The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tingyihwei, 2024-04-21 08:41:46

E-NOTA PBKK1104

E-NOTA PBKK1104

5.Usaha Menjinakkan Lembu Latihan ringkas, tetap dan sempurna Setiap perbuatan dan pemikiran mula memperlihatkan kebenaran kendiri Individu sentiasa berusaha membuktikan ciri-ciri Buddhisme tanpa sebarang halangan atau gangguan Pelajar Zen menganggap mereka sudah berjaya selepas menangkap lembu yang dicari sekian lama, tetapi sebenarnya mereka masih belum berjaya sepenuhnya Pada tahap ini, badan individu seperti tidak bergerak dan fikiran mereka tenang, tidak dapat mengawal fikiran lalu tertanya adakah mereka sudah memperolehi Samadhi Mereka yang tidak mempunyai penyelesaian akan mencuba berkali-kali untuk memperoleh Samadhi


6. Pulang dengan Menunggang Lembu Latihan luaran secara formal tidak diperlukan lagi apabila pelajar sudah mempunyai kesedaran, keyakinan dan kecekalan pada ciri-ciri Buddha Soal disiplin yang dahulunya dianggap sebagai beban, kini diterima sebagai punca kelepasan dan kepuasan hati Pencapaian Samadhi yang diperoleh tidak tergugat walaupun rintangan mendalangi mereka


7.Lembu Dilupakan Dan Yang Tertinggal Hanya Diri Sendiri ‘Pencari’ pulang ke kampung halamannya dan lembu yang dijejaki sekian lama dilupakan Perbezaan antara keagamaan dan kategori keduniaan lenyap begitu sahaja (semua kelihatan suci dan tiada perbezaan antara kepandaian dan kejahilan) Peringkat ini, pelajar Zen tidak perlu menumpukan perhatian dalam pernafasan, kedudukan badan dan lain-lain Pelajar masih dalam mencapai Samadhi ketika melakukan apa-apa aktiviti Sebelum ini, pelajar Zen dipisahkan daripada Samadhi dan dia hanya mencapai Samadhi dengan usahanya sendiri Sekarang, pelajar itu berjaya menguasai Samadhi (mampu mengawal fikiran dan dirinya) Oleh itu, walaupun kehilangan lembu tetapi dirinya tetap kekal


Pencari pulang ke rumah ataupun kampung halamannya Lembu yang telah dijejaki tersebut dilupakan Langkah ketujuh mencapai samadhi Pada peringkat ini Zen tidak menumpukan perhatian terhadap pernafasan. 1. Dapat dilakukan dalam pelbagai keadaan seperti berbaring dan sebagainya untuk mencapai samadhi 2. 3.Pelajar zen akan dapat mengawal fikiran dan diri mereka sendiri. 4.oleh itu, walaupun kehilangan lembu tetapi dirinya tetap kekal. 8.Lembu yang dilupakandan yang tertinggal hanya diri sendiri


9. Kedua-dua lembu dan diri sendiri dilupakan Merujuk kepada kekosongan pengalaman yang dialami oleh semua benda yang wujud di dunia ini. Langkah kelapan untuk mencapai samadhi : 1.Peringkat asas : Pendapat dan idea keluar dan masuk 2.Peringkat pemahaman : Tida membentuk sebarang buah fikiran Peringkat kesedaran : Mencerminkan objek dalaman dan luaran seperti cermin. Kesan-kesan tindakan adalah cerminan kesedaran yang timbul sekali-sekala dan terimbau seketika dengan jelas dalam minda. 3. 4.Peringkat mendalam : Tidak ada sedikitpun tindakan cerminan kesedaran menembusinya. Pada peringkat ini menyatakan keadaan ini dinamakan Samadhi “tiada pendapat” yang bersamaan dengan samadhi yang lengkap.


10.Memasuki bandar dengan tangan yang sudi menghulurkan bantuan Merujuk kepada peringkat terakhir dalam latihan Zen ini. Bodhisattva bebas bergaul dengan semua lapisan mayarakat Bandar membawa maksud dunia sekular bertentangan dengan dunia Zen yang terbatas Bodhisattva digambarkan dengan seseorang yang berperut buncit dan mmebawa minuman arak. Langkah terakhir untuk mencapai Samadhi : 1.Penjejak lembu pada tahap ini sudah tidak mengenakan lagi pakaian istiadat yang lama 2.Dia berkaki ayam dengan dada yang terdedah 3.Samadhi positif dan bebas melakukan aktiviti keduniaan semahu mereka


YOGA Teori ini ialah gaya hidup yang dibangunkan untuk membantu individu lebih selaras dengan agama mereka, Tuhan atau dengan alam semula jadi. Yoga, yang bermaksud perpaduan, adalah amalan yang dibangunkan dalam agama Hindu untuk membantu penganut Hindu mencapai perpaduan dengan Tuhan. Yoga bermula daripada penulisan Patanjali dan terbahagi kepada empat buku pendek.


YOGA Teori ini ialah gaya hidup yang dibangunkan untuk membantu individu lebih selaras dengan agama mereka, Tuhan atau dengan alam semula jadi. Yoga, yang bermaksud perpaduan, adalah amalan yang dibangunkan dalam agama Hindu untuk membantu penganut Hindu mencapai perpaduan dengan Tuhan. Yoga bermula daripada penulisan Patanjali dan terbahagi kepada empat buku pendek. Beliau dianggap sebagai penulis Yoga Sutra, sebuah teks kuno yang menjadi landasan filosofis bagi praktik yoga. Patanjali hidup pada zaman kira-kira abad ke-2 SM di India. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai kehidupannya agak kabur dan banyak kisah yang bersifat legenda. Menurut Patanjali, yoga bukanlah sekadar senaman fizikal, tetapi satu sistem yang menyatukan minda, badan, dan jiwa untuk mencapai kesempurnaan dan keselarasan. Dalam Yoga Sutra, beliau menyusun asas-asas yoga dalam bentuk 195 aforisma yang dikenali sebagai sutra. Sage Maharishi Patanjali


YOGA Teori ini ialah gaya hidup yang dibangunkan untuk membantu individu lebih selaras dengan agama mereka, Tuhan atau dengan alam semula jadi. Yoga, yang bermaksud perpaduan, adalah amalan yang dibangunkan dalam agama Hindu untuk membantu penganut Hindu mencapai perpaduan dengan Tuhan. Yoga bermula daripada penulisan Patanjali dan terbahagi kepada empat buku pendek. Beliau dianggap sebagai penulis Yoga Sutra, sebuah teks kuno yang menjadi landasan filosofis bagi praktik yoga. Patanjali hidup pada zaman kira-kira abad ke-2 SM di India. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai kehidupannya agak kabur dan banyak kisah yang bersifat legenda. Menurut Patanjali, yoga bukanlah sekadar senaman fizikal, tetapi satu sistem yang menyatukan minda, badan, dan jiwa untuk mencapai kesempurnaan dan keselarasan. Dalam Yoga Sutra, beliau menyusun asas-asas yoga dalam bentuk 195 aforisma yang dikenali sebagai sutra. Sage Maharishi Patanjali Patanjali mengajar bahawa tujuan sebenar yoga adalah untuk mencapai keadaan kesedaran yang tinggi, yang dikenali sebagai "Samadhi", di mana seseorang memahami hakikat sejati kehidupan. Bagi Patanjali, yoga terdiri daripada lapan anggota, yang dikenali sebagai "Ashtanga Yoga". Ini termasuk lima aspek etika dan moral (Yama, Niyama), latihan fizikal (Asana), teknik pernafasan (Pranayama), pengekalan fokus (Pratyahara), penumpuan minda (Dharana), meditasi (Dhyana), dan kesatuan kesedaran (Samadhi). Sage Maharishi Patanjali


Yoga berasal dari warisan filosofis Hindu, terutamanya ditemui dalam ajaran-ajaran klasik seperti Yoga Sutra karya Patanjali. Dalam Yoga Sutra, Patanjali memberikan panduan komprehensif tentang bagaimana mencapai kebebasan (moksha) melalui praktik yoga, yang merangkumi aspek-etika, disiplin, postur badan, kawalan pernafasan, dan meditasi. Latar Belakang Pembangunan Sahsiah Menurut Persepktf Yoga


Yoga mengajar tentang pentingnya kesedaran diri yang mendalam. Dengan menjadi lebih sedar akan fikiran, emosi, dan tubuh kita, kita dapat mengenali pola perilaku yang tidak sihat dan menukar kepada yang lebih positif. Integrasi Kesedaran Praktik Etika Dan Moral Yoga menekankan pentingnya praktik etika dan moral dalam kehidupan harian. Melalui prinsipprinsip yama (prinsip moral) dan niyama (prinsip etika), seperti ahimsa (ketiadaan kekerasan), satya (kejujuran), dan santosha (puas), individu dapat membina asas yang kukuh untuk karakter yang baik. Perkembangan


Salah satu aspek penting dalam perkembangan sahsiah dalam yoga adalah pengendalian diri. Ini merangkumi mengawal fikiran, emosi, dan nafsu yang negatif, serta membangunkan kemahiran untuk menghadapi cabaran dengan tenang. Pengendalian Diri Kesedaran Emosi Yoga membantu individu mengenali, memahami, dan mengurus emosi mereka dengan lebih baik. Melalui latihan meditasi, pernafasan, dan refleksi, seseorang dapat mendalami pemahaman mereka tentang aliran emosi dan belajar meresponnya dengan bijak. Perkembangan


Yoga menggalakkan pembangunan sifat-sifat positif seperti kasih sayang, baik hati, ketabahan, dan rasa syukur. Amalan yoga membantu individu melepaskan ego dan meningkatkan kasih mereka terhadap semua makhluk. Pembangunan Sifat-sifat Positif Pembinaan Hubungan Spiritual Yoga menyediakan jalan untuk membina hubungan yang lebih mendalam dengan diri sendiri, dengan orang lain, dan dengan yang Ilahi. Melalui latihan meditasi dan refleksi, seseorang dapat mencapai pengalaman spiritual yang dalam dan merasakan hubungan yang lebih rapat dengan alam semesta. Perkembangan


Renungan dan refleksi diri Pendidikan dan pengajaran Amalan spiritual KONSEP YOGA Yoga dan Dimensi Fizikal Personaliti Yoga dan Dimensi Emosi Personaliti Yoga dan Dimensi Keperibadian Sosial Yoga dan Dimensi Kerohanian Personaliti Yoga dan Dimensi Intelek Keperibadian


Yoga dan Dimensi Fizikal Personaliti Dimensi fizikal berkaitan dengan badan kita. Maksudnya semua organ dan sistem badan kita harus dibangunkan dan berfungsi dengan betul. Ini merujuk kepada tubuh yang sihat tanpa sebarang penyakit. Amalan yoga seperti asana, pranayama, dan bandha memainkan peranan yang bermanfaat perkembangan fizikal kanak-kanak. Asana- Asana (postur) biasanya ditakrifkan sebagai postur badan yang dipegang dengan kestabilan dan mudah oleh Patanjali. Hathayoga Pradipika (manual klasik Sanskrit abad kelima belas tentang yoga haṭha, yang ditulis oleh Svātmārāma) menekankan bahawa asana membantu membawa kestabilan dalam kesihatan dan fleksibiliti badan Pranayama- Latihan pernafasan yoga dikenali sebagai Pranayamas dan dianggap sebagai satu bentuk meditasi serta persediaan untuk meditasi mendalam. Bandha-bermaksud ikatan, belenggu, atau "menangkap"


Yoga dan Dimensi Fizikal Personaliti Pranayamas menggalakkan kesejahteraan fizikal dan kesedaran diri, meningkatkan paru-paru dan kapasiti kognitif, mengurangkan tekanan darah, kebimbangan (anxiety), dan corak psikosomatik lain, mungkin dengan meningkatkan nada parasimpatetik (Campanelli et al., 2020). satu kajian baru-baru ini menekankan bahawa pernafasan sedar mungkin menggalakkan regulasi emosi atas ke bawah melalui rangkaian korteks prefrontal dengan sistem limbik (Campanelli et al., 2020).


Yoga Dan Dimensi Emosi Personaliti Yoga membantu memperkuat emosi positif dan mengendalikan yang negatif. Amalan yoga seperti yama dan niyama membantu dalam pengurusan emosi. Prinsip-prinsip seperti ketiadaan keganasan membantu membangun perasaan kasih sayang dan baik hati. Yoga membawa kestabilan emosi dan membantu dalam pengendalian emosi negatif. Yoga berperanan penting dalam pengembangan emosi positif dan pengurusan secara keseluruhan.


Yoga dan Dimensi Intelek Keperibadian Perkembangan individu adalah berkait dengan perkembangan keupayaan mental dan kemampuan seseorang untuk berfikir secara kritis, mengingat, membuat persepsi dalam psikologi, membuat keputusan, berimaginasi, menjadi kreatif, dan lain-lain. Pembangunan dimensi ini sangat penting kerana ia membolehkan seseorang mempelajari dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu. Pengamalan Yoga seperti Asana, Pranayama, Dharana, Dhyana (meditasi) membantu membangunkan tumpuan, ingatan sekaligus membantu pembangunan intelektual. Dharana Mengurangkan gangguan dalam fikiran manusia kerana pengamalan Dhrana mampu menjadikan pemikiran manusia tenang (Ashish, 2021). Ia juga memisahkan minda dari pengalaman buruk kerana individu akan fokus kepada objek meditasi secara mendalam.


Dimensi Keperibadian Sosial 1. Ahimsa (Tidak Berlaku Kekerasan) Ahimsa adalah prinsip utama dalam yoga yang menekankan pentingnya menghindari kekerasan, baik fizikal mahupun emosi. Dalam konteks personaliti sosial, ahimsa mengajar untuk memperlakukan orang lain dengan penuh kasih sayang, mengelakkan konflik, dan berkomunikasi dengan cara yang menghormati. 2. Satya (Kebenaran) Satya mendorong amalan kejujuran dan kebenaran dalam interaksi sosial. Ini merangkumi berbicara dengan jujur, menghormati kebenaran, dan memperhatikan etika dalam hubungan dengan orang lain.


Dimensi Keperibadian Sosial 3. Asteya (Tidak Mencuri) Konsep asteya mengajar untuk tidak mengambil apa pun yang bukan milik kita dengan cara yang tidak adil. Dalam dimensi personaliti sosial, ini merangkumi penghormatan terhadap kepemilikan orang lain, mengelakkan perilaku mencuri, dan mempraktikkan sikap yang adil. 4. Brahmacharya (Pemantauan Energi) Brahmacarya menekankan pengurusan tenaga dan kawalan diri, termasuk dalam konteks hubungan sosial. Ini boleh merangkumi penggunaan tenaga secara bijak dalam interaksi sosial, mengelakkan perilaku yang merugikan, dan memelihara hubungan yang sihat dan bermakna.


Yoga dan Dimensi Kerohanian Personaliti Dimensi Keperibadian Sosial Dimensi ini berkaitan dengan pembangunan nilai. Ia juga mengambil kira dengan aktualisasi diri yang berkaitan dengan mengenali potensi seseorang dan mengembangkannya secara maksimum. Kebenaran tentang perkembangan dimensi ini membantu seseorang untuk menyedarinya identiti sebenar. Untuk pembangunan rohani, yama, niyama, pratyahara dan dhyana (meditasi) sangat membantu. Yama dan niyama membantu mengembangkan nilai moral kita semasa pranayama,dan meditasi membantu kita untuk menyedari diri kita yang sebenar. Introspeksi adalah sangat berkesan untuk perkembangan ‘diri’.


SAHSIAH MENURUT PERSPEKTIF BARAT


BIODATA ALFRED ADLER Nama: Alfred Adler Tarikh lahir: 7 Februari 1870 menderita penyakit pneumonia pengalaman hidup semasa kecil mempengaruhi pembentukan teori pada awalnya merupakan salah seorang yang menyumbang dalam teori psiokoanalisis setelah beberapa tahun mempraktikkan psikoanalisis, Adler mendapati psikoanalisis kurang berkesan dalam kaunseling dan psikoterapi Adler dan rakan-rakannya keluar dari psikoanalisis dan membawa diri masing-masing. ALFRED ADLER


PENGENALAN Kefahaman tentang motivasi dan tingkah laku individu. Mengkaji tentang mengapa individu bertindak balas secara berbeza terhadap sesuatu peristiwa dalam kehidupan. desakan sosial vs desakan seksual sedar vs bawah sedar keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti semasa zaman kanak-kanak kanak-kanak memerhatikan peristiwa sekeliling mereka untuk membentuk kepercayaan tentang kehidupan


PANDANGAN TERHADAP SIFAT SEMULAJADI MANUSIA setiap tingkah laku manusia mempunyai tujuan tertentu -memperoleh rasa selamat -mengatasi masalah rendah diri matlamat ini mendorong manusia berusaha mencapai kuasa, superioriti dan kesempurnaan Adler berpendapat bahawa Pusat Personaliti seseorang individu adalah di alam sedar manusia mempunyai keupayaan mengawal dan mengarahkan dirinya menurut apa yang dicita-citakannya Adler memandang manusia secara menyeluruh dan sesuatu yang berkembang Penekanan terhadap aspek dalaman: -nilai, kepercayaan, sikap, matlamat, minat, persepsi subjektif terhadap realiti, usaha ke arah nirwana kendiri Adler berpendapat bahawa: terdapat suatu kendiri yang kreatif dalam diri individu Kendiri yang merupakan sistem yang amat subjektif dan tersendiri akan mentafsir semua pengalaman individu secara bermakna


KONSEP UTAMA PERASAAN RENDAH DIRI Adler berpendapat bahawa terdapat kesan positif dan kesan negatif terhadap individu yang KECACATAN FIZIKAL / KETIDAKCEKAPAN Apabila terdapat organ badan yang lemah atau cacat, seseorang akan cuba menunjukkan kebolehan mencapai pampasan sebagai usaha untuk mengurangkan perasaan psikologi negatif Seseorang akan mengatasi perasaan rendah diri dengan pelbagai cara Contoh: bagi pelajar yang sering mendapat markah yang rendah akan menunjukkan bakat di bidang sukan BERUSAHA KE ARAH SUPERIORITI Setiap individu selalu ingin menjadi yang sempurna /mengejar kesempurnaan. Superioriti merupakan suatu gerak yang mengarahkan individu pada kejayaan Seseorang individu akan berusaha untuk mencapai keadaan kesedaran yang tinggi atau pencapaian matlamat tertentu yang mereka tetapkan untuk diri sendiri Seseorang individu menggunakan potensi yang dimiliki menurut gaya dan cara tersendiri untuk mencapai kesempurnaan diri.


KONSEP UTAMA FICTIONAL FINALISM (MATLAMAT AKHIR YANG BERSIFAT FIKSYEN) Menurut Adler, manusia digerakkan untuk bertindak lebih oleh jangkaan-jangkaan dan harapan masa hadapannya daripada peristiwa dan pengalaman masa lampau Dalam teori Adler, fictional finalism menggambarkan kecenderungan individu untuk melihat ke hadapan dan bertindak berdasarkan kepada matlamat akhir yang diimpi-impikan, walaupun matlamat tersebut mungkin tidak realistik atau mungkin tidak pernah dapat dicapai sepenuhnya. Matlamat akhir ini berfungsi sebagai panduan untuk tingkah laku individu dan membentuk personaliti serta pemikiran mereka. GAYA HIDUP Adler berpendapat gaya hidup sebagai peta minda individu yang unik dan tidak disedari yang memfasilitasikan individu dalam kehidupannya Matlamat untuk mencapai kesempurnaan, seseorang akan berusaha ke arah memaksimumkan potensi dan keupayaan mereka dengan cara bagaimana untuk mencapai matlamatnya yang berbeza Dalam semua usaha ini seseorang telah memperoleh satu gaya tersendiri yang menjadikan individu itu unik


KONSEP UTAMA MINAT SOSIAL Minat sosial merupakan satu ciri yang wujud sejak lahir, tetapi ia perlu dipupuk dan dibimbing Ia merupakan sikap positif manusia terhadap manusia lain dalam kehidupan Menurut Adler, seseorang lebih dipengaruhi unsur sosial berbanding dengan unsurunsur biologi disebabkan potensi minat sosial terdapat dalam diri setiap individu Menerusi konsep ini, perasaan dipunyai, perasaan ingin menyumbang, perasaan identifikasi dan empati dapat dilahirkan KENDIRI KREATIF Konsep ini merupakan komponen personaliti yang penting Ia merupakan sesuatu yang terdapat di antara rangsangan yang bertindak ke atas individu dan gerak balas yang dilakukannya Manusia adalah kreatif dan mempunyai keazaman kendiri untuk merancang masa depan berdasarkan tingkah laku yang boleh dijangka Manusia bukan lagi mangsa nasibnya, tetapi sebaliknya penentu kepada nasibnya


KAREN HORNEY menyatakan bahawa setiap individu mengalami rasa tidak selamat atau kerisauan asas dari awal kehidupan. "Kerisauan asas " ini timbul terutamanya daripada kebergantungan kanak-kanak kepada penjaga dan ketidaktentuan dunia. Ia berfungsi sebagai penggerak di sebalik pembangunan sahsiah. mencadangkan agar individu membangunkan imej “Ideal Self” mereka, yang mewakili aspirasi dan keinginan mereka. "Idea Self" ini berbeza dengan "Real Self" , yang mencerminkan ciri dan pengalaman sebenar individu. Jurang yang ketara antara "Idea Self" dan "Real Self" boleh membawa kepada perasaan tidak mencukupi dan tingkah laku neurotik. menekankan kepentingan hubungan awal, terutamanya dengan ibu bapa, dalam membentuk sahsiah. Interaksi yang positif dan memupuk memupuk rasa selamat dan keyakinan, manakala pengabaian, penolakan atau perlindungan berlebihan boleh menyumbang kepada perasaan rendah diri dan kebimbangan. mengakui kesan faktor masyarakat dan budaya ke atas pembangunan sahsiah. Norma budaya, peranan jantina dan jangkaan masyarakat mempengaruhi kepercayaan, nilai dan corak tingkah laku individu. percaya akan kepentingan psikoterapi sebagai satu cara untuk mendedahkan dan menyelesaikan konflik dan kebimbangan tidak sedarkan diri. Melalui terapi, individu boleh mendapatkan gambaran tentang corak neurotik mereka dan membangunkan mekanisme daya tindak yang lebih sihat


KAREN HORNEY Horney mengenal pasti tiga cara utama individu mengatasi kerisauan asas mereka, yang dirujuknya sebagai strategi mengatasi atau trend neurotik: 1. “Moving Toward People ” : Sesetengah individu mengatasi kerisauan dengan mendapatkan persetujuan dan kasih sayang daripada orang lain. Mereka mungkin mengamalkan sikap patuh dalam perhubungan dan berusaha untuk menggembirakan orang lain untuk mengurangkan kerisauan mereka. 2. “Moving Against People ” : Orang lain mengatasi kerisauan dengan mengamalkan sikap agresif atau mendominasi terhadap orang lain. Mereka mungkin berusaha untuk mendapatkan kuasa, kejayaan dan pengiktirafan untuk menegaskan kawalan dan menutupi rasa tidak selamat mereka. 3. “Moving Away From People ” : Sesetengah individu mengatasi dengan menarik diri daripada orang lain dan mengelakkan ikatan emosi. Mereka mungkin mencari pengasingan, berdikari, atau melarikan diri melalui fantasi untuk melindungi diri mereka daripada kemungkinan kecederaan atau penolakan


10 keperluan neurotic (Ten Neuritic needs) KEPERLUAN AKAN KASIH SAYANG DAN PENERIMAAN Ini mencerminkan dorongan yang kuat untuk menyenangkan orang lain dan bertindak sesuai dengan harapan mereka Individu yang mengalami keperluan ini sangat ingin diterima oleh orang lain, sehingga ereka cenderung melakukan hal-hal yang diharapkan oleh orang lain Mereka sering kali takut untuk mengekspresikan keinginan mereka sendiri dan sangat sensitif terhadap tanda-tanda penolakan atau permusuhan dari orang lain, bahkan mungkin merasa permusuhan dalam diri mereka sendiri KEPERLUAN PARTNER YANG BERSEDIA MENGAMBIL ALIH KEHIDUPANNYA Mencerminkan kurangnya kepercayaan diri seseorang, yang mendorong mereka untuk bergantung pada pasangan yang lebih kuat Kperluan ini mencakup penghargaan yang berlebihan terhadap cinta dan rasa takut akan kesepian dan diabaikan


10 keperluan neurotic (Ten Neuritic needs) KEPERLUAN UNTUK MEMBATASI KEHIDUPAN DALAM RANAH YANG SEMPIT mencerminkan dorongan seseorang untuk tetap tidak menarik perhatian, menjadi orang yang tidak terlalu diperlukan dan puas dengan sedikit yang dimiliki Individu yang mengalami keperluan ini cenderung merendahkan nilai dan kemampuan mereka sendiri serta takut untuk meminta bantuan kepada orang lain KEPERLUAN AKAN KEKUASAAN Individu yang mengalami keperluan ini memiliki dorongan untuk berkuasa, kurang menghargai orang lain, mengagungkan kekuatan dan merendahkan kelemahan Keperluan ini tercermin dalam keinginan untuk mengendalikan orang lain dan menolak perasaan lemah atau bodoh


10 keperluan neurotic (Ten Neuritic needs) KEPERLUAN MENGEKSPLOITASI ORANG LAIN mencerminkan ketakutan seseorang individu dalam menggunakan kekuasaan secara terang-terangan Mereka cenderung menguasai orang lain melalui oksploitasi intelektual Orang yang mengalami keperluan ini sering menilai orang lain berdasarkan kemungkinan mereka untuk dimanfaatkan atau dieksploitasi, sementara mereka sendiri takut dieksploitasi oleh orang lain


PENGENALAN Kefahaman tentang motivasi dan tingkah laku individu. Mengkaji tentang mengapa individu bertindak balas secara berbeza terhadap sesuatu peristiwa dalam kehidupan. desakan sosial vs desakan seksual sedar vs bawah sedar keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan personaliti semasa zaman kanak-kanak kanak-kanak memerhatikan peristiwa sekeliling mereka untuk membentuk kepercayaan tentang kehidupan


Carl Jung Carl Gustav Jung ( 26 Julai 1875 - 6 Jun 1961) adalah pakar psikiatri dan psikoanalis Switzerland yang mengasaskan psikologi analitik. Karya Jung berpengaruh dalam bidang psikiatri, antropologi, arkeologi, sastera, falsafah, dan studi agama. Jung bekerja sebagai saintis penyelidikan di hospital Burghölzli terkenal, di bawah Eugen Bleuler.


PENGENALAN Menurut pandangan Jung, sifat manusia terdiri daripada dua lapisan utama: 1.Sifat Kesedaran Lapisan ini merangkumi apa yang Jung sebut sebagai "ego" atau "self-consciousness". Ia adalah bahagian yang kita sampaikan kepada dunia luar, identiti yang kita kenal sebagai diri kita sendiri. 2. Sifat Tidak Kesedaran Lapisan ini merupakan bahagian yang tersembunyi dari diri kita, yang tidak kita kenal sepenuhnya. Jung memperkenalkan konsep "anjakan arketipal" dan "kesedaran kolektif" di sini. Anjakan arketipal merujuk kepada corak tingkah laku yang diperoleh secara warisan dari nenek moyang kita, manakala kesedaran kolektif merujuk kepada koleksi perasaan, imej, dan motif yang bersama-sama dialami oleh manusia sebagai spesies.


PENGENALAN Carl Jung turut menyatakan beberapa buah personoliti yang menggambarkan corak personaliti seseorang. terdapat dua jenis personaliti menurut Carl jung : 1. Ekstrovert Individu ekstrovert cenderung fokus ke luar, ke dunia luar dan orang lain. Mereka mendapat tenaga dari interaksi sosial dan kegiatan luar. 2. Introvert Individu introvert cenderung fokus ke dalam, ke dunia dalaman mereka sendiri. Mereka mendapat tenaga dari waktu bersendirian dan refleksi dalaman.


PENGENALAN Carl Jung turut memperkenalkan konsep “fungsi kognitif” utama , iaitu : 1.Pemikiran(Thinking) Merupakan satu proses penyelesaian masalah dan penganalisis objektif 2. Perasaan(Feeling) Penilaian secara subjektif dan pembuatan keputusan berasaskan emosi dan nilai yang lain 3.Intuisi(Intuition) Penerimaan idea dan maklumat di luar persepsi biasa 4. Deria(Sensation) Penyedaran terhadap realiti fizikal melalui deria pancaindera


RUJUKAN Adam, F., & Omar, S. H. S. (2017). Peranan Sahsiah dan Kerohanian bagi Mengatasi Masalah Penagihan Dadah. ON EMPOWERING ISLAMIC CIVILIZATION, 7, 204. Al-Ghazali, & Muhammad, A. H. M. (1998). Ihya’ cUlum al-Din. Jil. 5.al-Qahirah: Maktabat Misr. Allen, C. (2020, February). Yoga, Buddhism, Taoism, and Personality. Pressbooks.pub; Portland State University Library. https://pdx.pressbooks.pub/thebalanceofpersonality/chapter/yogaand-buddhism-as-personality-development-paths/ Ashish. (2021, November 7). Dharana – The Discipline of Concentration. Fitsri. https://www.fitsri.com/articles/dharana-sixth-limb-of-yoga Ashish. (2021, November 11). Dhyana Explained – The Ultimate Meditative Stage. Fitsri. https://www.fitsri.com/articles/dhyana-7th-limb-of-yoga


RUJUKAN Bhavanani, Ananda & Ramanathan, Meena. (2018). Psychophysiology of Yoga Postures: Ancient and Modern Perspectives of Asanas. 10.4018/978-1-5225-2788-6.ch001. Campanelli, S., Tort, A. B. L., & Lobão-Soares, B. (2020). Pranayamas and Their Neurophysiological Effects. International journal of yoga, 13(3), 183–192. https://doi.org/10.4103/ijoy.IJOY_91_19 Hashim, S., & Rohizani Yaakub. (2007). Teori personaliti dari perspektif Islam, timur & barat. Pts Professional Publishing. https://books.google.com.my/books?id=msaph-matpcC&pg=PA39&hl=zhCN&source=gbs_toc_r&cad=2#v=onepage&q&f=false Yasin, M. S. (1992). Akhlak dan Tasawuf. Selangor: Yayasan Salman Bangi, 413, 433-434.


TOPIK 3 E-NOTA Dikaryai Oleh: PPRBNK2


PEMBENTUKAN SAHSIAH BERDASARKAN PENDEKATAN TEORITIKAL Teori Psikodinamik Teori Kognitif Tingkah Laku Teori Humanistik Teori Pascamoden


Teori Psikodinamik


Latar Belakang Sigmund Frued Sigmund Freud (6 Mei 1856- 23 September 1939) ialah seorang ahli neurologi Austria serta pengasas psikoanalisis , satu subbidang psikologi. Beliau paling dikenali untuk kajian-kajiannya terhadap nafsu berahi, penindasan dan fikiran bawah sedar. Freud sering dirujuk sebagai “Bapa Psikoanalisis” , dan kerja-kerjanya amat terpengaruh dalam imaginasi yang popular — mempopularkan tanggapan-tanggapan terhadap fikiran bawah sedar,mekanisme pertahanan, kesilapan sebut Freud, dan perlambangan mimpi— sementara memberi kesan-kesan yang abadi kepada berbagai-bagai bidang seperti sastera, filem, teoriteori Marxisme dan faham kewanitaan, kritikan- kritikan kesusasteraan, serta falsafah dan sudah tentunya, psikologi.


Teori Psikodinamik Teori Personaliti Psikodinamik menurut Sigmund Freud menjelaskan bahawa personaliti manusia yang terbentuk adalah integrasi antara tiga komponen, iaitu id, ego dan superego. Ego ialah bahagian personaliti manusia yang sebahagian berada pada aras bawah sedar dan sebahagian lagi berada pada aras sedar. Id merupakan bahagian tengah personaliti yang terletak antara Id dan superego.


Teori Psikodinamik 1. ID Berdasarkan Teori Perkembangan Psikodinamik Freud, Id ialah bahagian personaliti yang mengandungi naluri seksual dan agresif yang diwarisi sejak lahir. Id beroperasi di atas prinsip keseronokan (pleasure principle), bersifat tidak rasional dan mementingkan kepuasan serta-merta. Id juga mengandungi libido, iaitu tenaga seksual yang menggerakkan kebanyakan daripada tingkah laku manusia.


Teori Psikodinamik 2. EGO Jenis personaliti kedua menurut Teori Personaliti Psikodinamik Freud ialah ego. Berbeza dengan id, ego tidak wujud semasa lahir. Ego berkembang secara berperingkat dan beroperasi di atas prinsip realiti (reality principle). Ego memainkan fungsi yang penting dalam struktur tingkah laku dan personaliti individu, iaitu sebagai pengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id.


Teori Psikodinamik 2. EGO Antara fungsi lain bagi ego ialah ego dapat bertindak terhadap sesuatu peristiwa yang mendatangkan kecemasan dan biasanya konflik yang berlaku antara id dan superego. Ego mempunyai dua kaedah dalam menghadapi situasi kecemasan, iaitu ego akan dapat bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah berasaskan pemikiran, pengalaman dan sosialisasi. Ego juga boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, atau tipu helah dengan memesongkan keadaan sebenar ketika menghadapi situasi kecemasan.


Teori Psikodinamik 3. SUPEREGO Jenis personaliti yang ketiga menurut Teori Personaliti Psikodinamik Freud ialah superego. Komponen superego digunakan bagi menggambarkan penghayatan nilai-nilai moral dalam masyarakat. Superego diterapkan dalam diri individu sejak lahir sebagai pegangan moral dalam usaha menghalang kehendak id. Tugas utama superego adalah menahan desakan id dan memujuk ego supaya memilih matlamat yang bermoral, realistik dan berusaha mencapai kejayaan.


Teori Psikodinamik 3. SUPEREGO Oleh itu, tahap ini menentukan tingkah laku individu sama ada bersifat positif atau negatif. Terdapat dua ciri utama dalam superego, iaitu suara hati (conscience) dan keunggulan ego (ego ideal). Suara hati diperoleh melalui pelaksanaan hukuman oleh ibu bapa, perasaan serba salah dan penyesalan. Keunggulan ego pula diperoleh melalui pelaksanaan ganjaran yang diberikan oleh seseorang kepada dirinya.


Click to View FlipBook Version