The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rifqahsufi, 2020-03-25 03:48:53

Modul Berfokus BM SPM 2016 Kertas 2

Modul Berfokus BM SPM 2016 Kertas 2

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

Latihan Pengukuhan 2:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

1. sayang-menyayangi
______________________________________________________________

2. kecil-kecilan

3. tembak-menembak

4. keanak-anakan

5. kebiru-biruan

6. kebarat-baratan

189

SOALAN (b)

JENIS - JENIS AYAT
PANDUAN MENGENAL PASTI JENIS-JENIS AYAT

1. Ayat Penyata - ( menyatakan sesuatu )
CTH: Ali sedang belajar.

2. Ayat Tanya - ( ada tanda soal ? )
( ingin mengetahui sesuatu )

CTH: Ke manakah kamu pergi semalam?

3. Ayat Seruan - ( ada tanda seru ! )

SOALAN 1: - ( emosi tinggi atau meluncur akibat kehairanan, kekaguman,
rintihan, sindiran)

CTH: Aduh, sakitnya perutku !

4. Ayat Perintah - ( ayat silaan, ayat larangan, ayat suruhan, ayat permintaan)
CTH: i. Jangan merokok di pejaba.t (Ayat Larangan)
ii. Tolong ambilkan saya segelas air suam. ( Ayat Permintaan)
iii. Jemputlah/ Silalah naik ke rumah saya. (Ayat Silaan)
iv. Tebang pokok kelapa di belakang rumah itu. (Ayat Suruhan)

190

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Kenal pasti jenis-jenis ayat di bawah.

NO. AYAT JENIS AYAT
1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan.

2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap
pokok kelapa.

3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu!

4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam
kemalangan yang mengerikan itu.

5. Siapakah pengetua baharu sekolah kita?

6. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di
gerai itu.

7. Berapakah harga ayam buku itu?

8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu!

9. Usah difikirkan perkara itu lagi.

10. Murid-murid itu sedang tekun membaca buku di
perpustakaan.

191

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
SOALAN 2:
Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah ini.
1. Mereka sedang membeli-belah di pasar raya Giant.

_____________________
2. Dia berada di New York?

_____________________
3. Amboi, cantiknya awak hari ini!

_____________________
4. Keseluruhan kawasan itu ditenggelami air.

_____________________
5. Nah, ambillah wang ini!

_____________________
6. Harap jangan datang lagi ke sini.

_____________________

192

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

SOALAN (b)

SUBJEK + PREDIKAT & POLA AYAT

PANDUAN MENGENAL PASTI SUBEJEK + PREDIKAT & POLA AYAT

SUBJEK PREDIKAT POLA AYAT

[ watak / benda utama ] [ Cerita tentang watak / benda ]

CTH: CTH:

Puan Rohani ( guru kelas saya. ( FN ( FN + FN )
FN )
Kucing itu )
FN )
Kereta itu ( sedang makan tikus. ( FK ( FN + FK )
FN )
Surat ini )
FN )
( sangat mahal. ( FA ( FN + FA )

)

( daripada kakak. ( FSN ( FN + FSN )

)

PERINGATAN:
1. Selepas itu / ini – semua frasa / perkataan ialah predikat.
CTH: - Pak Mat dan anaknya itu tinggal di Punggol
- Rumah yang merah ini kepunyaan Sani.

2. Sebelum sedang – semua frasa / perkataan ialah subjek.
CTH: - Budak lelaki itu sedang menari di atas pentas.
- Kamal dan Din sedang bermain di padang.

SOALAN:

Kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat di bawah beserta pola ayatnya.

No. Subjek Predikat POLA AYAT

1. Bangunan itu Muzium Negara.

2. Masakkanya sangat enak.

3. Kereta Api Ekspres Senandung Pagi itu dari utara.

4. Kumar ialah seorang doktor.

5. Lukisan pemandangan yang kamu lukis itu sungguh cantik.

6. Adik Siti sedang tidur di dalam bilik.

193

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

SOALAN (b)
AYAT BIASA & AYAT SONGSANG

PANDUAN MENUKARKAN AYAT BIASA AYAT SONGSANG &
SEBALIKNYA

AYAT BIASA CTH:

Subjek + Predikat 1. Pelajar itu / sangat rajin.
(1) (2) 2. Semua calon SPM / boleh menjawab soalan itu.
3. Kampung mereka / sering dilanda banjir.

AYAT SONGSANG CTH:
1. Sangat rajin / pelajar itu.
Predikat + Subjek 2. Boleh menjawab soalan itu / semua calon SPM.
(2) (1) 3. Sering dilanda banjir / kampung mereka.

SOALAN 1:
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Adik saya masih belum tidur.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Budak –budak itu sedang bermain bola sepak di padang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Kita berjuang demi keadilan undang-undang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Rakyat harus bekerjasama untuk kejayaan masa depan negara.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Kumar belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan yang
cemerlang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

194

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
6. Ibu saya pergi ke pasar untuk membeli barang dapur.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 2:
Tukar ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa
tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Ke klinik bapa membawa adik pada pagi tadi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Masih belum sampai pegawai itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Secara bergotong-royong penduduk kampung membina rumah itu.

4. Dijual dengan harga yang murah kebanyakan barangan tiruan bermutu rendah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5. Sambil mendengar radio kakak mengemas rumah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Sangat rajin pembantu rumah kakak saya itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

195

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

SOALAN (b)
AYAT AKTIF & AYAT PASIF

PANDUAN MENUKARKAN AYAT AKTIF AYAT PASIF & SEBALIKNYA
1. Kenal pasti jenis kata ganti nama diri.

KGND Saya, aku, kita , kami, beta, hamba, patik, ku
I
KGND Kamu, engkau, kau, mu,kalian, anda, tuanku, saudara, saudari, tuan,
II puan, tuan hamba
KGND Dia, ia, -nya, mereka, baginda, ( nama orang), (nama pihak), ( nama
III institusi), ( nama benda)

2. Kenal pasti bentuk ayat aktif dan ayat pasif.
AYAT AKTIF

Syifa sedang menampal poster Minggu Citra Bahasa pada papan kenyataan.

SUBJEK KATA KERJA OBJEK KETERANGAN

AYAT PASIF
Poster Minggu Citra Bahasa sedang ditampal oleh Syifa pada papan kenyataan

OBJEK KATA KERJA SUBJEK KETERANGAN

INGAT: - KK menampal jadi ditampal diikuti oleh
- Kata bantu tidak boleh digugurkan
- KETERANGAN- Dikekalkan pada bahagian hujung ayat

3. Formula menukarkan ayat pasif diri pertama dan kedua
a) Kata kerja tidak boleh berimbuhan di…oleh
b) Subjek mesti diterbalikkan. – kita mestilah jadi mestilah kita
c) Kata kerja tidak boleh berimbuhan awalan. – membaca jadi baca
d) Contoh : Saya telah meminjam buku itu dua hari yang lalu (Ayat aktif)
Buku itu telah saya pinjam dua hari yang lalu (Ayat pasif)

196

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

4. Formula menukarkan ayat pasif diri ketiga
a) Kata kerja mesti berimbuhan di… oleh – membaca jadi dibaca oleh
b) Contoh: Mereka telah meminjam buku itu dua hari yang lalu. (Ayat aktif)
Buku itu telah dipinjam oleh mereka dua hari yang lalu. (Ayat pasif)

5. Formula menukarkan ayat pasif berimbuhan ter-
a) Kata kerja berimbuhan ter- mestilah dikekalkan. – Kami terambil jadi
terambil oleh kami
b) Contoh: Ani tidak terangkat buku yang berat itu kerana dia demam. (Ayat
aktif)
Buku yang berat itu tidak terangkat oleh Ani kerana dia demam (Ayat pasif)

SOALAN 1:
Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kamu harus merebut peluang ini untuk meningkatkan kemahiran tarian.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Pekerja majlis perbandaran telah memasang bendera pada setiap tiang di tepi
jalan raya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Emak Syahmi sedang menggoreng mi untuk dihidangkan kepada tetamu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Kita perlu menyiapkan kertas kerja Minggu Citra Bahasa untuk diserahkan
kepada pengetua
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Jururawat sedang memeriksa pesakit di bilik kecemasan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

197

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
6. Anda perlu menghadiri temu duga yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya

pada minggu hadapan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 2:
Tukar ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Bilik tidur adik sudah saya kemas pagi tadi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4. Pentas di dewan itu telah kami hias dengan cantiknya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5. Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

198

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

SOALAN (b) CAKAP PINDAH &

CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

PANDUAN MENUKARKAN CAKAP AJUK
SEBALIKNYA

199

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

SOALAN 1:

Tukar cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah dengan melengkapkan cakap
pindah yang diberikan dengan perkataan yang sesuai.

Yati : Farah, mengapa Farah tidak datang ke sekolah semalam?
Farah : Semalam Farah ada hal di rumah.
Yati : Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati.
Farah : Sebenarnya ibu Farah sakit.

Jawapan:
Yati (1).................................... kepada Farah (2).......................... dia tidak

datang ke sekolah semalam. Farah (3)................................... bahawa
(4)...................... menghadapi masalah di rumah. Yati (5).......................................
kepada Farah mengenai masalah yang dihadapi dan (6).................................. dia
menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Farah (7).......................................
kepada Yati bahawa ibunya sakit.

200

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

SOALAN 2:
Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk dialog. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

Kamala memberitahu Haliza bahawa pada minggu depan mereka akan
berkursus di Port Dickson. Haliza bertanyakan Kamala tentang jumlah hari kursus itu
akan diadakan. Kamala memberitahu bahawa kursus itu diadakan selama empat
hari. Seterusnya, Haliza bertanya kepada Kamala tentang kursus yang akan disertai
oleh mereka. Dia turut bertanyakan sama ada mereka wajib atau tidak menyertai
kursus itu. Kamala memberitahu bahawa kursus yang akan disertai itu adalah kursus
pembinaan pasukan dan kehadiran semua staf diwajibkan.

Jawapan:
Kamala :
...................................................................................................................................

Haliza :

201

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

...................................................................................................................................
Kamala :
...................................................................................................................................

...................................................................................................................................

SOALAN (c)
KESALAHAN EJAAN & IMBUHAN

AKTIVITI 1:
MENGANALISIS SOALAN
Gariskan kata kunci soalan dalam arahan soalan berikut:
Dalam setiap ayat di bawah mempunyai satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Asrol telah meninggalkan dunia dalam satu kemalangan jalanraya dua hari
yang lalu.

2. Bandaraya-bandaraya utama di Malaysia menghadapkan masalah
pencemaran udara yang serius kerana pertambahan jumlah kenderaan
bermotor dari tahun ke tahun.

3. Salmah memikulkan tanggung jawab untuk menjaga adik-adiknya yang masih
kecil selepas kedua-dua ibu bapanya maut dalam tragedi tanah runtuh di
Cameron Highland.

4. Para usahawan di negara ini diseru agar mempromosi barangan jualan
mereka di peringkat antara bangsa.

5. Para peserta kursus dikehendaki membuatkan pendaftaran di meja urusetia
sebelum memasuki bilik seminar.

6. Semua pelajar diminta untuk memberi kerja sama yang padu agar program
yang dirancang itu membuah hasil yang diharapkan.

202

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

AKTIVITI 2:
MEMAHAMI KONSEP
1. Bacaan fahami pernyataan berikut:
Pernyataan 1 :

Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih
dirangkaikan.

Pernyataan 2 :
Semua kata majmuk hendaklah ditulis atau dieja secara terpisah kecuali kata
majmuk yang mantap

Pernyataan 3 : Kata Majmuk yang Mantap

kerjasama Kakitangan bumiputera
sukarela pesuruhjaya suruhanjaya
antarabangsa tandatangan tanggungjawab
olahraga
setiausaha warganegara

Pernyataan 4:

Imbuhan apitan meN, men…kan, MeN…i , akan membentuk kata kerja transitif yang
memerlukan objek atau penyambut objek sebagai unsur predikatnya.

Contoh ayat Imbuhan meN…kan , meN :
1. Ibu memasakkan bapa bubur kacang.
2. Ibu memasak bubur kacang untuk bapa.

Contoh ayat Imbuhan meN…kan , meN …i :
1. Kakak menghadiahkan seutas jam tangan kepada adik.
2. Kakak menghadiahi adik seutas jam tangan.

AKTIVITI 3:
KENAL PASTI KESALAHAN DALAM AYAT

Kenal pasti satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan dalam setiap ayat
di bawah dengan membulatkan perkataan-perkataan tersebut.

1. Asrol telah meninggalkan dunia dalam satu kemalangan jalanraya dua hari
yang lalu.

203

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

2. Bandaraya-bandaraya utama di Malaysia menghadap masalah pencemaran
udara yang serius kerana pertambahan jumlah kenderaan bermotor dari
tahun ke tahun.

3. Salmah dipikul tanggung jawab untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil
selepas kedua-dua ibu bapanya maut dalam tragedi tanah runtuh di Cameron
Highland.

4. Para usahawan di negara ini diseru agar menpromosikan barangan jualan
mereka di peringkat antara bangsa.

5. Para peserta kursus dikehendaki membuat pendaftaran di meja urusetia
sebelum memasukkan bilik seminar.

6. Semua pelajar diminta untuk memberi kerja sama yang padu agar program
yang dirancang itu membuah hasil yang diharapkan .

AKTIVITI 4:
MEMBETULKAN KESALAHAN DALAM AYAT

Senaraikan kesalahan ejaan di atas di dalam jadual di bawah dan tulis ejaan yang
betul.

EJAAN IMBUHAN

Salah Betul Salah Betul

1

2

3

4

5

6

204

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

Latihan Pengukuhan 1 :
Dalam setiap ayat di bawah mempunyai satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Kedudukkan politik dan ekonomi negara merupakan elemen penting dalam
usaha untuk memantap sektor pelancongan negara.

2. Agama Islam telah mengembang ke seluruh pelusuk Nusantara dalam abad
ke-16 yang berpusat di Melaka dan Sumatera.

3. Ajensi kerajaan dan swasta menggesa agar membuka peluang kepada
golongan kurang upaya untuk memegang jawatan dalam bidang pentadbiran.

Jawapan :

EJAAN IMBUHAN

Salah Betul Salah Betul

1

2

3

Latihan Pengukuhan 2 :
Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Perpaduan ialah kunci pemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan,negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak
lagi dapat hidup aman dan damai. Perpaduan dapat melahirkan melalui hubungan
baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupok semangat
muhibbah,saling dipercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesame mereka.

Jawapan : IMBUHAN

EJAAN Betul Salah Betul
Salah
1

2

3

205

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

SOALAN (d)
KESALAHAN KATA/ ISTILAH & KESALAHAN TATABAHASA

PANDUAN MENGENAL PASTI KESALAHAN KATA/ ISTILAH & TATABAHASA

1. Menggunakan perkataan yang tidak tepat atau tidak sesuai.

Salah Betul

Kami sedang Kami sedang
membincangkan perkara membincangkan perkara
itu. itu, yang sangat rumit.
Ia sangat rumit.

Ini buku cerita Ini buku cerita

sejarah. Iamengandungi sejarah. Buku

kisah-kisah yang inimengandungi kisah-

menarik. kisah yang menarik.

2. Menggunakan bentuk kata tunggal bagi bentuk ganda

Salah Betul

berbagai kuih berbagai-bagai kuih

bersama adik bersama-sama adik

kedua pelajar kedua-dua pelajar

setengah orang setengah-setengah orang

pada bila masa pada bila-bila masa

3. Menggunakan penanda jamak (cara yang salah)

3.1 Menggandakan Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.

Salah Betul

mereka-mereka mereka

umat-umat umat

rakyat-rakyat rakyat

3.2 Menggandakan Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang

menandakan jumlah banyak

Salah Betul

dua buah rumah-rumah dua buah rumah

semua penonton-penonton semua penonton
segala pegawai-pegawai segala pegawai
antara kemudahan-kemudahan Antara kemudahan
Senarai nama-nama Senarai nama
Kebanyakan sibuk Kebanyakannya sibuk
dengan urusan-urusan dengan urusan

3.3 Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah

Salah Betul

guru besar-guru besar guru-guru besar

kertas kerja-kertas kerja kertas-kertas kerja

reka bentuk-reka bentuk reka-reka bentuk

206

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

4. Guna kata sendi nama dengan cara yang salah

4.1 Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan

benda abstrak)

Salah Betul

di pagi hari pada pagi hari

di abad ke-20 pada abad ke-20

di masa itu pada masa itu

di ingatan Pada ingatan

Buku itu ada dengan Ali Buku itu ada pada Ali

4.2 Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa,

serta masa)

Salah Betul

hingga kepada hari ini hingga ke hari ini

kepada tempat lain ke tempat lain

dihempaskan kepada batu dihempaskan ke batu

4.3 Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak,

kecuali masa)

Salah Betul

ke pegawai itu kepada pegawai itu

ke ketua pasukan kepada ketua pasukan

ke bahaya dadah kepada bahaya dadah

dilemparkan ke Ali dilemparkan kepada Ali

diserahkan ke Ketua diserahkan kepada Ketua

Pengarang Pengarang

4.4 Kesalahan kata sendi nama dari (tempat dan waktu)

Salah Betul

Saudara Saudara

datang daripada mana? datang dari mana?

Daripada saat ini, Dari saat ini, ubahlah

ubahlah sikapmu. sikapmu.

4.5 Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk
orang, perbandingan, asal kejadian dan sebagainya).

Salah Betul
Dari buku itulah
banyak diperolehnya Daripada buku itulah
banyak ilmu banyak diperolehnya
kebudayaan. banyak ilmu kebudayaan.
Dia lebih
kaya dari saya. Dia lebih
kaya daripada saya.
Peti itu dari kayu. Peti itu daripada kayu.
Kiriman
Kiriman itu daripada ayahnya.
itu dari ayahnya.

207

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

5. PENGABAIAN KATA SENDI NAMA.

5.1 Penggunaan kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan
dengan keterangan (Adverb).

5.2 Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja
intensif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif
(seperti benci, cinta, sayang, suka, takut dan sebagainya).

Salah Betul
pergi sekolah (KI) pergi ke sekolah
balik kampong (KI) Balik ke kampung
lupa nama orang itu (KI) lupa akan nama orang itu
lalu jalan ini (KI) lalu di jalan ini
benci orang itu (Adj.) benci kepada orang itu
suka durian (Adj.) suka akan durian
aku cintanya (Adj.) aku cinta kepadanya.
takut hantu (Adj.) takut akan/kepada hantu.
tahu perkara itu (KI) tahu akan/tentang perkara itu

6. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI

6.1 beliau – digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.
6.2 ianya – tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.

7. KESALAHAN BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN
YANG HAMPIR SAMA BUNYI TETAPIBERLAINAN MAKNA. Contohnya :
kelok dengan keluk
tempoh dengan tempuh
seloroh dengan seluruh
pedalaman dengan pendalaman

8. KESALAHAN MAKNA PERKATAAN

8.1 Penggunaan banyak dan ramai
 Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan orang.
 Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas untuk
binatang dan benda, sementara ramai khas untuk manusia.
 Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang
dan benda.
 Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat.
 Misalnya: Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan
sebagainya; mungkin kerana banyak orang di pasar itu.

208

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

8.2 Penggunaan bila dan apabila

 bila = merupakan Kata Tanya
 apabila = merupakan kata penghubung pembentukan klausa.
 Kesalahan berlaku – penggunaan bila sebagai kata penghubung dalam

ayat. Contoh :

Salah Betul
Bila dia pulang, kamu Apabila dia pulang, kamu
bolehlah pergi. bolehlah pergi.

SOALAN 1:
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

1. Ramai murid-murid menitiskan air mata ketika penceramah yang terkenal itu
membacakan ceramahnya.

2. Sekumpulan penduduk sedang membincangkan tentang langkah-langkah
untuk memutik semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

3. Anggota pasukan bomba sedang memadamkan kebakaran yang membabitkan
sederetan rumah-rumah ditapak perumahan di bandar.

Jawapan: KESALAHAN PEMBETULAN
NO.
1.

2.

3.

SOALAN 2:
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

1. Ahmad mengkaji al-Quran di rumahTuk Mat selama satu setengah jam setiap
hari.

2. Program Satu Murid Satu Sukan paling berjaya mengumpulkan murid dari
seluruh negara berlari di satu masa.

3. Pimpinan kedua-dua buah negara itu telah menandatangani perjanjian
persefahaman di dalam bidang ekonomi dan pertanian semalam.

209

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

Jawapan: KESALAHAN PEMBETULAN

NO.
1.
2.
3.

SOALAN (e)

PERIBAHASA

AKTIVITI 1:
MENGANALISIS SOALAN

1. Baca arahan di bawah dengan teliti dan fahami maksudnya. Kemudian kata kunci
dalam setiap ayat.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

1. Encik Shahir kecewa setelah ditinggalkan oleh isterinya, Aisyah.
2. Encik Lee berjaya dalam bidang perniagaan setelah berusaha

bersungguh-sungguh tanpa rasa putus asa.
3. Hussin telah melupakan jasa kedua-dua ibu bapanya setelah dia berjaya

menjawat jawatan besar di bandar.
4. Encik Ramasamy telah memenangi sebuah kereta pacuan empat roda

dalam peraduan cabutan bertuah yang diadakan di sebuah pasar raya
baru-baru ini.
5. Pak Mat terlalu marah akan anaknya yang kerap ponteng sekolah dan
malas belajar.
6. Mak Temah sering menceritakan keburukan menantunya kepada jiran
tetangga.

210

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

AKTIVITI 2:
MEMADANKAN PERIBAHASA

1. Dengan merujuk Kamus Peribahasa , cari maksud peribahasa di bawah.

Peribahasa Maksud Situasi
Kacang Lupakan Kulit

Naik darah

Seperti Telur Di hujung
tanduk

Membuka Pekung Di
Dada

Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing

Durian Runtuh

Sedikit-sedikit lama-
lama jadi bukit

Kalau tidak
dipecahkan ruyung

Patah hati

Pecah tembelang

211

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

AKTIVITI 3:
PADANKAN PERIBAHASA DENGAN SITUASI
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

1. Encik Shahir kecewa setelah ditinggalkan oleh isterinya, Aisyah.
_______________________________________________________________

2. Encik Lee berjaya dalam bidang perniagaan setelah berusaha bersungguh-
sungguh tanpa rasa putus asa.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

3. Hussin telah melupakan jasa kedua-dua ibu bapanya setelah dia berjaya
menjawat jawatan besar di bandar.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

4. Encik Ramasamy telah memenangi sebuah kereta pacuan empat roda dalam
peraduan cabutan bertuah yang diadakan di sebuah pasar raya baru-baru ini.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

5. Pak Mat terlalu marah akan anaknya yang kerap ponteng sekolah dan malas
belajar.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

6. Mak Temah sering menceritakan keburukan menantunya kepada jiran
tetangga.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

212

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

Latihan Pengukuhan 1:

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

1. Kita perlulah pandai membawa diri dan menyesuaikan diri apabila berada di
tempat orang.

2. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil jika tidak mahu anak-anak
menimbulkan masalah apabila mereka dewasa nanti.

3. Kita janganlah menjadi orang yang asyik mengikut kata orang lain tanpa
membuat pertimbangan terlebih dahulu.

Jawapan :
1. _______________________________________________________________

_______________________________________________________________

2. _______________________________________________________________

3. _______________________________________________________________

_______________________________________________________________

Latihan Pengukuhan 2:

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud nya.

1. Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang.
2. Orang tidak tahu membaiki sesuatu benda,tetapi cuba membaikinya hingga

benda itu menjadi rosak.

3. Jangan sengaja mencari kesusahan.

Jawapan :
1. _______________________________________________________________

_______________________________________________________________

2. _______________________________________________________________

_______________________________________________________________

3. _______________________________________________________________

213

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

_______________________________________________________________
SOALAN (a)
AKTIVITI 1 :
MENGANALISIS AYAT

Baca arahan soalan di bawah dengan teliti dan gariskan kata kunci dalam
pernyataan soalan tersebut.
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

I. seniman
II. budiman
III. hartawan
IV. karyawan
V. peragawati
VI. olahragawati

AKTIVITI 2:
MEMAHAMI MAKSUD PERKATAAN

Dengan merujuk Kamus Dewan , padankan maksud perkataan berikut.

PERKATAAN MAKSUD

SENIMAN Perempuan yang
BUDIMAN memperagakan pakaian dan
HARTAWAN lain-lain.
KARYAWAN
PERAGAWATI Perempuan yang terlatih atau
OLAHRAGAWATI mengambil bahagian dalam
acara olahraga.

Orang yang mempunyai bakat
seni seperti pelukis ,penyanyi
dan penyair

Orang yang berbudi , berakal
dan bijaksana.

Orang yang berharta, dan
kaya

Penghasil karya atau pencipta
karya seni

214

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

AKTIVITI 3: karyawan olahragawati
MELENGKAPKAN AYAT hartawan seniman

budiman

peragawati

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan perkataan yang paling tepat.
1. Aminah telah terpilih sebagai olahragawati di sekolahnya kerana dia berjaya
meraih banyak pingat dalam kejohanan sukan .

2. Datuk Azman merupakan seorang yang hartawan di bandar itu kerana beliau
memiliki banyak syarikat yang besar.

3. Tan Sri P. Ramlee adalah salah seorang seniman yang terkenal sehingga
kini kerana karyanya yang bermutu tinggi.

4. Peragawati yang cantik itu telah meninggal dunia dalam satu kemalangan
jalan raya baru-baru ini.

5. Karyawan yang berbakat besar dalam bidang seni lukis itu telah mencipta
nama di luar negara.

6. Datuk Zamri amat disenangi oleh penduduk kampung itu kerana sikapnya
yang budiman dan tidak sombong.

AKTIVITI 4:
MEMBINA AYAT GRAMATIS
Tulis satu ayat yang gramatis menggunakan perkataan –perkataan berikut .
seniman
_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

budiman
_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

hartawan

215

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

karyawan

olahragawati

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

Latihan Pengukuhan 1:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

1. tingkat

______________________________________________________________

______________________________________________________________

2. bertingkat-tingkat

______________________________________________________________

______________________________________________________________

3. meningkat

4. mempertingkatkan

______________________________________________________________

______________________________________________________________

5. tingkatan

216

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

______________________________________________________________
______________________________________________________________
6. peningkatan
______________________________________________________________
______________________________________________________________

Latihan Pengukuhan 2:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

1. sayang-menyayangi
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. kecil-kecilan
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3. tembak-menembak
______________________________________________________________
______________________________________________________________

4. keanak-anakan
______________________________________________________________
______________________________________________________________

5. kebiru-biruan
______________________________________________________________
______________________________________________________________

6. kebarat-baratan
______________________________________________________________

217

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

SOALAN (b): 5. Ayat Perintah
JENIS-JENIS AYAT 6. Ayat Tanya
SOALAN 1: 7. Ayat Seruan
8. Ayat Perintah
1. Ayat Perintah 10. Ayat Penyata

2. Ayat Penyata

3. Ayat Seruan

4. Ayat Penyata

5. Ayat Tanya

SOALAN 2: 4. Penyata
1. Ayat Penyata 5. Ayat Seruan
6. Ayat Perintah
2. Ayat Tanya

3. Ayat Seruan

SUBJEK + PREDIKAT & POL AYAT

No. Subjek Predikat POLA AYAT
1. Bangunan itu Muzium Negara. Muzium Negara. ( FN + FN )
( FN + FA )
Bangunan itu ( FN + KSN )
( FN + FN )
2. Masakkanya sangat enak. sangat enak. ( FN + FA )
Masakkanya ( FN + FK )

3. Kereta Api Ekspres Senandung Pagi itu dari utara.

Kereta Api Ekspres Senandung Pagi dari utara.

itu

4. Kumar ialah seorang doktor.

Kumar ialah seorang

doktor.

5. Lukisan pemandangan yang kamu lukis itu sungguh cantik.

Lukisan pemandangan yang kamu sungguh cantik.

lukis itu

6. Adik Siti sedang tidur di dalam bilik.

Adik Siti sedang tidur di

dalam bilik.

AYAT BIASA & AYAT SONGSANG
SOALAN 1:

1. Masih belum tidur adik saya.
2. Sedang bermain bola sepak di padang budak –budak itu.
3. Berjuang demi keadilan undang-undang kita.

218

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

4. Harus bekerjasama untuk kejayaan masa depan negara rakyat.
5. Belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan yang cemerlang
Kumar.
6. Pergi ke pasar untuk membeli barang dapur ibu saya.

SOALAN 2:

1. Pada pagi tadi bapa membawa adik ke klinik.
2. Pegawai itu masih belum sampai.
3. Secara bergotong-royong penduduk kampung membina rumah itu.
4. Kebanyakan barangan tiruan bermutu rendah dijual dengan harga yang murah.
5. Kakak mengemas rumah sambil mendengar radio.
6. Pembantu rumah kakak saya itu sangat rajin.

AYAT ATIF & AYAT PASIF
SOALAN 1:
1. Peluang ini kamu harus rebut untuk meningkatkan kemahiran tarian.
2. Bendera pada setiap tiang di tepi jalan raya telah dipasang oleh pekerja majlis

perbandaran.
3. Mi sedang digoreng oleh emak Syahmi untuk dihidangkan kepada tetamu.
4. Kertas kerja Minggu Citra Bahasa perlu kita siapkan untuk diserahkan kepada

pengetua.
5. Pesakit di bilik kecemasan sedang diperiksa oleh jururawat.
6. Temu duga yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya perlu anda hadiri pada minggu

hadapan.

SOALAN 2:
1. Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir mati itu.
2. Saya sudah mengemas bilik tidur adik pagi tadi.
3. Muthu mengunyah daging kambing yang liat itu.
4. Kami telah menghias pentas di dewan dengan cantik.
5. Julia menjahit baju kurung itu.
6. Salina sedang membancuh kopi di dapur.

219

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

SOALAN 1:

1. bertanya 2. sebab 3. memberitahu 4. dia
7. memberitahu
5. memberitahu 6. meminta

SOALAN 2:
KAMALA : Minggu depan kita akan berkursus di Port Dickson.
HALIZA : Berapa lama?
KAMALA : Empat hari.
HALIZA : Kursus apa?
KAMALA : Kursus pembinaan pasukan. Semua staf di sini wajib menghadirinya.

KESALAHAN EJAAN & IMBUHAN
AKTIVITI 1:
MENGANALISIS SOALAN

Gariskan kata kunci soalan dalam arahan soalan berikut:

Dalam setiap ayat di bawah mempunyai satu kesalahan penggunaan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Asrol telah meninggalkan dunia dalam satu kemalangan jalanraya dua hari
yang lalu.

2. Bandaraya-bandaraya utama di Malaysia menghadapkan masalah
pencemaran udara yang serius kerana pertambahan jumlah kenderaan
bermotor dari tahun ke tahun.

3. Salmah memikulkan tanggung jawab untuk menjaga adik-adiknya yang masih
kecil selepas kedua-dua ibu bapanya maut dalam tragedi tanah runtuh di
Cameron Highland.

4. Para usahawan di negara ini diseru agar mempromosi barangan jualan
mereka di peringkat antara bangsa.

5. Para peserta kursus dikehendaki membuatkan pendaftaran di meja urusetia
sebelum memasuki bilik seminar.

6. Semua pelajar diminta untuk memberi kerja sama yang padu agar program
yang dirancang itu membuah hasil yang diharapkan .

220

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

AKTIVITI 2:
MEMAHAMI KONSEP

1. Bacaan fahami pernyataan berikut:
Pernyataan 1 :

Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih
dirangkaikan.

Pernyataan 2 :
Semua kata majmuk hendaklah ditulis atau dieja secara terpisah kecuali kata
majmuk yang mantap

Pernyataan 3 :

Kata Majmuk yang Mantap

kerjasama Kakitangan bumiputera
sukarela pesuruhjaya suruhanjaya

antarabangsa tandatangan tanggungjawab
olahraga setiausaha warganegara

Pernyataan 4:

Imbuhan apitan meN, men…kan, MeN…i , akan membentuk kata kerja transitif yang
memerlukan objek atau penyambut objek sebagai unsur predikatnya.

Contoh ayat Imbuhan meN…kan , meN :
1. Ibu memasakkan bapa bubur kacang.
2. Ibu memasak bubur kacang untuk bapa.

Contoh ayat Imbuhan meN…kan , meN …I :
1. Kakak menghadiahkan seutas jam tangan kepada adik.
2. Kakak menghadiahi adik seutas jam tangan.

221

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

AKTIVITI 3:
KENAL PASTI KESALAHAN DALAM AYAT

Kenal pasti satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan dalam setiap ayat
di bawah dengan membulatkan perkataan-perkataan tersebut.

1. Asrol telah meninggalkan dunia dalam satu kemalangan jalanraya dua hari
yang lalu.

2. Bandaraya-bandaraya utama di Malaysia menghadapkan masalah
pencemaran udara yang serius kerana pertambahan jumlah kenderaan
bermotor dari tahun ke tahun.

3. Salmah memikulkan tanggung jawab untuk menjaga adik-adiknya yang masih
kecil selepas kedua-dua ibu bapanya maut dalam tragedi tanah runtuh di
Cameron Highland.

4. Para usahawan di negara ini diseru agar mempromosi barangan jualan
mereka di peringkat antara bangsa.

5. Para peserta kursus dikehendaki membuatkan pendaftaran di meja urusetia
sebelum memasuki bilik seminar.

6. Semua pelajar diminta untuk memberi kerja sama yang padu agar program
yang dirancang itu membuah hasil yang diharapkan .

AKTIVITI 4:
MEMBETULKAN KESALAHAN DALAM AYAT

Senaraikan kesalahan ejaan di atas di dalam jadual di bawah dan tulis ejaan
yang betul.

EJAAN IMBUHAN

Salah Betul Salah Betul

1 jalanraya jalan raya meninggalkan meninggal

2 Bandaraya- Bandar raya- menghadapkan menghadapi
bandaraya bandar raya

3 tanggung jawab tanggungjawab memikulkan memikul

4 antara bangsa antarabangsa mempromosi mempromosikan

5 urusetia urus setia membuatkan membuat

6 kerja sama kerjasama membuah membuahkan

222

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

Latihan Pengukuhan 1 :

Dalam setiap ayat di bawah mempunyai satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Kedudokan politik dan ekonomi negara merupakan elemen penting dalam
usaha untuk memantap sektor pelancongan negara.

2. Agama Islam telah mengembang ke seluruh pelusuk Nusantara dalam abad
ke-16 yang berpusat di Melaka dan Sumatera.

3. Ajensi kerajaan dan swasta menggesa agar membuka peluang kepada
golongan kurang upaya untuk memegang jawatan dalam bidang pentadbiran.

Jawapan :

EJAAN IMBUHAN

Salah Betul Salah Betul

1 Kedudokan Kedudukan memantap memantapkan

2 pelusuk pelosok mengembang berkembang

3 Ajensi Agensi menggesa digesa

Latihan Pengukuhan 2 :

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Perpaduan ialah kunci pemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan,negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak
lagi dapat hidup aman dan damai. Perpaduan dapat melahirkan melalui hubungan
baik dengan jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupok semangat
muhibbah,saling dipercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.

Jawapan :

EJAAN IMBUHAN

Salah Betul Salah Betul

1 kucar kacir kucar-kacir pemakmuran kemakmuran

2 memupok memupuk melahirkan dilahirkan

3 muhibbah muhibah dipercayai mempercayai

223

Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016

KESALAHAN KATA/ ISTILAH & KESALAHAN TATABAHASA
SOALAN 1:

NO. KESALAHAN PEMBETULAN
1. membacakan
menyampaikan/ memberikan
ramai murid-murid ramai murid
2. memutik memupuk/ menyemaikan
membincangkan
membincangkan tentang kawasan
3. tapak sederetan rumah

sederetan rumah-rumah

SOALAN 2:

NO. KESALAHAN PEMBETULAN

1. mengkaji mengaji
satu setengah jam satu jam setengah
dasar
2. program pada
di pemimpin
dalam
3. pimpinan
di dalam

224

Click to View FlipBook Version