The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syahirah Sidik, 2020-10-27 23:30:52

KOLEKSI PENULISAN ILMIAH/KREATIF KOLEJ KOMUNITI AMPANG

PENULISAN ILMIAH KREATIF KKAMPANG 2020

KOLEKSI PENULISAN

ILMIAH / KREATIF

KOLEJ KOMUNITI AMPANG

© Kolej Komuniti Ampang, Kementerian Pengajian Tinggi

08 12

Cetakan Pertama 2020
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan

16cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara

lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Unit Penyelidikan dan Inovasi serta
perpustakaan, Kolej Komuniti Ampang, Selangor. Perundingan tertakluk kepada

perkiraan royalti atau honorarium.

No. ISBN:
ISBN 978-967-16773-2-2

diterbitkan oleh:
Kolej Komuniti Ampang
Kementerian Pengajian Tinggi
LOT PT 3890, MEDAN BUKIT INDAH 4,
PUSAT BANDAR BUKIT INDAH, 68000, AMPANG

Telefon : 03-42800201
Faks : 03-42803175

PRAKATA 16  

"Sekalung tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi serta   
Perpustakaan Kolej Komuniti Ampang di atas komitmen yang diberikan sehingga terhasilnya
Koleksi Penulisan Ilmiah/ Kreatif Kolej Komuniti Ampang. Penerbitan ini merupakan koleksi
idea, penyelidikan, inovasi serta kreativiti penulisan para pensyarah dan staff Kolej Komuniti

Ampang. Syabas kepada pensyarah dan staff yang telah menyumbangkan hasil penulisan
mereka untuk dimuatkan dalam penerbitan ini.  Diharapkan koleksi     penerbitan ini akan
menjadi pemangkin kepada para pensyarah dalam menyemarakkan budaya penulisan dan

penyelidikan demi meningkatkan kecemerlangan profesionalisme.
 

Semoga penerbitan ini bermanfaat dan menjadi rujukan yang tidak ternilai kepada semua
warga pendidik di Kolej Komuniti Ampang dan pihak pengurusan."
 
 

  
 
 
ZAHID BIN DAIM
PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI AMPANG
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

PRAKATA  

16"Setiap perkara akan melalui satu proses permulaan. Jika ingin melakukan sesuatu, dan tidak

tahu bagaimana perkara itu harus dimulakan, maka, jadikanlah minat dan azam sebagai titik
permulaan anda. Buat dahulu, dan anda telah selangkah ke hadapan yakni ke arah yang lebih

baik daripada sebelumnya.

Penulisan ilmiah dan kreatif seharusnya bermula atas kecenderungan individu untuk
memperbaiki diri dalam ilmu penulisan yang pelbagai bentuk. Walaupun ini adalah dua
perkara yang berbeza, namun gabungan dua elemen ini hanya boleh dibuat atas minat dan azam
individu untuk memperbaiki diri mereka. Penulisan ilmiah merupakan platform terbaik bagi
merevolusi pemikiran akademik pensyarah dalam aspek pengajaran dan pembelajaran,
manakala penulisan kreatif akan menonjolkan kekuatan imaginasi idea atau konsep baru bagi
pensyarah atau pelajar politeknik dan kolej komuniti. Justeru, gabungan kedua-dua elemen ini
sudah pasti akan memberikan impak positif secara menyeluruh ke atas institusi yang kita cintai

ini.

Usaha Kolej Komuniti Ampang menerbitkan buku penulisan ilmiah dan kreatif harus dipuji
dalam menyemarakkan budaya penulisan di kalangan warga politeknik dan kolej komuniti.
Perkongsian secara bertulis merupakan rujukan bernilai bagi generasi akan datang supaya
dapat menyambung legasi budaya ilmiah di kalangan pensyarah, pelajar dan staf politeknik
serta kolej komuniti. Syabas dan tahniah, insyaAllah usaha murni Kolej komuniti ampang
dalam menghasilkan penerbitan ini sedikit sebanyak, mampu menyumbang dalam memacu
institusi kita ke hadapan. Akhir kalam, hayati kata pujangga ini, “Anda tidak perlu menjadi

hebat untuk bermula, tetapi anda harus bermula untuk menjadi hebat”. Sekian."

  
IR DR MOHD RIZAL LIAS
KETUA PANEL PENULISAN

PRAKATA 16
 
"Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
rahmat-Nya, Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial bersama-sama dengan Unit multimedia
dan Perpustakaan Kolej Komuniti Ampang telah berjaya menebitkan sebuah ebook Koleksi
Penulisan ilmiah staff KK Ampang . Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli
jawatankuasa serta semua pihak yang sama-sama terlibat dalam penerbitan buku ini. Semoga
ianya dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam mengekalkan momentum membangunkan budaya
penyelidikan yang kompetitif dan berinovasi dalam kalangan warga kerja ; menjadi peneraju
plan berfokus kepada menjadi solution provider kepada permasalahan komuniti dan industri,
selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025

(Pendidikan Tinggi)"

  

TS MAIZAR BIN MUHAMAD
KETUA UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIAL

KOLEJ KOMUNITI AMPANG
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Development of Lightweight Paving Block Using Plastic Bottles And SW-PU200 1
ZAHID BIN DAIM, SALIZAWATI KAMARUZZAMAN

8PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ATAS TALIAN(PDPDT) ; NORMA BAHARU DI KOLEJ KOMUNITI AMPANG

BAZLINA BINTI BASARAHIM

Isi Kandungan PENGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 15
26
08 12NUR AIZYA BINTI MAPPISSAMMENG

Panduan mencari tempat praktikal edisi 1
SITI RAFIDAH BINTI ABDUL SAREF

MAKER MARKET 49
AHMAD KHAIRULNIZAM BIN ZULKIFLI

DIGITAL PLAY AND LEARN (DIGITPAL) 51
58
16HERLINA BINTI MIUR ZABIDIN, NORHIDAYAH BINTI JAMALUDIN, AHMAD KHAIRULNIZAM BIN ZULKIFLI

Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Teradun Di Kolej Komuniti Ampang
NUR AIZYA MAPPISSAMMENG, MOHD NORHISHAM DOLLAH

Effectiveness of Online Supplier Performance Evaluation 71
ZAHID BIN DAIM, SALIZAWATI KAMARUZZAMAN

TEKNIK PEMANTAUAN ALAM SEKITAR BERASASKAN INTERNET OF THINGS (IOT): KAJIAN LITERATUR 78
HERLINA BINTI MIUR ZABIDIN, NORHIDAYAH BINTI JAMALUDIN

Community College Learners’ Beliefs about Learning English as a Second Language 89
THILAGAVATHIA/P MALAYANDY, SITI HASANAH BINTI AHMAD SHAH

WBFlexi Reminder 103
AHMAD KHAIRULNIZAM BIN ZULKIFLI, NORHIDAYAH BINTI JAMALUDIN, HERLINA BINTI MIUR ZABIDIN

KAEDAH PEMASANGAN PC BAGI MODUL STT 1033 SISTEM KOMPUTEr UNTUK PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI 114
TELEKOMUNIKASI SEMESTER 1
HAFIZ BIN BAHARUDDIN, MOHD FARIZAL BIN MD MARZUKI

THE STORY OF BIG DATA 126
NURUL SYAFIQAH BINTI MD KHAIRI

Cerita Malam…nukilan kak Nor 133
NORMALA HAMZAH, NOR ASYRIN BINTI BAHARUDIN

WAHAI INSAN SEDUNIA -COVID-19 137
NUR ASMIZA BINTI BAHARUDIN

"GOD KNOWS I TRIED" 138
SYARIFFAH SYAHIRAH BINTI MOHD SIDIK

SIDANG REDAKSI PENAUNG
ZAHID BIN DAIM

08 12PENASIHAT 1
IR DR MOHD RIZAL LIAS

PENASIHAT 2
BAZLINA BINTI BASARAHIM

KETUA UNIT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

16 MAIZAR BIN MUHAMMAD
KETUA EDITOR
NUR AIZYA BINTI MAPPISSAMMENG

EDITOR
BAZLINA BINTI BASARAHIM

ZAIDAH BINTI MUSTAFA
THILAGAVATHI A/P MALAYANDY
SITI HASANAH BINTI AHMAD SHAH

PENERBITAN
SYARIFFAH SYAHIRAH BINTI MOHD SIDIK

PEREKA GRAFIK
ROZAIMI BINTI RASI

PENSIJILAN
NURUL SYAFIQAH BINTI MD KHAIRI

DEVELOPMENT OF LIGHTWEIGHT PAVING BLOCK USING PLASTIC
BOTTLES AND SW-PU200

Zahid Bin Daim1, Salizawati Kamaruzzaman2

1Kolej Komuniti Ampang, 2Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Abstract: Paving block is versatile, aesthetically attractive, functional, and cost effective and
requires little or no maintenance if correctly manufactured and laid. But there are few problems
that occur whenever it comes to paving block. The main problem statement that research define
is the paving block nowadays is too heavy due to their high density. Furthermore, paving blocks
nowadays have durability which are not strong for long periods of use and causes of cracking.
In order to modify conventional paving block, plastic bottles and PU200 is the main materials to
reduce the weight of the concrete block paving. The main purpose of the use of plastic bottles is
to reduce the current pollution of the environment. Testing has been carried out to determine the
density of lightweight paving block with the conventional paving block. The result of the test for
lightweight paving block should be less than conventional paving block. To determine the skid
resistance the value of the road pavement surface dry and wet, we are using skid resistance test
on the paving block. Normal density for paving block nowadays is between 2240 to 2400 kg/m³.
This research to produce an innovative lightweight paving block with density between 1440 to
1840 kg/m³ but still maintaining its strength. Furthermore, bottles that been added into paving
block are very important for the effectiveness in this project, also from the paving block that
produced can less the labour to install the paving block at the site work and reduce the time of
installation. The size for the lightweight paving block that we created is 140mm x 80mm x
330mm. This lightweight paving is focused on pedestrian, home areas and pool areas.

Keywords: lightweight paving block, plastic bottles, PU-200 chemicals

1.0 INTRODUCTION

During our past Corporate Social Responsibility (CSR) programme, the paving blocks that
were installed in polytechnics were heavy and difficult to operate as well as having low strength
where the brick was easily cracked. Thereby generating ideas for today's innovative paving block
to lightweight block.

Plastic bottles and SW-PU200 (Polyurethane 200) is the main materials to reduce the
weight of the concrete block paving. The main purpose of the use of plastic bottles is to reduce
the current pollution of the environment.

The main problem statement that define is the paving block nowadays is too heavy due to
their high density. Furthermore, paving blocks nowadays have durability which are not strong for
long periods of use and causes of cracking.

1

The environment is filled with toxic plastic waste, posing a serious health risk to every living
thing on our planet. Plastic waste including plastic bottles is the most accumulated on waste landfills
in the country with a rate of 70 per cent compared with other waste materials (Peter Nansian, 2011).

Plastic bottles take hundreds of years to biodegrade in landfills. Every year people are dumped
into water way and landfills causing pollution and health problem. The amount of waste or solid waste
disposed to landfill is of 2,122 tons per day and an average of 20 percentage is plastic waste. (Peter
Nansian, 2011).

Generally, research on the construction of paving brick using lightweight block as a main goal of
a project should have an objective that must be achieved to enable this research done successfully.
The objectives of this study were to produce lightweight paving block using plastic bottles. Besides,
it is also to determine the density of lightweight paving block using plastic bottles. Also, to compare
compressive strength between lightweight paving block and control sample.

2.0 METHODOLOGY

In order to achieve the stated objectives, this study was carried out in few stages. In
the initial stage, all the materials and equipment needed are gathered and checked for availability.
Then the creating 330 mm x 140 mm x 80 mm paving block (MS1380:1995). The flow chart of
methodology of this project is indicated in Figure 2.1.

Compression test Start Bulk density test

Identify the problem
Design and produce

paving block
Collecting data

Skid resistant test
Analysis

End

Figure 2.1: Flowchart of methodology

2

2.1 Material Properties

The material used in this study were plastic bottle and foam (SW-PU200). The description
of each of the material is described in the following sections.

2.2 Plastic bottles

The plastic bottles in this study were PET/PETE (Polyethylene Terephthalate), HDPE
(High Density Polyethylene), LDPE (Low Density Polyethylene) and Other (Including
Polycarbonate, Nylon & Acrylic). The types and description of plastic bottles are listed in Table
2.1.

Types of plastic bottles Description

Commonly use in mineral water and drinking
water and cannot be used, refilled or heated

PET/PET (Polyethylene Terephthalate)

This bottle is thicker than PET, it is safe to
refill and reuse also commonly use as
shampoo, bottle, detergent bottle and etc.

HDPE (High Density Polyethylene) LDPE bottle has its toughness, flexibility and
LDPE (Low Density Polyethylene) relative transparency that make it good for
packaging applications requiring heat-
sealing. This bottle is used to make many
thin, flexible products like plastic bags for
dry-cleaning and fresh produce.

This bottle commonly uses as baby bottles,
sport bottle and 5-gallon of water and this
bottle sometime can be recyclable and
sometimes cannot.

OTHERS (Including Polycarbonate, Nylon &
Acrylic)

Table 2.1: Types of plastic bottles and description

3

2.3 SW-PU200

SW-PU200 is one liquid type radius firing urethane having strong hydrophobic type
through injecting and putting leakage part of concrete and reacting with water, it is the product
forming water firing stage of closed cell structure closing off from Influx water. As free-flux type
having no stimulating offensive smell, it is a product that having quick response, no shrinking
change and excellent permeable. Physical Properties of SW-PU200:

i. Viscosity – 450–600mPa.s

ii. Specific Gravity – 1.12–1.2

iii. Foaming Time – 300–400s

2.4 Creating the paving block

The procedure as follows:

i. Find a wooden board.
ii. Cart the board using a wooden saw according to the size

(330mmx140mmx80mm).
iii. Nail the board to make it into square shape.
iv. Found and dry empty bottles and chemical SW-PU200.
v. Put a little SW-PU200 in the bottle and fill it with water.
vi. Shake the bottle until the water and SW-PU200 mixed
vii. After a few minutes, the mixtures in the bottle will be hard.
viii. Place the bottle brick vertically in the wire mesh.
ix. Tied the bottle brick inside wire mesh.
x. Put it inside the formwork and fill it with concrete.

2.4 Compression Test

One of the important properties of concrete is its strength is compression. Compression
test will be applied on four lightweight paving blocks, two blocks for control variable and two blocks
of existing lightweight paving blocks. Compression test is very significant to determine the
compressive strength for products which receive vertical loading. The compressive strength of
the lightweight paving blocks samples was determined after the samples have been cast and
cured for 7 and 28 days. The weight of the lightweight paving blocks samples was taken before
conducting the compressive strength test. Samples were crushed with the cast faces touch with
the testing machine at 7 and 28 days using the Compression Testing Machine. The results of the
Compression test of the lightweight paving block are shown in Table 3.1. Compressive Strength
= Maximum Load (N)/Load Area (mm2) (Kassim & Rohim, 2017).

2.5 Skid Resistance Test

Skid resistance is important for road safety. With skid resistance it allows for better ‘grip’
between users and road surface. Most road surfaces have adequate skid resistance in the dry
as compared during wet condition. The results of the Skid Resistance Test of the lightweight
paving block are shown in Table 3.1.

4

2.6 Bulk Density Test

The soil bulk density (BD), also known as dry bulk density, is the weight of dry soil
(Msolids) divided by the total soil volume (Vsoil). The total soil volume is the combined volume of
solids and pores which may contain air (Vair) or water (Vwater), or both. The bulk density is
calculated as mass per unit volume;

Bulk Density = Mass (M) / Volume (V)

Where; M is the weight of the specimen after dried in a ventilated oven at a temperature of 105 -
115°C, while V is the volume (length x width x height) of the block.

The results of the Bulk Density Test of the lightweight paving block are shown in Figure 3.1.

3.0 RESULTS AND DISCUSSION

The data gained are skid resistance test, compression test and density test based on the
research objective.

3.1 Compressive Strength of Lightweight Paving Block

Table 3.1: Result and data of compression test

Type of bottles Compressive strength Average compressive strength

(N/mm2) (N/mm2)

PET 10.40 10.40

LDPE 9.00 9.00

HDPE 5.00 5.00

OTHER 3.70 3.70

From the data obtained, this research to compare the strength of PET bottle 10.4 N/mm² with the
HDPE bottle 5.0 N/mm². Followed by LDPE with 9.0 N/mm² and for other is 3.7 N/mm². It proves
the PET bottle is the strongest compare to HDPE, LDPE and OTHER.

3.2 Density of Lightweight Paving Block

Density vs Types of Bottles

2500
2000
1500
1000

500
0

PET HDPE LDPE OTHERS

Figure 3.1: Data and Result of Bulk Density Test

5

From graph shows that the reading of LDPE is the lowest followed by PET, OTHER
and HDPE. The LDPE weight is density = 1688.31 3 meanwhile density of PET is 1812.77 3 ,
OTHERS density is = 1885.82 3 and HDPE density is 2072.51 3 . This proof that LDPE paving
block is much lighter compared to PET, OTHER and HDPE.

3.3 Skid Resistance of Lightweight Paving Block

From the data obtained, this research to compare the skid resistance of dry surface
29.25 and wet surface 28.7.

Table 3.2: Data and Result of Skid

Skid Resistance Coefficient

Types C value Aovf eCravgaeluecorrecotfeACdtvalue
of surface
Temperatur

e 12 3 4 5

Dry Surface 30 25 27 25 28 30 27 29.25
Wet Surface 28.7
29 26 29 30 25 24 26.7

4.0 CONCLUSION

The compression test showed that the strength paving block using PET bottle 10.4 N/mm²
with the HDPE bottle 5.0 N/mm². Followed by LDPE with 9.0 N/mm² and for other is 3.7 N/mm².
It proves the PET bottle is the strongest compare to HDPE, LDPE and OTHER.

The reading of LDPE is the lowest followed by PET, OTHER and HDPE. The LDPE weight
is density = 1688.31 3 meanwhile density of PET is 1812.77 3 , OTHER density is = 1885.82 3
and HDPE density is 2072.51 3 . This proof that LDPE paving block is much lighter compared to
PET, OTHERS and HDPE.

Through skid resistance test it was found that the dry surface 29.25 and wet surface 28.7
skid resistance.

6

REFERENCES
American Concrete Institute Contractors. (2005). The Contractor’s Guide to Quality Concrete
Construction (Third Edit). American Concrete Institute, Farmington Hills, Mich.
Bungey, J. H., Millard, S. G., & Grantham, M. G. (2006). Testing of Concrete in Structures (4th
Editio). Taylor & Francis Group.
Kassim, U., & Rohim, O. M. (2017). Sustainable green interlocking pavement block Akademia
Baru. Journal of Advanced Research in Applied Sustainable Green Interlocking Pavement Block,
(1), 1–7.
“Plastics Industry Grasps for Straws,” Everyone’s Backyard, January/February 1990, Citizen’s
Clearinghouse for Hazardous Waste, p. 6. (1990), 6. Retrieved from
https://sites.google.com/site/greenvalleyactiongroup/home/relevant-and-recent-green-
press/polystyrene
Peter Nansian. (2011). Everyone Needs to Play Role in Environmental. The Star. “Plastics Industry
Grasps for Straws,” Everyone’s Backyard, January/February 1990, Citizen’s Clearinghouse for
Hazardous Waste. (1990), 6. Retrieved from
https://sites.google.com/site/greenvalleyactiongroup/home/relevant-and-recent-green-press/
polystyrene
Thompson, R. C., Moore, C. J., Saal, F. S. V., & Swan, S. H. (2009). Plastics, the environment and
human health: Current consensus and future trends. Philosophical Transactions of the Royal
Society B: Biological Sciences, 364(1526), 2153–2166. https://doi.org/10.1098/rstb.2009.0053
Yesilata, B., Isıker, Y., & Turgut, P. (2009). Thermal insultaion aenhancement in Concrete by
Adding Waste Pet and Rubber Waste. Construction and Building Materials, 23(5), 1878–1882.

7

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ATAS TALIAN (PDPDT);
NORMA BAHARU DI KOLEJ KOMUNITI AMPANG.

Bazlina Binti Basarahim1
1Kolej Komuniti Ampang

1.0 PENGENALAN

Tatkala badai ancaman COVID-19 kian reda, dunia sedang menghadapi era pasca-
COVID-19. Ancaman COVID19 yang dalam tempoh masa singkat telah memberikan impak
besar kepada pelbagai sektor di negara kita. Bukan sahaja dari segi peningkatan kadar
pengangguran dan ketidaktentuan ekonomi dunia, sektor-sektor lain turut merasai tempias
pandemik yang di luar dugaan tersebut dengan sektor pendidikan tinggi tidak terkecuali. Dari
perspektif pendidikan tinggi, para pensyarah dan pelajar perlu melakukan adaptasi terhadap
pembelajaran dalam talian, banyak kelaziman baharu yang perlu diberikan perhatian khusus.
Kelaziman baharu ini menuntut semua pihak supaya sentiasa bersikap terbuka, positif dan
bersedia mengadaptasikan segala cabaran seiring dengan situasi semasa.

Bermula sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) bagi Jun 2020, Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti , Kementerian Pengajian Tinggi telah mengatur langkah dalam
memastikan semua politeknik dan kolej komuniti bersedia menghadapi norma baharu dalam
dunia pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran dan Pengajaran Atas Talian (PdPDT)
diperkenalkan oleh Bahagian Instruktional dan Pendidikan Digital (BIPD) bagi memastikan sesi
pembelajaran dan pengajaran (PdP) pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan lancar
dan seterusnya dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Pelbagai Webminar dan
bengkel dilaksanakan bagi memastikan pensyarah dapat memahirkan diri dengan kaedah
pembelajaran yang berteraskan teknologi.

2.0 ELEMEN DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE21

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan perkembangan dalam kaedah
pelaksanaan PdPc di dalam kelas. Samada bermula di peringkat prasekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah, kolej, universiti dan institusi pendidikan yang lain. Pendekatan teknik
pembelajaran yang digunakan dalam PAK21 adalah berpusatkan pelajar dan pensyarah
sebagai pemudahcara. Dengan penggunaan pelbagai aplikasi pembelajaran yang berbentuk
digital dapat mendorong minat pelajar untuk turut serta dalam sesi PdP yang berlangsung.
(Noraini dan Zulhana, 2019). Dalam memastikan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) berjalan
lancar, terdapat beberapa elemen yang perlu diterapkan dalam memastikan ianya berjalan

8

lancar. Elemen-elemen ini dikenali sebagai 4K iaitu Komunikasi, Kolaboratif, Kemikiran Kritis,
dan juga Kreativiti.

KREATIVITI KOLOBO
PEMIKIRAN -RASI
KRITIS

KOMUNIKASI

Rajah 1: Elemen Dalam Pembelajaran Pembelajaran Dan Pengajaran Atas Talian (PdPDT)

2.1 Komunikasi

Komunikasi merupakan suatu proses pertukaran maklumat daripada individu kepada
individu yang lain. Dalam konteks pembelajaran dan pengaran secara norma baharu ,
komunikasi merujuk kepada perbualan yang berlaku di antara pensyarah dan pelajar atau
pelajar dan pelajar untuk berkongsi ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain sama ada
secara atas talian ataupun secara bersemuka. Komunikasi ini amat penting bagi memastikan
Pembelajaran dan Pengajaran Atas Talian (PdPDT) dapat dilaksanakan kerana sesi PdP
secara atas talian ini adalah secara fleksibiliti iaitu boleh dilaksanakan tanpa mengira masa dan
lokasi yang sesuai. Sesi PdP boleh dilaksanakan pada bila-bila masa walaupun pelajar berada
di rumah masing-masing.

2.2 Kolaboratif

Kolaboratif merujuk kepada sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau
berkumpulan. Kolaboratif dalam dunia pendidikan pula adalah kerjasama yang wujud antara
pensyarah dan pelajar atau pelajar dan pelajar secara aktif dan menyeluruh. Koloboratif ini
melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara pelajar .Melalui Pembelajaran
dan Pengajaran Atas Talian (PdPDT), pensyarah dan pelajar perlu bekerjasama dalam
melaksanakan sesi PdP yang lebih berkesan bagi mengatasi pelbagai halangan seperti limitasi
internet, sikap pelajar dan lain-lain lagi.

9

2.3 Pemikiran Kritis

Pemikiran kritis merujuk kepada keupayaan individu untuk berfikir secara mendalam dan
membuat penilaian mengenai sesuatu perkara. Pemikiran kritis boleh terhasil dengan berkesan
melalui beberapa cara, seperti penggunaan sumber yang meluas dan juga kemahiran
menyelesaikan masalah. Peranan seorang pensyarah amat penting dalam menggalakan pelajar
menggunakan sumber yang meluas. Sumber pengetahuan pada masa ini amat meluas
terutamanya di hujung jari seperti internet. Pelajar yang berfikiran kritis adalah pelajar yang
berfikiran terbuka, di mana, mereka mudah untuk menerima pandangan atau idea yang
dikemukakan oleh rakan-rakan lain serta tidak merendah-rendahkan idea yang diterima. Dengan
ini, pensyarah perlu mengenali setiap muridnya supaya elemen ini lebih mudah diterapkan
semasa Pembelajaran dan Pengajaran Atas Talian (PdPDT) berlangsung.

2.4 Kreativiti

Kreativiti merujuk kepada sesuatu proses yang melibatkan penghasilan dan juga adaptasi
sesuatu yang baru, berguna dan juga berkualiti. Dalam konteks Pembelajaran dan Pengajaran
Atas Talian (PdPDT), pensyarah dan pelajar perlu sentiasa kreatif dalam mencari dan seterusnya
menyesuaikan diri dalam pelbagi elemen teknologi pendidikan. Pelbagai sistem pengurusan
pembelajaran atau Leaning Management System (LMS) seperti Google Classroom boleh
diteroka bagi memastikan sesi PdP berjalan lancar. Pelbagai Web Tools yang dapat menambah
nilai keseronokan kepada sesi Pembelajaran dan Pengajaran Atas Talian (PdPDT) seperi
Kahoot, Quizziz , Mentimeter dan sebagainya.

3.0 APLIKASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ATAS TALIAN (PDPDT)

Kehadiran teknologi bukanlah untuk menidakkan penggunaan papan putih tetapi dengan
kehadiran pelbagai aplikasi pembelajaran atas talian dapat menarik minat dan minda pelajar yang
sememangnya cenderung menggunakan teknologi seperti telefon dan tablet dalam kehidupan
seharian mereka. (Zulhana & Noraini, 2019). Dengan melihat dari sisi positif bagi menghadapi
norma baharu bagi mencegah wabak Covid 10, pelbagai apikasi Pembelajaran dan Pengajaran
Atas Talian (PdPDT) yang boleh diteroka oleh pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti. Dalam
menentukan kaedah/ aplikasi yang digunakan, pensyarah bebas memilih platform dalam talian
yang hendak digunakan dengan mengambil kira tahap kebolehcapaian pelajar dan juga
bersesuaian dengan konteks pengajaran.

10

Antara aplikasi yang disarankan adalah;

a. Penggunaan Sidang Video untuk PdP secara langsung (Live Teaching ) yang
menggunakan aplikasi seperti Google Meet, Zoom, Microsoft Teams, Cisco WebEx;
dan

b. Perkongsian maklumat melalui platform komunikasi seperti WhatsApp, Telegram
c. Learning Management System seperti CIDOS dan Google Classroom;
d. Video repositori (YouTube, Vimeo, TED Talks, Khan Academy, TVET Generation);
e. Video rakaman aktiviti pada skrin (screen recording atau screencast);
f. Aktiviti pengukuhan (Fitur Kuiz dan Assignment dalam CIDOS, Google Forms, Google

Slides, Google Jamboard, Quizziz, EdPuzzle, PlayPosit, Wordwall, VoiceThread,
FlipGrid, Quizziz);

Rajah 2: Pelbagai Jenis Aplikasi Atas Talian

4.0 PERANAN PENSYARAH DAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN ATAS TALIAN (PdPDT)
Bagi memastikan Pembelajaran dan Pengajaran atas talian (PdPdT) dan juga dapat
dilaksanakan dengan jayanya,pensyarah dan pelajar perlu bekerjasama dan
bertanggungjawab bagi mematuhi peraturan-peraturan berikut iaitu

a. Pensyarah dan pelajar perlu mematuhi Garis Panduan Keselamatan Pasca Covid19
yang telah ditetapkan di Kolej Komuniti Ampang seperti mengamalkan penjarakan
fizikal dengan jarak 1 meter, Memakai pelitup muka. Kerap membasuh tangan dengan
menggunakan sabun, Tidak bersalaman/ bersentuhan dengan orang lain serta elakkan
tempat yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.

b. Membaca dan memahami kandungan Kontrak Pembelajaran yang telah diedarkan oleh
pensyarah kursus.

c. Menepati jadual waktu kelas yang ditetapkan dalam Pembelajaran dan Pengajaran atas
talian (PdPdT)
11

d. Sentiasa berinteraksi dan memberikan maklumbalas anatara pensyarah dan pelajar
sepanjang sesi PdP berlangsung.

e. Menyediakan dan menghantar penilaian berterusan (PB) mengikut masa dan tarikh
yang telah ditetapkan.

f. Menghormati dan Menerima arahan pensyarah dari masa ke semasa
g. Mengenakan pakaian yang bersesuaian dan sopan sepanjang PdP secara bersemuka

dan PdPdT berlangsung
h. Mematuhi peraturan institusi sepanjang sesi perkuliahan berlangsung.

5.0 KEBERKESANAN PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ATAS TALIAN
(PDPDT) .

Sesi Pembelajaran Dan Pengajaran Atas TALIAN (PdPDT) telah mula dilaksanakan di
Institusi Pengajian Awam , Politeknik Dan Kolej Komuniti di seluruh negara sebagai salah satu
alternatif dalam menyampaikan proses pembelajaran dan pengajaran. Setelah mula
dilaksanakan, didapati bahawa PdPDT juga telah menghasilkan sesi PdP yang lebih berkesan
dan efektif. Namun begitu, Pembelajaran Dan Pengajaran Atas Talian (PdPDT) juga
mempunyai kelebihan dan juga kekurangan

Antara faedah yang boleh diperolehi melalui Pembelajaran Dan Pengajaran Atas Talian
(PdPDT) adalah dengan memudahkan pensyarah memuat naik nota-nota, latihan, dan urusan
berkaitan kuliah mereka. Mereka dapat menjimatkan masa pensyarah kerana mereka dapat
membuat pengumuman dan berita-berita terkini dengan cepat dan mudah. Selain itu, ia juga
dapat member pendedahan kepada pelajar tentang ilmu teknologi dan siber seterusnya
memperkembangkan lagi tahap intelektual pelajar. Hal ini demikian kerana dapat menjimatkan
kos kewangan kerana pensyarah mahupun pelajar tidak perlu membuat “print out’ nota-nota
mereka. Kos bagi penggunaan kertas juga dapat dikurangkan serta dapat meringankan beban
institusi pendidikan kerana perbelanjaan menyewa dan menyediakan tempat belajar murid
dapat dikurangkan (Nurliyana, 2016).

Terdapat juga cabaran iaitu tidak semua mata pelajaran boleh diajar secara berkesan
menggunakan PdPDT. Pembelajaran secara bersemuka masih menjadi keperluan terutamanya
kepada kursus yang memerlukan praktikal. Kursus secara amali memerlukan pensyarah untuk
mendemonstrasikan setiap langkah yang diperlukan. Selain daripada itu, cabaran dalam
melaksanakan PdPDT ini termasuklah kekurangan kemahiran dalam kalangan pensyarah dan
pelajar, kekurangan fasiliti, capaian Internet yang rendah dan kekurangan bajet.

12

6.0 KESIMPULAN
Selaras dengan keperluan IR 4.0, pensyarah dan pelajar di peringkat instistusi pengajian

awam perlu bersedia dalam memanfaatkan sepenuhnya kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi atau ICT di negara ini. Tambahan pula, setiap pensyarah dan pelajar mempunyai
computer, telefon pintar sendiri dan capaian internet yang stabil membolehkan pembelajaran
dan pengajaran dilaksanakan dengan lancar. Penggunaan aplikasi yang bersesuaian mampu
menjadikan kelas lebih menyerorokkan dan seterusnya mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan. Semangat serta disiplin diri pensyarah dan pelajar juga menjadi salah satu factor
dalam memastikan pelaksanaan PdPDT berjaya.

13

RUJUKAN
i. Surat Edaran Makluman Garis Panduan Pengurusan Pengoperasian Institusi Semasa

Dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak Covid 19 Bagi Politeknik Dan
Kolej Komuniti bertarikh 30 Jun 2020.
ii. Surat Pekeliling Kurikulum Bil. 17 Tahun 2020 Bagi Pelaksanaan Pembelajaran dan
Pengajaran (PdP) semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertarikh 2
Jun 2020.
iii. Musliza Mohamad & Malike Brahim (2019). Pelaksanaan E-Pembelajaran; Mendepani
Cabaran Revolusi Industry 4.0. e-Book TVET Think Big : Pembudayaan Dan
Pengantarabangsaan Ilmu TVET
iv. Noraini binti Mohd Banua & Zulhana binti Zulkifle (2019), Pendekatan gamifikasi dalam
pelaksanaan sesi pembelajaran dan pemudahcara. e-Book TVET Think Big:
Pembudayaan Dan Pengantarabangsaan Ilmu TVET
v. Zulhana binti Zulkifle & Noraini binti Mohd Banua (2019), Penggunaan Aplikasi Sebagai
Alat Bantu Mengajar Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcara PdPC . e-Book KKBD
Think Big V2 – Pencetus Keunggulan TVET
vi. Pendidikan E-Learning Memberi Kesan Kepada Golongan Muda , Norliyana Binti Jaafar
(2016) dimuatturun daripada http://ekspresi20.blogspot.com/2016/05/pendidikan-e-
learning-memberi-kesan.html

14

PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Nur aizya Binti Mappissammeng1
1Kolej Komuniti Ampang

Dalam zaman ledakan teknologi canggih ini, pensyarah perlu bijak memilih pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan di dalam kelas.
Dalam menyampaikan sesuatu pelajaran, penggunaan bahan dan teknologi yang sesuai serta
menarik adalah penting. Ini menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran kerana ia dapat menimbulkan rangsangan kepada pelajar-pelajar bagi mengetahui
sesuatu serta meningkatkan motivasi (Zurida et al. 2005). Sehubungan dengan itu, pelbagai
pendekatan dalam menyampaikan pembelajaran di dalam kelas amat diperlukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan terdapat perbezaan gaya pembelajaran di
kalangan pelajar maka Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah
diaplikasikan dengan meluas dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar dan
seterusnya meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Memandangkan senario abad ke 21
yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer ini akan menjadi satu kaedah yang berkesan untuk menyampaikan
pengajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia 2001).

Kata Kunci: Komputer, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer, Pembelajaran.

15

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, penggunaan komputer dalam bidang pendidikan bukan sesuatu perkara yang
baru. Di Malaysia, penggunaan komputer dalam pendidikan boleh dilihat daripada dua sudut, iaitu
pembelajaran tentang komputer dan pembelajaran dengan menggunakan komputer (Abd. Rashid
& Jamaludin 1999). Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mempunyai hubungan secara langsung dengan konsep penggunaan teknologi maklumat dalam
pendidikan. Penggunaan teknologi seperti komputer memainkan peranan penting bagi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia didapati sesuai untuk
dijadikan sebagai alat bagi membantu pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini adalah kerana komputer berkemampuan untuk menerima dan memproses data.

Dalam pendidikan, komputer digunakan untuk mengira, membuat keputusan dan
penyelesaian secara logik, menyimpan maklumat dengan cekap, cepat, padat dan sistematik.
Salah satu keistimewaan yang ada pada komputer adalah ia tidak memerlukan ruang yang
banyak untuk menyimpan maklumat atau data dan semua data serta maklumat tersebut boleh
disimpan dalam cakera keras, cakera liut atau berbentuk CD-ROM. Dalam penyediaan bahan
bantu mengajar pula, komputer digunakan untuk membantu dan menyokong pembelajaran
pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan dan
menarik minat pelajar (Jamalludin & Zaidatun 2003). Tidak dapat dinafikan lagi bahawa komputer
mempunyai peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses
pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Abdul Razak dan Jamaludin (1998), terdapat beberapa kebaikan penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

 Komputer boleh memberikan maklum balas dengan cepat
 Komputer boleh menyesuaikan pembelajaran mengikut keperluan individu

pelajar
 Komputer boleh digunakan oleh pelajar pada masa yang difikirkan sesuai
 Pembelajaran melalui komputer dirancang secara berperingkat daripada

pengetahuan asas kepada peringkat yang susah
 Keputusan ujian dan peperiksaan setiap pelajar boleh disimpan dalam

komputer

16

2.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Baharuddin et al. (2002) mendefinisikan PPBK sebagai pendekatan yang menggunakan
komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dengan memberi kebebasan kepada
pelajar untuk meneroka maklumat dalam komputer. Pendek kata matlamat utama PPBK ialah
untuk mengajar. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan menggunakan program
komputer. Menurut Gagne dan Briggs (1979), komputer menjadi popular sebagai media
pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media
pembelajaran yang lain. Oleh itu, para pengajar seharusnya peka dengan perkembangan
teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat ke arah peningkatan diri dan
profesionalisme (Zoraini Wati, 1993).

Hasil kajian meta-analisis yang telah dijalankan oleh Kulik at el. (1983) dari University of
Michigan mengenai impak pengajaran berasaskan komputer telah memperkukuhkan lagi bukti-
bukti keberkesanan pengajaran berasaskan komputer (CBI) dan pengajaran beruruskan
komputer (CMI). Selain daripada mendapati peningkatan pencapaian antara 50% hingga 61%,
kajian Kulik ini walau bagaimanapun mendapati bahawa kesan pengajaran berasaskan komputer
adalah bergantung kepada tahap gred pelajar dan tahap kebolehan pelajar yang terlibat dalam
kajian serta jenis pengajaran yang disampaikan. Sebagai contoh, kajian tersebut melaporkan
bahawa latih tubi dan tutorial yang dianggap kaedah paling mudah, adalah cara paling berkesan
untuk digunakan pada tahap sekolah asas (rendah).

Penggunaan komputer didapati berupaya meningkatkan keseronokan dalam
pembelajaran dan motivasi (Jonassen, 1996). Oleh sebab itu, PPBK yang bercirikan multimedia
telah mengubah corak sistem pendidikan dengan melahirkan situasi ‘edutainment’ iaitu
pendidikan bersifat hiburan. Penggabungan teknologi maklumat dan kurikulum adalah salah satu
usaha untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar dan secara tidak
langsung menanam sikap positif terhadap perkembangan teknologi maklumat. Menurut
Jamalludin dan Zaidatun (2003), penggunaan multimedia dikatakan dapat menjadi medium
komunikasi yang positif dan efektif kerana melaluinya teks, audio, video serta animasi yang
pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan di atas sebuah skrin pada masa yang sama.

Di samping itu, perisian kursus yang digunakan haruslah menjadikan pembelajaran dan

pengajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan. Selaras dengan tujuan itu maka paparan antara

muka perisian yang digunakan seharusnya menarik minat pelajar untuk terus belajar topik yang

seterusnya. Menurut Vaughan (1998), penggunaan media interaktif dapat menarik perhatian

serta mudah untuk difahami berbanding menggunakan bahan-bahan yang statik dan bisu. Pelajar

akan tertarik dan memberi tumpuan pada persembahan isi kandungan atau maklumat yang ingin

disampaikan dan seterusnya proses penyampaian maklumat berlaku dengan lebih berkesan.

Multimedia interaktif juga terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat

untuk tempoh yang panjang dan ia boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas

berbanding kaedah pengajaran tradisi (Ng & Komiya 2000).

17

3.0 KELEBIHAN PPBK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggunaan PPBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah memberikan beberapa
kelebihan. Menurut Norhashim et al. (1996) di antara kelebihan penggunaan perisian PPBK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggalakkan pembelajaran secara individu,
keseronokan menggunakan komputer, penginteraksian, pembelajaran yang cepat, maklumat
boleh disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik serta komunikasi yang aktif di antara
pelajar dengan komputer.

Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), penggunaan PPBK telah memberi kelebihan seperti
berikut:

a. Paparan grafik yang berwarna-warni menarik perhatian pelajar
b. Sesuatu fenomena kejadian boleh disimulasikan
c. Menjelajah setiap muka skrin dengan kursor atau teknik animasi

memberikan sesuatu pengalaman baru yang tidak ditemui dalam pembelajaran
konvensional
d. Penjelasan atau kiraan yang kompleks dapat dipersembahkan dengan cepat dan
tepat
e. Media komputer juga boleh digunakan untuk melambat atau mempercepatkan
sesuatu pergerakan, memperbesarkan imej dan mampu menunjukkan
transformasi dalam dua atau tiga dimensi.

Di samping itu, pendekatan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga
didapati lebih baik daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa (Kulik et al. 1984).
Menurut kajian-kajian itu lagi, didapati penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer membawa banyak kebaikan kepada proses pembelajaran dan
memberikan manfaat kepada pelajar yang menggunakannya. Manfaat-manfaat tersebut adalah
seperti kecepatan pembelajaran, memudahkan ingatan, sikap positif, interaktif dan pembelajaran
kendiri.

Mengikut kajian yang dilakukan melalui Teori Keluwesan Kognitif (Cognitive Flexibility
Theory), terdapat beberapa alasan atau sebab yang menggalakkan penggunaan multimedia
interaktif dalam PPBK iaitu otak manusia boleh menerima maklumat secara tanpa urutan dan
mengendalikan proses kognitif secara serentak (Spiro et al. 1992). Kewujudan elemen multimedia
interaktif adalah punca kejayaan dalam teknologi multimedia. Ini adalah kerana keupayaan
interaktif dapat dilaksanakan melalui konsep hipermedia dan hiperteks. Hiperteks adalah konsep
yang membolehkan pengguna mencapai maklumat berbentuk teks tanpa menurut urutan.
Hipermedia pula adalah satu konsep yang membenarkan pengguna membaca tanpa mengikut
urutan seperti hiperteks.

18

Kebanyakan perisian PPBK mempersembahkan maklumat dalam bentuk berstruktur dan
berjujukan. Pengguna boleh memilih aktiviti dari menu tetapi hanya satu aktiviti sahaja boleh
dipilih. Dengan wujudnya hiperteks dan hipermedia, pengguna boleh membuat keputusan
tentang maklumat yang ingin diperolehi tanpa perlu membaca dari halaman pertama hingga ke
halaman akhir. Sebaliknya mereka boleh terus mencapai maklumat yang diigini dengan memilih
perkataan atau butang tertentu. Oleh kerana itu, dengan adanya gabungan antara teknologi dan
PPBK dalam proses pendidikan maka satu proses pendidikan yang berkesan dapat
dipersembahkan.

Penggunaan PPBK dalam pendidikan bermakna peranan pensyarah atau guru menjadi
lebih mencabar kerana mereka perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan di mana pelajar boleh menggunakan PPBK secara sendiri mengikut kemampuan
mereka. Walaupun begitu, guru masih perlu membimbing pelajar untuk memastikan perisian
PPBK tadi digunakan dengan lebih berkesan.

Menurut Rozhan (1998) dalam Nur aizya (2003), antara tujuan penggunaannya dalam
pendidikan adalah seperti berikut

a. Membolehkan para pelajar berkongsi pendapat dengan pensyarah dan guru
mengenai proses pembelajaran

b. Memudahkan proses pengaksesan kepada sumber maklumat tambahan untuk
pembelajaran

c. Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman tentang sesuatu konsep
d. Menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan
e. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan tambahan kepada pelajar
f. Memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan

kemampuan sendiri

Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), program PPBK hanya akan menunjukkan suatu
kesan yang signifikan sekiranya perisian pendidikan yang digunakan mengeksploitasi pelbagai
kebolehan komputer secara wajar. Komputer tidak seharusnya digunakan untuk menyampaikan
suatu isi pelajaran yang boleh disampaikan secara berkesan oleh media yang lain. Contohnya,
perisian pendidikan tidak seharusnya berbentuk page turner. Kepelbagaian kebolehan komputer
yang berikut mampu menampung kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran dan
pembelajaran yang biasa.

a. Tahap interaktif yang tinggi

Dengan komputer, perisian pendidikan boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan
secara aktif dengan cara memilih berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan
tertentu dan komputer akan bertindak balas dengan memaparkan maklumat yang tertentu
berdasarkan apa yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar-pelajar tersebut.

19

b. Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar

Perisian pendidikan juga berkebolehan untuk melayan setiap individu belajar berdasarkan
kebolehan pelajar tersebut. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran yang berbeza
berdasarkan prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Pelajar tersebut perlulah
menguasai terlebih dahulu konsep/isi pelajaran yang tertentu sebelum dibenarkan mempelajari
konsep/isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Pelajar berpeluang untuk mengulangi sesuatu
konsep/isi pelajaran pada bila-bila masa atau sebanyak mana sekalipun, tanpa perlu merasa
bimbang komputer akan merasa jemu untuk melayannya.

c. Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya

Perisian pendidikan yang bermutu tinggi seharusnya membenarkan pelajar mengawal kadar dan
aliran pelajaran yang hendak dipelajarinya. Pelajar juga perlulah dibenarkan untuk bermain
dengan sesuatu pembolehubah atau parameter bagi sesuatu konsep dan melihat kesan
perubahan tersebut. Contohnya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk mengubah sesuatu nilai pada
sesuatu graf dan melihat perubahan kepada bentuk graf yang dihasilkan, kesan daripada
perubahan nilai tersebut. Ini dikenali juga sebagai simulasi berkomputer.

d. Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran

Perisian pendidikan multimedia menggabung jalinkan elemen-elemen seperti teks, grafik,
animasi, bunyi dan video sebagai rangsangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap
isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur permainan pendidikan pula mampu
menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu di samping mengekalkan
minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari.

Walaupun penggunaan perisian pendidikan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran boleh memberi impak kepada pelajar-pelajar di dalam menguasai sesuatu isi
pelajaran tetapi ia bukanlah jawapan untuk kesemua masalah yang dihadapi di dalam kelas.
Komputer tidak mungkin dapat menggantikan ‘guru yang baik’ tetapi boleh digunakan sebagai
alat yang membantu dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.

Rashidi dan Abdul Razak (1995) telah menyenaraikan beberapa kebaikan PPBK sebagai
pembelajaran secara kendiri iaitu:

a. Pengajaran terancang – guru dapat membina program-program yang dirancang
khas untuk keperluan para pelajar mengikut tahap kemampuan pengetahuan
dan jangkamasa yang difikirkan sesuai

b. Pengajaran individu – pelajar dapat berinteraksi dengan komputer tanpa berasa
takut dengan persekitarannya. Pelajar dapat mengikuti sesuatu program mengikut
tahap kemampuannya.

c. Pengajaran penggayaan – pelajar yang sudah memahami sesuatu konsep dapat
memperkayakan pengetahuan mereka melalui latih tubi dan ujian yang sesuai.

20

d. Pengajaran pemulihan – PPBK mampu membantu pelajar yang lemah di dalam
sesuatu topik. Penyampaian secara tutorial, latih tubi atau permainan pendidikan
membantu mereka memahami sesuatu konsep yang disampaikan.

Di samping itu juga, didapati bahawa PPBK yang baik dapat menyokong strategi dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti dalam pembelajaran secara individu/kendiri, pembelajaran
anjal, pembelajaran aktif, pembelajaran konstruktif, pembelajaran reflektif dan pembelajaran
sambil membuat. Selain daripada itu, kelebihan PPBK secara teknikal adalah seperti berjujukan,
bergelung, bercabang, bercirikan multimedia interaktif dan bersifat storan (Zurida et al. 2005).

4.0 STRATEGI PENDEKATAN DALAM PPBK

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk menyampaikan bahan pengajaran
melalui sesuatu perisian PPBK. Di antara pendekatan tersebut adalah tutorial, latih tubi, simulasi,
penyelesaian masalah dan permainan (Alessi & Trollip 1991). Menurut Alessi dan Trollip (1991)
lagi, sesuatu perisian PPBK perlu mengaplikasikan proses pembelajaran seperti persembahan
maklumat, membimbing pelajar untuk berinteraksi dengan bahan pengajaran, memberi peluang
pelajar berlatih menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk meningkatkan kemahiran dan
daya ingatan mereka dan akhirnya menilai pelajar untuk menentukan pemahaman mereka
terhadap bahan pengajaran yang disampaikan.

4.1 Pendekatan Jenis Tutorial

Pendekatan tutorial digunakan dengan tujuan untuk mempersembahkan maklumat dan
membimbing pelajar kepada kegunaan awal maklumat yang hendak disampaikan. Menurut
Norhashim et al. (1996), perisian kursus jenis tutorial boleh dikatakan sebagai program
pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif. Ia bukan sahaja boleh berfungsi
menyampaikan maklumat baru tetapi juga akan menilai sejauhmana kefahaman pelajar
mengenai topik yang dipelajari melalui aktiviti pengukuhan. Perisian kursus tutorial yang baik
perlu mempunyai aktiviti pengukuhan selain dari menyampaikan maklumat (Forcier 1999).
Kepentingan aktiviti pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga diberi
perhatian (Kemp et al., 1994).

4.2 Pendekatan Jenis Latih Tubi

Pendekatan jenis latih tubi merupakan sambungan kepada pendekatan tutorial dan mesti
digunakan bersama-sama dengan pendekatan tutorial. Tujuan utama pendekatan ini adalah
untuk menyediakan latihan setelah pelajar didedahkan dengan sesuatu pelajaran (Alessi & Trollip
1991). Pendekatan latih tubi boleh digunakan dalam semua jenis pembelajaran asalkan pelajar
telah terlebih dahulu didedahkan kepada isi pelajaran dengan menggunakan pendekatan yang
lain (Ihsan 2001).

21

4.3 Pendekatan Jenis Simulasi

Thomas & Miligan (2004), telah mendefinisikan simulasi sebagai keadaan dan sistem yang
dimodelkan oleh komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau
sesuatu sistem itu berfungsi. Contohnya simulasi bagaimana letupan gunung berapi berlaku,
peredaran planet mengelilingi matahari, tanah runtuh dan sebagainya. Penggunaan PPBK
melalui simulasi ini dapat memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti seperti
menguji hipotesis dan sekaligus akan membolehkan pemahaman pelajar itu dalam sesuatu
sesuatu pengajaran dan pembelajaran semakin mendalam.

4.4 Pendekatan Jenis Permainan Pendidikan

Permainan pada masa kini seolah-olah telah menjadi “trade-mark” kepada murid-murid, dan tidak
menghairankan jika mereka sanggup menghabiskan wang dan masa untuk mengunjungi siber
kafe. Seorang pengajar yang berkreativiti dan berinovasi akan mengambil peluang ini untuk
menarik minat pelajar-pelajar belajar melalui permainan dalam komputer. Hampir semua perisian
pengajaran dan pembelajaran yang dicipta memasukkan elemen permainan dalam kandungan
perisian rekaan mereka. Kaedah PPBK ini sangat diminati oleh para pelajar. Antara perisaian
yang dibangukan adalah termasuk “Hang Man” dan “Tidy Up”. Permainan yang menarik bertujuan
menaikkan semangat dan keinginan pelajar untuk belajar. Penggunaan PPBK kaedah permainan
ini menaikkan semangat dan keinginan pelajar untuk belajar disebabkan aktivitinya berbentuk
pertandingan di mana murid akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-
unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa pelajar mempelajari
sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental,
logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah.

4.5 Pendekatan Jenis Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah sebenarnya adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan
kepada pelajar sesuatu prosedur yang hendak dilakukan. Melaui kaedah ini pelajar mampu
memahami sesuatu prosedur itu sebelum melakukannya dalam situasi keadaan sebenar.
Pendekatan ini amat sesuai digunakan untuk memahami sesuatu prosedur yang tidak boleh atau
tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, terlalu kompleks atau
pun yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar. Misalannya, pensyarah dapat
menunjukkan kepada pelajar dengan lebih jelas lagi bagaimana proses sesuatu kitar semula
dijalankan melalui slaid Power Point. Sememangnya agak menyukarkan untuk membawa pelajar
melawat ke tempat pengkitaran semula dan melalui kaedah PPBK ini, pelajar dapat memahami
prosedur tersebut dengan lebih jelas.

22

5.0 KESIMPULAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi bukan hanya memerlukan
suara, kata-kata dan isyarat semata-mata, tetapi juga memerlukan alat dan bahan pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) supaya proses pembelajaran menjadi lebih
berkesan serta mesej yang hendak disampaikan dapat diterima dengan mudah oleh pelajar.
Perisian pendidikan yang mempunyai pelbagai jenis pendekatan boleh dimanfaatkan oleh
pensyarah dan guru serta pelajar. Biasanya, perisian pendidikan ditujukan kepada kumpulan
pelajar atau kumpulan sasaran tertentu yang mempunyai kebolehan mereka yang tersendiri.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang pensyarah menggunakan dan
meneliti sesuatu perisian pendidikan itu terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada pelajar-
pelajarnya. Maklumat-maklumat seperti kesesuaian isi pelajaran, pengetahuan sedia ada yang
diperlukan dan kumpulan sasaran adalah penting supaya pelajar-pelajar menggunakan perisian
yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Jelaslah, pertambahan perkakasan pendidikan
dalam era teknologi maklumat secara langsung mengubah kaedah pengajaran ala tradisional ke
era penggunaan teknologi pendidikan. Oleh yang demikian, tugas pensyarah dan guru semakin
mencabar demi untuk menjadikan teknologi itu sebagai pemangkin. Dalam teknologi pendidikan
sekarang, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah diintegrasikan dengan
pelbagai strategi pengajaran atau bertepatan dengan keperluan pendidikan dan disesuaikan
dengan pengajaran dalam bilik darjah, bilik tutorial dan dewan kuliah.

Sehubungan itu, dicadangkan pembangunan PPBK untuk subjek yang diajar di institusi
pengajian tinggi perlu dipergiatkan dan perlu dibangunkan dengan segera. Latihan kepada
pensyarah bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam mengintegrasikan bahan
PPBK dalam P&P perlu diadakan secara konsisten dan efektif. Penggunaan PPBK dalam
pengajaran dan pembelajaran perlu diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar
mendapat faedah. Oleh itu, usaha yang perlu diambil adalah menyediakan kemudahan komputer
serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer, terutama di sekolah-sekolah di
luar bandar dan di institusi pengajian tinggi.

23

RUJUKAN

Abd. Rashid Johar & Jamaludin Badusah. (1999). Teknologi dan inovasi pendidikan. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Razak Habib & Jamaludin Badusah. (1998). Penggunaan komputer untuk pengajaran dan
pembelajaran di sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan 23: 53-64.

Allessi, S.M & Trollip, S.R. (1991). Computer Based-Instruction (CBI): Methods and development.
Ed. Ke-2. New Jersey, Ohio: Prentice Hall.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. (2002). Reka bentuk
perisian multimedia. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Forcier, R.C. (1999). The computer as an education tool: Productivity and problem solving. Ed.
Ke-2. New Jersey: Prentice Hall.

Gagne, R.M & Briggs, L.J. (1979). Principles of instructional design. United States of America:
Holt.

Ihsan Bin Haji ismail. (2001). Pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer: Garis dan satah dalam tiga matra. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamalludian Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Jonassen, D.H. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. Ohio: Merrrill.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komputer (ICT)
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kemp, J.E., Morrison, G.R. & Ross, S.M. (1994). Desinging effective instruction. New York: Merril.

Kulik, J., Bangert, R & William, G. (1984). Effects of computer based education in

elementary schools. Computer in Human Behavior,1(1): 59-74

Kulik, J., Bangert, R & William, G. (1983). Effects of computer based teaching on

secondary students. Journal of Educational Pychology,75(1): 19-26.

Ng, K. H. & Komiya, R. (2000). “Introduction of Intelligent Interface to virtual learning
environment.”Paper presented at the Multimedia University International Symposium on
Information and Communication Technologies 2000. (M2USIC’ 2000). October 5-6 2000, Petaling
Jaya Malaysia.

Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rose Alinda Alias. (1996). Pengajaran Bantuan
Komputer (PBK). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka dan Universiti Teknologi Malaysia.

24

Nur Aizya Mappissammeng. (2003). Pakej Perisian Cepat Membaca menggunakan kaedah
Fonemik. Tesis Ijazah Sarjanamuda, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1996). Pengajaran dalam bilik darjah: Strategi dan
Kaedah. Kajang: Masa Enterprise.
Spiro, R.J., Feltovich, P.J., Jacobson, M.J., & Coulson, R.L. (1992). Cognitive flexibility,
constructivism and hypertext: random access instruction for advanced knowledge acquisition in
ill-structured domains. Dlm T. Duffy & D. Jonassen (pnyt.), Constructivism, hlm 17-34. New
Jersey: Laurence Erlbaum Associates.
Thomas Lemieux & Kevin Milligan. (2004). "Incentive Effects of Social Assistance: A Regression
Discontinuity Approach," NBER Working Papers 10541, National Bureau of Economic Research,
Inc.
Vaughan, T. (1995). “ Multimedia: Making It work”. California: Timestream Inc.
Zoraini Wati Abbas. (1993). Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti
Sdn.Bhd.
Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah & Mohd. Ali Samsudin. (2005). Kaedah mengajar Sains. PTS
Profesional Publishing Sdn.Bhd.

25

PANDUAN MENCARI TEMPAT PRAKTIKAL

Siti Rafidah Abdul Saref1, Baharuddin Mohd Zanggi2, Nathrah Nawawi3
1Kolej Komuniti Ampang, 2 3 Politeknik Sultan Azlan Shah

1.0 PROLOG LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program- program tertentu
di semua peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian tinggi (IPT). Untuk meningkatkan
tahap mampu kerja para graduan, program Latihan Industri diperkenalkan untuk memperkasa
kompetensi yang diperlukan.

Latihan Industri adalah pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam
pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Pelajar perlu mendapatkan organisasi latihan
yang berkaitan dengan program semasa menjalani praktikal untuk memastikan ilmu yang
diperolehi dapat dimanfaatkan pada masa hadapan.

Kursus Latihan Industri memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan
untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.
Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan
teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan
peraturan serta perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat
dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka
untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

Hasil daripada Latihan Industri, pelajar akan mampu untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja, berkomunikasi secara bekesan
dengan pelbagai peringkat, mengamalkan kerja berpasukan, bersikap profesional dan
beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan pelajar dapat menerangkan tugas-
tugas yang diberikan semasa menjalani latihan industri mengikut format yang telah ditetapkan.

2.0 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan satu tempoh pengajian dimana para pelajar diberi peluang
untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang luas. Selain ilmu dan kemahiran,
pelajar juga di dedahkan kepada pelbagai bentuk pengalaman kerja.

Menurut petikan Berita Harian edisi 8 April 2010, Latihan Industri penting bagi menjamin kualiti
mahasiswa.

26

Oleh yang demikian, latihan industri adalah satu-satunya peluang keemasan bagi
pelajarmengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang selaras dengan keperluan industri
masa kini yang memerlukan pekerja yang kompetan dan dinamik.

Pelajar juga dapat mengambil sepenuh peluang agar dapat melakukan transfomasi diri
supaya dapat memantapkan kemahiran insaniah dalam meningkatkan tahap kebolehpasaran.
Pesaingan pekerjaan masakini yang semakin mencabar harus dijadikan iltizam agar semua pelajar
berusaha dengan lebih tekun agar berjaya mendapat pekerjaan.

27

3.0 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Sebelum pelajar menjalani praktikal di organisasi, pelajar seharusnya perlu tahu objektif sebenar
latihan industri supaya ianya jelas dan bermatlamat. Objektif latihan industri adalah untuk
membolehkan pelajar;

a. Membina personaliti individu
b. Berkomunikasi dengan berkesan
c. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
d. Memberikan pendedahan kepada alam pekerjaan
e. Menghasilkan laporan latihan industri

3.0 TIPS MENCARI TEMPAT PRAKTIKAL

Perkara paling utama sebelum menjalani Latihan Industri adalah mendapatkan tempat
atau organisasi. Sebelum mendapatkan tempat praktikal, pelajar perlu tahu apa perkara-perkara
penting dan cara mencari tempat praktikal.

a. Tetapkan matlamat masa depan/haluan kerjaya
Pelajar perlu ada matlamat kerjaya di masa akan datang yang mana pelajar perlu
tahu laluan atau hala tuju kerjaya yang diimpikan. Matlamat masa depan sangat
penting agar pelajar tidak kecewa kerana tersalah pilih laluan kerjaya.

b. Kecilkan skop matlamat masa depan
Apa yang di maksudakan “kecilkan skop matlamat masa depan” adalah pelajar
perlu memilih satu antara banyak laluan kerjaya yang pelajar impikan. Sebagai
contoh, sekiranya pelajar mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik. Skop bidang
Kejuruteraan Elektrik adalah luas. Antara tempat yang boleh yang menjurus
kepada bidang Kejuruteraan Elektrik adalah kilang membuat komponen,
Pembinaan bangunan, selengara bangunan, kilang otomobil, syarikat penyiaran,
syarikat telco dan sebagainya. Setelah anda mengecilkan skop matlamat, baru
lah mudah untuk anda memilih organisasi yang mana sesuai dengan minat dan
impian anda.

c. Mencari Organisasi
Sebelum anda menghantar permohonan memjalani latihan industri ke sesebuah
organisasi. Perkara yang paling penting adalah anda perlu tahu latar belakang
organisasi terlebih dahulu sebelum proses permohonan tempat praktikal di
lakukan. Pemilihan yang tepat akan membuatkan kehidupan anda semasa
menjalani latihan industri akan menjadi sangat selesa dan bermotivasi.

d. Minta nasihat dari yang berpengalaman
Pelajar perlu meminta atau bertanya dengan pensyarah atau pelajar lain yang
telah menjalani latihan industri tentang suasana tempat praktikal dan pengalaman
mereka menjalani latiah industri. Nasihat dan pegalaman tersebut anda boleh

28

jadikan ia sebagai batu asas untuk mendapatkan tempat praktikal yang lebih
baik.

e. Resume Menarik
Perkara paling penting untuk memudahkan pelajar mendapat tempat praktikal
adalah kemantapan resume. Ini kerana resume adalah penganti diri untuk
menarik minat organisasi menawarkan tempat praktikal di organisasi mereka.
Resume yang paling kretif dan berinovasi mampu untuk menarik minat majikan.

3.0 TIP PEMILIHAN ORGANISASI

Pemilihan organisasi praktikal merupakan perkara paling penting sebelum menjalani
latihan industri. Pemilihan ini merangkumi seluruh kehidupan pelajar di sepanjang sesi latihan
industri dijalankan.Sekiranya pelajar gagal mendapatkan tempat di organisasi terbaik, maka
akan gelap masa depan anda sebagai pelajar praktikal di ooganisasi tersebut. Maka dengan
itu, pemilihan organisasi perlu dititikberatkan agar pelajar berasa selesa dan bersemangat untuk
menjalani latihan industri di organisasi tersebut memandangkan tempoh latihan industri
memakan masa yang agak panjang iaitu diantara 10 hingga 20 minggu bergantung kepada
institusi pengajian masing-masing.

a. Tepat Dengan Jurusan Pengajian
Pemilihan organisasi yang menepati jurusan pengajian adalah perkara pertama yang
perlu pelajar pastikan agar apa yang anda pelajari semasa latihan industri adalah
menjurus kepada bidang pengajian yang anda ambil di institut pengajian tinggi.
Sekiranya pemilihan itu tidak menjurus kepada jurusan yang diambil maka anda
berada di luar bidang anda dan ianya sekaligus tidak memberi anda pengalama di
dalam bidang yang anda ceburi. Oleh yang demikian, anda perlu menetapkan matlamat
haluan kerjaya anda terlebih dahulu sebelum keputusan pemilihan organisasi di lakukan.

b. Lokasi Organisasi
Kebanyakkan pelajar mahukan lokasi tempat praktikal berdekatan dengan rumah. Ini
mungkin di sebabkan faktor kewangan dan ekonomi yang menyebabkan pelajar mahu
tinggal bersama keluarga semasa sesi latihan industri dijalankan. Namun yang pasti anda
berhak untuk menentukan dimana anda ingin membuat praktikal. Terpulang pada anda
untuk membuat pemilihan.

c. Elaun
Kemudahan elaun merupakan satu perkara yang di anggap penting untuk meningkatkan
minat pelajar menjalani praktikal di sesebuah organisasi. Maka dengan itu, adalah
disarankan para pelajar mencari tempat praktikal yang mempunyai elaun bagi
membantu menampung kos sara hidup di sepanjang latihan industri berlangsung.
Kebanyakkan tempat praktikal ada menyediakan elaun sara diri untuk pelajar praktikal.
Terdapat sesetengah organisasi yang tidak menawarkan elaun kepada pelajar praktikal.

29

d. Selidik organisasi
Selidiki organisasi terlebih dahulu banyak kelebihannya. Minta
pandangan oranglain tentang organisasi yang ingin di pohon. Sekurang-
kurangnya anda tahu serba sedikit tentang organisasi tersebut sebelum
anda menjalani latihan industri. Sekiranya terdapat lebih banyak
pandangan negatif dari positif adalah lebih baik anda tidak memohon
untuk menjalani praktikal di situ. Dikuatiri anda akan berasa tertekan dan
buntu bila berada didalam organisasi yang bermasalah.

e. Taraf Organisasi
Menjalani praktikal di sebuah organisasi bertaraf multinasional dan antarabangsa
merupakan satu token kepada pelajar. Anda dilihat mempunyai pengalaman bekerja
di bawah organisasi yang berprestij dan gah. Adalah di nasihatkan untuk mencari
peluang menjalani praktikal di organisasi yang sebegini untuk memberikan anda
pengalaman baru serta peluang untuk bekerja di organisasi berkenaan akan lebih
cerah.

4.0 TIP PENYEDIAAN RESUME

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan semasa anda
menyediakan resume. Berikut adalah tips dan panduan bagi menyediakan resume yang
baik.

a. Letak Gambar
Letakkan gambar anda pada resume anda supaya pihak majikan boleh mengenali
anda. Letakkan gambar dibahagian kanan atas resume dan pastikan anda
meletakkan gambar yang profesional dan kemas.Gunakan gambar berukuran
passport. Jangan sesekali menggunakan gambar yang kabur dan terlalu santai
serta memakai t-shirt dan sebagainya.

b. Ringkas, Padat & Mudah Difahami

Majikan tidak mempunyai masa yang banyak untuk meneliti permohonan anda
kerana terpaksa menapis ribuan permohonan. Maka adalah wajar anda membantu
mereka mempercepat dan mempermudah urusan mereka.

c. Gunakan Font & Kertas Yang Sesuai
Cetak resume anda dengan mengunakan kertas A4 yang berkualiti. Lebih baik lagi
jika anda dapat mencetak dengan mengunakan ‘glossy paper’. 99% cakan akan
mencetak resume mereka dengan kertas A4 nipis biasa. Penggunaan kertas
glossy akan menonjolkan permohonan anda dan membuatkan anda kelihatan unit.
Gunakan font jenis Tahoma, Arial, Verdana atau calibri bersaiz 10-12 ketika
menyediakan resume anda.

30

d. Tonjolkan Kebolehan, Kemahiran & Pencapaian Anda
Majikan biasanya akan menerima permohonan yang banyak bagi setiap jawatan
yang perlu diidi. Jadi, anda harus ‘stand out’ di dalam permohonan anda.
Tonjolkan semua kelebihan yang ada pada diri anda untuk meyakinkan majika
bahawa anda layak untuk dipanggil temuduga.

e. Maklumat Yang Sesuai & Relevan
Pastikan maklumat yang terdapat didalam resume anda adalah
tepat dan relevan. Ini kerana majikan tidak mempunyai banyak masa untuk
melihat dan meneliti resume anda. Jadi adalah amat penting untuk anda
memasukan maklumat-maklumat yang berkaitan.

f. Jujur & Kreatif
Penyediaan resume yang kreatif akan menarik minat majikan
untuk membaca resume anda tetapi jangan ketelaluan. Elakkan dari memberi
maklumat palsu di dalam resume. Jika anda didapati memberi maklumat paslu,
permohonan anda akan ditolak serta merta.

31

5.0 CONTOH RESUME
32

33

34

6.0 STRATEGI MENCARI TEMPAT PRAKTIKAL

Terdapat langkah langkah untuk mencari tempat praktikal. perkara utama yang perlu
di ambil berat adalah “keep in touch” dengan majikan atau organisasi yang berpotensi untuk
menawarkan tempat praktikal kepada anda. Strategi yang terbaik untuk anda mencari tempat
praktikal adalah:

a. Respon Kepada Tawaran Iklan

Mencari tawaran iklan di akhbar atau di media elektronik seperti iklan di
laman sesawang organisasi pilihan anda. Pastikan anda mengetahui
latar belakang organisasi sebelum membuat permohonan.

b. Panggilan Susulan
Selain daripada iklan di akhbar atau media elektronik, anda juga boleh
membuat panggilan susulan kepada organisasi untuk bertanyakan
tentang hasrat anda untuk membuat permohonan praktikal di organisasi
tersebut.

c. Penghantaran Surat Permohonan Secara Peribadi
Anda juga boleh menulis surat secara peribadi atau emel ke organisasi
pilihan anda untuk membuat permohonan praktikal. Tunjukkan minat
yang mendalam terhadap organisasi mereka dan nyatakan hasrat anda
untuk menimba ilmu di organisasi mereka. Cara ini juga merupakan
antara strategi terbaik untuk mendapatkan tempat praktikal.

d. Agensi Pekerjaan
Agensi pekerjaan adalah yang paling membantu anda untuk mencari
tempat praktikal. Ini kerana mengetahui di mana terdapatnya peluang
untuk anda menjalani praktikal. Kelebihan agensi pekerjaan adalah lebih
berbanding strategi yang sebelumnya. Mereka mempunyai jalinan
kerjasama yang erat diantara agensi pekerjaan dan organisasi.

e. Jalinan Hubungan
Kaedah ini adalah yang paling efektif dimana jalinan hubungan profesional
atau sosial anda dengan individu yang bekerja didalam sesebuah
organisasi menyumbangkan potensi lebih besar untuk anda mendapatkan
tempat praktikal di organisasi tersebut.

f. Pameran Kerjaya
Ambil peluang semasa pamera kerjaya berlangsung. Banyak peluang
praktikal yang ditawarkan semasa pameran kerjaya. Banyak organisasi
akan menawarkan tempat praktikal di organisasi mereka. Jadi, ambil
peluang yang ada untuk anda mencari tempat praktikal terbaik untuk
masa depan anda.

35

7.0 SENARAI SYARIKAT YANG MENAWARKAN LATIHAN INDUSTRI
i) Automotif & Mekanikal

NAMA & ALAMAT SYARIKAT NO.TELEFON/FAX JURUSAN
Automotif
Proton Edar Sdn. Bhd. Kulai Tel: 07-662 3701 Automotif
No 1165,1166,1167&1168,Jalan Fax: 07-663 9318 Automotif
Kasturi 36/42, Asiatic Indahpura
Carcity,81000,Kulai,Johor, Tel: 04-7331632 Automotif
04-7345200 Automotif
Proton Edar Sdn. Bhd. Automotif
No. 221 Lot 88, Perusahaan Fax: 04-7331619 Automotif
Mergong Ii,Jalan Gangsa Seberang
Jalan Putra,05150,Alor Tel: 06-6787605 Automotif
Setar,Kedah,Darul Aman Fax: 06-6787763
Proton Edar Sdn Bhd
Lot 3b, Jalan Bunga Tanjung Tel: 09-2782122
1,,Senawang Industrial Fax: 1833
Park,70450,Seremban,Negeri
Sembilan,Darul Khusus Tel: 05-775 2832
Proton Edar Sdn Bhd (Mentakab) Fax: 05-775 9832
Cawangan Mentakab,
No. 27-29, Jln Tel: 05-458 5999
Mok Hee Fax: 05-458 4999
Kiang,28400,Mentakab
Pahang Darul Makmur Tel: 05-506 4566
Eureka Gallery Sdn. Bhd. Fax: -
Wisma Kurnia,Jalan
Taiping,33000,Kuala Tel: 05-2812437
Kangsar,Perak, Fax: 05-2812400

Maha Mega Edar Sdn. Bhd.
No 9,Jalan Cahaya Taman
Anggerik,35900,Tanjung
Malim,Perak,

Proton Edar Ipoh Jalan
Tar Lot 3893,Jalan
Tunku Abdul
Rahman,30010,Ipoh,

Perak

Proton Edar Sdn Bhd
Ipoh Service Centre, Lot 15,Jalan
Lahat,
Menglembu,31450,Ipoh,Perak,Darul
Ridzuan

36

Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. Tel: 05-457 8686 Automotif
Mukim Hulu Bernam Fax: 05-457 7756
Timur,Daerah Batang Automotif
Padang,35960,Behrang,Perak, Automotif
Automotif
Warna Bestari Sdn. Bhd. Tel: 05-312 3999
Lot 227928, Jln Raja Dr. Nazrin Fax: 05-312 6899 Automotif
Shah,(Jalan Gopeng Automotif
8km),31300,Ipoh,Perak,Darul Tel: 04-593 0759 Automotif
ARKidNzuSanervice Centre Sdn. Bhd. Fax: 04-593 7271 /Mekatronik
No 2181,Main Road,14300,Nibong
Tebal,Pulau Pinang, Tel: 04-2816020 Automotif
Fax: 04-2819481
Proton Edar Sdn Bhd Automotif
Tel: 03-32242231
Service And Paris Centre, Fax: 03-32248280 Automotif
/Mekanikal
No. 45, Jln Sungai Tel: 03-3279 2010 Automotif
Pinang,10150,Pulau Pinang,Pulau Fax: - /Mekatronik
PCiSnHanAgu,-tomobiles Sdn. Bhd. Automotif
Tel: 03-8026 9999
Lot 12632-12633, Jln Bunga Fax: 03-8026 9266
Matahari,-
Tel: 03-60928888
,J4it53A0u0t,oSSunegrvaiicBeessSard,Sn.eBlahndgo. r Fax: 03-60915697

No 27/29, Jalan Ip 1,Pusat Niaga Tel: 03-8026 9942
Permai Ijok,45600,Ijok,Selangor Fax: 03-8026 9477

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Tel: 03-8026 9999
Bhd. Fax: 03-8024 3311
Hicom Industrial Estate,
Batu 3, P.O.Box 7100,40918,Shah Tel: 03-50392603
Alam,Selangor Fax: 03-51036147

Perodua Sales Sdn Bhd Tel: 604-2813688
Fax: 604-2828261
Automotive Centre,Sungai Choh,
Locked Bag 37
226,48009,Rawang,Selangor,Darul
PEhrostaonn Edar Sdn. Bhd.

Km 33.8,Westbound Shah Alam
Expressway,47500,Subang
Jaya,Selangor

Proton Edar Sdn. Bhd. Subang Jaya

Km 33.8,Westbound Shah Alam
Expressway,47600,Subang
Jaya,Selangor

Proton Holdings Berhad

Hicom Industrial Estate,,Batu
Tiga,40918,Shah Alam,Selangor

Auto Bavaria ( Importer Of BMW )

187 Jalan Sungai Pinang,-
,10150,Pulau

Pinang,Pulau Pinang

Auto Bavaria Tel: 55693900 Automotif
No 3a Persiaran Perkaya , Seksyen Fax: 5193904 /Mekanikal
U1,Glenmarie,40150,Shah Automotif
Alam,Selangor,Darul Ehsan Tel: 04-4216622 /Mekanikal
Hicom-Honda Manufacturing (M) Fax: 04-4219923
Sdn. Bhd Automotif
Lot 32 -39 Kws Perusahaan Bakar Tel: 06-559 1500 Automotif
Arang, Fax: -
P.O. Box 32,08007,Sungai Petani, Automotif
HKeodnadha,DMaarlualyAsmiaaSndn Bhd Tel: 6-06-5591500 Automotif
Pt75-79,Hicom Pegoh Industrial Park, Fax: 6-06- 5591513
78000,Alor Gajah,Melaka, / 1580 Automotif

Honda Malaysia Sdn.Bhd Tel: 05-241 3433 Automotif
Lot No Pt 75 - Pt 79, Hicom Pagoh Fax: 05-255 2320 Automotif
Industrial Park,
Mukim Pagoh, Daerah Alor Automotif
Gajah,78000,Melaka,Melaka

Honda Service Centre
No 10,Sri Mariamman Lane
2,30020,Ipoh,Perak

Tiong Nam Motor (M) Sdn. Bhd. Tel: 03-3343 1111
No 2, Persiaran Setia Murni,U13/50, Fax: 03-3343 5225
Setia Alam, Seksyen U13,40170,Shah
Alam,Selangor Tel: 03-7727 9966
Fax: 03-7733 9966
Lon G Setia Auto Sdn. Bhd.
Lot 3048, Jalan Datuk Sulaiman, Tel: 03-60928888
Off Kg. Sg. Penchala, Fax: 03-6091567
60000,TTDI,Kuala Lumpur
Tel: 05-5470433
Perodua Sales Sdn. Bhd. Fax: 05-5499433
No. 6, Persiaran 118c,,Desa Tun
Razak,,56000,Cheras,Kuala Lumpur Tel: 03-60928888
Fax: 03-60902100
Perodua Sales Sdn Bhd
Lot 23 Tasek Industrial Estate,
Jln Kuala Kangsar,31400,
Ipoh,Perak, Darul Ridzuan

Perodua Automofive Centre
Sungai Choh, Locked Bag 226, 48009,
Rawang, Selangor, Darul Ehsan

38

Perodua Engine Manufacturing Sdn. Tel: 03-67338888 Automotif
Bhd Fax: 03-67330727 Automotif
Sungai Choh,Locked Bag No. Automotif
226,48009,Rawang, Tel: 03-6733 8888 Automotif
Selangor,Darul Ehsan Fax: 03-6733 0439
Automotif
Perodua Manufacturing Sdn. Bhd. Tel: 05-5063482 Automotif
Sungai Choh, Fax: 05-5063467
Locked Bag Tel: 05 8475992
226,48009,Rawang,Selangor, Fax: -

UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.
no. 4798 jalan kuala kangsar,
30010,ipoh,perak,darul ridzuan

UMW Toyota Motor Sdn.Bhd
(Service Division)
lot p.t. 2691
Jalan Ng Song Teik,Jelapang
Estate,30100,Ipoh,Perak,
Darul Ridzuan

Tan Chong Ekspress Auto Service Tel: 05-5062809
Sdn. Bhd Fax: 05-5061430
Lot 31036 & 31037,Jalan Kuala
Kangsar, 30010,Ipoh, Tel: 03-6733 8888
Perak,Darul Ridzuan Fax: 03-6733 0264

Perodua Sales Sdn. Bhd.
Sungai Choh,Locked Bag
226,48009,Rawang,Selangor

Jurusan: Awam Tel: 09-7889344 Awam
Fax: 09-7884617 Awam
Kelkon Sdn. Bhd Awam
Tingkat 3, Bangunan Perbadanan Menteri Tel: 09-7735477
Besar,,Jalan Kuala Krai,15050,Kota Fax: 09-7736477
Bharu,Kelantan,Darul Naim
Tel: 09-7198588
Keltrade Sdn. Bhd. Fax: 09-7198588
Lot 1881 Tanjung Mas,Jalan Pengkalan
Chepa,15400,Kota Bharu,
Kelantan,Darul Naim

Anjung Tulus Corporation Sdn.
Bhd. Pt 2043, Tingkat Atas,Taman
Sbj Putra,16250,Pasir Pekan,
Kelantan,Darul Naim

39

Arena Engineering Sdn Bhd Tel: 09-960 7328 Awam
Kg Jelawang,(Projek Pembinaan Fax: 09-960 7328
Jambatan Sg Galas),18200,Dabong,
Kelantan Darul Naim Tel: 09-7988484 Awam
Fax: 09-7482232
Asas Ideal Sdn Bhd
5315-F Tingkat 1, Jalan Sultan Yahya,- Tel: 09-7864954 Awam
,15050,Kota Bharu, Fax: 09-7863956 Awam
Kelantan Darul Naim
Tel: 09-6223253
Daiho Corporation (Site Office) Fax: 09-6223263
Lot 122, Tingkat 2, Bangunan Pkink,Jalan
Nara,16800,Pasir Puteh, Tel: 09-6021717 Awam
Kelantan,Darul Naim Fax: 09-6021617

Technipro Consult Sdn Bhd Tel: 09-6978899 Awam
51-A & B, Tingkat 2,Jalan Tok Fax: 09-6979988
Lam,20100,Kuala Terengganu,
Terengganu Tel: 6971557 Awam
Fax: 6971557
Warga Sanjung Sdn Bhd
No.3, Tingkat 1, Bangunan Tel: 09-6666663 Awam
Mds,Penarik,22120,Setiu, Fax: 09-6666630
Terengganu,Darul Iman
Tel: 03-8943 3366 Awam
Technic Grand Consult Sdn Bhd Fax: 03-8943 2691
3907, Tingkat 1, Taman D'wan Pa,,Jalan
Besar,Padang Luas,Jertih,22000,Besut,
Terengganu,Darul Iman

Syarikat Pembinaan Hj Othman
Awang Sdn. Bhd.
No. 18 Wakil Pos Kg Bintang,-
,22030,Setiu,Terengganu,Darul Iman

Rimbun Tekad Sdn. Bhd.
Lot 11709, Pekan Batu 8,,Jalan
Kelantan,21200,Kuala
Terengganu,Terengganu,Darul Iman

Sepakat Setia Perunding Sdn.
Bhd. Wisma Ssp Level 8-18, No.1
Jalan Sr 8/3,Serdang
Raya,43300,Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan

40

Sime Uep Development Sdn.Bhd Tel: 03-80240088 Awam
Tingkat 9, Wisma Uep,Jln Usj 10/1a, Fax: 03-80249311 Awam
Pusat Perniagaan Usj Awam
10,47620,Subang Jaya Tel: 03-5413495 Awam
Selangor Darul Ehsan Fax: 03-5421178 Awam
Awam
Syarikat Usahasama S.M. Sdn Bhd Tel: 03-7982 6028 Awam
No.11-1, Jalan Singa C 20/C,Seksyen Fax: 03-7987 5208 Awam
28,40300,Shah Alam, Awam
Selangor Darul Ehsan Tel: 04-6422239
Fax: 04-6422241 41
Ywc Structures Sdn. Bhd.
Precint 12, Bandar Setia Tel: 05-8903034
Alam,Seksyen U13,40170,Shah Fax: 05-8902209
Alam,Selangor,
Tel: 012-3833702
Sri Tunas Sdn. Bhd. Fax: 05-4915569
No. 122, Tingkat Atas, Jalan Dato'
Ismail Hashim,Taman Tunas Muda, Tel: 05-
Sungai Ara,11900, 2545560/2547024
Bayan Lepas,Pulau Pinang Fax: 05-2541096

Tindak Cemerlang Sdn. Bhd. Tel: 05-
No.1414 Jalan Besar, Gunung 2545560/2547024
Semanggol,- Fax: 05-2541096
,34400,
Semanggol,Perak, Darul Ridzuan Tel: 05-2542673
Fax: 05-2532360
Seroja Sakti Sdn. Bhd.
Blok B, 4 - 05, Evergreen Villa,-
,39200,Ringlet,
Perak Darul Ridzuan

Syarikat Pembinaan Makmur
No. 29c, Jalan Lim Bo Seng
30300,Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

Syarikat Pembinaan Makmur
No. 29c, Jalan Lim Bo Seng,
,30300,Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

Tai Chong Engineering
W/Shop No. 2a, Lot 33552,Lorong
Lahat,30200,Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

Taiping Kampar Development Sdn. Tel: 05-466 0618 Awam
Bhd. No 13a, Jalan Desa Aman Fax: 05-466 1932 Awam
1,Taman Desa Aman, Mambang
Diawan,31950,Kampar,Perak, Tel: 05-2433825 Awam
Syarikat Bumimas Fax: 05-2533825
No. 14 A Medan Istana 5, Bandar
Ipoh Raya,-,30000,Ipoh Tel: 04-8419006
Perak Darul Ridzuan Fax: 04-8418006

Wego Malaysia Constructionsdn.
Bhd. No.52, Lorong 1,,Taman
Berkat,34700,Simpang,Perak,

ii) Jurusan: Ukur Bahan

Baharuddin Ali & Low Sdn Tel: 07-3338480 Ukur Bahan
Bhd 72b, Jalan Fax: 07-3338480
Abiad,,Taman Tebrau
Jaya,,80400,Johor Tel: 07-332 Ukur Bahan
Bahru,Johor, 2872/3322888 Fax:

J.B. Bergabung 07-3325255
No 40 A, Jalan Kuning,Taman
Pelangi,80400,Johor Tel: 07-799 1201 Ukur Bahan
Bahru,Johor, Fax: 07-799 4807

Jabatan Pengairan Dan Saliran Tel: 07-5215882 Ukur Bahan
(Mersing) Jurutera Daerah,Jalan Fax: 07-5216441
Ibrahim,86800,Mersing,Johor,
Tel: 04-7346348/49 Ukur Bahan
Kas Juruukur Bahan Sdn. Bhd. Fax: 04-7317350
No. 97a, Jalan Pendidikan 5,Taman
Universiti,81300,Skudai,Johor,Darul Tel: 04-7723629 Ukur Bahan
Takzim Fax: 04-772330 42

Ilham Kos Konsultan Sdn Bhd
No. 950,Tingkat 1, Medan
Peruda,,Jalan Sultan
Badlishah,,05000,Alor
Setar,Kedah,Darul Aman

Jub Ikatan Sepakat
1570 Taman Sultan
Badlishah,,Jalan
Pegawai,05050,Alor
Setar,Kedah,Darul Aman

Kuantikos Perunding Sdn. Bhd Tel: 09-7471313 Ukur Bahan
298-P, Tingkat 1 S/9,Jalan Tok Fax: 09-7462323
Hakim,15000,Kota
Bharu,Kelantan,Darul Naim Tel: 09-7644887 Ukur Bahan
Fax: 09-7641577
Perunding Primakos Sdn Bhd
Pt 1044 Jalan Kubang Kerian 4 Tel: 03-62759880 Ukur Bahan
A/2,Bandar Baru Kubang Fax: 03-62721008
Kerian,16150,Kota
Bharu,Kelantan,Darul Naim Tel: 03-27102660 Ukur Bahan
Fax: 03-27102671
Alpha-Omega Matrix
168-2a & 2b, Jalan Bukit Desa Tel: 03-41083733 Ukur Bahan
Utama,Taman Bukit Fax: 03-41085755
Desa,52100,Kepong,Kuala
Lumpur, Tel: 03-62735931 / Ukur Bahan
33
Azman Omar & Lau Partnership
B-5-11, Block B, 5th Floor, Unit 11, Fax: 03-62735935
Megan Avenue Ii,No.12, Jalan Yap
Kwan Seng,50450,Kuala Tel: 06-312 2902 Ukur Bahan
Lumpur,Kuala Lumpur, Fax: 06-312 2902

Design Cost Consultants Tel: 06-2869124 Ukur Bahan
4-1 & 2, Jalan 4/4c,- Fax: 06-2860427
,53100,Desa Melawati,Kuala
Lumpur

Juru Ukur Bahan Pbe
5-1, Jalan 3/36,Bukit Sri
Bintang,52100,Kepong,Kuala
Lumpur

Dataran Subur Sdn. Bhd.
No 58-1, Jalan Cb 1,Taman
Cheng Baru,75250,Melaka.

Mokhnar & Associates
559-B,Tingkat 2,Taman
Aman,75050,Ujong Pasir,Melaka

43


Click to View FlipBook Version