Kemahiran Menulis Tahun 2 92 3.2.5 Menulis ayat yang mengandungi perkataan yang dua atau lebih sukakata, diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan kemas. 3.2.6 Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas. 3.2.7 Menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul. 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas. 3.3.2 Membina dan menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih sukukata, diftong , vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul. 3.3.3 Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan dengan betul. 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul . 3.4.1 Menulis imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan tepat. 3.4.2 Menulis imlak frasa dan ayat tunggal yang mengandungi perkataan dua atau lebih sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan tanda baca yang tepat. 3.5.1 Mencatat maklumat penting dengan betul daripada pelbagai sumber. 3.5.2 Mencatat maklumat penting yang betul untuk menghubung kaikan fakta daripada pelbagai sumber. 3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu. 3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul berbentuk puisi dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu. 3.7.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dengan betul secara separa terkawal. 3.7.2 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul. 3.8.1 Mengedit hasil penulisan daripada aspek ejaan dan tanda baca. 3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan dan tanda baca.
Kemahiran Menulis Tahun 2 93 3.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menulis, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran menulis yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.
Kemahiran Menulis Tahun 2 94 TEMA KEBUDAYAAN TAJUK Kuih-muih Melayu FOKUS UTAMA Standard Kandungan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard Pembelajaran 2.2.3 Membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Membina dan menulis frasa dengan cara yang betul dan kemas. ii. Membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pend.Moral ii. Nilai : membantu, berdikari, rasional, menghormati, menghargai, bersyukur iii. KBT/EMK: ICT dan konstekstual SISTEM BAHASA Tatabahasa : kata kerja, kata hubung MEDIA Kad gambar, lembaran kerja
Kemahiran Menulis Tahun 2 95 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Seorang murid diminta merasa kuih sambil mata ditutup dan menyebut nama kuih tersebut. 2. Guru memaparkan beberapa keping gambar melalui kemudahan komputer dan meminta murid mengenal pasti aktiviti yang terdapat dalam gambar. 3. Murid secara lisan menyebut perkataan yang ada kaitan dengan aktiviti yang terdapat dalam gambar. 4. Guru meminta murid menulis perkataan dan membina frasa yang berkaitan dengan aktiviti tersebut dalam komputer yang dipancarkan pada skrin besar. 5. Murid membaca semula frasa yang telah ditulis. Ilmu: Kajian tempatan Nilai: Rasional EMK: ICT ABM: Kuih Lampiran 1 gambar Langkah 2 1. Murid bergilir-gilir membaca dan melengkapkan frasa pada latihan yang terdapat pada skrin besar yang dipancarkan melalui komputer. 2. Murid menulis frasa tersebut ke dalam buku latihan yang disediakan. Ilmu: Pend.Moral Nilai: membantu, berdikari KBT:KB-menjana Idea Lampiran 2 Latihan melengkapkan frasa
Kemahiran Menulis Tahun 2 96 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 3 1. Guru memperkenalkan kata hubung menggunakan kad perkataan dan membimbing murid menggunakan kata hubung tersebut dalam konteks ayat. 2. Murd secara bergilir-gilir membuat latihan yang disediakan dalam komputer. 3. Murid menyalin semula latihan ke dalam buku latihan. Lampiran 3 Latihan kata hubung Pentaksiran 1. Murid melengkapkan ayat dialog dengan menggunakan frasa yang sesuai. KBT:KB- menganalisis Lampiran 4 Pentaksiran Pemulihan 1. Guru membimbing murid melengkapkan frasa berpandukan gambar dengan perkataan yang sesuai. 2. Murid membaca frasa yang telah dibina. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: menghargai KBT:KB-menjana idea Lampiran 5 Pemulihan Pengayaan 1. Murid melengkapkan ayat dengan menggunakan perkataan sendiri menggunakan kata hubung. Nilai : berdikari Lampiran 6 Pengayaan
Kemahiran Menulis Tahun 2 97 Lampiran 1 Teka apakah aktiviti apa yang terdapat dalam gambar.
Kemahiran Menulis Tahun 2 98 Lampiran 2 1. air. 3. bawang. 2. tepung. 4. kuih. Lengkapkan frasa di bawah berdasarkan gambar dan perkataan yang diberi dengan menaip perkataan tersebut. menghiris menjerang mengukus menguli
Kemahiran Menulis Tahun 2 99 Lampiran 3 1. Salina membantu ibunya menyediakan nasi lemak kuih-muih. 2. Salmi menolong ibunya menyusun nasi lemak mendengar radio. 3. Ammar tidak datang ke sekolah demam. 4. Walaupun Wahidah kaya, dia tidak sombong. 5. Malika membungkus nasi lemak memasukkannya 6. ke dalam bakul. Lengkapkan ayat majmuk di bawah dengan kata hubung yang diberi dengan menaip menggunakan komputer. dan kerana tetapi lalu sambil
Kemahiran Menulis Tahun 2 100 Lampiran 4 Pentaksiran pastikan kerja saya dan adik sambil mendengar radio agar dapat meringankan makanan tidak tercemar Ibu : Dini, bolehkah tolong ibu sediakan bahan-bahan membuat nasi lemak ? Dini : Baiklah ibu, ______________________________ akan membantu ibu. Ibu : Sebelum menolong ibu, pastikan kamu mencuci tangan dengan bersih supaya ______________________________________________. Adik : Kakak, bolehkah adik membantu ibu ____________________________? Dini : Boleh, tetapi _______________________________________ kamu siap. Adik : Kakak, kenapa kita mesti menolong ibu? Dini : Kita patut menolong ibu _____________________________________ bebannya. Adik : Oh, begitu! Lengkapkan dialog di bawah dengan menggunakan frasa yang diberi.
Kemahiran Menulis Tahun 2 101 Lampiran 5 Pemulihan Baca dan lengkapkan frasa dengan kata kerja berdasarkan gambar. Aktiviti ini untuk murid yang belum mencapai standard pembelajaran sahaja. ______________lemang _________________ lauk ____________kek ___________________air _______________ kuih ____________ minuman
Kemahiran Menulis Tahun 2 102 Lampiran 6 Pengayaan dan sambil 1. Adik tidak suka ___________________karipap. 2. Rini membeli sebungkus nasi lemak dan ___________________________. 3. Ayah makan kuih koci sambil _____________________________________. 4. Saiful suka makan kuih keria kerana _______________________________ 5. Kamalina _____________________________________ untuk keluarganya. makan kuih mendengar radio tiga keping kuih menggoreng lempeng pisang rasanya manis Lengkapkan ayat dengan menggunakan frasa yang diberi. Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja.
Kemahiran Menulis Tahun 2 103 TEMA JATI DIRI TAJUK Sikap Bergotong - royong FOKUS UTAMA Standard Kandungan 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. Standard Pembelajaran 3.2.6 Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Standard Pembelajaran 2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Menulis ayat majmuk dengan cara yang betul dan kemas. ii. Membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Kajian Tempatan ii. Nilai : tolong-menolong, kerajinan iii. KBT/EMK: Kreativiti dan inovasi, konstekstual SISTEM BAHASA Tatabahasa : kata kerja, kata hubung MEDIA Kad gambar, lembaran kerja
Kemahiran Menulis Tahun 2 104 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Murid dipertontonkan sebuah klip video majlis perkahwinan. 2. Murid bersoal jawab tentang suasana majlis tersebut. Contoh soalan: Video apakah yang kamu sedang tonton? Apakah aktiviti yang mereka lakukan dalam video tersebut? 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan gotong royong dan menerangkan faedah amalan gotong royong. 4. Murid mengenal pasti aktiviti yang dipaparkan melalui tayangan slaid. 5. Murid menulis nombor yang sesuai pada gambar yang diberikan berdasarkan tayangan slaid. 6. Murid menulis perkataan dan frasa yang berkaitan dengan aktiviti yang ditunjukkan dengan tulisan yang kemas mengikut susunan nombor yang betul. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: kerajinan KBT: KB- Menjana idea EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Persediaan) Lampiran 1 Slaid gotong royong Langkah 2 1. Murid membaca petikan dengan lancar, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul berdasarkan tanda baca. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: kerajinan EMK: Kreativiti dan Lampiran 2
Kemahiran Menulis Tahun 2 105 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN 2. Murid memahami perkataan dalam ayat yang dihitamkan dengan mencari makna perkataan tersebut. 3. inovasi (Fasa Imaginasi) Langkah 3 1. Murid diberi lembaran kerja untuk melengkapkan cerita mengikut kreativiti sendiri. Ilmu: Kajian Tempatan EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Perkembangan) Lampiran 3 Langkah 4 1. Murid mempersembahkan cerita yang mereka hasilkan melalui aktiviti bercerita. EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Tindakan) Petikan Aktiviti 3 Pentaksiran 1. Murid memadankan frasa menjadi ayat yang betul. KBT: KB- Menjana idea Lembaran Kerja Pentaksiran Pemulihan 1. Murid mencantum dan menulis semula perkataan menjadi rangkai kata yang betul. KBT: BCB- Membaca mekanis Lembaran Kerja Pemulihan Pengayaan 1. Murid membina dan menulis ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberikan. KBT: BCB- Membina ayat Lembaran Kerja Pengayaan
Kemahiran Menulis Tahun 2 106 Lampiran 1 Nombor Frasa Nombor Frasa membersihkan longkang mencabut rumput mengumpul sampah menyapu sampah menebas semak menanam pokok Nombor Frasa Nombor Frasa 1 4 2 5 3 6 Lihat aktiviti dalam gambar dan tulis nombor pada frasa yang sesuai. Kemudian salin frasa mengikut susunan nombor yang betul. 1 2 3 4 5 6
Kemahiran Menulis Tahun 2 107 Lampiran 2 Baca petikan ini. Salin perkataan yang dihitamkan dan beri maknanya. Sang Semut tinggal di Kampung Indah. Penduduk di kampong ini saling menghormati sesame mereka. Pada suatu hari, Kampung Indah dilanda rebut taufan. Banyak rumah yang musnah. Sang Semut dan rakanrakannya berasa susah hati. Tiba-tiba, datang seekor burung merpati menghampiri mereka. “Mengapa kamu bersedih, wahai Sang Semut?” Tanya Sang Merpati. “Kami kehilangan tempat tinggal kerana rebut melanda kampung kami, wahai Sang Merpati.” Rintih Sang Semut. Sang Merpati dengan rela hati ingin menawarkan diri untuk membantu sang Semut dan rakan-rakannya membina semula rumah mereka. Mereka bergotong-royong mengumpulkan tanah dan pasir. Sang Semut dan rakan-rakannya tolong-menolong membersihkan kawasan perkampungan mereka. Mereka juga beramah mesra dengan Sang Merpati yang baik hati itu. Setelah siap, mereka mengucapkan terima kasih kepada Sang Merpati. saling menghormati rela hati bergotong royong tolong menolong beramah mesra
Kemahiran Menulis Tahun 2 108 Lampiran 3 Mari menyalin petikan perenggan pertama dan menghabiskan cerita mengikut kreativiti sendiri. Sang Semut dan rakan-rakannya tolong-menolong membersihkan kawasan perkampungan mereka. Mereka juga beramah mesra dengan Sang Merpati yang baik hati itu. Setelah siap, Sang Semut dan rakan-rakannya mengucapkan terima kasih kepada Sang Merpati. ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ __________
Kemahiran Menulis Tahun 2 109 Lampiran Pentaksiran 1. Saya dan adik menolong ayah mencuci pinggan. 2. Kakak menolong ibu mencuci longkang. 3. Abang menolong ayah mencuci kereta. 4. Setiap petang ibu menyiram di belakang rumah. 5. Datuk menebas lalang pokok bunga. 1. _____________________________________________________________________ 2. _____________________________________________________________________ 3. _____________________________________________________________________ 4. _____________________________________________________________________ 5. _____________________________________________________________________ Padankan ayat di bawah menjadi ayat lengkap. Kemudian salin ayat itu.
Kemahiran Menulis Tahun 2 110 Lampiran Pemulihan Suaikan perkataan dan tulis semula perkataanperkataan yang dicantumkan menjadi rangkai kata. hati mesra menghormati menolong royong rela tolong beramah saling bergotong Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja
Kemahiran Menulis Tahun 2 111 Lampiran Pengayaan Tuliskan frasa yang sesuai bagi gambar yang diberi. ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja
Kemahiran Menulis Tahun 2 112 TEMA ALAM SEKITAR TAJUK Berkelah di Sungai FOKUS UTAMA Standard Kandungan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Standard Pembelajaran 1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan frasa yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Membina beberapa ayat majmuk dengan betul dengan merujuk bahan bacaan yang dibaca. ii. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan frasa yang betul dalam dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Kajian Tempatan ii. Nilai : kerjasama, berdikari,bersyukur,menjaga kebersihan iii. EMK/KBT: ICT dan Belajar Cara Belajar SISTEM BAHASA Tatabahasa: Kata hubung, ayat majmuk MEDIA Gambar tempat-tempat perkelahan, lembaran aktiviti
Kemahiran Menulis Tahun 2 113 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Guru memaparkan slaid gambar tempat-tempat yang boleh dijadikan tempat perkelahan dan meminta murid menelitinya. 2. Murid dan guru menceritakan keadaan tempat dalam paparan gambar itu. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: Prihatin ICT Media: Gambar slaid tempat-tempat perkelahan. Langkah 2 1. Guru meminta murid memilih salah satu tempat dalam paparan dan menulis tempat tersebut dalam komputer . 2. Murid diminta membaca secara kuat nama tempat tersebut. 3. Guru berbincang dengan murid tentang pentingnya tempat-tempat perkelahan yang menarik dikaitkan dengan ekonomi penduduk setempat. Nilai: Kerjasama KBT: Mengkategori Langkah 3 1. Murid diminta membaca dan memahami teks yang dipaparkan pada skrin dengan betul. 2. Guru dan murid bersoal jawab tentang isi teks yang telah dibaca dan secara bergilir-gilir menaip 5 Nilai: bersyukur EMK: ICT Lampiran 1 Teks
Kemahiran Menulis Tahun 2 114 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN ayat mengenai isi teks tersebut menggunakan ayat sendiri. Langkah 4 1. Murid diberi lembaran kerja dan diminta melengkapkan ayat-ayat berpandukan isi teks yang telah dibaca. 2. Secara kumpulan, murid dibimbing untuk berbincang mengenai beberapa kata hubung yang dipetik daripada teks. Nilai: bersyukur KBT: KB-menjana idea Lampiran 2 Lembaran kerja Pentaksiran 1. Murid diminta menulis ayat majmuk yang sesuai berdasarkan frasa yang diberi. Nilai: Berdikari, kebersihan KBT:BCB-menulis ayat Lampiran 3 Pentaksiran Pemulihan 1. Murid diminta melengkapkan ayat dengan kata hubung yang betul berdasarkan gambar yang diberi. Nilai: Berdikari KBT: menjana idea Lampiran 4 Pemulihan Pengayaan 1. Murid diminta menulis lima ayat majmuk yang sesuai tentang aktivitiaktiviti yang terdapat dalam gambar tunggal yang diberi. Nilai: Berdikari KBT: menjana idea Lampiran 5 Pengayaan
Kemahiran Menulis Tahun 2 115 Lampiran 1 Baca dan fahamkan teks, kemudian tulis 5 ayat untuk menceritakan semula kandungan teks tersebut. Berkelah di Sungai Congkak Pada hari Ahad yang lalu, Akil dan keluarganya pergi ke Sungai Congkak untuk berkelah. Mereka membawa pelbagai jenis makanan dan, minuman. Mereka juga tidak lupa membawa pakaian, tikar dan plastik sampah. Sampai sahaja di Sungai Congkak, mereka mencari tempat yang sesuai untuk membentang tikar dan meletakkan barangbarang yang dibawa. Mereka telah memilih satu tempat yang agak sesuai tetapi kawasan di sekelilingnya penuh dengan sampahsampah yang telah dibuang oleh pengunjung lain. Akil dan keluarganya mengutip sampah-sampah itu lalu memasukkan ke dalam plastik sampah. Mereka meletakkan sampah itu di satu tempat. Daun-daun kering dan ranting-ranting kayu dan batu-batu sungai yang berselerakan juga mereka susun semula di tebing sungai supaya tebing tidak rebak. Setelah selesai, Akil dan keluarganya duduk berehat sambil makan sebelum mandi. Ayah Akil berpesan kepada ahli keluarganya supaya sentiasa menjaga alam sekitar. Kata ayah Akil, “Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita dan kita harus menghargainya supaya keindahannya akan dapat dikekalkan”.
Kemahiran Menulis Tahun 2 116 Lampiran 2 Lengkapkan ayat di bawah dengan merujuk petikan diberi. Keluarga Akil membawa pelbagai jenis makanan, minuman, pakaian, tikar _______________________________________________________________ Di Sungai Congkak, mereka mencari tempat yang sesuai ___________ ____________________________________________________________________ Akil mengutip sampah-sampah itu __________________________________ ____________________________________________________________________ Akil dan keluarganya menyusun semula batu-batu di tebing sungai ____________________________________________________________________ Setelah selesai, keluarga Akil duduk berehat ________________________ ____________________________________________________________________
Kemahiran Menulis Tahun 2 117 Langkah 3 Pentaksiran Tulis ayat majmuk tentang kebersihan alam sekitar berdasarkan frasa di bawah. tebing sungai tidak rebak plastik sampah menjaga alam sekitar sampah dibuang oleh pengunjung
Kemahiran Menulis Tahun 2 118 Lampiran 4 Pemulihan Lengkapkan ayat di bawah dengan frasa kamu sendiri. Akil dan abangnya menyusun batu supaya ___________________________________________ Anum mengutip daun-daun kering dan ___________________________________________ Selepas makan, Akil dan keluarganya mandi sambil _____________________________________ Akil dan keluarganya pergi ke Sungai Congkak untuk ____________________________ Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja
Kemahiran Menulis Tahun 2 119 Lampiran 5 Pengayaan 1. _______________________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________________ 3. _______________________________________________________________________ 4. _______________________________________________________________________ 5. _______________________________________________________________________ Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja Bina lima ayat majmuk yang sesuai berkaitan dengan gambar di bawah.
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 120 Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan. Standard Kandungan Seni Bahasa Murid patut mengetahui dan boleh melakukan: 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur 4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur. 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. 4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. Standard Pembelajaran Seni Bahasa 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. 4.1.2 Memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur. 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul tentang sesuatu 4.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 121 perkara melalui penceritaan secara didik hibur. 4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui penceritaan secara didik hibur. 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan secara didik hibur. 4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelastentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan secara didik hibur. 4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur. 4.4.2 Membina pantun empat kerat secara terkawal dan melafazkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara dididk hibur.
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 122 4.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran Seni Bahasa, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai dan menarik sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran seni bahasa yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 123 TEMA KEBUDAYAAN TAJUK Kenali Saya FOKUS UTAMA Standard Kandungan 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. Standard Pembelajaran 4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan secara didik hibur. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Standard Pembelajaran 1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Mengujarkan dialog tentang sesuatu perkara dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas sambil melakonkannya menggunakan bahasa badan yang kreatif secara didik hibur. ii. Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan bertatasusila. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu : Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan ii. Nilai : Hormat-menghormati, berhemah tinggi, menghargai warisan iii. KBT : Kecerdasan Pelbagai - Pengisian ruang EMK : Kreativiti dan inovasi SISTEM BAHASA Kosa kata : berwarna-warni, tradisional, inti, disira, berukir.
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 124 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Guru merangsang murid menamakan kuih kegemaran mereka dengan mengemukakan soalan berdasarkan gambar beberapa jenis kuih. Contoh soalan: Apakah nama kuih dalam gambar ini? Adakah kuih ini kegemaran kamu? Sebutkan beberapa jenis kuih tradisional yang kamu tahu. 2. Guru membimbing murid mengenali kuih tradisional dan kuih moden serta mengelaskan kuih mengikut kategori tradisional atau moden. Nilai : Menghayati warisan budaya tempatan KBT : Konstektual EMK: Kreativiti dan Inovasi (Fasa Persediaan) Lampiran 1 Langkah 2 1. Guru mengedarkan teks dialog dan membimbing murid membaca dan melakonkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. 2. Murid melakonkan dialog yang diberi dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul secara bergilir-gilir. 3. Murid membuat ringkasan tentang kuih-kuih yang terdapat dalam dialog dari segi bentuk dan rasa kuih tersebut secara lisan. Nilai : bekerjasama EMK: Kreativiti dan Inovasi (Fasa Perkembangan) Lampiran 2 Petikan dialog Langkah 3
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 125 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN 1. Murid diminta melakonkan watak setiap jenis kuih yang terdapat dalam petikan dialog tetapi kali ini dia bercerita tentang dirinya dalam bentuk dialog. Contoh: Saya kuih karipap. Badan saya bercorak dan berukir di tepi. Rasa saya boleh dipelbagaikan. Saya boleh berasa sardin, daging dan ayam. 2. Ulang aktiviti ini sehingga semua murid berpeluang melakonkan watakwatak dalam dialog. TKP: Kinestatik, interpersonal Nilai : Bekerjasama EMK : Kreativiti dan Inovasi (Fasa Tindakan) Langkah 3 1. Beberapa orang murid melakonkan dialog pernyataan tentang bentuk kuih. 2. Murid lain meneka jenis-jenis kuih yang dilakonkan itu dengan menyatakan nama kuih tersebut. 3. Murid yang melakonkan dialog tadi akan mempamerkan gambar kuih berdasarkan pernyataan yang disampaikan. Nilai : Bekerjasama TKP : Kinestatik Interpersonal KB : Menjana idea Lampiran 3 Kad Gambar Pernyataan teka - teki Pentaksiran 1. Murid melakonkan dialog tentang pernyataan tentang kuih. 2. Guru menilai sebutan dan intonasi serta bahasa badan semasa mereka mengujarkan dialog lakonan tersebut. Lampiran 4
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 126 Lampiran 1 Kad gambar Wah, sedapnya kuih ini! Apa nama kuih ini?
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 127 Lampiran 2 Baca dan lakonkan dialog mengikut watak. Kita Serupa : Apa khabar, karipap? : Baik, lapis. Cantiknya badan kamu? : Terima kasih, badan saya memang begini, berlapis -lapis dan berwarna-warni. : Ala karipap, awak pun apa kurangnya? Bentuk badan awak pun cantik juga, ada yang bercorak dan berukir di tepinya. : Betul! Betul! Betul! Bukan itu sahaja, malahan inti yang terdapat dalam badan awak juga ada pelbagai rasa, sedap pula tu, seperti rasa sardin, ayam, daging dan banyak lagi. : Awak pun apa kurangnya. Walaupun badan awak serupa macam roda tetapi ramai yang suka akan awak. Tambahan lagi badan awak pula disira pula dengan gula. : Ala, ketayap pun apa kurangnya. Walaupun badan awak hijau, bentuk macam kayu tetapi lembut dan enak rasanya. Inti awak pun lemak dan manis. : Ha..ha..ha...kita serupa. Sebenarnya kita semua memang sedap sebab kita kuih tradisional yang disukai ramai.
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 128 Lampiran 3 Teka siapa saya? Bentuk badan saya bulat macam roda, dibuat daripada tepung dan ubi keledek, Digoreng dahulu kemudian disira dengan gula. halus. Huruf D adalah rupa saya, berinti kentang dan berempah. Terdapat ukiran di bahagian tepi. Bentuk badan saya panjang dan berwarna hijau, Inti saya kelapa dan berasa manis. Badan saya lembut berlapis-lapis, Warna saya merah dan putih berselang-seli.
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 129 Lampiran 4 Pentaksiran Selamat pagi kawan-kawan, Saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya diberi nama kuih ketayap. Badan saya panjang dan bergulung. Dalam badan saya ada inti kelapa yang manis. Kawan-kawan cubalah rasa saya. Ramai yang memuji rasa saya memang manis dan sedap. Selamat pagi kawan-kawan, Nama saya pula kuih karipap. Badan saya berbentuk D dan bercorak di tepi. Di dalam badan saya ada inti ubi kentang. Inti saya ada pelbagai rasa. Kadang kala ada rasa daging, udang, ayam dan ikan bilis. Kawankawan cubalah rasa saya ya. Rasa saya juga memang sedap. Baca dan lakonkan dialog mengikut watak. Nota: Guru boleh mengubah dialog dengan kuih yang lain pula. Guru menilai lakonan murid daripada aspek sebutan dan intonasi yang jelas dan betul. Guru juga boleh menilai bahasa badan murid semasa mengujarkan dialog.
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 130 TEMA JATI DIRI TAJUK Hati Riang Hidup Ceria FOKUS UTAMA Standard Kandungan 4.1 Memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. Standard Kandungan 4.1.1 Menyebut seni kata lagu yang mengandungi pengajaran dengan betul dan jelas dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang suatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. Standard Kandungan 1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang suatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas. ii. Memberi pandangan mengenai maksud perkataan yang bergaris dalam lirik lagu dengan betul. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu : Pend. Muzik, Pend. Sivik & Kewarganegaraan ii. Nilai : Kerjasama, berkeyakinan, menyayangi iii. KBT : Verbal linguistik, Interpersonal, Kinestatik iv. EMK: ICT SISTEM BAHASA Tatabahasa : Ayat Tanya Kosa kata : riang, duka, sayang, ceria MEDIA Seni kata lagu, Lembaran kerja.
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 131 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Guru memaparkan seni kata lagu menggunakan skrin besar melalui komputer. 2. Murid dibimbing menyanyikan lagu ’’Hati Riang Hidup Ceria” mengikut melodi ”Geylang Sipaku Geylang”. 3. Murid menyanyikan lagu sekali lagi tanpa bimbingan guru dengan sebutan yang betul dan jelas. Nilai : Berkeyakinan KBT : Verbal linguistik Lampiran 1 Lirik lagu Media : Rakaman lagu Langkah 2 1. Murid dibimbing menyanyikan lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul sambil menggayakan aksi yang sesuai. 2. Murid menyanyikan lagu mengikut kumpulan secara bergilir-gilir. 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang maksud seni kata lagu dan mengaitkan dengan konsep kerjasama dan saling sayang menyayangi dengan jati diri. KBT : KB - Menjana idea Nilai: Kerjasama Langkah 3 1. Murid di minta menyusun rangkap lagu dengan menggunakan teknik klik dan seret secara bergilir-gilir. KBT : KB ~ banding beza, menjana idea EMK : ICT Lampiran 2
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 132 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN 2. Murid menyanyikan semula lagu dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai. Nilai : Kerjasama Media : kad situasi Langkah 3 1. Guru menerangkan kepentingan kehidupan yang ceria dalam diri dan keluarga untuk menguatkan jati diri mereka. 2. Murid diminta memadankan perkataan yang dihitamkan pada seni kata lagu dengan maksudnya menggunakan kemudahan komputer melalui teknik yang sesuai. KBT : KB : Menjana idea Nilai : Kasih sayang EMK : ICT Lampiran 3 Pentaksiran 1. Murid menyanyikan lagu ’’Hati Riang Hidup Ceria” secara berpasangan untuk guru membuat penilaian. 2. Guru menilai murid daripada aspek sebutan seni kata lagu dan gaya murid semasa menyanyi. Nilai : Kesyukuran
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 133 Lampiran 1 Nyanyikan lagu di bawah mengikut gaya dan cara yang sesuai. HATI RIANG HIDUP CERIA Geylang si paku geylang, geylang, Geylang si rama-rama; Riang hatiku riang Selalu hidup bekerjasama Geylang si paku geylang, geylang, Geylang si kuda-kuda; Girang hatiku girang Janganlah selalu kita berduka Geylang si paku geylang, geylang, Geylang si rusa-rusa; Sayang keluargaku sayang Kehidupan kami selalu ceria Geylang si paku geylang, geylang, Geylang si layang-layang Girang hatiku girang Antara hidup saling menyayang. ( Ikut melodi Geylang Si Paku Geylang)
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 134 Lampiran 2 Susun rangkap-rangkap lagu mengikut susunan lagu yang diberi menggunakan teknik klik dan seret. Geylang si paku geylang, geylang, Geylang si layang-layang; Girang hatiku girang, Kami hidup saling menyayang. Geylang si paku geylang, geylang, Geylang si rama-rama; Riang hatiku riang, Selalu hidup bekerjasama, Geylang si paku geylang, geylang, Geylang si rusa-rusa; Sayang keluargaku sayang, Hidup kami selalu ceria, Geylang si paku geylang, geylang, Geylang si kuda-kuda; Girang hatiku girang, Janganlah selalu kita berduka,
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 135 Lampiran 3 Padankan perkataan dengan maksud yang diberi menggunakan teknik yang sesuai dalam komputer. ceria saling riang sayang bekerjasama berduka mengasihi bersedih hati gembira girang hati berbalas-balas saling membantu
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 136 TEMA ALAM SEKITAR TAJUK Bencana Alam FOKUS UTAMA Standard Kandungan 4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. Standard Pembelajaran 4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul secara didik hibur. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. Standard Pembelajaran 3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan kemas. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Menulis secara mekanis sekurang-kurangnya dua daripada tiga rangkap pantun yang diberi dengan betul dan kemas. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu : Kajian Tempata ii. Nilai : Menghargai Anugerah Tuhan iii. KBT : KB – Mengenal pasti idea utama dan idea sampingan. SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata nama am, kosa kata MEDIA Kad gambar, lembaran kerja
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 137 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Murid menonton tayangan slaid bencana alam. Contoh gambar : - tanah runtuh - banjir - kemarau 2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar. Contoh soalan : - Apakah gambar yang kamu tonton? - Adakah suasana ini yang kita inginkan? - Apakah kategori yang boleh diperkatakan tentang gambar tersebut? 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk bencana alam dan puncanya. Ilmu : Kajian Tempatan Nilai : Menghargai Kurniaan Tuhan KBT : KB Membuat inferens Langkah 2 1. Murid dipamerkan dengan beberapa rangkap pantun melalui tayangan slaid. 2. Guru membimbing murid melafazkan pantun dengan sebutan, gaya, dan intonasi yang betul secara bergilir-gilir. 3. Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun, rangkap demi rangkap. Slaid Ilmu : Muzik Nilai : Bekerjasama Lampiran 1 Petikan pantun Langkah 3 1. Murid diedarkan petikan pantun. KBT : BCB Lampiran 2
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 138 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN 2. Murid menyalin semula rangkaprangkap pantun dengan betul dan kemas secara mekanis. Menyalin rangkap pantun Pentaksiran 1. Murid melafazkan satu rangkap pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Lampiran 3
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 139 Lampiran 1 Melafazkan dan memahami pantun empat kerat. Bencana Alam Hujan tidak berhenti-henti, Dari pagi hingga ke malam; Jika begini setiap hari, Berlaku banjir musnahlah alam. Bahang terasa terik mentari, Badan berpeluh cepat dahaga; Jika hujan tidak menimpa bumi, Alamat kemarau datang menjelma. Daun merimbun dahan berduri, Akar bertaut mencengkam tanah; Pokok ditebang sesuka hati, Runtuh tanah mengundang padah.
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 140 Lampiran 2 Tuliskan semula pantun yang diberi secara mekanis. Bencana Alam _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _____________________________________________________- ______________________________________________________
Aspek Seni Bahasa Tahun 2 141 Lampiran 3 Pentaksiran Bencana Alam Bahang terasa terik mentari, Badan berpeluh cepat dahaga; Jika hujan tidak turun di bumi, Alamat kemarau datang menjelma. Daun merimbun dahan berduri, Akar bertaut mencengkam tanah; Pokok ditebang sesuka hati, Runtuh tanah mengundang padah. Hujan tidak berhenti-henti, Dari pagi hingga ke malam; Jika begini setiap hari, Berlaku banjir musnahlah alam. Baca pantun di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.