TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
d. YDP WB ATM mempunyai kuasa tidak
membincangkan isu yang berkaitan dengan polisi yang
dibangkitkan semasa mesyuarat.
3018. Jumlah Kehadiran Ahli di Mesyuarat. Jumlah ahli yang
minimum hadir adalah 200 orang bagi menentukan mesyuarat boleh
dilaksanakan.Sekiranya kehadiran tidak mencapai jumlah yang
dikehendaki. Maka mesyuarat berkenaan tidak akan dilaksanakan
dan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. Tarikh lain
adalah dalam masa 30 hari daripada tarikh asal dan akan ditetapkan
oleh YDP WB ATM.
3019. Sebarang cadangan yang ingin dikemukakan dalam
mesyuarat hendaklah dimasukkan ke dalam buku cadangan agar
dapat diterima dan dibincangkan. Pencalonan YDP dan NYDP
dilantik oleh Perkhidmatan manakala untuk pencalonan AJK-AJK
hendaklah dilantik oleh ahli-ahli Wisma.
3020. Mesyuarat Agung Luar Biasa (Extraordinary General
Meeting) akan diadakan pada bila-bila masa sahaja untuk
membincangkan perkara-perkara yang berbangkit secara tiba-tiba.
Sekiranya ini berlaku, perkara-perkara di dalam agenda sahaja akan
dibincangkan.
3021. Mesyuarat Agung Wisma akan dipengerusi oleh YDP atau
semasa ketiadaannya NYDP akan mengambil tempatnya. Jika perlu
Penaung Wisma dijemput hadir. Segala peraturan wisma hendaklah
dijadikan panduan semasa mesyuarat dijalankan.
35
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
SEKSYEN 5
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA WISMA
3022. Mesyuarat AJK Wisma akan diadakan sebulan sekali atau
sekurang-kurangnya lapan (8) kali setahun dan dihadiri oleh AJK
Wisma yang hadir termasuk Penolong Pengurus Wisma menjadi
'satu korum' dan salah seorang daripadanya ialah YDP atau NYDP
akan mempengerusikan mesyuarat tersebut. Penasihat boleh
dijemput hadir sekiranya perlu.
3023. Perkara-perkara yang dibincangkan adalah:
a. Kedudukan kewangan yang melibatkan pendapatan
dan perbelanjaan.
b. Keahlian Wisma dan peruntukan bilik untuk Ahli
Tinggal Dalam.
c. Maklum balas pembayaran bil oleh siberhutang.
d. Rancangan aktiviti Wisma pada masa depan.
e. Kebajikan staf Wisma dan bayaran tugas tambahan
(extra duty pay).
36
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
f. Rancangan keperluan perbelanjaan kerja-kerja
menaik taraf perkhidmatan di Wisma.
g. Rancangan kemudahan penginapan, sajian serta
hiburan.
h. Membincangkan cadangan penambahbaikan
perkhidmatan di Wisma yang disuarakan oleh ahli-ahli.
i. Pelbagai isu-isu yang dikirakan perlu untuk dibuat
penambahbaikan dan penyelesaian masalah.
3024. Setiausaha Wisma akan memaklumkan kepada YDP dan
AJK berhubung dengan tarikh, masa dan tempat bagi sesuatu
mesyuarat atau perjumpaan dengan cara telefon dan mengeluarkan
surat kepada semua AJK serta mempamerkan notis mesyuarat
di Papan Kenyataan Wisma.
3025. YDP Wisma akan melaporkan kepada Penaung berhubung
dengan perkara berbangkit di dalam mesyuarat tersebut. Setiausaha
hendaklah mengeluarkan minit dalam tempoh 72 jam untuk
diedarkan kepada Penaung dan Pemegang Akaun serta semua AJK.
37
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
SEKSYEN 6
ELAUN AJK-AJK WISMA
3026. Kadar elaun keraian dan sagu hati yang diperuntukan
kepada AJK-AJK dibayar secara sekali setahun mengikut seperti
berikut:
Bil Jawatan Elaun Keraian Sagu Hati
a. Pegawai Penjaga Akaun Tiada RM 200.00
b. Yang DiPertua RM 300.00
c. Naib YDP RM 350.00 RM 250.00
d. Protokol Tiada RM 250.00
e. Setiausaha Tiada RM 200.00
f. Bendahari Tiada RM 200.00
g. Timbalan Setiausaha Tiada RM 150.00
h. Timbalan Bendahari Tiada RM 150.00
i. Semua AJK dan Timbalan Tiada RM 100.00
Tiada
SEKSYEN 7
KERAIAN WISMA (MESS FUNCTIONS)
3027. Keraian Rasmi. Keraian rasmi wisma terbahagi kepada dua
peringkat seperti berikut:
38
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
a. Rejimental atau 'Dining In and Out Night'. Acara-
acara ini adalah di atas keputusan oleh YDP Wisma.
Panduan untuk mengadakan serta raptai akan disampaikan
oleh AJK Wisma pada petang sebelum majlis diadakan.
b. Hari Ulang Tahun (HUT) Perkhidmatan dan Hari
Angkatan Tentera hendaklah diadakan pada setiap tahun.
3028. Ahli Jawatankuasa Kerja akan ditubuhkan bagi mengadakan
Majlis Keraian Rasmi untuk HUT perkhidmatan atas persetujuan
YDP dan bantuan nasihat akan diberi oleh Penasihat wisma bagi
menjayakan majlis tersebut. Peruntukan perbelanjaan yang
ditanggung oleh Wisma untuk HUT Perkhidmatan adalah sebanyak
RM 5000.00.
3029. Perjumpaan sosial wisma iaitu Hi Tea, jamuan perpisahan
dan ramah mesra akan diadakan dengan keputusan Ahli
Jawatankuasa Wisma.
3030. Keraian Khas (Private Function). Menyambut harijadi atau
majlis perkahwinan yang mana ianya ditaja oleh Ahli Wisma dengan
para-para jemputan yang terhad dan tertentu sahaja. Ahli yang
menganjurkan majlis sedemikian dikehendaki menyampaikan
permohonan untuk sekurang-kurangnya satu minggu sebelum dari
tarikh ianya hendak diadakan. Beliau hendaklah menyatakan tetamu
jemputan yang terlibat, berserta dengan tarikh, masa dan acara
seperti berikut:
39
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
a. Ahli yang menjadi penaja kepada majlis berkenaan
hendaklah membayar sebanyak RM 50.00 seorang untuk
ahli wisma yang menolong menjayakan keraian tersebut.
Makanan dan minuman diatur oleh penaja berkenaan, dan
beliau dikehendaki menjelaskan semua hutang-hutang
kepada wisma pada keesokan harinya.
b. Penaja adalah bertanggungjawab ke atas
tingkahlaku dan tatatertib hadirin sepanjang jamuan itu
diadakan. Beliau hendaklah menentukan tiada bunyi bising
yang boleh menganggu ketenteraman ahli-ahli wisma yang
tinggal di dalam.
SEKSYEN 8
PENDAPATAN TAMBAHAN WISMA
3031. Sebarang hasil pendapatan/jualan Wisma mestilah
direkodkan ke akaun berasingan.
SEKSYEN 9
PERBELANJAAN PENGURUSAN WISMA
3032. Peruntukan/perbelanjaan Wisma hendaklah digunakan
untuk perkara yang sah iaitu di mana telah diputuskan/diluluskan
oleh Mesyuarat Agung. Untuk perbelanjaan yang melebihi dari
RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) dan hendaklah
40
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
dipersetujui oleh Penaung. YDP hanya berkuasa mengeluarkan
perbelanjaan Wisma bawah RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima
Ratus Sahaja) untuk senggaraan Wisma yang diputuskan di dalam
Mesyuarat. Setiap perkara yang hendak dilaksanakan dirancang dan
sekiranya melibatkan perbelanjaan perlu disertakan dengan
sebutharga. Permohonan Wang Tunai/Cek Tabung seperti
di Kembaran F.
SEKSYEN 10
CENDERAHATI
3033. Setiap Ahli Wisma berdaftar yang akan menamatkan
perkhidmatan, bersara/bertukar/pindah keluar daripada Wisma akan
diberikan cenderahati.
SEKSYEN 11
KEBAJIKAN
3034. Khairat Kematian. Sumbangan Khairat kematian ahli
kepada waris sebanyak RM 1,500.00 menggunakan yuran wisma.
3035. Bencana. Sumbangan sebanyak RM 300.00 yang
diluluskan oleh YDP meliputi kebakaran dan bencana alam.
41
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
3036. Sakit. Ahli yang menerima rawatan (masuk Wad) bukan
rawatan kekal atau ulangan melebihi tiga hari sumbangan sebanyak
RM 100.00 diberi secara one off.
3037. Kahwin. Ahli wisma (bujang) yang melangsungkan
perkahwinan kali pertama dan menjemput ahli, wisma akan memberi
hadiah/cenderamata RM 100.00 menggunakan yuran wisma.
SEKSYEN 12
SIMPANAN
42
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
BAHAGIAN 4
UNDANG-UNDANG KECIL
SEKSYEN 1
KEMUDAHAN PENGINAPAN
4001. Keutamaan kemudahan penginapan di WB ATM diberi
kepada PTT Kanan lelaki dan wanita yang bujang. Bilik penginapan
boleh diberikan juga kepada PTT Kanan ATM yang melaksanakan
tugas sementara di KEMENTAH (Transit) dengan kadar dan
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak WB ATM.
4002. Ahli Tinggal Dalam dan pengunjung yang menggunakan
kemudahan bilik penginapan di Wisma bertanggungjawab ke atas
semua perkakas dan peralatan yang disediakan di dalam bilik
masing-masing. Ahli tidak dibenarkan mengalih, menukar dan
mengambil perkakas dan peralatan yang sedia ada. Ahli Tinggal
Dalam akan disediakan borang inventori bilik (KEW PA 7) dan
Borang Butiran Ahli seperti di Kembaran G yang perlu
ditandatangani semasa prosedur mendaftar masuk bilik (check in).
4003. Ahli Tinggal Dalam (Bujang) yang diberi kemudahan bilik
penginapan perlu membayar cagaran bilik sebanyak RM 150.00 dan
perlu menyiarkan okeransi di dalam PERBAH DUA berkenaan
Menduduki Wisma, bayaran ransum sebanyak RM 1.95 sehari dan
bayaran Cola 50% (mengikut PMAT Bil 7 Tahun 2000).
43
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
4004. Ahli yang tidak bersama keluarga boleh memohon untuk
tinggal di dalam setelah disokong oleh AJK dan diluluskan oleh YDP.
Ahli berikut juga perlu menyiarkan okeransi di dalam PERBAH DUA
berkenaan Menduduki Wisma, bayaran ransum sebanyak RM 1.95
sehari dan bayaran Cola 50% (mengikut PMAT Bil 7 Tahun 2000).
Tambahan RM 50.00 setiap bulan bagi bayaran bilik.
4005. YDP WB ATM berhak dan mempunyai kuasa memeriksa
bilik penginapan pada sebilang masa (jika perlu).
4006. Kemudahan siaran stesen televisyen dan Internet Wifi
disediakan.
4007. Semua Ahli Tinggal Dalam akan dibekalkan 1 access card
untuk kegunaan bilik dan dan barier gate secara percuma.
Kehilangan access card tersebut akan akan dikenakan bayaran
RM30.00.
4008. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke bilik
penginapan melainkan ahli sakit dan mempunyai sijil sakit yang
dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan. Sila maklumkan kepada pihak
pengurusan WB ATM agar sajian dapat dihantar ke bilik ahli.
4009. Ahli Tinggal Dalam dikehendaki membuat laporan kerosakan
ke Pejabat Pengurusan WB ATM dengan segera apabila terdapat
kerosakan peralatan yang berlaku. Ahli akan menanggung
perbelanjaan pembaikan sekiranya kerosakan peralatan akibat salah
laku ahli sendiri.
44
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
4010. YDP berhak menjatuhkan hukuman pentadbiran terhadap
Ahli Tinggal Dalam yang diadu melakukan kesalahan melanggar
peraturan Wisma sebanyak 3 kali. Ahli Tinggal Dalam yang telah
berkahwin tetapi menetap di Wisma dibenarkan hanya semalam
sahaja membawa isteri ke bilik penginapan apabila mereka
menghadiri sesuatu majlis rasmi yang diadakan oleh perkhidmatan.
Kehadiran isteri perlu dimaklumkan di Kaunter Resepsi.
4011. Kadar bayaran bilik transit WB ATM adalah bayaran RM 30
sehari.
4012. Ahli Tinggal Dalam dikehendaki mematuhi peraturan
penginapan seperti yang berikut:
a. Bilik penginapan dikehendaki bersih dan kemas
setiap hari.
b. Tidak dibenarkan memasak di dalam bilik
penginapan.
c. Tidak dibenarkan membasuh dan menyidai pakaian
di jendela bilik. Ahli-ahli perlu menggunakan bilik basuh yang
terdapat di hujung setiap tingkat.
d. Tidak dibenarkan membawa tetamu peribadi ke bilik
penginapan.
45
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
e. Tidak dibenarkan memaku atau melekatkan
sebarang benda pada dinding bilik melainkan dipapan
kenyataan yang disediakan.
f. Tidak dibenarkan menyimpan pokok tumbuhan atau
binatang peliharaan di dalam bilik penginapan.
g. Penghuni hendaklah memaklumkan kepada pihak
Wisma sekiranya bertugas atau berkursus luar kawasan
melebihi 6 bulan.
h. Sentiasa berpakaian kemas mengikut peraturan
Wisma sekiranya berada di kawasan umum Wisma.
i. Ahli tidak dibenarkan meminjamkan bilik kepada
rakan atau tetamu.
j. Ahli dilarang membawa senjata api dan bahan
letupan ke bilik penginapan mereka.
k. Ahli perlu menentukan semua suis elektrik dimatikan
dan paip air ditutup sebelum meninggalkan bilik penginapan.
l. Tidak dibenar menggunakan palam tiga pin pada
soket elektrik yang disediakan bagi penggunaan peralatan
elektrik yang banyak kerana boleh menyebabkan kebakaran
m. Tidak dibenarkan menconteng dinding dan lukisan-
lukisan yang terdapat di dalam bilik penginapan.
46
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
4013. Ahli yang mengambil alih bilik, hendaklah mengemaskini
sistem pendaftaran kemasukan di pejabat Wisma untuk direkodkan.
Penghuni akan menandatangani 'debit voucher' (BAT E 64) untuk
semua harta benda dan peralatan di dalam bilik itu. Debit voucher ini
akan dikembalikan kepada yang menyerah bilik sekiranya didapati
barang-barang di dalam bilik penghuni tersebut mencukupi.
SEKSYEN 2
PERUNTUKAN KHAS PENGINAPAN
4014. Peruntukan Khas bilik penginapan wisma adalah seperti
berikut:
a. SMR ATM, SMR Perkhidmatan dan SMR Istiadat
ATM - 5 x bilik (ATM, TDM, TLDM & TUDM).
b. YDP - 1 x bilik.
c. TYDP - 3 x bilik (TDM, TLDM & TUDM).
d. Tetamu - 3 x bilik (TDM, TLDM & TUDM).
47
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
SEKSYEN 3
BARANG-BARANG YANG DILARANG DISIMPAN DALAM BILIK
4015. Semua ahli-ahli yang tinggal dalam dikehendaki menentukan
semua perkara-perkara yang dilarang, dimiliki atau disimpan di bilik-
bilik kedamaian seperti berikut:
a. Senjata Api/peluru.
b. Bom/bahan letupan.
c. Minuman keras (beralkohol).
d. Semua jenis minyak kenderaan.
e. Binatang Peliharaan.
f. Dilarang menyimpan harta wisma secara
persendirian.
g. Bahan yang mengkhayalkan(Dadah, Ketum dan
sebagainya)
48
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
SEKSYEN 4
KEMUDAHAN SAJIAN
4016. Waktu Sajian. Waktu sajian disediakan adalah seperti yang
berikut:
a. Waktu Kerja
(1) Minum Pagi - jam 0630 - 0800.
(2) Makan Tengahari - jam 1245 - 1400.
(3) Minum Petang - jam 1615 - 1700.
(4) Makan Malam - jam 1800 - 2000.
b. Hujung Minggu dan Hari Kelepasan
(1) Minum Pagi - jam 0730 - 0830.
(2) Makan Tengahari - jam 1230 - 1400.
(3) Minum Petang - jam 1615 - 1730.
(4) Makan Malam - jam 1900 - 2000.
49
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
4017. Ahli Tinggal Dalam dan transit hanya dibenarkan mengambil
sukatan catuan mengikut hak masing-masing sahaja.
4018. Makanan dan minuman tidak boleh dibawa keluar dari
Dewan Makan. Makanan dan minuman luar tidak boleh dibawa
masuk ke dalam Dewan Makan kecuali mendapat kebenaran dari
AJK Makanan dan Minuman setelah diberi kelulusan oleh YDP WB
ATM.
4019. Ahli-ahli perlu beredar dari Dewan Makan setelah tamat sesi
makan bagi memberi laluan kepada staf pengendali untuk
menjalankan tugas-tugas pembersihan (Patuhi masa makan yang
telah ditetapkan).
4020. Ahli-ahli yang mengunjungi Dewan Makan ini tidak
dibenarkan bertelingkah dan bergaduh sesama sendiri serta
memarahi staf yang bertugas di Dewan Makan.
4021. Ahli-ahli yang berhasrat membawa tetamu menjamu selera
perlu memaklumkan kepada pengurusan satu hari lebih awal bagi
tambahan sajian dan bayaran sajian akan dikenakan kepada ahli
berkenaan.
4022. Ahli-ahli yang bertugas hendaklah memaklumkan terlebih
dahulu kepada pengurus wisma atau pelayan bertugas, sekiranya
ingin makan awal pada waktu yang ditetapkan.
50
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
4023. Book Out. Ahli-ahli yang bertugas atau berkursus luar
kawasan boleh memohon book out dengan mengisi buku yang
disediakan dengan bukti sekurang-kurangnya 72 jam sebelum tarikh
yang dikehendaki.
4024. Sajian di Bilik. Sajian di bilik hanya dibenarkan untuk ahli-
ahli yang sakit. Ahli perlu memaklumkan kepada pihak Pejabat
Wisma bagi kelonggaran ini.
4025. Casual Meal disediakan mengikut kepada persetujuan ahli
semasa Mesyuarat Agung.
SEKSYEN 5
KEMUDAHAN DEWAN BANKUET/DEWAN MAKAN
4026. Wisma mempunyai sebuah Dewan Bankuet yang boleh
memuatkan sejumlah 400 orang pada satu-satu masa.
4027. Dewan ini juga dijadikan dewan makan pada hari biasa.
4028. Bagi penganjuran majlis, penggunaan dewan ini
berpandukan keutamaan berikut:
a. Majlis Anjuran ATM.
51
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
b. Majlis Anjuran Perkhidmatan.
c. Majlis Anjuran Pasukan, Bahagian, Cawangan &
Jabatan Arah.
d. Majlis Anjuran Wisma.
e. Majlis Peribadi Anjuran Ahli-Ahli.
4029. Permohonan tempahan perlu dimajukan ke Pejabat
Pengurusan Wisma lebih awal, sekurang-kurangnya 1 bulan
sebelum tarikh penggunaan.
4030. Kadar bayaran penggunaan akan ditetapkan oleh AJK WB
ATM.
4031. Pengguna dan pengunjung perlu mematuhi undang-undang
penggunaan Dewan Bankuet seperti pakaian yang dibenarkan,
tempoh masa majlis berlangsung,larangan pergerakan pengunjung
ke kawasan penginapan dan kawasan larangan di wisma ini.
4032. Kerosakan dan kehilangan harta kerajaan dan harta wisma
yang terdapat
di dalam dan di kawasan Dewan Bankuet adalah tanggungjawab
pengguna.
52
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
4033. Pengguna peribadi akan dikenakan bayaran cagaran yang
akan ditetapkan oleh AJK WB ATM dan tidak dibenarkan
menggunakan peralatan dapur dan peralatan sajian peribadi.
SEKSYEN 6
KEMUDAHAN LOUNGE DAN BILIK RIADAH
4034. Lounge di WB ATM dinamakan BINTARA LOUNGE.
Kemudahan minuman ringan, makanan ringan, wifi, stesen
televisyen berbayar, snooker dan pemainan dart disediakan.
Lounge ini disediakan khas untuk ahli-ahli bersosial dan melayan
tetamu. Ahli serta tetamu mereka hendaklah sentiasa berpakaian
kemas atau beruniform sebilang masa. Seluar pendek, pakaian
sukan, singlet dan selipar tidak dibenarkan. Etika pakaian selepas
jam 1830 ialah casual.
4035. Waktu operasi lounge adalah seperti berikut:
a. Waktu Kerja : Isnin - Khamis (2030 - 2359)
Jumaat - Ahad (2030 - 0200)
b. Hari Kelepasan Am :Tertakluk pada kelulusan YDP/
AJK.
53
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
4036. Semua ahli hendaklah menjelaskan bil masing-masing.
Tidak ada kemudahan kredit di Wisma ini. Tidak dibenarkan
merokok di dalam kawasan lounge.
4037. Sekiranya ahli berada di lounge melebihi jam 2359H, ahli
akan dikenakan bayaran lebih masa (extra duty pay) untuk pelayan.
Bayaran extra duty pay akan ditetapkan oleh AJK WB ATM.
4038. Tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau
minuman luar kecuali dengan persetujuan YDP WB ATM.
4039. Tidak dibenarkan menjual atau membawa minuman keras
dan makanan yang tidak halal di premis ini.
4040. Akhbar harian dan majalah-majalah juga disediakan bagi
kegunaan dan kemudahan ahli. Bahan-bahan bacaan tidak boleh
dibawa keluar dari bilik bacaan.
4041. Ahli yang menggunakan Meja Snooker dan permainan Dart
hendaklah sentiasa bertimbang rasa terhadap ahli lain yang sedang
menunggu untuk bermain. Pastikan ahli patuhi perkara-perkara
berikut:
a. Lampu dan alat penghawa dingin ditutup.
b. Kayu dan bola disimpan.
c. Kebersihan.
d. Tutup Pintu.
54
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
SEKSYEN 7
KEMUDAHAN BILIK KARAOKE
4042. Terdapat 1 bilik karaoke bagi kegunaan ahli. Keutamaan
penggunaan adalah atas dasar siapa cepat dia dapat (first come first
serve basis) hendaklah dilakukan melalui Pejabat Wisma.
4043. Ahli adalah bertanggungjawab terhadap tingkah laku tetamu
mereka dan menentukan tetamu mereka mematuhi undang-undang
Wisma.
4044. Waktu operasi bilik karaoke adalah seperti yang berikut:
a. Isnin hingga Jumaat: 1700H hingga 2359H.
b. Sabtu hingga Ahad: 0800H hingga 2359H.
4045. Ahli akan dikenakan bayaran lebih masa sebanyak
RM 10.00/jam sekiranya penggunaan bilik karaoke melebihi jam
2359H.
4046. Pengguna karaoke boleh menggunakan khidmat minuman
dan sajian yang disediakan oleh lounge. Tidak dibenarkan
membawa makanan dan minuman luar. Semua bayaran tempahan
bilik serta makanan dan minuman adalah secara tunai.
55
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
SEKSYEN 8
KEMUDAHAN GIMNASIUM
4047. Masa operasi kemudahan ini adalah seperti yang berikut:
a. Pagi - 0630H hingga 0900H.
b. Tengah hari - 1245H hingga 1430H.
c. Petang - 1630H hingga 2200H.
4048. Kegunaan gimnasium ini adalah khusus untuk Ahli sahaja.
Ahli perlu membuat tempahan penggunaan gimnasium terlebih
dahulu. Ahli tidak dibenarkan membawa tetamu untuk kemudahan
ini.
4049. Pengguna hendaklah berpakaian yang bersesuaian dan
membawa tuala kecil semasa menggunakan gimnasium.
4050. Tidak dibenar membawa makanan ke dalam gimnasium,
hanya minuman dalam botol atau tin sahaja dibenarkan.
4051. Ahli dikehendaki menghubungi staf teknikal bagi
pengoperasian peralatan-peralatan yang ada di gimnasium.
56
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
4052. Ahli dikehendaki membersihkan dan memulangkan semula
peralatan-peralatan yang digunakan bagi keselesaan pengguna lain.
SEKSYEN 9
KEMUDAHAN BILIK MESYUARAT
4053. WB ATM mempunyai 1 buah bilik mesyuarat yang boleh
digunakan.
4054. Permohonan penggunaan bilik mesyuarat perlu dimajukan
2 minggu sebelum tarikh keperluan. Pengguna perlu menyatakan
keperluan sajian serta alat bantuan lain. Semua pengguna perlu
mematuhi undang-undang Wisma.
4055. Pihak pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
keselamatan harta benda persendirian apabila menggunakan Bilik
Mesyuarat. Tempahan sajian semasa mesyuarat hendaklah
diuruskan oleh pihak penganjur dengan Pengurusan WB ATM.
Bayaran makanan/minuman akan dikenakan kepada pihak
pengguna.
4056. Tiada bayaran bagi sewaan bilik untuk aktiviti rasmi namun
untuk aktiviti swasta/persendirian bayaran akan ditetapkan oleh AJK
WB ATM.
57
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
SEKSYEN 10
KEMUDAHAN BILIK DOBI
4057. WB ATM mempunyai 1 buah bilik mencuci dan 1 bilik
pengering pakaian yang boleh digunakan.
4058. Pihak pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
keselamatan harta benda persendirian apabila menggunakan Bilik
Dobi. Penghuni WB ATM dikehendaki memakai pakaian yang
bersesuaian semasa mencuci dan mengeringkan pakaian. Penghuni
WB ATM dilarang turun ke Bilik Dobi dengan memakai selipar.
4059. Tiada bayaran bagi sewaan bilik untuk aktiviti rasmi namun
untuk aktiviti swasta/persendirian bayaran akan ditetapkan oleh AJK
WB ATM.
SEKSYEN 11
SIMPANAN
58
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
BAHAGIAN 5
PERATURAN-PERATURAN LAIN
SEKSYEN 1
TATATERTIB/DISIPLIN
5001. Yang DiPertua Wisma adalah bertanggungjawab kepada
Penaung dan Penasihat terhadap tatatertib di dalam wisma
keseluruhanya. Beliau dibantu oleh Timbalannya dan AJK Protokol
demi kebaikan dan peraturan di wisma, sungguhpun begitu adalah
menjadi tugas setiap ahli untuk mematuhi setiap peraturan dan
undang-undang wisma.
5002. Lembaga Wisma. Ahli Lembaga Tatatertib Wisma terdiri
daripada.
a. Yang DiPertua - Pengerusi.
b. Naib Yang DiPertua.
c. AJK Protokol.
d. Setiausaha.
59
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
5003. Setiap ahli yang dianggap melanggar atau mengenepikan
peraturan-peraturan/undang-undang wisma ianya akan diambil
tindakan oleh Lembaga Tatatertib Wisma dengan cara menasihatkan
Penaung ke atas hukuman yang diberi kepada yang berkenaan.
Keputusan yang dibuat oleh lembaga tatatertib adalah muktamad.
SEKSYEN 2
PERATURAN PAKAIAN
5004. Pakaian seragam, boleh dipakai di dalam Wisma pada bila-
bila masa sahaja. Pakaian awam iaitu baju 'T' berkolar boleh dipakai
tetapi baju 't' (t'shirt') tidak berkolar (kolar bulat), seluar pendek dan
jeans lusuh tidak dibenarkan setiap masa. Pakaian sukan tidak boleh
dipakai di dalam wisma selepas jam 1830.
5005. Pemakaian kasut hendaklah disertakan (pakai) sarung kaki
(sock) melainkan jika mendapat kebenaran dari Pegawai Perubatan.
Selipar atau sepertinya tidak dibenarkan di mana-mana bahagian
di dalam wisma.
5006. Pakaian kepala (head dress) atau baju hujan tidak
dibenarkan dipakai ke dalam wisma dan ianya hendaklah disimpan
di tempat yang bersesuaian.
60
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
5007. Tali pinggang pakaian kerja boleh dipakai di dalam wisma,
dengan kemas tetapi ianya hendaklah dipakai dengan betul
(property buckled) pada setiap masa.
5008. Pemakaian semasa berada di Wisma mulai jam 1830 adalah
kasual.
5009. Ahli dan tetamu wanita adalah dilarang memakai seluar
pendek, baju ‘T’ tidak berlengan, seluar legging serta pakaian yang
menjolok mata.
5010. Semua ahli dan tetamu yang berada di kawasan WB ATM
perlu berpakaian kemas sebilang masa.
5011. Pakaian kasual di WB ATM adalah seperti yang berikut:
a. Pegawai Waran/PTTK Lelaki.
(1) Baju berkolar berlengan panjang atau
pendek.
(2) Seluar slack/khaki/jean yang tidak lusuh.
(3) Bertali pinggang.
(4) Memakai sarung kaki dan kasut bertutup.
61
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
b. Pegawai Waran/PTTK Wanita.
(1) Pakaian yang sopan.
(2) Memakai kasut bertutup.
5012. Wisma ini mempunyai peraturan berpakaian seperti yang
berikut:
a. Pakaian kerja mengikut perkhidmatan masing-
masing pada hari bekerja.
b. Ahli yang bercuti atau pengunjung perlu berpakaian
kemas.
c. Track suit dan t-shirt hanya dibenarkan sehingga
jam 1830H.
d. Semua ahli perlu berpakaian kemas pada waktu
makan malam.
e. Seluar jean lusuh dan koyak tidak dibenarkan
pemakaiannya di dalam kawasan Wisma ini.
f. Ahli-ahli Tinggal Luar dan keluarga yang
mengunjungi Wisma ini perlu berpakaian sopan.
g. Sandal dan selipar tidak boleh dipakai di dalam
kawasan Wisma kecuali semasa pergi dan balik masjid.
62
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
SEKSYEN 3
PERATURAN MELETAK KENDERAAN
5013. WB ATM mempunyai 72 ruang tempat letak kenderaan dan
pecahannya seperti yang berikut:
a. Kereta
(1) Terbuka : 36 buah
(2) Terbuka (OKU) : 2 buah (Portable Stand)
b. Motosikal
(1) Terbuka : 34 buah
5014. Ahli-ahli dan pengunjung dikehendaki meletakkan
kenderaan persendirian di tempat letak kenderaan yang dibenarkan
sahaja. Ahli-ahli dan pengunjung dikehendaki mematuhi peraturan
berikut:
a. Ahli dan pengunjung tidak dibenarkan membawa
kenderaan persendirian ke dalam kawasan Wisma apabila
tempat letak kenderaan telah penuh. Ahli dan pengunjung
yang meletak kenderaan di luar kawasan Wisma perlu
berjalan kaki ke Wisma.
63
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
b. Ahli dan pengunjung tidak dibenarkan meletakkan
kenderaan di kiri dan kanan bahu jalan raya di luar kawasan
Wisma. Jika didapati melanggar peraturan ini kenderaan
mereka boleh menyebabkan disita oleh penguatkuasa
awam.
c. Ahli Tinggal Dalam yang berkursus, menyertai misi
dan penugasan luar yang melebihi 6 bulan tidak dibenarkan
meletakkan kenderaan di dalam kawasan Wisma. Sekiranya
melanggar peraturan ini, kenderaan mereka akan dialihkan
ke satu tempat lain menggunakan kenderaan penunda dan
kos akan ditanggung sepenuhnya oleh ahli berkenaan.
d. YDP Wisma berhak untuk membatalkan pemberian
tempat letak kenderaan apabila mendapati ahli-ahli yang
menginap di Wisma tidak aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan serta didapati mempunyai hutang tertunggak
yang tinggi.
e. Setiap kenderaan yang diletakkan di dalam
perkarangan wisma hendaklah di dalam kedudukan reverse
parking.
SEKSYEN 4
KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
5015. Kawasan-kawasan larangan di WB ATM adalah seperti yang
berikut:
64
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
a. Ahli Tinggal Dalam.
(1) Semua kawasan pejabat wisma selepas
waktu bekerja.
(2) Stor-stor peralatan/rangsum.
(3) Kawasan dapur/rumah masak.
(4) Dewan Makan selepas tamat waktu makan.
(5) Bilik rehat staf Wisma.
(6) Bilik-bilik karaoke sebelum dan selepas
waktu operasi.
(7) Gimnasium sebelum dan selepas waktu
operasi.
(8) Kawasan Dewan Bankuet/Dewan Makan
apabila tiada majlis atau waktu makan telah tamat.
(9) Lain-lain kawasan yang akan dimaklumkan
dari masa ke semasa.
(10) Kawasan bilik penginapan wanita.
b. Tetamu. Semua kawasan di WB ATM adalah
kawasan larangan kecuali di tempat majlis yang dihadiri.
65
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
SEKSYEN 5
PENJIMATAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DAN AIR
5016. WB ATM beroperasi selama 24 jam sehari. Justeru,
penggunaan elektrik dan air akan digunakan berterusan bagi
memastikan operasi harian berjalan lancar.
5017. Semua penghuni dan staf dikehendaki menggunakan
elektrik dan air mengikut keperluan minimum. Langkah jimat cermat
perlu diamalkan agar tiada berlaku pembaziran. Tindakan berikut
perlu dilaksanakan:
a. Pastikan paip air ditutup apabila meninggalkan bilik
penginapan dan tempat bekerja.
a. Matikan suis lampu apabila tidak digunakan.
c. Pastikan alat penghawa dingin dimatikan apabila
meninggalkan bilik penginapan dan tempat bekerja.
SEKSYEN 6
KAWASAN LARANGAN MEROKOK
5018. Seluruh kawasan dalam Bangunan Wisma adalah kawasan
larangan merokok.
66
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
5019. Namun terdapat kawasan yang dibenarkan merokok seperti
yang berikut iaitu Luar kawasan Wisma yang terdapat bekas habuk
rokok.
SEKSYEN 7
PERJUDIAN
5020. Semua jenis perjudian diharamkan di dalam wisma.
SEKSYEN 8
PENCEGAHAN KEBAKARAN
5021. Ahli Wisma hendaklah memahami segala peraturan dan
langkah keselamatan kebakaran yang di keluarkan.
5022. Langkah pencegahan terhadap kebakaran seperti berikut:
a. Tempat habuk rokok hendaklah digunakan.
b. Puntung rokok yang masih menyala jangan sekali-
kali dibuang di tandas.
c. Sentiasa berhati-hati apabila menggunakan api.
67
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
d. Alat penghawa dingin, radio, tv dan seterika elektrik
hendaklah dimatikan selepas digunakan.
5023. Penggunaan alat-alat elektrik yang tidak diiktiraf dan
pemasangan wayar-wayar secara sendirian adalah dilarang sama
sekali. Contoh: Soket plug 3 pin, pemanas air dan sebagainya.
SEKSYEN 9
KESELAMATAN WISMA
5024. Keselamatan adalah tanggungajwab semua ahli wisma.
Selepas waktu kerja, lampu keselamatan hendaklah dipasang.
5025. Lampu koridor di depan dan di sekeliling wisma juga
hendaklah dipasang sepanjang malam.
5026. Menjadi tanggungjawab Petugas WB ATM atau ahli yang
terakhir hendaklah menentukan wisma dalam keadaan bersih dan
selamat.
5027. Barang yang dijumpai seperti beg duit, jam dan lain-lain
hendaklah diserahkan kepada Penolong Pengurus Wisma/Penyelia
Wisma untuk menentukan barang tersebut dikembalikan kepada
pemiliknya.
68
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
SEKSYEN 10
IKRAR TAAT SETIA KEPADA WISMA
5028. Bagi memperkukuhkan lagi undang-undang dan peraturan-
peraturan WB ATM, setiap ahli dikehendaki melafazkan Ikrar Taat
Setia Kepada Wisma semasa menyertai Kursus Induksi Bintara
Muda.
5029. Kepada ahli yang telah menyertai Induksi di wisma lain, Ikrar
Taat Setia Kepada Wisma ini harus diketahui dan dizahirkan. Ikrar
Taat Setia Kepada Wisma seperti di Kembaran H.
SEKSYEN 11
SIMPANAN
69
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
1
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
KEMBARAN A KEPADA
UNDANG-UNDANG WB ATM
UNDANG-UNDANG (PERATURAN) BERHUBUNG
DENGAN PEMBERIAN KEAHLIAN KEHORMAT
AM
1. Pemberian sebagai ahli kehormat Wisma hanya diberi
kepada orang awam yang mempunyai kehendak yang sama seperti
berikut:
a. Di atas cadangan dan sokongan seseorang Ahli
Tetap.
b. Yang dipelawa oleh Wisma.
2. Seseorang Ahli Tetap yang telah menjadi ahli Wisma
berterusan selama tidak kurang dari enam bulan, boleh
mencadangkan dan menaja bagi seseorang itu untuk menjadi Ahli
Kehormat Wisma. Semua cadangan dan tajaan hendaklah disokong
oleh seorang Ahli Tetap yang telah menjadi ahli Wisma tidak kurang
dari enam bulan.
3. Permohonan untuk menjadi Ahli Kehormat hendaklah dibuat
oleh pencadang/penaja di dalam tiga salinan di atas borang khas
yang mana boleh didapati dari pejabat Wisma. Borang yang telah
diisi beserta dengan dua keping gambar berukuran pasport orang
yang berkenaan (yang akan menjadi ahli) hendaklah dimajukan
kepada Setiausaha Wisma untuk tindakan selanjutnya.
A-1
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
4. Selepas mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Yang
Dipertua Wisma selaku Presiden Wisma akan membawa perkara
tersebut di dalam Mesyuarat Agung Wisma, di mana 2/3 sokongan
suara menyokong perlu diperolehi. Permohonan yang disokong
kemudiannya akan dibawa kepada Pegawai Memerintah selaku
Penaung Wisma sebagai maklumat.
5. Sebelum Mesyuarat Agung diadakan satu salinan
permohonan tersebut akan dipamerkan di papan kenyataan Wisma
untuk pengetahuan semua ahli. Sekiranya terdapat apa-apa
penentangan (tidak setuju) ke atas permohonan berkenaan oleh
seseorang ahli, ianya boleh dibuat secara bersurat kepada YDP
dengan cara memberi semua butiran serta sebab-sebab, seboleh-
bolehnya penentangan tersebut disokong oleh seorang ahli
sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mesyuarat berkenaan.
6. Setelah permohonan diluluskan, individu yang berkenaan
akan diberitahu secara bersurat oleh pihak Wisma untuk menjadi
Ahli Kehormat seterusnya. Sekiranya jemputan tersebut diterima,
secara kebiasaannya individu berkenaan akan dijemput untuk
diperkenalkan kepada ahli-ahli Wisma dalam suatu Majlis Suaikenal.
7. Seberapa ramai ahli hendaklah dijemput dalam perjumpaan
pertama/suaikenal ini dan upacara ini dilakukan semasa suatu majlis
‘happy hours’.
8. Setelah keahlian diterima, nama-nama Ahli Kehormat
hendaklah dimasukkan ke dalam buku keahlian kehormat yang
A-2
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
mana dipegang oleh Setiausaha Wisma. Nama-nama mereka akan
dipamerkan di Papan Kenyataan Keahlian Kehormat dan dalam bar,
salinan pertama permohonan yang telah diluluskan beserta dengan
gambarnya terlekat kepadanya seperti contoh di Lampiran 1 kepada
Kembaran A yang telah ditandatangani oleh Yang Dipertua Wisma
akan diberi kepada Ahli Kehormat berkenaan sebagai
tanda/pengesahan keahlian.
9. Keahlian Ahli Kehormat hanya sah untuk satu tahun sahaja
dan ianya terpaksa diulangkaji/diperbaharui oleh Ahli Jawatankuasa
Wisma sekali dalam setahun. Sekiranya seseorang ahli akan
diberitahu secara bertulis kepada Ahli Kehormat. Sekiranya
seseorang Ahli Kehormat itu ingin keluar dari menjadi ahli, ianya
hendaklah memberitahu Yang Dipertua secara bertulis dengan
menyertakan kad keahllian.
KEISTIMEWAAN (PRIVILEGE)
10. Ahli-ahli Kehormat beserta isteri adalah berhak mendapat
setiap keistimewaan atau kemudahan yang terdapat semasa keraian
(functions) yang mana kehadiran mereka (jika diperlukan) adalah
dijemput. Ahli Kehormat boleh membawa seorang tetamu ke Wisma
pada masa-masa tertentu sahaja dan mestilah bertanggungjawab ke
atas tatacara pakaian dan tingkah laku tetamunya.
A-3
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
LAMPIRAN 1 KEPADA
KEMBARAN A KEPADA
UNDANG-UNDANG WB ATM
SPECIMEN OF MEMBERSHIP CERTIFICATE
TO BE ISSUED TO HONORARY MEMBERS
OF MALAYSIAN ARMED FORCES SENIORATE MESS
OUTER
CONDITIONS
1. THIS CERTIFICATE IS ISSUED SUBJECT TO MALAYSIAN ARMED
THE RULLES AND CONDITIONS OF FORCES SENIORATE
MALAYSIAN ARMED FORCES SENIORATE
MESS. MESS KUALA
LUMPUR
2. THIS CERTIFICATE IS VALID TO THE
HOLDER ONLY AND IS NOT
TRANSFERABLE.
3. THIS CERTIFICATE IS TO BE PRODUCED
UPON DEMAND BY ANY MEMBER OF
SENIORATE MESS OR MESS STAFF.
4. THIS CERTIFICATE ENTITLES THE BEARER
ONLY TO SUCH PRIVILEGES IN THE MESS
AS PROVIDED IN THE MESS RULES.
5. THIS CERTIFICATE IS VALID FOR ONE
YEAR ONLY FROM THE DATE OF ISSUE.
6. THIS CERTIFICATE IS TO BE RETURENED
TO SENIORATE MESS WHEN EXPIRED OR
NO LONGER REQUIRED.
NOTE
THIS IS A MEMBERSHIP CERTIFICATE MEMBERSHIP
VALID TO MALAYSIAN ARMED FORCES
SENIORATE MESS ONLY. IT IS NOT A PASS CERTIFICATE
OR PERMIT NOT DOES IT ENTITLE THE SERIAL NO:……………
BEARER ENTERING ANY MILITRY CAMPS,
ESTABLISHMENTS OR OTHER MESSES
A1-1
TERHAD
TERHAD WB ATM
UNDANG-UNDANG & PERATURAN
INNER
THE BEARER, WHOSE PARTICULARS
PHOTO APPEAR HEREIN, IS AN EX-
SERVICE/HONNORARY MEMBER IF
MALAYSIAN ARMED FORCES SENIORATE
MESS
NAMA:………………………………………..
ENRIC NO:…………………………………..
EX SVS NO:…………………………………
OCCUPATION:……………………………….
………………………………………………….
PRESIDENT MALAYSIAN ARMED FORCES
SENIORATE MESS
DATE:…………………………………………
A1-2
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
LAMPIRAN 2 KEPADA
KEMBARAN A KEPADA
UNDANG-UNDANG WB ATM
APPLICATION FOR THE GRANT OF HONORARY MEMBERSHIP
Note: Both the proposer and seconder must have been a member
continuously of the Mess for six months or more.
PROPOSER
1, Reg No: . Rank: Name:
Who have been a member of Malaysian Armed Forces Seniorate
Mess since
Home address: Tel No :
Office address : Tel No:
As honorary Member of the Mess and that ti the best of my
knowledge he has not been Banned/barred from any messes. I
futher stand as guarantor and will accept responsibility in respect of
him. He is honorary member of
Date:
Signature of Proposer
Note: If the application is approved, the proposed honorary
member is required or provide two passport size photos for issue of
membership card.
SECONDER
I, Regt No: Rank: Name:
second the above application and proposal. I have been a members
since.
Date:
Signature of Proposer
A2-1
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
FOR MALAYSIAN ARMED FORCES SENIORATE MESS USE
Honorary membership is approved/NOT approved. (If not approved,
state reasons)
Date:
Signature of MC
I agree/DO NOT agree to the proposed person becoming an
honorary member of Malaysian Armed Forces Seniorate Mess.
Date:
Signature of Presint
NOTE
Three (3) copies of this from are to be completed and handed over to
the Mess secretary. The second copy of this form is to get displayed
on the mess notice board for a period of 14 days.
A2-2
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
KEMBARAN B KEPADA
UNDANG-UNDANG WB ATM
PECAHAN YURAN BULANAN
WISMA BINTARA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
KOD KETERANGAN JUMLAH
RM 3.00
A01 Am RM 1.00
RM 1.50
A02 Senggaraan RM 1.50
RM 7.00
A03 Hiburan
A04 Keraian
Jumlah (Tidak termasuk Simpanan Tetap)
Nota: Bagi ahli yang bertukar masuk ke WB ATM tambahan
sebanyak RM 5.00 bagi tujuan simpanan selama 24 bulan.
B-1
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
KEMBARAN C KEPADA
UNDANG-UNDANG WB ATM
CARTA ORGANISASI
WISMA BINTARA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
PENAUNG
PEG MEM KEM KEMENTAH
PEGAWAI PENJAGA PENASIHAT WISMA
AKAUN WISMA (SMR ATM, SMR TD,
PW TLDM, PW TUDM)
PENASIHAT PROTOKOL
(SMR ISTIADAT ATM)
YANG DIPERTUA
(Akan Dilantik Peg Mem Kem KEMENTAH Setelah Dipersetujui Peng Sek MK ATM)
AHLI JAWATANKUASA KUMPULAN PENGURUSAN
(Kembaran D) (Kembaran E)
C-1
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
KEMBARAN D KEPADA
UNDANG-UNDANG WB ATM
CARTA ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA
WISMA BINTARA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA (TD, TLDM & TUDM)
PROTOKOL (TD, TLDM & TUDM)
SETIAUSAHA (TD, TLDM & TUDM)
BENDAHARI
KERAIAN SAJIAN SUKAN AGAMA
SENGGARAAN HARTA LANSKAP
D-1
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
LAMPIRAN 1 KEPADA
KEMBARAN D KEPADA
UNDANG-UNDANG WB ATM
BIDANG TUGAS
1. PEGAWAI PEMEGANG AKAUN WISMA
a. Beliau adalah bertanggungjawab kepada Penaung
untuk pengawasan akaun dan tabung simpanan Wisma.
b. Seringkali membuat pemeriksaan menentukan wang
tunai yang digunakan oleh Bendahari adalah betul dan
ekonomik dan diperkirakan. Rekod bagi pemeriksaan yang
dijalankan hendaklah disimpan oleh Bendahari, yang
menunjukkan tarikh baki tunai yang ada.
c. Menandatangani buku yuran bulanan (Mess Bill)
pada penghujung bulan, sebagai pengesahan jumlah wang
yang telah diterima pada bulan tersebut.
d. Memaklumkan kepada Pegawai Memerintah Kem
Kementah sebarang akaun yang terbengkalai dan
melaporkan kepadanya nama-nama ahli yang masih
menghadapi masalah pembayaran bil Wisma mereka yang
masih belum dibayar dalam masa tujuh (7) hari masa
pembayaran.
D1-1
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
e. Menentukan semua bil-bil dan invois yang perlu
dibayar adalah disahkan benar dan menandatangani semua
resit pembayaran yang dibelanjakan bagi pihak wisma.
2. PENASIHAT WISMA
a. Bertanggungjawab untuk mengatur nama-nama
nominal bulanan Pegawai Waran/PTT Kanan dalam
Bahagian/Markasnya, menunjukkan pendatang-pendatang
baru, peninggalan dan mereka yang baru dinaikkan pangkat
ke Pemangku Sarjan.
b. Untuk menjadi ahli Lembaga Disiplin apabila
dipanggil oleh Setiausaha Lembaga Disiplin.
c. Menentukan/memastikan Bendahari Wisma untuk
mendapatkan balik hutang-hutang Wisma dari ahli-ahlli yang
tidak membayar dalam Bahagian/Markasnya.
d. Bertindak sebagai Penasihat kepada AJK Wisma
bagi membantu pentadbiran Wisma sebagai contoh hal-hal
yang berkaitan dengan majlis keraian rasmi Wisma.
3. YANG DIPERTUA WISMA
a. Bertanggungjawab kepada Pegawai Memerintah
berhubung dengan pengurusan, tatatertib dan perjalanan
Wisma termasuk juga Jawatankuasa Wisma.
D1-2
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
b. Mengeluarkan undang-undang Wisma kepada ahli-
ahli wisma yang baru dan menentukan satu salinan
hendaklah dipamerkan di mana-mana dalam wisma.
c. Bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat
kepada AJK-AJK Wisma dan menentukan Buku Minit yang
telah disahkan dimajukan kepada Pegawai Memerintah Kem
untuk ulasan/kelulusan.
d. Menentukan AJK-AJK Wisma sentiasa berwaspada
dengan tugas-tugas mereka khasnya, supaya jawatankuasa
dapat mengatur pendapat dan perbelanjaan pelbagai jenis
akaun tiap-tiap satu menunjukkan keuntungan yang kecil.
e. Memeriksa dengan teliti Penyata Kira-Kira Bulanan
yang dilakukan oleh Bendahari dan menentukan yang ianya
akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Wisma yang
akan datang.
f. Bertanggungjawab menyimpan dengan selamat dan
menjaga Buku Harta Benda dengan betul.
g. Memasukkan dan menandatangani dengan dakwat
merah sebagai butir-butir buku stok Bar untuk minuman
ringan dan tembakau dan lain-lain lagi yang digunakan oleh
tetamu Wisma sebagai membazir atau hilang ataupun
dibelanjakan sebagai tanda kesyukuran kepada
D1-3
TERHAD
TERHAD
UNDANG-UNDANG & PERATURAN WB ATM
perdagangan dan sebagai bagi kegunaan menyokong
perkara-perkara yang dimasukkan ke dalam petak yang
tertentu di dalam Buku Stok Bar.
h. Menandatangani surat-surat berkaitan pentadbiran
atau permohonan bagi tujuan kelancaran aktiviti wisma.
i. Bertindak sebagai Pengerusi di dalam semua jenis
mesyuarat (Mesyurat Agung/Mesyuarat Ahli
Jawatankuasa/Mesyuarat Luar Biasa) dan mewakili wisma di
dalam apa jua perjanjian/urusan luar kecuali perkara-perkara
yang telah ditetapkan. Ketiadaan YDP, segala urusan akan
diambilalih oleh NYDP Terkanan.
j. Bertanggungjawab keatas perjalanan Kursus Induksi
bagi Ahli-ahli Baru Wisma Bintara mengikut arahan semasa
dan peraturan yang telah ditetapkan. YDP juga mempunyai
kuasa sekiranya terdapat program yang dijalankan
bertentangan dengan arahan dan peraturan semasa
terutama melibatkan salahlaku, penderaan kutipan wang
yang tidak sah serta berlebihan kepada ahli-ahli baru Wisma
Bintara.
4. NAIB YANG DIPERTUA WISMA
a. Membantu YDP Wisma di dalam menjalankan
tugas-tugas. Semasa ketiadaan YDP, beliau adalah
dikehendaki mengambil alih semua tanggungjawab YDP.
D1-4
TERHAD