Aspek Tatabahasa Tahun 2 142 Standard Kandungan Aspek Tatabahasa yang digubal bertujuan menentukan keupayaan murid menguasai asas berbahasa dengan nahu yang betul. Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pengajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis. Aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata, pembentukan kata dan pembinaan ayat. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa in harus diajar secara berfokus dan terancang. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru perlu menetapkan objektif yang mesti dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran aspek Tatabahasa yang disediakan. Standard Kandungan Aspek Tatabahasa Murid patut mengetahui dan boleh: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul. 5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi. Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betul mengikut konteks. 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul mengikut konteks. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dengan betul mengikut konteks. 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks. 5.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA
Aspek Tatabahasa Tahun 2 143 5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul mengikut konteks. 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks. 5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan apitan dengan betul dalam pelbagai konteks. 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata ganda penuh dengan betul dalam pelbagai konteks. 5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat dengan betul dalam pelbagai konteks. (FN +FN, FN + FK, FN + FA, FN + FS) 5.3.2 Memahami dan membina ayat penyata dengan menggunakan tanda baca yang betul dalam pelbagai konteks.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 144 5.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN TATABAHASA Semasa merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bagi aspek tatabahasa, guru perlu memberi pertimbangan pada aktiviti yang sesuai dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 145 TEMA KEBUDAYAAN TAJUK Budaya Kita FOKUS UTAMA Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Standard Pembelajaran 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks. ii. Membina dan menulis kata adjektif pancaindera dalam ayat dengan betul. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Budaya masyarakat Malaysia ii. Nilai : bersyukur, menghargai, berdikari iii. KBT/ EMK: Kreativiti dan Inovasi dan Kecerdasan Pelbagai - pengisian ruang SISTEM BAHASA Tatabahasa: kata adjektif pancaindera MEDIA Petikan, kad perkataan, lembaran kerja
Aspek Tatabahasa Tahun 2 146 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Guru mempamerkan kad berwarna dan murid meneliti sambil menyebut perkataan yang menunjukkan warna yang dipamerkan. 2. Murid berbincang tentang kaitan warna dengan budaya masyarakat kita dan menanamkankan nilai menghormati kepercayaan kaum lain. 3. Guru dan murid berbincang tentang gambaran warna mengikut pancaindera –mata murid. Contoh: merah- terang biru- sejuk 4. Murid diberi penerangan tentang kata adjektif pancaindera. 5. Murid bersoal jawab dengan guru untuk memahami kata adjektif pancaindera yang lain. Ilmu: Kajian tempatan Nilai: hormatmenghormati EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Persediaan) Lampiran 1 Langkah 2 1. Murid dibimbing untuk menghimpunkan kata adjektif pancaindera mengikut lima kumpulan yang diberi. 2. Murid mencatat kata adjektif pancaindera mengikut kategori pancaindera. EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Imaginasi) Lampiran 2
Aspek Tatabahasa Tahun 2 147 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 3 1. Murid diminta membaca petikan dengan intonasi dan sebutan yang betul. 2. Murid dan guru bersoal jawab tentang kata adjektif pancaindera yang terkandung dalam petikan yang dibaca. 3. Murid menyeneraikan kata adjektif pancaindera yang terdapat di dalam petikan. 4. Murid melengkapkan peta minda dengan kata adjektif pancaindera dengan betul. Ilmu: Kajian Tempatan (makanan tradisional) Nilai: menghargai EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Perkembangan) EMK: Kreativiti dan inovasi (Fasa Tindakan) Lampiran 3 Pentaksiran 1. Murid diberi lembaran kerja dan diminta melengkapkan tempat kosong dengan kata adjektif pancaindera yang betul. Nilai: berhati-hati KBT-KB-menjana Idea Lampiran 4 Pentaksiran Pemulihan 1. Murid memilih dan menggaris perkataan dalam ayat yang mengandungi kata adjektif pancaindera yang betul. Lampiran 5 Pemulihan Pengayaan 1. Murid mengisi tempat kosong dalam petikan dengan kata adjektif pancaindera yang sesuai. Kontekstual Lampiran 6 Pengayaan
Aspek Tatabahasa Tahun 2 148 Lampiran 1 Sebut warna dan perkaitannya dengan pancaindera.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 149 Lampiran 2 merdu cantik manis biru hapak masam lembut keras garau wangi nyaring masin kasar licin kacak Kelompokan kata adjektif ini mengikut kumpulan dan tulis dalam ruangan yang disediakan.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 150 cantik 1 2 3 4 5 Tulis kata adjektif pancaindera mengikut kumpulan yang diberi di bawah ini. lihat rasa dengar bau sentuh
Aspek Tatabahasa Tahun 2 151 Lampiran 3 Senarai kata adjektif pancaindera Kuih Baulu Kuih baulu merupakan sejenis kuih tradisional orang Melayu. Kuih ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang cantik seperti bunga, ikan, kerang dan hati. Kuih baulu akan mengeluarkan bau yang wangi apabila dibakar dengan bara sabut kelapa. Rasanya sungguh manis dan sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang. Namun begitu, kuih baulu ini juga sungguh enak dimakan begitu sahaja. Kuih baulu akan menjadi keras jika terlebih tepung. Telur pula perlu dipukul sehingga kembang jika ingin menghasilkan baulu yang lembut dan bermutu tinggi. Kuih baulu ini akan berkulat, jika tidak dibakar sehingga betulbetul masak dan garing. Kuih baulu juga tidak boleh disimpan lama dan akan menjadi hapak selepas tamat tempohnya. Baca dan senaraikan kata adjektif pancaindera yang terdapat dalam petikan.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 152 Baca dan tuliskan kata adjektif yang sesuai pada tempat kosong dalam ayat. Lampiran 4 Pentaksiran masin licin hapak segak merdu manis 1. Siti Nurhaliza yang bersuara _________ _____ itu amat gemar makan kuih tradisional. 2. Air sirap yang ___________________ rasanya selalu dihidangkan kepada tetamu pada musim perayaan. 3. Penari kebudayaan itu kelihatan ____________________ berpakaian tradisional. 4. Lantai pentas kebudayaan yang _______________________ itu telah dibersihkan semalam. 5. Bau _______________________akan dihasilkan apabila kuih baulu jika dimasak dengan tidak sempurna. 6. Rendang ayam itu ______________________kerana terlebih garam.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 153 Lampiran 5 Pemulihan 1. Ayah membeli kuih pau yang ( lembut/keras ) itu. 2. Nasi lemak yang dimasak oleh ibu agak (manis/masin) kerana terlebih garam. 3. Biskut kelapa yang tersimpan lama di dalam bekas itu telah berbau (busuk/hapak). 4. Bentuk kuih yang (cantik/kacak) dan rasanya yang sedap sering menjadi pilihan pembeli. 5. Kuih akan berbau (wangi/hapak) apabila menggunakan daun pandan sebagai bahan adunan. Gariskan kata adjektif pancaindera yang betul dalam ayat berikut. Aktiviti ini untuk murid yang belum mencapai standard pembelajaran sahaja.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 154 Lampiran 6 Pengayaan Rakyat Malaysia memamang kaya dengan senyuman yang ______________ dan sifat lemah __________________. Kita nampak ______________ dan ___________________ apabila berpakaian tradisional seperti baju kurung dan samfu. Rakyat kita memang sentiasa mengamalkan hidup yang harmonis. Suara kaum wanita yang lembut semasa bercakap memang _________________ didengar. Bagi kaum lelaki pula, walaupun mempunyai suara yang _______________ sekiranya diungkapkan dengan lembut akan selesa didengar. lembut manis merdu garau kacak cantik Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 155 TEMA JATI DIRI TAJUK Sayangi Keluarga FOKUS UTAMA Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Standard Pembelajaran 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. Standard Pembelajaran 2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan bahan grafik dengan betul untuk memindahkan maklumat. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul dalam pelbagai keadaan. ii. Memahami dan menaakul dengan betul kata nama am dalam ayat yang dibaca. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Pend.Moral ii. Nilai : kasih sayang, tanggungjawab, prihatin, hormat,berdikari,bersyukur iii. KBT/EMK : ICT SISTEM BAHASA Tatabahasa : kata nama am Kosa kata: harmoni, nafkah, membimbing, berdisiplin, telatah MEDIA Petikan teks, kad kata nama, lembaran kerja..
Aspek Tatabahasa Tahun 2 156 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Murid memerhati gambar yang dipancarkan melalui skrin besar . 2. Beberapa orang murid diminta menamakan kata panggilan bagi ahli keluarga yang terdapat dalam gambar dengan menaip pada petak yang disediakan. 3. Murid bercerita tentang ahli keluarga mereka dengan menggunakan ayat sendiri. 4. Guru membimbing murid membina jati diri dengan menanamkan sifat sayang dan bangga akan keluarga dan sanggup berkorban demi kesejahteraan keluarga. Ilmu: Pend.Sivik & Kewarganegaraan Nilai: Kasih sayang / Hormat -menghormati Lampiran 1 Gambar tunggal Langkah 2 1. Guru berbincang mengenai pekerjaan ibu bapa dan ahli keluarga mereka yang lain. 2. Murid dibimbing memahami penggunaan kata nama am hidup manusia mengikut konteks keluarga. 3. Murid secara kumpulan menjalankan aktiviti permainan mencari dan menamakan pekerjaan yang sesuai untuk seseorang berdasarkan tempat tinggal mereka. Nilai : bersyukur Tatabahasa: Kata tanya, ayat tanya Lampiran 2 Kemudahan di ruang tamu rumah.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 157 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Contoh: Datuk tinggal di kampung pekerjaan yang sesuai – petani, ketua kampung, guru besar, kerani, bilal masjid, pekebun dan penternak. 4. Guru membimbing murid menghargai pengorbanan ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa. Langkah 3 1. Murid secara berkumpulan menjalankan permainan bahasa `menggunakan kata nama am yang betul’. 2. Guru merumus permainan dan menanam semangat jati diri dan sikap sayang akan keluarga dalam diri murid. Ilmu: PSK Nilai: Bertanggungjawab KBT:KB-menjana idea Lampiran 3 Pentaksiran 1. Murid membaca dan menandakan kata nama am yang betul pada latihan yang disediakan. Nilai: Berdikari KBT-KB-menjana Idea Lampiran 4 Pentaksiran Pemulihan 1. Murid diminta memadankan kata nama am dengan frasa yang sesuai untuk membentuk ayat yang lengkap menggunakan komputer melalui teknik klik dan tarik. KBT-KB Lampiran 5 Pemulihan
Aspek Tatabahasa Tahun 2 158 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Pengayaan 1. Murid membina dan menulis ayat berdasarkan kata nama am yang diberi menggunakan kemudahan komputer. Ilmu: PSK Nilai: Bersyukur Lampiran 6 Pengayaan
Aspek Tatabahasa Tahun 2 159 Lampiran 1 Klik perkataan dan seret ke dalam petak yang sesuai. saya datuk abang nenek adik ayah ibu kakak Namakan nama am untuk kata gelaran bagi keluarga dalam gambar ini.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 160 Lampiran 2 Ahli Keluarga Tempat Tinggal 3 Pekerjaan Yang Sesuai datuk kampung 1. ________________________ 2. ________________________ 3. ________________________ ayah bandar 1. ________________________ 2. ________________________ 3. ________________________ abang bandar raya 1. ________________________ 2. ________________________ 3. ________________________ Tuliskan 5 pekerjaan yang sesuai untuk keluarga di bawah berdasarkan tempat tinggal mereka.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 161 Lampiran 3 Mari gunakan kata nama am yang betul. Cara menjalankan permainan ‘menggunakan kata nama am yang betul’. I. Murid diagihkan kepada kumpulan kecil. II. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang untuk menamakan 3 pekerjaan yang sesuai untuk ahli keluarga berdasarkan bidang yang diberi. Contoh: keselamatan - askar, polis, ahli bomba III. Wakil kumpulan dikehendaki membacakan hasil tugasan mereka dan kumpulan lain memberi komen tentang jawapan tersebut. IV. Guru akan mengesahkan jawapan tersebut dan memberi markah kepada setiap kumpulan. V. Guru merumus permainan dan mengaitkannya dengan semangat jati diri dan sikap menghargai pengorbanan ibu bapa.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 162 Lampiran 4 Pentaksiran Adik Kakak Ayah Abang Emak Datuk 1. __________ tekun mengasah parang sehingga tajam. 2. ___________ __ berjalan dengan berhati-hati menggunakan tongkat kerana sudah tua. 3. __________________ fasih dan berkeyakinan ketika menyampaikan berita di stesen televisyen. 4. ________________ menghilangkan rasa bosannya dengan bermain dram pada waktu senggang. 5. ________________ sedang menjerang air di dapur untuk membuat susu adik. 6. ____________ sedang bermain buaian di taman dengan penuh ceria. Isikan tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 163 Lampiran 5 Pemulihan . 1. membeli gula di kedai. 2. Budak itu selalu membantu ibunya menjual 3. sayur. 4. tua itu dipimpin semasa hendak melintas jalan. 5. itu menangis teresak-esak kerana terjatuh. 6. bekerja untuk menyara keluarganya. Aktiviti ini untuk murid yang belum mencapai standard pembelajaran sahaja. Ibu Ayah perempuan Kanak-kanak Wanita Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 164 Lampiran 6 Pengayaan . Pada hari Sabtu yang lalu, saya mengikut __________________ ke pasar. Kami lihat ada seorang perempuan menjual buah-buahan tempatan. Kami membeli buah tembikai dan betik di gerai itu untuk __________________. Kemudian kami pergi ke gerai menjual sayursayuran. ___________________ muda yang bermisai itu menimbang sayur-sayuran yang kami beli itu. Dia dibantu oleh seorang _________________ tua yang mungkin ibunya. Semasa kami hendak ke kedai runcit berhampiran dengan pasar itu, kami lihat ada seorang ____________________ menangis kerana telah kehilangan ibu bapanya. Ibu memujuk kanak-kanak itu lalu menyerahkannya kepada seorang pegawai _____________________ yang kebetulan sedang bertugas di situ. Ibu berpesan kepada saya supaya sentiasa berani bertindak jika berlaku kesusahan. ibu ayah budak Lelaki wanita polis Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 165 TEMA ALAM SEKITAR TAJUK Taman Permainan FOKUS UTAMA Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Standard Pembelajaran 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks. FOKUS SAMPINGAN Standard Kandungan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. Standard Pembelajaran 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul. OBJEKTIF Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul berpandukan gambar. ii. Membina ayat tanya berdasarkan bahan grafik dengan betul. PENGISIAN KURIKULUM i. Ilmu: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ii. Nilai : Bertanggungjawab, kasih sayang iii. KBT/EMK: Kemahiran Berfikir , Kontekstual dan elemen Keusahawanan SISTEM BAHASA Tatabahasa: Kata tanya, ayat tanya MEDIA Gambar, lembaran kerja, lirik lagu
Aspek Tatabahasa Tahun 2 166 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN Langkah 1 1. Murid ke hadapan dan digantungkan di leher kad yang mengandungi kata tanya seperti apa, siapa dan berapa. 2. Murid dibimbing membina frasa yang ada kaitan dengan suasana di padang permainan daripada kata tanya itu. Contoh frasa: Main apa? 3. Murid dibimbing membina ayat tanya berdasarkan kata tanya dan gambar tunggal yang diedarkan. Jelaskan fungsi lima kata tanya dalam bahasa. 4. Murid dalam kumpulan membina ayat tanya dengan kata tanya berdasarkan frasa yang ada kaitan dengan padang permainan yang diberi oleh guru. Contoh frasa: papan gelungsur tong sampah papan jongkang-jongket Nilai: hormatmenghormati KBT:KB Lampiran 1 Gambar suasana di padang permainan. Langkah 2 1. Murid diagihkan kepad abeberapa kumpulan. 2. Guru menjalankan aktiviti permainan bahasa ’Mari Bertanya dengan Betul’. 3. Guru mengumumkan pemenang dan memberi ganjaran kepada murid. KBT: KB- Menghubung kait Lampiran 2 Langkah 3
Aspek Tatabahasa Tahun 2 167 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN 1. Murid membaca petikan yang diedarkan serta menggarisi kata kerja yang terdapat dalam petikan itu. 2. Murid dan guru bersoal jawab tentang maksud perkataan yang digarisi dan murid menggayakan aksi untuk lebih memahami perkataan tersebut. 3. Guru menekankan elemen keusahawanan berkaitan barang yang sesuai di jual berhampiran padang permainan dan harga jualan yang sesuai. 4. Murid diminta membina ayat tanya dengan kata tanya yang betul berdasarkan perkataan yang digarisi itu. Ilmu: Kajian Tempatan Nilai: menghargai EMK: Elemen Keusahawananbarang jualan dan harga Lampiran 3 Petikan. Pentaksiran 1. Murid diberi lembaran kerja dan diminta melengkapkan tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai. Nilai: Berdikari KBT-KB-menjana Idea Lembaran kerja Pentaksiran Pemulihan 1. Murid diminta mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dengan bimbingan guru. KBT-KB Lembaran kerja Pemulihan Pengayaan 1. Murid diminta mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Ilmu: Pend. Moral Nilai: Bersyukur Lembaran kerja Pengayaan
Aspek Tatabahasa Tahun 2 168 AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN KBT:Pembelajaran Kontekstual
Aspek Tatabahasa Tahun 2 169 Lampiran 1 Lihat dan ceritakan tentang suasana dalam gambar di bawah dan bina ayat tanya yang sesuai.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 170 Cara melaksanakan permainan ’Mari Bertanya Dengan Betul’ i. Murid dikumpulkan dalam kumpulan tiga orang. ii. Setiap kumpulan diminta mencabut sekeping kad kata tanya dan sekeping kad gambar alat permainan yang terdapat di padang permainan. iii. Setiap kumpulan diberi masa 5 minit untuk membina dan menulis ayat tanya berdasarkan kad-kad yang diberi. iv. Setelah habis masa 5 minit ketua kumpulan dikehendaki membaca ayat yang mereka bina. v. Murid lain dan guru menentukan sama ada ayat yang dibina betul atau salah. Contoh kad gambar Contoh kad kata tanya. Lampiran 2 Contoh ayat tanya yang boleh dibina. Berapakah jumlah buaian yang ada di padang permainan ini ? Bina ayat tanya dengan betul. berapa
Aspek Tatabahasa Tahun 2 171 Lampiran 3 Taman Permainan Taman permainan ialah tempat kanak-kanak bermain dan orang dewasa melakukan senaman. Banyak kemudahan disediakan untuk kita beriadah. Terdapat buaian, papan gelungsur, papan jongkangjongkit dan alatan untuk bersenam disediakan di taman permainan. Padang untuk orang berjoging juga disediakan di taman permainan. Taman permainan akan dikunjungi oleh orang dewasa dan kanak-kanak pada waktu pagi dan petang. Selalunya kanak-kanak berlari, melompat dan berkejaran di taman permainan ini. Ada juga yang bermain buaian, papan gelungsur dan papan jongkang-jongkit. Setelah penat bermain mereka akan duduk di bangku yang disediakan untuk berehat sambil minum untuk menghilangkan dahaga. Baca petikan dan gariskan kata kerja. Kemudian, bina ayat tanya berdasarkan kata kerja tersebut.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 172 Lampiran 3 Pentaksiran 1. Apakah nama tempat ini ? 2. Mengapakah yang suka bermain di sini ? 3. Bilakah kamu datang ke sini ? 4. Adakah letaknya taman permainan ini ? 5. Berapakah yang kamu lakukan di sini ? Baca dan tandakan ( √ ) pada ayat tanya yang betul.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 173 Lampiran 4 Pemulihan 1. 2. 3. 4. 5. Padankan kata tanya dengan frasa yang sesuai. Bilakah Apakah Di manakah Siapakah Mengapakah adik menangis? letaknya taman permainan itu? yang sedang duduk di atas bangku? yang ada di taman permainan? kamu pergi bermain di taman permainan? Aktiviti ini untuk murid yang tidak mencapai standard pembelajaran sahaja.
Aspek Tatabahasa Tahun 2 174 Lampiran 5 Pengayaan 1. Hobi Ahmad bermain bola. ( Apakah ) 2. Mereka bermain di taman permainan. ( Di manakah ) 3. Alif menunggang basikal pada waktu petang. ( Bilakah ) 4. Ani dan Selvi sedang bermain buaian. ( Siapakah ) 5. Tong sampah disediakan di taman permainan supaya persekitarannya bersih. ( Mengapakah ) Bina ayat tanya berdasarkan kata tanya dan ayat yang diberi. Aktiviti ini untuk murid yang telah mencapai standard pembelajaran sahaja
PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR MINGGUAN BAHAGIAN 3
PEMETAAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 2 MINGGU TEMA / TAJUK HARI 1 HARI 2 HARI 3 HARI 4 HARI 5 1 TEMA: KEBUDAYAAN Tajuk: - Sedapnya STANDARD KANDUNGAN MENDENGAR DAN BERTUTUR STANDARD KANDUNGAN MEMBACA STANDARD KANDUNGAN MENULIS STANDARD KANDUNGAN SENI BAHASA STANDARD KANDUNGAN ASPEK TATABAHASA 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalamsituasi 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didikhibur. 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
Sedapnya Kuih - Kuih Oh Kuih - Kuih-muih Melayu - Kenali Saya - Enaknya Rasa dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. membaca. didik hibur. STANDARD PEMBELAJARAN MENDENGAR DAN BERTUTUR STANDARD PEMBELAJARAN MEMBACA STANDARD PEMBELAJARAN MENULIS STANDARD PEMBELAJARAN SENI BAHASA STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan. 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas. 4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas, diksi yang tepat dan mimik muka yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur. 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks. 177
PEMETAAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 2 MINGGU TEMA / TAJUK HARI 1 HARI 2 HARI 3 HARI 4 HARI 5 2 TEMA: JATI DIRI Tajuk: - Hidup Hi STANDARD KANDUNGAN MENDENGAR DAN BERTUTUR STANDARD KANDUNGAN MEMBACA STANDARD KANDUNGAN MENULIS STANDARD KANDUNGAN SENI BAHASA STANDARD KANDUNGAN ASPEK TATABAHASA 1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasadanayat 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengansebutan 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. 4.1 Memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
Harmoni - Diri Umpama Mutiara - Sikap Bergotong royong - Hati Riang Hidup Ceria - Menghormati Keluarga frasa dan ayat dengan betul. dengan sebutan yang betul. STANDARD PEMBELAJARAN MENDENGAR DAN BERTUTUR STANDARD PEMBELAJARAN MEMBACA STANDARD PEMBELAJARAN MENULIS STANDARD PEMBELAJARAN SENI BAHASA STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA 1.2.6 Mendengar, memahami dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat. 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. 3.2.6 Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas. 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks. 178
PEMETAAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 2 MINGGU TEMA / TAJUK HARI 1 HARI 2 HARI 3 HARI 4 HARI 5 3 TEMA: ALAM SEKITAR Tajuk: - Taman Indah STANDARD KANDUNGAN MENDENGAR DAN BERTUTUR STANDARD KANDUNGAN MEMBACA STANDARD KANDUNGAN MENULIS STANDARD KANDUNGAN SENI BAHASA STANDARD KANDUNGAN ASPEK TATABAHASA 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutanyang 2.2 Membaca dan memahami perkataan,frasa, dan ayat daripada pelbagai sumber dengansebutan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan betul. 4.4 Melafazkan dan memahami puisi yang dipersembahkan menggunakan bahasa yang indahsecaradidik 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
- Persekitaran Bersih dan Selamat - Berkelah di Sungai - Bencana Alam - Taman Permainan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. dengan sebutan yang betul. indah secara didik hibur. STANDARD PEMBELAJARAN MENDENGAR DAN BERTUTUR STANDARD PEMBELAJARAN MEMBACA STANDARD PEMBELAJARAN MENULIS STANDARD PEMBELAJARAN SENI BAHASA STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk. 2.2.3 Membaca dan memahami frasa dalam ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul. 4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks. 179
DAFTAR KATA SIMPULAN BAHASA GLOSARI BAHAGIAN 4
183 Aa abjad acuan adab adik-beradik adu aedes agar-agar Aidiladha Aidilfitri ajaib ajakan ajaran akhir akibat aktiviti alam alas alatan alih am amal aman aman damai amaran amat amboi anai -anai aneh aneka angkasa angkut anting-anting anyam apung arah arahan arak asal asam asingkan atap genting atap nipah atap zink atau azam Bb badut bah bahagia bahan baik-baik baiki balang balas balung balut bandar bandar raya bangau banglo bantuan bas ekspres bas mini bas persiaran bata bateri batik baulu bazir beberapa bekal bekalan bekerja beku belaan ( pelihara) belah belalai belalang belang belangkas belanja beliau benar benci bengkak berada (kaya) berakal berakar berakit berasal beralih beramai-ramai beraneka berangin berasa berasal beratap berazam berbagai-bagai berbaik-baik berbangsa berbelang berbentuk berbuah berbuai berbual berbuih berbuka berbumbung berbunyi berbutang bercabang bercadang bercahaya bercampur
184 bercat bercorak berdaun berdebu berdekatan berderma berdisiplin berdoa berdosa berdua berduri berebut-rebut berekor berenang berfaedah berfikir bergaris bergaya bergembira bergerak bergolek bergoyang berguna berhabuk berhadapan berhampiran berharap berharga berhari-hari berhati berhati-hati berhimpun berikan berikrar berinti berisi berita beritahu berjaga berjaja berjalur berjanji berjasa berjenis-jenis berjimat berjiran berjoging berjudul berkahwin berkarat berkasar berkata-kata berkebun berkeliling berkeluarga berkemas berkembang berkembar berkeping-keping berkesan berkhemah berkibar berkilat berkipas berkirim berkongsi berkudis berkulit berkuman berkumpul berkumur(-kumur) berkunci berkunjung berlaku berlanggar berlantai bermakna bermaksud bermimpi berminyak bernafas berniaga bernombor bernyala berombak berparuh berpayung berpesan berpindah berpuasa berpura-pura berpusing bersabar bersahabat bersalah bersalam bersalji bersamping bersarapan bersedia bersedih berselimut berselipar berseluar bersembahyang bersembunyi bersepah (-sepah) bersiap bersiar(-siar) bersin bersopan santun bersukan bersungguh-(sungguh) bertajuk bertambah bertanding bertanya bertaring bertepuk bertolak
185 bertongkat bertopeng bertugas bertumbuk berubah berubi berucap berulat berusia bervitamin berwarna-warni berzip besen biar biasa biawak bihun bijak bijaksana bilangan bimbang bina blaus blok bocor boneka bongkok borang bosan bual buas bubu bubuh buku kerja buku latihan buku teks buluh bumbung buncis bungkus bungkusan buntut bunuh Cc cabang cabut cacat cadang cakera cakera padat cakera liut campak campak ( penyakit ) cantum capai cedera cempedak cendawan cerdas cergas ceritakan cermat cik cinta cirit-(birit) comot congkak conteng corot cuai cubit cucur cuka Dd daki (panjat) dakwat darab debu Deepavali degil denda denggi dengki deras derma desa dewasa dingin disiplin doa dodol dokong dongeng dosa dram duku dulang dunia duri dusun Ee edar edarkan eh ekspres embun e-mel enak
186 Ff faedah fahami famili fikiran fotostat Gg gadis gagah galah galah panjang galas gambar foto gambar rajah ganjil ganti gantung Gawai gaya gayung gelanggang geli geli hati gelojoh gelung gembala genap gerak golek gotong-royong goyang gugur (buah) gulai gulung guna gunakan guni gunung guru besar Hh hairan hala halaman halau hampir hancur handal hangat hangus hanyut haram harap hari bulan hari-hari harum hati haus ( dahaga) helai helang hembus hero hias himpun hinggap hitung hormat hotel hutang Ii ialah ibadat ibu bapa ikatan ikhlas ilmu ilmu pengetahuan insang inspektor internet inti isteri istimewa izinkan Jj jadikan jadual tugas jadual waktu jaja jaket jalur jamban jambul jantina jantung jarak jarang jasa jawapan jejambat jejantas jejentik jeling jemput jemput-jemput jenaka jendela jengket
187 jentik jentik-jentik jernih jeruk jeti jika jikalau jilat jingga joging joran jualan jubah judul juga jumlah juruacara jurufoto juruhebah juruhias jurujual jurukamera jurukira jururawat jurutaip juruterbang Kk kaca mata kad jemputan kadang-kadang kahwin kail kala (jengking) kalau kalendar kalian kalung kandung kanji karat kartun kartunis kaset ke mari ke sana ke sini keadaan Keamataan kebaikan kebangsaan kebaya kebersihan keburukan kedai runcit kedondong kedua kegemaran keindahan kekotoran kekunci kelahi kelawar keledek kelengkeng kelihatan keliling kelip-kelip kelopak kem kemalangan kembang kembar kembung kemeja kemeja-T kemudian kenal kencang kencing kenderaan kenduri kepada kepunyaan keputusan kerang kerani kereta kebal kereta lumba kereta sorong keris keriting kesan kesat kesayangan keselamatan kesihatan ketahui ketayap ketika ketingting ketuk khemah kirim kismis kiwi kocek kodok kolaj kole koma komik kompas komputer riba komuter kon konda-kondi kongsi