The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tingyihwei, 2024-04-21 08:41:46

E-NOTA PBKK1104

E-NOTA PBKK1104

Libido merupakan dorongan atau naluri yang mengarahkan pembentukan perilaku Frued mengemukakan bahawa manusia terlahir dengan dua jenis naluri Naluri untuk mempertahankan hidup atau keturunan Teori Psikodinamik: Teori Psikoanalisis Libido Naluri Mati Naluri Hidup Naluri yang menyatakan bahawa seseorang akan mati pada suatu masa


Hanya sebahagian dari kehidupan mental (fikiran, perasaan, ingatan) atau lapisan jiwa individu yang memiliki kesedaran Sedar (Conscious) Prasedar (Preconscious) Tak Sedar (Unconscious) Teori Psikodinamik: Teori Psikoanalisis Struktur Kejiwaan Kesedaran yang menjadi penghubung antara sedar dan tindak sedar Memiliki kecenderungan kuat untuk bertahan dalam ketidaksedaran dan mempunyai pengaruh dalam mengatur tingkah laku walaupun tidak disedari


Teori Kognitif Tingkah Laku Teori Kognitif Tingkah Laku merupakan pendekatan dalam psikologi yang menggabungkan unsur-unsur dari teori kognitif dan tingkah laku untuk menjelaskan bagaimana manusia belajar dan bertindak. Teori ini menekankan betapa penting proses kognitif, seperti persepsi, pemikiran, dan penilaian, serta hubungannya dengan tingkah laku. Fokus kepada teori ini adalah keyakinan bahawa proses kognitif yang kompleks seperti penerimaan maklumat, penilaian, dan pembentukan konsep memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan tingkah laku. Ini bermakna bahawa individu tidak hanya memberi respons secara pasif terhadap persekitaran, tetapi mereka juga aktif dalam membuat penilaian, menginterpretasikan maklumat, dan membuat keputusan. Satu konsep penting dalam teori ini ialah "skema" , yang merujuk kepada struktur mental yang digunakan untuk memproses, mengatur, dan memahami maklumat. Skema ini membantu individu untuk memberi makna kepada pengalaman mereka dan membimbing tingkah laku mereka. Misalnya, seorang kanak mungkin mempunyai skema untuk mengenal pasti objek yang bulat sebagai bola. Apabila dia melihat objek bulat yang baru, dia mungkin akan mengasosiasikan objek tersebut dengan konsep bola yang telah ada dalam skemanya.


Teori Kognitif Tingkah Laku Selain itu, teori ini juga menekankan peranan penting persekitaran dalam membentuk dan mempengaruhi proses kognitif dan tingkah laku. Interaksi antara individu dan persekitaran mereka, termasuk interaksi sosial dengan orang lain, memainkan peranan penting dalam pembentukan skema dan pembelajaran. Contohnya, dalam konteks pendidikan, guru yang memberi pujian kepada pelajar tidak hanya mempengaruhi tingkah laku mereka secara langsung, tetapi juga membantu membentuk persepsi dan keyakinan mereka tentang keupayaan mereka sendiri. Ini mempengaruhi proses kognitif mereka dan kemudian tingkah laku mereka dalam pembelajaran. Kesimpulannya, Teori Kognitif Tingkah Laku memandang manusia sebagai makhluk yang aktif dalam pembelajaran dan tingkah laku mereka, dengan proses kognitif yang kompleks memainkan peranan penting dalam proses ini. Teori ini membantu menjelaskan bagaimana persepsi, pemikiran, dan penilaian mempengaruhi cara individu belajar dan bertindak dalam pelbagai konteks.


Teori Humanistik


Sejarah Teori Humanistik Teori humanistik pertama kali dibangunkan pada tahun 1950-an oleh sekumpulan ahli psikologi dan pakar pendidikan terkenal, seperti Abraham Maslow, Carl Rogers, dan Sidney Jourard. Teori ini muncul sebagai reaksi kepada dua teori psikologi terdahulu iaitu teori psikoanalisis dan teori behaviorisme. Teori humanistik dibangunkan sebagai alternatif kepada teori pembelajaran behavioristik yang lebih menumpukan kepada kawalan tingkah laku pelajar. Aliran humanistik lahir sebagai tindak balas atau reaksi terhadap perkembangan pendekatan psikoanalisis dan behavioris. Teori ini kemudiannya berkembang pesat pada tahun 1960-an dan 1970-an, terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah. Teori ini menjadi sangat popular di kalangan pendidik dan ahli psikologi kerana ia menekankan perkembangan potensi manusia dan pengalaman peribadi. Secara umumnya, Teori Humanistik menekankan kepentingan subjektiviti setiap individu dan betapa pentingnya setiap orang membina makna hidup mereka sendiri.


Perkara-perkara penting Teori Humanistik Teori ini mengandaikan bahawa manusia mempunyai kehendak bebas, yang dipanggil agensi peribadi. Pemahaman yang betul tentang tingkah laku manusia hanya boleh dicapai dengan mengkaji manusia, bukan haiwan. Pemahaman Manusia Realiti subjektif adalah panduan utama kepada tingkah laku manusia Pengalaman Subjektif Psikologi harus mengkaji kes individu (idiografik) dan bukannya prestasi purata kumpulan (nomothetik). Kebebasan Berkehendak (Free Will) Pendekatan Idiografi


Perkara-perkara penting Teori Humanistik Manusia mesti dikaji dalam konteks persekitarannya. Semua individu mempunyai dorongan semula jadi untuk mencapai potensi maksimum mereka. Penyempurnaan Kendiri (Self-Actualization) Metodologi penyelidikan dalam psikologi humanistik selalunya melibatkan penyelidikan kualitatif, kajian kes, temu bual tidak formal, dan analisis kandungan. Holisme Penyelidikan kualitatif


Rumusan Teori Humanistik Teori humanistik dalam psikologi menekankan aspek positif manusia, seperti pertumbuhan individu, keunikan, dan pencarian makna dalam kehidupan, dengan mengiktiraf kebebasan individu untuk membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap kehidupan mereka. Diperkenalkan oleh tokoh seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers, teori ini menggariskan konsep hierarki keperluan, belas kasihan diri, dan mencapai potensi manusia sepenuhnya. Dengan tumpuan kepada kesedaran diri, kesejahteraan holistik, dan pendidikan berpusatkan pelajar, Teori Humanistik menggalakkan individu mencapai pemenuhan diri dan kesejahteraan melalui pertumbuhan berterusan dan penghargaan terhadap keunikan individu.


TEORI PASCAMODEN


Teori Pasca Moden Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “ pasca ” bermaksud selepas, sesudah atau setelah. Manakala, “ moden ” merujuk kepada masa sekarang atau yang berkaitan dengan masa kini. Menurut Zakaria Stapa (1999), pascamoden ialah fahaman yang bersifat antiagama dan anti Tuhan kerana pascamoden ialah lanjutan edisi baru kepada fahaman sekularisme. Sebelum munculnya teori Pascamoden, terdapat teori yang dipanggil sebagai teori modenisasi


Teori Pasca Moden Perkembangan ideologi ini lanjutan daripada pertentangan antara ilmuwan dan teori Kristian eran Renaissance Teori ini berkiatan konsep kebenaran mutlak berasaskan logocentrisme, kaedah saintifik dan objektiviti Ideologi pascamoden ini menafikan autonomi untuk mendakwa apa yang telah dibuktikan benar sebagai satu kebenaran Tidak wujud konsep kebenaran universal, sebaliknya kebenaran adalah relatif dan tiada siapa boleh mendakwa pegangannya adalah benar


Ciri Pemikiran Pascamoden Terdapat 10 ciri pemikiran Pascamoden menurut Aminuddin Miskam 1.Dekonstruktif - Mencabar teori moden dan agama yang telah mampan 2. Relativitisme - Kebenaran bersifat relatif dan berasaskan nilai, konteks dan budaya 3. Pluralisme - Kepelbagaian perlu diarikan dan ditoleransikan


Ciri Pemikiran Pascamoden 4. Kebenaran - Tidak ada kebenaran mutlak 5. Kehidupan - Ketiadaan makna kehidupan 6. Kesaksamaan Perwakilan - Tiada dominasi ke atas pihak lain 7. Tunjang - Pemikiran tidak ditunjangi dogma, agama, adat dan prinsip moral


Ciri Pemikiran Pascamoden 8. Nilai - Campuran nilai, budaya dan keyakinan 9. Media - Media baharu sebagai penentu kebenaran dan kesalahan manusia 10. Budaya - Budaya Konsumerisme


Kesan Pascamoden Kesan terhadap agama Islam - Hubungan Barat dan Islam menjadi lebih tidak selari serta berlaku salah faham antara mereka - Berlaku perdebatan tentang ilmu agama Islam dengan ilmu barat - Barat berpegang kepada kebebasan bersuara dan membenarkan kreativiti dan umat Islam pula merasakan ia sebagai sebuah aktiviti yang menyinggung


Kesan Pascamoden Kesan terhadap masyarakat - Golongan wanita yang berpendidikan tinggi sudah mulai menuntut hak sosial mereka. Mereka beranggapan bahawa pascamoden hanya mengekalkan para wanita dalam dunia yang kolot - Mewujudkan masyarakat yang bersikap individualistik


Rujukan Heng.J. (2024) Teori Personaliti Psikodinamik Frued. https://www.teacherheng.com/teori-personaliti-psikodinamikfreud#:~:text=Teori%20Personaliti%20Psikodinamik%20menurut%20Sigmund,lagi%20berada%20pada%20aras%20s edar. Fliphtml5.com. (2018, June 3). TEORI KEPRIBADIAN PSIKODINAMIKA pdf Pages 1-39 - Flip PDF Download | FlipHTML5. https://fliphtml5.com/caiv/qlkq/basic https://cerdika.com/my/teori-pembelajaran-humanistik/ https://www.simplypsychology.org/humanistic.html https://www.slideshare.net/slideshow/topik-9-ideologi-relativisme-pascamodenpptx/257577831


Thank's For Watching


E-NOTA TOPIK 4


KEPENTINGAN SAHSIAH DAN HUBUNGAN DENGAN PELBAGAI KONSTRUK PSIKOLOGI


Pendidikan berperanan dalam memperkenalkan individu kepada nilai, norma, dan peraturan sosial yang membentuk komponen sahsiah seperti tanggungjawab sosial dan integriti ASPEK AKADEMIK


Pekerja yang menunjukkan integriti cenderung dipercayai oleh majikan dan rakan sekerja, mencipta persekitaran kerja yang stabil dan saling percaya ASPEK KERJAYA


Motivasi yang ada pada seseorang individu adalah sebuah kemahiran yang sangat penting dalam mempengaruhi diri sendiri dan orang lain untuk melakukan sesuatu kerja atau tugasan ASPEK MOTIVASI


Kecerdasan emosi merupakan keupayaan individu untuk mengiktiraf perasaan sendiri dan perkara lain-lain bagi mendorong diri individu sendiri dan menjayakan pengurusan emosi diri ASPEK EMOSI


Sosialisasi melibatkan proses belajar yang membimbing seseorang ke arah perkembangan keperibadian sosial sehingga dapat menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan efektif ASPEK SOSIAL


e-NOTA TOPIK 5 PBKK1104


Pembangunan dan pembudayaan sahsiah melibatkan proses membentuk nilai-nilai, sikap dan perilaku yang positif dalam seseorang. Ia tidak hanya berkaitan dengan perkembangan individu dari segi kecerdasan atau kemahiran, tetapi juga membawa kepada kecemerlangan moral, etika, dan integriti. Ini melibatkan pendidikan, pengalaman dan penghayatan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian. Pengenalan


Menurut Amanina(2015), kepimpinan adalah proses mempengaruhi sesuatu kelompok dalam situasi dan masa tertentu untuk memberi pengalaman dan kepuasaan selari dengan kepimpinan yang dilaksanakan dalam sesenuah organisasi. Kepimpinan dipengaruhi oleh kuasa yang ada pada seseorang pemimpin Oleh itu, bakal guru perlu sentiasa mengambil peluang untuk mengasah kemahiran kepimpinan agar dapat memimpin dan menyelia ahli kelompok mereka kelak Kepemimpinan


Perlu kompetensi yang sangat tinggi Perlu ada matlamat dan arah tuju yang jelas untuk dicapai Perlu kreatif dan berinovasi dari aspek fizikal dan psikologi Ciri-ciri Guru pemimpin Perlu bijak melaksanakan penilaian secara telus dan berkesan Perlu mengisi proses PdP dengan aktiviti yang memberi makna mendalam


kekemasan diri Kebersihan fizikal kebersihan diri dan kebersihan persekitaran dari segala kekotoran. Kebersihan mental kebersihan pemikiran terutamanya pertuturan, pemikiran dan kerohanian


Guru perlu memainkan peranan sebagai model dan pembimbing yang baik. Melalui kekemasan diri, guru menunjukkan integriti dan kejujuran, yang merupakan asas kepada pembangunan sahsiah pelajar. Kekemasan diri bukan sekadar satu amalan luaran, tetapi juga satu nilai yang perlu diterapkan dalam kehidupan sehari-hari sebagai contoh yang baik. Pertuturan melambangkan sahsiah seseorang kerana ia merupakan medium utama yang menggambarkan cara individu berkomunikasi, menyampaikan pendapat, dan berinteraksi dengan orang lain. kekemasan diri


Guru perlu memainkan peranan sebagai model dan pembimbing yang baik. Melalui kekemasan diri, guru menunjukkan integriti dan kejujuran, yang merupakan asas kepada pembangunan sahsiah pelajar. Kekemasan diri bukan sekadar satu amalan luaran, tetapi juga satu nilai yang perlu diterapkan dalam kehidupan sehari-hari sebagai contoh yang baik. Pertuturan melambangkan sahsiah seseorang kerana ia merupakan medium utama yang menggambarkan cara individu berkomunikasi, menyampaikan pendapat, dan berinteraksi dengan orang lain. kekemasan diri


Pemikiran seseorang melambangkan sahsiah kerana ia mencerminkan cara individu berfikir, menganalisis, dan memberi tanggapan terhadap sesuatu perkara serta situasi. Aspek kerohanian meliputi kepercayaan terhadap agama yang dianuti dan diamalkan, pegangan, amalan dan nilai-nilai di dalam sesuatu ajaran agama serta tindak-tanduk yang berkaitan perkara yang disuruh atau perkara yang dilarang di dalam agama. Matlamat utama setiap agama adalah untuk melahirkan akhlak mulia. Aspek dalaman seseorang menjadi tugas utama untuk mencapai kesempurnaan sahsiah dirinya. kekemasan diri


sentiasa menjaga penampilan fizikal mereka dengan memastikan pakaian yang dipakai bersih dan kemas. memilih pakaian yang sesuai dengan kod etika dan dasar pakaian yang telah ditetapkan oleh sekolah Ciri-ciri Guru yang menjaga kekemasan diri memberi perhatian kepada kesegaran fizikal dengan menjaga gaya hidup yang sihat sentiasa menjaga kebersihan diri dari segi fizikal


bertutur dengan kemas dan teratur, gaya berkomunikasi, sikap dan ton suara, kepelbagaian ilmu dan pengalaman serta etika berkomunikasi (kesopanan, kejujuran). Meluaskan pemikirannya, mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik Ciri-ciri Guru yang menjaga kekemasan diri berupaya untuk menganalisis, kreativiti, pemahaman tentang emosi dan empati, kecekapan dalam membuat keputusan, bertoleransi dan lain-lain. kepercayaan terhadap agama yang dianuti dan diamalkan, pegangan, amalan dan nilai-nilai di dalam sesuatu ajaran agama dari segi mental


guru menepati masa dan bersedia dengan tugasan yang pelbagai pengurusan masa yang baik penting agar guru dapat mengelakkan tekanan guru merancang jadual harian dan mingguan dengan mengutamakan tigasa yang penting terlebih dahulu PENGURUSAN MASA


CIRI-CIRI GURU BIJAK MENGURUS MASA mengasingkan tugas dan mengutamakan tugas yang penting mengamalkan kendiri pengurusan diri mampu berkomunikasi dengan efektif berkolaborasi dengan orang lain menyesuaikan strategi pengajaran dengan keperluan murid


Kesimpulan Secara kesimpulannya, pembangunan dan pembudayaan sahsiah adalah penting dalam membentuk individu yang berkualiti melalui penanaman nilai-nilai, sikap dan perilaku positif yang membawa kepada kecemerlangan moral, etika dan integriti. Dengan membentuk sahsiah yang kukuh, individu dapat memperkukuhkan hubungan sosial, menguruskan konflik dengan bijak serta mengejar matlamat hidup dengan kestabilan emosi dan mental yang tinggi. Ini membantu dalam mencipta masyarakat yang harmoni dan progresif serta menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan bersama.


TOPIK 6 PBKK1104 isu-isu dalam pembangunan sahsiah


Syahril Othman, bekas guru Bahasa Melayu, meninggalkan jawatan pendidikan setelah 25 tahun. Beliau memilih untuk menjadi usahawan buku dan telah menghasilkan 127 jenis buku latihan kemahiran Bahasa Melayu sejak 2020. Buku-buku ini digunakan di lebih daripada 100 sekolah antarabangsa peringkat rendah dan menengah di seluruh negara. Syahril memulakan penulisan buku pada 2017 dan mendapati permintaan daripada sekolah antarabangsa memberi inspirasi untuk terus menghasilkan.


Buku-buku yang dihasilkan memenuhi silibus dan format sekolah antarabangsa serta keperluan murid. Terdapat 35 jenis buku latihan untuk sekolah rendah termasuk SJKC dan SJKT. Selain sekolah antarabangsa, buku-buku juga dijual dan dipasarkan menerusi media sosial syarikat. Beliau berharap agar pelajar, guru, ibu bapa, dan pihak sekolah memanfaatkan buku-buku latihan Bahasa Melayu yang dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran Bahasa Melayu.


Guru perlu menghindari budaya pengasingan iaitu memilih murid berdasarkan kriteria tertentu. Budaya spesifik lawan budaya masa perlu diterapkan dalam kalangan guru semasa proses PdP dengan memberi penekanan kepada keunikan setiap murid. Guru yang mempunyai pemahaman tentang kepelbagaian budaya dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk berinteraksi dengan pelbagai kaum serta dapat memberikan celik akal kepada guru bagi merancang pelbagai aktiviti pada masa akan datang. Ketidakprihatinan terhadap aspek kepelbagaian budaya boleh mengundang aspek negatif antara prejudis dan perkauman. (Keengwe, 2010)


(a) Penyesuaian diri dalam dunia keguruan ➔ Penyesuaian guru berkait dengan faktor minat ➔ Guru yang mempunyai minat yang mendalam menjiwai watak seorang guru malah sanggup berkorban tenaga dan wang ringgit untuk mendidik anak bangsa tanpa mengira penat dan lelah.


(b) Penyesuaian dengan dasar baharu dalam sistem pendidikan ➔ Antara dasar yang diperkenalkan KPM adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional, Dasar 1 Murid 1 Sukan, KSSR, KSSM dan banyak lagi.


Isu tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembangunan sahsiah guru kerana tingkah laku guru mempengaruhi persepsi, interaksi, dan impak mereka terhadap murid dan persekitaran pembelajaran. Tingkah laku positif Tingkah laku positif dalam konteks pembangunan sahsiah guru merujuk kepada tingkah laku yang membantu dalam pembinaan personaliti yang baik dan profesionalisme dalam bidang pendidikan. Ini termasuk sikap yang proaktif, etika kerja yang tinggi, komunikasi yang efektif, kepemimpinan yang baik, serta sikap yang membawa inspirasi kepada murid-murid. Guru yang memperlihatkan tingkah laku positif cenderung menjadi contoh yang baik bagi murid-murid mereka dan mempengaruhi pembangunan sahsiah mereka secara positif.


Guru yang berempati dapat merasai dan mamahami keperluan pelajar. Kesannya, pelajar dapat diberikan sokongan yang lebih efektid dan bermotivasi untuk belajar dengan lebih gigih. “Jika seorang guru sebagai pemimpin pembelajaran dapat memberikan dan menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam kelas dengan empati secara berkesan, maka dapat mencapat objektif pembelajaran, serta mengembangkan potensi pelajar secara positif. ” sumber: https://www.detik.com/jabar/berita/d-6979219/pentingnyaempati-dalam-pola-pembelajaran-untuk-tumbuh-kembang-siswa


Click to View FlipBook Version