ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN PEL TAJUK MS
AYAT HUKUM 2
1 MENJAUHI RIBA' 8
HADIS HUKUM 13
2 PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM 17
ULUM 21
AL-QURAN 3 NASAB ANAK ANGKAT 25
28
ULUM 4 MENJAUHI ARAK 34
AL-HADIS 46
5 HUKUMAN ZINA 54
USUL AL-FIQH 58
6 MENJAUHI PERLAKUAN GANAS DAN MENJAGA 62
MARUAH DIRI 66
77
7 AYAT MAKKIYAH DAN AYAT MADANIYAH 84
8 ILMU TAFSIR 92
9 KEISTIMEWAAN RESAM UTHMANI 99
103
10 HADIS-HADIS YANG BOLEH DIJADIKAN HUJJAH 109
113
11 HADIS-HADIS YANG TIDAK BOLEH DIJADIKAN
HUJJAH
12 ISTILAH-ISTILAH ULUM AL-HADIS
13 AM DAN KHAS
14 MUTLAK DAN MUQAYYAD
15 NASAKH
SEJARAH 16 MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA
PERUNDANGAN
ISLAM
17 PENGENALAN SENI SUARA DALAM BACAAN AL-
QURAN
MAHARAT
AL-QURAN 18 PENGENALAN TARANNUM
(ASAS 19 SENI TARANNUM DI MALAYSIA
TARANNUM)
20 AMALI TARANNUM
BAHAGIAN AYAT HUKUM
1.0 MENJAUHI RIBA'
1.1 PENGENALAN
Bab ini memberi penekanan kepada semua dalam mengamalkan tuntutan kewajipan
menjauhi riba’ berdasarkan kaedah istinbat hukum daripada ayat 278-280 surah al-
Baqarah.
1.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 278-280 surah al-Baqarah.
2. Menerangkan sebab nuzul ayat 278-280 surah al-Baqarah.
3. Menghuraikan istinbat hukum berdasarkan lafaz ﲚ
4. Menjelaskan konsep taqwa dan riba’.
5. Menilai kepentingan sifat taqwa dalam menjauhi amalan riba’.
6. Mencadangkan tindakan yang sesuai dengan tuntutan ayat hukum untuk
diamalkan dalam kehidupan.
1.3 AYAT DAN TERJEMAHAN
Firman Allah SWT:
ﱡﭐﲕﲖﲗﲘﲙ ﲚﲛﲜﲝﲞﲟﲠﲡﲢﲣﲤ
ﲥﲦﲧﲨﲩ ﲫﲪﲬﲭﲮﲯﲰﲱﲲ
ﲳﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻ ﲽﲼﲾﲿﳀﳁ
٢٨٠ – ٢٧٨ :ﳂﳃﳄﳅﱠ البقرة
Ertinya:
[278] Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah SWT dan
tinggalkanlah saki-baki riba’ (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika
benar kamu orang-orang yang beriman.
[279] Maka, jika kamu tidak melakukan (perintah meninggalkan riba’ itu), maka
ketahuilah Allah SWT dan rasulNya akan memerangi, dan jika kamu bertaubat, maka
hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa
dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
[280] Dan jika orang berhutang itu dalam kesempitan hidup, maka berilah tempoh
sehingga lapang hidupnya. Dan jika kamu sedekahkan hutang itu adalah lebih baik
untukmu, kalau kamu mengetahui (pahalanya amat besar akan kamu dapati kelak).
2
ﭐ
1.4 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 278-280
Dalam ayat tersebut, Allah SWT memerintahkan:
1. Orang beriman perlu bertaqwa dan meninggalkan riba’. Jika ada saki baki riba’
yang terdahulu hendaklah dihapuskan, tetapi jika mereka melanggar perintah
Allah, ia dikira memulakan peperangan dengan Allah dan Rasulullah kerana ia
merupakan perintah yang jelas.
2. Orang yang bertaubat sesudah itu akan diampunkan oleh Allah dan mereka boleh
mengambil harta modal mereka. Ketentuan ini ditetapkan supaya tidak berlaku
kezaliman.
3. Jika ada orang yang berhutang dalam kesempitan, berilah mereka masa untuk
membayarnya. Jika disedekahkan hutang tersebut kepadanya, itu adalah lebih
baik jika manusia mengetahuinya.
1.5 SABAB NUZUL 278-280 SURAH AL-BAQARAH
• Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas bahawa Bani ‘Amru meminta keizinan daripada
gabenor Makkah untuk mengambil saki baki harta riba’ daripada Bani Mughirah
setelah riba’ diharamkan.
• Apabila berita tersebut sampai kepada Rasulullah, maka turunlah ayat berkaitan
pengharaman riba’.
1.6 KAEDAH ISTINBAT HUKUM
• Berdasarkan lafaz ﲚyang merupakan Fi ‘il Amar.
• Fi ‘il Amar yang menunjukkan perintah wajib untuk meninggalkan amalan riba’
dalam harta.
• Oleh itu, wajib membersihkan harta daripada sebarang unsur yang mengandungi
riba.
3
1.7 KONSEP TAQWA DAN RIBA’
Pengertian Taqwa
• Bahasa: Takut
• Istilah: Pengabdian secara menyeluruh bagi seorang hamba kepada Allah
berasaskan empat faktor iaitu takut, harap, sabar dan syukur.
• Takut dengan siksaan Allah SWT jika melanggar Batasan-batasan ketetapanNya,
sentiasa mengharap rahmat dan nikmat kurniaanNya, sabar dengan segala
ujianNya dan bersyukur dengan semua kurniaanNya.
• Pengabdian yang menyeluruh melahirkan kepatuhan terhadap semua suruhan
dan larangan Allah SWT. Inilah peringkat tertinggi pengabdian terhadap Allah
SWT sehingga mampu menjauhkan diri daripada sebarang maksiat seperti riba’.
Firman Allah SWT:
ﭐﱡﭐﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽ ﲿﲾﳀﳁﳂ
١٣٠ :ﳃﳄﱠ آل عمران
Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba’ dengan
berlipat ganda dan hendaklah kamu bertaqwa kepda Allah SWT supaya kamu
berjaya.
Pengertian Riba’
• Bahasa: Lebih atau tambah
• Istilah: Bayaran secara berlebihan ketika melakukan bayaran kembali terhadap
sesuatu pinjaman yang diperoleh peminjam.
• Pembahagian riba’:
Riba’ al-Buyu’ (Riba’ Jual Beli)
• Riba’ an-Nasa’: • Riba’ al-Fadhl:
Pertukaran barang ribawi dengan Pertukaran antara barang ribawi
barang ribawi lain yang mempunyai yang sama jenis dengan kadar atau
illah yang sama secara bertangguh. pertukaran yang berbeza.
• Contoh: • Contoh:
Membeli emas secara bertangguh Menukar 10 kg beras biasa dengan
atau berhutang sama ada bayaran 5kg beras basmathi. Walaupun
dahulu, dapat emas kemudian atau kedua-duanya beras, tetabi ianya
dapat emas dahulu, bayaran berlainan kualiti dan harga.
kemudian. Pertukaran mesti pada berat yang
sama.
4
Riba’ ad-Duyun (Riba’ Hutang Piutang)
• Riba’ al-Jahiliyyah: • Riba’ al-Qardh:
Sesuatu penambahan daripada Sesuatu pengambilan manfaat atau
hutang yang asal kerana berlaku penambahan tertentu yang
penangguhan tempoh masa disyaratkan kepada penerima
bayaran. hutang.
• Contoh: • Contoh:
Ahmad meminjam duit RM1000 Ahmad meminjam duit RM1000
kepada Mahmud untuk tempoh kepada Mahmud dan meletakkan
masa 5 bulan. Tetapi jika melebihi syarat mesti dipulangkan sebanyak
tempoh tersebut akan didenda RM1200. Lebihan RM200 itu
RM200. Denda kelewatan tersebut merupakan riba.
ialah riba.
Pengharaman Riba’
• Hukum riba’ haram sebagaimana firman Allah SWT:
٢٧٥ :ﱠ البقرة...ﱗﱘﱙﱚ ﱜﱛ...ﱡﭐ
Ertinya:
Padahal Allah SWT telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan
mengharamkan riba’.
Dalam potongan seterusnya:
٢٧٥ :ﱪﱫﱬﱭ ﱯﱮﱰﱱﱲﱳﱠ البقرة. ﱩ..ﭐﱡﭐ
Ertinya:
Dan sesiapa yang mengulangi (perbuatan mengambil riba’ itu), maka orang itulah
penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
Hukum riba’ juga disebut dalam hadis:
Ertinya:
Daripada ‘Ubadah bin Samit RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: (ditukar)
emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan
barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, pertukarannya hendaklah sama
5
berat, hendaklah serah tangan terus, tangan dengan tangan. Sekiranya berbeza
jenis (barang), maka jual belilah seperti yang engkau mahukan dengan tidak
bertangguh (penyerahannya). (HR Muslim)
Taqwa Menjauhkan Diri Daripada Amalan Riba’
• Sifat taqwa dalam diri seseorang sangat penting untuk melahirkan muslim yang
sejati.
• Kepatuhan dan menyeluruh terhadap semua suruhan dan larangan Allah SWT
dalam kehidupan seharian seperti larangan mengambil hak orang lain.
• Sifat taqwa memandu manusia supaya berlaku adil dalam sebarang muamalah
terutama bidang ekonomi dan menjauhkan diri daripada riba’ yang boleh
menceroboh hak orang lain.
• Sifat taqwa melahirkan insan yang wasatiyyah dalam semua aspek kehidupan
yang tidak keterlaluan sehingga boleh menindas orang lain.
• Sifat taqwa menanamkan sifat zuhud dalam diri seseorang, iaitu tidak terlalu
cintakan hal-hal keduniaan sehingga boleh menzalimi orang lain.
1.8 KEPENTINGAN SURUHAN MENJAUHI RIBA’
1. Amalan ribamerupakan perbuatan mengambil dan makan harta orang lain secara
batil dan menjadi darah daging yang haram selamanya.
2. Melahirkan sifat tamak dan monopoli yang boleh menjejaskan ekonomi umat
Islam.
3. Menghalang manusia daripada bekerja untuk mencari keuntungan melalui usaha
sendiri dengan cara yang betul.
4. Golongan yang tertindas akan menjadi bertambah miskin manakla yang kaya
akan bertambah kaya dengan cara yang batil.
5. Amalan riba’ menyebabkan permusuhan dan pergaduhan dalam masyarakat
yang memburukkan imej Islam.
1.9 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARIPADA AMALAN RIBA’
• Kefahaman yang betul dalam setiap ajaran Islam sama ada perintah atau
larangan mendorong kepada amalan yang baik dalam kehidupan seharian.
• Mengikuti perkembangan semasa tentang sistem ekonomi Islam.
• Mematuhi prinsip muamalah Islam.
• Sentiasa menginfaqkan harta ke jalan Allah SWT.
6
1.10 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Nyatakan maksud riba’.
2. Jelaskan saban Nuzul ayat suruhan menjauhi riba’.
3. Jelaskan pembahagian riba’ berserta jenis-jenisnya.
4. Kemukan dua hujjah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
7
2.0 PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM
2.1 PENGENALAN
Bab ini berkaitan tuntutan kewajipan menguruskan harta anak yatim berdasarkan
kaedah istinbat hukum daripada ayat 5-6 surah an-Nisa’.
2.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 5-6 surah an-Nisa’.
2. Menerangkan sabab nuzul ayat 5-6 surah an-Nisa’.
3. Menjelaskan istinbat hukum berdasarkan lafaz ﲣﲤ
4. Menghuraikan maksud ﲥ
5. Menilai kepentingan menguruskan harta anak yatim.
6. Mencadangkan tindakan yang sesuai dengan tuntutan ayat hukum untuk
diamalkan dalam kehidupan.
2.3 AYAT DAN TERJEMAHANNYA
ﱡﭐﲣﲤﲥﲦﲧﲨﲩﲪ ﲫﲬﲭﲮﲯﲰﲱ
ﲲﲳﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﲻﲼﲽﲾﲿ ﳁﳀﳂ
ﳃ ﳄ ﳅ ﳆ ﳈﳇ ﳉ ﳊ ﳋ ﳍﳌ ﳎ ﳏ ﳐ ﳑ
٦ - ٥ :ﳓﳒﳔﳕﳖﳗﳘ ﳚﳙﳛﳜﳝﳞﱠ النساء
Ertinya:
[5] Dan janganlah kamu serahkan harta benda kamu kepada orang yang belum
sempurna akalnya, (harta) yang Allah SWT telah jadikannya untuk kamu semua
sebagai asas pembangunan kehidupan kamu. Berikanlah mereka (anak yatim)
perbelanjaan dan pakaian daripada hasil hartanya dan ucapkanlah kepada mereka
perkataan yang baik.
[6] Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka mencapai usia
kahwin (dewasa). Kemudian jika kamu nampak daripada keadaan mereka tanda-
tanda telah cerdik (berkebolehan menjaga hartanya), maka serahkanlah kepada
mereka harta-harta mereka serta janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu
secara melampaui batas dan terburu-buru sebelum mereka dewasa. Sesiapa (antara
8
penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya, maka hendaklah menahan diri (dari
memakannya) dan seiapa yang miskin, maka bolehlah dia memakannya dengan cara
sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka
hendaklah kamu bawakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan
cukuplah Allah SWT sebagai pemelihara.
2.4 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 5-6 SURAH AN-NISA’
Dalam ayat tersebut, Allah SWT memerintahkan:
1. Larangan keras untuk menyerahkan harta kepada anak yatim yang belum mampu
mengurus harta sehingga mereka cerdik dan mampu mengurus harta mereka
sendiri.
2. Perintah membelanjakan harta anak yatim untuk keperluan mereka dengan baik
dan memberi layanan yang baik kepada mereka.
3. Perintah menguji anak yatim apabila telah sampai umur serta menyerahkan harta
mereka apabila mereka telah cerdik dan pandai mengurus harta
4. Larangan memakan harta anak yatim bagi penjaga yang kaya dan harus bagi
penjaga yang miskin secara berpatutan.
5. Perintah untuk menghadirkan saksi ketika penyerahan harta anak yatim.
2.5 SABAB NUZUL AYAT 5-6 SURAH AN-NISA’
• Kisah Thabit b. Rifa’ah yang dijaga oleh bapa saudaranya selepas bapanya
meninggal dunia.
• Bapa saudaranya berjumpa Rasulullah dan bertanya: “Sesungguhnya anak
saudaraku dalam jagaanku, adakah hartanya halal bagiku dan bilakah aku boleh
menyerahkan hartanya?”
• Maka turunlah ayat ini.
2.6 KAEDAH ISTINBAT HUKUM BERDASARKAN LAFAZ ﲣﲤ
• Ulamak mengistinbatkan hukum ayat di atas berdasarkan lafaz ﲣﲤ.
• Lafaz ini merupakan Fi ‘il Mudari’ yang didahului dengan La Nahiyyah yang
menunjukkan ‘larangan pasti’.
• Setiap ‘larangan pasti’ membawa hukum haram.
• Oleh itu, haram menyerahkan harta anak yatim sehingga dipastikan kecerdikkan
mereka dalam menguruskan harta.
9
• Antara istinbat lain dalam ayat ini ialah:
Lafaz Huraian Hukum
ﲬﲭﲮ Fi ‘il Amar yang Wajib memberi
menunjukkan perintah perbelanjaan yang
ﲯ suruhan. secukupi.
Wajib berkata baik dan
ﲴ Fi ‘il Mudari’ yang memberi layanan yang
ﳘ didahului Lam al-Amr baik.
yang menunjukkan Wajib menguji sebelum
ﳌ perintah suruhan. penyerahan harta.
ﳑ
Wajib mengadakan
saksi ketika penyerahan
harta.
Wajib menahan diri jika
berkemampuan.
Wajib makan secara
berpatutan jika miskin.
Begitulah ketetapan yang telah diperintahkan oleh Allah SWT berkaitan pengurusan
harta anak yatimyang betul. Ketetapan ini diterangkan secara mendalam satu persatu
menunjukkan kepentingan ayat tersebut.
2.7 PENGERTIAN ﲥ
• Bahasa: Ringan dan goyang.
• Istilah: Orang-orang yang membazirkan harta atau membelanjakan hartanya
untuk sesuatu yang bukan pada tempatnya serta tidak mampu untuk
memanfaatkannya.
• Termasuk dalam kategori ﲥialah anak-anak yang belum baligh, orang
gila, orang kelainan upaya yang perlu dibantu dan kaum perempuan yang tidak
pandai mengurus harta.
• Berdasarkan huraian ayat di atas, sangat jelas tentang pengharaman
menyerahkan harta anak yatim di bawah jagaan sehingga mereka benar-benar
mampu berdikari untuk menguruskan harta. Begitu juga, haram memakan harta
mereka bagi penjaga yang kaya. Firman Allah SWT:
10
ﭐﱡﭐ ﱴ ﱵ ﱶ ﱷ ﱸ ﱹ ﱺ ﱻ ﱼ ﱽ ﱿﱾ
١٠ :ﲀﲁﲂﱠ النساء
Ertinya:
Sesungguhnya orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim
sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka
pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.
2.8 CARA MENGURUS HARTA ANAK YATIM
• Cara pengurusan harta anak yatim yang betul bagi menjamin kesejahteraan anak-
anak yatim dan hak mereka terpelihara:
1. Memberi perbelanjaan yang cukup dan layanan yang baik kepada anak yatim.
2. Menguji anak yatim untuk melihat kecerdikan mereka mengurus harta.
3. Menyerahkan harta anak yatim setelah terbukti kecerdikan mereka mengurus
harta.
4. Menghadirkan saksi semasa penyerahan harta anak yatim.
• Contoh ujian untuk menilai kebolehan mengurus harta:
1. Memberikan mereka wang untuk melihat kebolehan mereka mengurus wang
dalam urusan harian.
2. Memberikan mereka modal berniaga untuk melihat kebolehan mereka
mengendalikan perniagaan dengan baik.
3. Memberikan mereka asset untuk memastikan sama ada mereka mampu
menguruskannya atau tidak.
• Larangan dalam menguruskan harta anak yatim:
1. Memakan harta anak yatim bagi penjaga yang kaya, tetapi jika miskin boleh
makan secara berpatutan.
2. Membelanjakan harta anak yatim dengan boros semasa dalam jagaan mereka.
3. Menyerahkan harta anak yatim sebelum diuji kecerdikannya.
• Hikmah pengurusan harta anak yatim yang betul:
1. Kehidupan anak-anak yatim akan terjamin untuk mereka meneruskan masa
hadapan seperti orang lain yang mempunyai keluarga yang sempurna.
2. Mengelakan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan harta yang boleh
menyebabkan harta tersebut digunakan secara tidak sah.
3. Mengelakkan pergaduhan dan permusuhan yang boleh menyebabkan
perpecahan dalam keluarga dan masyarakat.
4. Merapatkan hubungan sillaturrahim antara penjaga dengan anak yatim sebagai
satu keluarga.
11
2.9 CARA UNTUK MENGGALAKKAN PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM YANG
SESUAI
• Mewujudkan akaun khas anak yatim suoaya tidak bercampur dengan harta
penjaga yang boleh menimbulkan masa pada masa akan datang jika penjaga
meninggal dunia.
• Jika diuruskan oleh perbadanan atau institusi, akaun rasmi dan peribadi mereka
hendaklah diaudit oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan berlaku pecah
amanah harta anak yatim.
• Melantik beberapa orang untuk menjaga amanah harta tersebut bagi
mengelakkan sebarang penyelewengan.
• Semua sumbangan orang ramai yang ditujukan kepada anak yatim hendaklah
dimasukkan terus kedalam akaun mereka.
• Pemantau daripada pihak berkuasa untuk melihat perjalanan dan perkembangan
anak-anak yatim dari semasa ke semasa.
2.10 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Nyatakan dua larangan yang terdapat dalam ayat 5 surah an-Nisa’.
2. Jelaskan cara ulamak mengistinbatkan hukum pada ayat 5 surah an-Nisa’.
3. Terangkan hikmah menguruskan harta anak yatim dengan cara yang dianjurkan
dalam ayat 5-6 surah an-Nisa’.
4. Berdasarkan situasi di atas, huraikan hujjah anda untuk membuktikan perbuatan
tersebut salah menurut pandangan Islam.
12
3.0 NASAB ANAK ANGKAT
3.1 PENGENALAN
Bab ini mengulas tentang tuntutan kewajipan menasabkan anak angkat dengan bapa
kandung berdasarkan kaedah istinbat hukum daripada ayat 5 surah al-Ahzab.
3.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada ayat 5 surah al-Ahzab.
2. Menerangkan Sabab Nuzul Ayat.
3. Menghuraikan istinbat hukum berdasarkan lafaz ﲇ
4. Menjelaskan batas batas pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat.
5. Menilai kepentingan mematuhi pensyariatan dalam menasabkan anak angkat.
6. Mencadangkan tindakan yang sesuai dengan tuntutan ayat hukum untuk
diamalkan dalam kehidupan.
3.4 AYAT DAN TERJEMAHAN
Firman Allah SWT:
ﭐ ﭐﱡﭐ ﲇ ﲈ ﲉ ﲊ ﲋ ﲍﲌ ﲎ ﲏ ﲐ ﲑ ﲒ ﲓ ﲔ
ﲖﲕ ﲗ ﲘ ﲙ ﲚ ﲛ ﲜ ﲝ ﲞ ﲟ ﲡﲠ
٥ :ﲢﲣﲤﲥﲦﱠ الأحزاب
Ertinya:
Panggillah anak-anak angkat dengan nama bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah
yang lebih adil di sisi Allah SWT. Maka jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa
mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama
dan sebagai maula-maula kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara
yang kamu tersilap melakukannya, tetapi berdosa perbuatan yang disengajakan oleh
hati kamu. Ingatlah Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(al-Ahzab 33: 5)
13
3.5 TUNTUTAN HUKUM DARIPADA AYAT 5 SURAH AL-AHZAB
1. Wajib menasabkan anak angkat dengan nama bapa kandung.
2. Anak angkat yang tidak diketahui bapa kandung boleh dipanggil dengan
panggilan saudaraku.
3. Jika menasabkan anak angkat dengan nama bapa angkat, secara tidak sengaja
tidak berdosa tetapi sebaliknya adalah berdosa.
3.6 SABAB NUZUL AYAT 5 SURAH AL-AHZAB
• Ayat ini diturunkan berkaitan dengan kisah Zaid Bin Harithah, bekas hamba
Rasulullah SAW.
• Rasulullah SAW telah mengambil Zaid Bin Harithah sebagai anak angkat
sebelum kerasulan baginda SAW, tetapi orang ramai memanggilnya dengan
nama Zaid Bin Muhammad.
• Lalu Allah SWT menurunkan ayat ini, yang melarang perbuatan tersebut dan
memerintahkan untuk mensabkan anak angkat kepada bapa kandungnya.
3.7 KAEDAH ISTINBAT HUKUM BERDASARKAN LAFAZ ﲇ
• Ulama’ mengistinbatkan hukum berdasarkan lafaz ﲇ
• Lafaz ini merupakan Fi ‘il Amar yang menunjukkan perintah suruhan.
• Setiap suruhan membawa hukum wajib.
• Oleh itu anak angkat wajib dinasabkan anak angkat kepada bapa kandungnya.
Maka menasabkan anak angkat kepada bapa angkat adalah dilarang sama
sekali.
3.8 BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA ANAK ANGKAT DENGAN KELUARGA
ANGKAT
• Memberikan pendidikan agama yang secukupnya kepada anak angkat dan anak
kandung sejak kecil lagi terutamanya tentang aurat dan adab pergaulan dalam
keluarga.
• Menjaga batas pergaulan seperti sentuhan dan bahasa badan antara anak angkat
dan keluarga angkat.
• Menjaga batas aurat dalam keluarga apabila anak angkat telah aqil baligh kerana
keluarga angkat bukanlah mahram.
14
3.9 KEPENTINGAN MENASABKAN ANAK ANGKAT KEPADA NAMA BAPA
KANDUNG
• Kesan Menasabkan Anak Angkat kepada Nama Bapa Angkat:
Pernikahan Jika diwalikan oleh orang yang tidak sah nasab seperti
Nafkah dan bukan bapa atau saudara lelaki kandung, maka
Tanggungjawab pernikahan tersebut tidak sah.
Perwalian Nafkah dan tanggungjawab terhadap anak kandung
adalah wajib dan lebih berat daripada anak angkat.
Pewarisan harta Selain pernikahan, wali berperanan penting dalam
dan Wasiat banyak perkara seperti dalam pengurusan harta,
penjagaan anak yatim dan haji.
Pergaulan Pembahagian harta pusaka kepada anak angkat
bermakna memberikan harta yang bukan haknya. Anak
angkat hanya berhak mendapat wasiat dan hibah.
Anak angkat merupakan bukan mahram. Pergaulan
dengan keluarga angkat seperti batas aurat dan adab
pergaulan perlu dijaga.
• Hikmah Suruhan Menasabkan Anak Angkat kepada Bapa Kandung:
1. Mengiktiraf bapa kandung supaya mengekalkan pertalian nasab antara
mereka.
2. Memelihara salasilah keluarga agar tidak bercampur dengan orang yang tiada
hubungan kekeluargaan.
3. Menjaga batas pergaulan dan aurat antara anak angkat dengan keluarga
angkat kerana mereka bukan mahram.
4. Memastikan bahawa hukum perkahwinan anak angkat perempuan adalah
sah apabila walinya adalah bapa kandungnya.
5. Memelihara hak anak angkat kepada bapa kandungnya seperti hak
perwarisan harta pusaka.
6. Anak angkat dapat mengenal asal usl keluarga kandung agar tidak berlaku
kekeliruan pada masa akan datang.
• Kelebihan Mengambil Anak Angkat:
1. Mengeratkan hubungan sillaturrahim antara keluarga angkat dan keluarga
kandung.
2. Membantu keluarga yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai
tanggungan yang ramai.
3. Memberi kebahagian kepada mereka yang tidak dikurniakan zuriat.
4. Melahirkan perasaan kasih sayang antara anak angkat dengan keluarga
angkat.
15
3.10 TINDAKAN YANG SESUAI DENGAN TUNTUTAN AYAT HUKUM UNTUK
DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN
• Kaedah Terbaik Penyelesaian Aurat dan Batas Pergaulan:
1. Mengambil anak angkat dalam kalangan ahli keluarga yang terdekat seperti
anak saudara perempuan daripada adik-beradik seibu sebapa.
2. Menjadikan anak angkat sebagai anak susuan iaitu dengan menyusukan bayi
tersebut sebanyak lima kali kenyang sebelum mereka mencapai umur 2
tahun.
3. Jika mereka telah berumur lebih dua tahun, berikan mereka pendidikan
agama secukupnya tentang batas aurat dan adab pergaulan dalam keluarga.
4. Memberi tahu anak angkat tentang keluarga kandung mereka supaya mereka
tahu asal keturunan mereka.
• Langkah memberi kefahaman kepada orang ramai supaya menasabkan anak
angkat kepada bapa kandung:
1. Kempen kesedaran tentang nasab angkat kepada bapa kandung mereka.
2. Program dakwah tentang hukum menasabkan anak angkat kepada bapa
angkat.
3. Memudahkan urusan pengambilan anak angkat yang betul supaya lebih
ramai menggunakannya dan tidak melanggar peraturan berkaitan dengannya.
4. Mengurangkan birokrasi pengambilan anak angkat yang menyebabkan ramai
mengambil jalan mudah dan salah.
3.11 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Nyatakan dua perintah Allah SWT dalam ayat 5 surah al-Ahzab.
2. Jelaskan sabab Nuzul ayat 5 surah al-Ahzab.
3. Jelaskan dua kepentingan menasabkan anak angkat kepada bapa kandungnya.
4. Berdasarkan penyataan di atas, terangkan hujjah anda berserta huraian untuk
menyokong penyataan tersebut.
16
BAHAGIAN HADIS HUKUM
4.0 MENJAUHI ARAK
4.1 PENGENALAN
Bab ini menghuraikan tentang kewajipan menjauhi arak berdasarkan kaedah istinbat
hukum berdasarkan hadis Riwayat Ibnu Hibban.
4.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada matan hadis.
2. Menjelaskan istinbat hukum berdasarkan lafaz .
3. Menghuraikan 10 perkara yang berkaitan dengan arak berdasarkan hadis.
4. Menilai kepentingan menjauhi keterlibatan dengan arak.
5. Menjana idea atau usaha yang perlu dilakukan untuk menghindari daripada
perbuatan yang berkaitan dengan arak.
4.3 HADIS DAN TERJEMAHAN
Maksudnya:
Daripada Haiwah, berkata: Malik bin Khair az-Zubadi menceritakan kepada aku,
sesungguhnya Malik bin Sa‘id at-Tujibi meriwayatkan bahawa dia mendengar Ibnu
Abbas berkata: Jibril telah mendatangi Rasulullah SAW lalu berkata: “ Wahai
Muhammad, sesungguhnya Allah melaknat arak, orang yang memerahnya, orang yang
meminta diperahkannya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan
untuknya, orang yang meminumnya, orang yang menjualnya, orang yang meminta
dijualkan arak untuknya, memberi minum arak kepada orang lain dan orang yang
meminta dituangkan untuknya.”
(HR Ibnu Majah)
17
4.4 TUNTUTAN HUKUM BERDASARKAN HADIS
1. Arak adalah haram dan golongan yang terlibat dengannya juga adalah haram
2. Antara golongan yang terlibat dengan arak ialah orang yang memerahnya, orang
meminta diperahkannya, orang yang membawanya, orang yang meminta
dibawakan untuknya, orang yang meminumnya, orang yang menjualnya, orang
yang meminta dijualkan arak untuknya, memberi minum arak kepada orang lain dan
orang yang meminta dituangkan untuknya.
4.5 PENGERTIAN ARAK
• Bahasa; Menutupi
• Istilah; setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain-
lain.
• Ulamak telah bersepakat mengatakan arak adalah haram dan dikenakan hukuman
hudud sekiranya diminum sama ada sedikit atau banyak. Hal ini dijelaskan dalam
hadis Nabi SAW:
ﷺ
Maksudnya:
Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “jika
sesuatu dalam jumlah yang banyak boleh memabukkan , maka sedikitnya juga
haram”
(HR Abu Daud)
• Apabila seseorang muslim yang telah baligh dan berakal meminum sesuatu yang
memabukkan, wajib dikenakan hukuman hudud ke atasnya, iaitu sebanyak 40 kali
sebatan. Cara untuk mensabitkan hukuman adalah dengan penyaksian oleh dua
orang lelaki muslim yang adil atau pengakuan peminum arak itu sendiri.
4.6 KAEDAH ISTINBAT HUKUM
• Ulamak mengistinbatkan hukum pengharaman arak melalui lafaz yang
bermaksud Allah melaknat.
• Setiap perkara yang dilaknat oleh Allah SWT menunjukkan haram.
• Oleh itu , segala perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram.
4.7 10 PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN ARAK BERDASARKAN HADIS
1. Al-Khamru – Arak
• Segala minuman yang memabukkan.
2. Al-‘Asir – Pemerah Arak
• Orang yang bekerja untuk menjadikan arak sebagai minuman.
18
3. Al-Mu’tasir – Pembuat Arak
• Pemilik kilang arak untuk tujuan pasaran.
4. Al-Hamil – Pembawa Arak
• Orang yang membawa arak atau membekalkan arak ke tempat-tempat tertentu.
5. Al-Mahmulata Ilaih- Pemesan Arak
• Orang yang memesan arak untuk diminum.
6. As-Syarib- Peminum Arak
• Orang yang minum arak sama ada mabuk atau tidak mabuk.
7. Al-Ba ‘ii – Penjual Arak
• Orang yang menjual arak sebagai pekerjaan atau punca pendapatan.
8. Al-Mubta‘a- Pembeli Arak
• Orang yang membeli arak untuk diminum .
9. As-Saqi- Pelayan Arak
• Orang yang menghidangkan arak sebagai minuman kepada orang lain.
10. Al-Musqa- Pelanggan Arak
• Orang yang meminta arak untuk dijadikan sebagai minumannya.
4.8 KEPENTINGAN MENJAUHI KETERLIBATAN DENGAN ARAK
1. Menjaga akal manusia supaya tetap waras serta boleh berfikir dengan baik dan
sempurna.
2. Mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan penyakit sosial yang berpunca
daripada arak supaya kehidupan aman dan harmoni.
3. Mengelakkan penyakit yang boleh memudaratkan agar manusia sentiasa
mempunyai tahap kesihatan yang baik.
4. Menjauhi pembaziran wang supaya ia boleh digunakan ke jalan yang berfaedah.
4.9 PERINGKAT-PERINGKAT PENGHARAMAN ARAK
• Surah An-Nahl; 67
• Surah Al-Baqaarah; 219
• Surah An-Nisak; 43
• Surah Al-Maidah; 90-91
19
4.10 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHINDARI PERBUATAN YANG BERKAITAN
DENGAN ARAK
• Memperketatkan undang-undang yang sedia ada.
• Menyebarluaskan kempen-kempen menjauhi arak.
• Meningkatkan cukai arak.
• Tidak memproses arak sendiri.
4.11 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Nyatakan dua golongan yang terdapat dalam hadis menjauhi arak.
2. Jelaskan cara ulamak mengistinbatkan hukum suruhan menjauhi arak.
3. Sahabat anda seorang murid tingkatan empat menghadapi masalah
ketagihan pil khayal”
Sebagai seorang sahabat, terangkan dua cara anda untuk membantu mengatasi
masalah tersebut.
20
5.0 HUKUMAN ZINA
5.1 PENGENALAN
Bab ini menghuraikan tentang ketelitian dalam pensabitan hukuman zina berdasarkan
kaedah istinbat hukum daripada hadis riwayat Imam Muslim.
5.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada hadis.
2. Menerangkan sabab wurud hadis.
3. Menjelaskan istinbat hukum berdasarkan lafaz
4. Menghuraikan cara pensabitan hukum zina .
5. Menilai kepentingan mengamalkan ketelitian dalam pensabitan hukuman zina.
6. Menjana idea atau usaha yang perlu dilakukan untuk menjauhi perkara-perkara
yang boleh mendekatkan diri kepada zina.
5.3 HADIS DAN TERJEMAHAN
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA: Sesungguhnya beliau berkata: Seorang lelaki telah datang
menemui Rasulullah SAW semasa baginda berada di dalam masjid, lalu beliau
memanggil Rasulullah seraya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah
berzina! Maka Rasulullah berpaling daripadanya sehingga dia mengulangi lagi: Wahai
Rasulullah, sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina! Diulang
pengakuannya sebanyak 4 kali. Maka apabila lelaki berkenaan telah membuat
pengakuan ke atas dirinya sebanyak 4 kali, Nabi SAW pun memanggilnya lalu
bersabda: “Adakah engkau gila?” Jawab lelaki itu: Tidak. Nabi bersabda lagi: “Adakah
engkau telah berkahwin?” Jawab lelaki itu: Ya. Maka Nabi SAW bersabda: “Bawalah
dia dan jalankanlah hukuman rejam.”
(HR Muslim)
21
5.4 TUNTUTAN HUKUM BERDASARKAN HADIS
• Orang berzina yang Muhsan (sudah berkahwin) wajib dikenakan hukuman rejam.
• Pengakuan penzina boleh diambil kira sebagai salah satu cara pensabitan
hukuman hudud.
• Pengakuan tersebut disyaratkan sebanyak 4 kali bagi membolehkan penzina
dijatuhkan hukuman hudud.
5.5 PENGERTIAN ZINA
• Bahasa; Persetubuhan haram.
• Istilah; Perhubungan seks haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan
perkahwinan yang sah.
5.6 JENIS-JENIS HUKUMAN ZINA
• Muhsan: Penzina yang telah berkahwin sama ada lelaki atau perempuan akan
direjam sehingga mati.
• Ghair Muhsan: Penzina yang belum berkahwin sama ada lelaki atau perempuan
akan disebat 100 dan dibuang daerah selama setahun.
• Hukuman hudud bagi penzina juga dijelaskan dalam ayat berikut:
( ﱠ. ﱓ..ﱡﭐﱋﱌﱍﱎﱏﱐﱑﱒ
Maksudnya:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang daripada kedua-duanya 100 kali sebatan.
• Hukuman buang daerah ; Majoriti para fuqaha’ termasuk mazhab syafie berpendapat
bahawa hukuman ini adalah termasuk dalam kategori hudud, jesteru wajib
dilaksanakan selama setahun bersama-sama hukuman sebat. Ia dijelaskan
berdasarkan hadis Nabi SAW:
Maksudnya:
Daripada ‘Ubadah bin Somit RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Ambillah
daripadaku, ambillah daripadaku (hukum), sesungguhnya Allah SWT telah
22
menentukan bagi mereka jalan (ketetapan). Penzina dara dan teruna disebat 100 kali
dan dibuang daerah selama setahun..”
5.7 SABAB WURUD HADIS
• Ketika Rasulullah SAW berada di masjid, seorang lelaki muslim telah datang
menemui baginda. Lelaki tersebut mengaku bahawa dia telah berzina tetapi
Rasulullah SAW tidak menghiraukannya.
• Kemudian lelaki tersebut mengulang-ngulangnya sehingga 4 kali, lalu Rasulullah
SAW bertanya kepada lelaki tersebut sama ada dia mempunyai penyakit gila. Lelaki
tersebut menjawab bahawa dia tidak gila. Rasulullah SAW bertanya lagi sama ada
dia telah berkahwin. Lalu, lelaki tersebut menjawab bahawa dia telah berkahwin.
• Kemudia Rasulullah SAW memerintahkan agar lelaki tersebut direjam.
5.8 KAEDAH MENGISTINBATKAN HUKUM BERDASARKAN BERDASARKAN LAFAZ
• Ulamak mengistinbatkan hukum zina melalui lafaz “Izhabu bihi Farjumuh”. Kalimah
ini merupakan fiil amar yang menunjukkan perintah suruhan.
• Setiap yang menunjukkan perintah membawa hukum wajib.
• Oleh itu, wajib bagi penzina yang telah berkahwin dihukum rejam sampai mati.
5.9 CARA PENSABITAN HUKUMAN ZINA
1. Pengakuan Penzina Sendiri
• Penzina mengulang pengakuan sekurang-kurangnya empat kali.
• Penzina mestilah:
1. Akhil Baligh
2. Mengaku dengan pilihan sendiri atau sukarela.
3. Orang yang membuat pengakuan mampu melakukan zina.
4. Pengakuan dibuat dengan ucapan.
5. Pengakuan mestilah jelas, fasih dan tiada keraguan.
2. Penyaksian Empat Orang Saksi Lelaki
• Saksi yang akil baligh dan adil (mempunyai intergriti peribadi).
• Disyaratkan juga bahawa setiap saksi melihat perbuatan itu secara jelas tanpa
sebarang kesamaran. Jika tidak, mereka dikenakan hukuman Qazaf iaitu 80 kali
sebatan.
23
3. Qarinah atau Bukti
• Bukti yang meyakinkan seperti:
1. Gadis yang didapati hamil atau seorang perempuan yang bersuamikan
kanak-kanak yang belum baligh tetapi didapati mengandung.
2. Seorang perempuan melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam masa
tidak sampai enam bulan Hijrah daripada tarikh pernikahannya(perempuan
berkenaan)
5.10 KEPENTINGAN MENGAMALKAN KETELITIAN DALAM PENSABITAN HUKUMAN
ZINA
• Mengelakkan daripada berlaku sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan
yang akan mencalarkan imej mereka yang tidak bersalah.
• Memberi keadilan kepada penzina agar mendapat balasan yang sesuai dengan
perbuatan yang dilakukan.
• Menunjukkan Islam amat berhati-hati dalam melaksanakan hukuman zina.
• Menimbulkan kegerunan kepada manusia agar menjauhi zina kerana setiap
perlakuan tersebut akan mendapat hukuman.
5.11 LANGKAH UNTUK MENJAUHI PERKARA YANG BOLEH MENDEKATKAN DIRI
KEPADA ZINA
• Menjaga dan membataskan pergaulan antara lelaki dengan perempuan.
• Mengawal serta menutup pusat-pusat hiburan.
• Meningkatkan pendidikan agama kepada anak-anak.
5.12 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Apakah maksud zina?
2. Jelaskan cara ulamak mengistinbatkan hukum zina.
3. “Pengaruh media massa yang negatif menjadi punca bertambahnya
jenayah zina”
Terangkan hujjah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
24
6.0 MENJAUHI PERLAKUAN GANAS DAN MENJAGA MARUAH DIRI
6.1 PENGENALAN
Bab ini menghuraikan tentang kewajipan menjauhi perlakuan ganas dan menjaga
maruah diri berdasarkan kaedah istinbat hukum daripada hadis riwayat Imam Muslim.
6.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan tuntutan hukum daripada matan hadis.
2. Menerangkan istinbat hukum berdasar lafaz
3. Menghuraikan perbuatan yang termasuk dalam kategori berkelakuan ganas dan
merosakkan maruah diri.
4. Menilai kepentingan menjaga ketenteraman awam dan maruah diri.
5. Mencadangkan usaha yang boleh dilakukan untuk menghindari perlakuan ganas
dan kewajipan menjaga maruah diri.
6.3 HADIS DAN TERJEMAHAN
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dua
golongan daripada penghuni neraka yang belum pernah aku melihatnya lagi, iaitu satu
kaum yang memegang cemeti seperti ekor lembu untuk mereka memukul manusia
dengannya dan Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang(memakai pakaian
tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna), yang cenderung kepada perbuatan
maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya(menggoda lelaki ke arah
melakukan zina). Kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang
senget(supaya orang kagum akan mereka). Mereka tidak akan masuk ke syurga dan
tidak akan mencium baunya walaupun bau syurga itu mampu dihidu dari jarak
perjalanan tertentu.
(HR Muslim)
25
6.4 TUNTUTAN HUKUM BERDASARKAN HADIS
• Pengharaman perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang
bawahannya dan mengganggu ketenteraman awam.
• Pengharaman wanita yang tidak menutup aurat, berpakaian nipis dan ketat, wanita
yang menarik perhatian lelaki dengan tabarruj dan wanita yang membuat lenggok-
lenggok yang menggoda lelaki.
• Kedua-dua golongan ini, iaitu yang berkelakuan ganas dan tidak menjaga maruah
diri tidak akan masuk ke dalam syurga.
6.5 PENGERTIAN PERLAKUAN GANAS DAN MARUAH DIRI
• Perlakuan Ganas: Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja
sehingga membawa kesan negatif terhadap fizikal, harta dan emosi.
• Maruah Diri: Nilai-nilai kebaikan, kemuliaan diri atau kehormatan diri yang ada pada
diri seseorang.
6.6 CARA ULAMAK MENGISTINBATKAN HUKUM
• Ulamak mengistinbatkan hukum haram berkelakuan ganas dan merosakkan
maruah diri berdasarkan lafaz . Lafaz ini bermaksud dua
golongan manusia yang menghuni neraka
• Setiap perbuatan yang menerima balasan neraka menunjukkan dosa besar, dan
melakukan dosa besar adalah haram.
• Oleh itu, haram untuk manusia berkelakuan ganas dan merosakkan maruah diri.
6.7 PERBUATAN YANG TERMASUK DALAM KATEGORI BERKELAKUAN GANAS
DAN MEROSAKKAN MARUAH DIRI
1. Berkelakuan Ganas:
• Penguasa yang zalim.
• Merosakkan harta dan kemudahan awam.
• Memeras ugut atau menyertai kongsi gelap.
• Lumba haram yang membahayakan orang lain.
• Membuli dan mencederakan orang lain.
2. Merosakkan Maruah Diri:
• Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
• Memakai pakaian yang mencolok mata.
• Bersekedudukan atau duduk berdua-duaan tanpa ikatan yang sah.
26
• Melakukan hubunga luar tabi’i.
• Pergi ke tempat-tempat maksiat.
6.8 KEPENTINGAN MENJAGA KETENTERAMAN AWAM DAN MARUAH DIRI
• Ketenteraman Awam:
1. Melahirkan persekitaran yang selamat agar dapat hidup dalam keadaan aman
dan tenteram.
2. Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling
mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
• Menjaga Maruah Diri:
1. Menjamin kehormatan dan kesucian diri agar tidak dicemari dengan gangguan
seksual.
2. Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan.
6.9 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHINDARI PERLAKUAN GANAS DAN
KEWAJIPAN MENJAGA MARUAH DIRI
• Menyediakan garis panduan etika pemakaian yang patut dipatuhi.
• Menguatkuasakan undang-undang terhadap perlakuan ganas.
• Menyebarluaskan kempen-kempen berakhlak mulia dan menjaga maruah di
media sosial.
6.10 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Senaraikan dua contoh perbuatan tidak menutup aurat.
2. Jelaskan cara ulamak mengistinbatkan hukum berkelakuan ganas dan
mendedahkan aurat.
3. Cadangkan dua Langkah untuk mencegah gejala samsing yang berleluasa di
sekolah pada masa kini.
27
BAHAGIAN ULUM AL-QURAN )
7.0 AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH (
7.1 PENGENALAN
Ayat Makiyyah atau Surah Makiyyah ialah istilah yang diberikan kepada ayat-
ayat al-Quran yang diturunkan di Makkah atau kawasan sekitarnya atau diturunkan
sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah iaitu ayat yang diturunkan sebelum 1H.
Sebuah surah dapat terdiri atas ayat-ayat yang diturunkan di Makkah secara
keseluruhannya namun boleh juga sebahagian daripadanya diturunkan di Madinah
(Madaniyah). Ayat Makiyyah diturunkan selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari iaitu
bermula 17 Ramadan ketika Rasulullah SAW berumur 40 tahun hingga awal bulan
Rabiulawal ketika Rasulullah SAW berumur 54 tahun.
Madaniyyah ialah istilah yang diberikan kepada ayat al-Qur'an yang diturunkan
di Madinah atau diturunkan setelah Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Sebuah
surah Madaniyah dapat terdiri atas ayat-ayat yang diturunkan di Madinah secara
keseluruhan namun dapat juga sebahagian daripadanya diturunkan di Makkah
(Makkiyah).
Surah Madaniyah kebanyakannya panjang, dengan ayat yang panjang, dan
kebanyakannya terletak di awal al-Quran.
7.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan pengertian ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
2. Menjelaskan perbezaan ciri-ciri ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
3. Menilai kepentingan mempelajari ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
4. Mencadangkan usaha-usaha dan tindakan untuk menggunakan ayat Makkiyyah dan
ayat Madaniyyah sebagai panduan dan memahami kandungan kandungan al-Quran.
7.3 PENGERTIAN AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH
• Dari segi Masa:
Ayat Makkiyyah Ayat Madaniyyah
Ayat yang diturunkan sebelum hijrah Ayat yang diturunkan selepas
dinamakan Ayat Makkiyyah walaupun hijrah dinamakan Ayat Makkiyyah
diturunkan di Madinah. walaupun diturunkan di Makkah.
28
- Ayat 3, Surah al-Maidah dikategorikan sebagai ayat Madaniyyah walaupun
diturunkan di Padang Arafah selepas Hijrah.
٣ :ﭐﱡﭐﱫﱬﱭﱮﱯﱰﱱﱲﱳﱴ ﱶﱵﱠ المائدة
Maksudnya:
Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmat-nikmatku kepada kamu dan Aku reda agama Islam
sebagia agama untuk kamu.
(al-Maidah: 3)
- Pengertian ayat Makkiyyah dan Madaniyyah dari segi masa adalah yang
paling mahsyur dan diiktiraf oleh seluruh ulamak kerana dikira menyeluruh
dan merangkumi semua ayat yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.
• Dari segi Tempat:
Ayat Makkiyyah Ayat Madaniyyah
Ayat yang diturunkan di Makkah Ayat yang diturunkan di Madinah
dinamakan ayat Makkiyyah, walaupun dinamakan ayat Madaniyyah,
diturunkan selepas Hijrah walaupun diturunkan sebelum
Hijrah.
- Pendapat ini kurang tepat dalam membuat pembahagian ayat Makkiyyah dan
ayat Madaniyyah kerana terdapat ayat yang tidak diturunkan sama ada di Makkah
ataupun Madinah tetapi di tempat lain.
Sebagai contoh, ayat 45 surah al-Zukhruf ini telah diturunkan pada malam Israk
di Baitul Maqdis. Ayat ini tidak dapat dikategorikan sebagai ayat Makkiyyah atau
Madaniyyah kerana tidak diturunkan di antara kedua-dua tempat tersebut.
ﱡﭐﲭﲮﲯﲰﲱﲲﲳﲴﲵﲶﲷﲸﲹﲺﱠ
٤٥ :الزخرف
Maksudnya:
Dan bertanyalah kepada (umat) mana-mana rasul yang telah kami utuskan
sebelum engkau, pernahkah kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan
untuk disembah selain Allah SWT yang Maha Pemurah?
(al-Zukhruf: 45)
29
• Dari segi Kumpulan Sasaran:
Ayat Makkiyyah Ayat Madaniyyah
Ayat yang ditujukan kepada penduduk Ayat yang ditujukan kepada
Makkah dinamakan ayat Makkiyyah penduduk Madinah dinamakan
ayat Madaniyyah
- Pendapat ini juga kurang tepat kerana tidak semua ayat yang diturunkan
dimulakan dengan kedua-dua lafaz tersebut iaitu lafaz ﲌﲍdan
ﲢﲣﲤ
- Sebagai contoh, ayat 1 surah al-Ahzab menggunakan lafaz ﱁﱂdan tidak
dapat dipastikan ayat tersebut ditujukan kepada penduduk Makkah atau Madinah.
ﭐﱡﭐﱁﱂﱃﱄﱅﱆﱇ ﱉﱈﱊﱋﱌﱍﱎﱏﱠ
١ :الأحزاب
Maksudnya:
Wahai Nabi (Muhammad SAW)! Tetaplah bertaqwa kepada Allah SWT, dan janganlah
engkau patuhi kehendak orang kafir dan munafik. Sesungguhnya Allah SWT Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(al-Ahzab:1)
7.4 CIRI-CIRI AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH
AYAT MAKKIYYAH AYAT MADANIYYAH
• Membicarakan tentang seruan • Menjelaskan tentang ibadah,
tauhid dan beribadah hanya kepada muamalah, hudud, kekeluargaan,
Allah serta membuktikan kebenaran warisan, jihad, kemasyarakatan
risalah para rasul. dan hubungan antarabangsa,
30
kaedah hukum dan masalah
perundangan.
• Menceritakan kisah Nabi Adam AS • Menceritakan kisah dan perilaku
dan Iblis serta kisah para nabi dan buruk orang-orang munafik.
umat terdahulu kecuali pada ayat-
ayat dalam surah al-Baqarah.
• Ayat-ayat yang pendek dan • Suku kata dan ayatnya lebih
mengandungi ayat yang bermula panjang dengan gaya Bahasa
huruf-huruf al-Muqatta‘ah kecuali yang mantap dalam menjelaskan
ayat dalam surah al-Baqarah dan syariat serta tujuan dan
Ali ‘Imran. sasarannya.
• Mengandungi lafaz ﲌﲍ • Mengandungi lafaz
kecuali pada surah al-Hajj yang ﲢﲣﲤ
menggunakan lafaz
ﲢﲣﲤ
• Mengandungi ayat Sajadah (Sujud • Seruan terhadap ahli kitab dari
Tilawah). Terdapat 15 tempat kalangan yahudi dan Nasrani,
dalam al-Quran. ajakan kepada mereka untuk
memeluk Islam, penjelasan
mengenai penyelewengan
mereka terhadap kitab Allah dan
permusuhan mereka terhadap
kebenaran.
• Mengandungi lafaz (Kalla). Lafaz ini • Menerangkan tentang keizinan
hanya terdapat pada separuh berperang dan peraturannya,
terakhir dalam al-Quran dan hanya serta hukum berkaitan dengan
disebut sebanyak 15 kali. jihad.
• Menceritakan tentang gambaran • Semua hujjah dan dalil mengenai
hari Kiamat, syurga dan nikmatnya, hakikat-hakikat Islam
neraka dan siksanya serta bukti- dibincangkan dengan terperinci
bukti terhadap musyrik serta ayat
Kauniyyah.
31
7.5 KEPENTINGAN MEMPELAJARI AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH
1. Membezakan antara ayat yang Nasikh dan yang Mansukh.
2. Mengetahui sejarah hidup Rasulullah SAW kerana penurunan al-Quran adalah seiring
dengan perjalanan hidup baginda SAW.
3. Mengetahui ayat yang diturunkan itu ditujukan kepada masyarakat arab Makkah atau
Madinah, masyarakat setempat, orang kafir, ahli kitab atau kaum muslimin
seluruhnya.
4. Membantu ulamak dalam melakukan pentafsiran al-Quran, kerana pengetahuan
tentang tempat turun ayat dapat membantu para mufassir memahami ayat tersebut
dan dapat mentafsirkan dengan tafsiran yang betul.
5. Gaya Bahasa yang digunakan dapat dipraktikkan dalam kegiatan dakwah kerana ayat
yang diturunkan sama ada sebelum hijrah atau selepas hijrah mempunyai tujuan atau
penumpuan yang tertentu.
7.6 USAHA-USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN AYAT MAKKIYYAH DAN
AYAT MADANIYYAH SEBAGAI PANDUAN DALAM MEMAHAMI KANDUNGAN AL-
QURAN.
Individu • Membaca buku-buku ilmiah dan mentadabbur ayat
Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
• Mengkaji dan meneliti gaya Bahasa ayat Makkiyyah
dan ayat Madaniyyah.
• Melakukan kajian berkaitan ayat Makkiyyah dan ayat
Madaniyyah dalam buku-buku dan penulisan para
ilmuan yang pakar dalam bidang tersebut.
Masyarakat • Membaca kertas kerja, artikel dan buku-buku berkaitan
ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
• Mengadakan diskusi dan halaqah di masjid dan surau
untuk mendalami perbezaan antara ayat Makkiyyah
dan ayat Madaniyyah.
• Menganjurkan program “Bedah Buku” berkaitan ayat
Makkiyyah dan ayat Madaniyyah di peringkat masjid
dan surau.
Negara • Mengadakan symposium dan seminar di peringkat
antarabangsa.
• Menerbitkan risalah-risalah pendek untuk menolak
golongan yang menolak berlakunya Nasikh dan
Mansukh dalam al-Quran.
32
7.7 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Apakah maksud ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah?
2. Jelaskan perbezaan antara ayat Makkiyyah dan ayat Madaniyyah.
ﱡﭐﱳﱴﱵﱶﱷﱸﱹﱺﱻﱼﱽﱾﱿﲀﲁﲂ
١٥ :ﲃﲄﲅﱠ السجدة
3. Mengapakah kita disarankan untuk melakukan sujud Sajadah apabila
membaca ayat di atas? Jelaskan.
“Golongan kafir Quraisy telah mengetahui akan penurunan ayat Makkiyyah
dan ayat Madaniyyah disebabkan ayat-ayat tersebut turun dalam
persekitaran kehidupan mereka, namun mereka masih tidak beriman
kepada Allah SWT.”
4. Berdasarkan penyataan di atas, mengapakah berlaku hal sedemikian?
Kemukakan hujjah dan alasan.
33
8.0 ILMU TAFSIR
8.1 PENGENALAN
Tafsir al-Quran adalah ilmu pengetahuan untuk memahami dan menafsirkan yang
bersangkutan dengan al-Quran dan isinya berfungsi sebagai mubayyin (pemberi
penjelasan), menjelaskan tentang arti dan kandungan al-Quran, khususnya menyangkut
ayat-ayat yang tidak di pahami dan samar artinya. Kebutuhan umat Islam terhadap tafsir
al-Quran, sehingga makna-maknanya dapat dipahami secara penuh dan menyeluruh,
merupakan hal yang mendasar dalam rangka melaksanakan perintah Allah (Tuhan dalam
Islam) sesuai yang dikehendaki-Nya.
Dalam memahami dan menafsirkan al-Quran diperlukan bukan hanya
pengetahuan bahasa Arab, tetapi juga berbagai macam ilmu pengetahuan yang
menyangkut al-Quran dan isinya. Ilmu untuk memahami al-Quran ini disebut dengan Usul
al-Tafsir atau biasa dikenal dengan Ulumul Quran (ilmu-ilmu Al-Quran). Terdapat tiga
bentuk penafsiran yaitu Tafsir bil ma’tsur, al-Tafsir bir Ra’yi, dan Tafsir al-Isyari,
8.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan pengertian ilmu dan kitab tafsir.
2. Menerangkan jenis-jenis tafsir.
3. Menjelaskan syarat-syarat untuk mentafsir al-Quran.
4. Menghuraikan metodologi penulisan kitab dan latar belakang penulis kitab Tafsir al-
Azhar, Tafsir at-Tabari, Tafsir Ruhul Ma‘ani dan Tafsir al-Jalalain.
5. Mencadangkan usaha-usaha dan tindakan untuk menggunakan ilmu tafsir sebagai
panduan dalam memahami kandungan al-Quran.
8.3 PENGERTIAN ILMU TAFSIR
• Pengertian Ilmu
- Ilmu dari segi bahasa bermaksud mengetahui, merasai dan memahami, yakin dan
percaya
• Pengertian Tafsir
- Bahasa: menurut Lisanul Arab Ibni Manzur, tafsir bermaksud keterangan atau
membuka sesuatu yang dikehendaki daripada lafaz yang tidak jelas.
- Menurut pengertian yang diberikan oleh Mu’jam al-Wasit pula tafsir ialah syarah
dan penjelasan. Manakala tafsir al-Quran pula ialah sebahagian daripada ilmu
islam iaitu yang menerangkan makna-makna al-Quran al-Karim dan apa yang
terkandung didalamnya seperti aqidah, hikmah-hikmah, rahsia-rahsia dan hukum-
hukum.
- Istilah: menurut az-Zarqani, tafsir ialah satu ilmu yang membahaskan tentang
ayat-ayat al-Quran dari segi petunjuk lafaznya mengikut kehendak Allah swt
sekadar kemampuan manusia.
34
- Manakala menurut az-Zarkasyi, tafsir ialah satu ilmu yang dengannya dapat
memahami al-Quran, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan
menerangkan makna maksud dan hukum-hukum serta hikmah-hikmah yang
terkandung didalamnya.
• Pengertian Ilmu Tafsir
- Ilmu tafsir ialah satu bidang ilmu yang membincangkan dan menjelaskan
kehendak Allah swt yang tersirat didalam kitabnya menurut keupayaan manusia,
mengandungi ilmu-ilmu yang ada hubungan dengannya untuk memahami makna
dan kehendak Allah SWT
8.4 JENIS-JENIS TAFSIR
Para ulamak membahagikan tafsir kepada tiga bahagian :
1. Tafsir ar-Riwayat atau tafsir an-Naqli dan lebih dikenali sebagai tafsir bil-Ma’thur.
2. Tafsir ad-Dirayat atau lebih dikenali sebagai tafsir bil-Ra’yi.
3. Tafsir al-Isyarat atau lebih dikenali sebagai tafsir al-Isyari.
1. Tafsir Bil-Ma’thur ( )
• Tafsir yang bersandarkan kepada riwayat yang sahih, iaitu mentafsirkan al-Quran
dengan al-Quran atau dengan hadis kerana berfungsi sebagai penjelasan kepada
al-Quran, atau dengan riwayat sahabat ra (atsar), memandangkan mereka ialah
orang yang paling mengetahui tentang al-Quran al-Karim, atau dengan sesuatu
yang dikatakan oleh tabiin besar kerana mereka biasanya menerima perkara
tersebut daripada para sahabat ra.
• Tafsir al-Quran dengan al-Quran:
Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas :
٤ :ﭧﭐﭨﭐﱡﭐﱎﱏﱐﱑﱠ الفاتحة
Maksudnya :
Yang memiliki hari pembalasan.
Perkataan ﱏ ﱐbermaksud hari pembalasan. Ditafsirkan dengan
firman Allah swt dalam surah al-Infitar :
ﭐﱡﭐﲍﲎﲏﲐﲑﲒﲓﲔﲕﲖﲗﲘﲙﲚﲛﲜﲝﲞ
١٩ - ١٧ :ﲟﲠﲡﲢﲣﲤﱠ الانفطار
35
Maksudnya:
Dan sudahkah engkau ketahui apa (yang dikatakan) hari pembalasan? Lagi,
sudahkah engkau ketahui apa yang (dikatakan) hari pembalasan? (ialah) hari
yang tidak siapa pun dapat menolong sesiapa kerana semua urusan dihari itu
(adalah) kepunyaan Allah SWT.
• Tafsir Al-Quran Dengan Hadis Rasulullah SAW:
Hadis menjelaskan kemusykilan yang terdapat pada ayat al-Quran. Contohnya
penerangan mengenai maksud benang putih dan benang hitam dalam firman Allah
swt :
ﱣﱤﱥﱦﱧﱨﱩﱪﱫﱬﱭ. ﱢ..ﱡﭐ
١٨٧ :ﱠ البقرة...ﱯﱮ
Maksudnya :
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kakmu benang putih
(cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
Ayat diatas menjadi kemusykilan kepada ‘Adiyi bin Hatim ra. Oleh yang demikian
Rasulullah saw menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan ﱨ ﱩ
(benang putih) ialah cahaya siang dan ( ﱫ ﱬbenang hitam) ialah
kegelapan malam melalui sebuah hadis baginda saw :
ﷺ
Maksudnya :
Daripada ‘Adiyyi bin Hatim ra, beliau berkata : Ketika diturunkan firman Allah swt
(ayat ila akhir) ‘Adiyi berkata kepada Rasulullah saw, Wahai Rasulullah saw : Aku
telah meletakkan dibawah bantalku dua utas benang, satu utas berwarna putih dan
36
satu lagi berwarna hitam untuk aku mengetahui malam dan siang. Rasulullah saw
bersabda : Bantal kamu terhalang, tidak begitu! Yang dimaksudkan ialah kegelapan
malam dan terangnya siang.
• Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat Dan Ijtihad Sahabat RA
Tafsir ini termasuk dalam tafsir yang patut diterima dan dijadikan pegangan kerana
para sahabat ra pernah bergaul dengan Rasulullah saw. Mereka menerima
keterangan daripada sumber yang asli, hidup bersama dengan Rasulullah saw
ketika Allah swt menurunkan wahyu dan mengetahui asbabun nuzul sesuatu ayat.
Firman Allah SWT:
ﭐﱡﭐﲃﲄﲅﲆﲇﲈﲉﲊﲋ ﲍﲌﲎ
٣٠ :ﲏﲐﲑﲒﲓﲔﲕﲖﲗﱠ الأنبياء
Maksudnya : Dan apakah orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit
dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah satu yang padu, kemudian kami
pisahkan antara keduanya, dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang
hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Ibnu ‘Abbas ra mentafsirkan “langit yang padu” ialah langit yang tidak ada
hujan, manakala “bumi yang padu” ialah bumi yang tiada tumbuhan.
Sementara “lalu tuhan pisahkan keduanya” ditafsirkan sebagai turunnya hujan
dan tumbuhnya tumbuh-tumbuhan.
- Tafsir Al-Quran Dengan Pendapat Tabiin Ra
o Tafsir kategori ini boleh diterima berdasarkan sebab bahawa para tabiin ra
kebiasaannya mendapat ilmu pengetahuan daripada para sahabat ra.
Contoh pentafsiran tabiin ra adalah :
ﱡﭐﱹﱺﱻﱼﱽﱾﱿﲀﲁﲂﲃﲄﲅﱠ
٦٥ :البقرة
Maksudnya : Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang yang melanggar
peraturan diantara kamu pada hari sabtu, lalu kami berkata kepada mereka :
jadi kera lah kamu serta terusir.
Mujahid mentafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa orang-orang yang
disumpah oleh Allah swt dalam ayat diatas hanya melibatkan hati yang bersifat
seperti kera dan tidak melibatkan perubahan dari sudut fizikalnya.
Perumpamaan daripada Allah swt sama seperti perumpamaan terhadap
37
orang-orang jahil yang disifatkan seperti seekor keldai yang menunggang
bebanan kitab diatas belakangnya, tetapi tidak mengetahui sesuatu apa pun.
- Contoh buku-buku tafsir bil-Ma’sur
• Tafsir Bil-Rakyi ( )
- bermaksud tafsir al-Quran dengan menggunakan akal fikiran. Para ulamak
tidak sepakat mengenai tafsir ini, sesetengah pendapat mengharamkannya
dan ada pula pendapat yang mengharuskannya.
- Doktor Subhi as-Soleh berpendapat pengharaman adalah wajar
berdasarkan dua sebab :
1. Sekiranya pentafsir itu dengan tegas menyatakan bahawa inilah
makna sebenar ayat yang dihuraikannya, sedangkan pentafsir
tersebut gagal membawa dalil yang sah untuk menyokong
pendapatnya.
2. Pentafsiran dilakukan oleh seorang yang jahil dalam kaedah Bahasa
arab dan usul-usul syarak, atau juga disebabkan beliau cuba
mencari sokongan daripada ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan
hawa nafsu sendiri.
38
- Jenis-Jenis Tafsir Bil-Rakyi )-terpuji
1. Tafsir bil-Rakyi al-Mamduh (
Tafsir ini dilakukan oleh seseorang yang mempunyai ilmu
pengetahuan dalam mentafsirkan al-Quran seperti Bahasa arab,
ilmu nahu, ilmu balaghah, asbabun nuzul, nasikh dan Mansukh dan
lain-lain cabang ilmu yang berkaitan dengan al-Quran.
2. Tafsir bil-Rakyi al-Mazmum ( )-tercela
Tafsir dilakukan oleh seseorang yang tidak layak dalam bidang tafsir.
Kebanyakan tafsir yang dilakukan hanyalah bersandarkan kepada
pendapat sendiri dan mengambil sumber yang tidak sahih.
- Contoh buku-buku tafsir bil-Rakyi al-Mamduh
39
- Contoh buku-buku tafsir bil-Rakyi al-Mazmum
• Tafsir Al-Isyari ( )
- Tafsir al-Isyari atau tafsir sufi bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-Quran
dengan tidak berpandukan kepada kenyataan zahir ayat sepenuhnya,
disebabkan terdapat tanda-tanda tersembunyi hanya diketahui oleh ahli
tasawuf dan pentakwilan ini mempunyai persamaan dengan maksud zahir
ayat.
- Para ulamak berselisih pendapat berhubung dengan tafsir ini. Ada
dikalangan ulamak yang mengharuskan (menerima) tafsir al-Isyari seperti
Imam an-Nasafi dan ada pula yang menegah atau menolaknya seperti
Imam at-Taftazani.
40
- Contoh buku-buku Tafsir al-Isyari
8.5 SYARAT-SYARAT UNTUK MENTAFSIR AL-QURAN.
• Antara syarat-syarat yang membolehkan seseorang melakukan pentafsiran
terhadap ayat-ayat al-Quran adalah :
1. Menguasai Bahasa arab dan kaedahnya(Nahu, Sorof Dan Isytiqaq).
2. Menguasai ilmu balaghah (ilmu al-Ma’ani, ilmu al-Bayan dan ilmu al-Badi’).
3. Menguasai Usul al-Fiqh (Khas, Am,Mujmal, Mufassil dan lain-lain)
4. Mahir dalam ilmu Asbabun Nuzul.
5. Menguasai Nasikh dan Mansukh.
6. Mahir dalam ilmu Qiraat.
7. Mahir dalam ilmu hadis.
8.6 METODOLOGI PENULISAN DAN LATAR BELAKANG PENULIS KITAB TAFSIR AL-
AZHAR
• Latar Belakang Penulis
- Nama : Abdul Malik bin Abdul Karim bin Amru bin Abdullah Soleh
- HAMKA merupakan singkatan bagi Haji Abdul Malik Karim Amrullah
- Tarikh lahir : 14 Muharram 1326 hijrah/17 februari 1908 masihi
- Tempat lahir : Sungai batang, Maninjau Sumatera Barat
41
- Meninggal dunia : 22 ramadan 1401 hijrah/24 julai 1981 masihi di Jakarta
Selatan
• Metodologi Penulisan
- Professor HAMKA melakukan pentafsiran dalam tafsir al-Azhar dengan
menggabungkan tafsir bil-Maksur dan tafsir bil-Rakyi.
- Beliau turut menggunakan metodologi sejarah, antropologi dan sosiologi sebagai
sumber pentafsiran untuk memperkaya tafsirnya.
- Professor HAMKA memilih untuk mengikut corak al-Adabi al-Ijtimai’ iaitu sastera
budaya kemasyarakatan kerana corak tersebut menjelaskan petunjuk-petunjuk
ayat al-Quran yang berkaitan langsung dengan kehidupan masyarakat, serta
usaha bagi menangani masalah-masalah yang dihadapi mereka dengan
mengemukakan dalam Bahasa yang mudah difahami.
- Corak tersebut juga lebih menonjol berbanding aspek-aspek lain seperti Bahasa,
Fiqh, Teologi, Falsafah, Tasawuf dan ilmu pengetahuan dalam Tafsir al-Azhar.
8.7 METODOLOGI PENULISAN DAN LATAR BELAKANG PENULIS TAFSIR AT-TABARI
• Latar Belakang Penulis
- Nama : Abu Jaafar Bin Jarir at-Tabari dikenali sebagai al-Imam, al-Hafiz,
al-Mufassir, al-Muarrikh (ahli tarikh) Muhammad Bin Jarir Bin Yazid Bin
Kathir Bin Ghalib Abu Jaafar at-Tabari, dibangsakan kepada Tabristan
- Tarikh lahir : Tahun 224 hijrah/839 masihi
- Tempat lahir : Tabristan
- Meninggal dunia : Tahun 310 hijrah/932 masihi di Baghdad
• Metodologi Penulisan
- Tafsir ini menggunakan bentuk tafsir bil-Ma’thur.
- Beliau amat teliti dalam membahaskan sesuatu ayat dan menjauhkan diri daripada
syubhat
- Tafsir ini diterangkan dengan perkataan-perkataan daripada ulamak salaf dengan
sanad yang kuat dan tidak mempunyai sebarang riwayat daripada orang yang
disyaki seperti Muqatil Bin Bakir dan al-Kalbi.
- Kisah-kisah israiliyat juga dimasukkan dalam tafsir dengan pemilihan yang sangat
berhati-hati.
- Hukum-hukum fiqh turut dibicarakan dengan mengambil pelbagai pandangan
daripada pelbagai aliran mazhab kemudian mengemukakan pendapatnya sendiri
sebagai pendapat yang dipilih dan kuat.
- Tafsir at-Tabari membincangkan persoalan berkaitan akidah yang kebanyakannya
menyokong pendapat ahlus Sunnah wal jamaah dan menyanggah pendapat
beberapa aliran mazhab ahlul kalam terutamanya daripada golongan muktazilah.
42
8.8 METODOLOGI PENULISAN DAN LATAR BELAKANG PENULIS TAFSIR RUH AL-
MA’ANI
• Latar Belakang Penulis
- Nama : Mahmud Bin Abdullah al-Husaini al-Alusi, Syihabuddin Abu as-
Sana’
- Tarikh lahir : tahun 1217 hijrah
- Tempat lahir : al-Karkh, Iraq
- Meninggal dunia : tahun 1270 hijrah di Baghdad
• Metodologi Penulisan
- Tafsir ini mempunyai 15 jilid yang menjelaskan perkaitan antara ayat dengan ayat,
surah dengan surah, asbabun nuzul dan menguatkan penjelasan tafsir dan syair-
syair.
- Tafsir ini lebih cenderung terhadap ahlus Sunnah wal jamaah dan menolak
pendapat daripada golongan muktazilah dan syiah.
- Imam al-Alusi banyak membicarakan tentang ilmu cakrawala, falak, perbincangan
yang luas mengenai tatabahasa dan memperincikan tentang mazhab-mazhab fiqh
serta dalil-dalil yang berkaitan dengan hukum.
- Imam al-Alusi banyak menggunakan bentuk tafsir al-Isyari sehinggakan
sebahagian para pengkaji dan ulamak mengkategorikannya sebagai tafsir al-
Isyari.
- Kisah-kisah berkaitan israiliyat tidak dimasukkan dan telah ditolak dengan tegas
oleh imam al-Alusi.
- Tafsir ini turut menjelaskan banyak perkara seperti perbezaan antara tafsir dan
takwil kerana sebahagian ulamak menyatakan bahawa pengertian takwil dan tafsir
adalah sama, manakala sebahagian ulamak lain pula membezakannya.
8.9 METODOLOGI PENULISAN DAN LATAR BELAKANG PENULIS TAFSIR JALALAIN
• Latar belakang penulis
- Nama : Jalaluddin Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ibrahim al-Mahalli
asy-Syafie
- Tarikh lahir : tahun 791 hijrah
- Tempat lahir : Mesir
- Meninggal dunia : Hari sabtu pertengahan bulan Ramadan tahun 864 hijrah di
Kaherah
• Metodologi Penulisan
- Tafsir ini menggunakan metod ijmali oleh Imam as-Suyuti sebagaimana yang telah
digunakan terlebih dahulu oleh gurunya Imam al-Mahali iaitu mentafsirkan ayat al-
Quran secara ringkas, menggunakan Bahasa yang mudah difahami dan tidak
terlalu jauh daripada gaya Bahasa atau uslub al-Quran.
43
- Isi kandungan tafsir Jalalain sangat ringkas dan padat sehingga sebahagian
ulamak mengatakan bahawa bilangan huruf-huruf dalam kitab ini adalah sama
banyak dengan bilangan huruf-huruf surah al-Muzzammil serta dibolehkan untuk
membawanya tanpa berwuduk.
- Kitab tafsir al-Jalalain ini paling banyak digunakan dan diambil manfaat oleh umat
islam yang lain. Kebanyakan para ulamak telah membuat huraian terhadap isi
kandungan tafsir ini sehingga telah lahir nota catatan bawah (hawamish) yang
sering digunakan oleh para ulamak seperti Hasyiah al-Jamal dan Hasyiah as-
Sowi.
- Antara ciri yang menarik dalam tafsir ini ialah pentafsiran surah al-Fatihah
diletakkan dibahagian paling akhir dan tidak membincangkan mengenai ayat
Basmalah seperti kitab-kitab tafsir yang lain.
8.10 USAHA-USAHA DAN TINDAKAN UNTUK MENGGUNAKAN ILMU TAFSIR SEBAGAI
PANDUAN DALAM MEMAHAMI KANDUNGAN AL-QURAN
Individu • Membaca buku-buku tafsir yang muktabar.
• Menghadiri kuliah pengajian tafsir yang diadakan
disurau-surau atau masjid-masjid.
• Meneliti, mengamati dan mengkaji secara terperinci
dan lebih mendalam disamping merujuk kepada hadis-
hadis Rasulullah saw untuk memahami sesuatu
maksud atau tafsiran al-Quran.
• Membaca buku-buku metodologi pentafsiran al-Quran
yang sahih.
Masyarakat • Memperbanyakkan lagi penganjuran seminar tafsir al-
Quran diperingkat antarabangsa.
• Membudayakan pengajian talaqqi buku tafsir.
• Menganjurkan program-program ilmiah diperingkat
taman perumahan dan kawasan penduduk setempat
seperti “bedah buku tafsir”.
• Menggunakan saluran media massa untuk memberi
pendedahan kepada masyarakat mengenai ilmu tafsir.
Negara • Mempergiatkan lagi usaha-usaha melakukan
penterjemahan buku-buku tafsir yang muktabar ke
dalam Bahasa melayu.
44
• Mengambil tindakan undang-undang terhadap individu
atau golongan yang menyeleweng dalam melakukan
pentafsiran terhadap ayat-ayat suci al-Quran.
• Memperketatkan lagi undang-undang bagi
membendung golongan liberalisme daripada
menyeleweng dalam melakukan pentafsiran terhadap
ayat-ayat suci al-Quran.
• Mengadakan pertemuan bersama-sama tokoh-tokoh
tafsir di peringkat ASEAN bagi melahirkan karya tafsir
yang lebih dekat dengan persekitaran masyarkat islam
di Malaysia.
8.11 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Nyatakan maksud ilmu tafsir?
2. Jelaskan dua jenis tafsir al-Quran?
3. Huraikan jenis-jenis tafsir bil-Rakyi.
4. Jelaskan tiga syarat mentafsirkan al-Quran?
5. Terangkan dua usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan ilmu tafsir sebagai
panduan memahami kandungan al-Quran.
45
9.0 RESAM UTHMANI
9.1 PENGENALAN
Mushaf al-Quran yang diguna pakai pada zaman ini adalah mengikut kaedah penulisan
yang ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ke-3 iaitu Khalifah Saidina Usman bin Affan RA.
Kaedah penulisan ayat-ayat al-Quran ini atau lebih dikenali sebagai Resam Uthmani telah
diarahkan oleh beliau disebabkan berlaku perselisihan bacaan di kalangan umat Islam
yang begitu ketara.
9.2 HASIL PEMBELAJARAN
1. Menyatakan sejarah penulisan Resam Uthmani.
2. Menerangkan metodologi penulisan Resam Uthmani.
3. Menjelaskan keistimewaan Resam Uthmani.
4. Mencadangkan usaha-usaha dan tindakan untuk menggunakan Resam Uthmani
sebagai panduan dalam memahami kandungan al-Quran.
9.3 SEJARAH PENULISAN RESAM UTHMANI
Resam al-Quran atau Resam Uthmani ialah kaedah penulisan ayat-ayat al-Quran yang
telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Istilah Uthmani disandarkan kepada
Saidina Usman R.A kerana atas perintah beliau mushaf al-Quran disalin semula dan
dihantar kepada umat Islam di seluruh pelusuk dunia.
Sejarah penulisan Resam Uthmani telah berlaku pada beberapa zaman:
• Zaman Nabi Muhammad SAW
- Proses penulisan al-Quran sudah berlaku.
- Apabila Rasulullah SAW menerima wahyu, baginda akan terus menyuruh para
sahabat mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang telah diwahyukan kepada baginda.
- Antara sahabat-sahabat yang terlibat ialah keempat-empat Khulafa’ ar-Rasyidin,
Saidina Muawiyah bin Abi Sufian, Saidina Khalid bin al-Walid, Saidina Ubai bin
Ka‘ab dan ramai lagi.
- Ayat-ayat al-Quran ditulis pada pelepah tamar, kulit-kulit binatang, kepingan batu
dan sebagainya.
• Zaman Khalifah Abu Bakar RA
- Al-Quran dikumpulkan pada zaman ini kerana telah berlaku satu peperangan yang
dinamakan peperangan al-Yamamah. Peperangan ini menyebabkan ramai
dikalangan para huffaz al-Quran telah syahid.
- Saidina Umar mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar agar dikumpulkan al-
Quran kerana bimbang al-Quran akan hilang dan terhapus.
46