The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Tindakan Guru-guru Tingkatan 6 HSBM 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marializalatiff, 2024-01-22 22:48:20

Kajian Tindakan Guru-guru Tingkatan 6 HSBM 2023

Kajian Tindakan Guru-guru Tingkatan 6 HSBM 2023

Keywords: action research,2023

48 dalam kalangan guru-guru dalam usaha penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan efektif. BIBLIOGRAFI Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam Jilid 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Pembangunan Akademik, Institut Pendidikan Guru Malaysia (2018). Buku Panduan Penyelidikan Tindakan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Md. Lasa Yahya, Sumaiyah etc (2022). Nota Minda dan Lembaran Praktis Pengajian Am. Selangor: Local Publication(M) Sdn. Bhd.


49 LAMPIRAN AKTIVITI PELAJAR BERKAITAN TOPIK CABARAN WAWASAN 2020


50 AKTIVITI PELAJAR BERKAITAN TOPIK CABARAN WAWASAN 2020


51 PENGGUNAAN TEKNIK “LEAPER” DALAM PENGAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN Rosidah Binti Ahmad, Rafikah Binti Ishak, Yeap Lay Khuan, Ku Ai Fung, Norzihana Binti Hamzah SMK Tinggi Bukit Mertajam 77 Jalan Sri Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan “Penggunaan Teknik ‘LEAPER’ dalam pengajaran Pengajian Perniagaan” sebagai langkah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam topik Semester 2 Bab 1 Pengurusan dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan terutamanya dalam mengingati fakta khusus dan huraian dengan kata kunci yang tepat. Objektif kajian adalah untuk menerokai kaedah baru yang mudah dan efisien untuk menjawab soalan Pengajian Perniagaan dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang mendapat gred F. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan pelajar yang mendapat gred F untuk memberi fakta khusus, huraian dan contoh yang releven serta meningkatkan lebih ramai pelajar untuk memperolehi markah sekurang-kurangnya C+ sebagai syarat lulus Pengajian Perniagaan. Kumpulan sasaran bagi kajian ini melibatkan 14 orang responden dari kalangan pelajar PAUTM, PAUPM, PAUTP, PAUIA, dan PAUMS yang mendapat gred terendah dalam peperiksaan STPM Semester 1. Alat-alat pengumpulan data dalam kajian ini telah dilakukan dengan melaksanakan pemerhatian, temubual dan ujian. Hasil dapatan kajian menggunakan teknik “LEAPER” didapati semua 14 orang responden lulus dalam ujian yang dijalankan dengan tiga orang pelajar lulus melebihi 40 markah dan sebelas pelajar lulus dengan markah di antara 30 hingga 39. Jawapan pelajar pula lebih menjurus kepada fakta dan kata kunci yang lebih tepat berbanding sebelum ini. Data yang diperolehi membuktikan bahawa teknik “LEAPER” telah membantu sebahagian daripada reponden untuk mengatasi masalah mengingati fakta khusus dan huraian yang tepat. Sebagai penambahbaikan , pengkaji mencadangkan melantik guru muda dalam kalangan pelajar yang mendapat gred yang lebih baik untuk menguruskan kumpulan Teknik Leaper dalam telegram supaya aktiviti dapat diteruskan secara berkala dan lebih fleksible. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Mata pelajaran Pengajian Perniagaan merupakan mata pelajaran pilihan kepada pelajar tingkatan enam yang mengikuti aliran sains sosial. Tujuan utama mata pelajaran Pengajian Perniagaan diperkenalkan adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam Pengajian Perniagaan bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian di institut pengajian tinggi atau ke peringkat kelayakan profesional dan menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Oleh itu, kemahiran menguasai fakta dan huraian serta contoh merupakan aspek penting dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan untuk menentukan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran ini. Pengkaji merupakan guru yang telah diamanahkan untuk mengajar pelajar-pelajar Tingkatan Enam bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Sepanjang proses pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) dan pengajaran dan pembelajaran di rumah (pdpr), pengkaji telah


52 mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran menjawab soalan-soalan mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada dalam kalangan pelajar-pelajar yang lemah belum dapat menguasai kemahiran menjawab soalan-soalan Pengajian Perniagaan, terutamanya pelajar-pelajar yang dari aliran Sains dan yang tidak pernah mempelajari mata pelajaran ini semasa di peringkat arus perdana. Kajian ini dikhususkan kepada pelajar dari kelas -kelas aliran sains sosial dari SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa pelajar mengalami kesukaran untuk mengingati fakta dan huraian dalam topik- topik Pengajian Perniagaan. Dalam proses mengingati, fakta-fakta khusus perlu difahami dan diingati oleh pelajar sebelum membuat huraian dan contoh yang berkaitan supaya pelajar tidak kehilangan markah akibat fakta yang tidak tepat. Maklum balas yang diberikan oleh pelajar tentang kesukaran mengingati fakta khusus yang banyak, telah mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian tindakan ini. Walaupun banyak kajian tindakan tentang kaedah pembelajaran yang berkesan telah dihasilkan sebelum ini, masih terdapat sebahagian besar pelajar yang tidak mengetahui cara belajar dengan jayanya dan menunjukkan perubahan tingkah laku, iaitu meningkatkan daya ingatan mereka. Pembelajaran telah ditakrifkan sebagai perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman (Hadi,Setiyatna & Sutiyono, 2023). Santoso, Pamungkas, Rochmad dan Isnarto (2021) telah menyatakan bahawa teori Throndike adalah komponen penting dalam teori tingkah laku yang menjelaskan perubahan tingkah laku apabila sesuatu proses pembelajaran berakhir. Pelajar yang bersedia dengan baik dapat memberikan respons yang baik, dan teknik pengulangan yang dirancang dengan baik juga akan meningkatkan kebolehan pelajar dalam proses pembelajaran. Tambahan, banyak teori Throndike digunakan dalam konteks pendidikan di seluruh dunia dengan harapan guru dapat memberikan rangsangan kepada pelajar dalam lingkungan yang bersesuaian supaya dapat meningkatkan kebolehan dan keupayaan pelajar. Menurut May (2022) pula, amalan pembelajaran secara berulang adalah berkesan terhadap proses penaakulan ilmu dan seterusnya berpontensi untuk meningkatkan tahap pengetahuan seseorang dalam bidang pendidikan. Oleh yang demikian, kajian tindakan ini telah menggariskan tiga kaedah asas yang memberi manfaat terhadap proses pembelajaran, iaitu belajar, berlatih dan dan melakukan pengulangan dalam kalangan pelajar yang lemah. Kajian tindakan ini juga bertujuan meringkaskan strategi pembelajaran yang praktikal, supaya pelajar dapat belajar dengan


53 berkesan dan mengoptimumkan tahap pengekalan terhadap fakta, huraian dan contoh secara jangka panjang. 2.0 FOKUS KAJIAN Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini adalah berkenaan dengan kaedah pengajaran dan pemudahcaraan di sekolah. Pelajaran dan pemudahcaraan yang ditekankan dalam penyelidikan tindakan ialah mata pelajaran Pengajian Perniagaan (STPM). Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pembelajaran secara kendiri dalam kalangan pelajar yang diharapkan dapat meningkatkan lebih ramai pelajar dapat menguasai fakta dan huraian dalam mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Berdasarkan analisis bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan bagi peperiksaan STPM semester 1, terdapat sebilangan pelajar yang mendapat gred F. Daripada temubual pengkaji dengan pelajar-pelajar yang mengambil mendapat gred F, mereka sering menganggap mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran yang sukar untuk mendapat gred yang baik. Pelajar didapati tidak dapat mengingati dan seterusnya menulis fakta dan huraian ketika ujian dan latihan diberikan. Dalam hal ini, jelas menunjukkan pelajar-pelajar tidak mampu untuk menguasai mata pelajaran ini dengan sepenuhnya. Untuk mengatasi masalah ini, maka wujudlah cadangan pelaksanaan kaedah learning, practice, dan repeat (LEAPER), iaitu belajar, berlatih dan melakukan pengulangan terhadap mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Tujuan utama pelaksanaan Teknik “LEAPER” ini adalah untuk meningkatkan minat, keyakinan dan pencapaian akademik pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, pembelajaran secara kendiri juga mampu meningkatkan ingatan dan pemahaman pelajar terhadap fakta dan kata kunci. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar tingkatan 6 diharap akan mencapai objektif berikut: 3.1 Objektif Umum Selepas kajian tindakan ini selesai dilaksanakan, pengkaji berharap agar proses pengajaran dan pemudahcaraan bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan dapat dipertingkatkan khususnya


54 berkenaan peratus kelulusan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM dapat ditingkatkan. Seterusnya melalui kajian tindakan ini, guru dapat merefleks amalan pengajaran supaya kualiti dapat dipertingkatkan. Pada masa yang sama, kajian tindakan juga meningkatkan kemahiran pelajar, mengingati fakta khusus dan huraian untuk topik proses dalam bab 1 Pengurusan dengan menggunakan teknik LEAPER. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Menerokai kaedah baru yang mudah dan efisien untuk menjawab soalan Pengajian Perniagaan dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang mendapat gred F. 3.2.2 Meningkatkan kemahiran dan keupayaan pelajar yang mendapat gred F untuk memberi fakta khusus, huraian dan contoh yang releven. 3.3.3 Meningkatkan lebih ramai pelajar untuk memperolehi markah sekurang-kurangnya C+ sebagai syarat lulus Pengajian Perniagaan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran yang terlibat adalah seramai 14 responden yang terdiri daripada kelas PAUTM, PAUPM, PAUIA, PAUMS, dan PAUTP. Berdasarkan analisis keputusan STPM Sem 1 tahun 2023 bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan, kumpulan pelajar ini adalah terdiri daripada pelajar yang mendapat gred F dalam peperiksaan STPM semester 1. Jadi, pengkaji mengambil keputusan untuk menggunakan Teknik “ LEAPER” untuk mengatasi masalah tersebut. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian,ujian serta temubual.


55 5.1.1 Pemerhatian Tinjauan masalah juga dibuat melalui pemerhatian ke atas sikap pelajar di dalam kelas semasa PdPc iaitu melalui bahasa badan seperti memek muka, gerak tangan dan cara duduk pelajar. 5.1.2 Ujian Pelajar diuji berdasarkan set soalan mengikut fakta khusus dan huraian yang diberi. Sejumlah 10 soalan struktur dengan jumlah 50 markah. Ujian dijalankan untuk menilai tahap pencapaian mereka dalam subtopik yang telah dipelajari. 5.1.3 Temubual Melalui temubual ketika di dalam kelas, pelajar ditanya berkaitan dengan kefahaman mereka terhadap matapelajaran Pengajian Perniagaan Semester 2. Temubual ini adalah untuk melihat setakat mana kefahaman dan ingatan mereka terhadap topik yang diberi . 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisis Pemerhatian Pemerhatian di dalam kelas ketika PdPc adalah untuk melihat respon pelajar tentang subtajuk yang diberi. Daripada respon tersebut, guru dapat melihat sejauh mana ingatan pelajar dalam matapelajaran ini. Selain itu, guru juga dapat melihat pelajar dari bahasa badan pelajar ketika PdPc dijalankan. Bahasa badan seperti memek muka, gaya duduk dan sebagainya dapat menunjukkan keadaan kefahaman pelajar ketika itu. Walaupun guru meminta pelajar untuk membuat ulangkaji di rumah dan membuat latihan. Ada segelintir pelajar tetap tidak dapat menjawab soalan guru ketika PdPc dijalankan. Hal ini menyebabkan guru merasa risau tentang kefahaman dan ingatan pelajar. 5.2.2 Analisis Ujian 5.2.2.1 Audio (Telegram) Bil Nama Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5 Hari 6 Hari 7 Hari 8 Hari 9 Hari 10 Hari 11 Hari 12 Jumlah


56 1 Pelajar A √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ x 11/12 2 Pelajar B √ √ √ √ √ √ x x x √ √ √ 9/12 3 Pelajar C √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ x x 10/12 4 Pelajar D √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12/12 5 Pelajar E √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12/12 6 Pelajar F √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12/12 7 Pelajar G √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12/12 8 Pelajar H √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12/12 9 Pelajar I √ √ √ √ √ x x x x x x x 5/12 10 Pelajar J √ √ √ √ √ x √ √ x x x x 7/12 11 Pelajar K √ √ √ √ √ √ √ √ x x x x 8/12 12 Pelajar L √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ x 11/12


57 13 Pelajar M √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12/12 14 Pelajar N √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ x 11/12 Jadual 1 : Kekerapan Rakaman Audio Pelajar 5.2.2.2 Analisis Ujian Ujian ini diberikan kepada kumpulan sasaran selepas menyertai program LEAPER. Berikut adalah analisis data terhadap ujian yang telah dilaksanakan oleh kelas PAUPM, PAUTMM PAUIAM PAUTP dan PAUMS. BIL NAMA PELAJAR GRED STPM SEM 1 MARKAH UJIAN 1 Pelajar A C 32/50 2 Pelajar B F 33/50 3 Pelajar C F 37/50 4 Pelajar D F 37/50 5 Pelajar E F 47/50 6 Pelajar F F 35/50 7 Pelajar G F 34/50 8 Pelajar H F 45/50 9 Pelajar I F 39/50 10 Pelajar J F 35/50 11 Pelajar K F 40/50


58 12 Pelajar L F 35/50 13 Pelajar M F 38/50 14 Pelajar N F 33/50 Jadual 2 : Pencapaian Ujian Modul “LEAPER” Berdasarkan Jadual 1, didapati semua pelajar lulus dalam ujian yang dijalankan dengan tiga orang pelajar lulus melebihi 40 markah dan sebelas pelajar lulus dengan markah di antara 30 hingga 39. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Aktiviti 1 : Pengenalan Kepada Teknik LEAPER Teknik LEAPER adalah singkatan kepada perkataan LEARN,PRACTICE,REPEAT. Teknik LEAPER ini dilaksanakan di rumah dan di dalam kelas. Pelajar dikehendaki membaca fakta khusus dan huraian yang telah dijadualkan, kemudian mereka diminta merekod dan berkongsi secara audio dalam kumpulan telegram yang ditubuhkan “LEAPER GROUPPP 2023”. Pelajar akan merekod audio mereka mengikut subtopik dan hari yang ditetapkan. Pelajar juga diminta mengulang proses ini mengikut kumpulan kecil di kelas masing-masing dengan bantuan guru muda (pelajar cemerlang) dan membuat latihan yang disediakan selepas sesi ulangkaji bersama. Fokus teknik LEAPER adalah untuk memastikan pelajar membaca berulangkali dan kuiz spontan dilaksanakan bersama guru atau guru muda bagi menguji kefahaman dan ingatan pelajar berkaitan fakta khusus dan huraian yang diberikan. Diakhir program ini,tahap kefahaman pelajar diuji dengan menggunakan kertas soalan yang memerlukan pelajar menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Objektif Teknik LEAPER adalah untuk memastikan pelajar sentiasa bersedia dari segi mental untuk menjawab soalan yang akan diberikan oleh guru sebelum PdPC bermula. Aktiviti ini dijalankan berulang kali dan secara kritikal dalam mengingati pelajaran yang sudah dipelajari sebelumnya bagi menambahkan lagi kefahaman dan ingatan pelajar.


59 Aktiviti 2: Penyediaan Kertas Ujian Bagi perlaksanaan ujian, kertas ujian Modul LEAPER berbentuk soalan struktur telah disediakan oleh guru. Sebanyak 10 soalan struktur dengan jumlah markah 50 disediakan untuk menguji tahap kefahaman pelajar.Soalan yang disediakan berdasarkan subtopik yang telah ditetapkan dalam kajian ini. Selain itu, soalan juga dibentuk berdasarkan aras 1, 2 dan 3 supaya penilaian yang dibuat lebih tepat dan berkesan Aktiviti 3 : Pelaksanaan Ujian Ujian dijalankan kepada kumpulan sasaran seramai 14 orang dan mereka diminta menjawab berdasarkan ingatan masing-masing. Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam dengan jumlah markah 50 untuk 1 set soalan tersebut. Ujian dilaksanakan selepas membaca fakta khusus dan huraian berulangkali dan kuiz lisan oleh guru muda. Ujian dilaksanakan di dalam kelas mengikut kelas masing-masing Aktiviti 4: Penilaian Ujian Sepanjang ujian berlangsung di dapati pelajar lebih berkeyakinan dalam memberikan fakta yang tepat dan huraian ringkas yang lebih jelas semasa sesi ujian dijalankan. Melalui pemerhatian, jawapan pelajar lebih berfokus kepada fakta khusus dan huraian yang menggunakan kata kunci yang lebih tepat berbanding sebelum ini. 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 6 minggu. Semasa pengkaji menjalankan kajian ini, pengkaji telah menyempurnakan sukatan bagi topik 1 iaitu Pengurusan. Pengkaji memperuntukkan 2 waktu PdP untuk membimbing pelajar menggunakan Teknik Leaper. Pelajar-pelajar telah menjalani ujian sebulan setelah teknik Leaper dijalankan. Selepas ujian , guru-guru bertanyakan pandangan pelajar berkaitan Teknik Leaper secara temubual di dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, Teknik Leaper berjaya membantu pelajar meningkatkan pencapaian di dalam topik Pengurusan. Pelajar-pelajar lebih semangat dan yakin ketika menjawab soalan yang disoal oleh guru ketika di dalam kelas. Perbandingan keputusan yang dicapai oleh pelajar sebelum dan selepas penggunaan Teknik Leaper adalah sangat memberangsangkan. Jika dibuat analisis semua pelajar lulus dalam ujian yang dijalankan dengan tiga orang pelajar lulus melebihi 40 markah, hal ini menunjukkan pelaksaan Teknik Leaper bagi topik


60 Pengurusan memberikan kesan yang baik terhadap pencapaian lulus pelajar dalam mengingati fakta dan menghuraikan sekurang-kurangnya satu huraian. Pelajar dilihat lebih yakin ketika menjawab soalan bab Pengurusan setelah mengikuti Teknik Leaper berbanding sebelumnya. 5.5 Refleksi Kajian Pencapaian pelajar dalam ujian pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa Tenik Leaper banyak membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang pelajar telah pelajari disamping menjadikan suasana PdP lebih ceria dan menyeronokkan apabila menggunakan teknik Leaper. Walaupun ujian pos menunjukkan 100% lulus, tetapi masih ada pelajar yang mendapat markah agak rendah walaupun lulus. Ini adalah kerana terdapat 3 orang pelajar yang kerap mengabaikan arahan untuk menjawab soalan di dalam kumpulan Leaper Telegram. Sepatutnya pengkaji lebih tegas untuk memaksa mereka merekodkan suara mereka untuk memberikan jawapan di dalam kumpulan sembang Leaper tersebut. Pengkaji rasa sungguh terharu apabila terdapat pelajar yang memberikan komen yang bagus terhadap teknik Leaper yang mereka ikuti. Pengkaji yakin bahawa teknik Leaper dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Pengajian Perniagaan. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut : a) Menggunakan teknik Leaper sebaik sahaja guru mengajar mana-mana topik dalam subjek Pengajian Perniagaan. b) Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan teknik Leaper dalam PdP secara lebih mendalam dan teratur untuk rujukan guru dan pelajar. c) Penggunaan teknik Leaper akan diperluas kepada semua pelajar subjek Pengajian Perniagaandan tidak hanya kepada pelajar gred F sahaja.


61 d) Menjadikan amalan kebiasaan guru subjek Pengajian Perniagaan menggunakan teknik Leaper bagi setiap sesi pembelajaran. e) Melantik guru muda dalam kalangan pelajar yang mendapat gred yang lebih baik untuk menguruskan kumpulan Teknik Leaper dalam telegram dengan memberikan soalan dan merancang bentuk soalan dengan bimbingan guru subjek, 7.0 BIBLIOGRAFI Hadi, S., Setiyatna, H., & Sutiyono, A. (2023). Learning behaviour theory according to Ivan Pavlov, Thorndike, Skinner and Albert Bandura. Novateur Publications, (1), 175-184. Kementerian Pendidikan Malaysia,(2013).Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPMPengajian Perniagaan. Perpustakaan Negara Malaysia.Pelajaran Pulau Pinang. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Kementerian Pelajaran Malaysia,(2006).Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Draf Buku I-Think Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. May, B. M. (2022). Effects of spaced, repeated retrieval practice and test-potentiated learning on mathematical knowledge and reasoning. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 53(1), 92-107. Mokhtar Pet (2013). Pengajian Perniagaan:Pengurusan Penggal 2.Selangor.Oxford Fajar Sdn. Bhd Santoso, E., Pamungkas, M. D., Rochmad, R., & Isnarto, I. (2021). Teori Behaviour (E. Throndike) dalam Pembelajaran Matematika. In PRISMA, Prosiding Seminar Nasional Matematika (Vol. 4, pp. 174-178). .


62 LAMPIRAN SENARAI SEMAK HARIAN PUSAT TINGKATAN 6 SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM MODUL “LEAPER” PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 2 - 2023 NAMA :___________________________________ KELAS :___________________________________ NAMA GURU MUDA :_______________________


63 TARIKH TOPIK SET CATATAN PELAJAR CATATAN GURU MUDA 7.6.2023 Peranan Pengurus – Bermaklumat (A) SET 1 8.6.2023 Peranan Pengurus – Bermaklumat (A) Peranan Pengurus – Antara Perorangan (B) 9.6.2023 Peranan Pengurus – Bermaklumat (A) Peranan Pengurus – Antara Perorangan (B) Peranan Pengurus – Pembuatan Keputusan (C) 10.6.2023 SEMAKAN OLEH GURU MUDA 11.6.2023 Peringkat Pengurusan (A) SET 2 12.6.2023 Peringkat Pengurusan (A) Jenis Kemahiran Pengurusan (B) 13.6.2023 Peringkat Pengurusan (A) Jenis Kemahiran Pengurusan (B) Jenis Perancangan Mengikut Peringkat (C) 14.6.2023 SEMAKAN OLEH GURU MUDA 15.6.2023 Jenis Kuasa (A) SET 3 16.6.2023 Jenis Kuasa (A) Jenis Kepimpinan (B) 17.6.2023 Jenis Kuasa (A) Jenis Kepimpinan (B) Gaya Kepimpinan (C) 18.6.2023 SEMAKAN OLEH GURU MUDA 19.6.2023 Jenis Kawalan Dalaman (A) SET 4 20.6.2023 Jenis Kawalan Dalaman (A) Jenis Kawalan Luaran (B) 21.6.2023 Jenis Kawalan Dalaman (A) Jenis Kawalan Luaran (B) Kaedah Kawalan (C) 22.6.2023 SEMAKAN OLEH GURU MUDA 23.6.2024 Latihan Bertulis SET 1 24.6.2023 Latihan Bertulis SET 2 25.6.2023 Latihan Bertulis SET 3 26.6.2023 Latihan Bertulis SET 4 27.6.2023 UJIAN PENGUKUHAN SET 1- SET 4


64 LATIHAN AUDIO – SET 1 TOPIK PERANAN PENGURUS – BERMAKLUMAT (A) BIL FAKTA HURAIAN 1 Sebagai Pemantau Pengurus perlu peka terhadap perubahan persekitaran dalaman dan luaran organisasi 2 Sebagai Penyampai Pengurus sampaikan maklumat kepada pekerja dalam organisasi 3 Sebagai Jurucakap Pengurus sampaikan maklumat kepada pihak luar organisasi LATIHAN AUDIO – SET 1 TOPIK PERANAN PENGURUS – ANTARA PERORANGAN (B) BIL FAKTA HURAIAN 1 Sebagai Orang Terpenting Menjadi wakil dalam sesebuah organisasi 2 Sebagai Ketua Mengarah pekerja bagi melaksanakan tugas 3 Sebagai Penghubung Menjadi penghubung antara organisasi dengan pihak luar organisasi LATIHAN AUDIO – SET 1 TOPIK PERANAN PENGURUS – PEMBUATAN KEPUTUSAN (C) BIL FAKTA HURAIAN 1 Sebagai Usahawan Pengurus meningkatkan perniagaan dengan menjana, memilih dan melaksanakan idea-idea baru secara inovatif, kreatif dan kritis 2 Sebagai Perunding Juru runding organisasi dengan pihak luar 3 Sebagai Pembahagi Sumber Mengagihkan sumber organisasi seperti pekerja, modal, bahan mentah, peralatan dan mesin kepada jabatan tertentu mengikut keperluan 4 Sebagai Penyelesai Masalah Bekerjasama dan membantu pekerja dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi pekerja


65 LATIHAN AUDIO – SET 2 TOPIK PERINGKAT PENGURUSAN (A) BIL FAKTA HURAIAN 1 Peingkat Pengurusan Atasan -Bertanggungjawab kepada lembaga pengarah -Terlibat dalam aktiviti pengurusan strategik 2 Peringkat Pengurusan Pertengahan -Bertanggungjawab kepada pengurusan atasan -Terlibat dalam membuat perancangan taktikal 3 Peringkat Pengurusan Bawahan -Bertanggungjawab kepada pengurus pertengahan -Terlibat dalam perancangan operasi LATIHAN AUDIO – SET 2 TOPIK JENIS KEMAHIRAN PENGURUSAN (B) BIL FAKTA HURAIAN 1 Kemahiran Konseptual Keupayaan pengurus melihat organisasi secara keseluruhannya 2 Kemahiran Antara Perorangan/Kemanusiaan Keupayaan pengurus bekerja secara efektif dengan orang lain 3 Kemahiran Teknikal Keupayaan dan kecekapan pengurus memahami dan menggunakan teknik, kaedah, sistem, peralatan dan prosedur tertentu dalam pekerjaan 4 Kemahiran Pengurusan Masa Penggunaan masa oleh pengurus secara cekap dan berkesan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kerja 5 Kemahiran Pembuatan Keputusan Pengurus memahami dan menganalisis masalah, membentuk alternatif penyelesaian masalah dan memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah LATIHAN AUDIO – SET 2 TOPIK JENIS PERANCANGAN MENGIKUT PERINGKAT (C) BIL FAKTA HURAIAN 1 Perancangan Strategik -Rancangan jangka panjang yang dibuat di peringkat pengurusan atasan 2 Perancangan Taktikal -Rancangan jangka masa sederhana yang dibuat di peringkat pengurusan pertengahan 3 Perancangan Operasi -Rancangan jangka masa pendek yang dibuat di peringkat pengurusan bawahan


66 LATIHAN AUDIO – SET 3 TOPIK JENIS KUASA (A) BIL FAKTA HURAIAN 1 Kuasa Sah Kuasa yang diperolehi daripada lantikan atau jawatan yang dipegang 2 Kuasa Ganjaran Keupayaan seseorang pemimpin menawarkan sesuatu yang bernilai pekerjanya 3 Kuasa Desakan Kuasa untuk mengenakan tindakan yang negatif kepada pekerja yang tidak mematuhi kehendak organisasi 4 Kuasa Rujukan Keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh peribadi pemimpin 5 Kuasa Kepakaran Kuasa yang dimiliki kerana pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu LATIHAN AUDIO – SET 3 TOPIK JENIS KEPIMPINAN (B) BIL FAKTA HURAIAN 1 Kepimpinan Transactional Pemimpin menentukan apa yang perlu dilakukan oleh subordinat untuk capai objektif organisasi 2 Kepimpinan Transformational Pemimpin akan membuat perubahan drastik dalam organisasi 3 Kepimpinan Karismatik Pemimpin mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mempengaruhi pekerja melakukan tugas 4 Kepimpinan Berwawasan Pemimpin berupaya membentuk satu wawasan yang realistik, munasabah untuk mencorak masa depan organisasi LATIHAN AUDIO – SET 3 TOPIK GAYA KEPIMPINAN (C) BIL FAKTA HURAIAN 1 Kepimpinan Autokratik Semua keputusan dibuat oleh pengurus tanpa perlu bertanya kepada orang lain 2 Kepimpinan Demokratik Pengurus dan subordinat membuat keputusan secara bersama 3 Kepimpinan LaissezFaire Subordinat bebas membuat keputusan dan melaksanakan kerja


67 4 Kepimpinan Kontigensi Pemimpin perlu memahami situasi untuk menggunakan gaya kepimpinan tertentu LATIHAN AUDIO – SET 4 TOPIK JENIS KAWALAN DALAMAN (A) BIL FAKTA HURAIAN 1 Audit Dalaman Kerja-kerja pengauditan dan pemeriksaan yang dilakukan oleh juruaudit dalam organisasi 2 Dasar Organisasi Garis panduan yang digunakan oleh sekumpulan pekerja yang berada dalam sesebuah organisasi 3 Prosedur Kerja Tata cara yang perlu diikuti oleh pekerja LATIHAN AUDIO – SET 4 TOPIK JENIS KAWALAN LUARAN (B) BIL FAKTA HURAIAN 1 Audit Luar Kerja pengauditan dilakukan oleh juruaudit bertauliah yang dilantik dari luar organisasi 2 Peraturan Satu set undang-undang kecil yang terdapat dalam sesebuah organisasi 3 Undang-undang Peraturan-peraturan yang dibentuk dan ditetapkan oleh sekumpulan masyarakat untuk mengawal kelakuan anggota masyarakat itu sendiri. LATIHAN AUDIO – SET 4 TOPIK KAEDAH KAWALAN (C) BIL FAKTA HURAIAN 1 Kawalan Awalan Dibuat sebelum sesuatu aktiviti pengeluaran dilaksanakan 2 Kawalan Semasa Dilakukan semasa sesuatu kerja atau proses pengeluaran berjalan 3 Kawalan Selepas Dibuat selepas produk yang telah siap MODUL “LEAPER”


68 LATIHAN SET 1 1. Huraikan peranan pengurus sebagai peranan bermaklumat . (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3 2. Huraikan peranan pengurus sebagai antara perorangan . (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3 3. Huraikan peranan pengurus sebagai peranan pembuatan keputusan . (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3 MODUL “LEAPER”


69 LATIHAN SET 2 1. Huraikan tiga peringkat pengurusan dalam sesebuah organisasi. (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3 2. Huraikan tiga jenis kemahiran pengurusan yang perlu ada pada seseorang pengurus. (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3 3. Huraikan jenis perancangan mengikut peringkat dalam sesebuah organisasi. (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3


70 MODUL “LEAPER” LATIHAN SET 3 1. Huraikan tiga jenis kuasa pemimpin dalam sesebuah syarikat. (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3 2. Huraikan tiga jenis kepimpinan yang boleh diamalkan oleh seorang pemimpin. (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3 3. Huraikan tiga gaya kepimpinan bagi seorang pemimpin. (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3


71 MODUL “LEAPER” LATIHAN SET 4 1. Huraikan tiga jenis kawalan dalaman yang dilakukan oleh sesebuah perniagaan. (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3 2. Huraikan tiga jenis kawalan luaran yang dilakukan oleh sesebuah perniagaan. (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3 3. Huraikan tiga kaedah kawalan dalam organisasi. (6m) BIL FAKTA HURAIAN 1 2 3


72 MODUL “LEAPER” UJIAN PENGUKUHAN SET 1 – SET 4 SILA JAWAB SEMUA SOALAN (50 markah) 1. Huraikan dua peranan pengurus sebagai peranan antara perorangan. [4m] 2. Nyatakan empat peranan pengurus dari aspek pembuatan keputusan dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg. [4m] 3. Huraikan tiga peranan pengurus sebagai peranan bermaklumat. [6m] 4. Huraikan tiga peringkat pengurusan dalam sesebuah organisasi. [6m] 5. Huraikan jenis kemahiran pengurusan yang berikut:- (i) Pengurusan Masa (ii) Pembuatan Keputusan (iii) Teknikal (iv) Konseptual [4m] 6. Nyatakan empat jenis kuasa pemimpin dalam sesebuah syarikat. [4m] 7. Huraikan tiga gaya kepimpinan bagi seorang pemimpin [6m] 8. Huraikan tiga jenis kawalan luaran yang dilakukan oleh sesebuah perniagaan. [6m] 9. Huraikan dua jenis kawalan dalaman yang dilakukan oleh sesebuah syarikat. [4m]


73 10. Huraikan tiga kaedah kawalan dalam sesebuah perniagaan. [6m] -SELAMAT MAJU JAYA-


74 LEAPER GROUP-PP 2023 (TELEGRAM)


75 LATIHAN AUDIO PELAJAR


76 GAMBAR AKTIVITI LEAPER BERSAMA GURU MUDA DAN PERLAKSANAAN UJIAN MODUL LEAPER


77 KERTAS JAWAPAN PELAJAR – UJIAN MODUL LEAPER


78


79 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ESEI MELALUI KAEDAH “GAPEIM” BAGI MATA PELAJARAN EKONOMI SEMESTER 2 SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM UNIT EKONOMI (944) KAJIAN TINDAKAN EKONOMI Aruna Devi a/p Varatharajoo, Masrita binti Muhammad Zain, Paramese a/p Veerasamy, Kamisah binti Kambali, Melati binti Sulaiman ABSTRAK Kajian ini dijalankan dengan tujuan meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei bagi matapelajaran Ekonomi semester 2 . Kajian ini berfokus kepada cara yang yang efektif untuk menjawab soalan esei yang berbantukan gambarajah dalam matapelajaran Ekonomi Semester 2. Kaedah “GAPEIM” dalam kajian telah melibatkan 7 orang pelajar dari tingkatan PAUPM. Hasil permerhatian dan pemeriksaan awal mendapati pelajar sukar memperolehi markah tinggi bagi bahagian esei. Dengan memperkenalkan kaedah “GAPEIM” , membantu pelajar untuk mengenal kehendak soalan serta dapat menghuraikan dengan langkah yang teratur. Hasil kajian didapati pelajar berjaya memperolehi markah yang tinggi di bahagian esei terutamanya bagi bab 2 dan bab 3 dalam Peperiksaan Percubaan STPM Semester 2 . Kata kunci : meningkatkan kemahiran, esei bergambar 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Kajian tindakan ini akan memberi fokus kepada cara pelajar menghuraikan soalan bergambarajah mengikut kehendak soalan dan skema MPM. Semasa saya menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran didapati pelajar sentiasa tidak pasti dengan kehendak soalan. Semasa menjawab soalan peperiksaan, pelajar tidak membuat perancang sebelum menjawab soalan. Majlis Peperiksaan Malaysia pernah rekodkan dalam laporan Peperiksaan bahawa salah satu faktor kelemahan pelajar di bahagaian esei ialah pelajar kurang merancang jawapan. Punca utama pelajar tidak membuat huraian yang tepat adalah disebabkan oleh penguasaan konsep ekonomi yang rendah. Ini terbukti selepas menyemak kertas jawapan pelajar dalam Ujian Selaras 2 . Jawapan Pelajar tidak tersusun mengikut kehendak skema jawapan semasa menjawab soalan. Memandangkan masalah ini saya membuat keputusan untuk mengajar dan membantu pelajar supaya jawapan mereka lebih terancang dan mengikut skema. Saya lakukan aktiviti ini supaya pelajar boleh mendapat markah yang tinggi khususnya 7 orang pelajar dari PAUPM dalam menjawab soalan esei semester 2 Ekonomi STPM.


80 2.0 FOKUS KAJIAN Dalam menjawab soalan Ekonomi Semester 2 STPM , pelajar perlu menjawab 4 soalan esei. Setiap soalan memberi 10 markah di mana jumlah markah ialah 40 iaitu 50 % dari markah keseluruhan bagi kertas ekonomi. Adalah sangat penting untuk memperoleh markah yang tinggi bagi setiap soalan dalam bahagian ini supaya pelajar boleh lulus dan mendapat gred yang cemerlang bagi matapelajaran Ekonomi. Oleh itu masalah yang ingin di atasi melalui kajian ini ialah, meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei bagi ekonomi STPM (944/2) Semester 2 dengan bantuan merangka jawapan dalam bentuk jadual sebelum menjawab soalan. Kajian ini di fokus kepada pelajar yang lemah dalam perancangan sebelum menjawab soalan. Pada masa yang masa membantu pelajar supaya pelajar lebih merancang dan menulis jawapan mengikut kehendak soalan secara teratur. Dengan cara ini pelajar lebih tenang menghadapi peperiksaan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Meningkatkan minat terhadap matapelajaran Ekonomi di kalangan pelajar Tingkatan Enam. Pengkaji juga berharap aktiviti yang dijalankan akan membantu pelajar dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar di dalam peperiksaan STPM. 3.2 Objektif khusus Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut : 3.2.1 meningkatkan kemahiran menjawab bagi soalan esei Ekonomi menggunakan cara “GAPEIM” dalam kalangan pelajar PAUPM di SMK Tinggi Bukit Mertajam 3.2.2 membantu pelajar untuk memahami kehendak soalan secara betul dan tepat dan merancang jawapan sebelum menjawap soalan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seramai 7 orang pelajar Tingkatan Enam Semester 2 dari tingkatan PAUPM yang mengambil mata pelajaran Ekonomi. Hanya seorang pelajar sahaja yang membuat perancangan sebelum menjawab soalan esei. Manakala 6 orang pelajar yang lain terus mula


81 menjawab tanpa membuat perancangan. Interversi ini telah diperkenalkan kepada semua pelajar supaya semua pelajar dapat menjawab soalan esei secara sistematik. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN Kajian telah dimulakan selepas saya kenal pasti masalah pelajar semasa mengajar dalam kelas dan ia terbukti semasa menyemak jawapan pelajar Ujian Selaras 2. Pelajar PAUPM tidak memperoleh markah penuh bagi soalan esei .Selepas itu saya berhasrat untuk menggunakan kaedah “GAPEIM” dalam menjawab soalan esei. Jadual 5.1 menunjukkan proses pelaksanaan kajian. Jadual 5.1 Jadual Pelaksana kajian Tindakan 5.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini. Tinjauan terhadap masalah dikenal pasti supaya memahami masalah dengan lebih mendalam dan teliti. Tinjauan dilakukan dengan membuat pemerhatian semasa pelajar menjawab soalan esei semasa membuat latihan dalam kelas. Selain itu tinjauan dilakukan dengan mengutip data dengan menilai skema jawapan pelajar di Ujian Selaras 2. Latihan telah diberikan dalam kelas berdasarkan soalan sebenar Ekonomi STPM . Masa ditetapkan selama 1 jam untuk menjawab 4 soalan. Setelah pelajar menjawab pengkaji telah Tarikh Tindakan 16-17/5/ 2023 Pemerhatian sepanjang PdPc 4-8 /6/ 2023 Pemeriksaan Ujian Selaras 2 Pelajar 12-16/6/2023 Menggunakan kaedah Divide and Rule “ semasa PdPc 20-24 /6/2023 Menjawab soalan Tahun-Tahun lepas menggunakan kaedah Divide and Rule ( dalam bentuk jadual ) 17-20 / 7 / 2023 Menjawab soalan dalam bentuk esei 23-26/7/2023 Peperiksaan Percubaan STPM semester 2 Menyemak jawapan pelajar bagi Peperiksaan Percubaan


82 menanda soalan dan merekodkan markah pelajar untuk dibandingkan. Pengkaji turut mencacat kelemahan pelajar bagi rujukan sendiri . Pengkaji memberi komen kepada pelajar bagi soalan yang telah dijawab. 5.1.2 Analisis Tinjauan Masalah Pengkaji mendapati pelajar lebih kerap menulis jawapan secara spontan selepas membaca soalan . Dalam proses menjawab pelajar kerap berhenti menulis dan mula berfikir ataupun membuat catatan berkaitan dengan soalan . Selepas membuat catatan, baharu pelajar teruskan jawapan mereka. Dengan cara ini pelajar senang lupa fakta yang ingin disampaikan. Kadangkala pelajar terlepas pandang fakta ataupun konsep yang tepat dalam proses menulis jawapan. 5.1.3 Tindakan Yang Dijalankan Guru telah menganalisis masalah pelajar dan membuat kesimpulan bahawa pelajar menghadapi masalah menghuraikan jawapan disebabkan tiada perancangan awal dan kurang memahami kehendak soalan .Oleh itu saya telah membuat keputusan untuk memperkenalkan kepada pelajar cara “GAPEIM” . Dengan menggunakan kaedah ini soalan esei bergambar dari bab 3 dan 4 dipilih untuk membuat analisis. Setiap soalan akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pelajar akan menggunakan 3 pen berwarna untuk menggariskan kata kunci . Warna yang beza menunjukan bahagian yang berbeza. Bahagian pertama terdiri dari pendekatan atau gambar rajah yang perlu digunakan. Bahagian ke 2 terdiri dari faktor atau fakta dan ke tiga kepada kesan ataupun impak . Contoh : [2019] Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat- pendapatan agregat (AE-Y), jelaskan kesan pengurangan penawaran wang ke atas tingkat pendapatan.


83 5.1.4 Cara Pelaksanaan Jadual 5.3 Jadual cara mengamalkan kaedah “divide dan rule “ GAMBARAJAH PEMBOLEHUBAH IMPAK (AE-Y) ↓ penawaran wang Pendapatan ( Y) 1. Keseimbangan asal ( Y=AEO) 2. Apabila Ms ↓ - kadar bunga ↑ -I ↓ menyebabakan AE↓- keluk AE beralih ke bawah 3.Pada Yo – wujud kurangan AE - stok berlebihan - keluaran berkurang 4.keseimbangan baharu (Y=AE1) pendapatan negara ↓ Saya mengambil soalan STPM 2019 untuk dijadikan contoh semasa saya terangkan di kelas. Langkah 1 Pelajar harus membaca soalan esei dan melabelkan kepada 3 bahagian dengan warna yang berbeza. Langkah 2 Pilih kata kunci dari soalan untuk tuliskan dalam ruang yang disediakan dalam Intervensi . Contoh bagi jalur 1 hanya tuliskan perkataan ”gambar rajah AE-Y”. Ulang dengan kata kunci soalan bagi jalur kedua dan manakala jalur ketiga ialah kesan. Langkah 3 i.Pelajar mengisi maklumat yang diperlukan dalam jawapan bagi setiap jalur ataupun setiap bahagian. Contohnya melukiskan keluk AE-Y yang lengkap dan melabelkan keluk. ii.Jalur 2 mencatat jawapan secara ringkas atau menggunakan simbol tertentu . Pelajar harus mengikuti 4 langkah untuk menghuraikan soalan bergambarajah. [ keseimbangan asal, keadaan, pada situasi asal, keseimbangan baharu] iii. Jalur 3 mencatatkan kesan yang dikehendaki oleh soalan secara ringkas. AE0 AE Y Y Y1 0 E0 E1 AE1 Y=AE


84 Setelah selesai menjalankan intervesi ini pelajar akan menulis jawapan yang lengkap dalam buku mereka. 5.1.5 Refleksi Kajian Interversi yang telah guna pakai telah membuktikan keberkesan terhadap pelajar. Pelajar didapati senang untuk memahami kehendak soalan serta dapat catatkan nota penting di ruang yang disediakan. Dengan cara ini pelajar lebih yakin dalam menjawab soalan esei dalam matapelajaran Ekonomi STPM. Secara tidak langsung keputusan Peperiksaan STPM dapat ditingkatkan. 6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh pengkaji yang lain untuk mengadakan kajian tindakan untuk menganalisis soalan ekonomi berbentuk esei supaya para pelajar dapat memahami kehendak soalan dengan tepat. Pengkaji juga boleh mengubah cara menganalisis soalan dengan memberi penekanan terhadap huraian contoh berangka ataupun maksud konsep ekonomi. BIBLIOGRAFI Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2005).Manual Kajian Tindakan Kuala Lumpur : BPPPDP,KPM. Mohd Sahandri Gani Hamzah, Roselan Baki & Saifuddin Kumar Abdullah. (2012). Amalan penilaian guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Zaida Mustafa & Zailah Zainudin, (2009). Kajian tindakan: teori dan praktis. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd


85 LAMPIRAN 1 CONTOH SOALAN YANG DIGUNAKAN DALAM BILIK DARJAH [2017] Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat- pendapatan (AE-Y) terangkan kesan peningkatan penggunaan autonomi ke atas keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor. [2017] Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan ( AE-Y), jelaskan kesan peningkatan cukai pendapatan persendirian terhadap keseimbangan pendapatan negara. [2018/U] Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat- pendapatan (AE-Y) ekonomi tiga sektor, huraikan kesan dasar kewangan menguncup terhadap keseimbangan pendapatan negara. [2020] Dengan menggunakan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), huraikan bagaimana peningkatan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi masalah lompang deflasi. [2020/U] Dengan berbantukan gambar rajah permintaan agregat-pendapatan (AE-Y), terangkan kesan langkah kerajaan di atas terhadap keseimbangan pendapatan negara. Bagi menampung kenaikan kos sara hidup, pihak kerajaan telah bersetuju untuk mengurangkan cukai pendapatan persendirian. [2020/U] Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan( AE-Y), terangkan bagaimana penurunan nisbah rizab berkanun mempengaruhi kegiatan ekonomi negara dalam ekonomi tiga sektor.


86 LAMPIRAN 2 SOALAN : GAMBARAJAH PEMBOLEHUBAH IMPAK 1. Keseimbangan asal ( Y=AEO) 2. Apabila 3.Pada 4.keseimbangan baharu SOALAN : GAMBARAJAH PEMBOLEHUBAH IMPAK 3. Keseimbangan asal ( Y=AEO) 4. Apabila 3.Pada 4.keseimbangan baharu


87 LAMPIRAN 3 AKTIVITI DIVIDE AND RULE DIJALANKAN DI BILIK DARJAH PELAJAR MEMBUAT CATATAN YANG PENTING


88 KAEDAH TRIKON : MENGENALPASTI FORMAT PENYATA KEWANGAN (PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF DAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN DALAM TOPIK KITARAN PERAKAUNAN BAGI MATA PELAJARAN PERAKAUNAN SEMESTER 1 Nur Layalina Binti Jahya, Premalatha A/P Padbatan Pusat Tingkatan Enam SMK Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Perakaunan STPM Semester 1.Kebanyakan pelajar menghadapi masalah mengenalpasti format Penyata Kewangan iaitu penyediaan Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Kedudukan Kewangan. Kajian ini dilaksanakan kepada 23 orang pelajar Tingkatan 6 dari kelas PBUSM dan PBUTM, SMK Tinggi Bukit Mertajam. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan semasa dua ujian pra dan Ujian Selaras 1 2023 yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan mendapati pelajar tidak mahir dan cekap dalam mengingati kandungan dan komponen Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Kedudukan Kewangan. Berdasarkan pengalaman dan analisis soalan STPM tahun-tahun lepas, pengkaji mendapati pada setiap Peperiksaan STPM Semester 1 terdapat sekurang-kurangnya satu soalan yang menghendaki pelajar menyediakan Penyata Pendapatan Komprehensig dan Penyata Kedudukan Kewangan. Di Semester 3 juga terdapat tajuk yang perlukan pelajar mahir menyediakan Penyata Kewangan. Pada setiap peruntukan markah bagi penyediaan Penyata Kewangan adalah sekurang-kurangnya 15% . Sebagai contoh dalam Peperiksaan STPM Semesster 1 tahun 2021, di Soalan b(ii) calon perlu sediakan Penyata Kedudukan Kewangan dengan markah 8%, ,soalan 3 b(i)Penyata Pendapatan Komprehensif dengan markah 6% dan (iii) petikan Penyata Kedudukan Kewangan dengan markah 4% dan soalan 4(b iii) Penyata Pendapatan Komprehensif dengan markah 8%. Maka, pengkaji mencipta satu teknik yang dinamakan TRIKON yang merujuk kepada rajah segi tiga. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati oleh pelajar. Kajian ini dilaksanakan selama 5 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan mudah dalam menghitung dan menyelesaikan soalan-soalan penyediaan Penyata Kewangan menggunakan teknik TRIKON. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Secara umumnya, pencapaian pelajar dalam Ujian Pra-1 adalah rendah. Kebanyakan pelajar tidak mencapai keputusan yang memuaskan. Hal ini kerana, pelajar sukar memahami dan mengingati format Penyata Pendapatan Komprehensif dengan tepat. Pelajar agak keliru butiran yang perlu dicatat mengikut komponen. Ini menyebabkan pelajar mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan Penyata Kewangan Pelajar dan tertinggal sesuatu item yang perlu dicatat dalam Penyata Pendapatan Komprehensif. Ini akan menyebabkan jawapan yang diperoleh tidak tepat.


89 2.0 ISU KEPERIHATINAN Kami telah membuat analisis terhadap soalan tahun-tahun lepas Perakaunan STPM dan mendapati bahawa banyak soalan yang memerlukan calon menyediakan Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Kedudukan Kewangan. Penyata Kedudukan Kewangan ditanya sama ada yang lengkap atau bahagian yang spesifik. Peruntukan markah soalan-soalan yang perlukan penyediaan Penyata Kewangan biasanya adalah tinggi. Jika pelajar boleh jawab dengan baik dan tepat, peluang untuk mereka mendapatkan gred yang memuaskan adalah sangat tinggi. Masalah yang wujud dalam menjawab soalan yang melibatkan penyediaan Penyata Kewangan adalah pelajar tidak mahir dan sukar untuk mengingat format dan kandungan Penyata Kewangan yang berkaitan . Kami yakin dan percaya dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah ini dengan mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Kajian ini adalah untuk menghasilkan kaedah yang ringkas dalam meningkatkan kemahiran dan memperkukuhkan ingatan pelajar-pelajar bagi menjawab soalan Penyata Kewangan dalam mata pelajaran Perakaunan Semester 1 selari dengan silibus Perakaunan STPM. 3.2 Objektif Khusus 3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan Penyata Kewangan setelah mengaplikasikan teknik TRIKON. 3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menulis format Penyata Kewangan dengan betul dan tepat. 3.2.3 Menarik minat pelajar untuk menjawab soalan Penyata kewangan 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 23 orang pelajar terdiri daripada 14 orang pelajar Tingkatan 6PBUSM dan 9 orang pelajar Tingkatan 6PBUTM , SMK Tinggi Bukit Mertajam. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pelajar tidak dapat merekod format Penyata Kewangan dengan tepat tanpa


90 melihat nota yang disediakan oleh guru. Hasil temuramah mendapati pelajar terlupa item-item penting yang terdapat di dalam Penyata Kewangan tersebut. Oleh kerana soalan ini kerap ditanya dalam peperiksaan STPM Semester 1, maka pengkaji cuba mencari satu kaedah yang dapat membantu para pelajar menyelesaikan masalah ini. 5.2 Analisa Tinjauan Masalah Pencapaian markah bagi 23 pelajar adalah seperti berikut Jadual 1 Markah pelajar bagi soalan Pra 1. Markah penuh ialah 12. 5.3 TINDAKAN MENANGANI MASALAH Bagi membantu pelajar, pengkaji telah bercadang untuk mencipta kaedah yang mudah dan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kebanyakan di dalam buku rujukan Perakaunan hanya menyatakan format penyata kewangan sahaja dan kaedah penghafalan atau kefahaman hanyalah bergantung kepada pelajar tersebut sendiri. Menurut kajian Gurumoorthy A/L Poobalan, pemahaman kepada format Penyata Kewangan dapat dijalankan dengan menggunakan kaedah faham dan ingat (FDI) melalui Jadual APURPKK berdasarkan teknik mnemonik -ABLEH. Menurut Lewin (1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral of steps). Suatu kitaran kajian tindakan mempunyai empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan merancang semula, bertindak , memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1. Markah Bilangan Pelajar 11-12 0 9-10 1 7-8 4 5-6 6 3-4 5 0-2 7


91 Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2. Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.


92 Aspek sistematik merupakan kekuatan model ini, di mana setiap langkah diperjelas dengan lebih terperinci, bermula daripada langkah yang mudah dan formal kepada langkah yang lebih terperinci. namun model ini kelihatan agak rumit untuk diikuti kerana memerlukan guru untuk mengikuti setiap langkah yang dinyatakan secara terperinci. Menurut model ini, terdapat lima komponen utama kajian tindakan iaitu kolaborasi atau kerjasama kritikal yang dilakukan oleh pengamal yang reflektif, yang sentiasa bertanggungjawab menyebarkan dapatan mereka, menilai diri dalam amalan dan terlibat dalam menyelesaikan masalah secara bersama demi pembangunan profesional yang berterusan. Walaupun model ini tidak menunjukkan sebarang kaedaah skematik tentang cara pelaksanaan penyelidikan, namun jelas menunjukkan ciri-ciri yang perlu ada dalam proses kajian tindakan. kekuatan model ini ialah kebebasan yang diberi kepada penyelidik dalam melaksanakan kajian tindakan. Suatu penyelidikan dianggap sebagai kajian tindakan sekiranya penyelidik melakukan penyelidikan secara kolaboratif, mengamalkan refleksi secara bersama, bertanggungjawab terhadap datan yang dikemukakan kepada orang lain yang mempunyai kepentingan, melakukan penilaian terhadap diri sendiri serta bersama-sama menyelesaikan masalah demi peningkatan profesionalisme secara berterusan. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada format khusus diterangkan untuk memberi panduan kepada penyelidik bagi menjalankan penyelidikan, maka model ini boleh menyebabkan penyelidik tersasar dari perancangan dan pelaksanaan penyelidikan. Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan.


93 Kekuatan model ini terletak pada ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya sekiranya penyelidikan tersebut telah melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan. hal ini bermakna pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan. Walau bagaimanapun model ini tidak menyarankan amalan kolaboratif sebagaimana yang disarankan oleh Model CRASP Zuber-Skerritt. pendekatan McKernan juga tidak menitikberatkan pendedahan dapatan penyelidikan kepada umum. Menurut Altrichter et al (1993) , setiap projek kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Jadi mereka keberatan untuk menyediakan model yang menunjukkan langkah demi langkah kerana ini akan membataskan laluan yang pelbagai untuk ditujui. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kajian tindakan bermula dengan mencari titik permulaan (A). Kemudian, pungutan data dilakukan dan data dianalisis dan seterusnya ini memberi penjelasan kepada situasi yang dikaji (B). Lalu strategi tindakan dibentuk dan dilaksanakan (C). Sesuatu strategi tindakan yang baru tidak semestinya akan dapat menyelesaikan masalah. Maka langkah baru bagi mendapatkan penjelasan akan dilakukan (C ke B) yang akan membawa kepada pembentukan strategi tindakan yang selanjutnya. Hasil kajian perlu dikongsi dengan orang ramai. Model ini ditunjukkan pada Rajah 5.


94 McBride & Schostak (1994) berpendapat, kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal bagi tujuan membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 6. Johnson (2002) menyatakan bahawa terdapat lima langkah penting dalam proses pelaksanaan kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah (i) mengenal pasti masalah, (ii) membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data, (iv) merumus serta (v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan. Satu kelainan model ini ialah langkah terakhir, di mana penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 7 di bawah menggambarkan model ini.


95 Kekuatan utama model ini ialah penekanan terhadap aspek tinjauan literatur dalam penyelidikan. Pendekatan yang digunakan juga adalah lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Walau bagaimanapun pelaksanaan model ini mungkin memakan masa kerana tidak mempunyai langkah-langkah yang lebih berstruktur. Dalam Kajian ini, saya mengguna pakai model Model Kemmis & McTaggart (1988), Berdasarkan model ini, proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi, kemudian merancang tindakan (plan), bertindak (action) dan memerhati (observe) iaitu dipanggil gelung 1. Jika masalah masih tidak dapat diatasi, guru haruslah memulakan proses semula ke gelung 2 sehinggalah masalah itu selesai. Model ini membantu saya merancang dan bertindak dalam menyempurnakan kajian tindakan saya. Berdasarkan kajian ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa pengkaji perlu membuat tinjauan masalah dan pemerhatian terhadap pelajar dalam menyediakan format Penyata Kewangan(Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Kedudukan Kewangan). Kemudian, pengkaji perlu memperkenalkan teknik atau kaedah yang mudah supaya pelajar-pelajar dapat mengingati dan memahami format tersebut. Kitaran berikut perlu dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah pelajar iaitu:


96 5.4 PELAKSANAAN INTERVENSI Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Sebelum menggunakan kaedah TRIKON, saya mendapati pelajar tidak berminat dan tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dalam memahami item-item Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Kedudukan Kewagan . Hal ini menyebabkan pelajar tidak akan menjawab soalan ini dalam peperiksaan walaupun soalan ini menyumbang markah yang tinggi. Ini dibuktikan dengan ujian pra 1 yang telah dilaksanakan pada minggu kedua. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan dengan Kaedah TRIKON pada minggu ketiga, apa yang saya dapati pelajar telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pra 2 yang telah dilaksanakan pada minggu ke empat . Seterusnya pada minggu ketujuh saya telah menguji pelajar semula keberkesanan Kaedah TRIKON dalam soalan yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan dalam pemahaman perakaunan menjadi lebih baik serta masa menjawab soalan yang diberi dengan lebih cepat. Minggu kelapan Ujian Pos dilaksanakan dan pelajar diingatkan untuk mengamalkan pendekatan Kaedah TRIKON. Jadual : Pelaksanaan Kajian -TEKNIK TRIKON BIL Langkah-langkah Intervensi Minggu Tarikh 1 Proses Pemerhatian Proses Pengajaran Penyediaan Penyata Kewangan dan pelajar menyediakan Format Penyata Pendapatan Komprehensif dan Penyata Kedudukan Kewangan Pertama 14 Ogos 2023 2 Ujian Pra -1 Keputusan Ujian Pra 1 Kedua 21 Ogos 2023 , 3 Pengenalan dan pendedahan kepada Teknik TRIKON Latihan menjawab soalan mengikut Teknik TRIKON Ketiga 28 Ogos 2023 Langkah 1: Lakaran segitiga Langkah 2: Memasukkan nombor di setiap segitiga Langkah 3: Memasukkan maklumat yang merangkumi format penyata kewangan dan semua item yang diperlukan Langkah 4: Melakar format Penyata Kewangan yang sebenar


97 Langkah 1:Melakar segitiga Langkah 2:Memasukkan nombor di setiap segitiga 1 3 2 Langkah 3: Memasukkan maklumat yang merangkumi format penyata kewangan dan semua item yang diperlukan PENYATA PENDAPATAN KOMPREHENSIF(PPK) 1 (JUALAN BERSIH) J-PJ 3 2 (UNTUNG KASAR) (KOS JUALAN) 1-2 IAW+KB-IAK (UNTUNG BERSIH)


Click to View FlipBook Version