PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan saya dedikasikan kepada
pensyarah madah MPU 3062 Unit Beruniform (Pergerakan
Puteri Islam Malaysia) saya, Puan Manoriza binti Abdul Malek
yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau,
mana mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada
masanya
Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada kedua
ibu bapa saya yang menjadi tulang belakang saya dan tidak
jemu memberi sokongan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan ini. Akhir kalam, terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada mana-mana pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak sepanjang proses menyiapkan kerja kursus
ini.
BIODATA GURU PELATIH
Nama : Nursyazana binti Ismail
No. Kad Pengenalan : 020305-01-1260
Angka Giliran : 2021152340014
No. Kad Matrik : P15200343
Alamat Tetap : No.107b, Kampung Permatang Duku, 82200
Benut, Pontian, Johor
No. Telefon : 013-7638790
E-Mel : [email protected]
Program : PISMP
Pengkhususan : Pengajian Melayu
Ambilan : Jun 2021
Tahun Dan Semester : Tahun 2 Semester 1
Jawatan : Ahli Aktif
KALENDAR PERJUMPAAN
SUKATAN PPIM
SUKATAN PELAJARAN PPIM
SEKOLAH RENDAH
FALSAFAH PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah
pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada
peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah di universiti-
universiti, Institut Perguruan dan sekolah-sekolah
menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai Ko-
kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan
membimbing PUTERI ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh
dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan menterjemahkan ke
dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, mencapai
kesejahteraan dir serta bertanggungjawab dan berupaya
mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan
negara selaras dengan ajaran Islam.
MATLAMAT PPIM
Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan
perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM
berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :
● Mengimbangkan antara perkembangan intelektual,
sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui
penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai
pendidikan.
● Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di
kalangan puteri- puteri.
● Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam
pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut,
maktab, kolej dan universiti.
● Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.
● Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan
menyeronokkan.
● Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala
antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat,
khasnya masyarakat setempat.
OBJEKTIF PERTUBUHAN PPIM
(PENGAJIAN TINGGI)
Melahirkan pemimpin yang berketerampilan, berwibawa,
berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan
masyarakat remaja yang mampu:
• Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah,
Rasul dan pemerintah serta cintakan negara
• Menguasai berbagai bidang ilmu
• Berakhlak mulia
• Berbakti kepada masyarakat tanpa prajudis
1.1 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari
segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani
supaya menjadi insan Kamilah, berilmu, berdaya
maju, berdaya juang, berdaya tahan dan
berketerampilan.
1.2 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti
sendiri dan berwawasan, progesif, berfikiran
terbuka serta mampu menjadi penggerak
masyarakat.
1.3 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi
muda dan menghormati generasi tua serta
menjadi penghubung kesinambungan antara
generasi lama dan baru.
OBJEKTIF PERTUBUHAN PPIM
(SEK. REN & SEK. MEN)
Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat
sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan
seperti berikut:
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang
● Taat kepada Allah, Raja dan Negara
● Berilmu
● Berakhlak mulia
● Berbakti kepada masyarakat
1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak,
rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah,
berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam
supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang
diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk
Agama, Nusa dan Bangsa.
1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti
sendiri, progresif dan di terima masyarakat.
1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi
muda dan menghormati generasi tua.
VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri
berikut :
● Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip
Islam.
● Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan
diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual,
emosi, sosial dan fizikal.
● Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim
sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat
dan negara.
MISI PPIM
Puteri dibimbing dengan :
● Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan
hadis di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata
melalui program-program yang dijalankan.
● Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada
masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang
mencabar dan menarik.
● Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan
pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang
secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.
LEMBARAN KERJA
Isi tempat kosong.
ciri-ciri Ajaran Islam Puteri
bertanggungjawab harmonis
berpakaian
seragam
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan
……………………………… yang bergerak pada peringkat Kebangsaan,
Negeri dan Daerah di universiti-universiti, Institut Perguruan dan
sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai
Ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan
membimbing ………………… ke arah penyuburan dan pengembangan
potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi
mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan ………………. dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan
menterjemahkan ke dalam diri Puteri ………………… rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, mencapai
kesejahteraan diri serta ……………………………. dan berupaya mampu
dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan
………………... .
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
i. Peringkat Persediaan
PIHAK
PENTADBIR
KEBANGSAAN PERHUBUNGAN SEKOLAH
NEGERI
Peringkat Sekolah
• Pentadbir di peringkat sekolah perlu mengenal pasti guru-
guru untuk lantikan Guru Pemimpin PPIM dan melantik
beberapa orang guru pemimpin yang lain mengikut
keperluan dan bilangan ahli/kumpulan pasukan di sekolah
berkenaan.
• Menyediakan keperluan dengan keadaan optima bag
menjalankan aktiviti PPIM seperti kemudahan tempat dan
perlatan.
• Memberi pendedahan tentang PPIM termasuk konsep,
falsafah, objektif, matlamat dan aktiviti kepada pihak sekolah
dan PIBG.
• Menghubungi PPIM Negeri untuk mengemukakan nama-
nama guru yang masih belum mengikuti Kursus Asas (Tahap
I) atau tidak memperolehi Sijil dan Tauliah Pemimpin bagi
mendapatkan surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti
PPIM di sekolah.
Contoh surat kebenaran menjalankan kegiatan PPIM di sekolah
Prosedur Penubuhan PPIM di Sekolah
• Guru-guru pemimpin memaklumkan kepada Pengetua atau
PenolongKana Kokurikulum tentang penubuhan PPIM dan
menerangkan tentang organisasi di peringkat sekolah.
• Menguruskan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan
mengisi Borang Pendaftaran Penubuhan PPIM secara online
(Format A). Sila cetak sebanyak 4 salinan.
- Salinan 1 kepada Setiausaha Perhubungan Negeri.
- Salinan 2 kepada Setiausaha Perhubungan Daerah.
- Salinan 3 kepada Setiausaha Jabatan Pendidikan
Negeri.
- Salinan 4 untuk simpanan sekolah.
# Tidak perlu menghantar salinan kepada Setiausaha Kehormat
PPIM di Ibu Pejabat PPIM Kebangsaan kerana pendaftaran
penubuhan telah dilakukan secara online.
• Borang pendaftaran boleh diperolehi daripada PPIM
Perhubungan Negeri/Daerah.
• Ibu Pejabat PPIM akan menghantar Surat Pengesahan
Pendaftaran, kepada Sekolah / Kolej / Universiti dan salinan
kepada:
- Pengerusi Perhubungan Negeri
- Setiausaha Perhubungan Negeri
- Jabatan Pendidikan Negeri
• Sekolah juga akan menerima "Kad Perakuan Pendaftaran"
beserta Nombor Pendaftaran.Guru-guru pemimpin
memaklumkan kepada Pengetua atau PenolongKana
Kokurikulum tentang penubuhan PPIM dan menerangkan
tentang organisasi di peringkat sekolah.
Contoh perakuan pendaftaran
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
LOGO PPIM
MERAH SAMAR
Melambangkan keharmonian
dan kelembutan
HIJAU
Agama, Taqwa sebagai
TERAS
PUTIH
Kesucian
KUNING
Kesetiaan dan ketaatan
PENGERTIAN LOGO
● Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna
hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam
lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA
● Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di
dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada
perkataan“PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
● Di bawah logo ini tertulis perkataan :-
“PUTERI"- Bagi Ahli-ahli Puteri
“PEMIMPIN PUTERI" - Bagi Pemimpin-pemimpin
MOTO/COGAN KATA
PPIM
BERILMU
BERIMAN
BERAMAL
SULUH KATA PPIM
P Patuh dan taat kepada Allah dan
Rasul
U Ugama dijunjung adat dikelek
T Taat kepada ibu dan ayah
E Erat ukhwah Islam sejagat
R Rela berbakti kepada umat
I Iman dipupuk ilmu dituntut
I Iman dipupuk ilmu dituntut
S Sembahyang ditunai setiap waktu
L Larangan Allah mesti dijauhkan
A Akhlak mulia mengukuh iman
M Mukminin mukminat rakyat
seperjuangan
BENDERA PPIM
• Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah
jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana
pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada
ukuran bendera.
• Penggunaan
- Setiap upacara rasmi
- Tatacara Perjumpaan
KEDUDUKAN BENDERA
Bendera Negeri Bendera Bendera PPIM
Malaysia
LAGU PPIM
IKRAR PPIM
BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI
PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA, BERIKRAR AKAN :
• Taat kepada Allah, rasul,
pemerintah, guru dan ibu
bapa
• Memperkukuhkan iman dan
memperbaiki akhlak
• Membangunkan diri dengan
sempurna
• Mengukuhkan silaturahim
sesama puteri
• Berkhidmat untuk keluarga,
masyarakat dan negara
KEANGGOTAAN
Keahlian Pergerakan Puteri Islam Malaysia terbuka kepada
kaum wanita di semua peringkat :
• Suri rumah tanpa had umur
• Wanita yang bekerja samada di sektor awam atau
swasta
• Gadis-gadis atau remaja lepasan sekolah
• Pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau
swasta
• Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah dan Rendah
berusia 10 tahun ke atas
LENCANA
Lencana Puteri Lencana Pemimpin
LEMBARAN KERJA
1. Senaraikan cogan kata PPIM
………………………………………………………………………
………………………………………………………………………
………………………………………………………………………
………………………………
2. Isi tempat kosong
Lagu PPIM
Puteri Lembaga Islam riang ……………..
Tetap taan kepada Allah dan raja
Berkorban untuk …………… dan negara
Dunia …………… mendapat Bahagia.
Berusaha mencari ………………
...................... membuat kebajikan
Berusaha mencapai …………
Bersemangat penuh ………………
Puteri Lembaga Islam riang ……………..
Tetap taan kepada Allah dan raja
Berkorban untuk …………… dan negara
Dunia …………… mendapat Bahagia.
SEJARAH PENGASAS & PENUBUHAN PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
(PPIM) diwujudkan pada tahun 60an
oleh Lembaga Kebajikan Perempuan
Islam Malaysia (LKPIM) yang
diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar
Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang
pertama.
Keanggotaannya hanya
untuk pelajar sekolah menengah.
Ketika itu, kurikulum hanya
berdasarkan kepada aktiviti
keagamaan dan khidmat masyarakat
yang bersifat memberi bantuan
kepada golongan miskin.
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah
dilancarkan dengan rasminya
oleh DYMM Raja Permaisuri
Agong Ke 6 Almarhummah Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia
Tengku Ampuan Pahang,
Tengku Hajah Afzan binti
Almarhum Tengku Panglima
Perang, Tengku Muhammad
Rahimahallah, di Dewan
Canselor Tun Abdul Razak,
Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail
dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM
Pertama.
Hari Puteri disambut pada 17
Jun setiap tahun bagi memperingati
kelahiran PPIM dan ia pertama kali
diadakan di peringkat kebangsaan
pada 20 Jun 1987.
Pada Hari Puteri 1988, Majlis
Pentadbir Kebangsaan PPIM telah
mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala
Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri
telah disumbangkan oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM
dibenarkan bergerak sebagai
Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-
Kurikulum (GERKO) di semua maktab
perguruan di seluruh Malaysia.
Skuad Puteri telah dilancarkan
oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan
Azizah Wan Ismail pada 23
November 1996 bagi
meluaskan penglibatan remaja
dan wanita lepasan sekolah di
dalam kerja-kerja khidmat
masyarakat seperti bantuan
bagi mangsa banjir dan
program ziarah hospital.
PPIM sekali lagi menempa
sejarah apabila dilancarkan di
institusi pengajian tinggi pada
8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin
Seri Endon Mahmood
(Allahyarhamah) di Universiti
Islam Antarabangsa.
Pada awal tahun 2004. dibawah
kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah
Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu
pejabat PPIM telah berpindah ke Darul
Puteri. Perasmian Darul Puteri telah
disempurnakan oleh Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku
Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul
Rashid pada 24 Ogos 2005.
Pada 24 Mac 2007, kekosongan
jawatan Yang Dipertua telah
diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah
Badiah Abdul Manan setelah
menang tanpa bertanding
pada sesi pemilihan 2007 -
2009 & 2009 - 2011.
TUJUAN PENUBUHAN PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
adalah sebuah pergerakan berpakaian
seragam yang bergerak secara sukarela di
sekolah-sekolah rendah, menengah, institut
dan Institut Pendidikan Guru serta Institusi
Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti
PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing
puteri-puteri ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi-potensi diri secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah
S.W.T.
ISTIADAT RASMI
PERSEDIAAN TATACARA
PERJUMPAAN & PENUTUP
STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT KEBANGSAAN
Yang Di-Pertua
Naib Yang Dipertua 1 Naib Yang Dipertua 2
Setiausaha Ahli Majlis Bendahari
Kehormat Pentadbir Kehormat
Seorang Wakil Bhg 2 orang Wakil LKPIM
Sekolah Kem.
Pelajaran Seorang Wakil Kem.
Pembangunan
Seorang Wakil Bhg
Belia Kem Belia Wanita dan Keluarga
dan Sukan
Seorang Wakil
Pusat Islam Jab
Perdana Menteri
STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT NEGERI Pengerusi Bersama
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha Bendahari Ahli Majlis
Kehormat Kehormat Pentadbir
Seorang Wakil Bhg KK Seorang Wakil Jab.
Jab. Pelajaran Belia
Seorang Wakil Majlis Seorang Wakil LKPIM
Agama Islam Negeri
Seorang Wakil Kem.
Pembangunan Wanita
dan Keluarga
STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT DAERAH Pengerusi Bersama
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha Bendahari Ahli Majlis
Kehormat Kehormat Pentadbir
Seorang Wakil : Seorang Wakil LKPI
• Jab. Belia
• Bhg. Ko-kurikulum
Jab Pelajaran
• Wakil Majlis Agama
Islam Negeri
• Wakil Jab.
Pembangunan
Wanita dan Keluarga
STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
Pengetua Sekolah
Pen. Kanan Hem Guru Kanan
Ketua Guru Pemimpin Ko-k
Guru Pemimpin Guru Pemimpin Guru Pemimpin
Penghuluwati
Naib Penghuluwati
Setiausaha Bendahari
Ketua Pasukan 1 Ketua Pasukan 2 Ketua Pasukan 3
STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
Penaung (Guru Besar)
Pengerusi
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Guru Penasihat
Pengerusi (Pelajar)
Naib Pengerusi (Pelajar)
Setiausaha Bendahari AJK
Pen. Setiausaha Pen. Bendehari
STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERINGKAT IPT (IPGK)
Penaung
(Pengarah)
Pengerusi
(Ketua Jabatan)
Guru Penasihat
Pengerusi
(Pelajar)
Naib Pengerusi
(Pelajar)
Setiausaha Bendahari AJK
Pen. Setiausaha Pen. Bendahari