The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Tindakan Guru-guru Tingkatan 6 HSBM 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marializalatiff, 2024-01-22 22:48:20

Kajian Tindakan Guru-guru Tingkatan 6 HSBM 2023

Kajian Tindakan Guru-guru Tingkatan 6 HSBM 2023

Keywords: action research,2023

2023 KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU TINGKATAN 6 SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM PUSAT TINGKATAN ENAM SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM


KANDUNGAN BIL TAJUK ARTIKEL PENYELIDIKAN/ NAMA PENGARANG MUKA SURAT 1. TEKNIK MNEMONIK DALAM MEMBEZAKAN MAKNA DARI SEGI LEKSIKAL BAHASA MELAYU SEMESTER TIGA. Aida Maswani Binti Md Yusop, Chua Bee Fang, Noorhayati Binti Yusup, Mohd Yatim Bin Ramli 1 2. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ANALISIS KESALAHAN BAHASA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK APA YANG SALAH, KENAPA SALAH Suzilawati binti Shaary 8 3. “CANTIK MENARIK TERBAIK DA BOMB!” DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 2 En. Leong Shean Loong, En. Mohamad Roslaini bin Abdul Razak, Cik Gok Poh Suan, Pn. Peranika binti Heriranto 21 4. MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR SEMESTER 2 TENTANG CABARAN WAWASAN 2020 MELALUI KAEDAH ‘CHALLENGE ME’ Rohaiza Binti Hashim, Lee Eai Lien, Suriana Binti Mat Ghani, Siti Nazila Binti Zakaria dan Nuratikah Binti Ishak 43 5. PENGGUNAAN TEKNIK “LEAPER” DALAM PENGAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN Rosidah Binti Ahmad, Rafikah Binti Ishak, Yeap Lay Khuan, Ku Ai Fung, Norzihana Binti Hamzah 51 6. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ESEI MELALUI KAEDAH “GAPEIM” BAGI MATA PELAJARAN EKONOMI SEMESTER 2 Aruna Devi a/p Varatharajoo, Masrita binti Muhammad Zain, Paramese a/p Veerasamy, Kamisah binti Kambali, Melati binti Sulaiman 79 7. KAEDAH TRIKON: MENGENALPASTI FORMAT PENYATA KEWANGAN (PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN DALAM TOPIK KITARAN PERAKAUNAN BAGI MATA PELAJARAN PERAKAUNAN SEMESTER 1 Nur Layalina Binti Jahya, Premalatha A/P Padbatan 88 8. KAEDAH BELAJAR BERSAMA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SEJARAH Annie Wong Yun Fui, Hasbullah Bin Haji Ahmad, Ainon Rosmanira Binti Mat Hussin 107 9. ‘10 MINUTES PITCHING’ UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP ICT DAN MULTIMEDIA KEPADA 18 ORANG PELAJAR ICT KELAS PBUSM Rohana Binti Che Aman 110


10. ‘10 MINUTES PICHING’ UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP BIOLOGI KEPADA 9 ORANG PELAJAR BIOLOGI KELAS PAUKM Noor Erma Suria Binti Ab Rahman 124 11. '10 MINUTES PICHING’ UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP KIMIA KEPADA 9 ORANG PELAJAR KIMIA KELAS PAUKM Yeap Ling Yan 132 12. ‘10 MINUTES PITCHING’ UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR PAUMP MENGHASILKAN PANTUN DALAM PENULISAN KREATIF Che Samrah Binti Sarif 141 13. PENGGUNAAN ALAT DALAM TALIAN (KALKULATOR PEMBEZAAN DAN KALKULATOR PENGAMIRAN) DALAM PEMBELAJARAN KENDIRI BAGI MATEMATIK STPM Lim Chuen Chee, Tan Gaik Choo, Teh Meow Lee 150 14. PENGGUNAAN I-PoD-ESC DALAM MEMBANTU PELAJAR PBUM SEMESTER 1 2024 MEMBINA PERSAMAAN EMPIRIKAL MENGGUNAKAN DIMENSIONAL ANALYSIS. Mariana Binti Saharin 162 15. IMPROVING STUDENTS’ SCORES IN SPEAKING PERFORMANCE USING ‘SAY IT RIGHT’ TECHNIQUE Aliza Ahmad, Norliza Dali, Periyanaayagi Karpayah 172 16. IMPROVING THE STUDENTS’ READING COMPREHENSION THROUGH THINK PAIR AND SHARE METHOD Nalani Vengadasamy 181 17. THE USE OF SONG LYRICS IN TEACHING IDIOMATIC EXPRESSIONS TO THE STUDENTS OF PAUTM AND PAUMS 2023 Marshima Juliana Mohd Hasim 188 18. Enhancing Pre-University Second Language Learners’ Speaking Proficiency: The Use of “TCK ⁴ Vocab” in Vocabulary Development Maria Liza Binti Pakir Mohamed Latiff 200


1 TEKNIK MNEMONIK DALAM MEMBEZAKAN MAKNA DARI SEGI LEKSIKAL BAHASA MELAYU SEMESTER TIGA Aida Maswani Binti Md Yusop, Chua Bee Fang, Noorhayati Binti Yusup, Mohd Yatim Bin Ramli Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan daya ingatan pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu semester tiga dengan menggunakan kaedah Mnemonik. Peserta kajian dalam kajian ini melibatkan pelajar kelas 6 Atas PAUUM dan PAUIA seramai 22 orang yang mengambil mata pelajaran bahasa Melayu. Isu yang dihadapi ialah ketidakmampuan pelajar untuk membezakan antara makna leksikal yang dipelajari. Pelajar juga seringkali lupa makna istilah dan ciri-cirinya sehingga menyebabkan pelajar tertukar istilah-istilah tersebut semasa menjawab soalan peperiksaan. Tinjauan awal telah dijalankan melalui ujian pra dan pasca serta soal selidik. Analisis tinjauan masalah menunjukkan pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang tepat untuk setiap soalan yang diberikan berdasarkan markah yang diperoleh oleh calon. Purata markah untuk ujian pra ini ialah 8/20 dengan purata peratusan sebanyak 41% peratus. Pencapaian ini agak rendah disebabkan pelajar sukar mengingat fakta yang telah dipelajari dengan baik. Sehubungan itu, kaedah pengajaran iaitu Mnemonik diperkenalkan agar dapat membantu menguatkan ingatan dan kefahaman pelajar. Antara teknik Mnemonik adalah dengan menggunakan akronim dan akrostik. Oleh itu, dapatan menunjukkan min setelah penggunaan kaedah Mnomenik adalah tinggi. Kesimpulannya, kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tingkatan enam kerana hal ini bukan sahaja mampu menarik minat belajar malahan dapat meningkatkan daya ingatan para pelajar dalam menguasai sesuatu topik dengan lebih cepat dan mudah, seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan STPM. Kata Kunci: Kaedah Mnemonik, Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Pelajar Tingkatan Enam Atas 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Kaedah Pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai amatlah penting bagi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik yang dipelajari seterusnya dapat meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan STPM. Keupayaan pelajar mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran bahasa Melayu amatlah rendah. Oleh itu, teknik memacu ingatan untuk mengingati fakta-fakta dengan mengaitkannya dengan maklumat dan data sedia ada yang lebih ringkas dan mudah serta sangat penting. (Maizan, 2017). Kaedah Mnemonik (akronim dan akrostik) adalah satu cara yang mudah untuk mengingati fakta. Teknik akrostik pula menggunakan huruf-huruf kunci untuk membuatkan pelajar dapat mengingati makna leksikal dan ciri-cirinya. Pelajar akan menghafal jadual makna leksikal menggunakan teknik akrostik seperti “Hanim Telefon Asyraf Sebab Ejan Makan’’. Pelajar akan lebih mudah mengisi jadual makna leksikal dan mengingati ciri makna leksikal. Contoh makna leksikal ialah Homonim, Homofon dan Homograf dan ciri makna leksikal ialah Sebutan, Ejaan dan Makna.


2 2.0 FOKUS KAJIAN Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mula diperkenalkan bagi menjana pemikiran dan idea ke arah perkembangan ke arah pendidikan yang berintelektual dan berdaya saing. Soalan-soalan yang dikemukakan tidak lagi tertumpu kepada satu fakta sahaja malahan lebih mencapai bagi memastikan pelajar menggunakan daya ingatan mereka semaksima mungkin (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Sehubungan itu kajian yang dijalankan ini berfokus kepada strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dengan menggunakan kaedah mnemonik teknik akrostik bukan sahaja bagi memudahkan penyampaian sesuatu topik yang dipelajari malah dapat memastikan tajuk yang dipelajari tekal dalam minda pelajar. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan daya ingatan pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu Semester tiga dengan menggunakan kaedah Mnemonik (akronim dan akrostik). 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu Semester tiga dengan menggunakan kaedah Mnemonik (akronim dan akrostik) 3.2.2 Meningkatkan daya ingatan pelajar dalam mata bahasa Melayu Semester tiga dengan menggunakan kaedah Mnemonik (akronim dan akrostik) 4.0 KUMPULAN SASARAN Peserta kajian dalam kajian ini hanya melibatkan pelajar kelas PAUUM dan PAUIA seramai 22 orang yang mengambil mata pelajaran bahasa Melayu semester tiga. Terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dan 13 orang pelajar perempuan. JANTINA/ BANGSA MELAYU CINA INDIA JUMLAH LELAKI 3 1 5 9 PEREMPUAN 8 2 3 13 JUMLAH 11 2 8 22 Jadual 1: Taburan Pelajar Mengikut Bangsa


3 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Pelaksanaan ujian yang dijalankan adalah untuk melihat tahap daya ingatan pelajar sebelum kaedah pengajaran menggunakan Mnemonik (akronim dan akrostik) dan selepas kaedah Mnemonik (akronim dan akrostik) ini digunakan. 5.1 Tinjauan Masalah Menurut Salleh (2012) kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat dan yang baik. Kemahiran mengingat juga ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. Oleh itu, kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. 5.2 Ujian Pra Kajian ini juga menggunakan kaedah ujian untuk mengenal pasti tahap daya ingatan pelajar terhadap sesuatu fakta yang dipelajari. Terdapat dua ujian yang perlu dijawab oleh pelajar iaitu ujian pra dan ujian pos. Soalan kedua-dua ujian ini sama dan masa menjawab soalan juga adalah sama iaitu 20 minit. Ujian pra dilaksanakan sebelum kaedah Mnemonik (akronim dan akrostik) dilaksanakan. Contoh Soalan STPM Semester 3 2021 I • Gunung Kinabalu berjaya kami daki. • Daki pada pakaian Chandran tidak dapat dibersihkan. II • Rendang yang dimasak oleh ibu sungguh enak. • Pokok rambutan itu sangat rendang. Padanan yang manakah yang betul bagi perkaitan makna perkataan dalam I dan II di atas? I II A Homonim Homograf B Homofon Homonim C Homonim Homofon D Homograf Homonim


4 5.3 Analisis Tinjauan Masalah Dapatan daripada ujian pra ini menunjukkan pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang tepat untuk setiap soalan yang diberikan ini dapat dibuktikan berdasarkan markah yang diperoleh oleh calon. Purata markah untuk ujian pra ini ialah 8/20 dengan purata peratusan sebanyak 41% peratus. Pencapaian ini agak rendah disebabkan pelajar sukar mengingat fakta yang telah dipelajari dengan baik. Rajah 2: Markah Ujian Pra 5.4 Pelaksanaan Ujian Pasca Bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu terutamanya bab semantik, guru telah mengubah kaedah pengajaran dalam kelas PAUUM dan PAUIA. Sebelum kajian tindakan dilakukan, guru menggunakan kaedah tradisional iaitu berpusatkan guru dengan teknik baca dan hafal. Kaedah Mnemonik digunakan oleh guru dan pelajar dalam pengajaran makna leksikal. Guru memberikan Mnemonik (akronim dan akrostik) “Hanim Telefon Asyraf Sebab Ejan Makan’’ iaitu makna leksikal ialah Homonim, Homofon dan Homograf dan ciri makna leksikal ialah Sebutan, Ejaan dan Makna. Pelajar mengisi jadual makna leksikal dan menanda ciri persamaan dan perbezaan makna leksikal. Sebutan (Sebab) Ejaan (Ejan) Makna (Makan) Contoh 3 15 4 0 *1-5 *6-10 *11-15 *16-20 MARKAH UJIAN PRA


5 Homonim (Hanim) X gamat, raut, organ, daki, sedang, ketam, haus, buku, basi Homofon (Telefon) X X masa – massa kota – kouta telur – telor golongan – gulungan Homograf (Asraf) X X perang – perang sepak – sepak semak – semak bela – bela Jadual 3: Jadual Makna Leksikal Pelajar kemudiannya menjawab soalan yang telah diberikan. Ujian ini dijalankan dalam tempoh 20 minit. 5.5 Analisis Keputusan Ujian Pasca Hasil semakan kertas ujian pasca, menunjukkan terdapat peningkatan dalam markah pelajar iaitu purata markah meningkat kepada 13.5 dan peratusan sebanyak 67 peratus berbanding semasa ujian pra, purata pencapaian pelajar hanya 8/20 dan peratusan 41% peratus. Hal ini menunjukkan penggunaan kaedah Mnemonik teknik akrostik dapat membantu menguatkan daya ingatan pelajar dan seterusnya dapat membantu pelajar menjawab dengan tepat. Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana penggunaan Mnemonik teknik akrostik mampu meningkatkan minat belajar dan membantu mempercepatkan daya ingatan dalam kalangan pelajar berbanding penggunaan secara konvensional iaitu bacaan dan hafalan. Hasil dapatan kajian daripada ujian pra dan ujian pasca didapati kaedah Mnemonik ini dapat membantu pelajar


6 dalam meningkatkan daya ingatan terhadap fakta-fakta yang penting dan sukar. Hasil dapatan ujian pasca menunjukkan berlaku peningkatan markah pelajar daripada ujian pra yang telah dijalankan iaitu semasa ujian pra pelajar hanya mencapai purata 8.2. Pelajar juga lebih fokus dan tenang semasa menjawab ujian pasca kerana mereka dengan mudah dapat mengingat kembali fakta yang telah dipelajari dengan menggunakan kaedah Mnemonik (teknik akrostik). Hasil maklum balas yang telah dijalankan selepas ujian pasca dijalankan juga menunjukkan kaedah Mnemonik sangat membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya bab topik makna leksikal yang pada mulanya merupakan mata pelajaran yang sukar bagi para pelajar. Rajah 4: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca 6.0 Refleksi Kajian Secara keseluruhannya kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Mnemonik dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu dalam peperiksaan STPM. Penggunaan kaedah Mnemonik dalam pengajaran dan pemudahcaraan telah meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas seterusnya dapat mengembangkan idea pelajar untuk membina lebih banyak akronim dan akrostik yang lebih menarik untuk mereka meningkatkan daya ingatan. Dapatan kajian juga menunjukkan penerimaan pelajar adalah tinggi terhadap kaedah Mnemonik. Sehubungan itu, jelaslah kaedah ini lebih efisien dan sesuai


7 digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran topik-topik tertentu dalam mata pelajaran bahasa Melayu. 7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji telah memberi sumbangan dalam menambahkan kaedah sedia ada yang biasa digunakan dalam bilik darjah. Pengkaji mendapati penggunaan kaedah Mnemonik dalam pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan oleh semua pelajar tanpa mengira jantina. Pengkaji juga berkongsi penggunaan kajian tindakan ini bersama-sama rakan setugas. Pengkaji berharap perkongsian tersebut dapat digunakan oleh para pelajar dari kelas bahasa Melayu yang lain juga. BIBLIOGRAFI Abdul Razak Idris & Noorul Shuhadah Osman, 2010 Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Asas Penyelidikan dan Pencarian Maklumat Melalui Data Elektronik. Dikemaskini pada 24 Februari 2018 dari http://www.researhchgate.net/publication /46212076 Khairul Abu Bakar, Mohamad Yusuf Omar, Muhammad Aim Ishak, Nur Alia Asyura Harun, Nurjannah Yasuni, 2018, Mnemonik Sebagai Strategi Dalam Meningkatkan Daya Ingatan Pelajar Universiti Sains Malaysia : Universiti Sains Malaysia. Maizan Muhammad 2017. Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif Dalam Meningkatkan Keupayaan Ingatan Pelajar Peringkat Pengajian Pra-U : Sorotan kajian Lepas, dalam National Pre University Seminar, 23 Ogos 2017, hlm 309-317. Majdan Paharal Radzi 2013, Pendekatan Kaedah Mnemonik Dalam Pembelajaran Bahasa Arab (J-qaf) http://www.unisza.edu.my Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan, KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Salleh M. R (2012). Meningkatkan Kemahiran Mengingat Di Kalangan Murid Tahun 6. IPG: Kota Bharu.


8 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ANALISIS KESALAHAN BAHASA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK APA YANG SALAH, KENAPA SALAH Suzilawati binti Shaary Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang ABSTRAK Kajian ini dilakukan untuk melihat keberkesanan kaedah mengenal pasti, memahami, dan membetulkan kesalahan bahasa bagi soalan Bahasa Melayu STPM Semester 2 dengan memperkenalkan kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 17 orang pelajar dari Tingkatan 6PA UMS. Mereka terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 13 orang pelajar perempuan. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran mengemukakan jawapan yang dikehendaki oleh skema jawapan. Kaedah ini juga diperkenalkan untuk menolak tanggapan pelajar bahawa soalan bahagian Analisis Kesalahan Bahasa susah untuk mendapat skor yang baik. Aplikasi kaedah ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk mendapat markah yang lebih baik, terutamanya pelajar yang lemah. Tinjauan awal mendapati bahawa pelajar pandai sering menghadapi masalah untuk menyatakan sebab bagi kesalahan yang telah dikenal pasti. Hal ini menyebabkan mereka cenderung untuk hilang 3 markah. Bagi pelajar yang lemah pula, mereka langsung tidak mempunyai apa-apa idea untuk menyatakan sebab bagi setiap kesalahan bahasa walaupun bagi kesalahan yang agak mudah seperti kesalahan ejaan. Untuk membantu para pelajar, saya telah memperkenalkan kaedah apa yang salah. Beberapa siri pengujian telah dijalankan untuk melihat keberkesanan aplikasi kaedah ini, seperti ujian pra, ujian pasca, dan soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian bagi bahagian tersebut. Walau bagaimanapun, pencapaian ini agak perlahan memandangkan ada faktor lain yang menjadi kekangan, seperti pengetahuan tatabahasa yang agak lemah dalam kalangan pelajar. Kata kunci: Analisis Kesalahan Bahasa, apa yang salah, kenapa salah, tatabahasa 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi Semester 2 agak mencabar kerana rata-rata pelajar sangat lemah dalam penguasaan tatabahasa bahasa Melayu. Fokus Kajian Tindakan (KT) kali ini adalah tentang Kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah bagi mengatasi masalah pelajar untuk menjawab soalan Analisis Kesalahan Bahasa yang bernilai 9 markah. Bagi pelajar, tatabahasa merupakan suatu topik yang sukar difahami memandangkan tajuk ini dipelajari secara terperinci. Cabaran ini menjadi semakin sukar apabila mereka wajib menjawab soalan analisis kesalahan bahasa yang menawarkan 9 markah daripada 30 markah penuh untuk bahagian struktur. Mereka tidak pernah didedahkan secara terperinci tentang cara menjawab soalan bahagian ini pada peringkat pengajian sebelum ini. Untuk makluman, pada Semester 2, tatabahasa merupakan elemen yang paling besar yang diuji dengan nilai markah 60 yang meliputi 30 markah untuk bahagian A dan 30 markah untuk bahagian B. Namun begitu, kajian ini hanya berfokus pada bahagian B iaitu bagi soalan Analisis Kesalahan Bahasa yang menawarkan 9 markah daripada 30 markah. Soalan berkenaan dengan Analisis Kesalahan Bahasa wajib dijawab oleh pelajar untuk meraih markah yang baik. Petikan pendek akan diberikan, dan pelajar perlu mengenal pasti


9 kesalahan bahasa, menyatakan sebab bagi kesalahan tersebut dan membuat pembetulan bagi kesalahan tersebut. Secara umumnya, terdapat 3 bahagian yang perlu dijawab oleh pelajar. Biasanya terdapat 3 kesalahan yang diuji dan pelajar mesti mampu mengenal pasti ketiga-tiga kesalahan tersebut. Untuk memastikan pelajar mendapat markah yang baik, pelajar perlu betulbetul menguasai tatabahasa. Oleh itu, suatu kaedah yang mudah perlu dikenal pasti bagi menarik minat pelajar untuk menguasai soalan ini khususnya, dan subjek Bahasa Melayu Semester 2 amnya. Masalah yang dihadapi sepanjang PdPc berlangsung adalah seperti yang berikut; a) Pelajar gagal memahami dan menguasai tatabahasa. b) Pelajar gagal mengenal pasti kesalahan tatabahasa dalam teks pendek yang diberikan. c) Pelajar gagal mengemukakan sebab kesalahan bagi kesalahan yang telah dikenal pasti walaupun mampu membuat pembetulan bagi kesalahan tersebut. d) Penerimaan pelajar akan menjadi lebih perlahan apabila melibatkan kemahiran mengenal pasti, memahami, membetulkan kesalahan yang diuji. e) Pelajar kurang aktif dalam sesi PdP kerana tidak menguasai kemahiran tatabahasa. f) Pelajar kurang berminat untuk membuat ulang kaji apabila mereka tiada kaedah yang sesuai. Untuk pengetahuan, Bahasa Melayu Semester 2 menawarkan 2 bahagian untuk 60 markah iaitu 30 markah untuk bahagian A dan 30 markah untuk bahagian B. Jika dilihat pada 2 bahagian soalan tersebut, jelas menunjukkan bahawa peruntukan markah seimbang. Hal ini seiring dengan fokus PdP pada semester ini yang hanya berfokus pada tatabahasa semata-mata. Jadi, kajian ini cuba melihat masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk mengenal pasti, memahami, mengingat dan seterusnya mengaplikasikan pemahaman dalam menjawab soalan supaya mereka tidak hilang markah yang banyak. Guru perlu memastikan tahap kefahaman pelajar terhadap topik berkenaan berada pada tahap yang maksimum supaya mereka dapat mencapai skor yang diharapkan. Jika tahap kefahaman mereka rendah sudah tentu mereka akan gagal mendapat markah yang baik apatah lagi jika mereka tiada kaedah khusus untuk mempersembahkan jawapan. Oleh itu, idea yang sesuai melalui perancangan yang teliti perlu difikirkan dan dilakukan bagi mengatasi masalah ini.


10 2.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN Kajian yang dijalankan ini tertumpu pada kemahiran mengenal pasti, memahami, mengingat, dan mengaplikasikan kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah. Kajian ini juga dilakukan bagi menolak dakwaan pelajar bahawa topik Analisis Kesalahan Bahasa ini susah. Kajian ini juga cuba untuk membantu pelajar mengemukakan jawapan yang lebih relevan malah mewujudkan pembelajaran yang lebih mesra pengetahuan. Kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan, terutamanya peperiksaan pada Semester 2 atau Ulangan 2. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai keberkesanan pembelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah dalam kalangan pelajar Tingkatan 6PA UMS. 3.2 Objektif Khusus Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti yang berikut: i. Meningkatkan tahap kefahaman pelajar tentang kaedah menjawab soalan analisis kesalahan bahasa ii. Membantu pelajar untuk memberikan jawapan yang memenuhi kehendak skema jawapan iii. Memastikan pencapaian keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu pada Semester 2 dapat ditingkatkan 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 17 orang pelajar (responden) yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu Semester 2. Responden ini juga melibatkan 4 orang pelajar lelaki dan 13 orang pelajar perempuan. Penglibatan pelajar secara holistik dilakukan supaya semua pelajar mendapat manfaat daripada pengaplikasian kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah.


11 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Latihan dan ujian awal yang dilakukan mendapati bahawa pelajar gagal mengemukakan jawapan yang relevan dengan kehendak soalan, terutamanya pelajar yang lemah. Penguasaan tatabahasa yang lemah juga menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lemah untuk bahagian ini. Pelajar kelihatan pasif mungkin kerana tiada pengetahuan tatabahasa yang mantap. Untuk memastikan keadaan ini tidak berterusan, saya mengadakan ujian pra bagi mengenal pasti dan menganalisis tahap kelemahan pelajar berdasarkan pemerhatian saya terhadap hasil ujian tersebut. Selain itu, sebelum mengadakan ujian, saya juga melakukan aktiviti pemerhatian untuk memahami masalah pelajar yang sebenar. Setelah mendapat keputusan ujian, saya juga mengadakan temu bual dengan pelajar untuk mengenal pasti masalah dengan lebih jelas. Langkah Kumpulan sasaran Tempoh Pelaksanaan Tujuan 1.Pemerhatian 2.Ujian Pra 3.Temu bual 17 orang pelajar Tingkatan 6PA UMS Sebulan hingga dua bulan Saya membuat pemerhatian untuk melihat tingkah laku pelajar atau respons mereka terhadap kemahiran memahami, mengingat, dan mengaplikasikan Kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah. Saya kemudian melakukan ujian pra bagi mendapatkan hasil yang lebih jelas. Berdasarkan keputusan ujian yang kurang memberangsangkan, saya mengadakan sesi soal jawab terhadap beberapa orang pelajar lemah untuk mengenal pasti masalah. Jadual 1: Kaedah mengenal pasti masalah 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil pelaksanaan ujian pra, saya mendapati 76% pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar gagal menguasai kaedah menjawab soalan tersebut secara khusus. Beberapa faktor berlakunya masalah ini telah dikenal pasti iaitu pelajar tidak menguasai tatabahasa


12 dengan baik, tiada kaedah khusus untuk menulis jawapan seperti kehendak skema jawapan dan gagal mengenal pasti kesalahan. Langkah Kumpulan sasaran Tempoh Pelaksanaan Masalah dikenal pasti 1. Pemerhatian 2. Ujian Pra 3. Temu bual 17 orang pelajar Tingkatan 6PA UMS Sebulan hingga dua bulan Setelah keputusan ujian diperoleh, saya mendapati 76% pelajar gagal mencapai tahap yang diharapkan. Ramai pelajar gagal memberikan jawapan yang tepat. Sebelum ujian dilakukan, para pelajar berpandangan bahawa soalan Analisisi Kesalahan Bahasa merupakan soalan yang sangat sukar untuk mendapat merkah yang baik. Setelah PdP dijalankan, mereka bersifat pasif. Hal ini berlaku kerana tahap penguasaan tatabahasa mereka agak rendah. Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan yang Dijalankan Berdasarkan tinjauan awal, saya mendapati bahawa pelajar agak lemah dalam memberikan jawapan yang tepat untuk soalan analisis kesalahan bahasa. Rata-rata pelajar mampu mendapat 2 hingga 3 markah. Tambahan pula, penguasaan tatabahasa yang lemah menjadikan persembahan jawapan untuk bahagian struktur menjadi lebih perlahan. Keadaan ini semakin ‘parah’ apabila pelajar tidak tertarik untuk meneliti tajuk ini tanpa sebarang pendekatan yang tertentu. Mereka sekadar membiarkan kotak atau bahagian soalan sebab kesalahan kosong begitu sahaja. Keadaan ini memaksa saya memikirkan satu pendekatan yang mudah untuk menarik pelajar mengikuti PdP khususnya bagi menjawab soalan sebab kesalahan. Kaedah menjawab soalan ini diperkenalkan dalam melaksanakan kajian ini untuk mengatasi masalah yang wujud dalam kalangan pelajar. Kenapakah kaedah ini dinamakan Apa Yang Salah, Kenapa Salah? Sebenarnya, nama ini diwujudkan untuk memudahkan pelajar merangka jawapan berdasarkan dua kata kunci yang terdiri


13 daripada dua kata tanya iaitu Apa dan Kenapa. Untuk makluman, soalan ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kesalahan, sebab kesalahan, dan pembetulan. Ramai pelajar yang agak baik penguasaan tatabahasa mereka gagal memberikan jawapan yang tepat untuk sebab kesalahan. Bagi pelajar yang lemah pula, mereka langsung membiarkan soalan sebab kesalahan itu tidak berjawab. Keadaan ini agak merugikan pelajar sedangkan mereka mampu mendapat markah pada bahagian tersebut sekiranya mereka tahu kaedah mempersembahkan jawapan. Antara kelebihan kaedah ini ialah: i. Mudah untuk pelajar menzahirkan bentuk jawapan ii. Mudah untuk pelajar mendapat markah iii. Mudah untuk pelajar menguasa ilmu tatabahasa 5.4 Pelaksanaan Kajian Kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah didedahkan secara efektif dan berbimbing. Hal ini bermakna, pelajar-pelajar yang lemah terutamanya, akan dibimbing secara khusus dalam sesi Klinik Bahasa. Langkah dan aktiviti yang melibatkan penggunaan Kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah Langkah Aktiviti 1 (Langkah: Pengetahuan dan pemahaman) Aktiviti ini dijalankan dengan mendedahkan pelajar kepada Soalan Analisis Kesalahan Bahasa (PdP biasa). 2 (Langkah: Memahami kehendak soalan) Kemudian, pelajar diberikan soalan dan diberikan masa untuk menjawab soalan tersebut. 3 (Langkah: Pengaplikasian berbantu) Pelajar dibekalkan dengan borang jawapan Apa Yang Salah, Kenapa Salah. 4 (Langkah: Pengaplikasian) Pelajar diberikan soalan yang baru tetapi kali ini pelajar perlu menjawab soalan berdasarkan pemahaman kaedah yang telah dipelajari. 5 (Langkah: Pemurnian) Sesi menyemak jawapan bersama-sama guru. Jadual 3: Pelaksanaan Aktiviti


14 Langkah 1: Pembelajaran dengan memperkenalkan kaedah menjawab soalan analisisi kesalahan bahasa Baca petikan yang berikut dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [9] Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Aman Setia mencadangkan agar ditubuhkan sebuah tabung khas. Penubuhan tabung itu bertujuan untuk mengumpul dana daripada pihak-pihak yang berkemampuan. Wang yang terkumpul itu nanti diharapkan dapat memanfaatkan pelajar sekolah itu sendiri. Beliau berpendapat banyak pihak akan tampil untuk berderma kepada tabung tersebut. Hasrat beliau itu timbul setelah beliau menyaksikan kepayahan yang dialami oleh keluarga pelajar yang menjadi mangsa rebut taufan yang melanda di kawasan kediaman mereka pada minggu lalu. Contoh: Soalan Analisis Kesalahan Bahasa (STPM U2 2016) Semasa sesi pembelajaran, saya menyediakan soalan Analisis Kesalahan Bahasa. Pelajar juga dibekalkan dengan nota dalam bentuk yang mesra pelajar iaitu power point dan word. Nota itu juga dilengkapi dengan penerangan tentang kesalahan tatabahasa yang sering diuji pada peringkat STPM. Peringkat ini merupakan peringkat pengetahuan dan pemahaman. Langkah 2: Pembelajaran dengan mengenal pasti kesalahan yang diuji Petikan dan soalan diberikan. Berdasarkan soalan, pelajar mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam teks tersebut. Langkah 3: Pengaplikasian Berbantu (Menggunakan Borang Jawapan Apa Yang Salah, Kenapa Salah). Untuk langkah 3, saya menyediakan Borang Jawapan Apa Yang Salah, Kenapa Salah untuk diisi oleh pelajar. Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan (a) Apa:


15 Kenapa: (b) Apa: Kenapa: (c) Apa: Kenapa: Contoh: Borang Jawapan Apa Yang Salah, Kenapa Salah Langkah 4: Pengaplikasian Setelah pelajar melakukan langkah 3, pelajar kemudiannya akan menjawab soalan sekali lagi. Kali ini pelajar bergantung sepenuhnya kepada pemahaman dan ingatan terhadap kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah. Jika pelajar dapat menjawab soalan ini, bermakna pelajar telahpun menguasai tahap pengetahuan berkenaan dengan tajuk yang dipelajari. Langkah 5: Pemurnian Langkah terakhir ialah pemurnian iaitu sesi perbincangan tentang skema jawapan latihan tersebut. Pada peringkat penilaian ini, jawapan pelajar akan menentukan penguasaan pelajar tentang kaedah yang digunakan. 5.5 Dapatan Kajian Setelah PdP selesai, pelajar diuji bagi melihat keberkesanan pelaksanaan kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah melalui beberapa aktiviti terpilih yang telah dijalankan. Pelaksanaan langkah ini boleh diaplikasi dalam pelbagai bentuk aktiviti, perbincangan kumpulan, dan sebagainya yang sesuai. Hasil pemerhatian saya, penggunaan kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah berjaya meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar dilihat mampu mengenal pasti kesalahan, membuat pembetulan, malah mampu menyatakan sebab kesalahan dengan


16 betul. Pelajar lebih selesa dan berkeyakinan semasa menjawab soalan dalam sesi latihan. Hal ini terbukti melalui keputusan ujian yang dijalankan. Perbandingan Ujian Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca Responden Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan Pelajar 1 2 5 +3 Pelajar 2 2 5 +3 Pelajar 3 1 3 +2 Pelajar 4 4 7 +3 Pelajar 5 4 8 +4 Pelajar 6 2 5 +3 Pelajar 7 2 6 +4 Pelajar 8 3 6 +3 Pelajar 9 3 6 +3 Pelajar 10 3 6 +3 Pelajar 11 2 5 +3 Pelajar 12 2 4 +2 Pelajar 13 2 4 +2 Pelajar 14 4 8 +4 Pelajar 15 4 8 +4 Pelajar 16 3 6 +3 Pelajar 17 3 6 +3 Jadual 4: Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, pencapaian pelajar semuanya meningkat. Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar yang tidak mampu mendapat markah yang agak baik. Aktiviti ini merupakan kaedah berfokus iaitu menguji pelajar sama ada mampu mengenal pasti kesalahan, menyatakan jawapan yang betul, dan menjelaskan sebab kesalahan. Jumlah markah yang ditawarkan ialah 9. Semasa ujian pra dilaksanakan, kebanyakan pelajar hanya memiliki pengetahuan awal. Berdasarkan bacaan ujian pra, dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar hanya mendapat markah yang kurang memberangsangkan. Namun begitu, setelah menggunakan kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah para pelajar berjaya mendapat markah yang lebih baik. Hal ini jelas ditunjukkan pada pencapaian ujian pasca. Sebelum menggunakan kaedah ini, tiada pelajar yang mendapat markah antara 3-9 dan hanya 4 orang yang mendapat 4 markah. Setelah pelajar menggunakan kaedah ini, 10 orang pelajar berjaya mendapat markah yang lebih baik iaitu antara 6 hingga 8. Berdasarkan aktiviti berfokus ini, jelaslah menunjukkan bahawa kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah mampu membantu pelajar dalam merangka jawapan yang tepat.


17 Analisis Soal Selidik Soal selidik kepuasan Setuju (%) Tidak setuju (%) Saya lebih mudah faham cara memberikan jawapan. 100 - Saya mudah mengenal pasti kesalahan. 100 - Kaedah ini membantu saya mengenal pasti jawapan yang tepat. 92 8 Penggunaan kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah membantu saya mendapat markah yang lebih baik 98 2 Saya seronok dan lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan analisis kesalahan bahasa 98 2 Jadual 5: Respon pelajar terhadap soal selidik berkenaan dengan kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah Hasil soal selidik dan refleksi yang dilakukan, dapat disimpulkan bahawa penggunaan kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah membantu pelajar mengenal pasti dan menyatakan kesalahan dengan tepat. Pelajar juga mampu mengenal pasti kesalahan bahasa. Semua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih mudah mengemukakan jawapan dengan menggunakan kaedah ini. Walau bagaimanapun, hanya 92 peratus pelajar yang menyatakan bahawa kaedah ini juga membantu mereka mengenal pasti jawapan yang tepat. Sekiranya pengukuhan dilakukan, saya pasti 8 peratus pelajar yang tidak dapat mengaplikasikan kaedah ini sepenuhnya akan mampu berbuat demikian. Mereka cuma memerlukan latih tubi yang terancang. 1.1 Refleksi Proses Pengajaran dan pembelajaran Secara Keseluruhan Setelah kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah diperkenalkan, saya perhatikan sikap pelajar terhadap PdP bagi topik ini sudah berubah. Mereka tidak lagi tertekan untuk mempersembahkan jawapan yang lebih mantap. Keputusan ujian mencerminkan kepuasan mereka apabila mereka berjaya mendapat skor penuh atau hampir penuh. Walau bagaimanapun, kaedah ini perlu dijalankan dengan lebih intensif. Hal ini dikatakan demikian kerana pengujian hanya dibuat pada 1 soalan sahaja. Pengujian


18 ini terhad kepada 1 soalan kerana tujuan asal adalah untuk melihat keterujaan pelajar terhadap kaedah ini. 2.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Masalah ketidakyakinan untuk menjawab soalan analisis kesalahan bahasa, terutamanya pada bahagian sebab kesalahan, teratasi melalui kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah. Pelajar tidak mengambil masa yang lama untuk merangka jawapan. Namun begitu, cabaran lain yang menghalang pelajar untuk mendapat markah yang lebih baik ialah penguasaan tatabahasa yang agak lemah. Tatabahasa merupakan satu elemen yang maha penting dalam bahasa Melayu pada peringkat STPM. Semua aspek jawapan dalam kertas Bahasa Melayu menitikberatkan penguasaan tatabahasa. Oleh itu, aspek tatabahasa tidak boleh dipinggirkan dalam mana-mana fokus kemahiran bahasa. Berdasarkan dapatan, kaedah Apa yang Salah, Kenapa Salah dilihat mampu membimbing pelajar untuk menyediakan jawapan yang lebih mantap. Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang perlu diteliti dan kelemahan ini perlu diatasi terutamanya aspek penguasaan tatabahasa itu sendiri. Saya akan meneruskan penggunaan kaedah Apa Yang Salah, Kenapa Salah pada masa akan datang dengan melakukan penambahbaikan yang relevan. BIBLIOGRAFI Ahmad Khair Mohd Noor at. al (2014). Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan (2005). Tuntunan Bahasa Asas Pegangan Pelajar. Pearson Longman Malaysia Sdn. Bhd. Harun Jaafar, Drs. (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Nawi Ismail at.al (2016). Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim at. al. (2010). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Raminah Haji Sabran at.al (2021). Bahasa Melayu Topikal Semester 3. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.


19 LAMPIRAN Baca petikan yang berikut dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [9] Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Aman Setia mencadangkan agar ditubuhkan sebuah tabung khas. Penubuhan tabung itu bertujuan untuk mengumpul dana daripada pihak-pihak yang berkemampuan. Wang yang terkumpul itu nanti diharapkan dapat memanfaatkan pelajar sekolah itu sendiri. Beliau berpendapat banyak pihak akan tampil untuk berderma kepada tabung tersebut. Hasrat beliau itu timbul setelah beliau menyaksikan kepayahan yang dialami oleh keluarga pelajar yang menjadi mangsa rebut taufan yang melanda di kawasan kediaman mereka pada minggu lalu. Skema jawapan yang disediakan oleh MPM (Sumber: Laporan Peperiksaan STPM) Bil. Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan 1 …dapat memanfaatkan pelajar… Salah penggunaan imbuhan meN-…-kan yang membawa maksud “menggunakan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang dimaksudkan oleh kata dasar”. Ayat itu sebenarnya bermaksud bahawa sesuatu itu (tabung) bermanfaat kepada pelajar. …dapat memberikan manfaat kepada pelajar… 2 Beliau berpendapat banyak pihak… Pengguguran kata hubung komplemen dalam ayat komplemen frasa kerja ATAU Kata hubung komplemen itu tidak boleh digugurkan. ATAU Tiada kata hubung komplemen (dalam ayat komplemen). Beliau berpendapat bahawa banyak pihak… 3 ...melanda di kawasan kediaman mereka… Kata kerja aktif transitif diikuti oleh kata sendi nama ATAU Kata kerja itu seharusnya diikuti oleh objek kata/frasa nama. ...melanda kawasan kediaman mereka…


20 Borang Jawapan Apa Yang Salah, Kenapa Salah Bil. Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan 1 …dapat memanfaatkan pelajar… Apa Yang Salah : Salah penggunaan imbuhan meN-…-kan yang membawa maksud “menggunakan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang dimaksudkan oleh kata dasar”. Kenapa Salah : Ayat itu sebenarnya bermaksud bahawa sesuatu itu (tabung) bermanfaat kepada pelajar. …dapat memberikan manfaat kepada pelajar… 2 Beliau berpendapat banyak pihak… Apa Yang Salah : Kata Hubung Komplemen Kenapa Salah : Pengguguran kata hubung komplemen dalam ayat komplemen frasa kerja Beliau berpendapat bahawa banyak pihak… 3 ...melanda di kawasan kediaman mereka… Apa Yang Salah: Kata kerja aktif transitif Kenapa Salah: diikuti oleh kata sendi nama ...melanda kawasan kediaman mereka…


21 “CANTIK MENARIK TERBAIK DA BOMB!” DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM MATA PELAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 2 Leong Shean Loong, Mohamad Roslaini bin Abdul Razak, Gok Poh Suan, Peranika binti Heriranto Pusat Tingkatan Enam, SMK Tinggi Bukit Mertajam ABSTRAK Cantik Menarik Terbaik Da Bomb! merupakan kaedah penghasilan video pendek oleh pelajar untuk meningkatkan kebolehan pelajar menjawab soalan struktur Rukun Negara Pengajian Am Kertas 2. Kajian ini telah dilakukan kerana pelajar kelas 6PAUSM kurang yakin dan kurang minat dalam menjawab soalan struktur ekoran kurang amalan membaca. Bahagian A soalan struktur Kertas 2 Pengajian Am 900/2 mengandungi 4 soalan struktur dan biasanya soalan Rukun Negara ditanya dengan markah antara 3 hingga 4 markah. Ujian Selaras 2 menunjukkan 13 pelajar daripada 18 orang pelajar mendapat 0-2 markah daripada 8 markah penuh. Kajian tindakan ini melibatkan semua pelajar 6PAUSM, SMK Tinggi Bukit Mertajam. Seramai 18 orang pelajar terlibat dalam kajian tindakan ini. Teknik pemerhatian, temu bual dan Ujian Selaras 2 telah dijalankan sebelum kaedah menyediakan video pendek. Kebolehan pelajar telah dianalisis dan direkod dalam bentuk jadual. Selepas pengaplikasian kaedah menyediakan video pendek, 2 kali ujian tambahan diadakan untuk menguji kebolehan pelajar menjawab soalan struktur Rukun Negara. Pencapaian markah purata telah menunjukkan peningkatan sebanyak 3 markah menjadi 3-5 markah dalam Ujian tambahan selepas pelaksanaan kaedah video pendek. Konklusinya, peningkatan kebolehan menjawab soalan struktur Rukun Negara melalui kaedah video berjaya membimbing pelajar lebih yakin menjawab topik Rukun Negara. 1.0 Refleksi Kajian Kajian tindakan ini akan memberi fokus kepada masalah pedagogi yang dihadapi oleh para pelajar dalam penguasaan topik Rukun Negara dalam Pengajian Am Kertas 2 900/2. Mata pelajaran Pengajian Am merupakan mata pelajaran penting kerana hanya lulus Pengajian Am calon layak peroleh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia daripada Majlis Peperiksaan Malaysia dan mata pelajaran ini juga wajib lulus sebagai prasyarat masuk ke universiti awam. Bagi Kertas 2 Pengajian Am (900/2), calon dikehendaki menjawab 3 bahagian iaitu, Bahagian A mengandungi 4 soalan struktur yang semuanya wajib dijawab oleh pelajar dengan jumlah markah 15; Bahagian B mengandungi 2 soalan Alih Bentuk Komunikasi dan pelajar perlu pilih salah satu soalan untuk dijawab dengan jumlah markah 20; manakala Bahagian C mengandungi 2 soalan esei dan pelajar dikehendaki menjawab salah satu daripadanya dan jumlah markah diperuntukkan ialah 25.


22 Topik Rukun Negara adalah sukatan pelajaran yang penting dan lazimnya menjadi soalan wajib ditanya di bahagian soalan struktur mahupun soalan esei. Soalan yang ditujukan berkaitan dengannya biasanya soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dengan kata-kata kehendak soalan seperti amalan, kesan, kepentingan, strategi, manfaat, cabaran dan sebagainya. Biasanya pelajar kurang mampu menguasai soalan ini kerana kurang amalan membaca berkaitan topik dan kekurangan idea akibat kurang penghayatan setiap prinsip Rukun Negara secara mendalam. Kekurangan fakta yang menepati permintaan soalan MPM mengakibatkan pelajar biasa gagal memperolehi markah atau pelajar biasa memilih untuk tidak mejawab soalan topik ini. Ini antara jawapan daripada pelajar semasa ditemu bual oleh guru. Keadaan ini agak membimbangkan kerana topik Rukun Negara menjadi popular di dalam soalan Kertas 2 Pengajian Am sama ada di bahagian soalan struktur mahupun soalan esei. Jadual 1.1 menunjukkan analisis kekerapan soalan prinsip Rukun Negara ditanya dari STPM 2015 hingga Tahun 2022 di dalam soalan struktur. Oleh itu, sikap pelajar tidak ingin memilih soalan topik ini untuk dijawab atau gagal menguasai fakta topik ini perlu diperbaiki demi meningkatkan markah bagi keseluruhan Bahagian B Kertas 2 Pengajian Am. Jadual 1.1 : Analisis Kekerapan Soalan Prinsip Rukun Negara STPM 2015-2022 Tahun 2015 Objektif Penggubalan Rukun Negara Tahun 2016 Prinsip Rukun Negara dan cara merealisasikan prinsip Tahun 2017 Kesan pegang teguh kepada prinsip kepercayaan kepada agama Tahun 2019 Kesan penghayatan Rukun Negara oleh rakyat Malaysia Tahun 2022 Objektif Rukun Negara 2.0 Fokus Kajian 2.1 Tinjauan Awal Terhadap Isu Dipilih Kajian ini berfokus kepada Bahagian A Pengajian Am 2 (Kertas 900/2) iaitu soalan struktur. Berbanding dengan Bahagian A, pelajar 6PAUSM biasanya akan lebih fokus kepada Bahagian B untuk mendapat markah bagi keseluruhan Kertas 2 Pengajian Am. Melalui pemerhatian guru, Bahagian A biasanya pelajar akan menjawab dan mengisi jawapan penuh hanya pada saat terakhir penghantaran kertas soalan dalam setiap kali peperiksaan. Kekurangan fakta dan tidak memahami permintaan soalan adalah antara jawapan yang diberikan oleh pelajar apabila disoal jawab. Semasa mengulangkaji sukatan untuk peperiksaan pelajar kurang mampu mengeluarkan


23 fakta yang dihafal sedangkan jawapan bagi soalan struktur perlu pengalaman dan pemahaman kata kunci yang sering digunakan dalam jawapan STPM yang lepas. Kekurangan amalan minat membaca dalam kalangan pelajar merupakan faktor kegagalan pelajar menjana markah untuk soalan struktur walaupun Bahagian B mudah untuk mendapat markah disebabkan jawapan pendek dan hanya perlu fakta yang dihafal khususnya skema MPM. Ada dalam kalangan pelajar memberikan alasan bahawa sangat mengantuk dan bosan apabila membaca nota di dalam bentuk buku atau nota cetakan. Kebanyakan daripada mereka agak lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan purata Gred C peringkat SPM. Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 18 orang pelajar kelas 6PAUSM. Majoriti pelajar kelas ini hanya dapat menguasai purata markah sebanyak 3 daripada 15 markah soalan struktur Ujian Selaras 2 (Rujuk Jadual 2.2.1). Jika ditelitikan jawapan pelajar bagi jawapan topik Rukun Negara, pelajar kelas 6PAUSM hanya dapat markah purata 0 markah daripada 8 markah dalam Ujian Selaras 2 berdasarkan 2 soalan dengan jumlah 8 markah (Rujuk lampiran). Hasil permerhatian contoh jawapan daripada pelajar didapati pelajar kurang didedahkan dengan idea umum yang digunakan oleh MPM dan pelajar kurang fokus dan berfikir secara kritis tentang kata kehendak soalan. Masalah kurang membaca dan menghafal puncanya. Bacaan khasnya analisis soalan-soalan STPM tahun lepas, artikel, risalah, brosur, poster dan bahan ilmiah yang boleh membantu meningkatkan pemahaman tentang amalan Rukun Negara amat kurang. Peningkatkan kompetensi pelajar bagi menjawab Bahagian B amat penting bagi mengukuhkan kemahiran pelajar mengeluarkan idea utama yang menepati jawapan MPM dan sekaligus meningkatkan kemampuan pelajar menjawab topik Rukun Negara sekiranya soalan ditanya dalam Bahagian C esei. Jadual 2.2.1 : Keputusan Ujian Selaras 2 6PAUSM Bahagian B : Soalan Struktur Pelajar 4 Soalan Struktur Keseluruhan (15 markah) 2 Soalan Struktur Rukun Negara 8 markah Pelajar 1 2 0 Pelajar 2 0 0 Pelajar 3 5 0 Pelajar 4 3 2 Pelajar 5 0 0 Pelajar 6 0 0 Pelajar 7 0 0


24 Pelajar 8 5 2 Pelajar 9 0 0 Pelajar 10 6 0 Pelajar 11 0 0 Pelajar 12 3 1 Pelajar 13 4 0 Pelajar 14 3 0 Pelajar 15 5 2 Pelajar 16 4 2 Pelajar 17 9 2 Pelajar 18 6 0 Purata Markah 3 0 Teknik penghasilan video pendek pembelajaran oleh pelajar merupakan satu inisiatif untuk membantu pelajar memantapkan pembacaan dan penghafalan. Teknik ini memerlukan pelajar menghasilkan video berkaitan topik Rukun Negara dengan bimbingan guru. Teknik ini bertujuan memupuk minat membaca dan meningkatkan kemahiran pelajar menganalisis bahan rujukan yang dipilih dengan asas memenuhi kriteria tugasan yang diberikan. Pelajar perlu banyak membaca pelbagai sumber info di sekeliling mereka sebelum maklumat dimasukkan di dalam video untuk dipersembahkan dan disampaikan dalam kelas. Pelajar akan berkongsi hasil video melalui pembentangan dan soal jawab akan dikemukakan berkaitan konten video. Latihan pengukuhkan akan diberikan untuk menilai keberkesanan pemahaman tentang kandungan video dan informasi ini diguna untuk membimbing pelajar dalam menjawab soalan KBAT. Konklusinya, pelajar 6PAUSM perlu dibimbing untuk meningkatkan kompetensi mengjawab soalan struktur Rukun Negara. Jika tidak, keseluruhan pelajar masih lemah dalam menjawab soalan topik ini dan tidak mampu mencapai keputusan baik. 2.2 Merancang Pelan Intervensi Empat orang ahli kumpulan kajian tindakan dari Panitia Pengajian Am telah merancang langkah intervensi bagi memperbaiki isu kelemahan pelajar menjawab bahagian soalan struktur topik Rukun Negara. Perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat perjumpaan ahli kumpulan. Perkongsian idea dalam kalangan guru akhirnya keputusan sebulat suara untuk membimbing pelajar menghasilkan video pengajaran dan pembelajaran bagi membantu mengatasi kelemahan pelajar.


25 2.3 Model KajianTindakan Penggunaan video pembelajaran dikaitkan dengan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia yang diperkenalkan oleh Mayer (2001). Menurut teori ini, manusia mempunyai saluran auditori dan visual untuk memproses maklumat dan memori secara serentak.Terdapat tiga anggapan dalam teori ini iaitu pertama terdapat dua saluran berasingan (auditori dan video) untuk memproses maklumat; kedua, setiap saluran mempunyai kapasiti yang terhad; ketiga, pembelajaran merupakan aktiviti yang aktif melibatkan proses penapisan, pemilihan, penyusunan dan mengintergrasikan maklumat. Berikut adalah gambar rajah Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia. Rajah 2.3.1: Model Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Sumber : Mayer (2014) Menurut Brown (2020), antara manfaat video dalam pembelajaran di dalam kelas adalah video mudah diterima oleh pelajar; video memberi stimulus kepada aktiviti pembelajaran; video memberi informasi yang banyak, video lebih fleksibel; video mudah dfahami; video memberi pengalaman kepada pelajar, video dapat mengintergrasikan maklumat dunia luar ke dalam kelas dan aspek penglibatan pelajar. Penggunaan video merupakan alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas selain amalan kaedah pengajaran tradisional. Perkembangan teknologi dalam pendidikan menyebabkan pelajar kini terdedah kepada pembelajaran dalam talian secara meluas. Penggunaan video membawa keseronokan dan membawa keberkesanan hafalan (audio dan video). Penglibatan pelajar dalam menyediakan video pengajaran dan pembelajaran memberi motivasi kepada pelajar untuk mencari maklumat, memilih, menyusun dan menapis maklumat sebelum penyampaian dan pembentangan video di dalam kelas.


26 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Umum Di akhir kajian ini, semua pelajar 6PAUSM dapat meningkatkan kompetensi menjawab soalan struktur secara mantap. 3.2 Objektif Khusus (i) Setiap pelajar dapat memahami kehendak soalan bagi soalan struktur prinsip Rukun Negara (ii) Setiap pelajar dapat menunjukkan peningkatan markah soalan struktur prinsip Rukun Negara (iii) Setiap pelajar dapat meningkatkan motivasi menjawab soalan struktur topik Rukun Negara 4.0 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada semua pelajar 6PAUSM. Kelas tersebut terdiri daripada 18 orang pelajar aliran Sains Sosial yang dikategorikan lemah pencapaian akademik Kertas Pengajian Am. Pelajar ini merupakan calon STPM 2023 SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kesemua pelajar dikehendaki menduduki Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 dalam kajian eksperimental ini bagi menentukan tahap keberkesanan program intervensi iaitu teknik penghasilan video pengajaran dan pembelajaran. 5.0 Pelaksanaan Kajian Pelaksanakan kajian tindakan seperti Jadual 5.0.1 berikut : Jadual 5.0.1: Pelaksanaan Kajian Tindakan Tarikh Perkara Objektif Catatan 5 Mei 2023 Temu bual punca kelemahan soalan strukttur Rukun Negara Mengenal pasti kelemahan punca-punca kelemahan pelajar Teknik penyoalan di dalam kelas (semua pelajar) Ujian Selaras 2 Mengenal pasti keupayaan pelajar menjawab soalan Kertas soalan Bahagian B.


27 8 Mei 2023 struktur topik Rukun Negara sebelum program intervensi 2 daripada 4 soalan berkaitan topik Rukun Negara. (Rujuk Lampiran) 12 Mei 2023 Penerangan Tugasan Berkumpulan Menghasilkan Video Pembelajaran Tentang Topik Rukun Negara (5 prinsip Rukun Negara) a. membina keupayaan mencari, memilih, menapis dan menyusun maklumat viedo dan audio dari internet, kemudain pembentukan video sebagai bahan pembelajaran kelas b. menyampaikan pembentangan berdasarkan 4 kriteria iaitu -kerelevanan info, -kepadatan info, -kreativiiti info. -kejelasan audio dan video, Menggunakan contoh rujukan tiktok daripada guru dalam talian 17 Mei 2023 -Pembentangan 1 -Ujian Tambahan 1 -keberkesanan penyampaian mesej menerusi video -Kemampuan jawab soalan lisan dan bertulis Soalan STPM digunakan semasa menjawab soalan bertulis 22 Mei 2023 -Pembentangan 2 -Ujian Tambahan 2 -keberkesanan penyampaian mesej menerusi video -Kemampuan jawab soalan lisan dan bertulis Soalan STPM digunakan semasa menjawab soalan bertulis 5.1 Tinjauan Masalah Kelemahan pelajar dalam Bahagian A topik Rukun Negara Kertas 2 Pengajian Am 900/2 dikenal pasti melalui pemerhatian, temu bual dan analisis data skrip jawapan latih tubi dan Ujian Selaras 2 di peringkat sekolah sebelum 12 Mei 2023. Tinjauan awal yang dijalankan menggunakan kaedah temu bual ke atas pelajar 6PAUSM secara keseluruhan dan respon daripada pelajar menunjukkan sebanyak 72.22% atau bersamaan 13 orang pelajar menyatakan bahawa mereka lemah disebabkan kurang membaca dan menghafal, kurang faham soalan dan kurang bahan bacaan yang menarik menyebabkan pembelajaran tidak berkesan. Pemerhatian telah dilaksanakan ke atas pelajar 6PAUSM melalui semakan latihan pelajar dan pemerhatian guru terhadap keadaan pelajar menjawab soalan semasa Ujian Selaras 2. Melalui pemerhatian, pelajar menjawab bahagian soalan struktur topik Rukun Negara dengan cara sambil lewa tanpa


28 betul-betul menguasai sub-topik setiap prinsip Rukun Negara serta tidak cukup menghayati maksud setiap prinsip Rukun Negara. Latihan yang diberi dan dijawab sekadar menuruti arahan guru sahaja. Semasa Ujian Selaras 2, pelajar kebanyakan membiarkan kosong bahagian jawapan soalan struktur berkaitan topik Rukun Negara. Pelajar menunjukkan sikap tidak berminat dan pemilihan soalan ini untuk dijawab hanya pada saat terakhir disebabkan tidak mampu menguasai kehendak jawapan akibat kurang membaca. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil analisis skor pelajar 6PAUSM dalam Ujian Selaras 2 topik Rukun Negara menunjukkan pelajar 6PAUSM berada dalam kategori lemah disebabkan 100% pelajar kelas ini hanya mampu mencapai skor 0-2 markah (rujuk Jadual 5.2.1). Soalan Rukun Negara terdiri daripada 2 soalan yang wajib dijawab oleh pelajar dengan jumlah markah maksimum 8 markah. Jadual 5.2.1: Kategori Skor Ujian Selaras 2 6PAUSM Bahagian B : Soalan Struktur Topik Rukun Negara Bilangan Pelajar % Lemah (0-2 markah) 18 100.00 Sederhana (3-6 markah) 0 0.00 Tinggi (7-8 markah) 0 0.00 Secara kesimpulan, dapatan Ujian Selaras 2 amat membimbangkan. Senario ini mendesak guru kumpulan kajian bertindak merancang program intervensi bagi mengatasi masalah ini. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Program intervensi iaitu penghasilan video pendek tentang topik Rukun Negara telah dilaksanakan mulai pertengahan bulan Mei 2023. Program intervensi tersebut menjurus kepada pencapaian objektif khusus kajian iaitu meningkatkan penguasaan kehendak soalan struktur prinsip Rukun Negara. Pelajar mampu meningkatkan markah dan seterusnya dimotivasi untuk menjawab soalan prinsip Rukun Negara. Terdapat 3 langkah panduan intervensi meningkatkan


29 kemahiran pelajar menjawab soalan struktur prinsip Rukun Negara iaitu pertama pelajar menghasilkan video pendek berdasarkan prinsip yang ditugaskan; Langkah kedua, slot soal jawab dengan guru selepas penyampaian video dan langkah ketiga pelajar menjawab soalan latihan pengukuhan. 5.4 Pelaksanaan Kajian Pelaksanakan program intervensi dapat diringkaskan seperti Jadual 5.4.1 berikut : Jadual 5.4.1: Pelaksanaan Program Intervensi Kemahiran Menjawab Soalan Struktur Prinsip Rukun Negara LANGKAH Perkara Tarikh Tempat Tindakan 1 Cantik -Penerangan tentang tugasan kumpulan -penghasilan video pendek (1) prinsip Rukun Negara -bentuk 3 ahli dalam satu kumpulan -kandungan video (definisi, matlamat, kepentingan, amalan, startegi atau kesan mengikut prinsip diberi) -pertandingan video (ciri video pendek : audio visual, bergambar, kandungan relevan, 2-3 minit/video) -Kriteria pemarkahan : 1. Kepadatan info 12 Mei 2023 -persediaan video dari 12-16 Mei 2023 penyampaian video pada 17 Mei 2023 Kelas 6PAUSM -Guru tunjuk contoh tiktok daripada guru-guru di atas talian -Guru berkongsi informasi contoh jawapan MPM (sebagai rujukan menyediakan video) -Rujuk Portal Rasmi MPM https://www.mpm.ed_stpm -Apps video yang digunakan ialah Capcut -Pelajar dikehendaki hantar video sehari sebelum penyampaian kepada guru melalui telegram kelas -Borang penilaian disediakan dan pengisian markah oleh pelajar selepas penyampaian setiap kumpulan di akhir waktu pdp.(rujuk lampiran)


30 2. Kejelasan info 3. Kerelevanan info 4. Kreativiti info -markah dikumpul sebanyak 2 kali untuk tujuan penghargaan video terbaik 2 Menarik Penyampaian video 17 Mei 2023 Kelas 6PAUSM -Pelajar yang tidak terlibat sebagai penyampai video diminta mencatat nota untuk menjawab soalan bertulis selepas penyampaian video 3 Terbaik Slot soal jawab Guru-pelajar 17 Mei 2023 Kelas 6PAUSM -Guru akan menyediakan 3 soalan ikut tahap kognitif berbeza berkaitan prinsip video yang disampaikan :- 1. Soalan aras rendah (pengetahuan dan pemahaman-contoh definisi/matlamat/tujuan) 2. Soalan aras sederhana (aplikasi-amalan baik buruk) 3. Soalan aras tinggi (analisis dan penilaianrasional/cabaran/kesan) -Soalan dikemukakan kepada semua pelajar 4 Da Bomb! Ujian Tambahan 1 17 Mei 2023 Kelas 6PAUSM -Semua pelajar akan menduduki ujian bertulis (soalan berkaitan dengan video yang disampaikan) -2 soalan diberi kepada pelajar dengan jumlah 8 markah . -Pelajar diberi masa 10 minit untuk menjawab. -Guru akan rekod markah ujian pelajar. 5 -Penerangan tentang tugasan kumpulan 19 Mei 2023 -persediaan video dari Kelas 6PAUSM Ulang langkah 1


31 -penghasilan video pendek (2) prinsip Rukun Negara 19-22 Mei 2023 - penyampaian video pada 22 Mei 2023 6 Penyampaian video 22 Mei 2023 Kelas 6PAUSM Ulang langkah 2 7 Slot Soal Jawab Guru-pelajar 22 Mei 2023 Kelas 6PAUSM Ulang langkah 3. 8 Ujian Tambahan 2 22 Mei 2023 Kelas 6PAUSM Ulang langkah 4 Program intervensi penghasilan video pendek dilaksanakan 2 kali di dalam masa 3 minggu untuk mengukuhkan penggunaan kaedah pembelajaran video di dalam kalangan pelajar 6PAUSM. Pelajar kelas ini telah didedahkan dengan topik menjawab soalan Rukun Negara sekurangkurangnya 4 kali melalui proses iaitu proses penyampaian, mencatat nota, menjawab soalan lisan dan menjawab soalan bertulis dalam program intervensi ini. 5.5 Dapatan Kajian Analisis Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 menunjukkan bahawa kebolehan pelajar dalam menjawab soalan struktur Rukun Negara oleh pelajar 6PAUSM telah meningkat. Analisis keputusan pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian boleh diperhatikan melalui Jadual 5.5.1 berikut. Data analisis menunjukkan bahawa 18 orang pelajar telah menunjukkan peningkatan kebolehan menjawab soalan bahagian ini dengan pencapaian purata markah 1.17 bagi Ujian Tambahan 1 dan purata markah 3.11 bagi Ujian Tambahan 2. Jadual 5.5.1: Analisis Keputusan Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 BIL PELAJAR UT1 (17/5/23) UT2 (22/5/23) 1 Pelajar 1 0 4 2 Pelajar 2 1 2 3 Pelajar 3 0 2 4 Pelajar 4 3 4 5 Pelajar 5 1 1 6 Pelajar 6 3 3


32 7 Pelajar 7 0 3 8 Pelajar 8 0 3 9 Pelajar 9 1 2 10 Pelajar 10 3 3 11 Pelajar 11 0 7 12 Pelajar 12 0 2 13 Pelajar 13 2 2 14 Pelajar 14 0 2 15 Pelajar 15 3 3 16 Pelajar 16 0 4 17 Pelajar 17 1 5 18 Pelajar 18 3 4 PURATA MARKAH 1.17 3.11 Jadual 5.5.2 : Kategori Skor Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 6PAUSM Bahagian B : Soalan Struktur Topik Rukun Negara Ujian Tambahan 1 % Ujian Tambahan 2 % Bilangan Pelajar Bilangan Pelajar Lemah (0-2 markah) 13 72.22 7 38.39 Sederhana (3-6 markah) 5 27.78 10 55.56 Tinggi (7-8 markah) 0 0.00 1 0.06 Dengan merujuk kepada Jadual 5.5.2 iaitu Kategori Skor Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 bagi kelas 6PAUSM menunjukkan pelajar 6PAUSM yang berada dalam kategori lemah (skor 0-2 markah) mencatatkan 13 orang pelajar bersamaan 72.22% dalam Ujian Tambahan 1 dan angka ini menurun kepada 7 orang bersamaan 38.39% dalam Ujian Tambahan 2. Manakala, kategori skor sederhana (3-6 markah) mencatatkan 5 orang pelajar bersamaan 27.78% dalam Ujian Tambahan 1 dan meningkat kepada 10 orang dalam Ujian Tambahan 2 bersamaan 55.56% dalam Ujian Tambahan 2. Begitu juga, terdapat seorang pelajar menunjukkan kategori skor tinggi (skor 7-8 markah) dengan peratusan bersamaan dengan 0.06%. Konklusinya, dapatan Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 membuktikan bahawa penghasilan video pendek sebagai bahan pembelajaran dapat meningkatkan kompetensi pelajar dalam menguasai kehendak soalan struktur topik Rukun Negara dan meningkatkan minat membaca serta memantapkan proses hafalan dan ulangkaji pelajar.


33 5.6 Refleksi Refleksi dilakukan berdasarkan perbandingan analisis purata markah Ujian Selaras 2 sebelum program intervensi dengan analisis purata markah Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 setelah pelaksanaan program intervensi kajian tindakan. Hasil perbandingan dapat diperhatikan dalam Jadual 5.6.1. Data menunjukkan purata markah pelajar kelas 6PAUSM bagi Ujian Selaras 2 ialah 0.61; purata markah bagi Ujian Tambahan 1 ialah 1.17 dan purata markah bagi Ujian Tambahan 2 ialah 3.11. Data menunjukkan peningkatan purata markah masing-masing dengan sebanyak 0.56 markah dan 2.50 markah pelajar dalam Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 berbanding dengan purata markah semasa Ujian Selaras 2 sebelum program intervensi. Jadual 5.6.1 : Perbandingan Purata Markah Keputusan Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 Dengan Ujian Selaras 2 US2 UT1 UT2 Purata Markah 0.61 1.17 3.11 Perbezaan US2 dengan UT1 0.56 Perbezaan US2 dengan UT2 2.50 Dengan merujuk kepada Jadual 5.6.2 iaitu Perbandingan Kategori Skor Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 dengan Ujian Selaras 2 bagi kelas 6PAUSM menunjukkan pelajar 6PAUSM yang berada dalam kategori skor lemah (skor 0-2 markah) telah mencatatkan pengurangan dari 18 orang (100.00%) dalam Ujian Selaras 2 kepada 13 orang (72.22%) dalam Ujian Tambahan 1 dan 7 orang (38.39%) dalam Ujian Tambahan 2. Manakala, kategori skor sederhana (3-6 markah) telah mencatatkan peningkatan daripada tiada pelajar meningkat menjadi 5 orang pelajar (27.78%) dalam Ujian Tambahan 1 dan meningkat kepada 10 orang (55.56%) dalam Ujian Tambahan 2. Begitu juga, terdapat seorang pelajar (0.06%) telah mencapai kategori skor tinggi (skor 7-8 markah) dalam Ujian Tambahan 2 berbanding dengan tiada pelajar kategori skor ini dalam Ujian Selaras 2 mahupun Ujian Tambahan 1. Jadual 5.6.2 : Perbandingan Kategori Skor Ujian Tambahan 1 dan Ujian Tambahan 2 Dengan Ujian Selaras 2 US2 % UT1 % UT2 % Bil Bil Bil Lemah (0-2 markah) 18 100.00 13 72.22 7 38.39 Sederhana (3-6 markah) 0 0.00 5 27.78 10 55.56


34 Tinggi (7-8 markah) 0 0.00 0 0.00 1 0.06 Hasil program intervensi, analisis penguasaan pelajar dalam menjawab soalan struktur melalui penghasilan video pendek sebagai bahan pembelajaran membuahkan hasil positif walaupun perubahan markah tidak terlalu ketara. Penghasilan video pendek yang memaparkan audio visual lebih menarik minat pelajar dan pelajar dapat memberi fokus khususnya mencatat nota daripada video sebab mengetahui bahawa mereka perlu menjawab soalan lisan dan ujian selepas video ditayang. Melalui pemerhatian terhadap pelajar 6PAUSM, penguasaan pelajar terhadap topik Rukun Negara semakin baik kerana pelajar lebih yakin memilih soalan Rukun Negara untuk dijawab, pelajar lebih berani menjawab soalan esei Rukun Negara. Pelajar tidak kekontangan isi semasa menjawab soalan Rukun Negara dan mula sedar ada pilihan video membuat ulangkaji khususnya topik penghayatan Rukun Negara. Pelajar sedar penggunaan istilah kehendak soalan yang selalu diguna MPM untuk menjawab soalan Rukun Negara dan pelajar lebih mudah ingat fakta selepas membuat rujukan model jawapan MPM. Fakta penting makin mampu diingati oleh pelajar 6PAUSM disebabkan menerusi program intervensi berlakunya beberapa kali pengulangan fakta pembelajaran yakni sewaktu menyediakan video pendek,, semasa menonton, semasa mencatat nota, semasa disoal jawab dan semasa menduduki ujian bertulis. Pelajar juga dimotivasi untuk menghasilkan video yang terbaik dari segi konten supaya dapat merebut peluang meraih hadiah penghargaan dengan baucer RM10 seorang bagi kategori kumpulan video terbaik. 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Cadangan kajian masa akan datang ialah penghasilan video pendek ini melibatkan pelajar sendiri sebagai penyampai mesej dalam video sama ada individu atau berkumpulan. Pendedahan pelajar dalam proses mencari maklumat, memilih, menapis dan menyusun serta mempersembahkan maklumat dan membentangkan di dalam kelas dapat mengukuhkan dan memantapkan pemahaman dan meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap topik. Cadangan kajian kedua pada masa hadapan ialah penghasilkan tik tok dengan menggunakan bank soalan, jawapan contoh MPM atau komen jawapan calon STPM. Pelajar perlu didedah, dilatih dan selalu menjadikan jawapan MPM satu kelaziman dalam menjawab soalan STPM supaya pelajar betulbetul menguasai teknik menjawab dan memanfaatkan sumber informasi sepenuhnya melalui Portal MPM.


35 Bibliografi Brown L. (2020). Benefits ForTeaching Using Video in Classroom. URL: https://filmora.wondershare.com/video-editing-tips/benefits-for-using-video-inclassroom.html. Mayer R.E. (2001). Multimedia Learning. Cambridge : Cambridge University Press. Mayer R.E. (2014). Cognitive Multimedia Learning. Cambridge : Cambridge University Press. Mohd Sheffie Abu Bakar, 1991. Methodologi Kajian Edisi Kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.


36 Lampiran UJIAN SELARAS 2 (8/5/2023) Bahagian A [15 markah] Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. 1. Nyatakan empat petunjuk Negara Maju. [4] a. _________________________________________________________________ b. _______________________________________________________________ c. _______________________________________________________________ d. _______________________________________________________________ 2. Jelaskan dua cabaran bagi merealisasikan Prinsip Rukun Negara. [4] a. _______________________________________________________________ ________________________________________________________________ b. _______________________________________________________________ ________________________________________________________________ 3. Terangkan dua cara rakyat Malaysia dapat memanifestasikan Prinsip Keluhuran Perlembagaan dalam kehidupan seharian. [4] a. _______________________________________________________________ ________________________________________________________________ b.________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ______________________________________________________________


37 4. Nyatakan tiga isu yang dihadapi oleh Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara Maju. [3] a. _________________________________________________________________ b. _______________________________________________________________ __________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ CONTOH JAWAPAN PELAJAR : UJIAN SELARAS 2 (8/5/2023)


38 UJIAN TAMBAHAN 1(17/5/2023)


39 UJIAN TAMBAHAN 2 (22/5/2023)


40 PENGHASILAN VIDEO 1 (17/5/2023)


41 PENGHASILAN VIDEO 2 (22/5/2023)


42 CONTOH BAUCER KOPERASI KEPADA KUMPULAN PEMENANG VIDEO Keputusan Pertandingan Video Pendek (17/5/2023) Keputusan Pertandingan Video Pendek (22/5/2023)


43 MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR SEMESTER 2 TENTANG CABARAN WAWASAN 2020 MELALUI KAEDAH ‘CHALLENGE ME’ Rohaiza Binti Hashim, Lee Eai Lien, Suriana Binti Mat Ghani, Siti Nazila Binti Zakaria dan Nuratikah Binti Ishak Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran mengingat fakta-fakta berkaitan tajuk Cabaran Wawasan 2020 menggunakan kaedah ‘Challenge Me’. Kaedah ini memberi cabaran kepada pelajar untuk mengenalpasti kehendak soalan yang popular bagi setiap Cabaran Wawasan 2020 dan dikehendaki melengkapkan tugasan tersebut dalam kumpulan. Kajian ini melibatkan responden yang terdiri 60 pelajar dari kelas PAUM, PAUIA, PAUMS, PAUMP dan PAUSM. Objektif kajian ini adalah untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran melalui intervensi berbeza dalam mata pelajaran Pengajian Am. Hasil analisis data mendapati pelajar-pelajar menunjukkan peningkatan positif dalam mengingat fakta-fakta berkaitan tajuk Cabaran Wawasan 2020. Manakala berdasarkan pemerhatian dan penggunaan kaedah ‘Challenge Me’ berupaya meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Refleksi kajian ini menunjukkan penggunaan kaedah ‘Challenge Me’ dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran mengingat. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Sepanjang mengajar mata pelajaran Pengajian Am Semester 2, pengkaji mendapati pelajarpelajar sering menghadapi masalah untuk mengemukakan fakta bagi tajuk berkaitan dengan Cabaran Wawasan 2020. Sebagai salah satu topik popular dalam peperiksaan, adalah penting untuk pelajar menguasai fakta-fakta yang berkaitan dengan Cabaran Wawasan 2020 kerana topik ini seringkali ditanya dalam soalan peperiksaan sama ada dalam bahagian A (soalan struktur) mahu pun bahagian C (esei). Kesukaran untuk mengemukakan idea boleh memberi kesan kepada pelajar untuk menjawab soalan bahagian A dan C dengan baik. Beberapa kaedah yang sering guru gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti perbincangan, pembentangan oleh pelajar, penyediaan peta minda dan penjelasan oleh guru. Walaupun pelajar-pelajar tingkatan 6 telah didedahkan dengan pelbagai kaedah yang boleh membantu mereka mengingat fakta namun masih ramai pelajar yang gagal menjawab soalan dengan baik semasa ujian mahupun peperiksaan. Hal ini menjelaskan kaedah pengajaran guru


44 sedia ada tidak cukup berkesan. Selain itu, masalah mungkin berlaku kerana pelajar kurang membaca atau mengulangkaji selain terdapat banyak fakta yang perlu diingat berkaitan topik yang diajar. Terdapat juga pelajar yang tidak fokus, kurang berminat dan tidak serius semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kesannya, segelintir pelajar yang langsung tidak dapat menjawab soalan berkaitan tajuk ini di bahagian B dan menulis jawapan yang tidak relevan di bahagian C. Oleh hal yang demikian, suatu pendekatan atau intervensi perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini sekaligus dapat membantu para pelajar untuk menjawab soalan dalam bahagian A dan C dengan lebih baik. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kemahiran menghafal dan mengingat fakta. Langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan pelajar-pelajar ini dapat dibimbing dan dibantu untuk mengingat fakta berkaitan tajuk yang difokuskan. Kegagalan menghafal dan mengingati fakta boleh menjejaskan pencapaian pelajar dalam peperiksaan STPM sebenar. Justeru, teknik yang akan digunakan adalah ‘Challenge Me’ iaitu pelajar akan diberi cabaran untuk menulis fakta yang berkaitan dengan sembilan Cabaran Wawasan 2020 secara berperingkat dan menggunakan pelbagai bentuk soalan dengan kehendak yang berbeza. Pengkaji memfokuskan kepada tajuk Cabaran Wawasan 2020 dengan penekanan terhadap kehendak berbeza yang popular seperti manfaat, usaha, rasional, faktor dan kesan. Oleh yang demikian, pengkaji merangka aktiviti intervensi yang bersifat koperatif agar dapat memberi kesan peningkatan kemahiran dengan lebih cepat. Kajian tentang pembelajaran secara koperatif oleh Johnson & Johnson (1993) menunjukkan bahawa kaedah ini membantu kepada pencapaian yang lebih tinggi, memupuk kemahiran sosial dan jati diri yang tinggi dan melahirkan pelajar yang lebih prihatin, saling membantu dan komited. Selain itu, latih tubi berfokus sebagai intervensi sokongan akan dilakukan sekerap mungkin bagi menilai penguasaan pelajar terhadap tajuk yang difokuskan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1. Objektif Am Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran melalui intervensi berbeza dalam mata pelajaran Pengajian Am. 3.2. Objektif Khusus


45 1. Meningkatkan kemahiran mengingat fakta tentang sembilan Cabaran Wawasan 2020 dalam kalangan pelajar Semester Dua. 2. Meningkatkan kemahiran memahami kehendak soalan Cabaran Wawasan 2020 dalam kalangan pelajar Semester Dua. 3. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam pengajaran guru yang berpusatkan pelajar. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 60 pelajar daripada kelas PAUM, PAUIA, PAUMS, PAUMP dan PAUSM. Kesemua pelajar terlibat dalam pra dan pasca pelaksanaan teknik ‘Challenge Me’. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN i) Langkah pertama Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Dalam pengajaran ini, guru menggunakan tajuk Cabaran Wawasan 2020 dengan membahagikan pelajar kepada lima kumpulan iaitu A, B, C, D dan E. Setiap kumpulan diberikan tugasan yang sama iaitu hanya satu daripada sembilan Cabaran Wawasan 2020 pada setiap peringkat. Ahli kumpulan tersebut haruslah mengenalpasti kehendak-kehendak soalan yang popular berkaitan dengan Cabaran Wawasan 2020 tersebut. Sebagai contoh, cabaran pertama Wawasan 2020 adalah Membina Negara Bangsa yang Bersatu Padu. Setiap kumpulan perlu membincangkan lima kehendak soalan berbeza yang popular berkaitan dengan cabaran pertama dalam tempoh yang diberikan iaitu melibatkan manfaat, usaha, rasional, faktor dan kesan. ii) Langkah Kedua Setelah perbincangan selesai, undian akan dibuat untuk menentukan kumpulan yang perlu membuat pembentangan bagi tugasan yang diberikan. Hal ini bagi memastikan semua kumpulan sentiasa bersedia dan mengikuti semua arahan yang diberikan oleh guru. Pembentangan dibuat dalam bentuk ‘power point’ iaitu dengan menggunakan paparan digital bagi memudahkan maklumat dikongsi kepada ahli kumpulan lain. Lima kehendak soalan yang popular (mengikut kesesuaian) diterangkan satu persatu. Namun begitu, tidak semestinya kelima-lima kehendak tersebut bersesuaian dengan setiap Cabaran Wawasan 2020 yang dibincangkan. Dalam pembentangan tersebut, contoh-contoh soalan yang berkaitan juga perlu dipaparkan samada soalan berbentuk struktur atau esei.


46 iii) Langkah Ketiga Setelah selesai pembentangan tersebut, guru membuat penambahbaikan dan pembetulan jika terdapat kesalahan. Seterusnya, guru meminta pelajar untuk menjawab soalan (soalan struktur/ esei) secara individu bagi melihat sejauh mana tahap kefahaman dan penguasaan pelajar tentang topik yang dibentangkan sebagai latihan pengukuhan. Soalan yang diberikan berunsurkan kepada lima kehendak soalan popular yang dikaji. Contoh soalan (esei) yang diberikan adalah ‘Cabaran pertama dalam Wawasan 2020 adalah membina negara bangsa yang bersatu padu. Pelbagai USAHA dilakukan bagi menyatupadukan rakyat demi kesejahteraan dan keharmonian negara. Huraikan.’ Pelajar dikehendaki menulis jawapan dalam bentuk esei lengkap dengan merujuk bahan yang dibentangkan. Perbincangan soalan dengan kehendak yang berbeza diteruskan pada hari berikutnya sehingga selesai sebelum meneruskan peringkat kedua iaitu cabaran kedua Wawasan 2020. Rajah 1: Proses perlaksanaan aktiviti menggunakan kaedah ‘Challenge Me’ iv) Langkah Keempat Kuiz dijalankan mengikut kelas masing-masing berdasarkan topik yang dibincangkan. Pada akhir aktiviti, perbincangan jawapan antara guru dan pelajar dijalankan. LANGKAH 1 - Membentuk kumpulan - Memberi tugasan mengikut kumpulan LANGKAH 2 - Membincangkan tugasan dalam kumpulan - Membuat pembentangan (kumpulan yang terpilih melalui undian) LANGKAH 3 - Guru membuat penambahbaikan dan pembetulan jika terdapat kesalahan - Guru meminta pelajar untuk menjawab soalan secara individu sebagai latihan pengukuhan - Proses ini akan diulang sehingga selesai bagi semua cabaran Wawasan 2020


47 6.0 REFLEKSI KAJIAN Sepanjang kajian dijalankan, pengkaji telah mendapat pengalaman berharga terutamanya semasa aktiviti intervensi dijalankan. Pengkaji juga telah melihat perubahan sikap dan tingkah laku pelajar yang lebih positif setelah kaedah ‘Challenge Me’ diperkenalkan. Pemerhatian guru menunjukkan pelajar memberikan komitmen yang tinggi dalam aktiviti intervensi ini selain pelajar lebih seronok dan bebas mengemukakan idea. Hal ini memberi pengajaran kepada pengkaji agar selalu membuat perubahan dan inovasi dalam pengajaran. Perubahan ketara yang positif ini dapat dilihat dengan jelas dalam perbandingan jawapan latihan dalam kelas dan kuiz. Pengkaji berpuas hati dengan penggunaan kaedah ini terhadap pelajar dalam meningkatkan kemahiran mengingat dan memahami tajuk Cabaran Wawasan 2020. Bagaimanapun guru sebagai pengkaji mendapati kaedah ini memerlukan banyak masa dan mungkin menjadi hambatan kepada guru terutama dalam menghabiskan silibus yang agak banyak. 7.0 KESIMPULAN Kajian ini telah mencapai objektif am dan khusus. Pada akhir kajian didapati bahawa pelajarpelajar daripada kelas yang terlibat telah menunjukkan penguasaan yang lebih baik dalam memahami dan mengingat fakta berkaitan Cabaran Wawasan 2020. Selain itu, pengkaji mencadangkan agar kajian ini digunakan oleh guru-guru Pengajian Am yang lain di sekolah ini untuk menilai keberkesanannya kepada pelajar mereka. Pengkaji juga berhasrat untuk menggunakan kaedah ini bagi pengajaran topik Tadbir Urus Baik pada pelajar STPM Semester 1 nanti. Hal ini akan membolehkan pengkaji melihat tahap keberkesanan kaedah ‘Challenge Me’ dan seterusnya membuat penambahbaikkan kajian dari semasa ke semasa. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membuktikan kaedah ‘Challenge Me’ telah berjaya membantu dalam meningkatkan kemahiran mengingat dan memahami pelajar. 8.0 CADANGAN KAJIAN AKAN DATANG Setelah menjalankan kajian tindakan bagi mengatasi masalah tersebut, pengkaji berhasrat untuk mencuba pendekatan-pendekatan lain bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul dalam kalangan pelajar. Kaedah ini akan lebih berkesan jika dapat diaplikasikan secara konsisten oleh pelajar. Pada masa akan datang pengkaji berhasrat untuk membuat satu kajian tentang mengatasi masalah untuk menjawab soalan esei yang memperuntukkan 25 markah. Masalah ini telah pengkaji kenalpasti dan sedang merancang aktiviti penggayaan menggunakan kaedah modul. Pengkaji juga sanggup berkongsi pengalaman dengan pengkaji-pengkaji lain khususnya


Click to View FlipBook Version