Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
(d) Nyatakan dua peristiwa pada bahagian peleraian cerita dalam novel yang
anda kaji. [8 markah]
Peleraian ialah pengakhiran sesuatu cerita yang sering menimbulkan
perasaan puas hati, gembira atau kecewa dalam kalangan pembaca. Dua peristiwa
pada bahagian peleraian dalam Novel Jendela Menghadap Jalan ialah penduduk
bersetuju untuk membina sebuah masjid baharu. Mereka telah bersatu padu dan
menerima pembangunan di kampung tersebut.
Selain itu, nenek menceritakan rahsia kebanyakan rumah di kampung
tersebut mempunyai jendela menghadap jalan kepada Lili, iaitu untuk memudahkan
penduduk kampung berjaga-jaga dan mengawasi pergerakan pengganas komunis.
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
Sinopsis Umum
Novel ini mengisahkan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam atas
menempuh pelbagai cabaran dalam hidupnya. Keluarganya yang miskin
menumpang di tanah milik neneknya, Nek Kiah. Haji Sulaiman dan Tauke Lim
banyak membantu keluarga mereka.
Emaknya, Saleha mengalami tekanan perasaan sehingga hilang ingatan dan
terpaksa dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru. Ayahnya, Embong pula dipatuk
ular dan dimasukkan ke dalam wad selama beberapa hari. Adiknya, Abu Bakar
mahu berseronok-seronok sahaja.
Ketiadaan Saleha di rumah menyebabkan Dahlia terpaksa menguruskan
adik-adiknya yang masih kecil, iaitu Anggerik, Kiambang, dan Melati. Dia terpaksa
keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menjaga adik-adiknya. Cikgu
Hisyam dan rakan baiknya, Kavita memberi dorongan kepada Dahlia supaya terus
bersekolah kerana dia mempunyai peluang yang cerah untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam STPM.
Azhari, seniornya semasa di sekolah sebelum ini menyuarakan hasrat hati
untuk melamar Dahlia. Dahlia menolaknya kerana mahu belajar dahulu dan bekerja
untuk membantu keluarganya. Namun demikian, Azhari tetap tegas dengan
keputusannya lalu menghantar rombongan untuk merisik Dahlia. Embong dan
Dahlia sendiri tidak memberi sebarang keputusan yang pasti kepada Azhari. Pada
masa yang sama, Najib rakan sekelas Dahlia juga menyimpan perasaan terhadap
Dahlia.
Dahlia dipandang serong oleh penduduk kampung apabila dia dikunjungi oleh
Azhari dan Najib. Aton yang mendendami Dahlia kerana menyangka Dahlia sebagai
punca kematian anaknya, Said telah menyampaikan fitnah kepada Hajah Maimon,
isteri Haji Sulaiman. Dahlia amat sedih akan tuduhan itu tetapi Abu Bakar
139
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
memujuknya. Barulah Abu Bakar sedar akan beban berat yang ditanggung oleh
kakaknya selama ini sedangkan dia tidak mempedulikan hal keluarganya. Peristiwa
itu menyebabkan Abu Bakar insaf akan kesilapannya.
Nek kiah memberitahu Dahlia bahawa tanah yang didiaminya sekarang akan
dijual kepada pihak lain. Jika Dahlia mahu tinggal di tanah itu, keluarganya perlu
membayar sebanyak Rm15,000. Nek Kiah bertindak begitu kerana desakan
daripada Seman, abang Saleha yang menghadapi masalah hutang. Saleha pulang
ke rumah setelah penyakitnya sembuh. Embong juga sudah semakin sihat. Dahlia
sudah dapat kembali ke sekolah dan bersiap sedia menghadapi peperiksaan yang
semakin hampir. Azhari datang ke rumah Dahlia lagi bersama-sama keluarga.
Dahlia mengajaknya melawat Nek Kiah yang sakit dan sudah agak lama tidak
dilawatinya. Dahlia terkejut apabila melihat keadaan neneknya yang uzur. Nek Kiah
dibawa ke hospital dan dirawat beberapa hari di wad.
Selepas keluar dari wad, Nek Kiah tinggal di rumah Dahlia. Nek Kiah mula
insaf akan kesilapannya dan sedar bahawa hanya keluarga Dahlia yang benar-
benar menjaganya sedangkan Seman dan cucunya yang lain langsung tidak
kelihatan. Selepas itu, Nek Kiah tidak membangkitkan isu tanah yang hendak
dijualnya itu. Kampung Parit Haji Rais dilanda banjir sehingga penduduk terpaksa
berpindah ke tempat pemindahan termasuk keluarga Embong. Dahlia tetap
mengulang kaji pelajaran meskipun keadaan tidak selesa. Haji Sulaiman menegur
penduduk kampung yang bersikap mementingkan diri. Dia berharap agar penduduk
akan lebih mengambil berat terhadap satu sama Dahlia lain. Impian Haji Sulaiman
menjadi kenyataan apabila penduduk kampung bergotong-royong membina rumah
Dahlia yang roboh akibat dilanda banjir.
Keluarga Azhari datang ke rumah Dahlia untuk berbincang mengenai tarikh
pertunangan Dahlia dengan Azhari. Mereka menetapkan tarikhnya pada 30
Disember, iaitu selepas Dahlia menamatkan peperiksaan STPM. Sementara itu,
Encik Daim datang ke rumah Dahlia bagi memaklumkan bahawa Dahlia terpilih
untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum pergi ke Jepun,
Dahlia perlu mengikuti kursus mempelajari bahasa Jepun selama enam bulan di
Universiti Malaya dan perlu melaporkan diri pada 31 Disember.
Pada hari pertunangan, Dahlia bersedia menanti kedatangan rombongan
keluarga Azhari, tetapi rombongan pihak lelaki masih belum sampai hingga petang,
sedangkan Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur. Emak dan ayah Dahlia
menyampaikan beberapa pesanan manakala Nek Kiah menghadiahkan seutas
gelang pusaka kepadanya. Haji Sulaiman menyampaikan sumbangan wang
daripada penduduk kampung kepada Dahlia, termasuk daripada Tauke Lim.
Azhari muncul di tempat menunggu bas. Dia memberitahu Dahlia bahawa dia
terlewat kerana bapa saudaranya yang menjadi wakil pihak lelaki lewat sampai.
Sebelum Dahlia berangkat, Azhari memberikan sehelai songket berbenang emas
kepada Dahlia sambil berpesan agar Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang
Melayu walaupun di mana-mana dia berada.
140
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Songket Berbenang Emas
Baca sinopsis bab di bawah dan isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
BAB 1 – KALAULAH ENGKAU MENGERTI
perkahwinan Bola jaring Pengajian Am Peperiksaan STPM
Dahlia emaknya Kantin sekolah Bercakap sendirian
membantu menyatakan pelajaran menghalang
Dahlia dan dan rakan-rakannya sedang berlatih………………di sekolahnya. Dahlia
teringat akan ………..yang bersikap pelik sejak akhir-akhir ini seperti
…………………di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila
menjelangnya waktu senja. Siti Wangi menanyakan Dahlia tentang kertas kerja
subjek……………….yang diajarkan oleh Cikgu Hisyam. Kavita datang menemui
Dahlia dan Siti Wangi untuk menyampaikan pesanan seseorang yang ingin bertemu
dengan ………….di kantin sekolah. Di……………………, Azhari menunggu
kehadiran Dahlia dengan perasaan yang resah. Azhari bertanyakan Dahlia khabar
dirinya, dan persediaannya untuk menghadapi ……………………….. Azhari juga
menyatakan hajatnya untuk membawa keluarganya ke rumah Dahlia untuk
berbincang tentang hubungan mereka secara serius. Dahlia menjelaskan bahawa
keutamaannya kini adalah untuk meberikan perhatian
terhadap………………………dan …………………keluarganya lebih dahulu
berbanding soal……………….Azhari pula menyatakan bahawa dia sesekali tidak
………………. hasrat Dahlia untuk menyambung pelajaran dan membantu
keluarganya walaupun jika mereka sudah berkahwin kelak. Azhari ………………
hasrat untuk menghantar Dahlia pulang ke rumah pada petang itu.
PANDUAN JAWAPAN 2. Emaknya 3. Bercakap sendirian
5. Dahlia 6. Kantin sekolah
1. Bola jaring 8. Pelajaran 9. Membantu
4. Pengajian Am 11. Menghalang 12. menyatakan
7. peperiksaan STPM
10. perkahwinan
141
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Baca sinopsis di bawah dan isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Bab 2 DETIK-DETIK HATI TERSENTUH
Jambatan kayu Ubi kayu menangis membancuh
ingatan Keadaan pertolongan enggan
menjauhkan bertindak mengajak menegur
Azhari menghantar Dahlia balik ke rumah hingga ke ………………. Aton yang
sedang………………. di hadapan halaman rumahnya menyapa Dahlia dengan kata-
kata sindiran. Sesampainya di rumah setelah dihantar oleh Azhari, Dahlia
mendengar adiknya, Anggerik ………………. Menurut Melati, emak mereka sudah
keluar sejak pagi tetapi masih belum pulang. Ayah mereka juga tiada di rumah.
Dahlia ……………………Melati kerana ……………….. susu sangat cair,
menyebabkan Anggerik tidak mahu minum. Sebenarnya, susu sudah habis. Dahlia
menyuruh Melati membeli susu dan gula pasir secara hutang di kedai Tauke Lim.
Dahlia mencari emaknya Saleha dan mendapati emaknya berada di kebun
getah dalam keadaan hilang ……………. dan tidak mengenalinya. Dahlia sangat
sedih apabila melihat keadaan emaknya itu, tambahan pula emaknya tidak pernah
dalam……………….. demikian. Dahlia ……………. emaknya pulang tetapi emaknya
……………. Kemudian, Embong muncul dan terkejut kerana keadaan Saleha kini
semakin teruk. Saleha tidak mengenali Dahlia dan Embong, malah ………………….
diri daripada mereka. Dahlia mengajak Embong meminta ……………… penduduk
kampung untuk membawa Saleha pulang. Sebelum sempat mereka ………………,
Saleha telah tiada di situ.
PANDUAN JAWAPAN 2. ubi kayu 3. menangis
5. membancuh 6. ingatan
1. jambatan kayu 8. mengajak 9. enggan
4. menegur 11. pertolongan 12. bertindak
7. keadaan
10. menjauhkan
142
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Baca sinopsis di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan jawapan
yang sesuai.
Bab 3 JANGAN TINGGALKAN KAMI
Doa solat isyak Dahlia terganggu dengan suara emaknya bermentera di ruang
pojok rumah dan suara Nek Kiah yang muncul di halaman rumah. Punca emaknya
hilang ingatan benar-benar mengganggu perasaan Dahlia. Dahlia tertanya-tanya
sama ada emaknya telah dibuat orang atau ada pihak yang dengki dan sakit hati
terhadap emaknya itu. Dalam pengetahuan Dahlia, keluarganya tidak pernah
menyakitkan hati orang lain. Namun begitu, Dahlia insaf bahawa setiap suatu
kejadian yang berlaku sudah ditentukan oleh Allah. Maka, dia berdoa kepada Tuhan
agar memulihkan ingatan emaknya semula.
Nek Kiah, iaitu ibu Saleha, menyalahkan Embong kerana mengikat kaki dan
tangan Saleha. Menurut Embong, dia terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkan
isterinya itu lari. Nek Kiah terus menyalahkan Embong sebagai punca anaknya
hilang ingatan. Menurut Nek Kiah, anak-anaknya yang lain hidup senang- lenang
tetapi Saleha hidup miskin kerana bersuamikan seorang yang pemalas. Embong
enggan membalas kata-kata ibunya mentuanya itu walaupun hatinya sakit.
Kemudian, Haji Sulaiman yang merupakan Ketua Kampung merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji
Rais, datang bersama-sama dengan tiga orang lelaki dari Hospital Batu Pahat.
Mereka ingin membawa Saleha ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut
Haji Sulaiman, dia berbuat demikian kerana mahu membantu Embong atas dasar
tanggungjawab dan tugasnya. Embong enggan membenarkan isterinya dibawa ke
hospital kerana penyakit isterinya itu tidak merebak dan tidak akan menjangkiti
sesiapa. Namun begitu, Haji Sulaiman terus memujuk Embong. Akhirnya Embong
memberi persetujuan kerana mahu isterinya itu mendapat rawatan untuk
memulihkan ingatannya. Dahlia juga rasa keberatan untuk melepaskan emaknya
tetapi dia tidak mampu bersuara kerana bimbang akan dianggap biadap. Nek Kiah
menyalahkan Embong sebagai seorang suami yang tidak berguna kerana
membenarkan isterinya itu dibawa orang ke hospital. Embong berpesan kepada
Dahlia agar menjaga adik-adiknya kerana beliau mahu menemani isterinya ke
hospital.
Info kosa kata
1. Bina ayat daripada perkataan-perkataan yang berikut;
Bermentera – berjampi
Pojok- sudut
Senang-lenang- senang, mudah, tiada kesulitan
Merebak- menular, menjangkit
Biadab- tidak beradab, tiada budi bahasa
2. Soalan Pemahaman
1. Kenapakah Saleha dihantar ke hospital?
2. Siapakah tetamu yang mengunjungi rumah Embong pada senja itu?
143
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
3. Mengapakah Nek Kiah tidak berpuas hati terhadap Embong?
PANDUAN JAWAPAN
Latihan membina ayat.
1. Guru bolen merujuk kamus dewan untuk mencari maksud perkataan
2. Guru membimbing pelajar membina ayat mudah.
Latihan soalan pemahaman.
1. Salehah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana hilang
ingatan, dan mengelakkan Saleha lari.
2. Tetamu yang mengunjungi Embong pada senja itu ialah Haji Sulaiman,
Pengerusi JKKK Parit Haji Rais, bersama-sama tiga orang kakitangan
Hospital Batu Pahat.
3. Nek Kiah tidak berpuas hati terhadap Embong kerana menganggap Embong
sebagai punca anaknya, Saleha hilang ingatan selain hidup dalam kesusahan
dan kemiskinan. Nek Kiah juga tidak berpuas hati terhadap Embong kerana
membenarkan Saleha di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan
terhadap penyakitnya itu.
144
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Baca sinopsis di bawah dan isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.
Bab 4 – DIBUAI KENANGAN INDAH
dijaga pergi dibenci
melawat disukai teringat
terdengar dihantar memarahi
balik memeriksa mengikuti
Dahlia berasa risau memikirkan keadaan emaknya yang sakit dan adik-adiknya yang
tidak terurus. Namun begitu, ayahnya mahu Dahlia ……………. ke sekolah dan
ayahnya sendiri akan menguruskan adik-adiknya yang lain. Dahlia mencadangkan
Anggerik …………….. ke rumah Nek Kiah untuk …………. tetapi Embong tidak
bersetuju kerana dia tidak mahu anak-anaknya makin ………….. Dahlia
memberitahu ayahnya bahawa dia mahu ………………. emaknya di hospital petang
esok selepas pulang dari sekolah. Menurut Embong, doktor yang ………………..
Saleha tidak mengetahui penyakitnya, cuma menyatakan bahawa fikiran Saleha
runsing.
Embong pula …………….. akan perbualannya dengan isterinya lima bulan
yang lalu tentang ibu mertuanya yang masih tidak suka akan mereka dan anak-anak
mereka. Saleha berkata bahawa keadaan hidup mereka yang miskin menjadi sebab
mereka tidak ……………. oleh ibunya. Embong juga teringat bahawa Saleha pernah
memberitahunya bahawa dia …………………… bunyi yang pelik-pelik dan terasa
ada bayang-bayang ……………………..nya. Embong beranggapan bahawa barang
kali hal itu perasaan Saleha sahaja. Badan Saleha juga terasa lemah sahaja. Abu
Bakar …………….. ke rumah setelah tiga hari tidak pulang. Embong
…………………. anaknya itu menyebabkan Abu Bakar meninggalkan rumah itu
semula.
PANDUAN JAWAPAN 2. dihantar 3. dijaga
5. melawat 6. memeriksa
1. pergi 8. disukai 9. terdengar
4. dibenci 11. memarahi
7. teringat
10.balik
145
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Baca sinopsis di bawah kemudian gariskan dan senaraikan kata adjektif yang
terdapat dalam petikan tersebut.
Bab 5 – Kata Setajam Pedang
Dahlia pergi ke sekolah dari rumahnya dengan menaiki bas. Oleh sebab itu,dia tiba
lewat, Cikgu Salwani, iaitu warden asramanya meminta Dahlia berjumpa dengannya
pada petang itu.
Dalam kelas, Dahlia tidak dapat memberi tumpuan terhadap pengajaran
gurunya. Malahan, ketika Siti Wangi mengajaknya berbincang tentang kertas kerja
mereka, Dahlia meminta maaf lalu memberitahu bahawa dia gagal untuk mencari isi-
isi penting untuk kertas kerja mereka dan tidak dapat berbincang pada petang itu
kerana Dahlia mahu menziarahi ibunya yang sedang sakit di hospital. Dahlia dapat
merasai Siti Wangi kecewa dengan alasan yang diberikan. Dahlia tidak meminta
kebenaran daripada Cikgu Salwani untuk keluar dari asrama pada petang itu
walaupun dia patut menemui beliau berkaitan dengan kelewatannya sampai ke
sekolah pagi itu. Dahlia enggan bersoal jawab dengan gurunya apatah lagi Dahlia
menyedari akan kesalahannya.
Dahlia segera turun dari bas setelah sampai ke hospital. Setibanya di
perkarangan hospital, Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman. Haji Sulaiman
mengajak Dahlia pulang dan memberitahu bahawa ibunya sudah dibawa ke Johor
Baharu untuk mendapat rawatan yang lebih baik di Hospital Permai kerana
penyakitnya semakin teruk. Dahlia berasa amat sedih apabila mendengar berita
tersebut.
Kata adjektif 4.…………………………………….
1. ………………………………. 5.…………………………………….
2. ………………………………. 6……………………………………..
3. ……………………………….
146
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Baca sinopsis berikut kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Bab 6 – Ditelan Arus Deras
Dahlia memerhatikan gelagat kanak-kanak yang sedang mandi di sungai yang
arusnya deras dan airnya berkeladak. Sambil membersihkan halaman rumahnya,
Dahlia teringat perbualan dengan ayahnya mengenai emaknya yang menerima
rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru. Haji Sulaiman memberitahu Embong
bahawa dia terpaksa membenarkan Saleha dirawat di Hospital Permai kerana
penyakit Saleha semakin teruk. Dia mengajak Embong ke Johor Bahru untuk
melawat Saleha tetapi Embong hanya menggelengkan kepalanya serta meluahkan
rasa sedihnya kerana hidup mereka sekeluarga sentiasa dirundung malang. Haji
Sulaiman menenangkan Embong dan meminta Embong bersabar dan reda dengan
ujian Tuhan.
Nek Kiah datang ke rumah Embong. Menurut Nek Kiah, Saleha menjadi gila
disebabkan rumah mereka itu sudah dilanggar hantu dan penuh dengan syaitan.
Seorang demi seorang ahli keluarga itu akan menjadi sakit seperti Saleha. Dahlia
terkejut dan tidak mempercayai kata-kata neneknya itu. Dia hanya memandang
sambil beristighfar apabila neneknya menggunakan kapur,dan dia menggores pintu-
pintu di rumahnya dengan tanda pangkah yang bertujuan untuk menggelakkan
hantu masuk ke dalam rumah.
Dari sungai yang terletak di hadapan rumahnya, tiba-tiba terdengar jeritan
bahawa said yang sedang mandi di sungai itu sudah hilang. Dahlia segera terjun
dan berusaha untuk mencari dan menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar
sungai walaupun arus sungai deras. Dahlia menemukan Said yang tenggelam di
dasar sungai yang berselut. Usaha dilakukan untuk menyelamatkan Said tetapi
gagal.
Berdasarkan sinopsis di atas padankan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang
sesuai.
1. Nek Kiah datang ke rumah Embong.
2. Dahlia terkejut dan tenggelam di dasar sungai yang berselut.
3. Usaha dilakukan untuk di rumahnya dengan tanda pangkah.
4. Dahlia menemukan Said yang tidak mempercayai kata-kata neneknya
itu.
5. Nek Kiah menggores pintu-pintu dan meminta Embong bersabar.
6.Haji Sulaiman menenangkan Embong menyelamatkan said tetapi gagal.
147
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Baca sinopsis kemudian lengkapkan tempat kosong dengan kata kerja yang
sesuai.
BAB 7 – BERBUDI BERBALAS NISTA
mencari mendengar memarahinya
pulang memuji bertemu
menziarahi dididik memasak
menyakitkan bersabar menangis
Dahlia menangis setelah …………… daripada menziarahi jenazah said.
Embong kehairanan kerana selama ini Dahlia telah ……………….. berjiwa kuat dan
mampu menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk
………………….. jenazah Said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari
Embong dan …………………… dengan mengatakan bahawa Dahlialah yang
menyebabkan Said mati dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam
………………. kata-kata Aton. Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam
kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong
membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin kebenaran
akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan kematian
Said dan percakapan mereka semakin …………………….. hatinya. Namun,
Embong tetap …………………. dan beliau tidak mahu …………………… musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong …………………… dengan
tauke Lim. Tauke Lim ………………… keberanian Dahlia yang cuba
menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia ………………………
setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi,
Embong pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas
kembali peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia ……………………. di dapur
dalam keadaan yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong
kerana sepatutnya masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan
bukan kerja-kerja dapur. Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan
anak-anaknya. Setelah tiba di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu.
Beliau ternampak ular sawa sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu
Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga , ular itu
menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan Embong panik.
PANDUAN JAWAPAN BAB 5 – KATA SETAJAM PEDANG
KATA ADJEKTIF YANG TERDAPAT DI DALAM SINOPSIS
1. lewat
2. gagal
3. sedang sakit
4. kecewa
5. lebih baik
6. semakin teruk
7. amat sedih
148
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Panduan jawapan Bab 7 – Berbudi Dibalas Nista
Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi jenazah Said. Embong
kehairanan kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu
menghadapi setiap dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi
jenazah said. Said merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan
memarahinya dengan mengatakan bahawa Dahlialah yang menyebabkan Said mati
dan Embonglah yang mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton.
Embong turun ke bawah dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di
bawah pokok-pokok getah. Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya
dan Dahlia, beliau yakin kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-
suara yang mempersoalkan kematian Said dan percakapan mereka semakin
menyakitkan hatinya. Namun, Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu
mencari musuh.
Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim.
Tauke Lim memuji keberanian Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong
sudah tahu punca Dahlia menangis setelah pulang dari rumah Aton.
Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong pergi memotong buah kelapa
sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali peristiwa pada petang
semalam ketika Dahlia memasak di dapur dalam keadaan yang lemah selepas
menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya masa remaja
Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur.
Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba
di kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa
sebesar paha melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari
buluh, ular sawa itu telah hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah
Embong hingga menyebabkan Embong panik.
149
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Baca sinopsis berikut dan isi tempat kosong dengan rangkai kata yang sesuai.
BAB 8 – BAYANG-BAYANG KECELAKAAN
bermimpi buruk melakukan kerja-kerja
menggeletar ketakutan membawa pulang
menyelamatkan nyawa terdengar tangisan
menyenangkan kehidupan Berjuang dengan maut
lelaki bersongkok tidak mendengar
Dahlia …………………………………. tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya.
Dahlia tersedar apabila ………………………………. Anggerik. Angggerik demam
panas. Dahia bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia
ternampak dua orang …………………………… ke rumah Aton. Dia teringat semula
kata-kata orang yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia ………………………………. di dapur sambil mendukung adiknya.
Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang
meneruskan persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila
ada orang yang mengatakan bahawa emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati
supaya ……………………………… kata-kata orang kerana orang itu tidak akan
………………………….. mereka.
Embong …………………………….. ular sawa di atas pungkis. Dahlia
ketakutan. Embong kehairanan apabila melihat Dahlia …………………………….
dan menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa pulang ular itu sebagai
bukti beliau telah ………………………………………. untuk menyelamatkan dirinya.
Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia
memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia …………………………………… orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran
seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
150
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Panduan Jawapan Bab 8 – Bayang-bayang Kecelakaan
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia
tersedar apabila terdengar tangisan Anggerik. Angggerik demam panas. Dahia
bercadang untuk membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak
dua orang lelaki bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang
yang menuduhnya lambat menyelamatkan Said.
Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung adiknya. Melati
meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang meneruskan
persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada orang yang
mengatakan bahawa emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak
mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan
kehidupan mereka.
Embong membawa pulang ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan.
Embong kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan
menyuruhnya membuang ular itu. Embong membawa pulang ular itu sebagai bukti
beliau telah berjuang dengan maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba
mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu
akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi memerhatikan aliran
sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan kesanggupan Dahlia
menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup mengetepikan nyawa sendiri.
Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda Melayu bersama-
sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
151
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
BAB 9- APABILA TAMAK MENGUASAI JIWA
Susun ayat-ayat berikut mengikut turutan supaya menjadi sinopsis yang lengkap.
-Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Saleha sanggup berkahwin
dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya
-Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia.
-Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada
Hari Raya Aidilfitri.
-Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
-Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanah itu
yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
-Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya
Saleha yang telah dibawa ke Hospital Permai di Johor Bahru.
-Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual.
Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli.
-Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia.
-Najib menawarkan pertolongan kepada Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.
Bil Ayat
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
152
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
PANDUAN JAWAPAN BAB 9 – APABILA TAMAK MENGUASAI JIWA
1. Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia.
2. Najib melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia.
3. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak hasratnya untuk datang pada
Hari Raya Aidilfitri.
4. Najib menawarkan pertolongan kepada Dahlia untuk membawa adiknya ke klinik.
5. Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
6. Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya
Saleha yang telah dibawa ke Hospital Permai di Johor Bahru.
7. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu sehingga Saleha sanggup berkahwin
dengannya yang tidak diketahui asal-usulnya.
8. Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual.
Seman berjanji dengan emaknya untuk mencari pembeli.
9. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman apabila mendengar nilai tanh itu
yang dapat dijual dengan harga RM15,000.
153
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
BAB 10 – SELAMAT TINGGAL ASRAMA PUTERI!
-Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya.
-Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga.
-Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan STPM.
-Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar.
-Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana peperiksaan
STPM hanya tinggal empat bulan sahaja lagi.
-Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
-Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah
berkunjung ke rumah Dahlia.
-Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama.
-Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya.
Susun ayat- ayat di atas mengikut turutan suapaya menjadi sinopsis yang lengkap
.
Bil Ayat
1
2 Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga.
3
4
5
6
7
8
PANDUAN JAWAPAN BAB 10 – SELAMAT TINGGAL ASRAMA PUTERI !
1.Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar
dari asrama.
2.Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga.
3.Dahlia tidak mahu menceritakan perkara sebenar.
4.Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana peperiksaan
STPM hanya tinggal empat bulan sahaja lagi.
5 .Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
6.Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya.
154
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
7.Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah
berkunjung ke rumah Dahlia.
8.Cikgu Hisyam mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan STPM.
NOVEL – SONGKET BERBENANG EMAS
INFO KOMSAS
Tema merupakan idea utama yang ingin diceritakan oleh pengarang dalam
sesebuah karya novel.
Novel ini bertemakan ketabahan dan kecekalan seorang remaja menempuh
berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya. Dahlia, seorang
remaja yang berusia 19 tahun amat tabah menghadapi pelbagai masalah yang
mendatang dalam kehidupannya. Ibunya, Saleha disahkan menghadapi tekanan
perasaan dan kemurungan yang hebat sehingga menjadi kurang siuman dan dirawat
di Hospital Permai, Johor Bahru. Akibatnya, penduduk kampung seperti Aton dan
neneknya, Nek Kiah memandang negatif kepada keluarganya. Walaupun demikian,
Dahlia tetap cekal menghadapi cabaran itu.
Ketabahan Dahlia juga terserlah semasa ayahnya dirawat di hospital kerana
dipatuk ular tedung. Dahlia terpaksa ponteng sekolah demi menjaga adik-adiknya
yang masih kecil. Sungguhpun berat beban yang ditanggung, Dahlia tetap cekal
menghadapi dugaan tersebut.
Dahlia juga cekal menghadapi sikap prejudis jirannya Aton yang menuduh
Dahlia sebagai punca kematian anaknya, Said. Dahlia sabar menghadapi cemuhan
Aton kerana percaya dia berada di pihak yang benar. Dahlia telah berusaha sedaya
upaya untuk menyelamatkan Said tetapi gagal.
Dahlia juga tabah apabila diasak oleh Nek Kiah yang mahu menjual tanah
yang menjadi tapak rumah tempat tinggal Dahlia dan keluarganya. Dia sedar
bahawa keluarganya tidak akan mampu membayar wang yang diminta oleh
neneknya itu.
155
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Lembaran Kerja 1
Lengkapkan huraian tema bagi novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip berdasarkan info tema di atas.
Tema Huraian tema
Huraian1
Ketabahan dan kecekalan Huraian 2
seorang remaja menempuh Huraian 3
Huraian 4
berbagai-bagai cabaran
dan dugaan dalam
kehidupannya
156
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
PERSOALAN DALAM NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
INFO KOMSAS
Persoalan ialah cerita sampingan atau perkara yang lebih kecil yang ada hubungan
dengan tema yang dibicarakan oleh pengarang bagi menguatkan tema dalam
sesebuah karya.
*1. Persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu.
Dahlia sangat menyayangi emaknya, Saleha. Dahlia bergegas mencari dan
mendapatkan emaknya yang sedang bercakap sendirian dan sesekali ketawa di
kebun getah setelah dimaklumkan oleh adiknya Melati. Dahlia juga melawat
emaknya ketika emaknya dirawat di Hospital Permai dan berharap agar emaknya
segera sembuh.
*2. Persoalan tanggungjawab anak terhadap keluarga.
Sebagai anak sulung, Dahlia sanggup ponteng sekolah untuk menjaga adik-adiknya
ketika ayahnya terlantar di hospital Batu Pahat akibat dipatuk ular tedung semasa
hendak mandi. Dahlia juga bertanggungjawab membawa adik bongsunya, Anggerik
yang mengalami demam panas ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan
bantuan Najib, rakan sekelasnya yang kebetulan datang menziarahinya.
*3. Persoalan sikap mementingkan diri dalam masyarakat
Seman sanggup menghasut ibunya, Nek Kiah supaya menjual tanah tapak rumah
yang menjadi tempat tinggal Embong sekeluarga dengan nilai RM15,000 semata-
mata kerana tamakkan wang tanpa memikirkan kesulitan yang akan dihadapi oleh
adik ipar dan keluarganya yang hidup dalam kesusahan.
*4. Persoalan kepentingan ilmu demi masa depan.
Embong sedar akan kepentingan pelajaran bagi anak-anaknya. Oleh itu, Embong
tidak membenarkan Dahlia berhenti sekolah semata-mata mahu menjaga adik-
adiknya. Embong memberitahu Dahlia bahawa dia sanggup bersusah payah demi
memastikan kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran.
*5. Persoalan kemiskinan hidup masyarakat kampung.
-Embong mahu Dahlia belajar hingga ke universiti untuk membaiki nasib diri dan
keluarganya. Oleh sebab itu dia tidak memberi kata putus semasa Azhari
menghantar rombongan merisik Dahlia. Embong malah menyerahkan hal itu
kepada Dahlia untuk membuat keputusan.
-Anggerik menangis kerana tidak mahu minum susu yang cair akibat susu telah
habis dan keluarga Dahlia tidak ada wang untuk membeli susu.
*6. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Allah
Dahlia menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu meneruskan
pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya.
157
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
*7. Persoalan kepercayaan karut masyaarakat kampung.
- Nek Kiah percaya di rumah Dahlia ada hantu. Oleh sebab itu, seorang demi
seorang keluarganya ditimpa bencana.
- Nek Kiah menyuruh seorang anak muda mendukung dan membawa Said yang
sudah tidak bernyawa mengelilingi rumah sebanyak tujuh kali kerana dikatakan jika
berbuat demikian akan mengembalikan nyawanya semula.
*8. Persoalan kesabaran dalam mengharungi dugaan hidup
-Dahlia tetap bersabar apabila Aton menyindirnya sewaktu dihantar oleh Azhari.
-Dahlia tetap bersabar apabila Aton mengatakan emaknya gila dan Dahlia telah
sengaja membunuh anaknya Said kerana dikatakan lambat menyelamatkannya.
-Dahlia bersabar mengharungi kehidupannya walaupun keluarga mereka hidup
dalam kemiskinan.
-Dahlia bersabar menghadapi kerenah Nek Kiah yang membenci keluarganya.
*9. Persoalan semangat setia kawan
-Kavita membawa Najib datang ke rumah Dahlia apabila mereka mendapati Dahlia
kerap tidak hadir ke sekolah. Hal ini membuktikan semangat setia kawan yang
tinggi.
-Kavita diminta oleh Cikgu Hisyam untuk membuat salinan nota untuk diberikan
kepada Dahlia. Kavita menurut suruhan cikgunya kerana dia mempunyai semangat
setia kawan dalam membantu rakannya yang dalam kesusahan.
*10. Persoalan semangat untuk mencapai kejayaan
- Dahlia terpaksa berulang alik ke sekolah setelah emaknya dirawat di hospital
kerana dia tetap ingin meneruskan pelajarannya.
- Dahlia bersemangat mengulang kaji pelajaran di pusat pemindahan banjir demi
mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM.
*11. Persoalan keberanian menyelamatkan nyawa orang lain.
- Dahlia seorang gadis yang berani kerana sanggup terjun ke dalam sungai yang
deras dan dalam untuk menyelamatkan Said walaupun terpaksa menggadaikan
nyawanya sendiri.
158
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
LEMBARAN KERJA 2
LATIHAN PENGUKUHAN
Suai padan pernyataan persoalan dengan peristiwa yang sesuai dalam rajah berikut.
Pernyataan Persoalan Huraian Peristiwa
Ikhlas membantu orang yang Doktor Ridhuan amanah menjalankan
berada dalam kesusahan Tugasnya sebagai pegawai perubatan
kesihatan dengan berusaha mengenal
pasti punca dan kaedah rawatan bagi
memulihkan penyakit Saleha
Taat akan perintah ibu bapa Tauke Lim ikhlas membantu Embong
sekeluarga yang hidup dalam
kesusahan dengan membenarkan
mereka membeli barang keperluan
secara hutang di kedai runcitnya.
Amanah dalam menjalankan Dahlia , Melati, Mawar dan Kiambang
tanggungjawab menunjukkan sifat taat akan perintah
ibu bapa. Dahlia sanggup
mengetepikan kepentingan diri untuk
menjaga adik-adiknya.
Kepercayaan kepada perkara Dahlia berani terjun ke dalam sungai
tahyul yang berarus deras untuk
menyelamatkan Said yang tenggelam
di dasar sungai ketika bermandi-manda
di hadapan rumahnya.
Berani menyelamatkan nyawa Nek Kiah dan Seman percaya bahawa
orang lain nasib malang yang menimpa keluarga
Embong kerana mereka pembawa sial.
Nek Kiah percaya bahawa syaitan dan
hantu yang menyebabkan keluarga
Embong susah.
159
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
LEMBARAN KERJA 3
LATIHAN PENGUKUHAN
Arahan : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Soalan : Kemukakan dua pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Jawapan : Novel Songket Berbenang Emas
Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Dalam
novel ini terdapat banyak pengajaran yang dikemukakan oleh pengarang.
Antara ………………………yang terdapat dalam novel ini ialah………………
…………………..berusaha untuk menyelesaikan setiap …………………….. yang kita
hadapi. Contohnya, …………………. yang ketinggalan dalam pelajaran kerana
terpaksa …………………………….. sekolah untuk menjaga adik-adiknya di rumah,
telah mendapatkan …………………….. daripada kawan-kawannya.
Selain itu, kita janganlah…………………………………. terhadap orang lain.
Contohnya Aton bersangka buruk terhadap Dahlia apabila Dahlia dihantar pulang
Oleh ………………..hendaklah kita jauhi kerana akan menyebabkan ………………
……………faham sesama sendiri.
perselisihan pengajaran Azhari
bersangka buruk kita hendaklah ponteng
nota Dahlia masalah
160
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Watak dan Perwatakan
Watak ialah pelaku, pelakon, atau pemain peranan dalam sesebuah cereka. Watak
tidak semestinya manusia tetapi mungkin juga terdiri daripada haiwan, tumbuh-
tumbuhan atau unsur alam.
Perwatakan ialah sifat-sifat fizikal (luaran) dan sifat-sifat dalaman (kejiwaan) watak
sama ada yang positif dan negatif yang disorot secara menyeluruh melalui
perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak.
Pelukisan watak dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh pengarang
melalui aksi, tutur kata atau pemikiran watak-watak.
Watak-watak penting dalam novel Songket Bebenang Emas
Dahlia
Melati Azhari
Saleha Watak penting Mawar
Embong dalam novel Siti Wangi
Cikgu Hisyam Cikgu Salwani
Najib Kavita
Abu Bakar
Tauke Lim Aton
Haji Sulaiman
Info Watak Utama
1. DAHLIA
Anak sulung , harapan keluarga, mempunyai lima orang adik
Seorang pelajar tingkatan 6, bakal menduduki peperiksaan STPM.
Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim
Berusia 19 tahun.
Seorang pelajar yang bijak. Dahlia menjadi harapan sekolah dan guru
kelasnya Cikgu Hisyam sebagai calon yang bakal mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan STPM.
Seorang anak yang bertanggungjawab. Dahlia bertanggungjawab menjaga
adik-adiknya semasa emaknya dirawat di hospital kerana kemurungan yang
teruk, dan juga semasa abahnya dirawat di Hospital Batu Pahat kerana di
patuk ular tedung semasa hendak mandi. Dahlia sanggup keluar dari asrama
dan juga ponteng sekolah demi tanggungjawabnya terhadap keluarga.
161
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Seorang yang penyayang. Dahlia sangat sayang pada emaknya. Dia
melawat emaknya di hospital Batu Pahat dan Hospital Permai Johor Bahru.
Dahlia berasa amat sedih apabila melihat ibunya sudah tidak mengenali
dirinya lagi.
Seorang yang cekal. Dahlia seorang anak yang cekal dalam menghadapi
cabaran hidup. Dia cekal menghadapi dugaan emaknya yang sihat tiba-tiba
hilang ingatan sehingga terpaksa dirawat di hospital dalam tempoh yang lama
manakala ayahnya pula dipatuk ular tedung. Dahlia juga cekal menghadapi
kerenah neneknya yang tidak menyukai keluarganya, malahan sanggup
menjual tanah tapak rumahnya.
Seorang yang berani. Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang deras airnya
untuk menyelamatkan Said yang tenggelam dan lemas di sungai.
Seorang yang penyabar. Dahlia tidak memperdulikan sindiran Aton yang
melemparkan berbagai tuduhan semasa Azhari menghantar dia pulang.
Dahlia juga hanya mampu menangis apabila Aton menuduhnya sengaja
membunuh anaknya Said yang lemas di sungai.
Seorang menghormati tetamu. Dahlia memberikan layanan yang baik
kepada tetamu. Dahlia masih menghidangkan air walaupun neneknya tidak
menyukai keluarganya. Dahlia juga menghidangkan air bujang ketika Kavita
dan Najib berkunjung ke rumahnya.
Info Watak Sampingan
Embong
Suami Saleha dan ayah Dahlia. Mempunyai enam orang anak seorang lelaki
dan lima perempuan.
Berasal dari Melaka. Pernah bekerja di estet semasa mula-mula tinggal di
batu Pahat.
Seorang yang bertanggungjawab. Sebagai ketua keluarga Embong
mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi. Dia gigih bekerja untuk
mencari
Nafkah buat keluarganya terbela. Dia bekerja menorah getah, memotong
buah kelapa sawit di kebun orang, membela kambing, dan lain-lain.
Seorang yang penyayang. Embong sangat sayang akan isteri dan anak-
anaknya. Dia berusaha untuk mengurus anak-anaknya sepanjang ketiadaan
isterinya yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru.
Seorang yang penyabar. Embong sabar menghadapi cabaran dalam
hidupnya. Antaranya menghadapi isterinya yang sakit hilang ingatan, dia
sendiri dipatuk ular, diumpat keji oleh ibu mertuanya , menghadapi kerenah
anak lelaki, masalah kewangan dan lain-lain yang begitu menguji
kesabarannya.
Mementingkan pendidikan anak-anak. Embong tegas dalam mendidik
anak-anaknya tentang kepentingan ilmu dan pendidikan. Contohnya Embong
melarang Dahlia ponteng sekolah untuk menjaga adik-adiknya, sebaliknya
berjanji akan menguruskan mereka.
162
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Seorang yang berani. Embong berani membunuh ular sebesar paha yang
membelitnya dengan sebatang buluh.
TAUKE LIM
Berbangsa Cina.
Seorang yang suka membantu orang lain. Tauke Lim membantu keluarga
Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada
Embong untuk dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah
tempat mereka tinggal.
Seorang yang baik budi. Contohnya Tauke Lim membenarkan keluarga
Dahlia membeli barang keperluan harian mereka secara berhutang.
Seorang yang prihatin. Tauke Lim prihatin akan masalah orang lain, contoh
beliau sangat prihatin akan masalah yang dihadapi oleh keluarga Embong.
Seorang yang pemurah. Tauke Lim menyumbangkan barang-barang untuk
sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak Rm300
kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya
sebelum ke Jepun.
Seorang yang setia kawan. Tauke Lim menganggap Embong seperti
saudara kerana mereka sudah lama berkawan.
Seorang yang pandai bergaul. Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi
beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.
AZHARI
Pelajar senior di sekolah Dahlia belajar semasa di tingkatan satu hingga lima
di Sekolah Menengah Tun Ismail. Dia dan Dahlia berbeza umur empat tahun.
Dia berpendidikan tinggi. Azhari baru menamatkan pengajian di Universiti
dan bakal memperoleh ijazah.
Seorang yang prihatin. Azhari prihatin akan keadaan Dahlia dan
keluarganya. Dia menghantar Dahlia pulang dari asrama dan mengambil
pakaian Saleha untuk dibawa ke hospital bagi membantu keluarga Dahlia.
Seorang yang pandai memujuk. Azhari memujuk Dahlia supaya menerima
lamarannya. Dia berbuat begitu kerana tidak mahu kekasihnya itu dimiliki
oleh orang lain kelak.
Seorang yang bertimbang rasa. Azhari seorang yang bertimbang rasa dan
memahami kehendak orang lain. Contohnya dia memahami hasrat Dahlia
yang tidak mahu berkahwin ketika usia muda kerana ingin melanjutkan
pelajaran dan membantu keluarganya.
163
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
LEMBARAN KERJA 1
Berdasarkan info perwatakan Dahlia di atas, lengkapkan peta buih berikut.
penyayang
Dahlia
164
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
LEMBARAN KERJA 2
Berdasarkan info di atas lengkapkan peta buih perwatakan Embong.
Berani
Embong
165
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
LEMBARAN KERJA 3
Berdasarkan info perwatakan watak utama lengkapkan 3 keistimewaan watak
utama dalam novel yang anda kaji.
Nama watak
Dahlia
Perwatakan Huraian
Prihatin
Dahlia menjadi harapan pihak sekolah dan guru
kelasnya Cikgu Hisyam untuk memperoleh keputusan
cemerlang dalam peperiksaan STPM.
Sanggup
berkorban
166
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
PANDUAN MENJAWAB SOALAN NOVEL
1. KRITERIA PERMARKAHAN NOVEL
SOALAN PEMARKAHAN
4(a)
Markah isi - 4 markah
Markah bahasa - 3 markah ( baik 3 markah,
sedarhana 2 markah, lemah
1 markah)
Markah penuh - 7 markah
4(b) Markah isi - 6 markah
Markah bahasa - 2 markah ( baik 2 markah,
sedarhana/lemah 1 markah)
Markah penuh - 8 markah
JUMLAH Keseluruhan Markah 15 markah
2. Bentuk soalan a) Kemahiran Berfikir dan komsas atau
b) 2 soalan komsas
3. Kelemahan calon semasa menjawab soalan 4(a) dan soalan 4(b).
a) Calon tidak dapat membezakan kehendak soalan yang memerlukan
huraian.
b) Soalan huraian/ jelaskan memerlukan dua elemen penting iaitu
pernyataan jawapan dan huraian/contoh. Terdapat calon yang hanya
memberikan huraian tanpa pernyataan jawapan atau pernyataan jawapan
tanpa huraian.
4. Contoh kata tugas soalan novel
a. Nyata / Berikan / Kemukakan jawaban – calon tidak perlu memberi
huraian/contoh
b. Jelaskan / Huraikan – calon perlu memberi pernyataan jawapan, huraian
Pernyataan dan contoh
167
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
5. Teknik menulis jawaban
a. Jawaban mesti ditulis dalam beberapa perenggan ( 3 hingga 4
perenggan)
b. Perenggan pertama, tulis nama novel yang dikaji dan hala tuju
jawaban.
c. Perenggan kedua dan seterusnya ialah perenggan isi.
d. Perenggan ini mesti mempunyai - > isi dan huraian/ contoh
peristiwa yang berkaitan.
Contoh Menjawab Soalan Novel
LEMBARAN KERJA 4
Soalan 4 (a) berdasarkan novel Songket Berbenang Emas
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama yang
dapat anda jadikan teladan dan kemukakan alasan anda.
Isi tempat kosong dengan jawapan disediakan.
teladan berani pujian
Terjun menyakitkan Cabaran hidup
Sangat deras menempuh cabaran usahanya
kegigihan belajar Mencapai kejayaan
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin
Ayip, terdapat beberapa perwatakan watak utama yang boleh dijadikan ……….(1)
oleh pembaca.
Watak utama dalam novel tersebut ialah Dahlia. Antara perwatakan watak
utama ialah gigih. Contohnya Dahlia ……………..(2) dengan bersungguh-sungguh
untuk berjaya dalam peperiksaan STPM walaupun dia menghadapi pelbagai
……………..(3) seperti emaknya menghidap sakit mental, ayahnya dipatuk ular,
adiknya Abu Bakar gemar berpelesiran dan Nek Kiah yang sentiasa ………….(4)
hatinya. ………….(5) watak utama dapat dijadikan teladan kerana …………(6)
yang bersungguh-sungguh membantunya ……………….(7) yang diimpikan.
Selain itu, perwatakan yang seterusnya ialah berani. Dahlia ……………(8)
menyelamatkan nyawa orang lain dengan ……….(9) di dasar sungai di depan
168
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
rumahnya untuk menyelamatkan Said walaupun arus sungai ketika itu ………(10).
Keberanian Dahlia mendapat ………..(11) Tauke Lim dan seyogia dijadikan teladan
kerana keberaniannya …………………………(12) untuk membantu orang lain.
PANDUAN JAWAPAN LEMBARAN KERJA 4
Teladan (1) Berani (8) Pujian (11)
Terjun (9) Menyakitkan (4) Cabaran hidup (3)
Sangat deras (10) menempuh cabaran (12) Usahanya (6)
Kegigihan (5) Belajar (2) Mencapai kejayaan (7)
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Songket Berbenang Emas, karya
Khairuddin Ayip, terdapat beberapa perwatakan watak utama yang boleh dijadikan
teladan oleh pembaca.
Watak utama dalam novel tersebut ialah Dahlia. Antara perwatakan watak
utama ialah gigih. Contohnya Dahlia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
berjaya dalam peperiksaan STPM walaupun dia menghadapi pelbagai cabaran
hidup seperti emaknya menghidap sakit mental, ayahnya dipatuk ular, adiknya Abu
Bakar gemar berpelesiran dan Nek Kiah yang sentiasa menyakitkan hatinya.
Kegigihan watak utama dapat dijadikan teladan kerana usahanya yang bersungguh-
sungguh membantunya mencapai kejayaan yang diimpikan.
Selain itu, perwatakan yang seterusnya ialah berani. Dahlia berani
menyelamatkan nyawa orang lain dengan terjun di dasar sungai di depan rumahnya
untuk menyelamatkan Said walaupun arus sungai ketika itu sangat deras.
Keberanian Dahlia mendapat pujian Tauke Lim dan seyogia dijadikan teladan
kerana keberaniannya menempuh cabaran untuk membantu orang lain.
Soalan 4 (b) berdasarkan novel Songket Berbenang Emas.
Soalan : Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
(8 markah)
Novel yang saya pelajari ialah novel________________________________karya
______________________. Terdapat banyak pengajaran yang digarap oleh
Pengarang dalam novel tersebut.
Pengajaran yang pertama ialah kita mestilah bersabar menghadapi cabaran
dan dugaan dalam hidup. Contohnya Dahlia ___________________ menghadapi
____________________ prejudis dan kata-kata kesat daripada neneknya, Nek Kiah
dan __________________ terhadap dirinya dan _________________
Selain itu, ______________________ lain dalam novel ini ialah kita
hendaklah_______________ dalam membuat ____________________. Contohnya,
Dahlia menyatakan pendiriannya dengan tegas bahawa dia hanya akan
________________berkahwin dengan _______________ setelah dia berjaya dalam
pelajaran agar dapat membantu ___________________terlebih dahulu.
169
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Pengajaran lain ialah___________ perlulah ________________ dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Contohnya, Dahlia pergi ke __________________
Johor Bahru seorang diri tanpa ditemani oleh orang lain untuk
___________________
Ibunya, Saleha yang sedang menerima rawatan di situ.
PANDUAN JAWAPAN pengajaran Berbenang keputusan
Kak Aton sikap keluarganya
Khairuddin Ayip berkahwin kita
Tegas Songket Hospital Permai
Azhari Emas
sabar melawat
berdikari
Nilai
Antara contoh nilai ialah:
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan mental dan fizikal
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian
170
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
NILAI NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
171
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
SOALAN LATIHAN 1
Padankan nilai yang tepat berdasarkan contoh yang telah diberikan
Kasih Sayang Sebagai ketua keluarga, Embong
Prihatin mempunyai sikap tanggungjawab
untuk mencukupkan keperluan
Tanggungjawab mereka. Embong melakukan pelbagai
keinsafan pekerjaan untuk menyara keluarganya
seperti menorah getah, memelihara
Pengorbanan kambing, memotong buah dan lain-
lain.
Abu Bakar sayang akan kakaknya.
Apabila mendengar Aton menyindir
Dahlia dan memfitnah keluarganya
Abu Bakar cuba memukul Aton tetapi
sempat dihalang oleh Haji Sulaiman.
Tauke Lim prihatin akan kemiskinan
keluarga Embong. Dia membenarkan
mereka membeli barang keperluan
secara hutang di kedainya.
Dahlia sanggup berkorban demi
menjaga adik-adiknya dengan keluar
dari asrama dan ponteng sekolah
semasa emaknya dan abahnya
dirawat di hospital agar adik-adiknya
terurus.
Abu Bakar insaf akan kesalahannya
selama ini yang suka melepak dan
membuang masa. Keinsafan
mendorong Bakar menolong
keluarganya dan berbuat baik kepada
mereka.
172
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
SOALAN LATIHAN 2
Huraikan contoh yang tepat dari nilai murni yang diberikan
Nilai Murni Contoh Huraian
Kerjasama Masyarakat Kampung Pt
Haji Rais bekerjasama
Kasih Sayang Kasih sayang Embong
terhadap anak-anak
Kegigihan Dahlia gigih belajar
Keikhlasan Tauke Lim ikhlas membantu
Embong
Perpaduan Penduduk Kampong Parit
Haji Rais bersatu padu
173
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
INFO KOMSAS
NILAI NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
1. Kasih sayang (Lengkapkan contoh bagi nilai kasih sayang)
- Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya – Contohnya:
- Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya- Contohnya:
- Kasih sayang suami terhadap isterinya - Contohnya:
- Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya - Contohnya:
- Kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya - Contohnya:
- Kasih sayang adik terhadap kakaknya- Contohnya:
- Kasih sayang cucu terhadap neneknya- Contohnya:
2. Keberanian
- Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya. - Dahlia berani
terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.
3. Setia kawan
- Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota –
nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana
masalah keluarganya.
4. Pengorbanan
- Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat
di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adik-adiknya
dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama
sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM.
- Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki.
5. Keikhlasan
- Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang
balasan.
- Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
- Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di
Universiti Malaya.
- Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur
Rasul yang diadakan di balai raya.
- Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu
menghantar Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.
6. Nasihat- menasihati
- Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya
mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah.
- Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar
yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.
7. Kerjasama
- Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka
bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir.
174
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
- Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan
kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.
- Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.
8. Perpaduan/ Bersatu padu
- Masyarakat di Kampung Parit Haji Rais bersatu padu selepas peristiwa banjir yang
melanda kampung mereka.
- Walaupun penduduk di Kampung Parit Haji Rais berlainan bangsa tetapi mereka
hidup bersatu padu. Tauke Lim sanggup menyumbangkan barang-barang sewaktu
sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga selesa tinggal di kampung itu walaupun
berbangsa Cina.
9. Kegigihan
- Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai
kejayaan dalam STPM.
- Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa
menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital.
10. Ketabahan
- Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya
sakit dan abahnya dipatuk ular.
- Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat
tinggal mereka.
11. Keinsafan
- Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang suka berfoya-foya dengan rakannya. -
Abu Bakar insaf akan kesalahannya yang mencuri kambing abahnya.
- Nek Kiah insaf akan kesalahannya yang membenci keluarga Dahlia. Sewaktu Nek
Kiah sakit hanya Dahlia dan keluarganya yang menjaga beliau.
175
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
SOALAN LATIHAN 3
Berikan contoh peristiwa bagi nilai kasih sayang
176
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
PENGAJARAN NOVEL
Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi
dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat
jawapan anda dengan
- Kita hendaklah ……..
- Kita seharusnya…….
Jika nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
- Kita jangan….
- Kita tidak boleh….
…diikuti dengan contoh dalam teks.
177
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
PENGAJARAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
LATIHAN KENDIRI: Lengkapkan pengajaran berikut dengan contoh huraian yang
sesuai berdasarkan novel
Bil Pengajaran Huraian
1. Kita hendaklah membantu
orang lain yang berada dalam
kesusahan.
2. Kita hendaklah bekerjasama
dalam melakukan sebarang
tugasan.
3. Kita janganlah berprasangka
buruk terhadap orang lain.
4. Kita mestilah insaf setelah
melakukan kesalahan.
5. Kita mestilah nasihat-
menasihati antara satu sama
lain.
6. Kita mestilah bersatu padu
demi keharmonian hidup.
7. Kita mestilah menyayangi ahli
keluarga kita.
8. Kita mestilah berani
berhadapan dengan sebarang
masalah
9. Kita mestilah tabah dalam
menempuh dugaan hidup.
10. Kita mestilah gigih belajar
untuk mencapai kejayaan.
178
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
LATIHAN KENDIRI
a) Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua latar masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)
Tukarkan jawapan dalam jadual di bawah dalam bentuk karangan.
Latar masyarakat huraian
Masyarakat kampung Penduduk kampung yang tinggal di Parit Haji Rais.
Haji Sulaiman merupakan ketua kampung.
Penduduk lain ialah Embong, Aton, Nek Kiah, Mak
Aji, Tauke Lim dan lain-lain
Masyarakat yang saling Haji Sulaiman sebagai ketua kampung banyak
membantu membantu keluarga Embong apabila menghadapi
kesulitan. Tauke Lim juga membantu keluarga
Embong dengan membenarkan mereka membeli
barang keperluan secara hutang.
Novel yang saya pelajari ialah novel Songket Berbenang Emas
karya_______________________. Terdapat beberapa _______________________
yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut _____________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Seterusnya, ____________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
179
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
b) Dalam sesebuah novel terdapat konflik antara watak.
Berdasarkan novel yang anda kaji , huraikan konflik yang dihadapi oleh watak utama
dan cara watak tersebut menangani konflik. (8 Markah)
Tulis semula jawapan dalam jadual di bawah dalam bentuk karangan.
Konflik Peristiwa Cara menangani
Dahlia tidak mahu masalah
Dahlia dengan Cikgu Salwani menegur Dahlia yang dihadapi diketahui oleh
Cikgu Salwani kerana datang lewat ke Cikgu Salwani.
sekolah. Dahlia menangani konflik
tersebut dengan mengambil
keputusan keluar dari asrama.
Dahlia dengan Nek Kiah menuduh Dahlia Cara Dahlia menyelesaikan
Nek Kiah sebagai perempuan yang tidak konflik itu ialah dia hanya
pandai menjaga maruah diri mendiamkan dirinya dan
ketika dikunjungi oleh Najib bersabar dengan tuduhan Nek
dan Azhari. Kiah.
Jawapan :
180
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
a) Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan dua latar tempat dan peristiwa-
peristiwa yang berlaku pada latar tersebut. (7 markah)
Tulis semula jawapan dalam jadual di bawah dalam bentuk karangan.
Latar Peristiwa
Rumah Dahlia Nek Kiah datang ke rumah Dahlia dan memberitahu
bahawa tanah tapak rumahnya akan dijual kepada orang
lain.
Bilik 16, Hospital Dahlia melawat emaknya, Saleha yang menghadapi
Permai, Johor Bahru tekanan mental. Dahlia telah dihalau oleh emaknya,
Saleha yang sudah tidak mengenali Dahlia lagi, malah
menuduh Dahlia sebagai penagih hutang.
Jawapan :
181
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
b) Nyatakan tiga pengajaran yang dikemukakan oleh pengarang novel yang anda
kaji dan kepentingannya dalam novel tersebut. (8 markah)
Tulis semula jawapan dalam jadual di bawah dalam bentuk karangan.
Pengajaran Kepentingan
Kita hendaklah mengamalkan Pengajaran ini penting supaya anak-anak
kasih sayang untuk mempererat menyayangi ibu bapa mereka dan prihatin
hubungan antara ahli keluarga terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka.
Kita janganlah mempercayai Pengajaran ini penting supaya pembaca tidak
perkara tahyul dan kurafat terpengaruh akan amalan syirik yang boleh
merosakkan akidah mereka.
Kita hendaklah membantu orang Pengajaran ini penting untuk mendidik pembaca
yang berada dalam kesusahan. melakukan perkara yang sama dan memupuk
nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.
Jawapan:
182
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN BAHASA
183
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
SOALAN (a):
MEMBINA AYAT
AKTIVITI 1 :
MENGANALISIS AYAT
Baca arahan soalan di bawah dengan teliti dan gariskan kata kunci dalam
pernyataan soalan tersebut.
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
I. seniman
II. budiman
III. hartawan
IV. karyawan
V. peragawati
VI. olahragawati
184
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
AKTIVITI 2:
MEMAHAMI MAKSUD PERKATAAN
Dengan merujuk Kamus Dewan , padankan maksud perkataan berikut.
PERKATAAN MAKSUD
SENIMAN Perempuan yang
BUDIMAN memperagakan pakaian dan
HARTAWAN lain-lain.
KARYAWAN
Perempuan yang terlatih atau
mengambil bahagian dalam
acara olahraga.
Orang yang mempunyai bakat
seni seperti pelukis ,penyanyi
dan penyair
PERAGAWATI Orang yang berbudi , berakal
OLAHRAGAWATI dan bijaksana.
Orang yang berharta, dan
kaya
Penghasil karya atau pencipta
karya seni
185
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
AKTIVITI 3: karyawan olahragawati
MELENGKAPKAN AYAT hartawan seniman
budiman
peragawati
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan perkataan yang paling tepat.
1. Aminah telah terpilih sebagai __________________ di sekolahnya kerana dia
berjaya meraih banyak pingat dalam kejohanan sukan .
2. Datuk Azman merupakan seorang yang _______________ di bandar itu
kerana beliau memiliki banyak syarikat yang besar.
3. Tan Sri P. Ramlee adalah salah seorang _____________yang terkenal
sehingga kini kerana karyanya yang bermutu tinggi.
4. ___________________ yang cantik itu telah meninggal dunia dalam satu
kemalangan jalan raya baru-baru ini.
5. __________________ yang berbakat besar dalam bidang seni lukis itu telah
mencipta nama di luar negara.
6. Datuk Zamri amat disenangi oleh penduduk kampung itu kerana sikapnya
yang ___________ dan tidak sombong.
186
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
AKTIVITI 4:
MEMBINA AYAT GRAMATIS
Tulis satu ayat yang gramatis menggunakan perkataan –perkataan berikut .
1. seniman
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
2. budiman
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
3. hartawan
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
4. karyawan
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
5. peragawati
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
6. olahragawati
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
187
Modul Pengajaran Berfokus Peningkatan Prestasi Bahasa Melayu SPM 2016
Latihan Pengukuhan 1:
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
1. tingkat
______________________________________________________________
______________________________________________________________
2. bertingkat-tingkat
______________________________________________________________
______________________________________________________________
3. meningkat
______________________________________________________________
______________________________________________________________
4. mempertingkatkan
______________________________________________________________
______________________________________________________________
5. tingkatan
______________________________________________________________
______________________________________________________________
6. peningkatan
______________________________________________________________
______________________________________________________________
188