The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by razaliznl9224, 2023-07-02 14:19:36

Panduan Guru Bahasa Melayu SK Tahun 2

Panduan Guru Bahasa Melayu SK Tahun 2

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 42 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 3 1. Seorang murid diminta membaca nilainilai murni yang diedarkan. 2. Murid lain dikehendaki mendengar dan menyenaraikan nilai-nilai tersebut dan secara bergilir-gilir menaipnya pada papan kekunci komputer yang dipaparkan pada skrin. 3. Murid diminta memadankan perkataan seerti dalam latihan yang diberi di skrin komputer. 4. Murid diminta membina dan menulis ayat berdasarkan perkataan tersebut . KBT- ICT Penggunaan papan kekunci untuk menaip perkataan. Lampiran 2 Senarai nilai murni. Lampiran 3 Perkataan seerti Pentaksiran 1. Setiap murid diminta menyebut satu ayat yang telah didengar . 2. Guru menilai ketepatan dan kelancaran sebutan. 3. Murid mengisi tempat kosong dalam ayat dengan perkataan yang sesuai. Lampiran 4 Ayat untuk dibaca oleh guru Lampiran 5 Latihan isi tempat kosong Pemulihan 1. Murid menyesuaikan subjek dengan predikat yang seuai untuk membentuk ayat . Lampiran 6 Pengayaan 1. Murid membina ayat berdasarkan perkataan yang diberi. Lampiran 7


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 43 Lampiran 1 Keluarga Harmoni Ikhwan murid tahun dua. Dia mempunyai empat orang adik-beradik. Ayah Ikhwan bernama Encik Zailan. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan bertugas sebagai juruteknik. Ibu Ikhwan bernama Puan Lina. Beliau seorang yang penyayang dan bertugas sebagai guru. Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat cermat. Pada waktu lapang, mereka membuat penyapu lidi daripada daun kelapa. Daun kelapa itu diambil daripada pokok kelapa yang ditanam di belakang rumah mereka. Penyapu lidi itu digunakan untuk menyapu kawasan rumah mereka. Keluarga Ikhwan juga bekerjasama menjaga kebersihan rumah. Mereka juga suka tolong menolong antara satu sama lain semasa melakukan tugas-tugas yang diamanahkan. Rumah mereka sentiasa bersih. Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu sama lain. Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu bapa. Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni. Garisi nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan menggunakan papan kekunci .


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 44 Lampiran 2 Sebut dan taipkan nilai-nilai murni yang kamu dengar pada kotak di bawah.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 45 Lampiran 3 bertanggungjawab berjimat cermat penyayang bekerjasama menghormati taat harmoni tolong menolong berkewajiban memuliakan mesra bantu membantu patuh hemat/tidak boros gotong royong pengasih Padankan perkataan dengan maknanya.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 46 Lampiran 4 Pentaksiran 1 Nota: Seorang murid perlu membaca satu baris ayat sahaja. Mereka sekeluarga hidup sihat, ceria dan harmoni. Ayah Ikhwan seorang yang bertanggungjawab. Ibu Ikhwan seorang guru yang penyayang. Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap berjimat cermat. Keluarga Ikhwan bekerjasama menjaga kebersihan rumah. Mereka suka tolong menolong antara satu sama lain. Keluarga Ikhwan saling menghormati antara satu sama lain. Ikhwan dan adik-beradiknya taat kepada ibu bapa. Dengar dan sebut ayat ini dengan betul.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 47 Lampiran 5 Pentaksiran 2 Mereka sekeluarga hidup sihat, ______________________ dan harmoni. Ayah Ikhwan seorang yang ______________________. Ibunya seorang yang ______________________. Keluarga Ikhwan mengamalkan sikap ________________________. Keluarga Ikhwan juga ______________________ menjaga kebersihan rumah. Mereka juga suka ________________________ antara satu sama lain. Keluarga Ikhwan saling ____________________ antara satu sama lain. Ikhwan dan adik-beradiknya _________________ kepada ibu bapa. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam ayat yang kamu dengar.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 48 Lampiran 6 Pemulihan Dengar frasa yang dibaca dan padankan frasa supaya menjadi ayat yang betul. Salin semula di buku dan tulis dengan kemas. Keluarga Puan Nora Encik Rosli sangat bahagia. seorang yang bertanggungjawab. Anak-anak Encik Rama Anak-anak Puan Mei Puan Dayang rajin membantunya mengemas rumah. menyuruh anak-anaknya membersihkan halaman rumah. kerja.membersihkan halaman taat kepada arahan ibu bapa. Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 49 Lampiran 7 Pengayaan Dengar perkataan yang dibsebut dan bina ayat berdasarkan perkataan itu dengan betul. Tulis ayat tersebut dengan kemas. patuh hemat mesra gotong royong __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ bantu membantu Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 50 TEMA ALAM SEKITAR TAJUK Taman Indah FOKUS UTAMA Standard Kandungan 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul Standard Pembelajaran 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. Standard Pembelajaran 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan multimedia yang sesuai. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Menceritakan semula dengan tepat tentang cara menjaga alam sekitar yang didengar menggunakan ayat majmuk, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. ii. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada bahan multimedia yang sesuai. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu: Pendidikan Moral Nilai : Berani, bertanggung jawab KBT: Kreativiti dan inovasi dan Belajar Cara Belajar SISTEM BAHASA Tatabahasa : Ayat Majmuk MEDIA Gambar, lembaran kerja


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 51 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Guru memaparkan sekeping gambar pada skrin untuk murid menelitinya. 2. Guru berbincang dengan murid mengenai gambar yang ditunjukkan. Contoh perkara yang boleh dibincangkan. - keadaan sungai - punca pencemaran 3. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menyampaikan maklumat yang terdapat pada gambar tersebut. 4. Murid diminta mencatat maklumat yang disampaikan oleh rakan. 5. Beberapa orang murid lain dipilih untuk menceritakan semula maklumat yang disampaikan oleh rakan tanpa bantuan gambar. KBT: Kreativiti dan inovasi (Persediaan) Lampiran 1 Langkah 2 1. Murid dalam kumpulan dikehendaki menilai keadaan sungai yang terdapat dalam gambar dan menyatakan idea mereka tentang punca berlakunya pencemaran pada sungai tersebut. KBT: Kreativiti dan inovasi (Imaginasi) Lampiran 1 Langkah 3 1. Guru meminta seorang murid membaca petikan daripada bahan multimedia yang dipaparkan pada skrin secara kuat dengan sebutan yang betul dan jelas KBT: Kreativiti dan inovasi Lampiran 2 Petikan


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 52 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN sementara murid lain mendengar dan memahamkan kandungan petikan tersebut. 2. Murid dalam kumpulan kecil berbincang dan menilai sikap yang ditunjukkan oleh penduduk kampung dalam menangani masalah denggi dengan memberi alasan terhadap penilaian tersebut. (perkembangan) bahan multimedia Langkah 4 1. Seorang murid diminta membaca teks yang diedarkan sekali lagi dan murid lain dikehendaki mendengar seterusnya melengkapkan peta minda berdasarkan maklumat yang didengar. KBT: Kreativiti dan inovasi (tindakan) Lampiran 3 Peta minda Pentaksiran 1. Murid mendengar petikan yang dibaca oleh guru dan menceritakan semula dengan tepat cerita tersebut menggunakan ayat sendiri dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Lampiran 4 Pemulihan 1. Murid mendengar frasa yang dibaca oleh rakan dan memadankan frasa tersebut menjadi ayat yang betul. Lampiran 5 Pengayaan 1. Murid diberi gambar dan diminta untuk berbincang punca berlakunya kejadian di kawasan dalam gambar. Lampiran 6


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 53 Lampiran 1 Catat maklumat yang diceritakan oleh kawan kamu dan kemudian ceritakan semula. 1. ____________________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________________ 5. ____________________________________________________________________ Lihat gambar dan ceritakan .


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 54 Lampiran 2 Hapuskan Nyamuk Aedes Seorang penduduk di Taman Indah telah menghidap demam denggi. Sebagai ketua penduduk di situ, Encik Hamdan berasa bertanggungjawab terhadap kejadian itu. Encik Hamdan bersepakat dengan semua anggota jawatankuasa untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan tersebut. Pada hari yang ditetapkan, penduduk berkumpul di dewan. Sebelum memulakan gotong-royong, Encik Hamdan menerangkan tujuan gotong-royong dan pentingnya menjaga kebersihan kawasan sekitar perumahan mereka. Kemudian, mereka menebas semak samun dan mengumpulkan sampah-sarap serta membakarnya. Manakala tin-tin dan botol-botol kosong ditanam supaya nyamuk aedes tidak membiak. Mereka juga mencuci longkang yang tersumbat supaya air dapat mengalir dengan sempurna. Kini, kawasan sekitar menjadi bersih dan indah. Semangat kejiranan juga dapat dipupuk di samping dapat menghapuskan nyamuk aedes. Baca petikan dan bersama kawan cuba kamu menilai sikap dan tindakan ketua dan penduduk kampung dalam mengatasi masalah denggi.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 55 Lampiran 3 Nyatakan semula maklumat yang diperolehi daripada teks yang dibaca oleh rakan kamu Apakah nama haiwan? Hapuskan Nyamuk Aedes dengan cara…


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 56 Lampiran 4 Pentaksiran Dengar petikan yang dibaca. Ceritakan semula perkara yang kamu dengar menggunakan perkataan sendiri. Sarah dan Lili membantu nenek Munah yang sudah tua membersihkan kawasan halaman rumahnya. Mereka takut nyamuk, lipas dan tikus mudah membiak sekiranya halaman rumah nenek Munah kotor. Sarah menyapu daun-daun kering yang bertaburan di bawah pokok mangga. Lili pula membersihkan longkang yang dipenuhi sampah sarap. Sampah itu dibuang ke dalam tong sampah dan diangkut oleh lori ke tempat pembuangan sampah. Selepas itu, mereka mencabut rumput-rumput yang tumbuh panjang di tepi pasupasu bunga. Halaman rumah nenek Munah kelihatan bersih. Nenek Munah sangat gembira.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 57 Lampiran 5 Pemulihan Nyamuk, lipas dan tikus Dengar ayat yang dibaca oleh kawan dan ceritakan maklumat dalam ayat tersebut. Bersihkan longkang pembawa penyakit Sampah sarap Rumah bersih Alam sekitar sudah tercemar air tidak bertakung dibuang merata-rata kesihatan terjamin Aktiviti ini untuk murid yang belum mencapai standard pembelajaran sahaja. A B


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 2 58 Lampiran 6 Pengayaan Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran. Teliti gambar, bincangkan dan cerita semula punca-punca berlakunya kejadian ini. Tuliskan ke dalam petak di bawah.


Kemahiran Membaca Tahun 2 59 Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehanmembaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca. Standard Kandungan Kemahiran Membaca Murid patut mengetahui dan boleh melakukan: 2.2 Membaca dan memahami, perkataan, frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutaan yang betul. 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. 2.5 Membaca dan menaakul untuk memindah kan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. 2.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA


Kemahiran Membaca Tahun 2 60 Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi dua atau lebih suku kata terbuka dan tertutup dalam pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. 2.2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dalam ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. 2.2.3 Membaca dan memahami ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. 2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas,intonasi yang betul mengikut tanda baca. 2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca. 2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat. 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan mutimedia yang sesuai. 2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mengandungi perkataan dengan betul. 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik serta ayat dengan betul. 2.5.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik dengan betul. 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan. 2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk menambahan ilmu.


Kemahiran Membaca Tahun 2 61 2.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.


Kemahiran Membaca Tahun 2 62 TEMA KEBUDAYAAN TAJUK Kuih Oh Kuih! FOKUS UTAMA Standard Kandungan 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. Standard Pembelajaran 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Standard Pembelajaran 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Membaca bahan bahan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa. ii. Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dan secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Kajian Tempatan ii. Nilai : Rajin,keyakinan diri, kerjasama KBT: Kecerdasan Pelbagai, Kontekstual EMK: Kreativiti dan Inovasi SISTEM BAHASA Tatabahasa: kata nama, kerja Kosa kata: koci, lempeng, keria, baulu,tepung pelita, kuih lapis, apam MEDIA kad perkataan, kad gambar


Kemahiran Membaca Tahun 2 63 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Guru mempamerkan sejenis daun yang biasa dilihat oleh murid. 2. Murid diberi peluang untuk memerhati, memegang dan menghidu bau daun tersebut. 3. Guru bersoal jawab tentang daun tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional. Contoh soalan: Apakah nama daun ini? (daun pandan) Apakah guna daun ini dalam membuat kuih koci? (mewangi dan menghijaukan kuih) Bagaimana cara menggunakan daun ini? (ditumbuk dan diambil airnya dan dibancuh dengan tepung) Ilmu:Sains Nilai: menghargai EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Persediaan) Media- Bahan maujud Daun pandan Langkah 2 1. Guru memperdengarkan lagu ’Kuih Tradisional’. 2. Guru meminta murid menyebutkan nama-nama kuih yang disebutkan dalam seni kata lagu tersebut sambil mempamerkan kad gambar kuih tersebut. 3. Guru mencatatkan nama-nama yang telah disebutkan oleh murid Ilmu- Pend.Muzik Nilai- rajin EMK: Kreativiti dan inovasi ( Fasa Imaginasi ) Lampiran 1 Seni kata lagu dan kad gambar kuih


Kemahiran Membaca Tahun 2 64 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN dan membimbing murid menyatakan cara kuih dimasak sama ada goreng, rebus, bakar atau kukus . Lampiran 2 Latihan cara kuih dimasak Langkah 3 1. Guru membimbing murid membaca seni kata lagu yang dipaparkan. 2. Murid membaca senikata lagu secara individu dan kumpulan dengan sebutan yang betul. 3. Murid dibimbing menyanyikan lagu ’Kuih Tradisional’ berpandukan seni kata lagu yang dipaparkan. 4. Murid diminta membaca secara bergilir-gilir nama-nama kuih yang telah dicatat dengan sebutan yang betul dan mengkategorikannya dalam kumpulan kuih manis atau pedas. Ilmu: Pend.Muzik Nilai: kerjasama EMK: Kreativiti dan Inovasi (Fasa Perkembangan) Lampiran 4 Latihan nama kuih. Langkah 4 1. Murid membaca semula namanama kuih dalam seni kata lagu yang dipaparkan oleh guru. 2. Murid dalam kumpulan kecil berbincang dan memikirkan cara mengubah suai rasa atau bentuk kuih mengikut kreativiti mereka. 3. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan mereka. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai:Keyakinan diri EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Tindakan) Pentaksiran 1. Murid membaca dialog yang Ilmu: Kajian Lampiran 4


Kemahiran Membaca Tahun 2 65 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN disediakan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Murid menjawab beberapa soalan pemahaman berdasarkan dialog yang telah dibaca. Tempatan Nilai:Keyakinan diri KBT: BCB KB-menjana idea Pemulihan 1. Guru membimbing murid membaca nama-nama kuih. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Rajin KBT: BCB Lampiran 5 kad perkataan, gambar Pengayaan 1. Murid membaca frasa-frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi. 2. Murid mengkategorikan cara-cara jenis kuih dimasak. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: berdikari KBT: BCB KB-Menjana idea Lampiran 6 Pengayaan


Kemahiran Membaca Tahun 2 66 Lampiran 1 Melodi : Papaku Pulang Dari Kota. Baca seni kata lagu ini dan Nyanyikan mengikut melodi. “Kuih Oh Kuih” Ibuku rajin buat kuih Bermacam-macam jenis kuih Bahulu, karipap, buah melaka Bolehku makan sekeluarga. Kuih, kuih, kuih, kuih, kuih, kuih 2X Keria, lempeng, koci, lepat Marilah kawan, mari dekat Rasalah kuih yang beraneka Pasti kawan semua akan suka.


Kemahiran Membaca Tahun 2 67 Lampiran 2 Kuih apakah ini? Sedapnya!


Kemahiran Membaca Tahun 2 68 Lampiran 3 Namakan kuih berdasarkan senikata lagu dan apakah rasanya. Tuliskan.


Kemahiran Membaca Tahun 2 69 Lampiran 3 Tuliskan bagaimana cara kuih ini dimasak. Kuih keria Kuih lepat Kuih koci Kuih karipap


Kemahiran Membaca Tahun 2 70 Lampiran 4 Pentaksiran Perkataan Maksudnya sudi mengunjungi teringin bersira bersalut Baca dan fahami dialog di bawah. Beri maksud perkataan yang diwarnakan. Arif : Apa khabar Dini? Bagaimana keadaan awak sekarang? Dini : Keadaan saya bertambah baik. Terima kasih kerana sudi menelefon saya. Arif : Saya akan mengunjungi rumah awak pada petang nanti. Ada apa-apa kuih yang awak nak makan? Dini : Oh, betulkah? Terima kasih, Arif. Saya sebenarnya teringin hendak makan kuih keria. Boleh awak tolong belikan kuih keria? Arif : Boleh. Apa salahnya. Saya akan belikan kuih keria yang bersira itu. Dini : Terima kasih. Arif : Sama-sama. Selain kuih karipap kuih apa yang awak suka? Dini : Saya suka kuih lepat pisang dan ondeh-ondeh yang bersalut kelapa. Arif : Ondeh-ondeh, kuih apa itu? Dini : Oh, ondeh-ondeh itu kuih melaka! Arif : Oh, kuih melaka! Baiklah kita jumpa nanti.


Kemahiran Membaca Tahun 2 71 Lampiran 5 Pemulihan Baca nama nama kuih di bawah. kuih lapis kuih tepung pelita kuih koci Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja. kuih pau


Kemahiran Membaca Tahun 2 72 Lampiran 6 Pengayaan lepat lapis cucur badak koci karipap Senaraikan nama kuih mengikut cara kuih itu dimasak. vade seri muka keria apam cucur udang Kuih yang dikukus Kuih yang digoreng Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja


Kemahiran Membaca Tahun 2 73 TEMA JATI DIRI TAJUK Diri Umpama Mutiara FOKUS UTAMA Standard Kandungan 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard Pembelajaran 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Membaca dan memahami perkataan dalam ayat yang mengandungi dua atau lebih suku kata terbuka dan tertutup dengan sebutan dan intonansi yang betul. ii. Membina dan menulis frasa dengan cara yang betul dan kemas. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Pend. Moral ii. Nilai : bertatasusila, berhemah tinggi,rasional iii. KBT/EMK: KB, ICT SISTEM BAHASA Tatabahasa: kata adjektif Kosa kata: bangga, berhemah, disiplin, yakin, kerjasama, patuh, budi, bertanggungjawab MEDIA Kamus, lembaran kerja, lampiran aktiviti


Kemahiran Membaca Tahun 2 74 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Guru memaparkan di skrin besar teks petikan kepada murid. 2. Guru memperdengarkan bacaan dan meminta murid mendengar dengan teliti. 3. Guru membimbing murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu atau kumpulan. 4. Murid secara kumpulan kecil dan individu membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. 5. Guru dan murid bersoal jawab tentang isi cerita dalam petikan. Ilmu: Pend. Moral Nilai: berdikari EMK: ICT Lampiran 1 Petikan teks Langkah 2 1. Murid diminta mengecam frasa yang telah dihitamkan dan membacanya dengan sebutan yang betul. 2. Guru membimbing murid menggunakan papan kekunci untuk menaip maksud frasa tersebut menggunakan teknik yang sesuai. 3. Murid menulis frasa tersebut semula dalam buku latihan dan menyatakan maksudnya dengan tepat. Ilmu: Pend. Moral Nilai: berdikari EMK: ICT Aplikasi Lampiran 2 Latihan mencari maksud frasa dengan


Kemahiran Membaca Tahun 2 75 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Pentaksiran 1. Murid secara bergilir-gilir membaca perkataan dalam ayat yang diberi dengan sebutan dan intonansi yang betul . 2. Murid menulis jawapan dalam bentuk frasa berdasarkan ayat yang telah dibaca. Ilmu: Pend. Moral Nilai: berhemah tinggi KBT: KB- Menjana idea Lampiran 3 Pentaksiran Pemulihan 1. Murid membaca dan memadankan perkataan dengan perkataan lain yang disediakan menjadi frasa yang bermakna. Ilmu: Pend. Moral Nilai: rasional KBT: KB- Menjana idea Lampiran 4 Pemulihan Pengayaan 1. Murid membaca frasa yang diberi dan membina ayat yang sesuai dengan frasa tersebut. 2. Murid membaca semula ayat yang telah dibina. Ilmu: Pend. Moral Nilai: rasional KBT: BCB Lampiran 5 Pengayaan


Kemahiran Membaca Tahun 2 76 Lampiran 1 Baca dan fahami petikan di bawah. Fuad murid Tahun 2 Hijau di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2. Dia seorang yang berhemah tinggi dan bertanggungjawab. Rakan-rakan dan gurunya suka akan budi bahasanya. Fuad telah dilantik menjadi Ketua Kelas 2 Hijau. Dia selalu membantu guru kelasnya mengawal disiplin kelas. Dia juga sentiasa memastikan semua rakannya mematuhi Jadual Tugasan di Kelas 2 Hijau. Walaupun ada rakan sekelasnya yang tidak suka padanya, namun dia sentiasa melayan mereka dengan baik. Fuad sentiasa berdisiplin dan mematuhi jadual waktu bertugas. Sifatnya yang baik itu menjadi teladan kepada semua rakan sekelasnya. Dia sentiasa mengamalkan pesanan gurunya iaitu ‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Kelas 2 Hijau selalu diumumkan sebagai Kelas Terbaik Disiplin dan Kelas Terbersih dalam pertandingan yang diadakan pada setiap minggu di sekolahnya. Mereka bangga dan gembira dengan kejayaan itu. Mereka memenangi pertandingan itu kerana mempunyai seorang ketua yang baik dan sentiasa bekerjasama.


Kemahiran Membaca Tahun 2 77 Lampiran 2 Cari makna perkataan dengan merujuk kamus dan tuliskan di petak yang disediakan. Sentiasa bekerjasama Budi bahasanya berhemah tinggi Bangga dan gembira disiplin kelas Menjadi teladan Bangga dan gembira Mematuhi jadual


Kemahiran Membaca Tahun 2 78 Lampiran 3 Pentaksiran 1. Fuad murid Tahun 2 Hijau di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2. 2. Fuad seorang yang berhemah tinggi dan bertanggungjawab. 3. Fuad telah dilantik menjadi Ketua Kelas 2 Hijau. 4. Mereka memenangi pertandingan itu kerana mempunyai seorang ketua yang baik dan sentiasa bekerjasama. 5. Mereka bangga dan gembira kerana berjaya dalam pertandingan keceriaan kelas. Baca ayat berikut dan fahami perkataan dalam bentuk frasa yang dihitamkan .


Kemahiran Membaca Tahun 2 79 1. Di manakah Fuad bersekolah? ____________________________________________________________ _ 2. Bagaimanakah sikap Fuad ? _________________________________________________________ 3. Apakah jawatan Fuad di sekolah? __________________________________________________________ 4. Mengapakah Kelas Tahun 2 Hijau boleh memenangi pertandingan? __________________________________________________________ 5. Bagaimanakah perasaan murid Kelas Tahun 2 Hijau setelah memenangi pertandingan? __________________________________________________________ Jawab soalan berikut dalam bentuk frasa berdasarkan ayat yang dibaca.


Kemahiran Membaca Tahun 2 80 Lampiran 4 Pemulihan Rujuk petikan Lampiran 1 dan lengkapkan rangkai kata. bertanggung___________ sikap ________________ berhemah ___________ disiplin ______________ mematuhi ___________ keyakinan ___________ berasa ______________ bangga jawab tinggi kelas diri jadual kerjasama Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja


Kemahiran Membaca Tahun 2 81 Lampiran 5 Pengayaan 1. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 2. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 4. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 5. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ budi bahasa disiplin kelas mematuhi jadual berasa bangga keyakinan diri Baca frasa dan bina ayat berdasarkan frasa yang di beri. Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja


Kemahiran Membaca Tahun 2 82 TEMA ALAM SEKITAR TAJUK Persekitaran Bersih dan Selamat FOKUS UTAMA Standard Kandungan 2.2 Membaca dan memahami perkataan,frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard Pembelajaran 2.2.3 Membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber. Standard Pembelajaran 3.5.1 Mencatat maklumat yang betul dan membanding beza daripada pelbagai sumber. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk dengan sebutan yang betul. ii. mencatat dan membezakan maklumat yang betul daripada pelbagai sumber. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Pend.Kesihatan, Pend. Moral ii. Nilai : kebersihan , kerjasama, bertatasusila, keyakinan diri, rasional, kerajinan, berdikari iii. KBT/EMK: Kreativiti dan Inovasi BCB – bacaan mekanis, mengimlak SISTEM BAHASA Tatabahasa: Ayat majmuk - kata hubung MEDIA Petikan, Lembaran aktiviti dan Lampiran aktiviti


Kemahiran Membaca Tahun 2 83 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Guru mempamerkan gambar tunggal tentang keadaaan sebuah gerai makanan. 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dilihat. Contoh soalan: Adakah gerai ini sesuai untuk kita singgah makan? Mengapakah kamu berpendapat begitu? Ilmu: Pend.Kesihatan Nilai: kebersihan EMK: Kreativiti dan inovasi ( Fasa Persediaan) Lampiran 1 Gambar tunggal Langkah 2 1. Guru mengedarkan petikan teks kepada murid. 2. Guru membimbing murid membaca petikan secara kelas , kumpulan dan individu dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Guru berbincang dan meminta pendapat murid cara untuk memperbaiki keadaan gerai yang terdapat dalam teks yang dibaca. 4. Murid dalam kumpulan berbincang ciri-ciri yang perlu ada pada gerai makanan yang ceria dan bersih. lmu: Pend.Moral Nilai: kerjasama KBT: BCB- bacaan mekanis EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Imaginasi) Lampiran 2 Langkah 3 1. Guru meminta murid mengecam dan membaca ayat yang mengandungi Ilmu: Pend.Moral Lampiran 3


Kemahiran Membaca Tahun 2 84 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN frasa yang dihitamkan. 2. Guru dan murid membincangkan maksud frasa dalam ayat. 3. Murid mengecam dan menyebut kata hubung dalam frasa yang dihitamkan. 4. Murid diminta menyalin ayat –ayat yang mengandungi frasa yang dihitamkan sebagai maklumat daripada petikan. 5. Murid membaca dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan bahan petikan. Nilai:bertatasusila EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Tindakan) Sistem bahasa: Ayat majmuk Kata hubung Pentaksiran 1. Murid membaca ayat dan membezakan maklumat yang betul dalam ayat dengan menandai tanda ( √ ) pada ayat betul. Nilai:Rasional KBT:KB-banding beza Lampiran 4 Pentaksiran Pemulihan 1. Murid membaca ayat dengan sebutan yang betul dan menulis ayat tersebut pada gambar yang sesuai. Nilai:kerajinan Lampiran 5 Pemulihan Pengayaan 1. Murid membaca frasa yang diberi dan membina ayat yang sesuai dengan frasa tersebut. Nilai:berdikari KBT:KB-menjana idea Lampiran 6 Pengayaan


Kemahiran Membaca Tahun 2 85 Lampiran 1 1. Nyatakan keadaan di sekitar gerai ini ? 2. Apakah kesannya gerai seperti ini kepada alam sekitar ? 3. Nyatakan langkah yang baik menjaga keadaan persekitaran gerai ini. 4. Apakah penyakit yang berpunca daripada gerai yang kotor ini? 5. Apakah tindakan yang harus diambil oelh pengunjung gerai ini? Lihat dan fahami gambar di bawah.


Kemahiran Membaca Tahun 2 86 Lampiran 2 Baca dan fahami petikan di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Persekitaran Bersih Hana dan Azim baru pulang dari sekolah. Cuaca pada hari itu sangat panas dan mereka berasa sangat dahaga. Mereka singgah untuk minum di sebuah gerai di tepi jalan . Mereka melihat gerai itu sangat kotor. Gerai itu terletak di tepi longkang yang airnya tersumbat dan berbau busuk. Terdapat banyak sisa makanan dan sampah sarap dibuang di sekitar gerai itu. Tidak jauh dari gerai itu, kelihatan tikus berkeliaran mencari sisa makanan. Mereka tidak mahu membeli minuman di gerai itu kerana takut terkena keracunan makanan dan alahan.


Kemahiran Membaca Tahun 2 87 Lampiran 3 Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan yang dibaca. 1. Siapakah yang baru pulang dari sekolah? ________________________________________________________ 2. Mengapakah mereka singgah di gerai itu? ________________________________________________________ 3. Apakah yang menyebabkan tikus-tikus berkeliaran di tepi gerai itu? ________________________________________________________ 4. Mengapakah longkang berbau busuk? ________________________________________________________ 5. Mengapakah mereka tidak membeli minuman di gerai itu? ________________________________________________________


Kemahiran Membaca Tahun 2 88 Lampiran 4 Pentaksiran Baca dan tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul. Persekitaran yang kotor boleh menyebabkan penyakit. Tikus, lalat dan lipas boleh membiak di tempat yang kotor. Kita patut makan dan minum di gerai yang cantik dan bersih. Longkang tersumbat disebabkan hujan lebat membawa sampah sarap. Sisa makanan hendaklah dibuang di persekitaran tong sampah. Menjaga kebersihan gerai adalah tanggungjawab penjual dan pelanggan.


Kemahiran Membaca Tahun 2 89 Lampiran 5 Pemulihan . Baca dan tuliskan ayat pada gambar yang sesuai. Amran makan di gerai yang kotor. Dia keracunan makanan. Ibu membawa Amran ke klinik. Doktor menasihati Amran supaya tidak makan di gerai yang kotor. Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja


Kemahiran Membaca Tahun 2 90 Lampiran 6 Pengayaan Baca dan bina ayat yang sesuai menggunakan frasa diberi. nasi lemak tidak bersih sakit perut keracunan makanan Amar ke hospital Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja


Kemahiran Menulis Tahun 2 91 Standard Kandungan Kemahiran Menulis menentukan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginasi untuk menghasilkan penulisan. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis. Standard Kandungan Kemahiran Menulis 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. 3.4 Menulis imlak dengan tepat. 3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber. 3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun. 3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul. 3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 3.9 Menulis ulasan tentang pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang didengar, ditonton atau dibaca. Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis 3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih sukakata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan kemas. 3.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS


Click to View FlipBook Version