oleh Farisha. Shida tergesa-gesa bangun kerana terdapat temu janji dengan seorang pelanggan.
Kebetulan mereka menuju ke destinasi yang sama, iaitu SoftLab di Cyberjaya. Shida menerima
tawaran untuk menulis satu rencana dengan harga RM25000. Setibanya di Soft Lab, Shida
disambut oleh Khairul Anwar. Sebaliknya Farisha disambut oleh Aqram ke bilik keselamatan
untuk mendaftar cap jari dan retina mata. Farisha dibawa ke sebuah bilik besar sebagai tempat
kerjanya. Farisha berasa selesa di tempat kerjanya. Seterusnya Farisha juga dibawa ke pusat
data yang merupakan perkakas Dinara. Farisha diberitahu bahawa di situlah semua data untuk
perisian Desktop Maya yang digunakan oleh pelanggan Soft Lab, iaitu semua data disimpan
dalam Dinara. Oleh itu Farisha dipertanggungjawabkan untuk menggodam dan mengukuhkan
sistem Dianara.
Setelah pulang dari Soft Lab, mereka berdua minum di sebuah kopitiam. Shida mengatakan
bahawa dia ditawarkan supaya menulis satu rencana dan satu buku biografi dengan bayaran
sebanyak RM40 ribu. Mereka berdua akan mula bekerja pada keesokan hari di Soft Lab
manakala Rosman tidak dapat datang kerana kerja di Senawang belum selesai.
Di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi berbincang dengan Khairul Anwar dan Aqram bahawa mereka
perlu memastikan Shida sentiasa di situ bersama dengan Farisha. Shida juga akan dijadikan
pengganti Farisha jika apa-apa terjadi kepada Farisha. Shida dianggap sesuai kerana mereka
sebaya dan tubuh badan hampir sama. Mereka memerlukan Alia untuk menjalankan tugas
tetapi mereka turut bimbang akan emosi Alia yang tidak menentu. Sebenarnya Alia ialah
sebuah cyborg yang canggih.
Bab 5.
Pada pagi itu, Alia sudah menunggu kedatangan Farisha di lobi pejabat. Setelah itu, Alia
membentangkan semua kemudahan yang ada di tempat kerja mereka kepada Farisha. Farisha
terkejut tentang penerangan Alia yang lancar sekali.
Ketika makan petang, Farisha dan Shida makan di kedai mamak. Mereka berasa agak aneh
terhadap Alia yang memiliki kulit yang terlalu sempurna sehingga tidak dapat bulu kening.
Mereka menyangka bahawa Alia pernah menjalani pembedahan plastik. Farisha turut
mengatakan bahawa Aqram mempunyai fizikal dan perlakuan yang lebih sempurna. Shida
turut berminat terhadap Aqram.
Pada sebelah petang, Aqram menyambung penerangan Alia pada pagi itu. Farisha turut
mendebat dengan Aqram tentang kelemahan sistem Dinara. Farisha mendapati bahawa sistem
pengkomputeran itu mempunyai kelemahan yang banyak. Aqram mengakui kelemahan itu dan
meminta Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya boleh ditingkatkan. Aqram
turut mengakui bahawa Dinara sudah dicerobohi dan penceroboh telah menyusupkan satu virus
bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh tertentu.
Pada sebelah malam, Rosman menyatakan bahawa dia tidak dapat menyertai kerja Farisha di
Soft Lab kerana syarikat di Senawang itu telah menambahkan tugas untuk Rosman. Sebaliknya
di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi sedang berbincang tenang tugas yang akan dilakukan pada
keesokan hari. Alia sungguh marah kerana tidak diberitahu tentang rancangan Dr.Maxi. Dr.
Maxi mengatakan bahawa Alia akan diberi arahan ketika berada di bilik Farisha padi esok.
51
Setelah Alia beredar dari situ, Dr. Maxi hendak menghapuskan sebahagian ingatan Alia kerana
Alia kecenderungan untuk bersaing dengan wanita lain. Alia cemburu dengan perhubungan
rapat antara Medina dengan Karl. Sebaliknya Alia dicipta oleh Karl. Mereka berancang untuk
meneruskan rancangan bermula pada pukul 9.00 pagi esok sebelum 10.30 pagi kerana Karl
akan menerima rawatan sekitar pukul 11.00.
Pada malam itu, Farisha tidak dapat tidur dengan baik kerana asyik bermimpi tentang serang
binatang buas sehingga dia terlewat bangun.
Bab 6
Farisha tiba sepuluh minit lewat ke ruang kerjanya. Sebaik-baik sahaja dia duduk di kerusinya,
tiba-tiba dia terasa pening. Ketika itu, Alia menerima arahan daripada Dr. Maxi supaya
mengurut kepala Farisha. Farisha turut tertidur. Dua jarum keluar daripada kepala kerusi dan
mula mencucuk kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha telah berinteraksi dengan Karl. Ketika
itu, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang menyaksikan reaksi Farisha di bilik Dr. Maxi.
Alia sungguh tidak puas hati kerana Farisha dapat berinteraksi dengan Karl dan bukan dia yang
menjalankan tugas itu. Dalam mimpi itu, Karl mengatakan bahawa Farishalah sahaya yang
dipercayainya untuk menyelamatkan Dinara. Karl juga mengatakan bahawa sejak dahulu, dia
sudah mempersiapkan Farisha dengan kelengkapan untuk berhubungan dengannya. Alia hilang
kawalan dan terjerit pekik kerana Farisha dapat berbincang dengan Karl. Aqram terpaksa
mematikan suis di belakang tengkuk Alia dan Alia turut tegak dan kaku.
Apabila Farisha terjaga semula, dia ternampak Aqram di depannya. Farisha tidak teringat apa
yang telah berlaku sebelum itu. Aqram memberikan multivitamin kepada Farisha supaya lebih
segar. Seterusnya mereka berdua menyambung penerangan semalam. Farisha berpendapat
bahawa dia seolah-olah pernah menggunakan sistem Dinara.
Apabila tengah hari, Farisha makan petang bersama dengan Shida di kantin Soft Lab. Farisha
berasa hairan tentang mimpi ngeri yang dialaminya. Shida pula menyatakan bahawa dia sedang
mengkaji Karl , saintis terkenal di situ melalui arkib syarikat itu. Shida juga mengatakan
bahawa sistem Dinara merupakan hasil Karl dengan seorang wanita yang bernama Medina dan
Medina telah menghilangkan diri setelah sistem Dinara disiapkan. Bagaimanapun Shida tidak
dapat mencari maklumat yang selanjutnya tentang Medina di dalam arkib syarikat.
Bab 7.
Pada malam itu, Shida dijemput ke pejabat Secured Shell Sdn. Bhd untuk membincangkan
kontrak projek Soft Lab kerana Shida memiliki latar belakang undang-undang. Farisha meneliti
setiap halaman dalam kontrak itu. Semasa mereka bertiga sedang berbincang, tiba-tiba Farisha
mengerang kerana kepalanya berdenyut-denyut. Farisha terlihat cahaya seperti kilat yang
memancar seperti yang dialaminya di Hotel Renaissance. Mereka terpaksa berhenti dalam
perbincangan itu. Semasa mereka keluar dari pejabat, Uncle Seng, tauke kedai runcit di blok
itu menegur mereka dan mengatakan bahawa dia ternampak dua orang pemuda lari keluar dari
52
arah pejabat mereka dengan membawa beberapa beg besi, piring TV satelit dan sebagainya.
Mereka berasa curiga atas kejadian itu.
Dua hari kemudian, Farisha berkunjung ke rumah Azraai. Dia disambut oleh dua orang anak
saudaranya yang comel, iaitu Dina dan Aina. Farisha sangat sayang akan dua orang anak
saudaranya. Farisha diberitahu oleh abang dua perkara yang di luar sangkaannya. Perkara
pertama ialah Azraai telah dikesan oleh doktor bahawa dia telah menghidap penyakit jantung.
Farisha menangis dan meminta Azraai tidak lagi menyembunyikan masalah kepada Azraai
kerana tidak mahu kehilangan abang yang amat disayangi. Perkara kedua ialah Azraai
menyerahkan satu fail daripada arwah ayah mereka kepada Farisha dan memberitahunya
bahawa Farisha ialah anak angkat kepada ayah dan ibunya. Azraai berat hati untuk
memberitahu perkara itu kepada adik angkatnya sejak 26 tahun yang lalu tetapi dia perlu
melaksanakan amanah yang diberikan oleh arwah ayahnya. Farisha sangat sedih dan menangis
sehingga matanya bengkak. Sesungguhnya kakak iparnya, Mariah turut mengetahui perkara
itu. Apabila sampai di rumah, Farisha tidak membuka fail plastik itu dan terus mencampakkan
fail itu ke dalam almari bajunya kerana belum bersedia untuk menerima perkara itu.
Bab 8
Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton skrin besar untuk sesi selanjutnya
antara Karl dengan Farisha pagi itu. Tiba-tiba Farisha jatuh pengsan. Aqram terus berlari ke
arah Farisha. Dr. Maxi menelefon doktor yang merawat Karl untuk menyatakan bahawa sesi
pagi itu terpaksa dihentikan. Setelah diperiksa oleh pegawai perubatan, mereka mengambil
keputusan untuk menghantar Farisha ke hospital . Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram dan
Khairul Anwar supaya mereka menjalankan rancangan yang kedua, iaitu Shida akan mengganti
Farisha dalam tugas itu.
Aqram dan Khairul Anwar menjumpai Shida dan memberitahunya bahawa Farisha telah jatuh
pengsan dan telah dihantar ke hospital. Mereka turut bertanya kepada Shida tentang keadaan
Farisha semalam. Shida mengatakan bahawa Farisha kelihatan kurang ceria sejak pulang dari
rumah abangnya. Farisha menerima pesanan ringkas daripada Farisha bahwa dia berada di
Hospital Putrajaya kerana tekanan darah terlalu tinggi dan doktor akan membuat CT-scan
kerana ada benjol di belakang kepalanya. Shida diminta ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi hendak
mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama ada Farisha telah mengandung. Shida
menafikan pertanyaan Dr. Maxi kerana Farisha tidak memiliki teman lelaki. Selepas itu Shida
menelefon Rosamn tentang keadaan Farisha.
Bab 9.
Di bilik pejabat Dr. Maxi, mereka berpendapat bahawa setelah tiga sesi dilakukan untuk
berkomunikasi dengan Karl, badan Farisha sudah lemah dan tidak mampu menanggung semua
kerja itu. Mereka akan menggantikan Farisha dengan Shida. Mereka perlu membuat persiapan
53
untuk sesi pagi esok walaupun amanah Karl ialah Farisha sahaja yang dapat menyiapkan tugas
tersebut.
Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan pakaian Farisha untuk dibawa ke hospital.
Dia ternampak fail plastik yang disimpan di dalam almari. Shida membuka fail itu dan
membaca dokumen yang ada di dalam fail itu. Dia terkejut kerana Farisha ialah anak angkat
yang diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha melaksanakan
semua tugas di Soft Lab. Menurut Farisha , dia pengsan kerana tekanan darah terlalu tinggi,
masalah keluarga dan kurang tidur. Shida ingin mengetahui keputusan daripada CT-scan.
Farisha mengatakan bahawa abangnya telah menjumpai doktor dan keadaannya tidak
membimbangkan. Tidak lama kemudian,Rosman dan Shida meninggalkan wad itu kerana
Farisha perlu banyak berehat.
Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal wad itu, Farid dan Amin masuk ke wad
Farisha. Mereka mengeluarkan piring TV Satelit lalu membaca minda Farisha. Ternyata
WALL Farisha pada malam itu tidak fungsi. Dengan mudah, mereka dapat merakamkan
ingatan Farisha lalu keluar dari situ. Selepas itu, Aqram melawat Farisha. Farisha masih tidur
lena. Ternyata Farisha masih lemah dan tidak dapat meneruskan tugas tersebut. Sebenarnya
sebelum itu, Aqram telah bertemu dengan Azraai. Azraai memberitahu Aqram bahawa semua
mikrocip masih terletak di tempatnya. Walaupun doktor telah mengesan mikrocip itu melalui
CT-Scan tetapi Azraai menerangkan bahawa mikrocip itu digunakan untuk tujuan uji kaji. Dia
berbuat demikian atas amanah arwah ibu bapanya, iaitu semua mikrocip mesti kekal di dalam
tubuh Farisha dan berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.
Bab 10
Pada pagi itu, Shida asyik mencari maklumat Medina tetapi maklumat bagi Medina amat
sedikit. Nama Medina banyak dipadamkan daripada kebanyakan laporan. Alia datang ke
belakang Shida dan meminta Shida pergi ke bilik pejabat Dr. Maxi . Dalam perjalanan, Shida
asyik bertanya ke Alia sama ada berada di sisi Farisha ketika Farisha jatuh pengsan. Alia
enggan menjawab. Sebelum Shida bertanya apa-apa kepada Dr. Maxi, Alia menekupkan
kedua-dua belah tapak tangan ke wajah Shida. Shida segera tidak ingat apa-apa. Dalam
pembedahan, mikrocip telah dimasukkan ke dalam tubuh Shida.
Pada pukul 2.00 petang, Shida dibangunkan oleh Aqram. Menurut Aqram, Shida telah tertidur.
Pada petang pukul 2.30, Shida dibawa ke bilik kerja Farisha. Shida diminta duduk di kerusi
Farisha. Dr. Maxi meminta Shida berhubungan dengan seorang lelaki dan mengikut arahan
yang dipinta. Shida mengangguk. Alia mengurut bahu Shida. Shida terlena. Dua jarum mudah
lentur sudah menusuk ke tengkuknya.
Setelah kembali ke bilik Dr. Maxi, mereka berempat menyaksikan keadaan Shida. Nafasnya
semakin laju dan dadanya berombak. Khairul Anwar bercadang supaya menghentikan sesi itu
tetapi Dr. Maxi tidak bersetuju. Bagaimanapun keadaan Shida semakin serius, Dr. Maxi
terpaksa menghentikan sesi itu. Dr. Maxi tidak mahu memadam ingatan Shida dan hendak
mendengar apa yang dialami oleh Shida.
54
Sebaliknya di hospital, Farisha terdengar suara tentang suara perempuan yang mengatakan
dirinya sebagai mummy. Setelah lima tahun berkhidmat dengan wanita tua yang separuh gila
itu, Farid tidak pernah lihat wanita itu bergembira begitu. Wanita begitu gembira kerana
berjaya menghubungi anaknya, Farisha. Wanita itu bukan sahaja hendak mencari anaknya
tetapi lebih penting untuk membuktikan yang benar dan yang lebih hebat.
Keesokan pagi, Shida masih berada di bilik kerja Farisha. Sepanjang malam dia memencilkan
diri di satu penjuru tanpa mempedulikan orang lain. Alia diminta untuk memujuk Shida tetapi
tidak berkesan. Mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh Karl terhadap Shida.
Bab 11
Farisha bertanya kepada Azraai tenang nama ibu kandungnya. Azraai mengatakan bahawa
namanya Marilyn, seorang wanita Portugal tetapi tidak tahu siapa bapa kandungnya. Azraai
berasa syukur kerana mendapat adik seperti Farisha. Tiba-tiba Farisha menyatakan bahawa
semalam ibu kandungnya datang dan bercakap dengannya. Azraai terkejut segera meminta
Farisha mengemas barang dan hendak mengeluarkan Farisha dari hospital. Azraai memandu
kereta dan hendak melarikan Farisha keluar dari Kuala Lumpur. Setelah menghubungi
rakannya, Azraai hendak menuju ke arah Air Keroh, Melaka. Farisha hendak mengetahui apa
hal yang berlaku. Azraai memberitahu Farisha bahawa ibunya hendak membunuhnya. Dia
pernah cuba membunuh Farisha ketika bayi kerana taksunb dengan sains dan hendak
mengorbankan Farisha demi sains. Farisha tidak dapat menerima kata-kata Azraai. Farisha
berasa bingung kerana abang dapat mengetahui misi mereka. Azraai mengatakan bahawa dia
baru mengetahui misi tersebut. Azraai mengatakan bahawa dia hanya dapat mengetahui
perkara itu dua minggu yang lalu. Azraai juga menerangkan bahawa 26 tahun yang lalu, dua
orang lelaki datang ke rumah mereka dengan membawa Farisha bersama.
Sebaliknya di bilik kerja Farisha, Shida terpaksa diikat kerana dia meronta-ronta dan berguling-
guling di lantai. Kekuatannya seperti lelaki. Alia diminta mengurut bahu Shida dan Shida
kembali tenang. Dr. Maxi cuba bercakap dengan Shida. Shida mengakui dirinya sebagai Karl.
Mereka terkejut. Karl hendak mengetahui ke mana pergi Farisha. Karl tidak paus hati kerana
mereka menggantikan Farisha dengan Shida. Dr. Maxi mengatakan bahawa dia terpaksa
berbuat demikian kerana keadaan Karl yang tidak dibenarkan. Shida terus menengking Dr.
Maxi bahawa dia hanya hendak Farisha sahaja untuk menjalankan projek itu kerana Farisha
cukup lengkap. Shida menegaskan bahawa dia memerlukan Farisha untuk menghapuskan virus
yang disusupi masuk ke dalam Dinara dan mereka kesuntukan masa. Melalui mulut Shida, Karl
mengatakan bahawa jika virus itu diaktifkan, virus itu akan menular kepada ribuan manusia.
Dr. Maxi segera memberikan arahan supaya Aqram membawa Farisha ke Soft Lab segera.
Sebaliknya Aqram menerima berita bahawa Farisha telah meninggalkan Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan, Azraai terpaksa menghentikan keretanya di hentian Pagoh kerana kepala
Farisha pening dan sepeti terpadat cahaya kilat memancar matanya. Farisha terus jatuh pengsan
lagi. Semasa Azraai mencari ubat untuk Farisha, dua orang lelaki berkaca mata hitam sedang
berdiri di luar kereta mereka. Dengan pistol, dua orang lelaki telah membawa Farisha dan
Azraai diberi amarah supaya tidak membuat laporan kepada pihak polis.
55
Alia mengejutkan Shida. Shida menjerit-jerit bagai dirasuk. Shida menangis dan mengatakan
bahawa dia duduk di dalam penjara. Ramai banduan belasahnya. Shida terus mengatakan
bahawa dia telah membunuh seorang budak lelaki di dalam dewan pembedahan. Selain itu, dia
juga memukul seorang wanita sampai cacat dan hampir mati lalu memberi dia kehidupan
baharu kemudian. Khairul Anwar meluru kepada Shida dan bertanya siapanya yang
sebenarnya. Shida mengatakan bahawa Khairul Anwar sebenarnya bernama Muhammad Irfan
yang merupakan pengemis. Dia telah diberi ingatan baharu dan menjadi Khairul Anwar.
Khairul Anwar sangat marah dan hendak memukul Shida. Dr. Maxi cuba mengawal emosi
Khairul Anwar yang tidak tenteram.
Bab 12
Dengan cemas, Azraai menghubungi Rosman bahawa Farisha telah diculik orang. Dia meminta
Rosman supaya mengesan lokasi telefon bimbit Farisha. Rosman dapat mengesan Farisha telah
dibawa ke arah lebuh raya ke utara. Azraai segera keluar dari hentian Pagor dan menuju ke
arah lebuh raya.
Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah berjaya menangkap Farisha. Farisha
masih tidak sedar diri di dalam kereta. Di makmal, Marilyn melelapkan mata dan berinteraksi
dengan Farisha. Dalam interaksi minda itu, Farisha menolak Marilyn sebagai ibunya .
Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa dia bernama Rusmina dan
merupakan isterinya. Rupa-rupanya Rusmina pernah derhaka kepada Karl sehingga dipukul
sampai cacat. Selepas Karl mengubah fizikal dan ingatan serta nama Alia. Fikaran Shida
bercelaru kerana krisis identitinya. Dr. Maxi dan Aqram telah mendapati bahawa Karl telah
memindahkan pengalamannya yang pahit selamat 20 tahun ke dalam minda Shida. Khairul
Anwar bertanya sama ada ujii kaji sedemikian pernah dilakukan. Menurut Dr. Maxi, uji kaji
yang pernah dijalankan terhadap Medina itu gagal.
Di lebuh raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman telah menunjukkan kereta yang
membawa Farisha tidak ke Seremban. Melalui telefon, Azraai menyangka bahawa Farisha
telah dibawa ke Soft Lab.
Di dalam kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia telah ditangkap oleh dua orang
lelaki. Tangan dan kakinya telah diikat.
Di Soft Lab, Alia terus bertanya kepada Shida tentang hubungan Karl dengan Medina. Shida
(Karl) terus mengakui bahwa dia berjaya atas bantuan Medina. Medina sungguh bijak dan
sentiasa hendak membuktikan dia lebih hebat daripada Karl. Shida terus berkata bahawa dia
gagal cinta akan Medina dan Medina mengaburi matanya dengan kecantikan dan
kebijaksanaannya. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar baru mengetahui perkara yang
tersembunyi selama ini. Atas dasar kemanusiaan, Dr. Maxi mengambil keputusan untuk
memadamkan ingatan Karl terhadap Shida. Pada mula Alia enggan menjalankan prosedur itu
kerana ingin mengetahui peristiwa Karl dengan lebih lanjut lagi. Alia pun diberi masa 10 minit
untuk berinteraksi dengan Shida tanpa diawasi oleh mereka.
56
Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta Farid. Dia gembira berjumpa dengan Farisha.
Dia mengucup pipi Farisha . Farisha bertanya kepadanya tentang sebab Marilyn hendak
membunuhnya dahulu. Marilyn sedia memberikan keterangan kepada Farisha untuk mendapat
kepercayaan anak gadisnya.
Bab 13
Aqram menghubungi Dr. Haris supaya mengadakan sesi terakhir. Menurut Dr. Haris, otak Karl
telah semakin lemah. Alia diminta menjalankan tugas. Alia meletakkan kedua-dua tangannya
di pelipis Shida dan Shida mula lena. Dua batang jarum mudah lentur sudah memasuki tengkuk
Shida. Berbagai-bagai maklumat daripada otak Karl sudah mula berpindah kepada Shida. Tiba-
tiba kedengaran suara Shida. Shida mengatakan bahawa dia berterima kasih kepada Alia yang
setia. Dr. Maxi bertanya kepada Karl sama ada boleh menggunakan Shida untuk
menyelamatkan Dinara. Suara Karl mengatakan bahawa dia akan cuba menyelamatkan Dinara
ketika itu tetapi dia masih perlukan “Farisha di situ sebelum masanya tamat. Setelah tangan
dilepaskan, Shida mua menghidupkan komputer tablet di meja. Karl mengatakan bahawa
Farisha telah memberikannya ilham untuk mencari punca virus itu dan cara untuk
menyahaktifkan sistem Dinara. Dia juga mengetahui bahawa semua angkara Medina adalah
hendak menghancurkan mereka. Marilyn masuk ke tempat itu secara tiba-tiba. Madina
mengejek Karl hidup dalam badan perempuan. Karl memarahi Medina yang menangkap
Farisha. Sebalik Farisha terkejut suara Shida yang berubah dan nama ibunya ialah Medina.
Medina mula bercerita bahawa 30 tahun dulu, dia datang bekerja kepada Karl dan telah
menjadikan dia sebagai Medina dan mengambil kesempatan dengan sesuka hati. Karl
mengatakan bahawa segala-gala atas kerelaan Medina sendiri. Medina mengatakan bahawa
ternyata dia lebih hebat daripada Karl sehingga cemburu terhadapnya. Karl menjelaskan
bahawa dia terpaksa melarikan Farisha daripada Medina kerana Medina sudah gila dan hendak
membunuh anak sendiri. Medina menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa bapanya
Karl juga gila dan sanggup menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha serta
memberikan berjenis-jenis ubat untuk menjadikan dia sebagai kanak-kanak genius. Dia rela
Farisha mati daripada diseksa begitu.
Rupa-rupanya Farisha ialah anak kepada Karl dan Medina. Dr. Maxilah yang membawa
Farisha kepada keluarga angkatnya demi keselamatannya. Dia dibawa ke Soft Lab kerana atas
permintaan Karl. Kepintaran Farisha sangat diperlukan untuk menyelamatkan Dinara. Karl
sendiri tidak mampu lakukannya. Dinara dibangunkan oleh Karl dan Medina. Dengan
sombong, Medina mengatakan bahawa Dr. Maxi sepatutnya mencarinya untuk menyelamatkan
Dinara kerana dialah yang paling hebat. Tiba-tiba Shida menjerit dan mengatakan bahawa
Medina gila dan sabotaj projek mereka.
Pada masa itu, Dr. Haris menelefon Dr. Maxi bahawa Sesi itu mesti dihentikan segera kerana
Karl sudah nazak. Khairul Anwar selesai melancarkan dua program seperti yang dicadangkan
oleh Dr. Maxi. Medina berpuas hati atas kejadian itu. Dr. Maxi memberitahu Medina bahawa
Karl sedang dalam keadaan nazak. Mereka terkejut. Medina tidak tahu Karl menghidap
penyakit.
57
Mereka semua menuju ke arah rumah Karl di Puchong. Farisha dan Aqram turut menaiki kereta
Azraai. Aqram mula bercerita tentang virus dalam sistem Dinar. Medina berdendam terhadap
Karl atas sikap angkuh Karl, iaitu Median berusaha membantu Karl dalam penyelidikan tetapi
Karl telah mensabotaj Medina dengan memindahkan pingatan seorang bekas banduan ke dalam
minda Medina sehingga Medina menjadi separuh gila. Oleh itu Medina hampir membunuh
anaknya sendiri.
Aqram juga menceritakan bahawa dia sebenarnya berumur 60 tahun dan merupakan adik Karl
yang terencat akal. Karl telah membina semula luarannya malah memberikan ingatan dan
fikiran baharu kepadanya. Menurut Aqram, Alia merupakan hasil percubaan Karl yang pertama
tetapi kurang sempurna, iaitu tidak mengubah emosinya yang kuat cemburu. Aqram mengakui
bahawa dia, Alia, Khiarul Anwar dan beberapa ratus orang pekerja di Soft Lab ialah cyborg.
Aqram menjelaskan bahawa Farisha adalah manusia biasa yang lahir daripada benih kasih
sayang Karl dengan Medina.
Bab 14
Apabila sampai di rumah Karl , mereka hanya dibenarkan masuk ke bilik rawatan Karl seorang
demi seorang. Medina dan Alia turut masuk ke bilik rawatan itu dan perasaan sedih ketika
keluar. Farisha hanya memberikan salam kepada ayah yang baru dikenalinya. Setitik air jernih
mengalir di pipi lelaki yang sedang nazak itu. Pada pukul 7.00 Dr. Haris mengumumkan Karl
sudah meninggal dunia.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka. Pada hari
Ahad, berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
Medina menggenggam tangan Farisha sepanjang upacara. Medina turut menyesal kerana lari
daripadanya. Farisha memuji ibunya dan bapanya sama hebat.
Farisha mendapati bahawa Shida hanya diam sahaja sejak semalam dan kelihatan agak aneh.
Tiba-tiba Shida mengatakan bahawa mati itu satu pemulaan baharu. Farisha bimbang akan
Shida. Tiba-tiba Shida menyuruh Farisha tidak perlu bimbang akan Shida dan mereka berdua
masih ada banyak kerja di Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram memegang tangan
Shida dan bertanya sama ada dia ialah Karl. Shida mengatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, adiknya seorang di dunia ini. Aqram terdiam. Farisha sudah berlari
mencari Medina.
- PANTAI KASIH
Sinopsis Keseluruhan
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
58
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar,
memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak
kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan. Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada
sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya,
sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor
Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang
digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
Novel Pantai Kasih - BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang
untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha
berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya,
namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama
kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu
memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti
Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya
terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami.
59
Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada
Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang
membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan
professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang
tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya
supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut
tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi
Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK.
Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas
di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang
terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya
seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa
hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau
bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak
Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya
selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan
terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas
Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di
gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja.
Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam
dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk
mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.
Novel Pantai Kasih - BAB 2
Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan
Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor
berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan
asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun
akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti
memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat
kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga
sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum
sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk
60
melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada
Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang
berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang
ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah
lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan
tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-
kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya.
Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan
doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.
Novel Pantai Kasih - BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu.
Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang.
Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati
serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran
dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan
pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja,
barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang
kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar
kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar
kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh
tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya
tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang
akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang
menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa
semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini
menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar
Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan
Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan
Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa
61
bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian
ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu
Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga
meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun
Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang
kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati
sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak
bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.
Novel Pantai Kasih - BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam
misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia
di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam
muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu.
Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang
dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui
fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan
masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak
hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak
untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap
selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai
oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan
kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi
serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai
Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul
62
hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan
berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan
berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana
mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun
sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa
anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor
Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan
Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh
pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga
dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi
oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu
hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi
berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Novel Pantai Kasih - BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor
Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan
penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu
hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya
seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah
dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat
gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam
kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi
anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-
tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini.
Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan.
63
Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat
panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan
berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di
bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal
dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati
terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir
di situ.
Novel Pantai Kasih - BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang,
Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor
Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di
tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya.
TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan
merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan
keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan
diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke
lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang
untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang
selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk
menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini.
Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan
Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan
panggilan tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa
menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama
membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat
Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.
Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron.
Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang
berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu
keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
64
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya
melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para
pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang
memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia
supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera
ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah
ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk
menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat
tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu
lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke
Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Novel Pantai Kasih - BAB 7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu
ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa
bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam
alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah
silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas
yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan
peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat
jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah
bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan
hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai
mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.
Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-
tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor.
Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor
Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia
sanggup percaya dengan doktor muda itu.
65
Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor
Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat
Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng
menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu
bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan
tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan
kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang
sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah
panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima
panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin
menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha
berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.
Novel Pantai Kasih - BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan
anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji
supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran
terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi
pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu
sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi
ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh
orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi
ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan
menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan
penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu
Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu
menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu
kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh
Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk
mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun
berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas
penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir
semester.
Novel Pantai Kasih - BAB 9
66
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex
Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada
kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga
terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam
dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah
salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan
ini.
Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah
apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya.
Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan
berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu
dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara
kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana
wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu
bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah
sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah
urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop
sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada
penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang
sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.
Novel Pantai Kasih Komsas Tingkatan 4 2015-2020Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang
tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan
membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang
keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan
tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori
minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu
trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh
tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya
kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-
pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya
67
dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan
dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi
budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki
Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu
sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung
disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai
saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
- SONGKET BERBENANG EMAS
Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda
keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan
mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi
ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.
Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang
serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup
ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan
Azhari.
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,
Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang disuruh
oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta masih tidak
lengkap.
68
Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki mahu
bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari. Lelaki itu
memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah pada bulan
Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan
merisik. Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu
keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke jambatan
sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari kereta Azhari.
Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia tidak suka
tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa orang tuanya
masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya “tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis kelaparan. Melati
memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi. Dahlia terus
mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang terlalu cair.
Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan malam manakala Melati disuruh
pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo secara hutang.
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar emaknya bercakap
sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya. Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila
melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis.
Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk
waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke
rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu
diganggu. Dahlia mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung
sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-tanya sama
ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang berhasad dengki
dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa semua yang berlaku itu
69
adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan imannya, memberi ketabahan
dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia juga berdoa agar emaknya pulih
seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau
terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan
keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga
Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman
selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat.
Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun
anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan latihan
Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas kembali
pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari Khamis yang
lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar Azhari mengerti
keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin Azhari untuk membaiki
diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta
Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya pergi ke
sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal berkaitan adik-
adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara untuk menyelesaikan
masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah keluarga. Perkara inilah yang
menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke hospital. Embong pasrah
memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan.
Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah
yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka disebabkan
mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong
tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa
isterinya pernah memberitahu bahawa sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang
mengejarnya. Telinganya juga sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa
lemah.
70
Embong dikejutkan oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu
Dahlia doktor memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara
sebenar yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu bahawa
beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya. Mereka dikejutkan
oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke rumah dan rela menjadi
gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM.
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang pada
hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik menangis. Dahlia
tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi ke sekolah pada hari
Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong
Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah berkunci. Dahlia ternampak Cikgu
Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani
punca kelewatannya dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Dia asyik teringat emak,
Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul
2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari Khamis.
Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan pada petang itu dia hendak melawat emaknya di
hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan
ditanya macam-macam. Dahlia telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus
pergi ke hospital untuk berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika
di hospital. Haji Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor
Bahru.
Bab 6: Ditelan Arus Deras
Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu
abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke rumahnya
bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila. Dahlia amat terpukul
dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah, nenek yang melahirkan
emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua orang bercakap mengenai emak
Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar
hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin ahli keluarga yang lain pula akan terkena.
Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda
pangkah supaya hantu tidak masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa
71
kali kerana tidak percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan
Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah hilang
dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said. Akhirnya, Dahlia
telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan daripada penduduk
kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek Kiah telah menyuruh
pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana dikatakan nyawanya boleh kembali
tetapi malangnya Said telah tiada.
Bab 7: Berbudi Berbalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan kerana
selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas
itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said merupakan anak tunggal Aton.
Aton mencari Embong dan memarahinya dengan mengatakan anaknya, Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar
kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di
halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang
mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya.
Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim
memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia
menangis setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali
peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan yang
lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja
Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad
untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu,
Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa
sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar apabila
terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk membawa
72
Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki bersongkok ke rumah
Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati meluahkan kata-
kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan persekolahannya. Melati
bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang mengatakan emak mereka gila.
Dahlia menasihati Melati supaya tidak mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
menyenangkan kehidupan mereka.
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong kehairanan
apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong
membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut untuk
menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia
ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda
Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat
kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya
untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa adiknya ke
klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah. Seman
memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang telah
dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Leha
sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman mencadangkan agar
tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji dengan emaknya untuk
mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah
itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .
Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari asrama.
Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya memberitahu
bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar. Cikgu
73
Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM tinggal hanya empat
bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam mengatakan
bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka
berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong semakin
membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang motosikal.
Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim. Tiba-tiba Embong
berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar, anaknya yang bersekolah di
Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia
balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang emaknya tetapi Embong
mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di
Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi
untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat
baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia
membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
74
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya
mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong sangat
berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga. Walau
bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala Lumpur.
Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari dan
Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong
menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas
itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah
dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
75
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan ayahnya,
Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan
hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia melarang hasrat
Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke
sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia
sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang keluarga
Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh
keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan
neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya yang
banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih dirawat di
hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya, Abu Bakar tidak
boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin melamarnya. Semasa
Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa dompet milik adiknya,
dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut sedangkan adiknya tidak
bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila
dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual
tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka
perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
76
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.
Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu
Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga
tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah
Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang
serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada
pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual. Nek
Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada Dahlia
sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan kesempatan
itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang dipegangnya
dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah
pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan
beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga
ke universiti.
77
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga
tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus tinggal di
situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.
Bab 21: Hijrah Remaja Harapan
Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai raya
untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan malam
nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut menyumbangkan
barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua kampung amat risau akan
hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada di balai raya itu. Kedatangan
Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka adiknya akan membantu kerja-
kerja tersebut.
Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang
sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya
dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.
Bab 22: Kain Merah yang Reput
Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang datang
daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.
Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.
Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah yang
hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran
pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang
berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu
kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke
sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.
78
Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah
dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.
Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja, tidak
lebih daripada itu.
Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.
Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-
anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau sakit.
Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-barang
untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk berpindah
ke balai raya.
Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.
Bab 25: Inilah Kampungku!
Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.
79
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.
Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah
bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji
Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke
Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia,
rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.
Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.
Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia
juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.
Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.
Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.
80
Bab 28 : Koi-bito
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.
Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga sampai.
Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala Lumpur.
Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak RM500
termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer
dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum
menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah
kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari
meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
- TIRANI
Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah
membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan
rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka
datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan
dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan
harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.
Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad
untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
81
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di
chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
Bab 1
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda.
Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja
homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan
pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan
asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan
udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal,
pengurusan homestay Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di
Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi
penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.
Bab 2 :
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.
Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik
kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak
cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana
bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.
Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke
hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
82
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan
pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
Bab 3 :
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan
mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada
malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-
kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak
bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar
Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.
Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat
wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai
perasaan katarsis.
Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah
iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang
menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma
Hollis.
Bab 4 :
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar
raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang
sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta
sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia
sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di
rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr
Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
83
tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda
berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari
hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk
proses pembedahan tersebut.
Bab 5 :
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk
menolak bala.
Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di
Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba
ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh
Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga
memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa
dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah.
Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu
juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang
tabah demi kecantikan wajahnya.
Bab 6 :
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam.
Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu
di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas
membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana
84
hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda
berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh
Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura.
Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda
menerima tawaran tersebut.
Bab 7 :
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan
membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam di situ.
Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.
Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr
Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr
Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
Bab 8 :
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.
Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr
Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya.
Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen
Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga
menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh
syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet
ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda
memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.
Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri
dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur
85
pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah
kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.
Bab 9 :
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya.
Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak
belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan
seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda
berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin
menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu
memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke
Flamingo Resort.
Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang
diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura
dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh,
kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.
Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan
mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan
Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan
diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan
itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.
Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut,
Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
Bab 10 :
Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
86
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa
bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid.
Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid.
Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada
kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid
yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.
Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea tentang
pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism
Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang
berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang
merupakan pakaian tradisi Sarawak.
Bab 11 :
Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri
Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan
kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga
Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima
bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan
Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad
jemputan nanti.
Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser
akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik
ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan
Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.
87
Bab 12 :
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas
yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk
mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.
Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon
Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid
memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan
tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.
Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi
perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.
Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo
tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin
berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi.
Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.
Bab 13 :
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong
dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri
doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan
majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.
88
Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan
telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa
Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi
hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut
berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi
selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
Bab 14 :
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas
acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
Bab 15 :
Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.
89
Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan
kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana
sedangkan usia semakin meningkat.
Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan
Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan
sentiasa meniti di bibirnya.
Bab 16 :
Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba
dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada
tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut
yang datang ke Sarawak nanti.
Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke
nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian
dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan
daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan
dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah
dahulu.
Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti
isterinya, Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun,
Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing.
Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh
pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan
Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari
situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.
Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan terhadap isterinya.
Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi
Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya
mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya,
Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda
ingin berdikari.
90
Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya
suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum
dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.
Bab 17 :
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.
Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya
diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus
ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual
dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.
Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya.
Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang
Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi
tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya.
Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.
Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan
seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda
begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa
semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.
Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya.
Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda
baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya.
Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan
dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah
pembawaan anak dalam kandungan.
Bab 18 :
91
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa
izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh
Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan
Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin
mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah,
Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-
wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.
Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui
kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang
ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.
Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya
apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah
tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat
suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya.
Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke
dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan
kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes
seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman
hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang
disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada
petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.
Bab 19 :
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital
Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk
kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.
92
Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar
Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka
mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila
Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak
bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal
Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini,
Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah
membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui
maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.
Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk
memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil
yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan. Hidungnya
peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya.
Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik
tidurnya.
Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap
Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda.
Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.
Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
Bab 20 :
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut.
Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke
situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di
Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di
Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan
perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada
Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di
Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil
93
untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan
segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang
yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan
abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif,
Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi
yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz.
Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya
‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
Bab 21 :
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk
tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia
dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan
oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Bab 22 :
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras
tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus
mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru
kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari
dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan
curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada
suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula
mendaftar di chalet itu.
Bab 23 :
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
94
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui
bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh
menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa
berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.
Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong
yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan
bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar
perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak
kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan
Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter.
Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada
Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang
kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang
melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada
Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka.
Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan
kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat.
Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat
mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort
ketika dia bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa
apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid
mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah
yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku
anak gadisnya itu.
Bab 24 :
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid
amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan
pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya.
Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat
wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan
rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang
selama ini dirindunya. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu,
kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati
selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal,
95
sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya.
- SILIR DAKSINA
Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan nmanuskrip itu,
Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung
di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan
daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan
ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal
tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian
di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal
telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di
Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan
demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi
sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini.
Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali
ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan
orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan
zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama.
Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberkikan sokongan.
Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung
Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari
Bab 1 :
Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya
manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir
kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu
berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali
semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid
iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan.
Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.
Bab 2 :
96
Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana
ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai
sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup
bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan
ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat
merungkaikan persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu
ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.
BAB 1
haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan
l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya
membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang
ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal
menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.
BAB 2
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-
siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin
tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya
umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya
juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee
Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang
seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-
pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual
97
dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah
menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim
datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah
dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia
menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk
dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan
membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak
sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-
undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim
hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya
sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta
tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat
dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil
bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri
Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting.
Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah
dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku.
Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik
guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang
gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang
Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari
subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling.
Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan
arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak
selesa.
Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan
anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya
menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke
pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri
kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku
berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang
pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan
arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa
berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk
membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap
Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan
datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim
menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan
sehingga nama kampung menjadi popular.
98
Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling
begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan
membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak
asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi
persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama .
Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur
cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus
berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir
mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam)
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan
minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang
merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.
Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang
pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di
dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling
memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling
berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang
itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti
sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara
mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling
dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,
Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut
penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di
warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-
muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai
raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku
mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul
di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah
bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim
mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan
A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat.
Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda
berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-
sama mendeklamasi sajak secara spontan yang mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru.
Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada
aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah
dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus
dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman
berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi
seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling
99
Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum
persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu.
Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula
mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan
gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap
Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan
persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng
panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk
kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan
makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari
maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan
dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras
menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku
memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan
dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang
sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup. Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah
aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin
terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk
kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya
sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke
pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima
apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai Ling Ai Ling berasa
simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku.
Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya. Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program
Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan.
YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk
kampung yang terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih
dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf
buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan
yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke
rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil
menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling
mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat
gembira dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling
bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa
termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri Pernama
sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang menjadi
impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi
untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam
keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.
100