The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Memaparkan pengalaman staf semasa berada dalam fasa pandemik covid-19

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noryati6058, 2023-03-27 02:33:23

Sidang Redaksi - DOKUMEN PENGALAMAN PENGURUSAN COVID-19

Memaparkan pengalaman staf semasa berada dalam fasa pandemik covid-19

SIDANG REDAKSI Penaung Dr. Muhammad Shauqi Bin Haji Abdul Kadir Pengerusi Dr. Firdaus Bin Yusof Editor PN. Norhayati Binti Mohd Noor Pengarang (Wakil Unit) Matron Haniyah Binti Hassan Pn. Nik Noor Hazni Binti Che Harun Dr. Mohd Bukhari Muslim Bin Mohd Nadzim Pn. Normah Binti Jiman Kj. Mimi Yusmiza Binti Yahya Kj. Mazni Binti Ali Kj. Zarina Binti Majid Kj. Habibah Binti Safar Kj. Noor’ Askin Binti Baharom Kj. Rusnah Binti Othman Pn. Norhasliza Binti Samsudin Pn. Faizah Binti Ahmad En. Mohd Shahbari B. Mat Hassan En. Yosnizam Bin Omar En. Mohd Faizal Bin Ibrahim En. Mohd Najari Bin Samad En. Mohd Anuar Bin Mustapa Susun Atur Pn. Norhayati Binti Mohd Noor Diterbitkan Oleh : Unit Teknologi Maklumat Hospital Kuala Nerang Padang Terang 06300 Kuala Nerang Kedah Laman Sesawang : http//www.jknkedah/hkn Emel : [email protected]


Bismillah-hir Rahman-nir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izinNya, kita BERJAYA menghadapi cabaran dan dugaan yang bukan sedikit sepanjang tempoh pandemic covid pada 2020 sehingga awal 2022 yang lepas. Saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas komitmen Kumpulan urusetia yang menjalankan aktiviti pengumpulan data dan maklumat sepanjang tempoh pandemic yang diketuai oleh Ybrs Dr Firdaus Yusof dan lain-lain anggota sehinggalah Buku ini dapat direalisasikan dengan sebaiknya. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan Ahli keluarga HKN atas komitmen, dedikasi, pengorbanan serta kesetiaan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, khususnya dalam menghadapi cabaran covid 19 yang melanda negeri Kedah dan Negara melibatkan pelbagai peringkat masyarakat. Tiada siapa menyangka Ujian sebegitu berat telah menyebabkan jumlah jangkitan yang tinggi telah melanda Negara tercinta ini dan menguji ketahanan system kesihatan Negara. Sifat-sifat terpuji anggota sememangnya sudah tersemat dalam sanubari anggota HKN dalam mengharungi sebarang cabaran kesihatan, dengan kesanggupan mengenepikan kepentingan diri dan keluarga demi melihat pesakit dan pelanggan kembali sihat ke pangkuan keluarga. Masyarakat mungkin melihat betapa berat yang dipikul anggota kesihatan, tetapi yang menghdapainya sahaja faham betapa berat tanggungjawab yang dipikul dibahu mereka. Semua perjawatan pelbagai peringkat dan jawatan bersatu hati berusaha dengan curahan idea dan kesungguhan fizikal menambahbaik rancangan pengubahsuaian premis HKN kepada pusat Rawatan Covid yang tersusun dan lengkap tanpa mengenepikan rawatan pesakit yang sedia ada. Usaha gigih dan segala pengorbanan besar yang diberikan telah berjaya meletakkan perkhidmatan awam di HKN ini sebagai sebuah organisasi yang disegani, walaupun kecil tapi kecil-kecil cili padi. Anggota HKN bukan saja menjadi pemimpin, pemikir dan pelaksana dalam Perkhidmatan Awam, tetapi juga sebagai guru yang menjadi sumber inspirasi kepada pegawai-pegawai lainnya menerusi coretan buku ini yang bakal mewarisi sejarah dalam Perkhidmatan Awam dan menjadi bukti adanya tempoh masa tertentu di mana HKN adalah satu institusi yang berjuang dengan penuh kudrat tenaga dan masa merawat, membantu, menyelia dan mengubati pesakit-pesakit Covid19 pelbagai kategori dari Negeri Kedah di seluruh wad dan unit hospital ini. Jelas, ujian dan dugaan itu disaluti hikmah kepada yang mahu berfikir. Menginsafkan kita akan hidup dan perjuangan itu tidak bersendirian apabila pelbagai agensi kerjaan dan swasta saling berhubung dan menghulur tanda membantu agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik termasuk kepada premis-premis kesihatan. Kita menjadi semakin matang dan bersedia bagi apa-apa kemungkinan masa depan selain mampu menguruskan keperluan dan asset fizikal dan intelek kita dengan sebaik mungkin. Akhir kata, setinggi Tahniah kepada semua atas jasa pengorbanan. Hanya Allah boleh membalasnya. Wassalamualikum bt. … Mejar Bersekutu (PA) Dr. Muhammad Shauqi Bin Haji. Abdul Kadir Pengarah Hospital Kuala Nerang MEJAR BERSEKUTU (PA) DR. MUHAMMAD SHAUQI BIN HAJI. ABDUL KADIR. PENGARAH HOSPITAL KUALA NERANG


Bismillah-hir Rahman-nir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kehadrat illahi, Allah yang maha esa kerana dengan izinnya kita bersama-sama dapat mengharungi cabaran dan rintangan sepanjang pandemic covid-19 yang melanda seluruh dunia pada 2020 sehingga awal 2022 yang lepas. Terima kasih kepada Dr. Muhammad Shauqi Bin Hj. Abdul Kadir selaku Tuan Pengarah Hospital Kuala Nerang kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai ahli sidang redaksi bagi menyiapkan buku dokumentasi ini. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada ahli sidang redaksi kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan seulas bicara seulas kata dalam buku ini kali ini. Alhamdulillah berkat Kerjasama daripada semua kumpulan urusetia yang menjalankan aktiviti pengumpulan data dan maklumat tentang pengalaman covid di Hospital Kuala Nerang, akhirnya kami dapat menghasilkan buku bertajuk “Dokumentasi Pengalaman Pengurusan Covid-19 Hospital Kuala Nerang”. Melalui buku ini, pembaca mendapat sedikit maklumat dan gambaran situasi kakitangan Hospital Kuala Nerang Ketika pandemic melanda. Selain itu, dalam buku ini menceritakan cabaran dan rintangan kakitangan semasa bertugas merawat pesakit covid-19 dan dihiasi dengan paparan bergambar yang menarik. Walaupun hasilnya tidak sindah dan selengkap penghasilan buku atau majalah lain oleh mereka yang mahir, namun kami berpuas hati kerana ini adalah hasil usaha kami sendiri. Bukan sahaja Berjaya mengutip secebis pengalaman, bahkan tugasan ini menjadi suatu proses pembelajaran kepada kami berkenaan penulisan dan teknologi maklumat. Akhir kata, Syabas saya ucapkan kepada semua warga Hospital Kuala Nerang di atas komitmen semua untuk menjalankan tugas masing-masing. Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk meningkatkan mutu kerjaya kita di masa hadapan. Wassalamualaikum bt. … Dr. Firdaus Bin Yusof Timbalan Pengarah Hospital Kuala Nerang


BIL PERKARA MUKA SURAT 1 MUKA HADAPAN 2 SIDANG REDAKSI 3 SEKAPUR SIREH DARI PENGARAH HKN 4 SEULAS PINANG DARI TIMBALAN PENGARAH 5 ISI KANDUNGAN 6 7 KRONOLOGI WAD LELAKI 8 WAD PEREMPUAN DAN REHABILITASI GERIATRIK 9 PENGALAMAN DI COVID 3 ( WAD KANAK-KANAK ) 10 WAD BERSALIN SEBAGAI COVID 4 11 UNIT PESAKIT LUAR HKN 12 UNIT KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN HKN 13 PENGALAMAN UNIT PATALOGI & TRANSFUSI SEMASA PENDEMIK COVID-19 14 UNIT HEMODIALISIS HKN 15 CABARAN PENDEMIK COVID-19 16 REMEMBER, EVERY EXPERIENCE GOOD, BAD & BETWEEN IS A LESSON ( UNIT FARMASI DAN BEKALAN HKN ) 17 UNIT KAWALAN INFEKSI HKN 18 SETIAP UNIT BERBEZA CERITANYA… ( UNIT SAJIAN HKN ) 19 PENGALAMAN DAN KENANGAN PENGURUSAN COVID-19 2020-2022 ( UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA ) 20 CERPEN • COVID OOO COVID • CORETAN PENGALAMAN PEGAWAI PERUBATAN DALAM PENGENDALIAN COVID-19 21 DOKUMENTASIMENEMPUH COVID-19 SUATU PENGALAMAN ( UNIT KEJURUTERAAN )


Sebelum meneruskan bait-bait kata, kutitipkan sajak nukilan saudara Teo Wei Sing ini kepada semua sahabat-sahabat ku di Hospital Kuala Nerang ini.. Kepada Wira dan Wirawati Negara Oleh TEO WEI SING Di kala merebaknya Covid-19 Menggemparkan gundah segenap manusiawi, Mengganggu gugat rutin dan gerak-geri kita Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan Merubah setiap detak nafas masyarakat Dengarlah kata PM kita Duduklah diam-diam di rumah Usahlah pergi ke mana-mana. Kepada wira dan wirawati negara Terima kasih Terima kasih kerana bertarung dengan virus Corona yang celaka Mengubati setiap nyawa yang tak ternilai harganya Mengekalkan kebahagiaan keluarga Memapankan kesejahteraan Demi rakyat jelata. Kepada wira dan wirawati negara Engkaulah Engkaulah penyambung nafas setiap insan Untuk kekal bernyawa Engkaulah denyut nadi rakyat Malaysia Untuk kekal sejahtera Rahmat bahagia. Kepada wira dan wirawati negara Dikaulah adiwira bangsa Yang berwajah insaniah Semoga keselamatan kalian diberkati Allah S.W.T Semoga kesihatan kalian diberkati Allah Yang Maha Esa. PENGALAMAN PANDEMIK COVID-19 YANG MAHAL Catatan Unit Pengurusan


Permulaan detik yang mengubah segala Bermulanya detik yang tidak disangka. Wabak yang menyerang segenap pelusuk dunia tiba-tiba melanda. Bagaikan halilintar membelah bumi, menggerunkan semua. Sepertimana sahabat-sahabat di bahagian klinikal, kami di bahagian Pengurusan turut sama merasai pahit manis jerih perih berdepan pandemic Covid-19. Fungsi kami untuk memudah cara agar perkhidmatan klinikal berjalan lancar seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik agar nyawa-nyawa pesakit dapat diselamatkan semaksimum mungkin. Cabaran melaksanakan perolehan Fungsi ini sangat penting sekali di dalam tugas pengurusan. Perolehan yang efektif menjamin bekalan sentiasa tersedia dan tiada gangguan dalam perkhidmatan. Namun semasa pandemic Covid-19, terdapat banyak syarikat yang tidak dapat melaksanakan bekalan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Harga barang juga menjadi agak mahal semasa PKP. Namun Unit Pentadbiran dan Perolehan dapat menangani masalah ini melalui pengalaman yang luas serta melalui rangkaian yang terjalin baik selama ini dengan para pembekal tempatan mahupun pihak luar. Bekalan alat tulis, kelengkapan, mahupun aset dapat dibekalkan kepada semua unit yang memerlukan dengan jayanya sepanjang tempoh pandemic Covid-19. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada Tuan Pengarah Dr. Muhammad Shauqi bin Hj. Abdul Kadir yang sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan semua keperluan dipenuhi. Jasa-jasa beliau mendapatkan bantuan pihak luar melalui sumbangan keperluan dan peralatan tentunya akan terus dikenang dalam sejarah Hospital Kuala Nerang. Setiap keperluan peralatan dan kemudahan diperhalusi dan Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T, usaha beliau diberkati dengan sumbangan tanpa henti yang diterima pihak hospital. Kekurangan Oxygen Port di wad-wad dapat ditampung dengan sumbangan sebanyak 75 Oxygen Concentrator daripada pelbagai pihak. Katil-katil yang uzur dan rosak dapat digantikan dengan katil sumbangan. Malahan lebihan katil-katil sumbangan ini kemudiannya dapat disumbangkan pula kepada Hospital Sik dan Hospital Yan. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah juga sentiasa peka dengan keperluan hospital-hospital di seluruh Kedah. Kepantasan pihak JKN Kedah menguruskan Permohonan Kelulusan sumbangan membolehkan aset-aset ini dapat digunakan untuk kemudahan pesakit dan pengurusan. Sumbangan dari pelbagai pihak yang diagihkan oleh pihak KKM juga sangat membantu kekurangan yang ada. Para kakitangan tidak mahu kalah. Masing-masing ingin memberi sumbangan kepada hospital. Ada di antaranya menderma mesin pencetak, peti ais, televisyen, kerusi


meja dan pelbagai lagi. Semoga semua sumbangan ini menjadi pahala yang sentiasa mengalir buat semuanya sehingga ke akhirat nanti. Cabaran House surveillance Order (HSO) Jika ditanya apa pengalaman paling mencabar, bagi kami di Unit Pengurusan ini adalah arahan HSO kepada kakitangan. Apabila ada diantara kami tewas dengan wabak ini, kami berdepan dengan kekurangan kakitangan untuk tempoh yang lama. 14 hari ketiadaan kakitangan terutamanya jika ketiadaan tersebut menyebabkan gangguan perkhidmatan lain menjadikan agak sukar buat kami. Kakitangan yang dikenakan HSO juga akan sukar untuk mendapatkan bekalan makanan atau ubat-ubatan. Rakan-rakan sesama Hospital Kuala Nerang, saudara mara serta jiran tetanggalah yang membantu, membelikan keperluan tanpa dipinta. Covid menguji rasa prihatin, tanggungjawab berjiran, tanggungjawab sesama manusia. Ada ketikanya kami terpaksa menutup Unit Pengurusan kepada kemasukan kakitangan unit lain kecuali untuk tujuan yang sangat penting. Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan kepada kakitangan kami. Pada satu tahap, apabila terlalu banyak kes melibatkan staf, kami terpaksa mengurangkan kesesakan di dalam pejabat dengan melaksanakan Bertugas Dari Rumah (BDR) mengikut jadual-jadual yang ditetapkan. Semua ini demi memastikan kami dapat berfungsi dengan baik. Cabaran Terminal Cleaning & Nocospray Pelaksanaan terminal cleaning dan penggunaan Nocospray bagi menghapuskan kuman Covid-19 memberi cabaran juga kepada warga di Unit Pengurusan. Apabila saja terdapat jangkitan baru di unit ini, maka kakitangan kami akan menyelaraskan agar unit kami dapat dibasmi kuman. Terima kasih kepada kakitangan Edgenta Mediserve Sdn Bhd yang melaksanakan terminal cleaning tanpa jemu dan Unit Kawalan Infeksi yang sentiasa membantu kami. Semasa proses ini kami tidak boleh berada di pejabat untuk beberapa jam dan ramai di antara kami terpaksa keluar atau balik ke rumah sementara menunggu ruang pejabat selamat untuk kami berada. Keterbatasan waktu dan kekangan sumber manusia menyebabkan kami agak kelam kabut menyiapkan tugasan. Namun lama kelamaan kami beradaptasi dan melakukan kerja dengan lebih tangkas dari biasa. Hikmah Covid. Cabaran menghadiri mesyuarat dan kursus secara Visual Conference (VC) Di dalam tempoh PKP, semua mesyuarat dengan pihak JKN Kedah dilaksanakan secara VC. Semua maklum bahawa kaedah ini menyebabkan komunikasi yang kurang jelas apabila berlaku gangguan talian internet. Kaedah VC juga kurang sesuai apabila ingin menyampaikan pandangan dan penjelasan. Namun demikian lama kelamaan semua Warga Kesihatan Kedah telah terbiasa dengan kaedah ini dan akhirnya sehingga


masa ini menggunakan kaedah yang sama. Ini membantu penjimatan dari segi ruang, masa dan kos. Kursus-kursus juga terpaksa diadakan secara online. Walaupun berdepan PKP, kakitangan tetap diwajibkan menjalani latihan. Cabaran latihan secara VC sama juga dengan mesyuarat yang mana komunikasi kurang jelas. Kejelasan sangat penting di dalam menuntut ilmu. Walaupun demikian, kaedah ini membuka ruang kepada penyertaan yang lebih ramai kerana boleh dibuat di dalam Dewan atau Bilik Mesyuarat. Suka duka Covid-19 telah berlalu Kini semuanya adalah kenangan paling mahal. Keadaan telah kembali pulih. Walaupun kes Covid-19 masih ada, tapi kita telah belajar, memahiri rawatan, cekap dalam menguruskannya. Dulunya banyak airmata kehilangan insan tersayang. Tewas kepada wabak ini. Sebagai pengajaran untuk kita agar sentiasa menjaga kebersihan diri di mana sahaja. Mengajar kita untuk lebih menyayangi ahli keluarga, sahabat dan orang sekeliling selagi ada usia. Mengajar kita untuk lebih memberi dari meminta. Lihatlah ia sebagai hikmah. Maka akan kelihatan sinar di setiap ujian dari-Nya. Catatan Pengalaman: Normah binti Jiman Ketua Unit Pengurusan Hospital Kuala Nerang


Pada 16 Mac 2020 jam 9 malam, Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan rasmi secara langsung di televisyen dan secara rasminya mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Berkuat kuasa pada 18 Mac 2020, Malaysia secara rasmi melaksanakan langkah kawalan pergerakan kerana berlaku peningkatan dalam jangkitan Covid-19 di Malaysia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), jumlah kes di Malaysia di jangka akan meningkat pada pertengahan April 2022. KRONOLOGI WAD LELAKI


Pada Oktober 2020 wad covid dibuka di Hoppital Kuala Nerang. Wad Melor Lelaki diubah fungsi dari wad multidisiplin lelaki kepada Wad Covid 2. Wad ini menempatkan pesakit perempuan dengan jumlah katil sebanyak 38 katil. Wad ini berfungsi dengan jumlah staf seramai 29 orang termasuk Ketua Jururawat, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Namun jumlah staf tidak kekal dan berubah dari masa ke semasa apabila ada staf yang dipinjamkan kepada unit / jabatan lain yang memerlukan bantuan. Selepas beberapa minggu berfungsi sebagai Wad Covid 2, wad ini ditukar menjadi Wad Covid 1 dengan menempatkan pesakit lelaki dengan jumlah katil yang sama seperti sebelum ini. Pada tahun 2021 sehingga 2022, wad ini beberapa kali telah diubah fungsi wad. Apabila kes covid meningkat wad diubah menjadi wad covid dan apabila terdapat penurunan kes wad diubah menjadi wad multidisiplin. Jumlah penggunaan katil juga berubahubah mengikut fungsi wad. Kebanyakkan arahan untuk menukar fungsi wad ini adalah secara mengejut dan tempoh masa yang diberikan agak singkat. Kadangkala dalam masa beberapa hari dan ada juga dalam masa beberapa jam sahaja. Ini merupakan cabaran kepada staf kerana staf amat terkesan dari segi mental dan fizikal.


Apabila PICK diperkenalkan, kes covid-19 semakin menurun. PICK merupakan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan ( PICK ) di Malaysia. PICK dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sebagai satu pendekatan untuk membendung penularan penyakit Covid-19 serta menamatkan pandemic ini apabila berjaya mencapai keimunan kelompok dalam kalangan rakyat dan juga penduduk bukan warganegara yang menetap di negara ini. Program ini bermula pada 24 Februari 2021 sehingga kini. Pada 1 April 2022, Malaysia memasuki fasa peralihan ke Endemik. Hal ini dapat dicapai susulan kejayaan program vaksinasi covid-19 dan sistem perkhidmatan kesihatan yang berada pada tahap yang terkawal. Pada Mei 2022 Wad Covid 1 telah ditutup. Wad Covid 1 kini berfungsi semula menjadi Wad Melor Lelaki multidisiplin. Jumlah katil yang berfungsi sekarang adalah 29 katil termasuk covid/SARI bay yang menempatkan pesakit multigender seramai 6 orang. PICK DIPERKENALKAN


Walaupun wad covid ditutup bukan bermakna covid sudah tiada. Sebagai fasiliti kesihatan kita hendaklah sentiasa mematui SOP yang ditetapkan di tempat kerja. Sehubungan dengan itu, memahami risiko penularan covid-19, mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam dan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti harian amatlah penting untuk memastikan keluarga dan rakan sekerja kita kekal selamat.


WAD PEREMPUAN REHABILITASI GERIATRIK HOSPITAL KUALA NERANG DALAM KENANGAN.. 2020 – 2022


PENGALAMAN STAFF WAD PEREMPUAN DAN REHABILITASI GERIATRIK Pandemik COVID-19 bermula pada tahun 2020 yang mengubah norma kehidupan baru kepada manusia. Akibat kewujudan pandemik ini kita aktiviti yang dilakukan bersama-sama secara berdekatan ke berjauhan, memakai pelitup muka dan sentiasa membawa ‘hand sanitize’ untuk perlindungan diri


Staf Wad Perempuan dan Rehabilitasi Geriatrik tidak terkecuali dalam perubahan yang drastik ini apabila arahan telah dilakukan iaitu dengan menukar fungsi daripada memberi perawatan kepada pesakit perempuan kepada memberi perawatan ke pesakit lelaki COVID 19 iaitu banduan yang dibebaskan yang dijangkiti COVID 19 yang perlu diberi rawatan dan dikurantin bermula pada 16/10/20 dengan jumlah katil sebanyak 48. Di sinilah titik permulaan pembukaan Wad Covid .


Ini merupakan pengalaman berharga sepanjang pendemik Covid melanda kerana menjaga banduan yang dibebaskan adalah sukar disebabkan pesakit mempunyai banyak idea dan taktik. Hanya paramedik dan pembantu perawatan kesihatan yang sentiasa ada untuk memberi perawatan manakala pegawai polis dan pegawai penjara memantau daripada luar wad iaitu daripada aspek keselamatan.Namun begitu staf sentiasa profesional dalam mengendali dalam perawatan diberikan mengikut prosedur agar berjalan dengan lancar dan berkesan. Cabaran seterusnya adalah penerimaan pesakit daripada kategori 2- 4 dimana pesakit adalah terdiri daripada wargaemas yang memerlukan lebih penjagaan. Disinilah peningkatan kematian di wad. Sedihnya tiada waris disisi untuk menemani pesakit dan cara pengurusan jenazah berubah mengikut garispanduan pengurusan kematian pesakit covid.Dikala ini jururawat dan pembantu perawatan kesihatan berada didalam wad terlalu lama menyebabkan staf dalam keletihan. Dalam masa yang sama kami bersyukur disebabkan di antara pesakit saling bantu membantu dan memberitahu kami jika ada masalah sewaktu ketiadaan jururawat.


PENERIMAAN PESAKIT KEMATIAN PESAKIT DIBAWA KE BILIK MAYAT


Perawatan yang hendak diberi kepada pesakit perlu dirancang terlebih dahulu sebelum memulakan tugas. Ubatan, pakaian, linen, spesimen perlu disiapkan @ disediakan sebelum masuk kedalam wad. Perawatan diberikan untuk setiap team 3-4 jam. Sekiranya ada masalah didalam wad jangkamasa perawatan akan melebihi terutama sewaktu kemasukan pesakit daripada rumah orang tua. Keadan ini menyebabkan staf keletihan. Adakalanya kakitangan bertugas double syif untuk membantu rakan- rakan lain bercuti. Cara memberi perawatan berubah dengan pemakaian PPE Sepanjang pengurusan dan memberi perawatan kepada pesakit covid, kakitangansentiasa dan berulang kali menolak katil, kaunter dan pelbagai peralatan menyebabkan alatan mengalami kerosakan. Riuh rendah sewaktu aktiviti ini disebabkan perlu ramai kakitangan. Kakitangan didalam wad memakai PPE manakala kakitangan diluar memakai apron, glove dan pelitup muka. Kejadian yang tidak dapat dilupakan apabila runtuhnya kaunter menyebabkan staf membuat laporan dilantai sementara kaunter dibaiki.


Pengalaman yang paling berharga dan tidak dapat dilupakan oleh kakitangan wad adalah menyambut kelahiran bayi lelaki pra matang pesakit covid iaitu Wan Nur Amalina Binti Wan Mansor pada 2/6/2022 @ 10.30am dengan berat 3.0kg. Bayi dan ibu dirujuk ke Hospital Bahiyah untuk rawatan selanjutnya. Bayi daripada ibu pesakit positif covid 19


Pada 14/11/2021 Wad perempuan telah beroperasi semula. Kerja-kerja terminal cleaning dilakukan. Sekitar terminal cleaning dan penyusunan wad semula


Selamat tinggal wad Covid…Warga Wad perempuan dan RehabGeri telah mengambil peluang yang muncul, ambil tindakan dan menjadikannya realiti tanpa menoleh dan berhenti ke belakang sebab semua kejayaan bermula dengan percubaan dan jika tidak mencuba kita tidak akan berjaya. KAMI MASIH MENGAMALKAN; Stay Positive Stay Fighting Stay Brave Stay Ambitious Stay Focused Stay Strong


PENGALAMAN Covid 3 asalnya adalah Wad Kanak-Kanak. Majoriti staf yang bertugas adalah staf Wad Kanak-Kanak yang hampir 11 Tahun menjaga pesakit ‘Paediatric’ dan ‘Neonatal’. Wad Kanak-Kanak ditutup dengan rasminya apabila PH dan pihak pengurusan membuat keputusan Covid 3 akan dibuka. Bermulalah episod menghantar pesakit kanak-kanak ke Hospital Jitra untuk memberi laluan kemasukan pesakit covid. Ada diantara kami yang sudah ada pengalaman menjaga pesakit covid semasa bertugas di Hospital Alor Setar. Masing-masing berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan dengan bantuan pihak UKI. Pada permulaannya situasi agak kelam kabut dan lama kelamaan segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih tidak terhingga kepada Pakar Medikal Dr Tan pada waktu itu yang bertungkus lumus turun padang sama-sama tolak tank oksigen, berpanas bermandikan peluh. Pengalaman menjaga pesakit covid di PKRC dan di Wad sangat berbeza kerana pesakit datang dengan ‘stage’ 2 hingga 4. Segelintir pesakit datang dalam keadaan yang tidak stabil. Covid 3 ini juga menerima pesakit tanpa mengira jantina, kaum dan taraf DI COVID 3


kewarganegaraan. Tidak pernah terfikir akan melalui pengalaman kerja sebegitu hebat. Menyantuni pesakit dalam seragam PPE yang sangat menguji kekuatan mental dan fizikal. Mana mungkin airmata dapat ditahan ketika menemani pesakit yang sedang menghadapi sakaratul maut. Terbayang wajah ayah bonda,sanak saudara yang jauh di mata. Dalam hati hanya mampu bedoa “Ya Allah jagakan orang-orang yang kami sayang, kau angkatlah penyakit ini pergi jauh dari kami. Kami bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah di amanahkan ini. Terima kasih juga kepada rakan sekerja kerana bersama-sama mengembeleng tenaga dalam merawat dan menjaga pesakit di Covid 3.


WAD BERSALIN SEBAGAI COVID 4


PEMBUKAAN


PEMBUKA BICARA Di pengakhiran tahun 2019 kita dan seluruh dunia telah dikejutkan dengan satu wabak penyakit berjangkit yang di kenali sebagai CORONA VIRUS. Dan WHO telah mengistiharkan weabak tersebut sebagai pendemik dan telah merebak dengan cepat dan pantas sekali tidak terkecuali bumi Malaysia yang dicintai. 16 MAC 2020 Merupakan tarikh keramat pertama kali disebut Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan oleh PM Tan Sri Muhyidin bin Yassin atau lebih ringkas disebut PKP. 10 MEI 2020 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah diperkenalkan untuk semua rakyat 10 JUN 2020 Perintah Kawalan Pergerkan Pemulihan telah berjalan mengikut fasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia 24 FEB 2021 hingga FEB 2022 Program imunissasi kebangsaan untuk menentang covid 19 telah dijalankan dengan jayanya. 1 APRIL 2022 Malaysia telah berubah ke fasa Endermik.


PENGALAMAN AMAT BERHARGA Semua orang telah dikejutkan dengan satu virus yang amat merbahaya pada akhir 2019 semua pihak menjadi Panik dan takut yang teramat dengan vírus ini yang tidak mengenal jantina,umur dan kaum . Hospital Kuala Nerang merupakan Hospital tanpa pakar yang terawal menerima cabaran dalam penjagaan pesakit covid 19 di Negeri Kedah.Hospital Kuala Nerang bermula dengan pembukaan PKRC di Asrama Jururawat semua kakitangan telah bersama – sama bergandingan tangan dalam proses penyediaan tempat untuk pesakit covid ini. Apabila kes semakin hari semakin bertambah maka bermulalah era perubahan secara berperingkat di Hospital Kuala Nerang ke arah Hospital covid sepenuhnya. Wad Bersalin tidak terkecuali dalam situasi ini dalam membantu dalam penjagaan pesakit covid di negeri Kedah.Kami merupakan anak bongsu dalam pembukaan wad covid di Hospital Kuala Nerang . Wad Bersalin telah diubah kepada wad covid pada Bulan Ogos 2021 kami telah bertukar fungsi sepenuhnya dari menyambut kelahiran bayi – bayi yang comel ke pengagaan pesakit covid Perempuan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan umur.Ini merupakan cabaran yang terbesar kepada semua staf .Wad Bersalin telah beroperasi dengan 20 katil.Alhamdulillah atas berkat doa dan tawakal kami menjadi wad pertama yang di tutup selepas pesakit mula berkurangan pada OKTOBER 2021.Dalam masa yang pantas Wad Bersalin sekali lagi berubah ke Wad Bersalin pada November 2021 .


PERSEDIAAN WAD BERSALIN KE WAD COVID


PERSEDIAAN WAD BERSALIN KE WAD COVID PERSEDIAAN STAF DALAM MENGHARUNGI COVID WE ARE READY !!!


BIAR GAMBAR BERBICARA PEMINDAHAN KATIL KATIL DAN TILAM TILAM UNTUK PESAKIT PENERIMAAN PESAKIT MENEMANI PESAKIT UNTUK PULANG KERUMAH SETELAH SIHAT


PERSEDIAAN SEBELUM MULA BERTUGAS SEBELUM WAD BERSALIN BEROPERASI SEMULA KITA CAT DULU KASI LAWA


AKHIR KATA.... Tiada akhir kata lagi buat massa sekarang kerana walaupun kes semakin berkurang tetapi ada ketika ada gelombang gelombang kecil yang terpaksa wad bersalin hadapi maka kami sekali lagi telah diberi tanggung jawab dalam menjaga pesakit covid maka bermulalah kembali kami sebagai wad covid .Pada 1.11.2022 Wad Bersalin telah berubah sekali lagi ke wad covid multigender dengan 12 katil dengan kekuatan kakitangan yang sedia ada 11 SN dan 4 JM .Kami telah menerima pesakit pertama kami pada 21.11.2022. sehingga laporan ini di tulis pada 5.11.2022.............


DI SEDIAKAN OLEH : SIS MAZNI BINTI ALI WAD BERSALIN 2022


UNIT PESAKIT LUAR HOSPITAL KUALA NERANG Jabatan Pesakit luar adalah merupakan tempat utama bagi memberi perkhidmatan kesihatan di Daerah Padang Terap disamping ada beberapa klinik swasta. Terdapat juga pesakit dari daerah persekitaran seperti Pokok Sena dan Pendang yang datang untuk mendapatkan rawatan . Rawatan yang dijalankan meliputi klinik Hipertensi ,Diabetik dan rawatan pesakit luar di buat setiap hari bekerja. Jumlah kedatangan pesakit di Unit Pesakit Luar bagi tahun 2021 seramai 21,927 orang berbanding 29,645 orang bagi tahun 2020. Terdapat pengurangan kes sebanyak 7718 orang atau 26.03 peratus berbanding 8788 orang pada tahun 2020. Pengurangan jumlah kedatangan pesakit ini adalah disebabkan oleh penularan wabak Covid 19 yang melanda negara mulai tahun 2020. Perkhidmatan Klinik Fisioterapi & Pemulihan Carakerja disediakan setiap hari juga dapat membantu pesakit di daerah ini bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.Terdapat juga perkhidmatan kepakaran melalui Klinik Lawatan Pakar yang terdiri Klinik


Perubatan,Psikiatri,Dermatologi, Otorinolaringologi ,O&G,Nefrologi , Perubatan Respiratory, Orthopedik dan Paediatrik. Unit Pesakit Luar diambil alih dari pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap pada 1hb. Januari 2006. Ia terletak di satu bangunan di antara Farmasi Pesakit Luar dan Klinik Pakar .Unit ini menyediakan perkhidmatan yang efisyen, cepat dan mesra pelanggan kepada masyarakat setempat dan sekitarnya termasuk dari kawasan sekitarnya termasuk Pokok Sena , Pendang , Kubor Panjang , Naka dan lain –lain . Antara perkhidmatan yang diberikan adalah : Diagnostik Kuratif Promotif Rehabilitatif Antara kemudahan perkhidmatan yang disediakan untuk pelbagai lapisan masyarakat adalah seperti : Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Perkhidmatan Farmasi Perkhidmatan Makmal Perubatan Perkhidmatan Klinik Diabetis & Hipertensi Perkhidmatan Pengimejan Dan Diagnostik (X-Ray) Perkhidmatan Lawatan Pakar . Perkhidmatan Fisioterapi Diketuai oleh Pegawai Perubatan Yang Menjaga, dibawah penyeliaan seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 , seorang Ketua Jururawat U32 dan dibantu oleh Penolong Pegawai Perubatan , Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat, Pembantu Perawatan Kesihatan, Pembantu Perawatan Kesihatan) serta Pembantu Tadbir W17


* Pegawai Perubatan dari wad akan membantu di Unit Pesakit Luar selepas selesai membuat pemeriksaan dan rawatan wad. Dengan ini proses rawatan di Unit Pesakit Luar dapat dipercepatkan lagi. Pada bulan Mac 2020, Malaysia telah diuji dengan penularan Pandemik Covid 19. Pada bulan Mei 2020, Hospital Kuala Nerang telah diwartakan sebagai Hospital Full Covid negeri Kedah. Dengan pembukaan Hospital Full Covid ini risiko pendedahan kepada wabak Covid 19 adalah tinggi kepada petugas-petugas Unit Pesakit Luar dan juga kepada pesakit-pesakit yang datang mendapatkan rawatan setiap hari. Selaras dengan keadaan tersebut, Unit Pesakit Luar telah mengambil pendekatan melaksanakan pematuhan SOP dengan mengadakan saringan gejala awal kepada semua pesakit di kaunter saringan luar sebelum dibenarkan masuk bagi menerima Bil Jawatan Gred Jumlah 1 Pegawai Perubatan U44 3 * 2 Penolong Pegawai Perubatan U32 1 3 Ketua Jururawat U32 1 3 Penolong Pegawai Perubatan U32 KUP 1 3 Penolong Pegawai Perubatan U29 1 4 Jururawat Terlatih U32(KUP) 3 5 Jururawat Terlatih U29 3 6 Jururawat Masyarakat U24 5 7 Jururawat Masyarakat U19 1 8 Pembantu Perawatan Kesihatan U14 KUP 1 9 Pembantu Perawatan Kesihatan U11 3 10 Pembantu Tadbir N17 1


rawatan. Pesakit yang mempunyai gejala atau close contact akan dirujuk ke Klinik URTI di Unit Kecemasan & Trauma untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut . Seterusnya pada bulan Julai 2021, Unit Pesakit Luar telah dipilih untuk menjalankan Program Imunisasi Peringkat Kebangsaan bagi Covid 19. Seramai 30 orang kakitangan pelbagai jawatan termasuk Pegawai Peubatan & Pegawai Farmasi yang bertugas secara giliran telah dipilih bagi melaksanakan program pemberian bagi Dos 1 dan 2 vaksin kepada pesakit dan juga orang awam. Semua petugas terbabit akan bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Unit Pesakit Luar Hospital Kuala Nerang pada setiap hari Jumaat & Sabtu setiap minggu mulai jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Program Vaksinasi ini dijalankan sehingga bulan Disember 2021. Selaras dengan keputusan kerajaan menggalakkan pemberian dos ketiga (booster), aktiviti pemberian vaksin ini diteruskan sehingga tamat pada bulan Mac 2022. Secara keseluruhan, hampir semua pesakit telah lengkap vaksinasi 2 dose dan booster pertama. Walaupun demikian, pemantauan secara berterusan sentiasa dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman pesakit dan juga kakitangan unit bertugas agar terjaga dan selamat dari sebarang risiko jangkitan Covid 19 yang boleh membawa kepada kemudaratan semasa atau di masa akan datang.


GAMBAR AKTIVITI UNIT PESAKIT LUAR SEPANJANG PANDEMIK COVID 19 Kaunter Saringan Covid 19 di hadapan pintu masuk Unit Pesakit Luar. Petugas memberikan penerangan ringkas mengenai pemberian vaksin kepada pesakit dan orang awam


Sebahagian daripada petugaspetugas di PPV HKN


Proses pendaftaran & Saringan Suntikan Vaksin di PPV HKN Sebahagian pesakit menunggu untuk divaksin di PPV HKN


Proses pemberian vaksin kepada pesakit/orang awam di PPV HKN TERIMA KASIH Proses verifikasi data pesakit ke dalam system MyVas oleh petugas PPV HKN


UNIT KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL KUALA NERANG Unit Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) ditubuhkan pada 8.11.2020 dimana penempatan UKKP ini berkongsi bangunan bersama Unit Pusat Sumber. Kakitangan UKKP pada ketika ini hanya dianggotai oleh 3 orang staf sahaja iaitu seorang Pegawai Perubatan, seorang Ketua Jururawat dan seorang Jururawat KUP dimana fungsi UKKP adalah bergabung bersama Unit Pusat Sumber dan menggunakan anggota petugas yang sama bagi menjalankan semua operasi unit tersebut. Pada ketika ini, UKKP mempunyai masalah kekangan staf memandangkan penambahan pengoperasian iaitu pembukaan Klinik Sejahtera kepada semua kakitangan Hospital Kuala Nerang di UKKP/Pusat Sumber, menjalankan pelbagai audit mengikut Pelan Tindakan Perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, menjalankan Saringan Kesihatan tahunan kepada semua staf di Hospital Kuala Nerang,mengadakan kursus berkaitan dan sebagainya. Permohonan telah diajukan kepada Pengarah dan telah mendapat perhatian daripada Unit Penyeliaan dimana UKKP telah menerima seorang Penolong Pegawai Perubatan Kontrak pada 8.2.2021 bagi membantu unit ini. Kini, Fungsi UKKP telah beroperasi sepenuhnya dengan pembukaan Klinik Sejahtera bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, menjalankan Saringan Kesihatan kepada semua kakitangan Hospital Kuala Nerang seramai 374 orang dan menjalankan pelbagai audit dalaman serta program-program kesedaran kepada petugas kesihatan Hospital Kuala Nerang dengan tenaga kerja seramai 5 orang yang terdiri daripada 2 orang Pegawai Perubatan, 1 orang Ketua Jururawat, 1 orang Jururawat KUP dan 1 orang Penolong Pegawai Perubatan bagi memastikan keselamatan tempat kerja dan kesihatan


staf di Hospital Kuala Nerang selamat dan sihat selaras dengan peruntukan Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaaan 1994. Pada 18.3.2021, Malaysia telah diuji dengan penularan Pandemik Covid 19. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Unit Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Hospital Kuala Nerang bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para kakitangan Hospital Kuala Nerang terjamin. Pada 12.5.2021, Hospital Kuala Nerang telah diwartakan sebagai Hospital Full Covid dan pada 16.10.2021 pula, Hospital Kuala Nerang diikhtiraf sebagai Hospital Hybric Covid 19. Dengan pembukaan hospital ini sebagai Hospital Full Covid dan Hospita l Hybric Covid 19, risiko pendedahan kepada wabak Covid 19 adalah tinggi kepada petugas Hospital Kuala Nerang. Pada tahun 2020 - 2021, seramai 23 orang petugas kesihatan Hospital Kuala Nerang telah dijangkiti Covid 19. Hasil siasatan mendapati bahawa jangkitan tersebut berpunca daripada komuniti. Faktor penyumbang yang dikenalpasti adalah kurangnya kesedaran anggota kesihatan mengenai kepatuhan SOP Norma Baharu dan kawalan kendiri yang rendah. Selaras dengan keadaan tersebut, UKKP telah mengambil pendekatan dengan memperketatkan pematuhan SOP Norma Baharu di Hospital Kuala Nerang dengan mengadakan Audit SOP Norma Baharu yang dijalankan secara mingguan serta kepatuhan Deklarasi harian melalui Google Form kepada semua kakitangan di unit di Hospital Kuala Nerang bagi memastikan kepatuhan dalam menangani penularan Covid 19 kepada semua anggota kesihatan hospital ini. Selain itu, UKKP juga telah mengambil pendekatan membantu dalam pengambilan sample ujian RTK Ag /PCR sebagai pengesanan awal kepada staf yang dikenalpasti mempunyai simtom Covid -19 atau kontak rapat kepada staf yang disahkan dijangkiti Covid- 19. Pada tahun 2022 (Jan - kini ), seramai 201 orang anggota kesihatan telah disahkan dijangkiti COVID -19. Daripada jumlah tersebut, terdapat seramai 6 orang yang telah dijangkiti semula Covid 19 . Hasil siasatan mendapati bahawa jangkitan tersebut berpunca daripada komuniti. Faktor penyumbang yang dikenalpasti adalah kurangnya kesedaran anggota mengenai kepatuhan SOP Norma Baharu dan kawalan kendiri yang rendah di era Endemik Covid 19. UKKP juga bertanggunjawab dalam menjalankan Program Vaksinasi kepada semua staf di Hospital Kuala Nerang . Seramai 373 orang anggota kesihatan Hospital


Kuala Nerang telah lengkap vaksinasi 2 dose manakala booster pertama pula seramai 357 orang dan booster kedua adalah seramai 60 orang. Walaupun demikian, Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan dengan mengadakan pelbagai program serta kursus bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga anggota kesihatan Hospital Kuala Nerang berkaitan kepentingan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja dalam memastikan keselamatan dan kesihatan anggota terpelihara . Perhatian dan arahan secara berterusan daripada Mejar Bersekutu (PA) Dr Muhammad Shauqi Bin Hj Abdul Kadir selaku Pengarah Hospital Kuala Nerang yang juga merupakan Occupational Health Doctor diambil berat oleh UKKP bagi memastikan keselamatan dan kebajikan anggota kesihatan Hospital Kuala Nerang terjaga dan selamat dari sebarang risiko yang boleh membawa kepada kemudaratan semasa atau di masa akan datang.


Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Unit Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Di sepanjang Pandemik Covid 19


JANUARI - DISEMBER KURSUS KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN BIL1/2021. TARIKH:12 APRIL 2021 TEMPAT : DEWAN NUR ILMI, ASRAMA JURURAWAT, HKN KURSUS PENGURUSAN STRESS TARIKH : 28 APRIL 2021 TEMPAT : DEWAN NUR ILMI, ASRAMA JURURAWAT, HKN


KURSUS CODE GREY PERINGKAT HOSPITAL KUALA NERANG TARIKH : 15 JULAI 2021 TEMPAT : DEWAN NUR ILMI, ASRAMA JURURAWAT, HKN TOT PENGGUNAAN SAFETY DEVICES TARIKH : 11 OGOS 2021 TEMPAT : DEWAN NUR ILMI, ASRAMA JURURAWAT, HKN


PHYSICAL ERGONOMIC TRAINING PERINGKAT HOSPITAL KUALA NERANG TARIKH : 19 OGOS 2021 TEMPAT : DEWAN NUR ILMI, ASRAMA JURURAWAT, HKN KURSUS ERGONOMIK PERINGKAT HOSPITAL KUALA NERANG TARIKH : 2 SEPTEMBER 2021 TEMPAT : DEWAN NUR ILMI, ASRAMA JURURAWAT, HKN


Kursus Pengurusan Stress Pasca Pandemik Di Kalangan Frontliners & Pengenalan Kepada Pertahanan Awam Peringkat Hospital Kuala Nerang. TARIKH : 1 NOVEMBER 2021 TEMPAT : DEWAN NUR ILMI, ASRAMA JURURAWAT, HKN SEMINAR KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN PROGRAM PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL 2021 PERINGKAT HOSPITAL KUALA NERANG Tarikh : 11 November 2021 Tempat : Dewan Kompleks Pejabat Agama Mahkamah Syariah Padang Terap, Kuala Nerang.


Click to View FlipBook Version