Gambar Aktiviti
SAJIAN 2022 SIDANG RIDAKSI HOSPITAL KUALA NERANG SETIAP UNIT BERBEZA CERITANYA... BERKONGSI PENGALAMAN UNIT SAJIAN SEMASA PENDAMIK COVID-19
Fungsi utama unit ini adalah menyediakan diet bagi semua pesakit dalam (in patient), pesakit yang menjalani rawatan dialisis dan juga bagi Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan. Waktu operasi ialah pada jam 7.00 pagi hingga jam 6.00 petang setiap hari. Unit ini menyajikan makanan kepada pesakit dalam mengikut kelayakan kelas tiga sebanyak 4 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Diet yang disajikan kepada pesakit merangkumi diet normal (normal diet) dan diet teraputik (therapeutic diet). Unit Sajian Hospital Kuala Nerang dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29 selaku Ketua Unit dan 5 orang Pembantu Penyediaan Makanan N19. DR. MUHAMMAD SHAUQI BIN HAJI ABDUL KADIR PENGARAH HOSPITAL KUALA NERANG PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN PN.SABARIAH BT. SAAD PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN PN. ISMALIZA BT. AZMI PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN PN. ZURAIDA BT. KASA PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN EN.MOHD AZMI BIN AWANG AHMAD PEN. PEG. PENYEDIAAN MAKANAN PN. FAIZAH BT. AHMAD PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN HOSPITAL KUALANERANG UNIT SAJIAN
SIDANG RIDAKSI SAJIAN 2022 Berikutan dengan penularan wabak COVID-19 di seluruh negara yang diisytihar pada Mac 2020 yang lalu, kes-kes positif COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia umumnya mencatatkan kenaikan dan penurunan kes yang tidak menentu. Jumlah kes-kes ini adalah daripada keseluruhan kes sama ada daripada klusterkluster tertentu atau daripada kes- kes sporadik. Negeri Kedah adalahtidak terkecualidaripadamenjadipenyumbang kepada total kes COVID-19 melalui beberapa kluster seperti Kluster Sivagangga, Kluster Telaga, Kluster Tawar, Kluster Sungai dan KlusterBahSintok. Menyedari kes-kes yang semakin meningkat di Negeri Kedah, Hospital Kuala Nerang telah dipilih bagi ditempatkan pesakit-pesakit COVID-19 positif yang stabil. Bermula dengan hanya satu pusat rawatan yang dinamakan LRCC (Low Risk COVID Centre) di bangunan Asrama Jururawat, kini perkhidmatan tersebut telah diperluaskan lagi dengan penambahan katil melibatkan wad-wad bagi menempatkan lebih ramai lagi pesakitpesakit COVID-19 positif yang stabil dari seluruh negeri Kedah. Sehingga awal Disember 2020, dua wad perubatan (Wad Lelaki & Wad Perempuan) telah beroperasi dengan sepenuhnya. Pada awalnya pesakit-pesakit adalah dari kalangan lelaki dewasa dan ditempatkan di Wad COVID 1 dan kemudiannya Wad COVID 2 mula dibuka bagi menerima kemasukan pesakit-pesakit wanita dewasa berikutan dengan peningkatan kes-kes jangkitan baharu yang dikesan dari kluster-kluster baharu. Pada peringkat awal, penempatan pesakit-pesakit di Wad COVID 1 ialah dari kalangan bekas banduan yang mana berlaku jangkitan sesama mereka di dalam penjara. Bagi mengurangkan kesesakan di pusat rawatan penjara berkenaan dan membendung jangkitan, rawatan dan pemantauan terhadap pesakit-pesakit dari kumpulan bekas banduan tersebut diteruskan dengan menghantar mereka ke Hospital Kuala Nerang. Pelbagai cabaran diterima oleh pihak hospital dalam memberikan rawatan dan pemantauan terhadap mereka.
CABARAN SEPANJANG COVID -19 UNTUK BEKAS BANDUAN nit Sajian sendiri terpaksa menyediakan porsi nasi yang berganda kepada setiap pesakit dari kalangan bekas banduan. Pelbagai perubahan MENU terpaksa dibuat oleh Unit Sajian demi memenuhi kehendak luar biasa pesakitpesakit tersebut. Waktu hidangan juga terpaksa ditambah daripada 4 waktu hidangan kepada 5 waktu hidangan.(supper) Pesakit banduan juga menggunakan tulang ayam untuk mencederakan rakan di dalam wad. Pihak Sajian sekali lagi terpaksa mengubah menu dan menggantikan menu ayam dengan ikan yang bersesuaian dan juga telur. sehingga 7 Disember 2020, hospital ini masih lagi menerima kemasukan pesakit dari golongan bekas banduan namun majoritinya ialah dari orang awam. UNTUK DIET NORMAL DAN TERAPUTIK Pesanan diet yang diterima oleh Unit Sajian adalah daripada wad-wad (Kanak-kanak, Bersalin dan Lain- lain pesakit daripada pelbagai disiplin (Wad Lelaki & Wad Perempuan), Rawatan harian bagi blood transfusion (perkhidmatan diberikan di Wad Bersalin) dan juga LRCC (Low Risk Covid Centre) yang menempatkan pesakit-pesakit positif COVID-19 yang stabil yang mula beroperasi pada 8 Oktober 2020. Namun, selepas 15 Oktober 2020, wad-wad sedia ada kecuali Wad Bersalin) telah ditukar kepada wad-wad COVID memandangkan jumlah pesakit COVID semakin meningkat. Hanya 2 wad yang aktif beroperasi selain LRCC iaitu Wad Perempuan (Wad COVID 1) dan Wad Lelaki (Wad COVID 2). Wad Kanak- kanak (Wad COVID 3) kini masih lagi standby untuk kes-kes mendatang. Pada penghujung November 2020, LRCC telah ditukar nama kepada PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID atas arahan JKN Kedah. PORSI NASI & PESANAN DIET YANG DI SEDIAKAN PERUBAHAN MENU U
JUMLAH DIET MENINGKAT SETELAH DIISHTIHARHOSPITAL COVID-19 esanan diet yang perlu disediakan oleh Unit Sajian kepada pesakitpesakit biasa (bukan COVID), petugas COVID dan juga pesakit- pesakit COVID diberikan diet untuk lebih kurang 1 minggu, sebelum pesakitpesakit biasa di discharge bagi memberikan ruang kepada kemasukan pesakit COVID. Selepas 15 Oktober 2020, majoriti diet adalah untuk pesakit-pesakit serta petugas COVID dan kadangkala turut diberikan untuk pesakit-pesakit daripada Wad Bersalin dan juga daycare haematology mengikut pesanan. Jumlah bilangan pesakit harian yang dicatatkan adalah agak tinggi kerana jumlah pesanan diet harian sebelum hospital ini diisytihar sebagai hospital COVID sepenuhnya, puratanya hanyalah di antara 40 hingga 50 pesakit sahaja (jumlah katil rasmi 80). P P esanan diet bagi bulan November 2020. Dalam tempoh ini, majoriti pesakit ialah dari kalangan bekas banduan. Jika dilihat pada totalnya (pesakit dan petugas COVID) bagi keseluruhan bulan November2020 ianya tidak banyak berbeza daripada bulan sebelum bermulanya tumpuan terhadap kes-kes COVID-19. Namun, pada bulan November 2020 pihak hospital menghadapi masalah yang cukup berat dalam pengurusan pesakit.
113 IMPLIKASI COVID -19 KEPADA SAJIAN Anggota tertekan dengan bebanan tugas yang tinggi dan rehat yang tidak mencukupi akibat pertambahan diet lebih dari biasa. Ini akan memberi kesan negatif terhadap tahap kesihatan anggota (mental dan fizikal) dan seterusnya memberikan impak keseluruhan yang juga negatif terhadap prestasi dan kualiti kerja PENGGUNAAN PERALATAN PAKAI BUANG K MENINGKAT hususnya penggunaan pakai buang yang amat tinggi digunakan untuk pesakitpesakit COVID-19. Pesakit tersebut dihidang menggunakan disposable containers. ANGGOTA TEKANAN DI TEMPAT KERJA
114 Mutu dan kualiti makanan serta minuman yang disediakan juga akan turut terjejas kerana anggota akan kehilangan fokus akibat keletihan dengan beban tugas yang keterlaluan. Ini berpotensi menyebabkan berlakunya banyak kesilapan dalam penyediaan diet sehingga boleh menyebabkan meningkatnya aduan makanan oleh pesakit. DIET D IHIDANG LAMBAT Bekalan die t tid a k d a p a t disediakan mengikut kuantiti dan masa seperti yang ditetapkan kerana terpaksa menyediakan diet dalam kuantiti yang bertambah sedangkan jumlah staf tidak bertambah untuk mempercepatkan MASA
115 proses kerja dalam penyediaan diet. Unit Sajian akan memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan penyayang dengan mengamalkan profesionalisma, kerja berpasukan dan perkongsianbestari PENUTUP SAJIAN HKN | Pengalaman semua anggota di unit Sajian sebagai petugas covid-19 memberi banyak memori yang tidak dapat di dicipta kembali walaupun hanya dibelakang tabir. Segala penat dan keperitan terubat dengan kerjasama yang hebat dari semua. Semoga Sidang Ridaksi Hospital Kuala Nerang menjadi coretan memori. TaMat....
116 PENGENALAN Unit Kecemasan Hospital Kuala Nerang merupakan satu unit di Hospital Kuala Nerang yang bertanggungjawab memberi rawatan kecemasan 24 jam.Unit ini mempunyai seramai 69 orang kakitangan yang terdiri dari 10 orang Pegawai Perubatan ,5 orang penyelia Penolong Pegawai Perubatan U 32,1 orang Ketua Jururawat U32,17 orang Penolong Pegawai Perubatan U32 KUP/U29,12 orang Jururawat U32 KUP/U29,12 Pembantu Perawatan Kesihatan,12 Orang pemandu kenderaan bermotor.Bangunan Unit Kecemasan merupakan satu bangunan baru yang mula beroperasi sejak tahun 2013.Perkhidmatanyang di sediakan adalah rawatan kecemasan perubatan dan kemalangan,perkhidmatan rawatan pra-hospital,perkhidmatan interfasiliti,perkhidmatan forensic dan perkhimatan pasukan tunggu sedia. PERMULAAN FASA PANDEMIK COVID -19 Sejak kes pertama covid- 19 di kesan di Malaysia pada Januari 2020, Unit Kecemasan Hospital Kuala Nerang di letakkan dalam keaadaan bersedia memandangkan Hospital Kuala Nerang hanya terletak 28 kilometer dari pintu sempadan Malaysia-Thailand di Durian Burung,sebagai permulaan bilik Dekontaminasi telah di sediakan untuk kes-kes covid .Pada bulan Mac 2020 pihak Unit Kecemasan telah memulakan saringan dan rawatan pesakit covid dan bergejala covid berasingan dari pesakit biasa di garaj ambulan di hadapan Unit Kecemasan.Semua kakitangan unit telah di latih dalam pengendalian dan pengurusan kes covid terutama dalam penggunaan dan pemakaian ‘Personal Protective Equipment’ (PPE)dengan kerjasama dari Unit Kawalan Infeksi (UKI),kakitangan juga telah di arahkan memantau tahap kesihatan diri . PENGALAMAN DAN KENANGAN PENGURUSAN COVID-19 2020-2022 UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL KUALA NERANG
117 PERTENGAHAN FASA COVID -19 Ketika kes –kes covid meningkat sejak Jun 2020 beberapa zon di dalam Unit Kecemasan telah di tukarkan fungsi seperti Zon Merah di tukar fungsi kepada Zon Merah/Kuning berisiko tinggi ,Zon Kuning Di tukar zon merah dan zon kuning berisiko rendah,Zon Hijau kekal zon hijau berisiko rendah,Garaj ambulan di tukar fungsi sebagai zon rawatan bagi kes hijau berisiko tinggi. Di samping itu juga sebanyak 2 buah Ambulan telah di tukar fungsi khusus bagi perkhidmatan untuk kes-kes covid.Bilik mesyuarat Unit Kecemasan juga telah di tukar kepada Bilik Gerakan Covid -19. Dalam tempoh ini juga telah berlaku pergerakan kakitangan bagi membantu fasiliti kesihatan yang lain seperti di PKRC MAEPS Serdang,PKRC Dewan Wawasan Jitra,PKRC LISRAM Langkawi,PKRC Kulim.Kakitangan dari unit ini juga di gerakkan bagi membantu pengurusan pesakit di PKRC Hospital Kuala Nerang,wad-wad covid dan juga pergerakkan pesakit dari klinik-klinik kesihatan dalam daerah Padang Terap.Ke semua pegawai dan kakitangan Unit Kecemasan merupakan orang terawal yang terpilah dalam mendapat suntikan vaksin Covid-19 dan ‘Booster Dose’ Covid -19 ,kakitangan unit ini juga turut di gerakan bagi membantu Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Tunku Putra Kuala Nerang.Kakitangan dari unit ini juga merupakan insan biasa yang lemah dari 69 orang kakitangan unit ini 96 % kakitangan unit ini telah di jangkiti wabak Covid -19 ini,pernah dalam satu ketika unit ini terpaksa berfungsi dengan jumlah kakitangan yang paling minimum untuk tempoh 5 hari ketika ramai kakitangan yang di jangkiti Covid-19 ,semasa wabak ini berada pada waktu puncak dan Negara dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan ramai kakitangan yang berjauhan dengan pasangan dan keluarga terkesan dari segi mental kerana berjauhan kerana tidak dapat pulang menjenguk ahli keluarga begitu juga dengan fizikal kerana terpaksa berkerja lebih masa.Pada masa ini juga banyak kes-kes kematian akaibat covid di uruskan oloeh kakitangan Unit Forensik dangan kerjasama sukarelawan dari Majlias Agama Islam Daerah Padang Terap dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
118 PERMULAAN PELAN PEMULIHAN NEGARA Memasuki fasa ini merupakan antara fasa mencabar kerana dalam situasi Covid- 19 semakin pulih dan disiplin orang ramai yang makin berkurangan dari segi pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial yang memungkinkan peningkatan semula kes Unit Kecemasan senantiasa mengambil langkah-langkah menggalakan pesakit,waris ,kakitangan dan pelawat supaya mematuhi saranan yang telah di tetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.Pada fasa ini juga baru dapat di lihat raut wajah keceriaan kakitangan kerana mendapat peluang untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga yang berjauhan.Walaupun wad Covid -19 dan PKRC di tutup Unit Kecemasan kekal sebagai ‘Front Unit’ dalam pengesanan dan rawatan Covid-19. PERALIHAN PANDEMIK KEPADA ENDEMIK Memasuki tahun 2022 kerajaan telah mengumumkan peralihan fasa pendemik kepada endemik,peralihan fasa ini sedikit melegakan proses kerja di Unit Kecemasan namun usaha pengesanan dan rawatan pesakit tetap di teruskan bagi mengelakkan perebakan yang besar di kalangan masyarakat.bagi kes kes URTI lokasi rawatan telah di pindahkan semula ke Unit Pesakit Luar pada waktu pejabat namun di teruskan di Unit Kecemasan selepas waktu pejabat dan kelepasan am.Keadaan ini juga telah membolehkan Unit Kecemasan menumpukan fungsi merawat kes-kes kecemasan. PENUTUP COVID -19 merupakan wabak bencana yang kedua di tangani sejak berpindah ke bangunan baru ini,Mers-Cov merupakan wabak bencana yang pertama dan masih di pantau sehingga saat ini.Covid-19 merupakan wabak global yang menyebabkan keselurahan sistem kesihatan di lihat semula.Kerjasama antara masyarakat dan kakitangan,kakitangan dan majikan,hospital dan pejabat kesihatan,Negeri dan Negara, dan Negara dan dunia dapat di lihat dengan terkawalnya wabak ini .kita belum bebas cuma kita mampu bertahan Covid-19 masih di sekeliling kita.
119 PELAN LANTAI SEBELUM COVID-19
120 PELAN LANTAI SEMASA COVID -19 LOW RISK ZONE RED/YELLOW HIGH RISK ZONERED /YELLOW COVID BAY
121 LATIHAN UNTUK KAKITANGAN
122 PERKHIDMATAN RAWATAN PRA-HOSPITAL DAN COVID RESPON TEAM VAKSINASI COVID DOS KE 2
123 URTI/ILI/ COVID -19 CENTER
124 LAWATAN ADUN, LATIHAN DAN PENGURUSAN JENAZAH COVID-19
125 CERPENN CERPEN N
126 COVID OOO COVID Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.[9] Sehingga , lebih daripada kes telah disahkan, dengan lebih daripada kematian disebabkan oleh COVID-19. Ya ALLAH penyakit apa pula yang melanda dengan kematian yang begitu ramai dan menular dengan begitu cepat sekali .. mala petaka apakah ini. Aku baru dilantik sebagai penyelia jururawat pada bulan oktober 2019. Dan di tempatkan di hospital sultan abdul halim. Dalam bulan mac 2020 penyakit baru yang dinamakan covid -19 mula menular. Mesyuarat demi mesyuarat di adakan bagi membuat persiapan di fasilitis kesihatan , bilik gerakan di buka ya ALLAH begitu serabut sekali pihak pengurusan mengatur stategi. Dengan ketakutan yang melanda bagi setiap orang tak tahu apakah penyakit yang melanda dunia. Di kaca TV, di surat khabar dan di mana saja orang bercakap pasal covid-19. Ada sebilangan yang di jangkiti seolah olah jijik di pandang . seolah olah dunia di landa garuda layaknya. Kami yang dari hospital di pandang sinis oleh orang ramai , seumpama kami ini pembawa penyakit yang malang itu, sedih ada nak marah pun ada tapi kami terutama jururawat jururawat terpaksa hadapi semua ini.. Masa tu, bulan puasa, Malaysia mengenakan sekatan PKP hanya kami petugas kesihatan terutama hospital kerajaan saja yang berfungsi ketika itu, lain lain pejabat semua di tutup.Sunyinya Bandar Bandar ketika itu. Dan hanya di benarkan ketua keluarga sahaja di benarkan keluar, kesian pada mereka yang menghadapi situasi ini ketika itu. Walaupun bencana melanda satu kebaikan juga buat kita ramai yang menjadi tukang masak kerana setiap hari kena masak sendiri , semua kedai makan ditutup. Yang duduk di rumah semakin membina badan sebab tak tau nak buat apa asyik makan ja. Yang terpaksa berhenti kerja tiada pendapatan ALLAH saja yang tahu, betapa sukarnya kehidupan ketika itu. Aku juga di tawarkan bertukar Ke Hospital Kuala Nerang kerana HKN akan di buka sebagai hospital covid sepenuhnya untuk bahagian utara di samping Hospital Sultanah Bahiyah. Bermula dengan itu aku berperanan menjaga wad covid tapi Alhamdulillah ,semua peralatan sudah tersedia, walaupun penat, staf staf di sini dapat mengharunginya dengan baik sekali, walaupun ketika itu ada yang stress berlebihan dan ada staf di rujuk ke Psychiatrits. Namun semua itu telah berlalu. Sebagai kenangan yang tidak mudah dilupakan. Sebagai penyelia aku juga mahu semua staf dalam keadaan sempurna, walaupun ada dikalangan mereka yang stress kerana keletihan dengan pakaian yang macam angkasawan layaknya dan ada yang memanggil mereka dengan telitubis , siri kartun yang di gemari kanak kanak. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk merasai betapa tidak selesanya dalam berpakaian demikian. Aku mencuba memakai FULL PPE dan masuk ke dalam wad covid , Allah aku salute dengan staf yang boleh berada dalam PPE tersebut, di mana terpaksa menjalankan prosuder yang di arahkan, bagaimana mereka boleh bertahan, patutlah ada yang tidak dapat bertahan mengalami stress yang teramat sangat. dalam masa 20 minit aku dah sesak nafas. Tapi kali kedua aku masuk semula bersama Pengarah untuk memberi semangat kepada anak anak buah dapat lah aku meronda ke wad wad . Setelah dua tahun berlalu kini di gemparkan dengan covid omicron. Pada November 2021 Aduhai… Ya ALLAH kau angkatlah penyakit ini segera kerana kami sudah tidak mampu lagi untuk menghadapinya. NUKILAN RASA PJ HANIYAH BINTI HASSAN, HKN
127
128 CORETAN PENGALAMAN PEGAWAI PERUBATAN DALAM PENGENDALIAN COVID-19 HOSPITAL KUALA NERANG Umum mengetahui bahawa kes jangkitan Covid-19 telah melanda negara sekitar awal tahun 2020. Tempiasnya kian terasa apabila Malaysia berhadapan gelombang ketiga yang saban hari diumumkan kadar jangkitan kes harian meningkat dengan mendadak menjelang Oktober 2020. Pada sekitar bulan Oktober 2020, Hospital Kuala Nerang (HKN) telah menjadi pusat Low Risk Covid Centre (LRCC) yang menempatkan pesakit- pesakit Covid-19 dalam kategori 1 dan 2. Lantas semenjak itu, seramai sekitar 5 orang pegawai perubatan ditugaskan untuk mengurus dan mengendalikan pesakit- pesakit tersebut yang ditempatkan di asrama jururawat Hospital Kuala Nerang. Lanjutan daripada itu, beberapa orang pegawai perubatan pula dikerahkan untuk membantu perawatan pesakitpesakit di MTC Penjara Alor Setar dan MTC Penjara Pokok Sena setelah diumumkan Kluster Tembok sekitar Oktober dan November 2020. Walaupun dengan kekurangan pegawai perubatan, HKN berbesar hati menjayakan momentum bantuan tenagakerja kepada MTC sepertimana yang diarahkan oleh pihak JKN Kedah. “Disangkakan panas sampai ke petang, namun hujan di tengah hari.” Begitulah ibarat peribahasa melayu apabila Hospital Kuala Nerang sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi salah sebuah hospital di Kedah yang menguruskan perawatan pesakit- pesakit Covid-19. Arahan pembukaan wad covid di HKN bermula seawal Mei 2021 yang pada ketika itu, Malaysia masih menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Natijah serangan covid yang mengganas, maka wad covid di Hospital Kuala Nerang secara rasminya menerima pesakit pada 12 Mei 2021 seramai 5 orang. Bilangan tersebut bertambah saban hari apabila kluster demi kluster diumumkan di sekitar Kedah.
129 Sungguhpun begitu, seramai 5 orang pegawai perubatan yang telah ditugaskan mengendalikan perawatan pesakit di wad covid tidak sedikit pun mengeluh dalam memastikan tahap kesihatan pesakit berada di kondisi terbaik walaupun terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam serba kekurangan. Di kala insan lain menyambut kemeriahan hari raya bersama insan tersayang, pegawai perubatan tidak terlepas meraikan kemeriahan sambutan tersebut bersama barisan kakitangan hospital yang lain yang turut sama berganding bahu dalam perawatan pesakit yang pada ketika itu melebihi angka 20 orang pesakit. Penggiliran tugasan oncall yang dilakukan selang sehari pada ketika itu sememangnya memenatkan tubuh dan merunsingkan jiwa namun tetap dihadapi demi kelangsungan tugasan mulia membantu mereka yang memerlukan. Beberapa orang Pakar Perubatan juga turut bersama warga HKN dalam mengharungi detik sukar ini dengan bersungguhsungguh bertemu dan merawat pesakit setiap hari tanpa jemu. Akibat penularan kes jangkitan semakin mencanak naik, wad covid HKN telah ditambah dari satu menjadi dua sehinggalah akhirnya kesemua 4 wad di HKN diubah fungsi menjadi wad covid sepenuhnya. Bilangan pegawai perubatan turut ditambah bagi menampung bebanan tugasan yang kian bertambah. Beberapa pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Jitra juga turut ditempatkan di HKN bagi menyumbang bakti tenaga menampung kekangan sumber manusia di HKN. Mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab dalam menggembleng tenaga bagi memastikan tahap kesejahteraan pesakit dapat diungguli. Akibat limpahan pesakit covid yang bertandang, pihak Hospital Sultanah Bahiyah berbesar hati menghantar beberapa orang pegawai perubatan siswazah sebagai booster dan tenaga tambahan kepada HKN. Kelibat dan ketabahan mereka sangat membantu memudahkan urusan review and management terhadap pesakit. Perit dan panasnya memakai PPE sebelum masuk bertemu pesakit saban hari dirasakan semakin redup akibat sokongan dan dokongan pelbagai pihak dalam menyelami kehidupan pesakit- pesakit di wad covid HKN. Ada yang
130 basah bermandikan peluh dan keringat ketika memakai PPE, apatah lagi ketika bergegas masuk ke dalam wad bagi merawat pesakitpesakit yang tenat secara tiba- tiba. Namun segala yang bermula pasti ada pengakhirannya. Setelah hampir 7 bulan mengendalikan pesakit covid di wad HKN, perlahan- lahan bilangan pesakit berkurangan kesan daripada imuniti kelompok dan pelbagai tindakan pantas kerajaan dalam membendung gejala ini. Lantaran itu, Hospital Kuala Nerang kembali meneruskan rutin sebagai hospital daerah yang memberikan khidmat rawatan kepada penduduk sekitar dan mereka yang memerlukan setelah diumumkan penutupan wad covid di HKN. 1001 kenangan dan pengalaman berharga yang telah di tempuhi sepanjang tempoh perawatan pesakit covid di Hospital Kuala Nerang pastilah menjadi suatu kenangan yang terpahat di sanubari yang sukar diterjemahkan dalam bentuk lisan mahupun lukisan. Penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua pakar perubatan, pegawai perubatan, HO, SN, JM, PPK dan lain- lain yang bertungkus-lumus menggembleng tenaga memberikan khidmat terbaik buat rakyat Malaysia yang memerlukan. Coretan ikhlas: Dr Mohd Bukhari Muslim Bin Mohd Nadzim Pegawai Perubatan, Hospital Kuala Nerang.
131
132 SEULAS PINANG Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera, Saya bersyukur dapat terlibat sama dalam penerbitan buku dokumentasi: menempuh Covid-19: suatu pengalaman Hospital Kuala Nerang. Penerbitan buku ini menggambarkan Segala penat lelah, perit jerih, tenaga, masa, yang dicurahkan oleh anggota HKN dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit yang dijangkiti Covid – 19. Sepanjang dua tahun kita menepuh pandemik COVID-19, pelbagai pengalaman dirasai. Cabaran mendatang yang tidak dialami sebelum ini, menuntut pengurusan hospital perlu sentiasa dinamik dalam memastikan kelangsungan operasi HKN. Namun begitu, alhamdulillah dengan Kerjasama semua pihak, perkhidmatan utama hospital terutama Pengurusan Unit Kejuruteraan dapat berjalan dengan lancar. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan perhargaan kepada semua anggota hospital dan kerjasama yang diberikan oleh Syarikat Yang Dilantik iaitu Edgenta Mediserve Sdn Bhd, Hospital Kuala Nerang yang telah memberikan segala usaha dan tumpuan dalam memastikan perkhidmatan kejuruteraan yang terbaik diberikan kepada pelanggan hospital. Baik daripada anggota klinikal sehingga ke anggota sokongan, segala titik peluh, keringat dan jasa bakti mereka amat dihargai. Selain itu, setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Jurutera Negeri, En. Norman Bin Omar, Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah, Cawangan Kejuruteraan Fasiliti Hospital (CKFH), Bahagian Kejuruteraan Negeri Kedah, Mantan Penolong Pengarah, Ir. Abdullah Bin Ahmad, Regional Officer (RO), Edgenta Mediserve Sdn Bhd dan lain-lain pihak yang terlibat secara langsung atau tidak di atas segala bantuan dan Kerjasama yang diberikan dalam membolehkan Unit Kejuruteraan, Hospital Kuala Nerang mengharungi cabaran untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Negeri Kedah umumnya dan penduduk Daerah Padang Terap khususnya. Ucapan tahniah kepada sidang pengarang dalam memastikan penerbitan buku ini menjadi kenyataan Sekian, terima kasih. NORHASLIZA BINTI SAMSUDIN PENOLONG JURUTERA (AWAM) #Kitajagakita#
ISI KANDUNGAN PERENGGAN PERKARA MUKA SURAT SEULAS PINANG 128 SINGKATAN NAMA III DEFINISI TERMA IV - V 1.0 LATAR BELAKANG 1-2 2.0 PENGUBAHSUAIAN FASILITI KESIHATAN DAN PEMBANGUNAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC) 3-4 3.0 AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 4 4.0 PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL (PSH) 4 4.1 Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS) 5-7 4.1 Perkhidmatan Pembersihan (CLS) 7-9 4.3 Perkhidmatan Linen dan Pendobian (LLS) 9-10 4.4 Pengesahan Penyediaan Perkhidmatan 10-11 4.5 Pengendalian dan Pengoperasian Silinder Oksigen Gas Perubatan 11-12 5.0 KERJA-KERJA KECEMASAN DAN WAD-WAD DI HOSPITAL TERLIBAT BAGI PERSEDIAAN ISU JANGKITAN COVID-19 : TUKAR FUNGSI WAD-WAD COVID-19 SECARA HYBRID 13 6.0 SOROTON 2020 14 7.0 SOROTON 2021 15 8.0 ISU DAN CABARAN 16-17 9.0 PROJEK 2020 18-19 10.0 PROJEK 2021 20-22 11.0 AKTIVITI 23 12.0 UNSUNG HEROES 24-26
13.0 LENSA PENGURUSAN COVID-19 27-39 14.0 KESIMPULAN 40 15.0 RUJUKAN 41-42
131 SINGKATAN NAMA ___________________________________________________________________________ CLI Clean Linen Issue CLS Cleansing Services (Perkhidmatan Pembersihan) CN Consignment Note CWMS Clinical Waste Management Services (Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal) FM Facility Management HCW Healthcare Workers HQC Home Quarantine Centre HSC Home Surveillance Centre KKM Kementerian Kesihatan Malaysia LLS Linen and Laundry Services (Perkhidmatan Linen dan Pendobian) PKRC Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah PPE Personal Protective Equipment PUS Person Under Surveillance PUI Person Under Investigation SLB Soiled Linen Bag SLCW Soiled Linen Collection and Weight SYD Syarikat Yang Dilantik TC Terminal Cleaning WASH Water, Sanitation and Hygiene WB Wheeled Bin
132 DEFINISI TERMA ___________________________________________________________________________ Pusat Kuarantin Merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], Pusat Kuarantin didefinisikan sebagai: “Mana-mana tempat di mana pengasingan atau pemerhatian dijalankan dan termasuklah sesuatu hospital penyakit berjangkit dan mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri dalam Warta sebagai stesen kuarantin.” Sisa umum Sisa umum ataupun sisa pepejal ditakrifkan sebagai: a) Apa - apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa - apa proses; b) Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau c) Apa - apa bahan lain yang mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] atau mana-mana undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa seupaya dilupuskan, tetapi tidaklah termasuk buangan terjadual, kumbahan atau sisa radioaktif. Sisa klinikal Sisa yang terdiri daripada keseluruhan atau sebahagian tisu manusia atau haiwan, darah atau cecair badan lain, perkumuhan, ubat terpakai, produk farmaseutikal, pembalut yang tercemar, picagari, jarum, sisa yang bersentuhan atau dicampurkan dengan apa-apa jenis buangan di dalam senarai ini dan sisa yang terbukti berbahaya kepada sesiapa yang bersentuhan dengannya. Penyimpanan Sementara (Interim Storage) Lokasi yang dikhaskan bagi penempatan sementara sisa-sisa umum yang terjana dari fasiliti sebelum ianya diangkut keluar oleh Kontraktor Berlesen oleh Syarikat Edgenta Mediserve Sdn Bhd. Petugas Pusat Kuarantin Terdiri daripada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pengoperasian Pusat Kuarantin. Petugas ini melibatkan kolaborasi pelbagai agensi iaitu NADMA, KKM, ATM, PDRM, JBPM, APM, JKM, JIM, pemilik premis dan SYD.
133 Person Under Surveillance (PUS) Individu yang mempunyai kriteria epidemiologi tetapi tidak bergejala sama ada: a) Pernah menghadiri majlis atau kawasan yang dikaitkan dengan kluster COVID-19 atau zon merah, atau; b) Pernah mengembara / tinggal di luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, atau; c) Kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari sebelum bergejala. Syarikat Yang Dilantik (SYD) a) Mana - mana syarikat yang dilantik oleh pihak Kerajaan bagi melaksanakan perkhidmatan pengurusan sisa umum di Pusat Kuarantin atau; b) Mana-mana syarikat syarikat sedia ada yang telah dilantik oleh pemilik premis (hotel / institusi) bagi menjalankan perkhidmatan yang berkaitan pengurusan fasiliti (Facility Management). Zon Merah a) Kawasan yang mempunyai risiko kebolehjangkitan dan penularan wabak COVID-19 yang tinggi. b) Kawasan yang WAJIB bagi pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) oleh petugas. c) Kawasan yang menempatkan individu yang dikenali sebagai PUS, PUI atau Pesakit COVID-19. Zon Kuning a) Kawasan yang mempunyai risiko kebolehjangkitan yang mempunyai risiko penularan wabak COVID-19 yang rendah. b) Kawasan yang perlu bagi pemakaian PPE yang minimum oleh petugas. Zon Hijau Linen and Laundry Services (Perkhidmatan Linen dan Pendobian) a) Kawasan yang bebas daripada risiko kebolehjangkitan dan penularan wabak COVID-19. b) Kawasan yang menempatkan bilik gerakan petugas.
134 1.0 LATAR BELAKANG PANDEMIK Covid-19 telah memberikan tekanan yang kuat pada sistem kesihatan nasional yang merangkumi fasiliti dan kemudahan di hospital serta kakitangan kesihatan profesional dan juga kakitangan sokongan. Pertambahan varian baharu dari Afrika Selatan, United Kingdom dan India menjadikan angka kes baharu di Malaysia semakin meningkat lalu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini mencecah lebih daripada setengan juta. Ekoran daripada penularan wabak Covid-19, masyarakat mula berhadapan dengan pelbagai kisah suka duka yang kompleks dalam kehidupan seharian. Pandemik ini menjadi lipatan sejarah yang besar dalam kehidupan kerana sudah pastinya berbekas dengan hikmah yang berpanjangan. Di samping itu, tekanan ini dapat dirasakan oleh rakyat Malaysia apabila Ketua Peengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilihat sering berkongsi maklumat berkenaan keadaan hospital awam yang semakin kritikal menerusi laman Facebook rasmi beliau. Ada yang membandingkan keadaan hospital di Malaysia pada masa kini hampir sama dengan keadaan di India. Kadar penggunaan katil ICU Covid19 telah mencecah lebih 100 peratus di beberapa kawasan terutamanya di Lembah Klang. Ini menyebabkan pihak hospital menerusi arahan dari peringkat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah memutuskan untuk mengubah fungsi wad biasa atau lain-lain kawasan yang brsesuaian di hospital untuk dijadikan ICU sementara, wad covid dan juga Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC). Perkara ini amat membimbangkan dan dikhuatiri sistem kesihatan Malaysia akan semakin lumpuh dengan pertambahan kes baharu setiap hari. Perkhidmatan Sokongan Hospital yang efisyen terhadap sistem kesihatan ini adalah sangat penting kerana sistem ini bergerak 24 jam setiap hari dan tidak boleh ada ruang untuk berlakunya gangguan terhadap fasiliti dan peralatan perubatan yang boleh memudaratkan pesakit-pesakit ini. Pengurusan fasiliti melalui Unit Kejuruteraan Hospital sangat diperlukan bagi menyokong perkhidmatan kesihatan dan mencari solusi yang terbaik untuk mengoptimumkan strategi dalam melawan virus Covid-19. Pengurusan fasiliti berfungsi bagi menyokong dan memberi nilai tambah sesuatu bangunan termasuk bangunan penjagaan kesihatan (healthcare building) seperti hospital dan dalam masa sama, hendaklah memastikan keadaan persekitaran kesihatan kondusif bagi kakitangan hospital, pesakit dan juga pelawat. Ini kerana persekitaran yang dibina mempengaruhi kualiti penjagaan yang diberikan, kepuasan pesakit dan pada satu tahap ia juga boleh mempengaruhi masa pemulihan. TAJUK DOKUMENTASI : MENEMPUH COVID-19: SUATU PENGALAMAN PENULIS EDITOR : : PN. NORHASLIZA BINTI SAMSUDIN PN. NUR ALIA NADHIRA BINTI MOHAMAD AZAHAR UNIT : KEJURUTERAAN
135 Di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mempunyai kontrak penswastaan dengan syarikat – syarikat yang menguruskan fasiliti hospital contohnya Syarikat konsesi di zon wilayah utara iaitu Edgenta Mediserve Sdn Bhd terus mengarahkan syarikat-syarikat ini untuk mengambil perhatian serius terhadap pengawalan Covid-19 kerana mereka mempunyai pengalaman yang dinamakan sebagai kawalan extensive. Syarikat konsesi yang berpengalaman lebih daripada 15 tahun ini adalah konglomerat dalam menyediakan perkhidmatan pembersihan (CLS); perkhidmatan linen dan pendobian (LLS); perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan fasiliti (FEMS); perkhidmatan penyelenggaraan kejuruteraan bioperubatan (BEMS) dan pengurusan sisa klinikal (HWMS). Pematuhan kepada garis panduan amalan pembersihan, penjagaan jarak sosial dan saringan di pintu utama bukanlah satu perkara yang baru bagi kakitangan Unit Kejuruteraan kerana perkara ini telah dipraktiskan sejak awal wabak Covid-19 ini tersebar. Jika dilihat dengan lebih mendalam, tunggak utama pengurusan fasiliti terbahagi kepada 3P iaitu People (manusia), Place (tempat/fasiliti) dan Process(proses). Peranan utama Unit Kejuruteraan di bangunan penjagaan kesihatan seperti hospital dan PKRC semasa tempoh pandemik kini bukanlah menjurus kepada aspek kebersihan sematamata tetapi antara perkara lain yang boleh ditekankan adalah dengan meningkatkan kualiti udara dalaman yang dikatakan dapat membantu proses penyembuhan dan pemulihan (healing and recovery) pesakit (tidak terhad kepada pesakit Covid-19 sahaja) dengan mengambil kira faktor-faktor seperti aktiviti pengurusan dan penyelenggaraan, sistem pengudaraan, sistem pemanasan, pengudaraan, dan penyaman udara (HVAC), aktiviti pembersihan dan pembasmian kuman, faktor reka bentuk seperti dimensi bilik/ruang, jenis perabot dan peralatan perubatan, aktiviti pengguna seperti jumlah kehadiran pengguna dalam sesuatu masa dan lain-lain. Justeru, semasa tempoh pandemik ini, Unit Kejuruteraan dan Syarikat Edgenta bekerjsama untuk meneliti mengenai impak dalam mengenal pasti kawasan kritikal yang memerlukan sokongan seperti sistem HVAC, sistem kebakaran, keselamatan dan sistem automasi bangunan. Sistem HVAC misalnya, mempunyai peranan besar terhadap kualiti udara dalaman sesebuah bangunan. Maka, impak penggunaan sistem HVAC perlu diambil kira dan dikaji keberkesanannya dalam mengawal penularan virus ini melalui udara. Di samping itu, beberapa kawasan dalam bangunan hospital yang telah dan akan diubah fungsi (repurpose) perlulah mengambil kira aspek-aspek keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan lain serta mengenal pasti susun atur yang terbaik bagi kawasan-kawasan yang memerlukan pengubahsuaian fungsi ini dan mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku.
136 2.0 PENGUBAHSUAIAN FASILITI KESIHATAN DAN PEMBANGUNAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC) Dalam menghadapi gelombang COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenal pasti beberapa hospital khusus di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19. Peruntukan khas telah diberikan bagi melaksanakan beberapa pengubahsuaian wad-wad, unit rawatan rapi dan jabatan kecemasan bagi tujuan merawat pesakit COVID-19. Kerja-kerja yang dilaksanakan termasuk pengubahsuaian ruang, sistem ventilasi serta beberapa sistem kejuruteraan yang lain serta pembelian peralatan tambahan khusus bagi merawat pesakit COVID-19. Pengubahsuaian juga dilakukan di bangunan-bangunan hospital yang lain termasuk bangunan kolej dan asrama jururawat, bagi membantu menampung beban pesakit COVID-19 yang stabil/berisiko rendah. Kemudahan kemudahan ini pernah digunakan KKM bagi merawat pesakit dalam gelombang COVID-19 sebelum ini. Kemudahan-kemudahan yang telah tersedia ini akan dibuka semula secara berperingkat pada bila-bila masa sekiranya diperlukan bagi menghadapi gelombang ketiga. Pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 Bil. 1 Tahun 2021 pada 4 Januari 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan Bencana KKM pada 11 Januari 2021 telah bersetuju dan memutuskan bahawa kes positif COVID-19 kategori 1 (yang tidak bergejala – asimptomatik) dan kategori 2 (gejala ringan) untuk diisolasi di rumah / tempat kediaman / hotel atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah (PKRC) atau hospital, mengikut kesesuaian tempat kediaman kes. Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), KKM turut terlibat secara langsung dalam pengaktifan Pusat Kuarantin ini bagi mengawalselia perkhidmatan sokongan yang dilaksanakan oleh Syarikat Yang Dilantik (SYD). Skop perkhidmatan sokongan tersebut adalah: (a) Pengurusan sisa klinikal; (b) Perkhidmatan pembersihan; (c) Perkhidmatan Linen dan Pendobian; dan (d) Perkhidmatan Pembaikan Kecil. Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid -19 (PKRC), Hospital Kuala Nerang telah diwartakan melalui WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN (FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE) bertarikh 11 September 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, PERISYTIHARAAN STESEN KUARANTIN (No. 15) 2020. Mula dibuka dan beroperasi pada 9 Oktober 2020 ketika negara di landa covid-19 gelombang pertama bagi merawat pesakit berisiko rendah. Ia kemudian ditutup pada 1 Mac 2021 secara rasmi, selepas Malaysia dilihat berjaya melandaikan wabak maut itu. Susulan ramai rakyat Malaysia mula ambil enteng kenaikan kes covid 19 secara mengejut. Hospital Kuala Nerang juga telah menerima pesakit Cat 1,2 dan
146 Low Risk 3 yang perlu dirawat disini. Ia ekoran Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Alor Setar tidak dapat menampung pesakit kronik yang semakin bertambah. 3.0 AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 • Memantau dan mengkoordinasi pelan tindakan perkhidmatan kejuruteraan dan turut serta dalam Mesyuarat koordinasi CPRC dalam Pengurusan COVID19 di peringkat hospital. • Terlibat dalam pengurusan data pandemik Covid-19 di Peringkat JKN • Menguruskan penyediaan fasiliti dan sistem-sistem isolasi pesakit, kawalan infeksi melalui melalui pemantauan Indoor Air Quality (IAQ), kemudahan khemah, dan perkhidmatan kejuruteraan lain termasuk PKRC • Mematuhi garis panduan dan proses kerja syarikat konsesi/kontraktor • Memberikan khidmat nasihat teknikal yang melibatkan peralatan perubatan, perkhidmatan kejuruteraan dan sokongan kepada fasiliti kesihatan KKM, dan syarikat konsesi/kontraktor • Mengawal selia Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan fasiliti kesihatan KKM. 4.0 PERKHIDMATAN SOKONGAN HOSPITAL (PSH) Unit ini bertanggungjawab dalam mengawal selia pelaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) oleh syarikat konsesi supaya mematuhi keperluan perjanjian konsesi yang telah ditandatangani. Skop kontrak konsesi adalah seperti berikut: Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS) Koordinasi pengurusan lima perkhidmatan yang lain bagi memastikan hospital/institusi dapat beroperasi dengan baik dan selamat. Perkhidmatan Pengurusan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS) Penyelenggaraan dan pengoperasian semua loji dan sistem, penyelenggaraan semua aset (bukan peralatan biomedikal), aktiviti kawalan serangga dan penyelenggaraan tanah dan landskap. Perkhidmatan Pengurusan Kejuruteraan Biomedikal (BEMS) Penyelenggaraan dan pengoperasian semua aset (peralatan biomedikal) di hospital. Perkhidmatan Pengurusan Sisa Kesihatan (HWMS) Pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan sisa kesihatan yang dihasilkan oleh Hospital/ Insitutsi Kontrak Perkhidmatan Pembersihan (CLS) Memberikan Perkhidmatan Pembersihan di lokasi perubatan, khusus dan juga am mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
146 Perkhidmatan Linen dan Dobi (LLS) Penghantaran linen bersih yang mencukupi ke Hospital/ Institusi Kontrak, pengutipan linen kotor dan juga perkhidmatan pendobian. 4.1 Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (CWMS) Sisa klinikal adalah meliputi: a) Semua jenis sisa yang dijana oleh PUS di PKRC seperti sisa makanan, sisa pembungkusan (packaging waste), sisa kimia (i.e. bateri), sisa tajam (i.e. jarum,picagari dan kaca yang pecah), sisa farmaseutikal dan topeng muka; dan; b) Personal Protective Equipment (PPE) yang telah digunakan oleh petugasyang menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan sisa klinikal, pembersihan serta linen dan dobi di HQS. Semua sisa klinikal yang dijana adalah sisa berjangkit (infectious waste) yang perlu diurus dengan berhati-hati. c) Perkhidmatan pengurusan sisa klinikal adalah meliputi aktiviti-aktiviti pengutipan, pengumpulan, penyimpanan sementara, pengangkutan (onsite dan off-site) dan proses rawatan sisa klinikal oleh pihak Syarikat Yang Dilantik (SYD) yang dilantik oleh pihak Kerajaan. 4.1.1 Penghasilan (Generation) Makanan, minuman dan set sudu garfu (jika perlu) diagihkan oleh pihak Pusat Kuarantin kepada pesakit dengan kekerapan sebanyak tiga (3) kali sehari atau mengikut keperluan yang ditetapkan di Pusat Kuarantin. Sisa yang terhasil adalah: a) Sisa makanan; b) Sisa minuman; c) Bekas makanan, minuman dan set sudu garfu (jika berkaitan); dan d) Sisa pembungkusan Pesakit COVID-19 dan PUS hendaklah mengasingkan sisa umum (sisa makanan, sisa minuman, bekas makanan dan sisa pembungkusan sahaja) mengikut warna plastik sampah yang dibekalkan (plastik sisa umum). 4.1.2 Keperluan Plastik Sampah Umum Tambahan Pihak SYD hendaklah menyediakan tong sisa umum dan ditanda sebagai ‘Sisa Umum’ dan ditempatkan di dalam Zon Merah. Tong sisa umum hendaklah dilapisi dua (2)
146 plastik sampah umum. Bahan larutan pembasmian disembur di bahagian dalam plastik sampah umum dan bahagian dalam tong tersebut sebelum digunakan. SYD hendaklah memastikan sisa umum tidak melimpah keluar daripada plastik sampah umum yang telah disediakan (⅔ kapasiti plastik sampah umum). SYD hendaklah melakukan penyemburan dengan bahan arutan pembasmian di dalam plastik sampah umum sebelum mengikat plastik tersebut dengan ketat dan selamat. Aktiviti perlu diulangi sekiranya terdapat keperluan plastic sampah umum tambahan. 4.1.3 Pengutipan (Collection) SYD hendaklah memastikan plastik tersebut diikat dengan ketat dan selamat sebelum proses pengutipan dilakukan. Bahan larutan pembasmian disembur di atas plastik yang telah diikat sebelum proses pengutipan dilakukan. SYD hendaklah membuat pengutipan di dalam Zon Merah mengikut jadual yang telah ditetapkan. 4.1.4 Pengangkutan Keluar Tong Sisa Umum SYD hendaklah mengangkut keluar tong sisa umum dari tempat penghasilan sisa (contoh: bilik PUS / Dewan PKRC) ke tempat Penyimpanan Sementara Sisa Umum (Interim Storage) seperti rumah sampah / tong RORO mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh pemilik premis (Zon Merah). SYD hendaklah melakukan penyemburan dengan bahan larutan pembasmian di keseluruhan bahagian luar tong sisa umum termasuk roda tong di ruang dekontaminasi yang disediakan (Zon Kuning). Selepas penyemburan dilakukan, SYD hendaklah menolak keluar dan meletakkan tong sisa umum ke dalam setor clinical waste (Zon Hijau). Sekiranya masih terdapat tong sisa umum yang masih belum diangkut keluar dari Zon Merah. 4.1.5 Penyimpanan Sementara Sisa Umum (Interim Storage) SYD hendaklah mengeluarkan plastik sampah umum dari tong sisa umum ke dalam rumah sampah / tong RORO. Tong sisa umum hendaklah dicuci dengan bahan larutan pembasmian sebelum disimpan untuk kegunaan seterusnya. SYD hendaklah memastikan air larut resap (leachate) daripada aktiviti cucian dialirkan ke dalam sistem rawatan kumbahan. 4.1.6 Pengangkutan Keluar (Offsite Transportation) Sisa umum diuruskan oleh Kontraktor Berlesen bagi perkhidmatan pemungutan sisa pepejal yang dilantik. Bagi memastikan kelancaran sepanjang proses pengurusan sisa umum di Pusat Kuarantin semasa pandemik COVID-19, perkara berikut perlu diambil perhatian: a) SYD hendaklah diberi latihan secukupnya mengenai pengurusan sisa umum di Pusat Kuarantin.
146 b) Langkah pencegahan penyakit berjangkit mengenai COVID-19 termasuk kebersihan diri dan mandi selepas waktu kerja; c) Menggalakkan imunisasi COVID-19 ke atas SYD; d) Pemakaian PPE yang minimum terdiri daripada face mask, sarung tangan, pelindung mata (goggle) dan apron termasuk boot perlindungan kaki hendaklah digunakan sepanjang menguruskan sisa umum di zon kuning dan hijau Pusat Kuarantin; dan e) Penggunaan bekas makanan mesra alam dalam aktiviti pembungkusan makanan kepada pesakit amatlah disarankan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 selain untuk memastikan kelestarian alam sekitar dapat dijaga. 4.2 Perkhidmatan Pembersihan (CLS) Pembersihan pembasmian adalah meliputi aktiviti yang menggunakan air dan sabun pencuci disusuli dengan bahan disinfektan. Pembersihan terminal (terminal cleaning) adalah prosedur pembersihan yang terperinci dan yang dipertingkatkan (enhanced) bagi mendekontaminasikan (decontamination) Bilik Penginapan Kuarantin selepas PUS yang dikenalpasti bergejala berpindah keluar dari bilik dan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. 4.2.1 Skop Kerja • Penempatan Penyelia / supervisor bagi memantau kerja pengoperasian pembersihan • Membekal peralatan, bahan kimi dan consumables bagi kerja-kerja pembersihan • Perkhidmatan Terminal Cleaning di kawasan zon merag • Menjalankan kerja-kerja pembersihan yang berkaitan. 4.2.2 Semburan Pembasmian di Common Area 2 perlu dilaksanakan oleh SYD, sekurang kurangnya satu (1) kali sehari, di Common Area (Zon Merah) yang melibatkan kawasan-kawasan seperti koridor, ruang menunggu, dan lain-lain, mengikut tatacara yang digariskan oleh WHO5 seperti berikut: a) Petugas SYD yang melaksanakan semburan pembasmian perlu mengenakan PPE yang lengkap b) Menyediakan larutan pembasmian berklorin dengan kepekatan 0.05% yang boleh dihasilkan dengan mencairkan sodium hypochlorite (5- 5.25%) iaitu dengan nisbah pencairan 1(peluntur) : 99 (air).
146 c) Melaksanakan semburan menggunakan larutan pembasmian yang telah disediakan di semua permukaan dinding, lantai (berjubin, permaidani dll), pintu, tingkap, lekapan, kelengkapan dan peralatan secara menyeluruh. d) Bagi permukaan yang tidak boleh dibersihkan dengan sodium hypochlorite, permukaan tersebut boleh dibersihkan dengan menggunakan bahan aktif lain e) PPE perlu dibuang selepas selesai tugasan dan dikategorikan sebagai sisa klinikal. 4.2.3 Terminal Cleaning di bilik penginapan PUS yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan oleh SYD. 4.2.4 Perlaksanaan Terminal Cleaning boleh dilaksanakan seperti tatacara berikut: a) Petugas PYD yang melaksanakan terminal cleaning perlu mengenakan PPE yang lengkap. b) Tanda amaran perlu diletakkan di luar bilik. c) Mengumpulkan semua sisa yang telah dijanan oleh PUS dan buang ke dalam tong sisa klinikal. d) Menyediakan larutan pembersihan dan pembasmianberklorin dengan kepekatan 0.05%6 yang boleh dihasilkan dengan mencairkan sodium hypochlorite (5-5.25%) iaitu dengan nisbah pencairan 1(peluntur) : 99 (air). Bagi pembersihan di kawasan permukaan tandas, larutan pembersihan dan pembasmian berklorin dengan kepekatan 0.5%7 yang boleh dihasilkan dengan mencairkan sodium hypochlorite (5-5.25%) iaitu dengan nisbah pencairan 1 (peluntur) : 9 (air). e) Lap lembap (damp wipe) seluruh permukaan dinding di dalam bilik. f) Lap lembap (damp wipe) semua kelengkapan perabot dan peralatan di dalam bilik terutamanya permukaan yang kerap disentuh seperti rel tempat tidur, meja sisi katil, kerusi, sinki bilik, suis lampu, tombol pintu dan dan lain-lain. g) Mop habuk dan mop lembap (dust mop and damp mop) seluruh permukaan lantai dengan menggunakan larutan pembersihan. h) Bersih dan basmikan seluruh bilik, lekapan, kelengkapan dan peralatan secara menyeluruh. i) Bersih dan basmikan lantai dengan menggunakan larutan pembasmi kuman. Bagi lantai bilik berpermaidani, pembersihan perlu mengikut kaedah yang ditetapkan. j) Bilik yang telah siap dibersihkan adalah disarankan untuk tidak diganggu dalam tempoh sekurang-kurangnya dua (2) jam. Selepas tempoh tersebut, linen boleh ditanggal dan dicuci dengan kaedah yang ditetapkan. k) Peralatan yang digunakan bagi kerja pembersihan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam untuk dicuci. Larutan pembersih dan pembasmi kuman yang digunakan mesti dibuang ke dalam mangkuk tandas.
146 l) PPE perlu dibuang selepas selesai tugasan dan dikategorikan sebagai sisa klinikal. 4.3 Perkhidmatan Linen dan Pendobian (LLS) 4.3.1 Linen bersih yang perlu dibekalkan oleh pihak SYD adalah bergantung kepada keperluan di PKRC. Kategori linen adalah terdiri dari: a) Bed linen seperti cadar, sarung bantal dan selimut; b) Patient linen iaitu baju dan seluar PUS/PUI; c) User linen iaitu baju dan seluar untuk petugas kesihatan; dan d) Bath linen seperti tuala mandi 4.3.2 Perkhidmatan pendobian yang dilaksanakan oleh pihak SYD yang merangkumi aktiviti: a) Pembekalan linen bersih b) Mengutip, menerima dan mengumpul linen kotor c) Pembekalan, troli, beg merah dan alginate bag d) Mengenalpasti laluan bagi pengendalian linen bersih dan kotor e) Pengangkutan linen ke loji pendobian f) Pendobian linen g) Merekod penghantaran kutipan, timbangan dan penghantaran linen bersih dan kotor h) Kerja-kerja lain yang mengikut keperluan berdasarkan keadaan semasa lokasi. 4.3.3 Petugas PKRC yang menguruskan linen kotor perlu mengenakan PPE yang lengkap a) Petugas PKRC menyediakan bekalan beg plastik yang mencukupi untuk mengisi linen kotor. Beg plastik yang disediakan oleh pihak pengurusan HQS perlulah kuat, tahan lasak dan kalis bocor. b) Petugas PKRC perlu mengendali dengan selamat beg plastik yang bocor mengandungi linen kotor. c) Petugas PKRC mengutip, menerima dan mengumpul semua linen kotor yang telah diletakkan ke dalam beg plastik di luar Bilik Penginapan Kuarantin oleh PUS. d) Petugas PKRC tidak mengangkut linen kotor secara terus dengan tangan tanpa dimasukkan ke dalam beg plastik yang telah diikat dengan kemas dan sempurna. e) petugas PKRC menyediakan bekalan linen yang selamat, bersih, mencukupi dan tepat pada masanya (timely). 4.3.4 Kaedah pencucian dan pengeringan
146 a) Sekiranya kitaran dobi air panas digunakan, linen kotor perlu dicuci dengan detergen atau disinfektan di dalam air pada suhu 70°C untuk sekurangkurangnya 25 minit dan seterusnya dikeringkan seperti prosedur rutin. Bagaimanapun, WHO dan UNICEF (2020) menyarankan cucian air suam pada suhu di antara 60°C hingga 90°C dengan menggunakan mesin basuh dengan detergen dan seterusnya dikeringkan seperti prosedur rutin, atau; b) Sekiranya menggunakan kitaran dobi dengan suhu adalah lebih rendah (iaitu kurang dari 70°C), bahan kimia yang sesuai dengan kepekatan yang bersesuaian perlu dipilih10. Seterusnya, linen direndam di dalam larutan 0.05% klorin selama lebih kurang 30 minit. Kaedah menghasilkan larutan pencuci dari bahan peluntur. Kebiasaannya, satu bekas dengan larutan peluntur pada kepekatan 5 – 5.25% sodium hypochlorite dicairkan dengan sembilan bekas air untuk menghasilkan larutan dengan kepekatan sederhana pada 0.05% klorin. Akhir sekali, linen yang telah dibasuh boleh dibilas dengan air dan seterusnya dikeringkan di bawah cahaya matahari, atau; c) Bagi cucian tangan, linen kotor boleh direndam terlebih dahulu di dalam campuran air panas (di antara 60°C hingga 90°C) dan sabun di dalam bekas yang besar dan dikacau secara perlahan-lahan bagi mengelakkan percikan. Bekas berkenaan kemudiannya dikosongkan, dan linen direndam di dalam larutan 0.05% klorin selama lebih kurang 30 minit. Kaedah menghasilkan larutan pencuci dari bahan peluntur. Kebiasaannya, satu bekas dengan larutan peluntur pada kepekatan 5 – 5.25% sodium hypochlorite dicairkan dengan sembilan bekas air untuk menghasilkan larutan dengan kepekatan sederhana pada 0.05% klorin. Akhir sekali, linen yang telah dibasuh boleh dibilas dengan air dan seterusnya dikeringkan di bawah cahaya matahari. 4.4 Pengesahan Penyediaan Perkhidmatan 4.4.1 Pengurusan Sisa klinikal a) Wakil KKM/Kerajaan yang bertugas perlu merujuk kepada SOP yang berkaitan b) Wakil KKM/Kerajaan yang bertugas perlu memakai PPE yang ditetapkan c) Penimbangan berat sisa klinikal perlu disaksikan dan disahkan oleh wakil KKM/Kerajaan. d) Maklumat berat sisa klinikal yang telah ditimbang perlu direkod oleh petugas SYD. e) Nota konsainan (consignment note) perlu ditandatangani oleh wakil KKM/Kerajaan dan dikembalikan semula kepada petugas SYD. f) Wakil KKM/Kerajaan yang bertugas atau wakil SYD perlu melaporkan mengenai maklumat berat sisa klinikal yang telah disahkan berserta bukti kepada Unit Kejuruteraan Hospital.
146 3.4.2 Pengurusan Terminal Cleaning a) Wakil KKM/Kerajaan perlu melaksanakan pemeriksaan rawak ke atas kaedah penyediaan larutan bahan disinfektan dan/atau bahan peluntur sekiranya dilaksanakan secara in-house oleh SYD. Kaedah penyediaan larutan bahan disinfektan dan/atau bahan peluntur secara in-house bagi perkhidmatan pengurusan pembersihan. b) Bagi aktiviti pembersihan terminal yang dilaksanakan oleh pihak SYD, contoh rekod adalah sepertimana yang dinyatakan. c) Wakil KKM/Kerajaan atau wakil SYD yang bertugas perlu melaporkan mengenai maklumat perkhidmatan pengurusan pembersihan pembasmian dan pembersihan terminal yang telah disahkan berserta bukti kepada Unit Kejuruteraan Hospital. 4.5 Pengendalian dan Pengoperasian Silinder Oksigen Gas Perubatan 4.5.1 Atas keperluan tertentu, gas perubatan perlu disediakan kepada pesakit-pesakit di Pusat Kurantin yang berkaitan daripada jenis silinder mudah alih. Oleh itu, penggunaan silinder gas oksigen ini adalah tertakluk kepada piawaian yang berkaitan dengan gas perubatan yang sangat mengutamakan keselamatan. Setiap kakitangan dan individu yang terlibat dalam pengendalian dan pengoperasian silinder gas perubatan di Pusat Kuarantin hendaklah terlatih dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkaitan tugasan serta risiko keselamatan yang mungkin berlaku. Bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku, satu garis panduan berkaitan pengendalian dan pengoperasian silinder gas oksigen disediakan untuk digunapakai di Pusat Kuarantin yang terlibat. 4.5.2 Skop kerja dalam pengendalian dan pengoperasian silinder oksigen ini merangkumi tiga (3) aspek utama iaitu: a) Penyimpanan dan penghantaran; b) Penggunaan silinder oksigen, dan; c) Tukar ganti silinder oksigen.
146 5.0 KERJA-KERJA KECEMASAN DAN WAD-WAD DI HOSPITAL TERLIBAT BAGI PERSEDIAAN ISU JANGKITAN COVID-19 : TUKAR FUNGSI WAD-WAD COVID19 SECARA HYBRID
146 Hospital Kuala Nerang sejak 12 Mei 2020 sudah membuka semula Wad-wad Covid19 secara Hybrid di hospital ini, bermakna sebahagian daripada wad-wad dibuka untuk penjagaan dan rawatan pesakit Covid dari seluruh Kedah. Wad-wad ini pada asalnya Wad Lelaki dan Perempuan ditukar fungsi kepada wad Covid Lelaki dan Covid Perempuan dewasa bagi Kategori 3 dan 4 iaitu bagi kes-kes yg memerlukan bantuan Oksigen dan penjagaan yg lebih teliti berbanding kes-kes kategori 1 (tiada symptom) dan 2 (symptom ringan). Wad-wad ini boleh memuatkan sehingga 51 pesakit pada satu-satu masa dengan bantuan oksigen yang lengkap. Sehingga kini, wad adalah sentiasa penuh dengan kadar kemasukan 100%. Manakala Wad Kanak - Kanak berubah fungsi kepada Wad Lelaki dan Perempuan Dewasa bagi kes - kes biasa Bukan Covid. Ini bagi memastikan rawatan dan perkhidmatan kepada pesakit Bukan Covid tidak terganggu terutama kepada pesakit yang berusia dan mempunyai masalah logistik.