The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan_Islam_(Pend_Khas)_Tingkatan_4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azmie6011, 2020-10-22 05:11:29

Pendidikan_Islam_(Pend_Khas)_Tingkatan_4

Pendidikan_Islam_(Pend_Khas)_Tingkatan_4

Sebut dengan betulnya.

Hafazan

al-quran

45

2.2.1 l Bimbing murid membaca potongan ayat di atas dengan betulnya.

Baca dan hafaz.

Hafazan

al-quran

46

l Bimbing murid menghafaz potongan ayat secara berulang kali. 2.2.1

Hafaz dengan lancarnya. Hafazan

Bagus, teruskan menghafaz
potongan ayat yang berikutnya.

al-quran

47

2.2.1 l Minta murid menghafaz ayat ini dengan baiknya dan lancarnya.
l Pastikan murid membaca dengan hukum tajwid dan makhraj huruf

yang betul.

Perhatikan dan fahami.

Hafazan

al-quran

48

l Minta murid mengamalkan Surah al-Baqarah ayat 201 sebagai doa memohon 2.2.2
kebahagiaan di dunia dan di akhirat dalam kehidupan harian.

Minda Aktif Hafazan
Jadual Hafazan

Tandakan (P) pada nombor 1 hingga 21 setiap kali menghafaz potongan ayat
di bawah, kemudian tulis dalam ruangan yang disediakan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

al-quran

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

49

l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Pastikan murid mengisi jadual di atas selepas mereka berjaya

menghafaz potongan ayat.

Laman Kreatif

Cantuman Kalimah

Hafazan Pelaksanaan:

al-quran 1. Aktiviti dilaksanakan secara individu atau berpasangan.

2. Setiap murid atau pasangan akan diberi sampul yang mengandungi
potongan kalimah ayat hafazan.

3. Dalam masa yang diberikan, setiap murid atau pasangan perlu
menyusun potongan kalimah dengan betulnya, kemudian membaca
ayat hafazan yang telah berjaya disusun.

4. Guru akan menyemak hafazan dan juga potongan kalimah yang telah
disusun serta memberikan ulasan untuk menentukan murid atau
pasangan yang terbaik.

5. Murid atau pasangan yang gagal menyelesaikan tugasan perlu diberi
bimbingan untuk menghafaz ayat dengan baiknya.

50

l Perbanyak halaman ini dengan pelbagai kertas warna untuk membezakan
individu atau pasangan.

l Pastikan murid telah menghafaz ayat ini ketika melaksanakan aktiviti di atas.
l Masa yang diberikan bergantung pada kebolehan dan keupayaan murid.

Uji Minda 1

Tandakan (P) pada sambungan potongan ayat yang betul.

1

Hafazan

2

al-quran

3

4

51

l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Pastikan murid dapat menandakan potongan ayat yang betul.

Uji Minda 2

Tulis semula kalimah di bawah mengikut susunan yang betul.

Hafazan 1

al-quran 2

3

4

52

l Pastikan murid boleh menyusun kalimah untuk membentuk
potongan ayat yang betul.

Perhatikan dengan telitinya. Ayat Kefahaman

al-quran

Bagaimanakah cara 53
kamu menentukan
makanan yang halal?

l Lakukan sumbang saran dengan murid tentang katalog di atas.
l Kaitkan isi perbincangan dengan tajuk pelajaran.

Ayat Kefahaman Baca dan fahami.

al-quran Maksud: Wahai manusia! Makanlah daripada apa-apa yang ada di bumi
yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan
kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu.

(Surah al-Baqarah 2:168)

54

l Minta murid membaca ayat di atas dan terangkan maksudnya. 3.1.1
l Bersoal jawab dengan murid tentang gambar di atas.

Baca dan hayati.

Ayat Kefahaman

Pengajaran al-quran
Surah al-Baqarah 2:168

1. Semua umat Islam wajib memilih makanan yang halal.

2. Kita dituntut supaya menjauhi makanan yang haram.

3. Makanan seimbang yang halal dan suci serta berkhasiat baik untuk
kesihatan diri.

4. Setiap Muslim mesti berwaspada dengan tipu daya syaitan yang sentiasa
mendorong kita untuk memilih makanan yang haram.

5. Berhati-hatilah ketika memilih makanan untuk kesejahteraan hidup di dunia
dan di akhirat.

Bulatan logo tertulis 55
perkataan Malaysia dalam tulisan
3.1.2 rumi dan Arab.

Perkataan Arab – Halal
di tengah-tengah bintang dan
tulisan rumi di bawahnya.

Bintang berbucu lapan
di tengah-tengah bulatan.

l Bincang dengan murid tentang pengajaran ayat di atas.
l Minta murid merujuk Portal Rasmi Halal Malaysia untuk

mendapatkan maklumat status halal dan haram makanan.

Baca dan fahami.
Ciri-ciri Makanan Halal

Makanan halal ialah makanan yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Ayat Kefahaman Makanan yang telah ditetapkan halal oleh
syarak seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan,
al-quran buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makanan halal yang tidak bercampur dengan
najis dan bahan yang menimbulkan kemudaratan.

Makanan daripada punca rezeki
yang halal seperti pekerjaan
sebagai petani, guru, tentera
dan seumpamanya.

Haiwan yang halal disembelih mengikut syariat
Islam seperti ayam, lembu, kambing dan lain-lain.

Makanan yang telah disahkan halal oleh
pihak yang berwajib melalui logo halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Maksud firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada
makanan yang baik (yang halal) yang telah Kami kurniakan kepada kamu
dan bersyukurlah kepada Allah jika benar kamu hanya menyembah-Nya.”

(Surah al-Baqarah 2:172)

56

l Minta murid memberikan contoh makanan halal dan suci yang lain. 3.1.3

Teliti dan fahami.
Ciri-ciri Makanan Haram

Makanan haram ialah makanan yang dilarang oleh syariat Islam.

Ayat Kefahaman

1H. aHiwaaiwnaynaynagnteglatehladhihdairhaamrakamnkan 2H.aMiwaaknanyaanngyatenlgahbdoilheahramkan al-quran
oleohleAhllashyaSrWiaTt. Islam. olemh eAmllauhdSaWraTt.kan kesihatan.

3H. aBiawnagnkayiadnagntehlaahiwdaihnayraamngkan ARAK
oledhisAemllabheSlWihTt.anpa menyebut
4H.aAiwraakndyaannmg tineluamh adnihayraanmgkan
nama Allah SWT. olemheAnllgahhilSaWnTg.kan kewarasan

akal fikiran.

5. Makanan yang bercampur 6. Makanan yang berpunca
dengan sesuatu yang haram daripada rezeki yang haram.
dan najis.
57

3.1.3 l Bersoal jawab dengan murid sebab makanan tersebut haram dimakan.

Baca dan fahami.

1

Ayat Kefahaman 5 Hati menjadi
kotor serta sukar
Mendapat azab menerima hidayah
di akhirat kelak. daripada Allah SWT.

al-quran Akibat tidak

4 menjaga hukum halal 2
dan haram dalam
Memudaratkan
kesihatan tubuh pemakanan Sukar untuk
menerima kebenaran.
badan dan
kewarasan akal 3

fikiran.

Ibadah yang
dikerjakan menjadi

sia-sia dan tidak
diterima oleh
Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 3.1.4
“Dihalalkan kepada kami dua jenis bangkai
dan darah. Dua bangkai tersebut ialah
belalang dan ikan, manakala dua darah
tersebut ialah hati dan limpa.”

(Riwayat Ibnu Majah)

58

l Bincang dengan murid tentang perkara di atas.

Baca dan hayati.

Amalan Pemakanan Halal

Azri, mari kita makan Eh, awak pastikah makanan
di kopitiam sana. di situ halal, Azlan?

Ayat Kefahaman

Bukankah ramai Jangan begitu, Azlan. Kita mesti pastikan al-quran
orang makan di situ? makanan yang kita makan disediakan

Mestilah halal. daripada bahan yang halal, bersih dan suci
supaya kita tidak termakan makanan yang
haram. Yang paling penting premis tersebut

mempamerkan logo halal Jakim.

Betullah cakap
awak itu, kita mesti
berhati-hati ketika
memilih makanan.
Insya-Allah kita akan
selamat. Mari kita
makan di restoran
yang kita yakini halal.

59

3.1.5 l Minta murid melakonkan situasi di atas.

Minda Aktif 1

Bulatkan skala yang menunjukkan amalan kamu.

1. Tidak pasti 2. Tidak setuju 3. Setuju 4. Sangat setuju

Ayat Kefahaman Bil. Pernyataan

1. Saya akan pastikan makanan yang dibeli mempunyai logo
halal yang diiktiraf oleh Jakim.

12 3 4

al-quran 2. Saya akan meneliti setiap bahan yang digunakan dalam
semua jenis makanan di dalam tin sekiranya tidak terdapat
logo halal yang diiktiraf oleh Jakim.

12 3 4

3. Saya sangat berhati-hati ketika membeli makanan untuk
mengelakkan diri daripada terbeli barangan yang haram.

12 3 4

4. Saya rasa bersyukur apabila memakan makanan yang halal.

12 3 4

5. Saya percaya makanan yang berkhasiat akan menyihatkan
tubuh badan.

12 3 4

Skor jawapan
1 - 12 : Kamu perlu meningkatkan amalan pemilihan makanan halal dan
menjauhi makanan haram.
13 - 20 : Kamu seorang yang mengamalkan pemakanan halal dalam kehidupan.

60

l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.

Minda Aktif 2

Bincangkan isu di bawah.

Ayat Kefahaman

al-quran

(Sumber: Kosmo! dan Harian Metro) 61

l Perbincangan boleh dijalankan dalam bentuk berkumpulan.
l Hasil perbincangan dibentangkan di hadapan kelas untuk

perkongsian ilmu.

Laman Kreatif

Ayat Kefahaman 23

al-quran 20 MENCARI YANG HALAL

Pelaksanaan:
1. Pilih bola pingpong di dalam bekas yang

disediakan untuk memulakan permainan.
2. Gerakkan butang baju pada papan permainan

mengikut angka yang tercatat pada bola pingpong.
3. Tulis jawapan mengikut maklumat yang

dikehendaki pada borang markah setiap kali
berhenti di petak yang diperoleh.
4. Guru menilai jawapan murid.
5. Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah
tertinggi yang berjaya dikumpul.

62

45 6 Ayat Kefahaman

Peralatan: 8 al-quran

• Empat biji bola pingpong yang ditandakan
dengan nombor 1 hingga 4.

• Bekas atau balang kuih untuk diisi bola pingpong.
• Butang baju untuk pemain menentukan

kedudukan papan permainan.
• Borang markah untuk diisi oleh setiap pemain.

Nama: Kelas:

Jenis-jenis makanan

No. petak Kategori Ciri makanan Markah
4 (2 markah) (4 markah)

halal halal yang ditetapkan 6
syarak/tidak bercampur
dengan najis dan bahan

yang memudaratkan

63

l Permainan boleh diubah suai mengikut jumlah dan kebolehan murid.

Uji Minda

Tulis contoh makanan atau pekerjaan yang sesuai mengikut butiran berikut:

Ayat Kefahaman Bil. Ciri makanan Contoh makanan atau
pekerjaan

1. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan 1.
yang dihalalkan oleh syarak. 2.

al-quran 2. Makanan yang 1.
memudaratkan kesihatan. 2.

3. Minuman yang memabukkan 1.
dan merosakkan akal fikiran. 2.

4. Makanan yang telah diharamkan 1.

oleh syariat Islam. 2.

5. Haiwan yang disembelih 1.
mengikut syariat Islam. 2.

6. Makanan daripada sumber 1.
rezeki yang halal. 2.

7. Makanan daripada sumber 1.
rezeki yang tidak halal. 2.

64

l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Bincangkan jawapan dengan murid.

Baca dengan telitinya.

1 hadis

Kakak, apakah ertinya 2
peribahasa sebab pulut
santan binasa, sebab

mulut badan binasa?

3 Ertinya percakapan
yang kasar kerap kali
Oooo ... sebab itu kita tidak mendatangkan kesan tidak
boleh bercakap perkara baik kepada diri sendiri.
yang tidak baik, ya kak.

4

Islam menuntut umatnya supaya
bercakap perkara yang baik dan

perlu sahaja. Lebih baik diam
daripada banyak bercakap. Itu
yang diajar oleh Rasulullah SAW.

65

l Bincang dengan murid tentang perbualan di atas dan
kaitkannya dengan tajuk pelajaran.

Baca dan fahami.

hadis

66

l Bimbing murid membaca potongan hadis dan terjemahannya. 4.1.1
l Galakkan murid menghafaz potongan hadis di atas.

Baca dan hayati.
Pengajaran Hadis

hadis

67

4.1.2 l Bersoal jawab dengan murid tentang pengajaran hadis di atas dalam
konteks kehidupan harian.

l Minta murid membuat rumusan tentang pengajaran hadis tersebut.

Baca dan amalkan.

Ciri-ciri Percakapan yang Baik

hadis

Nasihat-menasihati Menggunakan Bercakap dengan
untuk kebaikan. bahasa yang baik berhemah dan
ketika bercakap. sopan.

Memanggil seseorang Bercakap benar dan Memberikan ucapan
dengan panggilan perkara yang baik tahniah dan pujian
yang baik.
sahaja. untuk sesuatu
kejayaan.

Mengucapkan takziah 4.1.3
untuk perkara yang

mendukacitakan.
68

l Minta murid memberikan contoh lain yang sesuai dengan
pernyataan di atas.

Baca dan fikirkan.

Percakapan Bercakap hadis
yang meninggikan dengan kasar

suara atau dan kesat.
menjerit-jerit.

Suka meninggi Ciri-ciri Mengumpat
diri dan Percakapan dan menceritakan
yang Tidak
menunjuk-nunjuk. keburukan
Baik orang lain.
Kata-kata
yang mencela Bercakap dusta.
dan mengeji.

Percakapan
yang boleh
menimbulkan fitnah.

Bagaimanakah kamu mengamalkan
percakapan yang baik dalam
kehidupan harian?

69

4.1.3 l Ingatkan murid supaya sentiasa mengamalkan percakapan
yang baik dalam kehidupan harian.

hadis Baca dan fahami.

Akibat Bercakap Perkara yang Tidak Baik 4.1.4

1. Menimbulkan rasa kurang senang dan berkecil hati.

2. Berlaku permusuhan dan pertengkaran.

3. Hilang rasa hormat dan kepercayaan.

4. Putus hubungan kekeluargaan.

5. Melakukan banyak kesilapan.

6. Menjejaskan persahabatan.

7. Dibenci dan dijauhi rakan.

8. Menimbulkan kemarahan.

9. Bermasam muka.

10. Mendapat dosa.

Maksud firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman,
bertakwalah kamu sekalian kepada
Allah dan katakanlah perkataan yang
benar, nescaya Allah memperbaik
amalan-amalanmu dan mengampuni
dosa-dosamu.”

(Surah al-Ahzab 33:70)

70

l Bimbing murid untuk memahami perkara di atas.

Baca dan amalkan.

Panduan untuk Meninggalkan
Percakapan yang Tidak Baik

Mengucapkan maaf apabila hadis
melakukan kesilapan.
Sentiasa mengucapkan
Jangan suka bercerita terima kasih.
hal orang lain.
Biasakan diri
bercakap hanya
ketika perlu.

Jauhi perkara
mungkar.

Berfikir dahulu sebelum
berkata-kata.

Latih diri untuk Berdiam diri
sentiasa berzikir. atau tinggalkan
perbuatan yang
tidak berfaedah.

71

4.1.5 l Galakkan murid supaya mengamalkan perkara di atas.

Baca dan bincangkan.

Contoh Percakapan yang Baik

Situasi 1 Situasi 2

Nenek, mari saya tolong Maafkan saya, Alia. Saya
bawa barang-barang terpijak kaki awak tadi.
nenek itu.
hadis

Terima kasih, cu. Tidak
mengapa,
Situasi 3
Hanim.
Kakak, silakan duduk Sedikit sahaja.
di tempat saya.
Terima kasih, dik.

72

Situasi 4

Assalamualaikum, pak cik.
Pak cik hendak ke mana?

Subhanallah,
walhamdulillah ...

hadis

...

Situasi 5

Ssy... perlahankan
suara!

Oh, maafkan
kami!

Maksud hadis:
“... sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata yang
dimurkai Allah tanpa memikirkannya, maka ia menjerumuskannya
ke dalam neraka jahanam.”

(Riwayat al-Bukhari)

73

4.1.5 l Minta murid melakonkan semula percakapan yang baik.
l Lakonkan beberapa situasi lain untuk menggambarkan

percakapan yang baik.

Minda Aktif

Tandakan (P) pada pernyataan di bawah berdasarkan pengalaman hidup
diri kamu.

Bil. Amalan Percakapan Selalu Kadang Tidak
– Pernah
kadang

hadis 1. bercakap benar
2. bercakap bohong
3. bercakap ketika perlu
4. bercakap dengan kasar
5. selalu nasihat-menasihati
6. mengumpat dan mengutuk
7. berfikir sebelum berkata-kata
8. menggunakan bahasa yang baik
9. suka menceritakan hal orang lain
10. menggunakan bahasa yang sopan
11. bercakap perkara yang baik sahaja
12. suka mengejek dan menghina rakan
13. berterima kasih apabila mendapat sesuatu

Skala 6 – 10: Tahniah! Kamu telah mengamalkan percakapan yang baik.
Teruskan amalan baik ini.

0 – 5: Kamu tidak mengamalkan adab percakapan yang baik.
Kamu perlu perbaik percakapan kamu.

Muhasabah Diri

Saya ........................................................................ berjanji akan sentiasa
mengamalkan percakapan yang baik dan meninggalkan semua
percakapan yang tidak baik seperti yang saya perakui di atas.

Tandatangan murid: ………………....….

Tandatangan guru: …………………….

Tarikh: ……………….……

74

l Bimbing murid untuk memberikan kenyataan yang betul.
l Galakkan murid mengamalkan percakapan yang baik.
l Tampal Muhasabah Diri di belakang kelas sebagai panduan.

Laman Kreatif

Siapa yang Kena?

Peralatan: Pelaksanaan: hadis

1. Kotak/Bekas. 1. Setiap murid dikehendaki menulis nama pada
2. Kad situasi. potongan kertas dan memasukkannya ke dalam
3. Radio. bekas yang disediakan.
4. Potongan kertas
2. Apabila muzik dibunyikan, bekas tersebut
nama murid. hendaklah digerakkan dalam kalangan murid.

3. Murid yang memegang bekas ketika muzik
dihentikan, dikehendaki mengambil dan
menyebut nama murid yang terpilih.

4. Murid tersebut dikehendaki memilih satu kad
situasi dan melakonkannya.

5. Guru menilai persembahan murid dan
membuat rumusan.

Situasi Situasi

Sahabat kamu telah mendapat Kamu bertemu dengan sahabat lama
kejayaan yang cemerlang dalam yang telah berpindah ke sekolah lain
peperiksaan. Apakah ucapan yang ketika berhenti rehat di perhentian
sesuai untuk diucapkan kepada lebuh raya. Apakah ucapan yang
sahabat kamu itu? patut kamu ucapkan kepadanya?

Situasi Situasi

Kamu menziarahi rakan yang sakit di Kamu mempunyai kawan yang
hospital kerana demam denggi. Apakah suka ponteng kelas. Bagaimanakah
yang patut kamu ucapkan kepadanya? cara kamu menasihatinya?

l Permainan ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan mengikut 75
bilangan murid di dalam kelas.

l Guru boleh menyediakan pelbagai situasi lain bagi menimbulkan keseronokan
belajar sambil bermain.

hadis Uji Minda 1

Baca dan bincangkan.

Madah Kasih Ayahanda Bonda

Kata ayahandaku
Tika bercakap biar bersopan
Tika bersuara maniskan tutur kata
Tika berbicara rendahkan suara
Tika berkata-kata kesantunan dijaga
Tika menegur dengan berhikmah.
Kata bondaku
Percakapanmu anakku, jangan diiringi dusta
Berbicara hal orang lain cuba elakkan
Berkata kesat jangan dilakukan
Meninggi diri jangan diamalkan
Elakkan memfitnah ketika berbual.
Kata ayahanda dan bondaku
Tika bertemu rakan ucaplah salam
Tika mendapat pertolongan, ucapkan terima kasih
Tika melakukan kesalahan, kemaafan dipinta
Tika rakanmu mendapat kejayaan, ucapan tahniah dilupa jangan
Tika sahabatmu didatangi kecelakaan, ucapan takziah perlu diberikan
Berfikir dahulu sebelum berbicara
Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata.
Itulah bicara kata bersopan
Madah berkasih jadikan amalan
Dalam pergaulan kehidupan harian.

76

l Minta murid mendeklamasikan sajak.
l Bincang dengan murid tentang kandungan sajak sebelum membuat aktiviti berikutnya.

Berdasarkan “Madah Kasih Ayahanda Bonda”, lengkapkan peta i-Think
di bawah.

Tuntutan Bercakap Perkara yang Baik

hadis

Ciri percakapan Percakapan buruk Panduan
yang baik yang perlu percakapan
dielakkan yang baik

1. 1. 1.
2. 2. 2.
3. 3. 3.
4. 4. 4.
5. 5. 5.

77

l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.

Uji Minda 2

Pilih dan tulis dialog percakapan yang sesuai dengan gambar.

Selamat pagi, encik. Bolehkah saya bantu? Cikgu, bolehkah saya bertanya?

Apa khabar, mak cik? Silakan duduk. Terima kasih Aqila dan Afifah kerana
Nanti saya panggil ibu. sudi membantu saya.

hadis Situasi Dialog

78

l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Bimbing murid melakukan aktiviti di atas.

Perhatikan dengan telitinya.

akidah

Mengapakah 79
bencana alam
kerap berlaku sekarang?

l Lakukan sumbang saran dengan murid tentang gambar-gambar
di atas dan kaitkannya dengan tajuk pembelajaran.

akidah Fahami dan yakini.

Maksud hari kiamat
Hari kiamat ialah hari berlakunya kehancuran dan kebinasaan bagi alam ini.
Semua makhluk Allah SWT akan hancur binasa dan akan dihidupkan semula
di alam yang kekal abadi untuk diadili segala perbuatan semasa hidup di dunia.

Dalil berlakunya kiamat

Maksud: “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja
sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang
dia usahakan.”

(Surah Taha 20:15)
Huraian
Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang mengetahui waktu berlakunya hari
kiamat. Allah SWT merahsiakan hal ini supaya manusia sentiasa berusaha
untuk mempersiapkan diri bagi menghadapinya.

80 5.1.1

l Bersoal jawab dengan murid tentang hari kiamat.

Baca dan fahami. akidah
Tanda-tanda Kecil Berlakunya Kiamat

Tanda kecil kiamat ialah peristiwa atau kejadian yang akan berlaku sebelum
berlakunya tanda kiamat besar. Antara tandanya termasuklah:

1. Segala urusan agama ditadbir oleh orang yang bukan ahlinya.
2. Ramai anak yang derhaka kepada kedua-dua orang tuanya.
3. Banyak berlaku gempa bumi dan bencana alam.
4. Ramai orang soleh dan ulama meninggal dunia.
5. Lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya.
6. Banyak berlaku pergaduhan dan peperangan.
7. Minuman keras berleluasa di sana sini.
8. Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
9. Banyak berlaku perzinaan.
10. Fitnah berleluasa.

81

5.1.2 l Bincang dengan murid tentang tanda-tanda kecil berlakunya
hari kiamat.

akidah Baca dan hayati.

Tanda-tanda Besar Berlakunya Kiamat

Tanda besar kiamat ialah peristiwa atau kejadian yang akan berlaku apabila
hari kiamat semakin hampir terjadi. Antara tanda tersebut termasuklah:

l Berlakunya gempa bumi di timur, barat dan Semenanjung Tanah Arab.
l Keluarnya asap yang akan membawa penyakit kepada umat manusia.
l Munculnya Imam Mahdi untuk menegakkan syariat Islam.
l Keluarnya api dari Yaman yang mengiringi manusia.
l Keluarnya dajal yang akan menyesatkan manusia.
l Keluarnya “dabbatul ard” (binatang bumi).
l Matahari terbit dari sebelah barat.
l Keluarnya Yakjuj dan Makjuj.
l Turunnya Nabi Isa a.s.

Doa menghadapi hari kiamat

Maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
dengan-Mu daripada kejahatan fitnah dajal.

82

l Bimbing murid memahami tanda-tanda besar berlakunya hari kiamat. 5.1.2
l Rujuk pautan seperti http://youtu.be/YX2PYNW_4Fk untuk mendapat

maklumat tentang “dabbatul ard.”

Baca dengan telitinya. akidah

Kepentingan Beriman kepada Hari Kiamat

1. Membuktikan kekuasaan dan keadilan Allah SWT yang mutlak.
2. Menyedarkan manusia bahawa setiap perbuatan yang dilakukan

akan diberi ganjaran yang setimpal.
3. Mengingatkan manusia bahawa semua makhluk akan musnah

dan akan dibangkitkan di alam akhirat.
4. Mendorong manusia untuk melakukan amal soleh dan menjauhi

kemungkaran.
5. Menjadi motivasi kepada umat Islam untuk mengejar kejayaan

di dunia demi mencari bekalan hidup di alam akhirat.

83

5.1.3 l Lakukan sumbang saran dengan murid tentang kepentingan beriman
kepada hari kiamat.

akidah Fahami dan hayati.

Akibat Tidak Beriman kepada Hari Kiamat

1 Sentiasa bertindak mengikut hawa nafsu dan hidup bebas.
2 Mementingkan kebendaan dan kejayaan hidup di dunia sahaja.

3 Melanggar perintah Allah SWT dan tidak mengingati kematian.

4 Mempercayai kehidupan hanya di dunia.

5 Melakukan kemungkaran tanpa rasa bersalah.

6 Menjadi penghuni neraka di akhirat kelak.

7 Menimbulkan rasa riyak tanpa rasa takut.

Kawan-kawan, kita hendaklah beriman
kepada hari kiamat. Semua amalan

kita di dunia akan dihisab. Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa bersedia untuk
menghadapi hari kiamat.

84

l Bimbing murid memberikan akibat lain jika tidak beriman kepada 5.1.4
hari kiamat.

Baca dan amalkan.

Hari kiamat pasti akan berlaku. Setiap orang mestilah bersedia untuk
menghadapi hari kiamat.

Melakukan semua akidah
perkara wajib
Memperbanyak yang dituntut Meninggalkan
amalan sunat Allah SWT. semua perkara
dalam kehidupan mungkar dan
Persediaan perkara yang
harian. untuk dilarang Allah SWT.

Menjauhkan diri Menghadapi Melakukan
daripada perkara Hari Kiamat pelbagai kebaikan
yang sia-sia dan tidak untuk meraih pahala

berfaedah. yang banyak.

Memperbaik
diri dengan
mengamalkan
semua tuntutan
yang dianjurkan
oleh Islam.

85

5.1.5 l Minta murid memberikan contoh bagi setiap pernyataan di atas.

akidah Minda Aktif 1

Berdasarkan gambar di bawah nyatakan tanda-tanda berlakunya hari kiamat.

12

34

5
6

86

l Bimbing murid melakukan aktiviti di atas.

Minda Aktif 2

Fikir Pantas

OBJEKTIF PELAJARAN TAJUK PDP TARIKH:
KRITERIA KEJAYAAN HARI:
Kumpulan Biru akidah
Kumpulan Merah KEHADIRAN:

Tanda kecil kiamat Tanda besar kiamat syahrul

TURUNNYA
NABI ISA

Pelaksanaan:

1. Guru menyediakan dua set kad tanda kecil dan tanda besar berlakunya kiamat.
2. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut tugasan yang ditetapkan.
3. Setiap ahli kumpulan dikehendaki memilih kad yang betul mengikut kumpulan

masing-masing dan lekatkan di ruang yang disediakan.
4. Kumpulan yang pantas menyelesaikan aktiviti dengan jawapan yang tepat

dikira sebagai pemenang.
5. Guru membuat kesimpulan terhadap semua jawapan murid.

87

l Bimbing murid melakukan aktiviti di atas.

Laman Kreatif

Dam Pintar Hari Kiamat

Pelaksanaan:
1. Permainan dimulakan dengan meletakkan ceper di petak MULA dan pemain perlu

menjawab soalan mengikut panduan yang diberikan.
2. Pemain mesti berjaya menjawab soalan di petak MULA sebelum boleh bergerak

ke petak seterusnya mengikut nombor yang tercatat pada penutup botol
yang dipilih.
3. Guru akan menilai jawapan murid dan mencatatkan mata ganjaran yang sesuai.
4. Murid perlu memberikan jawapan yang berlainan di setiap petak permainan yang
mempunyai soalan yang sama.
5. Pemenang dikira berdasarkan perolehan mata ganjaran yang paling tinggi.

Peralatan:
1. Ceper.
2. 4Penutup botol.
3. Borang markah.
4. Pen.

Hilang giliran.
Berehat sebentar.

Maju dua tapak. Contoh borang markah
Undur dua tapak.

88

Saya beriman kepada
hari kiamat dan mesti
bersedia menghadapi

hari kiamat.

89

l Sesuaikan bilangan pemain pada borang markah mengikut jumlah
murid di dalam kelas.

l Bimbing murid menjalankan aktiviti di atas.

Uji Minda

Pilih dan tulis jawapan yang tepat.

Persediaan Menghadapi Hari Kiamat

akidah Amalan wajib yang mesti dilakukan • Solat fardu

1. • Bersedekah
2.
3. • Menghormati
ibu bapa

• Berpuasa pada
bulan Ramadan

Perbuatan baik yang wajar • Membaca al-Quran
dijadikan amalan • Membayar zakat
• Bantu-membantu
1. • Menghormati guru
2.
3.

Perbuatan tidak baik yang • Mencuri
mesti ditinggalkan
• Bercakap kasar
1. dengan ibu bapa
2.
3. • Malu melakukan
kebaikan

• Berkelakuan tidak
senonoh

90

l Perbanyak halaman ini sebagai lembaran kerja.
l Bimbing murid melakukan aktiviti di atas.

Perhatikan dan fahami.

akidah

MELAKA: Kesungguhan qari OKU dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar
Sarimi, menyentuh hati ramai hadirin pada Tilawah dan Menghafaz al-Quran
Kebangsaan 2017 di sini yang berakhir malam tadi.

Selain Muhammad Qayyim yang muncul di tempat ketiga pada tilawah kali
ini, terdapat seorang lagi qari OKU, iaitu Muhammad Fiqry Muhammad Fahmi
dari Sabah. Muhammad Qayyim menerima sijil, RM7500 dan tambahan
RM10 000 bagi menunaikan haji. Hadiah disampaikan oleh Yang di-Pertua
Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

(Dipetik dan diubah suai: Harian Metro, Ahad 9 April 2017)

91

l Minta murid mengaitkan petikan akhbar di atas dengan
tajuk pembelajaran.

Baca dan fahami.
Pengertian Qadak dan Qadar

Mengikut pandangan al-Asya‘irah:

Qadak Qadar

akidah Bahasa • Menyempurnakan sesuatu. • Menjelaskan kadar sesuatu.

Istilah • Ketentuan Allah SWT • Pelaksanaan sesuatu perkara
yang azali terhadap mengikut ketentuan Allah SWT
semua makhluk. sejak azali.

Contoh • Ketentuan rezeki. • Tajudin berjaya dalam
pertandingan tilawah al-Quran
ketika berumur 12 tahun.

Huraian beriman kepada qadak dan qadar

1. Allah SWT yang menentukan setiap perkara yang berlaku kepada
makhluk-Nya dengan ilmu dan kehendak-Nya.

2. Allah SWT melaksanakan ketentuan tersebut mengikut ketetapan-Nya.
3. Semua perkara tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah SWT

sama ada yang baik atau yang buruk.
4. Semua ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah terhadap hamba-Nya.
5. Qadak Muallaq boleh berubah dengan adanya usaha, doa dan tawakal.

QADAK Qadak Mubram ialah ketentuan Allah SWT yang pasti
berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa-apa
pun. Contohnya, bangsa dan jantina.

Qadak Muallaq ialah ketentuan yang tidak semestinya berlaku
dan bergantung pada sesuatu perkara. Contohnya, mendapat
keputusan cemerlang hasil daripada usaha yang gigih.

92

l Bimbing murid memahami pengertian beriman kepada qadak 5.2.1
dan qadar Allah SWT.

Fahami dan hayati. akidah

Kepentingan Beriman kepada Qadak dan Qadar

Meningkatkan keyakinan
terhadap keagungan dan
kebesaran Allah SWT.

Melahirkan kehidupan yang
bahagia kerana pegangan
akidah yang betul.

Memelihara diri daripada
perasaan sombong dan
takbur dengan kejayaan
yang dikecapi.

Mengelakkan seseorang itu
daripada berputus asa dalam
kehidupannya yang penuh
dengan dugaan dan cabaran.

Mendapat keberkatan
dan keredaan daripada
Allah SWT.

93

5.2.2 l Bincang dengan murid tentang kepentingan beriman kepada
qadak dan qadar.

akidah Hayati dan amalkan.

Hubungan antara Usaha, Doa dan Tawakal
dengan Beriman kepada Qadak dan Qadar

Setiap manusia perlu berusaha
menggunakan seluruh kemampuan
yang diberikan oleh Allah SWT untuk

mencapai sesuatu tujuan.

Setelah berusaha manusia harus
berdoa untuk bergantung pada

Allah SWT sepenuhnya.

Dengan menyerahkan sesuatu
perkara kepada Allah SWT dan
yakin bahawa hanya Dia-lah yang
menentukan keberhasilan perkara
yang diingini setelah berusaha
dengan bersungguh-sungguh.
94


Click to View FlipBook Version