The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adilahazizy004, 2022-06-11 23:10:52

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5,4 ZON DI MALAYSIA

NUR ADILAH BINTI KHALIL AZIZY
4 KHAZIN
PB190139

SINOPSIS KESELURUHAN

1) TIRANI KARYA BEN SABARIAH

Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin
mengecapi kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai
isteri. Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan
melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan
yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak
Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan
tugasnya bertambah berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga
Waheeda tidak larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh
Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan
dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan chalet yang
diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati
Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah
satu Tirani.

SINOPSIS NOVEL
TIRANI KARYA
BEB SABARIAH

( MENGIKUT BAB )

BAB 1: MELONTAR PUING DUKA

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess
dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi
ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa
memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta
Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di perkarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan
Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukkan dan persediaan yang sedang dilakukan
oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut
kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah
menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur
pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain
makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman
pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap.
Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus
menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

BAB 2: DAYANG MUDA

Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya
ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk
dipamerkan bagi menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan
yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun
disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya
yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat
ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan
kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya
tidak melakukan apa yang dihajatinya.

Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut.
Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah
menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan
dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk
melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

BAB 3: KATARSIS

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah

pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan
yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri
Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi
Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar
Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah
melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda
mempunyai perasaan katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah
Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah
sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh
Dr Alma Hollis.

BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI

Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandaraya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api
yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang
kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke
rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di
salah sebuah bilik dirumah kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual
mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan
oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar
pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr
Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda.
Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan
pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Disini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.

BAB 5: DOA SELAMAT

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis

makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli
tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu
kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah
sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa
ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu
dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokkan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas
berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke
bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan
Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah
dengan hati yang tabah demi kecantikan wajahnya.

BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi
ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil
masa selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

BAB 7: KE PULAU SENTOSA
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam disitu. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga
menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan
bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr
Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak
dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan
pandangan.

BAB 8: HADIAH ALAM

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan
ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr
Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong
halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan
Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga
menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mail Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan
oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar.Waheeda teringat semula akan chalet
ayahnya yang mugkin jauh ketinggaln berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda
memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu
temuduga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat
persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Ketrampilan diri sebelum ini.
Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan
sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

BAB 9: WAJAH PESONO

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo
Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda
amat menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam
pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya
di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong
meninggalkan Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama
Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda
sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari
yang mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang
selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang
mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap
tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda mengambil keputusan untuk
berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat
yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat
Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau
Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang
dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan
Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan
diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut.
Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan
tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA

Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan
tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser
banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang
Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid
tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia
tidak suka tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk
Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu
berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke
Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda
terlekat dalam lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser.
Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari
Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk
Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya
dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibut memberi idea
tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss
Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai
feksyen yang berbelah sampai ke paha. Sebliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh
Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH

Fatimah menerima E-Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk
Yasser, tuan punya Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga
Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima
bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan

Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar
kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk
Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara
merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walaubagaimanapun, Raidah
mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa
tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap
menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibut mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa
bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus
menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan
tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selsema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari dokto di klinik panel
Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selsemanya masih berlarutan. Selepas
bersin berpanjangna, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr
Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic
pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean.
Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat
Peranginannuya bernilai RM60juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya
datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas
kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan
apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat
tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan
akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda
dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu
dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia
berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis
kenduri doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah

diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran
Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk
pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya
Raidah dan telah menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa
yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya
bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk
merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun,
proses tersebut Berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda
berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai.
Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi.
Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa
situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur
minyak wangi selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

BAB 14: BAGAIKAN PUTERI
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu
Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong
dari Arab, inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan
dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk
dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan
kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang
gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat
disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas acara akad nikah dan menyarungkan
cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua
belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut
melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan mengadakan majlis
sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang
bersatu itu sungguh gembira

BAB 15: HIDUP RANGGI
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran
Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar Negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan
hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara
Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta
keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.

BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-
tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini
pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong
tersebut yang datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh
ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector pelancongan.
Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR,
singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus
hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di
sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid
menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama.
Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka
banyak membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah
dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat
tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda
beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan kehendak menantunya,
Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana
Waheeda ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Dimana
ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin.
Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

BAB 17: KONFLIK
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina

empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk
membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-
bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam
dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall
Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di
farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit
kepalanya. Mungkin Stress, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid
merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid.
Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh
hari dan peristiwa semasa di SMC dahulupun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda
baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga
pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan
sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

BAB 18: DILANDA NOSTALGIA
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah
disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading
tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort.
Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung
jogging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan
kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’
dan ramai lagi.

Zahid melenting dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid
meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid
tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid
terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati
Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya.
Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan
diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, waheeda
ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi menyisat kes
seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang
zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada
petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.

BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif
Hospital Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan
bahawa Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating
menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya
menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada
kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid
suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda
apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda
supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di
Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma
Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati.
Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda
telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi
untuk member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi
kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan .
Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid
melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah
dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah
meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh
sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan
Waheeda. Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang
dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa
Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan
mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan
Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan
kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat
rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan
kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan
bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet
dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz
ingin menjualkan perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan
pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan
alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu
Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah.
Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan
sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan
cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada
Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan
berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung
lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang sedang berada di apartment mereka
di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi
diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju
dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet
Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan
muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda
amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di
Cameron Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku
dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan
hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan
kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan
Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama
baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi
seorang ahli perniagaan yang berjaya.

BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet

tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya
bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak
amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah
mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam
bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah
berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki
yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung.
Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi Lais
melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet
itu.

BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan
kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya
sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid
sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu
hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara,
kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi
tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan
perbualan antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para
pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan
masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk
mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan
mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los
Angeles. Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam
itu, Zahid dan Aiman masuk ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan
Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan
menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid
berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh
isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.Zahid juga
menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA
tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los
Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi
berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendenagar terkedu.anakala Lais pula lebih daripada
terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah
dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat
pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang
agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat
akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu
dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan
Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

BAB 24: KAMA HATI

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman,
wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah
entiti dirinya.dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah
memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana.Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi.Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang
dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirinduinya. Zahid juga ingin
menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya
mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan
Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda
tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah
mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan
ayahnya.

ANALISIS NOVEL

KEKUATAN NOVEL

Kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah watak utama yang tabah
menghadapi segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya. Selain itu, penulis
menulis tentang watak utama ini seorang yang boleh dicontohi oleh pembacanya kerana
sikapnya yang tabah dan juga berani untuk bangun selepas ditinggalkan oleh suaminya.
Seterusnya, novel ini banyak memberikan nilai nilai murni yang boleh diambil oleh
pembaca yang menghayati setiap bab di dalam novel ini seperti nilai kegigihan dan nilai
kasih sayang. Disamping itu, penulis menceritakan juga tentang budaya di Sarawak dan
juga menceritakan keindahan keindahan yang terdapat disana. Dari sini kita boleh lihat
bahawa Sarawak juga merupakan negeri yang indah dari segi pemandangannya. Akhir
sekali, jalan cerita dan ayat yang gramatis yang dikarang oleh penulis itu telah menarik
minat pembacanya untuk menghabiskan satu novel.

KELEMAHAN NOVEL

Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah watak utama yang memaafkan
suaminya kerana masih ada rasa sayang dan cinta terhadap lelaki itu. Walaupun ianya
cinta tetapi pengakhiran cerita yang tidak memuaskan bagi semua pihak pembaca.
Seterusnya, plot cerita yang sentiasa berubah tanpa sebab dan secara tiba tiba
membuatkan pembaca berasa tidak seronok. Selain itu, pengakhiran yang tergantung
dan agak mengecewakan pembaca yang menanti kebahagian yang sempurna buat watak
utama. Disamping itu, penulis menulis watak yang tidak tetap dengan dengan karakter
yang sepatut dirinya menjadi dan ianya sering berubah. Akhir sekali, kulit buku muka
hadapan yang agak tidak cantik dan menarik perhatian.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah penulis menukarkan pengakhiran cerita
yang membuatkan ramai berpuas hati terhadap apa yang dilakukan oleh suami watak utama itu
telah lakukan kepada dirinya. Seterusnya , mengurangkan pemotongan plot cerita yang
mengejut secara tiba tiba membuatkan pembaca pening dan bosan. Selain itu, penulis mestilah
menyusun ayat dan membuat jalan cerita yang menarik bagi mengelakkan jalan cerita itu
menjadi hambar atau tidak seronok. Disamping itu, konflik ataupun jalan cerita yang klimaks
perlu ditekankan lagi di dalam jalan cerita bagi menampakkan jalan cerita yang lengkap dan
menarik.

NOVEL
BIMAKSAKTI
MENARI KARYA
SRI RAHAYU
MOHD YUSOP

CERITA SECARA RINGKAS TENTANG
NOVEL

BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP

Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai
Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut
berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

BIOGRAFI SETIAP PENULIS

Sri Rahayu Mohd Yusop

Sri Rahayu Mohd Yusop adalah seorang penulis wanita dari Malaysia.Pada 31
Oktober 2011, dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil
2010 (HSKU) Sri Rahayu bagi tahun keenam berturut-turut apabila karyanya Bima Sakti
Menari diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. Sebagai pemenang, Sri Rahayu
membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000 dan hadiah iringan.HSKU kali ke-26 ini
dianjurkan sejak 1985 dan ia juga merupakan antara acara sempena program Sastera
Utusan 2011 yang turut memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada 5 Oktober 2011

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG
NOVEL

BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP

SINOPSIS KESELURUHAN

1) BIMASAKTI MENARI KARYASRI RAHAYU MOHD YUSOP

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul
Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau
dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan
mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah.
Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil
langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat
diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan
yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat
yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya
dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa
menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip
tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk
mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan
memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad
Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang
oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan
abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa
dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu
dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan
beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul
Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tua Nurul Hafsa.

SINOPSIS NOVEL
BIMASAKTI

MENARI KARYA
SRI RAHAYU
MOHD YUSOP

( MENGIKUT BAB )

BAB 1: JANJI SRIKANDI

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan
alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya
apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah.
Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil
langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang
dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah
menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan
memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham
mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan
pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-
bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat
melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan
menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan
penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

BAB 2: WICHAM

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai
pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang
Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana
dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama
kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa.
Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun
kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak
kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang
sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah
prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan
Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam
komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik
bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan
pergi kembali meneruskan tugas beliau.

BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran
kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat
kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya,
Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki
kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat

untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan
seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana
selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang
dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara
serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata.
Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran
tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara
inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu
jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana
bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk
melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat
kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia
begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka.
Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut
hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor
yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan
senyap.

BAB 4: BUDIMAN

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini
dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur
membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai
kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren
disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat
tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang
dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun
gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.

BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu
kepulangan beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung
tempat projek rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik.
Sepanjang pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau
dengan isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar
pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa
puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang

terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau
berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap
bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan
pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas
isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana
perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

BAB 6: CITA-CITA

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang
sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia
bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan
dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya,
Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar
tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati.
Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang
membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati
kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia
belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad
Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik

menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi
anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar.
Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan
semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot,
cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari
kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang semuanya membawa ancaman
kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon
maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

BAB 8: BEBAS GRID

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi
tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem
rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta
satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan
Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya
membawa kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

BAB 9: ZURIAT

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri
Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan
simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan
untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan
lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat
masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari
bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang
manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP

MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan
kemewahan ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu
didampingi oleh perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas

kemewahannya. Namun begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad
Taufik yang sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan
tertarik oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan
Nurul Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin,
Kuala Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di
situ mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan
nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka.
Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk
menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi
kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan
kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat
antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke
rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat
kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan
kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu
Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.

BAB 12: STRATEGI

Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai
daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa
memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan
Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan
Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti
cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap
yang pertama di negara ini.

BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann
Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek
Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu

bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu
daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan
kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita
yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan
bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut
di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu
untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap
berkeras dengan pendiriannya, dan rasa tamaknya.

BAB 14: GELAP DALAM TERANG

Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul
Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut
kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri
Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut
banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri
Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan
Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender
dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam
diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan
projek tersebut.

BAB 15: KHIANAT

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa
terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari
kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun
demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih
meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima
berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu
dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul
Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang.
Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang
berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej
peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad
Taufik berada dalam keadaan stabil.

BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA

Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa
Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa

anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan
menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di
surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik
yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua
hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan
seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin
mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan
perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat
bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai selendang hitam bermanik
Kristal.

BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN

Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya
berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati
beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan
kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu,
Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar
bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut
adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek
kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan
Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita
bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.

BAB 18: KERASUKAN

Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja
mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada
mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas
melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak
Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia
ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz
lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL

Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya
pulang ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam
bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya
berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila
melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri
Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan
terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke
tempat van putih seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan
masuk ke dalam van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan

dimasukkan ke dalam but kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan.
Muhammad Taufik dibawa ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan.
Menyedari situasi tersebut, dia cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat
apa-apa sebelum dia dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA

Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan
Muhammad Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa
bertuah kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin
mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun,
mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau
membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia
berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur
keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta
beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad
Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.

BAB 21: LEGASI BAJU BIRU

Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.
Dengan bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas
yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun
Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang
penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang
penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah
ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah
diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas
tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

BAB 22: CINTA PEJUANG

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan
Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis
tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu
dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima
pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di
dunia.

ANALISIS NOVEL

KEKUATAN NOVEL

Kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis menceritakan tentang
mempertahankan alam sekitar dan mengaitkan dengan teori teri sains yang menarik minat
pembacanya. Seterusnya, penulis juga menceritakan teknologi yang menghubungkan kita
semua dengan kaitan sains yang memajukan kita semua pada aman sekarang. Selain itu,
watak utama juga seorang yang berpengetahuan tinggi dan mengkaji alam menggunakan
ilmu astronomi. Disamping itu, dialog yang ditulis tidak bercampur campur dan pembaca
amat berpuas hati dengan penulisan yang berunsurkan sains ini. Akhir sekali, cerita ini
mempunyai plot dan jalan cerita yang sangat menarik.

KELEMAHAN NOVEL

Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah watak di dalam novel ini tidak
menerapkan nilai kemaafan setelah membuat kesalahan dan ianya satu conoth yang tidak
baik. Seterusnya, jalan cerita yang hendak diceritakan tergantung dan dibiarkan begitu sahaja
tanpa ada sambungan dan membuatkan pembaca tidak berpuas hati dengan jalan cerita itu.
Selain itu, novel ini mempunyai kesalahan bahasa yang agak ketara dan mengelirukan para
pembaca. Disamping itu, novel ini juga mempunyai watak yang melulu membuat keputusan
tanpa memikirkan padahnya kemudian. Akhir sekali, pengakhiran cerita ini agak
menghampakan dan meninggalkan tanda tanya bagi sesetengah cerita yang tergantung tanpa
ada cerita kesinambungannya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan ialah penulis perlu mencaknakan
kembali penggunaan bahasa yang ditulis olehnya semula. Seterusnya, penulis haruslah
menekankan nilai nilai murni yang boleh dicontohi oleh pembacanya. Selain itu, penulis
menulis jalan cerita pengakhiran yang lebih menarik bagi memuaskan hati pembacanya.
Disamping itu, penulis haruslah menghabiskan satu jalan cerita sebelum menyambung jalan
cerita yang lain supaya pembaca dapat memahami cerita yang hendak disampaikan. Akhir
sekali, penulis juga mestilah kreatif dalam menghasilak konflik dan jugak klimaks cerita
supaya cerita itu menjadi lebih menarik dan pembaca mahu membaca dengan hati yang
terbuka.

NOVEL SILIR
DAKSINA

KARYA NIZAR
PARMAN

CERITA SECARA RINGKAS TENTANG
NOVEL

SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya,
Abdullah Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis
berbangsa Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran
Haiqal tetapi telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah
menarik minat Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh
uminya. Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia
kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam
manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.

BIOGRAFI SETIAP PENULIS

Nizar Parman

Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos
1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri
Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk
Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada
tahun 1992.

Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta
(MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.

Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong
untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara
dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan
meminjam buku di perpustakaan.

KULIT HADAPAN DAN KULIT
BELAKANG NOVEL

SIIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

SINOPSIS KESELURUHAN

SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya,
Abdullah Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis
berbangsa Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran
Haiqal tetapi telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah
menarik minat Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang
oleh uminya. Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik.
Dia kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang
yang rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya
didalam manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di
kampung itu. Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung
tersebut. Beliau juga adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di
kampungnya. Disebabkan kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah
meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu
diwariskan kepada Haiqal. Adakah haiqal mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana
manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan?

SINOPSIS NOVEL
SILIR DAKSINA
KARYA NIZAR

PARMAN

( MENGIKUT BAB )

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka
surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama
yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika.
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk.
Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan
baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil
mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya..
Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal
pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan
Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal
menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut
rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin
dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman
yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan
pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun
berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim
mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika
itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang
bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin
bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani
penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah
ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim
rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal
di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching
dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke

bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke
Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah
kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di
tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama
ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran
Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku
mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah
dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik
guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak
apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah
Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku
tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

ii Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak
mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan
persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam
perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar.
Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa
aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling
menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu
Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran
aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia
susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman.
Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah.
Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta
aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan
perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku.
Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

iii Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir.
Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji
Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai
Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan
Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai
satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk
memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur
begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan
menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian
tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang
Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil
Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi
meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama
ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.

iv Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara
15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu..
Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi.
Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku
puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi
sajak pada petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya
Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus
mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah
tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama
Aiman di bibirnya,

v Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi
buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua
pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku.
Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali
membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu
akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan
berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali
Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman
Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang
guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan
beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah
penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati.
Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-
kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang
keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan
semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya
memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai
menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling

vi Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan
sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan
malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai
Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati
terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama
memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil
yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha
penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu
dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk
mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan
D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan
itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di
kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika

golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan
peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

vii Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun
kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ
Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku
memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling
bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan
aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus
dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.

viii Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung
Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN
bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung
yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau
tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku
program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang
kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah
aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati
apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu
menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira
dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya
kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung
jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk
membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi
impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi
untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam
keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.

BAB 4: DESAKAN HATI

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan.
Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal
melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak
kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling
besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal
hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal
benar-benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai
Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal
berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna
kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul.
Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit
yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri.

Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang
mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga
seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan
cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah
berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya
ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan
dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5: RINDU

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada
bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula
terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan
ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga
Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya
mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk
menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk
merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama
ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah
ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan
alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih
sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya.
Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak
mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6: SATU KETETAPAN

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya.
Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap
berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke
kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami
perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara diam-diam.

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar
dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran
bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa
kemarahan ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung
Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung

kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal
diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah
ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min.
Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

BAB 9: PERTEMUAN

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di
halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan
perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke
Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10: PUSARA

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama
seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh
ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala
urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak
mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun,
Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit.
Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang
mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku
dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan
juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja
kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia
dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi
memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal
dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-
kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam
minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat
keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu
yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan
lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung.
Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil
daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di
situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.

Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya
merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab
menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya
kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak
Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-
sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri
Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi
bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk
menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai
Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan
seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

ANALISIS NOVEL

KEKUATAN NOVEL

Kekuatan yang terdapat di dalam novel ini ialah penulis menceritakan tentang adat dan
kebudayaan di Johor dan suasana masyarkat majmuk di negara kita. Seterusnya, plot
cerita yang teratur dan penulis menggunakan ayat yang gramatis untuk menarik minat
pembacanya. Selain itu, penulis menyampai segala isi isi penting yang perlu diketahui
oleh pembaca untuk memastikan pembacanya itu memahami jalan cerita. Di samping
itu, novel ini mempunyai ini nilai yang dapat dicontohi seperti nilai kasih sayang dan
nilai kegigihan pada watak utama. Akhir sekali, ilustrasi pada kulit muka buku hadapan
agak menrik pertahian pembacanya.

KELEMAHAN NOVEL

Kelemahan yang terdapat di dalam novel ini ialah sikap Rafiqah yang
mementingkan diri sendiri amat menyakitkan hati seseorang pembaca kerana
menghalang Haiqal melihat wajah ayahnya sendiri. Seterusnya,tidak ada banyak konflik
yang berlaku di dalam novel ini dan membuatkan ianya tiada debaran yang dirasakan
untuk menruskan cerita yang seterusnya. Selain itu, gambaran imaginasi yang diberikan
oleh penulis agak kurang jelas dan mengelirukan pembaca. Di samping itu, cerita perlu
dipendekkan kerana tiada isi yang penting untuk diceritakan dan ianya hanya
melambatkan jalan cerita. Akhir sekali, novel ini agak bosan dan kurang rasa yang
mendebarkan ataupun menimbulkan perasaan ingin tahu yang membuak buak.


Click to View FlipBook Version