Tingkah laku negatif Tingkah laku negatif merujuk kepada tindakan atau sikap yang tidak sesuai dengan norma dan nilai-nilai profesionalisme dalam profesion perguruan. Ini mungkin termasuk sikap kurang bertanggungjawab, ketidakcaknaan, kurangnya keterlibatan dengan murid-murid, atau ketidaksopanan dalam interaksi dengan rakan sejawat dan pihak berkepentingan lain. Tingkah laku negatif guru dapat memberi kesan negatif kepada persekitaran pembelajaran, menyebabkan kurangnya motivasi di kalangan murid, dan merosakkan imej sekolah.
Seorang guru menampar seorang murid di bahagian dahi dan seterusnya menolak murid itu ke tepi ketika berada di pentas. Perbuatan ini telah menyebabkan orang di sekeliling hilang rasa hormat pada guru tersebut. “Dalam proses mendidik anak-anak, guru janganlah terlalu tegas dalam menghukum sehingga menjatuhkan air mukanya di depan orang ramai.” sumber: https://www.detik.com/jabar/berita/d-6979219/pentingnya-empati-dalampola-pembelajaran-untuk-tumbuh-kembang-siswa
Menurut Wagnild dan Young (1993), daya tahan ialah kemampuan individu untuk mengadaptasi diri dengan kesusahan yang dialami dalam hidupnya. Daya tahan guru sangat penting kerana profesion mereka melibatkan interaksi yang kompleks dengan pelbagai situasi dan individu. Mereka perlu dapat menangani tekanan, menyelesaikan masalah, dan terus memberikan impak positif kepada murid-murid mereka. Guru yang mempunyai daya tahan yang tinggi dapat menerima kehidupan dan orang lain di sekitarnya dengan baik serta berusaha meningkatkan usaha untuk memberi komitmen terhadap organisasi dan tugasnya.
Selama enam tahun, Cikgu Sanib Hashim tinggal di kawasan pedalaman yang kerang kemudahan asas dan menjauh dari keluarganya. Beliau terpaksa meredah jalan tanah merah setiap kali pulang ke rumah atau kembali bertugas di sekolah. “Apabila banjir, banyak kali juga terpaksa menumpang kenderaan ladang untuk pergi ke sekolah apabila hujan menyebabkan air naik sehingga tidak boleh dilalui kenderaan ringan”, kata Cikgu Sanib. Ini telah menunjuk data tahan Cikgu Sanib yang tinggi agar dapat memberikan pendidikan kepada murid-muridnya. sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2023/05/enamtahun-redah-selut-dan-tanah-merah-sanib-insafipengorbanan-guru/
Wagnild, G. M., & Young, H. M. (1993). Development and psychometric. Journal of nursing measurement, 1(2), 165-17847.