BAB 4
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila
Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna
Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya.
Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna,
berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada
persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan
peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan
kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula
menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-
benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan
perasaannya tentang ayahnya.
BAB 5
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama
ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri
Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin.
Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia
perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi
perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi.
Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu
melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang
kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak
membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki
peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun
Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca
perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu
kepada umi.
BAB 6
101
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.
BAB 7
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.
BAB 8
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya.
Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke
Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
BAB 9
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan
kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
102
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.
BAB 11
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak
mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah
memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-
sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang
menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya
untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
BAB 12
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan
terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan
mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak
percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan
arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik
dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-
gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari
zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin Seri Purnama.
BAB 13
103
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama
ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda
yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
- BIMASAKTI MENARI
Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau
buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana
langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan
hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
104
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam.
Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu
dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad
Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tua Nurul Hafsa.
Bab 1
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
105
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam
tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.
Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan
bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala
banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan
deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh deria.
Bab 2
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan
anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua
muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad
Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau
tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
Bab 3
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
106
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung
dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.
Bab 4
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa
terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.
Bab 5
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
107
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.
Bab 6
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit
Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar
tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada
undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul
hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang
ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah
untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang
tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh
dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah
dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain.
Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan
tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 7
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan.
Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-
wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan
bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya
Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
108
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung
Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai
dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan
kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar
itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.
Bab 8:
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan
rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk
menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak
boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali
kegelapan ke Kuala Selangor.
Bab 9:
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.
109
Bab 10:
Muhammad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan
kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara
lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan
projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum
pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian
falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik
mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul
Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.
Bab 11:
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik
itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian
bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang
110
berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut
apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa
bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan
data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.
Bab 12:
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya
menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah
dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan
pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik
selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa ,
pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk
mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.
Bab 13:
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan
Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan
membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.
Bab 14
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang
diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi
sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan
ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang
hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa
menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar
tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur
sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar
111
mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat.
Johann yang sentiasa bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Bab 15
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke
rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa
terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan
terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan
walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia
menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa
kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan
lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon
ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis
memberitahu walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun
mereka meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada
mangsa. Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan
stabil.
Bab 16
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
112
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
Bab 17
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan
tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri
Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa
Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
Bab 18
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain
gelap.
Bab 19
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam
van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
113
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di
rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
Bab 20
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
Bab 21
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
114
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan
telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut
untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.
Bab 22
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
SENARAI 5 KEKUATAN,KEKURANGAN DAN
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 8 NOVEL
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
KEKUATAN
115
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah susun cerita novel ini teratur. Selain itu, oa juga
dapat mewujudkan rentak cerita yang idealististik dan membuat pembaca berasa ingin tahu.
Seterusnya, penggunaan bahasa melayu yang baik menyebabkan pembaca mudah
memahaminya. Di samping itu terdapat juga nilai murni dalam novel ini iaitu nilai setia kawan.
Akhir sekali, novel ini menceritakan jalan cerita yang menarik minat pembaca contohnya
rahsia jendela menghadap jalan.
KEKURANGAN
Kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah kurang menceritakan tantang watak utama
sebaliknya banyak menceritakan tentang watak sampingan. Selain itu, penulis perlu
kembangkan lagi jalan penceritaan yang lebih menarik. Di samping itu, terdapat juga bab yang
menceritakan tentang jendela menghadap jalan yang menyebabkan pembaca bosan
membacanya tetapi masih juga tidak tahu rahsia jendela menghadap jalan. Seterusnya, penulis
lebih menumpukan nilai murni berbanding babak babak yang menarik. Ahkir sekali,
pengakhiran penceritaan juga agak tergantung.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah mengurangkan masalah masalah yang
tidak patut diceritakan. Seterusnya, kurangkan mengulang adegan adegan yang sama dalam
setiap bab. Selain itu, penulis perlu kurangkan cerita cerita yang panjang sehingga
membosankan pembaca. Akhir sekali, untuk pengakhiran penceritaan,penulis perlu
menerangkan lebih lanjut.
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA
BANGSA
KEKUATAN
1) Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa memupuk semangat cinta akan negara untuk
pembaca kerana novel tersebut bercerita tentang kehidupan seorang askar yang berjuang
mempertahankan negara.Selain itu, novel ini berteraskan patriotik yang memberikankan kesan
terhadap pembaca untuk mewujudkan semangat patriotik yang tinggi untuk pembaca. Kita
dapat memupuk sifat cinta akan pahlawan-pahlawan yang berjuang untuk tanah air kita
sewaktu penjajahan kerana novel ini banyak menceritakan kehidupan Adnan dari kecil
sehingga beliau menjadi Leftenan. Banyak pengajaran yang terdapat di dalam novel ini kerana
jalan ceritanya terdapat banyak nilai keberanian dan ketabahan yang dihadpi olehj Adnan
116
semasa membesar.Novel ini juga mempunyai menceritakan sejarah semasa penjajahan negara
kita yang dapat membuatkan pembaca mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah.
KEKURANGAN
Novel ini mempunyai kekurangan pada bahagian sejarah kerana novel ini menceritakan
tentang seorang Leftenan tetapi dalam masa yang sama ia menceritakatentang yang
membuatkan orang lebih berminat dengan sejarah negara yang tidak habis dicerita kerana focus
kepada watak utama. Jalan cerita yang agak tergantung kerana berkait dengan sejarah Tanah
Melayu ia membuatkan pembaca tidak dapat mengetahui perkara yang terjadi selepas watak
sampingan berkahwin dan pindah. Novel ini tidak menarik untuk remaja kerana ia berkaitan
sejarah dan seorang pahlawan Tanah Melayu yang remaja sudahpun belajar subjek sejarah
yang menceritakan perkara di dalam novel ini sedikit sebanyak. Novel ini juga tidak sesuai
untuk murid sekolah rendah kerana ia agak membosankan dari segi kulit hadapan dan belakang
buku dan tidak menarik untuk murid sekolah rendah sahaja. Penamat novel ini tegantung
kerana persoalannya apakah yang terjadi terhadap Leftenan Adnan selepas British memerintah
semula dan adakah masyarakat di Tanah Melayu hidup dengan aman lagi dibawah jajahan
British.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Novel ini perlu membuat penambahbaikan dengan jangan menfokuskan kepada dua
perkara contohnya sejarah dan juga sesuatu watak tetapi fokus terhadap suatu perkara sahaja.
Novel ini perlu menambahkan bahagian 2 yang ceritanya tergantung akibat berkait sejarah
yang menimbulkan persoalan terhadap pembaca. Novel ini juga perlu membuat kulit hadapan
dan belakang yang menarik untuk membuatkan pembacanya berkategori umum terutamanya
kanak-kanak dan murid sekolah rendah. Ubah suai jalan cerita novel ini dan tambahkan
penceritakan berkaitan peperangan dengan lebih dan jadikannya klimaks untuk pembaca jika
terdapat bahagian peperangan. Ceritakan lagi dengan lebih mendalam tentang watak utama dan
perbuatannya agar pembaca tidak tertanya-tanya jika jalan cerita nya beruba.
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL DISEBALIK DINARA
KEKUATAN
Mempunyai jalan cerita yang perlu ingat dan fokus kepada pembaca untuk memahami
jalan ceritanya yang membuatkan kita banyak berfikir. Novel ini banyak menfokuskan kepada
117
psikologi yang membuatkan pembaca dapat mengasah otak. Walaupun sukar untuk memahami
jalan ceritanya tetapi ia mempunyai jalan cerita yang ringkas yang mudah dibaca dalam masa
yang singkat. Banyak pengetahuan Am yang terdapat didalam novel ini contohnya tentang
perakunan,muslihat dan psikologi seseorang. Novel ini dapat menarik minat pembaca yang
gemar membaca novel-novel yang mempunyai jalan cerita sukar untuk memahaminya.
KEKURANGAN
Pendapat saya, novel ini tidak sesuai untuk umum kerana ia ada banyak muslihat dan
jenayah seperti penculikan dan penipuan .Tidak sesuai umur 13 tahun dan ke bawah. Sukar
untuk memahami jalan ceritanya untuk pembaca novel pemula dan orang yang tidak suka
berfikir. Tidak banyak pengajaran yang terdapat dalam novel ini kerana ia banyak fokuskan
terhadap psikologi dan jalan cerita yang pendek. Walaupun jalan ceritanya pendek dan padat
tetapi ceritanya tidak seronok kerana watak sampingan di dalam novel tidak difokuskan yang
membuatkan cerita menjadi tidak seronok. Watak utama juga iaitu Farisha mempunyai banyak
bantuan daripada watak sampingan dan sebagai pembaca saya dapat merasakan Alia dan Shida
juga boleh menjadi watak utama dan mempunyai kekeliruan watak utama.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah membuat jalan cerita yang lebih
menarik. Selain itu, penulis perlu memperbanyakkan gambar dalam novel ini. Seterusnya,
penulis oerlu kembangkan lagi pengakhirannya. Di samping itu, penulis juga boleh kurangkan
ayat ayat yang tidak difahami kerana pembacanya bukan hanya terdiri daripada dewasa
sahaja,mungkin juga kanak-kanak yang membacanya. Akhir sekali, penulis perlu
mencantikkan lagi kulit buku agar dapat menarik minat pembaca.
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL PANTAI KASIH
KEKUATAN
Kekuatan yang boleh diperoleh daripada novel ini ialah penulis berjaya menceritakan
tentang ketabahan seorang wanita dalam menghadapi dugaan dalam hidupnya. Selain itu,
terdapat pelbagai latar masyarakat dalam novel ini. Seterusnya, novel ini mempunyai nilai
murni yang banyak contohnya nilai kerajinan. Akhir sekali, terdapat banyak pengajaran yang
diperoleh contohnya kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa hadapan.
KEKURANGAN
Kekuatan yang boleh diperoleh daripada novel ini ialah penulis berjaya menceritakan
tentang ketabahan seorang wanita dalam menghadapi dugaan dalam hidupnya. Selain itu,
118
terdapat pelbagai latar masyarakat dalam novel ini. Seterusnya, novel ini mempunyai nilai
murni yang banyak contohnya nilai kerajinan. Akhir sekali, terdapat banyak pengajaran yang
diperoleh contohnya kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa hadapan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh diperoleh daripada novel ini ialah menjadikan
plot-plot dalam novel ini berbeza. Selain itu, penulis perlu menulis novel tidak berulang kali
agar mudah dibaca. Seterusnya, novel ini sepatutnya lebih santai seperti tajuknya. Di samping
itu, kulit muka hadapan perlu dibuat lebih cantik supaya dpaat menarik minat pembaca. Akhir
sekali, penulis perlu menceritakan cerita tersebut dengan lebih optimistik.
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
KEKUATAN
Kekuatan yang boleh dipeoleh daripada novel ini ialah jalan cerita yang menyentuh hati
pembaca. Selain itu, walaupun kisahnya menyedihkan, penulis dapat membangkitkan jalan
cerita watak utama dengan baik sekali. Selain itu, novel ini sangat sesuai untuk remaja.
Seterumya,penulisannya dan penggunaan bahasa sangat baik. Akhir sekali, terdapat banyak
nilai murni iaitu nilai ketabahan.
KEKURANGAN
Kelemahan yang terdapat dalam novel ini ialah kulit buku yang kurang menarik. Selain itu,
mempunyai plot yang tidak berapa menarik dan tidak masuk akal. Seterunya, terdapat unsur-
unsur yang tidak sepatutnya diceritakan seperti Dahlia berkahwin di usia muda. Di samping
itu, terdapat cerita yang matang jika dijadikan realiti. Akhir sekali, terdapat unsur yang tak
patut digunakan dalam novel ini.
CADANGAN PENAMBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah mencantikkan lagi kulit buku tersebut.
Selain itu, penulis perlu kurangkan nasib malang Dahlia supaya nampak lebih realistik.
Seterusnya, penulis boleh kurangkan cerita romantik dalam novel ini kerana ia boleh
mempengaruhi remaja pada masa kini. Di samping itu, penulis perlu meleyakkan lebih banyak
nilai murni dalam novel ini supaya dapat dijadikan ikutan dalam novel ini. Akhir sekali,
penggunaan bahasa yang lebih jelas oerlu diterapkan dalam novel ini.
119
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL TIRANI
KEKUATAN
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah nilai murni iaitu kesabaran. Selain itu,
terdapat belas kasihan terhadap watak utama kepada watak yang menyakitkan hatinya.
Seterusnya, terdapat pengajaran-pengajaran yang boleh dijadikan iktibar seperti gigih
menempih pelbagai cabaran. Di samping itu, terdapat juga nilai murni yang boleh diterapkan
dalam kehidupan antaranya nilai keinsafan. Akhir sekali, terdapat banyak gaya bahasa yang
dapat menarik minat pembaca.
KEKURANGAN
Kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah plot yang membosankan dan tidak menarik.
Selain itu, penulis perlu membuat cerita yang lebih minimalis dan realistik. Seterusnya,
pengakhiran untuk cerita ini agak tergantung. Di samping itu, novel ini terpesong daripada
menumpukan tujuan sebemar novel ini. Akhir sekali, permulaan cerita yang tidak menarik.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah menjadikannovel ini lebih menarik. Selain
itu, penulis perlu mencantikkan lagi kulit hadapan novel ini. Seterusnya, pengakhiran novel ini
perlu diterangkan dengan lebih mendalam. Di samping itu, penulis perlu menceritakan dengan
lebih mendalam tentang eatak utama. Akhir sekali, terdapat kesalahan bahasa yang perlu
diperbetulkajn dalam novel ini.
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL BIMASAKTI MENARI
KEKUATAN
120
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah mempunyai watak utama yang kreatif. Selain itu
, novel ini juga mempunyai watak sampingan yang sesuai dengan jalan penceritaan. Di samping
itu, novel ini turut mempunyai jalan penceritaan yang ringkas dan menarik. Seterusnya,
terdapat banyak nilai murni antaranya nilai kebijaksanaan. Akhir sekali, dalam novel ini
terdapat plot cerita yang menarik.
KEKURANGAN
Kelemahan yang terdapat dalam novel ini ialah penceritaan yang tidak spesifik. Selain itu,
dalam novel ini terdapat sikap ceroboh dan semberono watak. Di samping itu, penulis tidak
berfikiran luas kerana cerita yang ditulis tidak berapa menarik. Seterusnya, penulis tidak
menerapkan sifat pemaaf. Akhir sekali, novel ini mempunyai kulit buku yang tidak menarik.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan yang pertama ialah penulis hendaklah meletakkan tujuan utama. Selain itu, penulis
hendaklah mengubah kulit buku. Seterusnya, penulis boleh membuat pengakhiran yang sesuai.
Akhir sekali, penulis boleh mengurangkan peristiwa tidak penting dalam novel. Akhir sekali,
penulis perlu membuat kreativiti cerita yang menarik bagi menarik minat pembaca.
121
5 KEKUATAN, KEKURANGAN DAN CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN NOVEL SILIR DAKSINA
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan novel yang terdapat dalam novel ini ialah jalan cerita yang menyedihkan sehingga
menitiskan air mata. Selain itu, terdapat nilai murni dalam novel ini iaitu nilai ketabahan. Di
samping itu, terdapat klimaks yang sesuai untuk bacaan. Seterusnya, perwatakan watak utama
yang mudah difahami. Akhir sekali, novel ini tidak banyak peristiwa tambahan.
KELEMAHAN NOVEL
Kelemahan yang terdapat dalam novel ini ialah kurang memberi gambaran. Selain itu, jalan
cerita yang kurang menarik.Di samping itu, dalam novel ini tidak menerapkan nilai kasih
sayang. Akhir sekali, novel ini mempunyai watak yang sepatutnya iaitu watak yang tidak
rasional dan watak yang mementingkan diri.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat dalam novel ini ialah menerangkan sesuatu
penceritan tersebut dengan lebih jelas. Selain itu, kulit hadapan yang perlu diubahsuai.
Seterusnya, penulis perlu mengolah cerita dengan lebih logik supaya nampak lebih realistik.
Di samping itu, penulis perlu menambah watak sampingan bagi memperkukuhkan penceritaan.
Akhir sekali, penulis hendaklah menambah pengajaran bagi memberi pengajaran kepada
pembaca.
122
Rujukan Setiap Novel:
1) Novel Komponen Sastera (Komsas) Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu - Novel Di
Sebalik Dinara Karya Dayang Noor.
2) Novel Komponen Sastera (Komsas) Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu – Novel
Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Matdarin.
3) Novel Komponen Sastera (Komsas) Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu – Novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa Karya Abdul Latip Talib.
4) Novel Komponen Sastera (Komsas) Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu – Novel
Pantai Kasih Karya Azmah Nordin.
5) Novel Komponen Sastera (Komsas) Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu – Novel
Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip.
6) Novel Komponen Sastera (Komsas) Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu – Novel
Tirani Karya Beb Sabariah
7) Novel Komponen Sastera (Komsas) Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu – Novel
Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
8) Novel Komponen Sastera (Komsas) Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu – Novel
Silir Daksina Karya Nizar Parman.
Rujukan Web
Novel Di Sebalik Dinara
• https://www.ipendidikan.my/novel-di-sebalik-dinara.html
• http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-di-sebalik-dinara-bab-1-bab-
5.html?m=
Novel Jendela Menhadap Jalan
• https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html
• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-jendela-menghadap-jalan-
komsas.html?m=1
123
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
• http://komsas4.blogspot.com/2017/02/sinopsis-leftenan-adnan-wira-bangsa.html?m=1
• https://www.studocu.com/my/document/sunway-university/business-law/sinopsis-
novel-left-adnan-bab/20588701
Novel Pantai Kasih
•
https://www.academia.edu/38314129/SINOPSIS_NOVEL_PANTAI_KASIH_SEMUA_BA
B
• https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-
keseluruhan.html?m=1
Novel Songket Berbenang Emas
• https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
• http://kosongket.blogspot.com/?m=1
Novel Tirani
• https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html
• http://bmpmrspm.blogspot.com/2021/06/sinopsis-tema-persoalan-watak-
dan.html?m=1
Novel Bimasakti Menari
• http://bimasaktimenari.blogspot.com/2016/01/sinopsis-bab-demi-bab-tema-
dan.html?m=1
• https://www.ipendidikan.my/novel-bima-sakti-menari.html
124
Novel Silir Daksina
• https://qcikgubm.blogspot.com/2018/02/novel-silir-daksina-tingkatan-5-
spm.html?m=1
• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-
5.html?m=1
125