The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

WISMA BINTARA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (WB ATM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arzlekhalid3663, 2021-09-22 13:01:09

BUKU UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

WISMA BINTARA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (WB ATM)

Maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini tidak boleh
diberi dengan secara langsung atau tidak langsung kepada media

atau kepada sesiapa sahaja yang tidak berhak menerimanya.

UNDANG - UNDANG DAN
PERATURAN WISMA BINTARA
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(WB ATM)



TERHAD WB ATM

UNDANG-UNDANG & PERATURAN

KATA-KATA ALU-ALUAN OLEH
PEGAWAI MEMERINTAH KEM KEMENTAH
SELAKU PENAUNG WISMA BINTARA
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat
Sejahtera,

Dengan sukacitanya saya mengucapkan syabas kepada
semua Ahli Jawatankuasa Wisma Bintara Angkatan Tentera
Malaysia (WB ATM) Sesi 2020/2022 kerana telah berjaya
mengemaskini semula Buku Undang-Undang dan Peraturan Wisma
Bintara Angkatan Tentera Malaysia. Ini adalah bagi menggantikan
Buku Undang-Undang (Peraturan) KEMENTAH yang lama. Undang-
undang Wisma Bintara yang lama kurang sesuai untuk dipraktikkan
di masa kini bagi mentadbirkan Wisma sesuai dengan keadaan
sekarang.

Mengambil kira, Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia
ini mempunyai keahlian yang begitu ramai, maka bagi memenuhi
keperluan dan keadaan semasa Wisma ini memerlukan suatu
pentadbiran yang lebih cekap dan efisien bagi memenuhi suasana
masa kini. Maka dengan adanya undang-undang dan peraturan
yang telah dikemas kini, ianya akan menjadi panduan kepada ahli-
ahli WB ATM supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan
peraturan semasa berada di Wisma dan menjaga disiplin serta
tatasusila yang menjadi tradisi dan imej Angkatan Tentera Malaysia.

I

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

Di sini juga saya ingin menegaskan kepada semua ahli
WB ATM sama ada berpangkat Sarjan, Staf Sarjan atau Pegawai
Waran atau yang setaraf dalam TLDM dan TUDM supaya sentiasa
memberikan sokongan dan kerjasama kepada saya dan Ahli
Jawatankuasa setiap masa. WB ATM sama juga seperti Wisma
Perwira dan kelab-kelab di dalam Angkatan Tentera yang lain
di mana kejayaan organisasi ini tidak akan dicapai tanpa sokongan
dan kerjasama daripada semua ahlinya. Jika tidak organisasi ini
tidak akan dapat bergerak dengan teratur dan sempurna.

Suka saya mengingatkan bahawa Yang DiPertua Wisma
bersama barisan Ahli Jawatankuasa adalah bertanggungjawab
secara langsung terhadap tatatertib ahli Wisma dan perihal berkaitan
kelancaran pentadbiran Wisma ini bagi pihak saya. Setiap ahli
Wisma haruslah memahami bahawa keperluan-keperluan Wisma
yang dipertanggungjawabkan kepada Yang DiPertua Wisma dan
Ahli Jawatankuasa adalah sangat berat dan bagi meringankan tugas
dan tanggungjawab ini semua ahli diminta untuk memberikan
sokongan dan kerjasama kepada barisan Ahli Jawatankuasa Wisma.

Seterusnya saya berkehendakkan semua ahli Wisma yang
ada sekarang, serta ahli-ahli yang akan datang dan juga tetamu-
tetamu Wisma supaya mematuhi Undang-Undang dan Peraturan
WB ATM ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Semua perilaku
yang kurang sopan yang berlaku di dalam Wisma serta tidak
menghormati undang-undang dan peraturan hendaklah dihindarkan.

II
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

Saya ingin mengucapkan syabas sekali lagi kepada Yang
DiPertua serta barisan Ahli Jawatankuasa Wisma yang mana telah
bertungkus lumus bagi mengemas kini dan menggubal semula
Undang-Undang dan Peraturan Wisma ini demi kebaikan ahli-ahli
dan Wisma.

Akhir sekali, saya berdoa semoga Yang DiPertua serta
barisan Ahli Jawatankuasa Wisma semua berjaya mentadbirkan
WB ATM dengan baik dan sempurna. Jadikan WB ATM ini sebagai
suatu tempat yang harmoni dan dihormati supaya sentiasa disanjung
tinggi sebagai sebuah Wisma contoh kepada Wisma-Wisma Bintara
yang lain di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Sekian saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat
Sejahtera.

Jun 21

AZIZOL BIN ABD KADIR
Lt Kol TUDM
Penaung
Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia

III
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

SIJIL PEMBETULAN

Senarai Pembetulan Pembetulan Oleh
Nama Tandatangan
Catatan

Bil Rujukan Tarikh

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

IV
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

SIJIL PEMBETULAN (SAMBUNGAN)

Senarai Pembetulan Pembetulan Oleh
Nama Tandatangan
Catatan

Bil Rujukan Tarikh

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

V
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

PERKATAAN DAFTAR ISTILAH
MAKSUD

Aktiviti Wisma Aktiviti-aktiviti social dan sukan yang
dirancang oleh AJK Wisma untuk ahli-
ahlinya.

AJK Tambahan Pelantikan Ahli-ahli Wisma sebagai
Ahli Jawatankuasa mengikut keperluan
semasa oleh YDP.

Bayaran Lembih Masa Bayaran yang dikenakan terhadap
pengunjung yang menggunakan
khidmat pekerja wisma yang bekerja
melebihi masa yang dikhaskan kepada
mereka. Kadar bayaran mengikut jam
akan ditetapkan oleh AJK WB ATM.

Book Out Menulis nama di dalam buku catatan
tidak perlu sajian mengikut tarikh yang
dikehendaki kerana tiada di WB ATM.

Borang Inventori Senarai peralatan yang terdapat di
dalam bilik penginapan.

Casual Smart Pakaian yang kemas, Baju berlengan
panjang atau pendek dan seluar slack.
Untuk wanita, pakaian yang sopan dan
tertib. Memakai kasut bertutup.

VI
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

Concierge Pelayan tetamu yang meliputi hanya
keperluan asas seperti persiapan
kenderaan, tempahan makan dan
minum.

Designasi Nama Pasukan.
Etika Ketenteraan Tatasusila kehidupan di alam tentera.

Harta Awam Harta yang menjadi hakmilik kerajaan
yang dibeli menggunakan hakmilik
Wisma.

Internal Post Mortem Mesyuarat susulan dalaman yang
diadakan selepas pelaksanaan
sesuatu majlis bagi mendapatkan
maklumbalas kebaikan dan keburukan
yang terjadi.

Ordeli(Batman/Steward) Anggota tentera yang bertugas
sebagai pesuruh.

Open Terrace Kawasan luar dari lounge dan terbuka
(di kawasan kolam renang).
Pick up op point(s)
Sajian Tunai Tempat ambil penumpang.

Makanan dan minuman harian yang
disediakan di Wisma dan dikenakan
bayaran secara tunai mengikut menu.

VII
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

Tetamu Peribadi Tetamu yang dibawa oleh ahli-ahli ke
Wisma dan perlu diiringi setiap masa.

Urusan Rasmi Tugas yang berkaitan dengan
perkhidmatan.

Yuran Keahlian Bayaran yang dikenakan kepada ahli-
ahli Wisma mengikut masa yang
ditetapkan / jenis keahlian.

VIII
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
WB ATM

KANDUNGAN

Perenggan Muka Surat
Kata-Kata Aluan Penaung WB ATM I – III
Sijil Pembetulan IV – V
Daftar Istilah
Kandungan VI – VII
VIII – XIII

BAHAGIAN 1

AM

Seksyen Latar Belakang 1001 - 1005 1–2
1. Designasi 1006 3
2. Alamat 1007 3
3. Visi 1008 3
4. Misi 1009 3
5. Peranan 1010 4
6. Kawasan Wisma 1011 4–5
7. Sebagai Ahli Wisma 1012 – 1023 5–7
8. Etika dan Nilai-Nilai 1024 – 1025 8 – 10
9. Murni Bintara
Pindaan Undang- 1026 10
10. Undang Wisma
Simpanan - 10
11.

IX

TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
11
BAHAGIAN 2 11 – 12
12 – 14
KEAHLIAN, YURAN TETAMU 14
15 – 17
Seksyen Jenis Keahlian 2001 – 2003 17 – 18
1. Ahli Tetap 2004 – 2008
2. Ahli /Pelawat 2009 – 2014 18
3. Kehormat 2015 – 2019
Ahli Vateran/Bekas 2020 – 2025 18 – 21
4. Tentera 2026 21 – 22
Tetamu Wisma 22
5. Kedudukan 2027
6. Suami/Isteri 23
Berpangkat Koperal 2028 – 2041
7. Kebawah 2042 – 2043
Kedudukan Ahli-Ahli -
8. Dalam Tempoh
9. Peralihan
10. Yuran dan Bayaran
Pemberhentian Ahli
Simpanan

BAHAGIAN 3

PENGURUSAN WISMA

Seksyen 3001 – 3004
1. Organisasi X

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
27 – 27
2. Ahli Jawatankuasa 3005 – 3009 28 – 29

WB ATM 29 – 32
32 – 33
3. Kumpulan 3010 – 3013 33 – 34
34 – 36
Pengurusan WB 36
36
ATM 37
4. Mesyuarat Agung 3014 – 3021 37
37
5. Mesyuarat AJK 3022 – 3025
38 – 42
Wisma 42

6. Elaun AJK-AJK 3026

Wisma

7. Keraian Wisma 3027 – 3030

(Mess Functions)

8. Pendapatan 3031

Tambahan Wisma

9. Perbelanjaan 3032

Pengurusan Wisma

10. Cenderahati 3033
11. Kebajikan 3034 – 3037

12. Simpanan -

BAHAGIAN 4

UNDANG-UNDANG KECIL

Seksyen Kemudahan 4001 – 4013
1. Penginapan 4014
Peruntukan Khas
2. Penginapan

XI

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
42 – 43
3. Barang-Barang 4015
43 – 45
Yang Dilarang 45 – 46
46 – 48
Disimpan Dalam
48 – 49
Bilik 49 – 50
50 – 51
4. Kemudahan Sajian 4016 – 4025 51
51
5. Kemudahan Dewan 4026 – 4033

Bunkuet/ Makan

6. Kemudahan 4034 – 4041

Lounge dan Bilik

Riadah

7. Kemudahan Bilik 4042 – 4046

Karaoke

8. Kemudahan 4047 – 4052

Gimnasium

9. Kemudahan Bilik 4053 – 4056

Mesyuarat 4057 – 4059
11. Kemudahan Bilik

Dobi

12. Simpanan -

BAHAGIAN 5

PERATURAN-PERATURAN LAIN

Seksyen Tatatertib/Disiplin 5001 – 5003 52
1. 5004 – 5012 53 – 55
2. Peraturan Pakaian 5013 – 5014 55 – 57
3.
Peraturan Meletak
Kenderaan

XII

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
57 – 58
4. Kawasan-Kawasan 5015 58

Larangan 59
59
5. Penjimatan 5016 – 5017 59 – 60
60
Penggunaan 60
61
Elektrik dan Air

6. Kawasan Larangan 5018 – 5019

Merokok

7. Perjudian 5020
8. Pencegahan 5021 – 5023

Kebakaran

9. Keselamatan 5024 – 5027

Wisma

10. Ikrar Taat Setia 5028 – 2029

Kepada Wisma

11. Simpanan -

KEMBARAN DAN LAMPIRAN

Kembaran

A Undang-Undang (Peraturan) A-1 & A-3

Berhubung Dengan Pemberian
Keahlian Terhormat

B Pecahan Yuran Bulanan Wisma B-1
Bintara Angkatan Tentera

Malaysia

C Carta Organisasi Wisma Bintara C-1

Angkatan Tentera Malaysia

XIII

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

D Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Wisma Bintara
Angkatan Tentera Malaysia

E Carta Organisasi Kumpulan Pengurusan Wisma
Bintara Angkatan Tentera Malaysia

F Borang Permohonan Wang Tunai / Cek Tabung
Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia

G Borang Butiran Ahli Yang Tinggal Di Dalam Wisma
H Ikrar Taat Setia Kepada Wisma

Lampiran

1A Specimen Of Membership A1-1 & A1-2

Certificate To Be Issued To

Honorary Members Of Malaysian

Armed Forces Seniorate Mess

2A Application For The Grant Of A2-1 & A2-2

Honorary Membership

D1 Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa D1-1 – D1-16

Wisma Bintara Angkatan Tentera

Malaysia

E1 Bidang Tugas Kumpulan E1-1 – E1-17

Pengurusan Wisma Bintara

Angkatan Tentera Malaysia

XIV
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

BAHAGIAN 1

AM

SEKSYEN 1

LATAR BELAKANG

1001. Wisma Bintara KEMENTAH telah ditubuhkan pada 1978
di Jalan Padang Tembak Kuala Lumpur. Penubuhan wisma ini
sejajar dengan transisi kuasa pemerintahan tentera daripada
‘HQ Malaya Command’ oleh pihak British kepada ‘HQ Armed Forces’
milik Kerajaan Malaysia. Wisma Bintara KEMENTAH melalui
pelbagai pembangunan dan perubahan infrastrukur di dalam
memainkan peranannya sebagai organisasi yang menyediakan
kemudahan penginapan, sajian, riadah, sosial dan perkhidmatan
hospitaliti kepada PTT Kanan ATM yang berkhidmat di Kementerian
Pertahanan (KEMENTAH).

1002. Pada awal penubuhannya, Wisma Bintara KEMENTAH telah
ditempatkan di Bukit Haigate kawasan bukit yang terdapat
berhampiran Bangunan Kementerian Pertahanan di Jalan Padang
Tembak. Penempatan Wisma Bintara KEMENTAH pada masa itu
adalah dibangunan asrama anak-anak Tentera British.

1
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

1003. Pada 2013, Wisma Bintara KEMENTAH telah dirobohkan
bagi rancangan pembinaan bangunan yang baharu. PTT Kanan
yang menghuni di wisma tersebut telah ditumpangkan sementara
di Blok F, Rumah Keluarga Angkatan Tentera, Desa Pasifik, Jalan
Ampang.

1004. Rancangan pembinaan bangunan wisma yang baharu telah
dicetuskan semula pada 2015 bagi menampung peningkatan
keperluan penginapan bagi PTT Kanan yang bertugas
di KEMENTAH dan mengganti bangunan yang telah dirobohkan.
Upacara Majlis Pecah Tanah telah sempurnakan oleh Menteri
Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
bertempat di tapak lama Wisma Bintara KEMENTAH pada 27 Sep
2016.

1005. Bangunan WB ATM yang baharu akan dilengkapi dengan
bilik-bilik penginapan yang moden serta selesa dan mempunyai
pelbagai kemudahan untuk beriadah dan bersosial yang lengkap.
Sejajar dengan itu, Wisma Bintara KEMENTAH telah melaksanakan
penjenamaan semula dengan Nama, Misi dan Visi yang baharu iaitu
“Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia (WB ATM)”. Oleh
yang demikian, Adalah wajar Buku Undang-Undang dan Peraturan
WB ATM disemak dan dikemaskini untuk meningkat kualiti
pengurusan WB ATM dengan kepentingan ahli-ahli dengan
mengekalkan tradisi ketenteraan. Pengemaskinian undang-undang
dan peraturan ini adalah berasaskan kepada buku Undang-Undang

2

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

(Peraturan) Wisma yang dikeluarkan pada 1986 dengan mengambil
kira memudahan yang terdapat di bangunan wisma yang baharu,
adat istiadat serta etika perlakuan sebagai seorang PTT Kanan
Tentera.

SEKSYEN 2

DESIGNASI

1006. Wisma Bintara KEMENTAH telah dinamakan sebagai
“WISMA BINTARA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA”(WB ATM)
dan terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah “MALAYSIAN ARMED
FORCES SENIORATE MESS”

SEKSYEN 3

ALAMAT

1007. Alamat rasmi WB ATM ialah:
No 18. Wisma Bintara ATM,
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

SEKSYEN 4

VISI

1008. Menjadikan WB ATM sebagai sebuah institusi hospitaliti
ketenteraan yang berprestij tinggi bertaraf lima bintang.

3
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

SEKSYEN 5

MISI

1009. Menyediakan perkhidmatan hospitaliti dan rekreasi yang
berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan ahli-ahli wisma.

SEKSYEN 6

PERANAN

1010. Peranan WB ATM adalah seperti berikut:

a. Menyediakan kemudahan penginapan, sajian dan
riadah bersesuaian dengan status PTT Kanan ATM
mengikut tradisi ketenteraan.

b. Merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial
dan rekreasi bertujuan mengeratkan silatulrahim di antara
ahli-ahli berpandukan tradisi dan etika ketenteraan.

c. Mentadbir dan mengurus keahlian WB ATM.

d. Mengurus segala keperluan selenggaraan
kemudahan di WB ATM.

4
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

SEKSYEN 7

KAWASAN WISMA

1011. Kawasan di WB ATM dibahagian kepada dua (2) bahagian
iaitu:

a. Kawasan Am. Kawasan ini merangkumi kawasan-
kawasan am seperti Dewan Bankuet/Makan, Lobi Utama,
Gimnasium, Bilik Riadah, dan Bilik Mesyuarat, Bilik Karaoke,
Lounge, tempat letak kenderaan dan kemudahan-
kemudahan lain bagi kegunaan umum.
b. Kawasan Penginapan. Kawasan merangkumi
semua kawasan penginapan termasuk bilik penginapan, bilik
basuh dan kawasan-kawasan lain yang didesignasikan
sebagai kawasan penginapan dari semasa ke semasa.

SEKSYEN 8

SEBAGAI AHLI WISMA

1012. Tujuan undang-undang dan peraturan yang dikemukakan di
sini adalah sebagai panduan ahli-ahli wisma dan ianya hendaklah
dipatuhi oleh setiap ahli yang memasuki serta menggunakan wisma
ini.

5
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

1013. Setiap ahli hendaklah memahami bahawa wisma ini ialah
rumah pertama bagi setiap ahli yang tinggal di dalam (bujang) dan
rumah kedua bagi ahli yang tinggal di luar (kahwin). Bagaimanapun
wisma ini adalah hak bersama setiap ahli untuk memikul
tanggungjawab serta penyelarasan dan menentukan perjalanannya.
Kejayaan atau kemunduran wisma ini juga adalah bergantung
kepada komitmen, kerjasama dan keprihatinan semua ahlinya.

1014. Sikap hormat menghormati serta persefahaman setiap ahli
adalah menjadi agenda utama kepada pertalian yang erat
di kalangan ahli Wisma Bintara ATM. Sekiranya terjadi sesuatu
perkara yang agak mendukacitakan seperti perasaan dendam di
antara ahli-ahli, maka ianya hendaklah diselesaikan secara aman
dan bijaksana di luar wisma.

1015. Setiap ahli hendaklah sentiasa mengingati dan menjadi
tugas mereka kepada Pegawai Memerintah Kem KEMENTAH
selaku Penaung Wisma untuk menjaga dan mengawal agar tiada
sebarang undang-undang atau peraturan dan tatatertib wisma
dicerobohi (oleh sesiapa pun).

1016. Semua ahli mempunyai hak yang sama di dalam wisma. Ini
tidak kira mereka itu lama atau baharu (senior/junior). Mereka
berhak kepada setiap kemudahan yang terdapat di Wisma.
Manakala perkara berkenaan ketinggian pangkat atau jawatan tidak
seharusnya wujud, Walau bagaimanapun ahli baharu (junior)
janganlah pula melupai untuk menghormati ahli yang lebih lama

6

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

(senior) yang mana mempunyai pengalaman yang agak lebih dari
segi Perkhidmatan.

1017. Adalah diingatkan bahawa YDP Wisma dan SMR
ATM/SMR-SMR Perkhidmatan adalah berhak untuk mendapat
setiap penghormatan yang mana seharusnya dengan kedudukan
mereka, setiap ahli hendaklah bangun (sebagai tanda hormat)
apabila mereka memasuki wisma. Tidak di lupa juga Pegawai
Memerintah (Penaung) dan Pegawai Penjaga Akaun Wisma untuk
mendapat penghormatan yang sama.

1018. Sesuai dengan panduan ini, diharap agar semua ahli
datang ke wisma untuk berbincang setiap perkara yang boleh
memberikan manfaat dan faedah bersama. Satu suasana yang
penuh dengan perasaan persefahaman dan setiakawan hendaklah
diwujudkan.

1019. Tajuk perbualan atau perbincangan hendaklah mengikut
kesesuaian peringkat. Perbualan luar batas susila tidak seharusnya
wujud, perbincangan atau perdebatan politik, keagamaan dan
hal-hal berkaitan perkara-perkara lucah, gosip dan unsur fitnah
adalah diharamkan di wisma. Perbincangan berhubung dengan
perkara-perkara rasmi dan berdarjah adalah dengan kerasnya
dilarang dibawa ke wisma.

1020. Pada setiap masa perasaan timbang rasa terhadap Pekerja
Wisma hendaklah diwujudkan.

7
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

1021. Semua peralatan di wisma adalah hak milik bersama
semua ahli wisma di masa ini dan masa hadapan. Setiap ahli yang
didapati merosakkan harta benda wisma dikehendaki
menandatangani ‘debit voucher’ dengan serta merta. Setiap harta
benda wisma adalah untuk kesenangan setiap ahlinya, walaupun
seperti gelas, tempat habuk rokok atau sebagainya, setiap ahli
hendaklah memupuk sifat memberi dan bukan sifat mengambil harta
benda wisma. Tingkah laku buruk serta perbuatan serong tidak
mempunyai tempat di WB ATM.

1022. Untuk menjaga taraf tatatertib yang tinggi dan etika wisma
tidak bererti ianya menyekat ahli-ahli daripada bersosial. Malah
perasaan muhibah dan persefahaman yang dapat dijalankan
di wisma akan mewujudkan semangat kerjasama yang erat
di kalangan ahli-ahli wisma.

1023. Setiap ahli bertanggungjawab menentukan tiada bayaran
bil-bil wisma yang tertunggak.

SEKSYEN 9

ETIKA DAN NILAI-NILAI MURNI BINTARA

1024. Etika di wisma adalah berdasarkan etika biasa harian. Ini
telah termaktub di mana-mana Wisma/Kelab. Etika dan budi bahasa
yang tinggi adalah satu asas penting untuk membentuk suatu
peribadi.

8
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

1025. Beberapa panduan berhubung dengan etika yang
seharusnya dimiliki oleh setiap ahli wisma:

a. Adalah dilarang mengundang seseorang tetamu ke
wisma untuk makan atau keramaian wisma tanpa mendapat
kebenaran daripada Yang DiPertua kecuali atas sifat
lawatan atau kunjungan persaudaraan dengan syarat
mereka berpakaian kemas dan ditemani sendiri oleh ahli
berkenaan.

b. Sentiasa memperkenalkan tetamu-tetamu yang
dibawa kepada Penasihat, YDP, Naib YDP atau mana-mana
Ahli Terkanan serta ahli-ahli sebaik sahaja mereka tiba
di Wisma.

c. Jangan sekali-kali berbincang perkara-perkara
berikut:

(1) Perihal Pegawai-Pegawai ATM.

(2) Politik.

(3) Agama.

(4) Perkara Lucah.

9
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

(5) Memburukkan mana-mana Ahli Wisma.

(6) Perkara-perkara rasmi yang berdarjah.

d. Jangan memburukkan mana-mana Pekerja/Staf
Wisma. Setiap aduan hendaklah dibuat kepada Yang
DiPertua atau Ahli Jawatankuasa Wisma untuk tindakan
yang sewajarnya.

e. Anggaplah setiap harta benda wisma sebagai harta
sendiri dan mesti dijaga bersama.

f. Jangan berjalan dengan tangan di dalam poket
seluar.

g. Jangan letak kaki di atas meja atau kerusi dan
sebagainya.

h. Jangan membiarkan tetamu bersendirian.

i. Sentiasa tepat pada waktu makan bagi anggota-
anggota yang tinggal di wisma.

j. Jangan merungut ke atas sesuatu perkara yang
tidak menyenangkan hati. Setiap aduan atau perkara yang
tidak menyenangkan hati hendaklah ditulis/dicatatkan ke
dalam Buku Aduan serta ditandatangani oleh pencadang
dan penyokong.

10

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

k. Sentiasa berpakaian kemas semasa di dalam
wisma.

l. Dilarang membawa Senjata dan Bahan Letupan.

m. Dilarang Membawa Dadah atau bahan yang
memabukkan.

n. Elakkan dari berkelakuan kasar atau biadap sesama
ahli dan kepada tetamu atau pelawat di dalam wisma.

o. Tidak dibenarkan tidur sama sekali di dalam bilik
Wisma. cth: Bilik Karaoke, Bilik Riadah dan sebagainya.

p. Perbuatan sumbang di antara lelaki dan perempuan
di kawasan wisma atau di bilik penginapan adalah dilarang
sama sekali.

q. Ahli yang ingin meninggalkan kumpulan dengan
tujuan ke tempat lain atau keluar dari wisma hendaklah
memohon izin atau minta diri dari ahli-ahli yang lain terutama
ahli yang terkanan dalam sesuatu majlis rasmi. Kebenaran
mestilah diminta dari YDP.

11
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

SEKSYEN 10

PINDAAN UNDANG-UNDANG WISMA

1026. Pindaan kepada undang-undang WB ATM hendaklah
melalui dan mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Agung atau
Mesyuarat Agung Luar Biasa Wisma.

SEKSYEN 11

SIMPANAN

12
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

BAHAGIAN 2

KEAHLIAN DAN YURAN

SEKSYEN 1

JENIS KEAHLIAN

2001. PTT Kanan yang berkhidmat dan ditempatkan di BCJ-BCJ
di KEMENTAH atau mana-mana unit yang berdekatan yang tidak
mempunyai kemudahan Wisma Bintara sendiri adalah wajib menjadi
ahli WB ATM.

2002. Adalah menjadi kewajipan setiap PTT Kanan yang telah
dinaikan pangkat atau bertukar masuk ingin menjadi ahli wisma perlu
menulis surat kepada Yang DiPertua (YDP) WB ATM.

2003. Keahlian WB ATM terdiri dari berikut:

a. Ahli Tetap.

b. Ahli/Pelawat Kehormat.

c. Ahli Veteran/Bekas Tentera.

13
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

SEKSYEN 2

AHLI TETAP

2004. Semua PTT Kanan ATM yang berkhidmat dan bertugas
atau ditumpangkan tetap kepada kekuatan Kementerian Pertahanan
dan yang bertugas di sekitar Lembah Klang serta dari pasukan
berdekatan yang tidak mempunyai Wisma Bintara sendiri.

2005 Mempunyai hak mengundi semasa Mesyuarat Agung atau
Mesyuarat Agung Luar Biasa dan boleh memegang jawatan dalam
AJK WB ATM.

2006. Dibenarkan membawa tetamu di kawasan umum dengan
mendaftar tetamu di kaunter resepsi WB ATM.

2007. Mendapat keutamaan menggunakan kemudahan-
kemudahan yang ada di WB ATM.

2008. Ahli Biasa terbahagi kepada 2 ketegori iaitu:

a. Ahli Tinggal Dalam. PTT Kanan Bujang dan PTT
Kanan Kahwin yang menetap di Wisma

b. Ahli Tinggal Luar. PTT Kanan yang berkahwin dan
tidak menetap di dalam Wisma.

14
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

SEKSYEN 3

AHLI/PELAWAT KEHORMAT

2009. Semua Bintara yang membuat lawatan sama ada Bintara
Tentera Asing yang dipinjam atau ditumpangkan ke Angkatan
Tentera Malaysia. Ahli/Pelawat Kehormat dikehendaki membayar
yuran ahli dan senggaraan-senggaraan yang lain.

2010. Ahli/Pelawat Kehormat yang dijemput boleh menghadiri
majlis keramaian yang dianjurkan oleh wisma. Selain itu,
Ahli/Pelawat Kehormat juga tidak boleh mengundi, menghadiri
mesyuarat wisma dan tidak mempunyai suara ke atas setiap
perjalanan wisma bagaimanapun mereka boleh membuat cadangan
yang membina atau memberi manfaat.

2011. Ahli/Pelawat Kehormat diberi kepada Bintara yang
berkhidmat dan mempunyai kedudukan seperti berikut:

a. Setelah dicadang dan disokong oleh ahli tetap
di atas persetujuan AJK Wisma.

b. Di atas pelawaan/jemputan wisma.

2012. Kebolehan dan syarat-syarat untuk menjadi Ahli/Pelawat
Kehormat itu longgar, seseorang itu perlu mempunyai sifat-sifat baik

15
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

sebagaimana seharusnya. Huraian berhubung dengan peraturan-
peraturan dan syarat-syarat untuk menjadi Ahli/Pelawat Kehormat
di wisma adalah di Kembaran A. Contoh kad ahli adalah ditunjukkan
di Lampiran 1 Kepada Kembaran A.

2013. Permohonan untuk menjadi Ahli/Pelawat Kehormat
hendaklah dibuat dalam tiga salinan oleh seorang pencadang dan
seorang penyokong dengan menggunakan borang seperti
di Lampiran 2 kepada Kembaran A. Dua keping gambar berukuran
pasport hendaklah disertakan. Kelulusan hendaklah dipersetujui
di dalam Mesyuarat Agung/Luar Biasa dan mendapat persetujuan
oleh Penaung.

2014. Keahlian boleh ditarik balik ke atas seseorang Ahli/Pelawat
Kehormat di atas sebab bertentangan dengan kehendak dan
peraturan wisma seperti berkelakuan tidak senonoh/biadap atau
melanggar tatatertib wisma. Ahli-ahli yang berkenaan akan diberi
notis secara bertulis dan satu salinan akan dipamerkan di papan
kenyataan wisma. Jawatankuasa Wisma tidak akan melayan
sebarang rayuan. Pemecatan Ahli/Pelawat Kehormat akan
dimaklumkan kepada Pegawai Memerintah.

SEKSYEN 4

AHLI VETERAN/BEKAS TENTERA

2015. Keahlian WB ATM juga dibuka kepada bekas PTT Kanan
ATM sebagai Ahli Veteran.

16

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

2016. Setiap PTT Kanan yang telah tamat perkhidmatan secara
terhormat boleh memasuki WB ATM, maka mereka boleh
mengunjungi wisma tanpa perlu ditemani oleh ahli. Mereka
dikehendaki membuat permohonan dan dimajukan ke YDP WB
ATM.

2017. Bayaran yuran keahlian seumur hidup ialah RM1000.00.

2018. Penggunaan semua kemudahan adalah terhad kerana
keutamaan penggunaan adalah untuk Ahli Biasa.

2019. Ahli Veteran tidak mempunyai hak mengundi semasa
Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Luar Biasa dan tidak boleh
memegang jawatan dalam AJK WB ATM.

SEKSYEN 5

TETAMU WISMA

2020. Setiap Tetamu yang berada di dalam Wisma hendaklah
ditemani oleh Ahli Wisma yang menjemputnya. Sekiranya seorang
Tetamu Wisma yang hendak meninggalkan kumpulan tetamu, maka
hendaklah ia menentukan yang seorang Ahli Wisma yang lain
berada beserta dengan para tetamu, jangan sekali-kali
meninggalkan para tetamu bersendirian tanpa ditemani oleh Ahli
Wisma.

17

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

2021. Ahli-ahli yang membawa Tetamu ke Wisma hendaklah
menentukan yang mana-mana Para Tetamu dicatat ke dalam Buku
Pelawat sebaik sahaja mereka memasuki Wisma. Setiap Tetamu
yang dibawa ke Wisma hendaklah diperkenalkan pertama sekali
kepada Yang DiPertua Wisma (YDP). Penasihat Wisma atau mana-
mana Ahli Wisma yang ada, terutamanya Ahli Terkanan (Senior
Members of The Mess).

2022. Setiap Ahli Wisma yang membawa seorang Jemputan
ke dalam Wisma adalah bertanggungjawab ke atas tingkah laku dan
pakaian Tetamu berkenaan. Umumnya ahli-ahli hendaklah
memastikan Tetamunya itu sebelum ianya dijemput ke Wisma.

2023. Ahli-ahli Kehormat hanya boleh membawa seorang sahaja
Tetamu pada suatu masa yang tertentu dan mereka hendaklah
mematuhi segala undang-undang wisma.

2024. Setiap ahli yang melihat bukan Ahli Wisma berada di dalam
Wisma hendaklah bertanya dengan cara berhemah kepada individu
berkenaan.

2025. Tetamu WB ATM terbahagi kepada dua kategori iaitu tetamu
Rasmi dan Tetamu Peribadi.

18
TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

a. Tetamu Rasmi.

(1) Tetamu yang jemput oleh pihak WB ATM
dari semasa ke semasa yang diluluskan oleh
Penaung atau YDP WB ATM.

(2) Segala perbelanjaan meraikan Tetamu
Rasmi ini akan dikenakan secara sama rata kepada
semua ahli. Kadarnya akan ditentukan oleh YDP WB
ATM.

b. Tetamu Peribadi.

(1) Semua ahli berhak membawa Tetamu
Peribadi ke WB ATM.

(2) Ahli yang membawa Tetamu Peribadi
hendaklah berada samping tetamu mereka pada
sebilang masa.

(3) Semua Tetamu Peribadi hendaklah
didaftarkan di Kaunter Resepsi.

(4) Ahli adalah bertanggungjawab ke atas
tingkah laku,pakaian dan pematuhan undang-
undang Wisma oleh Tetamu Peribadi masing-
masing.

19

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

(5) WB ATM tidak menggalakkan ahli
membawa Tetamu Peribadi di bawah umur 12 tahun
kecuali pada cuti am dan cuti hujung minggu.

(6) Ahli tidak dibenarkan membawa Tetamu
Peribadi ke tempat larangan seperti yang berikut:

(a) Bilik penginapan.

(b) Kawasan pejabat, dapur, tempat
rehat staf, bilik persalinan Ahli Tinggal Luar
dan kemudahan yang dikhaskan untuk ahli
biasa seperti gimnasium.

(c) Perbelanjaan Tetamu Peribadi
ditanggung oleh ahli itu sendiri.

SEKSYEN 6

KEDUDUKAN SUAMI/ISTERI BERPANGKAT KOPERAL
KEBAWAH

2026. Setiap suami/isteri ahli wisma yang berkhidmat di dalam
Angkatan Tentera Malaysia berpangkat Koperal dan kebawah atau
setaraf dengannya atau dikalangan anggota awam adalah
dibenarkan di bawa ke wisma hanya pada majlis-majlis keramaian

20

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

yang di anjurkan oleh wisma seperti MMR (Mess Night) jika perlu,
Ladies Guest Night atau majlis Hari Keluarga. Selain dari majlis
tersebut mereka di larang sama sekali untuk hadir ke Wisma Bintara.

SEKSYEN 7

KEDUDUKAN AHLI-AHLI DALAM TEMPOH LATIHAN
PERALIHAN

2027. Pegawai Waran atau PTT Kanan dalam tempoh Latihan
Peralihan hendaklah dikeluarkan sebagai ahli Wisma Bintara setelah
melaksanakan Sijil Penyelesaian Penuh dan tidak dibenarkan
mengikut sebarang aktiviti anjuran wisma kecuali hadir sebagai
jemputan atau tetamu khas dengan persetujuan YDP Wisma.

SEKSYEN 8

YURAN DAN BAYARAN

2028. Yuran keahlian yang dicadangkan oleh ahli dan dipersetujui
dalam Mesyuarat Agung Wisma atau Mesyuarat Agung Luar Biasa
Wisma dan yuran tersebut akan dikenakan kepada:

a. Ahli Tinggal Dalam.

b. Ahli Tinggal Luar yang merangkumi Ahli Biasa.
21

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

2029. Semua Ahli dikehendaki membayar yuran bulanan (Mess
Bill) di atas kadar yang ditetapkan sebagaimana yang dipersetujui
oleh semasa Mesyuarat Agung Wisma. Jumlah kadar yuran boleh
dikurang atau dilebihkan sebagaimana dipersetujui di dalam
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Wisma dari masa ke semasa dan
diluluskan semasa Mesyuarat Agung Wisma. Anggota yang baharu
dinaikkan pangkat Pemangku Sjn/Sjn U/Bintara Muda dikehendaki
mendaftar keahlian di Wisma dan membuat pembayaran Yuran
Bulanan.

2030. Jawatankuasa Wisma boleh melaksanakan Mess Levi/R&C
dengan dipersetujui oleh Pegawai Memerintah untuk membayar
perbelanjaan berlebihan seperti mengadakan jamuan rasmi/sosial.

2031. Penyata Pembayaran Yuran Bulanan Wisma hendaklah
sampai ke ahli melalui e-mel pada 30 haribulan. Pembayaran yuran
hendaklah dibayar tidak lewat pada 7 haribulan bulan berikutnya.
Selepas tarikh pembayaran yang ditetapkan (7 haribulan). Senarai
nama ahli wisma akan dihantar kepada Pegawai Waran
Perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya.

2032. Pihak WB ATM berhak mengambil tindakan terhadap ahli-
ahli melalui saluran tertentu atas kelewatan dan kegagalan
membayar yuran bulanan.

22
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

2033. Surat amaran akan dikeluarkan kepada mana-mana ahli
yang mempunyai hutang tertunggak melebihi dua (2) bulan. Jika ahli
masih tidak melunaskan hutangnya dalam bulan ketiga (3), ahli
tersebut akan di adukan dan bicarakan di dalam Jawatankuasa
Tatatertib serta tindakan sewajarnya akan di ambil. Penaung WB
ATM dan Ketua-ketua BCJ akan dimaklumkan sekiranya ahli
berkenaan masih gagal menjelaskan yuran keahlian tertunggak
dalam bulan keempat (4) bagi tindakan seterusnya. Ahli dihalang
dari memasuki wisma kecuali Dewan Makan sahaja. Setelah
menjelaskan segala hutang yang terbengkalai baharulah mereka
dibenarkan memasuki wisma dan menggunakan semua kemudahan
wisma.

2034. Pihak WB ATM dengan kuasa yang ada pada YDP melalui
Mesyuarat Agung WB ATM boleh menghentikan kemudahan yang
diberikan kepada ahli sekiranya ahli tersebut tidak membayar yuran
WB ATM lebih dari tiga bulan atau selepas menerima tiga surat
amaran atau didapati bersalah di atas kesalahan tidak mematuhi
undang-undang WB ATM.

2035. Ahli-ahli yang berkursus lebih dari satu bulan boleh
memohon bagi dikecualikan bayaran yuran bulanan dengan
memohon kepada pihak WB ATM satu bulan sebelum berkursus dan
memberi bukti yang berkaitan.

23
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

2036. Ahli-ahli yang bertukar masuk/keluar dari Wisma ini
hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Wisma/Bendahari.
Sekiranya perkara ini tidak dilakukan maka ini boleh menimbulkan
beberapa masalah terhadap ahli yang berkenaan sendiri seperti
tunggakan yuran bulanan.

2037. Semua ahli mestilah menjelaskan segala bayaran yang
terbengkalai sebelum bertukar keluar dari wisma, tindakan disiplin
akan dikenakan kepada mereka yang engkar terhadap peraturan ini.

2038. Sekiranya ada kesilapan pada jumlah yuran bulanan, ahli
hendaklah membayar dahulu yuran yang dikenakan untuk bulan
tersebut dan lebihan bayaran yang dikenakan akan dibayar balik
kemudian.

2039. Ahli Tinggal Dalam boleh membuat prosedur Book Out
apabila bertugas luar kawasan atau bercuti tahun. Ahli perlu menulis
di dalam buku yang disediakan dan menyertakan bukti penugasan
dan pas cuti sekurang-kurangnya tiga hari sebelum bergerak atau
bercuti.

2040. Wang pendahuluan dikenakan sebanyak RM 150.00 bagi
Ahli Tinggal Dalam di Bangunan Utama Wisma dan Tambahan
RM 50.00 setiap bulan bagi Ahli Yang Berkahwin Tinggal Dalam
di Annex WB ATM.

24
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

2041. Kadar yuran semasa yang dikenakan secara terperinci dan
telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung kepada ahli-ahli adalah
seperti di Kembaran B.

SEKSYEN 9

PEMBERHENTIAN KEAHLIAN

2042. Ahli-ahli yang bertukar keluar, berkursus atau berhenti
daripada perkhidmatan/latihan peralihan hendaklah memaklumkan
kepada pihak wisma setelah tarikh kuatkuasa dikeluarkan.

2043. Ahli/Pelawat Kehormat dan Ahli Veteran/Bekas Tentera
yang memohon berhenti menjadi ahli hendaklah memaklumkan
kepada pihak WB ATM sebulan sebelum tarikh ingin berhenti.

SEKSYEN 10

SIMPANAN

25
TERHAD



TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

BAHAGIAN 3

PENGURUSAN WISMA

SEKSYEN 1

ORGANISASI

3001. Pengurusan dan Pentadbiran WB ATM dikendalikan sebuah
Jawatankuasa WB ATM yang diketuai oleh YDP dan dibantu oleh
NYDP serta AJK Protokol dari setiap Perkhidmatan dan beberapa
AJK WB ATM.

3002. YDP WB ATM adalah dilantik oleh Penaung WB ATM
dengan persetujuan oleh SMR ATM selaku Penasihat dan NYDP
dan AJK Protkol dilantik oleh sekretariat perkhidmatan masing-
masing dengan persetujuan SMR Perkhidmatan masing-masing.

3003. Pengurusan dan pentadbiran harian WB ATM akan
dilaksanakan oleh staf-staf WB ATM yang diketuai oleh seorang
Pengurus Wisma.

3004. Carta Organisasi WB ATM adalah seperti di Kembaran C.
WB ATM mengandungi 2 elemen pentadbiran yang penting iaitu:

a. Ahli Jawatankuasa WB ATM.

b. Kumpulan Pengurusan WB ATM.
26

TERHAD

TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

SEKSYEN 2

AHLI JAWATANKUASA WB ATM

3005. Am. AJK WB ATM dilantik oleh ahli-ahli melalui proses
pencalonan dan pengundian semasa Mesyuarat Agung. YDP
mempunyai kuasa melantik AJK penggantian AJK baharu dan AJK
tambahan sekiranya difikirkan perlu bagi melaksanakan tugas-tugas
khas.

3006. Keahlian. Keahlian AJK WB ATM adalah seperti berikut:

a. Penaung - Pegawai Memerintah Kem KEMENTAH.

b. Pegawai Pemegang Akaun - dipilih mengikut giliran
Perkhidmatan.

c. Penasihat-Penasihat Wisma - SMR ATM, SMR TD,
PW TLDM dan PW TUDM.

d. Penasihat Protokol - SMR Istiadat ATM.

e. Yang Dipertua Wisma - Seorang Pegawai Waran I
yang dilantik mengikut giliran Perkhidmatan (TDM, TLDM
dan TUDM) dan diumumkan oleh Penaung WB ATM
di dalam Mesyuarat Agung.

27

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

f. Naib YDP - 3 x Pegawai Waran I yang dipilih
mengikut Perkhidmatan masing-masing dan diumumkan
oleh Penaung WB ATM di dalam Mesyuarat Agung.

g. AJK Protokol - 3 x Pegawai Waran Setaraf yang
dipilih mengikut Perkhidmatan masing-masing dan dilantik
semasa Mesyuarat Agung.

h. Setiausaha dan Timbalan dilantik semasa
Mesyuarat Agung.

i. Bendahari dan Timbalan dilantik semasa Mesyuarat
Agung.

j. AJK Keraian dan Timbalan dilantik semasa
Mesyuarat Agung.

k. AJK Sukan dan Timbalan dilantik semasa Mesyuarat
Agung.

l. AJK Sajian dan Timbalan dilantik semasa Mesyuarat
Agung.

m. AJK Agama dan Timbalan dilantik semasa
Mesyuarat Agung.

28
TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

n. AJK Harta dilantik semasa Mesyuarat Agung.

o. AJK Senggaraan dilantik semasa Mesyuarat Agung.

n. AJK Lanskap dilantik semasa Mesyuarat Agung.

3007. Carta Organisasi AJK WB ATM adalah seperti di Kembaran
D.

3008. Peranan. AJK WB ATM mempunyai peranan-peranan
berikut:

a. Merangka, melaksana dan menguatkuasa semua
polisi dan undang-undang WB ATM.

b. Bertanggungjawab dalam semua aspek
perancangan dan pengurusan WB ATM.

c. Melaksanakan perkara-perkara yang telah
dipersetujui dan diambil tindakan.

d. Memberi arahan, mengawasi dan memantau
pengoperasian WB ATM.

e. Memberi cadangan di dalam penetapan kadar
bayaran terhadap kemudahan-kemudahan yang disediakan
di WB ATM berpandukan kepada arahan Perbendaharaan.

29

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

f. Merancang dan melaksana aktiviti-aktiviti di WB
ATM.

g. Menentukan urusan harian WB ATM berjalan lancar.

h. Bertanggungjawab terhadap akaun WB ATM dan
mempunyai kuasa-kuasa berikut:

(1) Melupuskan harta pembelian WB ATM atas
cadangan Pihak Lembaga Audit.

(2) Meluluskan penggunaan wang bagi
kegunaan aktiviti-aktiviti WB ATM atau pembelian
harta modal WB ATM dengan jumlah tidak melebihi
Ringgit Malaysia Lima Ribu sahaja (RM5,000.00)
sekurang-kurangnya setiap Suku Tahun.

(3) YDP Wisma mempunyai kuasa bagi
meluluskan kegunaan dana dari akaun untuk aktiviti-
aktiviti WB ATM dengan jumlah tidak melebihi
Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu sahaja
(RM10,000.00) dalam tempoh setahun.

(4) Kegunaan dana daripada Akaun Wisma
melebihi Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Ringgit
sahaja (RM10,000.00) adalah tertakluk kepada
kelulusan Penaung WB ATM.

30

TERHAD

TERHAD

UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM

(5) Semua perubahan terhadap undang-undang
ini perlulah mendapat persetujuan dan kelulusan
daripada ahli-ahli semasa Mesyuarat Agung dan
perlu direkodkan.

(6) Mengiklankan di papan kenyataan Wisma
harta/peralatan yang ingin dijual berserta senarai
harga yang ditawarkan.

(7) Memantau, mengawasi dan menyelia
operasi-operasi perkhidmatan yang disediakan oleh
pihak Pengendali Operasi Perkhidmatan
Penswastaan.

3009. Bidang Tugas AJK WB ATM secara terperinci adalah seperti
di Lampiran 1 Kepada Kembaran D.

SEKSYEN 3

KUMPULAN PENGURUSAN WB ATM

3010. Am. Kumpulan Pengurusan WB ATM adalah staf tentera
dan awam KEMENTAH yang bertugas di WB ATM bagi tujuan
pengurusan keahlian dan operasi-operasi harian Wisma. Penugasan
utama adalah mengawasi pelaksanaan tugas-tugas Pengendali
Operasi Perkhidmatan Penswastaan yang diarahkan.

31

TERHAD


Click to View FlipBook Version