Bab 1
Lili Yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti
di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan
Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi
menjaga hati ibunya.
Bab 2
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh.
Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam
perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui
Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah
yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang
diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
Bab 3
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa.
Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili
disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda
itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang
menunggu Abang Rashid untuk pulang.
Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah
bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan
bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan
kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula
datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan
penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi
amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah
pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi
nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan
pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Bab 6.
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin
yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat.
Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India,
Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang
dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan
lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka
selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan
dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili
tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut
Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya
yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun
ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati
Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang
begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas
kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya
bukanlah sebangsa dengannya.
Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu
menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk
mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca
daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di
gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan
pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa
segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan
yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk
memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi
penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional disamping
memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu
yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau.
Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat
atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina
kubah surau berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah.
Disamping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden
berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari
segisains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk,
walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional
baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan
tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin
mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati
datuk agar tidak terguris.
Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih
ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk
tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang
diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan
William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu
semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk
William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah
mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah
menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung,
yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau
sebaliknya.
Bab 11
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik
sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk
membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung,
tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini
sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek
membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan
terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu
yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus
memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili
terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa
terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama
ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-
penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin
merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama
membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh
dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung.
Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada
alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak
seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina.
Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu
tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta
menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-
mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah
kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak
ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.
Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala
Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh
daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk.
Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya
berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada
sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon
kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi
memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang
Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang
zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya
kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha
setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke
perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor,
tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang.
Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat
matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat
India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil
kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran
tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang
Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam.
Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat
dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan
herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa
buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan
Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha
dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel
yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu
pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya
bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum
Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk
membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan
adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin
kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik
sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang
diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan
datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-
buahan terutamanya pisang.
Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara
panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-
besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu
dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil
pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah.
Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi,
malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh
menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan
seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini
dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang
ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili
menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek.
Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di
dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
Bab 19.
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua
biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit
darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan
masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa
pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran.
Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili
merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas
seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja
Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang
budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali
itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas,
Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili.
Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak
lelaki Che Jah.
Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-
penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan
dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga
orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili
dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang
kejadian yang menimpa Lili.
Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari
masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan
khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-
penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap
berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq.
Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif
dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk
mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq
adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan
mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah
Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.
Bab 22.
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah
mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan
kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja
sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam
rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya.
Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang
pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru.
Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya
tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh
anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji
kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah
mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek
juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang
boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum
selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che
Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-
anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya
akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala
tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.
Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah
di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita
dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau
telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang
Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan,
begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah
masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah
surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini
lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu
berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang
dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita
kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di
mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api
tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk
perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang
tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang
belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili,
jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili
memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah
masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap
ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan
lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak
membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga
mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung
terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu
memperjuangkannya.
Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang
Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah.
Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah
Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang
berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman
sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba
seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya
berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang
Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan
ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah
telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak
melulu.
Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih
dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-
anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit
gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan
menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan
Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup
bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak
Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga
Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan
kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini
untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah
untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.
Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang
dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga
1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan
kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenektiada
di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan
pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-
penduduk kampung.
Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan
pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu
pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya
menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che
Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha,
tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan
masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang
bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi
pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain
membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga
Che Jah. Lili tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami
Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che
Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita
mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal
dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak
membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke
halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta
semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu
dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan
mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup
Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang
menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan
masalah keluarga Che Jah.
Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di
balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan
kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya
Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar
supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah
membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan
Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami
Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun.
Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk
mendapatkan rawatan.
Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan
yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula
dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik
cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah,
menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan
urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan
kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk
kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya
tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq
disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya
banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik
ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid
diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke
kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis
perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang
tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak
zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah
jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah
zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di
Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan
meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan
dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung
Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala
Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.
ANALISIS NOVEL
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis menceritakan banyak
hal hal yang bermanfaat kepada semua orang seperti menyatakan khasiat makananan dan
cara penjagaan kesihatan diri yang berkesan. Selain itu, cerita ini juga mengisahkan
tentang datuknya yang bijak dalam ilmu perubatan yang menggunakan kaedah tradisional
dan hanya menggunkan bahan semula jadi. Ini membuatkan novel itu menjadi lebih
menarik serta bermnfaat buat semua pembaca. Seterusnya, penulis ini menggunakan
teknik plot yang betul dan membuatkan jalan cerita itu menjadi lebih menarik dan saspens
untuk sesuatu bab. Disamping itu, terdapat banyak pengajran yang diceritakan di dalam
novel ini dan boleh diterapkan ke dalam diri pembaca seperti sifat watak watak utama
yang baik hati,berani dan bijaksana. Ianya boleh dijadikan sebagai pengajaran dan teladan
kepada kita. Akhir sekali, novel ini mempunyai bab yang terakhir yang merupakan bab
yang menulis segala galanya termasuk cerita asal usul watak watak tersebut dan juga
cerita tentang kasih sayang watak utama itu. Bab terakhir itu merupakan bab yang
menjawab persoalan persoalan yang tergantung pada bab bab sebelum itu.
KELEMAHAN NOVEL
Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis yang tidak mahu
menerangkan dari awal maksud tersirat tetang jendela menghadap jalan membuat banyak
pembaca berasa kecewa kerana setiap kali penulis mahu menceritakan tentang hal
itu,pastinya ianya akan tergantung kerana akan ada plot lain yang akan masuk campur
ataupun sudah habis bab tersebut. Seterusnya, kesalahan ejaan yang terdapat di dalam
novel ini juga amat mengganggu ketenteraman pembaca dan boleh mengakibatkan
pembaca salah faham akan maksud isi tersebut. Seharusnya pihak penulis itu mestilah
memperbetulkan dahulu kesalahan yang terdapat di dalam novel agar tidak mengelirukan
pembacanya. Selain itu, sesuatu gambaran yang tidak masuk akal seperti mencuri kubah
seorang diri dan ceritanya tergantung disitu membuatkan pembaca tertanya tanya
bagaimanakah seseorang itu mencuri kubah surau yang cukup besar itu secara
berseorangan diri dan ianya agak tidak masuk akal seseorang pembaca. Di samping itu,
menggunakan ilustrasti pada kulit buku yang menggambarkan buku itu mengisahkan
tentang fiksyen yang bertemakan seram namun sebaliknya ianya tentang pergaduhan
orang kampung yang mahu membina surau ataupun memasang kubah.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh penulis ialah penulis
membuat jalan cerita yang tidak merungsingkan pembaca dengan tersusun dan
menggunakan ayat gramatis. Selain itu, pihak penulis juga boleh menambah sedikit
ilustrasi yang berkenaan dengan cerita yang dituis oleh penulis supaya tidak
mengelirukan pembaca yang mahu membaca genre lain tetapi tersalah akibat kulit
hadapan yang mengelirukan. Seterusnya, membuat pengakhiran cerita yang menarik dan
tidak membosankan pembacanya. Disamping itu, penulis boleh menceritakan tentang ahli
keluarga watak utam dengan lebih mendalam supaya pembaca dapat menghayati cerita
watak tersebut. Akhir sekali, novel ini boleh diperkembangkan lagi kerana nilai nilai yang
terdapat di dalam novel ini amat bagus dan orang dapat mencontohi watak watak yang
membawa nilai yang baik itu.
NOVEL PANTAI
KASIH KARYA
AZMAH NORDIN
CERITA SECARA RINGKAS TENTANG
NOVEL
PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
Novel Pantai Kasih ialah ketabahan seorang wanita dalam menghadapi rintangan dan
cabaran hidupnya untuk melupakan peristiwa hitam yang sering menghantui
fikirannya.Anak perempuan tunggal Raiha itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom
lebih iaitu 'down sinDoktorom. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan,
suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan
anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak
tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu,
namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya
itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya
daripada dia.
Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah
yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada
di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu
sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap
menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.
BIOGRAFI SETIAP PENULIS
Azmah Nordin
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan
pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan
rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak
ke Sabah dan menetap di sana.Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal
1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera
bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG
NOVEL
PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
SINOPSIS KESELURUHAN
1) PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan
dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung
wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata
kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat
hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam
bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan
dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada
sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi
komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda
tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang
mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.
SINOPSIS NOVEL
PANTAI KASIH
KARYA AZMAH
NORDIN
(MENGIKUT BAB)
BAB 1
Doktor Raiha baru sahaja selesai menjalankan pembedahan sendi tulang pinggul
terhadap pesakit yang bernama Unong Siron. Pembedahan kali keenam itu sepatutnya
dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi diserahkan kepadanya kerana pakar itu mempunyai
urusan lain.Kelima-lima pembedahan sebelum itu telah dijalankan oleh Doktor Uwang .
Ketika bersendirian di pejabatnya, Doktor Raiha teringat akan Doktor Uwang yang telah
dikenalinya semasa belajar di universiti dahulu. Doktor Raiha menaruh hati kepada Doktor
Uwang tetapi Doktor Uwang telah berkahwin lalu dia memilh Doktor Sadiz meskipun
pilihannya itu ditentang oleh ayahnya. Sepuluh tahun kemudian, dia menerima pelawaan
Doktor Uwang untuk bekerja bersama-sama di Pusat rawatan pantai Kasih (PRPK). Doktor
Raiha juga teringat akan bantahan ayahnya apabila dia menyatakan hasratnya untuk menjadi
pakar bedah. Ayahnya lebih suka Doktor Raiha menjadi suri rumah tangga. Baginya, kaum
wanita harus menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap rumah tangga,bukan bekerja
seperti ibu Raiha yang menjadi jururawat sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Doktor
raiha juga teringat akan kematian anaknya. Sementara itu, Sister Felici a Londosi terkenang
akan kematian seorang kanak-kanak perempuan dalam kebakaran. Hal itu menyebabkan dia
resah dan cemas lalu minum ubat batuk yang diambilnya di bahagian farmasi. Oleh sebab
kerap minum ubat batuk Sister Felicia ketagih akan ubat batuk, malahan ubat itu telah
diminumnya secara berlebihan Dia sebenarnya menyimpan perasaan marah dan dendam
kepada Doktor Raiha dan Doktor Uwang yang kerap memarahinya. Oleh sebab itu, dia
meminta jadual tugasannya ke sebelah malam supaya dia tidak bekerja bersama-sam dengan
Doktor Raiha pada sebelah pagi.
Bab 2
Doktor Uwang ternampak seorang kanak-kanak perempuan berdiri tegak, kemudian
berkeliaran di halaman banglonya. Pada awalnya, dia menyangka kanak-kanak itu pembantu
rumahnya yang baru tetapi dia maklum bahawa isterinya tidak mengambil pembantu rumah
tanpa persetujuannya. Malahn, isterinya itu juga akur akan kehendaknya yang hanya ingin
memperoleh seorang anak. Doktor uwang mentadbir PRPK sepenuhnya setelah
tanggungfjawab itu diserahkan oleh ayahnya, Datu Ontong. Semasa berada di bawah
pengurusan Datu Ontong , PRPK hanya mempunyai tiga orang doktor iaitu Datu
Ontong,Doktor Alex Ng dan Doktor uwang sendiri.Setelah Doktor Uwang menerajui PRPK,
dia telah menambahkan serta memperindah wad-wad dan bangunan. Selain itu , peralatan
canggih juga dibawa masuk. Hal itu dilakukan agar dia dapat mengenakan bayaran yang
mahal kepada para pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan disitu. Doktor Uwang
lebih mementingkan wang ringgit daripada tugas murni seorang doktor, iaitu memberikan
rawatan terbaik kepada pesakit. Di dalam bilik kerjanya, Doktor Raiha teringat akan
peristiwa seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor menceroboh pusat rawatan itu
beberapa minggu lalu. Pemuda itu tidak sempat ditangkap kerana telah melarikan diri.
Namun begitu, Sebelum pergi, pemuda itu mengugut akan datang ke PRPK semula
Ketika berjalan di bahagian hadapan pusat rawatan itu, Doktor Raiha seakan-akan
ternampak seorang wanita yang merupakan dirinya sendir bersama-sama seorang kanak-
kanak kurang upaya. Kanak-kanak itu terkoraban dalam kebakaran kereta mewah milik
Doktor Sadiz sebelum sempat Doktor Raiha mencapai tanganya. Selepas itu, dia terbayang
akan wajah bekas suaminya, Doktor Sadiz.
Bab 3
Felicia teringat akan kereta mewah Doktor Sadiz yang terbakar tapi segera berusaha
untuk focus terhadap pekerjaanya ketika itu. Dia merawat seorang pesakit bergelar Datin.
Datin tersebut menegur Felicia yang dilihatnya seperti sakit, namun dianfikan oleh Felicia
dengan mengatakan kulit wajahnya pucat disebabkan cuaca panas musim kemarau. Selepas
itu, dia keruang dapur hospital dan berbual-bual dengan Kartini Borhan, jururawat muda
tentang kebimbangan mereka sekiranya pemuda yang menyamar sebagai doktor itu akan
datang semula ke PRPK. Penyamran pemuda itu Berjaya dikesan keitka dia cuba
memberikan rawatan terhadap Unong Siron Ketika keluar dari mahkamah syariah setelah
mengikuti perbicaraan kes antara Raiha dengan Doktor Sadiz itu. Isteri Doktor Uwang
mengagak ada kerosakan pada kereta mewah tersebut yang tidak dikesan. Sebelum itu,
dalam perbicaraan, Doktor Sadiz memenangi kes itu tetapi Doktor Raiha tersebut menuduh
kereta mewah itu sengaja dibakar oleh Doktor Sadiz sehingga menyebabkan anak
perempuan meraka terkorban. Di dalam kereta BMW miliknya, Doktor Raiha teringat akan
layanan kasar Felicia terhadap beberapa orang pesakit daripada masyarakt kelas menengah
bawah. Angkara perbuatanya berkasar terhadap ibu Unong Siron, Doktor Raiha
mengarahkan Felicia ke pejabatnya. Namun begitu, Felicia yang dikenalinya sejak sekolah
rendah lagi itu segera keluar dari pejabat Doktor Raiha beberapa minit kemudian dengan
menutup pintu pejabat secara kasar. Doktor Felicia juga terkenang akan latar belakang
Felicia. Sebelum pulang ke rumahnya, Doktor Raiha juga teringat akan tuduhan Doktor
Sadiz bahawa dia melarikan barang kemas yang dibeli oleh Doktor Sadiz untuknya, Doktor
Raiha menafikan tuduhan itu, Doktor Sadiz tidak akan menceraikan Doktor Raiha sebagai
balasan kerana tergamak memalukannya di hadapan masyarakat elit. Pada masa yang,
Doktor Uwang juga teringat akan kereta Porsche kepunyaan Doktor Sadiz yang terbakar
dahulu.
Bab 4
Doktor raiha teringat akan perbualanyya dengan Doktor Sadiz. Sebenarnya Doktor
Sadiz tidak mahu Doktor Raiha melahirkan anak mereka. Melalui gambaran ultrasound,anak
mereka yang bakal lahir itu tidak normal. Oleh itu, Doktor Sadiz memaksa Doktor Raiha
menggugurkan kandungannya tetapi Doktor Raiha enggan. Akhirnya, Doktor Raiha
melahirkan seorang anak perempuan yang dinamai Ayu (Rohayu binti Sadiz) Doktor uwang
kian gembira apabila mengenangkan keuntungan yang diperolehnya di PRPK. Dia kini
memiliki saham pusat rawatan itu melebihi lima puluh peratus . Namun demikian, dia
tersentak apabila melihat gambaran wajah anak Rania di kaca televisyen Kekacauan jiwa
yang dialami oleh Felicia masih berterusan. Dalam khayalannya, dia berdialog dengan
seorang pesakit lelaki yang pernah menerima rawatan di PRPK. Lelaki itu marah kerana dia
telah menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan rawatan dan hanya mahu dirawat oleh
Doktor
Raiha. Apabila tersedar daripada khayalannya, Felicia mendapati dirinya berada di stor
PRPK lalu menangis teresak-esak
Bab 5
Doktor Uwang menghabiskan masa lapangnya di sebuah pusat hiburan. Gambaran
wajah Doktor raiha menjelma semula dalam fikirannya. Kata-kata ayahnya, Datu Ontong
bahawa banyak perkara palsu, murah,dan tidak bermutu dalam dunia ini kerap menganggu
fikirannya. Selain itu, setiap kali dia dibayangi oleh wajah Unong Siron dan anak Raiha,
pergelangan dan lututnya berasa sakit. Di PRPK, Doktor Mohammad datang tergesa-gesa
setelah menerima panggilan telefon untuk memintanya menangani kes kelahiran bayi
perempuan pramatang walaupun pada masa itu dia tidak bertugas. Rupa-rupanya panggilan
telefon yang diterimanya itu palsu. Sungguhpun begitu, Doktor Mohammad tidak marah
kerana dia dapat berjumpa dengan Felicia yang diminatinya. Seperti biasa, Felicia tidak
mengendahkannya.
Bab 6
Setelah majlis bersempena sambutan ketibaan tahun baharu di rumah Doktor Uwang
selesai, Datu Ontong meminta Doktor Uwang menghantar Doktor Sadiz dan Felicia ke
rumah masing-masing kerana hari sudah lewat. Apabila tiba di kondominiumnya, Doktor
Sadiz mendapati Doktor Raiha telah lari bersam-sama Ayu dengan kereta Porsche milik
Doktor Sadiz. Doktor Raiha teringat akan perbualannya dengan Felicia di dalam pejabatnya
setelah Felicia memarahi ibu Unong Siorn. Menurut Felicia, mereka ialah jirannya. Apabila
dia melihat Unong Siron berjalan terincut-incut setelah terlihat dalam kemalangan jalan raya,
dia mencadangkan Unong Siron mendapatkan rawatan PRPK. Sebenarnya, Felicia mendapat
wang ganjarandaripada Doktor UWang setiap kali dia membawa pesakit baharu
mendapatkan rawatan PRPK. Perkara itu mengejutkan Doktor Raiha kerana dia tidak
menetahui perkara tersebut. Namun demikian, hal itu tidak menjadi perhatian Doktor
Raiha,sebaliknya dia lebih mementingkan kebajikan para pesakit dan ahli keluarga mereka.
Tindakan Felicia mengasari ibu UnongSiron itu dianggapnya kejam lalu mengingatkan
Felicia agar tidak mengulangi perbuatan itu. Doktor Raiha dikejutkan dengan panggilan
telefon daripada Doktor Uwang. Doktor Raiha diminta datang ke PRPK dengan segera untuk
melihat keadaan Unong Siron.
Bab 7
Felicia masuk ke ruang farmasi untuk mengambil ubat batuk. Dia mula minum ubat
batuk sejak remaja. Dia teringat akan kehidupannya sebagai anak yang tidak berbapa. Ibunya
membesarkannya dengan disiplin yang ketat dan tidak menyukai pilihannya untuk menjadi
jururawat. Perkara itu sering menyebabkan dia dan ibunya bertengkar lalu dia minum ubat
batukuntuk menghilangkan tekanan perasaannya. Dia juga teringat akan keterlibatannya
dalam peristiwa kebakaran kereta mewah Doktor Sadiz beberapa tahun lalu. Felicia
terserempak dengan seorang pemuda yang mengaku dirinya Doktor Mohammad. Pada
ketika itu, Felicia sudah tidak dapat berfikir dan melihat dengan jelas lagi akibat minum
ubat batuk.
Setibanya di PRPK, Doktor Raiha dimaklumkan oleh jururawat yang bernama Ariana
Abdullah bahawa tiada sesiapa yang membuat panggilan kepadanya. Menurut Doktor Alex
Ng, mungkin Doktor Raiha menerima panggilan palsu daripada budak-budak nakal kerana
beberapa orang doktor lain di PRPK pernah menerima panggilan palsu. Gambaran Doktor
Sadiz terus menguasai fikiran Doktor Raiha.
Bab 8
Doktor Raiha melawat Unong Siron yang ditempatkan di wad kelas biasa. Doktor
Raiha bahawa Felicia telah ditahan di dalam bilik bedah oleh seorang pemuda yang dahulu
pernah menyamar sebagai doktor di PRPK. Doktor Alex Ng, beberapa orang pengawal dan
jururawat serta petugas lain berada di luar bilik bedah itu. Mereka tidak mampu bebrbuat
apa-apa kerana bimbang akan keselamatan Felicia. Mereka juga bersepakat untuk tidak
memberitahu hal itu kepada Doktor Uwang kerana dia tidak sihat. Ibu Unong Siron
menawarkan diri untuk memujuk pemuda itu kerana dia mengenali pemuda itu. Dia meminta
pemuda itu Berjaya ditahan dan di bawa ke hospital sakit jiwa. Pemuda itu sebenarnya bekas
menuntut perubatan di sebuah university tempatan . Setelah gagal dalam peperiksaan
semester terakhi, dia menjadi kurang siuman akibat mendengar kata negatif jiran tetangga
dan tekanan daripada keluarga serta teman wanitanya.
Bab 9
Ketika mamandu keretnya, Doktor Uwang teringat akan peristiwa yang berlaku pada
malam dia menhantar Doktor Sadiz mendapati Doktor Raiha telah melarikan diri dengan
Ayu menggunakan keretanya, Doktor Sadiz membeli petrol dengan ditemani oleh Doktor
Uwang. Petrol itu kemudiannya digunakan oleh Doktor Sadiz untuk membakar keretannya
itu tanpa menyedari Ayu berada berhampiran dengan kereta tersebut. Doktor Uwang juga
teringat akan perbualannya dengan ibu Unong Siron. Wanita itu menmpelak kerana memberi
alasan lima pembedahan yang dijalankan sebelum itu tidak berjaya kerana sendi tulang yang
dipasang pada pinggul Unong Siron tidak sesuai dan badan Unong Siron tidak mampu
melawan infeksi padahal Doktor uwang ingin mengaut wang ringgit pesakitnya. Sebenarnya,
Doktor Uwang menjadi doktor demi memenuhi kehendak ayahnya sedangkan minatnya
cenderung kepada bidang muzik Doktor Raiha terinat akan kemalangan kereta yang
menimpa Doktor Sadiz selepas memenangi kes mereka di mahkamah dahulu. Kereta yang
dipandu oleh Doktor Sadiz merempuh belakang sebuah lori tangki miinyak lalu terperosok
dibawah lori tangki itu. Kereta itu terbakar dan menyebabkan Doktor Sadiz rentung. Doktor
Uwang kemudiannya terlibat dalam kemalangan kereta yang dipandunya melanggar tembok
garaj PRPK. Pergelangan tangan dan lututnya hancur. Dengan persetujuan isteri Doktor
Uwang, Doktor Raiha dan Doktor Alex Ng menjalankan pembedahn penggantian sendi
tulang pada pergelangan tangan dan lutut Doktor Uwang. Alat ganti itu sebenarnya palsu
dan bermutu rendah . Felicia memohon maaf daripada Doktor Raiha atas keterlibatannya
dalam kematian Ayu sehari sebelum Ayu dihantar ke pusat rawatan kanak-kanak yang
mengalami sindrom down . Atas arahan Doktor Sadiz, membeli petrol yang digunakan oleh
Doktor Sadiz untuk membakar kereta Porschenya itu. Doktor raiha menerima ketentuan
takdir itu dengan hati yang terbuka
ANALISIS NOVEL
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis meletakkan watak utam
mempunyai pelbagai masalah namun dia tetap tenang menghadapi segala ujian itu
dengan hati yang terbuka. Selain itu, watak utam yang sering dihantui oleh kisah
silamnya menjadikan salah satu tarikan untuk pembaca membaca kisahnya itu.
Seterusnya, perkembangan jalan cerita yang ditulis oleh penulis amat tersusun dan
menarik serta mudah untuk pembacanya memahami jalan cerita yang ingin
disampaikan. Disamping itu, watak utam yang ditulis oleh penulis mempunyai pelbagai
tanda tanya yang bernas dan mendapat jawapannya dengan puas hati. Akhir sekali, jalan
cerita yang menggunakan dialog membolehkan pembacanya memahami dengan lebih
mendalam tentang teks yang diperbualkan oleh watak watak tersebut.
KELEMAHAN NOVEL
Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah kurang pembahasan yang
menarik untuk dipernyatakan bagi pihak pebaca dan ianya menyebabkan novel ini agak
bosan. Selain itu, jalan cerita yang menunjukkan kisah hidup watak utama lebih banyak
berbanding watak utama yang lain. Seterusnya, penulisan yang agak tidak sesuai untuk
remaja atau kanak kanak yang berumur 13 tahun kebawah kerana moral moralnya yang
agak tidak sesuai dengan remaja itu. Disamping itu,penulis menulis cerita dengan
mengimbas kembali masa silam yang dihadapi watak utama terlalu banyak dan hampir
memotong sesetengah jalan cerita yang dikemuncak plot. Akhir sekali, penulis perlu
mempertimbangkan watak antagonis yang tidak begitu mendalami wataknya dan tiada
motif yang kuat untuk menjadi watak antagonis.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah penulis perlulah menambah
beberapa watak lagi kedalam novel ini supaya ianya lebih menarik dan banyak jalan
cerita yang boleh ditulis. Seterusnya, penulis perlu memperbanyakan lagi jalan cerita
supaya binaan plot cerita semakin bertambah menarik dan jugak lebih tersusun serta
mudah di fahami oleh pembaca. Selain itu, penambahan konflik terhadap jalan cerita
amatlah diperlukan bagi menjadikan plot binaan cerita itu lebih menarik. Penulis oleh
menambah beberapa konflik yang berlaku bagi menarik perhatian pembaca. Disamping
itu, penulis hendaklah memikir tentang tahap pemikiran pembacanya yang dibawah
umur 18 tahun dengan mengubah sedikit jalan cerita yang agak tidak sopan. Akhir
sekali, pihak penulis boleh menambah sedikit ilustrasi yang menark di belakang kulit
buku untuk menarik perhatian pembaca.
NOVEL
SONGKET
BERBENANG
EMAS KARYA
KHAIRUDDIN
AYIP
CERITA SECARA RINGKAS TENTANG
NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Novel ini menceritakan kecekalan seorang remaja, Dahlia seorang remaja berusia 19
tahun dalam menempuh cabaran hidup. Dahlia menghadapi dugaan hidup apabila ibunya
menghadapi tekanan perasaan yang hebat sehingga menjadi kurang siuman dan dirawat di
Hospital Taman Bahagia. Manakala ayahnya dirawat di hospital kerana dipatuk ular. Mak
Aton menuduh Dahlia sebagai punca kematian Said. Nek Kiah mahu menjual tanah yang
menjadi tempat tinggal. Dahlia dan keluarganya terpaksa belajar dalam keadaan kurang
selesa di pusat pemindahan banjir. Berkat ketabahan Dahlia, akhirnya dia telah berjaya
dalam STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.
BIOGRAFI SETIAP PENULIS
Khairuddin Ayip
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985,
Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di
sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20,
Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan
Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra
Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam,
Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches
(SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG
NOVEL
SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
SINOPSIS KESELURUHAN
SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi
oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai
anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai
masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana
mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad
selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun
ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
SINOPSIS NOVEL
SONGKET
BERBENANG
EMAS KARYA
KHAIRUDDIN
AYIP
( MENGIKUT BAB )
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang
disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta
masih tidak lengkap.
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari.
Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah
pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah
Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan
ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke
jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta
Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak
suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang
tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak
betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi.
Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu
cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati
disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya
bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar
tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan
Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ
kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba
memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah
itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan
bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-
tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang
berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua
yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya,
memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa
agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek
Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu,
beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka
akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan
keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji
Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu
Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan.
Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun
Embong serba salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan
latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas
kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari
Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar
Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin
Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia
meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham
orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya
pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal
berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga.
Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital.
Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada
Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya,
Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka
disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha
dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula
peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada
bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Badannya juga terasa lemah.
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong
memberitahu Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu
kerana bimbang Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong
juga memberitahu bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada
keesokannya. Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak
balik ke rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya
pulang pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik
menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke
sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah
berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru.
Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa
dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di
hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan
terus pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman
ketika di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai,
Johor Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah
memberitahu abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-
olah menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke
rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia
amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang
melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap
mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah
itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula
akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu
tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua
kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala
yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said
telah hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said.
Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan
daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek
Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan
nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan
kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.
Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak
tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya,
Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong
terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok
orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-
kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong
terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang
semakin menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu
mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke
Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca
Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25
pagi, Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam
keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya
masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur.
Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun
kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah
hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan
Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar
apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki
bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat
menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan
kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya.
Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka
gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu
tidak akan menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular
itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut
untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca
dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang
pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib
melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak
hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa
adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga
Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan
emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila
mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .
Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara
sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM
tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui
masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam
mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba
Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang
bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar
memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang
emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia
pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah
kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke
Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang.
Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik
16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu,
Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang
dirawat. Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan
perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka.
Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga
memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar
sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing
peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana
kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang.
Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual
kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya
atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui
keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana
ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan
kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang
ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.
Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu
keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya
ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada
ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya.
Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan
diaatas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa
mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa
menjalani latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia.
Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak
hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang
demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan
dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak
bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang
masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat,
adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang
ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia
memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet
tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat
kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang
rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia
mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia
tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual.
Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia
menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang
sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan
berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia
mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya
lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia
bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja
sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya
terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan.
Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-
adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur
tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk
membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari
pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai
hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah
ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan
dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya
kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong
menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang
yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong
leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin
bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju
kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya
dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan
bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke
balai raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan
diadakan malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada
di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri
Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton
telah menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah
hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia.
Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah
memeluk ayahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya
yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-
kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain
merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti,
cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini
ada orang yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan
barang-barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di
mana-mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah
Nek Kiah dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh
kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia
dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat
sahaja, tidak lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah
pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama
ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam
keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek
Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik.
Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika
beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar
rungutan penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang
berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah
juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan
mereka telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan
parti. Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga
dengan Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim
mengusik Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang.
Dalam kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh
pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat
peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya.
Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah
terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan
mereka. Dia mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan
mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat.
Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari.
Kawan –kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas
ke Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum
juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke
Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia
sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu
punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai.
Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui
maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau
berada di mana-mana pun.
ANALISIS NOVEL
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis mengetengahkan sifat kasih
sayang dan nilai tanggungjawab watak uta terhadap keluarga dan pelajarannya. Selain itu,
perkembangan jalan cerita yang menarik perhatian dan tersusun rapi memudahkan lagi
pembaca untuk memahami jalan cerita yang ditulis oleh penulis. Seterusnya, permulaan jalan
cerita yang bagus dan tidak membiarkan pembaca berasa bosan dari awal. Disamping itu, kisah
percintaan yang agak sedih namun watak utama menunjukkan rasa cinta yang setia walaupun
dia mengutamakan pelajaran dan keluarganya dahulu. Ianya sangat menarik. Akhir sekali,
penulis menulis konflik yang berkaitan dengan masalah yang dihadap oleh watak utama
membuatkan plot binaan cerita itu bertambah tersusun dan menarik.
KELEMAHAN NOVEL
Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis tidak menggunakan banyak
latar tempat yang sepatutnya berada di dalam jalan cerita pada masa itu. Seterusnya , kulit muka
buku hadapan dan belakang novel yang agak tidak menarik dipandang oleh pembanca kerana
kurang ilustrasi yang menarik. Selain itu, pengolahan ayat daripada penulis yang mengelirukan
pembaca dan membuatkan pembaca salah mentafsir jalan cerita novel tersebut. Disamping itu,
penulis membuatkan jalan cerita menjadi perlahan dan agak bosan untuk membaca jalan cerita
yang lambat. Akhir sekali, watak sikap penduduk yang sombong dan tidak patut dicontohi oleh
pembaca.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah memendekkan jalan cerita
yang tidak perlu diceritakan supaya tidak bosan. Seterusnya penulis boleh meletakkan nilai nilai
yang tersirat supaya pembaca lebih tekun dan menghayati jalan cerita tersebut. Selain itu,
membuatkan cerita itu berjalan dengan lebih cepat kerana ianya akan menjadi bosan jika
terdapat banyak gangguan yang tidak bagus. Disamping itu, pihak penulis boleh menambah
sedikit ilustrasi yang menarik di kulit muka hadapan dan belakang untuk menarik minat
pembaca. Akhir sekali, penulis boleh menggunakan ayat yang lebih gramatis dan tersusun
supaya kelihatan lebih kemas dan mudah untuk difahami.
NOVEL TIRANI
KARYA BEB
SABARIAH
CERITA SECARA RINGKAS TENTANG
NOVEL
TIRANI KARYA BEB SABARIAH
Novel ini mengisahkan tentang kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-
bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya. Kegigihan Waheeda dalam
mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani membuat pinjaman
baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands dan
menukarkan namanya kepada Chalet Aya-Sajinah. Seterusnya, kegigihan Waheeda dalam
membina hubungan persahabatan turut digambarkan dalam novel ini. Waheeda gigih dan
bijak berdepan dengan sikap prejudis sahabat baiknya, Bazilah yang mencemburui
hubungan baiknya dengan tunangnya sendiri, Dr. Zahari.
Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam rumah tangganya
bersama-sama dengan Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan. Dia
turut mengalami masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumah tangganya.
BIOGRAFI SETIAP PENULIS
Beb Sabariah
Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road
Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas atau diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen,
puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb
Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan
Karyawan Sastera Sarawak).
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG
NOVEL
TIRANI KARYA BEB SABARIAH