KAJIAN 8 BUAH
NOVEL TINGKATAN 4
DAN 5 4 ZON DI
MALAYSIA
Nama: Muhammad Irfaan Yusuf bin Ely Shahriman
No Maktab: PB190088
Homeroom: Ustazah Zulaikha
Nama Guru: Puan Aisah binti Mat
1
ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Pengenalan setiap 8 novel
- Tingkatan 4:
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Novel Di Sebalik Dinara
Novel Pantai Kasih
- Tingkatan 5:
Novel Songket Berbenang Emas
Novel Tirani
Novel Silir Daksina
Novel Bimasakti Menari
Sinopsis 8 novel
- Tingkatan 4:
Novel Jendela Menghadap Jalan
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Novel Di Sebalik Dinara
Novel Pantai Kasih
- Tingkatan 5:
Novel Songket Berbenang Emas
Novel Tirani
Novel Silir Daksina
Novel Bimasakti Menari
5 kekuatan, 5 kekurangan dan 5 penambahbaikan
setiap novel tingkatan 4 dan 5
Rujukan
- 8 Rujukan novel
- 7 Rujukan web
2
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat
Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja
folio ini dengan penuh sukses. Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih
kepada Cikgu Aisah binti Mat, Cikgu Shurdi bin Shuib dan cikgu-cikgu Bahasa Melayu yang
lain kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepada saya untuk
menyempurnakan tugasan penting ini.
Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada para rakan seperjuangan kerana telah
banyak menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan baik sekali. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada
semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan teramat saya hargai. Biar jasa jadi
kenangan.
Sekian, terima kasih
PENGENALAN SETIAP NOVEL
3
NOVEL TINGKATAN 4
- JENDELA MENGHADAP JALAN
1) Cerita Ringkas Novel
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih
tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang
membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak
belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara
perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih
muda.
2) Biografi Penulis
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota
Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah sepenuh masa hamba Allah.
Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan,
pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan
penasihat kewangan di beberapa buah syarikat pembinaan dan
konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge
sebagai tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean
2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih untuk bekerja secara
freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya
terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa
yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat
selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan
Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan
mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit
Penerbitan DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK,
sebuah program bicara karya eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan
setiap bulan bermula bulan Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara santai Kupi & Snek
Sastera Malaysia - sejak Oktober 2020.
3) Kulit Hadapan dan Belakang Novel
4
- LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
5
1) Cerita Ringkas Novel
Novel Leftenan Adnan mengisahkan perjuangan anak Melayu, iaitu Leftenan Adnan dalam
mempertahankan Tanah Melayu daripada pihak Jepun. Anak Pak Saidi dan Mak Milah telah
bercita-cita menjadi askar sejak kecil lagi. Apabila tamat persekolahan di sekolah Inggerish,
Adnan menjadi guru pelatih di Kampung Sungai Ramal. Walaupun dia telah menjadi guru
pelatih, cita-citanya tidak pernah pudar. Ketika dia menjadi tenaga pengajar, dia mendapat
berita bahawa Askar Melayu Diraja diperlukan. Pak Saidi menyokong cita-cita anaknya itu,
malah dua orang adik Adnan, iaitu Ahmad dan Amarullah turut menjadi askar. Mak Milah
yang pada mulanya tidak bersetuju akhirnya akur dengan cita-cita Adnan. Akhirnya, Adnan
dan kawannya, Mamat terpilih dalam menyertai askar. Mereka telah menjalani latihan selama
setahun di Port Dickson. Adnan juga dikejutkan dengan berita pertunangannya dengan Sophia
apabila pulang ke kampung halaman untuk bercuti. Adnan terkilan dengan keputusan Pak Saidi
dan Mak Milah yang tidak berbincang dengannya terlebih dahulu malah perkahwinan yang
diatur juga seminggu daripada tarikh kepulangannya. Oleh itu, dia tidak dapat berbuat apa-apa
dan patuh akan keputusan Pak Saidi dan Mak Milah.
2) Biografi Penulis
Abdul Latip bin Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak
Latip dilahirkan di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri
Sembilan pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di Jelebu Negeri
Sembilan. Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis
sajak, cerpen, rencana, drama televisyen dan novel. Sebanyak 20
buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa telah diterbitkan.
Sejak tahun 2007, beliau lebih banyak menumpukan pada
penulisan novel sejarah dengan Syarikat Penerbitan PTS, kini
lebih 30 buah novel telah dihasilkan. Beliau telah menerima
pelbagai anugerah, antaranya Sayembara Cerpen Berunsur
Islam, Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan
Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan, Sayembara
Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis novel sejarah Johor 2007, Anugerah
Sastera Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC)
oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.
Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau
menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku
beliau yang mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang
Benar, Khalifah-khalifah yang Benardan Perang-perang yang Benar telah mencecah lebih
sejuta ringgit. Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula tersenarai dalam 'Top
10 Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan Perolehan Ringgit
6
3) Kulit Hadapan dan Belakang Novel
7
- DI SEBALIK DINARA
1) Cerita Ringkas Novel
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada
awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi
apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk
melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi
gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya
untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan
virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.
2) Biografi Penulis
Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman, lahir pada 1974 di Pahang,
Malaysia) ialah seorang penulis novel Bahasa Melayu sambilan.
Beliau memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik dan
Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan salah
satu syarikat penyepaduan sistem IT terbesar di Selangor,
Malaysia. Beliau telah menulis 2 buah novel fiksyen pulpa
dalam bahasa Melayu – Jerat (2011) dan Hilang (2012). Beliau
menetap di Selangor, Malaysia bersama suami dan 3 anak lelaki.
8
3) Kulit Hadapan dan Belakang Novel
-
9
PANTAI KASIH
1) Cerita Ringkas Novel
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di
sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar,
memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak
kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
2) Biografi Penulis
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia.
Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah
Nordin kemudiannya mendapat pendidikan rendah dan menengah
dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak ke
Sabah dan menetap di sana. Beliau mula berjinak dengan dunia
penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana.
Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada
awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan
novel.
10
3) Kulit Hadapan dan Belakang Novel
11
NOVEL TINGKATAN 5
- SONGKET BERBENANG EMAS
1) Cerita Ringkas Novel:
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi
ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau
bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi
pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan
pertunangannya dengan Azhari.
2) Biografi Penulis:
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di
Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik.
Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh
getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di
SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan
persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada
tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan
enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada
tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam
bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985,
Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di
sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang.
Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah
Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
12
3) Kulit Hadapan dan Belakang Novel:
13
- TIRANI
1) Cerita Ringkas Novel
Songket Berbenang Emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Apabila ibunya dirawat di
Hospital Permai, dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan
bertambah kerana hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan
berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula
kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi
pelbagai dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah
kejayaannya yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
2) Biografi Penulis:
Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir
di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior
Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat
pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor
Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.
Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI
(Kelab Penulis Zaharah Nawawi) di PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
14
3) Kulit Hadapan dan Belakang Novel
15
- SILIR DAKSINA
1) Cerita Ringkas
Novel ini mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu
dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang di terdapat hasil
penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan kandungan manuskrip it dal a mnya u, Haiqal
bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di
Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan
daripada uminy a. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebabsebab tertentu. Hubungan umi dan
ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal
tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian
di Jo hor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.
2) Biografi Penulis
Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor.
Beliau merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang
dan baru menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti
Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah
rendah. Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau
namun amat bertuah apabila terus menang tempat kedua
hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori
novel remaja. Menurut laporan panel hakim HSKU novel
ini menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia memenangi
HSKU pada tahun 2009.
16
3) Kulit Hadapan dan Belakang
17
- BIMASAKTI MENARI
1) Cerita Ringkas Novel:
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana
langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
2) Biografi Penulis:
Dalam tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah
menghasilkan sembilan buah novel dan kesemua
novel tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan
Utusan Kategori Novel Remaja. Dua daripadanya,
iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari
memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia
Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun
2000/2001 dan 2012. Latar belakang pendidikannya
bukan kesusasteraan Melayu sebaliknya memiliki
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL daripada
University of Otago, New Zealand & Dunedin
College of Education, New Zealand. Sri Rahayu
Mohd Yusop merupakan suatu nama yang sedang
mekar dalam jagat kesusasteraan Melayu. Minatnya
kepada dunia penulisan berkait dengan minatnya yang
suka bercerita. “Sebagai kakak sulung, saya suka
bercerita kepada adik-adik saya. Apabila saya remaja saya mula menulis sekadar suka-suka.
Apabila memasuki universiti, saya belajar teknik penulisan dengan membaca buku-buku
panduan penulisan,” katanya menghimbau kenangan berjinak-jinak dalam dunia penulisan.
Apabila melanjutkan pelajaran di New Zealand, beliau menemukan keistimewaan negara
sendiri sebagai latar belakang cerita. Hanya ketika berusia 24 tahun, barulah beliau menemui
jati diri sebagai penulis. Setelah berkahwin, suami merupakan penyokong kuat yang
memberikan bantuan dari segala segi di samping galakan. Di samping itu, ibu beliau tidak
putus-putus mendoakan kejayaannya. Memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012.
3) Kulit Hadapan dan Belakang Novel
18
SINOPSIS SETIAP NOVEL
19
- JENDELA MENGHADAP JALAN
Sinopsis Keseluruhan
Cerita ini bermula dengan apabila Lili dihantar bercuti ke Kampung Sentosa di Dungun,
Terengganu. Lili pulang ke kampung dengan menaiki bas ekspres. Dalam bas tersebut, Lili
duduk bersebelahan dengan seorang gadis berketurunan india yang bernama Geetha. Di
stesen bas, Lili juga berkenalan dengan seorang lelaki berketurunan cina bernama Danel.
Danel telah menyerahkan buku yang tercicir oleh Lili sewaktu turun dari bas ekspres itu.
Setelah sampai ke Kampung Sentosa, Lili bertemu dengan neneknya, Hajah Aisyah Tan
Abdullah dan menghulurkan wang kiriman ibunya. Ketika berada di kampung, Lili ingin
mengetahui sebab kebanyakkan rumah kampung tersebut jendelanya menghadap ke arah
jalan. Lili tekun dan sabar menunggu bahawa datuknya akan bercerita tentang jendela
rumah yang menghadap jalan.
Datuk Lili iaitu Haji Abdul Rahman digambar sebagai seorang pengamal perubatan
tradisional iaitu rajin mencari, mengumpul dan membuat ramuan ubat-ubatan berdasarkan
tumbuhan dan akar-akar kayu yang semula jadi. Letchumi, iaitu ibu Geetha pernah
menerima rawatan daripada datuk Lili dan penyakit Letchumi berjaya disembuhkan.
Di Kampung Sentosa, berlakunya kekecohan tapak surau tersebut dimajukan sebagai
kawasan perumahan. Abang kandung Danel, Sugi Oogway telah menghantar kawannya
dari sebuah syarikat pembinaan supaya memujuk orang kampung untuk menjual tanah
mereka. Berlakunya kekecohan kerana perselisihan pendapat antara generasi muda dengan
generasi tua berkenaan pembinaan kubah surau.
Cerita ini bertambah menarik apabila Lili diculik oleh Rafiq dan Haziq. Mereka
membawa Lili ke sebuah pondok usang di kebun. Danel telah menyelamatkan Lili. Setelah
mengetahui masalah keganasan rumah tanggan yang dialami oleh Rafiq dan Haziq serta
ibu mereka, Che Jah angkara suami Che Jah, iaitu Seman yang panas baran, kaki judi dan
pemabuk, Lili berazam untuk membantu mereka lalu memimta bantuan seorang pesakit
datuknya yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu Kak Mimah. Che Jah dan
anak-anaknya mendapat pembelaan manakala suaminya ditangkap kerana mencuri kubah
surau. Datuk Lili akhirnya menceritakan rahsia jendela menghadap jalan kepadanya.
Malahan turut mengisahkan sejarah hidupnya sebagai perantau sebelum sampai di
kampung itu. Nenek Lili juga menceritakan asal usulnya. Lili gembira dan
lebih menghargai kehidupan masa lalu.
Bab 1
20
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di
kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili
tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga
hati ibunya.
Bab 2
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
menyandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh.
Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam
perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-
sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuruteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah
yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang
diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
Bab Tiga.
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang
menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula
oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu
mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang
menunggu Abang Rashid untuk pulang.
Bab 4.
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar.
Menurut nenek, datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung
bersama-sama dengan masyarakat kampung.
Bab 5.
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan
tradisional yang belum tentu kepastiannya.
Bab 6.
21
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya
isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk
dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau
nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan.
Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah
kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.
Bab 7.
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah
berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz
badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya
mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal
di Pekan Sentosa ini. Lili berasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran
datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa
dengannya.
Bab 8.
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji
Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui
bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada
kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang
Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar
negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya.
Sepanjang berada di kampung, Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di
dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan
bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba mempengaruhi penduduk-penduduk
kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional di samping memujuk supaya
menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.
Bab 9.
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat
dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah
memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding
membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Di samping itu juga, Danel telah
menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional.
Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk meyakinkan
22
penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima
hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah
perubatan moden, kerana semua bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya
penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah
secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.
Bab 10.
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai
penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh
dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum
tentu dapat meyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat
menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata datuk boleh diterima
pakai oleh penduduk-penduduk kampung termasuk William, malah berjaya mengislamkannya,
tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata
datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk
membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan
antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
Bab 11.
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja
masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk
membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung,
tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah
mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan
secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur.
Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin
dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya.
Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita,
namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak
rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
Bab 12.
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk kampung. Sama ada ingin
mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk
kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan
orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan
surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang
kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah
kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti
bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan
seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke
23
rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua
melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan
pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus
menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja
sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki
dan seorang perempuan.
Bab 13.
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur.
Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada
menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk
memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan
berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya,
datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya.
Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja
tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah
Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan
niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat
bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan
berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
Bab 14.
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada
kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah
mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili
berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka
merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik
dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan
terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal
berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.
Bab 15.
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha
memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil
kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabar tersebut.
Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah
pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya
datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi
akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
24
Bab 16.
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di
hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-
buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti
biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali
pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke
kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya
dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang,
nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang
keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang, Lili terserempak dengan adegan kejar-mengejar
beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili
terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya
menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik.
Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
Bab 17.
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang
lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di
Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan
tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah
berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian
perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh
menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di samping boleh menyembuhkan pelbagai
penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan
rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
Bab 18.
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang
pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat
diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tiba-tiba, Lili yang
ternampak julur ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili
menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek.
Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam
bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
Bab 19
25
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji
burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah
tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya
sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan
Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah
di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk
singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah
sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik
sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh
beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah
yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana
senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah
berada di tempat penculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.
Bab 20.
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang
menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-
penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan
dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah.
Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-
orang kampung menyumpah-nyumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam
penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah, nenek menyambut kepulangan Lili dengan
tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian
yang menimpa Lili.
Bab 21.
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah
keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita
nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk
kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati
dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat
yang diperoleh dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negatif dan menyedihkan. Oleh
itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih
telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan
pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili
memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas
faktor keselamatan.
Bab 22.
26
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili
bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya
merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke
rumah Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan
Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq
semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang
sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas
dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf
kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas
telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk
dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak
menolak pelawaan itu.
Bab 23.
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga
memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kadang-kadang
boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masih belum
selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah
merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-
anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk
Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta isterinya akan
menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala
tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga
bahagia.
Bab 24.
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di
puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari
datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah
menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih
suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga
dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang
penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
Bab 25.
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau
atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih
selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu
berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang
dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan
27
harga minyak petrol dan diesel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana
sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh
tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat
memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che
Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan
dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk
perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan
kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.
Bab 26.
Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid
dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih
memberi tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu,
seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka
bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di
bawah tanggungjawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
Bab 27.
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid
pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada
sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che
Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku.
Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang
berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda
jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang
naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga
menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorang pun yang berani meleraikan ketegangan itu,
mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik
minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
Bab 28.
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan
perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan
isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk
meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan
pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam
usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk
kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai
penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga.
Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan
28
pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan
terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan
oleh pihak berkuasa.
Bab 29.
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi
oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak
Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut
dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah.
Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid
dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.
Bab 30.
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari Jumaat nanti.
Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga
Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah
Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.
Bab 31.
Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah
pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang
cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan
rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan
keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke
penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya
mengikut lunas undang-undang.
Bab 32.
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki
angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan
lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan
melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah,
penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk
kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-
lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan
mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan
29
rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah
masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
Bab 33.
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai
raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada
pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan
Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya
dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis,
tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi
membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar,
manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 34.
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang
datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Datuk pula dituduh
cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk
terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi
pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek
rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek
agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq
semakin pulih dari keletihan dan mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil
terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak
Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.
Bab 35.
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke
Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh
semua penduduk dan ketua kampung.
Bab 36.
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan
akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan
pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang
jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah
30
ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan.
Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari
Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili
kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan
Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah.
Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah
mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel
tentang pisang.
- LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Sinopsis Keseluruhan
Pada awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak
Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad dan
Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin
membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu
orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah
bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang
di kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya
kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan
Inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik
yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah
air. Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan
di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum
peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela. Pak
Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi yang luas
tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya. Pak Saidi banyak
membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-Hadi. Keberanian
pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahanam, dan Datuk Siamang Gagap
sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan terbaik
untuk anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.
Oleh sebab itu, Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi
sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan. Pihak
penjajah sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperolehi
mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja. Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu
menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
31
Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-
anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad.
Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar
anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran Inggeris. Bagi Pak Saidi, masyarakat Melayu
perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan. Anak-
anak perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil
alih pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran Inggeris. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai
pelajar rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga
guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat
persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,
bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar.
Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dickson.
Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok
kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera.
Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris. Adnan tidak
menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas Kompeni
Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan
membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat
bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London. Adnan telah berkahwin
dengan Sophia, anak Pak Fakih. Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura.
Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke kampung selepas
mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang
Singapura. Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya meyakinkan
Mejar G. Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu
diadakan pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935, pasukan percubaan Askar Melayu
telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota sebanyak 150
orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang. Mereka
dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun mesingan, seksyen semboyan, dan
unit tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan
dianggotai 17 pegawai British, 6 pegawai melayu,11 pegawai waran, 759 pegawai, dan lain-
lain pangkat. Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua
batalion. Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada
serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri
oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan
menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia. Risikan mendapati
sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur, kapal
penjajap, dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan. Hal ini merupakan isyarat jelas
bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar
Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941.
32
Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang
dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-
kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang
terkorban. Hal ini banyak menyebabkan askar India yang berkhidmat dengan tentera British
melarikan diri. Namun, askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan
askar Jepun. Namun, pada hari ketiga, askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan
berundur. Dengan itu, askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam
masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu, Kelantan.
Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik dan
memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya, negeri-negeri di Tanah Melayu satu per
satu jatuh ke tangan tentera Jepun. Kemudian, mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa
69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan
askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota
Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai. British juga
menghantar dua buah kapal perang, iaitu HMS Prince Of Wales dan HMS Repulse untuk
mempertahankan Tanah Melayu. Malangnya, kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan
kamikaze. Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan British sekali gus
melemahkan moral dan semangat askarnya.
Namun, mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah
Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh
askar Jepun. Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura, askar
Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152
orang askar melayu, termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin
Saidi. Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang
sehingga titisan darah yang terakhir. Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki
Singapura setelah berlaku pertempuran hebat. Akhirnya British terpaksa menyerah kalah
kepada Jepun.
Sinopsis Bab 1
Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah.
Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa
33
yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak
suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak
banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 2
Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung
Sungai Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di
kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun
sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala
rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan
sering membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah
membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.
Sinopsis Bab 3
Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan
minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain
perang olok-olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu
mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika
membantunya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan.
Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang
kayu pula.
Sinopsis Bab 4
Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
34
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak
Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah
dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan
menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu
menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa
asal usul dia dan ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia
pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya
penduduk kampung tidak memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said
dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga
menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang
Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.
Sinopsis Bab 5
Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula
Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat
untuk mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau
Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi
berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah
agama ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang
kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi
menggunakan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pak Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-
tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur
dengan kehendak Pak Saidi.
Sinopsis Bab 6
Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang
tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak
Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap
pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat
35
memakai baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah bersekolah di
sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam
agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-
anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya
tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan oleh orang lain.
Sinopsis Bab 7
Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya
di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak
Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar
anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih
berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya
anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu
berasa marah dengan kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang
memberitahu Tuk Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
Sinopsis Bab 8
Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan
getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil
tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi
tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak
melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak
bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa
yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah
dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak
Karim yang perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah
nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung,
Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan
di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan membantu
memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar pandangan akhirnya mereka setuju
dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.
Sinopsis Bab 9
36
Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris
kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah
walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji
dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila
besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari
serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali.
Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada
seorang yang mengena belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak
Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya
mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling
beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta
pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.
Sinopsis Bab 10
Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk
Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari
luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu
apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia
tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
Sinopsis Bab 11
Yakin Boleh
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok
belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi
dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan
yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat
kerana syarahan tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy
37
serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut
sama dalam pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun
ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada
Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari
pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua
manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Sinopsis Bab 12
Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas
hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh
Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak
muda kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana
beranggapan pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan
bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah
mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka
tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.
Sinopsis Bab 13
Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi
seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil
Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam
kalangan guru-guru.
Sinopsis Bab 14
Askar Melayu Diraja
38
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-
anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera
British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan
ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin
memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru
mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi,
merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Sinopsis Bab 15
Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem
latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori
barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.
Sinopsis Bab 16
Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan
mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan
yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati
Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar
ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah
lama ditinggalkan.
Sinopsis Bab 17
Kehidupan Baharu
39
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan
pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari
London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Sinopsis Bab 18
Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi
perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir
Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir
Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Mereka hidup bahagia.
Sinopsis Bab 19
Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat
sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-
jaga.
Sinopsis Bab 20 : Bukit Candu
40
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang
juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan
satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu
mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu
kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan
yang pentig. Di situ ada penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan
memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong.
Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya mengajak
penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah memperketat kawalan dan
mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada
isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan selamat.
Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan.
Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.
Sinopsis Bab 21 : Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan
itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka
menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana
Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak
British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya
penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka
bersetuju untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh
rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar,
kedua-dua lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan
salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Sinopsis Bab 22 : Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan
tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan
diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya
Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang
dipantainya. Mereka berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila
cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera
Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di
Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama,
41
Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah.
Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut kehilangan Adnan.
Sinopsis Bab 23 : Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai
perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir
kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan
tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi
bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau
sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya
sambil memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Sinopsis Bab 24 : Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil
sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah
memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan
unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar.
Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk
komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu
kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah
Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan
sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air,
separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun
memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan
yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam
pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang
bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua
tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah
korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini
mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan
balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula
berundur.
Sinopsis Bab 25 : Gagalnya Operasi Matador
42
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera British
di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk
Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops
Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang
dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun
mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British
di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan.
Pegawai dan askar yang menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta
Api Kuala Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak
musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun
berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun menempatkan askarnya di
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun
dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang merupakan kapal Jepun
pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera
British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.
Sinopsis Bab 26 : Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan British HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang
British itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun.
Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat
kemaraan tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi
menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85
buah pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau
bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan awam.
Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal
dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada tentera infantry menyerang garisan
pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau bagaimanapun tentera ini dapat
ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah
terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung
kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
Sinopsis Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat
43
tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di
Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap
paling kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir
Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry
Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan
Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan
Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip
tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun
telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur
persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana tentera asing tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
Sinopsis Bab 28 : Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara
Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri
Jepun pula menyerang Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera
Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara
Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa
memindahkan kapal terbang Hurricanes dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah
pentadbiran dan kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen
Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang
masih bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi mampu
memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Sinopsis Bab 29 : Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu
Penghulu Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk
menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang
tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah
pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam
keesokannya mereka Berjaya dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang
pengintipnya mati ditembak askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik
serangan dengan menggunakan kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar
Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun
44
berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu
menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar
Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Sinopsis Bab 30 : Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap
sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur
diikuti dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua
pihak. Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu.
Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani.
Namun tidak berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera
Jepun. Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak
membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera
Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati
kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang
menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.
Sinopsis Bab 31 : Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun
sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-
tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang
Jepun menyerang semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit
Candu masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin
genting kerana musuh menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya
meninggal dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-
mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman,
Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.
Sinopsis Bab 32 : Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis
Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan
bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang
berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan
45
sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan
bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya menentang musuh
sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah
itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun
kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap
orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung
pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Sinopsis Bab 33 : Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana
terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula
yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang
yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan
askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
Sinopsis Bab 34 : Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang.
Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang
tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan
Jepun di tanah Melayu
Sinopsis Bab 35 : Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan
ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh
ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah
akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu
diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh
46
getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka
semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan
tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua
telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin,
mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit leukimia.
- DI SEBALIK DINARA
Sinopsis Keseluruhan
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA
gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai
(abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-
sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman
bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada
mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu.
Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah
menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada
Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh
Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha.
Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus
projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr.
Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta
pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang
menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft
Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng,
pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang
kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha
mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai
terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi
47
tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di
hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran
Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar.
Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-
rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang
kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida
namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.
Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan
di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap
kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri
Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara
sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl
yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn
(Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy)
dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar
sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan
Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
Aqram terus terdiam.
Bab 1.
Farisha berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk menaiki kapal terbang ke Kuala
lumpur. Dia terjumpa seorang pemuda yang bersikap sopan santun dan kacak. Pemuda itu
bersenyum kepadanya. Di dalam pesawat, kebetulan pemuda itu duduk di tepinya. Farisha
48
berminat akan jam tangan pemuda yang juga merupakan pusat kawalan elektronik. Setelah
berbual ringkas. Mereka tertidur dalam penerbangan. Di balai ketibaan KLIA, Farisha terlupa
menghubungi rakan serumahnya Shida dan abangnya, Azraai. Dia terpaksa menaiki teksi balik
ke tempat kediaman. Pada pukul 10.00 malam, dia baru sampai di hadapan pintu apartmennya.
Kad pintar tidak dapat berfungsi untuk membuka pintu rumah. Setelah menghubungi Shida,
Shida yang sedang bermain skuasy segera balik untuk membuka pintunya, iaitu, kunci pintu
telah ditukar kepada Retinal Scanner. Farisha terkejut tentang perubahan rumah mereka.
Menurut Shida, abang Farishalah yang memasang retinal scanner itu.
Melalui hologram, wajah Azraai wujud di depannya. Azraai menyatakan bahawa dia bimbang
akan keselamatan Farisha kerana berlakunya kes pembunuhan yang tidak jauh dari apartmen
Farisha. Azraai meminta Farisha supaya mendaftar retinal matanya dalam sistem keselamatan
rumahnya dengan bantuan Shida. Setelah itu, Farisha pun tidur kerana terlalu letih.
Di sebuah bilik pejabat, Dr. Maxi sedang berbincang tentang Farisha. Aqram , pemuda yang
duduk di sisi Farisha dalam pesawat itu telah mengesahkan bahawa Farisha ialah orang yang
dicari oleh mereka selama ini kerana DNA Farisha daripada cawan di pesawat itu memang
orang yang dicari oleh mereka. Aqram mengatakan bahawa dia tidak dapat membaca minda
Farisha kerana otak Faisha memiliki sejenis pendinding yang dipanggil Wall. Dr. Maxi
menyerahkan Penetrator kepada Aqram untuk membantunya supaya dapat melemahkan Wall
Farisha dan dapat membaca minda Farisha. Mereka memerlukan Farisha untuk menyelamatkan
sistem Dinara.
Bab 2
Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya supaya membawa dia ke Hotel
Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan pembukaan yang akan disampaikan oleh
Philips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Rosman menelefonnya bahawa
keretanya telah rosak. Farisha segera menjagakan Shida yang sedang tidur lena. Farisha
meminta Shida membawanya ke stesen monorel. Setelah sampai di hotel itu, sebuah robot
penyambutnya ke dewan itu. Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya
hologram beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di dewan itu.
Sebenarnya Farisha dan Rosman membuka sebuah syarikat perunding keselamatan sistem
komputer yang bernama Secured Shell Sdn. Bhd setahun yang lalu. Mereka baru mendapat
projek di Senawang. Mereka kesempitan wang sehingga Rosman tidak dapat menggantikan
kereta lamanya tambahan lagi Rosman bercadang untuk berkahwin tidak lagi.
Rosman mendapati bahawa ada seorang pemuda yang kacak sedang memerhatikan Farisha.
Pemuda itu memperkenalkan dirinya Aqram. Farisha terkejut kerana dapat bertemu semula
dengan pemuda yang dijumpainya di Lapangan Terbang Senai semalam itu . Aqram bekerja di
Soft Lab, Cyberjaya. Aqram menyatakan bahawa dia sedang mencari jururunding untuk satu
projek mini di Soft Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat Farisha. Ketika berbual-
bual dengan Farisha, Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk melemahkan Wall
minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di depan matanya. Aqram
49
hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha sahaja. Aqram berasa kesal kerana maklumat
yang diperolehnya dalam minda Farisha terlalu sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk
menyelamatkan sistem Dinar dalam syarikat mereka.
Bab 3
Rosman teruja untuk mengetahui tawaran yang diutarakan oleh Aqram. Atas desakan Rosman,
Farisha menghantar e-mel kepada Aqram tentang projek mini itu. Aqram membalas e-mel
tentang kegembiraannya kerana Farisha menerima tawaran mereka. Keesokan hari, mereka
bertemu di luar dewan simposium. Rosman hendak membawa mereka ke Puchong untuk
perbincangan mereka. Menurut Aqram, mereka akan berbincang di rumah Karl, seorang
penyelidik SoftLab yang banyak berjasa. Rosman dan Farisha terkejut tentang nama Karl
kerana Karl pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan dan sejak memenangi
anugerah tersebut, Karl terus menyepi daripada pihak media. Aqram membawa mereka
menaiki LRT untuk ke Puchong . Di platform monorel, Farisha mendapati bahawa penumpang
sebelah ialah seorang wanita tua yang menghidap penyakit barah.
Ketika tiba di rumah agam milik Karl, mereka disambut oleh seorang lelaki tua. Lelaki itu
bernama Dr. Maxi yang juga bekerja di Soft Lab dalam bahagian penyelidikan. Dr. Maxi ingin
membuat tawaran langsung kepada Syarikat Secured Shell tentang projek mini itu dengan nilai
RM1.5 juta. Rosman dan Farisha terkejut tenang tawaran tersebut. Farisha ingin mengetahui
skop kerja itu. Dr. Maxi menerangkan bahawa khidmat mereka adalah menggodam tiga
kelompok komputer SoftLab yang merupakan infrastruktur sistem pengkomputeran awam
dalam masa empat minggu. Farisha tidak berkeyakinan untuk menerima projek itu.
Bagaimanapun, Dr. Maxi menyatakan bahawa Farisha berbakat besar dan pernah berjaya
melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Farisha terkejut kerana Dr.Maxi
mengetahui peristiwa tiga tahun yang lalu itu. Farisha ingin berfikir dahulu tentang tawaran
tersebut.
Setelah itu, Dr. Maxi membawa Farisha dan Rosman ke dalam terowong. Di hujung terowong
itu terdapat ruang . Di situ mereka ternampak Karl terbaring di atas katil hospital canggih di
dalam sebuah bilik kaca. Karl telah menghidap penyakit barah usus selama tiga tahun. Farisha
teringat akan arwah ibu bapanya juga menghidap penyakit barah tulang. Mereka hanya berdiam
diri. Menurut Dr Maxi, Karl masih aktif dalam penyelidikan. Farisha diminta menggodam
sistem Dinara yang dibuat oleh Karl. Setelah balik, Farisha kurang senang hati atas projek itu
dan ingin meminta pendapat daripada abangnya.
Bab 4
Azraai bersungguh-sungguh memintanya menerima sahaja tawan itu. Pada petang itu, Farisha
menerima pesanan ringkas daripada Rosman bahawa dia masih berada di Senawang dang tidak
sempat untuk pergi ke Soft Lab petang nanti. Farisha terpaksa pergi ke SoftLab sendiri. Farisha
enggan menaiki kenderaan awam kerana berasakan dirinya diekori orang. Shida dibangunkan
50