LEMBARAN KERJA
1. Apakah yang dimaksudkan dengan malam kebudayaan?
2. Nyatakan satu permainan yang boleh diadakan semasa perkhemahan
berlangsung.
3. Apakah tujuan aktiviti nyanyian perkhemahan dilakukan?
JALAN LASAK & PANDU ARAH
PENGENALAN
Jalan lasak merupakan aktiviti berjalan atau berlari sejauh
10km hingga 25km di mana individu akan bergerak secara
berkumpulan.
Trek yang dilalui melibatkan pelbagai bentuk muka bumi sama
ada jalan raya atau kawasan denai ytang kering atau
berlumpur. Aktiviti ini dapat memberikan perspektif baru untuk
kumpulan sasaran dalam meningkatkan ketahanan fizikal dan
mental serta semangat kerjasama dalam pasukan.
Kumpulan sasaran juga akan emmbawa bersama bebanan
bagi menambah lagi cabaran dalam pelaksanaan aktiviti ini.
Untuk pelatih kursus asas, aktiviti ini dilaksanakan sebelum
Rutin Bravo
Tujuan
i. Menguji tahap kekuatan mental dan fizikal kumpulan
sasaran
ii. Memupuk smemangat setiakawan dan kerjasama
(team building) dalam kalangan kumpulan sasaran.
Matlamat
i. Membina ciri-ciri sosial yang baik.
ii. Kebolehan berkomunikasi dalam keadaan tegang.
iii. Membina jati diri yang tinggi serta semangat berpasukan
yang jitu.
iv. Membentuk sikap kepimpinan dan pengikut yang baik
leadership dan followership.
Objektif
i. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular
ii. Meningkatkan daya tahan otot
iii. Membina kekuatan mental dalam
melaksanakan latihan
Peralatan yang digunakan
i. Pakaian bertindak/Celoreng lengkap
ii. Senjata kecil yang bersesuaian (jika perlu)
iii. Haversack berserta 2x botol minuman 1.5liter
yang berisi pasir di dalamnya
iv. Bendera Divisyen bagi pelatih kursus asas
v. Peti pertolongan cemas
vi. Kenderaan yang bersesuaian bersama
pemandu
vii. Bendera keselamatan
viii. Walkie talkie
ix. Air yang mencukupi
Jangka masa
i. Lebih kurang 5 jam dengan jarak antara 10
hingga 25 km
ii. Mengikut jadual yang akan dikeluarkan
secara berasingan
Persiapan
i. Mengadakan perjumpaan dengan individu
dan pihak yang berkaitan dengan kawasan
Latihan jalan lasak
ii. Pemberitahuan makluman kepada PDRM dan
Klinik Kesihatan berhampiran jika berlaku
sebarang kecemasan
iii. Menyediakan atau mengeluarkan arahan
pentadbiran berkenaan aktiviti ini
iv. Memastikan kumpulan sasaran dalam
keadaan sihat tubuh badan
v. Memastikan peralatan yang cukup
vi. Mengadakan taklimat sebelum aktiviti
dilaksanakan
JALAN LASAK & PANDU ARAH
• Prosedur Persiapan landasan
Sebelum Taklimat pemimpin kepada
Aktiviti ahli-ahli
Semasa Semakan alatan dan logistik
Aktiviti
Semakan peralatan
kecemasan
Semua ahli berkumpul di tempat
permulaan aktiviti
Pihak bertugas berada di setiap
stesen sebelum ahli dilepaskan
Ketua aktiviti memberi taklimat
kepada ahli
Ahli diberikan peralatan/keperluan
pandu arah
Kumpulan pertama dibawa ke lokasi
permulaan dahulu
Ahli memulakan aktiviti mengikut
prosedur yang ditetapkan
Membaca Kompas, mengira jarak
dan membuat carian
Ahli diminta bergerak mengikut
kemahiran dan kefahaman sendiri
secara berkumpulan
Selepas PemPiemrspiainpmanelnagnudmaspaunlkan
Aktiviti semua ahli dan memastikan
bilangannya mencukupi
Pemimpin mengenal pasti
tahap kesihatan dan
kecergasan ahli
Semua alatan hendaklah
dikembalikan
Sesi renungan/refleksi
Bersalaman antara pemimpin
dengan ahli
Semua barang disimpan di
stor
Laporan aktiviti disediakan
• Membaca Kompas
KOMPAS
✓ Untuk menentukan arah.
✓ Dijadikan panduan asas bagi ahli-ahli pengembara menentukan
hala tuju di dalam hutan.
✓ Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan
arah yang tepat.
Jenis kompas
Kompas bearing sudut
✓ Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah
sudutnya ialah 360 darjah.
Kompas mata angin 16
✓ Berpandukan empat mata angin yang utama.
Perkara-perkara penting semasa guna kompas
i. Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak
dituju) bagi memastikan arah yang betul
dantepat.
ii. Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya
anda boleh terus menghala ke arah yanghendak
dituju dengan mudah, misalnya pokok besar,
benda yang ganjil atau gatu besar yangberada
di persekitaran.
Langkah-langkah bagi mencari kedudukan
sesuatu tempat di atas peta:
i. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
ii. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak
dicari bearing sudutnya, misalnya a dan b.
iii. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara
selata. Ini dapat dilakukan dengan
melukisgarisan yang selari dengan mana-mana
garisan gred yang berhampiran.
iv. Sambungkan kedua-dua titik a dan b dengan
satu garis lurus.
v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur
sudut bermula dari utara mengkut arah
pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang
menyambungkan kedua-dua titik tersebut
Aktiviti penggunaan kompas
i. mengenal arah mata angin.
ii. mencari arah mata angin.
iii. mencari arah kiblat.
iv. praktikal mencari bearing (arah mata angin).
v. latihan di kawasan sekolah.
vi. menggunakan peta.
vii. merintis hutan menggunakan kompas.
viii. pertandingan mencari bearing di hutan.
ix. mencari harta karun.
x. aktiviti orienteering atau pandu arah.
• Komunikasi Radio Amatur / UHF VHF
✓ Suatu perkhidmatan radio komunikasi yang
digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan
dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh
individu yang memegang lesen radio amatur.
✓ Dapat digunakan bagi menghubungkan seseorang
yang berada samada di dalam kawasan atau ke
seluruh dunia dengan menggunakan set radio
amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
✓ Penggunaan radio amatur sangat praktikal
terutamanya apabila kita berkonvoi ke dalam hutan
belantara.
Fungsi radio amatur
i. Membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat pada
setiap masa.
ii. Amat berguna terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat.
iii. Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon
bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan
berpenduduk sahaja.
iv. Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio
amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan
perhubungan.
v. Menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain
pada jarak yang lebih jauh.
vi. Pada mulanya komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah
sekadar bercakap sahaja. Kini, sistem perhubungan yang
dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar
kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya
dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat sebagaimana
sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian
besar dunia.
• UHF VHF
Ultra High Frequency Very High Frequency
Digunakan secara meluas Sering digunakan untuk
oleh agensi-agensi sistem pengemudian
perkhidmatan awam untuk terestrial (khususnya VOR),
komunikasi radio dua hala komunikasi marin, dan
komunikasi pesawat.
OPERATOR • Hanya mereka yang telah
RADIO diperakukan boleh mengendalikan
sesuatu alat Radio Amatur.
AMATUR
• Terbahagi kepada dua kelas lesen
iaitu
lesen A :Ujian Teori Radio dan
Kefahaman Peraturan
Radio
lesen B :Ujian Kod Morse dan
ujian-ujian teori dan
radio
• Membaca Peta Tapo & Kegunaannya
PETA TOPOGRAFI
✓ Peta yang menunjukkan maklumat topografi dan
firtur-fitur yang ada di atas permukaan bumi.
Contoh: bukit, sungai, jalan dll
✓ Peta yang baik membolehkan untuk kita
membayangkan apa yang ada di tempat tersebut
dari segi saiz, jarak, ketinggian dan lain-lain
KEGUNAAN PETA TOPOGRAFI Memberi maklumat tentang • Membolehkan kita
kewujudan, kolasi dan jarak membuat dan
antarar fitur yang ada di bumi perancangan
perjalanan
perhubungan
• Dengan menentukan
Penting untuk pihak tentera bagi cara pertahanan,
mempertahankan negara pengangkutan dan
logisitik yang perlu
ada
Maklumat tentang kepelbagaian
bentuk dan ketinggian muka
bumi & jenis tumbuhan yang
ada
• Mengesan Tanda & Simbol
TANDA DAN SIMBOL
✓ Digunakan semasa pengembaraan di dalam
hutan atau mendaki bukit
✓ Ahli pasukan dapat mengesan kedudukan anda
dengan cepat sekiranya sesat di dalam hutan
Ikut jalan
• Boleh digaris pada tanah
• Menggunakan batu-batu kecil dan disusun seperti
anak panah
• Menggunakan ranting kayu membentuk anak
panah
Beberapa langkah ke hadapan
• Bermaksud ada sesuatu di hadapan atau ada
berita baik di hadapan
• Contoh: ada surat tertanam 5 langkah ke hadapan
• Ranting kayu digunakan membentuk anak panah
• Melorek di atas tanah
Ada air arah sini
• Bermaksud terdapat sungai atau takungan air
mengikut arah
• Dilorek atau dilukis di atas tanah
Ikut arah ranting kayu yang patah
ranting kayu
mengarah ke kanan
• Merupakan simbol bagi arah yang betul
• Dihasilkan dengan mematahkan ranting kayu
mengikut arah yang betul
Ikut arah hujung rumput ini
rumput diikat
mengarah ke kanan
• Merupakan simbol bagi arah yang betul
• Dihasilkan dengan menyimpulkan rumput dan
menghalakan hujung rumput ke arah yang betul
Ikut arah batu kecil
Batu yang berbeza saiz.
Batu paling kecil
menandakan arah
• Merupakan simbol bagi arah
• Batu disusun daripada saiz yang besar kepada saiz
semakin kecil
• Hujung batu yang kecil menunjukkan arah yang
ingin ditunjukkan
Jalan terus
• Merupakan simbol bagi arah
• Batu besar diletakkan di bawah dan batu kecil
diletakkan di atas
• Boleh juga dilukis di atas tanah
Tunggu di sini
• Bermaksud anda tidak boleh bergerak
• Anda boleh berehat atau menunggu arahan
seterusnya di sini
• Dihasilkan dengan meletakkan batu besar di
bawah, diikuti batu serdehana di atas dan batu
kecil di atas sekali
• Juga boleh dilukis atas tanah atau menggunakan
ranting
• Laporan Pengembaraan
ISI LAPORAN
✓ Disediakan oleh
- setiausaha aktiviti
✓ Lakaran
- lakaran kawasan peta jalan lasak
disertakan
✓ Bahagi tugas
- pembahagian tugas
✓ Kandungan
- maklumat umum, masa, tempat aktiviti
✓ Catatan
- catatan perjalanan
✓ Gambar
- gambar-gambar sepanjang aktivit
jalan lasak disertakan
LEMBARAN KERJA
1. Nyatakan 3 prosedur semasa menjalan aktiviti jalan
lasak dan pandu arah
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
2. Apakah fungsi peta topografi
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………….
KHIDMAT SUKARELAWAN
Kerja sukarela atau khidmat sukarela adalah suatu
kegiatan yang dilakukan secara rela hati, tanpa
paksaan, ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan
yang memdatangkan manfaat kepada sesuatu
pihak yang lain. kegiatan ini banyak melibatkan
perkara yang melibatkan kemasyarakatan
MATLAMAT KESUKARELAWANAN
Membentuk suatu masyarakat, malah
peradaban, yang adil, makmur dan
sejahtera.
Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela
i. Kasih sayang
ii. Kerjasama
iii. Keprihatinan sosial
iv. Persaudaraan/persahabatan
v. Menjana modal insan & modal sosial
vi. Patriotisme
vii. Pengupayaan masyarakat
viii. Ketahanan nasional
ix. Perpaduan
x. Nilai-nilai kemanusiaan
Bentuk-bentuk kerja sukarela
Sasaran
✓ Individu
✓ Kumpulan (kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa
bencana, warga tua, pelarian perang
✓ Keluarga
✓ Komuniti
✓ Pertubuhan (organisasi)
✓ Alam sekitar
✓ Masyarakat umum
Perkara-perkara yang boleh memberi makna
dalam kita bersukarela
✓ Rasa kesetiakawanan
✓ Keinganan untuk menolong atau melakukan
kebaikan
✓ Perasaan belas kasihan
✓ Semnagat bekerjasam dalam pasukan
LEMBARAN KERJA
1. Senaraikan 2 bentuk kerja sukarela
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
………………………………
2. Apakah matlamat sukarelawan
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………….
SIMPULAN & IKATAN
• Simpulan
ASAS KAWAD KAKI
ASAS PERTOLONGAN CEMAS