98 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN(PKK) 1 (ASET BUKAN SEMASA) + 3 = 2 (LIABILITI + EKUITI PEMILIK) (ASET SEMASA BERSIH) AS-LS Langkah 4: Melakar format Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Kedudukan Kewangan yang sebenar
99 4 Ujian Pra 2 Keputusan Ujian Pra 2 Keempat 4 September 2023 5 Latihan menjawab pelbagai soalan termasuk soalan mirip STPM penyediaan Penyata Kewangan menggunakan Teknik TRIKON Kelima Keenam dan Ketujuh 17 Ogos 2022 6 Ujian Pos – Ujian Selaras 1 Perbincangan soalan Kelapan 5 Oktober 2023 7 Refleksi Kajian 9 Oktober 2023 8 Penulisan Laporan Kajian 12 Oktober 2023 9 Pembentangan Kajian Tindakan 18 Oktober 2023 5.5 DAPATAN KAJIAN Setelah menjalankan Ujian Pra 2 dan Ujian Selaras 1 bagi menguji tahap kefahaman pelajar menggunakan kaedah TRIKON, didapati skor pelajar adalah seperti berikut: MARKAH MARKAH PELAJAR Ujian Pra 2 Ujian Pos (Ujian Selaras 1) 11-12 1 3
100 9-10 3 6 7-8 8 9 5-6 5 5 3-4 3 0 0-2 3 0 Jadual menunjukkan perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra 2 dan ujian pos. Dapatan ujian pra 2 dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar. Ini menunjukkan kaedah TRIKON ini boleh meningkatkan kefahaman pelajar dan teknik ini dapat menambahkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan Penyata Kewangan. Berikut adalah contoh soalan yang digunakan dan pelajar mengaplikasikan kaedah TRIKON dalam menjawab soalan Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Kedudukan Kewangan. SOALAN UJIAN SELARAS 1
101 1 (JUALAN BERSIH) J-PJ 3 2 (UNTUNG KASAR) (KOS JUALAN) 1-2 IAW+KB-IAK AKHIRNYA MENDAPAT=(UNTUNG BERSIH) 3 + H-B 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :- 1. Soalan yang diberikan lebih berfokus kepada pencapaian pelajar memandangkan terdapat pelbagai aras pencapaian pelajar dalam kelas tersebut. 2. Mencipta kaedah dan teknik yang berbeza dalam mempelajari topik-topik tertentu seperti topik Rekod Tak Lengkap 3 Kaedah yang lebih menekankan pada soalan teori juga untuk topik yang sama memandangkan kebanyakan pelajar tidak akan menjawab soalan teori untuk topik ini. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada semua pelajar dan guru. KAEDAH TRIKON
102 7.0 BIBLIOGRAFI 1.GOOGLE : https://core.ac.uk/download/pdf/296473435.pdf DR Sari, A Faishol - 2018 - core.ac.uk … Ki Hajar Dewantara menjelaskan sikap dan sifat hidup Taman siswa kita dalam satu rumus teori “Trikon” (sering disebut sistem atau dasar “trikon”). “Trikon” diambil dari tiga awal suku 2.https://www.researchgate.net/publication/371945940_Effectiveness_of_Triangle_Congruency _Tricon_Learning_Guide_in_Improving_the_Proving_Skills_of_Grade_8_Learners
103 8.0 LAMPIRAN 8.1 KAEDAH TRIKON Pelajar tidak menghadapi masalah menentukan Hasil dan belanja. Pelajar selalunya sukar mengenalpasti item penentuan KOS JUALAN bagi menghitung Untung Kasar. + = Pelajar sering menghadapi masalah mengelaskan item ikut komponen yang betul. 1)WAJIB ADA DALAM SETIAP PENYATA KEWANGAN 2)LANGKAH PERTAMA DALAM MENGIRA ITEM DALAM PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN 1. ABS 3.EKUITI PEMILIK 2.Aset Semasa Bersih UNTUNG BERSIH = UK + H-B 1) WAJIB ADA DALAM SETIAP PENYATA KEWANGAN 2) LANGKAH PERTAMA DALAM MENGIRA ITEM DALAM PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF 1.JUALAN BERSIH 3.UNTUNG KASAR 1-2 2.KOS JUALAN =INV AWAL +BELIAN – INV AKHIR
104 8.2 PELAKSANAAN KAJIAN Lakaran sewaktu PdP
105 Pelajar menyediakan Format Penyata Kewangan Tanpa Merujuk Nota
106 Selepas memperkenalkan teknik TRIKON
107 KAEDAH BELAJAR BERSAMA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SEJARAH Annie Wong Yun Fui, Hasbullah Bin Haji Ahmad, Ainon Rosmanira Binti Mat Hussin UNIT SEJARAH Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil subjek Sejarah 940/2 dalam menjawab soalan esei Tema 1 BAB 4 Kepimpinan Nabi Muhammad SAW di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke-7 Masihi. Kajian ini dijalankan oleh 21 orang pelajar PAUMS dan PAUUM, SMK Tinggi Bukit Mertajam. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan ujian topikal. Kaedah yang akan digunakan ialah Kaedah Pembelajaran Bersama. Kaedah Pembelajaran Bersama merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar-pelajar lain dengan membantu, mengkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan (Group Interaction) termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada pelajar lain diamalkan. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan membincangkan serta menyelesaikan soalan yang diberi dan kemudian membentangkan hasil perbincangan. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing iaitu ketua kumpulan, pencatat dan pembentang, penyumbang idea dan sebagainya. Konsep Meningkatkan masyarakat penyayang, semangat kekitaan dan konsep saling bantu-membantu. Rasional 1. Setiap pelajar mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian Sejarah melalui kerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai keputusan yang lebih baik. 2. Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar-pelajar lain dengan membantu, mengkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan (Group Interaction) termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain diamalkan.
108 OBJEKTIF Melaui program ini, pelajar diharapkan dapat: 1. Meningkatkan kefahaman pelajar dan akan memberi keyakinan kepada pelajar untuk membuat pilihan untuk menjawab soalan Bab 4 Kepimpinan Nabi Muhammad SAW. 2. Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam peperiksaan Percubaan pada bulan Julai dan Peperiksaan STPM Penggal 2 pada bulan Ogos 2023. 3. Mewujudkan perhubungan mesra di antara ahli kumpulan seterusnya guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka khususnya yang berkaitan dengan pelajaran. 4. Muwujudkan sikap hormat dan sayang antara satu sama lain dalam kumpulan, guru-guru dan sekolah. PELAKSANAAN 1. Program dilaksanakan kepada semua pelajar PAUMS dan PAUUM yang mengambil mata pelajaran Sejarah Tingkatan Enam. 2. Melaksanakan program belajar bersama sebagai salah satu aktiviti bagi meningkatkan pencapaian Sejarah pelajar. Strategi Pelaksanaan 1. Mengadakan taklimat, penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan kepada pelajar. 2. Guru melantik ketua dan membahagikan pelajar mengikut kumpulan masing-masing. 3. Perjumpaan diadakan dalam kelas dan secara online (Google Meet) mengikut kesesuaian masa pelajar. 4. Guru Sejarah PAUMS dan PAUUM dilantik sebagai pembimbing. 5. Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai ahli. 6. Pengagihan Ahli a) Ahli adalah terdiri daripada semua pelajar Sejarah PAUMS dan PAUUM. b) Setiap ketua akan menerima dua hingga empat orang ahli. 7. Peranan Ketua Kumpulan a) Membina hubungan mesra dengan ahli dan mewujudkan semangat kekitaan supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan. b) Memberi bimbingan dan dorongan kepada ahli agar mempunyai keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan. c) Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada ahli.
109 8. Peranan Ahli a) Membincangkan perkembangan pelajaran semasa. b) Melaporkan keputusan ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatkan prestasi mereka. c) Membincangkan apa jua masalah yang mengganggu pelajaran mereka. d) Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada ahlinya dengan hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi. e) Berkongsi pendapat dengan rakan ahlinya untuk bersama-sama memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Sejarah STPM. Penilaian 1. Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian, peperiksaan semester dan STPM ahli. 2. Perkembangan sahsiah ahli melalui pemerhatian di dalam dan di luar bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya Semoga hasil kajian yang dijalankan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, menarik dan meningkatkan keyakinan kepada pelajar dan guru. Rujukan 1. GOOGLE 2. Haini Shafikah Binti Mohd Shaharudin dan Khalijah Binti Ahmad, MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI FAKTA SEJARAH, Jabatan Kajian Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 25-27 October 2016.
110 ‘10 MINUTES PITCHING’ UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP ICT DAN MULTIMEDIA KEPADA 18 ORANG PELAJAR ICT KELAS PBUSM Rohana Binti Che Aman Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang ABSTRAK Kajian ini pengkaji jalankan untuk membantu para pelajar ICT kelas PBUSM seramai 18 orang memahami konsep dengan lebih cepat dan tepat dengan menggunakan kaedah ’10 minutes Pitching’. Ini kerana pengkaji dapati daripada 18 orang pelajar tersebut, ada beberapa orang yang memahami penerangan guru namun menghadapi masalah untuk menulis semula idea mereka. Ini kerana mereka terikat dengan bahasa buku yang mempunyai tahap bahasa yang agak tinggi, manakala terdapat para pelajar menghadapi masalah bahasa yang agak lemah. Pengkaji memilih dua orang pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang agak baik terhadap sesuatu topik dan dapat menjawab soalan latihan dengan lengkap dan tepat. Dalam kaedah ini, pelajar yang dipilih menjadi ’presenter’ memilih sendiri tajuk yang mereka sukai dan pakar, seterusnya mengajar pelajar-pelajar yang lain dalam masa 10 minit menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Mereka menggunakan alatan sebagai alat bantu mengajar untuk menarik minat rakan-rakan mereka. Hasil dapatan pengkaji, gaya bahasa presenter adalah bahasa yang mereka gunakan semasa perbualan dan tiada kekangan untuk pelajarpelajar lain memahami isi-isi penting. Pelajar-pelajar lain memberi respon yang aktif semasa kaedah ini dijalankan. Pengkaji merasakan adalah perlu untuk meneruskan program sebegini agar pelajar boleh belajar bersama rakan-rakan yang lain. Pelajar kelihatan lebih bermotivasi untuk belajar. Kata Kunci: Kaedah pitching, kognitif, pengetahuan sedia ada, pengulangan. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Subjek ICT adalah salah satu komponen dalam aliran Sains Sosial STPM. Ujian bertulis setiap semester membawa pemberatan sebanyak 20% (50 markah), di mana soalan dibahagi kepada Bahagian A mengandungi 5 soalan struktur (wajib jawab semua soalan) dan Bahagian B dua soalan struktur (wajib jawab satu soalan sahaja). Di antara kedua-dua bahagian pengkaji amat risau soalan di Bahagian B iaitu satu soalan struktur membawa 15 markah. Pelajar yang agak lemah selalunya sukar untuk skor di bahagian ini. Ini kerana terdapat calon yang tiada asas dalam sains komputer SPM dan ada yang agak lemah malah tahap penguasaan bahasa Inggeris juga agak lemah. Ini menyukarkan mereka untuk menulis dan melontarkan idea dengan baik semasa menjawab soalan. Ini sekaligus menyebabkan para pelajar sukar untuk mendapat keputusan yang baik dalam subjek ICT STPM.
111 Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati terdapat sebilangan pelajar yang kelihatan sukar memberi perhatian yang sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pelajar kelihatan agak terganggu dan tidak selesa. Apabila guru bertanya kepada mereka, beliau memberitahu penerangan guru adalah baik dan boleh difahami namun mereka menghadapi kesukaran untuk menulis semula idea tersebut. Menurut Mohd Yunus (1990), antara kemahiran yang amat ditekankan ketika proses pembelajaran berlaku ialah mendisiplinkan diri, kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota dan kemahiran mengingati. Ini menyebabkan pelajar kurang bermotivasi untuk belajar. Melalui pemerhatian pengkaji pula, sikap pelajar seolah-olah tidak menghargai penyampaian guru. Ini kerana pelajar lebih suka merujuk rakan mereka untuk memberi penerangan semula setelah guru mengajar. Pengkaji merasakan adalah perlu membuat pendekatan untuk menggunakan kefahaman seseorang pelajar untuk mengajar pelajar-pelajar lain. Pelajar yang menguasai sesuatu topik dipilih berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengajar secara ringkas dan padat. Pengetahuan sedia ada pelajar merupakan asas penting dalam mempercepatkan proses pemahaman (Shukery, 1998-1999). Hal ini memberi lebih keselesaan kepada pelajar untuk berdiskusi dan masa yang lebih singkat diperlukan untuk memahami intipati sesuatu topik. Ini adalah bersesuaian dengan teori kognitif fleksibiliti. Penggunaan teori kognitif fleksibiliti dapat mempertingkatkan motivasi pelajar selain menjadi alat bantu mengajar. Pelajar memilih sendiri dan menentukan sejauh mana pembelajaran boleh diikuti (Azizi, 2005) 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian tindakan yang dilaksanakan adalah merupakan tindakan terhadap proses Pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tindakan PdP dilakukan kepada mata pelajaran ICT Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Tingkatan 6 adalah untuk menyelesaikan masalah kesukaran memahami bahasa buku yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Fokus seterusnya adalah untuk menarik minat pelajar menggunakan kaedah ’10 Minutes Pitching’dalam proses memahami fakta dan membuat hafalan dengan lebih mudah. Kaedah ini menggunakan pendekatan guru muda iaitu para pelajar yang boleh membimbing rakan pelajar yang lain dipilih oleh guru untuk membuat penjelasan isi kandungan tajuk yang telah dipelajari sebelum ini.
112 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Pelajar dapat menjawab soalan struktur dengan baik dalam Bahagian B Kertas Peperiksaan ICT Semester 1 STPM. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Pelajar dapat memahami dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap sesuatu tajuk dengan lebih cepat 3.2.2 Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesuatu konsep melalui penerangan daripada rakan sebaya. 3.2.3 Pelajar dapat menstrukturkan pengetahuan melalui pembelajaran secara aktif seterusnya berupaya menjawab soalan dari pelbagai aras kesukaran. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 18 orang pelajar tingkatan 6 PBUSM. Responden kajian ini terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Langkah Tarikh dan Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan Langkah 1 1-5.8.2023 Pemerhatian 18 orang pelajar ICT 6PBUSM Mengenalpasti masalah pelajar dari segi sikap dan minat. Pengkaji membuat pemerhatian semasa PdP berlangsung. Pengkaji membuat
113 aktiviti sumbang saran untuk mengukur sikap pelajar semasa perbincangan sama ada aktif atau pasif. Langkah 2 9.8.2023 Temubual 18 orang pelajar ICT 6PBUSM Mengetahui punca pelajar menghadapi kesukaran untuk menulis kembali idea topik yang telah dipelajari. Pengkaji bertanya secara langsung apakah faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat menulis fakta dengan betul. Langkah 3 12-13.8.2023 Pemeriksaan latihan 18 orang pelajar ICT 6PBUSM Mengenalpasti kesalahan fakta dan punca pelajar tidak dapat menulis isi-isi penting yang sepatutnya. Jadual 5.1 : Kaedah Mengutip Data
114 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Masalah telah dikenalpasti Langkah 1 1-5.8.2023 Pemerhatian 18 orang pelajar ICT 6PBUSM Pengkaji mendapati pelajar kurang berminat melontarkan idea semasa sesi perbincangan berlangsung. Pelajar agak pasif dengan sikap acuh tak acuh.
115 Langkah 2 9.8.2023 Temubual 18 orang pelajar ICT 6PBUSM Pengkaji mengenalpasti punca utama ialah pelajar kurang bermotivasi untuk menjawab pertanyaan guru kerana idea yang diberikan selalu menyimpang daripada idea sebenar. Pelajar mengakui agak lemah untuk menghuraikan isiisi penting mengikut gaya bahasa di dalam buku.
116 Langkah 3 12-13.8.2023 Pemeriksaan latihan 18 orang pelajar ICT 6PBUSM Pengkaji mendapati pelajar banyak melakukan kesalahan fakta semasa menjawab soalan latihan. Pelajar menjawab dengan memberi idea asas sahaja tetapi tidak memberi huraian yang lengkap. Ada yang memberi huraian namun masih di tahap kurang memuaskan. Jadual 5.2 : Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, pelajar memang menghadapi masalah untuk membuat huraian yang lengkap tentang sesuatu topik yang telah dipelajari. Mereka menggunakan pengetahuan sedia ada dan kadang kala tidak bersesuaian dengan tahap jawapan yang dikehendaki. Puncanya adalah kerana para pelajar adalah lemah dari segi bahasa. Ini menyebabkan huraian menjadi kurang tepat. Idea mereka sekadar asas sahaja dan tidak mencukupi kehendak jawapan sebenar. Pengkaji menggunakan kaedah ’10 minutes Pitching’ untuk menarik minat pelajar berkongsi idea dengan rakan mereka. ’10 minutes pitching’ bermaksud pelajar menggunakan idea sendiri untuk menarik minat rakan-rakannya mendengar dan mempelajari isi-isi penting dalam masa 10 minit. Pelajar yang dipilih menggunakan kreativiti sendiri dalam memilih bahan
117 pengajaran yang sesuai dan menarik minat rakan-rakannya. Pengkaji memilih pelajar yang mempunyai markah tertinggi semasa menjawab quiz ICT dan Multimedia . Berdasarkan cara mereka menjawab soalan, pengkaji mendapati pelajar berkenaan berjaya memberi huraian yang lengkap dengan gaya bahasa yang tepat. Maka pengkaji membuat sesi perbincangan dengan pelajar berkenaan dan pelajar membuat pilihan tajuk yang sesuai untuk dibincangkan dalam ’10 minutes Pitching’. Pelajar mempunyai kekuatan dari segi keterampilan untuk menarik rakan-rakannya mendengar dan seterusnya memahami isi-isi penting. Tambahan pula gaya bahasa yang digunakan adalah gaya bahasa yang mudah untuk difahami oleh rakan-rakan mereka. Walaupun topik berkenaan telah dipelajari sebelum ini namun para pelajar yang lain memberi sambutan yang baik dengan aktif berkongsi idea sesama mereka. Menurut Md. Azri Aziz (2002), ingatan kita perlu kepada latihan dan pengulangan supaya maklumat yang ingin diingati dapat menimbulkan gambaran mental yang mampu memberi kesan yang mendalam. 5.4 Pelaksanaan Kajian Langkah 1 Pemilihan pelajar sebagai peneraju ’10 minutes Pitching’ Guru meneliti kualiti jawapan setiap pelajar dalam Kuiz ICT dan Multimedia. Pelajar yang menjawab dengan lengkap semua isi-isi penting dengan gaya bahasa yang tepat dipilih untuk menerajui ’10 minutes Pitching’. Langkah 2 Sesi perbincangan Dua orang pelajar yang dipilih dipanggil untuk berbincang tentang program ’10 minutes Pitching’. Pelajar diberi garis panduan tentang pelaksanaan program ini. Pelajar bersetuju dan memahami kehendak program ’10 minutes Pitching’. Langkah 3 Sesi pembentangan Pelajar A dan pelajar B membentangkan tajuk yang dipilih pada hari dan waktu yang berlainan. Pelajar menggunakan kreativiti sendiri untuk mencari bahan yang sesuai agar menarik minat rakan-rakannya untuk mendengar. Jadual 5.4 : Langkah-langkah menggunakan kaedah “10 minutes Pitching”
118 5.5 Dapatan Kajian Daripada dua orang ’Presenter’ yang dipilih, pengkaji meneliti kekuatan kedua-dua ’presenter’. Didapati kedua-dua pelajar yang dipilih menggunakan gaya bahasa yang menarik minat rakanrakan mereka untuk mendengar. Gaya bahasa pelajar yang menjadi ’presenter’ adalah bahasa perbualan mereka. ’Presenter’ tidak terikat dengan bahasa buku namun masih menggunakan terma-terma yang betul. Pengkaji membuat kesimpulan guru harus mengubahsuai elemen bahasa semasa memberi penerangan dengan menurunkan sedikit tahap bahasa yang digunakan agar para pelajar boleh memahami maksud setiap perkataan dalam sesuatu ayat. Setelah mereka memahami guru bolehlah menerapkan perlahan-lahan bahasa yang sepatutnya mereka gunakan. Pengkaji merasa kurang berpuas hati kerana masa yang tidak mencukupi untuk pengkaji meneruskan program ’10 minutes Pitching ’ ini untuk tajuk-tajuk yang lain. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Silibus ICT STPM mengandungi terlalu banyak konsep, proses dan yang menuntut para pelajar untuk mengingat dan menghafal. Dalam kajian tindakan yang seterusnya, pengkaji ingin membuat sebuah kajian tindakan yang membantu pelajar mengingat, memahami faktafakta melalui teknik gabungan huruf pertama. Atkinson (1975) membuat kajian tentang teknik ingatan dan beliau mendapati kita semakin mudah mengingat sesuatu maklumat apabila maklumat itu ada maknanya pada diri kita. Contohnya, untuk mengingat lima tasik terbesar di Amerika Syarikat iaitu Huron, Ontoria, Michigan, Eric dan Superior, kita memendekkannya dengan perkataan ’HOMES”. Pengkaji ingin memasukkan teknik gabungan huruf pertama ini dalam bentuk ’game’ atau kuiz dalam talian untuk menarik minat para pelajar di samping mereka boleh menggunakan apps ini pada bila-bila masa dan di mana-mana mereka berada. Pendapat saya yang seterusnya, pada masa akan datang para guru muda ini boleh memuatnaik nota-nota yang telah disediakan dalam bentuk nota Ms Word dan slaid Powerpoint ini ke aplikasi media social seperti Telegram, WhatsApp serta boleh upload ke emel rakan-rakan dan google classroom mereka. Lebih baik lagi sekiranya sesi penerangan oleh guru muda ini dapat divideokan dan dimuatnaik ke media sosial tersebut. Ini bermakna sesi penerangan guru muda ini boleh dilihat berulangkali sehingga mereka sudah benarbenar faham tentang konsep yang cuba ditekankan semasa sesi kelas sebelum ini.
119 BIBLIOGRAFI Atkinson (1975) ”An Application of the Mnemonic Keywords Method to the Acquisition of a Russian Vocabulary”. Journal of Experimental Psychology: Human Learning and Memory. Md.Azri Aziz (2002) “Teknik Ingatan Untuk Pelajar”. Kuala Lumpur : Quantum Learning. Md. Azizi Yahya (2005) “Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan”, Siri Pembangunan Profesional Perguruan. Mohd Yunus Noor. (1990). “Psikologi Belajar dan Teknik Belajar yang Berkesan”. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shukery Mohamed (1998-1999), “ Kepentingan Pengtahuan Sedia Ada Dalam Bacaan dan Pemahaman: Satu Sorotan Ringkas”. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 16. Mavis Chong (2013), “ Computer Science”, SAP Education Yew Kwang Hooi (2017), Computer Science for Matriculation Semester 2, 2nd Edition, Oxford Fajar. Tay Vaughan (2011), Multimedia: Making It Work 8th Edition, Mc Graw Hill
120 LAMPIRAN
121
122
123
124 ‘10 MINUTES PICHING’ UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP BIOLOGI KEPADA 9 ORANG PELAJAR BIOLOGI KELAS PAUKM Noor Erma Suria Binti Ab Rahman Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang ABSTRAK Kajian ini pengkaji jalankan untuk membantu para pelajar Biologi kelas PAUKM seramai 9 orang memahami konsep dengan lebih cepat dan tepat dengan menggunakan kaedah ’10 minutes Pitching’. Ini kerana pengkaji dapati daripada 9 orang pelajar tersebut, ada beberapa orang yang memahami penerangan guru namun menghadapi masalah untuk menulis semula idea mereka. Ini kerana mereka terikat dengan bahasa buku yang mempunyai tahap bahasa yang agak tinggi, manakala terdapat para pelajar menghadapi masalah bahasa yang agak lemah. Pengkaji memilih dua orang pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang agak baik terhadap sesuatu topik dan dapat menjawab soalan dalam Ujian Selaras 2 dengan lengkap dan tepat. Dalam kaedah ini, pelajar yang dipilih menjadi ’presenter’ memilih sendiri tajuk yang mereka sukai dan pakar, seterusnya mengajar pelajar-pelajar yang lain dalam masa 10 minit menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Mereka menggunakan alatan sebagai alat bantu mengajar untuk menarik minat rakan-rakan mereka. Hasil dapatan pengkaji, gaya bahasa presenter adalah bahasa yang mereka gunakan semasa perbualan dan tiada kekangan untuk pelajar-pelajar lain memahami isi-isi penting. Pelajar-pelajar lain memberi respon yang aktif semasa kaedah ini dijalankan. Pengkaji merasakan adalah perlu untuk meneruskan program sebegini agar pelajar boleh belajar bersama rakan-rakan yang lain. Pelajar kelihatan lebih bermotivasi untuk belajar. Kata Kunci: Kaedah pitching, kognitif, pengetahuan sedia ada, pengulangan. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Subjek Biologi adalah salah satu komponen dalam aliran Sains Tulen STPM. Ujian bertulis setiap semester membawa pemberatan sebanyak 26.67% (60 markah), di mana soalan dibahagi kepada Bahagian A mengandungi 15 soalan objektif, Bahagian B dua soalan struktur dan Bahagian C dua soalan esei. Di antara ketiga-tiga bahagian pengkaji amat risau soalan di Bahagian C iaitu satu soalan esei membawa 15 markah. Pelajar yang agak lemah selalunya sukar untuk skor di bahagian ini. Ini kerana terdapat calon yang bukan sahaja ada latar belakang keputusan Biologi SPM yang agak lemah malah tahap penguasaan bahasa Inggeris juga agak lemah. Ini menyukarkan mereka untuk menulis dan melontarkan idea dengan baik semasa menjawab soalan. Ini sekaligus menyebabkan para pelajar sukar untuk mendapat keputusan yang baik dalam subjek Biologi STPM. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati terdapat sebilangan pelajar yang kelihatan sukar memberi perhatian yang sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan
125 pembelajaran berlaku. Pelajar kelihatan agak terganggu dan tidak selesa. Apabila guru bertanya kepada mereka, beliau memberitahu penerangan guru adalah baik dan boleh difahami namun mereka menghadapi kesukaran untuk menulis semula idea tersebut. Menurut Mohd Yunus (1990), antara kemahiran yang amat ditekankan ketika proses pembelajaran berlaku ialah mendisiplinkan diri, kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota dan kemahiran mengingati. Ini menyebabkan pelajar kurang bermotivasi untuk belajar. Melalui pemerhatian pengkaji pula, sikap pelajar seolah-olah tidak menghargai penyampaian guru. Ini kerana pelajar lebih suka merujuk rakan mereka untuk memberi penerangan semula setelah guru mengajar. Pengkaji merasakan adalah perlu membuat pendekatan untuk menggunakan kefahaman seseorang pelajar untuk mengajar pelajar-pelajar lain. Pelajar yang menguasai sesuatu topik dipilih berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengajar secara ringkas dan padat. Pengetahuan sedia ada pelajar merupakan asas penting dalam mempercepatkan proses pemahaman (Shukery, 1998-1999). Hal ini memberi lebih keselesaan kepada pelajar untuk berdiskusi dan masa yang lebih singkat diperlukan untuk memahami intipati sesuatu topik. Ini adalah bersesuaian dengan teori kognitif fleksibiliti. Penggunaan teori kognitif fleksibiliti dapat mempertingkatkan motivasi pelajar selain menjadi alat bantu mengajar. Pelajar memilih sendiri dan menentukan sejauh mana pembelajaran boleh diikuti (Azizi, 2005) 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian tindakan yang dilaksanakan adalah merupakan tindakan terhadap proses Pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tindakan PdP dilakukan kepada mata pelajaran Biologi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Tingkatan 6 adalah untuk menyelesaikan masalah kesukaran memahami bahasa buku yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Fokus seterusnya adalah untuk menarik minat pelajar menggunakan kaedah ’10 Minutes Pitching’dalam proses memahami fakta dan membuat hafalan dengan lebih mudah. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Pelajar dapat menjawab soalan esei dengan baik dalam Bahagian C Kertas Peperiksaan Biologi Semester 2 STPM.
126 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Pelajar dapat memahami dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap sesuatu tajuk dengan lebih cepat 3.2.2 Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesuatu konsep melalui penerangan daripada rakan sebaya. 3.2.3 Pelajar dapat menstrukturkan pengetahuan melalui pembelajaran secara aktif seterusnya berupaya menjawab soalan dari pelbagai aras kesukaran. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 9 orang pelajar tingkatan 6 PAUKM. Responden kajian ini terdiri daripada 3 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan Langkah 1 1-5.8.2023 Pemerhatian 9 orang pelajar 6PAUKM Mengenalpasti masalah pelajar dari segi sikap dan minat. Pengkaji membuat pemerhatian semasa PdP berlangsung. Pengkaji membuat aktiviti sumbang saran untuk mengukur sikap pelajar semasa perbincangan sama ada aktif atau pasif.
127 Langkah 2 9.8.2023 Temubual 9 orang pelajar 6PAUKM Mengetahui punca pelajar menghadapi kesukaran untuk menulis kembali idea topik yang telah dipelajari. Pengkaji bertanya secara langsung apakah faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat menulis fakta dengan betul. Langkah 3 12-13.8.2023 Pemeriksaan latihan 9 orang pelajar 6PAUKM Mengenalpasti kesalahan fakta dan punca pelajar tidak dapat menulis isi-isi penting yang sepatutnya. Jadual 5.1 : Kaedah Mengutip Data 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Masalah telah dikenalpasti Langkah 1 1-5.8.2023 Pemerhatian 9 orang pelajar 6PAUKM Pengkaji mendapati pelajar kurang berminat melontarkan idea
128 semasa sesi perbincangan berlangsung. Pelajar agak pasif dengan sikap acuh tak acuh. Langkah 2 9.8.2023 Temubual 9 orang pelajar 6PAUKM Pengkaji mengenalpasti punca utama ialah pelajar kurang bermotivasi untuk menjawab pertanyaan guru kerana idea yang diberikan selalu menyimpang daripada idea sebenar. Pelajar mengakui agak lemah untuk menghuraikan isiisi penting mengikut gaya bahasa di dalam buku. Langkah 3 12-13.8.2023 Pemeriksaan latihan 9 orang pelajar 6PAUKM Pengkaji mendapati pelajar banyak melakukan kesalahan fakta semasa menjawab soalan latihan. Pelajar
129 menjawab dengan memberi idea asas sahaja tetapi tidak memberi huraian yang lengkap. Ada yang memberi huraian namun masih di tahap kurang memuaskan. Jadual 5.2 : Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, pelajar memang menghadapi masalah untuk membuat huraian yang lengkap tentang sesuatu topik yang telah dipelajari. Mereka menggunakan pengetahuan sedia ada dan kadang kala tidak bersesuaian dengan tahap jawapan yang dikehendaki. Puncanya adalah kerana para pelajar adalah lemah dari segi bahasa. Ini menyebabkan huraian menjadi kurang tepat. Idea mereka sekadar asas sahaja dan tidak mencukupi kehendak jawapan sebenar. Pengkaji menggunakan kaedah ’10 minutes Pitching’ untuk menarik minat pelajar berkongsi idea dengan rakan mereka. ’10 minutes pitching’ bermaksud pelajar menggunakan idea sendiri untuk menarik minat rakan-rakannya mendengar dan mempelajari isi-isi penting dalam masa 10 minit. Pelajar yang dipilih menggunakan kreativiti sendiri dalam memilih bahan pengajaran yang sesuai dan menarik minat rakan-rakannya. Pengkaji memilih pelajar yang mempunyai markah tertinggi semasa Ujian Selaras 2. Berdasarkan cara mereka menjawab soalan, pengkaji mendapati pelajar berkenaan berjaya memberi huraian yang lengkap dengan gaya bahasa yang tepat. Maka pengkaji membuat sesi perbincangan dengan pelajar berkenaan dan pelajar membuat pilihan tajuk yang sesuai untuk dibincangkan dalam ’10 minutes Pitching’. Pelajar mempunyai kekuatan dari segi keterampilan untuk menarik rakan-rakannya mendengar dan seterusnya memahami isi-isi penting. Tambahan pula gaya bahasa yang digunakan adalah gaya bahasa yang mudah untuk difahami oleh rakan-rakan mereka. Walaupun topik berkenaan telah dipelajari sebelum ini namun para pelajar yang lain memberi sambutan yang baik dengan
130 aktif berkongsi idea sesama mereka. Menurut Md. Azri Aziz (2002), ingatan kita perlu kepada latihan dan pengulangan supaya maklumat yang ingin diingati dapat menimbulkan gambaran mental yang mampu memberi kesan yang mendalam. 5.4 Pelaksanaan Kajian Langkah 1 Pemilihan pelajar sebagai peneraju ’10 minutes Pitching’ Guru meneliti kualiti jawapan setiap pelajar dalam Ujian Selaras 2. Pelajar yang menjawab dengan lengkap semua isi-isi penting dengan gaya bahasa yang tepat dipilih untuk menerajui ’10 minutes Pitching’. Langkah 2 Sesi perbincangan Dua orang pelajar yang dipilih dipanggil untuk berbincang tentang program ’10 minutes Pitching’. Pelajar diberi garis panduan tentang pelaksanaan program ini. Pelajar bersetuju dan memahami kehendak program ’10 minutes Pitching’. Langkah 3 Sesi pembentangan Pelajar A dan pelajar B membentangkan tajuk yang dipilih pada hari dan waktu yang berlainan. Pelajar menggunakan kreativiti sendiri untuk mencari bahan yang sesuai agar menarik minat rakan-rakannya untuk mendengar. Jadual 5.4 : Langkah-langkah menggunakan kaedah “10 minutes Pitching” 5.5 Dapatan Kajian Daripada dua orang ’Presenter’ yang dipilih, pengkaji meneliti kekuatan kedua-dua ’presenter’. Didapati kedua-dua pelajar yang dipilih menggunakan gaya bahasa yang menarik minat rakanrakan mereka untuk mendengar. Gaya bahasa pelajar yang menjadi ’presenter’ adalah bahasa slanga yang menjadi bahasa perbualan mereka. ’Presenter’ tidak terikat dengan bahasa buku namun masih menggunakan terma-terma yang betul. Pengkaji membuat kesimpulan guru harus mengubahsuai elemen bahasa semasa memberi penerangan dengan menurunkan sedikit tahap bahasa yang digunakan agar para pelajar boleh memahami maksud setiap perkataan dalam
131 sesuatu ayat. Setelah mereka memahami guru bolehlah menerapkan perlahan-lahan bahasa yang sepatutnya mereka gunakan. Pengkaji merasa kurang berpuas hati kerana masa yang tidak mencukupi untuk pengkaji meneruskan program ’10 minutes Pitching ’ ini untuk tajuk-tajuk yang lain. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Silibus Biologi STPM mengandungi terlalu banyak konsep, proses dan yang menuntut para pelajar untuk mengingat dan menghafal. Dalam kajian tindakan yang seterusnya, pengkaji ingin membuat sebuah kajian tindakan yang membantu pelajar Biologi mengingat, memahami faktafakta melalui teknik yang sama iaitu ”10 minutes Pitching” tetapi ’presenter’ tidak terikat dengan waktu kelas. ’Presenter’ merekod sesi pengajaran tentang sesuatu topik, kemudian meletakkan video tersebut dalam kumpulan telegram. Pelajar-pelajar lain kemudian boleh melihat berulang kali video tersebut dan digunakan sebagai rujukan untuk mereka. BIBLIOGRAFI Md.Azri Aziz (2002) “Teknik Ingatan Untuk Pelajar”. Kuala Lumpur : Quantum Learning. Md. Azizi Yahya (2005) “Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan”, Siri Pembangunan Profesional Perguruan. Mohd Yunus Noor. (1990). “Psikologi Belajar dan Teknik Belajar yang Berkesan”. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shukery Mohamed (1998-1999), “ Kepentingan Pengtahuan Sedia Ada Dalam Bacaan dan Pemahaman: Satu Sorotan Ringkas”. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 16.
132 '10 MINUTES PICHING’ UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN KONSEP KIMIA KEPADA 9 ORANG PELAJAR KIMIA KELAS PAUKM Yeap Ling Yan Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang ABSTRAK Kajian ini pengkaji jalankan untuk membantu para pelajar Biologi kelas PAUKM seramai 9 orang memahami konsep dengan lebih cepat dan tepat dengan menggunakan kaedah ’10 minutes Pitching’. Ini kerana pengkaji dapati daripada 9 orang pelajar tersebut, ada beberapa orang yang memahami penerangan guru namun menghadapi masalah untuk menulis semula idea mereka. Ini kerana mereka terikat dengan bahasa buku yang mempunyai tahap bahasa yang agak tinggi, manakala terdapat para pelajar menghadapi masalah bahasa yang agak lemah. Pengkaji memilih dua orang pelajar yang mempunyai tahap penguasaan yang agak baik terhadap sesuatu topik dan dapat menjawab soalan dalam Ujian Selaras 2 dengan lengkap dan tepat. Dalam kaedah ini, pelajar yang dipilih menjadi ’presenter’ memilih sendiri tajuk yang mereka sukai dan pakar, seterusnya mengajar pelajar-pelajar yang lain dalam masa 10 minit menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Mereka menggunakan alatan sebagai alat bantu mengajar untuk menarik minat rakan-rakan mereka. Hasil dapatan pengkaji, gaya bahasa presenter adalah bahasa yang mereka gunakan semasa perbualan dan tiada kekangan untuk pelajar-pelajar lain memahami isi-isi penting. Pelajar-pelajar lain memberi respon yang aktif semasa kaedah ini dijalankan. Pengkaji merasakan adalah perlu untuk meneruskan program sebegini agar pelajar boleh belajar bersama rakan-rakan yang lain. Pelajar kelihatan lebih bermotivasi untuk belajar. Kata Kunci: Kaedah pitching, kognitif, pengetahuan sedia ada, pengulangan. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Subjek Biologi adalah salah satu komponen dalam aliran Sains Tulen STPM. Ujian bertulis setiap semester membawa pemberatan sebanyak 26.67% (60 markah), di mana soalan dibahagi kepada Bahagian A mengandungi 15 soalan objektif, Bahagian B dua soalan struktur dan Bahagian C dua soalan esei. Di antara ketiga-tiga bahagian pengkaji amat risau soalan di Bahagian C iaitu satu soalan esei membawa 15 markah. Pelajar yang agak lemah selalunya sukar untuk skor di bahagian ini. Ini kerana terdapat calon yang bukan sahaja ada latar belakang keputusan Kimia SPM yang agak lemah malah tahap penguasaan bahasa Inggeris juga agak lemah. Ini menyukarkan mereka untuk menulis dan melontarkan idea dengan baik semasa menjawab soalan. Ini sekaligus menyebabkan para pelajar sukar untuk mendapat keputusan yang baik dalam subjek Kimia STPM. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati terdapat sebilangan pelajar yang kelihatan sukar memberi perhatian yang sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pelajar kelihatan agak terganggu dan tidak selesa. Apabila guru bertanya
133 kepada mereka, beliau memberitahu penerangan guru adalah baik dan boleh difahami namun mereka menghadapi kesukaran untuk menulis semula idea tersebut. Menurut Mohd Yunus (1990), antara kemahiran yang amat ditekankan ketika proses pembelajaran berlaku ialah mendisiplinkan diri, kemahiran membaca, kemahiran mendengar, kemahiran mencatat nota dan kemahiran mengingati. Ini menyebabkan pelajar kurang bermotivasi untuk belajar. Melalui pemerhatian pengkaji pula, sikap pelajar seolah-olah tidak menghargai penyampaian guru. Ini kerana pelajar lebih suka merujuk rakan mereka untuk memberi penerangan semula setelah guru mengajar. Pengkaji merasakan adalah perlu membuat pendekatan untuk menggunakan kefahaman seseorang pelajar untuk mengajar pelajar-pelajar lain. Pelajar yang menguasai sesuatu topik dipilih berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengajar secara ringkas dan padat. Pengetahuan sedia ada pelajar merupakan asas penting dalam mempercepatkan proses pemahaman (Shukery, 1998-1999). Hal ini memberi lebih keselesaan kepada pelajar untuk berdiskusi dan masa yang lebih singkat diperlukan untuk memahami intipati sesuatu topik. Ini adalah bersesuaian dengan teori kognitif fleksibiliti. Penggunaan teori kognitif fleksibiliti dapat mempertingkatkan motivasi pelajar selain menjadi alat bantu mengajar. Pelajar memilih sendiri dan menentukan sejauh mana pembelajaran boleh diikuti (Azizi, 2005) 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian tindakan yang dilaksanakan adalah merupakan tindakan terhadap proses Pengajaran dan pembelajaran (PdP). Tindakan PdP dilakukan kepada mata pelajaran Kimia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Tingkatan 6 adalah untuk menyelesaikan masalah kesukaran memahami bahasa buku yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Fokus seterusnya adalah untuk menarik minat pelajar menggunakan kaedah ’10 Minutes Pitching’dalam proses memahami konsep dengan lebih mudah. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Pelajar dapat menjawab soalan esei dengan baik dalam Bahagian C Kertas Peperiksaan Kimia Semester 2 STPM.
134 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Pelajar dapat memahami dan meningkatkan kefahaman mereka terhadap sesuatu tajuk dengan lebih cepat 3.2.2 Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesuatu konsep melalui penerangan daripada rakan sebaya. 3.2.3 Pelajar dapat menstrukturkan pengetahuan melalui pembelajaran secara aktif seterusnya berupaya menjawab soalan dari pelbagai aras kesukaran. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 9 orang pelajar tingkatan 6 PAUKM. Responden kajian ini terdiri daripada 3 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan Langkah 1 1-5.8.2023 Pemerhatian 9 orang pelajar 6PAUKM Mengenalpasti masalah pelajar dari segi sikap dan minat. Pengkaji membuat pemerhatian semasa PdP berlangsung. Pengkaji membuat aktiviti sumbang saran untuk mengukur sikap pelajar semasa perbincangan sama ada aktif atau pasif.
135 Langkah 2 9.8.2023 Temubual 9 orang pelajar 6PAUKM Mengetahui punca pelajar menghadapi kesukaran untuk menulis kembali idea topik yang telah dipelajari. Pengkaji bertanya secara langsung apakah faktor yang menyebabkan mereka tidak dapat menulis fakta dengan betul. Langkah 3 12-13.8.2023 Pemeriksaan latihan 9 orang pelajar 6PAUKM Mengenalpasti kesalahan fakta dan punca pelajar tidak dapat menulis isi-isi penting yang sepatutnya. Jadual 5.1 : Kaedah Mengutip Data 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Masalah telah dikenalpasti Langkah 1 1-5.8.2023 Pemerhatian 9 orang pelajar 6PAUKM Pengkaji mendapati pelajar kurang berminat melontarkan idea semasa sesi perbincangan
136 berlangsung. Pelajar agak pasif dengan sikap acuh tak acuh. Langkah 2 9.8.2023 Temubual 9 orang pelajar 6PAUKM Pengkaji mengenalpasti punca utama ialah pelajar kurang bermotivasi untuk menjawab pertanyaan guru kerana idea yang diberikan selalu menyimpang daripada idea sebenar. Pelajar mengakui agak lemah untuk mengenalpastikan jenis tindak balas kimia penting mengikut gaya bahasa di dalam buku. Langkah 3 12-13.8.2023 Pemeriksaan latihan 9 orang pelajar 6PAUKM Pengkaji mendapati pelajar banyak melakukan kesalahan fakta semasa menjawab soalan latihan. Pelajar menjawab dengan memberi jenis
137 tindak balas kimia yang tidak tepat. Ada yang memberi mekanisme namun masih di tahap kurang memuaskan. Jadual 5.2 : Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, pelajar memang menghadapi masalah untuk menulis mekanisme tindak balas yang lengkap tentang sesuatu topik yang telah dipelajari. Mereka menggunakan pengetahuan sedia ada dan kadang kala tidak bersesuaian dengan tahap jawapan yang dikehendaki. Puncanya adalah kerana para pelajar adalah lemah dari segi bahasa. Ini menyebabkan huraian menjadi kurang tepat. Idea mereka sekadar asas sahaja dan tidak mencukupi kehendak jawapan sebenar. Pengkaji menggunakan kaedah ’10 minutes Pitching’ untuk menarik minat pelajar berkongsi idea dengan rakan mereka. ’10 minutes pitching’ bermaksud pelajar menggunakan idea sendiri untuk menarik minat rakan-rakannya mendengar dan mempelajari isi-isi penting dalam masa 10 minit. Pelajar yang dipilih menggunakan kreativiti sendiri dalam memilih bahan pengajaran yang sesuai dan menarik minat rakan-rakannya. Pengkaji memilih pelajar yang mempunyai markah tertinggi semasa Ujian Selaras 2. Berdasarkan cara mereka menjawab soalan, pengkaji mendapati pelajar berkenaan berjaya memberi huraian yang lengkap dengan gaya bahasa yang tepat. Maka pengkaji membuat sesi perbincangan dengan pelajar berkenaan dan pelajar membuat pilihan tajuk yang sesuai untuk dibincangkan dalam ’10 minutes Pitching’. Pelajar mempunyai kekuatan dari segi keterampilan untuk menarik rakan-rakannya mendengar dan seterusnya memahami isi-isi penting. Tambahan pula gaya bahasa yang digunakan adalah gaya bahasa yang mudah untuk difahami oleh rakan-rakan mereka. Walaupun topik berkenaan telah dipelajari sebelum ini namun para pelajar yang lain memberi sambutan yang baik dengan
138 aktif berkongsi idea sesama mereka. Menurut Md. Azri Aziz (2002), ingatan kita perlu kepada latihan dan pengulangan supaya maklumat yang ingin diingati dapat menimbulkan gambaran mental yang mampu memberi kesan yang mendalam. 5.4 Pelaksanaan Kajian Langkah 1 Pemilihan pelajar sebagai peneraju ’10 minutes Pitching’ Guru meneliti kualiti jawapan setiap pelajar dalam Ujian Selaras 2. Pelajar yang menjawab dengan lengkap semua definisi dan penerangan yang tepat dipilih untuk menerajui ’10 minutes Pitching’. Langkah 2 Sesi perbincangan Dua orang pelajar yang dipilih dipanggil untuk berbincang tentang program ’10 minutes Pitching’. Pelajar diberi garis panduan tentang pelaksanaan program ini. Pelajar bersetuju dan memahami kehendak program ’10 minutes Pitching’. Langkah 3 Sesi pembentangan Pelajar A dan pelajar B membentangkan tajuk yang dipilih pada hari dan waktu yang berlainan. Pelajar menggunakan kreativiti sendiri untuk mencari bahan yang sesuai agar menarik minat rakan-rakannya untuk mendengar. Jadual 5.4 : Langkah-langkah menggunakan kaedah “10 minutes Pitching” 5.5 Dapatan Kajian Daripada dua orang ’Presenter’ yang dipilih, pengkaji meneliti kekuatan kedua-dua ’presenter’. Didapati kedua-dua pelajar yang dipilih menggunakan gaya bahasa yang menarik minat rakanrakan mereka untuk mendengar. Gaya bahasa pelajar yang menjadi ’presenter’ adalah bahasa slanga yang menjadi bahasa perbualan mereka. ’Presenter’ tidak terikat dengan bahasa buku namun masih menggunakan terma-terma yang betul. Pengkaji membuat kesimpulan guru harus mengubahsuai elemen bahasa semasa memberi penerangan dengan menurunkan sedikit tahap bahasa yang digunakan agar para pelajar boleh memahami maksud setiap perkataan dalam sesuatu ayat. Setelah mereka memahami guru bolehlah menerapkan perlahan-lahan bahasa yang sepatutnya mereka gunakan. Pengkaji merasa kurang berpuas hati kerana masa yang tidak
139 mencukupi untuk pengkaji meneruskan program ’10 minutes Pitching ’ ini untuk tajuk-tajuk yang lain. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Silibus Kimia STPM mengandungi terlalu banyak konsep, proses dan yang menuntut para pelajar untuk mengingat dan menghafal. Dalam kajian tindakan yang seterusnya, pengkaji ingin membuat sebuah kajian tindakan yang membantu pelajar Kimia mengingat, memahami faktafakta melalui teknik gabungan huruf pertama. Atkinson (1975) membuat kajian tentang teknik ingatan dan beliau mendapati kita semakin mudah mengingat sesuatu maklumat apabila maklumat itu ada maknanya pada diri kita. Contohnya, untuk mengingat lima tasik terbesar di Amerika Syarikat iaitu Huron, Ontoria, Michigan, Eric dan Superior, kita memendekkannya dengan perkataan ’HOMES”. Pengkaji ingin memasukkan teknik gabungan huruf pertama ini dalam bentuk ’game’ atau kuiz dalam talian untuk menarik minat para pelajar di samping mereka boleh menggunakan apps ini pada bila-bila masa dan di mana-mana mereka berada. BIBLIOGRAFI Atkinson (1975) ”An Application of the Mnemonic Keywords Method to the Acquisition of a Russian Vocabulary”. Journal of Experimental Psychology: Human Learning and Memory. Md.Azri Aziz (2002) “Teknik Ingatan Untuk Pelajar”. Kuala Lumpur : Quantum Learning. Md. Azizi Yahya (2005) “Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan”, Siri Pembangunan Profesional Perguruan. Mohd Yunus Noor. (1990). “Psikologi Belajar dan Teknik Belajar yang Berkesan”. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shukery Mohamed (1998-1999), “ Kepentingan Pengtahuan Sedia Ada Dalam Bacaan dan Pemahaman: Satu Sorotan Ringkas”. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 16.
140 LAMPIRAN
141 ‘10 MINUTES PITCHING’ UNTUK MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR PAUMP MENGHASILKAN PANTUN DALAM PENULISAN KREATIF Che Samrah Binti Sarif Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar menghasilkan pantun dalam bahagian A, penulisan kreatif bagi mata pelajaran KMK. Kajian ini dilakukan terhadap 18 orang pelajar PAUMP untuk membantu meningkatkan kefahaman mereka dalam menghasilkan pantun secara kreatif. Terdapat beberapa orang pelajar PAUMP tidak dapat menghasilkan pantun dengan pantas dan aktif dalam perbincangan. Pelajar tidak berminat mencipta pantun kerana penghasilan pantun memerlukan idea dan kreativiti sekaligus memaksa pelajar untuk berfikir. Pelajar yang tidak berminat akan berasa sukar mencipta pantun. Tanpa pemilihan kata atau diksi yang sesuai, penghasilan pantun menjadi kurang menarik. Bagi meningkatkan kefahaman pelajar menghasilkan pantun, pengkaji memberi peluang kepada guru muda untuk menyampaikan pengajaran selama 10 minit berdasarkan pengetahuan ada pelajar. Semasa aktiviti pembelajaran dilaksanakan guru muda dapat menyampaikan pengajaran yang menyeronokkan tanpa terikat jurang antara guru dengan pelajar. Kaedah ‘10 Minutes Pitching’ ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar melalui peranan guru muda. Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pelajar PAUMP menghasilkan pantun dengan pemilihan diksi yang tepat. Kaedah ‘10 Minutes Pitching’ membuktikan peranan guru muda berupaya menjana ilmu pengetahuan kepada pelajar. Kata Kunci: Kaedah pitching, kognitif, pengetahuan sedia ada, pengulangan. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran tentang penulisan pantun, pengkaji mendapati objektif pembelajaran tidak tercapai. Pelajar tidak dapat menjana idea dengan pantas semasa perbincangan untuk menghasilkan pantun. Pengetahuan sedia ada pelajar merupakan asas penting dalam mempercepatkan proses pemahaman (Shukery, 1998-1999). Pelajar tidak didedahkan dengan proses penciptaan pantun sebelum ini dan tidak pernah mempelajari teknik menghasilkan pantun. Terdapat beberapa orang pelajar boleh mencipta pantun dan ada juga yang sukar mencipta pantun dengan pantas. Sikap pelajar yang tidak mahu bekerjasama dalam mencipta pantun menjadikan suasana pembelajaran tidak menarik. Pelajar sering menggunakan diksi yang hampir sama dengan rakan-rakan yang lain membuktikan pelajar malas berfikir atau tidak dapat menjana idea. Aspek penghasilan pantun terutamanya pemikiran sering berulang pada rangkap yang berikutnya. Sehubungan dengan itu, pengkaji cuba untuk meningkatkan tahap
142 kefahaman pelajar mencipta pantun melalui kaedah ‘10 Minutes Pitching’ dengan memanfaatkan peranan guru muda. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian tindakan yang dilaksanakan merujuk kepada tindakan terhadap proses PdPc yang dilakukan kepada mata pelajaran KMK Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Tingkatan 6. Kajian tindakan ini adalah untuk menyelesaikan masalah kesukaran menghasilkan pantun bagi menepati aspek yang dinilai dari segi ciri-ciri, tema, pemikiran, gaya bahasa dan kreativiti Fokus seterusnya adalah untuk menarik minat pelajar menghasilkan pantun dengan lebih mudah dan menarik dengan menggunakan kaedah ’10 Minutes Pitching’ melalui peranan guru muda menyampaikan pengajaran. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Pelajar dapat menjawab soalan tentang penghasilan pantun dengan baik serta menggunakan diksi yang sesuai KMK dalam Bahagian A, Penulisan Kreatif Kertas Peperiksaan KMK Semester 3 STPM. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Pelajar dapat memahami dan meningkatkan kefahaman menghasilkan pantun dengan mudah dan tepat 3.2.2 Pelajar dapat menstrukturkan penghasilan pantun melalui pembelajaran secara aktif 3.2.3 Pelajar dapat memperoleh markah cemerlang dengan menepati aspek menghasilkan pantun menggunakan diksi yang sesuai dan menarik 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 18 pelajar daripada kelas PAUMP yang mengambil mata Pelajaran KMK.
143 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan Masalah dikenalpasti Langkah 1 11.9.2023 Pemerhatian 18 pelajar PAUMP Mengenalpasti masalah pelajar dari segi sikap dan minat. Pengkaji membuat pemerhatian semasa PdPc berlangsung. Pengkaji membuat aktiviti sumbang saran untuk mengukur sikap pelajar semasa perbincangan sama ada aktif atau pasif. Langkah 2 11.9.2023 Temubual 18 pelajar PAUMP Pengkaji ingin mengetahui punca pelajar menghadapi masalah menghasilkan pantun dengan pantas. Pengkaji bertanya secara langsung adakah pelajar pernah menghasilkan pantun. Langkah 3 12.9.2023 Pemeriksaan latihan 18 pelajar PAUMP Mengenalpasti punca penyebab pelajar tidak dapat menghasilkan pantun dengan baik dari segi pemikiran, gaya bahasa dan imej alam.
144 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Langkah dan Tarikh Cara Penilaian Kumpulan Sasaran Masalah dikenalpasti Langkah 1 11.9.23 Pemerhatian 18 orang pelajar PAUMP Pemerhatian dilakukan untuk mengenal pasti masalah pelajar dari segi: 1.Sikap pelajar yang pasif dan tidak berminat menghasilkan pantun. 2.Pelajar tidak menyertai rakanrakan lain menghasilkan pantun. Langkah 2 11.9.23 Temubual 18 orang pelajar PAUMP 1.Pengkaji mendapati pelajar kurang berminat menghasilkan pantun dan sukar memberikan idea semasa sesi perbincangan kerana tidak didedahkan dengan penghasilan pantun sebelum ini. Langkah 3 13.9.23 18 orang pelajar PAUMP 1.Guru mengemukakan tema tentang persahabatan. 2.Guru bersama-sama pelajar mencadangkan lapan pemikiran dan lima unsur gaya bahasa. 3.Guru membimbing pelajar mencipta maksud pantun. 4.Guru meminta pelajar mengemukakan imej alam 5.Setiap kumpulan diminta mencipta pantun menggunakan imej alam berikut: Rangkap 1 - pohon herba atau ulam-ulaman.
145 Rangkap 2- bunga-bungaan Rangkap 3 - haiwan atau unggas Rangkap 4 - pohon buah Rangkap 5 - keindahan alam 6.Pelajar berpantun mengikut rentak pantun dan guru membuat penilaian bersamasama pelajar. Langkah 3 18.9.23 - Kaedah 10 Minutes Pitching 18 pelajar PAUMP 1.Guru memberikan tema gaya hidup sihat dan berbincang tentang pemikiran. gaya bahasa dan imej alam dalam pantun. Guru dan pelajar membina rangkap pertama dengan lengkap. 2.Guru memilih pelajar sebagai guru muda. Untuk membina rangkap kedua. 3. Guru muda menyampaikan pengajaran. Langkah 4 18.9.23 10 Minutes Pitching 18 pelajar PAUMP 1.Pelajar menghasilkan pantun mengikut kreativiti masingmasing. 2.Pelajar berpantun dan guru membuat penilaian. 3.Pelajar lebih yakin dan menghasilkan pantun dengan lebih kreatif. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan tinjauan awal terdapat beberapa orang pelajar yang berasa sukar untuk menghasilkan pantun dalam bahagian A Penulisan Kreatif. Pelajar sukar membina pantun kerana
146 tidak terdedah dengan teknik menghasilkan pantun menggunakan laras bahasa sastera. Selain itu, pantun yang dibina masih terikat dengan susunan ayat biasa yang tiada unsur gaya bahasa personifikasi, inversi, anafora dan sebagainya. Semasa PdPc dijalankan pelajar kurang berminat mencipta pantun dan berdiam diri atau bercakap tentang hal lain yang tiada kaitan dengan pembelajaran. Untuk menarik minat dan fokus pelajar kaedah 10 Minutes Pitching diaplikasikan dalam kajian tindakan ini agar PdPc berkesan dapat dilaksanakan. Kaedah ini menggunakan peranan guru muda yang dapat memberi manfaat kepada pelajar memahami cara menghasilkan pantun. Penyampaian guru muda yang lebih memahami kehendak pelajar memungkinkan bahagian yang sukar difahami itu dapat diperjelas dengan berkesan. Marcella Modius (2023) menyatakan bahawa sekumpulan rakan lebih selesa untuk belajar dalam lingkungan mereka dapat menyelesaikan suatu masalah sekiranya mereka bekerja bersama-sama dalam menyelesaikan masalah tersebut (Lambdin,1993). 5.4 Pelaksanaan Kajian Langkah 1 Guru memilih guru muda berdasarkan penglibatan mereka yang aktif semasa pengajaran sebelum ini dan berbincang tentang aktiviti ‘10 Minutes Pitching’ Langkah 2 1. Guru memberikan tema pantun tentang gaya hidup sihat. Pelajar mengemukakan cadangan lapan fakta tentang aspek pemikiran dan lima gaya bahasa. Pemikiran : bersenam Gaya bahasa : asonansi. Unsur alam: bunga-bungaan 2. Guru meminta pelajar membina baris maksud pantun dalam rangkap pertama. Guru meminta pelajar membina ayat pengajaran daripada pemikiran. - Kita hendaklah rajin bersenam setiap hari supaya kekal sihat dan hidup ceria. Ayat pengajaran ini ditukarkan menjadi baris pantun seperti berikut: Rajin bersenam setiap hari Kekal sihat hidup ceria 3.Pelajar diminta membina baris pembayang dengan menggunakan jenis bunga-bungaan yang sesuai dengan rima akhir pantun abab. Pelajar boleh memilih diksi berkaitan bunga seperti nama bunga, kelopak, kuntum, kembang berseri, mekar, mewangi
147 4.Pelajar boleh mencipta pembayang maksud seperti berikut yang mempunyai perkaitan antara kedua-dua baris tersebut: Kelopak mawar mekar berseri, Tampak indah disinari suria; Rajin bersenam setiap hari, Kekal sihat hidup ceria. Langkah 3 Kaedah ‘10 Minutes Pitching’ 1. Guru utama meminta guru muda menyampaikan pengajaran kepada rakan. 2. Guru muda meminta rakan-rakan membina baris maksud pantun dalam rangkap kedua. Pemikiran : makanan seimbang Gaya bahasa : anafora Imej alam : unggas seperti merpati, kedidi, Kita hendaklah mengamalkan makanan berkhasiat untuk menjaga kesihatan diri Ayat pengajaran ini juga boleh diubahsuai mengikut kesesuaian rima akhir seperti berikut: Terbang tinggi burung merpati, Terbang hinggap di hujung dahan; Untuk menjaga kesihatan diri, Makanan berkhasiat jadi amalan. Langkah 4 Kaedah ‘10 Minutes Pitching’ Guru muda kedua menyampaikan pengajaran seperti langkah di atas. Guru muda meminta rakan-rakan membina baris maksud pantun dalam rangkap ketiga. Langkah 5 Semua pelajar membina pantun rangkap keempat dan kelima mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar mempersembahkan pantun yang dihasilkan. Guru membuat penilaian bersama-sama pelajar. Jadual 5.4: Langkah-langkah menggunakan Kaedah 10 Minutes Pitching 5.5 Dapatan Kajian Pemerhatian yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran mendapati pelajar sukar membina pantun dengan baik. Pelajar bersikap pasif semasa perbincangan dan tidak memberikan kerjasama bagi membina bait-bait pantun sama ada baris pembayang dan juga baris maksud. Pelajar yang menunjukkan minat sahaja mencari idea dan berfikir tentang pemikiran