The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nor fauzian, 2021-05-13 22:47:20

MODUL 1 PROFESIONALISME PENDIDIK PAKK

MODUL 1 PROFESIONALISME PENDIDIK PAKK

FUNGSI PENGURUSAN
1. Perancangan
Proses merangka aktiviti yang perlu dilakukan bagi mencapai
matlamat organisasi.

2. Pengorganisaian
Satu proses menentukan tugas yang perlu dilaksanakn, siapa

yang akan melaksanakan, bagaimana tugas-tugas akan diatur dan
dikoordinasikan.

3. Penyelarasan
Menjadikan unsur-unsur yang berbeza menjadi satu.

Contoh: Penyelarasan melalui perancangan, penganjur,
pengarahan dan mengawal

4. Pengawalan

Proses mengukur kemajuan terhadap pretasi matlamat yang
dirancang dan membuat pembetulan jika aktiviti/kemajuan tidak
selaras/selari dengan objektif yang ditetapkan.

Kitaran kawalan:
-Awalan- pastikan arah tuju & sumber input betul
-Semasa- pastikan proses berjalan mengikut perancangan
-Selepas-pastikan hasil menepati piawaian

5. Penilaian

Merujuk kepada proses menyampaikan balik kepada kakitangan

secara berterusan tentang sebaik mana mereka menjalankan

tugas untuk organisasi.

Boleh diukur berdasarkan;

kecekapan, kebekersanan (sejauh mana strategi mencapai
matlamat), produktiviti (penggunaan tenaga manusia), kualiti
prosedur (kepuasan pelanggan) dan perkhidmatan yang
ditawarkan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN PUSAT PAKK
• Manusia

• Pendidik
• Pendidik yang terlatih dan berkelayakan akademik sekurang-
kurangnya di peringkat Diploma dalam bidang
perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak

• Kanak-kanak
• Berumur sejak lahir sehingga lapan tahun (0 – 8 tahun)
• Latar belakang

-Khususnya kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah
dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar

-Rekod kesihatan

• Ibu bapa
• Telah bermula daripada Program Headstart
-Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran,
perancangan program dan pengurusan prasekolah
• Memastikan anak-anak datang ke sekolah dengan keadaan yang
bersih dan tidak sakit.
• Membantu dalam aktiviti keceriaan di sekolah

• Persekitaran
• Pelan atau reka bentuk bangunan yang diubahsuai, dinaiktaraf
atau dibina perlu memenuhi keperluan fizikal anak-anak
(ketinggian singki, tandas atau kemudahan lain)
• Bangunan perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan yang diperlukan
oleh pelbagai agensi seperi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
Jabatan Bomba.

• Kemudahan dan peralatan pembelajaran membolehkan hasil
pembelajaran yang disasarkan tercapai dan dapat merangsang
pertumbuhan kanak-kanak.

• Menyimpan peti pertolongan cemas di tempat yang sesuai
untuk kegunaan pada waktu kecemasan.

• Kurikulum
• Kurikulum didefinisikan sebagai cara membantu pendidik berfikir
tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak
berdasarkan program.
• Kurikulum yang terlibat:

-Kurikulum PERMATA Negara

-Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

-Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Tahun 1 & 2)

TAJUK 6
DOKUMEN PAKK

PENGURUSAN REKOD

KEPENTINGAN MENYELENGGARA REKOD

. Sebagai bahan bukti
• Membuktikan sesuatu perkara atau tindakan yang telah dilakukan
• Sebagai contoh, rekod kewangan dalam sesebuah pusat akan dijadikan
bahan bukti apabila sesuatu perkara berbangkit terjadi, contohnya, untuk
mengaudit kewangan syarikat. Jadi, segala rekod kewangan yang telah
dibuat akan dirujuk untuk kerja-kerja audit tersebut.
• Melalui rekod kewangan yang sistematik dan efisien dapat membanteras
penyalahgunaan kuasa di dalam sesuatu organisasi kerana dapat
mengetahui siapa yang bertanggungjawab keatas sesuatu tindakan.

. Sebagai bahan rujukan
• Menunjukkan kemajuan, kekuatan, konsep dan kemahiran murid
• Setiap murid mempunyai portfolio yang mengandungi hasil kerja mereka
beserta tarikh kerja dihasilkan dan catatan yang berkaitan.
• Menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa.
• Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
• Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi kanak-kanak dalam
pembelajaran. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang
normal dapat dikesan secara menyeluruh. Bagi kanak-kanak yang
mempunyai kesulitan pembelajaran dalam aspek tertentu, guru boleh
merujuk dan bekerjasama dengan pakar kesihatan semoga bantuan
dapat diberikan pada peringkat awal lagi.

. Membuat perancangan aktiviti
• Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru
dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti
bimbingan atau pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai
aktiviti beberapa kumpulan kecil.
• Membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum.

JENIS-JENIS REKOD

REKOD KEWANGAN
• Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah
pusat pendidikan kanak-kanak, berdasarkan formula MESH.
• M (material) - Untuk ‘bahan’ yang digunakan di pusat tersebut.
• E (equipment) - Untuk ‘peralatan’ termasuklah alat mainan, dapur,
pejabat, pengangkutan dan hiasan.
• S (space) - Untuk ‘tempat’ (ruang) termasuklah bangunan, taman
permainan dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.
• H (human) - Untuk ’tenaga manusia’ termasuklah pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan semua untuk membentuk dan
menyampaikan perkhidmatan.

Buku stok bahan Buku stok bahan Rekod kos baik pulih
basah kering

Rekod pembelian Rekod pembelian Rekod pembelian
dan penggunaan harta modal peralatan dan bahan
peralatan pejabat
bantu mengajar

Rekod perolehan
peruntukan / wang
tambahan / derma /

sumbangan

REKOD INVENTORI

Barang-barang ini Barang-barang keperluan

DEFINISI: barang-barang mungkin terdiri daripada pejabat, alat
yang disimpan untuk
kegunaan masa depan berbagai bentuk, seperti kelengkapan dan tenaga
sama ada untuk dijual
atau diproses. bahan mentah, barang- manusia yang diambil

barang separuh siap khas untuk menampung

(dalam proses keperluan sesuatu projek

pembuatan) atau barang- masa depan juga

barang yang telah siap. dianggap satu inventori.

REKOD PERIBADI MURID

Mengandungi Pengasuh perlu Pengasuh juga Segala Memastikan akan
maklumat diri, mengetahui latar perlu maklumat diserahkan kepada
belakang kanak- yang hendak ibu bapa/penjaga
keluarga kanak dibawah mengetahui diperolehi
murid dan asuhannya, siapa siapa yang tepat dan di akhir sesi
fizikal murid yang bertanggung mendapat prasekolah dan
jawab menghantar perlu kerjasama dari guru Tahun Satu
dan mengambil dihubungi jika ibu bapa atau untuk memastikan
kanak-kanak dan penjaga. kesinambungan
berlaku
menjamin kecemasan. rekod
keselamatan perkembangan
kanak-kanak
murid yang
berkaitan

REKOD STAF
• Rekod peribadi
• Rekod cuti
• Rekod kesihatan
• Rekod latihan

REKOD KESIHATAN KANAK-KANAK(FIZIKAL)
• Mengetahui corak pemakanan serta pemilihan makanan yang
sesuai
• Mengetahui maklumat jasmani kanak-kanak seperti tinggi, berat
dan sebagainya.
• Merancang kegiatan menyeluruh
• Melihat tahap pencapaian kanak-kanak mengikut peringkat umur,
kemahiran dan perkembangan kanak-kanak.

REKOD PERKEMBANGAN DAN PENTAKSIRAN KANAK-KANAK

Tunjang Tunjang Tunjang
Kerohanian Komumikasi Keterampilan
Sikap dan
Aspek Diri
Nilai perkembangan
Tunjang
Tunjang yang boleh Kemanusiaan
Fizikal dan dilaporkan

Estetika Tunjang Sains
dan Teknologi

REKOD PEMERHATIAN

Rekod Berterusan
• Satu catatan terperinci dalam bentuk cerita naratif tentang
kejadian mengikut turutan masa
• Diulang beberapa kali sehari dan dicatat secara berterusan
mengikut jangka waktu tertentu
• Setiap perlakuan dan pertuturan murid dicatat sepanjang
pemerhatian biasanya dalam tempoh 5-10 minit.
• Aspek diperhatikan meliputi kognitif, afektif dan psikomotor yang
melibatkan faktor-faktor bahan dan persekitaran.

TATACARA PENGURUSAN DAN PENYIMPANAN REKOD
• Semua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara

kumpulan dan kelas perlu disimpan di dalam fail induk.
• Setiap fail perlu dilabelkan.
• Maklumat perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa
• Fail induk disimpan di ruang yang selamat dan berstatus sulit
• Semua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara

individu perlu disimpan di dalam portfolio murid

TAJUK 7
KESELAMATAN DI PAKK

ASPEK KESELAMATAN

DEFINISI KESELAMATAN

“Keselamatan adalah sesuatu yang bertujuan untuk menghindarkan
keadaan yang menyebabkan membawa kemalangan”

(Zainun Ishak, 2013)
PANDUAN UNTUK KESELAMATAN (SOP):

• Mengadakan sesi keselamatan dalam perkhidmatan
• Mengemas kini rekod perubatan
• Mengadakan undang-undang keselamatan
• Mengadakan senarai semak keselamatan
• Mencatatkan kemalangan yang berlaku ke dalam fail
• Mebngekalkan pertolongan cemas terkini dan pensijilan CPR
• Mewujudkan jawatankuasa keselamatan di sekolah

MENGENAL PASTI KESELAMATAN DI TASKA/TADIKA

1. Dapur
• Kemalangan yang mungkin berlaku – melecur, luka, kejutan elektrik
• Langkah keselamatan

-Terasing dari murid
-Penyambung elektrik selamat digunakan
-Menyediakan alat pemadam api

2. Bilik Mandi
• Kemalangan yang mungkin berlaku – lemas, kejutan elektrik, melecur (air panas)
• Langkah keselamatan :

- Mencuba suhu air
- Mempunyai tempat pemegang
-Pastikan tiada penyambungan elektrik
-Lantai tidak licin

3. Taman Permainan
• Kemalangan yang mungkin berlaku – Terjatuh, tergelincir, tersepit
• Langkah keselamatan :

- Memastikan keselamatan buaian
- Memastikan keselamatan gelongsor
- Memastikan keselamatan peralatan memanjat
- Memastikan keselamatan kesemua alat permainan
- Kayu – tidak licin, tidak ada serpihan, tidak merekah
- Besi – Tidak berkarat
- Lubang ditimbus

SENARAI SEMAK KESELAMATAN
1. Senarai semak untuk racun
- Simpan di dalam bekas asal
- Simpan ditempat yang kanak-kanak tidak dapat capai

2. Senarai semak keselamatan apabila terjatuh/barangan terjatuh
- Letakkan kerusi, meja, rak dan perabot di tempat yang tidak senang

terjatuh atau tumbang
- Sediakan pelapik/permaidani agar kanak-kanak tidak tergelincir
- Tutup tingkap dan almari

3. Senarai semak untuk terlekat/tercekik
- Simpan alat permainan dengan baik
- Tidak membiarkan kanak-kanak berumur bawah tiga tahun bermain
peralatan mainan yang kecil

4. Senarai semak untuk kejutan elektrik/melecur
- Tutup sambungan elektrik yang tidak digunakan
- Simpan peralatan elektrik & bahan api di tempat yang tidak dapat
dicapai

TAJUK 8
PEMAKANAN DI PAKK

ASPEK PEMAKANAN

PEMAKANAN DI PAKK
• Sebelum makan

Kanak-kanak:
• kanak-kanak beratur mengikut kumpulan umur.
• mencuci tangan mengikut prosedur tujuh langkah.
• digalakkan mengambil makanan sendiri yang telah disediakan.
• duduk dengan sempurna, kaki rapat.
• membaca doa sebelum makan.

• Semasa makan

Pendidik/Pengasuh/PPM:

• memastikan kanak-kanak makan dengan sopan dan tertib. Bantu
kanak-kanak yang belum mahir makan sendiri sekiranya perlu;

• dikehendaki duduk bersama dan berinteraksi semasa kanak-kanak
makan;

• mengajar adap makan supaya mengambil makanan yang dekat
dengannya, dan dalam kuantiti yang dikehendaki supaya tidak
berlaku pembaziran;

• menggalakkan kanak-kanak mengambil satu makanan/buah yang
disediakan dalam satu bekas dan dihabiskan dahulu sebelum
menambah makanan/buah yang seterusnya;

• galakkan kanak-kanak untuk mencuba makanan sekiranya kanak-
kanak enggan makan atau mencuba makanan baru ;

• galakkan kanak-kanak menghabiskan makanan yang dihidangkan bagi
mengelakkan pembaziran;

• Selepas makan

Pendidik/Pengasuh/PPM
• galakkan kanak-kanak membersihkan sisa makanan di atas meja dan

memasukkan ke dalam pinggan, membuang sisa makanan ke dalam bekas yang
telah disediakan dan membawa pinggan ke dalam bekas pinggan kotor;
• minta kanak-kanak mengasingkan pinggan, sudu, dan cawan yang telah
digunakan ke dalam bekas yang telah disediakan.
• memastikan kanak-kanak mencuci tangan dan mulut selepas makan.
• kanak –kanak duduk semula sementara menunggu kanak-kanak lain selesai
makan.

• meminta semua kanak-kanak yang telah selesai makan dikehendaki
membaca doa selepas makan samaada secara individu/kumpulan.

• memastikan kanak-kanak menggosok gigi selepas makan dan
mengelap tangan dan mulut dengan tisu atau tuala masing-masing.

• menggalakkan kanak-kanak berehat sebentar selepas makan.

PEMAKANAN SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

• memantau dan memastikan makanan yang diberikan kepada
kanak-kanak seimbang dan berkhasiat

• pastikan makanan yang disediakan mengikut menu yang telah
ditetapkan

• pastikan makanan tidak dibiarkan terdedah terlalu lama
• pastikan makanan yang telah dimasak dimakan dalam masa dua

jam selepas dimasak
• pastikan penyediaan makanan mengikut peraturan kebersihan

yang telah ditetapkan

• memastikan makanan/menu yang dirancang tidak menganggu
kanak-kanak yang mempunyai alahan

• pastikan lebihan makanan tidak disimpan untuk diberi semula
kepada anak-kanak

• elakkan penggunaan garam dan gula yang berlebihan semasa
menyediakan makanan

• dilarang makanan ringan/junk food

TAJUK 9
ETIKA PROFESIONAL

ETIKA PENDIDIK PAKK

TAKRIF ETIKA KERJA

• Etika kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan
setiap warga kpm berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia

• Definisi etika kerja adalah prinsip-prinsip moral yang
ditetapkan oleh organisasi bagi mengawal tingkah laku pekerja
atau ahli organisasi

• Satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja
sentiasa selaras dengan sistem nilai organisasi

KONSEP ETIKA
• Kewajipan agama dan moral
• Kepentingan organisasi dan bukan peribadi
• Bangga dengan kerjaya
• Kesetiaan pada kerja dan rasa kekitaan
• Prestasi kerja yang cemerlang

ETIKA DAN PRINSIP UTAMA KERJA ISLAM
• Etika kerja dalam islam
• Bersifat menyeluruh /sejagat
• Bekerja kerana Allah (konsep ibadah / niat ) ‘ladang pahala’
• Bekerja untuk kesejahteraan / keselamatan dunia dan akhirat
• Takut / patuh kepada perintah Allah

TERAS ETIKA

• Berusaha mengikis sikap pentingkan diri sendiri
• Ada prinsip kemanusiaan yang teguh
• Mempunyai nilai diri
• Tanggungjawab sosial dan moral

• Bekerja dengan penuh tanggungjawab
• Jadikan tugas sebagai amanah
• Melaksanakan mengikut ketetapan
• Bekerja dengan disiplin yang tinggi

• Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama
• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kepatuhan kepada Allah
• Berpandukan Pedoman Al-Quran
• Jangan pisahkan Kehidupan daripada Agama

• Bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan
• Hormat menghormati
• Mempunyai semangat perpaduan
• Sentiasa senyum
• Semangat kerjasama

NILAI DAN ETIKA

• Nilai-nilai peribadi asas

• Amanah
• Bertanggungjawab
• Ikhlas
• Berdedikasi
• Berdisiplin
• Bekerjasama
• Bersih
• Tekun
• Sederhana

NILAI-NILAI PROFESIONAL
• Berilmu
• Kreatif
• Inovatif
• Berintegriti
• Kejujuran
• Intelektual
• Akauntabiliti
• Berkecuali/ Tidak bias/ tidak pilih kasih

TANGGUNGJAWAB PENDIDIK/ GURU PRASEKOLAH
• Etika terhadap kanak-kanak
• Etika terhadap ibu bapa
• Etika terhadap masyarakat
• Etika terhadap pentadbir
• Etika terhadap pekerja dan rakan sejawat

Tanggungjawab terhadap kanak-kanak
• Mengutamakan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak
• Bersikap adil terhadap setiap kanak-kanak
• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang kanak-kanak
• Menunjukkan suatu cara pakain, pertuturan dan tingkahlaku yang
baik
• Membimbing atau mengajar kanak-kanak

Tanggungjawab terhadap ibu bapa
• Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
• Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara
institusi pendidikan dengan rumah tangga
• Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-
anak mereka
• Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa kanak-kanak

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
• Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan
ibu bapa , institutsi pendidikan dengan masyarakat.
• Menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat.
• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang
boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat
• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibubapa, atau menjatuhkan maruah seseorang guru.
• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
• Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab
dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar
dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

KOD ETIKA PROFESION KEGURUAN
P„restij atau martabat perguruan dipercayai dapat dipelihara melalui:
Dalam semua hubungan dan tugas „ „seseorang guru hendaklah
menjalankan tugasnya dengan jujur. „„
Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap
orang murid-muridnya.

KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

• Tujuan kod etika untuk mengekalkan integriti moral sesuatu
profesion.

• Setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut

• Prestij atau martabat perguruan dipercayai dapat dipelihara
melalui:
• Dalam semua hubungan dan tugas
• Seseorang guru hendaklah menjalankan tugas dengan
bertanggungjawab
• Menumpukan perhatian pada setiap perkara yang berlaku


Click to View FlipBook Version