Batu 7 Jalan Kebun, Seksyen 32,
40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5161 3964/ 016-2034150
Faks: 03-5161 8324 Email : [email protected]
Portal Rasmi : http://smkjalankebun.blogspot.com
2020
Maklumat BUTIR DIRI
Asas
Takwim Nama : PERIBADI
Alamat :
Alamat Pejabat :SMK Jalan Kebun
Pengurusan & Seksyen 32, 40460 Shah Alam,
Pentadbiran Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon Rumah : No. Telefon Pejabat : 03-51613964
No. Telefon Bimbit : No. Faksimili : 03-51618324
No. Kad Pengenalan : E-mel Sekolah : [email protected]
E-mail :
Kurikulum
KENYATAAN PERKHIDMATAN
Hal Ehwal No. Fail Jabatan Pelajaran : No. Gaji :
Murid No. Fail Kementerian Pelajaran : No. SSP :
Tarikh Lantikan Pertama : Tarikh Pengesahan Pertama :
Tarikh Lantikan Kedua : Tarikh Pengesahan Kedua :
LINK & PASSWORD
Kokurikulum HRMIS SAPS
URL Add : URL Add :
Lampiran Username: Username:
Password: Password:
APDM SPLKPM
URL Add : URL Add :
Username: Username:
Password: Password:
ePANGKAT eGTUKAR
URL Add : URL Add :
Username: Username:
Password: Password:
ePENYATAGAJI eOPERASI
URL Add : URL Add :
Username: Username:
Password: Password:
MYGFL PAJSK
URL Add : URL Add :
Username: Username:
Password: Password:
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Lampiran Kokurikulum Hal Ehwal Kurikulum Pengurusan & Takwim Maklumat
Murid Pentadbiran Asas
Mukasurat Maklumat Asas & Panduan Am 7
6
1-68 5
4
Mukasurat Takwim Pengurusan 3
2
1-22 1
Mukasurat Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran
A1-A36
Mukasurat Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum ISI KANDUNGAN BUKU
PENGURUSAN PROFESIONAL 2020
B1-B17
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 2020Kebun Mukasurat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid
Buku Pengurusan Profesional SMKJK
C1-C15
Mukasurat Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
D1-D21
Mukasurat Lampiran
E1-E23
Maklumat
Asas
Takwim
Pengurusan & MAKLUMAT ASAS
Pentadbiran &
Kurikulum PANDUAN AM
Hal Ehwal 2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
Murid Buku Pengurusan Profesionalisme SMKJK
Kokurikulum
Lampiran
Maklumat ISI KANDUNGAN
Asas
Bil Tajuk Mukasurat
1 Amanat Pengetua 3-4
2 Maklumat Asas
5
2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 6
2.2 Falsafah SMKJK 7
2.3 Visi & Misi KPM 8
2.4 Matlamat Strategik, Moto, Cogankata & Slogan SMKJK 9
2.5 6 Bidang Keberhasilan Utama Sekolah 10-11
2.6 6 Misi, 26 Strategi 12
2.7 Ikrar Warga SMKJK 13
2.8 Piagam Pelanggan SMKJK 14
2.9 Objektif SMKJK 15
2.10 Etika Kerja SMKJK 16
2.11 Nilai SMKJK 17-20
2.12 Sejarah SMKJK 21
2.13 Akronim SMKJK 22
2.14 Lencana SMKJK 23
2.15 Lagu Rasmi SMKJK 24
2.16 Mutiara Kata 25-26
2.17 Lokasi & Fizikal Sekolah 27-29
2.18 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
3 Panduan Am 40-41
3.1 Panduan Am Untuk Guru-guru 42-44
3.2 Tugas Seorang Guru
3.3 Garis Panduan Pengurusan Sebuah Bilik Darjah 45
3.4 Garis Panduan Pengurusan Ketidakhadiran Murid 46
3.5 Surat Pekeliling Ikhtisas/ Surat Siaran/ Pekeliling 47-49
3.6 Dasar Pendidikan & Isu 51-65
3.7 Portal Rasmi 66-68
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
1 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat AMANAT PENGETUA
Asas
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Buku
Pengurusan Profesional SMKJK 2020 yang berjaya menyiapkan dokumen penting ini. Diharapkan buku
ini digunakan sebagai rujukan kerja dan panduan kepada barisan pentadbir, guru dan semua pihak
yang terlibat dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan lebih berkesan dan lancar.
Kejayaan masa hadapan anak-anak murid ini bergantung kepada ketekunan dan kesabaran guru-
guru yang mampu dan berupaya melahirkan generasi berakhlak, berilmu dan berkemahiran. Mudah-
mudahan semua tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna bersandarkan
hala tuju yang jelas melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Semua inisiatif
yang terkandung dalam PPPM akan dapat melonjakkan kualiti pendidikan negara bagi memenuhi
tuntutan dan keperluan dunia pendidikan terkini dan masa depan.
Negara kini sedang mengorak langkah bagi merealisasikan Gelombang 2 Transformasi
Profesion Perguruan bagi tempoh 2016-2020. Fokus utama ialah melakukan perubahan struktur bagi
mempercepatkan transformasi. Pelbagai cabaran harus ditempuh dalam memacu transformasi
menjurus ke arah keberhasilan murid. Dalam Gelombang 3 iaitu tahun 2021 hingga 2025, KPM akan
menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi untuk menyemai budaya teladan
rakan setugas ke arah kecemerlangan profesional. Sesungguhnya, bagi memastikan kita dapat
merealisasikan sasaran PPPM Gelombang 2 dan 3 ini, guru perlu menerapkan budaya kerja berprestasi
tinggi, meningkatkan keberhasilan dan akauntabiliti serta menambah baik kaedah menguruskan
sekolah .
Bagi mencapai hasrat dan misi KPM, transformasi pendidikan ini amat perlu kerana dengan
pelbagai cabaran abad ini, guru perlu sentiasa berusaha untuk lebih cemerlang dalam profesion
keguruan. Tahap profesionalisme warga pendidik dan kepimpinan sekolah perlu mampan sehingga
menepati Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang boleh diiktiraf dan
dijadikan penandaarasan kecemerlangan sekolah. Penghayatan dan pembudayaan SKPMg2 dapat
menjadi pemangkin untuk merealisasikan aspirasi pendidikan negara serta memartabatkan
kecemerlangan pendidikan Negara.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dimulakan pada tahun 2011 dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pula telah bermula pada tahun 2017. KSSR dan KSSM
mengaplikasi ciri-ciri pembelajaran abad ini, iaitu komunikasi, pemikiran kritis, hubungan kolaboratif, dan
kreativiti. Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) merupakan sumber rujukan utama bagi
guru-guru melaksanakan PdP. Kualiti yang dihasratkan terhadap murid hanya mampu dicapai sekiranya
guru turut melengkapkan diri dengan kemahiran alaf baharu ini sebagai usaha membina satu
pengajaran yang mantap. Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang merupakan salah
satu bidang ‘Science Technology Reading Engineering Arts Maths’ (STREAM) dan Pendidikan Vokasional
juga wajar diberi penekanan bagi memenuhi keperluan masa hadapan.
Dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini, guru merupakan wahana penting
bagi memastikan setiap murid mempunyai Enam Aspirasi Sistem iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta beridentiti nasional.
Pembelajaran abad ke-21 perlu lebih menjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
berbanding kemahiran asas supaya kita dapat menghasilkan murid yang berupaya membuat hubung
kait, ingin tahu, bijak menyoal, boleh berfikir sendiri, berinisiatif dan mampu membuat perubahan. Bagi
merealisasikan hasrat tersebut, sewajarnya guru-guru dapat mengaplikasikan i-THINK dengan
menggunakan lapan peta pemikiran agar pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan dan
murid akan dilengkapi dengan kemahiran yang tepat. Pembelajaran maya dengan mengintegrasi
Internet of Things (IoT) seperti Google Classroom, Smart Learning, pembelajaran Maya, pembelajaran
Hybrid dan Online Learning sewajarnya diberi tumpuan dalam pelaksanaan PdPc masa kini. Guru dan
murid perlu bertindak pantas seiring dengan Revolusi Industri 4.0.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
2 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat Dalam usaha mempertingkatkan kualiti dan keterampilan daripada segi pengetahuan,
Asas kemahiran, sikap dan nilai positif, pembelajaran berterusan perlu sentiasa dilakukan terutama melalui
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dan inisiatif kendiri seperti dihasratkan dalam Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (PPPB). Bagi memastikan guru sentiasa melaksanakan tugas dengan
cemerlang, proses ’coaching & mentoring’ perlu dilaksanakan. Melalui proses ’coaching & mentoring’
pengetua dapat membimbing dan menunjuk ajar melalui perkongsian bersama selain guru dibimbing
secara sistematik. Guru-guru adalah digalak melaksanakan perkongsian pintar melalui ’Professional
Learning Community (PLC). Guru-guru juga digalakkan sentiasa berbincang melalui Dialog Prestasi bagi
mengenal pasti kelemahan dan bertindak segera mengatasi kelemahan agar penambahbaikan dapat
dilaksanakan. Semoga semua guru dapat mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPC TERBAIK bagi
memenuhi Program Transformasi Sekolah 2025(TS25) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Etika perguruan dan integriti seharusnya dihayati oleh semua guru agar profesion perguruan
sentiasa dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat. Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor
penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan pencapaian murid sejajar dengan visi ’PENDIDIKAN
BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA’ dan misi ’MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA’.
Justeru itu, guru-guru mestilah menyedari akan hakikat bahawa pengajaran dan
pembelajaran itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan. Guru-guru juga
seharusnya tidak kehilangan fokus dalam mendidik anak bangsa kita. Ingatlah bahawa kita perlu
melihat lebih jauh, iaitu 10 tahun akan datang, apakah yang akan terjadi pada anak murid kita? Apakah
kemahiran yang perlu ada pada mereka? Apakah cukup ilmu dan akhlak yang kita terapkan?
Sesungguhnya tanggungjawab melahirkan murid holistik yang seimbang ilmu dan akhlak, selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan amanah kepada para pendidik sekalian.
Kepada semua warga SMKJK Prihatin yang dikasihi, marilah kita sama-sama beriltizam untuk
meninggalkan legasi SMKJK Terbilang yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Kepada
semua ibu bapa, komuniti, sektor swasta, badan bukan kerajaan, PPD, JPN dan KPM, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan, sokongan kepada program sarana
dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan ekosistem pembelajaran wujud dalam
komuniti kita demi anak-anak sekolah ini yang akan menerajui kepimpinan negara pada masa
hadapan. Melalui sinergi dan kesepakatan yang mantap dan jitu oleh PIBK dan pelbagai pihak
diharapkan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik
minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai murni untuk memikul amanah membantu memajukan negara.
Akhir kata, besarlah harapan saya dalam usaha menambah baik kualiti perkhidmatan
pendidikan, Buku Jawatankuasa Pengurusan 2020 ini dapat dimanfaatkan bersama. Bagi mencapai
matlamat dan usaha murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab sebagai
guru menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan melalui slogan Guru Prihatin dan SMKJK
Terbilang agar dapat meningkatkan prestasi dan kejayaan murid di SMKJK. Semoga usaha warga
SMKJK direstui dan dimakbulkan Tuhan.
INSYA-ALLAH.
Sekian, Selamat Maju Jaya.
TN. HJ HISHAMMUDDIN BIN SIRAT ’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
PENGETUA .........................................................
3 2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat
Asas
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan dari segi memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
4 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat FALSAFAH SMK JALAN KEBUN
Asas
Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Jalan Kebun adalah bermutu tinggi, berkeyakinan
bahawa dengan memberi komitmen yang tinggi
dan mempelbagaikan kaedah pelajaran dan
pembelajaran boleh melahirkan insan yang berilmu
dan berketerampilan serta seimbang dan harmoni
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berasaskan Falsafah Pendidikan Negara bahawa
permuafakatan dan program bersepadu dapat
mengembangkan potensi diri menjadi insan yang
kreatif, kritis dan berkemahiran maklumat ke arah
membina kecemerlangan.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
5 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat VISI & MISI KPM
Asas
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
6 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat MATLAMAT STRATEGIK, MOTO,
Asas COGANKATA & SLOGAN SMKJK
SMK JALAN KEBUN TERBILANG
MAJU, JAYA, BERJASA
SEKOLAH BERMUTU PELAJAR BERILMU
“USAHA PUNCA KEJAYAAN”
“DISIPLIN SERTA DEDIKASI”
“LAHIRKAN JAGUH DAN JUARA”
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
7 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 6 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA
Asas SEKOLAH
6 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA SEKOLAHKami warga SMK Jalan Kebun akan memastikan;
1. Pengurusan dan Pentadbiran telus, cekap dan berkesan
2. Akademik Cemerlang
3. Disiplin dan sahsiah terpuji
4. Kokurikulum terbilang
5. Persekitaran sekolah kondusif dan selamat
6. Kerjasama sekolah – Komuniti erat
PENGURUSAN & PENTADBIRAN
KURIKULUM
HAL EHWAL MURID
KOKURIKULUM
PERSEKITARAN KONDUSIF
KOMUNITI ERAT
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
8 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 6MISI 26STRATEGI
Asas
Strategi 1 e-SKPMg2 ( Peningkatan Band Sekolah) PENGURUSAN &
Strategi 2 e-Prestasi (LNPT& PBPPP) PENTADBIRAN
Strategi 3 e-Data (Cepat danTepat)
Strategi 4 e-Bajet (Audit Cemerlang)
Strategi 5 SPSK (Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti)
Strategi 6 5 S ( Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa Amal)
Strategi 1 Pedagogi Berkesan MISI 1
Strategi 2 Audit Total (Head Count, TOV, ETR, GROW dan eBest)
Strategi 3 Program Akademik Terbilang (Menggilap Permata)
Strategi 4 Lestari Pusat Sumber Sekolah
Strategi 5 Sentuhan Prihatin
Strategi 6 Laluan Kerjaya
KURIKULUM Strategi 1 Disiplin Cemerlang
Strategi 2 Akhlak Terpuji ( Sahsiah Dan Rohani)
MISI 2 Strategi 3 Sayang Anakku (Kebajikan)
Strategi 4
Budaya 7S
(Senyum, Salam, Sopan, Segak, Syukur, Sayang, Solat)
HAL EHWAL
MURID
MISI 3
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
9 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 6MISI 26STRATEGI
Asas
Strategi 1 SMKJK Jaguh (Kebitaraan)
Strategi 2 SMKJK Juara (Penglibatan dan Penyertaan)
Strategi 3 SMKJK Hebat (Serlah Bakat dan Potensi)
Strategi 1 SMKJK Aman (KESELAMATAN) KOKURIKULUM
Strategi 2 SMKJK Indah (KEBERSIHAN)
Strategi 3 SMKJK Ceria (KECERIAAN) MISI 4
Strategi 4 SMKJK Sejahtera (INFRASTRUKTUR)
PERSEKITARAN Strategi 1 Guru Prihatin
KONDUSIF Strategi 2 PIBG Akrab Sepakat
Strategi 3 Masyarakat Muafakat
MISI 5
KOMUNITI
ERAT
MISI 6
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
10 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat MAKA KAMI SELURUH WARGA SMK JALAN KEBUN BERIKRAR IKRAR WARGA SMK JALAN KEBUN
Asas DAN BERILTIZAM UNTUK:
1. Menguruskan satu sistem pentadbiran yang telus, cekap
dan berkesan serta mesra pelanggan melalui
pengurusan data dan maklumat yang tepat.
2. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan
serta program kecemerlangan kurikulum berfokus untuk
meningkatkan prestasi akademik paling optimum
mengikut kemampuan murid.
3. Memperkasakan akal budi setiap murid melalui
pengurusan hal ehwal murid yang cemerlang dan
berterusan dalam usaha pemantapan disiplin,
pembinaan sahsiah dan kerohanian serta menyalurkan
perkhidmatan kebajikan murid.
4. Membentuk daya kepimpinan serta kecergasan mental
dan fizikal di samping meningkatkan jati diri,
memperkasa dan mengupaya potensi diri murid bagi
mendepani cabaran melalui pelaksanaan aktiviti
kokurikulum yang terancang.
5. Menjadikan sekolah sebagai tempat yang sukses serta
mampu menjadi pusat kecemerlangan akademik dan
pembinaan insan dengan menekankan aspek
keselamatan, keceriaan dan kebersihan (3K) serta
membangunkan sepenuh kawasan sekolah untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif.
6. Mewujudkan hubungan yang akrab dengan komuniti
menerusi program sarana bagi menjana
kecemerlangan sekolah.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
11 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat PIAGAM PELANGGAN SMKJK
Asas
Dengan merealisasikan Visi Sekolah Menengah
Kebangsaan Jalan Kebun sebagai institusi cemerlang
selaras dengan cogankata “Maju, Jaya, Berjasa”, kami
dengan ini dengan penuh tekad dan iltizam berjanji
menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti
berikut:
Kepada Pelajar
Memberi perkhidmatan yang sempurna dan berkualiti,
menyediakan pasukan pendidik yang berdedikasi,
prasarana yang lengkap serta persekitaran yang selesa
dan ceria.
Kepada Staf
Menyediakan suasana yang kondusif, fasiliti yang
mencukupi, khidmat bimbingan yang berkualiti dan
sokongan untuk peningkatan profesionalisme keguruan.
Kepada Ibu Bapa
Berusaha merapatkan hubungan dan kerjasama,
memberikan layanan mesra, berhemah dan ikhlas serta
menyalurkan informasi berkaitan dengan sekolah.
Kepada Masyarakat
Menjalinkan hubungan erat dan berganding bahu,
memberi perkhidmatan yang cemerlang dan telus.
Kepada Negara
Melaksanakan semua dasar, arahan dan peraturan
kerajaan dengan efektif dan melahirkan insan yang
berdaya saing berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
12 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 1. Berusaha mewujudkan sistem kepimpinan organisasi OBJEKTIF SMK JALAN KEBUN
Asas yang telus, bersikap terbuka dan berpandangan jauh.
2. Memajukan sistem pengurusan yang berasaskan
kepada menggerakkan perhubungan kemanusiaan
kepada sesama anggota warga sekolah.
3. Mengamalkan sistem bekerja yang dapat menyemai
semangat kekeluargaan dan berkongsi kemesraan ke
arah menikmati kualiti hidup yang lebih selesa.
4. Mewujudkan iklim dan suasana menyenangkan hati
kepada semua pelanggan yang berurusan dengan
sekolah.
5. Merangsangkan semangat untuk terus berusaha
membina diri pelajar ke arah kejayaan mencapai cita-
cita dan wawasan masa hadapan.
6. Mengembangkan kualiti diri anggota staf agar
sentiasa bermotivasi untuk menaikkan mutu dan hasil
kerja.
7. Meningkatkan prestasi pencapaian bidang akademik
dan kokurikulum dengan mengadakan program-
program yang berkualiti.
8. Menganjurkan program kemasyarakatan dengan
usahasama PIBG dengan melaksanakan program
pendidikan keibubapaan di sekolah.
9. Menganjurkan program keceriaan sekolah untuk
meningkatkan kebersihan dan keindahan kawasan
persekitaran supaya bersesuaian dengan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyegarkan.
10. Mengadakan program peningkatan disiplin,
pembinaan akhlak, pemulihan dan pendidikan moral
dari semasa ke semasa.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
13 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat
Asas
ETIKA KERJA SMKJK
Sentiasa menepati masa
Menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan
Jujur, amanah dan ikhlas dalam mendidik pelajar
Mendidik dengan dedikasi dan kasih sayang
Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan
kemesraan
Menyumbangkan idea yang bernas
Berazam meningkatkan kualiti kerja
Berketerampilan dan berpersonaliti ceria
Menghormati dan menjaga imej rakan sejawat
Menentukan keputusan secara kolektif
Sentiasa berusaha meningkatkan imej sekolah
Berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
14 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat NILAI SMKJK
Asas
Kolaboratif
Semua warga sekolah mengamalkan pendekatan yang
melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih
individu dalam merancang, melaksana dan
menyelesaikan sebarang masalah secara berkesan.
Kepelbagaian
Semua warga sekolah akan menggunakan pelbagai
pendekatan dalam amalan pengajaran, pembelajaran
dan pengurusan.
Kecemerlangan
Semua warga akan memastikan setiap perkara yang
dilakukan adalah elok, indah dan gemilang.
Inovasi
Semua warga sekolah akan menghasilkan dan
menggunakan sesuatu yang baharu dalam pendekatan
pengajaran, pembelajaran dan pengurusan.
Integriti
Semua warga sekolah menjadikan sifat kejujuran dan
ketulusan sebagai amalan.
Hormat
Semua warga sekolah mengamalkan sifat beralah atau
menerima kehendak atau pendapat orang lain.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
15 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat KEJAYAAN SMKJK TERBILANG 2019
Asas
Pelbagai kejayaan telah terukir pada tahun 2019 dalam semua aspek kecemerlangan
sekolah khususnya kejayaan melalui kejayaan Unit Hal Ehwal Murid dan juga Unit
Kokurikulum. Selain itu Kejayaan dari Unit Koakademik (STEM) juga cukup
membanggakan.
01 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
PENCAPAIAN 2019
BIL PENYERTAAN PENCAPAIAN
Anugerah Kualiti Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Selangor 2019
1 - Pendidikan Al-Quran & Sunnah (PQS) dan Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) - Anugerah Lonjakan
- Anugerah Surau Terbilang Sekolah-Sekolah Selangor – Kategori Sekolah Saujana SPM 2018
Menengah - Ketiga
2 Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Selangor Johan
- SSQS Cemerlang Sekolah Menengah Johan
3 Anugerah Cemerlang Pengawas Aktiviti PPIM Sekolah Menengah Negeri
Selangor
4 Konvensyen Tunas Niaga Negeri Selangor - Anugerah PROTUNE Johan
Syarikat Terbaik (Syarikat Aspirasi Kencana Sdn Berhad)
02 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG
PENCAPAIAN 2019 PENCAPAIAN
BIL PENYERTAAN Anugerah Gangsa
1 Anugerah Kualiti Pengurusan Kurikulum Anugerah Gangsa
2 Anugerah Kualiti Pengurusan Pasukan Badan Beruniform
3 Anugerah Kualiti Pengurusan PPDa Anugerah Perak
4 Anugerah Kualiti Pengurusan Makmal Sains Anugerah Perak
5 Anugerah Sekolah Cemerlang Inovasi
03 HAL EHWAL MURID
PENCAPAIAN 2019 PENCAPAIAN
Naib Johan
BIL SUB PENYERTAAN Ketiga
UNIT Johan
Johan
1 Deklamasi Sajak PPDa Naib Johan
Naib Johan
2 Deklamasi Sajak PPDA Daerah Klang
Anugerah Perak
3 Video Pendek Karnival PPDA Peringkat Negeri Selangor
4 Membuat Penanda Buku
5 PPDa Melukis Poster Karnival PPDA
6 Bilik Sumber PPDA Peringkat Negeri Selangor
7 Penurusan PPDA Dalam Anugerah Kualiti Unit HEM PPD Klang
SJKC Kong Hoe, Klang
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
16 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 04 KOKURIKULUM
Asas
PENCAPAIAN 2019
BIL PENYERTAAN PENCAPAIAN
Ketiga
1 Kejohanan Sepak Takraw MSSD Klang Tahun 2019 (Regu bawah 18 Tahun) Ketiga
2 Kejohanan Kriket MSSD Klang Tahun 2019 Naib Johan
3 Kejohanan Bola Jaring MSSD Klang B18 Tahun 2019 Ketiga
4 Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Klang Tahun 2019 Ketiga
(Acara Lompat Jauh P18) Naib Johan
5 Kejohanan Bola Baling P18 MSSD Klang B18 Tahun 2019 Pertama
Ketiga
6 Majlis Tadarus Al- Quran Peringkat Daerah Klang
Naib Johan
7 Kejohanan Ragbi MSSD Klang B15 Tahun 2019
Kedua
8 Ketiga Kejohanan Ragbi MSSD Klang B18 Tahun 2019
Emas
9 Kejohanan Boling Tenpin MSS Selangor Tahun 2019 (Berpasukan Lelaki B18) Ketiga
10 Persembahan Kumpulan dalam Perkhemahan PPIM Sekolah Menengah Daerah Johan
Klang Tahun 2019
Kelima
11 Asia Pacific ITF Taekwon –Do (School) Championship 2019 (Individual Sparring)
Naib Johan
12 Kejohanan Ragbi MSSS Selangor B15 Tahun 2019 Naib Johan
Naib Johan
13 Kejohanan Petanque Remaja (Triple) Terbuka Negeri Selangor 2019 (Kategori
kumpulan perempuan) Johan
Johan
14 Kejohanan Petanque Remaja (Triple) Terbuka Negeri Selangor 2019 (Kategori Anugerah
kumpulan lelaki) Gangsa
15 Kejohanan Bola Sepak MSSD Klang B15 Tahun 2019 Johan
16 Pertandingan Seni Khat KPM Peringkat Daerah Klang
17 Kejohanan Pelayaran MSSD Klang Tahun 2019 (Laser Terbuka Bawah 17 Tahun)
18 Pertandingan Kawad Kaki Negeri Selangor Tahun 2019
19 Kejohanan Pelayaran MSS Selangor Tahun 2019
20 Anugerah Kualiti Kokurikulum : Pengurusan Badan Beruniform Sekolah Menengah
21 Anugerah Cemerlang Pengurusan Aktiviti PPIM Sekolah Menengah Negeri
Selangor
05 ANUGERAH KHAS
(Inovasi BoxTle GOODS SMKJK)
PENCAPAIAN 2019
BIL PENYERTAAN PENCAPAIAN
Naib Johan
1 Pertandingan Inovasi Kategori Penciptaan Sempena Hari Inovasi dan Bersama
Pelanggan Jabatan Pendidikan Selangor Anugerah Emas
Naib Johan
2 Pertandingan Rekacipta dan Inovasi STEM Peringkat Negeri Selangor Sempena
Minggu Sains Negara Anjuran SUK Pingat Gangsa
Tempat Keenam
3 Pameran Inovasi-Simposium Pendidikan STEM Negeri Selangor Anugerah Perak
4 Anugerah Kualiti PPD Klang 2019 – Inovasi Sekolah Cemerlang Tempat Ketiga
5 Pertandingan International Science And Social Science 2019
6 Pertandingan Eco Youth 2019 Anjuran Toyota
7 Anugerah Kualiti PPD Klang 2019 – Pengurusan Makmal Sains (Inovasi – Bangku
Makmal DIY, Set Kerusi Meja Santai Di Galeri Sains dan Stand Bunting)
8 Surau Immarah Peringkat Negeri Selangor - Sudut bacaan – Set Kerusi Meja
Santai
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
17 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 06 KOAKADEMIK
Asas (STEM)
PENCAPAIAN 2019 PENCAPAIAN
BIL PENYERTAAN Naib Johan
KARNIVAL STEM SMKJK MHI 17 Sept di TV3
Johan
1 - STEM Challenge – Pameran Hand on Agensi Remote Sensing Malaysia & Tempat
Robotik UniKL Kedua & Ketiga
Tempat
2 Ceramah Teknologi Remote Sensing Pemangkin Kemajuan Negara oleh
Penceramah dari Agensi Remote Sensing Malaysia Kedua & Ketiga
Tempat Keenam
3 STEM bersama UPM dari 10 sekolah
- Program Jom Sains : Mentor Fakulti Fizik UPM
Like Video
4 Greenation@UiTM - Pameran Amalan 3R SMKJK - Team STEM Terbanyak
5 Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Teknologi Hijau Daerah Klang
- Set Kerusi Meja Santai
6 UiTM Innovation Festival UIF 2019
7 Program Mentor Mentee UiTM - SMKJK menerima token Sekolah Mentee
8 Future City Competition
9 Pertandingan MathHunt
10 Pertandingan Matheneering (Individu)
11 Pertandingan DIY- UM: cares 2019 - GAZEBO INOVATIF SMKJK Peringkat
Kebangsaan
12 Pertandingan DIY- UM: cares 2019 - GAZEBO INOVATIF SMKJK
13 Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Kelab Robotik SMKJK sebagai anak angkat
(pilot school) oleh Institusi Jurutera Malaysia (IEM) dan COSTAM UiTM
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
18 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat
Asas
AKRONIM SMKJK
SEIRING
MENJANA
KEMANTAPAN ILMU
JAMBATAN
KECEMERLANGAN
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
19 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat LENCANA RASMI SMKJK
Asas
Logo berbentuk bulat bermotifkan mutiara melambangkan nilai diri
setiap individu pelajar yang akan dididik menjadi berharga sebagai
insan kamil yang berguna kepada bangsa dan negara. Bentuk perisai
di sekelilingnya melambangkan keteguhan agama dan tingginya nilai
murni tiap individu menolak gejala keruntuhan akhlak.
BENTUK
Ditulis pada latar belakang warna putih melambangkan
keikhlasan dan kesucian memperjuangkan dan meningkatkan
nama sekolah.
NAMA SEKOLAH
COGANKATA “MAJU, JAYA, BERJASA”
Maju dilambangkan dengan anak panah menuju wawasan,
mencapai kejayaan dan menabur jasa atau bakti kepada
agama, bangsa dan negara.
Lambang Pendidikan Lambang teknologi
berterusan BENTUK RODA
SUSUNAN BUKU DAN TINTA
Lambang bunga Lambang negeri
kebangsaan Malaysia Selangor Darul Ehsan
BUNGA RAYA LATAR BELAKANG
MERAH/ BINTANG
TIGA JALUR Kesatuan berbilang kaum dalam Azam dan tekad untuk sentiasa
BIRU memajukan diri dan masyarakat maju dan sedia menerima
dalam suasana harmoni dan perubahan menuju wawasan
penuh kasih sayang
ANAK PANAH
Melambangkan keberanian, WARNA BIRU Melambangkan taat
ketegasan, pantang berundur setia kepada raja,
dalam memajukan diri menuntut
ilmu pendidikan dan cabaran. sultan dan pemerintah.
WARNA KUNING
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
20 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat
Asas
LAGU RASMI SMKJK
SMKJK yang kubangga
Membentuk insan jaya
Sekolah bermutu pelajar berilmu
Matlamat yang dituju
Guru mengajar penuh usaha
Tidak kenal erti jemu
Demi kejayaan anak bangsa
Menempuh cabaran yang ada
Korus:
Maju Jaya Berjasa
Itu pegangan kami
Berusaha terus maju
Masa depankan gemilang
Sekolah kebanggaan kami
Di sini kami berjanji
Menjadi insan yang berguna
Kepada agama, bangsa, Negara.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
21 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat
Asas
MUTIARA KATA
THINKING PLANNING DOING CONFIDENT
STYLE QUALITY EXCELLENT
“ WARGA PRIHATIN LAHIRKAN JAGUH DAN JUARA”
“DATANG KE SEKOLAH BUKAN UNTUK BERMAIN-MAIN
TETAPI UNTUK MENCARI KEJAYAAN”
“BELAJAR DENGAN KEMAHUAN SENDIRI”
MASA DEPAN ANAK PELAJAR
BERMULA DI SMKJK
WARISAN ORANG YANG RAJIN BELAJAR @ MENGAJAR
1. JADI PANDAI DAN BIJAKSANA
2. HIDUP SENANG
3. KAYA DAN BERHARTA
4. DIPANDANG MULIA
WARISAN ORANG YANG MALAS BELAJAR @ MENGAJAR
1. JADI BODOH DAN DUNGU
2. HIDUP SUSAH
3. MISKIN DAN PAPA KEDANA
4. DIPANDANG HINA
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
22 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat LOKASI & FIZIKAL SEKOLAH
Asas
SMKJK yang mempunyai keluasan 21.73 ekar atau 8.79 hektar terletak 15 km dari
pusat bandar Klang dan 22 km dari pusat bandar Shah Alam.
Kini SMKJK mempunyai:
BLOK A BLOK B BLOK C BLOK D BLOK E
(CEMPAKA) (DAHLIA) (EPISCIA)
(ANGGERIK) (BAKAWALI) Aras 1 Kantin
Makmal Bilik Kebal Bilik Pengurusan Aras 1
Bengkel Paip BLOK I Makmal
Komputer 1 Bengkel Reka (IXORA)
Makmal Bentuk Teknologi Aras 1 Sains Teras 1
(RBT) Kedai Koperasi Makmal
Komputer 2 Bengkel Elektrik Bilik Operasi Skim
Aras 2 Pinjaman Buku Sains Teras 2
BLOK F BLOK G Bilik Jahitan Teks (SPBT) Makmal
(FREESIA) (GANDASULI) Bilik Pengurusan Bilik PPDa
Bengkel Bengkel Diri Kelas (2) Sains Teras 3
Pertanian Bilik Masakan Aras 2
(Kelas) Haiwan Bilik PBS / Aras 2
Ternakan BLOK H Peperiksaan Makmal
(HISBISCUS) Anjung
Bilik Persediaan Bitara(Galeri Biologi
Kelas (1) SMKJK Terbilang) Makmal Fizik
Bengkel Pejabat Makmal
Akuakultur Bilik PK
Kokurikulum Kimia
Bilik GKMP Bilik Riso
Surau Saidatina
Aisyah Aras 3
Aras 3 Studio Seni
Balai Berita Kelas (5)
Bilik Data
Bilik Intervensi BLOK J
Bilik Kaunseling (JASMIN)
Kelas (4) Surau An-Nur
Aras 4 Bilik Wuduk
Kelas (5)
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
23 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat BLOK K BLOK L BLOK M BLOK N BLOK O BLOK P
Asas
(KENANGA) (LAVENDER) (MELATI) (NANO FAIRY) (ORKID) (PLUMERIA)
Kelas (4) Kelas (4) Dataran Seri Kelas (2)
Aras 1 Aras 1
Makmal Sains Dewan Permata
Teras 4 Gemilang
Makmal Sains Bilik Rawatan
Bilik Pengurusan
Teras 5
Ruang Serba Kokurikulum
Bilik Pengurusan
Guna
Sukan
Aras 2 Kelas (4)
Bilik APD
Pusat Sumber Aras 2
Kelas (2) Bilik Gerakan
Bilik Guru
Aras 3 Pusat Akses
Kelas (6) Bilik i-THINK
Tandas Guru
Perempuan
Aras 3
Bilik P. Moral & B.
Tamil
Bilik MBMMBI
Bilik Pengawas
Bilik BBM
Tandas Guru
Lelaki
Kelas (4)
Aras 4
Kelas (7)
*Nota : Bangunan sekolah dilabelkan mengikut pusingan jam bermula bangunan
pertama dari Pagar A.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
24 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Asas
KOMPONEN UTAMA PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
3Gelombang
Gelombang 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada
kemahiran utama
Gelombang 2 (2016-2020)
Memacu peningkatan sistem
Gelombang 3 (2021-2025)
Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi
5Aspirasi Sistem
• Akses - 100% enrolmen menjelang 2020
• Kualiti – kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
• Ekuiti – 50% pengurangan jurang pencapaian
• Perpaduan – menghargai kepelbagaian
• Kecekapan – keberhasilan maksimum
6Aspirasi Murid
• Pengetahuan
• Kemahiran berfikir
• Penguasaan Kemahiran Dwibahasa
• Kemahiran Kepimpinan
• Identiti Nasional
• Etika dan Kerohanian
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
25 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 9 Bidang Keutamaan
Asas
Guru, Pengetua/ Guru Besar, Kualiti Sekolah, Kurikulum, Bangsa, PIBG/
Masyarakat/ Rakan Kongsi, Keupayaan Penyampaian, Kecekapan Sumber dan
IPT/ Kerjaya
11Anjakan
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa
2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan
3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai
4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
1. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian
2. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara
meluas
3. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang
dibelanjakan
4. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara
langsung
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
26 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 14 Inisiatif Utama Kementerian Pelajaran
Asas
Malaysia (KPM) 2014
1. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang
dibelanjakan.
2. Piagam guru
3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
4. Peningkatan kemahiran guru dan murid dalam TIMSS dan PISA
5. LINUS (Sekolah Rendah sahaja)
6. Standard garis asas insfrastruktur
7. Program Transformasi Daerah (DTP)
8. Enrolmen Pra-sekolah
9. Penglibatan ibu bapa dan komuniti
10. Pengukuhan fungsi teras organisasi dan penstrukturan semula KPM
11. Transformasi Pendidikan Vokasional
12. 1Bestarinet
13. Program peningkatan profisiensi guru Bahasa Inggeris
14. Piagam pemimpin Sekolah
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
27 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat PANDUAN AM
Asas
1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
1.1 Guru dan Staf Sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Perintah Am dan Arahan
Perkhidmatan lain.
1.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif
Sekolah.
1.4 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.
1.5 Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi
kepentingan peribadi.
1.6 Semua guru adalah guru disiplin dan guru kaunseling.
1.7 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip
perkhidmatan cemerlang.
1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
2. KEDATANGAN
2.1 Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu
persekolahan dan merakamkan waktu semasa sampai dan sebelum balik, di pejabat.
2.3 Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat
hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan dengan kebenaran pengetua.
2.5 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam
yang sedang berkuatkuasa.
3. KELUAR WAKTU BERTUGAS
3.1 Pada waktu persekolahan/ kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat
dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pelajaran/ Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor atau Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran
daripada Pengetua/ Guru Penolong Kanan.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
28 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 3.2 Guru dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan
Asas Pengetua/ Guru Penolong Kanan. Tulis nama di dalam Buku Keluar.
3.3 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah.
3.4 Staf Sokongan hendaklah mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau
wakilnya dengan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan
sebagai tanda kebenaran.
3.5 Guru dan staf sokongan hendaklah merakam waktu semasa keluar dan masuk
semula.
4. MELAKUKAN KERJA LUAR
4.1 Penjawat Awam (temasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi
Perintah Am Bab ’D’ seperti berikut :-
4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan..
4.1.2 Dibenarkan dengan Syarat :-
4.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/ pejabat.
4.1.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam.
4.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan
kepentingan pejabat.
4.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa
tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79
(1) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50, 000 (Ringgit
Malaysia: Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima
tahun atau kedua-duanya sekali.
5. CUTI
5.1 Cuti Rehat/ Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh
daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada
tugas mengajar biasa.
5.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
5.2.1 Cuti sambilan tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberikan kepada
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari
dalam satu tahun kalendar dan
5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan boleh dibawa ke tahun berikutnya
tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian
Rehat bagi pegawai yang layak.
5.2.3 Cuti ini hanya layak kepada semua guru yang berjawatan tetap sahaja.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
29 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 5.2.4 Kelulusan diberikan oleh pengetua dengan syarat tidak menjejaskan
Asas keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
5.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan
yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am (ix) Bab C)
5.3 Cuti Sakit
5.3.1 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam
setahun.
5.3.2 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun dari Hospital Kerajaan sama ada
berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.4 Pindaan peraturan berkaitan penerimaan Sijil Sakit Swasta untuk tujuan
kemudahan Cuti Sakit
5.4.1 Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh
menggunakan budibicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh
doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit. Selaras dengan perkembangan
amalan perubatan di sektor awam dan swasta, Kerajaan telah bersetuju meminda
peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta
untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit.
5.4.2 Kemudahan cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:
a. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang
tidak melebihi 15 hari dalam suatu tahun kalendar.
b. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau
klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang
tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar.
c. Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang
boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di
mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya
hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.
5.5 Cuti Keluar Negara
5.5.1 Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan
borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 5 minggu
sebelum tarikh bercuti.
5.6 Cuti Tanpa Rekod
5.6.1 Berikut adalah kelayakan-kelayakan yang membolehkan penjawat awam
mengambil cuti tanpa rekod sepanjang perkhidmatannya, Cuti latihan pasukan
sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan,
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
30 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas,
Asas mengambil bahagian sukan, menyertai rombongan kebudayaan dan
pertandingan Bulan Bahasa Kebudayaan, menghadiri mesyuarat Majlis Bersama
Kebangsaan (MBK)/ Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
5.6.2 Cuti Isteri Bersalin
5.6.2.1 Diberikan tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota
perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat
dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan
tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Cuti ini bermula pada
tarikh isteri bersalin atau hari berikutnya jika bersalin berlaku selepas
waktu pejabat. Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30
petang.
5.6.3 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
5.6.3.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian keluarga terdekat selama
tiga (3) hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am.
Ahli keluarga terdekat merupakan suami atau isteri, anak-anak
(kandung, tiri dan angkat yang sah disisi undang-undang), ibu bapa
kandung, ibu bapa mertua, ibu bapa angkat. Pengiraan cuti termasuk
hari rehat dan kelepasan am. Cuti ini bermula pada tarikh kematian atau
hari berikutnya jika kematian berlaku selepas waktu pejabat. Maksud
waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Kelulusannya
tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
5.7 Cuti Kuarantin
5.7.1 Kemudahan Cuti Kuarantin telah diperuntukkan di bawah Perintah Am
24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke
Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin
oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang
kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di
rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit
berjangkit.
5.7.2 Pegawai yang diberi perintah kuarantin adalah layak mendapat cuti
bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin selaras dengan peraturan
dan ketetapan di perenggan 1 di atas.
5.7.3 Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-
mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan
anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai
boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
5.7.4 Pegawai yang layak diberi kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan
bapa yang sah.
5.7.5 Anak adalah termasuk:
a. Anak kandung
b. Anak tiri tanggungan
c. Anak angkat de facto
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
31 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat d. Anak angkat; dan
Asas e. Anak pelihara
5.7.6 Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti
berikut:
a. Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum
lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang
dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau
swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
b. Syarat anak yang dikuarantin adalah:
i. Berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21
tahun.
ii. Tidak kira jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya
dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya
untuk menanggung dirinya sendiri, secara kekal sebelum anak
itu mencapai umur 21 tahun.
5.7.7 Senarai Penyakit Berjangkit yang boleh dipertimbangkan adalah
seperti:
i. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease
(HFMD)]
ii. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
iii. Campak (Measles)
iv. Chickenpox
v. Difteria
vi. Malaria
Jenis Penyakit berjangkit di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan
dari semasa ke semasa.
5.7.8 Permohonan cuti hendaklah dikemukakann kepada Ketua Jabatan
beserta perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai
perubatan Kerajaan atau swasta dengan menggunakan Borang
Permohonan Cuti Kuarantin PP 11/2016.
5.7.9 Mana-mana pegawai yang diberikan hak penjagaan selain anak yang
dinyatakan semasa ketiadaan ibu bapa atas apa-apa jua sebab untuk
suatu tempoh berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, jika anak
itu perlu dikuarantinkan semasa dalam tempoh penjagaan pegawai itu,
pegawai boleh diberikan kemudahan Cuti Kuarantin, tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
5.7.10 Ketua Jabatan hendaklah memastikan kemudahan ini diberikan
mengikut tempoh yang boleh diluluskan terhad kepada maksimum lima
(5) hari bagi memenuhi keperluan pegawai itu dalam menguruskan apa-
apa perkara yang berhubung peraturan di atas.
5.7.11 Ketua Jabatan hendaklah merekodkan kelulusan kemudahan Cuti
Kuarantin pegawai dalam Rekod Perkhidmatan Kerajaan.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
32 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 5.8 Cuti Umrah
Asas
5.8.1 Cuti Umrah adalah bagi maksud menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah
dan ziarah di Madinah.
5.8.2 Cuti Umrah adalah cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai
perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam dan bertaraf tetap.
5.8.3 Cuti Umrah adalah tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari.
5.8.4 Cuti Umrah adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan
dan hari kelepasan am.
5.8.5 Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh
penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah
di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan,
hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari
akan bermula pada hari bekerja berikutnya.
5.8.6 Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab
tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti
Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk
pada kelayakan cuti pegawai.
5.8.7 Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh
perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa
Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan kurang dari tujuh (7) hari,
baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan.
5.8.8 Permohonan Cuti Umrah yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan
dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan.
5.8.9 Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kepentingan
perkhidmatan dalam mempertimbangkan/meluluskan permohonan kemudahan
ini.
5.8.10 Kemudahan Cuti Umrah hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan
Pegawai.
6. PAKAIAN
6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan
masyarakat timur (tidak ketat, tidak jarang dan menampakkan susuk badan).
6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak
dibenarkan bagi guru perempuan.
6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
sesuai.
6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/ sepatu, guru perempuan juga
dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/ bukan sandal) supaya kelihatan lebih
kemas dan rasmi.
6.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
33 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 6.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
Asas sesuai .
6.6.1 Guru perempuan seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja
sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
6.6.2 Guru lelaki, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan,
baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
7. TANDA NAMA
7.1 Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah.
8. BILIK GURU
8.1 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut
hendaklah dianggap ’non-teaching period’ dan bukannya ’free period’. Masa
tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja.
Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik
guru.
8.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang
lain.
8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
8.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
8.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua
komputer, lampu, ’air-cond’ dipadamkan dan semua pintu dikunci.
9. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
9.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam perjawatan, beliau bolehlah
berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.
9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pembelajaran pula bolehlah
berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang
atau Guru Penolong Kanan.
10. TUGAS GURU
10.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga
pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan
bertanggungjawab.
10.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan Pendidikan atau
Pejabat Pendidikan Daerah atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
34 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa
Asas pengetahuan Pengetua.
10.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar,
minit curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan
borang khas yang boleh diperolehi di pejabat sekolah.
10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya,
apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ”in house training” kepada guru
lain dan dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan/ Pengetua tarikh dan masa
pelaksanaannya.
10.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan maklumkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran.
11. BUKU REKOD MENGAJAR
11.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar.
Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku
ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua/ Guru Penolong Kanan/ Guru Kanan
Mata Pelajaran setiap hujung minggu mengikut jadual untuk disemak dan
ditandatangani.
11.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong
Kanan untuk urusan guru pengganti.
11.3 Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke
pejabat sekolah.
12. JADUAL WAKTU MENGAJAR
12.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
12.3 Guru Tingkatan (Akademik) hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu
untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
13. PENGURUSAN REKOD SISTEM KEHADIRAN MURID
13.1 Merekod kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari.
13.2 Mengemaskini sebab ketidakhadiran murid dalam Sistem Kehadiran Murid
berdasarkan dokumen yang diserahkan oleh murid sebaik sahaja hadir ke
sekolah pada hari berikutnya.
13.3 Mencetak, menandatangani dan memfailkan analisis bulanan Sistem
Kehadiran Murid.
13.4 Mendaftarkan murid ke kelasnya setelah menerima arahan daripada
Penolong kanan HEM.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
35 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 13.5 Memastikan Tarikh Masuk Kelas dalam Sistem APDM bagi setiap murid
Asas adalah tepat supaya tidak menjejaskan rekod kehadiran dalam Sistem
Kehadiran Murid.
13.6 Sebab-sebab tidak hadir
- Aktiviti Sekolah
- Ancaman Keselamatan
- Bencana Alam
- Cuti Sakit
- Lain-lain Sebab
- Masalah Peribadi
- Tiada Sebab
- Urusan Keluarga
14. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
14.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan
sengaja atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM.
14.2 Ketua Panitia/ Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada
peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti
makmal/ bengkel dan lain-lain.
15. KEBERSIHAN
15.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran
bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan
masing-masing. Peralatan kebersihan kelas hendaklah digunakan dengan cermat
dan disimpan dengan baik.
15.2 Guru Kanan bilik khas Mata Pelajaran/ Ketua Panitia dan guru lain mempunyai /
tempat khas (bengkel/ bilik kaunseling/ makmal sains, makmal bahasa dan lain-
lain ) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-
masing.
15.3 Semua guru, staf sokongan dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap
kebersihan kawasan sekolah.
16. SURAT MENYURAT
16.1 Semua surat rasmi yang menggunakan ’letter-head’ sekolah hendaklah
ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak
berkenaan.
17. SURAT YANG DITERIMA
17.1 Terdapat surat yang diterima di sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera
terhadap surat-surat tersebut.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
36 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 17.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan
Asas salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil
tindakan.
17.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk
tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah :
17.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika
salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan
dalam fail di pejabat.
17.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang
yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap
diisi hendaklah disediakan surat litup/ iringan (covering) yang boleh didapati di
pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada
yang berkenaan tanpa surat litup (covering) dari sekolah walaupun dihantar
dengan serahan tangan. Satu salinan borang berkenaan dan surat litup
(covering) hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau
rujukan bila diperlukan.
18. URUSAN DENGAN JPN/PPD
18.1 Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri
atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan
berbuat demikian.
19. PELAWAT/JURUJUAL
19.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/ Guru Penolong Kanan
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua/ wakilnya.
20. PEMBELIAN BARANG
20.1 Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran terlebih dahulu dengan
menggunakan borang pesanan dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah.
20.2 Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/ Guru
Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
20.3 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk
menyediakan Borang Pesanan Tempatan (Local Oder/LO)
20.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekodkan
no. daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang
diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan
kemas.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
37 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 21. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
Asas
21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan
hari yang ditetapkan.
21.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.
21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan
Lagu Sekolah.
22. MESYUARAT GURU
22.1 Pengetua akan memanggil guru-guru bermesyuarat dari semasa ke semasa.
Kedatangan guru ke mesyuarat adalah diwajibkan.
22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru
Penolong Kanan/ Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia.
22.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja,
kemeja T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan.
23. ACARA/ MAJLIS RASMI SEKOLAH/ MESYUARAT/ KURSUS DALAMAN
23.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/ majlis rasmi sekolah dan juga
kursus dalaman.
23.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran
kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru
berkenaan.
24. KEGIATAN KOKURIKULUM
24.1 Semua guru adalah Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan.
24.2 Semua guru wajib menghadiri kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada
buku kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.
25. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT
25.1 Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional
yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya
wujud perasaan kekitaan dalam organisasi.
25.2 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan/ fahaman/ pendapat/ kepercayaan sesama rakan ataupun pelajar
sekolah ini.
25.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial,
sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali
wujud di sekolah.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
38 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 26. KEAHLIAN KELAB GURU/ PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)
Asas 26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
27. ARAHAN DAN PEKELILING
27.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
27.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di
dalam fail khas.
28. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
28.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
28.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
28.3 Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera
serta berkeadaan baik.
28.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikannya.
29. TELEFON
29.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf
sekolah tidak dibenarkan mengguna telefon sekolah untuk urusan peribadi.
29.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bilik darjah dan
semasa mesyuarat.
30. KUNCI
30.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci
hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat.
30.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat
kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di
pejabat sekolah.
31. BUKU STOK/ INVENTORI
31.1 Ketua Panita atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok/
inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemas kini, (setiap pembelian dan keluar masuk barang
hendaklah direkodkan dengan serta merta).
31.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok
inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun
untuk disahkan oleh Guru Penolong Kanan/ Pengetua.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
39 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 32. KOMPUTER RIBA/ LCD PROJEKTOR
Asas 32.1 Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD Projektor hendaklah
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan. Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan.
32.2 Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untu P&P sebagaimana
objektif penggunaannya.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
40 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat TUGAS SEORANG GURU
Asas
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975 menyatakan bahawa guru adalah perantara penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan dalam pengendalian bilik darjah. Guru bukan sahaja
mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam mengajar tetapi juga mengurus dan mendidik
iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pengajaran formal, tidak formal dan
melalui perlakuan diri sendiri yang baik.
Oleh itu, pelaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab dan tugas hakiki semua guru dan
bukan tanggungjawab Guru Besar atau Pengetua, Penolong Kanan dan guru-guru disiplin
semata-mata.
SENARAI TUGAS GURU TINGKATAN
1. Pengurusan dan Organisasi Sekolah
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua
Tingkatan, Setiausaha, Bendahari, AJK Kurikulum, AJK Kebajikan, AJK Disiplin, AJK
Perabot, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan.
1.2 Memastikan AJK Kebersihan, mengagihkan pelajar untuk tugas membersihkan papan
hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang
sampah. Memastikan bekalan alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut
sampah sentiasa mencukupi serta sedia untuk digunakan.
1.3 Memastikan AJK Keceriaan mengagihkan pelajar untuk tugas mengemas kini papan
kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan
bunga (jika perlu) untuk kelas.
1.4 Memastikan AJK Kurikulum memaparkan Jadual Waktu Kelas yang kemas kini.
1.5 Memastikan AJK Perabot kelas menyediakan jumlah kerusi meja pelajar, meja guru dan
papan hitam sentiasa sedia untuk digunakan dan diinventorikan.
1.6 Memastikan Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Setiausaha dan Bendahari
membuat Moto Kelas yang dipaparkan untuk dihayati bersama-sama oleh pelajar-
pelajar dalam kelas.
2. Penyelenggaraan Bilik Darjah
2.1 Menentukan pendawaian elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
2.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru pembangunan
fizikal.
3. Bimbingan dan Kebajikan
3.1 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
3.2 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya yang munasabah mengikut budi bicara
pelajar untuk keceriaan kelas dan kebajikan pelajar.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
41 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 4. Keselamatan
Asas 4.1 Mengemas kini jadual kedatangan pelajar.
4.2 Mengurus dan merekodkan kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolahan
setiap hari.
4.3 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.
4.4 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
4.5 Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti
yang diarahkan.
4.6 Buku rekod kawalan kelas diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang
ditetapkan.
4.7 Menjamin keselamatan buku-buku rekod tersebut.
5. Laporan pelajar, sijil berhenti dan surat akuan
5.1 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal
dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/ penggal.
6. Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin
6.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.
6.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah (jika
perlu).
6.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.
6.4 Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan
pelajar.
6.5 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah
kesihatan.
6.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin
sekolah.
7. Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan
7.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada semua pelajar yang layak dan
memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.
7.2 Mengemas kini fail SPBT dari semasa ke semasa.
7.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama
pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai
itu kepada guru SPBT.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
42 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat 13.7 Mengenal pasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain
Asas dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
7.5 Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam
kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.
8. Kutipan Yuran dan Derma
8.1 Mengutip wang yang diarahkan perlu dibayar oleh pelajar dan menggalakkan pelajar
membayar jumlah bayaran sekaligus.
8.2 Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.
8.3 Menyerahkan wang kutipan serta buku kutipan kepada pihak yang diberi kuasa oleh
Pengetua pada hari yang sama.
8.4 Menyimpan salinan buku resit dan rekod-rekod bayaran untuk semakan pihak
berkenaan dari semasa ke semasa.
9. Pendaftaran Pelajar Baru
9.1 Mendaftar kemasukan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan
mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar
daripada Penyelaras Tingkatan.
9.2 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu
dan memastikan pelajar ini mendapatkan buku teks.
9.3 Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan
kepada guru biasiswa.
9.4 Menentukan rumah sukan dan memberikan senarai ahli rumah kepada Ketua Guru
Rumah Sukan.
9.5 Mengambil butir-butir diri pelajar yang diperlukan.
10. Murid Keluar
10.1 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 5.
10.2 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.
10.3 Menentukan buku teks telah dipulangkan.
10.4 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
11. Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain.
11.1 Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai
nama mereka mengikut persatuan kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada
Penyelaras kokurikulum.
11.2 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
43 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Asas SEBUAH BILIK DARJAH
1. Kemudahan asas yang mencukupi dan dalam keadaan baik
a) Kerusi dan meja murid
b) Kerusi dan meja guru
c) Papan putih
d) Papan kenyataan- depan dan belakang kelas
e) Bakul sampah, penyodok dan penyapu
f) Lampu dan kipas yang berfungsi
g) Nama kelas
2. Dokumen perlu ada
a) Jadual waktu kelas terkini
b) Jadual bertugas murid
c) Peraturan sekolah
d) Papan kenyataan mata pelajaran
e) Di sudut kiri/ kanan papan tulis kedatangan murid harian
f) Pelan latihan kebakaran
3. Keceriaan Kelas
a) Kata-kata motivasi
b) Lantai sentiasa bersih
c) Tingkap cermin dilap (minggu 1 & 3 sesi pagi, minggu 2 & 4 sesi petang)
d) Susunan meja dan kerusi murid lurus
e) Bakul sampah sentiasa dikosongkan sebelum balik
f) Papan putih dibersihkan selepas tamat pelajaran setiap waktu
4. Peraturan-peraturan am
a) Tutup kipas dan lampu setiap kali meninggalkan kelas
b) Beratur di luar kelas apabila keluar ke makmal dan lain-lain tempat.
c) Berdiri dan ucap selamat apabila guru masuk/ habis mengajar
d) Penyapu, penyodok dan bakul sampah disusun dengan kemas di belakang kelas.
e) Pas keluar dipakai semasa keluar kelas
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
44 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Asas KETIDAKHADIRANMURID
1. TINDAKAN JIKA MURID TIDAK HADIR
5.1 Memastikan semua pelajar tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu bapa/
penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh pelajar itu tidak hadir.
5.2 Surat Amaran Pertama hendaklah dikeluarkan dan dihantar pada hari ketiga untuk
pelajar yang belum datang ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau pada hari ke-
10 bukan secara berturut-turut tanpa sebab/ surat.
5.3 Surat Amaran Kedua hendaklah dikeluarkan dan dihantar jika pelajar belum datang
ke sekolah atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas surat amaran pertama
atau pelajar tidak hadir selama 20 hari secara tidak berturut-turut tanpa sebab/ surat.
5.4 Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui SURAT BERDAFTAR. Sekiranya tiada
apa-apa maklumbalas selepas 7 hari surat amaran kedua dihantar. Sila gariskan ’anak
tuan/ puan akan dibuang sekolah’ dengan dakwat merah. Sila hantar surat tersebut
juga untuk pelajar yang telah tidak hadir sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut
atau tanpa sebab/ surat.
5.5 Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran surat amaran terakhir, pelajar boleh
dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/ penjaga pelajar telah
dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.
Ringkasan tatacara penghantaran surat-surat amaran :
Jenis Surat Bilangan hari tidak hadir
Amaran Pertama Secara berturut-turut Tidak berturut-turut
(Kuning)
Amaran Kedua Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
(Hijau)
Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama
(Merah) (Hari ke 10) (Hari ke 20 tidak hadir)
7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua
Buang Sekolah (Hari ke 17) (Hari ke 40 tidak hadir)
14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas AmaranTerakhir
Jumlah Hari (Hari ke 31) (Hari ke 60 tidak hadir)
31 60
5.6 Guru Tingkatan diminta melaporkan tarikh berhenti sekolah dan sebabnya di kepada
Penyelaras Tingkatan dan Penyelaras APDM.
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
45 Buku Pengurusan Profesional SMKJK
Maklumat SURAT PEKELILING IKHTISAS/
Asas SURAT SIARAN/ PEKELILING
BIL SURAT PEKELILING IKHTISAS/ TAJUK
SURAT SIARAN/ PEKELILING
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
1 SPI. Bil 3/1999 Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959
Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free
2 SPI. Bil 1/1972 Period) Guru-Guru.
Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan
3 SPI. Bil 3/1981 Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid sekolah Dalam
Kegiatan Politik Anti Kerajaan.
4 SPI. Bil 5/1999 Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan
Penguatkuasaan larangan Membawa dan Menggunakan
5 SPI. Bil 16/2010 telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah
6 SPI. Bil 2/2009 Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah
7 SPI. Bil 7/2001 Kemudahan Untuk Murid-murid Islam Sekolah Menengah
8 SPI. Bil 1/1977 Menunaikan Solat Jumaat
9 SPI. Bil 5/1977 Larangan merokok di Kawasan Sekolah
10 Pekeliling Perkhidmatan Bil Cuti Rehat Khas
4/1977
Aturcara Majlis Rasmi Sekolah
11 SPI. Bil. 10/1989 Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Di
Sekolah
12 SPI. Bil 5/2001 Keberkesanan Panitia
Nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku
13 SPI. Bil. 4/1986 Mengibar Bendera
14 SPI. Bil. 4/1975 Aktiviti Kebudayaan di Sekolah
15 SPI. Bil. 8/1975 Perhimpunan Sekolah
16 SPI. Bil. 3/1984 Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan
17 SPI. Bil. 4/1984 Penglibatan Murid dalam Program anjuran Agensi selain
18 SPI. Bil. 7/1988 KPM
Penglibatan Murid dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam
19 SPI. Bil. 9/2004 GO, NGO
Permohonan Mengundang Orang-orang Kenamaan ke
20 SPI. Bil. 24/1998 Upacara Sekolah
Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri
21 SPI. Bil. 9/1991
Lawatan Murid di Hari Persekolahan
22 SPI. Bil. 2/1997
Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri di Sekolah
23 SPI. Bil. 12/2000 Penubuhan Persatuan Agama Bukan Agama Islam
Tajaan oleh Syarikat Badan Perniagaan di Sekolah
24 SPI. Bil. 13/2000 Rekod Kedatangan dan Gerakerja Kokurikulum Pelajar
25 SPI. Bil. 20/2000 Larangan ke atas Pemberian Cenderamata
26 SPI. Bil. 6/1988 Mengundang Orang-orang Kenamaan ke Upacara Sekolah
27 SPI. Bil 2/1986 Keselamatan Pelajar Semasa Kokurikulum
28 SPI. Bil 1/1986 Pelaksanaan KRS
29 SPI. Bil 3/1991 Keselamatan Pelajar Semasa PJK
30 SPI. Bil. 1/1995 Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah
31 SPI. Bil. 4/1995 Penglibatan Murid dalam Program Luar
32 SPI. Bil. 9/2000 Kadar Baru Peruntukan Kokurikulum kepada Sekolah
33 SPI. Bil. 14/2000
34 SPI. Bil. 24/2000
35 SPI. Bil. 7/2006
2020Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
46 Buku Pengurusan Profesional SMKJK