The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ketetapan dan peraturan dalam semua bidang/ jawatankuasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salwani0305, 2019-01-15 01:05:04

Manual Pengurusan SMKLS Tahun 2019

Ketetapan dan peraturan dalam semua bidang/ jawatankuasa

Keywords: Ketetapan dan peraturan

o Panduan Menyediakan Soalan Objektif

(a) Soalan aneka pilihan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya empat
(4) pilihan jawapan.

i. tulis opsyen jawapan dengan huruf besar dan Selari ke bawah
dengan susunan ayat daripada pendek ke panjang.

Contoh:
A. Faktor sampingan.
B. Faktor luaran sahaja.
C. Faktor dalaman sahaja.
D. Faktor luaran dan faktor dalaman.

ii. Jika jawapan bersambung dengan soalan, maka jawapan hendaklah
bermula dengan huruf kecil.

Contoh:
Objektif perletakan harga ialah untuk _____________
A. melariskan jualan.
B. menjaga hati pelanggan.
C. memaksimumkan keuntungan.
D. bersaing dengan para pesaing.

(b) Bilangan pilihan jawapan yang betul bagi soalan objektif mestilah ditabur
secara rawak.

(c) Soalan objektif ditaip menggunakan jarak yang telah ditetapkan dan
seragam dalam satu set kertas peperiksaan.

i. Jarak di antara soalan objektif ialah langkau dua baris.

ii. Jarak di antara soalan objektif dengan opsyen ialah langkau dua
baris.

iii. Jarak di antara opsyen jawapan ialah langkau satu baris.

iv. Jarak bagi maklumat dalam soalan yang berbentuk Roman ialah
langkau satu baris.

Contoh: Induktif.
I. Reflektif.
II. Deduktif.
III. Konstruktif.
IV.

39

v. Jarak di antara maklumat soalan berbentuk Roman dan opsyen
jawapan ialah langkau dua (2) baris.
vi. Jarak di antara opsyen jawapan ialah langkau satu (1) baris.
Contoh:

I. Induktif.
II. Reflektif.
III. Deduktif.
IV. Konstruktif.

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. III dan IV sahaja.

(d) Soalan objektif yang menggunakan perkataan kecuali atau paling atau
betul atau salah untuk menunjukkan kontra antara soalan dan jawapan,
hendaklah ditulis perkataan tersebut dengan huruf kecil dan bold.

Contoh:
Berfikir secara emosi melibatkan unsur-unsur berikut kecuali
A. syak
B. takut
C. benci
D. empati

(e) Bagi soalan bentuk betul/salah, yang menggunakan Borang Kertas
Jawapan Objektif/OMR, gunakan huruf B untuk kenyataan betul, dan huruf D
untuk kenyataan salah. Perlu dinyatakan di dalam arahan menjawab soalan.
(f) Jika jawapan dijawab dalam kertas soalan, maka ruang menjawab setiap
soalan perlu disediakan dengan membuat kotak di hujung setiap soalan.
Jawapan bagi kenyataan ditanda sebagai simbol √ atau X atau menggunakan
huruf B atau S. Perlu dinyatakan dalam arahan menjawab soalan.

Contoh:
1. Matahari sentiasa terbit di sebelah barat.

11.1.5 Peruntukan Masa
Masa yang diperuntukan bagi menjawab soalan mestilah bersesuaian dengan
bentuk soalan dan markah setiap soalan. Contohnya, peruntukan masa 30
minit bagi menjawab satu soalan esei dengan 20 markah, dan 1.5 minit untuk
menjawab satu soalan objektif, kenyataan betul atau salah dan isi tempat
kosong.

40

11.1.6 Peruntukan Markah
(a) Markah bagi setiap soalan subjektif mestilah ditulis pada bahagian akhir
setiap soalan, di sebelah kanan, dengan jarak langkau satu baris daripada
ayat terakhir soalan.

Contoh:
(a). Berikan tiga (3) faktor utama kejayaan pembangunan sistem
maklumat.
[5 markah]
(b) Jelaskan bagaimana pembangunan sistem maklumat dalam
organisasi dapat meningkatkan prestasi.
[20 markah]

(b) Jumlah markah bagi setiap bahagian mestilah ditulis pada arahan di
bahagian dalam kertas soalan peperiksaan.

11.1.7 Penomboran Muka Surat
(a) Letakkan nombor muka surat di tengah-tengah bahagian bawah muka
surat bagi setiap helai kertas soalan.
(b) Kulit luar dikira sebagai muka surat 1, tetapi angka 1 pada Kulit luar tidak
ditulis.
(c) Muka surat yang mengandungi soalan akan bermula dengan muka surat
2.
(d) Bagi setiap muka surat bermula dengan muka surat 2, Footer hendaklah
diformat sebelah kanan dengan perkataan [Lihat Sebelah kecuali muka
surat terakhir yang ditulis dengan perkataan SOALAN TAMAT atau END
OF QUESTIONS di tengah muka surat.

11.1.8 Jadual Ujian/ Pengawasan
i. Jadual ujian disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman.
ii. Pengawasan mengikut jadual peribadi.
iii.Masa/ tempoh mengikut keperluan peperiksaan awam.

11.1.9 Rekod Markah & Fail EPRD (Excellent Performance Record &
Development)
i. Markah Peperiksaan bagi murid-murid semua tingkatan hendaklah di key in
dalam SAPS atau SAP mengikut keperluan dan arahan.
ii. Guru Tingkatan dikehendaki memastikan semua murid mengemaskini fail
EPRD setiap kali keputusan ujian/ peperiksaan dikeluarkan.
iii.Antara kandungan fail EPRD adalah:
a) Borang ‘Aku Janji Murid’.
b) Keputusan peperiksaan awam murid (UPSR & PT3).
c) Kad Target / Pencapaian Ujian & Peperiksaan setiap mata pelajaran yang
mengandungi TOV, OTR, AR dan ETR.
d) Rekod pertemuan bagi sesi klinikal.
e) Laporan Adab Pelajar.

41

11.1.10 Syarat Lulus
- Tingkatan 3, 4 dan 5 – mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LPM
bagi PT3 (Tingkatan 3) dan SPM (Tingkatan 4 & 5).

11.1.11 Jadual Spesifikasi Ujian & Analisis Item
- Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan
JSU mengikut tahap kesukaran yang ditetapkan dalam peperiksaan
awam.
- JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian
berikutnya.
- Analisis Item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan. Ia
hendaklah dijadikan panduan bagi semua guru untuk merancang
rancangan peningkatan prestasi.
- Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / GKMP atau Penolong
Kanan Pentadbiran sebelum dicetak (Tertakluk kepada perubahan yang
ditetapkan oleh JKKS).

11.1.12 Post Mortem Untuk Peperiksaan
- Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali
keputusan Peperiksaan Dalaman dan Awam (PT3 & SPM) dikeluarkan.
- Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
- Setiap guru hendaklah menyimpan rekod pencapaian pelajar dan rekod
sesi klinikal pelajar untuk diambil tindakan sewajarnya.
- Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan
Kaunseling jika diperlukan.

11.1.13 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
i) Tingkatan 1, 2 & 3
- Semua guru mata pelajaran Tingkatan 1, 2 dan 3 dikehendaki
melaksanakan PBD seperti diarahkan oleh Lembaga
Peperiksaan KPM.
- Pentaksiran dibuat berasaskan Panduan Pembelajaran Murid
(PPPM). Pencapaian direkodkan berdasar band yang dicapai
oleh murid. (Rujuk helaian Penilaian & Pentaksiran).
- Pencapaian direkodkan dalam sistem ‘Offline’ Modul
Perekodan dan Perkembangan Pembelajaran Murid (MPPPM)
yang disediakan oleh LP KPM.
- Guru tingkatan dan guru mata pelajaran hendaklah mencetak
keputusan PS setiap penggal seterusnya dimasukkan ke dalam
fail PS untuk kegunaan Hari Bertemu Pelanggan.

ii) Tingkatan 3,4 & 5 (Kerja Kursus)
- Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan Kerja
Kursus mengikut arahan dan ketetapan dasar KPM. dalam
tempoh yang ditetapkan.

42

- Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail kerja
kursus dibawa bersama untuk mengelakkan masalah di
sekolah baru murid berkenaan.

- Rekod pencapaian dikey-in dalam sistem LPM dan hard copy
difailkan.

iii) Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (Dskp)
- Merupakan satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum
dan pentaksiran yang wajib digunakan oleh semua guru yang
mengajar murid di tingkatan 1, 2 dan 3 pada setiap masa.
- DSKP mengandungi tiga komponen iaitu Standard Kandungan
(SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (Psi).
- DSKP membantu untuk memudahkan guru melaksanakan
pentaksiran dalam proses PdPc.
- Guru perlu melaksanakan PdPc dan menjalankan pentaksiran
dengan merujuk satu dokumen sahaja.
- Guru perlu juga mentaksir perkembangan dan pencapaian
murid melalui Standard Prestasi.
- Dokumen ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

12. PEMANTAUAN
12.1 Pembelajaran dan Pengajaran (PdPc)
- Pembelajaran dan Pengajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap
dua kali setahun secara rasmi.
- Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong-penolong Kanan /
Guru-guru Kanan/ Ketua Panitia/ Guru Cemerlang/ Pemimpin
Pertengahan (Rujuk Jadual Induk Pencerapan).
- Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Pengetua.
- Guru-guru juga mungkin dicerap lebih daripada 2 kali mengikut keperluan
dan arahan pengetua

12.2 Pengurusan Panitia & Jawatankuasa Pemantauan

- GKMP dan Penolong Kanan bertanggungjawab memantau/ membimbing
Panitia di bawah jagaannya.

- Semua Fail Pengurusan Panitia disemak dan diletakkan di bilik fail di
pejabat sekolah.

- Semua panitia dikehendaki membuat Perancangan Strategik yang
mengandungi Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.

- Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV,
ETR kohort tertentu termasuk mengambil kira OTR dan headcount murid.

- GKMP perlu memastikan panitia di bawah jagaan mereka membelanjakan
peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.

43

12.3 Peperiksaan dan Penilaian

- Penolong Kanan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Pengetua
dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.

- Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti
dalam senarai tugas.

12.4 Penyediaan Latihan Murid & Semakan Buku Latihan Murid

- Semua panitia hendaklah menetapkan jumlah latihan yang sepatutnya
diberikan kepada murid-murid semasa Mesyuarat Panitia kali pertama
setiap tahun.

- Tugasan murid hendaklah segera disemak oleh guru mata pelajaran
seperti ditetapkan oleh panitia.

- Guru-guru mata pelajaran hendaklah menyemak latihan murid dengan
menggunakan pen berdakwat Merah secara konstruktif (Pastikan ada
tanda tangan dan tarikh semakan).

- Guru-guru mata pelajaran hendaklah memastikan murid membuat
pembetulan dengan menggunakan pen berdakwat hijau.

- Pastikan murid menulis indeks, tarikh, hari serta tajuk dalam buku latihan/
nota.

- Guru tidak dibenarkan menyimpan buku latihan dalam tempoh lebih dari 1
minggu.

- Buku latihan, folio atau fail latihan murid hendaklah dihantar untuk
semakan. (Rujuk arahan pada jadual penghantaran hasil kerja murid)
dilakukan secara konstruktif.

- Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid hendaklah diserahkan kepada GKMP
untuk difailkan dan GKMP seterusnya menyerahkannya kepada Penolong
Kanan.

- Pengetua dan Penolong Kanan memastikan tindak susul dibuat oleh Guru
Kanan dan Panitia.

12.5 KETETAPAN LATIHAN MENGIKUT MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU MENENGAH RENDAH

TINGKATAN TATABAHASA KOMSAS ULASAN KARANGAN
2 2
144 2 2
244 2 2

344

BAHASA MELAYU MENENGAH ATAS RUMUSAN KARANGAN KARANGAN
BAHAN RESPON
TINGKATAN TATABAHASA KOMSAS 1 TERBUKA
1 RANGSANGAN 2
4 44 1 2
5 44 1

44

BAHASA INGGERIS KOMSAS PEMAHAMAN KARANGAN
1 2 2
TINGKATAN TATABAHASA 1 2 2
12 1 2 2
22 2 2 2
32 2 2 2
42
52

SAINS OBJEKTIF SOALAN ESEI
SUBJEKTIF /
TINGKATAN - STRUKTUR -
- -
1 - 12 -
2 50 12 1
3 50 14 1
4 14
5 14

SEJARAH

TINGKATAN OBJEKTIF STRUKTUR ESEI

1 20 10

2 20 10

3 20 10

4 20 10 1

5 20 10 1

• Bulan peperiksaan dikurangkan latihan, perbincangan kertas soalan ujian /

peperiksaan dikira sebagai latihan

MATEMATIK / MATEMATIK TAMBAHAN

TINGKATAN OBJEKTIF STRUKTUR
20
1 20 20
20
2 20 20
3 20 20

4 20 JENIS LATIHAN
• NOTA BERPANDU
5 20
• HAFAZAN AYAT
• Matematik Tambahan hanya fokus soalan struktur TILAWAH

PENDIDIKAN ISLAM KEKERAPAN LATIHAN • SOALAN KBKK
4 KALI SEBULAN • SOALAN KBAT
TINGKATAN 4 KALI SEBULAN • LATIHAN JAWI
1 4 KALI SEBULAN • SOALAN TOPIKAL
2 4 KALI SEBULAN
3 4 KALI SEBULAN
4
5

EKONOMI OBJEKTIF STRUKTUR ESEI
40 5 2
TINGKATAN 40 5 2
4
5 45

REKA BENTUK TEKNOLOGI

TINGKATAN OBJEKTIF SUBJEKTIF / ESEI
STRUKTUR
1- -
2- 15 -
3- 15 -
20

ASAS SAINS KOMPUTER

TINGKATAN OBJEKTIF SUBJEKTIF / ESEI
STRUKTUR
1- -
2- 15 -
3- 15 -
15

PERNIAGAAN OBJEKTIF ESEI (KERTAS 2)
30 4
TINGKATAN 30 4
4
5

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

TINGKATAN OBJEKTIF SOALAN SUJEKTIF /
STRUKTUR
1 5 3
2 5 3
3 5 3
4 5 3
5 5 3

PENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN SOALAN OBJEKTIF SOALAN ESEI
/ BETUL SALAH / SUBJEKTIF /
PADANAN / ISI STRUKTUR -
TEMPAT KOSONG -
4 SET 2
1 30 4 SET 2
2 30 4 SET 3–4
4 SET
3 30 8 SET

4 10

5

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TINGKATAN NOTA SETIAP SOALAN SETIAP KARYA / PROJEK
TOPIK TOPIK ( MIN. 5 SETIAP TOPIK

1 17 MAKS 10 SOALAN ) -
2 11 √ -
3 11 √ 2
4 15 √ 2
5 15 3–4



PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TINGKATAN OBJEKTIF ESEI
4 2 2
2
52

46

GEOGRAFI OBJEKTIF SUBJEKTIF / ESEI
STRUKTUR
TINGKATAN 60 -
60 30 -
1 60 30 -
2 60 40 10
3 60 40 10
4 40
5

BIOLOGI / FIZIK / KIMIA OBJEKTIF STRUKTUR ESEI (KERTAS 2 &
(KERTAS 2) 3)
TINGKATAN 30 2
4 30 6 2
5 7

13 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

- Setiap panitia dan unit akan diberi peruntukan yang ditentukan oleh Pengetua.

- Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Jawatan
Kuasa Kewangan Sekolah.

- Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti
mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

- Setiap panitia dikehendaki menyediakan perancangan belanjawan/ bajet berdasarkan
peruntukan wang kerajaan yang diterima.

- Setiap Panitia dikehendaki mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan/
bahan bantu mengajar kepada GKMP (mengikut keperluan)

- Setiap panitia dikehendaki menyimpan 5% dari peruntukan yang diberi sehingga
bulan Julai. Ini ialah untuk memastikan sekiranya berlaku pengurangan murid pada
tahun semasa, pihak sekolah perlu memulangkan lebihan peruntukan kepada KPM.
Walau bagaimanapun, sekiranya tiada pemulangan panitia digalakkan untuk
membelanjakan semua peruntukan pada tahun semasa.

14 BUKU TEKS (SPBT), PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) DAN BAHAN BACAAN

- Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.

- Penggunaan Bilik Media, Bilik Akses dan PSS hendaklah mengikut peraturan dan
ketetapan yang disediakan oleh Guru Media. PSS boleh digunakan pada waktu
Program NILAM.

- Program NILAM diselia oleh Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.

- Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru bahasa bagi
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh
Guru Penyelaras PSS.

- Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

- Semua buku dan BBM yang dibeli oleh panitia hendaklah direkodkan secara
berpusat dalam rekod PSS.

47

15 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
- Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat berdasarkan keperluan
panitia.

- Panitia dikehendaki mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program
akademik panitia berkenaan.

16 KURSUS DALAMAN, LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN & MINIT CURAI
16.1 Kursus Dalaman

- Semua guru yang menghadiri kursus berkaitan kurikulum dikehendaki memberi
taklimat ringkas kepada Pengetua / Penolong Kanan dan GKMP apabila pulang
dari berkursus dengan menggunakan format minit curai. Minit Curai hendaklah
diserahkan bersama-sama surat panggilan Kursus kepada GKMP untuk
pengesahan dan difailkan untuk rujukan.

- Guru yang menghadiri kursus tersebut dihehendaki berkongsi maklumat
dengan guru-guru lain, khususnya kursus dalaman panitia.

- Bahan kursus yang diperolehi adalah hak sekolah. Guru dikehendaki
menyerahkannya kepada GKMP untuk rujukan panita/ sekolah dan boleh
diperbanyakkan untuk guru ain sekiranya perlu.

16.2 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
- Dirancang berdasarkan kajian analisis keperluan guru dan anggota kumpulan
sokongan (AKS).
- Setiap guru dan AKS dikehendaki mengikuti LDP sekurang-kurangnya 7 hari
dalam setahun (dasar SSM). Oleh itu guru-guru dan AKS dikehendaki
mengikuti kursus yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Guru atau AKS
yang tidak hadir dikehendaki memberi surat tunjuk sebab yang akan difailkan.
- Lawatan ke sekolah yang cemerlang (menggunakan peruntukan SBT)
diadakan dalam kumpulan sasaran yang kecil untuk mendapat maklumat dan
perkongsian pintar.

17 KAJIAN TINDAKAN/ LAIN-LAIN PROGRAM RANCANGAN PENINGKATAN
BERKAITAN GURU

- Semua Panitia mata pelajaran dikehendaki membuat sekurang-kurangnya satu kajian
tindakan setiap tahun.

- Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke PPD/ JPS untuk mewakili sekolah
dalam pertandingan Hari Kualiti peringkat daerah dan negeri.

- Kajian tindakan adalah untuk membantu guru-guru mengenal pasti masalah dalam
PdPc dan sekiranya tindakan/aktiviti berkenaan menunjukkan terdapat
perubahan/peningkatan dalam pencapaian murid, ia perlu dikongsi dengan guru-guru
lain untuk kecemerlangan sekolah.

18 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdPc, UJIAN DAN PEPERIKSAAN
- Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan
i. Saiz Kertas A4 (semua komputer telah buat default paper size letter)

ii. Font – Times New Roman, Saiz - 12
iii. Margin kertas: Top 1.0cm, Bottom 1.0cm, Left & Right 1.05cm

48

- Kertas ujian dan peperiksaan sahaja yang dibenarkan dicetak di pejabat sekolah.
Sekiranya kertas soalan ujian/ peperiksaan kurang daripada 80 set, guru-guru
dikehendaki fotostat kertas soalan di kedai luar dan buat tuntutan kepada pihak
sekolah.

- Guru-guru diingatkan supaya akur dengan jadual penyediaan dan penghantaran
kertas soalan untuk dicetak dan disimpan di Bilik Peperiksaan.

- Guru DILARANG mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak

19 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
- Guru-guru mata pelajaran dikehendaki memastikan KPI dicapai mengikut ketetapan
yang telah dibuat oleh sekolah mengikut Pelan Strategik dan KPI SBT.
- Sehubungan dengan itu guru-guru dikehendaki mempelbagaikan pendekatan PdPc
dan juga mengenal pasti murid-murid yang belum menguasai mata pelajaran yang
diajar dan seterusnya merancang program yang sesuai untuk mereka.

20 HARI BERTEMU PELANGGAN
- Hari Bertemu Pelanggan diadakan untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan
guru-guru mengadakan perbincangan mengenai sahsiah dan prestasi murid-murid
dalam pembelajaran berdasarkan ujian/ pentaksiran/ peperiksaan.
- Guru tingkatan hendaklah MENYEDIAKAN perkara-perkara berikut sebaik sahaja
selesai ujian/ pentaksiran/ peperiksaan sebagai persediaan Hari Bertemu Pelanggan:
i. Kandungan fail EPRD (Rujuk perkara 12.3 di atas).
ii. Fail Pentaksiran Sekolah (Tingkatan 1 - 3).

21 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
- Penentuan dasar yang ditetapkan oleh pihak sekolah yang selaras dengan arahan
KPM tidak akan berubah sehingga terdapat arahan/ dasar baru yang dikeluarkan
oleh KPM.
- Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak sekolah mengikut
keputusan pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Sekolah.

49

2.3 PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

1. TUGAS GURU TINGKATAN
1.1 PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

i. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada:
Ketua Tingkatan
AJK SPBT
Penolong Ketua Tingkatan
AJK Koperasi
Bendahari
Squad MMI
AJK 3K – Kebersihan, Keselamatan, Kesihatan
AJK Perabot
AJK Mata pelajaran
AJK Kantin

ii. Menyediakan Jadual Tugasan Harian untuk:
Membersihkan papan putih
Menyapu lantai
Mengelap tingkap
Menyusun kerusi meja
Membuang sampah

iii. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
Jadual waktu
Jadual tugas
Carta Organisasi Kelas
Pelan Kedudukan Bilik Darjah
Pergerakan Semasa Kecemasan
Senarai Nama Guru Bertugas Mingguan
Moto kelas

iv. Menyerahkan slip kehadiran ke pejabat sebelum pukul 8:10 pagi (waktu
pertama) pada setiap hari.

v. Murid perlu berada di dalam kawasan sekolah pada pukul 7:25 pagi (waktu
masuk)

vi. Murid dianggap lewat sekiranya masuk ke dalam kawasan sekolah pada
pukul 7:40 pagi.

vii. Carta Organisasi Kelas

50

PENYELARAS TINGKATAN

GURU TINGKATAN

Ketua Tingkatan / Pen. Ketua Tingkatan / Bendahari / AJK 3K / AJK Mata pelajaran / AJK
SPBT / AJK Koperasi / Squad MMI / AJK Perabot / AJK Kantin

viii. Memastikan AJK 3K dan AJK Perabot sentiasa:
mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke
semasa.
memastikan perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru
dan papan putih diinventorikan.
memastikan alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan
pengaut sampah dalam keadaan baik.
menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan
baik dan sentiasa selamat digunakan.
melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru
tingkatan.

ix. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara
murid.
Tabung kelas ini adalah bagi tujuan keceriaan kelas dan Kebajikan
murid.
Tabung kelas hendaklah disimpan oleh Guru Tingkatan.

x. Buku Pemantauan Kelas
Diletakkan di Bilik Disiplin.
Diambil oleh ketua tingkatan sebelum masa pembelajaran pertama
dan dikembalikan selepas masa terakhir.
Keadaan buku dijaga dengan baik dan catatan guru keluar masuk.
Pelajar tidak hadir dan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan
disiplin direkodkan dengan kemas.

JADUAL KEDATANGAN MURID (REGISTER)
- Buku Jadual Kedatangan Murid adalah satu dokumen kerajaan. Ianya
merupakan satu dokumnen penting bagi tujuan audit. Guru Tingkatan
bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan semua butiran di dalamnya
diisi dengan lengkap dan menjaganya dengan baik.
- Sekiranya hilang Guru Tingkatan bertanggungjawab mendapatkannya kembali
atau buat semula.

51

- Semua maklumat dalam Buku Jadual Kedatangan perlu diisi dengan jelas,
cermat dan kemas. Semua maklumat mestilah ditulis dalam huruf besar
dengan menggunakan pen berdakwat hitam. Penggunaan cecair
pemadam adalah dilarang sama sekali. Sekiranya ada kesilapan Guru
Tingkatan hendaklah memotong kesilapan itu dengan menggunakan pen
merah dan pembaris dan ditandatangan.

- Guru Tingkatan diminta mengisi Borang Kehadiran Murid semasa murid-
murid berbaris di tapak perhimpunan pada setiap pagi hari Rabu (waktu
kokurikulum) dan hari Jumaat (Bacaan Yaasin dan Program Moral).

- Semua maklumat murid mesti lengkap dan dikemaskinikan. Maklumat-
maklumat tersebut adalah seperti:

i. Nombor Pendaftaran Murid

ii. Nama Penuh Murid (Huruf BESAR dan ikut susunan abjad)

iii. Jantina

iv. Keturunan

v. Agama

vi. Tarikh lahir, tempat lahir, umur pada 1 Januari

vii. Nombor Surat Beranak

viii. Nombor Kad Pengenalan

ix. Tarikh Masuk Tingkatan

x. Jenis dan Nombor Biasiswa

xi. Rumah Sukan

xii. Nama Sekolah Terakhir

xiii. Tarikh Masuk Sekolah Ini

xiv. Nama Ibu / Bapa / Penjaga

xv. Pekerjaan Ibu / Bapa / Penjaga

xvi. Nombor Telefon Pejabat (jika ada) / Nombor Telefon Bimbit / Nombor
Telefon Rumah. Perkara ini sangat penting terutama bagi murid-
murid Tingkatan 3 dan 5. Ini ialah kerana murid boleh dihubungi jika
tidak sampai ke sekolah tepat pada masanya, semasa PT3 dan
peperiksaan SPM.

xvii. Tarikh Meninggalkan Sekolah

xviii. Sebab Meninggalkan Sekolah

xix. Nombor Surat / Sijil Berhenti

- Kehadiran murid mesti ditanda tiap-tiap hari persekolahan selewat-lewatnya
pukul 10.00 pagi di dalam buku Jadual Kedatangan.

- Guru tingkatan wajib mengisi alasan bagi murid yang tidak hadir secara
dalam talian menerusi APDM dalam tempoh seminggu selepas
ketidakhadiran tersebut. Guru tingkatan hanya perlu klik pada pilihan yang
telah disediakan.

- Menanda Jadual Kedatangan adalah tanggungjawab Guru Tingkatan
dan murid tidak dibenarkan menandanya. Sekiranya guru tidak hadir,
Penyelaras Tingkatan hendaklah menandakan kehadiran murid pada hari
tersebut.

52

- Murid yang balik dengan kebenaran atau dengan permohonan ibu bapa
sebelum masa ke-3, dianggap tidak hadir. Murid yang keluar sekolah untuk
mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu
(rujuk Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah – terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia muka surat 59). Oleh itu, guru kelas
diingatkan supaya jangan menulis jumlah kedatangan sehingga lepas rehat.
(Kedatangan boleh ditanda dahulu).

- Cara Menanda Buku Kedatangan:

i. Murid hadir tanda /

ii. Murid tidak hadir ditanda O
iii. Lewat ditanda L dan dikira hadir.
iv. Tidak hadir dengan kebenaran ditanda S dan dikira tidak hadir.
v. Tidak hadir kerana sakit (ada surat pengesahan daripada doktor)

ditanda S dan dikira tidak hadir.

vi. Tidak hadir kerana mewakili sekolah (ada surat pengesahan) ditanda

A dan dikira sebagai hadir

vii. Murid yang balik selepas rehat atas sebab yang munasabah dikira
hadir.

- Guru Tingkatan dan guru tidak dibenarkan membawa keluar Buku
Jadual Kedatangan Murid daripada pejabat.

- Semasa menutup Jadual Kedatangan, pastikan semua data / analisis yang
dikehendaki dilengkapkan dengan tepat. Guru Tingkatan dikehendaki
menulis nama penuh murid, nombor pendaftaran sekolah dan butir-butir lain
pada setiap bulan.
i. Tuliskan kenyataan cuti di ruang cuti dengan tepat. (Nyatakan jenis
cuti).
ii. Guru Tingkatan diminta merujuk Pengetua / Penolong Kanan HEM
apabila nama murid, atas sebab-sebab tertentu, hendak digugurkan
dari Jadual Kedatangan Murid.
iii. Catat di bahagian belakang Jadual Kedatangan Murid tarikh murid
berhenti dan sebab berhenti.
iv. Catat juga di dalam Buku Daftar Murid tarikh murid berhenti dan
sebab berhenti.

- Guru Tingkatan diminta menutup Jadual Kedatangan pada hari terakhir setiap
bulan. Ini adalah untuk memudahkan PK HEM dan Guru Data menyedia
Penyata Bulanan. Jika Guru Tingkatan tiada di sekolah pada hari terakhir
bulan tersebut, Penyelaras Tingkatan hendaklah menutup Jadual
Kedatangan Murid untuk kelas berkenaan.

53

1.2 DATA SMM DAN APDM

- Pastikan data SMM dan APDM dikemaskinikan pada bulan Januari dan Jun.
Jika ada perubahan, perlu maklumkan kepada Guru Data, Guru SMM dan
APDM dengan kadar segera. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6 / 1995).

a) Kes Ponteng / Tidak Hadir

i. Guru Tingkatan diminta sentiasa menyemak bilangan ketidakhadiran
murid. Tindakan segera harus diambil menurut tatacara yang telah
ditetapkan.

ii. Surat-surat Amaran ketidakhadiran hendaklah dihantar dalam dua
salinan. Guru Tingkatan mestilah memastikan penghantarannya
setelah mendapat tandatangan Penolong Kanan HEM atau Pengetua.
Satu Salinan mesti diserahkan kepada Penolong Kanan HEM untuk
fail sekolah. Penghantaran surat adalah seperti dalam carta (Rujuk
panduan bagi mengatasi masalah ponteng di sekolah terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia muka surat 60).

b) Untuk mengatasi masalah tersebut, guru-guru diminta mengambil langkah-
langkah berikut untuk mengatasi murid ponteng sekolah:-

i. Memastikan semua murid yang tidak hadir memberikan surat doktor
atau surat ibu bapa / penjaga dengan tandatangan yang sah untuk
tempoh masa murid itu tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama tiga
hari berturut-turut tanpa surat doktor atau surat ibu bapa / penjaga,
dikehendaki berjumpa dengan Penolong Kanan HEM atau Pengetua.
Sila tanda ( S ) sekiranya ada surat dan ( 0 ) jika tidak memberikan
surat sebelum hujung minggu.

ii. Surat-surat Amaran hendaklah dihantar kepada ibu bapa / penjaga
seperti berikut:-

Surat Hari Tidak Hadir ( P )

Berturut-turut Bukan berturut-turut

Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran 10 hari lagi selepas

Pertama Amaran Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepas

(Berdaftar Akuan Kedua Amaran Kedua
Penerima)

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepas

Terakhir Amaran Terakhir

Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari 60 hari bukan berturut-
turut

iii. Surat Amaran Pertama dan Kedua akan ditandatangani oleh PK HEM
manakala Surat Amaran Terakhir dan Buang Sekolah akan
ditandatangani oleh Pengetua.

iv. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa / penjaga murid telah
dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.

54

v. Surat-surat berkenaan boleh dijana melalui SSDM. Guru Tingkatan
diminta untuk mencetak surat ini dan memastikan penghantarannya.

vi. Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang
berkenaan dalam Buku Jadual Kedatangan Murid pada tarikh surat
amaran dihantar dengan catatan seperti berikut:-

AP: Amaran Pertama AK: Amaran Kedua
AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah

vii. Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa / penjaga dan surat
keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail
yang telah dibekalkan kepada guru tingkatan pada awal sesi
persekolahan. Sila pastikan nama, tingkatan dan tarikh tidak hadir
dicatat di dalam surat-surat amaran. Jika tidak pasti, sila hubungi ibu
bapa / penjaga yang berkenaan. Sila susun surat ikut tarikh dan
bulan (kokot semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk
kemudahan rujukan apabila perlu). Sila lengkapkan Daftar Surat
Pernyataan Tidak Hadir Murid (lampiran difailkan).

c) Buku Pemantauan Kelas

i. Buku Pemantauan Kelas penting untuk mengesan kehadiran murid
pada setiap mata pelajaran. Guru-guru mata pelajaran mestilah
menentukan sama ada murid hadir pada hari itu dan semuanya
berada di dalam kelas.

ii. Jika ada yang ponteng kelas, sila catatkan namanya pada ruang-
ruang berkenaan di dalam buku tersebut. Setelah menyemak
kehadiran murid, barulah guru menurunkan tandatangannya.

iii. Guru mata pelajaran mesti melaporkan kepada Guru Disiplin
tentang murid yang ponteng kelasnya. Buku ini mesti disemak
setiap hari oleh Guru Tingkatan supaya guru boleh mengambil
tindakan susulan dan faham akan masalah kelasnya. Buku ini
hendaklah dihantar ke Bilik Disiplin sebelum sekolah bersurai pada
setiap hari.

iv. Penyelaras Disiplin Tingkatan diminta menyemak buku ini setiap
hari dan menyampaikan laporan kepada Guru Disiplin / Penolong
Kanan HEM.

d) Pas Keluar

i. Bagi memastikan tidak ada murid yang berkeliaran, pas keluar mesti
diberikan kepada murid yang keluar kelas. Murid tidak dibenarkan
keluar kelas melainkan atas tujuan rasmi atau kes kecemasan. Murid
tidak dibenarkan keluar kelas pada waktu pertama, sebelum dan
selepas rehat serta masa terakhir PdPc.

ii. Guru tidak dibenarkan memanggil murid keluar dari kelas semasa
PdPc dijalankan. Jika ada sebab yang penting, murid perlu mengisi
borang keizinan yang boleh didapati dari bilik Guru Disiplin. Borang
ini hendaklah ditampal dalam Buku Pemantauan Kelas.

55

1.3 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

- Memandangkan semua murid akan dibekalkan dengan buku teks secara
percuma, Guru Tingkatan adalah bertanggungjawab atas semua urusan buku
teks kelasnya. Guru-guru khususnya Guru Tingkatan diminta menegaskan
kepada murid bahawa buku-buku yang dibekalkan ialah pinjaman daripada
kerajaan. Sebagai peminjam buku-buku yang dipinjamkan, mestilah
dikembalikan.

- Murid mesti diingat supaya membalut semua buku pinjaman dan menyimpan
buku-buku itu dengan baik. Murid boleh didenda jika lambat memulangkan
buku dan menggantikan dengan buku yang sama jika buku pinjaman hilang
(bukan ganti dengan bayaran harga buku).

- Murid mesti diingatkan bahawa buku yang ditinggalkan di merata tempat akan
dirampas dan tidak akan dipulangkan.

1.4 BIASISWA DAN KEBAJIKAN

- Mengenal pasti murid yang layak menerima biasiswa / bantuan kebajikan dan
memaklumkan kepada Guru Biasiswa / Kebajikan.

- Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran
dalam kalangan murid yang mendapat biasiswa / bantuan kebajikan.

1.5 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG
- Mengutip sumbangan PIBG.
- Mengeluarkan resit kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
- Menyerahkan wang sumbangan PIBG kepada bendahari PIBG.

1.6 PELAN SUSUNAN SETIAP KELAS
Moto Kelas (di atas Papan Putih):
……………………………………………………………….
PAPAN KENYATAAN HADAPAN KELAS

Papan Notis – Kiri Papan Putih Papan Notis – Kanan
ditampalkan berikut: ditampalkan berikut:

Carta Organisasi Catatkan kehadiran kelas Visi dan Misi
Jadual Waktu setiap hari pada sudut kiri Matlamat sekolah
Jadual Tugas papan putih Misbehave, What’s Next
Pelan Kawad Kebakaran The 5 Musts
Cth: Tarikh : 2.1.2019 Pelan duduk murid

Kehadiran : 27/27

1. Meja guru – dialas, sentiasa bersih, kemas dan
tiada sampah

2. Buku Pemantauan Kelas berada di atas meja
guru

56

Susunan Kelas:
Dalam kumpulan, satu kumpulan lima atau empat orang
Lebih kurang satu kelas ada enam kumpulan

LOKER

PAPAN KENYATAAN BELAKANG KELAS

Sudut Mata Pelajaran Kelas SBC

Catatan:
i. Kelas hendaklah bersih, kemas dan tiada sampah. Perabot yang lebih mesti
dimaklumkan kepada Pegawai Aset. Kerusi dan meja tidak dibenarkan dibawa ke
kelas lain atau ke tempat lain. Langsir mesti sentiasa bersih, kemas dan tidak
tertanggal.
ii. Semua meja kelas mesti dikosongkan pada waktu terakhir. Beg hanya boleh
disimpan dalam meja untuk hari itu sahaja. Murid dikehendaki membawa balik buku
dan peralatan.
iii. Buku SPBT yang ditinggalkan akan dirampas dan tidak akan dikembalikan kepada
murid.
iv. Bilangan meja – 32 dan kerusi – 32 untuk setiap kelas. Meja tidak boleh diconteng.
v. Pintu kelas dan tingkap hendaklah ditutup sebelum sekolah bersurai pada setiap
hari.
vi. Tidak dibenarkan murid menggunakan kelas selepas waktu persekolahan tamat.

1.7 TUGAS KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN
i. Memastikan kelas sentiasa ceria dan bersih. Pastikan ada jadual tugas
dan semua murid menjalankan tugas masing-masing.
ii. Memastikan AJK Mata Pelajaran memanggil guru atau mencari guru ganti
selepas 10 minit permulaan mata pelajaran.
iii. Menghantar kehadiran murid ke pejabat pada setiap hari sebelum 8.30
pagi.

iv. Mengawal disiplin kelas. Tidak mempunyai kuasa untuk memberi
kebenaran kepada rakan untuk keluar kelas.

v. Merekodkan nama murid tidak ada dalam kelas dalam Buku Pemantauan
Kelas. Memastikan guru menandatangani buku tersebut.

vi. Mengambil Buku Pemantauan Kelas di pejabat pada waktu pagi.
vii. Memastikan lampu dan kipas dipadamkan sebelum meninggalkan kelas.
viii. Melaporkan kepada guru mata pelajaran dan guru bertugas sekiranya ada

murid yang sakit.
ix. Memakai pas kebenaran keluar kelas setiap kali berbuat demikian dan

tidak meminjamkan kepada sesiapa kecuali AJK Mata Pelajaran yang
bertugas.

57

1.8 AJK MATA PELAJARAN

i. Memastikan ada guru dalam kelas pada waktu pdpc. Memanggil guru jika
guru lewat masuk.

ii. Mengutip buku latihan untuk guru. Sediakan buku latihan untuk
merekodkan hantaran buku.

Bil Nama Murid Jenis buku / mata Tarikh
pelajaran

2. PENGURUSAN DISIPLIN MURID
2.1. SENARAI SEMAK

BIL JENIS BORANG / TINDAKAN GURU TANGGUNGJAWAB
DOKUMEN

1. Surat kebenaran masuk Kokot dalam Buku Kawalan Pengetua / PK / PK
kelas bagi murid-murid
yang datang lambat ke Kelas HEM / PK Koku / GKMP
sekolah

2. Maklumat murid yang sakit i) Pastikan murid benar-
benar sakit dan ingatkan
bahawa dibenarkan untuk
rehat hanya satu masa
sahaja

ii) Murid dibenarkan rehat di Guru Bertugas
bilik guru Guru Tingkatan

iii) Menghubungi ibu bapa
jika kes serius dan murid
dibenarkan balik

iv) Ibu bapa mengisi borang
kebenaran di pejabat untuk
mengambil anak

3. Kebenaran menggunakan i) Pastikan untuk kecemasan

telefon sahaja

ii) Rekodkan dalam buku
penggunaan telefon di
pejabat

4. Kebenaran Keluar Kelas i) Pastikan alasannya benar Guru Disiplin
dan mesti menggunakan pas
keluar Guru Tingkatan

ii) Kalau arahan daripada Guru yang
guru lain, mesti ada surat bertanggungjawab
kebenaran daripada guru

58

BIL JENIS BORANG / TINDAKAN GURU TANGGUNGJAWAB
DOKUMEN

berkenaan

iii) Kokotkan surat kebenaran
ke dalam Buku Pemantauan
Kelas

5. Kebenaran membawa radio Pastikan alasannya benar
/ kamera / komputer riba

6. Masalah Disiplin Anak Rekodkan dalam Fail Disiplin Pengetua / PK HEM /
Guru Disiplin / Guru
Tingkatan

7. Rekod Salah Laku Rekodkan dalam fail Guru Mata Pelajaran
mengikut tingkatan

8. Tindakan tatatertib / Diuruskan oleh Lembaga Lembaga Disiplin
Pengakuan Murid Disiplin

9. Murid-murid yang Maklumkan kepada semua Penyelaras Tingkatan
Guru Disiplin
memerlukan pengawasan / guru berkenaan Kaunselor
PK HEM
perhatian Guru Tingkatan Pengetua

10. Tindakan Tatatertib Buang Diuruskan oleh Lembaga Lembaga Disiplin /
Pengetua
Sekolah Disiplin

11. Buku Pemantauan Kelas i) Kenal pasti murid yang
tidak ada dalam kelas
Guru Mata Pelajaran
ii) Rekodkan dalam buku

iii) Laporkan kepada guru
disiplin

12. Pas Keluar Gunakan Pas Keluar Kelas
apabila membenarkan murid
keluar(Pelajar tidak Semua guru
dibenarkan keluar apabila
tiada guru dalam kelas)

2.2. PERKARA-PERKARA YANG HARUS DIPATUHI SEMASA MENJALANKAN
KUASA DISIPLIN

i. Amalkan keadilan – Ambil kira ‘natural justice’.

ii. Hak untuk didengar – Hak bela diri.

iii. Peluang yang diberi harus menasabah – beritahu pertuduhan.

59

2.3. FAKTOR-FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR
MENGHUKUM
i. Beratnya sesuatu kesalahan.
ii. Kes-kes serupa.
iii. Kekerapan kesalahan dan kesungguhan murid yang melakukannya.
iv. Perwatakan dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan.

2.4. TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN
i. Lihat setiap kesalahan secara objektif.
ii. Wujudkan suasana tenang.
iii. Beri peluang murid buat penjelasan.
iv. Jika murid bersalah, bantu murid untuk menyedari kesalahannya.
v. Masalah disiplin yang ada kaitan dengan keluarga, salah laku jenayah, dadah
– maklumkan kepada Pengetua.

2.5. LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
a) LANGKAH PERTAMA

i. Terima aduan.
ii. Pastikan ada prima facie.
iii. Buat siasatan awal.
iv. Ada percanggahan, hentikan siasatan.
v. Tidak berpuas hati, buat siasatan awal.

b) LANGKAH KEDUA
i. Buat kesimpulan daripada bukti.
ii. Beri peluang tertuduh memfailkan kesalahan.

c) LANGKAH KETIGA
i. Jika murid menafikannya – beri peluang bela diri.
ii. Pelajar harus jawab tuduhan.
iii. Beritahu tuduhan terhadapnya dengan jelas.
iv. Jelaskan mengapa hukuman tidak boleh diambil.

d) LANGKAH KEEMPAT
i. Jika tertuduh memberi keterangan memuaskan, dia bebas, tiada tindakan lanjut.

e) PENGAKUAN / DIDAPATI BERSALAH
i. Pengetua buat keputusan terhadap hukuman yang hendak dikenakan.

60

2.6. PANDUAN TATACARA DISIPLIN MURID (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8 /1983)
- Guru perlu bertindak secara professional. Guru perlu berpegang kepada
prinsip: adil, amanah, jujur, berani, tegas, tidak emosi dan memberi peluang
kepada murid membela diri.
- Guru perlu mempunyai sifat penyayang, penyabar dan bijak dalam
menyelesaikan masalah disiplin.
- Guru-guru diingatkan jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi
popular dalam kalangan murid.
- Dalam menjaga disiplin murid, guru-guru diingatkan supaya tidak mengenakan
hukuman seperti di bawah:-

a) Hukuman Terhadap Fizikal
i. Mengetuk / menyekel kepala murid
ii. Menampar
iii. Mencubit hingga lebam
iv. Memulas telinga
v. Mengenjut / ketuk ketampi beberapa kali yang tidak berpatutan sambil
memegang telinga
vi. Mencela / memalukan

vii. Mendera seperti berlari keliling padang
viii. Menjemur / lari keliling padang
ix. Menarik rambut / tarik telinga

x. Berdiri lama dalam / luar bilik darjah
xi. Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
xii. Menghukum murid secara kumpulan atas alasan si pesalah enggan

mengaku salah
xiii. Rampas barang tanpa alasan munasabah – cth: correction tape

b) Hukuman Terhadap Mental dan Emosi
i. Gunting rambut sesuka hati
ii. Berleter
iii. Gantung tulisan di badan
iv. Memalukan di khalayak ramai
v. Kelas tahanan pada waktu rehat dan pulang
vi. Memaki hamun

vii. Menyindir
viii. Conteng muka dengan kapur
ix. Koyak / mencampak buku latihan

x. Mengugut atau mengertak murid
xi. Tidak menanda buku latihan

61

- Hanya Pengetua sahaja diberi kuasa merotan (murid lelaki sahaja). Walau
bagaimanapun Pengetua boleh menurunkan kuasa kepada guru-guru tertentu
untuk menjalankan hukuman merotan.

- Bagi kes disiplin murid yang ringan, murid boleh dikenakan dengan tindakan
membuat kerja-kerja sosial atau kerja yang memberi manfaat kepada murid
tersebut.

- Kes-kes disiplin murid yang berat hendaklah dibawa kepada Mesyuarat
Lembaga Tatatertib Sekolah.

- Setiap guru perlu memiliki, membaca dan memahami isi kandungan buku
“Peraturan Sekolah”

- Guru dikehendaki melaporkan setiap kes yang mempunyai mata penalti
dengan menggunakan Borang Aduan Salah Laku Murid kepada Unit Disiplin
untuk direkod dan diambil tindakan yang sesuai.

- Segala maklumat dan salah laku murid adalah sulit.

- Peringatan dan nasihat mengenai disiplin perlu diberi kepada murid-murid dari
semasa ke semasa.

- Semua guru dikehendaki menjadikan Budaya Menegur / Menasihat Murid
sebagai budaya sekolah ini.

- Guru dilarang membuat sebarang kenyataan di media cetak / elektronik
mengenai disiplin murid.

- Sebarang laporan mengenai disiplin ke pihak Jabatan Pendidikan Negeri /
Pejabat Pendidikan Daerah / dan lain-lain perlu melalui Pengetua.

- Bagi kes-kes tertentu, guru dikehendaki merujuk murid yang bermasalah
kepada Kaunselor (dengan menggunakan borang yang disediakan) atau guru
Pendidikan Islam (bagi murid-murid beragama Islam).

- Bagi kes-kes tertentu, guru dibolehkan menghubungi ibu bapa / penjaga
(dengan mendapatkan kebenaran Pengetua terlebih dahulu) untuk
membincang dan mencari jalan mengatasi masalah murid berkenaan.

- Bagi kes-kes yang berat, Lembaga Tatatertib memanggil ibu bapa / penjaga /
pihak Polis / AJK PIBG untuk membantu mengatasi masalah tersebut.

- Laporan lengkap disiplin disediakan oleh guru data disiplin dan dihantar ke
PPD dan JPNS (Bahagian Hal Ehwal Murid).

2.7. SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10 / 2001)

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan
masalah disiplin di sekolah, ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut
kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua walaupun
masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. Perkara
ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya
bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di
sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah
dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal
berkaitan dengan disiplin murid.

Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pendidikan Bil. 8 / 1968 mengenai
Tatatertib di Sekolah-sekolah pada para 5 menyatakan:

62

“… tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan daripada
masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan
kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya
tatatertib yang berat ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat
sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar.”

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975 mengenai Disiplin di Sekolah. Peraturan-
peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan:

“Adalah seperti tuan maklumkan, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk
menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Ini bukan
tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab
semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami
benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk
memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara
kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara
biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan
kepada guru besar untuk mendapat keputusan.”

Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan
dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap
disiplin yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah
berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya
sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-
pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan
(corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah sewajarnya hendaklah
dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah
sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin,
penyayang, simpati, dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.
Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap
kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua
atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru
untuk melaksanakan hukuman tersebut.

63

3. PROSEDUR PERTUKARAN MURID
3.1. PROSEDUR MURID BERPINDAH MASUK SEKOLAH (TINGKATAN 1 – 5)
Murid melapor diri di pejabat

Penyelaras Tingkatan Dokumen
o Beri murid Borang Maklumat Murid dan Borang SMM. 1. Salinan KP murid
2. Salinan surat beranak
Murid isi borang-borang tersebut 3. Buku Kokurikulum / PAJSK
o Daftar murid (Buku Daftar) 4. Buku Rekod Kesihatan
o Sediakan 1 salinan Borang Masuk Sekolah (BMS) dan 5. Lain-lain dokumen dari sekolah

mengisikan semua butir yang berkaitan asal
o Tempatkan murid dalam kelas (Isikan Tingkatan)
o Hantar / serahkan murid dengan dokumen-dokumen

kepada Guru Tingkatan
o Serahkan satu Salinan BMS kepada Penyelaras Data

Guru Tingkatan
o Masukkan butiran murid ke dalam Jadual Kedatangan

Murid
o Key in Profil murid dalam SMM / APDM
o Pastikan murid menerima buku teks atau dibawa dari

sekolah asal

3.2. PROSEDUR MURID BERPINDAH KELUAR Serahkan semua dokumen (jika T3
TINDAKAN GURU TINGKATAN: dan T5) kepada SU Peperiksaan
untuk diproses.
Murid memaklumkan kepada Guru Tingkatan sekurang- o SU Peperiksaan menyediakan
kurangnya 2 minggu sebelum berpindah
Borang Berpindah Pusat
i. Guru minta murid lengkapkan BORANG SEMAKAN 1 Peperiksaan
ii. Kumpul balik dalam SATU MINGGU

Guru Tingkatan serahkan semua dokumen dan salinan
keputusan murid bersama dengan Borang Semakan 1 yang
dilengkap kepada Penyelaras Tingkatan.

Penyelaras Tingkatan serahkan Borang Semakan 1 yang
sudah dilengkapi kepada pejabat supaya Sijil Berhenti
Sekolah (jika perlu) boleh disediakan.

i. Pejabat serahkan Sijil Berhenti Sekolah yang siap kepada
Pengetua untuk tandatangan

ii. PK HEM menyerah keratan pengesahan murid berpindah
3.3. SENARAI SEMAK MURID
kepada Guru Data

iii. PEJABAT menyerahkan semua dokumen kepada ibu bapa

64

PENGESAHAN MURID BERPINDAH SEKOLAH (BORANG SEMAKAN 1)
Arahan: Borang perlu dilengkapkan dan dikembalikan ke pejabat sekolah sebelum Surat

Berhenti Sekolah dikeluarkan.

Adalah saya ________________________________ Tingkatan __________ Tahun
_______ telah menyelesaikan perkara-perkara berikut:

A. KELAS Ya Tidak Catatan
Sumbangan PIBG
Semua dokumen / laporan telah diserahkan
(Sekiranya Ketua Tingkatan atau Penolong Ketua Tingkatan)

Disahkan :

________________________________ _________
Tandatangan dan Nama Guru Tingkatan Tarikh

B. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS Ya Tidak Catatan
Semua buku SPBT telah dipulangkan
Buku teks dibenarkan bawa ke sekolah baru

Disahkan :

________________________________ _________
Tandatangan dan Nama Guru SBPT Tarikh

C. PUSAT SUMBER BAITUL HIKMAH Ya Tidak Catatan
Semua buku / bahan PSS telah dipulangkan
Semua denda yang berkaitan diselesaikan
Buku NILAM telah diserahkan

Disahkan :

________________________________ _________
Tandatangan dan Nama Guru PSS Tarikh

65

D. KESIHATAN Ya Tidak Catatan
Buku Rekod Kesihatan
_________
Disahkan : Tarikh

________________________________
Tandatangan dan Nama Guru Kesihatan

E. KO-KURIKULUM Ya Tidak Catatan
Dokumen / Laporan PAJSK telah disediakan

Disahkan :

________________________________ _________
Tandatangan dan Nama SU Kokurikulum Tarikh

3.4. PANDUAN PERMOHONAN UNTUK BERTUKAR SEKOLAH AKHIR TAHUN
OLEH MURID WARGANEGARA DI DAERAH PETALING UTAMA (RUJUKAN
SEKOLAH)
- Borang permohonan pertukaran sekolah dikehendaki diisi dengan cara bertaip

- Permohonan pertukaran sekolah dalam daerah Petaling Utama boleh dibuat
mulai cuti sekolah akhir tahun

- Ibu bapa yang ingin memohon pertukaran sekolah untuk anak-anak mereka
dikehendaki mengisi lima Salinan Permohonan Pertukaran Sekolah.

- Satu salinan Borang Permohonan Pertukaran Sekolah dikehendaki disimpan di
sekolah untuk rujukan sekolah sebelum ke PPD

- Empat salinan Borang Permohonan Pertukaran Sekolah dihantar ke PPD untuk
diproses dan dilampirkan bersama satu salinan dokumen-dokumen berikut yang
telah disemak benar dan disahkan oleh Guru Besar / Pengetua sekolah mengikut
susunan dari atas ke bawah:
i. Empat salinan Borang Permohonan Pertukaran Sekolah
ii. Satu salinan Sijil Kelahiran Murid (rendah dan menengah)
iii. Kad Pengenalan Murid (menengah sahaja)

iv. Satu salinan bil air / bil elektrik ATAU satu salinan Surat Perjanjian
Sewaan yang disahkan (jika rumah sewa)

v. Satu salinan slip keputusan:
vi. UPSR – bagi murid Tahun 6 ke Tingkatan 1
vii. PT3 – bagi murid Tingkatan 3 ke Tingkatan 4

viii. Satu salinan surat nikah / perakuan pendaftaran perkahwinan ibu bapa

66

- Maklumkan kepada ibu bapa murid-murid bahawa semua Borang Permohonan
Pertukaran Sekolah dalam Daerah Petaling Utama pada akhir tahun hanya boleh
dihantar melalui sekolah dan ibu bapa diminta jangan membawa sendiri borang
permohonan ke PPD

- Borang Permohonan Pertukaran Sekolah dalam Daerah Petaling Utama yang
sudah diproses akan diserah balik ke sekolah asal. Ibu bapa diminta mendapat
keputusan pertukaran daripada pihak sekolah dan bukan dari PPD

- Ibu bapa yang memohon pertukaran sekolah antara daerah / negeri diminta
membawa Borang Permohonan Pertukaran Sekolah ke daerah atau negeri
masing-masing untuk diproses

- Pengetua dikehendaki menyemak dan memastikan semua butir yang diisi dalam
borang permohonan adalah lengkap dan benar sebelum menurunkan
tandatangan

- Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke PPD Petaling
Utama pada setiap hari Jumaat setiap minggu

3.5. MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA

a) PERTUKARAN DALAM DAERAH PETALING UTAMA
- SEMUA pertukaran dalam daerah mestilah melalui sekolah.
- Sila hantar 4 salinan borang pertukaran yang telah dilengkapkan dan
ditandatangan oleh Pengetua.
- Dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah mengikut urutan berikut:

i. 1 salinan sijil lahir murid yang disahkan (rendah dan menengah)
ii. 1 salinan kad pengenalan murid yang disahkan (menengah sahaja)
iii. 1 salinan keputusan:
iv. *UPSR – bagi murid Tahun 6 ke Tingkatan 1.
v. *PT3 – bagi murid Tingkatan 3 ke Tingkatan 4.
vi. 1 salinan sijil nikah yang disahkan.
vii. 1 surat hak penjagaan sekiranya berpisah / bercerai / tidak dijaga oleh ibu

bapa yang sah.
viii. Pengesahan alamat (cukai pintu atau bil elektrik / bil air / perjanjian jual

beli yang sah, jika rumah sewa – perjanjian sewaan) (Bagi bil-bil, sila
kemukakan bil terkini).

- Pertukaran untuk Tingkatan 4 hanya akan dibuka selepas keputusan PT3.
- Jawapan kelulusan pertukaran akan dikembalikan kepada sekolah pada minggu

kedua bulan Disember.
- Sila hubungi sekolah untuk sebarang pertanyaan.

b) PERTUKARAN LUAR DAERAH / LUAR NEGERI
- Ibu bapa / penjaga diminta hantar borang pertukaran terus ke PPD yang
berkenaan

67

4. TUGAS GURU PENYELARAS TINGKATAN

4.1 Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah
jagaannya

4.2 Kuota murid mengikut kaum mesti dipatuhi. Pengetua / Penolong Kanan mesti
dimaklumkan

4.3 Menerima kemasukan murid baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan
dan minat / aliran bagi murid tingkatan 4 dan 5

4.4 Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku teks bantuan kerajaan
(SPBT)

4.5 Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak
untuk diberi bantuan / biasiswa

4.6 Memaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan tentang jumlah murid dalam
setiap kelas dari masa ke masa

4.7 Penyelaras Tingkatan 3 dan 5 sekaligus bertindak sebagai penyelaras
peperiksaan PT3 / SPM

4.8 Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PT3 dan SPM

4.9 Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik
peperiksaan dan membantu mengurus perjalanan ujian dan peperiksaan sekolah

4.10 Berada di sekolah pada hari Orientasi murid tingkatan satu dan membantu guru
Tingkatan Satu untuk menguruskan kemasukan murid

4.11 Memastikan guru tingkatan memberi nombor pendaftaran dan memasukkan butir-
butir murid dalam Buku Pendaftaran

4.12 Bertanggungjawab menjaga dn menguruskan Buku Pendaftaran Murid. Buku ini
mesti disimpan di pejabat

4.13 Menyemak Jadual Kedatangan Murid dari masa ke masa dan memastikan guru
tingkatan menutup Jadual Kedatangan Murid pada hari terakhir setiap bulan

4.14 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa

5. TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN

5.1 Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum
persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 30 minit setelah sekolah
berakhir

5.2 Bertugas di kedua-dua pintu masuk sekolah selewat-lewatnya jam 7.00 pagi setiap
hari

5.3 Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta
lampu dan kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan

5.4 Membantu guru disiplin mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti
waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan
sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu

5.5 Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan
kawasan sekolah

5.6 Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah

5.7 Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghubungi ibu bapa / menghantar
mereka ke hospital / ke rumah

5.8 Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang
memohon

68

5.9 Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan
masa pertukaran guru

5.10 Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang
5.11 Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawal harta

benda sekolah
5.12 Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit

beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan
5.13 Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari

/ minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara
yang dicatat ialah:
5.14 Kedatangan murid, guru dan staf sokongan
5.15 Murid ponteng, tidak hadir atau sakit
5.16 Lawatan-lawatan / pelawat
5.17 Ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
5.18 Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau
perlu laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera dapat diambil
5.19 Perhimpunan
5.20 Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan
5.21 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah
disediakan
5.22 Memastikan murid-murid telah beratur dengan kemas
5.23 Laporan tambahan mengenai ucapan Pengetua / Penolong Kanan
5.24 hendaklah ditulis di dalam Borang Khas Mengenai Perhimpunan

69

PANDUAN ATURCARA PERHIMPUNAN RASMI (HARI ISNIN)

Bil Aturcara Aktiviti Tindakan
PK HEM
Sebelum 7.30 pagi Menyusun kerusi guru Guru siaraya
1 Guru bertugas
Menyediakan pembesar suara (PA Pengawas
sistem)
Guru bertugas
Menyediakan pita rakaman lagu Pengawas

Menyediakan peralatan bagi acara PK / PK HEM / PK
penyampaian hadiah (jika ada) Kokurikulum
Kaunselor
Pada pukul 7.40 pagi Semua pelajar dan guru sudah sedia Guru bertugas
dan beratur
Nyanyian lagu-lagu Guru terbabit
rasmi Hadir ke perhimpunan dengan segera
2 Doa Pengawas
Nyanyian dimulakan dan bendera
Ikrar Rukun Negara dinaikkan PK HEM
Guru bertugas
Ikrar Pelajar Guru disiplin

Laporan / pengumuman Melaporkan perkara-perkara penting Pengawas

Guru bertugas minggu yang perlukan tindakan pembaikan oleh
sebelumnya pelajar

3 Laporan / pengumuman Pengumuman berkaitan kurikulum,
guru bertugas semasa kokurikulum, disiplin, kaunseling dan
lain-lain (jika ada)

Kokurikulum / disiplin / Pengumuman hendaklah ringkas dan
kurikulum / kaunseling tepat

Acara penyampaian Memastikan acara terurus dan teratur
hadiah / cenderamata
dan sijil Mengendalikan penyampaian hadiah
4 dengan lancar

Penerima sudah dimaklumkan, bersedia
dan sopan semasa menerima sijil atau
hadiah

Ucapan Pengetua Mempersilakan Pengetua
5 menyampaikan ucapan

Semua pelajar dan guru senyap dan
mendengar

Penutup Menyanyikan lagu sekolah / lagu
6 patriotik

Pemeriksaan disiplin pelajar dari aspek
fizikal seperti pemakaian tanda nama,
kebersihan kuku dan rambut (jika perlu)

Pelajar masuk ke kelas masing-masing
dengan teratur, sopan, tertib dan cepat

70

2.4 PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. DASAR UTAMA KOKURIKULUM

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM
KEBANGSAAN.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang
diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA:
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Matlamat gerakerja
kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar
hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian
seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”
{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld.II(29)}.

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus,
menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. “Penyertaan semua
guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja
kokurikulum di sekolah.” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.).

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa
kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (PdPC)
dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.”
{Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}.

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan
beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada
peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
17/2000 bertarikh 16 November 2000).

71

2. DASAR SOKONGAN

1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum
ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat
kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki
kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum,
ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan
pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985,
KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan
penyertaan anggota masyarakat setempat. {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara
5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah
Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan
Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar
tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti
perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh
agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program
lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang.
Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk
menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan
ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk
mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka
menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).

6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar
atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-
masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas
kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada
pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

72

3. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KOKURIKULUM

3.1 TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM
- Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
- Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan,
pelaksanaan dan penilaian pelajar.
- Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti
persatuan/kelab/pasukan pakaian seragam dan sukan/permainan.
- Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
- Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
- Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan
mencukupi.
- Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
mengadakan latihan dengan mereka.

3.2 TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN
- Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
- Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD/MSSN/MSSM.
- Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
- Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
- Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
- Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
- Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
- Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
- Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar
sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
- Sentiasa berbincang dengan Pengetua/ Penolong Kanan Kokurikulum untuk
kepentingan sukan sekolah.
- Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku
Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
- Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.

3.3 TANGGUNGJAWAB KETUA RUMAH SUKAN
- Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
- Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
- Membentuk jawatankuasa rumah sukan dalam kalangan pelajar yang meliputi
olahraga dan permainan.
- Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan
peringkat sekolah.
- Bersama-sama menyelia latihan dan pertandingan pasukan umum seperti
Pasukan Sorak/Cheerleaders dan pasukan perbarisan.

73

- Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/ Penolong Kanan Kokurikulum
sekiranya menghadapi masalah.

- Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
- Tanggungjawab Ketua Rumah Sukan juga meliputi senarai tanggjungjawab guru

rumah sukan.

3.4 TANGGUNGJAWAB GURU RUMAH SUKAN
- Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
- Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan Rumah Sukan, kedatangan
dicatat dalam Buku Kehadiran.
- Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara
Rumah Sukan.
- Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
- Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang
tidak hadir.
- Mengawasi keselamatan pelajar pada waktu latihan.
- Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
- Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi
rumah sukan.

3.5 TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PERSATUAN / KELAB / BADAN
BERUNIFORM / KELAB PERMAINAN
- Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/ kelab/ badan beruniform/ kelab
permainan.
- Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
- Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
- Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk pelajar menyertai
persatuan/ kelab/ badan beruniform kelab permainan.
- Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan/ dimasukkan
dalam SSMS dengan baik.
- Memastikan peraturan perlembagaan dan minit Mesyuarat Agung direkod dan
difailkan.
- Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan.
- Mengurus Kad Gerko
- memastikan semua pelajar memiliki Kad Gerko
- mengumpul semula daripada ketua guru penasihat pada akhir tahun untuk
simpanan dan rekod kokurikulum atau persediaan Sijil Kokurikulum.
- Menyediakan Borang Pendaftaran Ahli dan menyelaraskan Hari Pendaftaran
Ahli.
- Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun (SOW) untuk edaran,
rujukan dan rekod.
- Mengumpulkan laporan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan
rekod.

74

- Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum sekolah.

- Mengemaskinikan pencapaian murid (pertandingan peringkat sekolah, zon,
daerah, negeri dan kebangsaan) dari masa ke masa.

3.6 TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN / PENASIHAT

- Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

- Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.

- Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

- Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.

- Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.

- Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

- Penasihat mesti bersama pelajar semasa aktiviti dijalankan.

- Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian
Seragam/ Kelab/ Persatuan dan Sukan/Permainan.

- Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/ peralatan diurus dengan
baik.

- Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktivit disediakan dan difailkan.

- Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan dan Permainan.

- Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada
ahli-ahli.

- Mengurus pernyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/ zon/
daerah/ negeri dan kebangsaan dengan baik.

- Semua lawatan/ projek yang dicadangkan mesti mendapat kebenaran daripada
PPD enam minggu sebelum tarikh yang dicadangkan.

- Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.

- Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

- Menandatangani Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum.

- Memastikan butiran Rekod Aktiviti Kokurikulum dan Penilaian Aktiviti
Kokurikulum dalam Buku Rekod Aktiviti Kokurikulum diisikan sebelum bulan
Ogos setiap tahun.

- Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang
diwakili.

- Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya dan senantiasa
dikemaskinikan.

- Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

- Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

- Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.

- Menyerahkan kutipan wang persatuan/ kelab/ pasukan pakaian seragam/ kelab
permainan kepada Penolong Kanan Kokurikulum pada bulan Oktober setiap
tahun untuk disimpankan di sekolah.

- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

75

- Guru Penasihat Kelab Permainan
• Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar
dalam permainan.
• Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
• Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
• Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim
kokurikulum sekolah.
• Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan / Kelas sekolah.
• Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
• Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar
sekolah.
• Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang
disertai.
• Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
• Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
• Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
• Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkannya.
• Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan
daerah / negeri, wakil daerah / negeri / negara)
• Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia,
Kebudayaan dan Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan /
Sukan.
• Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

3.7 TANGGUNGJAWAB GURU DATA KOKURIKULUM
- Menyediakan templat untuk semua guru tingkatan mengisi markah kokurikulum.
- Memberi pendedahan kepada guru tingkatan proses pengisian markah.
- Memastikan semua data kokurikulum diisi sebelum akhir bulan September.
- Memastikan data kokurikulum lengkap terutama pelajar Tingkatan 5 sebelum
akhir bulan September.
- Menyediakan sijil kokurikulum untuk pelajar Tingkatan 5 sebelum bulan Oktober.
- Memastikan markah kokurikulum lengkap untuk permohonan IPTA.
- Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
- Menyediakan rekod markah lengkap untuk setiap tingkatan 1-5 untuk difailkan.
- Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, Kebudayaan
dan Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan yang
berkenaan.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

76

4. SENARAI PERSATUAN/KELAB, KELAB PERMAINAN/SUKAN DAN BADAN
BERUNIFORM 2013
Semua murid wajib menyertai TIGA aktiviti kokurikulum:
i) Satu dari setiap kumpulan A; iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C.
ii) Rumah Sukan akan ditetapkan untuk murid Tingkatan Satu.

Kumpulan A: Persatuan dan Kelab

1 Persatuan Bahasa Melayu
2 Persatuan Bahasa Inggeris
3 Persatuan Sains & Matematik
4 Persatuan Pendidikan Seni
5 Persatuan Pendidikan Islam
6 Kelab Kebudayaan/Pelancongan
7 Kelab Koperasi
8 Kelab Keselamatan Jalan Raya

Kumpulan B: Kelab Permainan/Sukan 6 Kelab Catur/Permainan Dalaman
7 Kelab Kriket
1 Kelab Bola Sepak 8 Kelab Sepak Takraw
2 Kelab Bola Jaring
3 Kelab Bola Baling
4 Kelab Badminton
5 Kelab Ping-Pong

Kumpulan C: Badan Beruniform

1 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
2 Kadet Remaja Sekolah
3 Kor Kadet Polis
4 Pergerakan Puteri Islam Malaysia

77

5. RUMAH SUKAN

5.1. NAMA RUMAH SUKAN

1. Helang (Biru)
2. Kasawari (Kuning)
3. Rajawali (Merah)
4. Garuda (Hijau)

5.2. CARA MENENTUKAN RUMAH SUKAN (UNTUK MURID BARU)

1. Ambil 2 angka terakhir nombor pendaftaran kemasukan sekolah murid berkenaan
dan bahagikan dengan 4.

2. Sekiranya tiada baki, rumah sukan murid itu ialah RAJAWALI (MERAH)
Contoh: …16 dibahagikan 4 = 4 dan baki 0

3. Sekiranya baki 1, rumah sukan murid itu ialah KASAWARI (KUNING)
Contoh: …17 dibahagikan 4 = 4 dan baki 1

4. Sekiranya baki 2, rumah sukan murid itu ialah HELANG (BIRU)
Contoh: …18 dibahagikan 4 = 4 dan baki 2

5. Sekiranya baki 3, rumah sukan murid itu ialah GARUDA (HIJAU)
Contoh: …19 dibahagikan 4 = 4 dan baki 3

CATATAN:

Latihan Rumah Sukan dijalankan seperti aturan di bawah:

Masa: 3.30 – 5.00 petang

Hari Isnin: Helang (Biru) & Garuda (Hijau)

Hari Selasa: Kasawari (Kuning) & Rajawali (Merah)

78

6. KIRAAN CGPA KOKURIKULUM TAHUN 2012 TARIKH MARKAH
1
Kiraan CGPA Dari Dua Sumber: 1
1
1. Register – (3 markah maksima) 1
Kehadiran murid semasa: 1
1
AKTIVITI
Pendaftaran Keahlian Gerko
Road Run
Raptai Sukan
Kejohanan Olahraga
Hari Kokurikulum/ MPPH Kokurikulum
Hari Penilaian Kokurikulum

Bilangan/ Kali Kehadiran (? / 6 aktiviti x 3) Jumlah markah
Satu aktiviti sahaja 0
2 – 3 aktiviti 1
4 – 5 aktiviti 2
6 aktiviti 3

2. Dari Buku Penilaian Kokurikulum Murid / Kad Gerko Murid - (2 markah maksima)

Kehadiran murid berdasarkan kepada sekurang-kurangnya 2 kategori:

i. badan beruniform, persatuan/kelab
ii. kelab permainan/ rumah sukan

Bilangan kali kehadiran (Jan – Ogos 30) Jumlah markah
Kurang daripada 15 kali 0
15 – 24 kali 1
25 kali dan ke atas 2

Jumlah Markah Maksima: 5 (Register + Buku Penilaian Kokurikulum / Kad Gerko)

Jumlah markah CGPA Kokurikulum
5 4
4 3
3 2
2 1
1 0

79

7. PERATURAN-PERATURAN (PELANCONGAN) SEKOLAH 1957

- Borang-borang permohonan untuk perkara di atas hendaklah dibuat dalam 5
salinan ditambah pula 2 salinan lagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati atau
dilalui dan disampaikan ke Jabatan Pendidikan Selangor 5 minggu sebelum tarikh
pelancongan/lawatan.

- Contoh Borang

1. Nama Sekolah & Alamat: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LEMBA SUBANG,

JLN PJU 1A/4, 47301 PETALING JAYA

2. Nama Pengetua: SALWANI BINTI MUHAMMAD ZAIN

3. Nama guru yang mengelolakan: ……………………………………………………………………………..

4. Tujuan lawatan:…………………………………………………………………………………………………

5. Anjuran:.....................................................................................................................................

6. Nama guru-guru yang membantu: 1. ......................................................................................

2. .....................................................................................

7. Jenis kenderaan : BAS SEKOLAH

8. Tempat-tempat yang dilawati :-

Nama Tempat Tarikh Nama dan alamat penuh
Dari Hingga tempat bermalam

9. Punca pendapatan wang:
i) Kutipan daripada murid-murid menurut senarai ahli dalam borang ini: …………………
ii) Punca pendapatan lain-lain : ………………………………..

10. Nama dan keterangan mereka yang diberi kuasa untuk mengutip dan membelanjakan wang.

Bil Nama Jawatan/ No. Kad Umur Alamat Penuh
Tingkatan
Pengenalan

11. Saya sebagai guru pengelola pelancongan/ lawatan dengan ini mengesahkan bahawa semua murid
yang terlibat telah mendapat kebenaran menyertai pelancongan/ lawatan secara bertulis daripada
ibubapa atau penjaga.

Tarikh: ……………………….. ……………………….……………..
()

12. Saya dengan ini mengesahkan bahawa semua maklumat yang terkandung dalam borang
permohonan ini adalah benar.

Tarikh: ……………………….. …………………………………….
()

80

SENARAI NAMA-NAMA MURID SEKOLAH YANG AKAN MELAWAT/ MELANCONG

Bil Nama Ting. Umur K/P Alamat

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34

81

8. CONTOH BORANG KEBENARAN IBU BAPA

1. Saya seperti nama dinyatakan di bawah membenarkan anak saya bernama
………….……………….……….…………………No. SB/KP ……………………………….….…………………..
mengikuti aktiviti …………………….……………………………………………………..………………………….
yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kebenaran ini di beri atas kefahaman bahawa pihak sekolah akan
mengambil langkah-langkah untuk menentukan supaya keselamatan dan kebajikan murid-murid yang
terlibat diberi perhatian sepenuhnya. Saya dimaklumkan bahawa sekolah akan memastikan:

a. guru-guru dilantik untuk mengiring, membimbing dan mengawasi keselamatan dan kebajikan
murid

b. pengangkutan yang digunakan mempunyai permit sah dari pihak berkuasa untuk digunakan
membawa penumpang dengan selamat

2. (Jika berkaitan) Saya memaklumkan bahawa anak saya mengidap penyakit
…..…………………………………… dan sedang menerima rawatan. Berikut adalah senarai ubat serta
maklumat rawatannya:

Bil Nama Ubat Kadar Ambilan
1
2
3

3. Jika anak saya mengalami kecederaan dan serangan penyakit yang memerlukan rawatan pegawai
perubatan dalam tempoh mengikuti aktiviti, maka saya dengan ini memberi kebenaran anak ini dirujuk dan
diberi rawatan sepertimana yang difikirkan sesuai oleh pegawai perubatan berkaitan bagi menentukan
kesejahteraan dan keselamatannya.

Pengesahan :

Nama ibu / bapa / penjaga : …………………………………………………………….

No. Tel. (Rumah / HP) : …………………………………………………………….

Alamat rumah : …………………………………………………………….

……………………………………………….……………………………………………………

……………………………………………...……………………………………………………..

……………………………………….… ……………………………….
Tanda Tangan Tarikh

82

MANUAL TUGAS
&

TANGGUNGJAWAB

3.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

3.1.1 JAWATANKUASA PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
Senarai Tugas
1. Menjadi Badan Tertinggi Sekolah memainkan peranan sebagai tempat rujukan.
2. Merancang pembangunan fizikal sekolah termasuk bangunan, dewan, bilik rehat, surau
serta kawasan sekolah.
3. Merancang pembangunan akademik, kokurikulum dan sekolah.
4. Bertugas sebagai jawatankuasa bertindak segera ke atas sesuatu isu semasa yang
timbul daripada perjalanan sekolah meliputi akademik, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain.
5. Menyelaras segala program yang dirancang pelaksanaannya.
6. Merancang Takwim Sekolah.
7. Memastikan pelaksanaan semua program yang dirancang mengikut jadual.
8. Merancang ABM (Anggaran Belanja Mengurus) pembangunan dan kecemerlangan
sekolah (Perancangan Strategik, Visi dan Misi)

3.1.2 JAWATANKUASA KEWANGAN DAN SEBUT HARGA SEKOLAH
Senarai Tugas
1. Membantu Pengetua mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan
akaun supaya berjalan lancar dan menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan 1957,
Arahan Perbendaharaan, Pekeliling, Surat Pekeliling dan Tatacara yang berkaitan dalam
bidang:

i. Pengurusan Perbelanjaan
ii. Pengurusan Perakaunan
iii. Pengurusan pungutan dan tunggakan hasil
iv. Penyediaan dan pembentangan penyata kewangan dan laporan tahunan sekolah.

2. Membantu Pengetua meneliti dan mengambil tindakan susulan terhadap Laporan Audit.
3. Merancang latihan untuk AKP yang mengurus hal-hal pengurusan kewangan.
4. Mengadakan mesyuarat empat kali setahun yang boleh membantu jawatankuasa

mengesan dan mengawasi operasi kewangan dan perakaunan dengan lebih berkesan.
5. Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan (nota

minta, pesanan tempatan, invois/bil, baucar dan cek)
6. Menyelenggara dan mengurus perbelanjaan dan pembayaran.
7. Menyempurnakan segala persediaan untuk audit akaun sekolah.
8. Menjadi AJK Lembaga Tender/ Sebut Harga Sekolah dan memastikan stok

dikemaskinikan.
9. Mengawasi pembelajaran dan mematuhi prosedur kewangan untuk mengelakkan audit

berteguran.

83

3.1.3 JAWATANKUASA KEUTUHAN DAN SUMBER MANUSIA
Senarai Tugas
1. Mengenalpasti guru dan AKP yang melanggar peraturan pegawai awam.
2. Mengadakan perbincangan khas bagi menangani tingkah laku guru dan AKP yang
melanggar peraturan pengawai awam.
3. Memutuskan tindakan yang dikenakan kepada guru dan AKP terlibat.
4. Menjaga kebajikan guru dan AKP diutamakan.
5. Memastikan urusan kenaikan pangkat guru dan AKP diurus tepat pada masanya.

3.1.4 JAWATANKUASA SKPMg2 SEKOLAH (JKSS)
Senarai Tugas
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
2. Melengkapkan elemen-elemen SKPM pada bulan April setiap tahun untuk mendapatkan
keputusan penarafan sekolah secara online.
3. Mendokumentasikan keputusan Penarafan Sekolah dan membuat 2 salinan. Satu salinan
untuk penyimpanan pengetua.
4. Menjelaskan keputusan Rumusan SKPM kepada semua guru dan melakukan
penambaikan.

3.1.5 JAWATANKUASA MESYUARAT GURU DAN DIALOG PRESTASI
Senarai Tugas
1. Memastikan papan-papan tanda kenyataan bilik mesyuarat diselenggara dengan kemas,
bersih dan ceria.
2. Sentiasa mengemas kini data dan informasi terkini untuk rujukan warga sekolah.
3. Mencatat minit mesyuarat dan menyediakan minit 2 hari selepas mesyuarat.
4. Menyerahkan draf minit mesyuarat kepada Pengetua/Penolong Kanan untuk semakan.
5. Membuat pembetulan (setelah disemak) dan menyediakan minit untuk diedarkan kepada
semua guru, 3 hari sebelum mesyuarat supaya tindakan boleh diambil.
6. Menyediakan maklum balas guna borang PK07 (3).
7. Memastikan bilik mesyuarat disediakan lengkap dengan siaraya & berada dalam keadaan
bersih.
8. Mengambil kehadiran guru semasa mesyuarat guna borang PK07 (2).
9. Merekodkan edaran dalam PK07 (1).

10. Mengisi buku penggunaan bilik mesyuarat.
11. Menelefon guru-guru yang tidak menghadiri mesyuarat untuk mendapatkan sebab

ketidakhadiran.
12. Memastikan minit mesyuarat difailkan di pejabat mengikut susunan yang betul.
13. Memaklumkan nama guru yang tidak hadir mesyuarat kepada Pengetua/Penolong

Kanan.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

84

3.1.6 JAWATANKUASA DATA DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Senarai Tugas
1. Mengadakan dan menyelaras mesyuarat penyelarasan data 4 kali setahun serta
mendokumenkan minit mesyuarat.
2. Memastikan data sentiasa di kemaskini.
3. Mengaplikasikan data untuk tujuan kajian dan penyelidikan dan keperluan PPD/JPN.
4. Menyimpan dan merekod data di tempat selamat dan mudah diakses mengikut
keperluan.
5. Memastikan data selamat dari akta kerahsiaan.
6. Menghadiri mesyuarat luar apabila diminta.
7. Memberi data yang diperlukan dari semasa ke semasa.

3.1.7 JAWATANKUASA ICT/VLE FROG
Senarai Tugas
1. Timbalan Pengerusi
i. Menentukan Sasaran dan KPI pelaksanaan VLE FROG dalam Pelan Strategik
Sekolah 2017-2020.
ii. Memantau dan melakukan Penilaian Program pelaksanaan VLE FROG

2. Penyelaras ICT/Frog VLE
i. Menyediakan Pelan Tindakan Program VLE FROG bersama PK bagi tahun 2017
ii. Menyediakan senarai semak dan jadual kerja pelaksanaan program untuk
pemantauan
iii. membincang dan menyediakan Anggaran Belanja Mengurus untuk melaksanakan
program ICT & VLE FROG
iv. Kemudahan sokongan prasarana ICT di bilik guru, kantin, bilik-bilik khas dan
perpustakaan. Mengurus menentukan Sasaran dan KPI pelaksanaan VLE Frog
dalam Pelan Strategik Sekolah 2017-2020
v. Program ICT dan Frog VLE tahun 2017
vi. Merancang program untuk mencapai KPI sekolah / PPD.
vii. Melaksanakan arahan pentadbir dari semasa ke semasa.

3.1.8 JAWATANKUASA PENGURUSAN PERSONEL / ORIENTASI GURU BAHARU
Senarai Tugas
1. Merancang kursus latihan personel secara makro bersama pentadbir berdasarkan TNA
guru sekurang-kurangnya 5 hari setahun.
2. Mengenal pasti kursus dalaman yang sesuai diadakan untuk guru.
3. Membuat catatan/laporan ceramah serta menyediakan dokumentasi.
4. Menguruskan surat-menyurat/bayaran dengan penceramah jemputan.
5. Memastikan semua guru melengkapkan esplgKPM.
6. Menyediakan laporan LDP dan menghantar maklumat LDP Guru ke PPD apabila diminta.

85

7. Menyediakan Sijil Kehadiran pada akhir tahun (Setahun sekali) dengan menyatakan
tarikh kursus, nama kursus dan tempoh masa kursus.

8. Menyediakan Sijil Penghargaan kepada para penceramah.
9. Meminta guru mengisi borang penilaian program/kursus.
10. Mengagih jadual waktu sebanyak 8 - 10 waktu seminggu bagi mata pelajaran major dan 2

– 4 waktu bagi mata pelajaran minor. (Guru Praktikal)
11. Jumlah waktu yang perlu diberikan adalah di antara 10 – 12 waktu seminggu. (Guru

Praktikal)
12. Membimbing guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan

guru dalam bilik darjah.
13. Membimbing guru pelatih memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan

pengurusan bilik darjah.
14. Memerhati PdP oleh mentor sepanjang PdP guru praktikal.
15. Mentor menyelia PdP Mentee sekali seminggu pada bulan pertama & membuat ulasan.
16. Pemerhatian & penyeliaan diteruskan mengikut keperluan.
17. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh KPM, JPN

dan PPD
18. Bertanggungjawab untuk mengenalpasti keperluan, merancang, melaksanakan latihan

dalaman (PLC) bagi meningkatkan prestasi dan kompetensi guru dan staf sokongan
selaras dengan dasar pembangunan sumber manusia mengikut MODUL PPGB.
19. Merancang fasa orientasi, fasa pementoran dan mengadakan latihan.
20. Memastikan data perjawatan staf sentiasa dikemaskinikan.
21. Memberi sokongan berterusan terhadap pembangunan profesionalisme guru dan
mengadakan perbincangan serta refleksi dengan guru Mentor dan Guru Baharu.
22. Melaksanakan pemantauan berkala dan berterusan.
23. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.1.9 JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH
Senarai Tugas
1. Merancang pembangunan fizikal sukan sekolah.
2. Menyediakan kemudahan fizikal sukan yang berkualiti.
3. Memastikan setiap kemudahan fizikal sukan berada dalam keadaan baik dan boleh
diguna pakai.
4. Melaporkan setiap kerosakan dan kecacatan fizikal sukan kepada pihak yang berkenaan
untuk dibaikpulih.
5. Memastikan kemudahan fizikal sukan sekolah mencukupi mengikut jumlah murid.
6. Menentukan agihan tugas kepada guru mengikut aktiviti sukan dan permainan.
7. Menentukan jumlah guru yang diperlukan untuk setiap aktiviti sukan dan permainan yang
dijalankan dan disertai.
8. Memastikan agihan tugas yang diberikan dilaksanakan dengan sebaiknya
9. Menguruskan penyertaan pasukan dan peserta dalam sesuatu pertandingan sukan dan
permainan.

86

3.1.10 JAWATANKUASA MBMMBI
Senarai Tugas
1. Merancang program MBMMBI untuk Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan unit
lain yang berkaitan
2. Menyediakan jadual pelaksanaan PdPc mata pelajaran Sains dan Matematik di bawah
dasar MBMMBI
3. Melaksanakan aktiviti koakademik berkaitan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4. Melaksanakan program kemahiran berbahasa
5. Memastikan pengurusan fail dan dokumentasi/ laporan program MBMMBI disediakan
6. Menyimpan dan merekod bahan PdPc MBMMBI
7. Memastikan kewujudan persekitaran kondusif untuk membantu peningkatan bahasa
seperti ruang bahasa, sudut bahasa di kelas, papan kenyataan dan sebagainya

3.1.11 JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH AMANAH
Senarai Tugas
a) CPD
1. Merancang dan menyediakan slaid Power Point.
2. Menyediakan Modul Peserta, Pelan Tindakan Peribadi dan ART.
3. Menyampaikan dan memudahcara CPD.
4. Mengumpul maklumbalas daripada guru untuk penambahbaikan.

b) PLC
1. Memantau perkembangan ART dan PMS guru
2. Menyediakan jadual Proffesional Learning Partner (PLP) untuk proses
pemantauan dalam kalangan guru.
3. Mengadakan perjumpaan selepas CPD bersama guru kumpulan PLC masing-
masing mengikut takwim.
4. Memastikan minit dan evidens diambil semasa perjumpaan.

c) PMS
1. Memastikan guru-guru menetapkan sasaran untuk PMS (Teachers Target Setting)
2. Menyediakan rumusan sasaran PMS guru-guru.
3. Menyemak ART dan PMS guru 2 kali setahun.
i. Semakan pertama untuk mengetahui perkembangan ART dan PMS
supaya penambahbaikan dapat dibuat.
ii. Semakan kedua untuk pemberian markah dalam boring yang disediakan
pada bulan Oktober
iii. Markah mengambilkira LO1 dan LO2, PMS, ART, dan kehadiran CPD.
4. Markah diisi dalam spreadsheet yang seragam untuk semua Sekolah Amanah.

87


Click to View FlipBook Version