TAJUK 10
ISU-ISU DALAM PAKK
ISU-ISU SEMASA
ISU KESIHATAN
• Isu kesihatan murid perlulah diambil tahu dengan serius.
• Kesihatan murid merangkumi dari segi pemakanan, kebersihan dan
jangkitan penyakit.
• Dari segi pemakanan, setiap sekolah telah diberikan menu yang sihat
atau menu yang seimbang yang perlu dipatuhi oleh guru.
• Menu sihat ini bersesuaian dengan keperluan zat makanan yang
diperlukan oleh kanak-kanak untuk tumbesaran.
• Namun begitu, adakah semua sekolah mengikut menu yang telah
ditetapkan?
• Masih terdapat banyak sekolah yang tidak mengikut menu, alasannya
adalah masalah kewangan dan sukar untuk menyediakan menu tersebut.
• Dari segi kebersihan, guru hendaklah memastikan sekolah dalam
keadaan bersih terutama di bahagian dapur dan tandas.
• Sekolah yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah akan
mengundang pelbagai penyakit kepada kanak-kanak seperti
demam, selsema, keracunan makanan dan batuk.
• Seterusnya, jangkitan penyakit. Sekolah perlu peka dengan
penyakit yang boleh berjangkit seperti cirit-birit dan penyakit
kaki, tangan dan mulut.
• Jika seorang kanak-kanak dikesan mempunyai penyakit
berjangkit, kanak-kanak tersebut tidak dibenarkan bersekolah.
ISU KESELAMATAN KANAK-KANAK
• Pembalutan span pada tiang yang keras.
• Membalut tiang atau bucu yang tajam menggunakan span bagi
mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada kanak-kanak. Meja
segiempat tidak digunakan sebaliknya diganti dengan meja bulat yang lebih
selamat.
• Penggunaan selipar ke tandas.
• Kanak-kanak yang ingin ke tandas harus memakai selipar. Ia bagi
mengelakkan kanak-kanak dari terjtuh jika lantai licin.
• Mengawasi kanak-kanak.
• Guru sentiasa memantau dan mengawasi kanak-kanak ketika mereka
bermain. Kanak-kanak yang terlalu lasak diberikan perhatian yang lebih
bagi mengelakkan sebarang pergaduhan.
• Menggunakan alatan permainan yang diperbuat daripada plastik.
• Ia boleh mengurangkan risiko kecederaan di kalangan kanak-kanak semasa
bermain.
• Pintu pagar ditutup mengikut waktu.
• Pinggan dan cawan mestilah menggunakan dari bahan plastik.
• Lantai kelas haruslah sentiasa bersih dan kering.
• Guru sentiasa meneliti keadaan lantai sekolah. Lantai harus
kering dan bersih. Ini kerana, kanak-kanak gemar berlari
dalam kelas mereka. Lantai yang licin boleh mengundang
bahaya kepada kanak-kanak.
ISU KESELAMATAN DI BILIK DARJAH
• Guru dan pembantu sentiasa memberi perhatian dan mengawal
kanak-kanak yang sedang bermain di luar.
• Alat permainan diperbuat daripada bahan plastik yang boleh
mengurangkan risiko kecederaan.
• Semua longkang adalah bertutup.
• Segala alatan yang rosak diletakkan di kawasan yang berasingan
dan jauh dari perhatian kanak-kanak.
ISU PENGLIBATAN MURID
• Penglibatan murid dalam sekolah sudah semakin meningkat dari semasa ke
semasa.
• Ini adalah kerana kesedaran ibu bapa tentang betapa pentingnya pendidikan
awal bagi anak-anak mereka. Berbeza dengan masa dahulu, di mana ibu
bapa lebih berasa takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah
kerana masih kecil.
• Kesannya, banyaklah prasekolah telah wujud seperti cendawan tumbuh
selepas hujan.
• Guru perlu memikirkan bagaimana cara untuk melaksanakan
penglibatan kanak-kanak dan proses pembelajaran yang
bersesuaian dengan perkembangan mereka.
• Dewasa ini, kanak-kanak prasekolah lebih ditekankan untuk
menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sehingga
guru lupa tentang fitrah kanak-kanak yang lebih kepada bermain
dan keseronokkan.
TAJUK 11
MELANGKAH KE HADAPAN
LALUAN KERJAYA
MENGGUNAKAN LATIHAN SEPENUHNYA
• Menyimpan rekod untuk latihan
• Catatkan tarikh bagi apa jua latihan yang telah dihadiri, termasuk
latihan di tempat sendiri
• Sijil kehadiran
• Nota dan maklumat
• Memilih latihan
• Perkhidmatan perkembangan awal kanak-kanak dan kemajuan
sekolah.
• Kolej tempatan
• Universiti
• Universiti terbuka
MEWUJUDKAN PELUANG
• Kekal positif – lihat sebarang perkembangan terbaharu dalam
perancangan dan organisasi sebagai peluang mendapat kemahiran
yang baharu.
• Cari peluang latihan baharu.
• Ambil kelayakan tambahan.
• Tawarkan diri untuk projek atau peranan yang akan membantu anda
berjumpa dengan orang di luar tempat kerja anda seperti pegawai
akhbar, berhubung dengan kumpulan perlindungan kanak-kanak.
• Bekerja dengan kanak-kanak dalam kalangan umur yang berbeza di
tempat anda
• Cari pengalaman kerja di bahagian lain dalam sektor anda seperti
kelab di luar sekolah atau hospital.
MEMBINA RANGKAIAN SECARA BERKESAN
• Tempat yang boleh membina rangkaian
• Libatkan diri dengan latihan berkelompok.
• Hari kursus dan latihan.
• Membuat mesyuarat perhubungan dengan agensi dan
sebagainya.
• Sebab memerlukan rangkaian
• Untuk berjumpa dengan profesional lain dan berkongsi
pengalaman.
• Untuk mencari peluang pekerjaan lain.
• Untuk mendapatkan kawan terutamanya jika anda baharu
dalam bidang ini.
• Untuk berkongsi pengalaman, tip dan idea.
• Untuk mendapat pertolongan dan sokongan.
CARA UNTUK MENDAPATKAN TEMU DUGA
• Memohon jawatan tersebut secepat mungkin.
• Buat salinan fotokopi borang permohonan tersebut supaya
mempunyai borang bersih jika membuat salah.
• Baca penerangan pekerjaan dengan teliti.
• Baca spesifikasi orang yang dicari iaitu membuat senarai penting.
• Fikirkan jika anda benar-benar mahukan pekerjaan itu dengan
cara kaji selidik organisasi yang berminat.
• Lakukan CV dengan tepat dan elakkan daripada membesarkan
cerita.
• Tanya perujuk yang berpotensi jika mereka sanggup memberikan
sokongan kepada anda sebelum meletakkan nama mereka.
• Masukkan nota ringkas yang ditulis pada kertas yang berkualiti.
MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK TEMU DUGA
• Baca penerangan pekerjaan dan spesifikasi orang yang dicari
dengan teliti.
• Tanda kemahiran utama dan kualiti yang diperlukan.
• Fikirkan cara anda dapat menunjukkan bahawa anda
mempunyai kemahiran atau kualiti yang dikehendaki atau
akan mendapatkannya.
• Pertimbangkan soalan yang mungkin akan ditanya.
• Kenali lebih dekat tempat kerja itu.
TIP TERBAIK BAGI TEMU DUGA YANG BAIK
• Keluarkan surat dan pastikan masa temu duga.
• Baca prospektus dan penerangan pekerjaan sekali lagi.
• Sampai sepuluh minit awal sebelum temu duga bermula- jangan sampai
terlalu awal kerana anda akan mengganggu di situ.
• Bersopan santun dengan sesiapa sahaja yang temui.
• Cari jalan untuk memuji apa yang berlaku di tempat itu, seperti hiasan,
kelakuan kanak-kanak.
• Ingat tanggapan pertama penting semasa temu duga.
• Dengar soalan baik-baik.
• Jika perlu, lengahkan sedikit masa sebelum menjawab soalan yang rumit.
RUJUKAN
Bredekamp, S. (2020). Effective practices in early childhood education: building a foundation
(4th ed.). Pearson Education, Inc.
Charlesworth, R .(2017). Understanding child development (10th ed.). Boston, MA: Cengage
Learning.
Feeney, S., Moravcik, E., & Nolte, S. (2019). Who am I in the lives of children? An introduction to
early childhood education (11th ed.). Pearson Education, Inc.
Feldman, R.S. (2019). Child Development (8th ed.). Pearson Edu Inc.
Follari, L. (2019). Foundations and best practices in early childhood education (4th ed.). New
York: Pearson.
SEMOGA BERMANFAAT
SEKIAN, TERIMA KASIH.