The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ketetapan dan peraturan dalam semua bidang/ jawatankuasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salwani0305, 2019-01-15 01:05:04

Manual Pengurusan SMKLS Tahun 2019

Ketetapan dan peraturan dalam semua bidang/ jawatankuasa

Keywords: Ketetapan dan peraturan

KATA ALU-ALUAN

PENGETUA
SMK LEMBAH SUBANG

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam sehati Sejiwa.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izin dan limpahan rahmat-Nya, saya diberi peluang untuk mengabadikan kata alu-
aluan di dalam Buku Manual Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang
tahun 2019. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Buku Manual
Pengurusan yang telah bertungkus-lumus bekerja menyiapkan manual ini. Manual
Pengurusan ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan anggota
kumpulan pelaksana (AKP) untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan.
In Shaa Allah.

Manual Pengurusan ini mengandungi Prosedur Standard (Standard Operating Procedure –
SOP) bagi pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran am sekolah, akademik, hal ehwal
murid, sukan dan kokurikulum. Sebagai ketua organisasi sekolah, saya mengharapkan
semua warga sekolah akan dapat memahami dan mengamalkan tatacara yang telah
ditetapkan di dalam manual ini. Manual ini dapat dijadikan rujukan bagi guru dan AKP
SMKLS dalam melaksanakan tugas seharian. Seperti mana yang kita sedia maklum dalam
penilaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2(SKPMg2) dan penilaian
Prestasi Standard Sekolah Amanah atau TSSP setiap ketetapan yang menjadi peraturan
sekolah perlu dibuktikan. Justeru manual ini adalah suatu eviden yang sahih bagi
pengurusan dan pentadbiran di SMKLS. Manfaatkan manual ini sebagai rujukan dan
panduan dalam merancang kerja-kerja. Semoga ia dapat membantu kita dalam pengurusan
dan pengoperasian sekolah mengikut piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Ketahuilah
kerja-kerja yang terancang dan tersusun rapi sudah tentu menghasilkan sesuatu yang
berkualiti dan inilah ciri-ciri pendidikan bertaraf dunia seperti yang dihasratkan oleh KPM.

Kepada semua guru dan AKP SMKLS, mudah-mudahan pada tahun 2019 kita dapat
memperbaharui dan meningkatkan azam kita untuk terus mendidik dan melaksanakan kerja-
kerja yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. Jadikanlah kerja hari ini lebih
baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Marilah kita sama-sama berganding
bahu dalam menjayakan matlamat menyediakan modal insan yang berkualiti demi kemajuan,
kesejahteraan dan keamanan Negara.

Sekian, terima kasih.

“Ke Arah Membina SMKLS Cemerlang”

SALWANI BINTI MUHAMMAD ZAIN
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT
BAB 1 Isi Kandungan I - IX
KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK LEMBAH SUBANG 1

KONSEP DAN HALATUJU 2
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2
Objektif Pendidikan Sekolah Menengah 3
Logo, Visi, Misi Dan Moto Sekolah / KPM 4
Ikrar Guru Dan Perkhidmatan Awam 5
Teras Perkhidmatan Awam Malaysia 6
Tonggak Dua Belas 7
Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut GRed 8
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) 9
Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
Enam Ciri Utama Yang Diperlukan Oleh Setiap Murid Untuk Berupaya 9
Bersaing Pada Peringkat Global
Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasikan Sistem 10
Pendidikan Negara 10
Fokus & Gerak Kerja Profesional 12
Program Sekolah Amanah 13
4 Matlamat Strategi Program Sekolah Amanah 13
Budaya Sekolah Amanah 14
Moto Sekolah 14
Objektif Pendidikan Di SMK Lembah Subang 15
Piagam Pelanggan 16
Lencana Sekolah 17
Lagu Sekolah

I

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT
BAB 2 KETETAPAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
2.1
1. PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 18
2. Ketepatan Masa Di Sekolah 18
3. Hadir Lewat Ke Sekolah 18
4. Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) Oleh 19
5. Guru-Guru
Keluar Semasa Bertugas 19
6. Cuti 20
7. Cuti Rehat 20
8. Cuti Rehat Khas (CRK) 20
Tatacara Permohonan Cuti (AKS) & CRK (Guru) 20
9. Kes Kecemasan 20
10. Atas Urusan Tertentu Yang Telah Diketahui Tarikh 21
11. Cuti Penggal Persekolahan 21
12. Cuti Sakit 21
13. Tindakan guru apabila mendapat cuti sakit 21
14. Lain-Lain Cuti 22
15. Guru Yang Berkursus/ Bertugas Di Luar Sekolah 23
16. Kehadiran Aktiviti Sekolah 23
Perhimpunan Rasmi Sekolah 24
Aturcara Perhimpunan 24
Kehadiran Perhimpunan Sekolah 24
Kelas Tambahan/ Lain-Lain Aktiviti Di Luar Waktu Sekolah 25
Melakukan Kerja Luar 25
Bilik Guru/ Bilik Darjah/ Bilik Khas/ Bangunan 25
Pakaian 25
Tanda Nama 25
Masalah Perjawatan Dan Pengajaran 25
Tugas Guru 25
Fail Persediaan Mengajar (FPM) 26

II

ISI KANDUNGAN MUKASURAT
26
BIL PERKARA 26
17. Jadual Waktu Mengajar 27
18. Keselamatan Harta Benda Sekolah 27
19. Kebersihan 27
20. Surat-Menyurat 27
21. Surat Yang Diterima 27
22. Pelawat/Jurujual 28
23. Pembelian Barang 28
24. Kegiatan Kokurikulum 28
25. Mesyuarat 28
26. Acara/ Majlis Rasmi Sekolah/Mesyuarat/Latihan Dalaman 29
27. Perhubungan Sesama Rakan Sekerja 29
28. Keahlian BKGS Dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) 29
29. Arahan Pekeliling Dan Memo Dalaman 29
30. Penggunaan Alat-Alat 29
31. Telefon 30
32. Kunci 30
33. Buku Stok / Inventori 30
34. Komputer Riba / LCD Projektor/Smartphone
35. Menghadiri Mesyuarat Luar 31
31
2.2 PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM 31
1. Latar Belakang 31
2. Objektif 31
3. Dasar 32
4. Mesyuarat 32
5. Sistem Fail 32
6. Pakej Mata Pelajaran 32

Menengah Rendah
Menengah Atas
Mata pelajaran Teras

III

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

Aliran Sains Tulen 32

Aliran Kemanusiaan 32

7. Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, 32

Rancangan Pelajaran Tahunan, DSKP & Rancangan Pelajaran Harian

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran 32

Rancangan Pelajaran Harian 33

Fail Rekod Mengajar 33

Rekod Mengajar Harian (RPH) 33

Menghabiskan Sukatan 33

PdPc Berkesan 33

8. Jadual Waktu 34

9. Guru Ganti / Guru ‘Relief’ 34

10. Waktu Persekolahan 34

11. Penilaian Dan Peperiksaan 35

12. Pemantauan 43

Pembelajaran dan Pengajaran (PdPc) 43

Pengurusan Panitia & Jawatankuasa Pemantauan 43

Peperiksaan dan Penilaian 44

Penyediaan Latihan Murid & Semakan Buku Latihan Murid 44

Ketetapan Latihan Mengikut Mata Pelajaran 44

13. Anggaran Perbelanjaan Tahunan Panitia 47

14. Buku Teks (SPBT), Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dan Bahan Bacaan 47

15. Program Peningkatan Akademik 48

16. Kursus Dalaman, Latihan Dalam Perkhidmatan & Minit Curai 48

Kursus Dalaman 48

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 48

17. Kajian Tindakan/ Lain-Lain Program Rancangan Peningkatan Berkaitan Guru 48

18. Dasar Penggunaan Kertas Untuk Pdpc, Ujian Dan Peperiksaan 48

19. Target Peperiksaan Awam Dan Dalaman 49

20. Hari Bertemu Pelanggan 49

21. Penentuan Dan Perubahan Dasar Kurikulum 49

IV

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

2.3 PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

1. Tugas Guru Tingkatan 50

1.1 Pengurusan Dan Organisasi Kelas 50

1.2 Jadual Kedatangan Murid (Register) 51

1.3 Data SMM Dan APDM 54

Kes Ponteng / Tidak Hadir 54

Langkah Mengatasi Masalah Murid Ponteng 54

Buku Pemantauan Kelas 55

Pas Keluar 55

1.4 Skim Pinjaman Buku Teks 56

1.5 Biasiswa Dan Kebajikan 56

1.6 Kutipan Sumbangan PIBG 56

1.7 Pelan Susunan Setiap Kelas 56

1.8 Tugas Ketua Tingkatan Dan Penolong Ketua Tingkatan 57

1.9 Ajk Mata Pelajaran 58

2. Pengurusan Disiplin Murid 58

2.1. Senarai Semak 58

2.2. Perkara-Perkara Yang Harus Dipatuhi Semasa Menjalankan Kuasa Disiplin 59

2.3. Faktor-Faktor Asas Yang Patut Dirangkumkan Dalam Dasar Menghukum 60

2.4. Tatacara Menyelesaikan Masalah Disiplin 60

2.5. Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil 60

2.6 Panduan Tatacara Disiplin Murid 61

Hukuman Terhadap Fizikal 61

Hukuman Terhadap Mental Dan Emosi 61

2.7 Pekeliling Ikhtisas Guru Disiplin 62

3. Prosedur Pertukaran Murid 64

3.1. Prosedur Murid Berpindah Masuk Sekolah (Tingkatan 1 – 5) 64

3.2. Prosedur Murid Berpindah Keluar 64

3.3. Senarai Semak Murid 65

3.4. Panduan Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Akhir TahunOleh Murid 66

Warganegara Di Daerah Petaling Utama (Rujukan Sekolah)

V

ISI KANDUNGAN MUKASURAT
67
BIL PERKARA 67
3.5. Makluman Kepada Ibu Bapa / Penjaga 67
68
Pertukaran Dalam Daerah Petaling Utama 68
Pertukaran Luar Daerah / Luar Negeri 70
4. Tugas Guru Penyelaras Tingkatan
5. Tugas Guru Bertugas Harian / Mingguan 71
Panduan Aturcara Perhimpunan Rasmi (Hari Isnin) 72
73
2.4 PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM 73
1. Dasar Utama Kokurikulum 73
2. Dasar Sokongan 73
3. Tanggungjawab Jawatankuasa Kokurikulum 74
74
Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum
3.2 Tanggungjawab Setiausaha Sukan 75
3.3 Tanggungjawab Ketua Rumah Sukan 76
3.4 Tanggungjawab Guru Rumah Sukan 77
3.5 Tanggungjawab Penyelaras Persatuan / Kelab /
78
Badan Beruniform / Kelab Permainan 78
3.6 Tanggungjawab Guru Pemimpin / Penasihat 78
3.7 Tanggungjawab Guru Data Kokurikulum 79
4. Senarai Persatuan/Kelab, Kelab Permainan/Sukan dan 79
79
Badan Beruniform 2013
5. Rumah Sukan 80
5.1. Nama Rumah Sukan 81
5.2. Cara Menentukan Rumah Sukan (Untuk Murid Baru)
6. Kiraan Cgpa Kokurikulum Tahun 2012

Register – (3 Markah Maksima)
Dari Buku Penilaian Kokurikulum Murid /
Kad Gerko Murid - (2 Markah Maksima)
7. Peraturan-Peraturan (Pelancongan) Sekolah 1957
8. Contoh Borang Kebenaran Ibu Bapa

VI

BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT
BAB 3
3.1 PERKARA 83
3.1.1 MANUAL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 83
3.1.2 83
3.1.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 84
3.1.4 Jawatankuasa Perancangan Dan Pengurusan Sekolah 84
3.1.5 Jawatankuasa Kewangan Dan Sebut Harga Sekolah 84
3.1.6 Jawatankuasa Keutuhan Dan Sumber Manusia 85
3.1.7 Jawatankuasa SKPMg2 Sekolah (JKSS) 85
Jawatankuasa Mesyuarat Guru Dan Dialog Prestasi 85
3.1.8 Jawatankuasa Data Dan Pengurusan Maklumat 85
3.1.9 Jawatankuasa ICT/VLE FROG 85
3.1.10 Timbalan Pengerusi 86
3.1.11 Penyelaras ICT/Frog VLE 87
3.1.12 Jawatankuasa Pengurusan Personel / Orientasi Guru Baharu 87
3.1.13 Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah 88
3.1.14 Jawatankuasa MBMMBI 89
Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Amanah 89
3.1.15 Jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti 89
3.1.16 Jawatankuasa Manual Pengurusan & Takwim Sekolah 90
3.1.17 Jawatankuasa Koperasi 90
3.1.18 Tugas Setiausaha Koperasi Sekolah 90
Tugas Bendahari Koperasi 90
3.2 Tugas Juru Audit Dalaman 91
3.2.1 Jawatankuasa Sambutan Dan Majlis Rasmi Sekolah 91
3.2.2 Jawatankuasa PIBG (GURU)
3.2.3 Jawatankuasa Induk Sukan Sekolah 92
Jawatankuasa Urus Tadbir Pejabat 92
93
JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM 94
Jawatankuasa Kurikulum
Jawatankuasa Peperiksaan Dan Penilaian
Jawatankuasa Jadual Waktu / Guru Ganti / MMI

VII

BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT
3.2.4 94
3.2.6 PERKARA 95
3.2.7 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) 96
3.2.8 Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah 96
3.2.9 Jawatankuasa KBAT/ SPA 2 96
3.2.10 Jawatankuasa Kajian Tindakan Kurikulum Dan PLC 97
Jawatankuasa Performance Management System (PMS)
3.3 Jawatankuasa Pencerapan/LO
3.3.1
JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 98
3.3.2 Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid 98
3.3.3 Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Setiausaha Hal Ehwal Murid 98
3.3.4 Jawatankuasa Lembaga Disiplin/ Majlis Perwakilan Murid 100
3.3.5 Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling/ Kerjaya & Pencegahan Dadah 100
3.3.6 Jawatankuasa Biasiswa & KWAMP / Asnaf/ Kebajikan 101
Jawatankuasa Pengurusan Dokumentasi 101
3.3.7 Jawatankuasa 3 K / Kebersihan, Keselamatan & Kesihatan 101
3.3.8 Senarai Tugas Ajk Keselamatan 101
3.3.9 Senarai Tugas Ajk Kesihatan 101
3.3.10 Senarai Tugas Ajk Kebersihan & Keceriaan 102
3.3.11 Jawatankuasa Sarana Ibu Bapa / Majlis Permuafakatan/ Alumni 102
3.3.12 Jawatankuasa Bencana 103
3.3.13 Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 103
3.3.14 Jawatankuasa Pembangunan Fizikal & Penyelenggaraan 103
Jawatankuasa Kantin 104
3.3.15 Jawatankuasa Bakti (Badan Ketua Tingkatan) 104
3.3.16 Jawatankuasa Data APDM/SMM 104
3.3.17 Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar Baru, Program Orientasi, 105
3.3.18 Penempatan Pelajar Baru
Jawatankuasa Aset 105
Jawatankuasa Sahsiah & Bina Insan 105
Jawatankuasa Buletin Sekolah 106
Jawatankuasa Guru Penyayang 106

VIII

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT
3.4
3.4.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 107
3.4.2
Jawatankuasa Induk Kokurikulum 107
3.4.3
Jawatankuasa Induk Sukan Sekolah 107
3.4.4
Senarai Tugas Setiausaha Sukan 107

Guru Penasihat Kelab Dan Permainan/Kelab Dan Persatuan/Unit Beruniform 108

Senarai Tugas Guru Penasihat Persatuan/Kelab/ Beruniform 108

Guru Penasihat Rumah Sukan 109

Senarai Tugas Ketua Guru Rumah 109

IX

KONSEP
&

HALA TUJU

1.0 KONSEP DAN HALATUJU

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

P‘ endidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan Negara’

OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

Bagi mencapai matlamat Pendidikan Sekolah Menengah, pendidikan di peringkat menengah
bertujuan untuk membolehkan pelajar;

I. Mempertingkat kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
II. Mempertingkat dan meluaskan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,

bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu ke arah mencapai perpaduan negara.
III. Menyumbangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional,

kritis dan kreatif.
IV. Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta pemikiran yang

rasional, kritis dan kreatif.
V. Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-

kemahiran selaras dengan perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan
teknologi.
VI. Memlliki keterampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup.
VII. Memahami, menginsaf dan menghayati sejarah serta latar belakang sosio-budaya
negara.
VIII. Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk
memeliharanya.
IX. Peka, prihatin dan menghargai nilai-nilai murni.
X. Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha
untuk menambahkan edan mengembangkannya.
XI. Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada
agama, bangsa dan negara.

2

LOGO, VISI, MISI DAN MOTO SEKOLAH / KPM

Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan
mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian
bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang
lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana
Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu
dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau
kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu
juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada
kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat
pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang
bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan
Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang
bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisme dalam sistem
pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kuning keemasan
melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang
bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

3

IKRAR GURU DAN PERKHIDMATAN AWAM

AZAM GURU
Sesungguhnya kami berazam dan bertekad untuk menjadikan bahawa;

Kerja yang kami buat hari ini adalah lebih baik daripada semalam
Kerja yang kami buat hari esok adalah lebih baik daripada hari ini; dan
Kerja yang kami buat hari-hari seterusnya adalah lebih baik daripada hari-
hari sebelumnya

IKRAR GURU
Bahawasanya kami guru-guru negara malaysia dengan ini berikrar mendukung
terus cita-cita kami terhadap tugas kami menyatakan keyakinan kami pada cita-
cita murni pekerjaan kami.
Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara kami dan mengamalkan
prinsip-prinsip rukun negara, pada setiap masa.

IKRAR PERKHIDMATAN CEMERLANG
Bahawasanya saya _____________________________ seorang anggota
kerajaan Malaysia dengan penuh semangat dan kesedaran dan dengan
berpandukan kepada prinsip-prinsip rukun negara berazam dan berikrar untuk
meninggikan mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang, menggembleng tenaga
dan usaha, bekerja dengan penuh amanah, dedikasi dan bertanggungjawab,
mengikis sikap mementingkan diri sendiri, berkhidmat dengan penuh muhibbah
dan kesedaran bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan
negara, bekerjasama, menuju ke arah cita-cita demi untuk kepentingan negara
Malaysia.

4

TERAS PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara
Berpegang teguh kepada ajaran agama

5

TONGGAK DUA BELAS

Menghargai Ketekunan
Masa Membawa
Kejayaan
Nikmat
Mencipta

Keseronokan Q Kemuliaan
Bekerja Kesederhanaan

Pengaruh Ketinggian
Teladan Peribadi

Peningkatan Kekuatan
Bakat Sifat Baik

Keutamaan Hati
Kesabaran
Kewajipan
Menjalankan

Tugas

Kebijaksanaan
Berkhidmat

Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan

6

7

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dirangka bagi
menghadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan
terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini memberi
tumpuan kepada cara membangun dan meneruskan
perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara
berterusan.

Pelan Transformasi pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh
13 tahun; 2013-2025. Ia dibahagikan kepada 3 gelombang iaitu:

Gelombang 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan
memberikan tumpuan kepada kemahiran utama

Gelombang 2 (2016-2020)
Memacu peningkatan sistem

Gelombang 3 (2021-2025)
Menganjak kearah kecemerlangan melalui peningkatan
keluwesan operasi

8

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)
2013-2025

Akses LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020

Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun

Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar
bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020

Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman
dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada

ENAM CIRI UTAMA YANG DIPERLUKAN OLEH SETIAP MURID UNTUK
BERUPAYA BERSAING PADA PERINGKAT GLOBAL

Setiap murid akan Kemahiran Kemahiran
mempunyai…..
memimpin dwibahasa
Kemahiran
Etika dan
berfikir
kerohanian

Pengetahuan Identiti Nasional

…sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

9

SEBELAS ANJAKAN UTAMA
UNTUK MENTRANSFORMASIKAN

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

Anjakan 2: Memastikan setiap murid profisien dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Anjakan 3: Melahirkan rakyat malaysia yang menghayati
nilai

Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi
profesion pilihan

Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah

Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan

Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia

Anjakan 8: Transformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian kementerian

Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas

Anjakan 10: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit

Anjakan 11: Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti
awam secara langsung

10

11

PROGRAM SEKOLAH AMANAH

12

4 MATLAMAT STRATEGIK PROGRAM

SEKOLAH AMANAH

1 Membangun kan 2

kepimpinan dan Menambah baik
pengurusan berkualiti kualiti pembelajaran
tinggi
dan pengajaran

PENDEKATAN

BERSEPADU

34

Memaksimumkan Mengukuhkan
potensi dan pencapaian pelibatan ibu bapa,
komuniti & pihak
murid berkepentingan lain

BUDAYA SEKOLAH AMANAH

SOKONGAN

PEMIMPIN

PIHAK BUDAYA KOMUNITI
BERKEPENTINGAN SEKOLAH
AMANAH

GURU MURID

DAN

13

MOTO SEKOLAH

ILMU ASAS KECEMERLANGAN

OBJEKTIF PENDIDIKAN DI SMK LEMBAH SUBANG

Bagi mencapai visi dan misi pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Lembah Subang, segala usaha dan tanggungjawab digerakkan bertujuan untuk
membolehkan murid:-

(i) Mengembangkan dan meningkatkan daya intelek serta pemikiran
rasional, kritis dan kreatif.

(ii) Memastikan penguasaan kemahiran Kurikulum Sekolah Menengah
(iii) Memastikan Objektif Pendidikan Sekolah Menengah tercapai.
(iv) Membentuk insan yang segak, berakhlak, tulen, unggul, berwawasan,

celik akal, berkepimpinan, bertaqwa, beretika, bersemangat kental,
aktif, tertib, terurus dan berketrampilan.
(v) Menerapkan nilai-nilai perpaduan, kasih sayang, prihatin, maju,
tekun serta kuat berusaha.
(vi) Merancang, mengatur dan menyusun strategi kerja serta aktiviti yang
dapat meningkatkan prestasi dan kreativiti.
(vii) Menguasai ilmu pengetahuan bagi melahirkan insan yang cemerlang
dalam pelbagai bidang yang diceburi.
(viii) Menyahut cabaran membina bangsa merdeka dan maju selaras
dengan hasrat wawasan negara.

14

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK Lembah Subang dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk:

• Memastikan semua murid dapat belajar pada hari pertama
persekolahan baharu dimulakan.

• Memastikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan dalam
segala urusan berkaitan dengan sekolah.

• Menyediakan suasana dan iklim sekolah yang bersih, cantik,
harmoni dan kondusif untuk pembelajaran.

• Memberikan layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan
berhemah segera kepada setiap pelanggan yang berurusan
dengan kami.

• Memberi layanan yang sama kepada semua pelajar tanpa
mengira kedudukan, kaum, agama dan bangsa.

15

LENCANA SEKOLAH

SIMBOL PENERANGAN

MATA PEN Melambangkan proses pencarian ilmu.
Ketajaman berfikir, mengguna, menyebar dan memperkasa ilmu.
Garisan simetri melambangkan keseimbangan dalam proses
pencarian ilmu dan keimanan demi kesejahteraan kehidupan
manusia di dunia dan di akhirat.
Perkataan “PETALING JAYA” ialah bandar kedudukan sekolah.

CAKRAWALA Perolehan sumber ilmu dan mengaplikasikannya tanpa sempadan

4 BULATAN Merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah
KECIL / melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,
PLANET emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

3 ORBIT Pembabitan pelajar dalam 3 bidang kokurikulum (Sukan &
Permainan, Persatuan & Kelab dan Badan Beruniform) utama dalam
memantapkan ilmu dan keimanan yang diperoleh.

BULATAN Dinamik, jitu, utuh dan jati diri dalam segala aspek.
BUJUR Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang
Moto Sekolah : Ilmu Asas Kecemerlangan

2 (5 POINTS Melambangkan keseimbangan dalam perolehan ilmu dan iman demi
STAR) menjamin masa depan yang gemilang.
(5 Points Star) – Mengamal dan merealisasikan Prinsip Rukun
BINTANG Negara.

MATAHARI Melambangkan semangat, kegigihan dalam mencapai kegemilangan.

MAKSUD MERAH : Kegigihan dan semangat
WARNA BIRU : Perpaduan, Keharmonian dan Kecemerlangan.
KUNING : Ketaatan kepada Raja, negara dan undang-
undang.

16

LAGU SEKOLAH

ILMU ASAS KECEMERLANGAN

Putra putri wawasan
Falsafah diamalkan
Jati Insan seimbang
Bina bangsa gemilang
Gagah, gigih berjuang
Bimbingan yang berkesan

Jati diri dijuak
Kita warga perkasa
Amal teguhkan iman
Berakhlak, bertaqwa
Restu ayah dan bonda

Berbakti, berjasa
Luhur budi, pandai, bijaksana

Pekerti mulia
Rajin, usaha capai cita-cita
Kerana ilmu asas kecemerlangan
Kerana ilmu asas kecemerlangan

17

KETETAPAN TUGAS
&

TANGGUNGJAWAB

2.1 PANDUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1. KETEPATAN MASA DI SEKOLAH (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2 /1982)

- Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil (2)/1982 mengenai ketepatan masa di
sekolah, guru-guru adalah diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati
masa datang dan balik dari sekolah.

- Secara rasmi guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) perlu catat secara ‘manual’
dalam buku kehadiran dan seterusnya ‘key-in juga dalam sistem sebagai ‘back-up’
semasa masuk bertugas dan semasa tamat bertugas.

- Guru-guru juga bertanggungjawab mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu
bertugas di sekolah, ketika masuk ke bilik darjah untuk mengajar atau menjalankan
sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti mesyuarat, upacara-upacara sekolah,
kegiatan sukan dan lain-lain.

- Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru itu hendaklah mengikut jadual waktu
pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum
tibanya masa untuk berbuat demikian. Guru adalah bertanggungjawab sepenuhnya
kepada keselamatan murid dan harta benda kelas pada waktu pengajaran.

- Ketua tingkatan dinasihatkan supaya mencari atau menjemput guru yang masih belum
masuk ke kelas 5 minit selepas waktu pengajaran bermula. Jika guru masih tidak dapat
dicari maklumkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan.

- Guru-guru khasnya hendaklah memberi teladan yang baik kepada murid-murid dan
dapat menggalakkan tabiat mereka menepati masa.

- Ketepatan masa adalah penting untuk menentukan disiplin kelas terkawal dan guru
dihormati oleh murid-murid.

2. HADIR LEWAT KE SEKOLAH

- Waktu hadir bertugas bagi guru-guru ialah pada 7.25 pagi dan waktu bertugas AKP
bermula 7.30/ 8.00/ 8.30* pagi. Selepas waktu yang dinyatakan di atas tuan/puan telah
lewat hadir bertugas.

- Guru dan AKP dikehendaki catat dan ‘key in’ sebagai tanda hadir ke sekolah sebelum
waktu yang ditetapkan.

- Kehadiran semua guru dan AKP dipantau melalui sistem kehadiran manual dan
elektronik, oleh itu kelewatan satu saat juga akan menyebabkan rekod kehadiran pada
hari tersebut menjadi merah.

- Guru/ AKP yang hadir lewat dikehendaki mengisi borang tunjuk sebab hadir lewat.
Borang tersebut hendaklah diserahkan sendiri kepada Pengetua/ Penolong Kanan
dengan menyatakan sebab lewat dengan segera. Guru/ AKP TIDAK DIBENARKAN
meninggalkan borang tersebut di atas meja Pengetua/ Penolong Kanan. Selain itu guru
dan AKP juga perlu catat sebab lewat dalam buku rekod kehadiran.

- Guru yang hadir lewat 3 hari berturut-turut atau melebihi 10 hari tidak berturut-turut
diminta membuat surat tunjuk sebab. Sekiranya gagal proses tindakan tatatertib akan
dilaksanakan.

18

3. PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR/ WAKTU LUANG (FREE PERIOD) OLEH
GURU-GURU (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)

- Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/ waktu luang
(free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing.
Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja.
Anggapan ini adalah salah dan perlu diperbetulkan.

- Oleh itu tuan/puan diingatkan bahawa waktu tidak mengajar/ waktu luang (free period)
itu adalah masa bekerja.

- Tuan/puan dikehendaki menggunakan masa ini untuk:-
• menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas.
• membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan,
membuat nota mengajar, menyediakan alat-alatan mengajar dan sebagainya.
• memeriksa buku latihan murid-murid.
• mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
• penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja kokurikulum.
• lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua.

- Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi
faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.

4. KELUAR SEMASA BERTUGAS

- Guru/AKP sekolah tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas.

- Semua urusan peribadi guru/ kakitangan sekolah hendaklah dibuat di luar waktu sekolah
kecuali dalam keadaan kecemasan atau sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh urusan
sekolah/ PPD/ JPN/ KPM. Sebelum keluar dari kawasan sekolah pastikan perkara-
perkara berikut dilaksanakan:

i. Telah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Jika Pengetua tidak berada di
sekolah kebenaran perlu diperoleh daripada Penolong Kanan atau GKMP
(sekiranya ketiadaan Pengetua dan Penolong-penolong Kanan) yang menjalankan
tugas semasa ketiadaan Pengetua.

ii. Isi kad keluar kawasan sekolah beserta tandatangan pentadbir yang memberi
kelulusan

iii. Catat dalam buku pergerakan guru (sekiranya perlu dibuat ‘relief’). Jawatankuasa
‘Relief’ hanya akan disediakan ‘relief’ untuk guru-guru yang keluar sekolah atas
urusan rasmi.

iv. Jika urusan kecemasan (peribadi), pastikan perkara-perkara i – ii dipatuhi.
Uruskan sendiri ‘relief’ jika tidak dapat dielakkan. Isi kad keluar kawasan sekolah
dan catat masa keluar/masuk serta perkara-perkara lain yang terkandung dalam
kad tersebut

v. Adalah menjadi kesalahan jika tidak memohon, mendapat kebenaran dan tidak
mencatat masa keluar masuk semasa meninggalkan kawasan sekolah.

19

5. CUTI

- Cuti bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan
tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau
sebagai berhenti kerja.

- Cuti bukan hak tetapi satu kemudahan yang diberi kepada seseorang pegawai di mana
pegawai berkenaan mesti memohon dan diluluskan oleh Pengetua.

- JENIS CUTI GURU/ ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

1. CUTI REHAT (Rujuk SPP Bil 3 Tahun 2005 dan SPP Bil 11/2015)

- Guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat seperti yang dibekalkan di
bawah Perintah AM 7 hingga Perintah AM 12.

- Kakitangan bukan guru boleh mengambil cuti rehat bila-bila masa sahaja dalam
setahun. Walau bagaimanapun kakitangan bukan guru tidak digalakkan
mengambil cuti rehat dalam keadaan-keadaan tertentu seperti musim
peperiksaan.

2. CUTI REHAT KHAS (CRK) (Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPI) Bil 8 Tahun 2017:
Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

- Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (10) hari dalam satu tahun kalendar.

- Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai
Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak.

- Dalam menimbang pemberian kemudahan CRK, kelulusan Pengetua adalah
berdasarkan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di
Sekolah tidak terjejas.

TATACARA PERMOHONAN CUTI (AKP) & CRK (GURU):-

i) Kes Kecemasan
- Guru dan AKP hendaklah memaklumkan kepada Pengetua melalui panggilan

telefon ATAU sistem pesanan ringkas (Whatssap/ Telegram/ SMS).

- Setelah mendapat kelulusan Pengetua, guru hendaklah memaklumkan kepada
Penolong Kanan (PK) ATAU AJK Jadual Waktu melalui panggilan telefon PK atau
telefon sekolah dengan kadar segera untuk tujuan rekod dan penyediaan guru
ganti.

- Bagi AKP setelah mendapat kelulusan Pengetua, segera maklum kepada KPT/ PT
yang menanggung kerja KPT untuk tujuan rekod.

- Segera isi permohonan melalui ‘HRMIS’. Maklum kepada Penolong Kanan setelah
menghantar permohonan melalui HRMIS. Penolong Kanan dikehendaki
memaklumkan kepada Pengetua sekiranya permohonan guru/ AKP telah
disokong. Setelah Pengetua meluluskan cuti melalui HRMIS segera cetak borang
kelulusan serahkan bersama dokumen sokongan untuk rekod.

20

ii) Atas Urusan Tertentu Yang Telah Diketahui Tarikh

- Guru dan AKP hendaklah memohon kelulusan cuti daripada Pengetua secara
lisan sebelum mengisi HRMIS.

- Bagi guru dan AKP isi permohonan melalui HRMIS untuk mendapat sokongan
Penolong Kanan dan kelulusan Pengetua.

- Setelah diluluskan, cetak permohonan yang telah diluluskan melalui HRMIS dan
sertakan dokumen sokongan (bagi permohonan CRK).

- Bagi guru sila catat dalam Buku Pergerakan Guru. Guru juga dikehendaki
meninggalkan tugasan/kerja murid kelas yang diajar dan diserahkan kepada
Penolong Kanan untuk ditadbirkan oleh Guru Ganti. Perkara ini perlu diambil
perhatian serius oleh guru untuk memastikan PdP murid tidak terabai. Selepas
balik bercuti guru dikehendaki menanda kerja/tugasan murid kelas berkenaan.

3. CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN

- Guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah, Pengetua boleh
memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas-
tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang
tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-
satu tahun itu sekiranya perlu.

4. CUTI SAKIT

- Maksimum cuti sakit tidak melebihi 90 hari dalam satu-satu tahun (Januari hingga
Disember).

- Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau terputus-putus
akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk
menentukan pembayaran gaji.

- Sijil sakit (MC) yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari
dalam setahun dan tidak boleh melebihi 2 hari berturut-turut dalam satu sijil.

- Tindakan guru apabila mendapat cuti sakit:-

• Memohon kelulusan Pengetua untuk cuti sakit. Setelah diluluskan segera
maklum kepada Penolong Kanan sebelum waktu persekolahan bermula bagi
membolehkan Penolong Kanan/ AJK Jadual Waktu menyediakan jadual guru
ganti.

• Sijil sakit mesti dihantar kepada Pengetua/ Penolong Kanan serta merta
apabila balik bertugas semula.

5. LAIN-LAIN CUTI (Sila rujuk Perintah Am Bab C dan Surat Pekeliling Perkhidmatan)
• CUTI SEPARUH GAJI
• CUTI TANPA GAJI
• CUTI BERSALIN
• KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK
• CUTI HAJI

21

• KEMUDAHAN CUTI UMRAH (Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2017)
• CUTI KERANA BERKURSUS
• CUTI KUARANTIN (Pekeliling Perkhidmatan Bil 11 Tahun 2016)
• CUTI TANPA REKOD (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan, Surat Edaran & Perintah

Am yang berkaitan)
- Cuti Isteri Bersalin
- Cuti Kematian Saudara Terdekat – Suami/Isteri, Ibu/Bapa, Anak
- Cuti gantian - sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih

masa.
- Cuti latihan pasukan sukarela – tidak melebihi 30 hari dalam satu-satu tahun.
- Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/ persatuan – tidak

melebihi 14 hari.
- Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
- Cuti untuk masuk peperiksaan – cuti diberi hanya untuk hari peperiksaan

sahaja. Pegawai/ guru dikehendaki sertakan surat kebenaran Jabatan
Pendidikan Negeri dan surat dari Universiti.
- Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas – bilangan hari ialah tempoh
mesyuarat diadakan dan 2 hari perjalanan pergi dan balik.
- Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/ sukan – tidak melebihi 30 hari
dalam satu-satu tahun.
- Cuti bagi ahli majlis/ jawatankuasa pertandingan.

6. GURU YANG BERKURSUS/ BERTUGAS DI LUAR SEKOLAH

- Guru-guru yang dipanggil berkursus atau terlibat dengan tugasan di luar sekolah,
sekiranya surat panggilan diterima awal digalakkan:
i. Menyediakan bahan untuk guru ganti

ii. Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain.

iii. Catat dalam Buku Rekod Pergerakan Guru di Bilik Penolong Kanan/ GKMP

iv. Satu salinan surat hendaklah difailkan dalam Fail Pergerakan Guru di pejabat

v. Sediakan RPH seperti ditetapkan dalam ‘booklet’ Pengurusan Kurikulum

vi. Menyediakan minit curia dan menyerahkannya kepada GKMP/ PK berkenaan
dalam tempoh 3 hari selepas balik dari berkursus (Rujuk ‘booklet untuk format dan
arahan lain)

7. KEHADIRAN AKTIVITI SEKOLAH

- Semua guru wajib hadir aktiviti sekolah yang telah ditetapkan seperti LDP, Kejohanan
Olahraga, Mesyuarat Agung PIBG dan sebagainya. Mana-mana guru yang tidak hadir
hendaklah memohon kebenaran tidak hadir ke aktiviti berkenaan daripada Pengetua
secara bertulis.

- Sekiranya tindakan di atas tidak diambil, sila kemukakan surat tunjuk sebab jika tidak
hadir semasa aktiviti sekolah diadakan.

22

8. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

- Perhimpunan sekolah yang diadakan pada setiap hari Selasa waktu pertama
persekolahan adalah satu majlis rasmi.

- Semua guru dan murid diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah dan memberi
perhatian kepada pengumuman atau aktiviti yang dibuat serta mengambil tindakan yang
sesuai. Guru-guru dan murid-murid dilarang bercakap sesama sendiri atau membuat
kerja-kerja lain seperti melayan telefon bimbit dan sebagainya semasa perhimpunan.

- Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bagi guru lelaki dikehendaki memakai
tali leher) semasa perhimpunan sekolah.

- Guru tingkatan, guru bertugas dan guru disiplin bertanggungjawab menentukan setiap
murid mengikut peraturan perhimpunan seperti murid berbaris mengikut kelas dengan
penuh disiplin, teratur dan sentiasa dalam keadaan senyap.

- Guru bertugas mingguan adalah bertanggungjawab memastikan perhimpunan berjalan
dengan lancar mengikut aturcara seperti di bawah. Juruacara majlis digalakkan terdiri
daripada pengawas.

Aturcara Perhimpunan:-

Bacaan Doa (oleh pengawas/ murid)

Nyanyian lagu Kebangsaan, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah (bendera
dinaikkan) dan lain-lain lagu jika diperlukan

Ikrar Rukunegara dan Ikrar Murid

Laporan guru bertugas minggu sebelum (laporan ringkas pemantauan minggu
sebelum)

Ucapan wakil murid**

Ucapan guru bertugas minggu semasa (Guru bertugas dikehendaki
menyediakan ucapan pendek mengenai sesuatu tajuk pilihan sendiri
bersesuaian dengan dasar-dasar pendidikan/ PPPM/ keadaan semasa tidak
melebihi 3 minit)

Laporan dan pengumuman guru-guru lain (sekiranya sangat diperlukan).

Penyampaian sijil, hadiah dan lain-lain (sekiranya ada).

Ucapan Penolong Kanan / Pengetua

** Ucapan wakil murid bagi program MBMMBI, Dwibahasa dan kepimpinan

- Guru Siaraya dengan bantuan pengawas yang bertugas perlu memastikan alat siaraya
disediakan dan berfungsi dengan baik tanpa gangguan suara.

- Laporan perhimpunan dan ucapan Penolong Kanan/ Pengetua dicatat dalam “BUKU
LAPORAN PERHIMPUNAN” oleh guru bertugas mingguan.

- Pengumuman berkaitan mesyuarat/ perjumpaan Persatuan/ Kelab/ Unit
Beruniform tidak dibenarkan dibuat semasa perhimpunan rasmi. Pengumuman
tersebut hendaklah disiarkan/ dipamerkan pada papan penyataan Persatuan/ Kelab/
Unit Beruniform.
23

KEHADIRAN PERHIMPUNAN SEKOLAH
- Semua guru wajib berada di dalam dewan sewaktu perhimpunan dijalankan. Guru-

guru tidak dibenarkan berada di bilik guru/ kantin atau tempat-tempat lain semasa
perhimpunan.
- Sekiranya guru perlu dikecualikan dari menghadiri perhimpunan atas urusan tugas
yang tidak dapat dilakukan pada waktu lain, sila dapatkan kebenaran daripada
Pengetua/ Penolong Kanan.
- Sila tanda tangani kehadiran pada borang kehadiran yang diedarkan.

9. KELAS TAMBAHAN/ LAIN-LAIN AKTIVITI DI LUAR WAKTU SEKOLAH

- Guru-guru mata pelajaran, terutamanya bagi kelas-kelas peperiksaan, digalakkan
mengadakan kelas tambahan bagi mata pelajaran yang dirasakan perlu untuk
mempertingkatkan pencapaian akademik murid-murid. Pihak sekolah mengalu-alukan
guru yang mempunyai inisiatif sendiri dalam mengadakan kelas tambahan tersebut.

- Guru-guru yang ingin mengadakan kelas tambahan/ aktiviti di luar waktu persekolahan
hendaklah terlebih dahulu memaklum dan mendapatkan kebenaran daripada Pengetua/
Penolong-penolong Kanan (Yang berkenaan).

- Setelah mendapatkan kebenaran sila catat dalam buku aktiviti/ kelas tambahan yang
disediakan. Maklum dan catat pada papan putih di pejabat bagi memudahkan pihak
pejabat membuat rujukan jika ada pertanyaan dari ibu bapa atau mana-mana pihak.

- Murid-murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah/ pakaian sukan lengkap
sekolah semasa menghadiri kelas tambahan tersebut.

10. MELAKUKAN KERJA LUAR

- Penjawat awam boleh melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D seperti
berikut:
a. Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. Dibenarkan dengan
syarat:-
i. Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
ii. Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
iii. Tidak dengan apa-apa cara kecenderungan bercanggah dengan kepentingan
jabatan

b. Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa
tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79
(1) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM50, 000 (Ringgit
Malaysia Lima Puluh Ribu).

24

11. BILIK GURU/ BILIK DARJAH/ BILIK KHAS/ BANGUNAN

- Kebersihan, kekemasan, keindahan dan keselesaan bilik guru adalah tanggungjawab
semua guru. Bilik guru mesti sentiasa bersih, kemas, indah dan selesa.

- Guru-guru hendaklah mengemas meja masing-masing sebelum pulang setiap hari.
Kerusi hendaklah disorong ke bawah meja sebelum meninggalkan bilik guru.

- Murid-murid, ibu bapa/ penjaga dan orang luar termasuk jurujual TIDAK DIBENARKAN
MASUK ke bilik guru. Semua urusan antara guru dengan ibu bapa/ penjaga dan orang
luar hendaklah dibuat di pejabat sekolah.

- Bilik darjah bersih daripada sawang, kipas dan meja guru bersih sebelum mula sesi
persekolahan.

- Semua bilik khas sentiasa bersih, kemas, indah dan selesa dan terkawal
penggunaannya.

- Kebersihan kaki lima di luar bilik darjah adalah tanggungjawab kelas berkenaan dan
bilik-bilik khas adalah tanggungjawab guru bilik berkenaan.

12. PAKAIAN
- Ketetapan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi pegawai perkhidmatan persekutuan
berpandukan (SPP Bil. 21 1985) dan (SPB Bil a/2013) serta tambahan (SPI Bil 6/1985)
bagi guru.

13. TANDA NAMA
- Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
rasmi di sekolah atau di luar sekolah.

14. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
- Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah
berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Penolong Kanan/Pengetua.
- Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan
dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP), ‘Middle Leader’, Penolong
Kanan atau Pengetua.

15. TUGAS GURU
- Tugas guru diberikan dalam bidang akademik, HEM, kokurikulum dan juga pentadbiran.
Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
- Guru dikehendaki mematuhi arahan menghadiri mesyuarat di Jabatan Pelajaran atau
Pejabat Pelajaran Daerah atau sekolah lain. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
- Sila isi dalam buku pergerakan guru.
25

- Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar,

kursus & bengkel hendaklah mengemukakan minit curai kepada Pengetua (sila

gunakan Borang Minit Curai yang diambil dari pejabat sekolah)

- Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, hendaklah
menjalankan Latihan Dalaman dan dimaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan
tarikh dan masa pelaksanaannya.

- Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Bidang.

16. FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR (FPM)
-
Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan FPM. Semua butiran hendaklah
- disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. FPM ini hendaklah diserahkan kepada
- Pengetua/Penolong-penolong Kanan mengikut jadual untuk disemak dan
- ditandatangani. Kegagalan menghantar FPM boleh menjejaskan prestasi tahunan
kerana FPM dan kandungan merupakan SKT utama dalam pemberian markah prestasi.
Guru-guru boleh didenda sebanyak RM500.00 sehari akibat kegagalan berkaitan. (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran)

Guru yang bercuti, hendaklah menyerahkan FPM kepada Penolong Kanan untuk urusan
Guru Ganti.

Setiap akhir tahun persekolahan, FPM hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah.

Buat laporan kepada polis jika FPM hilang.

17. JADUAL WAKTU MENGAJAR
- Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.
- Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.
- Guru Jadual Waktu hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu persendirian guru
untuk dipamerkan di bilik guru dan pejabat sekolah.
- Satu set jadual waktu lengkap diserah kepada Pengetua / Penolong Kanan.

18. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

- Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda
sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau
tidak hendaklah dimaklumkan kepada Penolong Kanan HEM.

- Ketua Panitia/GKMP hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai
penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

- Semua bilik mempamerkan inventori yang ada.

26

19. KEBERSIHAN

- Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas
pelajar hendaklah disediakan oleh guru di SBC masing-masing. Alat-alat membersihkan
kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.

- GKMP/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas (bengkel, bilik
Kaunseling, makmal sains, makmal bahasa) bertanggungjawab untuk
menyelaras/menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing.

- Semua guru & AKP sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan
sekolah.

20. SURAT-MENYURAT

- Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklah ditandatangani
oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. Sekiranya Pengetua
tiada di sekolah surat rasmi hanya boleh di tanda tangani oleh pentadbir yang diberi
kuasa menjalankan tugas bagi pihak (b/p) pengetua.

- Memastikan salinan surat dimasukkan dalam fail yang berkaitan.

21. SURAT YANG DITERIMA

- Surat yang diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Oleh
itu, guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan surat-surat tersebut mengikut
prosedur yang ditetapkan.

- Surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan “melalui dan kepada”.
Oleh itu, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.

- Semua surat yang diterima semasa guru menghadiri mesyuarat / taklimat luar perlu
dicatat dalam buku penerimaan pejabat untuk disampaikan kepada guru yang berkaitan
untuk tindakan selanjutnya.

22. PELAWAT/JURUJUAL

- Semua pelawat mesti berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu.
Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan
kebenaran Pengetua.

- Hanya pelawat/ wakil firma atau juru jual yang mendapat kebenaran memasuki premis
kerajaan daripada KPM/JPN/PPD sahaja dibenarkan untuk berurusan

- Pihak pentadbiran sekolah TIDAK bertanggungjawab jika ada mana-mana guru atau staf
berurusan dengan pihak luar TANPA kebenaran Pengetua.

23. PEMBELIAN BARANG
- Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran terlebih dahulu dengan
menggunakan borang Nota Minta.
- Nota Minta tersebut hendaklah disahkan oleh GKMP/Penolong Kanan sebelum
diluluskan oleh Pengetua.

27

- Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan
Borang Tempatan (Local Order/LO)

- Segala invois mesti ditulis nama dan ditandatangani oleh guru yang menerima barang,
rekodkan nombor daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang
yang diterima hendaklah direkodkan serta-merta dalam buku stok dengan tepat dan
kemas.

24. KEGIATAN KOKURIKULUM

- Semua guru Penasihat kegiatan kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan
teratur mengikut jadual yang ditetapkan.

- Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum.

25. MESYUARAT
- Kedatangan guru/AKP ke mesyuarat yang ditetapkan adalah wajib. Semua mesyuarat
dijalankan selepas waktu persekolahan.
- Guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik mesyuarat tanpa kebenaran Pengerusi
Mesyuarat.
- Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T,
seluar ‘track’ dan selipar tidak dibenarkan.
- Semua surat panggilan mesyuarat adalah mengikut borang SPSK manakala taklimat /
dialog panitia menggunakan memo.

26. ACARA/ MAJLIS RASMI SEKOLAH/MESYUARAT/LATIHAN DALAMAN

- Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga

Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) yang dianjurkan.

- Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran
kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan.

27. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEKERJA
-
Guru dan AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
- sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan
- dan harmoni dalam organisasi.

Guru dan AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa
pandangan/fahaman/pendapat/ kepercayaan sesama rakan sekerja.

Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sekali wujud di sekolah.

28

28. KEAHLIAN BKGS DAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)

- Semua guru dan AKP Sekolah secara automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Guru
manakala semua guru adalah ahli PIBG Sekolah.

29. ARAHAN PEKELILING DAN MEMO DALAMAN
-
- Setiap arahan dan pekeliling dan memo dalaman yang dikeluarkan hendaklah dibaca
- dengan teliti dan dipatuhi.
-
Sekiranya arahan dan pekeliling dan memo dalaman itu diedar, guru hendaklah
menyimpannya di dalam fail khas.

Sentiasa membaca papan kenyataan dan mengambil tindakan terhadap memo dalaman
yang dikeluarkan oleh Pengetua, Penolong Kanan, PK Hem dan PK Kokurikulum.

Hanya pihak pentadbir sahaja yang boleh mengeluarkan memo dalaman dengan
kebenaran Pengetua.

30. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
- Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
- Hendaklah digunakan dengan baik dan dipulangkan kembali dengan segera serta
berkeadaan baik.
- Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan menggantinya.

31. TELEFON

- Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru dan AKP tidak
dibenarkan mengguna telefon sekolah untuk urusan peribadi.

- Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah
dan semasa mesyuarat.

32. KUNCI

- Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah
mengisi Buku Rekod Pinjaman di pejabat.

- Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada Pengetua dan mencatatkan nama di dalam buku.

29

33. BUKU STOK / INVENTORI
-
Pegawai Aset Alih Kerajaan dan guru inventori bertanggungjawab menguruskan buku
- stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
- lengkap dan sentiasa dikemas kini (setiap pembelian dan keluar masuk barang
hendaklah direkodkan dengan serta-merta).

GKMP/Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok Inventori ini dari semasa ke
semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Pengetua.

Buku stok perlu dihantar kepada Pengetua pada akhir tahun.

34. KOMPUTER RIBA / LCD PROJEKTOR/SMARTPHONE

- Guru yang diberi kemudahan komputer riba / smartphone dan LCD projektor hendaklah
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
Sebarang penggunaan yang menyalahi etika akan dapat dikesan.

- Pastikan komputer /smartphone berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdP
sebagaimana objektif penggunaannya.

- Keselamatan komputer /smartphone adalah tanggungjawab guru yang berkenaan dan
sebarang kerosakan/kehilangan adalah tanggungjawab guru.

- Isi buku rekod pinjaman dan pemulangan LCD, komputer riba dan lain-lain aset sekolah/
kerajaan.

35. MENGHADIRI MESYUARAT LUAR

- Guru hendaklah mematuhi arahan untuk menghadiri Mesyuarat/Kursus/Bengkel yang
yang dianjurkan oleh Kementerian/JPN/PPD.

- Jika mesyuarat bermula jam 8.00 pagi, guru tidak perlu hadir ke sekolah sebelah pagi.

- Jika mesyuarat bermula jam 2.00 petang, guru hanya dibenarkan meninggalkan sekolah
jam 12.30 tengah hari jika dalam daerah dan jika di daerah lain yang jauh boleh mohon
kebenaran Pengetua untuk pertimbangan waktu keluar.

- Guru yang akan menghadiri mesyuarat/kursus/bengkel/seminar hendaklah memaklum
kepada guru relief dengan kadar segera dan mencatat butir mesyuarat di papan notis di
pejabat dan buku pergerakan guru. Satu salinan panggilan mesyuarat perlu dimasukkan
dalam fail yang disediakan.

- Jika mesyuarat tamat sebelum jam 12 tengah hari guru hendaklah hadir ke sekolah
untuk menjalankan aktiviti sekolah petang (mesyuarat, aktiviti kokurikulum dan
seumpamanya).

- Guru hendaklah menyediakan minit curai dan menyerahkan kepada Pengetua/Penolong
Kanan untuk makluman. (1 hari selepas mesyuarat).

- Semua bahan/dokumen yang diserah kepada guru hendaklah diserah kepada
Pengetua/Penolong Kanan.

- Guru hendaklah meninggalkan latihan kepada GKMP untuk kelas yang diajar.

- Sediakan RPH seperti ditetapkan dalam Ketetapan Kurikulum.

30

2.2 PANDUAN PENGURUSAN KURIKULUM

1 LATAR BELAKANG
Kurikulum ialah ‘core business’ bagi setiap guru dan murid di SMK Lembah Subang,
Petaling Jaya Selangor. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan
memenuhi moto sekolah ini iaitu “ILMU ASAS KECEMERLANGAN”. Dasar yang
ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum
sekolah ini.

2 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan:-
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan kurikulum KPM, JPN dan PPD.

3 DASAR
3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana
sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian
Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3 Sebagai salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan, setiap
peraturan dan arahan pihak PPD, JPN dan KPM dipatuhi sepenuhnya.
3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan
kurikulum semasa.
3.5 Pada sebilang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk
program akademik diberikan keutamaan.

4 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut
standard piawaian jabatan.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia – minimum 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4 Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh
mesyuarat.

5 SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus oleh Setiausaha di bawah seliaan Penolong
Kanan dan disimpan di bilik Fail di pejabat.
5.2 Semua fail panitia diurus oleh Ketua Panitia di bawah seliaan Guru Kanan Mata
Pelajaran dan diletakkan di Bilik Fail di pejabat sekolah.
5.3 Jumlah fail bagi setiap panitia tertakluk kepada perubahan Sistem Fail Arkib dan
fail-fail tertentu dibuka atas keperluan.

31

6 PAKEJ MATA PELAJARAN

6.1 Menengah Rendah
- Semua mata pelajaran teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah,
Geografi, Pendidikan Islam (Murid Islam), Matematik, Sains, Reka Bentuk dan
Teknologi, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Sivik &
Kewarganegaran dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan

6.2 Menengah Atas
6.2.1 Mata pelajaran Teras
i. Wajib diambil semasa SPM - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam (Murid Islam) & Pendidikan Moral
(Bukan Islam)
ii. Mata pelajaran wajib tidak terlibat dalam SPM - Pendidikan Sivik &
Kewarganegaran dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan

6.2.2 Aliran Sains Tulen
- Semua mata pelajaran teras serta mata pelajaran elektif Matematik
Tambahan, Biologi, Fizik dan Kimia.

6.2.3 Aliran Kemanusiaan
- Semua mata pelajaran teras di atas termasuk Sains dan mata pelajaran
elektif Matematik Tambahan/ Pendidikan Seni Visual/ Geografi/
Perniagaan atau Ekonomi.

7 SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN
PELAJARAN TAHUNAN, DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
(DSKP) & RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

7.1 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
- Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini yang dilaksanakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh
setiap guru mata pelajaran dan disimpan dalam Fail Panitia satu salinan bagi
setiap tingkatan.
- DSKP pula merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan
pentaksiran yang wajib digunakan oleh semua guru yang mengajar murid di
tingkatan 1, 2 dan 3 pada setiap masa. DSKP menjadi panduan guru-guru
dalam melaksanakan PdPc dan menjalankan pentaksiran agar perkembangan
dan pencapaian murid boleh dipantau sepanjang masa. DSKP juga perlu
disimpan oleh setiap guru mata pelajaran dan dalam Fail Panitia satu salinan
bagi setiap tingkatan.

32

7.2 Rancangan Pelajaran Harian
- Mengandungi 5 perkara asas berikut:
i. Tajuk/Isi Pelajaran
ii. Objektif/ Hasil Pembelajaran/ LO
iii. Aktiviti
iv. BBM
v. Refleksi / Catatan
** Lain-lain mengikut ketetapan mata pelajaran
Rujuk ‘booklet’ untuk keterangan lanjut

7.3 Fail Rekod Mengajar
- Rujuk lampiran kandungan fail yang diedarkan.

7.4 Rekod Mengajar Harian (RPH)
- Dihantar setiap hari Jumaat hari terakhir setiap minggu persekolahan sama ada
dalam bentuk soft copy (atas talian melalui Sistem Pengurusan Sekolah) ATAU
hard copy (dicetak dan difailkan) tertakluk kepada arahan.
- Lengkapkan RPH minggu semasa berserta refleksi dan RPH hari pertama
dalam minggu berikutnya sebelum menghantar RPH untuk semakan Pengetua.
- Semua guru mesti menyediakan RPH sebelum memasuki kelas untuk PdPc.
Boleh dibuktikan pada bila-bila masa diperlukan.
- RPH dan buku latihan murid hendakkah diserahkan kepada pencerap semasa
proses pencerapan dilakukan oleh mana-mana pegawai. Pastikan refleksi
ditulis setelah selesai sesi PdPc.

7.5 Menghabiskan Sukatan
- Sukatan Pelajaran setiap kelas hendaklah diselesaikan dalam tahun semasa.
i. Tingkatan 1, 2 &3 – Dihabiskan dalam tahun semasa mengikut ketetapan
PBD
ii. Tingkatan 4 – Minggu pertama September
iii. Tingkatan 5 – Minggu pertama Ogos

- Guru-guru dikehendaki membuat analisis prestasi pengajaran dalam borong
yang disediakan dan diperolehi melalui Ketua Panitia masing-masing.

7.6 PdPc Berkesan
- Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berpusatkan murid (student
centered) menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar (BBM) yang ada ciri-
ciri inovasi.
- Kualiti PdPc dipertingkatkan dengan guru menguasai ilmu, kepelbagaian
kaedah terkini dan perkongsian pengamalan/ kemahiran yang diperolehi
melalui LDP.
- Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
PdPc perlu diberi penekanan ke atas Higher Order Thinking Skills (HOTS)
dalam kalangan murid-murid.

33

8 JADUAL WAKTU
- Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
- Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan Mesyuarat kurikulum.
- Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran
guru.
- Jumlah waktu pengajaran mengikut arahan dan ketetapan Akta/ Dasar Pendidikan.

9 GURU GANTI / GURU ‘RELIEF’ – Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981
- Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu.
- Tindakan Guru Ganti:
i. Menandatangani kertas edaran relief.
ii. Mencatat nama kelas, masa dan mata pelajaran yang direlief pada slip relief.
iii. Slip relief hendaklah disimpan di dalam Fail Rekod Mengajar sebagai rujukan
dan dokumentasi.
iv. Memasuki kelas tersebut tepat pada masanya dan berada di dalam kelas
relief sehingga tamat masa.
v. Guru tidak dibenarkan menggunakan PSS sebagai tempat relief KECUALI jika
diberi lebih dari 1 kelas relief pada satu masa/waktu.
vi. Menggunakan masa tersebut dengan aktiviti PdPc seperti ketetapan berikut:-
a) Dapatkan latihan/ bahan relief dan pastikan murid laksanakannya.
b) Catat bahan yang digunakan pada ruangan yang disediakan.
c) Bahan tersebut hendaklah dikembalikan ke tempat asal setelah tamat
waktu relief.
d) Guru relief hendaklah sentiasa mengawasi murid-murid di bawah seliaan
mereka.

10 WAKTU PERSEKOLAHAN

Hari Tingkatan 1 - 5 Tingkatan 4 dan 5 Sains

Isnin 7:20 am – 2:00 p.m 7:20 am – 2:30 p.m

Selasa 7:20 am – 2:00 p.m 7:20 am – 2:30 p.m

Rabu 7:20 am – 1:30 p.m 7:20 am – 2:00 p.m

Khamis 7:20 am – 1:30 p.m 7:20 am – 2:00 p.m

Jumaat 7:20 am – 12:30 p.m 7:20 am – 12:30 p.m

* Waktu berubah mengikut akta / Pekeliling Ikhtisas semasa

34

11 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
i) Ujian:
a) Sekali setahun (Mac) untuk semua tingkatan.
b) Ujian Akhir Tahun untuk tingkatan 1,2 dan 3.
c) Pentaksiran Percubaan PT3 untuk tingkatan 3 sahaja.

ii) Peperiksaan:
a) Tingkatan 5 – Peperiksaan Pertengahan Tahun & Peperiksaan Percubaan.
b) Tingkatan 4 – Peperiksaan Pertengahan Tahun & Peperiksaan Akhir Tahun.

iii) Sistem pemarkahan - rujuk arahan yang disediakan khas berasingan dari arahan ini.
iv) Kedudukan kelas akan ditentukan melalui

a) GP dan lulus dalam semua mata pelajaran bagi tingkatan 5*.
b) Berdasarkan band PS dan gred ujian bagi tingkatan 2 dan 3*.
c) Berdasarkan band PT3, PS dan PPSi bagi tingkatan 4*.
* tertakluk kepada perubahan.

11.1 Ketetapan Peperiksaan

11.1.1 FORMAT PENAIPAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN
• Semua kertas soalan peperiksaan perlu ditaip menggunakan komputer. Sebarang

jenis aplikasi untuk tujuan menaip ini boleh digunakan tetapi penggunaan perisian
Microsoft Word adalah amat digalakkan.

• Pastikan soalan peperiksaan ditaip mengikut kriteria yang ditetapkan, iaitu:
i) Font Times New Roman saiz 12
ii) Jarak langkau satu baris (Single Spacing)
iii) Kaedah penaipan: selepas koma (,) satu space bar. Selepas noktah (.) satu
space bar.

• Pastikan Page Setup ditetapkan seperti berikut;
i) Margins
Top : 1”
Bottom : 1”
Left : 1”
Right : 1”

ii) Paper Size
A4 (210 x 297mm)

35

o Cetakan kertas soalan hendaklah menggunakan pencetak yang jelas dengan
menetapkan margin bagi header dan footer adalah 1”. Pastikan print setup
ditetapkan seperti berikut;

Print Properties

Paper Size : A4 (210x297mm)

11.1.2 FORMAT PENYEDIAAN MUKA DEPAN KERTAS SOALAN
o Kulit luar (cover page) kertas soalan peperiksaan mestilah mengikut format
sebenar peperiksaan awam (PT3 & SPM) dan turut mengandungi:-
(a) Tempoh Peperiksaan
(b) Arahan Kepada Calon:-
i. Bilangan Muka Surat Kertas soalan peperiksaan (Perhatian: kulit luar
dikira sebagai muka surat 1)

(c) Perkataan SULIT di Header & Footer di sebelah atas kiri dan bawah kanan

11.1.3 ARAHAN KEPADA CALON
o Arahan di kulit luar
ARAHAN KEPADA CALON :

(a) Nyatakan bilangan bahagian yang terdapat di dalam kertas soalan.

Contoh :
Kertas ini mengandungi DUA Bahagian : A dan B
Contoh :
Jawab TIGA (3) soalan di Bahagian A dan DUA (2) soalan di Bahagian B

(b) Nyatakan bilangan soalan yang perlu dijawab bagi setiap bahagian.
(c) Nyatakan di mana calon perlu menjawab.

Contoh :
Jawab semua soalan di dalam kertas jawapan OMR.
Jawab semua soalan di Bahagian B di dalam kertas jawapan.

o Arahan di bahagian dalam kertas soalan peperiksaan
(a) Sekiranya soalan peperiksaan terdiri daripada satu bahagian sahaja, arahan di

bahagian dalam kertas soalan tidak perlu di tulis. Arahan di kulit luar kertas
soalan sudah memadai.
(b) Sekiranya soalan peperiksaan terdiri daripada dua bahagian atau lebih, arahan
bagi setiap bahagian soalan perlu ditulis di bahagian dalam kertas soalan
peperiksan di bahagian tengah muka surat.

36

Contoh :
• BAHAGIAN A (10 Markah)

Arahan : Wajib di jawab

• BAHAGIAN B (30 Markah)
Arahan : Jawab tiga (3) soalan sahaja

(c) Bagi soalan bentuk objektif aneka pilihan, dan isi tempat kosong, jawapan boleh
ditanda sama ada dalam kertas soalan, atau borang OMR atau buku jawapan.
Arahan tambahan diperlukan di bahagian dalam kertas soalan.

Contoh :
• BAHAGIAN A (20 Markah)

Arahan : Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang tepat, dan tandakan
jawapan dalam borang OMR.

• BAHAGIAN B (10 Markah)
Arahan : Jawab semua soalan. Tandakan B bagi BENAR dan D bagi SALAH
untuk kenyataan berikut dalam kertas jawapan

11.1.4 FORMAT PENYEDIAAN MUKA SURAT 2 DAN SETERUSNYA
o Penentuan Tajuk
Tentukan tajuk-tajuk yang akan dimasukkan ke dalam soalan peperiksaan
berdasarkan :
(a) Sukatan Pelajaran
(b) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

o Bentuk Soalan
Bentuk soalan yang dipilih mestilah diperaku oleh penaksir. Antara bentuk
yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
(a) Semua soalan objektif sahaja. Bentuk soalan objektif yang boleh
digunakan ialah aneka pilihan dan kenyataan betul atau salah.
(b) Semua soalan subjektif. Bentuk soalan subjektif yang boleh digunakan
ialah isi tempat kosong, struktur dan esei.
(c) Gabungan soalan objektif dan soalan subjektif.

o Jumlah Soalan Yang Perlu Disediakan
Jumlah soalan peperiksaan ditetapkan oleh sekolah / mengikut format
Lembaga Peperiksaan.

o Gaya Bahasa
Gunakan bahasa, struktur ayat, dan ejaan mengikut kesesuaian bidang
masing-masing.

37

o Penggunaan Istilah
(a) Guna istilah yang tepat. Rujuk buku istilah khusus untuk menterjemah
istilah dalam bidang-bidang tertentu.
(b) Tulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahan bahasa inggeris atau
singkatannya dalam kurungan.

Contoh:
Selepuk (lump-sum)
Tokokan (mark-up)
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Nilai Bersih Terkini (NPV)

Sekiranya istilah dalam Bahasa Inggeris dimasukkan dalam teks soalan,
istilah tersebut mestilah ditulis dengan huruf condong (italic).

Contoh:
Cadangkan jenis penyelidikan yang akan dibuat berdasarkan kepada
angkubah univariate.

o Penulisan Angka
Tulis angka dengan cara betul
Contoh penulisan angka ialah RM10,000.00

o Penggunaan Simbol
Nyatakan makna simbol yang digunakan dalam soalan berbentuk pengiraan.
Jika simbol yang sama digunakan dalam beberapa soalan berbentuk
pengiraan, nyatakan makna simbol tersebut dalam helaian berasingan pada
permulaan bahagian soalan.

o Panduan Menyediakan Soalan Esei
(a) Susun soalan mengikut aras Taksonomi Bloom dari mudah kepada yang
sukar.
(b) Tentukan jumlah/bilangan yang perlu dijawab bagi soalan yang berkaitan
dengan beberapa kriteria atau faktor.
Contoh:
Nyatakan dengan contoh lima (5) faktor yang mempengaruhi aktiviti
pemikiran lateral.

o Susun penomboran soalan mengikut format berikut:
Contoh:
1. Huraikan kenyataan berikut dengan satu contoh yang sesuai.
a. Sistem komunikasi digital
(i) berwayar
ii) tanpa wayar

38


Click to View FlipBook Version