Muafakat Lebah dengan Tempua 93 2.3.2 Baca teks cerita. Kemudian, nyatakan ilmu dan nilai daripada cerita tersebut. Persembahkannya dalam pelbagai bentuk. Ilmu Pemulihan ____ Ilmu Lebah bersarang dan membuat madu di pokok. Nilai Ilmu ____ ____ Nilai Baik hati. Sang Lebah melihat sekeluarga tempua dari sarangnya di pokok tualang, tempat dia membuat madu. Anak tempua yang masih kecil menangis kesejukan. Sang Lebah menghampiri keluarga tempua itu. “Hai, Sang Tempua! Mengapakah kamu berada di sini?” tanya Sang Lebah. “Eh, Sang Lebah! Kami baru saja berpindah di sini. Kami tiada tempat untuk berteduh,” kata Sang Tempua. “Kalau begitu, ayuh, saya ajarkan cara untuk membuat sarang!” kata Sang Lebah. Sang Lebah pun mengajar Sang Tempua membuat sarang daripada daun padi dan lalang. “Sarang tempua jantan ini ada tempat untuk kamu bertenggek,” kata Sang Lebah. “Menarik,” kata Sang Tempua. “Pintu sarang tempua betina pula agak berbeza kerana ada bahagian berlekuk untuk menyimpan telur,” jelas Sang Lebah lagi. Hasil muafakat mereka, sarang tempua pun siap. Sarang yang rendah itu terjuntai pada daun pokok kelapa. Sang Lebah dan Sang Tempua pun tinggal berjiran dan saling membantu. Kononnya, mulai hari itu, tempua sering membuat sarang yang rendah. Nilai ____ Ilmu ____
94 balai cari gulung bertolak pusat diri rendah tengah garis hari raya kuning langsat gali guru besar tikar ansur mata pelajaran Permainan Membina Kata Majmuk Peraturan Permainan 1. Peserta diberi masa selama lima minit untuk membentuk kata majmuk dan membina ayat. 2. Loceng akan dibunyikan sekali setelah tiga minit dan dua kali setelah lima minit. 3. Pengadil akan membatalkan penyertaan para pemain yang melebihi had masa. 4. Juri akan menentukan pemenang melalui pembentukan kata majmuk dan pembinaan ayat yang betul. Jika keputusan seri, pemenang ditentukan melalui kepantasan masa. Penjaga Masa Pengadil Juri Pasukan Muhibah Pasukan Harmoni Pasukan Sepakat Langkah Permainan 1. Pengadil akan meniup wisel untuk memulakan permainan. Penjaga masa pula akan mencatat masa. 2. Selepas itu, para pemain memadankan perkataan untuk membentuk kata majmuk. Para pemain juga dikehendaki menulis ayat dengan menggunakan setiap kata majmuk yang telah dibentuk pada sekeping kertas. 3. Setelah selesai, ketua pasukan akan menyerahkan kertas tersebut kepada juri. Apabila juri menerimanya, penjaga masa akan berhenti mencatat masa. 5.2.2 Pengayaan
95 Berdasarkan gambar, bercerita tentang kegiatan untuk memupuk hubungan antara kaum di sekolah. Cara Memupuk Perpaduan Mari Erat Perpaduan bersatu hati berbincang bekerjasama bersepakat bantu-membantu bergotong-royong Pengukuhan 1.3.1 CONTOH
96 A. Berdasarkan bahan grafik, bercerita tentang pengalaman kamu mengenai cara mewujudkan perpaduan melalui pendidikan. B. Betulkan kesalahan penggunaan imbuhan dan kata dalam petikan di bawah. Kemudian, tulis petikan tersebut semula. tiada persengketaan dalam masyarakat berbilang bangsa melahirkan generasi yang bersatu padu dan menguntungkan negara Bagaimanakah perpaduan dipupuk melalui pendidikan? mempelajari bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan menyertai kegiatan kokurikulum yang melibatkan semua kaum menerapkan elemen sivik dalam pendidikan memahami sejarah pembinaan negara melalui mata pelajaran Sejarah Bahasa Melayu menjadi lambang jati diri masyarakat Malaysia. Bahasa ini berperanan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu dalam pemhubungan antara kaum dapat mengelakan perasaan curiga. Selain itu, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam tiap urusan kerajaan. Oleh itu, rakyat Malaysia sepatutnya merasa bangga untuk menggunakan bahasa Melayu. 1.3.1 3.3.2 Penilaian
97 TEMA 5 KEBUDAYAAN, KESENIAN, DAN ESTETIKA Sebutkan unsur-unsur kebudayaan, kesenian, dan estetika yang terkandung dalam gambar.
98 Lemak Manis Tepung Pelita UNIT 13 Warisan Budaya Kekal Terpelihara Ceritakan cara membuat kuih tepung pelita daripada maklumat yang didengar dan dibaca. • Bimbing murid mendengar dan membaca bahan. • Bimbing murid menceritakan bahan dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menunjuk cara EMK: Kreativiti dan inovasi Nota Guru 1.3.2 Audio pendengaran Ibu saudara Sediakan acuan tepung pelita. Masukkan 1 sudu teh gula pasir yang dikisar ke dalamnya. Untuk lapisan bawah, masukkan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan. Kacau adunan sehingga sebati dan likat. Tuang adunan ke dalam acuan dan biarkannya menyejuk. Panaskan semua bahan untuk membuat lapisan atas. Tutup api apabila adunan telah sebati. Tuang adunan ke dalam acuan semula dan biarkannya menyejuk. Irfan dan Irdina ingin membuat kuih tepung pelita bersempena dengan hari lahir ibunya. Dia membaca resipi kuih itu sambil mendengar pesanan suara daripada ibu saudaranya. Resipi Tepung Pelita Bahan-bahan •daun pisang sebagai acuan •1 sudu teh gula pasir yang dikisar bagi setiap acuan lapisan bawah: •1 cawan tepung beras •1 cawan gula • 4 cawan air kisaran daun pandan lapisan atas: • 4 cawan santan • 4 sudu makan tepung beras •1 cubit garam UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti
2.1.1 99 Perkahwinan Orang Asli Jelaskan nama watak dan perwatakan berdasarkan bahan. • Bimbing murid membaca teks drama dengan sebutan dan intonasi yang sesuai. • Bimbing murid memahami dan mentafsir nama watak dan perwatakan. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Mentafsir EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Nota Guru Nama Watak Tok Batin Bidi Tijah Perwatakan Beliau seorang tok batin dan ayah yang bertanggungjawab. Beliau _____ Irfan membaca sebuah buku antologi drama. Dalam buku tersebut, terdapat kisah tentang majlis perkahwinan Orang Asli. Masa: Petang Tempat: Ruang tamu Tok Batin Bidi dan anaknya, Tijah, sedang berbual. Tok Batin Bidi: Tijah, ayah baru selesai berbincang dengan saudara kita tentang perkahwinan kamu. Kita akan mengadakan majlis perkahwinan kamu mengikut adat resam kita. Tijah: (Tersenyum riang) Wah, Tijah sangat teruja, ayah! Apakah perkara yang telah dibincangkan? Tok Batin Bidi: Ayah telah mengaturkan istiadat perarakan pengantin lelaki. Ayah juga bercadang untuk membina pelamin tradisional yang dihiasi daun-daun. Majlis kamu nanti akan dimeriahkan juga dengan persembahan tarian sewang. Kamu setuju? Tijah: Mestilah Tijah setuju, ayah. Semua itu ialah warisan budaya kita. Tijah juga sedang berbincang dengan ibu untuk mengenakan perhiasan tradisional kita. Tok Batin Bidi: Baguslah, Tijah. Ayah sebagai tok batin memang sangat berharap agar majlis perkahwinan kamu nanti akan menjadi contoh kepada masyarakat kita. Tijah: Tijah berharap semoga majlis itu nanti akan dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat kita untuk menjaga adat budaya. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Membaca Aktiviti
ADAB KUNJUNG-MENGUNJUNGI 100 Adab Berkunjung 3.2.2 • Bimbing murid memahami bahan. • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Mencadangkan EMK: Nilai Murni – Bersopan santun Nota Guru Hasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif. Faris membaca poster tentang adab kunjung-mengunjungi. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Amalan kunjung-mengunjungi dapat mengeratkan silaturahim? Cadangkan adab lain yang dapat memberikan keselesaan kepada tuan rumah. Menulis Aktiviti Kunjung-mengunjungi adalah antara amalan mulia yang diamalkan oleh generasi muda. Amalkan adab berikut semasa berkunjung ke rumah saudara-mara, rakan, dan jiran tetangga. • Ucapkan salam dan sapa tuan rumah. Masuk ke rumah apabila dijemput. Bawalah sedikit buah tangan sebagai pemberian ikhlas. • Duduk dengan tertibnya dan berbicara dengan tuan rumah. Elakkan berbual tentang perkara yang sensitif. Bertanyalah khabar untuk mewujudkan kemesraan. • Sebelum pulang, jamah hidangan yang disediakan. Minta izin tuan rumah untuk pulang. Janganlah memanjangkan perbualan.
Sepak Raga Tuju Nota Guru 4.3.2 Irfan hairan mereka tidak menggunakan jaring. Ayahnya memberitahu Irfan bahawa itu ialah permainan sepak raga tuju. Ayahnya menerangkan cara bermain permainan itu. Irfan teruja akan keunikan permainan itu. – mengisi masa lapang – badan sihat, otak cerdas – Semasa di sekolah, Irfan menceritakan pengalamannya di kampung kepada rakan-rakannya. Pendidikan Jasmani – kawasan lapang – besar hati – menunjuk cara – – menubuhkan kelab – gelanggang baharu – remaja dan dewasa – bangga – tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – Semasa di kampung, Irfan dan ayahnya menghadiri Pesta Sukan Rakyat. Mereka ternampak sekumpulan lelaki bermain bola takraw. 1 2 4 3 Hasilkan cerita dan persembahkannya secara kreatif. • Bimbing murid memahami bahan. • Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan dan mempersembahkannya secara kreatif. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan EMK: Nilai Murni – Kerjasama 101 Video sepak raga tuju Sepak raga tuju ialah permainan yang terkenal. Para pemain perlu cekap menerima dan menujukan bola tersebut kepada pihak lawan. Seni Bahasa Aktiviti
Daripada : [email protected] Kepada : [email protected] Perkara : Perlumbaan Bidar Lukut Bidar Lukut robin Irfan menerima e-mel daripada rakannya, Robin, yang berasal dari Sarawak. Berdasarkan e-mel tersebut, dia hendak menulis catatan ringkas tentang perlumbaan bidar lukut. 102 5.2.3 • Bimbing murid mengenal pasti kata ganda penuh dalam bahan. • Bimbing murid menulis catatan ringkas dengan menggunakan kata ganda penuh. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Kreativiti dan inovasi Kenal pasti kata ganda penuh. Kemudian, tulis catatan ringkas dengan menggunakan kata ganda penuh. Nota Guru Salam sejahtera Irfan, dalam e-mel ini, saya ingin berkongsi tentang sejenis permainan tradisional kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Permainan ini diberikan nama bidar lukut. Bidar lukut ialah sejenis perahu kecil yang bentuknya tirus dan panjang. Di dalam perahu itu, daun-daun kering dipacakkan sebagai layar. Perahu akan bergerak apabila ditiup angin. Pada setiap tahun, penduduk setempat akan mengadakan perlumbaan bidar lukut. Dalam undang-undang permainan ini, perahu perlu bergerak mengikut lorong masing-masing. Lorong ditanda menggunakan botol-botol yang telah disambung. Perahu-perahu ini dicat dengan warna yang cantik-cantik. Ada juga pemilik perahu yang membawa kekuda kayu untuk mempamerkan perahu mereka. Keunikan perahu ini bukan sahaja menarik minat kanak-kanak bahkan orang dewasa juga. Acara ini semakin meriah apabila penduduk membuka gerai. Gerai-gerai ini menjual makanan tradisional tempatan seperti umai. Penonton-penonton dapat menghilangkan rasa lapar dan dahaga selepas penat bersorak untuk menyokong perahu kegemaran mereka. Setakat ini sahaja perkongsian saya, Irfan. Saya berharap agar kita akan bersua lagi pada masa akan datang. Kata ganda penuh boleh membawa makna: (i) tunggal seperti rama-rama (ii) jamak seperti daun-daun Munsyi Cilik Aktiviti Tatabahasa
103 Istimewanya Pak Cu UNIT 14 Persada Seni Lambang Jati Diri Dengar dan cam sebutan tentang pelibatan tokoh dalam persembahan wayang kulit daripada dialog dan audio. Kemudian, sebut ujaran itu semula. • Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan yang terdapat dalam pelbagai situasi. • Bimbing murid menyebut ujaran semula yang terdapat dalam pelbagai situasi. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Menyampaikan EMK: Nilai Murni – Keberanian PAK-21: Main Peranan Nota Guru 1.1.1 Saya amat kagum apabila menonton persembahan Pak Cu. Bolehkah Pak Cu memperkenalkan diri dan menceritakan pelibatan Pak Cu dalam persembahan wayang kulit? Boleh. Nama sebenar Pak Cu ialah Eyo Hock Seng. Pak Cu berketurunan Cina. Masyarakat sekitar memanggil Pak Cu dengan gelaran Pak Cu Tok Dalang. Pak Cu mula bermain wayang kulit sejak berusia 10 tahun. Pak Cu berguru dengan pemain wayang kulit tersohor, Abdullah Baju Merah. Sudah lebih 40 tahun Pak Cu bergiat aktif dalam persembahan. Untuk masa akan datang, Pak Cu sedang melatih seorang cucu Pak Cu untuk mewarisi seni ini. Walaupun masih muda, dia sudah mampu menghafal beberapa buah cerita wayang kulit. Irfan menonton persembahan wayang kulit Pak Cu. Antara persembahan Pak Cu yang terkenal ialah kisah “Anak Kera Belira Sakti”. Irfan kagum menonton persembahan itu. Kemudian, dia membuat rakaman temu ramah bersama dengan Pak Cu. Audio pendengaran UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti
104 Persembahan Randai Kenali Seni Persembahan Randai Oleh: Faheem Aaly Putra Persembahan randai ialah satu aspek kebudayaan masyarakat Minangkabau di Beranang, Jelebu, Kuala Pilah, dan Mantin, Negeri Sembilan. Randai berasal daripada perkataan “merandai” yang bermaksud mengarang atau melingkar suatu kawasan lapang. Pada masa dahulu, seni ini sering dipersembahkan dalam upacara adat seperti perasmian pelantikan penghulu, majlis perkahwinan, dan majlis kesyukuran selepas musim penuaian. Persembahan randai dimainkan oleh lelaki dan wanita. Seni dan warisan ini menggambarkan kehalusan budaya yang penuh falsafah. Persembahan randai istimewa kerana menggabungkan beberapa elemen seni. Elemen utama yang ditonjolkan dalam persembahan randai ialah seni tari, pencak silat, lakon, dan nyanyian dengan iringan alat muzik. Para pemain akan melakukan pergerakan dalam lingkaran sambil menepuk seluar galembong dan bertepuk tangan. Antara setiap babak, persembahan akan diselang-selikan dengan lakonan dan nyanyian berirama seperti gurindam, berdendang, dan berlagu. Cerita dalam persembahan randai dipersembahkan dalam dialek Negeri Sembilan dan Minangkabau. Penceritaannya pula berkenaan dengan cerita rakyat Negeri Sembilan atau kisah legenda Minangkabau. Keistimewaan yang ditonjolkan ini menunjukkan nilai estetika yang tinggi dalam persembahan. Seni Persembahan Randai Keistimewaan Persembahan Randai Selepas menonton persembahan randai di Istana Budaya, Irfan membaca rencana tentang seni persembahan randai. Membaca
105 • Bimbing murid membaca dan memahami bahan. • Bimbing murid mentafsir bahan. Strategi PdP: KP – Kinestetik KBAT: Menganalisis – Mentafsir EMK: Nilai Murni – Menghargai budaya Baca dan jelaskan penyataan dan persoalan dalam setiap perenggan. 2.1.1 Nota Guru Terdapat lima busana utama yang dipakai oleh penari-penari dalam persembahan randai. Antaranya termasuklah seluar galembong yang longgar dan hampir kelihatan seperti kain, baju guntiang manih berlengan panjang, dan ikek pinggang (bengkung). Samping dan destar pula melengkapi keindahan pakaian penari randai. Bagaimanakah dapat kita menjadikan busana ini dikenali oleh generasi muda? Busana Persembahan Penari Randai Persembahan randai diiringi alunan muzik tradisional seperti ensembel caklempong, iaitu bonang, gendang, jidur, salung, dan bangsi. Selain alunan muzik, persembahan randai banyak diselitkan dengan kesan bunyi tepukan tangan, paha, atau pakaian. Jeritan seperti “hip” atau “tih” oleh pemain randai merancakkan persembahan ini lagi. Pada pendapat kamu, bagaimanakah golongan muda dapat menghayati keunikan alunan muzik tradisional? Muzik Persembahan Randai salung bangsi Persembahan randai ialah satu aspek kebudayaan masyarakat Minangkabau yang menggambarkan kehalusan budaya yang penuh ilmu. (Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Effindi bin Samsuddin, Pensyarah Universiti Malaya) kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit 3 4 Tafsiran 2 Tafsiran 1 Tafsiran Tafsiran jidur bonang gendang Aktiviti
106 Tanglungku Cantik 3.2.3 Irfan: Wah, banyak sungguh tanglung di sini, Mun Chew! Pelbagai saiz dan bentuk tanglung dapat kita lihat. Mun Chew: Ini tanglung saya, Irfan. Irfan: Walaupun hanya menggunakan bahan terbuang, tanglung kamu tetap kelihatan cantik. Mun Chew: Saya mengambil masa berhari-hari untuk menyiapkannya. Saya menghasilkannya dengan penuh kesabaran. Irfan: Di manakah kamu belajar membuat tanglung? Mun Chew: Datuk saya seorang pembuat tanglung. Beliau banyak mengajar saya. Jika tidak, pasti seni ini akan dilupakan. Irfan: Setahu saya, tanglung tradisional menggunakan cahaya api, bukan? Mun Chew: Betul, Irfan. Namun, kita perlulah menjadi rasional dan lebih kreatif menggunakan teknologi. Saya gunakan lampu diod pancaran cahaya supaya tanglung ini lebih selamat. Irfan: Walaupun tanglung tidak lagi digunakan dalam kehidupan harian, kamu tetap gigih mempelajarinya, Mun Chew. Mun Chew: Ya, Irfan. Tanglung ini memberikan kesedaran dalam pembentukan jati diri saya. Irfan dan Mun Chew berbual-bual semasa menghadiri Pesta Tanglung di taman perumahan mereka. • Bimbing murid mengenal pasti dan mencatat maklumat. • Bimbing murid menjanakan idea berdasarkan bahan. Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mencipta – Menjanakan idea EMK: Kreativiti dan inovasi Lengkapkan Peta Titi berdasarkan teks dialog dan jawab persoalan yang dikemukakan. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Nota Guru Bagaimanakah bidang seni dapat membentuk jati diri masyarakat? sikap perbuatan sabar menyiapkan tanglung selama berhari-hari kreatif ________ menghargai warisan ________ rasional ________ seperti seperti seperti Menulis Aktiviti
107 Citra Warna Malaysia 4.3.3 Irfan dan rakan-rakannya telah menyertai pertandingan mencipta seni kata lagu bersempena dengan Minggu Citra Warna Malaysia. Ayuh, lestarikan budaya warisan kita! MINGGU MALAYSIA Citra Warna Pelbagai seni tari menjadi lambang kekayaan budaya kita. • Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan. • Bimbing murid mempersembahkan seni kata lagu secara kreatif. Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mencipta – Menghasilkan EMK: Kreativiti dan inovasi Nota Guru Hasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan rangsangan dan persembahkannya secara kreatif. Audio lagu Seni Bahasa Aktiviti uniknya gesekan rebab menusuk sukma petikan sape yang memukau penonton gemeresik gema ghatam yang menghiburkan rasai kemeriahan tarian joget kenali tarian sewang masyarakat Orang Asli yang istimewa hayati gerak tari tarian sumazau saksikan tarian kipas yang mengagumkan alunan petikan zheng yang mempesonakan
108 Persembahan Awang Batil 5.2.3 Nota Guru Saya tertanya-tanya akan bentuk persembahan yang akan diadakan. Saya nampak beberapa buah alat muzik dan topeng di atas pentas. Topeng yang usang dan kemerah-merahan itu kelihatan istimewa. Persembahan pada hari ini pasti diadakan secara besar-besaran kerana banyak tetamu dari luar negara diundang. Kemudian, kelihatan seorang lelaki tua di atas pentas. Nampaknya, beliaulah pelipur lara persembahan ini. Beliau mula mengetuk-ngetuk batil yang kecil di atas ribanya sambil menyampaikan cerita dongeng-dongengan secara bersahaja. Selepas itu, biola pula digesek-gesekkan dalam nada yang perlahan sesuai dengan ceritanya. Walaupun asyik bercerita, beliau tidak lupa berjenaka untuk menghiburkan penonton. Pada akhir persembahan, pelipur lara meniup serunai dan memukul-mukul rebananya. Persembahannya mendapat tepukan gemuruh. Sebelum turun dari pentas, beliau diraikan oleh penganjur. Beberapa orang tetamu bersalam-salaman dan menghadiahi beliau cenderamata. Pengalaman saya menonton persembahan Awang Batil ini menjadi kenang-kenangan yang tidak akan saya lupakan. Kenal pasti kata ganda separa. Kemudian, tulis sepucuk surat yang mengandungi kata ganda separa untuk menceritakan pengalaman tersebut semula. • Bimbing murid memahami kata ganda separa. • Bimbing murid menulis surat dengan menggunakan kata ganda separa. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Membina EMK: Nilai Murni – Menghargai budaya Rakan Irfan, Amna, menonton persembahan Awang Batil di Balai Seni Negara. Dia menceritakan pengalamannya kepada Irfan. (Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara) Kata ganda separa ialah kata yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar terdiri daripada kata tunggal atau kata berimbuhan. Munsyi Cilik Aktiviti Tatabahasa
109 Hebatnya Perahu Besar Irfan dan rakan-rakannya ke Muzium Negeri Terengganu. Di sana, mereka diberi penerangan tentang perahu besar oleh kurator muzium. UNIT 15 Berikan respons terhadap penyataan yang didengar. • Bimbing murid mendengar dan memahami maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi. • Bimbing murid memberikan respons. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Mempertimbangkan EMK: Kreativiti dan inovasi Nota Guru 1.1.2 Estetika Cita Rasa Malaysia (Sumber: Muzium Negeri Terengganu) Penggunaan kayu cengal dan kayu penaga sebagai pasak menjadikan perahu ini tahan lama. Perahu dilengkapi kabin yang dipanggil “kup” serta dapur kecil di bahagian tengah dek. Perahu ini unik kerana ____. Daripada penerangan tadi, berikan pendapat kamu tentang keunikan perahu besar ini. Kita perlu ____. Di antara papan dinding perahu, ditampal dengan gegala yang dibuat daripada kain guni, damar, dan minyak kuing bagi memastikannya tidak dimasuki air. Ini perahu besar tradisional Terengganu. Perahu ini dibina dengan pasak tanpa menggunakan paku. Keistimewaan inilah yang menjadikan perahu ini sangat bernilai hingga sekarang. Puan Sarah Encik Zamri UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti
• Bimbing murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan. • Bimbing murid mencari makna, sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat dengan merujuk kamus serta media elektronik. Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Menghargai budaya Baca dan rujuk perkataan yang berwarna merah dalam kamus dan media elektronik. 2.1.2 Nota Guru Muzikal Tradisional India Prasad: Irfan, kakak saya, Nithiya, sedang bersedia di atas pentas untuk memulakan persembahan pada malam ini. Irfan: Wah, hebatnya kakak kamu! Apakah alat muzik yang akan dimainkannya? Prasad: Dia akan bermain tambura, Irfan. Tambura ialah alat muzik bertali. Cuba kamu dengar petikannya. Irfan: Wah, bunyi dengungnya membuatkan saya rasa tenang! Inilah bunyi yang selalu saya dengar dalam filem-filem India. Mersik bunyinya terngiang-ngiang di telinga saya. Prasad: Betul, Irfan. Cuba teka di sebelah kanan kakak saya itu alat muzik apa? Irfan: Itu senang sahaja, Prasad. Itu ialah tabla. Saya suka akan bunyi tabla kerana bunyinya amat mengasyikkan. Prasad: Pemain tabla perlu mengetuk tabla mengikut tempo yang telah ditetapkan. Irfan: Jadi, mereka pasti menggunakan metronom untuk menetapkan tempo. Bagaimanakah pula kakak kamu menjaga tambura? Prasad: Kakak saya sangat teliti menjaga tambura. Dia akan menala tamburanya dengan menggunakan aplikasi yang terkini. Dia juga menyimpannya di dalam kotak khas. Irfan: Terima kasih kerana mengajak saya menonton persembahan ini, Prasad. Saya memang meminati genre muzik klasik. Prasad: Sama-sama, Irfan. 110 Irfan dan Prasad menonton persembahan muzikal tradisional India. Membaca Aktiviti
111 3.2.4 Baju Melayu Syair Busana Melayu Baju Melayu busana tradisi, Kini dibuat pelbagai versi, Sejarah lama telah diwarisi, Rekaan asli tersirat isi. Baju Melayu berbutang lima, Cekak musang jenis pertama, Teluk belanga pilihan bersama, Berkancing satu tidaklah sama. Kekek dijahit di bawah lengan, Menutup bentuk badan dan tangan, Badan yang sasa bukan tayangan, Sifat malu menjadi pegangan. Pesak namanya bahagian tepi, Dijahit panjang kemas dan rapi, Kembanglah baju besarnya sipi, Rasa selesa tertunai impi. Samping dipakai sungguh bermakna, Segak bergaya anak teruna, Songkok di atas pelengkap busana, Budaya disanjung lengkap sempurna. Nukilan: Irfan Nabil Selepas menonton pertunjukan busana tradisional, Irfan mendapat idea untuk menulis Syair Busana Melayu. • Bimbing murid mendengar teks syair. • Bimbing murid menulis teks syair yang diimlakkan. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan EMK: Bahasa PAK-21: Permainan Telefon Rosak Tulis teks syair yang diimlakkan. kekek pesak Nota Guru Audio syair Aktiviti Menulis
112 • Bimbing murid mengenal, mengecam, dan menyebut huruf tunggal yang ditulis dalam tulisan Jawi. • Bimbing murid menulis huruf tunggal tersebut dan mempersembahkannya secara kreatif. Strategi PdP: KP – Visual Ruang KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan EMK: Kreativiti dan inovasi Kenal, cam, sebut, dan tulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi dalam kata-kata hikmat dan persembahkannya. 4.4.1 Nota Guru ca nun alif ta wau ba ba mim mim mim lam mim jim ain Indahnya Bahasaku Faris akan menyertai pertandingan pidato bertemakan keindahan bahasa Melayu. Sebagai persediaan, dia membaca pelbagai bahan untuk mendapatkan maklumat dan memperluas pengetahuan tentang tema tersebut. Amalannya itu bertepatan dengan kata-kata hikmat, membaca jambatan ilmu. membaca jambatan ilmu Seni Bahasa Aktiviti
113 Seni Kain Baraburu 5.2.3 Nenek Linda yang berketurunan Iranun tinggal di kawasan pesisiran pantai di Kota Belud, Sabah. Kampung mereka berlatarbelakangkan gunung-ganang. Kampungnya jauh daripada hiruk-pikuk kota. Banyak lagi suku-sakatnya yang meneruskan aktiviti menenun kain baraburu. Kain baraburu dihasilkan daripada daun nanas. Daun itu dikikis untuk mendapatkan benang. Kerja itu tidak boleh dilakukan secara gopoh-gapah. Saudara-maranya bergotong-royong melakukannya. Benang yang telah siap akan direndam dengan pewarna asli. Hasilnya ialah benang yang berwarna-warni. Saki-baki pewarna disimpan di dalam bekas. Semua benang tadi akan ditenun menjadi kain. Kreativiti jari-jemari saudaranya menghasilkan corak yang cantik. Hati nenek Linda jangkih-mangkih apabila memikirkan kelangsungan kain ini. Beliau berharap agar warisan turun-temurun ini akan terus terpelihara. Usaha keluarganya mempromosikan kain baraburu dan menjadikannya terkenal bukan lagi cola-cala. [Sumber: Mabulmaddin Shaiddin, Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun Sabah (BKI)] Irfan menerima hadiah kain baraburu atau dikenali juga sebagai balburu daripada rakannya, Linda, yang berasal dari Sabah. Irfan telah berkongsi maklumat tentang penghasilan kain baraburu oleh keluarga Linda. Tulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak yang terdapat dalam petikan. • Bimbing murid memahami kata ganda berentak. • Bimbing murid menulis cerita dengan menggunakan kata ganda berentak mengikut konteks. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Membina EMK: Kreativiti dan inovasi Nota Guru Kata ganda berentak ialah kata yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Kata ganda berentak terbahagi kepada pengulangan vokal, pengulangan konsonan, dan bebas. Tatabahasa Munsyi Cilik Aktiviti
114 Kercang Menguji Minda 2.1.1 Baca dan padankan tafsiran pantun dengan betulnya. Abor, kawan Irfan, telah menulis pantun untuk memperkenalkan permainan Orang Asli kepada rakan-rakannya. Tafsiran pantun: Permainan kercang perlu dipertahankan untuk tatapan generasi akan datang. Tafsiran pantun: Permainan ini menonjolkan kreativiti dan kesabaran pemain untuk menyelesaikan cabaran. Bunga hiasan cantik berseri, Di taman puspa pilihan dara; Kercang warisan nama diberi, Makin dilupa harus dipelihara. Mata melirik mencari keli, Keli terlepas ke dalam paya; Masuk dan tarik ikatan tali, Simpulan dilepas pemain berjaya. Tangkas kuda kaki menerjang, Pantas berlari pantang dicabar; Menguji minda akal yang panjang, Mendidik diri untuk bersabar. Ikan ketuka banyaknya isi, Di dalam guni untuk kawan; Permainan pusaka seni tradisi, Kreatif berseni pasti tertawan. Tafsiran pantun: Keunikan permainan ini menarik minat orang ramai untuk memainkannya. (Sumber: Jabatan Warisan Negara) Tafsiran pantun: Pemain perlu bijak mengeluarkan simpulan tali yang tersimpul pada kercang. Pemulihan
115 Mainkan permainan di bawah. 11 20 21 13 18 23 12 19 22 14 17 24 15 16 25 ___-ratus memetik-___ Naik ke petak. Naik ke petak. Turun ke petak. Turun ke petak. Kita perlu menghormati jiran ___. memusingmusing Cara Bermain: 1. Bergerak mengikut balingan dadu. 2. Mundur ke petak asal sebelum balingan dadu jika tidak dapat menjawab aktiviti dalam petak berwarna. Arahan Mengikut Warna Petak: 1. Sebut kata ganda pada gambar. 2. Lengkapkan kata ganda. 3. Lengkapkan ayat. 4. Bina ayat. 5. Sebut kata ganda dan bina ayat. TAMAT 5.2.3 1 2 3 4 5 serta-___ Pak Ramli ___ batilnya. Naik ke petak. perhiasanperhiasan MULA 10 9 8 7 6 tarian-tarian ___-bilau Sebagai tetamu, kita perlu ___ dengan tuan rumah. saudara-mara Zaidi ___ datuknya sebagai tanda perpisahan. Pengayaan
116 Ikon Budaya Irfan: Apakah sumbangan besar Allahyarhamah Toh Puan Azah Aziz kepada masyarakat? Encik Fatah: Beliau telah _____. Irfan: Penghasilan karya sastera untuk bacaan kanak-kanak penting. Mengapa? Encik Fatah: _____. Irfan: Sumbangan beliau mencorakkan pemikiran masyarakat. Bolehkah encik jelaskan penyataan ini? Encik Fatah: _____. Simulasikan wawancara dan berikan respons berdasarkan maklumat yang diujarkan. Irfan ingin menulis rencana tentang Ikon Budaya Negara. Dia mewawancara Encik Fatah, seorang aktivis budaya tempatan. (Sumber: Pusat Rujukan Sehenti Penyelidikan Alam Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia) 1.1.2 Allahyarhamah Toh Puan Azah Aziz atau nama sebenarnya Sharifah Azah binti Mohamed Alsagoff dilahirkan di Singapura pada 21 Ogos 1928. Sumbangan beliau amat besar dalam bidang kebudayaan. Antara sumbangan tersebut termasuklah penghasilan karya sastera seperti pantun dan puisi kanak-kanak. Hal ini penting bagi membudayakan minat membaca dan menghargai sastera Melayu. IKON BUDAYA NEGARA Pengukuhan
117 Seni Pertukangan Kraf Tembaga A. Ceritakan keistimewaan produk tembaga berdasarkan perenggan yang berwarna hijau. B. Rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna, sebutan, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat bagi perkataan yang berwarna merah. C. Catat usaha Pak Leh untuk meneruskan seni tradisi ini. Cadangkan cara-cara untuk memperkembang seni pertukangan ini. 1.3.2 2.1.2 3.2.3 Irfan dan Irdina menonton dokumentari tentang seni pertukangan kraf tembaga. Baca teks. Kemudian, lakukan aktiviti berikutnya. Seni pertukangan kraf tembaga amat istimewa bagi Salleh Mohd atau Pak Leh. Beliau adalah antara tukang kraf tembaga yang masih meneruskan pembuatan produk kraf seperti periuk dan acuan kuih-muih tradisional. Atas kegigihan itu, Pak Leh mendapat pengiktirafan sebagai Adiguru Kraf dalam bidang pertukangan kraf tembaga oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 2009. Kini, pertukangan kraf tembaga beliau turut dibantu anak lelakinya. Pertukangan produk kraf tembaga yang diwarisi secara turun-temurun ini ternyata masih dihargai oleh masyarakat. “Produk seperti periuk tembaga menjadi pilihan pelanggan kerana sifatnya sebagai pengalir haba yang baik. Oleh itu, lauk-pauk yang dimasak akan tahan lebih lama kerana mendapat haba yang cukup. Semasa proses pembentukan periuk, saiz periuk tembaga biasanya diukur dengan menggunakan jari tangan sahaja. Penggunaan teknik yang betul sering diamat-amati bagi memastikan periuk yang kemas buatannya,” kata Pak Leh. Antara hasil kraf tangan lain termasuklah kelengkapan perkahwinan seperti tepak sirih dan pahar. Setiap rekaan mempunyai motif unik yang disesuaikan mengikut cita rasa pelanggan. Hal inilah yang menjadikan produk kraf tembaga beliau istimewa dan tinggi nilai estetikanya. Pak Leh sentiasa peka akan permintaan semasa terhadap produk kraf tembaga. Beliau akan memastikan bekalan jongkong tembaga mencukupi untuk pengeluaran produk pada setiap bulan. Beliau berharap agar seni pertukangan kraf tembaga ini akan terus kekal zaman-berzaman. (Sumber: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia) Penilaian
118 Seni Persembahan Bangsawan Persembahan teater bangsawan suatu bentuk pementasan antara zaman teater tradisi dengan teater moden. Secara tradisinya, lakonan dalam teater bangsawan tidak berpandukan skrip. Pelakon hanya perlu mereka dialog dengan improvisasi lakon setelah menguasai sinopsis cerita. Peranan pengarah pula penting bagi mengarahkan cerita mengikut kehendak sesebuah persembahan. Pementasan teater bangsawan biasanya mengambil masa antara satu jam setengah hingga dua jam. Tempoh pementasan lakonan boleh dipendekkan melalui adegan sedih dengan cara “bernasib” atau “berlagu tarik”. Tempoh pementasan juga boleh dipanjangkan dengan menyelitkan selingan tambahan dalam sesebuah cerita. Selingan dalam bentuk tarian, nyanyian, dan lawak jenaka akan diisi bagi membolehkan pertukaran set antara adegan dengan babak lakonan dilakukan. Cerita-cerita bangsawan lazimnya mengisahkan dongeng rakyat, raja-raja, dan hikayat. Gabungan antara cerita bangsawan dengan rakyat bawahan memperlihatkan penggunaan bahasa istana dan bahasa klasik yang indah. Hal ini termasuklah penggunaan unsur sastera seperti pantun, syair, gurindam, mantera, dan seloka. Kesimpulannya, teater bangsawan salah satu teater yang merangkumi pelbagai aspek kesenian dan ciri-ciri kebudayaan masyarakat. (Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara) Bacaan Luas BACAAN LUAS MULIHAN ENULIS