The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Memaparkan pengalaman staf semasa berada dalam fasa pandemik covid-19

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noryati6058, 2023-03-27 02:33:23

Sidang Redaksi - DOKUMEN PENGALAMAN PENGURUSAN COVID-19

Memaparkan pengalaman staf semasa berada dalam fasa pandemik covid-19

CABARAN KESIHATAN HKN ( VIRTUAL) 100,000 LANGKAH TARIKH : 20 APRIL 2021 - 19 MEI 2021 UJIAN SARINGAN RTK KEPADA STAF HOSPITAL KUALA NERANG Cabaran Kesihatan HKN (Virtual) Duration : 20-04-21 to 19-05-21 Target : 100,000 steps PENERIMA TOP 5 N o Name Position Total Steps PENERIMA TOP 10 N o Name Position Total Steps 1 MUHAMMAD FAAEZ BIN HAMID Pegawai Perubatan 550,094 2 MOHAMADNAZRAN BIN JOHARI Penolong Pegawai Perubatan 277,810 3 SITI FATIMAH BINTI HASSAN JururawatU29 197,556 4 ZARINA BINTI MAJID Ketua JururawatU32 185,880 5 NORALIZAWATI BINTI HALIL Pembantu Perawatan Kesihatan 174,507 6 JAMALUDDIN BIN MD SAAD Penolong Pegawai Perubatan 162,354 7 VIAN A/P A I FUN Jururawat KUP 160,973 8 MOHD SOFI BIN SARI Penolong Pegawai Perubatan 140,204 9 HABIBAH BINTI SAFAR Ketua JururawatU32 130,745 10 MOHD ANUAR BIN MUSTAPA Penolong Pegawai Perubatan 121,071 11 MOHD YUSOF BIN SUID Penolong Pegawai Perubatan 118,756 12 IRWAN HARNADI BIN AMALUDIN Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 115,096 13 HASBULLAH BIN HALIM Penolong Pegawai Perubatan 105,635 14 NOORHAYANTI BINTI RAZALI Jururawat Masyarakat 104,484


PROGRAM VAKSINASI COVID-19 STAF HKN DAN PESAKIT HEMODIALISIS KERJASAMA BERSAMA AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK) PADANG TERAP


KOLABORASI BERSAMA JPJ ALOR SETAR TOT SAFETY DEVICES BERSAMA PEGAWAI PERUBATAN


PROGRAM TEAM BUILDING DAN KURSUS PENGURUSAN STRES SESI KAUNSELING DI ANTARA STAF DAN MHPSS


PENGALAMAN UNIT PATOLOGI SEMASA PENDAMIK COVID-19, HOSPITAL KUALA NERANG Covid-19 pada masa ini telah menjadi permasalahan dunia yang serius dengan jumlah kes yang meningkat setiap hari. Covid-19 telah menyerang setiap orang tanpa mengira usia dan jantina. Ia telah diketegorikan sebagai pandemik global oleh (WHO,2020) yang telah diumumkan pada 11 Mei 2020. Ini menandakan virus ini telah menjangkiti populasi yang besar dari perbagai bangsa dan negara. Pada 12 Mei 2021, Hospital Kuala Nerang telah diwartakan sebagai Hospital Covid Sepenuhnya (Full Covid Hospital) dan pada 16.10.2021, Hospital Kuala Nerang diikhtirafkan sebagai Hospital Hybrid Covid-19 dengan pembukaan Hospital Full Covid dan Hospital Hybrid Covid-19. Perkara ini telah menyebabkan risiko pendedahan virus


Covid-19 adalah tinggi dikalangan kakitangan angota kesihatan termasuk staff Makmal Patologi dan Transfusi Hospital Kuala Nerang. Pelbagai carakerja serta SOP telah dikeluarkan bagi mengendalikan sampel pasakit Covid-19 berserta teknik-teknik pemprosesan sample tersebut. Terdapat pelbagai cabaran yang sukar digambarkan ini adalah kerana sampel-sampel ujian makmal dari pesakit Covid-19 yang telah dijangkiti harus dikendalikan dengan betul. Walaubagaimanpun dengan pengalaman-pengalaman sebelum ini dalam pemperosesan sampel spesimen seperti HIV, HEP C, SAR, H1N1 dapat dijadikan sebagai rujukan bagi menghadapi gelombang covid19 ini. Selain Pengendalian dan Pemprosesan Sample Covid-19 Unit Makmal Hospital Kuala Nerang juga harus melakukan Kempen Derma Darah (Blood Mobile Donation) bagi menampuang pengunaan darah, walaubagaimanapun Kempen derma darah sewaktu penularan covid-19 dilakukan secara teratur dengan SOP yang harus dipatuhi bagi menjaga penjarakan dan penularan Covid-19 ini. Disini disertakan gambar dan video pengalaman sepanjang Pendamik Covid-19 oleh Unit Patologi dan Transfusi Hospital Kuala Nerang. Video : MLT.mp4


Prosedur Pemprosesan Spesimen Darah Covid-19


Prosedur Ujian Biochemistry Spesimen Darah Covid-19


Prosedur Ujian RTK Covid-19


Latihan dan taklimat ujian Arteri Blood Gas (ABG) GEM 3500 `


Program Derma Darah Hospital Kuala Nerang


Program Derma Darah Kolej IKBN Kuala Nerang


Program Derma Darah Lion Club, Alor Star Mall


Disediakan Oleh: SARINORERMA BINTI MOHAMAD, JTMP U29, HKN Kakitangan Unit Patologi & Transfusi HKN: Mohd Faizal Bin Ibrahim, Muhammad Farouk Bin Bistamam, Nor 'Aizah Binti Yaacob, Zulkeflee Bin Abdul Rahman, Irwan Bin Muhamad, Mohd Mardzihan Bin Md Yusoff, Muhd Asyraf Bin Dzulkiflee, Mohd Rizalmi Bin Abd Rani, Siti Zuzila Binti Basri, Norfathilnadia Binti Ab Malek, Nor Syuhaida Binti Azizan, Nor Hasniza Binti Hashim, Nur Syahira Binti Mohamad Zulafandi, Mohd Sobri Bin Kasa, Ahmad Jefry Bin Karia Program Vaksinasi Dewan Putra , Kuala Nerang


UNIT HEMODIALISIS HOSPITAL KUALA NERANG Unit Hemodialisis mula beroperasi pada bulan Disember 1998 .Unit ini terletak di bangunan belakang Unit Perkhidmatan Patologi dan berhadapan dengan Unit Farmasi Dalam. Bermula dengan hanya 3 mesin dan 6 orang pesakit sahaja. Unit ini telah dirasmikan oleh YB Datin Paduka Hjh Zaleha Bt Ismail (Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan pada 2 September 1999 Kemudian unit ini diperbesarkan untuk memberi keselesaan kepada pesakit kerana biliik yang sedia ada ada sempit. Pada tahun 2002 pertambahan pesakit kepada 13 orang dengan jumlah 7 mesin.


Kini pada tahun 2022 Unit Hemodialsis mempunyai 11 mesin yang beroperasi dengan jumlah pesakit hampir 50 orang. Unit Hemodialisis Hospital Kuala Nerang beroperasi sebagai ‘decentralized treatment centre’ kepada kes-kes yang telah menerima rawatan di Unit Hemodialisis, Hospital Sultanah Bahiyah dan dirujuk oleh Pakar Nefrologi dari Hospital tersebut. Kakitangan Unit Hemodialisis pada ketika ini terdiri dari 12 orang staf iaitu seorang (1) Penolong Pegawai Perubatan U32, seorang (1) orang Penolong Pegawai Perubatan KUP , seorang (1) Penolong Pegawai Perubatan U29, empat (4) orang Jururawat KUP, seorang (1) Jururawat U29 dan dua (2) orang Pembantu Perawatan Kesihatan KUP dan seorang (1) Pembantu Perawatan Kesihatan U11 bagi menjalankan semua operasi unit . Unit Hemodialisis memberi perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit End Stage Renal Failure yang menetap di daerah Padang Terap atau yang di daerah berhampiran untuk membolehkan pesakit meneruskan penghidupan yang lebih baik dan berkualiti. Pengoperasi unit setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 9 malam termasuk kelepasan am kecuali hari Jumaat. Selain daripada rawatan dialisis, pesakit juga diberi pendidikan kesihatan tentang pemakanan, kesihatan diri dan kesan sampingan rawatan dialisis. Pesakit akan mendapat pemeriksaan dan rawatan susulan oleh Pakar Lawatan Nefrologi dari Hospital Sultanah Bahiyah setiap 3 bulan sekali. Pada bulan Mac 2020, Malaysia telah diuji dengan penularan Pandemik Covid 19. . Pada bulan Mei 2020, Hospital Kuala Nerang telah diwartakan sebagai Hospital Full Covid negeri Kedah . Dengan pembukaan Hospital Full Covid ini risiko pendedahan kepada wabak Covid 19 adalah tinggi kepada petugas unit hemodialsis dan juga kepada pesakit day care yang datang mendapatkan rawatan hemodialisis setiap hari. Selaras dengan keadaan tersebut, Unit Hemodialisis telah mengambil pendekatan melaksanakan pematuhan SOP dengan mengadakan saringan gejala awal kepada semua pesakit di


kaunter saringan luar sebelum memasuki dalam unit melakukan rawatan hemodialisis. Pesakit yang mempunyai gejala atau close contact akan dirujuk kepada doktor untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut . Selain itu juga satu bilik isolation telah dibuka dengan menempatkan satu (1) mesin HD bagi pesakit yang dijangkiti Covid 19 atas arahan Pakar Nefrologi menjalani rawatan hemodialisis . Jika ada bilangan yang ramai dalam satu kumpulan dijangkiti Covid 19 pesakit akan membuat rawatan di akhir shift selepas pesakit-pesakit lain. Kemudian bilik rawatan tersebut akan di buat terminal cleaning dan juga penggunaan Nacospray untuk proses sanitize. Dalam tahun 2020 sehingga November 2022, hampir 26 orang pesakit telah dijangkit Covid 19 . Faktor penyumbang yang dikenalpasti adalah dari close contact ahli keluarga yang terdekat yang dijangkiti, komuniti dan juga kurang kesedaran mengenai kepatuhan SOP dan kawalan kendiri. Unit juga bertanggunjawab dalam menjalankan Program Vaksinasi kepada semua pesakit pada tahun 2021. Secara keseluruhannya semua pesakit telah lengkap vaksinasi 2 dose dan booster pertama. Walaupun demikian, pemantauan secara berterusan sentiasa dilakukan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman pesakit dan juga kakitangan unit bertugas agar terjaga dan selamat dari sebarang risiko yang boleh membawa kepada kemudaratan semasa atau di masa akan datang.


UNIT HEMODIALISIS PENERANGAN OLEH KETUA UNIT BERKAITAN PROSEDUR RAWATAN KEPADA PESAKIT YANG DIJANGKITI COVID 19 PEMAKAIAN PPE OLEH STAFF SEBELUM MENJALANKAN RAWATAN KEPADA PESAKIT COVID 19 LAWATAN DAN PEMANTAUAN OLEH UNIT KAWALAN INFKESI KE UNIT HEMODIALISIS GAMBAR DISEPANJANG PANDEMIK COVID 19


RAWATAN HD KEPADA PESAKIT DI BILIK ISOLATION RAWATAN HD DI BILIK RAWATAN BIASA KEPADA PESAKIT YANG LEBIH DARI SEORANG DIJANGKITI COVID 19


LALUAN STAFF YANG MEMAKAI PPE SEBELUM MASUK KE BILIK RAWATAN PESAKIT DIJANGKITI COVID 19 SESI KLINIK LAWATAN PAKAR NEFROLOGI SETIAP 3 BULAN RAWATAN KEPADA PESAKIT BIASA ( NON COVID )


PROSES TERMINAL CLEANING SELEPAS RAWATAN PESAKIT COVID PROGRAM VAKSINASI COVID-19 STAF DAN PESAKIT HEMODIALISIS PENGGUNAAN NACOSPRAY UNTUK SANITIZE


Pendahuluan: Sekitar tahun 2019 negara telah digemparkan dengan berlakukannya penularan Covid19 dikalangan warga China di Wuhan China. Pada 12 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan bahawa koronavirus baharu yang menjadi penyebab penyakit pernafasan sekelompok penduduk di Bandar Wuhan, Wilayah Hubei, China, yang dilaporkan kepada WHO pada 31 Disember 2019. CABARAN PANDEMIK COVID-19 DI UNIT RADIOLOGI HOSPITAL KUALA NERANG


Tidak seperti wabak SARS pada tahun 2003, nisbah kematian kes untuk COVID-19 jauh lebih rendah, tetapi penularannya jauh lebih tinggi, dengan jumlah kematian yang ketara. Unit Radiologi Hospital Kuala Nerang juga tidak terlepas daripada terlibat dalam mendepani kes-kes yang melibatkan Covid-19 bermula pada Februari 2019, jumlah kes yang di lakukkan oleh Unit Radiologi dianggarkan sebanyak 1200 kes telah di dilakukan CXR Portable di Wad-wad Covid . Sumber Manusia : Jumlah kakitangan Unit Radiologi yang terlibat adalah seramai 7 orang 5 orang Juru X-Ray dan 2 orang Pembantu Perawatan kesihatan. Masa Perkidmatan : 8.00am – 5.00pm dan selepas itu Tugas Panggilan dilakukan selama 24 jam. Peralatan : - 1 mesin x-ray General . - 2 buah mesin Portable X-Ray. - 1 mesin x-ray Prosesor Computer Radiography - 1 mesin x-ray Prosesor Konvensional - 1 mesin x- ray Prosesor Table-Top Konvensional Persediaan sebelum pemeriksaan CXR bagi kes Covid-19 Mobile x- ray berada dalam keadaan terbaik dan selepas itu kita pastikan kaset-kaset x-ray mencukupi tetapi kadang-kadang keperluan tambahan kaset juga perlu dibuat. Ini adalah perkara biasa dalam keadaan waktu mendesak ini.Bagi kami tiada masalah yang tak dapat di atasi “ alah biasa tegal biasa”.Ikut arahan aja dan apa yang penting perkhidmatan kepada pesakit di utamakan. Pencucian dilakukan dengan tuala lembab non –alcohol germicidal disposable wipes.Kita cuci bersih-bersih Mobile X-ray dan kaset sehingga berkilat . Tambah lagi satu lapisan plastik di alas dengan 2 lapisan plastik cerah mata memandang. Peralatan-peralatan lain termasuk gaun besi ,penanda besi juga harus di cuci supaya kuman-kuman covid-19 dapat dibasmikan.


KEADAAN SEMASA PROSEDUR CXR PORTABLE Gambar kiri: Juru X-Ray dan PPK sedang bersiap sedia sebelum bertolak ke Wad -wad Covid di Hospital Kuala Nerang untuk melakukan X-Ray Portable. Gambar kanan: Juru X-Ray dan Pembantu Perawatan Kesihatan setelah selesai melakukan keskes CXR Portable Covid-19 di wad-wad


Gambar Atas: Juru X-Ray dan PPK setelah selesai melakukan CXR Portable Di Wad Lelaki.


IMEJ-IMEJ RADIOGRAF PESAKIT COVID-19


Penghargaan dan sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Unit Radiologi yang bertungkus lumus dalam memberi bantuan atau perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit –pesakit Covid khususnya .Selain itu, ucapan terima kasih diucapkan kepada Ketua-ketua unit Wad dan para Jururawat yang banyak membantu Juru x-Ray dalam menyelesaikan tugas-tugas ‘’Portable X-Ray” di wadwad Covid.Pengalaman sebagai ‘fronliner’ tidak dapat kami lupakan sampai bilabila kerana ia banyak mengajar erti kesabaran dan mental haruslah cekal dalam menempuhi pengalaman ini. Akhir kalam, “KAMI SEDIA MEMBANTU” dan “ DARURAT MEMERANGI COVID 19”.


Remember, every experience good, bad & between is a lesson.. U N I T F A R M A S I D A N B E K A L A N H O S P I T A L K U A L A N E R A N G HKN 16 Mac 2020- Pengumuman PM,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.. 10 Mei 2020- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 10 Jun 2020- Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 24 Februari 2021 - Februari 2022- Program Imunisasi Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) 1 April 2022- Fasa Peralihan Endemik


PENGALAMAN BERHARGA DI UNIT FARMASI PESAKIT DALAM Tahun 2020 tercatat dalam sejarah sebagai tarikh yang sangat signifikan dalam kehidupan manusia kerana pandemik COVID-19. Pandemik covid ini memberi impak mendalam kepada semua pihak. Hampir tiada yang terkecuali, daripada kepimpinan tertinggi negara hingga ke rakyat marhaen. Dalam konteks pengurusan ubat covid, Farmasi Pesakit Dalam sebagai salah satu subunit farmasi di Hospital Kuala Nerang turut melalui pengalaman berharga sepanjang pendemik Covid melanda negara. Norma baharu pembekalan ubat untuk pesakit covid telah muncul akibat kewujudan pandemik COVID-19. Ini bagi memastikan segala proses dan prosedur serta tindakan berkaitan tugasan melibatkan semua pihak berkepentingan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Pandemik ini benar-benar menuntut tindakan luar kebiasaan dalam urusan pembekalan ubat dan ia sememangnya satu cabaran besar buat Farmasi Pesakit Dalam. Hospital Kuala Nerang merupakan hospital daerah tanpa pakar. Oleh sebab itu, kebanyakan ubat adalah agak terhad berbanding hospital berpakar yang lain. Pertama kali kami diberi arahan untuk membuka Low Risk Covid Centre (LRCC) di Asrama Jururawat, adalah titik permulaan di mana semua keperluan dan pengurusan ubat covid perlu diambil tindakan segera dan efisien. Kemudian, LRCC telah dinaik taraf kepada Pusat Kuarantin Risiko Covid (PKRC). Selepas itu, wad-wad perubatan ditukar fungsi kepada wad-wad covid. Cabaran paling utama tentunya dengan ketiadaaan pengalaman dalam pengurusan ubat-ubatan covid dan tiada garis panduan yang khusus semasa permulaan pandemik Covid melanda negara ketika itu. Bagi menghadapi


cabaran ini, pihak Farmasi Pesakit Dalam yang bertanggungjawab membekalkan ubat covid perlu menjadi lebih kreatif dan mencipta prosedur kerja dalam norma baru untuk pembekalan ubat ke wad covid dan pesakit covid. Kemampuan memahami situasi, berfikir tahap tinggi atau di luar kebiasaan serta meraikan kepelbagaian adalah sesuatu yang dituntut. Pihak Farmasi Pesakit Dalam juga berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan pendapat dan pengalaman dari hospital-hospital lain supaya dapat mengadaptasikan prosedur kerja yang bersesuaian. Akhirnya, prosedur kerja pembekalan ubat covid ke LRCC telah berjaya diwujudkan dan boleh digunapakai untuk semua staf Farmasi dan juga staf kesihatan yang lain. Ketika itu, media komunikasi menjadi amat berguna seperti Whatsapp dan videocall. Penggunaan platform digital sebegini ternyata berbeza dengan kebiasaan sebelum ini yang bersifat tatapan muka berdepan. Walaubagaimanapun, penggunaan platform digital melalui Group Whatsapp amat membantu dalam memudahkan komunikasi antara staf wad dan Farmasi.


Cabaran kedua menjurus kepada bilangan staf yang terhad untuk tukar fungsi wad dalam masa yang singkat. Mungkin kedengaran seperti agak mudah untuk menukar fungsi wad, namun banyak cabaran yang perlu dihadapi semasa proses tukar fungsi wad ini. Kebanyakan arahan tukar fungsi wad adalah secara mengejut dan dalam tempoh yang sangat singkat. Adakalanya dalam masa beberapa hari, terkadang dalam tempoh beberapa jam sahaja. Apa yang perlu dipersiapkan? Ya, sudah tentu mental dan fizikal. Cabaran kepada pihak Farmasi adalah apabila arahan pembukaan wad covid di luar waktu bekerja atau pada hari cuti mingguan. Ini adalah kerana Unit Farmasi bekerja dalam waktu pejabat iaitu 8 pagi sehinggan 5 petang. Kebanyakannya staf Farmasi Pesakit Dalam mengorbankan masa dan tenaga walaupun di luar waktu bekerja demi memastikan ketersediaan ubat di wad covid. Farmasi Pesakit Dalam ketika itu hanya beroperasi dalam tenaga kerja yang sangat terhad iaitu seorang Pegawai Farmasi Tetap, seorang Pegawai Farmasi (Kontrak) dan 2 orang Penolong Pegawai


Farmasi. Pengurusan masa dan pembahagian kerja yang efisen adalah sangat penting ketika tukar fungsi wad. Semua staf harus memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama berusaha sebaik mungkin supaya proses tukar fungsi wad dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah diarahkan. Pesakit wad perubatan sedia ada perlu didiscaj dan pindah keluar ke hospital lain dengan segera. Pada masa yang sama, keperluan ubat-ubatan floorstock wad covid dan troli ubat covid perlu disediakan untuk pembukaan wad covid di wad perubatan sedia ada. Semua bekas-bekas floorstock dan senarai floorstock perlu dikemaskini mengikut senarai wad covid. Cabaran ketiga pula adalah untuk memastikan ketersediaan ubatubatan untuk pesakit covid. Pihak Farmasi Pesakit Dalam perlu mengenalpasti keperluan ubat-ubatan untuk kegunaan pesakit covid. Seterusnya, cuba mendapatkan ubat yang tiada di dalam formulari HKN dan memastikan semua ubat-ubatan covid sentiasa mencukupi. Sepanjang tempoh pendemik, pelbagai isu-isu ubat perlu diatasi termasuklah masalah stok dari pembekal, peningkatan penggunaan ubat yang mendadak sehingga menyebabkan bekalan ubat tidak mencukupi, keperluan pelaporan dan maklumbalas yang kerap dan sebagainya. Kebanyakan ubat-ubatan covid dipantau dengan kerap dan stok mesti dikemaskini setiap hari dan ini sudah tentunya menambah beban kerja di pihak farmasi. Pihak Farmasi juga perlu merancang kaedah jalan penyelesaian yang munasabah jika menghadapi masalah pembekalan ubat-ubatan tersebut. Contohnya, pembekalan ubat alternatif yang lebih bersesuaian.


Kami percaya bahawa segala usaha yang dijalankan ini telah menjadi penampan kepada impak pandemik yang bukan sahaja membawa cabaran besar terhadap kesihatan, bahkan juga norma pekerjaan di mana-mana tempat sekalipun. Dengan ini, impaknya dapat ditangani dengan baik meskipun diperakui wujud ruang-ruang untuk terus diperbaikinya. Inilah satu hikmah terhadap kewujudan wabak ini iaitu mendorong ramai pihak bertindak secara bijaksana dalam mendepani cabaran yang tidak pernah terfikir akan berlaku. Ia satu sejarah baru buat negara dan dunia.


PENGALAMAN TERMAHAL DI UNIT FARMASI LOGISTIK 1) PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE) Personal Protective Equipment (PPE) atau dalam Bahasa melayu dikenali sebagai Peralatan Perlindungan Diri adalah termasuk segala bentuk pakaian dan peralatan tambahan / aksesori yang direkacipta untuk memberi perlindungan daripada hazard atau bahaya di tempat kerja. Semestinya pencegahan dan pengawalan pandemik Covid-19 memerlukan petugas untuk memakai PPE dengan betul dan lengkap. Contoh PPE adalah N-95 Mask, Disposable non sterile latex examination Glove, Disposable head cover, Disposable face shield, boot cover, Jump suit dan lain lain lagi. Pengurusan stok PPE dari segi kelangsungan, ketersediaan dan kualiti PPE adalah penting dalam usaha membendung dan mengekang penularan gelombang Covid -19. Pemantauan bekalan stok PPE a) Link (KEDAH) Format Pemantauan PPE 2022:


Penggunaan PPE meningkat secara mendadak sewaktu Covid-19 melanda. Untuk memastikan bekalan stok PPE mencukupi dan dapat menampung keperluan staf , kami memantau jumlah kuantiti dan pengeluaran stok melalui link (KEDAH) Format Pemantauan PPE di bawah Jabatan Kesihatan Kedah (JKN Kedah). Pemantauan ini dilakukan secara harian sejak September 2020 dan masih dipantau sehingga sekarang. Melalui link ini, kami dapat memantau tempoh bertahan bagi setiap PPE, ini amat penting bagi memastikan ketersediaan semua jenis PPE dan mengelakkan situasi terputusnya bekalan PPE disebabkan overlook. Link ini juga memudahkan kami untuk trace back order bagi setiap PPE. Sekiranya bekalan untuk sesuatu PPE tidak mencukupi, dan sekiranya tiada back order atau kuantiti back order tidak mencukupi kami akan melakukan pembelian secara top up untuk item tersebut. b) Pemantauan Bekalan stok PPE dalam Mesyuarat CPRC Peringkat Hospital: Pemantauan Jumlah Kuantiti dan paras bekalan setiap stok PPE juga turut dilakukan melalui mesyuarat CPRC peringkat hospital. Mesyuarat ini digunakan sebagai platform untuk pihak kami untuk memantau dan dijadikan medan komunikasi antara kami dan pengguna untuk memaklumkan berkenaan baki keseluruhan PPE termasuk back order dan tempoh bertahan untuk setiap PPE.


Kualiti Bekalan PPE Untuk mencapai matlamat pemakaian PPE iaitu melindungi staf dari dijangkiti covid-19, PPE yang dipakai mestilah berkualiti dan memenuhi spesifikasi tertentu. Untuk memastikan bekalan PPE yang diberikan kepada pengguna adalah berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang sepatutnya, stok PPE disimpan di kuarters C1, ini disebabkan kekangan tempat simpanan di Stor Logistik. Selain itu, mesyuarat CPRC juga digunakan sebagai platform kepada kami untuk mendapatkan maklum balas berkenaan kualiti PPE yang dibekalkan. Item PPE yang diperoleh melalui sumbangan akan dibuat saringan kualiti terlebih dahulu sebelum dibekalkan dan digunakan oleh anggota. 2. PENGURUSAN BEKALAN SILINDER OKSIGEN Terdapat peningkatan yang luar biasa untuk penggunaan silinder oksigen semasa pandemik Covid 19 berbanding sebelumnya. Ini disebabkan fungsi Hospital Kuala Nerang telah diubahsuai sebagai hospital covid. Peningkatan ini jelas dapat dilihat dari segi perbelanjaan gas pada tahun 2021 meningkat dengan mendadak daripada RM 431,309.10 berbanding hanya RM 212,796.30 pada tahun 2020. Permintaan mendadak terhadap keperluan silinder oksigen dari seluruh negara menyebabkan pihak Gas Pantai Timur (GPT) mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan setiap hospital termasuklah Hospital Kuala Nerang. Namun begitu, Hospital Kuala Nerang berjaya mengharungi tempoh yang sukar ini dan memastikan keberlangsungan bekalan oksigen yang menjadi nadi rawatan covid - 19 ketika itu.


a. Jadual penghantaran silinder Oksigen: Pihak GPT tidak dapat membekalkan jumlah silinder yang diperlukan oleh setiap hospital secara lump sum disebabkan kekurangan silinder oksigen dan proses kerja penukaran silinder oksigen yang kosong kepada yang penuh dilakukan oleh pihak GPT adalah berdasarkan ketersediaan silinder kosong yang dapat dibekalkan oleh pihak hospital ketika proses kutipan. Contohnya, sekiranya ketika proses kutipan tank oleh pihak GPT, bilangan tank kosong 1.4 yang diambil adalah 12 unit, maka 12 unit tank tersebut akan diambil pulang untuk diisi dan 12 unit tank ini akan dihantar semula ke hospital tersebut. Justeru itu, ini sudah tentu menimbulkan keadaan dimana kuantiti silinder oksigen yang dibekalkan tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan atau keperluan untuk rawatan pesakit. Pelbagai usaha telah dibuat dan dilihat untuk mengatasi isu ini memandangkan bekalan oksigen adalah vital dalam rawatan pengurusan Covid- 19. Antaranya adalah memanipulasi jadual penghantaran silinder oksigen. Jadual


penghantaran silinder oksigen oleh pihak GPT sentiasa disemak dan diadaptasikan berdasarkan keperluan tank silinder semasa. Pada mulanya pihak GPT menghantar silinder oksigen 3 kali seminggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Khamis , kemudiannya penghantaran silinder oksigen dibuat 4 kali seminggu. Setelah beberapa lama, tempoh penghantaran sebanayak 4 kali seminggu ini dilihat tetap tidak dapat memenuhi keperluan silinder oksigen kepada pesakit lalu jadual penghantaran silinder dibuat secara harian. Usaha ini dilihat berjaya menampung permintaan dan keperluan silinder oksigen kepada pesakit. b. Permohonan tambahan kuantiti silinder oksigen melalui JKN Bagi memastikan ketersediaan kuantiti silinder oksigen mencukupi demi permintaan yang sentiasa bertambah, permohonan tambahan gas silinder oksigen kepada pihak Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley di bawah syarikat Gasword Sdn Bhd dan ACS Sdn Bhd melalui JKN telah dibuat. Melalui permohonan ini, Hospital Kuala Nerang telah memperolehi agihan silinder oksigen sebanyak 50 unit untuk saiz 6.8 pada tahun 2021 yang dibekalkan oleh Gasword Sdn Bhd dan sebanyak 70 unit silinder oksigen untuk saiz 6.8 daripada syarikat ACS Sdn Bhd.


c. Liquid Oxygen Tank (VIE): Hospital Kuala Nerang merupakan hospital daerah yang di ubahsuai menjadi hospital covid. Bagi memenuhi keperluan gas tanpa had, tangki VIE telah berjaya dipasang di Hospital Kuala Nerang pada penghujung tahun 2021.Tangki VIE ini membantu membekalkan oksigen kepada operasi seluruh wad dan unit kecemasan. Pengisian dan penyelenggaran VIE tank ini dilakukan oleh syarikat GPT. Ia mampu diisi sehingga 5000 liter padu cecair gas oksigen (bersamaan 2.795 juta liter padu gas oksigen). Ia dapat membekalkan gas kepada 70 point terminal oksigen di wad-wad sehingga 6 hari jika digunakan tanpa henti. Dengan adanya tanki VIE tank, bekalan oksigen secara optimum adalah terjamin dan kos perbelanjaan untuk gas dapat dikurangkan.


3. PENGURUSAN VAKSIN COVID -19


Selain daripada di reforms menjadi Hopital Covid-19, Hospital Kuala Nerang juga turut terlibat secara langsung dan aktif dalam pemberian vaksin kepada staf dan juga masyarakat setempat. Dalam isu ini, sudah tentu isu logistik seperti pengambilan, penerimaan , simpanan dan pengeluaran vaksin Covid -19 menjadi perkara penting. Seperti yang kita sedia maklum terdapat banyak jenis vaksin Covid-19. Vaksin Covid-19 yang dikendalikan dan diselenggara oleh pihak kami adalah vaksin Pfizer dan Sinovac. Vaksin Pfizer diambil daripada Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar (KKBAS) yang merupakan pusat simpanan vaksin (PSV) manakala Vaksin Sinovac diperoleh secara penghantaran Door to Door oleh Syarikat Pharmaniaga yang merupakan exclusive distributor bagi vaksin Sinovac di Malaysia. Logistik vaksin Covid-19


Sebelum vial vaksin Covid -19 dapat diambil, suhu cool box harus diselenggara dan di maintain dalam suhu 2-8 C untuk menjamin keberkesanan dan keselamatan vaksin. Sekiranya suhu cool box tidak berada dalam julat 2-8 C maka vial vaksin tidak dapat diambil dan dimasukkan ke dalam cool box tersebut. Untuk memastikan suhu berada dalam julat ini data logger digunakan bagi memantau suhu. Semasa proses pengambilan vaksin Covid-19 sekurang kurangnya 2 cool box harus disediakan; satu cool box stok dan satu cool box ice pack. Cool box yang berisi ice pack ini mengandungi ice pack beku, ice pack yang berisi air pada suhu bilik dan ice pack yang berisi air pada suhu 2-8 C. Ketiga tiga ice pack yang berada pada suhu yang berbeza ini diperlukan untuk menyelenggara dan memastikan suhu semasa cool box stok sentiasa berada pada suhu 2-8 C. Selain dari pengambilan vial vaksin secara fizikal, penerimaan vial vaksin juga turut dilakukan dalam sistem yang dikenali sebagai Vaccine Management System (VMS). Sistem ini digunakan untuk mengurus dan memantau vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan. Proses pengambilan vaksin Covid-19 daripada PSV diiring oleh pihak polis. Ini bertujuan bagi menjamin keselamatan, memudahkan dan mempercepatkan proses dan tempoh masa vial vaksin di bawa balik ke hospital. Setelah vial vaksin dibawa balik ke hospital, vial tersebut akan disimpan sementara di dalam top loading di Stor Logistik sebelum dibawa turun ke Bilik Suntikan di Unit Kecemasan atau di Unit Pesakit Luar yang merupakan lokasi pemberian vaksin (PPV) di Hospital Kuala Nerang.


Ikhlas dalam ingatan…. TEAM UNIT FARMASI DAN BEKALAN HOSPITAL KUALA NERANG Disediakan oleh: Pn Siti Salwa binti Muhamad & Pn Nurul Faezah binti Zainol Disunting oleh: Pn Nik Noor Hazni binti Che Harun


Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi Projek Dokumentasi Pengalaman Pengurusan COVID-19 Hospital Kuala Nerang atas kejayaan menerbitkan UNIT KAWALAN INFEKSI HOSPITAL KUALA NERANG


dokumentasi yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Kavitha A/P Selvarajoo, Dr Ezwan Rafizie, Puan Chin Chep A/p Pian selaku tunggak utama Unit Kawalan Infeksi di Hospital Kuala Nerang ketika Malaysia dilanda wabak pandemic COVID -19. Tidak lupa juga kepada Encik Faizal Bin Othman dan Puan Norhidayah Binti Ahmad yang senantiasa membanting tulang di Unit Kawalan Infeksi ketika pandemic COVID-19. Sebelum dunia di landa wabak COVID-19, Kawalan Infeksi adalah antara pekara yang kurang dikenali dalam kalangan orang awam mahupun staf di premis kesihatan. Budaya pencucian tangan adalah satu yang asing. Ketika dunia mula di landa COVID-19, masyarakat mula menyedari kepentingan dan kemampuan pencucian tangan untuk mencegah jangkitan. Mari kita telusuri sejarah pembukaan fasiliti COVID-19 di Hospital Kuala Nerang. Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19(PKRC) di Hospital Kuala Nerang adalah PKRC pertama yang dibuka di Kedah. Ketika pembukaan PKRC, staf-staf di Unit Kawalan tidak menang tangan untuk memastikan kelancaran proses penerimaan dan rawatan pesakit di PKRC. Unit Kawalan Infeksi memainkan peranan yang amat penting ketika Malaysia dilanda Pandemik COVID-19. UKI perlu memastikan pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) yang sempurna ketika “donning” dan “doffing” dan juga langkah-langkah pencucian tangan yang betul. Pelbagai sesi CME, Bedside teaching telah dilaksanakan yang betujuan untuk memastikan staff menjaga keselamatan diri dan juga pesakit agar tidak berlaku jangkitan silang COVID-19. Ketika pembukaan wad-wad COVID di Hospital Kuala Nerang , Wad COVID satu hingga empat, UKI juga turut bersama-sama staf-staf yang lain untuk penyediaan pembukaan wad-wad. Selain memastikan kawalan infeksi berhasil, UKI juga menjadi tempat luahan perasaan dan juga luahan perasaan staf-staf di Hospital. UKI juga turut menjadi sumber rujukan utama sekiranya staf tidak pasti mengenai perihal kawalan infeksi untuk COVID19. Alhamdulillah, ketika wabak COVID-19 mulai reda, kita dapat melihat staf-staf dan khususnya orang awam masih menjaga penjarakan fizikan dan juga pemakain pelitup muka yang mana akan terus membantu untuk mengurangkan jangkitan COVID-19.


Akhir kata sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tunggak utama di Unit Kawalan Infeksi. Tanpa anda semua kita tidak mungkin dapat capai kejayaan seperti sekarang. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa sidang redaksi Projek Dokumentasi Pengalaman Pengurusan COVID-19 Hospital Kuala Nerang Kepada pembaca dokumentasi ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga. Sekian, terima kasih.


Gambar Aktiviti


Click to View FlipBook Version