Lengkapkan Peta Alir dan janakan idea. Saya pengguna kanta sentuh setelah mendapat nasihat daripada ahli optik. Beliau menyarankan penjagaan dan penggunaan kanta sentuh yang betul. Mula-mula, saya perlu membersihkan tangan. Kemudian, barulah saya menggosok kanta sentuh dengan jari secara perlahan-lahan dengan cecair khas sebelum melekapkannya pada mata. Jika tidak menggunakannya, saya akan menyimpan kanta sentuh di dalam bekas khas. Bekas ini diisi dengan cecair pencuci khas. Saya menukar cecair di dalamnya setiap kali menyimpannya. Selepas lapan jam penggunaan kanta sentuh, saya akan menanggalkannya. Penggunaannya yang terlalu lama boleh menjejaskan mata. Saya akan menggantikan kanta sentuh yang baharu selepas sebulan. Kanta sentuh membolehkan saya melakukan aktiviti sukan. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) 43 Cara Penjagaan dan Penggunaan Kanta Sentuh Kanta sentuh perlu ditanggalkan sebelum tidur. Jelaskan. membersihkan tangan 3.2.3 “ “ Penjagaan dan Penggunaan Kanta Sentuh Pemulihan _____ _____ _____ _____ _____
Baca, fahami, dan taakul bahan multimedia untuk membuat rumusan dan ramalan. Jam Pintar Pemantau Kesihatan 44 2.2.1 Pengayaan Jam pintar terkini ini dilengkapi fungsi kesihatan. Semasa kita melakukan aktiviti fizikal, jam ini akan mengukur kadar nadi kita dan menyatakan jumlah kalori yang telah dibakar. Jam ini juga dapat mengetahui kadar rehat pemakainya. Fungsi ini dapat memastikan kita mendapat rehat yang cukup. Jam pintar ini turut mempunyai aplikasi aktiviti kecergasan yang boleh kita pilih untuk dilakukan pada setiap hari. Aktiviti tersebut adalah sebagai cadangan untuk mencapai kesihatan yang ideal. Kesimpulannya, jam ini akan menggalakkan kita cakna akan kesihatan kita. Maklumat kesihatan yang ditunjukkan dapat membantu kita merancang gaya hidup yang sihat. Bagaimanakah jam ini dapat membantu kita mengekalkan tahap kesihatan? Ramalkan fungsi-fungsi lain jam ini pada masa akan datang.
45 1.2.1 Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan. Selamatkan Gigi Kekal Izzah dan ibunya, Puan Zurina, ke klinik pergigian. Di sana, mereka berbual sambil melihat poster tentang selamatkan gigi kekal. Izzah: Ibu, semasa di sekolah, seorang rakan saya telah tercabut giginya. Disebabkan dia cemas, dia tidak sempat menyelamatkan giginya. Puan Zurina: Kasihan rakan kamu. Jika dia mengikut langkah-langkah dalam poster itu, pastinya _____. Izzah: Betul, ibu. Jika gigi kekal tidak diselamatkan, _____. Gigi kekal boleh diselamatkan jika bertindak pantas sejurus gigi tercabut. Pegang bahagian korona gigi. Basuh gigi selama 10 saat. Cari gigi tersebut. Cuba masukkan gigi ke dalam soket. Sekiranya tidak berjaya, simpan gigi di dalam susu segar. GIGI TERCABUT JANGAN PANIK Pengukuhan (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia) Segera berjumpa dengan doktor.
Baca teks dan lakukan aktiviti yang terdapat di bawah. Kasih Ibu 46 1.2.2 2.1.2 3.2.3 Puan Aini termenung sendirian. Hatinya sedih mengenangkan berita yang baru diterimanya. Beliau teringat kembali saat-saat bertemu dengan Doktor Siti di klinik untuk membuat pemeriksaan awal. “Saya berharap agar puan tenang menerima berita ini. Saya mengesyaki Aidil menghidapi diabetes,” jelas Doktor Siti. “Bagaimanakah Aidil boleh mendapat penyakit ini, doktor? Selama ini pemakanannya normal. Berat badannya juga normal,” kata Puan Aini dengan sedikit nada protes. “Begini, puan. Diabetes berlaku apabila paras gula dalam darah adalah tinggi. Saya akan merujuk kes anak puan ke hospital. Nanti, doktor di sana akan menerangkan perkara ini lebih lanjut,” jelas Doktor Siti. Sebelum beredar, Puan Aini meminta maaf daripada Doktor Siti. Dia sedar dia terlalu emosional ketika itu. Namun begitu, dia berterima kasih kepada Doktor Siti kerana memaklumkan hal itu kepadanya. Tibalah hari janji temu di hospital. Puan Aini membawa Aidil untuk membuat pemeriksaan lanjut. Hasilnya, ternyata anaknya memang menghidapi penyakit diabetes. Menurut doktor, diabetes yang dihidapi oleh Aidil ialah diabetes jenis satu. Puan Aini perlu membawa anaknya berjumpa dengan doktor pakar dan pakar nutrisi. “Puan, mulai sekarang, puan perlu menjaga pemakanannya. Aidil juga mungkin perlu bergantung pada insulin. Jika Aidil kerap membuang air kecil dan cepat berasa dahaga, itu adalah antara gejala diabetes. Dia perlu dirawat sebelum menjadi parah,” terang Doktor Anding. Puan Aini mengangguk. Beliau reda akan hal itu. Beliau bertekad untuk menjaga Aidil selagi termampu. Tugasan Berkumpulan 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Rujuk kamus dan media elektronik untuk mencari perkataan yang berwarna merah. 3. Bincang dan catat usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk membantu pesakit diabetes. Kemudian, tulis kesan daripada usaha-usaha tersebut dalam Peta Pelbagai Alir. 4. Bentangkan hasil perbincangan dan minta ahli kumpulan lain berhujah. Penilaian
47 KESELAMATAN Bercerita tentang gambar. TEMA 3
Kempen Rumah Selamat Sentiasa Peka UNIT 7 Keluarga Irfan, Faris dan Robin ingin melancong ke Pulau Langkawi selama seminggu. Mereka telah menyertai Kempen Rumah Selamat sebelum meninggalkan rumah. 48 Ayah memberitahu jiran tentang percutian kita ke Pulau Langkawi pada hujung minggu ini. Mengapakah kita perlu mengisi borang tersebut, ayah? Sebelum bertolak Keluarga Irfan Kita perlu mengisi borang tersebut untuk memberitahu pihak polis tentang ketidakberadaan kita di rumah. Ayah sudah memaklumkan percutian kita ini kepada pengawal keselamatan. Robin, sudahkah kamu mengunci pintu? Sebelum meninggalkan rumah, ayah ingin mengisi borang secara dalam talian untuk menyertai Kempen Rumah Selamat dengan pihak Polis Diraja Malaysia. Keluarga Faris Keluarga Robin UNIT 1 Mendengar dan Bertutur
49 Irfan, mengapakah ayah kamu menyertai Kempen Rumah Selamat? Bagaimanakah kempen tersebut dapat memastikan rumah kamu selamat? Ayah saya menyertai kempen tersebut untuk keselamatan rumah kami. 1.2.2 Bertutur untuk menghujahkan maklumat tersurat dan tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. Nota Guru • Bimbing murid mengenal pasti maklumat tersurat dan tersirat. • Bimbing murid menghujahkan perkara dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif. Strategi PdP: Kecerdasan Pelbagai KBAT: Menilai – Membahas EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Robin, bolehkah kamu jelaskan tujuan ayah kamu memberitahu pengawal keselamatan sebelum bercuti di sini? kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Mengapakah ayah kamu berbuat demikian? Faris, bagaimanakah keluarga kamu memastikan keselamatan rumah semasa kamu bercuti di sini? Di Pulau Langkawi Aktiviti Ayah saya hanya memberitahu pengawal keselamatan sebelum datang ke sini.
Jangan Jadi Mangsa Waspada Pembelian Secara dalam Talian PULAU PINANG, 10 Jun – Kes penipuan berkaitan dengan urus niaga dalam talian semakin meningkat. Nilai kerugian melebihi RM1 juta sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebanyak 130 kes penipuan dilaporkan sejak 18 Mac hingga 19 Mei lalu. Pihak berkuasa juga telah menahan sebanyak 13 individu yang terlibat dalam kes penipuan ini terutamanya menerusi media sosial. Terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas sikap tidak prihatin masyarakat terhadap keselamatan transaksi elektronik. Selain itu, permintaan tinggi terhadap sesuatu barangan dan tawaran murah yang diberikan juga menyebabkan orang ramai mudah terpengaruh. Orang ramai dinasihati supaya lebih berhati-hati ketika membuat pembelian secara dalam talian. Mereka perlu membuat semakan akaun atau aplikasi yang digunakan. Di samping itu, orang ramai dinasihati agar tidak sesekali membenarkan individu lain mengakses maklumat perbankan. Sesiapa yang mempunyai aduan atau ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia. (Sumber: https://www.hmetro.com.my) PANDUAN KESELAMATAN PEMBELIAN DALAM TALIAN Pilih barangan yang ingin dibeli. Pilih laman sesawang yang dipercayai. BATAL Semak maklumat peniaga dan kaedah pembayaran. BATAL maklumat meragukan Faris dan Robin ke rumah Irfan. Mereka membaca maklumat yang diperoleh daripada surat khabar dan majalah. Kemudian, mereka cuba membuat rumusan dan ramalan. Hentikan urusan pembelian. BATAL (Sumber: https://www.kpdnhep.gov.my) 50 Membaca
51 maklumat sahih Dapatkan butiran peribadi peniaga. Simpan semua resit dan bukti pembelian. BATAL Baca dan fahami maklumat daripada teks berita dan infografik. Kemudian, buat rumusan dan ramalan. • Bimbing murid membaca, memahami, dan menaakul maklumat. • Bimbing murid membuat rumusan dan ramalan berdasarkan maklumat. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menilai – Meramalkan EMK: Nilai Murni – Keprihatinan 2.2.1 Nota Guru kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Robin, mengapakah kita perlu berhati-hati semasa membeli barangan secara dalam talian? Faris, bolehkah kamu nyatakan cara yang selamat jika ingin membeli sesuatu barangan secara dalam talian? Irfan, minta kamu ramalkan kesannya jika murid-murid sekarang diberi pendidikan tentang keselamatan penggunaan media sosial. Bayar waktu terima. Bayar secara dalam talian. Aktiviti
52 Jago Kampungku Irfan menulis catatan tentang pengalamannya di kampung. Semasa di sana, Irfan seronok kerana banyak pemuda kampung yang mempelajari silat daripada datuknya. Irfan berhasrat untuk turut serta. banyak faedahnya berjalan dengan pak usu beritahu orang kampung pak usu menangkap menjaga keselamatan diri digelar jago kampung 3.3.1 • Bimbing murid menganalisis bahan. • Bimbing murid menulis catatan secara koheren dan kohesi. Strategi PdP: BCB – Mencatat KBAT: Mencipta – Membina EMK: Nilai Murni – Keberanian Hasilkan penulisan catatan secara koheren dan kohesi. Nota Guru Isnin, 12 Mac 20 10:00 pagi Kami bersarapan dengan datuk dan nenek. Selepas itu, kami bersalam-salaman dengan mereka. Kami pun bertolak pulang. Aku pasti akan menziarahi datuk dan nenek lagi kerana banyak pengalaman yang aku peroleh. Sabtu, 10 Mac 20 8:00 pagi Pada pagi ini, aku sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Kami ingin menziarahi datuk dan nenek. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah. Aku sangat teruja kerana akan berpeluang melihat datuk dan pak usu mengajarkan silat di pekarangan rumah. Aku dan keluarga selamat tiba di kampung. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh datuk dan nenek. Kami bertanyakan khabar mereka sambil berbual-bual mesra. Koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana. Kohesi ialah ciri wacana yang membawa pertautan hubungan antara suatu perkataan, frasa, atau ayat dengan perkataan, frasa, atau ayat lain dalam wacana yang sama. Contoh: aku sekeluarga – kami, kampung – sana Menulis Aktiviti Munsyi Cilik
53 Pandu Cermat 4.4.1 Dayang Afni tertarik akan keunikan papan tanda jalan dan papan iklan yang bertulisan Jawi semasa berkunjung ke Kelantan. Satu daripadanya memaparkan kata-kata hikmat pandu cermat jiwa selamat. Dia telah menulisnya semula dalam bentuk huruf tunggal tulisan Jawi pada sekeping poster. Kenal, cam, sebut, dan tulis huruf tunggal mengikut tulisan Jawi. Kemudian, persembahkannya. • Bimbing murid mengenal, mengecam, dan menyebut huruf tunggal tulisan Jawi. • Bimbing murid menulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi dan mempersembahkannya. Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menunjukkan EMK: Bahasa Nota Guru Seni Bahasa Aktiviti
54 Melintas dengan Selamatnya Julius: Ayah, hati-hati! Ada sekawan gajah di sana. Ayah: Baik, Julius. Ayah pun sudah nampak papan tanda gajah melintas tadi. Ayah akan memandu kereta dengan berhati-hati supaya kita dan gajah itu selamat. Julius: Bukan mudah untuk kita melihat gajah liar di tepi jalan raya. Pengalaman ini baharu bagi saya. Ibu: Benar, Julius. Selama ini, kita hanya melihat gajah dalam televisyen. Pada hari ini, kita cukup bertuah ______ dapat melihat gajah dengan lebih dekat. Namun begitu, ibu berasa takut pula ______ melihat sekawan gajah ______ besar itu. Ayah: Kita selamat jika berhati-hati. Ayah ada membaca rencana tentang laluan khas untuk gajah melintas lebuh raya dengan selamatnya. Rencana itu juga menerangkan bahawa kita dilarang memasang lampu ______ terserempak dengan gajah pada waktu malam. Selain itu, tindakan membunyikan hon ______ berbuat bising juga tidak wajar. Perbuatan tersebut akan menakutkan gajah. Julius: Oh, begitu! Bolehkah saya rakam situasi ini ______ bercakap ______ dijadikan kenangan? Ayah: Untuk Julius merakam video agak sukar di sini. Bagaimanapun, cubalah Julius rakamnya ______ berhati-hati. Kata hubung ialah kata yang menghubungkan dua ayat atau lebih. Dua jenis kata hubung ialah: 1. kata hubung gabungan 2. kata hubung pancangan – relatif – komplemen – keterangan 5.1.4 Kenal pasti dan lengkapkan teks dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. • Bimbing murid mengenal pasti kata hubung. • Bimbing murid melengkapkan teks dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya AWAS GAJAH MELINTAS AWAS KAWASAN LINTASAN HIDUPAN LIAR Nota Guru Julius dan keluarganya berkereta dari Kota Bharu, Kelantan ke Gerik, Perak semasa melancong ke Semenanjung Malaysia. Mereka telah melihat pemandangan yang menarik. Julius juga dapat membaca papan tanda yang berkaitan dengan keselamatan haiwan di jalan raya. yang dengan kerana sambil serta apabila kalau untuk Tatabahasa Aktiviti Munsyi Cilik
55 Sentiasa Berhati-hati UNIT 8 • Bimbing murid bersoal jawab berdasarkan bahan. • Bimbing murid membuat rumusan. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Menjanakan EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Bersoal jawab untuk membuat rumusan. 1.2.3 Nota Guru Info Talian Kecemasan 999 Encik Nabil membawa anak-anaknya ke Majlis Hari Terbuka Polis Diraja Malaysia. Mereka melihat pelbagai pameran yang diadakan. Irfan tertarik akan poster yang dipamerkan. (Sumber: https://999.gov.my/mers-999/fungsi-mers-999/) 999 jika tiada kecemasan kerana boleh membahayakan nyawa orang lain kanak-kanak bermain telefon bimbit tanpa pengawasan 999 TIDAK MENGHUBUNGI TIDAK MEMBUAT PANGGILAN PALSU, MAIN-MAIN, DAN SENYAP TIDAK MEMBIARKAN kanak-kanak cara dan masa perlu untuk membuat panggilan 999 kes kecemasan telefon bimbit agar tidak terdail nombor 999 MENDIDIK MENGENAL PASTI MENGUNCI PAPAN KEKUNCI 999 24JAM POLIS Ayah, mengapakah kanak-kanak perlu dididik cara membuat panggilan talian kecemasan 999? Kanak-kanak perlu dididik cara membuat panggilan talian kecemasan 999 supaya mereka tahu kepentingan fungsi talian kecemasan tersebut. Apakah yang dapat Irfan rumuskan daripada maklumat pada poster ini? kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti
56 Utamakan Keselamatan Robin dan Irfan membaca cerpen di sudut bacaan kelas. Tiba-tiba, loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Mereka tidak sempat menghabiskan bacaan. Sewaktu berjalan pulang, mereka meramalkan kesudahan cerpen tersebut. Seperti biasa, Alif berjalan pulang dari sekolah kerana ayahnya bertugas di luar kawasan. Setibanya di rumah, Alif menikmati makanan tengah hari dengan ibunya. Alif memerhatikan ibunya yang tidak berselera untuk makan. Timbul perasaan kasihan terhadap ibunya yang sedang sarat mengandung. “Ibu, kenapakah ibu makan sedikit sahaja? Ibu tidak sihat?” tanya Alif. “Perut ibu sakit. Selepas makan nanti, Alif, tolong panggil jiran kita, Pak Cik Akob dan Mak Cik Limah,” pinta ibu. Selepas makan, Alif terus ke rumah Pak Cik Akob tetapi jirannya itu tiada di rumah. Alif sangat risau akan keselamatan ibunya yang keseorangan di rumah. Demi keselamatan ibunya, Alif segera berlari pulang. Rumah mereka terletak jauh sedikit dari rumah penduduk kampung tersebut. “Ibu, Pak Cik Akob tiada di rumah. Apa kita nak buat ibu? Kita mesti bertindak pantas demi keselamatan ibu,” kata Alif. Alif terus mencapai telefon bimbit ibunya ... . Cerpen Bacaan Robin pulang dari sekolah ke rumah jiran tetapi jiran tiada menikmati makanan tengah hari segera berlari pulang perut ibu sakit mencapai telefon bimbit Membaca
57 Apakah pula ramalan kesudahan cerpen yang kamu baca? 2.3.1 Irfan, saya tidak sempat menghabiskan bacaan cerpen tadi. Ceritanya menarik. Esok, saya akan sambung pembacaannya. Namun begitu, saya dapat meramalkan tindakan Alif. Bagi saya, sudah pasti Alif akan menelefon talian kecemasan 999 dan melaporkan situasi cemas yang dihadapinya. Kemudian, ambulans pasti akan tiba. “Aiman, jom balik dengan kami,” ajak Afifi dan Gobi. Aiman mengangguk lalu dia menggalas beg sekolahnya mengikut Afifi dan Gobi. Di pertengahan perjalanan, Afifi mengajak Aiman dan Gobi menggunakan jalan pintas untuk sampai ke rumah mereka kerana jalan utama terlalu sibuk. Mereka risau akan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. “Nasib baik kita pilih jalan ini, kurang sikit kenderaan. Tambahan pula, laluan ini ada laluan pejalan kaki. Kita akan lebih selamat,” kata Aiman. “Eh, cuba kamu lihat di sana! Ada semak terbakar. Kebakaran itu boleh merebak dengan cepatnya kerana cuaca panas,” kata Afifi. “Mari, ikut saya! Saya hendak beritahu pak cik di sana,” kata Gobi sambil menunjukkan arah seorang pak cik yang sedang menggunakan telefon. Mereka bertiga terus berlari untuk mendapatkan pak cik itu dan memberitahukan kebakaran semak ... . Cerpen Bacaan Irfan • Bimbing murid membaca dan menganalisis kandungan cerpen. • Bimbing murid membuat ramalan. Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menganalisis – Meramalkan EMK: Nilai Murni – Keprihatinan PAK-21: Giliran Robin Nota Guru ROBIN IRFAN Baca cerpen. Kemudian, analisis cerpen bacaan Irfan dengan IZAH menggunakan Peta Alir untuk membuat ramalan. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Aktiviti
58 Konvoi Berbasikal Selamat SK Seri Permai telah menganjurkan Program Konvoi Berbasikal Selamat. 1. mula-mula – mendaftarkan diri 2. kemudian – berkumpul di dewan 3. ucapan guru besar 4. seterusnya – merasmikan program Isi 2: Isi 1: Tujuan Program Konvoi Berbasikal Selamat 1. mendidik murid cara-cara menunggang basikal dengan selamatnya 2. menyemai dan memupuk kesedaran menjadi pengguna jalan raya yang selamat 3. mempraktikkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) 4. mengamalkan budaya selamat Menulis Pada 23 Mac 20 yang lalu, SK Seri Permai telah menganjurkan Program Konvoi Berbasikal Selamat. Program tersebut telah disertai oleh murid tahun 6 bersama dengan ibu bapa masing-masing. Program itu turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pendahuluan:
59 Hasilkan karangan keperihalan secara koheren dan kohesi. • Bimbing murid memahami bahan. • Bimbing murid menghasilkan karangan secara koheren dan kohesi. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Nota Guru 3.3.1 1. berkumpul di sekolah kembali 2. harapan Taklimat Keselamatan 1. basikal • brek • lampu pemantul cahaya 2.penunggang • topi keledar • pad siku • pad lutut • berkasut Penutup: Isi 3: Isi 4: Aktiviti
60 4.4.2 Hati-hati, Ayah • Bimbing murid mempersembahkan seni tulisan Jawi menerusi kata-kata hikmat dalam pelbagai bentuk. Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Menghasilkan EMK: Bahasa Nota Guru Dayang Afni telah mahir menulis huruf tunggal tulisan Jawi. Kini, dia cuba menulis perkataan dalam tulisan Jawi pula. Dia telah menghasilkan poster yang mengandungi kata-kata hikmat, pandu cermat jiwa selamat untuk ditunjukkan kepada ayahnya. EDIT WARNA PAPAR Persembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat. Seni Bahasa Aktiviti
61 5.1.4 • Bimbing murid memahami kata penegas dan kata adverba berdasarkan bahan. • Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan kata penegas dan kata adverba mengikut konteks. Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Berhati-hati Nota Guru Bergembira dengan Waspadanya Kenal pasti kata penegas dan kata adverba. Kemudian, bina ayat mengikut konteks. Irfan dan keluarganya berkunjung ke sebuah taman tema. Irfan suka bermain permainan Kid’s Power Tower di situ. Demi keselamatan, dia mesti memakai tali pinggang keledar semasa bermain. Sebaik-baiknya, sarung tangan perlu dipakai juga. “Adik-adik, silalah beratur dan jangan tolak-menolak. Ingat, pernah seorang kanak-kanak hampir terjatuh ketika bertolak-tolakan,” pesan seorang pekerja kepada kanak-kanak yang sungguh teruja untuk bermain. “Ketika bermain, adik-adik mesti mengutamakan keselamatan. Ingat, malang tidak berbau. Apa-apa pun boleh berlaku jika kita kurang berhati-hati,” nasihat pekerja yang tinggi lampai itu. Irfan dan ibu terpaksa beratur panjang untuk menaiki The Dragon, iaitu roller-coaster. Tiba-tiba, Irfan terdengar perbualan seorang pekerja dengan pengunjung di situ. “Mengapakah kami tidak boleh bermain permainan ini?” tanya seorang lelaki. “Maaf, tuan. Anak tuan belum cukup umur untuk bermain permainan ini. Ketinggian anak tuan tidak mencapai tahap yang dibenarkan,” kata pekerja itu. “Isteri tuan memang tidak dibenarkan menaiki permainan tertentu kerana beliau sedang mengandung,” kata pekerja itu lagi. Pengunjung yang kelihatan kecewa itu berjalan pantas ke tempat lain pula. “Kasihan mereka,” kata Irfan kepada ibu. “Keselamatan lebih utama, Irfan,” balas ibu. Irfan mengangguk. “Ya, keselamatan sentiasa nombor satu.” Kata penegas ialah kata yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Contoh: jua, –tah, sahaja Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: lewat malam, bertiup kencang, kurang pedas Kata Tugas Kata Penegas _____________ _____________ _____________ Kata Adverba _____________ _____________ _____________ Tatabahasa Aktiviti Munsyi Cilik
Waspada di Belantara Irfan telah menghasilkan komik. Setelah siap separuh, Irfan ketandusan idea. Bantu Irfan menyiapkan komiknya. Sebermula masuklah Hang Tuah lima bersaudara ke dalam hutan dengan mahaguru mereka, Aria Putera. Hatta di dalam hutan itu, Aria Putera pun memberikan banyak nasihat. Alkisah Hang Tuah lima bersaudara pun meneruskan perjalanan dengan mahaguru mereka. Adapun Aria Putera terus memberikan beberapa panduan. • berjalan dalam kumpulan • berwaspada terhadap keadaan di sekeliling • pilih laluan mengikut keupayaan kumpulan • membawa orang yang arif tentang hutan bersama-sama Arakian bertuturlah dengan kata-kata yang baik di dalam hutan ini. Jangan sesekali bercakap besar. Sebaliknya, hendaklah kita berhati-hati dan berwaspada selalu. Maka adalah lebih baik kita daki laluan ini walaupun terpaksa berpaut pada ranting dan akar. Benar, laluan ini lebih selamat. Kalakian setelah lama berjalan, mereka tiba di lereng bukit yang berbatu. Keadaan di situ licin kerana malam tadi hujan. 62 5.1.4 Sambung cerita dengan menggunakan kata pangkal ayat dan kata pembenar mengikut konteks. • Bimbing murid mengenal pasti kata pangkal ayat dan kata pembenar. • Bimbing murid menyambung komik dengan menggunakan kata pangkal ayat dan kata pembenar. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Bahasa Nota Guru Kata pangkal ayat ialah kata yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh: maka, hatta, alkisah, sebermula, arakian, dan adapun. Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu penyataan. Contoh: ya, benar, dan betul. Ya, rasanya enak sekali, mahaguru. Bukan semua tumbuhan di dalam hutan boleh kita makan. Adapun buah yang dimakan oleh monyet itu boleh dimakan oleh manusia juga. Cuba rasa buah ini. Rasanya enak. Munsyi Cilik Tatabahasa Aktiviti
63 Lokasi Kes Disebabkan Kepala Air Waspada Fenomena Alam UNIT 9 Kepala Air 1.2.3 • Bimbing murid menganalisis bahan. • Bimbing murid bersoal jawab untuk membuat keputusan. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menilai – Membuat keputusan EMK: Nilai Murni – Keselamatan Bersoal jawab untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Encik Nabil bercadang untuk membawa keluarganya berkelah di kawasan air terjun. Bagaimanapun, anaknya, Irfan, pernah terbaca maklumat tentang fenomena kepala air dalam Internet. Oleh itu, mereka berbincang untuk membuat keputusan. Nota Guru Lokasi Kes Disebabkan Kepala Air [Sumber: Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (2016-2020)] 1. Perubahan arus air daripada perlahan kepada deras dan deruan air yang kuat berlaku walaupun tiada hujan. 2. Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba. 3. Banyak daun kering dan ranting kayu hanyut. 4. Siren amaran akan berbunyi. Tanda-tanda Awal Kejadian Kepala Air Sebelum kejadian Semasa kejadian Prihatin Pasti Selamat Pengunjung perlu: 1. prihatin terhadap perubahan cuaca ketika seronok bermain air. 2. meninggalkan kawasan air dan tebing sungai dengan segeranya. 3. berkumpul di tempat letak kenderaan. 4. bertindak dalam tempoh 10 hingga 15 minit sahaja untuk menyelamatkan diri. Wah, bagus Irfan! Maklumat ini dapat membantu kita nanti. Jadi, apakah pendapat Irfan? Jelaskan sama ada kita mahu teruskan atau batalkan rancangan kita. Ayah, ini antara maklumat yang saya peroleh tentang lokasi perkelahan yang kita rancang. Perak Kuala Lumpur Johor Kelantan Kedah MAUT daripada 36 kes MAUT daripada 11 kes MAUT daripada 30 16 kes Selangor Putrajaya MAUT daripada 2442 kes MAUT daripada 119 kes MAUT daripada 35 kes Negeri Sembilan MAUT daripada 56 kes Pahang MAUT daripada 46 kes Terengganu MAUT daripada 77 kes MAUT daripada 59 kes UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti
64 Langkah Selamat (Sumber: https://www.civildefence.gov.my) 2.3.1 • Bimbing murid membaca dan menganalisis bahan. • Bimbing murid membuat ramalan. Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menganalisis – Menerangkan EMK: Nilai Murni – Keprihatinan Nota Guru Semasa banjir, keluarga Faris dan Irfan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Mereka membaca risalah yang diberikan oleh petugas keselamatan. Mereka terfikir jika langkah-langkah keselamatan diabaikan, sesuatu akan ... . Baca risalah dan lengkapkan Peta Pelbagai Alir. Kemudian, buat ramalan. Pastikan saliran longkang tidak tersekat. Dapatkan maklumat tentang lokasi PPS berhampiran. Simpan segala dokumen penting dengan selamatnya. Tindakan sebelum Banjir Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah. Segera berpindah ke PPS apabila diarahkan oleh pihak berkuasa. Seelok-eloknya berpindah pada waktu siang. Jauhi tempat yang dilanda banjir. Tindakan semasa Banjir Elakkan penyakit berjangkit bawaan air banjir. Periksa struktur rumah sebelum memasuki rumah. Tindakan selepas Banjir Awasi kehadiran haiwan berbisa. Jangan hampiri atau sentuh kabel elektrik yang terjatuh di kawasan banjir. Faris, apakah bahaya yang mungkin berlaku jika kita mengharungi banjir? saliran longkang tidak tersekat pengaliran air longkang lancar Tindakan sebelum Banjir Sebab Kesan Membaca Aktiviti
65 “Faris, marilah kita berpayung bersama-sama. Cuaca pada hari ini sangat panas dan amat berbahaya bagi kesihatan badan kita,” kata Irfan. Faris dan Irfan pun berjalan dengan menggunakan payung yang di bawa oleh Irfan. Dapatlah Faris dan Irfan melindongi badan mereka daripada sinaran terik cahaya matahari pada waktu tersebut. “Irfan, mengapakah cuaca panas seperti ini bahya bagi badan kita?” tanya Faris. “Badan kita yang terdedah kepada cuaca yang sangat panas ini boleh menyebabkan kita terkena strok haba Punca berlakunya strok haba ini apabila suhu badan meningkat kepada 41 darjah celsius atau lebih dalam masa yang singkat. punca lain yang menyebabkan strok haba adalah kurang minum air yang akan menyebabkan dihidrasi badan. Tindakkan memakai pakaian yang tebal dan ketat akan menghalang haba keluar semasa penyejatan atau penggeringan peluh,” kata Irfan. “Wah, bijaknya kamu. Terima kasih kerana berkongsi maklumat dengan saya. Bolehkah kamu ceritakan tanda-tanda seseorang mengalami strok haba kepada saya,” tanya Faris. “Boleh, Faris. Tanda-tanda awal seseorang mengalami strok haba ialah mangsa akan berasa sakit kepala, lemah tumpuan, pening, kekajangan otot, berasa mual, atau muntah?” jelas Irfan. Amboi, kamu bercakap seperti seorang pakar perubatan pula! usik Faris sambil tersenyum ke arah Irfan. Irfan hanya ketawa kecil apabila mendengar usikan Faris itu. Mereka terus berjalan menuju ke rumah masing-masing yang terletak bersebelahan sahaja. Cuaca Panas Melampau (Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia) Edit dan murnikan teks dari aspek ejaan dan tanda baca. • Bimbing murid mengenal pasti kesalahan penggunaan ejaan dan tanda baca. • Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks. Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Menganalisis – Mengesan EMK: Nilai Murni – Pendidikan kesihatan 3.3.2 Nota Guru Irfan dan Faris berjalan pulang dari sekolah. Sambil berjalan, mereka berbual-bual. Menulis Aktiviti
66 Bahaya Tsunami Cepat, Mat, malang tidak berbau. Kita mesti cari jalan menyelamatkan pengunjung di pantai. Tsunami akan melanda pantai tidak lama lagi. Lihat di sana. Ada pengunjung yang keras kepala. Turunkan saya di sini. Adi, ikut saya. Adi, kamu dukung budak itu, dia berjalan lambat seperti siput. Saya tidak mahu ada yang mati katak. Terima kasih tuan kerana ambil berat tentang keselamatan kami. Baik, Kapten Syam. Syukurlah, kita telah selamat. Kita mesti bersatu hati. Nyawa pengunjung bagai telur di hujung tanduk. Mari kita beritahu mereka agar segera tinggalkan pantai. Pengunjung semua, bergerak pantas seperti lipas kudung ke bukit di sana. Tsunami akan melanda pantai ini tidak lama lagi. 4.1.1 • Bimbing murid bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun. • Bimbing murid mempersembahkan cerita. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Keprihatinan Bercerita dan ujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun dalam bentuk persembahan. Pada minggu lalu, Irfan dan keluarganya menonton filem animasi “Hero Cilik”. Filem tersebut mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang suka membantu dan menyelamatkan orang ramai yang ditimpa musibah. Nota Guru Seni Bahasa Aktiviti
Eh, Tanah Runtuh! 5.2.1 IPOH, 28 Mac – Kejadian tanah runtuh telah berlaku di sebuah taman rekreasi di Taman Seri Permai, Ipoh. Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada awal pagi semalam. Kelihatan banyak batu besar dan tanah berlumpur bertaburan di atas jalan. Tumbuh-tumbuhan serta pokok-pokok besar di lereng bukit itu yang bergelongsor dan tumbang ke laluan joging menjadikan kawasan tersebut berselerak. Saliran longkang serta saliran paip air telah pecah. Keadaan bertambah buruk apabila kabel-kabel elektrik berselirat setelah beberapa batang tiang elektrik tumbang. “Saya berjoging di taman ini pada pukul 6:00 pagi tadi. Semasa melalui laluan joging di sana, saya terkejut apabila melihat tanah mulai runtuh dan diikuti bunyi bergemuruh dari atas bukit,” kata Encik Osman, 60 tahun, pengunjung awal di taman rekreasi tersebut. Menurut Encik Osman, setelah terjatuh di kawasan berbatu yang bergerigi, beliau berasa gelabah dan geletar. Dengan lutut dan telapak tangan yang luka, beliau berpatah balik ke tempat yang selamat. Kemudian, beliau menelefon talian kecemasan 999 untuk melaporkan kejadian tersebut. Pihak polis juga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan laluan joging dan gelanggang bola keranjang berhampiran dengan lereng bukit tersebut. Cerucuk dan tembok penahan kelihatan telah retak dan berbahaya. Pihak berkuasa tempatan berjanji akan membaik pulih kawasan kejadian seberapa segera demi keselamatan orang ramai. Irfan sedang membaca berita secara dalam talian menggunakan tablet di pekarangan rumahnya. Kenal pasti dan kategorikan kata berimbuhan. Kemudian, bina ayat mengikut konteks. • Bimbing murid mengenal pasti pelbagai kata berimbuhan. • Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan pelbagai kata berimbuhan mengikut konteks. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Keprihatinan BERITA SENSASI Terdapat empat kategori kata berimbuhan, iaitu: Berimbuhan Contoh Perkataan awalan berlumpur, melihat, dikawal, peronda akhiran saliran, laluan, selamatkan, jauhi apitan bertaburan, membersihkan, kejadian, dihubungi sisipan gementar, keredip, kelopak, sinambung Nota Guru Kata Berimbuhan awalan akhiran apitan sisipan 67 Tatabahasa Aktiviti Munsyi Cilik
Irfan memberikan borang senarai semak tentang panduan pemilihan pengasuh kepada ibunya. Irfan berbuat demikian kerana ibunya mencari pengasuh untuk adik Irfan yang berusia dua tahun. Ibu bapa hendaklah memastikan aspek keselamatan sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh. Selamatkah Adik? PERKHIDMATAN PENGASUH SEDIA ADA AHLI ISI RUMAH TINGGAL BERSAMA Mempunyai latihan dan kelayakan Jagaan tidak melebihi tiga orang kanak-kanak termasuklah anak sendiri Mengenali ahli keluarga pengasuh Senarai Semak Panduan Pemilihan Pengasuh 68 1.2.2 PERSEKITARAN PERIBADI PENGASUH Bersih dan selamat Ruang aktiviti yang luas Berpenampilan bersih Bertanggungjawab dan penyayang PENGALAMAN DAN KELAYAKAN PENGASUH Tahu menggunakan talian kecemasan Bilangan ahli keluarga pengasuh yang tinggal bersama Teliti senarai semak. Kemudian, berikan hujah tentang senarai semak dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada http://kpwkm.gov.my) Irfan, mengapakah persekitaran rumah pengasuh penting dalam pemilihan pengasuh? Irfan, nyatakan panduan pemilihan pengasuh yang kamu peroleh. Pemulihan
69 3.3.1 Kempen Sekolah Selamat 1 2 4 3 5 6 pertandingan pendidikan lalu lintas Program Kantin Selamat latihan kecemasan Tulis catatan berdasarkan bahan rangsangan. Tarikh: 4 April 20 Hari: Rabu Masa: 9:00 pagi Tempat: Dewan Seri Permai Perasmi: Encik Ramli bin Abu, Guru Besar SK Seri Permai RAMLI PERTANDINGAN PENDIDIKAN LALU LINTAS SK SERI PERMAI pameran alat keselamatan PAMERAN ALAT KESELAMATAN NALINI Rabu, 4 April 20 9:00 pagi Khamis, 5 April 20 9:00 pagi 9:30 pagi 11:00 pagi 10:00 pagi 11:30 pagi Pengayaan KEMPEN SEKOLAH SELAMAT MAJLIS PENUTUPAN KEMPEN SEKOLAH SELAMAT KANTIN
Informasi Gempa Bumi 2.2.1 PERSEDIAAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN • Bawa kit kecemasan dan tinggalkan bangunan dengan menggunakan tangga. • Pergi ke kawasan lapang yang selamat. • Periksa jika ada kecederaan. Dapatkan atau berikan bantuan kecemasan. • Jika terbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jangan gunakan mancis atau api. Sebelum Gempa Bumi Semasa Gempa Bumi Selepas Gempa Bumi • Pelajari risiko dan langkah keselamatan tentang gempa bumi. • Sediakan pelan kecemasan. • Sediakan kit kecemasan. • Sediakan alat pemadam api. • Ketahui cara menutup bekalan elektrik, air, dan gas. • Ketahui nombor talian kecemasan 999. • Kenal pasti laluan keluar yang selamat sama ada di rumah, di sekolah, atau di pejabat. Lakukan langkah berikut: Ketika di dalam Bangunan: • Bertenang dan jangan panik. • Lindungi kepala dan muka. • Jauhi diri dari tingkap atau objek mudah jatuh. • Pastikan semua pintu atau laluan keluar tidak terhalang. Tunduk Berlindung Bertahan Baca dan rumuskan. Kemudian, ramalkan. 70 (Sumber: https://www.met.gov.my) Irfan, apakah rumusan yang dapat kamu buat berdasarkan informasi gempa bumi ini? Faris, bolehkah kamu ramalkan apakah yang akan terjadi jika tiada persediaan dan latihan untuk menghadapi bencana gempa bumi? Pengukuhan
71 Demi Keselamatan Murid “Wah, cantiknya bas baharu pak cik! Bau wangian pun semerbak,” kata Irfan kepada Pak Cik Samad, pemandu bas sekolahnya. Pak Cik Samad hanya tersenyum memandang Irfan dan rakan-rakannya beratur menaiki bas. Mereka terus duduk di kerusi paling hadapan. Irfan dan Faris lebih suka duduk di kerusi itu kerana senang untuk mereka turun apabila sampai nanti. “Cuba Irfan perhatikan betul-betul. Inilah bas yang biasa Irfan dan rakan-rakan naiki. Cuma, bas ini baru dibaik pulih. Kemudian, pak cik menghantar bas ini untuk diservis dan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer atau PUSPAKOM,” kata Pak Cik Samad. Irfan terus memerhatikan sekeliling bahagian bas tersebut. Kelihatan kerusinya telah dibalut dengan kain baldu yang lebih menarik dan empuk. Cat yang pudar dan terkelupas pada badan bas pun sudah kelihatan berkilat. “Kenapakah bas ini perlu dihantar ke PUSPAKOM, pak cik?” tanya Irfan. “Di PUSPAKOM, pemeriksa kenderaan terlatih akan memeriksa setiap bahagian penting pada kenderaan. Pemeriksaan rapi dan bersinambungan pada setiap enam bulan pasti akan menjadikan bas ini dapat digunakan dengan selamatnya,” kata Pak Cik Samad. Baca petikan. Kemudian, lakukan aktiviti berikutnya. IRFAN FARIS 1.2.2 2.2.1 5.2.1 A. Tugasan Berkumpulan 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Buat rumusan dan ramalan tentang kebaikan menggunakan pengangkutan bas sekolah yang disenggarakan dengan baiknya. 3. Bentangkan hasil perbincangan dan berhujah dengan ahli kumpulan lain secara kritis dan kreatif. B. Berdasarkan petikan, senaraikan kata berimbuhan awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Kemudian, bina ayat. Penilaian
72 Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli (Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dan Pos Hendrop, Gua Musang, Kelantan berada di kawasan pedalaman negeri Kelantan. Mereka telah berjaya menubuhkan tiga buah Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli yang pertama di Kelantan. Penubuhan pasukan bomba ini hasil kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan. Pihak JBPM Kelantan juga telah membantu usaha memantapkan pasukan bomba ini. Mereka telah diberi latihan lebih komprehensif oleh JBPM. Mereka dilatih untuk mengendalikan dan mengawal kejadian kebakaran serta membantu operasi menyelamat sewaktu kecemasan. Penubuhan Pasukan Bomba Komuniti Orang Asli adalah sebagai penggerak awal jika berlakunya sesuatu kes kecemasan di kawasan penempatan Orang Asli. Misalnya, dalam kes kebakaran dan penyelamatan. Pasukan bomba ini dapat melakukan tindakan awal pencegahan sekiranya ketibaan pihak JBPM sedikit lewat disebabkan jarak perjalanan yang jauh dan keadaan faktor muka bumi berbukit. Kawasan penempatan Orang Asli ini tidak mempunyai kemudahan asas. Oleh hal yang demikian, tindakan awal pasukan bomba ini dapat mengawal kebakaran daripada merebak. Selain itu, pasukan bomba ini berperanan untuk menyebarkan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan kebakaran. Ahli pasukan bomba ini juga diajar cara menggunakan radio amatur bagi mendapatkan bantuan melalui udara. Dalam konteks ini, pihak JBPM akan menghantar Unit Udara Bomba yang berada di Pangkalan Udara Bomba Subang. Unit Udara Bomba ini akan menyertai operasi penyelamatan di kawasan penempatan Orang Asli seperti menghantar bantuan bekalan makanan, membawa murid sekolah yang terperangkap semasa banjir, dan membawa Orang Asli yang sakit ke Hospital Gua Musang. JBPM Kelantan mengalu-alukan masyarakat Orang Asli lain untuk menyertai pasukan bomba ini. Pengalaman suasana di dalam hutan yang dimiliki oleh masyarakat Orang Asli ini secara turun-temurun telah banyak membantu jabatan ini. Bacaan Luas BACAAN LUAS MULIHAN ENULIS
73 TEMA 4 PERPADUAN Berdasarkan gambar, cipta slogan yang berkaitan dengan perpaduan.
74 Minggu Citra Malaysia Persatuan Rukun Negara hendak mengadakan Minggu Citra Malaysia. Izzah telah membentangkan lima kegiatan untuk program tersebut. Langkah Perpaduan UNIT 10 Karnival Perpaduan memaparkan permainan tradisional pelbagai kaum UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Larian Amal Perpaduan melibatkan penyertaan murid pelbagai kaum Malam Kebudayaan mempersembahkan tarian tradisional dan nyanyian pelbagai kaum Pertandingan Melukis Sepanduk melukis sepanduk yang menggambarkan perpaduan Pameran Tokoh Perpaduan mempamerkan tokoh-tokoh yang menjadi inspirasi perpaduan
75 Selepas itu, Izzah dan rakan-rakannya berbincang tentang program tersebut. Nota Guru 1.2.3 • Bimbing murid bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan. Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menilai – Membuat keputusan EMK: Nilai Murni – Rasional Izzah: Daripada lima kegiatan untuk program Minggu Citra Malaysia, kita akan membuat keputusan tentang kegiatan yang sesuai untuk program tersebut. Sekarang, rakan-rakan boleh memberikan pandangan atau pertanyaan. Molly: Apakah persembahan yang akan kita adakan dalam program Malam Kebudayaan? Faris: Kita boleh mempersembahkan tarian tradisional daripada pelbagai kaum seperti tarian zapin, tarian kipas, dan tarian kathak. Selain itu, kita juga boleh membuat persembahan nyanyian lagu-lagu bertemakan perpaduan. Amna: Mampukah murid sekolah kita mengadakan persembahan tersebut? Molly: Pada pandangan saya, ____. Prasad: Siapakah yang akan menyediakan bahan-bahan lukisan untuk Pertandingan Melukis Sepanduk? Faris: _____ Amna: _____ Molly: _____ Prasad: _____ Amna: _____ Molly: _____ Izzah: Rumusan daripada perbincangan ini, ____. Keputusannya, kita akan _____ Bersoal jawab berdasarkan bahan untuk membuat rumusan dan keputusan. kandungan info qr code standard ar copembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Aktiviti
Cikgu Nurul meminta murid-muridnya membaca cerita binatang. Cerita itu tentang hubungan dua kumpulan ayam yang semakin renggang. Sereban Tidak Sebulu Di sebuah reban, tinggal dua kumpulan ayam. Ayam tukung unik kerana tidak berbulu pada bahagian ekor. Ayam pelung pula mempunyai ekor dan balung yang cantik. Ayam ini juga berkokok dengan suara yang merdu. Mereka bersepakat dan tolong-menolong. Ayam tukung bertanggungjawab mencari makanan. Ayam pelung pula menjaga kebersihan reban. Oleh itu, bekalan makanan senantiasa ada dan reban juga bersih. Ayam pelung juga memerhatikan musuh yang menghampiri reban. Mereka akan berkokok jika melihat musuh seperti helang. Kokokan ayam pelung akan menakutkan musuh untuk mendekati reban. Dengan itu, keselamatan mereka di reban terpelihara. Walau bagaimanapun, keadaan mula berubah. Pada suatu hari, Si Jalak daripada kumpulan ayam pelung telah mengejek Si Bereng daripada kumpulan ayam tukung. “Si Bereng berjalan terkedek-kedek, ekornya pendek,” berlagu Si Jalak. Kawan-kawannya pula mentertawakan Si Bereng. Si Bereng menangis dan mengadu kepada kawan-kawannya. Mereka berpakat untuk membalas perbuatan Si Jalak. Apabila tiba giliran mereka untuk mencari makanan, mereka telah menghidangi Si Jalak dan kawan-kawannya setongkol jagung. Si Jalak dan kawan-kawannya sangat marah kerana mereka tidak makan jagung. Keadaan semakin meruncing, bagai retak menanti belah. Ayam tukung dan ayam pelung saling bermusuhan. Hal ini telah dapat dihidu oleh Sang Helang. Dia dan kawan-kawannya mula berlegar-legar di sekitar reban menanti peluang yang sesuai. Perpecahan yang berlaku disedari oleh penghulu reban, Tuk Merah. Beliau mengarahkan semua ayam di reban berkumpul. “Kabilah tukung dan kabilah pelung, dengarlah nasihat tuk ini. Janganlah kita bermusuhan sesama kabilah, kelak buruk padahnya, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya,” kata Tuk Merah. 76 Membaca
Nota Guru 2.3.1 Apakah yang akan terjadi jika perpaduan wujud? 77 Bersepakat membawa berkat. Janganlah kita berpecah belah. Hormati perbezaan Jaga antara kita. tempat kita bersama-sama. Berbudi bahasa amalan kita. berbaik-baik Ayuh, dengan rakan! Baca dan analisis teks untuk membuat ramalan. • Bimbing murid membaca dan menganalisis kandungan teks untuk membuat ramalan. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Meramalkan EMK: Nilai Murni – Perpaduan Daripada kisah tersebut, Cikgu Nurul meminta murid-muridnya menulis kata-kata tentang perpaduan dalam bentuk poster. Izzah telah menghasilkan poster tersebut. kandungan info qr code standard ar code pembelajaran minda aktif laman kreatif nota guru laman halaman rangsangan uji minda kbat Unit Kisah Dua Kumpulan Ayam ayam tukung mencari makanan bekalan makanan mencukupi Sebab Kesan ____ ____ ____ ____ ____ ____ Aktiviti AFNI ADAM
78 Bermula di Bangku Sekolah Edit dan murnikan teks pidato dari aspek penggunaan imbuhan dan kata. Izzah mendapati teks pidato yang ditulisnya mengandungi kesalahan penggunaan imbuhan dan kata. Dia mahu membetulkannya. Nota Guru 3.3.2 • Bimbing murid mengedit dan memurnikan kesalahan bahasa dari aspek penggunaan imbuhan dan kata. Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Mengesan EMK: Nilai Murni – Perpaduan Selamat pagi dan salam sejahtera, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi. Tampilnya saya dalam arena pidato pada pagi ini ialah untuk berbicara tajuk “Perpaduan Bermula dari Sekolah”. Sidang dewan yang saya hormati, Perpaduan mesti dipupuk dalam sesebuah negara untuk mengekalkan kestabilan juga keharmonian. Sesebuah negara akan hancur jika rakyatnya berpecah belah. Oleh itu, usaha untuk memupuk perpaduan mestilah mula sejak bangku sekolah lagi. Tingkah laku dan sikap seseorang lebih mudah dibentuk ketika beliau masih kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mengalakan anak-anak mereka supaya bergaul dengan rakan yang berbagai kaum. Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Di sekolah, guru hendaklah mendidik tiap murid agar bergaul tanpa mengira kaum. Guru dapat melakukannya di dalam atau di luar bilik darjah melalui kegiatan kokurikulum. Misalnya, guru menganjurkan kegiatan seperti pekhemahan, acara sukan, dan pementasan drama. Hadirin sekalian, Kesimpulannya, usaha membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu hendaklah dimulakan daripada awal lagi. Sekiranya usaha ini kita abaikan, hasrat untuk mensatukan rakyat Malaysia akan menjadi sukar. Akhir sekali, kita berharapkan semoga negara yang sejahtera dan harmoni dapat dibina. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sekian, terima kasih. Menulis Aktiviti
4.3.1 79 Seloka Peribahasa Perpaduan Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Hal yang kecil jangan dibesar-besarkan Balah yang panjang hendaklah dipendekkan. Yang berat sama kita pikul Yang ringan pula sama kita jinjing Andai kita boleh bekerjasama Kerja yang sukar menjadi mudah. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Susah senang dihadapi bersama Jika ada perselisihan faham Bawa berbincang agar seia sekata. Jangan menangguk di air keruh Menahan lukah di pergentingan Rakan yang susah hendaklah kita tolong Bersama-sama hulurkan bantuan. Bersatu mari kita bersatu Sebelum retak menanti belah Berpadu mari kita berpadu Sebelum perpaduan menjadi debu. Nukilan: Arrian M.Y Satu Arah Satu Suara Izzah dan rakan-rakannya akan membuat persembahan dalam majlis perasmian Bulan Kemerdekaan. Mereka akan mempersembahkan seloka. Nota Guru • Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai serta menyatakan pengajarannya. Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mengaplikasi – Melagukan EMK: Nilai Murni – Toleransi 4.2.1 Audio seloka Lafazkan dan lagukan seloka serta nyatakan pengajarannya. Seni Bahasa Aktiviti
Karya Perpaduan Izzah dan rakan-rakannya berminat untuk menyertai Peraduan Video Pendek Perpaduan yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah. Mereka meneliti iklan yang dipaparkan dalam laman Facebook sekolah. Maklumat Peraduan • Peraduan ini terbuka kepada semua murid SK Seri Permai. • Peserta peraduan mestilah berkumpulan untuk menggalakkan murid bekerjasama. • Sediakan video pendek yang berdurasi empat hingga lima minit sahaja. • Hasilkan video pendek yang menggambarkan perpaduan dengan memilih salah satu tajuk yang berikut: • Muat naik video tersebut ke akaun Facebook sekolah dengan meletakkan tanda pagar #PerpaduanKita. • Daftarkan penyertaan anda dengan menggunakan borang Google menerusi pautan http:bit.ly/perpaduankita. Pemilihan Pemenang • Pemenang ditentukan berdasarkan kriteria yang berikut: – kreativiti semasa mempersembahkan video pendek – kebolehan ketika mengetengahkan karya yang asli Jika ada ketidakfahaman atau pertanyaan tentang peraduan ini, hubungi Cikgu Rizal (010-3456789) Hadiah Pemenang Hadiah Pertama RM250.00 2 Hadiah Ketiga RM100.00 Hadiah Kedua RM150.00 6 Hadiah Sagu Hati RM50.00 Tarikh tutup penyertaan 27 Mei 20 Ayuh, hasilkan mahakarya anda! Kami menantikannya. Ikatan Cemerlang Negara Gemilang Gemerlap Harmoni Gelanggang Muhibah Kesinambungan Perpaduan Anjuran Panitia Sejarah SK Seri Permai VIDEO PENDEK PERADUAN #PerpaduanKita 80 5.2.1 • Bimbing murid mengenal pasti pelbagai kata berimbuhan. • Bimbing murid membina dialog dengan menggunakan pelbagai kata berimbuhan. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Perpaduan PAK-21: Satu Tetap Tiga Lilau Nota Guru Cam dan kategorikan pelbagai kata berimbuhan. Kemudian, bina dialog dengan menggunakan kata tersebut. Aktiviti Tatabahasa
• mencipta logo kafe • melambangkan semangat setia kawan Izzah dan keluarganya sering bersarapan di Kafe Salam. Pada suatu pagi, Pak Cik Ah Seng telah bercerita tentang sejarah pembukaan kafe tersebut. • mengeluarkan modal bersama-sama • mengubah suai kedai • Abu dan Raju datang • cadangan membuka kafe • dikunjungi pelanggan pelbagai kaum • semakin maju Kafe Salam Gema Perpaduan Nota Guru 1.3.1 • Bimbing murid menyampaikan cerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Menjanakan EMK: Nilai Murni – Kerjasama 81 Bapa saya mewariskan sebuah kedai kepada saya. Kedai tersebut terbiar setelah bapa saya meninggal dunia. Saya tiada idea untuk mengusahakan kedai itu. Pada suatu hari, … . 1 2 3 4 Sampaikan cerita. UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti UNIT 11
Dari jauh Pak Cik Adi Johan melihat sekumpulan kanak-kanak bernyanyi dengan gembiranya. Dinesh menggunakan baldi sebagai gendang. Izwan pula beraksi mengetuk tin-tin susu dengan sebatang kayu. Mei Lin dengan bergayanya meniup batang buluh yang dijadikan serunai. Pak Cik Adi Johan menghampiri mereka. Irama yang Menyatukan Kita Encik Faizal membelikan Izzah buku cerita yang mengandungi kisah perpaduan. Antara kisah yang terdapat dalam buku tersebut adalah tentang muzik sebagai alat penyatuan kaum. Ilmu tentang alat muzik. Terdapat bahan terpakai di persekitaran yang boleh dijadikan seperti alat muzik. “Wah, nampaknya kamu semua begitu gembira! Mahukah pak cik ajar kamu semua bermain alat muzik yang sebenar?” tanya Pak Cik Adi Johan. Mereka bertiga berhenti bermain dan memandang Pak Cik Adi Johan seolah-olah tidak percaya. “Pak cik sebenarnya seorang guru muzik. Kalau kamu semua mahu, boleh pak cik ajar kamu bertiga bermain angklung,” kata Pak Cik Adi Johan lagi. Pelawaan Pak Cik Adi Johan diterima oleh mereka dengan hati yang gembira. Mereka tidak menyangka bahawa ada yang memerhatikan mereka selama ini. Selepas ini, mereka akan mempelajari muzik secara formal. Walau bagaimanapun, pengalaman bermain muzik dengan bahan terpakai tidak akan dilupakan oleh mereka. Nilai baik hati ditunjukkan oleh Pak Cik Adi Johan yang mahu mengajar kanak-kanak bermain muzik. 82 Membaca
Nota Guru 2.3.2 • Bimbing murid membaca dan menghargai ilmu dan nilai yang terkandung dalam teks cerita. • Bimbing murid mempersembahkan teks cerita dalam pelbagai bentuk. Strategi PdP: Pembelajaran Koperatif KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti EMK: Nilai Murni – Kesungguhan Baca teks cerita, kemudian nyatakan ilmu dan nilai daripada cerita tersebut. Persembahkannya dalam pelbagai bentuk. 83 Aktiviti Ilmu bermaksud segala jenis pengetahuan atau kepandaian mengenai dunia, akhirat, dan sebagainya. Nilai bermaksud amalan baik yang boleh dijadikan panduan. Info Menurut Pak Cik Adi Johan, muzik antara medium untuk memupuk semangat perpaduan. Beliau menjadikan penyanyi Allahyarham Dato’ Sudirman bin Haji Arshad sebagai contoh. Allahyarham membawa mesej perpaduan dalam persembahannya. Beliau mahu mereka mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi tersebut. “Angklung dibuat daripada buluh. Alat muzik ini dikategorikan sebagai idiofon, iaitu muzik yang terhasil daripada bunyi getaran. Dengan angklung, kita boleh mempersembahkan pelbagai jenis lagu dengan harmoninya,” jelas Pak Cik Adi Johan. Mereka bertiga belajar bermain angklung dengan bersungguh-sungguh. Pada mulanya, mereka tidak begitu mahir tetapi mereka tidak berputus asa. Lama-kelamaan, mereka dapat bermain angklung dengan mantapnya. Setelah mereka benar-benar mahir bermain, Pak Cik Adi Johan telah membawa mereka membuat persembahan di serata tempat. Dalam persembahan, mereka membawakan lagu-lagu pelbagai kaum di Malaysia. Persembahan mereka amat menghiburkan.
Mari Bersyair 84 Nota Guru 3.1.1 • Bimbing murid menulis syair dengan tulisan berangkai. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Perpaduan PAK-21: Jalan Galeri Izzah telah mendendangkan syair bertemakan perpaduan. Dia mahu menulis syair tersebut dalam bentuk tulisan berangkai. Bersatu Padu Teguh Tujuan Tulis syair dalam bentuk kad ucapan dengan menggunakan tulisan berangkai. Audio syair Bersatu padu tiada pilihan, Jika semua mahu bertahan, Bersikap degil cetus bantahan, Hubungan rapuh punca kelemahan. Bersatu padu sahut seruan, Bersihkan minda tentu haluan, egara bangsa teguh tujuan, alaysia jaya jadi tumpuan. Nukilan: Ghazali Lateh Aktiviti uhai rakan teman sejati, dengarlah pesanan sakti, Jagalah adab budi pekerti, ari bersama mencurah bakti. Hendaklah ikhlas bersatu hati, Bukan mengharap pulangan nanti, Bangsa yang kuat itu yang pasti, Persada dunia orang hormati. arilah kita duduk berunding, Lebih dan kurang jangan dibanding, enang dan kalah bukan bertanding, engatur langkah tangan berganding. Menulis
85 Nota Guru 4.2.2 • Bimbing murid mempersembahkan acara berbalas pantun dengan penuh penghayatan dan gaya bahasa. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Mempersembahkan EMK: Nilai Murni – Perpaduan Hidup Harmoni Mengelek buyung ke tepi terusan, Setelah lama penat terasa; Bergotong-royong segala urusan, Bekerjasama sepanjang masa. Pakai terendak meskipun redup, Ditutup tingkap hendak berjalan; Jika hendak muhibah hidup, Apakah sikap menjadi amalan? Buah delima manis terasa, Di dalam peti di tepi pintu; Kita tak sama budaya bangsa, Mengapakah mesti hidup bersatu? Persembahkan pantun dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa. Persatuan Bahasa Melayu SK Seri Permai menganjurkan Hari Puisi. Pada hari tersebut, terdapat acara berbalas pantun yang bertemakan perpaduan. Ke kota lama di hujung desa, Bersama teman menjelang Sabtu; Walau tak sama budaya bangsa, Demi keamanan mesti bersatu. Seni Bahasa A 1 2 3 C B Nasi lemuni beli di kota, Makan berempat elok berpakat; Kekal harmoni sesama kita, Jiran sepakat membawa berkat. Anak dara menangkap kelisa, Di Tasik Bera dengan joran; Dalam negara berbilang bangsa, Bagaimanakah cara hidup berjiran? Format berbalas pantun Aktiviti
86 Sebagai setiausaha persatuan penduduk, bapa Izzah telah menulis sepucuk surat untuk memohon sumbangan kewangan. Persatuan Penduduk Taman Idaman Jaya, 234, Jalan Mengkuang, 31200 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN. ___________________________________________________________________________ Pengarah Urusan, Syarikat Limau Kesturi, Jalan Merah Saga, 31200 Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN. 15 MEI 20 . Tuan, Permohonan Sumbangan Kewangan Pembinaan Balai Raya Muhibah Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Idaman Jaya berhasrat untuk membina sebuah balai raya. Kemudahan ini akan dibina di tanah wakaf, hak milik seorang penduduk tempatan. Beliau yang berjiwa besar berharap agar pembinaannya dapat memperkukuh semangat perpaduan. 3. Pihak persatuan memerlukan balai raya ini untuk menjalankan pelbagai aktiviti perpaduan yang melibatkan pelbagai kaum. Antaranya termasuklah mesyuarat, rumah terbuka hari perayaan, dan urus niaga persatuan. 4. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, tuan boleh berhubung dengan pihak urus setia pembinaan balai raya, Encik Ismail bin Zakaria, melalui talian 012-3456789. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahulukan ucapan terima kasih. Sekian. Yang benar, Faizal (FAIZAL BIN OSMAN) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Idaman Jaya. Balai Raya Muhibah Nota Guru 5.2.2 • Bimbing murid mengenal pasti pelbagai kata majmuk. • Bimbing murid membuat persembahan cerita dengan menggunakan pelbagai kata majmuk. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Murah hati PAK-21: Persembahan Senaraikan pelbagai kata majmuk yang terdapat dalam surat. Kemudian, bercerita dengan menggunakan kata tersebut. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: (i) kata majmuk rangkai kata bebas Contoh: alat tulis, biru laut, jam tangan (ii) kata majmuk istilah khusus Contoh: darah panas, segi tiga, urus setia (iii) kata majmuk kiasan Contoh: kaki ayam, buah tangan, manis mulut Tatabahasa Munsyi Cilik Aktiviti
Semarak Perpaduan Nota Guru 1.3.2 • Bimbing murid mendengar dan menonton dokumentari. • Bimbing murid menceritakan perkara yang didengar dan ditonton dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menerangkan EMK: Nilai Murni – Perpaduan 87 Pada malam itu, Izzah sekeluarga telah menonton dokumentari tentang selera rakyat Malaysia. Mereka tidak menyangka bahawa makanan juga boleh menyatukan rakyat Malaysia. terdapat makanan yang telah menjadi identiti masyarakat Malaysia prihatin tentang makanan yang tidak dimakan oleh sesuatu kaum bukan hanya dikunjungi oleh penganut Islam menjadi tempat pertemuan masyarakat berbilang kaum Video dokumentari Dengar dan tonton dokumentari. Kemudian, ceritakannya semula. bazar Ramadan tempat menjamu selera hari perayaan pelbagai juadah UNIT 1 Mendengar dan Bertutur Aktiviti UNIT 12 Juadah Perpaduan
88 Perpaduan melalui Kokurikulum Amna telah membaca sebuah rencana dan berita dalam sebuah majalah tentang perpaduan melalui kegiatan kokurikulum. Perpaduan antara kaum di sekolah dapat dipupuk melalui kegiatan kokurikulum dengan cara yang berikut: 1. Bekerjasama dalam Kegiatan Kokurikulum Murid daripada pelbagai latar belakang akan bekerjasama dalam kegiatan kokurikulum. Amalan ini secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan. 2. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilihan ahli jawatankuasa kelab, persatuan, dan unit beruniform hendaklah melibatkan semua kaum. Oleh itu, murid daripada pelbagai kaum dapat berpadu tenaga merancang kegiatan kokurikulum. 3. Sikap Prihatin Semasa merancang kegiatan kokurikulum, ahli jawatankuasa perlu peka akan sensitiviti kaum lain. Sebagai contoh, juadah yang dihidangkan dalam acara jamuan mestilah boleh dimakan oleh semua ahli. 4. Kegiatan dengan Sekolah Lain Pihak sekolah boleh mengadakan kegiatan kokurikulum yang melibatkan murid pelbagai kaum dari sekolah lain. Kegiatan ini dapat memperkukuh perpaduan dalam kalangan murid. Pupuk Perpaduan melalui Kegiatan Kokurikulum Rencana Buletin Murid Membaca
Menyemai Semangat Perpaduan melalui Perkhemahan KUDAT, 26 Jun – Usaha menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum, budaya, dan agama di Malaysia tidak mudah dicapai dalam masa yang singkat. Sebaliknya, hasrat ini memerlukan proses yang panjang dan berterusan, menurut Encik Shaarani bin Mahmud, Guru Besar SK Bitara Jaya. Menurut beliau, Sabah menunjukkan contoh semangat perpaduan melalui 32 suku kaumnya. Dalam hal ini, rakyat Sabah menerima dan menghargai kepelbagaian yang wujud. Seterusnya, rakyat Sabah menjadikannya sebagai asas bagi menjanakan kekuatan untuk kepentingan bersama. “Hidup harmoni, muhibah, dan toleransi dalam suasana perpaduan tidak akan membuatkan kita kehilangan identiti. Perpaduan memerlukan keikhlasan untuk kita menikmati pembangunan tanpa rasa syak wasangka,” tambah beliau lagi. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform, SK Bitara Jaya. Perkhemahan yang melibatkan murid pelbagai kaum itu diadakan selama tiga hari dua malam di Kem Semangat Waja. Antara kegiatan dalam perkhemahan tersebut termasuklah merentas hutan, turun cenuram, luncur keluang, dan kembara berpandu arah. Kegiatan ini bermatlamat untuk menerapkan keyakinan, semangat sepasukan, dan sikap kerjasama. 89 Nota Guru 2.3.2 • Bimbing murid membaca dan menghargai ilmu dan nilai yang terkandung dalam bahan. • Bimbing murid mempersembahkan bahan dalam pelbagai bentuk. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mentafsir EMK: Nilai Murni – Kegigihan Berita Borneo Baca teks dan nyatakan ilmu dan nilai daripada teks tersebut. Kemudian, persembahkannya dalam pelbagai bentuk. Aktiviti
Sukan Wadah Perpaduan 3.2.1 Nota Guru 90 Prasad melayari Internet. Dia terjumpa beberapa maklumat yang menggambarkan perpaduan melalui sukan. Bina dan tulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif. • Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif daripada bahan multimedia. Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Memberikan pendapat EMK: Nilai Murni – Rasional PAK-21: Tikar Perpaduan Khalid bin Ali, Bekas pemain bola sepak negara Pasukan bola sepak negara pada tahun 70-an. Pasukan badminton negara menjuarai Piala Thomas pada tahun 1992. Perpaduan dalam kalangan kami, pemain bola sepak, pada ketika itu bukan sahaja wujud di padang. Semangat ini telah lama wujud, iaitu sejak kami kanak-kanak lagi, terutamanya ketika di bangku sekolah. Oleh itu, apabila kami dipanggil untuk beraksi demi negara, kami tidak menghadapi masalah untuk membentuk keserasian. Matlamat kami pada ketika itu hanyalah bermain demi lencana pada dada. Menulis Aktiviti Pemain Kemudahan Penyokong Pelbagai kaum Pelbagai kaum Berlatih bersama-sama Sokongan tanpa mengira kaum Gelanggang untuk semua kaum Berkongsi peralatan sukan Perpaduan melalui Sukan
Perpaduan Teras Kejayaan mengorak langkah ikatan keakraban satu gagasan satu harapan meski budaya kita berbeza tak kira bangsa berpadu tenaga seperti seberkas lidi tak mudah patah hidup sentosa maju negara mesranya perhubungan bersatu hati hidup sepakat bersama-sama menuju cita 91 Nota Guru Hasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun. Kemudian, persembahkannya. 4.3.1 • Bimbing murid menghasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan rangsangan. • Bimbing murid mempersembahkan sajak dengan gaya yang kreatif. Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Menghasilkan EMK: Nilai Murni – Kasih sayang Izzah hendak menulis sajak yang akan dipersembahkannya di dalam kelas. Seni Bahasa Aktiviti
Buku Jalanan Chow Kit Siti Rahayu binti Baharin, Pengasas BJCK Nota Guru 92 5.2.2 • Bimbing murid mengenal pasti dan mengkategorikan pelbagai kata majmuk berdasarkan teks. • Bimbing murid membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk. Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan EMK: Nilai Murni – Berusaha Kenal pasti dan kategorikan pelbagai kata majmuk yang terdapat dalam teks. Kemudian, bina perenggan. Latar Belakang Buku Jalanan Chow Kit (BJCK) yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur merupakan pusat sumber dan ruang belajar. Tempat ini adalah untuk golongan miskin bandar tanpa mengira bangsa dan warganegara. Terdapat kakitangan tetap dan sukarelawan yang mencurahkan bakti di sini. Kegiatan Sekolah BJCK Sekolah bagi individu yang tidak berpeluang untuk belajar di sekolah awam. Selain mata pelajaran biasa, bahasa Jepun dan perihal pengucapan awam juga diajarkan. Hubungan murid-murid pelbagai kaum semakin erat melalui aktiviti pembelajaran. Kelab Bola Sepak BJCK Kelab ini memberikan peluang kepada kaki bola BJCK mengasah bakat dan dilatih semangat sepasukan. Melalui kegiatan ini, ahli kelab daripada pelbagai kaum dapat berinteraksi dengan lebih baik. Kelas Malam Hujung Minggu Kelas tuisyen percuma ini dikendalikan oleh tenaga sukarela daripada pelbagai kaum. Mereka mengadakan kelas ini untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan tanpa mengira keturunan. Arus Maker Academy Melalui akademi ini, anak-anak belajar dan bekerjasama menyelesaikan masalah. Ahli daripada pelbagai kaum perlu berbincang secara harmoni untuk menyiapkan tugasan. Kolektif Anak Chow Kit Kelas seni untuk menghargai bakat dan kreativiti ahli daripada pelbagai latar belakang. Setiap ahli perlu berganding bahu bagi menjayakan kegiatan yang dirancang. Saya tertarik akan kegiatan Buku Jalanan Chow Kit (BJCK) yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur. Penubuhannya dapat _____. Tatabahasa Aktiviti Mereka ialah anak emas yang kami didik tanpa pilih kasih. Saya harap mereka menjadi suri teladan kepada golongan yang kurang bernasib baik. “ “