MODUL MENJADI PENDIDIK
PAKK YANG PROFESIONAL
Disediakan oleh: NOR FAUZIAN KASSIM, Ph.D
[email protected] +6019 4784033
TAJUK 1
LANGKAH PERTAMA
KONSEP DAN DIMENSI
PROFESIONALISME
PROFESION
• Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang
berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas
yang cukup bermutu.
• Contoh: keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling,
kejuruteraan dan perniagaan.
KONSEP PERGURUAN DAN KEGURUAN
• Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya.
• Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaita
dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.
KONSEP PROFESION PERGURUAN DAN KEGURUAN
• Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
• Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama
tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat.
KEGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION
Pekerjaan penting
Bersifat autonomi
Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas
Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan
Mengutamakan perkhidmatan
KEGURUAN BUKAN SATU PROFESION
• Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza
• Kuasa Kesatuan
• Keseragaman ahli Kesatuan
• Kuasa Autonomi
• Bidang ikhtisas yang lain
KONSEP PROFESIONAL DAN BUKAN PROFESIONAL
Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan.
• Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan
sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih,
murid dan sebagainya.
• Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA
YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan
peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.
• maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
• profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan
tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.
Keguruan dalam konsep profesional
• mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan.
• mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar
dalam bilik darjah.
• menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai
panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya.
• pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada
individu dan negara.
• guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.
Keguruan dalam konsep bukan profesional
• pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja.
Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang
keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia
menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak
semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja,
tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan
sebagainya.
• kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan
tidak banyak persaingan.
• autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan
tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir
sekolah.
• kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru
daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh kesatuannya.
• bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru.
Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai
matlamat penubuhan mereka yang berbeza.
REFORMASI PENDIDIKAN
• pengurusan & kepimpinan autokratik kepada demokratik
• perkhidmatan rutin kepada penyayang
• berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar
• berpusatkan ilmu kepada bersepadu
• bahasa merentas kurikulum
• sains dan teknologi merentas kurikulum
• nilai merentas kurikulum
• pendidikan alam sekitar (kitar semula)
• kajian masa depan
• J-QAF/ IQRA’/ PRATAHFIZ
PENDIDIK & PAKAR RUJUK
• Berpengetahuan luas dan berpengalaman
- menguasai bidang dengan mahir
- menguasai kaedah dan teknik p & p
• Guru pakar & guru cemerlang
- perkongsian ilmu dan pengalaman
- perkongsian kepakaran & maklumat
- menulis, berkarya, menghadiri seminar &
persidangan
- menghayati kecerdasan emosi ( EQ ); Spiritual (SQ)
- belajar secara berterusan / sepanjang hayat
menambah ilmu pengetahuan & kemahiran
TAJUK 2
PERSONAL DALAM
PAKK
CIRI-CIRI DAN
PERANAN PENDIDIK
CIRI-CIRI PENDIDIK
Berpengalaman dalam bidang pendidikan dan
berkemahiran dalam pembelajaran dan perkembangan
kanak-kanak
Berpengetahuan dalam bidang pengasuhan dan
perkembangan kanak-kanak
Memahami keperluan dan psikologi kanak-kanak
Ciri-ciri pendidik
• Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.
• Banyak menggunakan keupayaan intelek.
• Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa
menjalankan tugas.
• Mendapat latihan khusus.
• Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.
• Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
• Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion
tersebut.
• Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.
Kebolehan Intelek / minda
• Menanam sifat ingin tahu - kebolehan intelek akan kekal di dalam
diri sekiranya setiap guru menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin
tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri
dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi
sukatan kurikulum, mahupun kaedah mengajar.
Minat dan suka membaca
• Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah
pelbagai ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam
pelbagai bidang memberi keyakinan kepada guru untuk
menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
• Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di
antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu,
sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti
profesion guru.
• Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi kualiti pengajaran
yang menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru
kerana mengajar merupakan “core business” guru terhadap
pelajar.
• Perlulah menguasai pengetahuan tentang teori-teori
pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran
tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran
Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran
Humanis, dan Teori Pembelajaran Konstruktivis.
• Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion
keguruan.
• Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa
ke semasa.
• Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang
sesuai dengan ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.
• Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal .
• mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung
dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan pihak pengurusan
sekolah.
PERANAN PENDIDIK
• Memahami perkembangan-perkembangan ataupun pertumbuhan
kanak-kanak.
• MMeEnMyeAdSiaTkIaKnApNenKgaElaSmEaLnAyManAgTsAeNlarKasAdNeAngKa-nKpAeNriAngKkat
perkembangan kanak-kanak
• Sebagai contoh perkembangan pemikiran, kanak-kanak boleh
memahami barang-barang yang wujud yang tidak mengandungi
undur-undur pengekalan.
• Semua mesti.seimbang dalam setiap perkembangan kanak-kanak
MEMASTIKAN KESELAMATAN KANAK-
KANAK
• Menyediakan suasana yang dapat memenuhi keperluan emosi dan fizikal
k•anKaeks-kealnaamk.atan kanak-kanak dari segi fizikal dan psikologikal.
• T•unGjuukrkuanpesirfalut kmaseihngsaaywanags,i tkinagnkakhl-akkaunleamk adhi lpeumsbautt,prriaansgekdoalnaha.ktif,
b•erKmeuskealammaantisa,nmeknagngaunka-kkaannnaakdadsiuruaraanyganmgelulankauk kapaanbkilaegbieartcaankap
• Peralutaaudpausnifabt-esrifmatakieni.buan.
• Berikan kasih sayang sebagaimana diberikan ibu bapa.
• Menjalankan tugas-tugas asas ibubapa.
MEMUPUK PERKEMBANGAN SEIMBANG KANAK-KANAK
• Memahami perkembangan-perkembangan ataupun pertumbuhan
kanak-kanak.
• Menyediakan pengalaman yang selaras dengan peringkat
perkembangan kanak-kanak
• Sebagai contoh perkembangan pemikiran, kanak-kanak boleh
memahami barang-barang yang wujud yang tidak mengandungi
undur-undur pengekalan.
• Mesti seimbang dalam setiap perkembangan kanak-kanak
MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI AHLI DALAM MASYARAKAT
•Berhubung dengan masyarakat
–menyampaikan penerangan pendididkan prasekolah
•Menyertai aktiviti yang dianjurkan masyarakat.
•Melahirkan perasaan penuh simpati,hormat -menghormati dan
bertimbang rasa terhadap ibu bapa.
•Mengetahui dan memahami kanak-kanak di bawah jagaannya-bukan
hanya individu dalam satu keluargatetapi juga dalam masyarakat.
•Boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat di tempat guru bertugas.
•Melahirkan sikap bertimbang rasa dan jujur terhadap orang lain.
MEMUPUK PERKEMBANGAN SEIMBANG KANAK-KANAK
• Memahami perkembangan-perkembangan ataupun pertumbuhan
kanak-kanak.
• Menyediakan pengalaman yang selaras dengan peringkat
perkembangan kanak-kanak
• Sebagai contoh perkembangan pemikiran, kanak-kanak boleh
memahami barang-barang yang wujud yang tidak mengandungi
undur-undur pengekalan.
• Setiap perkara haruslah seimbang dalam setiap perkembangan kanak-
kanak
TAJUK 3
DUNIA PAKK
GARIS PANDUAN
PENUBUHAN PUSAT PAKK
KATEGORI PREMIS
• Di tapak khas yang telah didirikan bangunan.
• Di tapak khas yang belum didirikan bangunan.
• Di tempat kerja/ institusi/ bangunan perniagaan dan bangunan
berintegrasi dengan kemudahan masyarakat.
• Di kawasan kediaman (dengan syarat-syarat tertentu).
CIRI-CIRI PERSEKITARAN
• Mestilah dilengkapi dengan kemudahan seperti kawasan yang
lapang dan tempat bermain kepada anak-anak.
• Perlu menyediakan bahan dan peralatan pembelajaran yang
sesuai. Pemilihan bahan dan peralatan di sudut-sudut
pembelajaran perlu mengambilkira tahap umur dan
perkembangan kanak-kanak. Bahan dan peralatan yang menarik
dan sesuai dengan keupayaan kanak-kanak menggunakannya
dalam pelbagai aktiviti dapat meningkatkan perkembangan
kognitif.
• Persekitaran yang menceriakan dan mesra dapat menjamin
perkembangan efektif dan estetika kanak-kanak.
PERANCANGAN TAPAK
• Pematuhan Rancangan Pemajuan
• Hendaklah selaras dengan cadangan dan strategi
pembangunan RT dan RKK
• PBT boleh mengenakan syarat penyediaan tapak khas kepada
pemaju semasa permohonan Kebenaran Merancang jika tapak
khas tidak dikenalpasti oleh RT / RKK.
• Nisbah penyediaan Tadika dan TASKA mengikut bilangan unit
rumah – 1 Tadika dan 1 TASKA bagi 200 unit rumah.
• Lokasi dan keadaan tapak yang sesuai seperti tidak melakukan
pada tempat yang merbahaya dan berisiko akan berlakunya
bencana.
REKA BENTUK BANGUNAN
• Keluasan Ruang Lantai Minimum:
Tadika
• Minimum 15kp (1.4mp) bagi setiap kanak-kanak atau 1,786kp
(166mp);
• Maksimum 25 kanak-kanak bagi setiap kelas.
TASKA
• Minimum 26.9kp (2.5m) bagi setiap kanak-kanak di rumah;
• Minimum 37.6kp (3.5m) bagi setiap kanak-kanak di institusi,
tempat kerja dan TASKOM.
• Reka bentuk sejagat (universal design).
• Jalan keluar dan tangga kecemasan bagi bangunan 2 tingkat atau di
aras pertama.
• Pencahayaan dan pengudaraan semulajadi.
• Material dan kemasan dalaman dari bahan yang tidak merbahaya
dan mengikut had ketinggian kanak-kanak.
PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA
(BARU/PENDAFTARAN SEMULA)
• Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada
harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran
Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM
• Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan
• Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu
Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta
Jabatan Kesihatan
• Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD
yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas
nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
• Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD
• Permohonan dikemukakan ke JKMN
• Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN
• Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)
• Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya
• Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun
dikeluarkan :
IMPLIKASI PELAKSANAAN
• Dilaksanakan melalui Unit Pusat Setempat (OSC), PBT supaya pemaju
mematuhi garis panduan ini semasa permohonan Kebenaran
Merancang dan Pelan Bangunan. Oleh itu, proses kerja di OSC perlu
mengambil kira senarai semak yang telah diseragamkan.
• Agensi teknikal yang berkaitan masih bertanggungjawab di dalam
operasi dan pemantauan.
IMPLIKASI PERUNDANGAN
Akta dan peraturan yang berkaitan perlu diselaraskan bagi:
• Proses pendaftaran;
• Fi pendaftaran; dan
• Perihal tanah (Tadika dan TASKA sebagai institusi dan bukannya
perniagaan).
TAJUK 4
KONSEP KELAS PAKK
FLIPPED CLASSROOM
KONSEP FLIPPED CLASSROOM
• Flipped Classroom adalah kaedah pedagogi yang menyonsangkan
amalan PdP biasa di mana penyampaian atau pencarian maklumat
baharu berlaku di luar waktu PdP, manakala aktiviti berpusatkan
murid berlaku secara aktif di dalam kelas.
KONSEP FLIPPED CLASSROOM YANG AKAN MEMASTIKAN CADANGAN
BERIKUT DILAKSANAKAN:
• Guru diberikan latihan yang berfokus kepada pelaksanaan P&P
berpusatkan murid dan aktiviti.
• Murid diberikan lebih banyak ruang dan peluang untuk membuat
penerokaan. Mereka melakukan aktiviti mengikut kemampuan
individu serta minat. Aktiviti yang dirancang guru adalah berbentuk
tugasan hands-on experiences supaya murid lebih memahami apa yang
mereka belajar.
• Ruang pembelajaran memerlukan penyusunan bahan bantu mengajar dan
peralatan pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian mengikut tema/topik.
Dekorasi yang tidak menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan aktiviti
tidak perlu diadakan.
• Aplikasi kaedah yang bersepadu dalam memastikan objektif dan matlamat
KSPK dicapai.
• Pembantu Pengurusan Murid perlu lebih aktif dalam mengawal selia murid
semasa pelaksanaan P&P.
KENAPA FLIPPED CLASSROOM?
• Meningkatkan kualiti pembelajaran supaya standing di peringkat gobal
• Meningkatkan suasana pdp yang lebih kondusif
• Meningkatkan kualiti pendidikan
• Menyediakan model kelas prasekolah yang berpusatkan murid dan pembelajaran abad 21
• Menggalakkan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran
• Tempoh pdp boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman murid melalui aktiviti
pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan
• Guru boleh mentaksir murid semasa dan selepas aktiviti berlaku berdasarkan proses dan
hasil akhir aktiviti
• Penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran berlaku dengan aktif
OBJEKTIF
• Meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah.
• Menyusun susun atur kelas prasekolah yang berfokuskan murid dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
• Menyediakan satu model pembelajaran yang berfokus kepada minat dan
kecenderungan murid.
• Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menerusi kemahiran
berbahasa melalui aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
• Mempraktiskan pembelajaran yang menyeronokkan dengan aplikasi kaedah
belajar melalui pendekatan bersepadu iaitu bermain, kerja kumpulan,
penerokaan dan berteraskan projek.
• Meningkatkan kemahiran psikomotor murid melalui aktiviti yang aktif dan
menyeronokkan.
CIRI-CIRI FLIPPED CLASSROOM
• Menggunakan ICT
• Mudah alih
• Cat berwarna pastel
• Mempunyai ruang pusat pembelajaran
• Berpusatkan murid
• Bercirikan STEM
• Bercirikan KBAT
PDP FLIPPED CLASSROOM PRASEKOLAH
Sebelum Semasa Selepas
Perancangan sistematik Interaksi secara interaktif Refleksi pdp yang konsisten
Pdp memberi ruang dan Mendengar idea murid Maklumat pentaksiran untuk
peluang untuk murid berfikir menambah baik pdp
Merangsang minat dan rasa
Persekitaran kelas yang ingin tahu
sesuai dan berkesan
Mentaksir murid secara
Perbincangan dengan berterusan
mentor komunikasi
KELEBIHAN FLIPPED CLASSROOM
• Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama
rakan
• Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif
• Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar
• Menggalakkan 'independent learning‘
• Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu
• KBAT dalam STEM menerusi kemahiran berbahasa
• Pdp lebih menyeronokkan
• Guru lebih kreatif dan berinovasi dalam pdp
TAJUK 5
BAGAIMANA?
KONSEP PENGURUSAN
MAKSUD PENGURUSAN:
Pengurusan adalah proses perancangan, penyusunan,
pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai
matlamat organisasi. Hal ini juga, untuk mencapai matlamat
yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya untuk sesuatu
organisasi.