The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

D6 BT BM - BAHASA MELAYU PART1 (Link bermula unit 1-15) SK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikD, 2023-09-24 01:16:33

D6 BT BM - BAHASA MELAYU PART1 (Link bermula unit 1-15) SK

D6 BT BM - BAHASA MELAYU PART1 (Link bermula unit 1-15) SK

KANDUNGAN KPM iii PENDAHULUAN iv TEMA 1 KEKELUARGAAN 1 Unit 1 Saling Menyayangi 2 Unit 2 Ke Sana ke Sini 7 Unit 3 Cerita Pertemuan 13 TEMA 2 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN 23 Unit 4 Kesihatan Tanggungjawab Kita 24 Unit 5 Kebersihan Asas Kesejahteraan 31 Unit 6 Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 37 TEMA 3 KESELAMATAN 47 Unit 7 Sentiasa Peka 48 Unit 8 Sentiasa Berhati-hati 55 Unit 9 Waspada Fenomena Alam 63 TEMA 4 PERPADUAN 73 Unit 10 Langkah Perpaduan 74 Unit 11 Gema Perpaduan 81 Unit 12 Semarak Perpaduan 87 TEMA 5 KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA 97 Unit 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara 98 Unit 14 Persada Seni Lambang Jati Diri 103 Unit 15 Estetika Cita Rasa Malaysia 109 TEMA 6 SAINS, TEKNOLOGI, DAN INOVASI 119 Unit 16 Indahnya Sains 120 Unit 17 Teknologi Membantu Kita 127 Unit 18 Inovasi Kreatif 133 TEMA 7 PERTANIAN DAN PENTERNAKAN 143 Unit 19 Penternakan Janakan Pendapatan 144 Unit 20 Rezeki daripada Tanah 151 Unit 21 Dunia Tani dan Ternak 157 TEMA 8 EKONOMI, KEUSAHAWANAN, DAN PENGURUSAN KEWANGAN 167 Unit 22 Sumber Ekonomi 168 Unit 23 Usahawan Berjaya 173 Unit 24 Bijak Mengurus Wang 179 TEMA 9 INTEGRITI 189 Unit 25 Amanah Sejagat 190 Unit 26 Integriti Nadi Kemakmuran Negara 197 Unit 27 Kejujuran Asas Jati Diri 203


KPM i KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) PENULIS Amir Hazlin bin Lin Hasdi bin Daud Aiman bin Hamidon EDITOR Norazura binti Abdul Samat Muhammad Hisyam bin Haliah Hazimah binti Yusof ILUSTRATOR Aminurashid bin Yeop Aziz PEREKA BENTUK Jamilatul Salwa binti Shahrul Nurulainis binti Mohd Rejal Hairul Hakim bin Abu Bakar Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2021 SEKOLAH KEBANGSAAN


PENGHARGAAN Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: • Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia • Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia • Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka • Jawatankuasa Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka • Pakar Rujuk Bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim • Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia • Kementerian Kesihatan Malaysia • Polis Diraja Malaysia • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia • Jabatan Warisan Negara • Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara • Muzium Negeri Terengganu • Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan penerbitan buku teks ini. No. Siri Buku: 0001 KK 499-221-0102011-49-3275-20101 ISBN 978-983-49-3275-6 Cetakan Pertama 2021 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: SH Design & Print Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 13 poin Dicetak oleh: Syarikat Percetakan Inderapura Sdn. Bhd., Jalan Tanjong Api, Off Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang Darul Makmur.


KPM iviv PENDAHULUAN Penghasilan buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 Sekolah Kebangsaan berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Buku teks ini terhasil bagi melahirkan murid yang berketerampilan dalam kemahiran berbahasa selaras dengan aspirasi pendidikan negara yang menekankan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Buku teks ini mampu membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih dinamik dalam pelbagai keadaan. Kandungan buku ini mengandungi sembilan tema, iaitu: Kekeluargaan Kesihatan dan Kebersihan Keselamatan Perpaduan Kebudayaan, Kesenian, dan Estetika Setiap tema dibahagikan kepada tiga unit. Penyusunan Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa, dan Aspek Tatabahasa dalam unit ialah secara modular. Pada akhir setiap tema pula, adanya aktiviti Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan, dan Penilaian. Penetapan bahan dan Standard Pembelajaran (SP) secara ansur maju daripada tahap mudah kepada tahap sukar memudahkan guru untuk membuat pentaksiran berterusan terhadap perkembangan murid. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) pula diterapkan bagi mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran murid. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dijelmakan dalam bahan pula dapat menterjemahkan pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif murid. Selain itu, elemen PAK-21 melalui penggunaan peta pemikiran dapat menjanakan kemahiran berfikir murid menerusi kerangka idea yang tercatat. Peta Bulatan Proses pemikiran: mendefinisikan sesuatu mengikut konteks Peta Pelbagai Alir Proses pemikiran: menganalisis hubungan sebab dan akibat Peta Buih Proses pemikiran: menerangkan sesuatu dengan kata sifatan Peta Dakap Proses pemikiran: menentukan hubungan bahagian – seluruh Peta Buih Berganda Proses pemikiran: membanding beza sesuatu Peta Pokok Proses pemikiran: mengelaskan sesuatu Peta Alir Proses pemikiran: menganalisis sesuatu secara berurutan Peta Titi Proses pemikiran: menentukan faktor penghubung Buku teks ini juga memaparkan pelbagai bahan berunsurkan didik hibur dengan adunan teks dan grafik dalam pelbagai reka bentuk dan warna. Persembahan buku ini diharapkan dapat memberi murid pengalaman yang menyeronokkan semasa proses pembelajaran. Sains, Teknologi, dan Inovasi Pertanian dan Penternakan Ekonomi, Keusahawanan, dan Pengurusan Kewangan Integriti


Ikon-ikon yang menarik juga digunakan untuk menjelaskan bahagian-bahagian tertentu. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Keupayaan murid berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan diuji. Aktiviti Lisan Murid perlu memberikan respons secara lisan. KPM v Kemahiran Membaca Keupayaan murid membaca, memahami, dan menaakul pelbagai bahan diuji. Kemahiran Menulis Keupayaan murid mengaplikasikan maklumat dalam pelbagai bentuk penulisan bagi menyampaikan idea diuji. KBAT Elemen KBAT merangsang kemahiran berfikir murid terhadap pelbagai bahan. Aktiviti Menulis Murid perlu memberikan jawapan secara bertulis. Aspek Seni Bahasa Keupayaan murid mengungkap, menghayati, dan menghargai bahasa yang indah diuji. Info Rujukan yang menerangkan makna perkataan atau maklumat tambahan bagi sesuatu konsep yang berkaitan dengan bahan atau teks. Aktiviti Unit Arahan aktiviti yang dirancang untuk mencapai Standard Pembelajaran (SP). Kod QR Imbasan kod bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan kandungan pembelajaran.


Aspek Tatabahasa Keupayaan murid menguasai tatabahasa yang betul dalam komunikasi dan penulisan diuji. Munsyi Cilik Maklumat tatabahasa yang boleh dirujuk. Selaras dengan ciri pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, buku teks ini menjadikan aktiviti pembelajaran bahasa lebih aktif, berpusatkan murid, mencabar kreativiti, serta menyeronokkan. Yang lebih utama, buku teks ini dapat membantu murid mengaplikasikan keterampilan berbahasa secara intensif. Amir Hazlin bin Lin Hasdi bin Daud Aiman bin Hamidon AR Imbasan teknologi dalam bentuk 2D atau 3D bagi mendapatkan maklumat tambahan. Aplikasi AR boleh dimuat turun melalui: Play Store (Android) App Store (iOS) Pemulihan Pengayaan Pengukuhan Penilaian Bacaan Luas Aktiviti Nilai Tambah KPM vi • Buku teks ialah bahan rujukan utama kurikulum yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan dalam buku teks boleh dijadikan panduan bagi mencapai SP. • Guru boleh menggunakan mana-mana bahan yang sesuai daripada buku teks tanpa terikat dengan susunan halamannya. • Guru disarankan untuk menggunakan dan mengubah suai bahan dalam buku teks berdasarkan tahap kebolehan dan keupayaan murid. • Guru boleh memanfaatkan maklumat dalam Nota Guru bagi menjelmakan rancangan pengajaran yang lebih cekap dan menarik. BACAAN LUAS PEMULIHAN AKTIVITI MENULIS ASPEK SENI BAHASA BACAAN LUAS PEMULIHAN AKTIVITI MENULIS ASPEK SENI BAHASA Cadangan Penggunaan Buku Teks Nota Guru Panduan dan cadangan kepada guru untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Nota Guru 1.1.1


1 TEMA 1 KEKELUARGAAN Bincangkan cara mewujudkan kasih sayang dalam keluarga.


Nota Guru 2 Jasa Ibu Tidak Terbalas Keluarga Irfan menonton televisyen di ruang tamu. Dengar ujaran dan cam sebutan. Kemudian, sebut ujaran semula. 1.1.1 • Bimbing murid mendengar audio dan mengecam sebutan. • Bimbing murid menyebut ujaran dalam pelbagai situasi. Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti EMK: Nilai Murni – Kasih sayang Saling Menyayangi UNIT 1 Mendengar dan Bertutur UNIT 1 Berita ini tentang apa, Irfan? Apakah pengalaman ayah semasa kecil, Irdina? Audio pendengaran Orang tua memang prihatin akan anak mereka. Misalnya, semasa ayah masih kecil, nenek sangat bimbang sewaktu ayah demam. Nenek telah membawa ayah ke klinik dengan segeranya. Puan Fazlina luka pada bahagian kaki ketika menyelamatkan tiga orang anaknya daripada banjir. Beliau telah mengangkat anak-anaknya ke bumbung rumah semasa paras air semakin naik. Ketika kejadian, suaminya tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan. Aktiviti


Nota Guru 3 Fauzan Anak yang Cakna Baca dan fahami teks cerita. Kemudian, jelaskan tafsiran tentang cerita tersebut berdasarkan grafik. 2.1.1 • Bimbing murid membaca, memahami, dan mentafsir bahan. Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mentafsir EMK: Nilai Murni – Baik hati Irfan telah membaca cerita tentang kasih seorang anak tukang kayu terhadap ayahnya. Dari segi sikap, ayah Fauzan gigih semasa menyiapkan kerjanya. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Membaca “Ayah nampak sungguh sibuk pada pagi ini walaupun ayah kurang sihat,” kata Fauzan. “Benar, Fauzan. Tempahan Tuan Haji Lukman ini mesti ayah siapkan pada petang ini juga. Ada sedikit kerja lagi yang perlu ayah buat,” balas ayahnya terbatuk-batuk. Fauzan terdiam sebentar. Dia amat masak akan sikap ayahnya. Ayahnya akan berusaha untuk menyiapkan tempahan pelanggan mengikut masa yang dijanjikan. Fauzan masuk ke dalam biliknya untuk membuat kerja sekolah. Dua jam berlalu. Bunyi alat-alat pertukangan tidak kedengaran lagi. Fauzan tidak sedap hati. Dia bergegas ke bengkel ayahnya. Pada papan kenyataan, terdapat sekeping nota. ‘Meja dan kerusi ini masih belum siap sepenuhnya. Kayunya masih belum bergosok dan bervarnis. Nampaknya, aku perlu berbuat sesuatu,’ bisik Fauzan dalam hati. Pada petang itu, Tuan Haji Lukman telah datang untuk mengambil tempahannya. Fauzan mempersilakan pelanggan ayahnya itu masuk. Tidak lama kemudian, ayah Fauzan pulang. “Eh, Tuan Haji Lukman! Bila sampai?” tiba-tiba kedengaran suara ayah yang nampak keletihan. “Saya minta maaf kerana ... .” “Meja dan kerusi-kerusi ini bagaimana, tuan haji?” tiba-tiba Fauzan mencelah. “Cantik! Kemas sungguh tukangannya. Saya amat berpuas hati. Ini wang upahnya,” kata Tuan Haji Lukman. Dengan terpinga-pinga, ayah Fauzan mengambil wang upah tersebut. Ayahnya kebingungan. Fauzan hanya tersenyum apabila ayah menoleh ke arahnya. Nilai Tafsirkan Pengajaran Perkara menarik Aktiviti


4 Sayang Ayah Gurindam Kasih Ayahanda Ketika aku sedang berduka, memujuk penuh jenaka. Ketika makan duduk bersila, ayah membuka selera. Ketika aku menuntut ilmu, Selalu maju nasihat ayahku. Ketika sepi seorang diri, ayah wajah berseri. Ketika sakit kian mudarat, sabar gigih merawat. Ketika jalan hidupku sulit, ayah senyumlah sedikit. Ketika tidurku tak mampu lena, ayah merdu pesona. Ketika ayah jauh berkelana, layar telefon ayah menjelma. Nukilan: Irfan Nabil Irfan telah berjaya mencipta lapan rangkap gurindam bersempena dengan Hari Bapa. Dia menulisnya dalam bentuk tulisan berangkai untuk diberikan kepada ayahnya. 3.1.1 • Bimbing murid menulis gurindam dengan tulisan berangkai. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Kasih sayang PAK-21: Jalan Galeri Tulis gurindam semula dalam bentuk kad ucapan dengan menggunakan tulisan berangkai. Nota Guru Menulis Aktiviti


5 Mari Kita Bantu Ayah Pada hujung minggu, Encik Nabil telah mengajak anak-anaknya, Irfan dan Irshad, mengemas stor. Encik Nabil berkata … . Persembahkan cerita serta dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun. • Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog dengan menggunakan peribahasa dan bahasa yang santun. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Mengguna pakai EMK: Nilai Murni – Kerjasama Stor kita sudah seperti tongkang pecah. Boleh bantu ayah mengemasnya? Kalau melakukan sesuatu, janganlah bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Jadi, marilah kita kemas stor ini dengan sempurnanya. Kalau berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kerja yang susah akan menjadi senang. Bagus, Irshad dan Irfan. Kalian tidak mengemas stor ini asal jadi sahaja. Terima kasih kerana ringan tulang membantu ayah. Tentulah boleh, ayah. Kami sentiasa ada masa untuk ayah. Betul, Abang Irshad. Kalau begitu, usah kita membuang masa. Ayuh, kita mulakan kerja sekarang! Saya bersetuju, Abang Irshad, kerana kebersihan asas kesihatan. Sama-sama, ayah. Terima kasih, ibu. Berehatlah dahulu buah hati ibu semua. Basahkan tekak dengan air bujang ini dahulu. Baik, ayah. Kita juga mestilah mengambil berat tentang kebersihan stor ini. Nota Guru 4.1.1 Seni Bahasa Aktiviti


6 Kata nama am ialah kata yang merujuk manusia, haiwan, benda, atau perkara-perkara yang umum. Kata nama khas ialah kata yang merujuk manusia, benda, dan seumpamanya secara khusus. Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri, tanya, dan tunjuk. 6 Kami Bangga, Tuk Akub Kenal pasti kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama berdasarkan bahan. Kemudian, bina ayat. 5.1.1 (i)(ii)(iii) • Bimbing murid mengenal pasti kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama berdasarkan bahan. • Bimbing murid membina ayat mengikut konteks. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Menghargai Manakah hendak kami letakkan dron ini? Di meja itu? Pak Ngah Zaki yang menghadiahkannya untuk memudahkan Tuk Akub menyemburkan racun di ladang. Nota Guru Tuk Akub telah mendapat anugerah Tokoh Peladang Jaya. Oleh itu, satu majlis telah diadakan untuk meraikan kejayaan beliau. Majlis tersebut sangat berjaya. Ya, kamu letakkannya di situ. Siapakah yang menghadiahkan dron ini? Nenda yang disayangi, Apa khabar, nendaku Tuk Akub? Ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada nenda kerana telah mengharumkan nama keluarga kita. Cucundamu, Irfan Taman Seri Permai Munsyi Cilik Aktiviti Tatabahasa


7 Bercuti di Tanah Tinggi Ke Sana ke Sini UNIT 2 1.1.2 Kita sekarang berada di Tanah Tinggi Cameron. Suhu di sini sederhana sejuk, iaitu lebih kurang 20 darjah Celsius. Encik Nabil, ini risalah tentang tempat-tempat menarik di Tanah Tinggi Cameron. Encik Nabil dan keluarga boleh memilih tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Sejuknya, ibu. Nasib baik kita ada membawa baju sejuk. Pada waktu malam, suhu di sini tentu lebih sejuk. Kita akan menginap di calet ini selama dua malam. Strawberi banyak ditanam di sini. Pemilik calet membenarkan kita memetiknya. Situasi 1 Situasi 2 • Bimbing murid mendengar dan memahami maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi. • Bimbing murid memberikan respons. Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menilai – Membuat justifikasi EMK: Nilai Murni – Rasional Nota Guru Calet Kampung Taman Sedia Dengar dan fahami maklumat. Kemudian, berikan respons. UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti


8 Seronoknya Bercuti MANFAAT PERCUTIAN KELUARGA Irfan selalu bercuti dengan keluarganya. Dia telah membaca rencana tentang kebaikan bercuti dengan keluarga. Banyak pengetahuan diperoleh semasa bercuti. Misalnya, ahli keluarga mengetahui sejarah, kraf tangan, dan keunikan tempat yang dikunjungi oleh mereka. Agar percutian tidak sia-sia, ibu bapa boleh meminta anak-anak menulis catatan tentang ilmu pengetahuan tersebut. Baca teks rencana. Kemudian, jawab soalan yang diberikan. 1. Di manakah tempat percutian yang menepati manfaat yang dinyatakan? Jelaskan. 2. Huraikan sebab percutian dengan keluarga memberikan banyak kebaikan. 3. Pada pendapat kamu, apakah manfaat percutian yang paling menarik? Mengapa? Percutian merupakan kegiatan yang menjadi kenangan ahli keluarga. Kenangan ini akan tersimpan dalam ingatan. Antara kenangan indah tersebut termasuklah melawat tempat menarik, menikmati keindahan alam, dan merasai keenakan makanan. Percutian membolehkan ahli keluarga melupakan tugas rutin seketika. Mereka boleh bermandi-manda, merentas hutan, dan bermain di taman tema. Kegiatan yang dilakukan dengan ahli keluarga ini dapat mempererat hubungan kekeluargaan. Semasa bercuti, kita akan mengalami suasana yang berlainan daripada tempat sendiri. Sebagai contoh, keluarga yang biasa tinggal di bandar dapat menikmati suasana desa. Jika ke luar negara pula, ahli keluarga akan mengalami keadaan cuaca yang berbeza. 3 1 2 4 Mendapat Pengalaman Baharu • Bimbing murid membaca dan memahami teks rencana. • Bimbing murid mentafsir teks rencana dengan menjawab soalan yang diberikan. Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mentafsir EMK: Nilai Murni – Rasional Nota Guru 2.1.1 Menjadi Kenangan Indah Meningkatkan Ilmu Pengetahuan kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Memperkukuh Hubungan Kekeluargaan Membaca Aktiviti


02:00/04:55 02:00/04:55 Melancong ke Pulau Mabul Keluarga Irfan bercadang untuk berkunjung ke Pulau Mabul, Sabah. Irfan telah merujuk risalah dan video tentang pulau itu. Dia telah menulis pendapatnya daripada rujukan itu. Untuk berkunjung ke Pulau Mabul, saya akan memilih pakej B. Saya memilih pakej tersebut kerana mahu berada di sana dalam tempoh yang sesuai dengan kegiatan keluarga kami. Dalam masa tiga hari dua malam, kami akan memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Kami akan memastikan semua ahli keluarga terlibat dalam setiap aktiviti yang disediakan. Dengan cara ini, hubungan kekeluargaan dapat kami perkukuh. Kritis Kreatif Bina dan tulis perenggan untuk menyatakan pendapat tentang risalah pakej pelancongan dan video secara kritis dan kreatif. • Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan kreatif daripada bahan multimedia. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menilai – Memberikan pendapat EMK: Nilai Murni – Rasional 9 3.2.1 Kritis bermaksud membuat pertimbangan untuk menerima atau menolak sesuatu idea dengan alasan. Kreatif bermaksud mempunyai kebolehan untuk mengembangkan sesuatu idea. Nota Guru kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit • 2 – 4 orang: RM749 • 5 – 8 orang: RM729 • Lebih 9 orang: RM709 Bersnorkel di Pulau Mabul dan Pulau Kapalai • Bersnorkel di Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Pulau Tatagan, Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, dan Pulau Sibuan • Tambahan aktiviti untuk Pakej C termasuklah berkunjung dan bermalam di pekan Tawau • 2 – 4 orang: RM949 • 5 – 8 orang: RM929 • Lebih 9 orang: RM909 • 2 – 4 orang: RM1149 • 5 – 8 orang: RM1129 • Lebih 9 orang: RM1109 Pakej ini termasuk: Pengangkutan dan pemandu pelancong Makanan dan minuman Bayaran masuk ke tempat pelancongan Calet berpenyaman udara Suria Kencana Syarikat Pelancongan PAKEJ B: 3 Hari 2 Malam PAKEJ C: 4 Hari 3 Malam PAKEJ A: 2 Hari 1 Malam PAKEJ PELANCONGAN KELUARGA KE PULAU MABUL KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI 012-3456789 SuriaKencana SuriaKencana suriakencana.blogspot.com Video Pulau Mabul Info Menulis Aktiviti


10 4.2.1 Kisah Sebuah Keluarga Seloka ialah puisi yang mengandungi sindiran, jenaka, atau gurau senda. Lafazkan dan lagukan seloka dengan nada yang sesuai serta nyatakan pengajarannya. • Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai. • Bimbing murid menyatakan pengajaran yang terkandung dalam seloka. Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Menganalisis – Menerangkan EMK: Nilai Murni – Kasih sayang Ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang kebajikan anak-anak walaupun sibuk bekerja. Inilah kisah sebuah keluarga Hidup bahagia setiap masa Meski ibu bapa sibuk bekerja Anak-anak tidak dilupa Siang malam sibuk sekali Anak-anak masih terjaga Peranti pintar selalu ada Boleh dipantau anak di sana. Waktu cuti ke sana ke mari Melancong dengan buah hati Tak lagi sibuk urusan sendiri Dengan keluarga masa terisi Mata terpaku pada peranti Info terkini hiburan sensasi Namun tak lupa orang di sisi Yang bersama masa bercuti. Kenangan manis terimbau kini Saat indah dengan keluarga Doa dipanjat kepada Ilahi Murah rezeki bercuti lagi. Nukilan: Alias Derais Nota Guru Audio seloka Seni Bahasa Aktiviti Info


11 Nota Guru Bercuti di Calet Dusun Selama dua hari satu malam, Irfan sekeluarga menginap di calet dusun Pak Latif. Sederet calet terletak di dalam dusun buah-buahan itu. Keluarga Irfan telah menyewa dua buah calet. Kenal pasti dan kategorikan penjodoh bilangan dengan menggunakan Peta Pokok. Kemudian, bina ayat. 5.1.1 (iv) • Bimbing murid memahami penjodoh bilangan. • Bimbing murid menulis ayat dengan menggunakan penjodoh bilangan mengikut konteks. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Baik hati Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan dengan kata nama untuk menunjukkan bilangan. Contoh: sehelai baju dua bilah gunting beberapa potong betik Tatabahasa Aktiviti Munsyi Cilik


12 Teliti kata kerja transitif berdasarkan bahan. Kemudian, bina ayat. • Bimbing murid memahami kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan. • Bimbing murid menulis ayat dengan menggunakan kata kerja transitif. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi Kenangan Terindah – makanan tradisional Korea yang pedas rasanya – pakaian tradisional Korea – pakaian dan cenderamata - – pulau peranginan yang popular Pulau Nami Pasar Malam Myeongdong Menara Seoul – mercu tanda ibu kota Seoul melawati merakamkan hanbok memperagakan memakai menaiki menyaksikan kimci termakan membuat terbeli membelikan Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima objek sebagai penyambut. Contoh: • Mereka melawati bangunan bersejarah. • Irfan terbaca buku yang tebal itu. Nota Guru 5.1.2 Irfan teringat akan pengalaman sewaktu mengunjungi Korea Selatan. Dia dan keluarganya telah menikmati pelbagai keunikan di negara tersebut. Tatabahasa Munsyi Cilik Aktiviti


13 Cerita Pertemuan UNIT 3 Bertemu pada Hari Perayaan 1.1.3 Benar, Irfan. Saya pernah mengalaminya semasa negara dilanda pandemik COVID-19. Saya sekeluarga tidak dapat pulang ke kampung kerana kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Kita boleh berhubung dengan cara lain tetapi kemeriahannya tidak sama. Kita tidak dapat ___. Lihat foto ini. Wah, gembiranya ahli keluarga kamu kerana dapat bertemu! Kita tentu sedih jika tidak bertemu dengan keluarga begitu lama. Walaupun tidak dapat bertemu, kita boleh berhubung dengan pelbagai cara lain. Antaranya ____. Nota Guru • Bimbing murid mendengar dan mentafsir penyataan. • Bimbing murid memberikan respons secara kritis dan kreatif. Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menilai – Mentafsir EMK: Nilai Murni – Rasional Pada petang itu, Prasad dan Shu Ying melihat album foto di rumah Irfan. Mereka tertarik akan foto tentang pertemuan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri. Dengar dan tafsir penyataan. Kemudian, berikan respons secara kritis dan kreatif. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti


Yang Jauh di Mata Pada petang itu, Irfan mendengar drama radio. Muzik pembukaan Ibu: Lama benar ibu tidak mendengar berita tentang abang kamu, Hana. Hana: Abang baik-baik sahaja, ibu. Baru pagi tadi, Hana ada meminjam telefon Kak Suria. Dapatlah Hana menghubungi abang melalui panggilan video. Ibu: Ibu bersyukur. Abang Idham tidak menghadapi apa-apa masalah di rantau orang. Hana: Tidak lama lagi, pulanglah Abang Idham, ibu. Sekarang, abang sedang sibuk menyiapkan kertas projek tahun akhirnya. Ibu: (Sayu) Abang kamu itu cekal orangnya. Sewaktu di sekolah menengah, dia tidak mahu tinggal di asrama kerana mahu membantu ibu di kebun. Walaupun penat bekerja, dia tidak culas untuk mengulang kaji pelajaran. Hana: (Bangga) Benar, ibu. Kata abang, nasihat dan kata-kata ibu menjadi perangsang kepadanya untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh. Ibu: Semasa di England pun, dia tidak mengharapkan biasiswa sahaja. Dia bekerja secara sambilan di restoran milik orang kita di sana. Pada setiap bulan, dikirimnya wang kepada kita di kampung. Hana: Hana bangga, ibu. Hana ada abang yang bertanggungjawab. Kalau arwah ayah masih hidup, tentu beliau juga bangga akan abang. Ibu: Nanti kalau Hana berjumpa dengan Kak Suria, beritahu dia ibu hendak bercakap dengan Abang Idham pula. Kesan bunyi loceng basikal Ibu: Eh, Suria datang! Suria: Saya dengar nama saya diseru mak long tadi. Tentu ada yang boleh saya bantu. Hana: Ada-ada sahaja Kak Suria ini. Suria: Sebenarnya, saya baru sahaja menerima e-mel daripada Abang Idham. Ibu: (Teruja) Apa isinya, Suria? 14 Membaca


15 2.1.1 Nota Guru Baca teks drama dan e-mel dengan telitinya. Kemudian, berikan tafsiran berdasarkan isu pada grafik. • Bimbing murid membaca dan memahami teks. • Bimbing murid memberikan tafsiran berdasarkan isu yang diberikan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mentafsir EMK: Nilai Murni – Kegigihan Tanggungjawab anak ? Kemiskinan Ikatan kekeluargaan ISU kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit idham Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Perkara : Khabar dari Rantau Ke hadapan sepupuku, Suria, diharap semoga sihat sejahtera selalu di samping keluarga di tanah air. Terlebih dahulu, abang ucapkan terima kasih kerana Suria mengambil berat tentang kebajikan keluarga abang. Suria selalu meminjamkan telefon kepada Hana dan mak long. Oleh itu, dapatlah kami berhubung walaupun berjauhan. Bagaimanapun, abang hanya dapat berbual sebentar dengan Hana pada pagi tadi. Abang sekarang sedang sibuk menyiapkan kertas projek tahun akhir. Ada beberapa pembetulan yang perlu abang buat berdasarkan saranan pensyarah. Tidak lama lagi, siaplah kertas projek tersebut. Pengajian abang di London akan berakhir pada bulan hadapan. Oleh itu, abang tidak akan bekerja lagi di restoran Encik Badrul. Sebelum pulang ke tanah air, abang bercadang untuk mengembara ke seluruh Eropah. Abang ingin mengambil peluang untuk meninjau budaya orang. Tentang wang ringgit, janganlah keluarga di sana risau. Abang telah mengumpulkan wang yang cukup. Walaupun mengembara, abang tetap akan mengirimkan wang kepada mak long di kampung. Sampai di sini yang dapat abang tulis. Nantikan kepulangan abang yang senantiasa merindui keluarga di sana. zmel Aktiviti


KELUARGA BESAR HAJI YAAKUB Pak ngah sedang menaip … Kita akan mengadakan hari keluarga pada tahun ini lagi. Apakah tempat dan kegiatan hari keluarga yang menarik? Cuba berikan cadangan. Mak long Mak long Pak usu Kak Mawar Ini cadangan usu. Kita adakan rombongan anak cucu Haji Yaakub ke Kuala Lumpur. Kita sewa bas dan bawa sanak saudara ke sana. Bolehlah kita melawat tempat-tempat menarik di bandar raya tersebut. Kemudian, kita sewa hotel yang dari kolam renangnya kita boleh lihat langit dan bangunan Menara Kembar Petronas. Saya mencadangkan hari keluarga diadakan di calet sawah padi. Di calet tersebut, kita boleh menikmati suasana kampung. Selain itu, kita boleh memancing ikan di kolam, menjalankan sukaneka di dalam petak sawah, dan berbasikal mengelilingi kampung. Untuk ke calet itu, semua ahli keluarga boleh menggunakan kenderaan sendiri. Terima kasih, semua. Ada cadangan lain? 16 Merancang Pertemuan Keluarga 3.2.2 • Bimbing murid berbincang untuk menghasilkan jawapan. • Bimbing murid menulis jawapan dengan memberikan cadangan yang kritis dan kreatif. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Memberikan pendapat EMK: Nilai Murni – Rasional PAK-21: Meja Bulat Ibu saudara Irfan menyatakan cadangan agar keluarga besar Haji Yaakub mengadakan hari keluarga. Mereka berbincang dalam ruang sembang WhatsApp keluarga. Hasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. Nota Guru kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Menulis Aktiviti


17 Lembaran Memori Anakku, tugas ibu telah berpenghujung pasti nanti ibu akan pulang dari negara atas angin ke tanah air. Anakku, akan ibu tinggalkan kerja lantas merentasi benua yang memisahkan kita. Anakku, akan ibu bawa pulang hadiah istimewa dari negara asing sebagai cenderamata rindu. Anakku, ibu sering mengingatimu dari jauh kerana engkau umpama matahari yang terbit dalam hati. Anakku, sabarlah menunggu ibu tidak lama lagi akan tiba di rumah kita. Anakku, hitunglah hari-hari kita akan bertemu kembali merapatkan kasih sayang yang suci. Nukilan: Qurratul ‘Ain Persembahkan sajak dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa. 4.2.2 • Bimbing murid mempersembahkan sajak dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa. Strategi PdP: KP – Kinestetik KBAT: Mencipta – Mempersembahkan EMK: Nilai Murni – Kasih sayang Kepulangan Nota Guru Irfan dan rakan-rakannya hendak membuat persembahan puisi di sekolah. Mereka memilih sebuah sajak karya penulis negara untuk dipersembahkan. Puisi boleh dipersembahkan dengan pelbagai cara. Antaranya termasuklah: • dekon – deklamasi dan lakon • mestamu – melagukan puisi tanpa muzik • mimos – lakonan yang mementingkan gerakan anggota badan dan ekspresi muka Seni Bahasa Aktiviti Info


18 Fahami penggunaan kata kerja tak transitif. Kemudian, bercerita berdasarkan bahan. • Bimbing murid memahami kata kerja tak transitif. • Bimbing murid bercerita. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Berusaha Manisnya Pertemuan Pak usu Irfan telah berkahwin di luar negara. Isterinya berasal dari Itali. Mereka telah pulang ke tanah air. Oleh itu, pak usu membawa mak usu tinggal di kampung. 5.1.2 datang bersalam berbual-bual beralaskan berhidang berterima kasih ada tertawa bertandang tertarik Kata kerja tak transitif tergolong kepada: (i) kata kerja tak transitif tanpa pelengkap Contoh: Mereka asyik berbual. (ii) kata kerja tak transitif berpelengkap Contoh: Kami tinggal di Kampung Jaya. Nota Guru Tatabahasa Munsyi Cilik Aktiviti


Kasih Terjalin Berdasarkan gambar, tulis pendapat kamu dalam perenggan tentang kegiatan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ______. Ahli keluarga dapat menikmati ______. Di samping itu, ahli keluarga boleh menjalin kemesraan dengan ______. Misalnya, ahli keluarga boleh ______. 19 Pada pendapat saya, ibu bapa mestilah meluangkan masa dengan keluarga. Mereka dapat melakukannya dengan makan bersama-sama. Semasa di meja makan, ibu bapa wajar bertanyakan khabar anak-anak. Sekali sekala, ibu bapa boleh membawa keluarga makan di restoran atau di gerai makanan. Masa terluang boleh digunakan untuk beriadah dengan keluarga. Ayah boleh mengajak anak-anaknya ______. Permainan ini dapat merehatkan fikiran sambil ______. Ibu bapa boleh mengambil peluang untuk ______. Dengan cara ini, ______. 3.2.1 Pemulihan


20 Teka Silang Kata Melintang 1. Kakak menghadiahi emak se___ bunga mawar bersempena dengan Hari Ibu. 5. Ibu bapa memainkan ___ penting untuk membentuk keluarga bahagia. 6. Tuan Haji Amri selalu menasihati cucu ___ agar belajar dengan bersungguh-sungguh. 8. Puan Alia ___ anak-anaknya kuih talam untuk minum petang. 10. Hari Bapa disambut pada hari ___ minggu ketiga bulan Jun pada setiap tahun. Menegak 2. Encik Ismail membawa anak-anaknya ___ ke pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia. 3. Pak Cik Rosdi yang telah lama menghilang tiba-tiba ___ di kampung. 4. Kami ___ kedatangan pak uda yang berkunjung ke rumah kami. 7. ___kah yang bertanggungjawab memastikan keselamatan keluarga? 9. Kereta baharu ___ dibeli oleh ayah untuk keselesaan keluarga kami. 1 4 5 8 9 7 10 6 2 3 5.1.1 5.1.2 Lengkapkan teka silang kata. 1 4 5 8 9 7 10 6 2 3 Pengayaan m m j b u d z n S A n p


21 Keluarga Bahagia 1. Apakah maksud keluarga bahagia? 2. Bagaimanakah ibu bapa dapat membentuk keluarga bahagia? 3. Sebagai anak, jelaskan peranan kamu untuk membentuk keluarga bahagia. 4. Huraikan maksud pantun di atas. 5. Apakah kesan keluarga bahagia kepada negara? Jelaskannya. 2.1.1 Selamat pagi dan salam sejahtera, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Keluarga Bahagia”. Hadirin sekalian, Keluarga bahagia ialah keluarga yang saling memahami serta menerima kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain. Ahli keluarga tidak mementingkan diri. Sebaliknya, mereka mengambil berat tentang kebajikan ahli keluarga yang lain. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membina keluarga bahagia. Mereka mestilah memberikan kasih sayang yang secukupnya dan melayan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab untuk meluangkan masa dengan anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berperanan untuk memupuk keluarga bahagia. Abang atau kakak perlu membantu ibu bapa untuk meringankan beban mereka. Sebagai contoh, mereka hendaklah menjaga adik, mengemas rumah, dan membasuh pakaian. Dengan itu, ibu bapa tidaklah terlalu tertekan apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja. Hadirin yang saya hormati, Kesimpulannya, pembentukan keluarga bahagia memerlukan pengorbanan dan tolak ansur ahli keluarga. Saya berharap semoga keluarga yang bahagia dapat diwujudkan dalam masyarakat kita. Saya akhiri syarahan ini dengan serangkap pantun. Jambu batu di dalam raga, Dimakan kera tinggal sekerat; Saling membantu ahli keluarga, Hubungan mesra terjalin erat. Sekian, terima kasih. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang berikutnya. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Pengukuhan


22 Poskad untuk Ayah Molly anak Orang Asli yang tinggal di Hutan Simpan Belum, Perak. Dia perlu menetap di asrama kerana rumahnya jauh dari sekolah. Walaupun berjauhan, Molly tidak melupakan keluarganya di kampung. Dia mengirimkan poskad kepada ayahnya. A. Jawab soalan berikut: 1. Mengapakah Molly perlu tinggal di asrama? 2. Jelaskan dua sikap Molly yang wajar dicontohi oleh orang lain. 3. Sebagai rakan, bagaimanakah kamu dapat membantu Molly menyesuaikan diri? Jelaskan cadangan kamu. B. Senaraikan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat. 5 Januari 20 Ayah, Apa khabar keluarga di sana? Molly telah selamat tiba di asrama. Kelas telah bermula pada hari Isnin. Molly ditempatkan di Tahun 6 Melur. Suasana di sini agak berbeza tetapi Molly akan cuba menyesuaikan diri. Ayah dan ibu juga tidak perlu khuatir. Molly akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita. Sampaikan salam kepada adik-adik. Molly sangat merindui mereka. Yang jauh, Molly Kepada: Itam bin Alik, Kampung Cantek, Hutan Simpan Belum, 33300 Banding, Perak Darul Ridzuan. Baca bahan dengan telitinya. Penilaian 2.1.1 3.2.2 5.1.2


Bersoal jawab tentang gambar. 23 TEMA 2 KESIHATAN DAN KEBERSIHAN


Kesihatan Tanggungjawab Kita UNIT 4 Nasihat Pakar Pemakanan Izzah dan ibunya, Puan Zurina, sedang menonton rancangan bual bicara kesihatan. Topiknya tentang masalah obesiti. UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Selamat datang, Encik Hisyam. Bolehkah encik terangkan masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia? Terima kasih kerana mengundang saya. Untuk makluman penonton, obesiti berlaku disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya termasuklah pemakanan yang tidak terkawal. Kawalan pemakanan merupakan cara terbaik untuk mengatasinya. Pengambilan makanan berzat dan seimbang akan menghindari kita daripada obesiti. kurang bersenam keturunan amalan pemakanan faktor persekitaran pengaruh emosi Punca Obesiti 24


Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan secara bertatasusila. 25 • Bimbing murid mengenal pasti maklumat daripada bahan untuk bertutur. • Bimbing murid bertutur untuk menyampaikan rumusan dan ramalan secara bertatasusila. Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menilai − Meramalkan EMK: Sains dan teknologi Nota Guru 1.2.1 (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Puan Zurina: Izzah, obesiti berpunca daripada pelbagai faktor yang tidak dijangka seperti faktor keturunan dan persekitaran. Izzah: Ya, ibu. Obesiti juga disebabkan oleh sikap kita yang ____. Puan Zurina: Oleh itu, obesiti perlu dicegah sejak kanak-kanak lagi. Izzah: Betul, ibu. Jika tidak, penyakit ini akan berlanjutan sehingga dewasa. Kita perlu ingat, kesihatan diri ialah tanggungjawab sendiri. Jika telah mendapat obesiti, kita akan mengalami pelbagai masalah. Contohnya, ____. Aktiviti kurang bersenam keturunan amalan pemakanan faktor persekitaran pengaruh emosi Punca Obesiti


Rawatan Fisioterapi 26 mesin shockwave therapy alat terapi ultrabunyi Izzah dan ayahnya, Encik Faizal, menemani datuknya membuat rawatan fisioterapi di hospital. Izzah menolak kerusi roda datuknya. Datuknya akan menjalani proses rehabilitasi untuk merawat penyakit saraf. Rawatan fisioterapi ini akan dijalankan oleh jurupulih anggota yang terlatih. Datuk Izzah dirawat menggunakan alatan elektroterapi, iaitu mesin shockwave therapy. Jurupulih anggota itu membaca manual alatan sebelum memulakan rawatan. Rawatan itu telah mengurangkan kesakitan datuknya. Jurupulih anggota juga menggunakan alat terapi ultrabunyi untuk mengesan tindak balas saraf datuk Izzah. Di bilik lain, Izzah melihat beberapa orang jurupulih anggota memberikan rawatan senaman terapeutik kepada pesakit. Pesakit dibantu untuk melakukan pergerakan ringan dan berintangan. Terdapat juga pesakit yang diberi rawatan terapi manual seperti terapi manipulasi tisu lembut. Pesakit yang tidak mampu bergerak dibantu untuk melakukan senaman pasif. Membaca


Setelah selesai rawatan, Izzah dan ayahnya membawa datuknya berjumpa dengan doktor. Doktor tersebut menerangkan cara rawatan hidroterapi. Menurut beliau, rawatan itu boleh dilakukan di hospital tertentu atau pusat perkhidmatan fisioterapi swasta. Izzah bertuah kerana dapat mengetahui maklumat tentang rawatan fisioterapi. Dia sedar bahawa petugas kesihatan mempunyai tanggungjawab yang besar. terapi manipulasi tisu lembut senaman pasif rawatan hidroterapi (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) • Bimbing murid membaca teks. • Bimbing murid merujuk kamus dan media elektronik untuk mencari makna, sebutan, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat. Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis − Mengesan EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab Nota Guru 2.1.2 27 Jurupulih anggota juga dikenali sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Fisioterapi. Baca teks. Kemudian, rujuk kamus dan media elektronik untuk mencari makna, sebutan, ejaan, dan penggunaan perkataan yang berwarna kuning. Aktiviti Info


28 Izzah merancang menu harian pada hujung minggu untuk memastikan makanan yang diambilnya seimbang. Dia merujuk Piramid Makanan Malaysia 2020. 3.2.3 • Bimbing murid mengenal pasti maklumat. • Bimbing murid mencatat maklumat dan menjanakan idea berdasarkan bahan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggambarkan EMK: Nilai Murni – Keprihatinan PAK-21: Fikir-Pasang-Kongsi Nota Guru Piramid Makanan Malaysia 2020 Catat maklumat dan rancang menu sihat. Menu Sihat kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Waktu Sarapan Minum Pagi Makan Tengah Hari Minum Petang Makan Malam Makan Lewat Malam Menu Sebiji pisang, dua keping roti, dan secawan teh O ______ ______ ______ ______ ______ Gula Tepung Susu Soya Yogurt Enam hingga lapan gelas air kosong (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) Kumpulan makanan Kuantiti Contoh Sayursayuran Dua hingga tiga sajian Lobak Buahbuahan ______ ______ Sumber karbohidrat ______ ______ Sumber protein ______ ______ Susu dan produk tenusu ______ ______ Lemak, minyak, gula, dan garam Dikurangkan Kek coklat Sumber protein • satu hingga dua sajian Sumber karbohidrat • tiga hingga lima sajian Susu dan produk tenusu • dua sajian Sayur-sayuran • dua hingga tiga sajian Buah-buahan • dua sajian Lemak, minyak, gula, dan garam • perlu dikurangkan Menulis Aktiviti Gandum


Izzah ingin menyertai pertandingan mencipta pantun. Dia telah menulis serangkap pantun. Dia telah membaca beberapa bahan untuk mendapatkan ilham bagi mencipta pantun lain. Kita Jaga Kita Nota Guru 4.3.1 • Bimbing murid mengenal pasti perkataan yang boleh membentuk maksud pantun. • Bimbing murid menghasilkan pantun dengan bahasa yang indah serta santun dan mempersembahkannya. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Membina EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Gelap-gelita pasang pelita, Cahaya terang di tepi tambak; Marilah kita jaga kita, Kita sekarang diancam wabak. AMALKAN NORMA BAHARU ELAKKAN 3S MEMBANTU AHLI KELUARGA SEMASA WABAK • Kerap membasuh tangan • Amalkan penjarakan fizikal • Gunakan pelitup muka • Tempat sesak • Tempat sempit dan tertutup • Bersembang dekat-dekat Kerap bertanyakan khabar, terutamanya yang terkena jangkitan Galakkan mereka melakukan aktiviti kegemaran Kongsi maklumat yang tepat, rasmi, dan sah bagi mengelakkan kerunsingan Kongsi kisah mereka yang dijangkiti virus Sentiasa berikan sokongan Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Manusia bergerak, manusia berhimpun. Virus tidak berhimpun. Virus merebak dan berjangkit apabila manusia bergerak dan berhimpun. Jadi, apabila kita duduk di rumah, kita telah mengurangkan pergerakan dan ini akan membantu kita memutuskan rantaian jangkitan wabak. #kita jaga kita “ “ 29 Hasilkan pantun dan persembahkannya. Cara mencipta pantun: 1. Tulis dua baris maksud. 2. Cari perkataan yang berima sama. 3. Bina dua baris ayat pembayang menggunakan perkataan itu. 4. Pastikan setiap baris mempunyai rima akhir a/b/a/b. 5. Samakan rima tengahnya. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Seni Bahasa Aktiviti


Tatabahasa Penggunaan gajet memberikan kesan kepada kesihatan kanak-kanak. Antaranya termasuklah punca kerosakan saraf mata. Hal ini berlaku apabila mata mereka terdedah kepada skrin gajet terlalu lama. Cahaya biru dari skrin gajet berupaya untuk menembusi saraf mata. Di samping itu, penggunaan gajet tanpa kawalan juga boleh menyebabkan kanak-kanak tidur lewat. Mereka leka bermain gajet sehingga membawanya ke tempat tidur. Rehat yang tidak mencukupi akan menyebabkan mereka menjadi lesu dan pengsan. Kesimpulannya, penggunaan gajet yang tidak terkawal akan membawa padah. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah sentiasa memantau anak-anak mereka. Mereka perlu bertegas dan sedar bahawa penggunaan gajet oleh anak-anak berada dalam kawalan mereka. Izzah membaca rencana tentang kesan penggunaan gajet terhadap mata kanak-kanak. Kemudian, dia menceritakan perkara itu kepada rakan-rakannya. Gajet, Oh, Gajet! • Bimbing murid mengenal pasti kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. • Bimbing murid bercerita tentang bahan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan EMK: Nilai Murni – Kasih sayang PAK-21: Main Peranan Nota Guru 30 Kesan Penggunaan Gajet terhadap Mata Kanak-kanak Oleh: Doktor Farah Nabila Mata Kering (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) Kerosakan Saraf Mata Pendedahan kepada cahaya biru terlalu lama berbahaya kerana cahaya itu dapat menembusi saraf mata terus berbanding dengan sinar ultraungu (UV). Penggunaan gajet juga menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang sama. Peningkatan Rabun Jauh (miopia) Pelihatan Kabur Kedudukan kanak-kanak yang tidak sesuai semasa menggunakan gajet akan menyebabkan masalah mata kering, mata penat, dan kesakitan pada bahu dan leher. Penurunan tahap pelihatan yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan pelihatan berganda. Bercerita tentang bahan dengan menggunakan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. 5.1.2 Aktiviti Kawan-kawan, penggunaan gajet memberikan kesan kepada mata kanak-kanak. Antaranya ... .


Trak Makanan BeSS Kebersihan Asas Kesejahteraan UNIT 5 Izzah dan keluarganya ke bandar untuk membeli-belah. Di sana, mereka ternampak Trak Makanan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS). Mereka tertarik untuk mencuba makanan di trak tersebut. Izzah: Trak makanan ini menepati standard premis makanan BeSS, ayah. Encik Faizal: Ayah ____. Bagi ayah, peniaga trak makanan ini ____. Mengapakah pengiktirafan BeSS ini sangat penting? Fateh: Pengiktirafan BeSS ini sangat penting ____. Nasi lemak 400 kalori 31 • Bimbing murid mengenal pasti maklumat tersurat dan tersirat. • Bimbing murid bertutur untuk menghujahkan sesuatu perkara menggunakan idea yang kritis. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai − Memberikan alasan EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental Nota Guru 1.2.2 Bertutur untuk menghujahkan kepentingan trak makanan BeSS. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit mengekalkan premis yang bersih Premis Makanan BeSS akan sentiasa: menyediakan makanan selamat menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat mempromosikan saiz hidangan makanan yang mengikut keperluan individu Premis makanan yang BERSIH, SELAMAT dan SIHAT semestinya “BeSS” UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)


Nota Guru 32 2.2.1 • Bimbing murid membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia. • Bimbing murid membuat rumusan. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis − Menilai EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab Enam Panduan Penjagaan Kebersihan Diri untuk Remaja Memelihara Kulit Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai. Kulit remaja sangat sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Kulit yang kering juga akan kelihatan lesu. Memberus Gigi Semasa memberus gigi, jangan lupa memberus kawasan lidah untuk membersihkannya daripada sisa makanan. Kebersihan gigi penting agar nafas kamu sentiasa segar dan tidak berbau. Membersihkan Badan Gosok badan dengan menggunakan berus atau span untuk membuang sel-sel kulit mati ketika mandi. Gunakan sabun yang sesuai dengan kulit kamu. Mengawal Bau Badan Gunakan pewangi badan dan produk antipeluh yang sesuai untuk menghilangkan bau badan. Perubahan hormon dalam diri remaja menyebabkan masalah bau badan. Membersihkan Rambut Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Rambut yang tidak sihat akan menghasilkan kelemumur yang menjadi punca keguguran rambut dan rambut yang berbau. Membersihkan Kuku Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek bagi mengelakkan kuman dan kotoran berkumpul. Berhati-hati semasa mengetip kuku agar kamu tidak mendapat penyakit cekam. Izzah ingin mengetahui panduan penjagaan kebersihan diri. Dia melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tersebut. Penjagaan Diri Remaja Baca teks dan buat rumusan. Rumusannya, untuk memastikan penjagaan kebersihan diri remaja sempurna, mereka perlu ____. (Sumber: Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 6, 2015, Dewan Bahasa dan Pustaka) kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Membaca Aktiviti


Nota Guru 33 Tulis teks laporan yang diimlakkan. 3.2.4 • Bimbing murid mengenal pasti ejaan dan sebutan perkataan yang berwarna merah. • Bimbing murid menulis teks prosa yang diimlakkan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Melaksanakan EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental Izzah menulis laporan tentang lawatan ke Majlis Perasmian Kempen Kebersihan Tandas. Kempen Kebersihan Tandas Laporan Lawatan ke Majlis Perasmian Kempen Kebersihan Tandas Pada 19 Februari yang lalu, 20 orang ahli serta guru pembimbing Kelab Doktor Muda telah menghadiri Majlis Perasmian Kempen Kebersihan Tandas di Putrajaya. Lawatan itu untuk mendedahkan isu-isu kebersihan kepada ahli Kelab Doktor Muda. Selain itu, lawatan itu juga bertujuan untuk mendedahkan cara-cara terbaik bagi menjaga kebersihan tandas. Semasa di sana, kami diterangkan penggunaan pencuci antibakteria. Pencuci ini perlu diletakkan di dalam tangki tandas. Apabila tangki dipam, air yang bercampur dengan bahan antibakteria dapat menghilangkan kotoran dan bau busuk pada mangkuk tandas. Selepas itu, kami mendengar ceramah tentang teknologi flushometer. Teknologi ini mengurangkan punca pembiakan nyamuk kerana air tidak ditadah atau disimpan di dalam tangki. Lantai tandas juga akan lebih bersih apabila tiada air yang bocor atau melimpah dari tangki tandas. Akhir sekali, kami menonton video tentang penggunaan bidet terkini. Penggunaan bidet lebih bersih kerana dapat mengurangkan sentuhan pada mangkuk tandas. Cara ini dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman. Lawatan itu selesai pada pukul 2:00 petang. Kesimpulannya, lawatan itu telah memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada para peserta untuk sentiasa menjaga kebersihan. Laporan disediakan oleh, 21 FEBRUARI 20 (IZZAH BINTI FAIZAL) Setiausaha, Kelab Doktor Muda, SK Seri Permai. Izzah . Menulis Aktiviti


Kantin Bersih, Murid Selesa 34 Selepas cuti penggal, pengusaha kantin di sekolah Izzah telah membuat penambahbaikan. Seni Bahasa teruja tidak terdedah tidak berbau bertanggungjawab pensanitasi tangan baharu


35 • Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan. • Bimbing murid mempersembahkannya secara kreatif. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mencipta − Menghasilkan EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental Nota Guru 4.3.2 Hasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan. Persembahkannya secara kreatif. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Aktiviti SK Seri Permai Amalan Perkhidmatan Kantin Terbaik Peringkat Kebangsaan 20 sisa makanan terjamin bersih Basuhlah tangan dengan betulnya. Pastikan tangan kamu bersih. mesra alam kebersihan asas kesihatan PONDOK BAJA KOMPOS


Persekitaran Rumahku Sebersih Taman Izzah bercerita tentang cara penduduk di kawasan perumahannya menjaga kebersihan kediaman mereka. Kempen “Rumahku Tamanku” dijalankan di kawasan perumahan saya. Sejak kempen itu diperkenalkan, penduduk setempat sangat ambil berat tentang isu kebersihan. Mereka ingin menjadikan kawasan rumah mereka bersih apabila dipandang. Anak-anak yang masih muda remaja membantu ibu bapa mengeluarkan sampah sarap dari longkang. Daun yang kekuning-kuningan dikumpulkan lalu dibuang. Tinggallah pokok yang segar-bugar untuk membekalkan udara bersih. Kini, kawasan perumahan saya sebersih dan seindah taman rekreasi. Nota Guru 36 5.1.3 • Bimbing murid memahami pelbagai bentuk kata adjektif berdasarkan bahan. • Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan pelbagai bentuk kata adjektif berdasarkan bahan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Menghasilkan EMK: Nilai Murni − Bertanggungjawab Bina ayat dengan menggunakan pelbagai bentuk kata adjektif. Kata adjektif terdiri daripada empat bentuk, iaitu: • kata adjektif tunggal. Contoh: rendah, kuning, indah • kata adjektif terbitan. Contoh: terkecil, semerah, serabut • kata adjektif ganda. Contoh: baik-baik, kecil-kecilan, gelap-gelita • kata adjektif majmuk. Contoh: manis buah, hitam legam, terang hati senang hati panjang semerbak tersubur hijau daun secantik-cantik rapat-rapat kemas Aktiviti Tatabahasa Munsyi Cilik


Nyamuk Penyelamat Dalam perjalanan ke hospital, Izzah menonton berita di dalam kereta ayahnya. Bersih Selalu, Sihat Sentiasa 37 Nota Guru 1.2.2 • Bimbing murid menganalisis bahan untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat. • Bimbing murid bertutur untuk menghujahkan maklumat dengan menggunakan idea kreatif. Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menilai – Membahas EMK: Sains dan teknologi Menghasilkan jentik-jentik berwolbachia Nyamuk Aedes jantan Nyamuk berwolbachia jantan Nyamuk berwolbachia Nyamuk Aedes betina Tiada jentik-jentik terhasil mengawan mengawan betina jantan PROGRAM KAWALAN DENGGI MELALUI PROJEK WOLBACHIA Bekas hitam kecil (ovitrap container) Digunakan untuk memantau kehadiran nyamuk berwolbachia. • Wolbachia ialah bakteria yang hidup dalam sel serangga berkurun-kurun tahun dahulu dan diwarisi generasi seterusnya melalui telur. • Nyamuk berwolbachia tidak berbahaya kepada manusia, haiwan, dan alam sekitar. • Nyamuk berwolbachia tidak menyebabkan demam denggi. Apakah Wolbachia? (Sumber: www.infosihat.gov.my) Mengandungi telur nyamuk bagi menghasilkan nyamuk berwolbachia. Bertutur untuk menghujahkan idea kreatif. Encik Faizal: Izzah, program kawalan denggi dengan nyamuk berwolbachia ini lebih mesra alam kerana tidak menggunakan sebarang racun atau bahan kimia. Izzah: Ya, ayah. Nyamuk berwolbachia tidak berbahaya ____. Encik Faizal: Bagaimanakah persekitaran yang bersih dapat menjamin kejayaan pembiakan nyamuk berwolbachia di dalam bekas-bekas hitam itu? Izzah: ____. Perhatian: Jangan alihkan bekas-bekas hitam ini. UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti Bagaimanakah nyamuk berwolbachia mengawal populasi nyamuk Aedes? Bekas hitam besar (release container) UNIT 6


Nota Guru 38 2.2.1 Izzah membaca maklumat dalam Internet tentang evolusi ambulans. Evolusi Ambulans Ambulans Hospital Universiti Malaya – 1963 Ambulans ini lebih kecil dan bergerak lebih pantas. Ruang dalamannya mampu memuatkan dua orang pesakit dan seorang petugas. (Sumber: Universiti Malaya) Perkembangan Ambulans di Malaysia • Bimbing murid membaca dan memahami bahan. • Bimbing murid menaakul bahan untuk membuat ramalan. Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menilai − Meramalkan EMK: Sains dan teknologi Ambulans Pertahanan Awam – 1952 hingga 1960-an Ambulans ini bersaiz besar dan hanya berfungsi untuk membawa pesakit. Ambulans ini mampu memuatkan lapan orang pesakit pada satu-satu masa. [Sumber: Angkatan Pertahanan Awam (APM)] Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia – kini Ambulans spesifikasi tinggi ini dilengkapi alat pemantau jantung dan alat bantuan pernafasan. Selain itu, terdapat juga mesin untuk membantu petugas melancarkan salur pernafasan pesakit. Ambulans ini turut menyediakan pelbagai jenis peralatan membawa pesakit mengikut kes yang diterima. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) Bagaimanakah ciri-ciri ambulans pada masa hadapan? Baca teks dan buat ramalan. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Membaca Aktiviti https://sejarahambulans.com.my Perkembangan Ambulans di Malaysia


Nota Guru 39 3.2.4 • Bimbing murid mengenal pasti ejaan dan sebutan dalam bahan. • Bimbing murid menulis teks sajak yang diimlakkan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Melaksanakan EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental Bilik Isolasi Di kamar ini tanpa rela kuhadiri ditemani batuk kecil mataku berpinar-pinar kepalaku berdenyut-denyut tubuhku mula meragam. Hadirnya aku di sini mengasing diri keseorangan berbaring diri dalam keselesaan bantal bersih menjadi teman menunggu masa untuk kupulang. Hadirnya aku di sini sekeliling dapat kuperhati kamar bersih cantik berseri habuk dan hama takut hampiri dengan harapan tidak dijangkiti. Kamar ini habis diguna terus dirapi dilap dimop disanitasi esok lusa berguna lagi terus berkhidmat terus berfungsi. Nukilan: Izzah Faizal 2. Bacaan suhu murid perlu direkod semula selepas 15 minit. 3. Jika bacaan suhu murid telah kembali normal, murid dikehendaki balik ke kelas. 4. Catatkan waktu masuk dan waktu keluar murid dalam buku catatan. Info Bilik Isolasi 1. Bilik ini menempatkan murid bergejala dan kontak rapat. Terasing di Kamar Izzah pernah ditempatkan di dalam bilik isolasi. Dia mencatat pengalamannya itu dalam sebuah sajak. Tulis teks sajak yang diimlakkan. Menulis Aktiviti Audio sajak


Jagalah Tangan Kita Kelab Doktor Muda telah mengadakan pertandingan menulis seni kata lagu. Izzah bercadang untuk menulis seni kata lagu tentang cara penjagaan tangan. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) Nota Guru 40 4.3.3 • Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan. • Bimbing murid mempersembahkan seni kata lagu dengan kreatifnya. Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mencipta – Menggubah EMK: Kreativiti dan inovasi Sapu vaselin sebelum tidur. Jangan gunakan bahan antipenuaan. Tekap tangan pada tuala. Tangan yang tidak dijaga dengan cara yang betul boleh menjadi terlalu kering. Basuh tangan dengan cara yang betul. 1 2 3 4 5 Elakkan bahan yang mengandungi retinol. 6 Hasilkan seni kata lagu. Kemudian, persembahkannya dengan gaya yang kreatif. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Audio lagu Seni Bahasa Aktiviti Sapu krim tangan.


41 Bilik Selesa, Tidur Berkualiti Nota Guru 5.1.3 Amna: Izzah, saya tidak dapat tidur lena kerana bunyi bising. Izzah: Bunyi apakah yang mengganggu tidur kamu, Amna? Amna: Bunyi dengkuran kakak saya, Izzah. Izzah: Oh, begitu! Dia mungkin menghidapi apnea tidur. Amna: Jadi, apakah yang harus saya lakukan? Izzah: Nasihatilah dia dengan suara kamu yang selunak buluh perindu. Minta dia berjumpa dengan doktor. Amna: Ada-ada sahaja kamu, Izzah. Kadang-kadang, saya juga berasa tidak selesa sewaktu tidur. Izzah: Amna, kebersihan diri mesti kita titik beratkan. Sebaik-baiknya, cucilah muka sebelum tidur supaya kulit muka tidak berminyak. Amna: Baik, Izzah. Saya juga selalu membuka tingkap untuk menghilangkan bau hapak. Izzah: Mungkin bau itu daripada pakaian yang belum betul-betul kering, Amna. Pakaian yang lembap-lembap menyebabkan kulat membiak pada fabrik. Situasi ini menyebabkannya berbau. Amna: Kalau begitu, pengurusan diri akan saya utamakan agar lebih tenteram semasa tidur. Saya juga akan memastikan bilik tidur sentiasa kemas dan bersih. Izzah: Bagus, Amna. Buat sementara waktu, semburkan pewangi agar bilik kamu harum semerbak. Seperkara lagi, jangan ambil minuman yang manis-manis sebelum tidur. Jangan buat pekak badak sahaja. Ingat nasihat saya. Amna: Baik, Izzah. Terima kasih atas nasihat itu. Izzah: Sama-sama, Amna. Tidur lenalah puteriku. Amna: Ha, ha, ha! Harap-harap masin mulut kamu, Izzah. Kawan Izzah, Amna, berkongsi tentang masalahnya sewaktu tidur. Kenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif. Kemudian, lakonkan dialog. • Bimbing murid memahami pelbagai bentuk kata adjektif. • Bimbing murid melakonkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Melakonkan EMK: Nilai Murni − Kasih sayang PAK-21: Lakonan Aktiviti Tatabahasa Apnea tidur ialah keadaan pernafasan yang terhenti untuk sementara waktu semasa tidur. Info


Kurangkan Batuk Berkahak Izzah teruja membaca petua mengurangkan batuk berkahak. Dia telah bulat hati untuk berkongsi petua ini dengan ibunya. Nota Guru 42 5.1.3 Cara Mengurangkan Batuk Berkahak 5. Simpan balang di dalam peti sejuk. Minum madu itu dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. 4. Ulang langkah itu untuk beberapa lapisan sehingga balang itu penuh. 6. Campuran ini mampu bertahan selama tiga hingga empat bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. • Bimbing murid mengenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif dalam bahan. • Bimbing murid membina perenggan dengan menggunakan pelbagai bentuk kata adjektif. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Membina EMK: Sains dan teknologi 3. Masukkan madu setinggi lapisan lemon dan halia hingga lapisan itu tenggelam. Kenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif. Kemudian, tulis perenggan untuk menyampaikan pesanan. 1. Hiris halia dan lemon bulat-bulat secara perlahan-lahan. 2. Masukkan hirisan tersebut ke dalam balang bersaiz sederhana yang tinggi. Tatabahasa Aktiviti


Click to View FlipBook Version