The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Aida Johari, 2024-05-27 05:00:36

SOP PEROLEHAN

SOP PEROLEHAN

FELDA PLANTATION MANAGEMENT SDN. BHD. JABATAN KHIDMAT Bahagian Perolehan Prosedur Duti Setem No. Dokumen: SOP/JKK/BPROC/28 No. Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: 15 Mei 2023 Muka surat 1 dari 5 FELDA TAJUK : PROSEDUR DUTI SETEM 1.0 Tujuan Memastikan dokumen perjanjian kontrak perkhidmatan dan bekalan telah dibayar duti setem supaya boleh diterima sebagai bukti di mahkamah, terutama semasa dikemukakan sebagai keterangan sivil (seperti menuntut ganti rugi) di antara pihak-pihak yang berkontrak. 2.0 Skop Prosedur ini diguna pakai oleh Bahagian Perolehan dan Eksekutif/Petugas Felda Plantation Management Sdn Bhd (FPMSB) di Ibu Pejabat/Wilayah/Projek. 3.0 Definisi 3.1 FC - Field Controller 3.2 AFC - Assistant Field Controller 3.3 KUP - Ketua Unit Perolehan 3.4 LHDN - Lembaga Hasil Dalam Negeri 3.5 Proses Duti Setem Duti setem adalah cukai dikenakan ke atas dokumen / surat cara yang mempunyai kesan perundangan, komersial atau kewangan. Pembayaran duti setem hendaklah di buat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 4.0 Rujukan 4.1 Polisi dan Prosedur Perolehan FPMSB Perkara 7.1.3 - Bayaran Duti Setem 4.2 Layari laman sesawang https://www.hasil.gov.my/duti-setem/atau https://www.hasil.gov.my 5.0 Prosedur 5.1 Pengiraan duti setem adalah 0.1% daripada nilai kontrak dan ditambah RM10.00 untuk salinan kontraktor/pembekal. 5.2 Kos duti setem adalah ditanggung oleh kontraktor/pembekal.


FELDA PLANTATION MANAGEMENT SDN. BHD. JABATAN KHIDMAT Bahagian Perolehan Prosedur Duti Setem No. Dokumen: SOP/JKK/BPROC/28 No. Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: 15 Mei 2023 Muka surat 2 dari 5 FELDA 6.0 Di Peringkat Projek 6.1 Kerani memaklumkan notis kepada kontraktor melalui email untuk menyediakan bayaran duti setem secara pindahan wang ke dalam akaun syarikat atau bank draf atas nama syarikat Felda Plantation Management Sdn Bhd. 6.2 Salinan resit pindahan wang hendaklah dikemukakan kepada kerani sebagai bukti pembayaran. 6.3 Kerani hendaklah merekod dan menyerahkan salinan resit pindahan wang / bank draf kepada kerani kewangan untuk proses penerimaan wang melalui transaksi F-02. 6.4 FC hendaklah memastikan prosedur duti setem telah dibuat secara online di laman sesawang https://stamps.hasil.gov.my/stamps/. Oleh itu, kerani/AFC yang terlibat untuk proses duti setem harus memohon ID daripada pihak LHDN. 6.5 Pemilik ID hendaklah menyemak di dalam sistem LHDN permohonan duti setem yang telah diproses tersedia untuk dibayar. 6.6 Kerani hendaklah menyediakan baucar bayaran duti setem melalui transaksi F-43 dan mencetak ZAP24. 6.7 Cek dikeluarkan atas nama pemilik ID untuk dibayar secara atas talian di sistem LHDN. 6.8 Pemilik ID hendaklah mencetak sijil penyeteman dan resit pembayaran duti setem. 6.9 Kerani hendaklah melampirkan sijil penyeteman bersama dengan perjanjian kontrak. 7.0 Di Peringkat Wilayah 7.1 Kerani memaklumkan notis kepada kontraktor melalui email untuk menyediakan bayaran duti setem secara pindahan wang ke dalam akaun syarikat atau bank draf atas nama syarikat Felda Plantation Management Sdn Bhd. 7.2 Salinan resit pindahan wang hendaklah dikemukakan kepada kerani sebagai bukti pembayaran.


FELDA PLANTATION MANAGEMENT SDN. BHD. JABATAN KHIDMAT Bahagian Perolehan Prosedur Duti Setem No. Dokumen: SOP/JKK/BPROC/28 No. Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: 15 Mei 2023 Muka surat 3 dari 5 FELDA 7.3 Kerani hendaklah merekod dan menyerahkan salinan resit pindahan wang/bank draf kepada kerani kewangan untuk proses penerimaan wang melalui transaksi F-02. 7.4 KUP hendaklah memastikan prosedur duti setem telah dibuat secara online di laman sesawang https://stamps.hasil.gov.my/stamps/. Oleh itu, kerani/AFC yang terlibat untuk proses duti setem harus memohon ID daripada pihak LHDNM. 7.5 Pemilik ID hendaklah menyemak di dalam sistem LHDN permohonan duti setem yang telah diproses tersedia untuk dibayar. 7.6 Kerani hendaklah menyediakan baucar bayaran duti setem melalui transaksi F-43 dan mencetak ZAP24. 7.7 Cek dikeluarkan atas nama pemilik ID untuk dibayar secara atas talian di sistem LHDN. 7.8 Pemilik hendaklah mencetak sijil penyeteman dan resit pembayaran duti setem 7.9 Kerani hendaklah melampirkan sijil penyeteman bersama dengan perjanjian kontrak. 8.0 Di Peringkat Ibu Pejabat 8.1 Kerani memaklumkan notis kepada kontraktor melalui email untuk menyediakan bayaran duti setem secara pindahan wang ke dalam akaun syarikat atau bank draf atas nama syarikat Felda Plantation Management Sdn Bhd. 8.2 Salinan resit pindahan wang hendaklah dikemukakan kepada kerani sebagai bukti pembayaran. 8.3 Kerani hendaklah merekod dan menyerahkan salinan resit pindahan wang / bank draf kepada kerani kewangan. 8.4 KUP hendaklah memastikan prosedur duti setem telah dibuat secara online di laman sesawang https://stamps.hasil.gov.my/stamps/. Oleh itu, kerani/AFC yang terlibat untuk proses duti setem harus memohon ID daripada pihak LHDNM. 8.5 Pemilik ID hendaklah menyemak di dalam sistem LHDN permohonan duti setem yang telah diproses tersedia untuk dibayar.


FELDA PLANTATION MANAGEMENT SDN. BHD. JABATAN KHIDMAT Bahagian Perolehan Prosedur Duti Setem No. Dokumen: SOP/JKK/BPROC/28 No. Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: 15 Mei 2023 Muka surat 4 dari 5 FELDA 8.6 Kerani hendaklah menyediakan baucar bayaran duti setem melalui transaksi F-43 dan mencetak ZAP24. 8.7 Cek dikeluarkan atas nama pemilik ID untuk dibayar secara atas talian di sistem LHDN. 8.8 Pemilik hendaklah mencetak sijil penyeteman dan resit pembayaran duti setem. 8.9 Kerani hendaklah melampirkan sijil penyeteman bersama dengan perjanjian kontrak. 9.0 Penyimpanan Rekod 9.1 Buku perjanjian kontrak yang telah dimatikan setem hendaklah disimpan dalam fail kontrak berkenaan.


FELDA PLANTATION MANAGEMENT SDN. BHD. JABATAN KHIDMAT Bahagian Perolehan Prosedur Duti Setem No. Dokumen: SOP/JKK/BPROC/28 No. Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: 15 Mei 2023 Muka surat 5 dari 5 FELDA CARTA ALIR TANGGUNGJAWAB TINDAKAN RUJUKAN 1. Eksekutif/Pemb. Eksekutif Perolehan 1. Kerani Perolehan 1. Kerani Perolehan 1. Kerani Perolehan 1. Kerani Perolehan 1. Kerani Perolehan 1. Kerani Kontrak - Menyediakan Surat Perjanjian Kontrak & Surat Setuju Terima Tawaran - Meminta bayaran duti setem daripada kontraktor (0.01% dari nilai kontrak + rm10 salinan kedua) ke akaun Syarikat FPMSB. (Secara transfer / Bank Draf atas Nama FPMSB) -Edaran kepada kewangan bagi memastikan duit berada didalam akaun syarikat. -Kerani kewangan akan membuat transaksi F22(Penerimaan wang) duti setem dan mengahantar semula ke kerani perolehan beserta no document (34xxxxx) -Memastikan proses diselesaikan dalam tempoh masa 1 bulan. -print nota taksiran (LDHN akan approve dlm masa 1 minggu) - Membuat bayaran melalui sistem LHDNM setelah permohonan duti setem sedia dibayar Transaksi F43 - 31 – lembaga hasil 29 (7) vendor -Membuat bayaran online didalam sistem LHDN dan hendaklah mencetak : i. rumusan duti setem ii. sijil notis taksiran iii. resit bukti pembayaran -sijil notis taksiran dimasukkan didalam buku perjanjian untuk salinan ibu pejabat dan kontraktor. -Membuat edaran buku perjanjian kepada kontraktor, wilayah & projek. Manual Perolehan Polisi Prosedur Perolehan. Buku perjanjian & Surat Setuju Terima Tawaran Sistem Online Duti Setem LHDNM Bayaran (F43) Menerima bayaran Duti Setem daripada kontraktor Edaran Rekod Pengesahan Dan Rumusan Kepada Kewangan Sistem Online Duti Setem LHDNM


FELDA PLANTATION MANAGEMENT SDN. BHD. JABATAN KHIDMAT Bahagian Perolehan Prosedur Duti Setem No. Dokumen: SOP/JKK/BPROC/28 No. Pindaan: 0 Tarikh Berkuatkuasa: 15 Mei 2023 Muka surat 6 dari 5 FELDA Disediakan oleh : Disemak oleh Diluluskan oleh : Salinan :


Click to View FlipBook Version