The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Pelajar Semester Akhir PISMP Sains Ambilan Jun 2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Fariz Ismail, 2021-10-17 23:58:23

Seminar Penyelidikan Pendidikan PISMP Ambilan Jun 2017

e-Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Pelajar Semester Akhir PISMP Sains Ambilan Jun 2017

Keywords: prosiding,ipgkpt,seminar semester 8

I NS TITU T PEN DIDI KAN G URU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDAPERGURUAN
(PISMP)
DENGAN KEPUJIAN
SAINS PENDIDIKANRENDAH
AMBILAN JUN 2017

PROSIDING
SEMINAR PENYELIDIKAN

PENDIDIKAN
2021

Sains Pendidikan Rendah

1 April 2021

Editor

Dr. Hairiah Binti Munip
Dr. Azerai Bin Azmi

Norisah Binti Mohamed Nor
Dr. Muhd Fariz Bin Ismail

Panel Pembaca

Dr. Syakima Ilyana Binti Ibrahim
Dr. Ellyza Binti Hj Karim
Haslinah Binti Abdullah

Mohd Kashfi Bin Mohd Jailani
Mohd Nizam Bin Haji Ijom
Tan Mun Wai
Ling Pick Yieng
Roziah Binti Anuar

Reka bentuk kulit oleh
Muhammad Syahiran Bin Mohamad Din

[email protected]

1

Diterbitkan Oleh:
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai,
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel: 06-7979600
Fax: 06-7979699
Emel: [email protected]
Laman web: http://ipgkpt.moe.edu.my

© Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik
Cetakan Pertama 2021

© HAK CIPTA TERPELIHARA. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan boleh
diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan
dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus

Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

Penyelaras Seminar:
Dr. Muhd Fariz Bin Ismail

Penyelaras Penerbitan:
Norisah Binti Mohamed Nor

Reka bentuk Kulit:
Muhammad Syahiran Bin Mohamad Din

[email protected]

Dicetak Oleh:
Graphic Art & Design Present Resources

59, Jalan Tuanku Antah,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Tel: 016-9882064

2

UCAPAN PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi atas
usaha menerbitkan Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan 2021 yang mengumpulkan hasil
penyelidikan siswa guru kumpulan PISMP Ambilan Jun 2017 (Sains Pendidikan Rendah).
Syabas juga kepada Jabatan Sains kerana berjaya membimbing para siswa guru untuk
melaksanakan pelbagai bentuk penyelidikan pendidikan yang merangkumi pelbagai aspek dalam
pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah rendah. Prosiding ini merupakan wadah bagi para
siswa guru berkongsi ilmu hasil penyelidikan yang telah dijalankan supaya dapat dimanafaatkan
oleh warga pendidik yang lain.

Saya berharap pengalaman menjalankan penyelidikan ini menjadi pendorong dan motivasi
kepada para siswa guru untuk terus menjalankan penyelidikan pada masa-masa yang akan datang
Selain itu, diharapkan para siswa guru sedar kepentingan penyelidikan sebagai satu cara untuk
menyelesaikan masalah dalam bilik darjah dan profesion keguruan. Guru-guru sains yang
kompeten dalam ilmu pengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam menjalankan penyelidikan
pendidikan dipercayai mampu memperkembangkan pengetahuan kandungan, dan pedagogi isi
kandungan dalam bidang sains seterusnya berupaya pula meningkatkan kemenjadian murid di
sekolah.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua
pensyarah dan siswa guru yang terlibat kerana telah berusaha untuk menyediakan prosiding ini.
Saya berharap seminar dan penerbitan prosiding seumpama ini akan terus menjadi amalan para
pendidik demi kecemerlangan profesionalisme keguruan.

Encik Romai Noor Bin Rabbu
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik
Bandar Enstek, Negeri Sembilan

3

KATA ALUAN PENGERUSI
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2021
PISMP SAINS PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN JUN 2017

Tahniah diucapkan kepada para pelajar daripada kumpulan PISMP Ambilan Jun 2017 (Sains
Pendidikan Rendah), IPG Kampus Pendidikan Teknik yang telah berjaya melaksanakan
penyelidikan mereka. Menjalankan penyelidikan pada tahun akhir pengajian merupakan syarat
bergraduat bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (dengan Kepujian) Sains
Pendidikan Rendah. Sebanyak 15 hasil kajian telah dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan
2021 dan kajian-kajian memperlihatkan isu-isu yang dihadapi oleh guru sains dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka.

Dengan melaksanakan penyelidikan dalam pendidikan, seorang guru boleh berkembang dan
belajar daripada pengalaman penyelidikannya sendiri. Guru dapat memperbaiki amalan
pengajaran dapat membantu murid serta mempertingkatkan pembelajaran mereka. Selain itu,
pengetahuan guru juga semakin meningkat dalam profesion pendidikan ini. Oleh itu budaya
penyelidikan haruslah diamalkan untuk seorang guru untuk meningkatkan profesionalime.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah membimbing
pelajar-pelajar dalam menjalankan penyelidikan dan membentang hasil penyelidikan mereka
dalam seminar ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ahli-ahli jawatankuasa kerja
Seminar Penyelidikan 2021 yang telah menjayakan seminar ini. Saya juga berharap agar tradisi
melaksanakan Seminar Penyelidikan akan terus dikekalkan pada masa-masa yang akan datang.

Dr. T. Shanmugam Thangavelu
Pengerusi
Seminar Penyelidikan dalam Pendidikan 2021
PISMP Sains Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2017

4

KATA ALU-ALUAN
KETUA JAWATANKUASA
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2021
PISMP SAINS PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN JUN 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Segala puji kepada Allah kerana dengan izin-Nya dan kerjasama semua ahli jawatankuasa dapat
kita terbitkan Prosiding Penyelidikan Pendidikan Sains Tahun 2021 ini.

Pendidikan Malaysia kini berpandukan PPPM 2013-2025 sangat menekankan Pembelajaran
Abad Ke-21 (PAK-21) dan dalam mencapai matlamat PPPM terhadap pencapaian TIMSS dan
PISA, subjek sains memainkan peranan yang besar. Oleh itu, sebagai bakal guru, kita merupakan
penggerak dan agen untuk melaksanakan segala harapan kementerian. Justeru, program yang
dianjurkan ini dapat menjadi medium untuk bakal guru seperti kita berkongsi ilmu tentang
penyelidikan pendidikan terutama sekali bagi subjek sains. Ia juga membuka ruang kepada siswa
pendidik untuk meneroka pengetahuan tentang kajian dan amalan pendidikan terkini.

Harapan saya agar kita semua dapat menimba ilmu yang bermanfaat seterusnya menjadi
pemangkin kepada tercapainya hasrat yang terkandung dalam PPPM. Semoga semangat untuk
menjalankan penyelidikan tidak akan luntur walaupun kita berada di sekolah kelak kerana
dengan menjalankan penyelidikan para guru akan dapat menambahbaik amalan pengajaran.

Akhir kata, saya selaku pengerusi Seminar Penyelidikan Pendidikan ingin mengucapkan tahniah
dan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan seminar ini. Tahniah juga kepada
semua rakan-rakan PISMP Ambilan Jun 2021 kerana berjaya melaksanakan penyelidikan
pendidikan ini yang menjadi wadah untuk meningkatkan profesionalisme kita sebagai guru
terlatih kelak. Semoga penyelidikan ini akan memberikan impak dalam perkembangan endidikan
di sekolah kelak. Selamat maju jaya kepada siswa pendidik ambilan Jun 2017. Semoga kita
sama-sama endidi dalam dunia endidikan kelak.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD MIRZA BIN MASAUD
Ketua Jawatankuasa
Seminar Penyelidikan Pendidikan 2021
PISMP Sains Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2017

5

ISI KANDUNGAN

Ucapan Pengarah…............................................................................................................. iii
Kata Alu-aluan Pengerusi…................................................................................................ iv
v
Kata Alu-aluan Ketua Jawatankuasa................................................................................... vi
Isi kandungan…...................................................................................................................

Kajian Pelajar PISMP Sains Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2017

Kajian Tinjauan

Hubungan Antara Implementasi Elemen Seni Dalam Pengajaran dengan Pemupukan 1

Kemahiran Visualisasi Mental.
Abdul Muhaimin Muhsin dan Azerai Azmi, PhD……………………………………………..

Strategi belajar dan tahap pencapaian akademik dalam kalangan siswa pendidik
IPGKPT. Abdul Qayyum Jasni dan Mohd Kashfi Mohd Jailani…………………………… 7

Tahap Pengetahuan, Kemahiran Berbahasa Inggeris dan Minat Guru Pelatih Sains

terhadap Pelaksanaan DLP.
Fatin Nabilah Nirzaidi dan Mohd Nizam Hj Ijom …………………………………………… 15

Penerapan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) dan Hubungannya dengan Pemupukan

Kemahiran Visualisasi Mental
Muhammad Mirza Masaud dan Azerai Azmi, PhD………………………………….………..... 22

Tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran sains terhadap 28

pelaksanaan KPPB
Muhammad Wafiy Roslee dan Ellyza Hj Karim, PhD……………….………………………

Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Dalam Kalangan Guru Pelatih Sains 35

Nur Atikah Abu Samah dan Syakima Ilyana Ibrahim, PhD…………………………………

Pengetahuan, Kesediaan Kendiri & Sikap Guru Pelatih Terhadap Pelaksanaan

Pendidikan Stem Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
Nur Hayati Ahmad dan Hariah Munip, PhD…………………………………………………... 42

Kajian Tindakan

Penggunaan Kaedah Pengajaran Berasaskan Permainan Digital Bagi Meningkatkan

Minat dan Penguasaan Konsep Sains Murid Tahun 3 50
Irna Zuriany Zulkefli dan Hairiah Munip, PhD……………. …………………………………

6

Meningkatkan pemahaman murid melalui Kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek 59

secara Pertandingan Dengan Menggabungankan dua konsep sains
Mohd Aiman Hazim dan Muhd Fariz Ismail, PhD……………………………………………

Menambah Baik Amalan Set Induksi Dengan Menggunakan Kaedah ‘HASS’
Muhammad Syahiran dan Syakima Ilyana Ibrahim, PhD…………………………………… 71

Pengaplikasian Teknik Didik Hibur dalam Penyampaian Konsep Sains bagi

Meningkatkan Pembelajaran Sains Murid Tahun 4
Muhammad Faiz Hakim dan Haslinah Abdullah……………………………………………… 74

Penggunaan Kaedah Mnemonik Dalam Meningkatkan Keupayaan Ingatan Murid Tahun

5 Untuk Memahami Konsep Sains
Muhamad Zuhaily Zulkefly dan Haslinah Abdullah………………………………………… 80

Menambah baik penyampaian arahan semasa menjalankan aktiviti dan eksperimen 86

dengan kaedah arahan bergambar
Nur Ajwa Shaharuddin dan Tan Mun Wai…………………………………………………….

Meningkatkan Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Kumpulan Menggunakan Aplikasi 92
Jamboard
Nur Saiyidah Afiqah dan Norisah Mohamed Nor……………………………………………

Penggunaan Multimedia dalam Meningkatkan Kemahiran Penyampaian Guru dalam 97

Konsep Sains Tahun 5 bagi Tajuk Cahaya
Siti Nurnajwa Shaimi dan Ling Pick Yieng………. …………………………………………..

7

HUBUNGAN ANTARA IMPLEMENTASI ELEMEN SENI DALAM PENGAJARAN
DENGAN PEMUPUKAN KEMAHIRAN VISUALISASI MENTAL

Muhaimin Muhsin
Azerai Azmi, Ph.D

[email protected]
[email protected]

Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek,
Negeri Sembilan

ABSTRAK

Bermula pada tahun 2013 STEM telah diubah kepada STEAM, dengan menggabung jalinkan elemen kesenian
atau arts ke dalam pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Maeda, 2013). Namun, kajian
berkaitan tentang elemen seni dalam pengajaran aliran STEM masih lagi terhad. Sehubungan itu, kajian tinjauan
ini bertujuan untuk mengkaji tahap implementasi elemen seni dalam pengajaran pensyarah IPGKPT mengikut
persepsi guru pelatih aliran STEM IPGKPT dan tahap kemahiran visualisasi mental guru pelatih aliran STEM
IPGKPT. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara implementasi elemen seni
dalam pengajaran dengan kemahiran visualisasi mental guru pelatih aliran STEM IPGKPT. Responden kajian ini
berjumlah 175 orang guru pelatih aliran STEM di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik yang terdiri
daripada 39 orang guru pelatih Sains, 61 orang guru pelatih Reka Bentuk Teknologi dan 75 orang guru pelatih
Matematik. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik berskala lima likert sebagai instrument kajian.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program Stastical Packages Of Science Social (SPSS) versi 26.
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap implementasi elemen seni dalam pengajaran secara
keseluruhan adalah tinggi (min=4.11). Selain itu, tahap kemahiran visualisasi mental juga menunjukkan skor min
pada tahap tinggi (min=3.83). Hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan
signifikan tetapi sederhana antara implimentasi elemen seni dalam pengajaran dengan kemahiran visualisasi
mental (r=.585). Kajian ini dapat memberi maklum balas kepada KPM dan IPGM tentang keberkesanan kursus
Elemen Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
serta keberkesanan kaedah pengajaran menggunakan elemen seni dalam pengajaran dalam kalangan pensyarah
dan guru pelatih seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan bagi mencapai kualiti pendidikan bertaraf
antarabangsa. Kajian selanjutnya boleh diperluaskan dengan mengambil kira sampel kajian daripada 27 buah
kampus IPG di seluruh Malaysia supaya dapatan kajian dapat digeneralisasikan kepada guru pelatih di IPG.

Kata kunci: Seni Dalam Pendidikan (SDP), STEM, Visualisasi Mental.

PENGENALAN

Secara umumnya, elemen seni adalah berkait dengan estetika kehidupan yang merangkumi aspek-
aspek jasmani dan rohani. Perkaitan ini menjadikan seni relevan untuk dijadikan sebagai satu
pendekatan atau kaedah pengajaran dalam pendidikan. Menurut Tung (2019), Seni Dalam Pendidikan
(SDP) merangkumi tiga elemen penting iaitu seni visual, seni pengerakan dan seni muzik. Walau
bagaimanapun, SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni
fotografi dan seni mempertahankan diri (Edward Loduni, 2007). Menurut Edward Loduni lagi, Seni
Dalam Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha perkembangan kanak-kanak
bagi meningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti. Tujuan seni diaplikasikan dalam pendidikan
adalah untuk melahirkan individu pelajar yang berbudaya tinggi dengan mengamalkan pertimbangan
kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri. Secara langsung, pengabungan tiga
elemen seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan membantu dalam
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Melalui SDP, guru perlu mengambil langkah dalam mengimplementasikan elemen seni dalam
pengajaran agar menjadi lebih berkesan dan mampu menarik perhatian serta memudahkan proses
pemahaman sesuatu konsep yang sukar. SDP berkait rapat dengan kemahiran visualisasi mental yang
berupaya membantu murid mencipta kefahaman ke arah perkara abstrak. Menurut Fatimah Ismail

8

(2015), kemahiran visualisasi mental berkait rapat dengan imaginasi seseorang individu dalam
membuat interpretasi yang berbeza. Individu yang mempunyai kemahiran visualisasi mental ini
memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan berupaya mencipta sesuatu yang kreatif mengikut
imaginasi mereka.

PERNYATAAN MASALAH

Meskipun telah banyak usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan minat pelajar
dan masyarakat dalam bidang STEM, namun pola kemerosotan tetap berlaku. Antara faktor yang
menyumbang kepada kemerosotan pelajar dalam aliran sains adalah seperti motivasi pelajar,
pengajaran guru, kepimpinan sekolah, bentuk pentaksiran dan juga demografi. Kaedah dan
amalan PdP oleh guru memberi kesan langsung kepada persepsi dan kerisauan pelajar dalam
usaha untuk menguasai matapelajaran Sains dan Matematik. Justeru, hal ini menunjukkan
peranan guru di dalam penyampaian PdP sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan pelajar
berkaitan bidang STEM. Grasha (2004) menyatakan bahawa gaya pengajaran guru amat penting
dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang ideal dalam bilik darjah .Oleh itu, adalah penting
untuk mengenal pasti gaya pengajaran yang diamalkan dalam kalangan guru atau pensyarah mata
pelajaran pendidikan STEM di sekolah mahupun di institusi pendidikan di mana dapat memberikan
pencapaian yang positif serta meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar terhadap
pendidikan STEM.

Model kemahiran berfikir membahagikan kemahiran berfikir kepada dua domain iaitu kemahiran
berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Salah satu elemen dalam domain kemahiran berfikir kreatif
adalah kemahiran visualisasi mental. Kemahiran tersebut adalah berkaitan dengan kebolehan
mendapatkan maklumat dan konsep dari ingatan dan menyimpannya semula dalam ingatan jangka
panjang. Kemahiran visualisasi mental merupakan sebahagian kemahiran yang penting dalam proses
pembelajaran Sains. Namun, Lilia (2013) dalam kajiannya mendapati bahawa 65% pelajar di Malaysia
masih belum mampu menunjukkan kefahaman yang mendalam terhadap sesetengah konsep yang
kompleks dan abstrak dalam mata pelajaran Sains tulen. Isu ini bukan sahaja melibatkan pengajaran
guru dalam menyampaikan ilmu untuk konsep-konsep tertentu (Tengku Zawawi, Ramlee & Abdul
Razak, 2009). Malah, isu ini juga turut melibatkan masalah pelajar dalam penguasaan konsep abstrak
sains. Sekiranya kedua-dua isu ini berlarutan, penguasaan mata pelajaran sains dalam kalangan
pelajar akan terus merudum. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran visualisasi mental juga sangat
perlu dititik beratkan dan diberi perhatian yang serius bagi mengelakkan pencapaian mata pelajaran
sains terus merosot.

OBJEKTIF KAJIAN

1.Mengenal pasti tahap implementasi elemen seni dalam pengajaran pensyarah mengikut persepsi
guru pelatih aliran STEM IPGKPT.

2.Mengenal pasti tahap pemupukan kemahiran visualisasi mental di dalam kalangan guru pelatih
aliran STEM IPGKPT.

3.Mengenal pasti hubungan di antara implementasi elemen seni dalam pengajaran pensyarah dengan
pemupukan kemahiran visualisasi mental di dalam kalangan guru pelatih aliran STEM IPGKPT.

PERSOALAN KAJIAN

1.Apakah tahap implementasi elemen seni dalam pengajaran pensyarah mengikut persepsi guru
pelatih aliran STEM IPGKPT?

2.Apakah tahap kemahiran visualisasi mental dalam kalangan guru pelatih aliran STEM IPGKPT?
3.Adakah terdapat hubungan antara implementasi elemen seni dalam pengajaran pensyarah dengan

tahap kemahiran visualisasi mental di dalam kalangan guru pelatih aliran STEM IPGKPT?

9

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini merupakan kajian berbentuk tinjuan kuantitatif deskriptif yang bertujuan untuk
menilai tahap implementasi elemen seni dalam pengajaran pensyarah dengan tahap pemupukan
kemahiran visualisasi mental guru pelatih aliran STEM di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Selain itu,
kajian ini juga dijalankan menggunakan kaedah inferensi kolerasi Pearson ’r’ untuk mengenal pasti
hubungan implementasi elemen seni dalam pengajaran dengan kemahiran visualisasi mental guru
pelatih IPGKPT. Dalam kajian ini, seramai 175 orang guru pelatih aliran STEM telah dipilih
menggunakan kaedah strata dan rawak mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
melalui borang soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian A adalah latar belakang
demografi. Seterusnya Bahagian B terdapat 25 item bagi menentukan tahap implementasi dalam
pengajaran pensyarah melalui persepsi guru pelatih aliran STEM IPGKPT dan Bahagian C pula
terdapat 30 item bagi menentukan tahap kemahiran visualisasi mental guru pelatih aliran STEM
IPGKPT. Selain itu, kajian rintis telah dijalankan terlebih dahulu bagi mendapatkan nilai
kebolehpercayaan instrumen yang dibina dengan nilai keseluruhan Alpha Cronbach yang diperolehi
ialah 0.94. Tambahan pula, Terdapat tiga orang pakar yang telah dilantik sebagai panel pengesahan
bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap implementasi elemen seni dalam pengajaran secara
keseluruhannya berada pada tahap tinggi dengan nilai min 4.11. Dapatan bagi persoalan kajian ini
secara keseluruhan ditunjukkan pada jadual 1.1.

Jadual 1.1: Dapatan Tahap Penerapan Elemen Seni Dalam Pengajaran secara keseluruhan.

Frekuensi (Peratusan)

Skor Skor Skor Skor Skor Min Sisihan Interpretasi
min min min min min Piawai Skor

1.00- 1.90- 2.61- 3.50- 4.30-

1.89 2.60 3.49 4.29 5.00

Implementasi

Elemen Seni 0 1 19 92 63 4.11 .50 Tinggi

Dalam (0) (0.6) (10.8) (52.6) (36.0)

Pengajaran

Penyelidikan ini mendapati tahap implementasi elemen seni dalam pengajaran pensyarah yang
melibatkan elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan secara keseluruhannya berada pada
tahap tinggi. Dapatan kajian ini tidak menyokong kajian Siti Aminah & Fazlinda (2019) yang
menyatakan tahap penggunaan kaedah mengajar yang menggunakan bbm berteraskan elemen seni
visual berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini menyokong kajian oleh
See (2019) yang menyatakan tahap penerapan elemen seni dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani, matematik dan kemahiran hidup berada pada tahap tinggi. Walau
bagaimanapun dapatan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh See (2019) mengkaji penerapan
elemen seni dalam pengajaran dan pembelajaran dalam konteks guru sekolah di sekolah tetapi kajian
ini mengkaji implementasi elemen seni dalam pengajaran pensyarah IPG. Oleh itu, penyelidik yakin
bahawa kajian ini dapat mengisi kekosongan tersebut. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan
bahawa tahap kemahiran visualisasi mental secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi dengan
nilai min 3.59. Dapatan bagi persoalan kajian ini secara keseluruhan ditunjukkan pada jadual 1.2.

10

Jadual 1.2: Dapatan tahap kemahiran visualisasi mental secara keseluruhan.

Frekuensi (Peratusan)

Skor Skor Skor Skor Skor Min Sisihan Interpretasi
Skor
min min min min min Piawai
Tinggi
1.00- 1.90- 2.61- 3.50- 4.30-

1.89 2.60 3.49 4.29 5.00

Kemahiran

Visualisasi 1 3 39 99 33 3.83 .57

Mental (0.6) (1.7) (22.3) (56.5) (18.9)

Dapatan kajian ini tidak menyokong kajian Fatimah (2015) dan Safarin et al. (2010) yang menyatakan
tahap kemahiran visualisasi mental bagi pelajar lukisan kejuruteraan dan seni visual adalah pada tahap
sederhana. Penyelidik yakin bahawa perbezaan ini adalah kerana peringkat pendidikan lebih tinggi
iaitu guru pelatih pada peringkat sarjana muda aliran STEM mempelajari konsep yang lebih rumit dan
kompleks serta memerlukan kemahiran visualisasi mental yang lebih tinggi berbanding peringkat
sekolah. Dapatan kajian ini juga menyokong dapatan kajian oleh Roszelina (2011) yang menyatakan
bahawa pelajar aliran STEM menerapkan kemahiran visualisasi mental dalam pembelajaran. Malah,
kajian yang dijalankan oleh Kanapathy (2016) juga bersetuju tahap kemahiran visualisasi mental murid
bagi matapelajaran matematik adalah tinggi.

Walaupun bagaimanapun, dapatan kajian oleh Roszelina (2011) mengkaji kemahiran visualisasi
mental dalam konteks sekolah dan matrikulasi tetapi kajian ini mengkaji kemahiran visualisasi mental
dalam konteks IPG. Oleh itu, kajian ini secara langsung dapat mengisi kekosongan tersebut. Kajian ini
turut dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara tahap implementasi elemen seni dalam
pengajaran dengan tahap kemahiran visualisasi mental guru pelatih IPGKPT. Oleh itu, penyelidik telah
membina satu hipotesis nol iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara implementasi elemen
seni dalam pengajaran pensyarah IPGKPT dengan kemahiran visualisasi mental dalam kalangan guru
pelatih aliran STEM IPGKPT. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
implementasi elemen seni dalam pengajaran pensyarah IPGKPT dengan kemahiran visualisasi mental
dalam kalangan guru pelatih aliran STEM IPGKPT (r=.585, p=.000). Oleh itu, hipotesis nol adalah
ditolak. Dapatan persoalan kajian ini ditunjukkan dalam jadual 1.3

Jadual 1.3: Dapatan hubungan antara implementasi elemen seni dalam pengajaran dengan kemahiran

visualisasi mental guru pelatih IPGKPT.

Penerapan PAK-21 Kemahiran

Visualisasi Mental

Implementasi Pearson Correlation 1 .585**

Elemen Seni Dalam

Pengajaran Sig. (2-tailed) .000

N 175 175

Kemahiran Pearson Correlation .585** 1

Visualisasi Mental

Sig. (2-tailed) .000

N 175 175

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Seni dalam pendidikan merupakan cabang ilmu bagi penyuburan dan pengayaan dalam pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Ilmu ini merupakan kemahiran-kemahiran seni yang melibatkan
kemahiran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang membolehkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih dinamik. Walaupun terdapat kajian-kajian terdahulu yang berkaitan
dengan seni dalam pendidikan dijalankan seperti kajian oleh Siti Aminah & Fazlinda (2019) namun
tiada kajian khusus untuk mengenal pasti hubungan antara implementasi elemen seni dengan
kemahiran visualisasi mental. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan
dapatan yang selari dengan kajian ini iaitu hubungan positif sederhana. Kajian oleh Azura & Sabariah
(2014) yang mendapati yang mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana antara
tahap penggunaan bahan visual dalam pengajaran guru teknikal dengan kemahiran literasi visual

11

pelajar. Begitu juga dengan kajian Nofa Kristanti (2010) berkenaan tahap hubungan penggunaan
visual-audio dengan pembelajaran masteri yang menunjukkan hubungan positif sederhana. Dapatan
ini menerangkan bahawa implementasi elemen seni visual dan seni muzik meningkatkan pemahaman
konsep murid di Indonesia.

Seterusnya, kajian ini juga selari dengan kajian dapatan dari kajian oleh Fatimah (2015) iaitu terdapat
hubungan positif sederhana di antara tahap kemahiran menvisualisasi ruang dengan tahap
pencapaian. Begitu juga dengan kajian oleh Sukri (2007) menunjukkan hubungan sederhana positif
antara kemahiran kognitif visual dengan pencapaian Sains. Dapatan kajian Safarin et. al (2010) tidak
selari dengan dapatan kajian ini iaitu tiada hubungan antara kemahiran visualisasi mental dengan gaya
pembelajaran pelajar. Kesimpulannya, kemahiran visualisasi mental mampu meningkatkan
pencapaian berdasarkan kajian Fatimah (2015) dan Sukri (2007). Penyelidik juga percaya elemen seni
dalam pengajaran merupakan sebuah pedagogi yang sesuai untuk mengasah kemahiran visualiasasi
kerana melibatkan elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang membantu memahami
sesuatu konsep yang diajarkan oleh guru.
Disebabkan tiada penyelidikan terdahulu yang khusus untuk mengenal pasti hubungan antara
implementasi elemen seni dalam pengajaran dengan kemahiran visualisasi mental, maka secara
langsung dapatan serta perbincangan kajian ini mengisi kekurangan dan menambah sumber rujukan
berkaitan implementasi elemen seni dalam pengajaran dengan kemahiran visualisasi mental.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Secara keseluruhannya hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap implementasi elemen seni
dalam pengajaran adalah tinggi. Manakala tahap kemahiran visualisasi mental juga menunjukkan nilai
min pada tahap yang tinggi. Selain itu, hasil dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara implementasi elemen seni dalam pengajaran dengan kemahiran
visualisasi mental. Kajian ini diharapkan dapat memberikan impak terhadap teori-teori yang digunakan
dalam kajian ini dimana dapatan kajian ini membuktikan kerelevenan teori-teori serta menghasilkan
cambahan pengetahuan baharu terhadap teori. Selain itu, dapatan kajian ini juga diharapkan dapat
memberikan impak terhadap amalan terutama kepada pihak-pihak yang berkepentingan seperti IPGM,
pensyarah dan guru pelatih seperti memberikan maklum balas kepada pensyarah dan pihak IPGM
tentang keberkesanan kursus Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang ditawarkan di dalam Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Memandangkan kajian ini mempunyai keterbatasannya tersendiri,
maka cadangan kajian lanjutan boleh dilaksanakan dengan meluaskan sampel kajian kepada seluruh
guru pelatih IPG di Malaysia supaya hasil dapatan kajian boleh digeneralisasikan kepada seluruh guru
pelatih IPG. Kesimpulannya, dapatan kajian ini Berjaya membuktikan keberkesanan implementasi
elemen seni dalam kaedah pengajaran pensyarah telah memberikan impak yang positif terhadap
kemahiran visualisasi mental guru pelatih.

RUJUKAN

Abdullah, S., & Ahmad, N. S. (2017). Keberkesanan Aplikasi Youtube Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sains Kejuruteraan di Politeknik Seberang Perai. In e-Proceedings iCompEx17
Academic Paper.

Adnan, M., Ayob, A., Tek, O. E., Ibrahim, M. N., Ishak, N., & Sheriff, J. (2017). Memperkasa
pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanakkanak: Kajian kebolehlaksanaan dan
kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara (Enhancing
Malaysian human capital from early childhood: A study in the feasibility and integratability of
the STEM system in the PERMATA Negara curriculum). Geografia-Malaysian Journal of
Society and Space, 12(1).

Anis, S. K., (2010). Hubungan Antara Penglibatan Dalam Aktiviti Praktikal, Keupayaan Visualisasi
Spatial Dan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Vokasional. Ijazah Sarjana
Pendidikan Teknikal: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Ariffin, A., Razali, N. M., Hamzah, N., Subramaniam, T. S., & Rubani, S. N. K. (2017). Tahap Kemahiran
Visualisasi Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di UTHM. Online Journal for TVET
Practioners, 2(2).

12

Bahrum, S., & Ibrahim, M. N. (2018). Kebolehgunaan Modul “steAm” dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. KUPAS SENI: Jurnal Seni dan
Pendidikan Seni, 6.

Ramadas, J. (2009). Visual and spatial modes in science learning. International Journal of Science
Education, 31(3), 301-318.

Ramli, A. A., & Ibrahim, N. H. (2017). Q-STEM Module Promotes Al-Quran Appreciation in Teaching
STEM. In 2017 7th World Engineering Education Forum (WEEF) (pp. 623-627). IEEE.

Roszelina Rahman & Maria Salih. (2011). Visualisasi mental dalam kalangan pelajar Biologi terhadap
konsep abstrak osmosis. Disertasi Sarjana yang tidak diterbitkan, Fakulti Sains dan Teknologi,
Tanjong Malim, UPSI

13

STRATEGI BELAJAR DAN TAHAP PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN
SISWA PENDIDIK IPGKPT

Abdul Qayyum bin Jasni
Mohd Kashfi bin Mohd Jailani

[email protected]
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek,
Negeri Sembilan

Abstrak
Kajian tinjauan kuantitatif yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan di antara strategi-strategi belajar
yang diamalkan oleh siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik.
Metadologi yang digunakan di dalam kajian ini ialah analisis secara deskriptif iaitu menggunakan min, peratus,
sisihan piawai, kekerapan serta ujian-t menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Seramai 86 siswa pendidik
pengkhususan sains IPGKPT yang dipilih sebagai responden kajian melalui teknik rawak kelompok.
Kebolehpercayaan soal selidik diukur menggunakan SPSS versi 26.0. Soal selidik strategi-strategi belajar yang
diamalkan oleh siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik
mengandungi dua bahagian yang mempunyai 33 item. Dapatan kajian seterusnya yang menggunakan statistik
inferensi statistik ujian-t menunjukkan terdapat dua strategi belajar yang tidak mempunyai perbezaan yang
signifikan berdasarkan tahap pencapaian akademik iaitu prinsip-prinsip belajar dan strategi mengulangkaji
pelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan tiga strategi belajar yang mempunyai perbezaan yang signifikan
berdasarkan tahap pencapaian akademik iaitu mengatur waktu belajar, strategi mengikuti kuliah dan strategi
menghadapi peperiksaan. Oleh itu, implikasi kepada kajian ini ialah siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT
boleh mempertingkatkan tahap pencapaian akademik dengan menggunakan strategi-strategi belajar yang
cemerlang seperti rakan-rakan yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang cemerlang. Selain itu, pihak
pensyarah sains IPGKPT boleh membuat aktiviti atau program yang sesuai untuk memastikan semua siswa
pendidik IPGKPT memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang pada akhir semester.

Kata kunci : strategi-strategi belajar, tahap pencapaian akademik, siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT

PENGENALAN

Menurut Yahaya & Majid (2011), Pencapaian akademik yang baik adalah apabila seseorang telah
berjaya meningkatkan batas kemampuannya ke tahap yang paling maksimum bagi dirinya mengikut
ukuran yang ditetapkan ataupun mengikut ukuran yang dibuat bagi golongan yang sebaya dengannya.
Walaubagaimapun, kita perlu menerima hakikat bahawa pencapaian akademik yang baik sinonim
dengan prestasi di dalam peperiksaan. Jadi, tinggi atau rendah pencapaian akademik seseorang itu
bergantung kepada gred atau markah yang diperolehi olehnya semasa menduduki peperiksaan. Ini
bererti semakin tinggi gred yang diperolehi seorang pelajar, semakin dekat ia mencapai tahap
pencapaian akademik yang dikatakan cemerlang. Oleh yang demikian, untuk mencapai gred yang
tinggi di dalam peperiksaan dan mendapat tahap pencapaian akademik yang dikatakan cemerlang,
seorang pelajar perlu mengkaji dan menjalankan pelbagai faktor penyumbang. Menurut Mace (1976),
faktor penyumbang kepada kejayaan pelajar di dalam akademik ialah kecerdasan intelek, daya usaha
yang berlebihan dan tumpuan yang diberikan semasa proses pembelajaran dan pengajaran.
Walaubagaimanapun, faktor-faktor ini sahaja tidak akan menjamin pencapaian akademik yang baik
jika seseorang pelajar itu tidak mempunyai strategi atau cara belajar yang berkesan. Menurut Khalid
(2005), strategi-strategi belajar yang baik seperti mengatur waktu belajar yang baik, mengenali gaya
belajar diri sendiri dan mempunyai prinsip-prinsip belajar haruslah digunakan untuk menjamin
pencapaian akademik yang baik. Oleh itu, setiap pelajar terutamanya siswa pendidik haruslah
mengamalkan strategi ini untuk memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang dan mencapai
gred yang baik di dalam peperiksaan.

14

PERNYATAAN MASALAH

Keputusan peperiksaan Disember 2020 menunjukkan dengan jelas sekali bahawa siswa pendidik
pengkhususan sains di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik menunjukkan prestasi
yang kurang memberansangkan jika dibandingkan dengan siswa pendidik pengkhususan Agama
Islam, Bahasa Melayu, TESL dan Reka Bentuk Teknologi Perbezaan pencapaian akademik ini boleh
dikaitkan dengan pelbagai faktor. Antara faktornya ialah latar belakang kehidupan individu, sikap,
kecerdasan fikiran, suasana pembelajaran, cara belajar serta pergaulan sosial dengan rakan-rakan.
Faktor-faktor ini sangat penting dengan pencapaian akademik pelajar kerana dengan faktor ini, satu
persekitaran pembelajaran yang sangat kondusif untuk seseorang itu fokus dalam usahanya untuk
menguasai ilmu terutamanya ilmu sains akan terhasil. Perkara ini dikukuhkan lagi apabila faktor-faktor
ini akan membantu melonjakkan prestasi seseorang pelajar walaupun pelajar itu mempunyai
kecerdasan yang sederhana (Phang, Abu, Ali & Salleh 2014). Perkara sebaliknya juga boleh berlaku
iaitu faktor-faktor ini jika tidak diuruskan dengan baik oleh seseorang pelajar atau siswa, ia akan
mempengaruhi pencapaian akademik seseorang walaupun pelajar atau siswa itu mempunyai
kecerdasan yang tinggi. Akhir sekali, faktor-faktor ini boleh dirumuskan sebagai strategi yang
digunakan oleh seseorang itu untuk belajar atau menuntut ilmu (Mohd Yunus Noor, 1990). Ini
bermaksud strategi belajar yang bagus dan cemerlang akan membantu meningkatkan pencapaian
seseorang di dalam peperiksaan. Oleh itu, untuk mengukuhkan perkara ini, satu kajian perlu dilakukan
untuk mengkaji strategi-strategi belajar siswa pendidik pengkhususan sains di Institut Pendidikan Guru
kampus Pendidikan Teknik berdasarkan tahap pencapaian akademik
.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti perbezaan prinsip-prinsip belajar siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT
berdasarkan tahap pencapaian akademik.

2. Mengenalpasti perbezaan mengatur waktu belajar siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT
berdasarkan tahap pencapaian akademik.

3. Mengenalpasti perbezaan strategi mengikuti kuliah siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT
berdasarkan tahap pencapaian akademik.

4. Mengenalpasti perbezaan strategi menghadapi peperiksaan siswa pendidik pengkhususan sains
IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik.

5. Mengenalpasti perbezaan strategi mengulangkaji pelajaran siswa pendidik pengkhususan sains
IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik.

SOALAN KAJIAN

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara prinsip-prinsip belajar siswa pendidik
pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara mengatur waktu belajar siswa pendidik
pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara strategi mengikuti kuliah siswa pendidik
pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara strategi menghadapi peperiksaan siswa
pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik?

5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara strategi mengulang kaji pelajaran siswa
pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik?

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan reka bentuk kuantitatif melalui
kaedah tinjauan. Analisis yang digunakan di dalam kajian ini adalah analisis statistik inferensi. Statistik
inferensi, ujian-t digunakan untuk membandingkan skor min pembolehubah yang berkait dengan
strategi-strategi belajar dan tahap pencapaian akademik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan

15

SPSS (Statistical Package For Social Sciences) versi 26.0. Data yang dikumpul adalah secara
kuantitatif dan hasil data kajian dipersembahkan dalam bentuk carta bar dan jadual.

Persampelan
Populasi kajian ini dianggarkan seramai 108 siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT. Menurut
Krejcie dan Morgan (1970), sampel yang dipilih mewakili populasi dalam kajian yang dijalankan. Saiz
sampel ditentukan dengan mengambil kira aras kesignifikanan pada p< .50 (aras kebolehpercayaan =
95%). Oleh itu, bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah memilih sampel seramai 86 siswa pendidik
pengkhususan sains IPGKPT sebagai sampel dalam kajian ini. Pensampelan adalah proses memilih
sebilangan subjek untuk mewakili populasi yang telah dikenal pasti (Chua, 2012). Oleh itu, seramai 86
siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT dipilih sebagai responden kajian menggunakan teknik
rawak mudah. Menurut Gay, Mills dan Airasian (2006), teknik rawak mudah ini sangat sesuai untuk
dijalankan kepada populasi yang khusus dan mempunyai persamaan yang nyata.

Instrumen Kajian
Soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini dinamakan “Soal Selidik Perbezaan Strategi-strategi
belajar siswa pendidik pengkhususan IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik”. Soal selidik
ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A adalah demografi responden yang berkaitan dengan

jantina, semester dan Purata Nilai Gred (PNG) bagi peperiksaan Disember 2020. Bahagian B adalah
berkaitan dengan strategi-strategi belajar yang diamalkan oleh siswa pendidik pengkhususan sains

IPGKPT. Bahagian B ini mengadungi 30 item. Kesemua item adalah untuk mengetahui lima aspek di
dalam strategi-strategi belajar iaitu prinsip-prinsip belajar, mengatur waktu belajar, strategi mengikuti

kuliah, strategi mengulang kaji dan strategi menghadapi peperiksaan. Kesemua pembolehubah diukur
menggunakan item dalam bentuk pernyataan skala 5-Likert.

Kesahan
Kajian tinjauan ini menggunakan instrument soal selidik yang telah diadaptasi daripada Nurul Farahana
(2013) dan Mohd Kashfi (2000). Kesemua item di dalam soal selidik ini telah dikemukakan kepada tiga
orang pensyarah pakar iaitu pakar dalam bidang ilmu pendidikan untuk menentukan kesahan isi
kandungan, pakar isi kandungan secara keseluhuran dan pakar bidang Bahasa Melayu untuk menilai
Bahasa yang digunakan di dalam instrumen.

Kebolehpercayaan

Hasil analisis Programme Statistical Package for Social Sciences (SPSS), nilai kebolehpercayaan

keseluruhan instrumen ialah .938. Bagi konstruk pula seperti item prinsip-prinsip belajar, item mengatur

waktu belajar, item strategi mengikuti kuliah, item strategi menghadapi peperiksaan dan item strategi

mengulangkaji pelajaran ialah .823, .560, .845, .634, .851 (Jadual 1).

Jadual 1 : Nilai Kebolehpercayaan instrumen

Perkara Nilai Alpha(α)

Item prinsip-prinsip belajar .823
Item mengatur waktu belajar .560

Item strategi mengikuti kuliah .845
Item strategi menghadapi peperiksaan .634
Item strategi mengulangkaji pelajaran .851

Prosedur Pengumpulan Data
Setelah usul kajian dipersetujui oleh penyelia penyelidikan dan diterima dalam sesi pembentangan
Jabatan Sains, penyelidik memohon kebenaran kepada Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik
untuk mengedarkan borang soal selidik kepada guru pelatih Sains. Semua data kajian diperolehi
melalui pentadbiran instrumen oleh penyelidik secara atas talian menggunakan google form dengan
sampel kajian
.
Prosedur Penganalisisan Data
Data yang diperoleh melalui soal selidik telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package for the Social Sciences) versi 26.0. Statistik deskriptif iaitu peratus dan min

16

digunakan untuk menerangkan demografi responden dan PNGK yang diperolehi oleh responden. Bagi
statistik inferensi pula, ujian-t digunakan untuk membandingkan min bagi mengetahui perbezaan
signifikan strategi-strategi belajar siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap
pencapaian akademik. Dapatan-dapatan kajian dibincangkan dan disusun mengikut dua bahagian
utama iaitu bagi bahagian pertama ialah melaporan analisis demografi responden kajian dan kedua
ialah analisis dapatan secara inferensi dengan menggunakan ujian-t. Analisis data inferensi
menggunakan ujian-t dua sampel bebas (independent Sample t-test) bertujuan untuk menentukan
perbezaan min di antara dua kumpulan melibatkan pemboleh ubah nominal iaitu sampel siswa pendidik
pengkhususan sains yang memperolehi tahap pencapaian akademik yang baik dan sampel siswa
pendidik pengkhususan sains yang memperolehi tahap pencapaian akademik yang cemerlang.
Amalan biasa penyelidikan sains sosial adalah paras keyakinan 95%, jadi α=0.05 (p<0.05). Oleh itu,
jika nilai ujian-t yang signifikan ialah pada (p=0.05), jika wujud perbezaan min secara signifikan antara
kumpulan maka nilai ujian-t ialah (p<0.05) dan jika tidak wujud perbezaan min secara signifikan antara
kumpulan maka nilai Ujian t ialah (p>0.05) maka, hipotesis Nul yang ingin diuji oleh kajian adalah
diterima.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Profil Responden
Profil responden kajian ditunjukkan dalam jadual 2, jadual 3 dan jadual 4. Analisis menunjukkan
daripada 86 responden kajian, sebanyak 32.6 peratus (28 orang) merupakan siswa pendidik lelaki dan
67.4 peratus (58 orang) siswa pendidik perempuan yang terlibat dalam kajian ini. Seterusnya, analisis
yang telah dijalankan menunjukkan 22.1 peratus (19 orang) merupakan siswa pendidik daripada
semester 2 PPISMP, 20.9 peratus (18 orang) merupakan siswa pendidik daripada semester 2 PISMP,
16.3 peratus (14 orang) merupakan siswa pendidik daripada semester 4 PISMP, 23.3 peratus (20
orang) merupakan siswa pendidik daripada semester 6 PISMP dan 17.4 peratus (15 orang) merupakan
siswa pendidik daripada semester 8 PISMP. Akhir sekali, sebanyak 64 peratus (55 orang) memperolehi
PNGS di antara 3.00 hingga 3.74 dan sebanyak 36 peratus (31 orang) memperolehi PNGS di antara
3.75 – 4.00. PNGS peperiksaan Disember 2020 menunjukkan pencapaian akademik siswa pendidik
pengkhususan sains IPGKPT.

Jadual 2 :Frekuensi Dan Peratus Responden Kajian Mengikut Jantina

Jantina Frekuensi Peratusan (%)

Lelaki 28 32.6

Perempuan 58 67.4
Jumlah 86 100.0

Jadual 3 :Frekuensi Dan Peratus Responden Kajian Mengikut Semester

Semester Frekuensi Peratusan (%)

2 PPISMP 19 22.1

2 PISMP 18 20.9
4 PISMP 14 16.3
6 PISMP 20 23.3
8 PISMP 15 17.4
86 100.0
Jumlah

Jadual 4 :Frekuensi Dan Peratus Responden Kajian Mengikut PNGS Peperiksaan Disember 2020

PNGS Frekuensi Peratusan (%)

3.00 – 3.74 55 64
3.75 – 4.00 31 36

Jumlah 86 100

17

Perbezaan Yang Signifikan Antara Prinsip-Prinsip Belajar Siswa Pendidik Pengkhususan Sains
IPGKPT Berdasarkan Tahap Pencapaian Akademik

Dapatan kajian menunjukkan purata min bagi siswa pendidik pengkhususan sains yang mendapat
PNGS 3.00 – 3.74 ialah 3.4000 dan purata min min bagi siswa pendidik pengkhususan sains yang
mendapat PNGS 3.75 – 4.00 ialah 3.8602 seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5.

Jadual 5 : Taburan prinsip-prinsip belajar siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan

tahap pencapaian akademik.

Tahap Pencapaian Bilangan (N) Skor Min (M) Sisihan Piawai (SP)

Akademik 55 3.4000 .57252
3.00 – 3.74 31 3.8602 .72405
3.75 – 4.00

Hasil analisis ujian-t menunjukkan nilai sig. (2-tailed) bersamaan dengan .002 iaitu lebih kecil daripada
p<0.05, seperti yang ditunjukkan jadual 6 maka hipotesis nul (Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara prinsip-prinsip belajar siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap
pencapaian akademik) ditolak. Dengan itu, terdapat perbezaan signifikan prinsip-prinsip belajar siswa
pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik. Dapatan kajian ini
disokong oleh Jamaluddin, Wan Waluyati, Sri Artati & Kurnisar (2020) dan ditolak oleh Irhamni, I.
(2019).

Jadual 6 :Ujian-t prinsip-prinsip belajar siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan
tahap pencapaian akademik.

Pencapaian N Skor Min S.P Perbezaan t p
Min -3.248 .002
akademik 55 3.4000 .57252 -.46022
3.00 – 3.74 31 3.8602 .72405 -.46022
3.75 – 4.00

Perbezaan Yang Signifikan Mengatur Waktu Belajar Siswa Pendidik Pengkhususan Sains
IPGKPT Berdasarkan Tahap Pencapaian Akademik

Dapatan kajian menunjukkan purata min min bagi siswa pendidik pengkhususan sains yang mendapat

PNGS 3.00 – 3.74 ialah 3.6364 dan purata min min bagi siswa pendidik pengkhususan sains yang
mendapat PNGS 3.75 – 4.00 ialah 3.7581 seperti yang ditunjukkan jadual 7.

Jadual 7 :Taburan mengatur waktu belajar siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan

tahap pencapaian akademik

Tahap Pencapaian Bilangan (N) Skor Min (M) Sisihan Piawai (SP)

Akademik 55 3.6364 .63432
31 3.7581 .54576
3.00 – 3.74
3.75 – 4.00

Hasil analisis ujian-t menunjukkan nilai sig. (2-tailed) bersamaan dengan .372 iaitu lebih besar daripada
p<0.05 seperti yang ditunjukkan jadual 8. Maka hipotesis nul (Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara mengatur waktu belajar siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap
pencapaian akademik) diterima . Dengan itu, tidak terdapat perbezaan signifikan antara mengatur
waktu belajar siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian akademik.
Dapatan kajian ini disokong oleh Triansyah Opy (2016) dan ditolak oleh Indah Lestari (2015).

Jadual 8 : Ujian-t mengatur waktu belajar siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan

tahap pencapaian akademik

Pencapaian akademik N Skor Min S.P Perbezaan Min t p
55 3.6364 .63432 -.12170 -.897 .372
3.00 – 3.74 31 3.7581 .54576 -.12170
3.75 – 4.00

18

Perbezaan Yang Signifikan Antara Strategi Mengikuti Kuliah Siswa Pendidik Pengkhususan
Sains IPGKPT Berdasarkan Tahap Pencapaian Akademik.

Dapatan kajian menunjukkan purata min bagi siswa pendidik pengkhususan sains yang mendapat
PNGS 3.00 – 3.74 ialah 3.9788 dan purata min min bagi siswa pendidik pengkhususan sains yang

mendapat PNGS 3.75 – 4.00 ialah 4.1290 seperti yang ditunjukkan oleh jadual 9.

Jadual 9 :Taburan strategi mengikuti kuliah siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan

tahap pencapaian akademik.

Tahap Pencapaian Bilangan (N) Skor Min (M) Sisihan Piawai (SP)

Akademik 55 3.9788 .50006
31 4.1290 .43824
3.00 – 3.74
3.75 – 4.00

Hasil analisis ujian-t menunjukkan nilai sig. (2-tailed) bersamaan dengan .166 iaitu lebih besar daripada
p<0.05 seperti yang ditunjukkan oleh jadual 10. Maka hipotesis nul (Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara strategi mengikuti kuliah siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan
tahap pencapaian akademik ) diterima . Dengan itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
strategi mengikuti kuliah siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan tahap pencapaian
akademik. Dapatan kajian ini disokong oleh Oktasari, N. A. (2018) dan ditolak oleh Nurhasanah (2016).

Jadual 10 :Ujian-t strategi mengikuti kuliah siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan

tahap pencapaian akademik.

Pencapaian N Skor Min S.P Perbezaan t p

akademik 55 3.9788 .50006 Min -1.397 .166
31 4.1290 .43824 -.15024
3.00 – 3.74 -.15024
3.75 – 4.00

Perbezaan Yang Signifikan Antara Strategi Menghadapi Peperiksaan Siswa Pendidik
Pengkhususan Sains IPGKPT Berdasarkan Tahap Pencapaian Akademik.

Dapatan kajian menunjukkan purata min bagi siswa pendidik pengkhususan sains yang mendapat
PNGS 3.00 – 3.74 ialah 3.8242 dan purata min min bagi siswa pendidik pengkhususan sains yang

mendapat PNGS 3.75 – 4.00 ialah 3.9462 seperti yang ditunjukkan jadual 11.

Jadual 11: Taburan strategi menghadapi peperiksaan siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT
berdasarkan tahap pencapaian akademik.

Tahap Pencapaian Bilangan (N) Skor Min (M) Sisihan Piawai (SP)

Akademik 55 3.8242 .54661
3.00 – 3.74 31 3.9462 .48950
3.75 – 4.00

Hasil analisis ujian-t menunjukkan nilai sig. (2-tailed) bersamaan dengan .306 iaitu lebih besar daripada
p<0.05 seperti yang ditunjukkan oleh jadual 12. Maka hipotesis nul (Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara strategi menghadapi peperiksaan siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT
berdasarkan tahap pencapaian akademik) diterima. Dengan itu, tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara strategi menghadapi peperiksaan siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT
berdasarkan tahap pencapaian akademik. Dapatan kajian ini disokong oleh Omar El Asfar, AbdulKalk,
Nik Yusuf dan Prof. Madya Dr. Nik Rahimi (2013) dan ditolak oleh Razali, M. S. M., & Raop, N. A.
(2019).

19

Jadual 12 :Ujian-t strategi menghadapi peperiksaan siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT
berdasarkan tahap pencapaian akademik.

Pencapaian N Skor Min S.P Perbezaan t p
Min -1.031 .306
akademik 55 3.8242 .54661 -.12199
3.00 – 3.74 31 3.9462 .48950 -.12199
3.75 – 4.00

Perbezaan Yang Signifikan Antara Strategi Mengulang Kaji Pelajaran Siswa Pendidik
Pengkhususan Sains IPGKPT Berdasarkan Tahap Pencapaian Akademik

Dapatan kajian menunjukkan purata min min bagi siswa pendidik pengkhususan sains yang mendapat
PNGS 3.00 – 3.74 ialah 3.4788 dan purata min min bagi siswa pendidik pengkhususan sains yang

mendapat PNGS 3.75 – 4.00 ialah 3.9785 seperti yang ditunjukkan jadual 13.

Jadual 13 :Taburan strategi mengulang kaji pelajaran siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT

berdasarkan tahap pencapaian akademik.

Tahap Pencapaian Bilangan (N) Skor Min (M) Sisihan Piawai (SP)

Akademik 55 3.4788 .60778
31 3.9785 .54559
3.00 – 3.74
3.75 – 4.00

Hasil analisis ujian-t menunjukkan nilai sig. (2-tailed) bersamaan dengan .000 iaitu lebih kecil daripada
p<0.05 seperti yang ditunjukkan jadual 14. Maka hipotesis nul (Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara strategi mengulang kaji pelajaran siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT
berdasarkan tahap pencapaian akademik) ditolak. Dengan itu, terdapat perbezaan yang signifikan
antara strategi mengulang kaji pelajaran siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT berdasarkan
tahap pencapaian akademik. Dapatan kajian ini disokong oleh Sim, W. L., & Sharaai, A. H. (2012).

Jadual 14 :Ujian-t strategi mengulang kaji pelajaran siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT

berdasarkan tahap pencapaian akademik.

Pencapaian N Skor Min S.P Perbezaan t p

akademik 55 3.4788 .60778 Min -3.795 .000
31 3.9785 .54559 -.49971
3.00 – 3.74 -.49971
3.75 – 4.00

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Kesimpulan
Analisis dapatan kajian mendapati bahawa terdapat strategi belajar yang mempunyai perbezaan yang
signifikan berdasarkan tahap pencapaian akademik dan terdapat strategi belajar yang tidak terdapat
perbezaan yang signifikan berdasarkan tahap pencapaian akademik. Strategi belajar yang terdapat
perbezaan sigfinikan berdasarkan tahap pencapaian akademik ialah prinsip-prinsip belajar siswa
pendidik pengkhususan sains IPGKPT dan strategi mengulang kaji pelajaran siswa pendidik
pengkhususan sains IPGKPT. Strategi belajar yang tidak terdapat perbezaan signifikan berdasarkan
tahap pencapaian akademik ialah mengatur waktu belajar siswa pendidik pengkhususan sains
IPGKPT, strategi mengikuti kuliah siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT dan strategi
menghadapi peperiksaan siswa pendidik pengkhususan sains IPGKPT. Maka dengan itu, kajian ini
menolak hipotesis Nul Ho1, Ho5 dan menerima hipotesis nul Ho2, Ho3 dan Ho4.

Implikasi
Kajian yang telah dijalankan ini akan memberi peluang kepada siswa pendidik pengkhususan sains
IPGKPT untuk mengetahui dan mengenalpasti strategi-strategi belajar yang akan memberikan impak
kepada pencapaian akademik mereka. Selain itu juga kajian ini penting supaya siswa pendidik
pengkhususan sains IPGKPT dapat merangka strategi-strategi belajar yang sesuai dengan gaya
belajar individu. Selain itu, pensyarah-pensyarah di IPGKPT dapat mengetahui kaedah pembelajaran

20

yang lebih baik dengan menyediakan iklim pembelajaran yang positif dan menjalankan sesi pengajaran
dengan kaedah yang lebih menarik. Seterusnya, pihak pentadbir IPGKPT harus bertindak dengan cara
menyediakan program-program jangka panjang dan jangka pendek yang akan membantu siswa
pendidik mengatur strategi-strategi belajar mereka secara sistematik. Akhir sekali, pihak Institut
Pendidikan Guru Malaysi (IPGM) patut memberi pendedahan kepada strategi-strategi belajar yang
positif dan pendedahan ini harus berfokuskan kepada prinsip-prinsip belajar dan teknik mengulang kaji
pelajaran yang berkesan supaya siswa pendidik berjaya memperolehi tahap pencapaian akademik
yang baik.

Cadangan
Cadangan utama yang disyorkan ialah menjalankan kajian tinjauan terhadap perbezaan strategi-
strategi belajar siswa pendidik IPGKPT secara keseluhurannya berdasarkan tahap pencapaian
akademik. Seterusnya, kajian boleh diperluaskan dengan mengkaji perbezaan strategi-strategi belajar
siswa pendidik Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia berdasarkan tahap pencapaian akademik
mereka. Di samping itu, Kajian yang dijalankan hanya ditumpukan kepada strategi-strategi belajar yang
merangkumi prinsip-prinsip belajar, mengatur waktu belajar, strategi mengikuti kuliah, strategi
menghadapi peperiksaan dan strategi mengulang kaji pelajaran. Pengkaji mengesyorkan kajian akan
datang mengubah pembolehubah-pembolehubah lain seperti motvasi, sikap, gaya kehidupan, status
sosioekonomi dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Kajian lanjutan pada masa akan
datang boleh dilakukan secara lebih mendalam seperti mengkaji strategi belajar yang akan
memberikan pengaruh dominan terhadap tahap pencapaian akademik siswa pendidik. Cadangan yang
terakhir ialah Kajian dijalankan dibuka lebih luas dan menyeluruh kepada seluruh siswa pendidik yang
menuntut di IPGKPT tanpa mengira pengkhususan dan semester.

RUJUKAN

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and psychological measurement. 30: 608.

Irhamni, I. (2019). Prinsip-Prinsip Dan Pendekatan Dalam Penilaian Hasil Belajar. Intelektualita, 5(1).
Juliasari, N., & Kusmanto, B. (2016). Hubungan antara manajemen waktu belajar, motivasi belajar, dan

fasilitas belajar dengan prestasi belajar matematika siswa SMP kelas VIII se-Kecamatan
Danurejan Yogyakarta. Union Jurnal Pendidikan Matematika, 4(3), 405-412.
Lestari, I. (2015). Pengaruh waktu belajar dan minat belajar terhadap hasil belajar
matematika. Formatif: jurnal ilmiah pendidikan MIPA, 3(2).
Nurul Farahana Anwar (2013). Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar
aliran vokasional (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Oktasari, N. A. (2018) Hubungan Kuliah Dan Belajar Kelompok Pada Step Vi Tutorial Metode Pbl
Terhadap Pencapaian Prestasi Belajar Mahasiswa Fakultas Kedokteran Universitas.
Salamah, E. R. (2019). Penerapan Prinsip Belajar dan Aplikasinya Pada Mahasiswa Pendidikan Guru
Sekolah Dasar (PGSD) Untuk Meningkatkan Motivasi Belajar. In Prosiding SEMDIKJAR
(Seminar Nasional Pendidikan dan Pembelajaran) (Vol. 3, pp. 372-377).

21

TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN BERBAHASA INGGERIS DAN MINAT
GURU PELATIH MAJOR SAINS TERHADAP PELAKSANAAN
DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

Fatin Nabilah Binti Norzaidi
Mohd Nizam Bin Hj. Ijom

[email protected]
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.

Abstrak

Kajian ini adalah tentang tahap kesediaan pelaksanaan DLP yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap dan
perbezaan yang signifikan dari aspek pengetahuan, kemahiran berbahasa Inggeris dan minat guru pelatih major
Sains dalam pelaksanaan DLP berdasarkan bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek Sains di sekolah
menengah terdahulu. Seramai 70 orang guru pelatih major Sains di sebuah Institut Pendidikan Guru yang terdiri
daripada 40 orang guru pelatih major Sains yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan
30 orang guru pelatih major Sains yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah terlibat
sebagai responden. Instrumen soal selidik yang mempunyai nilai pekali alfa .93 digunakan bagi mengumpulkan
data. Data kajian dianalisis menggunakan analisis data deskriptif dan analisis data inferensi iaitu Ujian-t bagi
menjawab kesemua soalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru pelatih major Sains
berada pada tahap yang tinggi terhadap pelaksanaan DLP dengan nilai min M = 3.92, SP = .70. Tahap kemahiran
berbahasa Inggeris dan tahap minat guru pelatih major Sains pula pada tahap yang sederhana dengan nilai min
masing masing M= 3.43, SP = .62 dan M = 3.64, SP = .697. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan
yang signifikan kemahiran berbahasa Inggeris (p = .817 > .05) manakala terdapat perbezaan yang signifikan
tentang pengetahuan (p = .017 < .05) dan minat (p = .021 > .05) guru pelatih major Sains terhadap pelaksanaan
DLP berdasarkan bahasa pengantar yang digunakan. Kajian ini dapat memberi maklum balas kepada KPM dan
IPGM dalam menangani halangan-halangan yang wujud dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran
berbahasa Inggeris dan minat guru pelatih terhadap pelaksanaan DLP seterusnya membolehkan matlamat DLP
tercapai selaras dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa. Kajian selanjutnya boleh diperluaskan dengan
mengambil kira lebih banyak sampel kajian daripada IPG kampus yang lain serta menggunakan pemboleh ubas
bebas yang lain seperti faktor sosioekonomi keluarga.

Kata kunci: pengetahuan, kemahiran berbahasa Inggeris, minat, bahasa pengantar

PENGENALAN

Menurut aspirasi murid yang ditekankan dalam PPPM 2013-2025 oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (2013), daripada enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing
pada peringkat global ialah kemahiran dwibahasa. Hal ini kerana, melalui tahap penguasaan kedua
dua bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berkemampuan menggunakan
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Kepentingan kemahiran dwibahasa
juga ditekankan dalam PPPM 2013-2025 pada bahagian Anjakan ke-2 iaitu memastikan setiap murid
menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari
bahasa tambahan. Pelaksanaan dasar ini membuktikan bahawa kerajaan telah memberi fokus
terhadap kepentingan bahasa Inggeris di peringkat global bagi meneruskan kesinambungan usaha
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2010 sehingga 2025
(Ismail & Md Yusoff, 2020).

PENYATAAN MASALAH

Terdapat segelintir ibu bapa yang berpendapat bahawa dengan mempelajari Sains dalam Bahasa
Inggeris, masa depan anak-anak akan lebih terjamin kerana mereka akan lebih bersedia untuk
mendepani tahap pendidikan yang lebih tinggi seperti di peringkat ijazah dan sebagainya (Noor
Azimah, 2013). Nadiah & Melor (2018), pula mengatakan bahawa dasar-dasar kerajaan yang baru

22

gagal dilaksanakan disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah kurang kesediaan, kemahiran
dan pengetahuan guru-guru itu sendiri sebagai pihak pelaksana dalam menjalankan DLP. Guru-guru
yang tidak cekap dalam menguasai bahasa Inggeris juga secara tidak langsung akan menecemarkan
kompetensi dan profesionalisme guru kerana akan menyebabkan salah faham dan salah tafsir dalam
penggunaan istilah Sains.

OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih major Sains IPG Kampus Pendidikan Teknik
terhadap pelaksanaan DLP.

ii. Mengenal pasti tahap kemahiran berbahasa Inggeris guru pelatih major Sains IPG Kampus
Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP.

iii. Mengenal pasti tahap minat guru pelatih major Sains IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap
pelaksanaan DLP.

iv. Menentukan perbezaan yang signifikan tentang tahap pengetahuan guru pelatih major Sains IPG
Kampus Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan bahasa pengantar yang
digunakan untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu.

v. Menentukan perbezaan yang signifikan tentang tahap kemahiran berbahasa Inggeris guru
pelatih major Sains IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan
bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu.

vi. Menentukan perbezaan yang signifikan tentang tahap minat guru pelatih major Sains IPG
Kampus Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan bahasa pengantar yang
digunakan untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu.

SOALAN KAJIAN

i. Apakah tahap pengetahuan guru pelatih major Sains IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap
pelaksanaan DLP.

ii. Apakah tahap kemahiran berbahasa Inggeris guru pelatih major Sains IPG Kampus Pendidikan
Teknik terhadap pelaksanaan DLP.

iii. Apakah tahap minat guru pelatih major Sains IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap
pelaksanaan DLP.

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap pengetahuan guru pelatih major Sains
IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan bahasa pengantar
yang digunakan untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu?

v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap kemahiran berbahasa Inggeris guru
pelatih major Sains IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan
bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu?

vi. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap minat guru pelatih major Sains IPG
Kampus Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan bahasa pengantar yang
digunakan untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu?

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan berasaskan reka bentuk tinjauan bagi
mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan minat guru pelatih major Sains di IPG Kampus
Pendidikan Teknik. Reka bentuk ini dipilih kerana ianya boleh menjawab persoalan kajian ini seperti
kajian yang telah dijalankan.

Sampel Kajian
Kajian ini menetapkan bahawa 89 orang guru pelatih major Sains di IPG Kampus Pendidikan Teknik
menjadi populasi sasaran. Berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (1970), saiz sampel yang
dicadangkan ialah seramai 70. Justeru, sejumlah 70 responden telah dipilih secara rawak mudah.

23

Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik kajian ini terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D. Bahagian
A merupakan item tentang aklumat demografi responde., Bahagian B terdiri daripada 10 item tentang
pengetahuan terhadap pelaksanaan DLP. Bahagian C juga terdiri daripada 10 item yang berkisarkan
tentang kemahiran berbahasa Inggeris manakala Bahagian D pula terdiri daripada 10 item yang
berkaitan dengan minat terhadap pelaksanaan DLP.

Kesahan
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada kajian yang telah dijalankan
oleh Norhisham, Norazilawati, & Noraini (2018). Kesemua item yang telah diubahsuai telah disahkan
oleh tiga orang pensyarah pakar iaitu dua orang pakar isi kandungan keseluruhan serta seorang pakar
bahasa yang bertanggungjawab untuk menentukan kesahan isi kandungan serta pembetulan dari
aspek bahasa.

Kebolehpercayaan
Setelah dianalisis melalui program Programme Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi
25, nilai kebolehpercayaan keseluruhan instrument ialah .93. Menurut Fauzi, Jamal, & Mohd Saifoul,
& Zamzuri Noor (2014), nilai kebolehpercayaan Alpha Crobach yang melebihi 0.80 dan 0.90 adalah
sesuai untuk penyelidikan asas dan digunakan untuk situasi masing-masing.

Prosedur Pengumpulan Data
Setelah penyelia penyelidikan menerima dan bersetuju dengan usul kajian. para pengkaji diminta untuk
mengkaji usul kajian dipersetujui oleh penyelia penyelidikan dan diterima dalam sesi pembentangan
Jabatan Sains. Instrumen diedarkan melalui Google Form bagi memudahkan pentadbiran instrumen.

Analisis Data
Data-data yang telah dikumpulkan melalui soal selidik dianalisis menggunakan SPSS versi 25 bagi
menjawab soalan kajian. Data juga dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif iaitu pengiraan
frekuensi, peratus, skor min dan juga sisihan piawai. Kaedah analisisis statistik Ujian-t pula dijalankan
bagi mengenal pasti sekiranya terdapat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran berbahasa Inggeris
dan minat guru pelatih major Sains berdasarkan bahasa pengantar terdahulu dalam melaksanakan
DLP. Sebelum ujian statistik inferensi digunakan, data-data terlebih dahulu diuji dan didapati
mempunyai taburan normal kerana semua data berterabur di sekitar garisan lurus ketika diuji
menggunakan graf Normal Probability Plot (Normal Q-Q Plot). Menurut Cohen, Manion & Morrison
(2017), bagi ujian Normal Probability Plot (Normal Q-Q Plot), sekiranya semua data yang dikumpulkan
bertaburan di sekitar garisan lurus, hal ini bermaksud bahawa data tersebut berterabur secara normal.
Nilai interpretasi skor min pula diambil daripada kajian Norhisham, Norazilawati, & Noraini, 2018).

Jadual 1 : Interpretasi skor min Tahap Pencapaian
Min Skor Rendah Tidak memuaskan

1.00 – 2.33 Sederhana Kurang memuaskan
Tinggi Memuaskan
2.34 – 3.66
3.67 – 5.00

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Profil Sampel
Jadual 3 memaparkan tentang taburan bilangan responden kajian ini mengikut jantina Jadual 3
menunjukkan bahawa 32.9% (23 orang) responden dalam kajian adalah lelaki manakala 67.1% (47
orang) terdiri daripada responden perempuan.Responden kajian ini terdiri daripada 15 orang (21.4%)
guru pelatih Sains ambilan PISMP Jun 2017, 23 orang (32.9%) dalam kalangan ambilan PISMP Jun
2018, 13 orang (18.6%) guru pelatih Sains ambilan Jun 2017, manakala 19 orang (27.1%) yang lain
pula merupakan guru pelatih Sains ambilan PISMP Jun 2020. Analisis data juga menunjukkan tentang

24

taburan bilangan responden mengikut bahasa pengantar sekolah terdahulu sama ada bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris (Jadual 5). Didapati seramai 40 orang (57.1%) menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu manakala seramai 30
orang (42.9%) pula menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk subjek Sains di
sekolah menengah terdahulu.

Jadual 3: Taburan bilangan responden mengikut jantina

Jantina Frekuensi Peratus (%)

Lelaki 23 32.9
67.1
Perempuan 47 100

Jumlah 70

Jadual 4 : Taburan bilangan responden mengikut ambilan

Ambilan Frekuensi Peratus (%)
21.4
PISMP JUN 2017 15 32.9

PISMP JUN 2018 23 18.6
27.1
PISMP JUN 2019 13 100
PISMP JUN 2020 19
Jumlah 70

Jadual 5
Taburan bilangan responden mengikut bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek Sains di
sekolah menengah terdahulu

Bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek Frekuensi Peratus (%)

Sains di sekolah menengah terdahulu

Bahasa Inggeris 40 57.1

Bahasa Melayu 30 42.9

Jumlah 70 100

Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Major Sains dalam Pelaksanaan DLP
Berdasarkan skor min dan interpretasi oleh Norhisham, Norazilawati & Noraini (2018) dapatan kajian
menunjukkan bahawa semua guru pelatih Sains (n=70) mempunyai pengetahuan di tahap yang tinggi
(M=3.92, SP=.70) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6. Dapatan kajian ini menyokong dapatan
kajian Norhisham, Norazilawati & Noraini (2018) yang menyimpulkan bahawa tahap pengetahuan guru
Sains sekolah rendah di daerah Petaling Utama, Selangor terhadap pelaksanaan DLP adalah tinggi
(Min = 3.97). Dapatan kajian Norazilawati, Kung, Noraini, Mahizer & Nor Hasnida (2019) juga
menyokong kajian ini dengan kajian yang dijalankan terhadap 100 guru Sains dan Matematik di daerah
Batang Padang yang mendapat min 3.97. Menurut Jesica & Hamidah (2017), guru tidak seharusnya
ditinggalkan begitu sahaja untuk melaksanakan DLP sebaliknya perlu dibimbing dan sentiasa diberikan
pengetahuan baru tentang proses pelaksanaan DLP.

Jadual 6 : Tahap pengetahuan guru pelatih Sains terhadap pelaksanaan DLP

Min Skor Tahap Pencapaian Frekuensi Min SP
.70
1.00 – 2.33 Rendah Tidak 3 3.92
2.34 – 3.66 Sederhana memuaskan 15
3.67 – 5.00 Tinggi Kurang 52
memuaskan
Memuaskan

25

Tahap Kemahiran Berbahasa Inggeris Guru Pelatih Major Sains dalam Pelaksanaan DLP
Berdasarkan skor min dan interpretasi oleh Norhisham, Norazilawati & Noraini (2018) dapatan kajian
menunjukkan bahawa semua guru pelatih Sains (n=70) mempunyai pengetahuan di tahap yang
sederhana (M=3.43, SP=.62) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7. Dapatan kajian ini menyokong
dapatan kajian oleh Norhisham, Norazilawati & Noraini (2018) yang mendapati bahawa guru Sains
daerah Petaling Utama mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris di tahap yang sederhana (Min =
3.24). Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Husarida & Dollete (2019), di satu sekolah dwi-
bahasa di Indonesia yang mendapati bahawa tahap kemahiran guru-guru untuk menggunakan bahasa
Inggeris dalam pengajaran Sains berada pada tahap sederhana (Min = 2.75) kerana sekolah-sekolah
tersebut kurang menyediakan fasiliti dan program yang menggalakkan komuniti sekolah untuk
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pelbagai program yang menggalakkkan penggunaaan
bahasa Inggeris boleh dilaksanakan kerana masyarakat Malaysia lebih memilih untuk menggunakan
bahasa Melayu kerana tidak mahu keluar daripada zon selesa dengan menggunakan bahasa Inggeris
(Melor & Saiful Islam, 2017). Namun, dapatan kajian Nadiah & Melor (2018) terhadap 22 orang guru
daripada 8 buah sekolah di Wilayah Persekutuan yang melaksanakan DLP dalam pengajaran
Matematik dan Sains pula berada pada tahap yang tinggi dan tidak menyokong kajian ini kerana 15
daripada 22 orang guru (68.2%) mahir dan cekap mengggunakan bahasa Inggeris.

Jadual 7 : Tahap kemahiran berbahasa Inggeris guru pelatih Sains terhadap pelaksanaan DLP

Min Skor Tahap Pencapaian Frekuensi Min SP

1.00 – 2.33 Rendah Tidak 1 3.43 .62
2.34 – 3.66 Sederhana memuaskan 48
3.67 – 5.00 Tinggi Kurang 21
memuaskan
Memuaskan

Tahap Minat Guru Pelatih Major Sains dalam Pelaksanaan DLP
Berdasarkan skor min dan interpretasi oleh Norhisham, Norazilawati & Noraini (2018) dapatan kajian
menunjukkan bahawa semua guru pelatih Sains (n=70) mempunyai pengetahuan di tahap yang
sederhana (M=3.64, SP=.697) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8. Kajian Norhisham,
Norzailawati dan Noraini (2018) terhadap 100 orang guru Sains juga menyokong kajian ini dengan nilai
min yang sederhana iaitu 3.46. Sehubungan dengan itu, nilai min ini menunjukkan tahap minat
terhadap pelaksanaan DLP dalam kalangan guru pelatih Sains adalah sederhana. Dapatan kajian ini
juga menyokong dapatan kajian yang dijalankan oleh Norazilawati, Kung, Noraini, Mahizer & Nor
Hasnida (2019) yang mengkaji tahap minat 100 guru Sains dan Matematik terhadap pelaksanaan DLP
juga berada pada tahap yang sederhana (Min = 3.44).

Jadual 8 : Tahap minat guru pelatih Sains terhadap pelaksanaan DLP

Min Skor Tahap Pencapaian Frekuensi Min SP
3.64 .697
1.00 – 2.33 Rendah Tidak 3
2.34 – 3.66 Sederhana memuaskan 31
3.67 – 5.00 Tinggi Kurang 36
memuaskan
Memuaskan

Perbezaan yang Signifikan tentang Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Major Sains Terhadap
Pelaksanaan DLP Berdasarkan Bahasa Pengantar yang Digunakan untuk Subjek Sains di
Sekolah Menengah Terdahulu.
Jadual 9 menunjukkan perbezaan nilai skor min pengetahuan terhadap pelaksanaan DLP bagi
responden yang menggunakan bahasa Inggeris (M = 4.10) dan bahasa Melayu (M = 3.69) sebagai
bahasa pengantar untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu. Oleh sebab nilai signifikan (2-
tailed), p bersamaan dengan 0.017 iaitu nilai p < 0.05 maka hipotesis nul bagi persoalan kajian 1

26

ditolak. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap pengetahuan guru pelatih
pengkhususan Sains IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan bahasa
pengantar yang digunakan untuk subjek sains di sekolah menengah terdahulu sama ada bahasa
Melayu atau bahasa Inggeris. Dapatan ini juga menunjukkan nilai skor min yang lebih tinggi untuk
responden yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar iaitu 4.10. Rentetan itu,
dapatan ini juga menunjukkan bahawa guru pelatih yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar adalah lebih berpengetahuan dalam pelaksanaan DLP.

Jadual 9 : Nilai signifikan Ujian-t tentang tahap pengetahuan guru pelatih major Sains IPG Kampus
Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan bahasa pengantar yang digunakan untuk
subjek sains di sekolah menengah terdahulu.

Bil M SP p

Bahasa Inggeris 40 4.10 .55 .017

Bahasa Melayu 30 3.69 .82

Perbezaan yang Signifikan tentang Tahap Kemahiran Berbahasa Inggeris Guru Pelatih Major
Sains Terhadap Pelaksanaan DLP Berdasarkan Bahasa Pengantar yang Digunakan untuk
Subjek Sains di Sekolah Menengah Terdahulu.
Jadual 10 menunjukkan perbezaan nilai skor min kemahiran berbahasa Inggeris terhadap pelaksanaan
DLP bagi responden yang menggunakan bahasa Inggeris (M = 3.45) dan bahasa Melayu (M = 3.41)
sebagai bahasa pengantar untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu. Oleh sebab nilai
signifikan (2-tailed), p bersamaan dengan 0.817 iaitu nilai p > 0.05 maka hipotesis nul bagi persoalan
kajian 2 diterima. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap kemahiran
berbahasa Inggeris guru pelatih major Sains IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan
DLP berdasarkan bahasa pengantar yang digunakan untuk subjek sains di sekolah menengah
terdahulu sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Dapatan ini juga menunjukkan nilai skor
min bagi responden yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ialah 3.45
manakala bagi bahasa Melayu ialah 3.41.

Jadual 10 :Nilai signifikan Ujian-t tentang tahap kemahiran berbahasa Inggeris guru pelatih major Sains
IPG Kampus Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan bahasa pengantar yang
digunakan untuk subjek sains di sekolah menengah terdahulu

Bil M SP p

Bahasa Inggeris 40 3.45 .60 .817

Perbezaan yang Signifikan tentang Tahap Minat Guru Pelatih Major Sains Terhadap
Pelaksanaan DLP Berdasarkan Bahasa Pengantar yang Digunakan untuk Subjek Sains di
Sekolah Menengah Terdahulu.
Jadual 11 menunjukkan perbezaan nilai skor min minat terhadap pelaksanaan DLP bagi responden
yang menggunakan bahasa Inggeris (M = 3.81) dan bahasa Melayu (M = 3.42) sebagai bahasa
pengantar untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu. Oleh sebab nilai signifikan (2-tailed), p
bersamaan dengan 0.021 iaitu nilai p < 0.05 maka hipotesis nul bagi persoalan kajian 3 ditolak. Oleh
itu, terdapat perbezaan yang signifikan tentang tahap minat guru pelatih major Sains IPG Kampus
Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan bahasa pengantar yang digunakan untuk
subjek sains di sekolah menengah terdahulu sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Dapatan
ini juga menunjukkan nilai skor min yang lebih tinggi untuk responden yang menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar iaitu 3.81. Rentetan itu, dapatan ini juga menunjukkan bahawa
guru pelatih yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah lebih berminat
dengan pelaksanaan DLP.

27

Jadual 11 : Nilai signifikan Ujian-t tentang tahap minat guru pelatih major Sains IPG Kampus
Pendidikan Teknik terhadap pelaksanaan DLP berdasarkan bahasa pengantar yang digunakan untuk
subjek sains di sekolah menengah terdahulu.

Bil M SP p

Bahasa Inggeris 40 3.81 .55 .021

Bahasa Melayu 30 3.42 .81

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Kesimpulan
Tahap pengetahuan guru pelatih major Sains IPG Kampus Pendidikan Teknik dalam pelaksanaan DLP
adalah tinggi. Tahap kemahiran berbahasa Inggeris dan tahap minat guru pelatih major Sains IPG
Kampus Pendidikan Teknik dalam pelaksanaan DLP pula berada pada tahap sederhana. Terdapat
perbezaan yang sigifikan dari aspek pengetahuan dan minat bagi guru pelatih major Sains IPG
Kampus Pendidikan Teknik yang menggunakan bahasa Melayu dan juga bahasa Ingeris sebagai
bahasa pengantar untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu. Manakala, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dari aspek kemahiran berbahasa Inggeris bagi guru pelatih major Sains IPG
Kampus Pendidikan Teknik yang menggunakan bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu. Dapat disimpulkan bahawa
guru-guru pelatih masih kurang kemahiran untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bahasa
pengantar yang digunakan untuk subjek Sains di sekolah menengah terdahulu tidak memberikan
kesan kepada kemahiran berbahasa Inggeris responden sekarang kerana kemahiran berbahasa
Inggeris itu boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Cadangan
Kajian yang akan datang boleh melibatkan pelajar yang terdiri daripada jurusan lain dengan jumlah
responden yang lebih ramai. Selain itu, sampel kajian ini juga boleh melibatkan kesemua peringkat
pengajian di Malaysia, serta boleh dijalankan dalam kajian perbandingan antara lokasi di Malaysia. Ini
menjadi satu usaha untuk pengkaji akan datang bertukar maklumat mengenai kesediaan terhadap
pelaksanaan DLP dengan negeri lain. Pengkaji akan datang juga boleh memilih pemboleh ubah bebas
yang lain seperti tahap sosisoekonomi keluarga responden. Hal ini demikian kerana, perbezaan
keluarga dari segi sosioekonomi sedikit sebanyak mempengaruhi tahap kemahiran berbahasa Inggeris
bagi responden.

Implikasi
Guru pelatih dapat menilai diri sendiri dan perlulah cakna akan perubahan-perubahan baru dalam
dasar baharu seperti DLP supaya sentiasa bersedia untuk melaksanakan DLP di sekolah sekolah
semasa berpraktikum dan juga selepas ditempatkan. IPGM boleh berkolaborasi bekerjasama
mengadakan program dengan sekolah-sekolah yang melaksanakan DLP di sekitar IPG supaya dapat
menjadi persediaan kepada guru pelatih. KPM perlu menumpukan lagi perhatian terhadap proses DLP
dalam kalangan guru pelatih supaya program DLP dapat ditambah baik dan mencapai objektifnya.
Antara peranan yang boleh dilakasanakan oleh KPM ialah melaksanakan program DLP dengan lebih
konsisten terhadap guru pelatih bagi meningkatkan tahap minat dan kemahiran guru pelatih.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam
Penagajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language
Education Journal – MyLEJ), 3(2), 46-63. doi:2180-4842

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, & Ishak, S. (2013). Interaksi Lisan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM , 42-51.

Farah Nur, A. H., & Maslida Yusof. (2015). Analisis Struktur Fokus Dalam Komunikasi Arahan Guru
dalam Bilik Darjah. Jurnal Melayu Bil. 14(2), 346-361.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, AB. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011).
Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan
Islam Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal Of Islamic And Arabic Education, 3(1), 59-74.

28

M. Sadiq. (2013). Use of Photographs as a Powerful Tool in Teaching/ Learning Environment: An
Experience. 5th International Conference on Education and New Learning Technologies (pp.
1788-1792). Barcelona, Spain: Edulearn 13 Proceedings.

Mohd Suhaimi Bin Omar, Noor Shah Saad, & Mohd. Uzi Dollah. (2017). Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia,
32-46.

Norfarizah Mohd Bakhir, & Mohd Zazril Ikhmal Zamri. (2016). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Berasaskan Papan Pelbagai Sentuh Untuk Pembelajaran Sains Tahun Tiga. Conference
Proceeding: 2nd International Conference On Creative Media, Design & Technology
(REKA2016).

Syamsulaini Sidek, & Mashitoh Hashim. (2016). Pengajaran Berasaskan Video Dalam Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar, Analisis dan Kajian. Journal of ICT in Education (JICTIE), 3, 24-33.
doi:2289-7844

Wan Nur Izzati Wan Ab Hamid. (2011). Tahap Keyakinan Dan Sikap Guru Terhadap Pengajaran
Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Zon Skudai dan Nusajaya. Johor Bahru: Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Welch, B.K., & Bonnan-White, J. (2012). Twittering to increase student engagement in the university
classroom. Knowledge Management and E-Learning, 4(3), 325–345.

Zamri Mahamod, & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran
Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 51-65.

Zamri Mahamod, Nor Razah Lim. (2016). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pengajaran
Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 51-65.

29

PENERAPAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DAN HUBUNGANNYA DENGAN
KEMAHIRAN VISUALISASI MENTAL

Mirza Masa’ud
Azerai Azmi, Ph.D

[email protected]
[email protected]

Jabatan Sains, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap penerapan PAK-21 dalam kalangan pensyarah IPGKPT
mengikut persepsi guru pelatih aliran STEM dan tahap pemupukan kemahiran visualisasi mental dalam kalangan
pelajar aliran STEM IPGKPT. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap penerapan
PAK-21 dalam kalangan pensyarah dengan tahap kemahiran visualisasi mental dalam kalangan pelajar IPGKPT.
Seramai 175 guru pelatih aliran STEM di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik yang terdiri daripada
39 orang guru pelatih Sains, 75 orang guru pelatih Matematik dan 61 orang guru pelatih RBT terlibat sebagai
responden. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap penerapan PAK-21 secara keseluruhan adalah tinggi
(min=3.83). Skor min bagi setiap dimensi penerapan PAK-21 juga adalah tinggi iaitu komunikasi (min=3.89) diikuti
dengan dimensi komunikasi (min=3.84) dan pemikiran kritis (min=3.84) serta dimensi kreativiti (min=3.76). Tahap
kemahiran visualisasi mental juga menunjukkan skor min pada tahap tinggi (min=3.59). Selain itu, hasil dapatan
kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara penerapan PAK-21 dengan kemahiran
visualisasi mental (r=.515). Kajian ini dapat memberi maklum balas kepada KPM dan IPGM menggalakkan
penerapan PAK-21 dalam kalangan guru pelatih seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan bagi mencapai kualiti
pendidikan bertaraf antarabangsa. Kajian selanjutnya boleh diperluaskan dengan mengambilkira lebih banyak
sampel kajian daripada IPG kampus yang lain.

Kata kunci: Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), kemahiran visualisasi mental, guru pelatih

PENGENALAN

Pada tahun 2014, KPM telah melancarkan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) iaitu sebuah proses
pembelajaran yang berpusatkan murid. Ciri pembelajaran yang ditekankan dalam PAK-21 adalah
kreativiti, komunikasi, pemikiran kritis, kolaborasi serta nilai murni dan etika. PAK-21 dilihat sebagai
perubahan yang wajar dilaksanakan kerana perubahan kurikulum perlu selaras dengan aliran
transformasi dan perkembangan pendidikan untuk mencapai aspirasi pendidikan kebangsaan (Lilia,
2013). Oleh itu, pelaksanaan PAK-21 yang memberi penekanan terhadap empat aspek yang sejajar
dengan kurikulum pendidikan Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
serta berilmu amat releven diterapkan di sekolah bagi menjamin kemenjadian murid. Menurut Hafizah
(2015), pengalaman pembelajaran menggunakan i-think yang menarik dan kreatif merangsang
kemahiran berfikir murid dan berkait rapat dengan kemahiran visual dan ruang iaitu imaginasi. Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), dalam kompetensi kreativiti PAK-21, murid mempunyai hala
tuju yang jelas dan berimaginasi secara asli serta tidak mengikut kelaziman. Menurut Fatimah (2015)
pula, kemahiran visualisasi berkait rapat dengan imaginasi untuk seseorang individu melihat sesuatu
secara jauh, berbeza dan mendalam berbanding individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran
visualisasi ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang
kreatif serta berbentuk tiga dimensi yang sukar untuk difikirkan oleh orang lain.

PERNYATAAN MASALAH

Salehudin et al. (2015) membuktikan bahawa pedekatan dan strategi pengajaran guru dengan
penerapan elemen PAK-21 memainkan peranan penting dalam melahirkan minat murid terhadap
sesuatu mata pelajaran. Malah, penerapan elemen ini mampu mengubah persepsi murid terhadap
suatu mata pelajaran yang sebelum ini dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar. Walau

30

bagaimanapun, Azmi dan Nurzatulshima (2015) mendapati masih ramai guru melaksanakan
pengajaran tradisional berpusatkan guru sebagai medium utama PdP kerana mereka tidak menguasai
pedagogi PdP terkini. Malah, Nik Ahmad (2015) pula menyatakan bahawa murid mudah berasa bosan
apabila guru mengamalkan pengajaran sehala yang langsung tidak memberi peluang kepada muird
untuk menyuarakan pendapat. Amalan PdP secara tradsional ini secara langsung membantutkan
pengembangan kemahiran PAK-21 yang sentiasa dititikberatkan.

Tambahan lagi, KPM telah memperkasa kemahiran visualisasi mental menerusi penggunaan peta
pemikiran dalam program I-Think (Innovative Thinking) di sekolah-sekolah. Program ini selaras dengan
PAK-21 untuk menjana kemahiran visualisasi mental yang juga merupakan kemahiran kognitif individu
pada peringkat tinggi yang memerlukan ketajaman mata dan fikiran sewaktu memikirkan masalah
terutamanya yang memerlukan penggunaan visual (Roszelina, 2011). Walau bagaimanapun, kajian
Badrul Hisham dan Mohd Nasruddin (2016) membuktikan pensyarah memilih elemen komunikasi
sebagai amalan utama dalam PAK-21 namun kurang dari aspek kemahiran pemikiran kritikal seperti
KBAT. Maka, hasil kajian ini menimbulkan persoalan tentang amalan PAK-21 dalam kalangan
pensyarah serta kesediaan guru pelatih terhadap PAK-21.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti tahap penerapan PAK-21 dalam kalangan pensyarah IPGKPT mengikut persepsi
guru pelatih aliran STEM.

2. Mengenal pasti tahap pemupukan kemahiran visualisasi mental dalam kalangan guru pelatih
aliran STEM IPGKPT.

3. Mengenal pasti hubungan antara penerapan PAK-21 dalam kalangan pensyarah dengan
pemupukan kemahiran visualisasi mental dalam kalangan guru pelatih IPGKPT.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap penerapan PAK-21 dalam kalangan pensyarah IPGKPT mengikut persepsi guru
pelatih?

2. Apakah tahap pemupukan kemahiran visualisasi mental dalam kelangan guru pelatih aliran
STEM IPGKPT?

3. Adakah terdapat hubungan antara penerapan PAK-21 dalam kalangan pensyarah IPGKPT
dengan pemupukan kemahiran visualisasi mental dalam kalangan guru pelatih IPGKPT?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif dan inferensi kolerasi dengan menggunakan
soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik yang telah dibentuk mengandungi tiga bahagian iaitu
bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat demografi responden.
Bahagian A mempunyai tiga item iaitu jantina, aliran dan kumpulan. Bahagian B terdiri daripada 40
item untuk menentukan tahap penerapan PAK-21 dalam kalangan pensyarah. Bahagian C terdiri
daripada 30 item memfokuskan tahap kemahiran visualisasi mental guru pelatih. Dalam penyelidikan
ini, kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen soal selidik dilaksanakan dengan mendapatkan
semakan dan saranan daripada tiga orang pakar sebagai penilai. Nilai Pekali Alpha Cronbach
Keseluruhan ialah 0.89. Populasi guru pelatih 2PISMP, 4PISMP 6PISMP aliran Sains, RBT dan
Matematik IPGKPT ialah 336 orang, maka jumlah sampel yang diperlukan bagi mewakili populasi ialah
seramai 175 orang. Proses penganalisisan data yang diperoleh daripada soal selidik melibatkan
analisis deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Special Package for the Social Statistic
(SPSS) for Window versi 26. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh
tentang profil responden dan menjawab persoalan kajian berkaitan dengan tahap penerapan PAK-21
dan tahap kemahiran visualisasi mental. Analisis inferensi pula menggunakan Korelasi Pearson ‘r’
untuk mengenalpasti hubungan antara tahap penerapan PAK-21 dengan kemahiran visualisasi mental.

31

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Penyelidikan ini mendapati tahap penerapan PAK-21 secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi
dengan nilai min 3.83. Dapatan bagi persoalan kajian ini secara keseluruhan ditunjukkan pada jadual
1.

Jadual 1: Dapatan Penerapan PAK-21 secara keseluruhan

Frekuensi (Peratusan)

Elemen Skor Skor Skor Skor Skor Min Sisihan Interpretasi
Piawai Skor
PAK-21 min min min min min 3.84
3.76 .24 Tinggi
1.00 1.90 2.61 3.50 4.30 3.89 .33 Tinggi
3.84 .19 Tinggi
-- -- - 3.83 .25 Tinggi
.25 TInggi
1.89 2.60 3.49 4.29 5.00

Komunikasi 0 0 13 162 0

(0) (0) (7.4) (92.6) (0)

Kreativiti 0 4 25 146 0

(0) (2.3) (14.3) (83.4) (0)

Kolaborasi 0 09 166 0

(0) (0) (5.1) (94.9) (0)

Pemikiran 0 1 10 164 0

Kritis (0) (0.6) (5.7) (93.7) (0)

Keseluruhan 0 1 14 160 0

(0) (0.6) (8.0) (91.4) (0)

Dapatan ini tidak menyokong dapatan kajian oleh Badrul Osman (2016) yang mendapati tahap
penerapan PAK-21 dalam PdP secara keseluruhan ialah min 3.43 iaitu pada tahap sederhana.
Dapatan kajian ini turut menyokong kajian oleh Leng, E.W. (2017) dan Ainun Rahim, Zamri Mahamod
dan Wan Muna Mohamad (2017) yang mendapati penerapan PAK-21 pada tahap sangat tinggi. Selain
itu, kajian Norfaizah Kamary dan Mahizer Hamzah (2019) dan Aisy Baharudin dan Ashraf Ibrahim
(2019) menyatakan min yang tinggi terhadap kesediaan dalam melaksanakan PAK-21. Walaupun,
kajian Leng, E.W. (2017), Ainun Rahim, Zamri Mahamod dan Wan Muna Mohamad (2017), Norfaizah
Kamary dan Mahizer Hamzah (2019) serta Aisy Baharudin dan Ashraf Ibrahim (2019) mendapati tahap
penerapan PAK-21 adalah tinggi namun, kajian-kajian tersebut membincangkan penerapan PAK-21
dalam konteks guru dan guru pelatih manakala kajian ini membincangkan PAK-21 dalam konteks
pensyarah IPG.

Kajian Penerapan PAK-21 dalam kalangan penyarah IPG masih kurang dilaksanakan maka secara
langsung kajian ini dapat mengisi kekosongan tersebut. Secara terperincinya, kajian ini mendapati
elemen kolaborasi menunjukkan penerapan tertinggi dengan min 3.89 diikuti dengan komunikasi dan
pemikiran kritis serta kreativiti. Elemen kolaborasi menunjukkan min yang tinggi dan menyokong kajian
oleh Rufaizal dan Azuin (2017) serta Shah Rulbani (2017) yang bersetuju bahawa penerapan
kolaborasi menjadikan matlamat utama PAK-21 lebih mudah tercapai. Elemen kreativiti bagi kajian ini
dengan nilai min 3.76 turut menyokong kajian Badrul Osman (2016) menunjukkan nilai min terendah
berbanding elemen komunikasi, kolaborasi dan pemikiran kritis. Penerapan elemen kreativiti yang
rendah diakui oleh beberapa penyelidik yang mengkaji penerapan kreativiti dalam konteks sekolah
iaitu Nurul Nashrah et al. (2015) dan Masyuniza (2015) yang menegaskan bahawa pendidik perlu
meningkatkan lagi penerapan elemen kreativiti. Kajian ini mendapati bahawa tahap kemahiran
visualisasi mental secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.59. Dapatan
bagi persoalan kajian ini secara keseluruhan ditunjukkan pada Jadual 2.

32

Jadual 2 : Dapatan kemahiran visualisasi mental secara keseluruhan

Frekuensi (Peratusan)

Skor Skor Skor Skor Skor Min Sisihan Interpretasi
min min min min min Piawai Skor
1.00- 1.90- 2.61- 3.50- 4.30-
1.89 2.60 3.49 4.29 5.00 Tinggi

Kemahiran 0 1 65 109 0 3.59 .34
Visualisasi (0) (0.6) (37.1) (62.3) (0)
Mental

Dapatan kajian ini tidak menyokong kajian Fatimah Ismail (2015) dan Safarin Nordin et al. (2010) yang
menyatakan tahap kemahiran visualisasi mental bagi pelajar lukisan kejuruteraan dan seni visual
adalah pada tahap sederhana. Penyelidik yakin bahawa perbezaan ini adalah kerana peringkat
pendidikan lebih tinggi iaitu guru pelatih pada peringkat sarjana muda aliran STEM mempelajari konsep
yang lebih rumit dan kompleks serta memerlukan kemahiran visualisasi mental yang lebih tinggi
berbanding peringkat sekolah. Dapatan kajian ini juga menyokong dapatan kajian oleh Kanapathy G.
(2016) yang menyatakan tahap kemahiran visualisasi mental murid bagi subjek matematik adalah
tinggi. Malah, kajian oleh Roszelina Rahman (2017, 2011) juga bersetuju bahawa pelajar aliran STEM
menerapkan kemahiran visualisasi mental dalam pembelajaran. Walaupun bagaimanapun, dapatan
kajian oleh Roselina Rahman (2017, 2011), Kanapathy G. (2016), Fatimah Ismail (2015) dan Safarin
Nordin et. al (2015) mengkaji kemahiran visualisasi mental dalam konteks sekolah dan matrikulasi
tetapi kajian ini mengkaji kemahiran visualisasi mental dalam konteks IPG.

Kajian ini turut mengenal pasti hubungan tahap penerapan PAK-21 dengan tahap kemahiran
visualisasi mental guru pelatih IPGKPT. Penyelidik membina hipotesis nol iaitu tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap penerapan PAK-21 dalam kalangan pensyarah IPGKPT
dengan tahap kemahiran visualisasi mental dalam kalangan guru pelatih aliran STEM IPGKPT. Hasil
analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penerapan PAK-21 dalam
kalangan pensyarah IPGKPT dengan tahap kemahiran visualisasi mental dalam kalangan guru pelatih
aliran STEM IPGKPT (r=.515; p=.000). Oleh yang demikian, hipotesis nol adalah ditolak. Dapatan
persoalan kajian ini ditunjukkan pada jadual 3.

Jadual 3: Dapatan hubungan antara penerapan PAK-21 dengan pemupukan kemahiran visualisasi
mental.

Penerapan PAK-21 Kemahiran
Visualisasi Mental
Penerapan Pearson Correlation 1 .515**

PAK-21 Sig. (2-tailed) .000
175
N 175 1

Kemahiran Pearson Correlation .515** 175

Visualisasi Mental Sig. (2-tailed) .000

N 175

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Walaupun terdapat kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan PAK-21 dijalankan seperti kajian
oleh Aisy Baharudin dan Ashraf Ibrahim (2019), Norfaizah Kamary dan Mahizer Hamzah (2019), Ainun
Rahim, Zamri Mahamod dan Wan Muna Mohamad (2017), Leng, E.W. (2017) serta Badrul Osman
(2016) namun tiada kajian khusus untuk mengenal pasti hubungan antara penerapan PAK-21 dengan
kemahiran visualisasi mental. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan
dapatan yang selari dengan kajian ini iaitu hubungan positif sederhana. Kajian Minah Sintian, Rosliah

33

Kiting dan Alizah Lambri (2020) yang mendapati bahawa terdapat hubungan positif sederhana antara
penerapan PAK-21 dengan sikap murid sekolah menengah. Begitu juga dengan kajian Dina Hashim
dan Yusoff Nor (2019) berkenaan tahap hubungan amalan coaching dengan pelaksanaan PAK-21
menunjukkan hubungan positif sederhana. Dapatan ini menerangkan bahawa penerapan PAK-21
meningkatkan pemahaman murid. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa bimbingan kepada pendidik
mempengaruhi penerapan PAK-21.

Seterusnya, dapatan kajian ini juga selari dengan kajian dapatan dari kajian oleh Fatimah Ismail (2015)
iaitu terdapat hubungan positif sederhana di antara tahap kemahiran menvisualisasi ruang dengan
tahap pencapaian. Begitu juga dengan kajian oleh Suryati Ibrahim dan Abdullah Rashid (2015)
menunjukkan hubungan positif antara pencapaian akademik dengan kemahiran visualisasi murid.
Dapatan kajian ini tidak selari dengan dapatan kajian Safarin Nordin et al. (2010) iaitu tiada hubungan
antara kemahiran visualisasi mental dengan gaya pembelajaran pelajar. Kesimpulannya, kemahiran
visualisasi mental mampu meningkatkan pencapaian berdasarkan kajian Fatimah Ismail (2015) serta
Suryati Ibrahim dan Abdullah Rashid (2015). Penyelidik juga percaya PAK-21 merupakan sebuah
pedagogi yang sesuai untuk mengasah kemahiran visualisasi mental kerana elemen kreativiti secara
tidak langsung berkait rapat dengan kemahiran visualisasi mental.

Walaupun terdapat kajian terdahulu seperti Minah Sintian, Rosliah Kiting dan Alizah Lambri (2020),
Aisy Baharudin dan Ashraf Ibrahim (2019), Norfaizah Kamary dan Mahizer Hamzah (2019), Ainun
Rahim, Zamri Mahamod dan Wan Muna Mohamad (2017), Leng, E.W. (2017), Badrul Osman (2016),
Suryati Ibrahim dan Abdullah Rashid (2015), Fatimah Ismail (2015) serta Safarin Nordin et al. (2010)
tetapi tiada kajian yang khusus untuk mengenal pasti hubungan antara penerapan PAK-21 dengan
kemahiran visualisasi mental, maka secara langsung dapatan serta perbincangan kajian ini menambah
sumber rujukan berkaitan penerapan PAK-21 dengan kemahiran visualisasi mental.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap penerapan PAK-21 secara keseluruhan adalah
tinggi. Tahap kemahiran visualisasi mental juga menunjukkan skor min pada tahap tinggi. Selain itu,
hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara penerapan PAK-
21 dengan kemahiran visualisasi mental. Kajian ini diharapkan memberi pemahaman kepada pembaca
berkenaan teori dan model yang digunakan selain memberi tambah nilai bidang pengetahuan
berkenaan PAK-21 dan kemahiran visualisasi mental. Malah, kajian ini diharapkan dapat memberi
maklumat kepada IPGM, pensyarah dan guru terhadap penerapan PAK-21 dan kemahiran visualisasi
mental. Memandangkan kajian ini mempunyai batasannya tersendiri maka cadangan kajian lanjutan
boleh dilaksanakan dengan meluaskan sampel kajian kepada IPG yang mewakili zon di Malaysia
supaya hasil dapatan boleh digeneralisasikan. Kesimpulannya, Penerapan PAK-21 adalah selari
dengan matlamat PPPM 2013-2025 dan menggalakkan perkembangan individu seperti kemahiran
visualisasi mental untuk menyediakan individu untuk menghadapi cabaran abad ke-21

RUJUKAN

Aisy Baharudin & Ashraf Ibrahim. (2019). Kesediaan Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke 21 Dalam
Kalangan Guru Pelatih Sejarah Ipg Zon Selatan. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 5, 32-42.

Badrul Osman & Nasruddin Basar. (2016). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke- 21 Dalam
Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10.

Dina Hashim & Yusoff Nor. (2019). Tahap Kepimpinan Coaching Guru Besar Dan Kesediaan Guru
Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 Di Sekolah Rendah. International Journal of
Education and Pedagogy, 1(1), 50-70.

Fatimah Ismail. (2015). Kemahiran Menvisualisasi Ruang Dalam Kalangan Pelajar Bagi Mata
Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Tesis Sarjana: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Hafizah Zaidi et al. (2015). Aplikasi Peta Pemikiran I-Think Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik. Tesis Master: Universiti Kebangsaan Malaysia.

34

Kanapathy, G. (2016). Kemahiran Visualisasi Dalam Mata Pelajaran Matematik Dalam Kalangan Murid
Tahun 5 Di Sebuah Sjkt Daerah Kuala Muda Yan, Kedah. International Seminar on Generating
Knowledge Through Research: Kedah.

Leng, E.Y,. (2017). Penerapan Kemahiran 4c Dan Pembudayaan Amalan Pak-21 Dalam Pembelajaran
Dan Pemudahcaraan Matematik Tingkatan 1. Tesis Doktor Falsafah

Lilia Mohtara, Seth Sulaiman & Razip Bajuri. (2013). Pembinaan Instrumen Sikap Kreatif dalam
Kalangan Pelajar Fizik Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh Negeri Johor. 2nd
International Seminar on Quality and Affordable Education. Johor.

Masyuniza, Yunos (2015). Hubungan Sikap Dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa
Melayu Dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay
Language Education Journal – MyLEJ), 5(2), 22-30.

Minah Sintian, Rosliah Kiting dan Alizah Lambri .(2020). Hubungan Kemahiran Komunikasi dalam
Pembelajaran Bahasa Kadazandusun Abad ke-21 dengan Sikap Murid di Sekolah Menengah
Negeri Sabah. Tanjung Malim. UPSI.

Norfaizah Kamary & Mahizer Hamzah. (2019). Kesediaan Guru Matematik Daerah Kuala Langat
Dalam Melaksanakan Pembelajaran Abad Ke 21. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan:
Selangor.

Nurul Nashrah, Salehudin, Noor Hasimah, Hassan dan Nur Aida, Abd Hamid .(2015). Matematik Dan
Kemahiran Abad Ke-21: Perspektif Pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik, 3(1), 24-36.

Roszelina Rahman. (2011). Visualisasi mental dalam kalangan pelajar Biologi terhadap konsep abstrak
osmosis. Disertasi Sarjana yang tidak diterbitkan, Fakulti Sains dan Teknologi, Tanjong Malim,
UPSI.

Roszelina Rahman. (2017). Visualisasi Penjanaan Kendiri: Pendekatan Grounded Theory Untuk
Meneroka Kefahaman Pelajar Biologi Terhadap Konsep Kitar Karbon. Tesis Doktor Falsafah:
UPSI.

Rufaizal, Che Mamat dan Azuin, Ramli (2017). Kemahiran Belajar Dan Inovasi Dalam Pembelajaran
Abad ke-21 Melalui Khemah Kerja Geoteknik. Advanced Journal of Technical and Vocational
Education 1(1), 384-389. RMP Publications.

Salehudin, N., Hassan & Hamid (2015). Matematik dan Kemahiran Abad Ke-21: Perspektif Murid.
Jurnal Pendidikan Matematik, 3, 24-36.

Shah Rulbani, Zakaria, Mohd Isa, Hamzah dan Khadijah, Abdul Raza (2017). Penggunaan ICT dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon Selatan. Tinta
Artikulasi Membina Ummah, 3(1), 29-41.

Suryati Ibrahim & Abdullah Rashid .(2015). Pengaruh Pencapaian Akademik dan Tahap Memori Visual
Jangka Pendek terhadap Tahap Kemahiran Visualisasi Murid yang Mengambil Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan. International Journal of Education and Training (InjET), 1(2): 1-8.

Zamri Mahamod, Ainun Ibrahim & Muna Mohamad. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan
Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah
Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7, 77-88.

35

TAHAP KOMPETENSI GLOBAL 6C DALAM KALANGAN GURU PELATIH IPG ALIRAN
SAINS TERHADAP PELAKSANAAN PROGRAM KPPB

Muhammad Wafiy Roslee
Ellyza Hj Karim, PhD

[email protected]
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

ABSTRAK
Kesediaan guru sains dalam mengaplikasikan pedagogi pendidikan abad ke-21 masih belum dilaksanakan secara
menyeluruh kerana guru selesa dengan cara pengajaran konvensional. Malah tahap kompetensi guru dalam
menyediakan pedagogi yang lebih bermakna masih berada pada tahap sederhana. Kajian ini dijalankan untuk
mengkaji tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran sains terhadap pelaksanaan
program KPPB di IPG kampus yang berbeza. Seramai 108 orang guru pelatih Sains di tiga buah IPG telah dipilih
secara rawak bertujuan sebagai responden dalam kajian ini. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang
mempunyai nilai Alpha Cronbach 0.98. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu
peratusan, skor min dan sisihan piawai dan one-way ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran Sains terhadap pelaksanaan program KPPB berada
di tahap penguasaan pada aras kemajuan (M= 3.55, SP.695). Melalui analisis ujian ANOVA Sehala didapati tiada
perbezaan pada tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran Sains berlainan institut
terhadap pelaksanaan program KPPB (p = 0.319 > 0.05). Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran
Sains berlainan institut terhadap pelaksanaan program KPPB. Kajian ini dapat memberi maklum balas kepada
KPM dan IPGM, bagi usaha menambah baik kandungan pembelajaran iaitu Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)
di IPG berlandaskan 6C. Kajian selanjutnya boleh diperluaskan dengan mengambil kira lebih banyak sampel
kajian daripada IPG kampus yang lain.

Kata kunci: Tahap, kompetensi global, Guru pelatih sains, program KPPB

PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha bagi meningkatkan tahap pencapaian sistem
pendidikan di Malaysia pada masa kini. Pemantauan serta semakan terhadap kurikulum perlu sentiasa
dilakukan bagi memastikan kandungan pembelajaran di sekolah tetap relevan dan seiring dengan
keperluan di peringkat global. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang dalam pelbagai aspek
termasuklah cemerlang dalam bidang kokurikulum menjadi matlamat utama dalam usaha melahirkan
generasi alaf baru yang mampu menangani cabaran-cabaran abad ke-21 (Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, KPM 2013).

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (PPPM) yang mana terdapat perlaksanaan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah salah satu langkah yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merealisasikan perkara yang ada di dalam PPPM 2013-2025
dengan memberi fokus kepada kecemerlangan pelajar dan kualiti sekolah. Guru adalah merupakan
individu yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar dan
kualiti sekolah. Pembentukan guru yang berkualiti hendaklah dipupuk daripada peringkat awal lagi
khususnya semasa guru pelatih mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG). Justeru, bagi
menyelaraskan keperluan guru yang hendak dibentuk, Program Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
Bermakna (KPPB) telah dilaksanakan di IPG.

Menurut Fullen dan Langworth (2014), Pedagogi Alaf Baru boleh ditakrifkan dengan ringkas sebagai
model pembelajaran yang melibatkan perkongsian di antara pelajar dan guru bagi mencapai matlamat
pembelajaran yang mendalam dan diperkasakan dengan menggunakan akses digital. Program KPPB
ini mula dirintis pada tahun 2018 yang mana ciri Kompetensi Global 6C, Kreativiti (Creativity),

36

Pemikiran Kritis (Critical thinking), Komunikasi (Communication), Kolaboratif (Collaboration),
Kewarganegaraan (Citizenship) dan Sahsiah (Character) mula diperkenalkan semula.

PENYATAAN MASALAH

Kemajuan dalam pendidikan di Malaysia sering berlaku tanpa disedari sehingga menyebabkan ahli
akademik sentiasa berusaha merancang serta menyusun strategi bagi memenuhi keperluan
pendidikan yang setaraf untuk generasi abad ke-21. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
hendaklah sejajar dengan keperluan masa kini. Para pendidik juga perlu menyiapkan diri bagi
menyediakan proses PdP yang terbaik pada masa kini. Namun begitu, realitinya pada hari ini masih
terdapat sebahagian guru yang masih mengamalkan kaedah pedagogi konvensional. Rozita Radhiah,
Abdul Rasid dan Azhar (2016), telah merumuskan sebuah kajian oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan
Tinggi (AKEPT) yang mendapati bahawa separuh daripada pengajaran guru-guru tidak disampaikan
pada standard yang tinggi. Hal ini kerana kurang penekanan kepada guru-guru dalam meningkatkan
kualiti penyampaian PdP Guru pada masa kini hanya memfokuskan kepada penyampaian isi
kandungan pembelajaran yang membawa kepada perkembangan kognitif berbanding menerapkan
aspek-aspek yang lain seperti sosial, sahsiah, jasmani dan rohani.

Perkara ini semestinya perlu dielakkan kerana kompetensi pembelajaran yang patut dimiliki pada masa
kini seharusnya dapat menyumbang kepada pembentukan pelbagai kemahiran tambahan dan
pembinaan sahsiah unggul (Goh, Qismullah & Wong 2017; Masyuniza 2015; Nurazidawati et al.
2011).Kualiti guru pelatih IPG masih berada pada tahap sederhana. Hal ini disebabkan oleh kurang
kesediaan dalam kalangan guru pelatih untuk menghadapi cabaran kehidupan sebenar (Ellyza et al.,
2020). Oleh itu, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kini dilihat mempunyai tanggungjawab dan
peranan yang amat penting dalam menyediakan guru yang berkualiti. Sehubungan itu, usaha dalam
meningkatkan kualiti guru kini giat dilaksanakan oleh pihak Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM)
melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang telah dirangka seperti yang tercatat dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025). Di samping itu, pihak IPG khasnya perlu
berusaha merangka dan menambah baik cara pembelajaran dan pengajaran guru pelatih di IPG.
Sehubungan itu, pihak IPG turut melaksanakan program KPPB sebagai salah satu langkah proaktif
bagi menerapkan setiap elemen kompetensi global 6C ke dalam diri guru pelatih di IPG.

Pelaksanaan Program KPPB adalah selaras dengan usaha kementerian Pendidikan Malaysia dalam
melahirkan guru yang berkualiti. Walaubagaimanapun, keberhasilan pelaksanaan KPPB perlu dikenal
pasti supaya penerapan elemen kompetensi global 6C dapat direalisasikan. Oleh itu, perlu ada sebuah
instrumen penilaian yang sesuai bagi mengetahui impak daripada implementasi KPPB. Tahap
keberhasilan KPPB ini boleh dilihat melalui kemenjadian guru pelatih di IPG berasaskan elemen
kompetensi global 6C iaitu merangkumi elemen Kreativiti (Creativity), Pemikiran Kritis (Critical
thinking), Komunikasi (Communication), Kolaboratif (Collaboration), Kewarganegaraan (Citizenship)
dan Sahsiah (Character).

OBJEKTIF

1. Mengenal pasti tahap kompetensi global 6C guru pelatih IPG aliran sains terhadap pelaksanaan
KPPB.

2. Mengenal pasti perbezaan tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih aliran sains
berlainan institut terhadap pelaksanaan KPPB

SOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran Sains terhadap
pelaksanaan KPPB?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kompetensi global 6C dalam kalangan
guru pelatih IPG aliran Sains berlainan institut teradap pelaksanaan KPPB?

37

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif berdasarkan reka bentuk tinjauan. Menurut Creswell & John, W.
(2014), kajian tinjauan merupakan kajian yang menghurai isu-isu dan masalah dalam pelbagai
perspektif terutamnya yang melibatkan sikap, pandangan, kepercayaan, perasaan, tingkah laku dan
persepsi serta kajian yang mengkaji sesuatu fenomena. Borang soal selidik yang sesuai perlu
disediakan supaya responden dapat memberikan maklum balas yang meyakinkan dengan baik.

Sampel Kajian
Seramai 151 orang guru pelatih IPG aliran Sains semester empat, enam dan lapan yang terlibat dalam
pelaksanaan NPDL di tiga IPG menjadi sampel. Soal selidik diberikan secara dalam talian
menggunakan Google Form. Hanya 108 sampel yang dipilih. Oleh itu, item dianalisis berdasarkan
maklum balas daripada 108 sampel. Berdasarkan pengukuran model Rasch, untuk data polytomies,
minimum untuk satu kumpulan adalah 50 orang kerana mencapai tahap keyakinan 99 peratus (Linacre,
1994). Penentuan saiz sampel adalah berdasarkan jadual saiz sampel Linacre (1994), untuk sampel
yang berjumlah 151 orang, seramai 108 orang responden dipilih. 108 orang responden dipilih sebagai
sampel kajian kerana berada di tahap keyakinan 99 peratus. Oleh itu, terbuktilah bahawa pemilihan
108 orang responden sebagai sampel kajian dapat mengukuhkan kesahan dapatan kajian ini.

Jadual 1 di bawah menunjukkan maklumat demografi dari 108 responden yang terlibat dalam kajian

ini, dari segi jantina, semester pengajian

Jadual 1 : Maklumat demografi responden

Profil Kategori Frekuensi (f) Peratusan (%)

Jantina Lelaki 42 38.9

Perempuan 66 61.1

Semester Pengajian Semester 4 15 13.9

Semester 6 54 50.0

Semester 8 39 36.1

IPG Kampus IPGKPT 43 39.8

IPGKTI 35 32.4

IPGKPP 30 27.8

Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan data.
Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini bagi tujuan untuk mengetahui tahap kompetensi
global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran sains terhadap pelaksanaan KPPB. Instrumen soal
selidik dalam kajian ini diadaptasi daripada Rubrik 6C oleh Task Force KPPB IPGM. Soal selidik ini
terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B (Lampiran). Bahagian A mengandungi
item mengenai latar belakang responden manakala bahagian B mengandungi 30 item pada elemen
6C. Enam elemen termasuk empat item elemen sahsiah, lima item dari setiap kewarganegaraan,
kolaboratif, komunikasi dan kreativiti serta enam item untuk pemikiran kritis. Kesemua pemboleh ubah
diukur menggunakan item dalam bentuk pernyataan skala 5-Likert.

Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik dalam kajian ini diadaptasi daripada Rubrik 6C
oleh Task Force KPPB IPGM. Salah satu kaedah menilai kesahan instrumen adalah menggunakan
analisis Rasch, di mana kesahannya disahkan apabila item instrumen sesuai dengan sifat analisis
Rasch tertentu (Bond & Fox, 2015).Kajian oleh Ellyza et al. (2020) melaporkan nilai kebolehpercayaan
seseorang dicatat pada 0.97 dan kebolehpercayaan item yang digunakan bagi kajian ini adalah 0.84.

38

Selain itu, konsistensi dalaman, nilai Cronbach alpha yang dilaporkan oleh Ellyza et al. (2020) adalah
0.98.

Prosedur Pengumpulan Data
Selepas cadangan kajian ini dipersetujui oleh penyelia penyelidikan dan diterima dalam sesi
pembentangan kertas cadangan dengan Jabatan Sains, penyelidik memohon kebenaran kepada
Pengarah IPG Kampus untuk mengedarkan borang soal selidik kepada guru pelatih aliran Sains bagi
mendapatkan data kajian dari tiga buah kampus iaitu IPG Kampus Pendidikan Teknik, IPG Kampus
Temenggong Ibrahim dan IPG Kampus Pulau Pinang tersebut (Lampiran F1 & F2). Semua data kajian
diperolehi melalui pentadbiran Instrumen oleh penyelidik secara atas talian menggunakan Google
Form dengan sampel kajian yang telah dipilih secara rawak bertujuan.

Analisis Data
Data-data yang dikumpulkan melalui soal selidik dianalisis menggunakan Programme Statistical
Package for Social Sciences (SPSS) versi 22. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan dua kaedah
analisis data. Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis statistik deskriptif
yang melibatkan pengiraan menggunakan frekuensi, peratus, skor min dan sisihan piawai bagi setiap
pembolehubah kajian Manakala hipotesis null diuji menggunakan kaedah analisis statistik inferensi
(ujian Anova sehala) bagi mengenal pasti perbezaan tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru
pelatih IPG aliran sains berlainan institut terhadap pelaksanaan program KPPB. Sebelum ujian statistik
inferensi dijalankan, data-data perlu terlebih dahulu diuji dengan menggunakan ujian normaliti bagi
memastikan data bertaburan normal. Dalam menentukan taburan data, pengkaji perlu menggunakan
beberapa pendekatan sepert normal probability (p-p plot), histogram dan memeriksa nilai skewness
dan kurtosis. (Zainuddin, 2012). Data akan dianggap bertaburan normal apabia nilai kepencongan dan
kecerunan terletak antara nilai -1.96 hingga +1.96 (Chua, 2019). Bagi tujuan mengenal pasti tahap
komptensi global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran sains terhadap pelaksanaan program
KPPB, penafsiran dan interpretasi skor min ditentukan berdasarkan pengelasan tahap oleh Mohd Najib
(2003) and NPDL 6C rubric (2018) seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2.

Jadual 2

Skor min tahap kompetensi global 6C

Skor min 0.00-1.50 1.51 – 2.50 2.51 – 3.50 3.51 – 4.50 4.51 – 5.00

Dimensi penguasaan Penguasaan di Penguasaan Penguasaan Penguasaan
tahap terhad
kompetensi peringkat yang semakin pada aras cemerlang
6C
permulaan berkembang kemajuan

Ujian ANOVA Sehala dilakukan bagi mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
pada nilai skor min tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran sains berlainan
institut terhadap pelaksanaan KPPB. Sekiranya nilai signifikan (Sig > p 0.05), ini menunjukkan bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru
pelatih IPG aliran sains berlainan institut terhadap pelaksanaan program KPPB.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Profil Responden
Profil responden kajian ini dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu dengan mrujuk kepada nilai
frekuensi dan peratusan. Jumlah sampel kajian ini seramai 151 manakala saiz sampel yang dipilih
adalah seramai 108. (Linacre, 1994). Sampel kajian ini terdiri daripada 108 orang guru pelatih IPG
aliran sains berlainan institut. Berdasarkan jumlah sampel itu, saiz sampel mengikut institut ditentukan
melalui persampelan rawak bertujuan bagi setiap IPG. Seramai 43 (39.8%) guru pelatih IPGKPT, 35
(32.4%) guru pelatih IPGKTI dan 30 (27.8%) guru pelatih IPGKPP.

39

Jadual 4

Frekuensi Dan Peratus Responden Kajian Mengikut Jantina

Jantina (N= 108) Frekuensi (f) Peratus (%)
38.9
Lelaki 42 61.1
100.0
Perempuan 66

Jumlah 108

Jadual 5

Frekuensi Dan Peratus Responden Kajian Mengikut Semester

Semester (N= 108) Frekuensi (f) Peratus (%)
13.9
4 PISMP 15 50.0
36.1
6 PISMP 54 100.0

8 PISMP 39

Jumlah 108

Jadual 6

Frekuensi Dan Peratus Responden Kajian Mengikut Institut Pendidikan Guru

Institut Pendidikan Guru (N= 108) Frekuensi (f) Peratus (%)

IPG Kampus Pendidikan Teknik 43 39.8

IPG Kampus Temenggong Ibrahim 35 32.4

IPG Kampus Pulau Pinang 30 27.8

Jumlah 108 100

Tahap Pengetahuan Kompetensi Global 6C Dalam Kalangan Guru Pelatih IPG Aliran Sains
Terhadap Pelaksanaan KPPB
Berdasarkan skor min dan interpretasi oleh Mohd Najib (2003) and NPDL 6C rubric (2018), dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran Sains
berada di tahap penguasaan pada aras kemajuan. (M= 3.55, SP= .695) seperti yang ditunjukkan di
Jadual 7.
Jadual 7: Skor min, frekuensi, sisihan piawai dan interpretasi skor tahap kompetensi global 6C secara
keseluruhan

Kompetensi Global Frekuensi (Peratusan)
6C
Skor Skor Skor Skor Skor Min Sisihan Interpretasi Skor
Sahsiah min min min min min Piawai (Ellyza et al. 2020)
Kewarganegaraan 1.00- 1.51- 2.51- 3.51- 4.51-
1.50 2.50 3.50 4.50 5.00 3.59 .744 Penguasaan pada
0 14 32 57 5 3.49 .776 aras kemajuan
(0) (13.0) (29.6) (52.8) (4.6) Penguasaan yang
semakin
0 14 38 46 10 berkembang
(0) (13.0) (35.2) (42.6) (9.3) Penguasaan pada
aras kemajuan
Kolaboratif 0 6 27 50 25 3.83 .757 Penguasaan pada
Komunikasi (0) (5.6) (25.0) (46.3) (23.1) aras kemajuan
Kreativiti 42 Penguasaan yang
0 10 44 (38.9) 12 3.53 .788 semakin
(0) (9.3) (40.7) 42 (11.1) berkembang
(38.9) Penguasaan yang
2 15 40 9 3.40 .828 semakin
(1.9) (13.9) (37.0) 37 (8.3) berkembang
(34.2)
Pemikiran Kritis 1 11 50 9 3.49 .745
(1.0) (10.2) (46.3) (8.3)

Keseluruhan 17 40 50 10 3.55 .695 Penguasaan pada
(1.0) (6.5) (37.0) (46.3) (9.2) aras kemajuan

40

Penyelidikan ini mendapati tahap kompetensi global 6C secara keseluruhannya berada pada tahap
penguasaan pada aras kemajuan. Kajian ini bersesuaian dengan kajian Ellyza et al. (2020) yang
mendapati bahawa tahap 6C dalam kalangan guru pelatih terhadap pelaksanaan KPPB ialah
(min=3.41) iaitu pada tahap penguasaan yang semakin berkembang. Secara terperinci, kajian ini
mendapati elemen 6C kolaboratif menunjukkan nilai min tertinggi diikuti dengan sahsiah, komunikasi,
kewarganegaraan, pemikiran kritis dan kreativiti. Dalam kajian ini, elemen kolaboratif menunjukkan min
yang tinggi dan sesuai dengan kajian Rufaizal dan Azuin (2017) serta Shah Rulbani (2017) yang mana
kajian ini menyatakan bahawa tahap elemen kolaboratif dalam kalangan guru pelatih mudah diterapkan

Perbezaan Tahap Kompetensi Global 6C Dalam Kalangan Guru Pelatih IPG Aliran Sains
Berlainan Institut Terhadap Pelaksanaan KPPB
Berpandukan kepada jadual 8, hasil analisis yang dijalankan oleh penyelidik terhadap ujian anova bagi
mengenal pasti perbezaan nilai skor min menunjukkan bahawa nilai F (2, 105) = 1.158; p = 0.319 >
0.05) yang diperoleh adalah tidak signifikan kerana nilai p lebih besar daripada 0.05 (p > 0.05). Hal ini
menunjukkan bahawa hipotesis nul Ho bagi kajian ini diterima yang mana tidak terdapat perbezaan
yang signifikan pada tahap kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih IPG aliran sains
berlainan institut iaitu IPGKPT (min= 3.68, SP = .781), IPGKTI (min = 3.46, SP= .647) dan IPGKPP
(min = 3.47, SP = .609) terhadap pelaksanaan KPPB

Jadual 8 : Ujian ANOVA Tahap Kompetensi Global 6C dalam Kalangan Guru Pelatih IPG aliran sains

berlainan institut terhadap pelaksanaan KPPB

Tahap Kompetensi Jumlah df Min F Signifikan

Global 6C berdasarkan kuasa dua Kuasa

latar belakang Institut Dua

Antara Kumpulan 1.116 2 .558 1.158 .319

Dalam Kumpulan 50.669 10 .483
Jumlah 51.785 5
10
7

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kompetensi global 6C dalam
kalangan guru pelatih IPG aliran sains terhadap pelaksanaan KPPB adalah berada di tahap
penguasaan pada aras kemajuan. Selepas itu, keputusan ujian ANOVA sehala juga menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kompetensi global 6C dalam kalangan
guru pelatih IPG aliran sains berlainan institut terhadap pelaksanaan KPPB. Kajian ini turut boleh
dijadikan panduan kepada penyelidik akan datang dalam menjalankan kajian lanjutan yang akan
memperincikan setiap elemen kompetensi global 6C dalam kalangan guru pelatih. Hal ini kerana,
kajian ini dijalankan bagi melihat tahap kompetensi global 6C secara menyeluruh dalam kalangan guru
pelatih IPG. Guru pelatih di IPG perlu lebih bijak merancang cara belajar yang lebih bermakna agar
dapat membina pengalaman pembelajaran yang baru yang boleh diaplikasikan di sekolah. Guru pelatih
juga perlu menyediakan diri dengan menguasai setiap elemen kompetens 6C untuk menghadapi
suasana persekitaran sekolah TS25 pada masa akan datang.

RUJUKAN

Ainun Rahmah, Zamri Mahamod & Wan Muna Mohamad. (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan
Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah
Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2): 77-88.

Badrul Hisham Osman. (2016). Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan
Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10(1): 16-59.

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (2015). Methods for effective teaching. Boston: Allyn & Bacon
Ellyza et al. (2020). 6C Levels among Trainee Teachers upon the Implementation of NPDL in a Teacher

Training Institute. International Journal of Innovation, Creativity and Change, 11(11): 705-727.

41

Fisher, J. W. P. (2007). Rating scale instrument quality criteria. Rasch Measurement Transactions,
21(1): 1095.

Goh, P. S. C., Qismullah Yusuf & Wong, K. T. (2017). Lived experience: Perceptions of competency of
novice teachers. International Journal of Instruction, 10(1): 20-36. doi:10.12973/iji.2017.1012a

Gokhale, A. (1995). Collaborative Learning Enhances Critical Thinking. Journal of technology
Education, 7 (1): 24-25.

Hussain, H.I., Kamarudin, F., Thaker, H.M.T. & Salem, M.A. (2019) Artificial Neural Network to Model
Managerial Timing Decision: Non-Linear Evidence of Deviation from Target Leverage,
International Journal of Computational Intelligence Systems, 12 (2), 1282-1294.

Jones, J. A., & Fox, C. M. 1998. Uses of Rasch modeling in counseling psychology research. Journal
of Counseling Psychology, 45(1): 30-45.

Lai, K.W. (2011). Digital technology and the culture of teaching and learning in higher education.
Australasian Journal of Educational Technology, 27(Special issue, 8): 1263-1275.

Linacre, J. M. 1994. Sample size and item calibration (or person measure) stability. Rasch
Measurement Transactions, 7(4): 328.

Linacre, J. M. 2005. Standard Errors: Means, Measures, Origins and Anchor Values. Rasch
Measurement Transactions, 19(3): 1030.

Mai Shihah dan Norman (2014). Tahap Kesediaan Pembelajaran Pantauan Kendiri Bagiguru Pelatih
Opsyen Sains Di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Jurnal Pendidikan Sains &
Matematik Malaysia, 4(2): 49-66

Magno, C. (2009). Demonstrating the difference between classical test theory and item response theory
using derived test data. The International Journal of Educational and Psychological
Assessment, 1 (1): 1-11

Mitra, D. L. (2004). The significance of students: Can increasing ‘‘student voice’’ in schools lead to
gains in youth development? Teachers College Record, 106 (4): 651-688.

Mynbayeva, A., Sadvakassova, Z. & Akshalova, B. (2017). Pedagogy of the Twenty-First Century:
Innovative Teaching Methods, New Pedagogical Challenges in the 21st Century - Contributions
of Research in Education. Retrieved from 10.5772/intechopen.72341

Nurasyikin Miskam. (2013). Transformasi Pekan Parit Raja: Kajian Terhadap Kesejahteraan Hidup
Masyarakat. Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia.

Oon, P.-T., Spencer, B. & Kam, C. C. S. (2016). Psychometric quality of a student evaluation teaching
survey in higher education. Assessment & Evaluation in Higher Education, 1-13.

Raja Abdullah Ismail & Daud Ismail. (2018). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam
Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.
Asian People Journal, 1(1): 45-65

Rufaizal, Che Mamat dan Azuin, Ramli (2017). Kemahiran Belajar Dan Inovasi Dalam Pembelajaran
Abad ke-21 Melalui Khemah Kerja Geoteknik. Advanced Journal of Technical and Vocational
Education 1(1), 384-389. RMP Publications. Dimuat turun pada 20 September 2017 dari
http://www.ajtve.com/

Rozita Radhiah Said, Abdul Rasid Jamian & Azhar Md. Sabil. (2016). Pengetahuan dan kefahaman
skop pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan jurulatih pakar
pembangunan sekolah (SISC+). International Journal of Education and Training, 2 (2): 1- 9.

Siti Hajar Halili & Suguneswary. (2016). Penerimaan guru terhadap penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi berasaskan Model Tam dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Tami.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(2), 31-40.

42

TAHAP PENCAPAIAN KEMAHIRAN PROSES SAINS GURU PELATIH SAINS INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Nur Atikah Binti Abu Samah
Syakima Ilyana Binti Ibrahim

[email protected]
[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.

Abstrak

Pengajaran Sains masa kini menekankan penguasaan kemahiran saintifik melalui kemahiran proses sains (KPS).
Keperluan penguasaan KPS dalam kurikulum sains sekolah rendah telah menuntut kompetensi bakal guru dalam
KPS. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kompetensi KPS guru pelatih sains di IPG Kampus Pendidikan
Teknik (IPGKPT) dengan mengenalpasti tahap pencapaian KPS mereka. Kajian berbentuk tinjauan ini
menggunakan instrumen Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB) yang digunapakai daripada
Salasiah (2016), dengan nilai Cronbach’s alpha 0.89. Analisis data kuantitatif adalah secara deskriptif and inferensi
menggunakan SPSS versi 25.0. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang guru pelatih Sains di IPGKPT dan dipilih
secara rawak mudah. Hasil dapatan, mendapati keseluruhannya tahap pencapaian KPS guru pelatih sains adalah
cemerlang (min skor= 21.94, min peratus= 87.35%) dengan KPS yang paling tinggi ialah kemahiran mentafsir
data (95.6%), kedua ialah kemahiran mengawal pemboleh ubah (89.2%), ketiga kemahiran mendefinisi secara
operasi (86.0%), diikuti dengan kemahiran membuat hipotesis (85.2%) dan kemahiran paling lemah ialah
kemahiran mengeksperimen (82.8%). Dapatan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari
segi skor min tahap pencapaian KPS antara guru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan. Implikasinya, kajian
dapat membantu pensyarah merancang pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih efektif mengikut setiap
kemahiran proses sains serta mengoptimumkan potensi guru pelatih dalam KPS supaya kekal cemerlang sebagai
guru masa kini.

Kata Kunci : Kemahiran proses sains (KPS), tahap pencapaian KPS, kompetensi guru pelatih sains, UKPSB

PENGENALAN

Antara objektif utama Sains untuk sekolah rendah ialah murid dapat menguasai kemahiran saintifik
iaitu Kemahiran Proses Sains (KPS). KPS terdiri daripada dua komponen iaitu kemahiran proses sains
asas (KPSA) dan kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) merangkumi kemahiran-kemahiran
mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipothesis dan
menjalankan eksperimen. KPS adalah kemahiran yang membolehkan pelajar mengetahui dan
mengenali dunia disekeliling mereka. Namun begitu, kajian menunjukkan tahap penguasaan KPS
murid sekolah rendah di Malaysia berada tahap sederhana dan gagal mencapai sasaran yang
sepatutnya. (Wun dan Sunita, 2015); Fitri (2014); Ong & Johairi (2019); Ong & Manikam (2014). Hal
ini menunjukkan penguasaan murid masih lagi rendah dan menjadi tanggungjawab guru untuk
memastikan kualiti pentaksiran dan kaedah pengajaran KPS lebih berkesan kepada murid.
Guru perlu menguasai KPS terlebih dahulu supaya pengajaran menggunakan KPS dalam bilik darjah
berkesan terhadap murid. Guru yang mempunyai KPS yang tinggi dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih bermakna dan kondusif (Chin, Shahril & Noor, 2013). Guru yang tidak
menguasai KPS mewujudkan kebergantungan kepada kandungan pembelajaran sains tanpa
kemahiran akan menjadikan suasana bilik darjah sangat bosan dan tegang. Sesi PdP yang hanya
menjalankan aktiviti sains berpandukan senarai arahan akan menyebabkan murid tidak mampu
menguasai KPS (Saniah & Norazilawati, 2017). Oleh itu, penting bagi seorang guru menguasai KPS
semasa dalam pengajian lagi, terutamanya guru-guru pelatih Sains yang bakal menjadi guru sains di
sekolah-sekolah rendah di Malaysia.

43

PENYATAAN MASALAH

Pembinaan KPS murid yang cemerlang dibangunkan melalui kualiti seorang guru yang menguasai
KPS dengan baik beserta dengan strategi pengajaran KPS yang berkesan. Pengajaran konvensional
iaitu berorientasikan peperiksaan membataskan penggunaan KPS murid (Fazilah et al. 2017). Oleh itu
melalui amalan pedagogi masa kini, guru mempunyai lebih ruang menggalakkan penggunaan KPS
dalam kelas. Menurut kajian Saniah dan Norazilawati (2017), tahap pengetahuan guru akan
mempengaruhi tahap pelaksanaan KPS di dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan tahap
pengetahuan guru berada pada tahap sederhana iaitu dengan min 19.9 dan menyebabkan
pelaksanaan KPS guru juga sederhana iaitu dengan min 32.8. Malah, kajian terhadap guru Sains
peringkat menengah rendah juga mendapati guru tidak menguasai kemahiran merekabentuk
penyiasatan iaitu setakat 64.6 peratus (Muhd & Abdul, 2013). Kajian Hairiah dan Chin (2012),
menyatakan guru pelatih sains turut lemah dalam menguasai KPS dan guru pelatih sains kurang
memberikan penekanan KPS semasa sesi pengajaran kerana guru pelatih kurang memahami KPS.

Penguasaan KPS guru amat mempengaruhi pelaksanaan KPS di dalam kelas. Kajian lepas
menunjukkan bahawa, banyak kajian telah dilaksanakan untuk meninjau tahap penguasaan KPS
dalam kalangan murid (Wun dan Sunita, 2015, Fitri, 2014, Ong & Johairi, 2019 dan Ong & Manikam,
2014), namun kajian untuk meninjau tahap penguasaan dalam kalangan pelatih guru sains masih
kurang dan hanya tertumpu pada guru sains di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.
Memandangkan guru pelatih sains merupakan bakal guru yang akan melaksanakan pengajaran sains
masa kini yang memerlukan penguasaan KPS, tahap pencapaian KPS guru pelatih Sains perlu dikaji.
Hal ini perlu dikenalpasti bagi membuat usaha penambahbaikan dalam penguasaan KPS sebelum
mereka mula mengajar di sekolah. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji tahap KPS dalam kalangan guru
pelatih sains di IPG Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT).

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan secara penyelidikan kuantitatif dan menggunakan reka bentuk tinjauan. Seramai
80 orang guru pelatih telah dipilih secara rawak bagi mewakili populasi guru pelatih sains IPGKPT
dengan darjah ketepatan maksimum iaitu 0.05 (Krejcie dan Morgan, 1970). Analisis data secara
statistik deskriptif dan analisis inferensi digunakan untuk manjawab persoalan kajian berikut:

SOALAN KAJIAN

a. Apakah tahap pencapaian KPS dalam kalangan guru pelatih Sains IPGKPT?
b. Apakah tahap pencapaian dalam kemahiran mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis,

mendefinisi secara operasi, mentafsir maklumat dan menjalankan eksperimen dalam kalangan
guru pelatih Sains IPGKPT?
c. Apakah perbezaan tahap min skor pencapaiankemahiran proses sains guru pelatih Sains IPGKPT
berdasarkan jantina?

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB) (Salasiah, 2016) yang
mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.89 digunakan dalam kajian ini.
Instrumen ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A- Demografi dan bahagian B- UKPSB.
Bahagian B mengandungi 25 item aneka pilihan dengan empat pilihan jawapan. Setiap item ini juga
diskorkan 1 atau 0 dengan markah minimum 0 dan markah maksimum 25. Ujian KPSB mengandungi
lima item penilaian untuk setiap lima kemahiran iaitu kemahiran mentafsir data, kemahiran mendefinisi
secara operasi, kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran membuat hipotesis, dan kemahiran
mengeksperimen. Instrumen kajian ini ditadbir melalui Google Form.

44

ANALISIS DATA
Kajian ini menggunakan perisian SPSS versi 25.0 untuk menganalisis data yang diperoleh.
Penganalisisan data secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan
inferensi. Statistik deskritif digunakan untuk menganalisis tahap pencapaian kelima-lima KPS mengikut
subskala.
Data yang terkumpul dianalisis dengan mengira skor setiap KPS dan diolah ke dalam bentuk
peratusan. Tahap pencapaian KPS responden ditentukan berdasarkan markah min peratusan yang
digunakan dengan meluas dalam sistem penilaian di sekolah ( Wun dan Sunita , 2015) seperti Jadual
2
Jadual 2: Tahap Pencapaian KPS

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 3 menunjukkan sampel kajian terdiri daripada 80 orang guru pelatih sains. Sampel kajian terdiri
dari guru pelatih lelaki 29 orang (36.3%) manakala guru pelatih perempuan seramai 51 orang (63.7%)
Jadual 3: Profil responden berdasarkan jantina

Jadual 3 menunjukkan sampel kajian ini terdiri daripada lima semester guru pelatih Opsyen Sains.
Profil sampel kajian mengikut semester iaitu 2PPISMP ialah seramai 16 orang (20.0%), 2PISMP
seramai tujuh orang (8.8%), 4PISMP ialah seramai 23 orang (28.7%), 6PISMP ialah seramai 19 orang
(23.8%) dan 8PISMP ialah seramai 15 orang (18.8%).
Jadual 4: Profil responden berdasarkan semester

Tahap Pencapaian KPS Secara Keseluruhan
Tahap pencapaian KPS secara keseluruhan dalam kalangan guru pelatih Sains IPGKPT diukur
berdasarkan skor keseluruhan diperoleh oleh sampel kajian dalam UKPSB. Nilai minimum, maksimun,
julat, min dan sisihan piawai bagi skor keseluruhan ditunjukkan dalam Jadual 5.

45

Jadual 5: Statistik deskriptif bagi pencapaian KPS secara keseluruhan

Jadual 5 menunjukkan bahawa skor min yang diperoleh oleh sampel kajian dalam ujian KPSB ialah
21.94 dengan sisihan piawai 2.61 dan peratus min ialah 87.35%. Skor minimum ialah 14 (52%)
manakala skor maksimum ialah 25 (100%). Ini menghasilkan julat skor 11 (48%). Taburan skor
pencapaian keseluruhan pelajar dalam UKPSB ditunjukkan dalam Jadual 6

Jadual 6:Taburan skor pencapaian keseluruhan pelajar dalam UKPSB

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden kajian, iaitu 65 orang (81.25%) mendapat
skor pencapaian keseluruhan dalam lingkungan 80-100, berada pada tahap pencapaian cemerlang.
Seramai 13 responden (16.256%) mendapat skor pencapaian dalam lingkungan skor 60-79 berada
pada tahap baik. Dapatan kajian ini menunjukkan hanya 2 responden (2.5%) mendapat skor dalam
lingkungan 40-59 iaitu berada pada tahap cemerlang.Tiada responden yang mendapat tahap
pencapaian yang lemah dan sangat lemah iaitu skor peratusnya dalam lingkungan 20-39 dan 0-19.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian KPS dalam kalangan pelajar tingkatan lima
yang mengambil mata pelajaran sains yang dikaji adalah pada keseluruhannya pada tahap sederhana
(lihat Jadual 5).

Dapatan ini konsisten dengan dapatan kajian Edy (2012) yang mendapati bahawa tahap kemahiran
proses sains pelajar secara keseluruhannya adalah tahap tinggi iaitu 20.86 atau 83%. Kajian
Chabalengula, Mumba dan Mbewe (2012), mendapati 91 guru pelatih sekolah rendah di sekitar
universiti di Midwest, USA menunjukkan skor peratusan yang sangat baik pada ujian prestasi, dengan
36.7% dan 20.0% peserta mendapat skor antara 81 - 90 peratus dan 90-100 peratus. Namun, dapatan
ini berbeza dengan dapatan kajian Saniah dan Norazilawati (2017) yang menyatakan pengetahuan
KPSB guru sains menengah rendah adalah sederhana iaitu dengan Min=19.92.

TAHAP PENCAPAIAN KPS MENGIKUT SUBSKALA
Jadual 7 menunjukkan tahap pencapaian KPS guru pelatih sains secara keseluruhan dan mengikut
subskala. Tahap pencapaian kemahiran mentafsir data mendapat skor min 4.78 dan peratus min yang
paling tinggi iaitu 95.2% serta berada pada tahap pencapaian cemerlang. Manakala, tahap pencapaian
kemahiran mengeksperimen adalah kemahiran yang paling rendah dikuasai oleh guru pelatih Sains
iaitu pada dengan peratus min yang paling rendah, iaitu 82.8%. Kemahiran membuat hipotesis
mencatatkan min skor iaitu 4.26 dengan peratus min 85.2%, manakala kemahiran mendefinisi secara
operasi mencatatkan min skor iaitu 4.30 dengan peratus min 86.0%. Kemahiran mengawal pemboleh
ubah pula mencatatkan min skor 4.46 dengan peratus min 89.2%. Secara keseluruhannya
berdasarkan skor min dan peratus min, Kelima- lima KPS ini pada tahap cemerlang

46

Jadual 7: Tahap pencapaian KPS pelajar secara keseluruhan dan mengikut subskala.

Tahap pencapaian kemahiran mentafsir data mendapat skor min 4.78 dan peratus min yang paling
tinggi iaitu 95.2% serta berada pada tahap pencapaian cemerlang. Dapatan kajian ini disokong oleh
Hairiah dan Chin (2012), yang menyatakan kemahiran mentafsir data guru pelatih sains berada pada
tahap cemerlang iaitu dengan peratus min 95.8%. Malah kajian Edy (2012) juga mendapati bahawa
guru mempunyai kompetensi yang cemerlang dalam kemahiran mentafsir data iaitu dengan min skor
4.77 bersamaan dengan min peratus 95.4%. Namun kajian Saniah dan Norazilawati (2017) mendapati
konstruk pengetahuan mentafsir data guru berada pada tahap sederhana iaitu dengan min 3.86.

Dapatan kajian ini turut menunjukkan kemahiran membuat hipotesis mencatatkan min skor iaitu 4.26
dengan peratus min 85.2% iaitu berada pada tahap cemerlang. Dapatan ini tidak disokong oleh kajian
Hairiah dan Chin (2012) kerana dapatan kajianya mendapati kemahiran membuat hipotesis guru
pelatih berada pada tahap lemah iaitu 54.1%. namun kajian Fatin dan Nor Athirah (2011) menyokong
dapatan kajian, yang mendapati bahawa pencapaian bakal guru sains UTM untuk kemahiran
menghipotesis pada tahap cemerlang dengan peratus min 86.0%.

Dapatan kajian ini menunjukkan kemahiran mendefinisi secara operasi mencatatkan min skor iaitu 4.30
dengan peratus min 86.0% iaitu berada pada tahap cemerlang. Dapatan ini tidak disokong oleh kajian
Hariah dan Chin (2012), kerana guru pelatih lemah dalam menguasai KPS terutamanya kemahiran
mendefinisi operasi iaitu dengan min peratus 33.3%. Malah, kajian Fatin dan Nor Athirah (2011)
mendapati 76 orang mahasiswa lemah kemahiran definisi secara operasi kerana hanya 30.4% sahaja
yang dapat menjawab soalan dengan betul.

Manakala dapatan kajian untuk kemahiran mengawal pemboleh ubah pula mencatatkan min skor 4.46
dengan peratus min 89.2%. Dapatan ini disokong oleh kajian Mohd dan Abdul (2011) kerana dapatan
kajian mendapati pencapaian kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah dalam kalangan guru berada
pada tahap cemerlang iaitu dengan min peratus 80.2 % dengan min skor 9.41. Dapatan kajian Edy
(2012) juga menyokong dapatan kajian kerana mendapati bahawa guru mempunyai kompetensi
kemahiran mengawal pemboleh ubah yang cemerlang dalam kajiannya dengan min skor 4.18 dan min
peratus 83.6%.

Selain itu, tahap pencapaian kemahiran mengeksperimen pada tahap pencapaian yang cemerlang
dengan min skor 4.14 dan peratus min 82.8%. Dapatan kajian ini tidak disokong oleh Kajian Saniah
dan Norazilawati (2017) yang mendapati konstruk pengetahuan mengeksperimen guru pada tahap
sedehana iaitu dengan min skor 3.86. Namun kajian ini disokong oleh kajian Edy (2012) yang
mendapati bahawa guru mempunyai kompetensi yang cemerlang kemahiran mengeksperimen iaitu
min peratus 82.2% dan min skor 4.11.

Tahap Pencapaian KPS Merentas Jantina
Keputusan ujian t sampel bebas dalam Jadual 8 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min
skor pencapaian guru pelatih yang signifikan (p =.724, p > .05) dalam KPS mengikut jantina. Ini
bermakna min skor pencapaian guru pelatih lelaki dalam KPS (M = 21.81, SP = 2.676) tidak berbeza
secara signifikan dengan min skor pencapaian guru pelatih perempuan dalam KPS (M=22.02, SP=
2.594).

47

Jadual 8: Tahap pencapaian KPS merentas jantina

Jantina N Min Skor Sisihan piawai Perbezaan min t p

Skor Lelaki 31 21.81 2.676 -.214 -.355 .724

Markah

Perempuan 49 22.02 2.594

Hal ini menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam tahap pencapaian KPS antara guru pelatih sains
lelaki dan perempuan. Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan kajian (Ang dan Ong, 2018;
Aydogdu, 2015; Saniah dan Norazilawati, 2017), turut mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan
min skor pencapaian pelajar yang signifikan dalam KPS di antara guru lelaki dan guru perempuan.
Namun, dapatan Aydogdu (2014) tidak selaras dengan dapatan kajian kerana kajian yang dilakukan
terhadap guru sains sekolah rendah di Turkey didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara
pencapaian KPS guru sains lelaki dan guru sains perempuan iaitu p < .01 iaitu sig=.000

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, tahap pencapaian KPS guru pelatih sains IPGKPT secara keseluruhannya adalah
cemerlang. Di samping itu, dari segi subskala KPS, guru pelatih sains dalam kajian ini dapat menguasai
kemahiran mentafsir data pada tahap cemarlang tetapi kemahiran mengeksperimen adalah paling
kurang dikuasai guru pelatih walaupun berada masih pada tahap cemerlang. Oleh itu, penekanan yang
lebih mesti ditumpukan kepada kemahiran mengeksperimen guru pelatih sains supaya dapat
meningkatkan dan mengekalkan tahap pencapaian KPS guru pelatih Sains pada tahap cemerlang.
Implikasinya, guru pelatih, pensyarah dan KPM dapat menilai tahap kemahiran proses sains guru
pelatih dan mengambil inisiatif seperti mempelbagaikan cara pengajaran dan juga menyediakan modul
kemahiran proses sains khas untuk guru pelatih sains. Cadangan penambahbaikan yang boleh
dilakukan ialah menjalankan program seperti pemulihan boleh dirangka oleh para pensyarah
untukmenumpukan kepada aplikasi KPS dalam aktiviti PdP bagi mengasah kemahiran KPS yang
cemerlang dalam pedagogi KPS. KPM juga boleh membuat perkongsian dengan guru-guru pakar
dengan menggunakan platform seperti program “Kem Sains,” kerana berupaya memberikan gambaran
awal tentang pengalaman untuk mengimplementasikan kemahiran proses sains dengan murid-murid
di sekolah

RUJUKAN

Ang. Z. S., & Ong. T. E. (2018). Tahap kebiasaan, kefahaman konseptual, penguasaan dan minat
terhadap Kemahiran Proses Sains dalam kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains Dan
Matematik Malaysia, 8(2), 45-59.

Aydogdu, B. (2015). The investigation of science process skills of science teachers in terms of some
variables. Educational Research and Reviews,10(5), 582-594.

Aydoğdu, B., Erkol, M., & Erten, N. (2014). The investigation of science process skills of elementary
school teachers in terms of some variables:Perspectives from Turkey. In Asia-Pacific Forum
on Science Learning & Teaching (Vol. 15, No. 1).

Chabalengula, V. M., Mumba, F., & Mbewe, S. (2012). How pre-service teachers’ understand and
perform science process skills. Eurasia journal of mathematics, science and technology
education, 8(3), 167-176.

Chin,. C.K., Shahril Wanteh & Noor Fadzilah Aris (2013). Integrasi Pembelajaran Kemahiran Proses
Sains Untuk pelajar Program Pensiswazahan Guru melalui Aktiviti Membuat Payung Terjun.
Seminar Penyelidikan Zon Utara 2013

Edy Hafizan, Lilia Halim & T. Subahan Meerah (2012). Perception, conceptual knowledge and
competency level of integrated science process skill towards planning a professional
enhancement programme. Sains Malaysian, 41(7), 921-930.

Fatin Aliah Phang & Nor Athirah Tahir (2011) Kemahiran proses sains dalam kalangan mahasiswa
pendidikan sains di UTM. Journal of Science and Mathematics Educational, 3. pp. 123-133.

48

Fazilah Razali, Othman Talib & Azraai Othman (2017). Aplikasi kemahiran proses sains dalam
Pembelajaran Berasaskan Masalah untuk mata pelajaran Biologi. JuKu: Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik, 4(3), 38-46.

Fitri Shahwaliah Su‟ut (2014). Penguasaan kemahiran proses sains dan pencapaian mata pelajaran
Sains dalam kalangan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kudat. Jurnal Penyelidikan
Kent, 13, 1-19.

Hairiah Munip dan Chin. C. K (2012). Tinjauan Tahap Pencapaian & Pelaksanaan Kemahiran Proses
Sains Dalam Kalangan Guru Pelatih PISMP Pulau Pinang: Jabatan Sains IPG Kampus Tuanku
Bainun.

Kamisah Osman. (2012). Primary science: Knowing about the world through science process skills.
Asian Social Science, 8(16), 1–7.

Mohd Najib Ghafar & Abdul Rauf Ibrahim (2011). Penilaian Hubungan Tahap Penguasaan Konsepsi
Sains dengan Tahap Kemahiran Proses Sains Guru Peringkat Menengah Rendah (Doctoral
dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Ong Eng Tek & Shamalah Manikam. (2014). Penguasaan Kemahiran Proses Sains Asas Dalam
Kalangan Murid India Di Beberapa Buah Sekolah Rendah Di Perak.Sains Humanika, 2(1).

Ong. T. E, & Johairi Abdul Rahim. (2019). Mastery Level of Integrated Science Process Skills (PES)
Among the Form 2 Students in Temerloh. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 3(1), 80-99.

Salasiah Zainuddin. (2016). Pembinaan dan penentusahan instrumen ujian kemahiran proses sains
bersepadu sekolah rendah (Doctoral dissertation, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Saniah Sembak & Norazilawati Abdullah. (2017). Pengetahuan dan pelaksanaan Kemahiran Proses
Sains (KPS) dalam dalam kalangan guru. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik
Malaysia, 7(1), 56-67.

Wun T. Y. & Sunita Tajuddin. (2015). Tahap Pencapaian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Dalam
Mata Pelajaran Sains Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Journal of Science and
Mathematics Letters, 3, 7-14.

49


Click to View FlipBook Version