The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ketetapan dan peraturan dalam semua bidang/ jawatankuasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salwani0305, 2019-01-15 01:05:04

Manual Pengurusan SMKLS Tahun 2019

Ketetapan dan peraturan dalam semua bidang/ jawatankuasa

Keywords: Ketetapan dan peraturan

d) SUPPORT PLAN/ CATCH-UP SESSION
1. Support plan untuk guru-guru yang tidak mencapai tahap developing.
2. Catch-up session untuk guru-guru baharu. Mereka didedahkan dengan amalan
sekolah amanah.

e) INFORMAL FOCUSED OBSERVATION
1. Mengadakan pemantauan secara berfokus diantara ML atau PLP dan guru.
2. Memberi maklumbalas kepada guru yang dipantau untuk penambahbaikkan.
3. Bertujuan untuk membantu guru menyelesaikan tugas ART mereka.

f) FORMAL OBSEVATION
1. Dilakukan 2kali setahunoleh SLT, GKMP, ML dan EP.
2. Jadual pemantauan disediakan.
3. Pemantauan dijalankan berdasarkan 14 kompetensi dalam rubrik Sekolah
Amanah.
4. Pemantauan dijalankan bersama pemantau kedua.
5. Merekodkan garismasa perjalanan PDPC guru sebagai evidens dan rujukan
semasa moderasi.
6. Mengadakan sesi refleksi dan maklumbalas bersama guru untuk menentukan
markah guru.
7. Mengadakan moderasi dengan pemantau kedua.

3.1.12 JAWATANKUASA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI
Senarai Tugas
1. Memastikan amalan sistem pengurusan kualiti yang mengikut tatacara sistem
pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 diamalkan.
2. Memastikan pelaksanaan SPSK berdasarkan 3 peringkat dokumen iaitu Manual Kualiti,
Prosedur Kualiti dan Dokumen serta Rekod Kualiti/ dokumen yang tepat digunakan dalam
berdasarkan standard yang ditetapkan.
3. Memastikan dokumen kualiti yang digunakan adalah yang terkini.
4. Melaksanakan penilaian/ audit kendiri terhadap pengurusan SPSK.
5. Melaporkan sebarang ketidak akuran penggunaan dokumen kualiti.

88

3.1.13 JAWATANKUASA MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH

Senarai Tugas

1. Mengadakan mesyuarat untuk menetapkan kandungan/ bahan untuk dimuatkan Manual
Pengurusan serta Buku Panduan Tugas dan Takwim.

2. Menyediakan bahan untuk dimuatkan dalam Manual Pengurusan serta Buku Panduan
Tugas dan Takwim.

3. Mengemaskini kandungan bagi Manual Pengurusan serta Buku Panduan Tugas dan
Takwim.

4. Menaip semua semua ketetapan dan kandungan Manual Pengurusan serta Buku
Panduan Tugas dan Takwim.

5. Memastikan Manual Pengurusan serta Buku Panduan Tugas dan Takwim dicetak dan
diedarkan kepada semua guru dan AKP.

3.1.14 JAWATANKUASA KOPERASI

Senarai Tugas

1. Mengatur rancangan jangka panjang dan jangka pendek serta menentukankan
pelaksanaannya.

2. Mengadakan mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) sebulan sekali.
3. Mengawasi perjalan koperasi seperti yang ditetapklan oleh Undang-undang Kecil

Koperasi.
4. Memastikan pengurusan jual-beli dijalankan dengan baik dan betul.
5. Memastikan kewangan diuruskan dengan baik.
6. Memastikan buku stok sentiasa kemas kini. Memastikan Laporan Kewangan dan

kegiatan koperasi sentiasa kemas kini dan disediakan untuk dihantar ke pihak
Pembangunan Koperasi sebelum mesyuarat Agong.
7. Mewujudkan hubungan ALK dengan Jabatan Pembangunan Koperasi Kawasan.

a. Tugas Setiausaha Koperasi Sekolah
i. Memanggil dan menghadiri semua jenis mesyuarat.
ii. Menyedia dan menyampaikan laporan serta dokumen untuk pertimbangan
mesyuarat.
iii. Menyimpan Daftar Ahli serta Buku Laporan kegiatan dan surat menyurat yang
berkaitan.
iv. Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat dengan persetujuan
Pengerusi.
v. Menyedia dan mengedar agenda mesyuarat sebelum mesyuarat diadakan
kepada ahli dan menyediakan bahan untuk mesyuarat.
vi. Membantu pengerusi memberi maklumat dan penerangan.
vii. Memastikan daftar kehadiran ahli ketika mesyuarat dan menyediakan minit
mesyuarat untuk edaran seterusnya.
viii. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang ditentukan oleh Ahli Lembaga
Koperasi dari semasa ke semasa.

89

b. Tugas Bendahari Koperasi
i. Menerima dan menjaga kewangan koperasi serta membuat pembayaran
mengikut arahan ALK.
ii. Memastikan wang yang diterima dimasukkan ke bank dalam masa 24 jam
selepas penerimaan.
iii. Memastikan wang tunai dalam tangan dalam satu-satu masa tidak melebihi
RM500.00 (atau yang ditetapkan oleh ALK) Menyediakn resit, baucer dan
dokumen sokongan untuk bayaran dan menyimpannya dengan baik.
iv. Mengemaskini semua buku-buku akaun koperasi supaya dapat diperiksa pada
bila-bila masa dan menyimpan dengan baik.
v. Menyediakan akaun tahunan dan laporan koperasi untuk dihantar kepada
pihak Pembangunan Koperasi dan dibentangkan dalam mesyuarat agung.
vi. Memastikan pembayaran dividen kepada ahli dikemas kini dan direkodkan.

c. Tugas Juru Audit Dalaman
i. Memeriksa akaun-akaun koperasi sekali sebulan.
ii. Memeriksa Buku Tunai Koperasi dan melaporkan hasil pemeriksaan secara
bertulis dalam buku khas untuk makluman ALK.
iii. Melaporkan kewangan koperasi dalam mesyuarat agung.

3.1.15 JAWATANKUASA SAMBUTAN DAN MAJLIS RASMI SEKOLAH
Senarai Tugas

1. Mengadakan mesyuarat bagi menetapkan aturcara majlis dan agihan tugas
Jawatankuasa Kecil.

2. Menyediakan Jawatankuasa Kecil bagi setiap sambutan dan majlis.
3. Menyediakan aturcara pentadbiran majlis.
4. Melaksanakan raptai sebelum majlis sebenar.
5. Memastikan protokol majlis tepat bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
6. Menyediakan dokumentasi program/ majlis yang dilaksanakan disiapkan.
7. Melaksanakan postmortem bagi menilai program/ majlis yang dilaksanakan.

3.1.16 JAWATANKUASA PIBG (GURU)
Senarai Tugas

1. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
2. Menjadi orang tengah antara hubungan sekolah dan ibu bapa.
3. Merancang program-program antara sekolah dan ibu bapa.
4. Menganjur dan menyertai program yang dirancang bersama ibu bapa dan komuniti.
5. Memastikan Mesyuarat Agung PIBG dilaksanakan sebelum 31 Mac bagi setiap tahun.

90

3.1.17 JAWATANKUASA INDUK SUKAN SEKOLAH
Senarai Tugas
1. Membuat agihan rumah sukan semua murid yang mendaftar di sekolah.
2. Merancang program-program berkaitan sukan.
3. Mengadakan mesyuarat bagi menyusun takwim sukan.
4. Melaksanakan 5 aktiviti suka seperti KPI Pengarah JPN Selangor.
5. Mendokumenkan semua aktiviti sukan yang dilaksanakan.
6. Menyediakan data kehadiran ibu bapa semasa Hari Sukan dan diserahkan kepada
7. Setiausaha PIBK.
8. Membantu PK Kokurikulum menyelaras semua aktiviti berkaian sukan.

3.1.18 JAWATANKUASA URUS TADBIR PEJABAT
Senarai Tugas
1. Menyediakan dan mempamerkan Visi, Misi, Objektif, Slogan Q, Piagam Pelanggan dan
Carta Organisasi sekolah.
2. Mengutamakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) di dalam
pengurusan pejabat.
3. Menggalakkan perhubungan yang sihat di antara pegawai.
4. Menyediakan suasana bekerja yang hormonis.
5. Memastikan pejabat dan kawasan sekitarnya bersih dan kemas.
6. Memastikan susun atur peralatan mengikut susunan.
7. Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
8. Mengurus sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan
rekod yang ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara.

91

3.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM

3.2.1 JAWATANKUASA KURIKULUM

Senarai Tugas
1. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Abad ke-21.
2. Mencadangkan, membina dan mengurus alat mengurus alat bantuan mengajar.
3. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
4. Menetapkan garis panduan penyediaan rancangan kerja.
5. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan jadual waktu.
6. Mengadakan mesyuarat serta melaksanakan PLC
7. Mengesan dan memastikan supaya sukatan dan perancangan pelajaran

dilaksanakan dengan sempurna.
8. Mengkaji analisis keputusan PT3, SPM, STPM dan peperiksaan dalaman dan

merangka program jangka pendek (PILL) dan panjang bagi mengatasi masalah
kelemahan.
9. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oelh
pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika
terdapat kesalahan.
10. Mengesan dan memastikan bahawa semua aspek program akademik sekolah
dilaksanakan dengan sempurna supaya objektif dan matlamat akademik sekolah
tercapai.
11. Mengemukakan, mengambil keputusan dan melaksanakan cadangan-cadangan
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
12. Membuat penilaian strategi-strategi yang dilaksanakan dengan tujuan untuk
memperbaiki kualiti pendidikan bagi meningkatkan prestasi murid.
13. Merancang dan mengadakan taklimat/kursus (in-house training) kepada semua guru
tentang perkara-perkara baharu dalam pendidikan.
14. Mendapatkan bahan-bahan rujukan berhubung dengan pendidikan untuk disebarkan
kepada semua guru dan pelajar terutama di Pusat Sumber Sekolah.
15. Menganalis laporan akademik selepas setiap kali proses peperiksaan/penilaian
dijalankan.
16. Mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan prestasi akademik berasaskan
analisis peperiksaan.
17. Merancang dan melaksanakan kelas tambahan, kelas bimbingan, pemulihan dan
cemerlang.
18. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

92

3.2.2 JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Senarai Tugas

1. Merancang melaksana semua jenis peperiksaan dalaman (peperiksaan penggal,
ujian bulanan, ujian lisan, peperiksaan percubaan dengan menentukan hal-hal
berikut:

i. Tarikh dan takwim/jadual waktu peperiksaan

2. Menyelaras dan menyediakan jadual peperiksaan/ujian 3 minggu sebelum
peperiksaan/ujian dan diedarkan kepada pelajar dan guru-guru.

3. Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan soalan dan pemeriksa kertas
jawapan setelah ditentukan oleh Panitia Mata Pelajaran.

4. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan serta
memastikan keselamatan.

5. Menentukan satu sistem pengawasan peperiksaan dan mengambil langkah tertentu
jika ada guru yang tidak dapat mengawas disebabkan hal-hal tertentu.

6. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas sebelum peperiksaan
dijalankan dan disusun mengikut:

i. Mata Pelajaran

ii. Kelas

iii. Bilangan Pelajar

iv. Tarikh Peperiksaan

v. Guru Mata Pelajaran

7. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan.

8. Memastikan pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan.

9. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.

10. Menyediakan analisis keputusan peperiksaan dalaman dan awam seminggu
sebelum mesyuarat JK Akademik.

11. Menyediakan laporan Post Mortem peperiksaan setelah dibincang dalam mesyuarat
JK Kurikulum.

i. Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun semua tingkatan

ii. Percubaan PT3 & SPM (SU Pep. PT3 & SPM)

12. Mengemaskini fail-fail peperiksaan dari semasa ke semasa.

13. Mengurus kemasukan markah dalam SAPS bagi peperiksaan dalaman secara online
serta bagi peperiksaan awam.

14. Menyediakan dokumentasi analisis keputusan peperiksaan dalaman dan
peperiksaan awam sebanyak 2 salinan. Satu salinan perlu diberikan kepada PK
Pentadbiran.

15. Menyediakan PEMARKAHAN berasaskan sistem PBD bagi murid tingkatan 1-3.
Serta membuat analisis peratus murid mengikut Band.

16. Memastikan KPI & Objektif akademik tercapai

17. Memantau dan memastikan perjalanan program peningkatan prestasi murid.

18. Membantu mengkaji keputusan peperiksaan awam dan dalaman dan merangka
program jangka pendek dan panjang.

93

19. Memastikan langkah susulan untuk mengatasi masalah murid.
20. Menyelaras pemberian penghargaan kepada murid yang menunjukkan peningkatan.
21. Menjalankan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

3.2.3 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU / GURU GANTI / MMI

Senarai Tugas
1. Mengkaji keperluan guru pada sesuatu masa berpandukan bilangan mata pelajaran

dan opsyen guru.
2. Memaklumkan kepada Pengetua tentang lebihan atau kekurangan guru.
3. Merancang dan menyediakan senarai nama guru, mata pelajaran yang diajar, jumlah

waktu mengajar dan kelas yang diajar kepada Pengetua untuk kelulusan.
4. Menyusun Jadual Waktu Guru dan Kelas.
5. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
6. Menyebarkan jadual waktu kepada semua guru.
7. Membuat pindaan jadual waktu apabila perlu.
8. Menyediakan jadual guru ganti seberapa awal yang boleh dengan cara mengenal

pasti guru-guru yang tidak hadir.
9. Menyerahkan kepada Pengetua Jadual Waktu peribadi dan jadual waktu kelas

sebanyak 2 salinan untuk disahkan.
10. Memastikan guru menyediakan nota-nota dan latihan kepada kelas sepeninggalan

menghadiri kursus atau mesyuarat dan diserahkan kepada guru-guru ganti. .
11. Menyediakan dan menyerahkan slip relief kosong kepada guru
12. Menyediakan / menyelaraskan jadual waktu guru praktikal.
13. Mempamerkan senarai guru relief di bilik guru.
14. Menyediakan analisis guru tidak hadir pada pertengahan dan akhir tahun.
15. Menyediakan analisis guru relief pada pertengahan dan akhir tahun.
16. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.2.4 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Senarai Tugas
1. Melaksanakan Pengoperasian PBD di sekolah mengikut garis panduan yang
2. ditetapkan.
3. Mengadakan Mesyuarat 4 kali setahun.
4. Memastiskan semua aspek pentaksiran mata pelajaran dilakukan oleh guru melalui

kaedah Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan
PAJSK.
5. Melaksanakan aktiviti penjaminan kualiti (Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan
dan Pengesanan)
6. Setiausaha mendaftar nama murid dalam Sistem Aplikasi. (SPPBS)
7. Menyediakan pelaporan prestasi pada akhir tahun termasuk analisis peratus
mengikut Band.

94

8. Memastikan eviden pentaksiran pusat disimpan dengan selamat.
9. Mengurus markah /laporan mengikut prosedur yang ditetapkan.
10. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

3.2.6 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

Senarai Tugas
1. Menyediakan satu polisi berdasarkan peruntukan-peruntukan tertentu untuk

dilaksanakan oleh Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.
2. Membincangkan dan menimbangkan untuk diluluskan:

i. Pelantikan Pengawas PSS
ii. Anggaran Perbelanjaan PSS
iii. Hukuman ke atas Pengawas PSS yang melanggar peraturan atau

tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan.
iv. Pemberian penghargaan kepada Pengawas PSS yang difikirkan

sesuai yang dicadangkan oleh Penyelaras PSS.
v. Tugas-tugas lain atas arahan pihak berkuasa sekolah.
vi. Memastikan buku stok dikemas kini.
vii. Menyediakan anggaran penggunaan PSS mengikut tingkatan.
viii. Melaksanakan jadual penggunaan PSS mengikut tingkatan.
ix. Berusaha memperbanyakkan bahan-bahan sumber di PSS.
x. Memastikan keceriaan perpustakaan dan bilik APD agar sentiasa

menarik, ceria dan kondusif untuk pembelajaran.
xi. Melaksanakan aktiviti pembelian buku baru, merawat buku dan

menguruskan hapus kira buku.
xii. Melaksanakan dan menjayakan kempen galakan membaca dan

Program Nilam.
xiii. Menyelaras data Nilam dan memilih Tokoh Nilam pada pertengahan

dan akhir tahun.

3. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.
4. Senarai Tugas Program Nilam:

i. Merancang & melaksanakan Program Galakan Membaca dan Program
Nilam.

ii. Memantau pelaksanaan Program Bulan Membaca dan aktiviti-aktiviti galakan
membaca.

iii. Menyediakan laporan/data Program Nilam untuk 3 kali setahun secara online.
iv. Memilih tokoh Nilam dan tokoh membaca dalam kalangan guru dan murid.
v. Menyediakan hadiah dan sijil penghargaan untuk tokoh-tokoh nilam pada

akhir tahun.
vi. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

95

3.2.7 JAWATANKUASA KBAT/ SPA 2
Senarai Tugas
1. Melaksanakan dan memperluaskan program sekolah berdasarkan konsep Abad ke-
21
2. Memperluaskan penggunaan KBAT dan i-Think dalam proses PdPc
3. Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat untuk mempelbagaikan kaedah
pedagogi dalam proses PdPc.
4. Memastikan kelas menggunakan konsep Abad ke-21 dari segi penyusunan meja dan
kerusi.
5. Menyelaras GROW dan melaporkan analisis dari segi potensi calon berdasarkan
mata pelajaran.
6. Menyelaras dan melaksanakan program berdasarkan analisis GROW dan potensi
calon.
7. Melaksanakan tugas dan arahan yang diberi oleh pentadbir dari semasa ke semasa.

3.2.8 JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN KURIKULUM DAN PLC

Senarai Tugas
1. Merancang dan melaksanakan 7 strategik alat Kolaboratif kepada semua guru dalam

pelbagai bidang/panitia
2. Menetapkan alat kolaboratif yang digunakan untuk setiap bidang.
3. Merangka jadual pemantauan dijalankan.
4. Menyelaraskan dan memastikan PLC dijalankan seperti yang dirancang.
5. Menyediakan laporan kepada PPD dua kali setahun.
6. Melaksanakan tugas dan arahan yang diberi Pengetua dari semasa ke semasa.

3.2.9 JAWATANKUASA PERFORMANCE MANAGEMENT SYSTEM (PMS)
Senarai Tugas
1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Abad ke-21.
3. Membuat penilaian tentang prestasi pengajaran dan pembelajaran.
4. Membuat moderasi selepas setiap kali pencerapan dilaksanakan.
5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran.
6. Mengadakan mesyuarat serta melaksanakan PLC.
7. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan lagi prestasi
pelajar.
8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

96

3.2.10 JAWATANKUASA PENCERAPAN / LO
Senarai Tugas
1. Mengadakan mesyuarat perancangan pengurusan jawatankuasa secara berkala
2. Mengurus tadbir semua perkara berkaitan pelaksanaan pencerapan
3. Memastikan pelaksanaan pencerapan berlaku secara konsisten melibatkan semua
guru mengikut takwim yang telah ditetapkan
4. Memastikan pencerapan dirancang dengan seimbang dari segi masa, mata
pelajaran, tingkatan dan guru
5. Menyediakan jadual pencerapan guru dan mengagihkan tugas pencerapan di antara
Pengetua, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Pemimpin
Pertengahan.
6. Membincangkan kekuatan dan kelemahan PdPc dengan guru yang dicerap.
Pencerapan susulan (jika perlu).
7. Menyediakan analisis dan laporan pencerapan
8. Memfailkan dokumen dan rekod pencerapan
9. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diminta pentadbir sekolah dari masa ke
semasa.

97

3.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

3.3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Senarai Tugas Dan Tanggungjawab Setiausaha Hal Ehwal Murid

1. Setiausaha Mesyuarat Jawatankuasa HEM
i. Memanggil mesyuarat JK HEM dengan persetujuan Pengetua/PK HEM
sekurang-kurangnya 4 kali setahun (Jan, April, Julai dan Oktober)
ii. Menyediakan tempat mesyuarat.
iii. Mengambil kehadiran ahli mesyuarat JK HEM.
iv. Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan minit mesyuarat HEM kepada AJK
sekurang- kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat diadakan.

2. Pemantauan aktiviti Unit HEM
i. Memastikan aktiviti Unit-unit HEM dilaksanakan mengikut jadual aktiviti atau
senarai semak yang disediakan oleh unit-unit.
ii. Memastikan Unit-unit HEM menyediakan laporan aktiviti tahunan untuk difailkan
pada bulan Oktober setiap tahun.
iii. Mendapatkan laporan aktiviti Unit-Unit HEM dua kali setahun. (Mei dan
September).
iv. Memaklumkan kepada HEM aktiviti utama yang akan dilaksanakan oleh unit
HEM setelah mendapat maklumat daripada AJK Unit HEM.
v. Mengumpul minit mesyuarat Unit-Unit HEM untuk diserahkan kepada HEM
sekurang- kurangnya 3 kali setahun (Jan/Feb, Jun dan Oktober)

3. Menyelaraskan Sistem Fail Unit-unit HEM (lihat sistem fail sekolah)
i. Memastikan AJK Unit-unit HEM sentiasa menyemak dan mengemaskinikan fail-
fail berikut:
ii. Fail-fail yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam kabinet di bilik HEM. (Rujuk
Sistem Fail Sekolah)
iii. Fail minit mesyuarat dan panggilan mesyuarat setiap unit HEM.
iv. Fail Aktiviti Tahunan, kertas kerja dan laporan aktiviti.
v. Fail Meja (latar belakang Penubuhan, Slogan/Moto, Carta Organisasi, Senarai
Tugas dan Tanggungjawab AJK, Carta Alir Kerja dan Senarai Tugasan)
vi. Fail Perancangan Strategik setiap unit HEM.
vii. Pekeliling PPD/JPS/Kementerian yang berkaitan.
viii. Fail-fail lain yang ditentukan oleh PPD/JPS.
ix. Memastikan AJK HEM meletakkan fail-fail berkenaan di pejabat untuk rujukan
pihak sekolah/ HEM.
x. Mengemaskinikan Fail-Fail JK HEM dari semasa ke semasa dengan bantuan
anggota kumpulan pelaksana (AKP) sekolah.

98

4. Sebagai Setiausaha Pendaftaran murid Tingkatan 1 dan 4.
i. Merancang dan melaksanakan aktiviti pendaftaran murid baru pada setiap tahun
bersama PK HEM dan Penyelaras Tingkatan.
ii. Memanggil mesyuarat AJK Pendaftaran pada akhir bulan Oktober.
iii. Menyediakan risalah berkaitan dengan sekolah dan Unit HEM.

5. Menyelaras Buku Kedatangan Murid
i. Menyemak Buku Kedatangan Murid untuk memastikan:-
ii. Kehadiran murid diambil oleh guru kelas atau Penyelaras Tingkatan setiap Hari
iii. Menyemak kehadiran murid untuk memastikan guru kelas/penyelaras tingkatan
menghantar Surat Amaran 1,2 dan 3 (Surat Amaran Murid Tidak Hadir Sekolah).
iv. Guru tingkatan/ penyelaras tingkatan melengkapkan maklumat murid dalam
Buku Kedatangan selewat-lewatnya minggu kedua persekolahan.
v. Semua murid mempunyai nombor pendaftaran sekolah.
vi. Mengumpul Jadual Kedatangan Murid pada akhir persekolahan.

6. Sebagai Setiausaha Perhimpunan Rasmi Sekolah. (Dengan bantuan Guru
Perhimpunan Mingguan)
i. Menyemak Borang Perhimpunan Rasmi sekolah pada hari Jumaat untuk
memastikan:-
ii. Guru Bertugas bersedia untuk melaksanakan perhimpunan mengikut masa yang
ditetapkan.
iii. Ada guru bagi menggantikan guru bertugas yang tidak hadir/ menghadiri
kursus/mesyuarat, dengan merujuk Jadual Bertugas Mingguan.
iv. Bekerjasama dengan Guru Pengawas bagi melicinkan perhimpunan setiap hari
Isnin.
v. Mengawal perhimpunan supaya mematuhi masa yang ditetapkan/dibenarkan
oleh Pengetua.

7. Memastikan guru-guru tingkatan mengemaskini makumat SMM 3 kali setahun mengikut
jadual yang disediakan oleh Guru Data SMM atau yang diarahkan oleh PPD/JPS.

8. Menyemak Buku Pendaftaran Masuk Murid.
i. Menyemak buku tersebut untuk memastikan Guru Penyelaras Tingkatan dan
Guru Kelas mencatat nombor pendaftaran dan maklumat peribadi murid baru.

9. Menyelaras Penyediaan Sijil Berhenti dan Sijil Akuan Murid Tingkatan 5.
i. Memastikan sijil-sijil tersebut mencukupi.
ii. Mengedarkan draf Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Akuan sekolah kepada guru
tingkatan 5 pada bulan September.
iii. Mengumpul draf sijil tersebut setelah disemak oleh guru tingkatan untuk
pengurusan menaip pada bulan Oktober.
iv. Mengedarkan sijil-sijil yang telah siap ditaip kepada guru tingkatan 5 untuk
diserahkan kepada murid sebelum berakhirnya peperiksaan SPM.

10. Mengenal pasti potensi pelajar dan memupuknya menjadi cemerlang.
11. Memberi khidmat bantuan kepada murid-murid yang bermasalah.

99

12. Mengelola program-program latihan kepimpinan dan organisasi murid.
13. Mengeratkan hubungan sekolah dengan masyarakat dan ibu bapa.
14. Mengatur dan mengelola, rancang & melaksanakan program galakan membaca.
15. Mengurus personaliti murid bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara.

3.3.2 JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN/ MAJLIS PERWAKILAN MURID
Senarai Tugas
1. Membuat hukuman tatatertib.
2. Menyediakan minit mesyuarat dan laporan yang lengkap untuk simpanan sekolah atau
di hantar ke PPD jika perlu.
3. Menentu dan melaksanakan dasar-dasar disiplin berpandukan arahan/buku panduan
disiplin Kementerian/Jabatan Pelajaran.
4. Membuat keputusan tentang kes-kes disiplin yang dikemukakan oleh guru dan
pengawas.
5. Melaksanakan polisi disiplin dengan bantuan semua warga sekolah dan Badan
pengawas agar wujud taraf disiplin yang tinggi.
6. Menyimpan rekod pelajar yang melanggar disiplin.
7. Menghubungi ibu bapa pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
8. Memantau dan melaksanakan perjalanan perhimpunan rasmi dan perhimpunan khas.
9. Menguatkuasakan Pekeling-pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.

10. Meningkatkan disiplin murid demi mewujudkan imej sekolah yang baik.
11. Sentiasa bersedia mengamalkan rasa tanggungjawab, bertimbang rasa dan kesediaan

membantu orang lain.
12. Menjadi teladan kepada murid dengan kepimpinan yang cemerlang.
13. Memelihara hubungan yang baik di antara murid, guru dan pengawas.
14. Mempamerkan sikap yang jujur, berkeyakinan dan pro-aktif.

3.3.3 JAWATANKUASA BIMBINGAN & KAUNSELING/ KERJAYA & PENCEGAHAN
DADAH

Senarai Tugas
1. Menyediakan rancangan tahunan dalam hal bimbingan dan kerjaya.
2. Menyelaras sistem mentor-mentee.
3. Menentukan sebarang maklumat dan runding cara dirahsiakan dan hanya disampaikan

kepada Pengetua sahaja.
4. Menghadiri kursus yang berkaitan dengan bimbingan dan kerjaya.
5. Memberikan nasihat kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran dan

peribadi.
6. Menyimpan rekod murid-murid yang mendapatkan khidmat GBKSM.
7. Menyebarkan maklumat tentang kerjaya dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
8. Mengundang pihak-pihak tertentu untuk menyampaikan ceramah motivasi.

100

3.3.4 JAWATANKUASA BIASISWA & KWAMP / ASNAF/ KEBAJIKAN
Senarai Tugas
1. Menyediakan polisi berpandukan peruntukan-peruntukan tertentu untuk dilaksanakan
oleh penyelaras biasiswa, bantuan pelajar dan yayasan.
2. Menguruskan permohonan pelajar-pelajar untuk diluluskan.
3. Menguruskan kes-kes rayuan permohonan.
4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah.
5. Mewujudkan dana untuk kebajikan pelajar.

3.3.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN DOKUMENTASI
Senarai Tugas
1. Menyelaras dan mengumpul dokumentasi segala aktiviti sekolah mengikut tahun
semasa.
2. Memastikan semua dokumentasi program sekolah disimpan dengan baik dan selamat
dalam bilik Mesyuarat/ Bilik dokumentasi sebagai sumber rujukan bila diperlukan.
3. Menyediakan album yang mengandungi gambar-gambar dan pemflet program mengikut
tuntutan program.
4. Menyediakan senarai semak penyediaan dokumentasi aktiviti sekolah.
5. Menyimpan semua dokumentasi dalam CD.
6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.3.6 JAWATANKUASA 3 K / KEBERSIHAN, KESELAMATAN & KESIHATAN
Senarai Tugas (Keselamatan)
1. Memastikan peralatan keselamatan yang disediakan berfungsi dengan baik.
2. Mengadakan latihan pengungsian bangunan dua kali setahun dengan diselia oleh
3. Jabatan Bomba dan Penyelamat.
4. Menentukan kereta diletakkan di tempat yang ditetapkan.
5. Meletakkan papan tanda/arahan keselamatan di tempat yang sesuai.
6. Mengedarkan arahan-arahan keselamatan/pelan kebakaran kepada setiap kelas.
7. Melaksanakan program sekolah selamat.
8. Menubuhkan Program Squad Keselamatan.
9. Menulis / meletak papan tanda amaran pada tempat-tempat yang tidak selamat.

Senarai Tugas (Kesihatan)
1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti rawatan kecemasan disediakan dan

dilengkapi.
2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan (sick bay).
3. Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru

tingkatan/penyelaras tingkatan.
4. Menguruskan pemeriksaan kesihatan gigi oleh Jabatan Kesihatan.

101

5. Menyediakan Jadual Tugas Bilik Rawatan.
6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, tayangan

pencegahan penyakit dan lain-lain.
7. Menguruskan pelajar yang memerlukan rawatan.
8. Mengawal selia kawasan sekolah supaya wujud suasana yang bebas daripada

sebarang penyakit berjangkit.
9. Memeriksa kawasan sekolah untuk Program Bebas Denggi dengan mengisi Laporan

Mingguan dalam Borang KD1 (Pindaan 2004) dan laporan Bulanan dalam Borang KD2
(Pindaan 2004) serta menghantar ke PPD pada akhir setiap bulan dengan bantuan
Skuad CikguMu CANTIK.
10. Menyediakan laporan dan dokumentasi aktiviti dan program.

Senarai Tugas Ajk Kebersihan & Keceriaan
1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan

sekolah dari semasa ke semasa.
2. Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan seperti:-

i. Gotong-royong
ii. Tandas angkat
iii. Pertandingan Kebersihan Kelas
iv. Kempen Kebersihan dan kitar semula
v. Ceramah-ceramah kebersihan

3. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan
menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK.

4. Menyusun jadual bekerja untuk setiap projek dan membuat laporan kemajuan kerja.
5. Mencadangkan taman-taman yang sesuai (bertema) di sekitar kawasan sekolah.
6. Membantu menyelia kerja pembersihan yang dilakukan oleh pekerja.
7. Memastikan pokok-pokok hiasan sentiasa dijaga dan menentukan mana-mana taman

atau pokok hiasan yang tidak perlu diganti dan sebagainya.
8. Meneliti dan merujuk kepada pihak pengurusan tentang keceriaan dan keindahan

sekolah dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan sewajarnya.

3.3.7 JAWATANKUASA SARANA IBU BAPA / MAJLIS PERMUAFAKATAN/ ALUMNI

Senarai Tugas
1. Meningkatkan jalinan permuafakatan pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat

setempat dalam memupuk nilai murni dalam moral di kalangan pelajar bagi melahirkan
modal insan berkualiti.
2. Memantapkan disiplin sekolah dengan kerjasama ibu bapa, masyarakat dan
pertubuhan-pertubuhan NGO yang berkaitan.
3. Melaksanakan pendekatan yang holistik bagi menangani gejala disiplin pelajar.
4. Menganjurkan pelbagai program untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
peperiksaan awam sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut.

102

3.3.8 JAWATANKUASA BENCANA
Senarai Tugas
1. Penyediaan segala kemudahan bagi penempatan mangsa bencana.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
3. Merancang dan memantau persediaan bencana.
4. Menyelaras kerjasama dengan semua pihak yang terlibat.
5. Merujuk Surat Siaran KP(BPSH-SPKD) 600/01 (1) bertarikh 24 September 2010
berhubung dengan persediaan menghadapi Bencana / Banjir.
6. Merujuk Garis Panduan Menghadapi Banjir KPM.

3.3.9 JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Senarai Tugas
1. Merancang pelaksanaan aktiviti skim pinjaman buku teks untuk setahun.
2. Mengedarkan borang-borang SPBT.
3. Memesan buku-buku SPBT.
4. Menerima buku daripada pembekal.
5. Memproses Buku-buku teks.
6. Mengedarkan buku SPBT kepada pelajar-pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
7. Mengumpul kembali buku SPBT daripada pelajar-pelajar melalui guru tingkatan.
8. Menyimpan buku-buku SPBT di tempat yang dikhaskan (BOSS)
9. Menyimpan senarai pelajar yang tidak mengembalikan buku teks atau tidak
10. menggantikan/tidak membayar harga buku berdasarkan Borang G.

3.3.10 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN FIZIKAL & PENYELENGGARAAN
Senarai Tugas
1. Memastikan bilik-bilik khas bermaklumat dan bersih
2. Menyediakan peraturan-peraturan bilik-bilik khas.
3. Merekodkan penggunaan bilik-bilik khas.
4. Memastikan semua peralatan dalam bilik-bilik khas berfungsi dan mencukupi.
5. Menyediakan pamflet bilik-bilik khas.
6. Memastikan bilik-bilik khas mempunyai perkara-perkara berikut:
i. Carta Organisasi
ii. Senarai Inventori
iii. Pelan Pengungsian, Misi & Visi Sekolah

103

3.3.11 JAWATANKUASA KANTIN

Senarai Tugas
1. Memastikan segala garis panduan yang terkandung dalam surat perjanjian antara pihak

sekolah dengan pengurus kantin dipatuhi.
2. Memaklumkan kepada pengurusan kantin mengenai hari persekolahan, cuti dan

perubahan-perubahannya.
3. Membuat “food testing”” pada setiap hari persekolahan.
4. Memantau kebersihan, mutu makanan, harga, perkhidmatan kantin serta

mencatatkannya dalam buku laporan kendiri kantin.
5. Menerima aduan dan pandangan daripada pelajar, guru dan AKS sekolah serta

mengambil tindakan sewajarnya.
6. Mengawasi kantin supaya tidak menjual barang yang tidak dibenarkan.

3.3.12 JAWATANKUASA BAKTI (BADAN KETUA TINGKATAN)

Senarai Tugas
1. Mengadakan mesyuarat sekali sebulan bersama semua Ketua Tingkatan dan Penolong

Ketua Tingkatan.
2. Menyediakan senarai tugas Ketua Tingkatan dan ahli jawatankuasanya.
3. Mengadakan kursus atau program motivasi kepada Ketua-ketua Tingkatan untuk

meningkatkan pengurusan bilik darjah yang cekap dan meningkatkan keterampilan
Ketua Tingkatan.
4. Menjaga kebajikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan untuk meningkatkan
motivasi pengurusan kelas.
5. Menyediakan senarai semak bagi pengumuman kelas cemerlang.
6. Menguruskan Buku Rekod Kawalan Murid; memastikan buku tersebut tersedia setiap
bulan/minggu.
7. Merekod pengambilan / pemulangan BKK dari dan ke pejabat; mengambil tindakan
terhadap kelas yang tidak menghantar /mengambilnya waktu persekolahan.

3.3.13 JAWATANKUASA DATA APDM/SMM

Senarai Tugas
1. Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut tingkatan, kelas, kaum dan jantina.

(Penyelaras Tingkatan).
2. Menyediakan Penyata bulanan pelajar.
3. Menyediakan data tentang latar belakang pelajar mengenai ekonomi, tempat tinggal

penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama yang dianuti
dan lain-lain. (Guru Tingkatan)
4. Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar.
5. Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu. (Penyelaras Tingkatan)
6. Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi.
7. Memastikan setiap buku diberi nombor pendaftaran sekolah.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

104

3.3.14 JAWATANKUASA PENDAFTARAN PELAJAR BARU, PROGRAM ORIENTASI,
PENEMPATAN PELAJAR BARU

Senarai Tugas
1. Menerima kemasukan murid dari pejabat dan GPK HEM.
2. Mendaftar murid baru ke dalam buku pendaftaran dan guru kelas bertindak

melengkapkan maklumat murid dalam buku tersebut.
3. Menyemak dan memastikan data-data peribadi pelajar yang baru mendaftar diisi

dengan lengkap oleh guru tingkatan berkenaan.

3.3.15 JAWATANKUASA ASET

Senarai Tugas
1. Menguruskan semua aset alih kerajaan di Kementerian/Jabatan di bawah kawalannya

meliputi:-
i. Penerimaan
ii. Pendaftaran
iii. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
iv. Penyelenggaraan
v. Pelupusan
vi. Kehilangan dan Hapus kira

2. Menguruskan perlantikan Pengawal Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan
Jawantankuasa Penyiasat.

3. Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan
(JKPAK) Kementerian/Jabatan.

4. Menguruskan pelupusan aset alih Kerajaan.
5. Menguruskan kehilangan dan hapus kira.
6. Menyelaras penyediaan Laporan berikut:

i. Harta Modal dan Inventori
ii. Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori
iii. Pelupusan Aset Alih Kerajaan dan
iv. Tindakan Surcaj/Tatatertib
7. Menghantar laporan aset alih kerajaan ke PPD 2 kali setahun (Mei & November)

3.3.16 JAWATANKUASA SAHSIAH & BINA INSAN

Senarai Tugas
1. Merancang dan melaksanakan program pembangunan sahsiah murid.
2. Merancang dan melaksana program-program Dakwah Islamiah/Bina Insan.
3. Mengadakan program sambutan Hari-hari Kebesaran Islam.
4. Mengadakan program penghayatan Islam sepanjang bulan Ramadhan.
5. Merancang dan menyelia surau sekolah serta solat berjamaah.
6. Menyelaras program dakwah/ceramah kerohanian anjuran agensi luar.
7. Membantu menyalurkan bantuan kepada murid yang kurang berkemampuan dan

menjaga kebajikan murid.

105

3.3.17 JAWATANKUASA BULETIN SEKOLAH
Senarai Tugas
1. Menyediakan bahan yang akan disiarkan.
2. Menyusun atur kandungan dan isi kandungan buletin.
3. Mengumpul dan meyusun semua bahagian buletin.
4. Menghantar draf buletin untuk disemak oleh Pengetua/PK/PK HEM/PK Ko.
5. Menghantar buletin untuk dicetak.
6. Mengedar buletin kepada semua warga sekolah.

3.3.18 JAWATANKUASA GURU PENYAYANG
Senarai Tugas
1. Menyediakan bahan yang akan disiarkan.
i. Kain rentang/banting diletakkan di laluan kemasukan pelajar ke sekolah setiap
hari.
ii. Pentadbir, guru bertugas dan guru disiplin berada di laluan masuk sekolah untuk
menyambut kehadiran murid setiap hari.
iii. Guru mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid dengan senyuman
ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh:
a) Assalamualaikum / Selamat sejahtera.
b) Selamat kembali ke sekolah /Welcome back to our school.
c) Tahniah kerana hadir ke sekolah.

106

3.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM

3.4.1 JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM

Senarai Tugas
1. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum di peringkat

sekolah.
2. Menyelaraskan program tahunan setiap unit kokurikulum.
3. Memastikan semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan berterusan, lancar dan

berkesan.
4. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
5. Menyelaras dengan pihak sekolah tentang peruntukan dan perbelanjaan

kokurikulum.
6. Menyelia rekod pengurusan kewangan gerak kerja kokurikulum dari segi pungutan

dan perbelanjaan wang.
7. Membuat penilaian ke atas penglibatan dan pencapaian pelajar dalam penyertaan

sesuatu aktiviti kokurikulum.
8. Mengawal pembekalan, penyimpanan dan penggunaan peralatan gerak kerja

kokurikulum dengan penyelaras-penyelaras.
9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada penyelaras-

penyelaras.
10. Memilih pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum untuk diberikan anugerah

kecemerlangan kokurikulum.

3.4.2 JAWATANKUASA INDUK SUKAN SEKOLAH

Senarai Tugas Setiausaha Sukan
1. Mengatur rancangan/jadual sukan sesuai dengan rancangan MSSD, MSSN dan

MSSM
2. Membahagikan pelajar-pelajar mengikut rumah sukan masing-masing

berdasarkan nombor pendaftaran pelajar.
3. Menetapkan ketua guru rumah dan guru-guru rumah.
4. Menyelaraskan kegiatan, latihan dan pertandingan antara rumah dan sekolah

supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.
5. Mengaturkan rancangan lengkap untuk Kejohanan Olahraga tahunan sekolah.
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.
7. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan sukan yang

dianjurkan oleh badan-badan sukan yang lain.
8. Mengawal dan menjaga alat sukan dan permainan agar berada dalam keadaan

baik.
9. Mengagihkan alat-alat sukan dan permainan kepada guru-guru berkenaan.
10. Mengemaskinikan buku stok sukan.
11. Mengaturkan pengangkutan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut

dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaannya.

107

13. Menyediakan laporan sukan tahunan.
14. Mencadangkan nama Olahgarawan sekolah.
15. Merekodkan penglibatan dan pencapaian pelajar-pelajar di dalam kegiatan

sukan.
16. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan pihak pengurusan sekolah.

3.4.3 GURU PENASIHAT KELAB DAN PERMAINAN/KELAB DAN PERSATUAN/UNIT
BERUNIFORM

Senarai Tugas Guru Penasihat Persatuan/Kelab/ Beruniform
1. Mengadakan Mesyuarat Agung kelab/persatuan/unit beruniform pada minggu ke-

2 bulan Januari untuk melantik AJK persatuan/kelab/unit beruniform berkenaan.
2. Mengadakan peraturan/perlembagaan.
3. Merancang kegiatan untuk satu tahun.
4. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum:

i. Perlembagaan persatuan/kelab/unit beruniform.
ii. Senarai AJK.
iii. Senarai nama ahli.
iv. Rancangan/Aktiviti tahunan.

5. Memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar mengikut jadual. Guru
penasihat hendaklah menghadiri setiap perjumpaan.

6. Mengawal dan mengemaskinikan papan kenyataan.
7. Bertanggungjawab memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar dalam

menyediakan laporan kegiatan mengikut format yang ditentukan selewat-lewatnya
seminggu selepas setiap kegiatan diadakan.
8. Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya.
9. Memajukan persatuan/kelab/unit beruniform dengan apa jua cara yang difikirkan
sesuai.
10. Sekiranya ada pungutan selain daripada yuran persatuan/kelab/unit beruniform,
guru penasihat hendaklah menyerahkan penyata kewangan kepada penyelaras
Gerak Kerja Kokurikulum pada akhir tahun.
11. Semua kegiatan lawatan anjuran persatuan/kelab/unit beruniform hendakah
mendapat kebenaran Pengetua.
12. Semua kegiatan lawatan anjuran persatuan/kelab/unit beruniform hendakah
mendapat kebenaran PPDPP dengan memohon melalui eSTRIP.

i. Permohonan mesti dibuat lima (5) minggu sebelum lawatan.
ii. Laporan lawatan mesti dihantar ke PPD secara online melalui

eSTRIP juga, dua (2) minggu dari tarikh lawatan.
iii. Permohonan yang dihantar mesti disahkan oleh pengetua melalui

eSTRIP juga.
iv. Laman Web: lawatan.com
v. Login ID: BEA8661 Katalaluan: PPDPETALINGUTAMA)

108

13. Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar yang menyertai kegiatan
di luar kawasan sekolah kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan HEM.

14. Bertanggungjawab menempah bas sekolah jika pengangkutan diperlukan.
3.4.4 GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN

Senarai Tugas Ketua Guru Rumah
1. Menetapkan tugas guru-guru rumah.
2. Memastikan alat sukan mencukupi untuk permainan rumah sukan, serta

bertanggungjawab menjaga alat sukan dalam keadaan baik.
3. Menyerahkan laporan pertandingan antara rumah kepada Setiausaha Sukan

Sekolah.
4. Mencadangkan murid yang berpotensi dan layak diserapkan ke pasukan sekolah.
5. Mengagihkan pemain-pemain kepada jenis-jenis yang disediakan setiap petang.
6. Menyimpan rekod penglibatan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan pada

peringkat sekolah.
7. Memilih dan menentukan ahli-ahli pasukan rumah untuk menyertai kegiatan pada

peringkat sekolah.
8. Bekerjasama dengan Setiausaha /Penyelaras Sukan Sekolah dalam segala hal

berkenaan dengan peningkatan mutu sukan sekolah.

109


Click to View FlipBook Version