sebab Marilyn
hendak membunuhnya dahulu. Marilyn sedia memberikan keterangan kepada Farisha
untuk mendapat kepercayaan anak gadisnya.
Bab13
Aqram menghubungi Dr. Haris supaya mengadakan sesi terakhir. Menurut Dr.
Haris, otak Karl telah semakin lemah. Alia diminta menjalankan tugas. Alia meletakkan
kedua-dua tangannya di pelipis Shida dan Shida mula lena. Dua batang jarum mudah
lentur sudah memasuki tengkuk Shida. Berbagai-bagai maklumat daripada otak Karl
sudah mula berpindah kepada Shida. Tiba-tiba kedengaran suara Shida. Shida
mengatakan bahawa dia berterima kasih kepada Alia yang setia. Dr. Maxi bertanya
kepada Karl sama ada boleh menggunakan Shida untuk menyelamatkan Dinara. Suara
Karl mengatakan bahawa dia akan cuba menyelamatkan Dinara ketika itu tetapi dia
masih perlukan “Farisha di situ sebelum masanya tamat. Setelah tangan dilepaskan,
Shida mua menghidupkan komputer tablet di meja. Karl mengatakan bahawa Farisha
telah memberikannya ilham untuk mencari punca virus itu dan cara untuk
menyahaktifkan sistem Dinara. Dia juga mengetahui bahawa semua angkara Medina
adalah hendak menghancurkan mereka. Marilyn masuk ke tempat itu secara tiba-tiba.
Madina mengejek Karl hidup dalam badan perempuan. Karl memarahi Medina yang
menangkap Farisha. Sebalik Farisha terkejut suara Shida yang berubah dan nama ibunya
ialah Medina.
Medina mula bercerita bahawa 30 tahun dulu, dia datang bekerja kepada Karl dan telah
menjadikan dia sebagai Medina dan mengambil kesempatan dengan sesuka hati. Karl
mengatakan bahawa segala-gala atas kerelaan Medina sendiri. Medina mengatakan
bahawa ternyata dia lebih hebat daripada Karl sehingga cemburu terhadapnya. Karl
menjelaskan bahawa dia terpaksa melarikan Farisha daripada Medina kerana Medina
sudah gila dan hendak membunuh anak sendiri. Medina menafikan dakwaan itu dan
mengatakan bahawa bapanya Karl juga gila dan sanggup menanam berbagai-bagai
implan dalam tubuh Farisha serta memberikan berjenis-jenis ubat untuk menjadikan dia
sebagai kanak-kanak genius. Dia rela Farisha mati daripada diseksa begitu.
Rupa-rupanya Farisha ialah anak kepada Karl dan Medina. Dr. Maxilah yang membawa
Farisha kepada keluarga angkatnya demi keselamatannya. Dia dibawa ke Soft Lab
kerana atas permintaan Karl. Kepintaran Farisha sangat diperlukan untuk
menyelamatkan Dinara. Karl sendiri tidak mampu lakukannya. Dinara dibangunkan
oleh Karl dan Medina. Dengan sombong, Medina mengatakan bahawa Dr. Maxi
sepatutnya mencarinya untuk menyelamatkan Dinara kerana dialah yang paling hebat.
Tiba-tiba Shida menjerit dan mengatakan bahawa Medina gila dan sabotaj projek
mereka.
Pada masa itu, Dr. Haris menelefon Dr. Maxi bahawa Sesi itu mesti dihentikan segera
kerana Karl sudah nazak. Khairul Anwar selesai melancarkan dua program seperti yang
dicadangkan oleh Dr. Maxi. Medina berpuas hati atas kejadian itu. Dr. Maxi
memberitahu Medina bahawa Karl sedang dalam keadaan nazak. Mereka terkejut.
Medina tidak tahu Karl menghidap penyakit.
Mereka semua menuju ke arah rumah Karl di Puchong. Farisha dan Aqram turut
menaiki kereta Azraai. Aqram mula bercerita tentang virus dalam sistem Dinar. Medina
berdendam terhadap Karl atas sikap angkuh Karl, iaitu Median berusaha membantu Karl
dalam penyelidikan tetapi Karl telah mensabotaj Medina dengan memindahkan
pingatan seorang bekas banduan ke dalam minda Medina sehingga Medina menjadi
separuh gila. Oleh itu Medina hampir membunuh anaknya sendiri.
Aqram juga menceritakan bahawa dia sebenarnya berumur 60 tahun dan merupakan
adik Karl yang terencat akal. Karl telah membina semula luarannya malah memberikan
ingatan dan fikiran baharu kepadanya. Menurut Aqram, Alia merupakan hasil
percubaan Karl yang pertama tetapi kurang sempurna, iaitu tidak mengubah emosinya
yang kuat cemburu. Aqram mengakui bahawa dia, Alia, Khiarul Anwar dan beberapa
ratus orang pekerja di Soft Lab ialah cyborg.
Aqram menjelaskan bahawa Farisha adalah manusia biasa yang lahir daripada benih
kasih sayang Karl dengan Medina.
Bab14
Apabila sampai di rumah Karl , mereka hanya dibenarkan masuk ke bilik rawatan
Karl seorang demi seorang. Medina dan Alia turut masuk ke bilik rawatan itu dan
perasaan sedih ketika keluar. Farisha hanya memberikan salam kepada ayah yang baru
dikenalinya. Setitik air jernih mengalir di pipi lelaki yang sedang nazak itu. Pada pukul
7.00 Dr. Haris mengumumkan Karl sudah meninggal dunia.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka. Pada
hari Ahad, berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk
upacara itu. Medina menggenggam tangan Farisha sepanjang upacara. Medina turut
menyesal kerana lari daripadanya. Farisha memuji ibunya dan bapanya sama hebat.
Farisha mendapati bahawa Shida hanya diam sahaja sejak semalam dan kelihatan agak
aneh. Tiba-tiba Shida mengatakan bahawa mati itu satu pemulaan baharu. Farisha
bimbang akan Shida. Tiba-tiba Shida menyuruh Farisha tidak perlu bimbang akan Shida
dan mereka berdua masih ada banyak kerja di Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Aqram memegang tangan Shida dan bertanya sama ada dia ialah Karl. Shida
mengatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, adiknya seorang di dunia
ini. Aqram terdiam. Farisha sudah berlari mencari Medina.
ANALISIS NOVEL
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis seorang yang sangat mahir
tentang teknologi dan mampu untuk menceritakan secara terperinci setiap teknologi yayng
digunakan oleh watak watak tersebut. Seterusnya, novel ini sangat menarik kerana jalan cerita
yang mendebarkan dan jugak plot yang yang begitu tersusun membuatkan pembacanya itu
memahami setiap bab dan cerita yang ingin disampaikan. Selain itu, penggunaan bahasa yang
pembaca tidak tahu menimbulkan perasaan ingin tahu yang agak menarik dan sangat
bermanfaat ilmunya itu. Disamping itu, penggunaan kosa kata dan ayat yang gramatis
membuatkan jalan cerita itu makin menarik . Akhir sekali, penulis menuliskan nilai nilai murni
yang boleh dipelajari dan diamalkan oleh pembacanya seperti nilai kasih sayang dan nilai
kebijaksanaan.
KELEMAHAN NOVEL
Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah penggunaan bahasa teknologi yang
agak baharu bagi sesetengah pembaca dan kebanyakkannya datang daripada bahasa inggeris.
Seterusnya, banyak kesalahan ejaan yang agak mengelirukan pembaca terutamanya pada
kesalahan ejaan bahasa teknologi yang agak kurang didengari selalu dan ianya mengelirukan
pembaca. Selain itu, penulis menerapkan sifat yang tidak baik dan tidak patut dicontohi ada
watak utama iaitu sifat tamak dan iri hati terhadap orang lain. Sifat ini tidak patut dicontohi
oleh pembaca dan perlu mengambilnya sebagai pengajaran. Disamping itu, penulis menutup
jalan cerita dengan penutup yang mengecewakan dan watak utama itu meninggal. Akhir sekali,
penulis menunjukkan sifat negatif tentang keobsesan seseorang itu terhadap teknologi yang
boleh membunuh jiwa seseorang yang tamak itu dan sifat ini pihak pembaca perlu jauhi dan
mengambilnya sebagai pengajaran pada masa yang akan datang.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah penulis perlu menggunakan
bahasa yang lebih mudah difahami untuk pembacanya. Seterusnya, penulis mestilah
mengulangkaji semula penulisan yang ditulis olehnya supaya tiada masalah ataupun kesalahan
ejaan yang berlaku. Selain itu, menambahbaikan lagi kulit hadapan buku cerita ini bagi menarik
perhatian pembaca dan pembeli. Disamping itu, penulis perlulah menunjukkan jalan cerita yang
terbaik dan jalan penyelesaian kepada watak utama dan tidak menulis cerita denagn
memeninggalkan watak utama tersebut. Akhir sekali, penulis mestilah menceritakan
penyesalan watak utama terhadap watak watak lain yang terkesan akibat perbuatan watak utama
tersebut terhadap watak lain.
NOVEL JENDELA
MENGHADAP
JALAN KARYA
RUDAINI
MATDARIN
CERITA SECARA RINGKAS TENTANG
NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUDAINI MATDARIN
Novel Jendela Menghadap Jalan ialah kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan.Sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah
menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah.
Sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat
yang kental.
Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk tidak
mematahkan semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut menguatkan keinginannya untuk
mengikuti perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali gus cuba membantu mereka.
BIOGRAFI SETIAP PENULIS
Ruhaini Matdarin
Ruhaini Matdarin merupakan anak sulung daripada tiga anak dalam keluarga. Beliau
berbangsa Kadazan mengikut kewarganegaraan. Pada tahun 2003, beliau lulus dari Fakulti
Pengurusan Kewangan Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Beliau pernah bekerja
sebagai juruaudit di beberapa syarikat. Sejak 2016, beliau menjadi pekerja bebas untuk
mempunyai masa lapang untuk menulis dan menjalankan perniagaannya. Beliau juga
merupakan seorang ahli Kesatuan Penulis Malaysia seumur hidup.
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG
NOVEL
JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN
SINOPSIS KESELURUHAN
JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUDAINI MATDARIN
Novel ini dimulakan dengan kisah Lili yang berat hati untuk pulang bercuti ke
kampung datuk dan nenek kerana mahu memanfaatkan cuti sekolah terakhirnya bersama
rakan-rakan. tetapi demi menjaga hati ibunya, Lili akur dan pulang ke kampung. Dalam
perjalanan pulang ke kampung, Lili bertemu dengan Geetha dan Danel di dalam bas. Tanpa
sedar, mereka berkongsi kisah-kisah kehidupan penduduk kampung kepada Lili. Datuk Lili
enggan menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela kampungnya. Lili
mula tertarik dengan suasana kampung yang bertentangan dengan gaya hidup di bandar.
Datuk Lili merupakan pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan pertemuan Lili
dengan Danel dan Geetha. Ibu Geetha dan Bapa Danel telah lama menggunakan khidmat
datuk Lili. Sejak hari pertama tiba di kampung, Lili disambut dengan isu memasang kubah
surau dan pembinaan masjid dalam kalangan penduduk kampung. Lili juga mendengar
tentang isu anak-anak Che Jah yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah serta gemar
mencuri. Lili memikirkan tentang masalah yang dihadapi Kampung Sentosa dan
menyuarakannya kepada nenek tetapi neneknya selalau meminta agar jangan masuk campur
hal-hal orang dewasa. Semasa pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq
yang merupakan anak Che Jah. Lili telah berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah
sebaliknya bersimpati dengan keluarga Che Jah dan sikap keterbukaan Lili berjaya
mengubah pendirian datuk dan neneknya untuk mula mengambil berat denagn keadaan
sekeliling. Cuti ini bermakna kepada Lili kerana pandangannya diterima oleh datuk dan
orang-orang kampung yang lebih dewasa untuk membantu keluarga Che Jah mendapatkan
pengadilan dari segi undang-undang dan isu pemasangan kubah surau. Lili, Geetha dan
Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati suasana matahari
terbit. Lili enggan pulang ke rumahnya kerana gembira dengan pengalaman yang dihadapi.
Begitu juga dengan neneknya yang mulai bercerita tentang jendela menghadap jalan.
Setelah berpisah, Danel menulis surat kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan
rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya
SINOPSIS NOVEL
JENDELA
MENGHADAP
JALAN KARYA
RUDAINI
MATDARIN
( MENGIKUT BAB )