The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN DAN MODUL TVET-TAHFIZ EDISI 1.0 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamarul.mahumdin, 2024-05-14 23:31:42

GARIS PANDUAN DAN MODUL TVET-TAHFIZ EDISI 1.0 2022

GARIS PANDUAN DAN MODUL TVET-TAHFIZ EDISI 1.0 2022

Garis Panduan dan Modul TVET-TAHFIZ Bagi Program Kolej Kemahiran Tinggi MARA, MARA-Japan Industrial Institute dan Institut Kemahiran MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL CAWANGAN PENGAJIAN BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA 2022


Garis Panduan dan Modul TVET-TAHFIZ Bagi Program Kolej Kemahiran Tinggi MARA, MARA-Japan Industrial Institute Dan Institut Kemahiran MARA Edisi 1.0 2022 Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA Level 20 & 21, MARA Headquarters, 21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-261 34300


PRAKATA PENGARAH BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MARA Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, Modul dan Panduan Tahfiz bagi Program TVET-Tahfiz di KKTM, MJII & IKM Edisi 1.0 Tahun 2023 telah berjaya dihasilkan oleh Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA (BKT). Modul dan Panduan Tahfiz ini adalah usaha BKT bersama sekumpulan pakar di kalangan pensyarah Pengajian Islam dan Penasihat Luar daripada Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA. Pada masa kini, perkembangan pendidikan tahfiz di Malaysia sangat pesat dengan bertambahnya bilangan sekolah tahfiz swasta dan sekolah tahfiz rakyat. Konsep penggabungan pengajian tahfiz al-Quran dan ilmu kemahiran teknikal dapat melahirkan tenaga mahir yang soleh dan berkemahiran tinggi. Peluang pekerjaan pelajar juga terbuka luas bukan hanya tertumpu kepada tugas-tugas sebagai ahli agama sematamata, tetapi dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang memiliki ilmu akhirat. Justeru, Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA proaktif untuk turut menawarkan pengajian dalam bidang kemahiran kepada pelajar tahfiz melalui program yang diberi nama TVET-Tahfiz bagi melengkapkan diri untuk memenuhi keperluan industri masa kini. Pelajar tahfiz ini dilatih mengikut model TVET-Tahfiz yang dibangunkan oleh BKT agar dapat disesuaikan dengan latihan program perdana dan dalam masa yang sama menyambung pengajian hafazan sepanjang berada di KKTM, MJII dan IKM. Diharapkan dengan lahirnya Modul dan Panduan TVET-Tahfiz ini dapat memberi penerangan terperinci berkenaan pelaksanaan, penilaian sehingga penganugerahan program ini. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk meneruskan kelestarian pengajian TVET-Tahfiz supaya seiring dengan arus perkembangan pendidikan negara. Semoga pendidikan berasaskan TVET dan pengajian al-Quran ini dapat melahirkan individu dan generasi holistik, mampan serta seimbang. Ir. NURIMAN BIN YUSOP Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA


GLOSARI BKT Bahagian Kemahiran dan Teknikal KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA MJII MARA Japan Industrial Institute IKM Institut Kemahiran MARA TVET Technical Vocational Education Training SPM Sijil Pelajaran Malaysia JPK Jabatan Pembangunan Kemahiran PdP Pengajaran dan Pembelajaran Bridging Program persediaan sebelum memasuki program perdana Muraja’ah Mengulang hafalan sedia ada Murajaah Manzil Mengulang ayat hafazan yang lama iaitu 1-3 juzu’ bersama rakan Murajaah Sabaq Mengulang ayat hafazan yang telah dihafaz sehari sebelumnya di hadapan guru Mushaf al-Quran Muqarrar Silibus Tahdhir Melancarkan bacaan Tahriri Menulis ayat yang hendak di tasmi’ Talaqqi wal musyafahah Pelajar membaca dihadapan guru Tasmi’ ma’al zamil Memperdengarkan bacaan bersama rakan Tasmi’ ma’al mu’allim Memperdengarkan bacaan bersama guru Introspeksi Laporan Penilaian Kemajuan Pelajar / Muhasabah Uqubah Tasyji’iyyah Qit’ah Potongan ayat.


BIL KANDUNGAN MUKA SURAT MODUL Muqaddimah 1 1 Pengenalan 2 2 Objektif 3 3 Kerangka Model TVET-Tahfiz 3 4 Struktur Kurikululm Modul Tahfiz 5 5 Muqarrar/ Silibus 6 6 Penilaian 9 7 Kaedah Pelaksanaan Modul Tahfiz 12 8 Cadangan Pembahagian Pelajar 14 9 Aktiviti 15 10 Intervensi 19


MODUL


1 MUQADDIMAH Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, ون ُ وقِن ُ ْوٍم ي قَ ِّ ِل ه ًدى َو َر ْح َمةٌ ُ َّا ِس َو ر ِللن َ َهٰـذَا بَ َصائِ ُ “Al-Qur’an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk, dan rahmat bagi kaum yang meyakini.” [QS. al-Jatsiyah: 20] Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan al-Qur’an sebagai pedoman dan petunjuk bagi kita untuk menjalani kehidupan di dunia agar mereka boleh mengetahui apa yang dikehendaki dan diredhai oleh Allah.


2 1. PENGENALAN Pada masa kini, perkembangan pendidikan tahfiz di Malaysia sangat pesat dengan bertambahnya bilangan sekolah aliran tahfiz kerajaan, swasta dan sekolah tahfiz rakyat. Bahagian Kemahiran Teknikal MARA (BKT) mengambil inisiatif untuk menawarkan program kemahiran dan teknikal dalam pelbagai bidang yang bersesuaian kepada pelajar tahfiz sebagai persediaan masa hadapan mereka melalui program yang diberi nama TVET-Tahfiz. Program seumpama ini diharapkan dapat melengkapkan diri pelajar untuk memenuhi keperluan industri masa kini. Dalam program TVET-Tahfiz, pelajar akan didedahkan kepada bidang kemahiran, teknologi dan industri abad ke-21 bagi memenuhi keperluan modal insan negara melalui pendidikan dual persijilan. Pelajar berpeluang mempelbagaikan bidang kemahiran di samping menguasai ilmu pengajian berasaskan al-Quran sejurus menamatkan pengajian di KKTM, MJII dan IKM. Program ini adalah sebahagian daripada wadah untuk melengkapkan proses pentarbiahan pelajar secara bersepadu dan seterusnya melahirkan pelajar yang dapat memenuhi elemen Skillfull Huffaz, Innovative Muslim dan Kamil Personality. Ilmu dan penghayatan al-Quran dapat dipraktikkan sepanjang proses pembelajaran termasuklah memahami isi kandungan al-Quran, kaedah hafazan, tahriri serta lainlain agar kemahiran penghayatan al-Quran dapat dilaksanakan secara efektif. Sasaran program ini bukan sahaja menganugerahkan diploma dalam bidang teknikal malah penerapan nilai-nilai Islami dalam jiwa pelajar dikekalkan melalui penghafazan al-Quran. Peluang pekerjaan juga terbuka luas dan bukan hanya tertumpu kepada profesion keagamaan semata-mata bahkan dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi.


3 2. OBJEKTIF Objektif pelaksanaan program TVET- Tahfiz di KKTM, MJII dan IKM adalah seperti berikut. 2.1 Memperluaskan akses pendidikan yang fleksibel kepada kumpulan pelajar yang memenuhi kelayakan minimum untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma agar dapat membina kerjaya dalam bidang kemahiran dan bukan sebagai guru agama semata-mata. 2.2 Mengungguli institusi pendidikan TVET sebagai sebuah institusi yang dapat memberikan pendidikan dual persijilan dalam bidang teknikal dan hafazan al-Quran kepada pelajar-pelajar untuk menjadi technologist huffaz yang diiktiraf. 2.3 Menggilap potensi pelajar yang berkecenderungan dalam bidang usahawan menjadi teknousahawan yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang teguh. 3. KERANGKA MODEL TVET TAHFIZ 3.1 Matlamat utama program TVET-Tahfiz adalah melahirkan generasi teknologis huffaz yang bercirikan 3 elemen berikut. 3.1.1. Huffaz Berkemahiran Penerapan ilmu kemahiran tinggi yang sejajar dengan kemajuan Revolusi Industri 4.0 melalui kursus-kursus teras disiplin dan teras umum yang ditawarkan di dalam program perdana disamping pelajar akan diberi bimbingan, kemahiran dan kaedah oleh guru al-Quran untuk meningkatkan prestasi hafazan mereka.


4 3.1.2 Muslim Berinovasi Berkeupayaan dalam menyatakan idea seterusnya membangunkan projek-projek inovasi bercirikan Islam yang dapat menyelesaikan permasalahan ummah. Penerapan amalan berasaskan al-Quran diharapkan dapat membantu pengembangan idea untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam kursus-kursus amali seperti Projek Akhir, Latihan Industri termasuklah peluang dalam pertandingan-pertandingan inovasi. 3.1.3 Berpesonaliti Kamil Penerapan nilai murni secara menyeluruh akan membentuk peribadi Muslim yang terpuji dan menjadi role model kepada pelajar-pelajar lain. Pembangunan kemahiran afektif pelajar boleh dikembangkan melalui kebanyakan kursus-kursus wajib, kursus-kursus teknikal dalam program perdana yang dilaksanakan. 3.2 Setiap perancangan dan pelaksanaan program TVET-Tahfiz adalah mengikut kerangka model program TVET-Tahfiz seperti Rajah 1 di bawah. Rajah 1: Model Program TVET-Tahfiz


5 4. STRUKTUR KURIKULUM MODUL TAHFIZ 4.1 Kurikulum modul tahfiz memberi penekanan kepada penilaian tasmik dan tahriri yang merangsang kemahiran komunikasi dan pembelajaran sepanjang hayat pelajar-pelajar tahfiz. 4.2 Struktur kurikulum Modul Tahfiz adalah seperti Jadual 1, Jadual 2 dan Jadual 3 mengikut Komponen Program seperti berikut: Jadual 1: Struktur kurikulum Modul Tahfiz bagi program Diploma Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan Jadual 2: Struktur kurikulum Modul Tahfiz bagi program Diploma Profesion. ASSESSMENT METHODS % LO10 S1 TASMIK 70 LO12 S2 TAHRIRI 30 LO10 S1 TASMIK 70 LO12 S2 TAHRIRI 30 LO10 S1 TASMIK 70 LO12 S2 TAHRIRI 30 LO10 S1 TASMIK 70 LO12 S2 TAHRIRI 30 LO10 S1 TASMIK 70 LO12 S2 TAHRIRI 30 LO 9 - Individual and Team Work LO 6 – Values, Ethics, Moral and Professionalism LO 3 – Design/Development of Solution LO 11 - Project Management and Finance LO 10 - Communications LO 12 - Life Long Learning Program: 5 1 HFZ50022 HAFAZAN 5 100 2 3 1 HFZ30022 HAFAZAN 3 100 2 Diploma Teknologi Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan LO 1 – Knowledge LO 2 – Problem Analysis LO 4 – Investigation LO 5 – Modern Tool Usage LO 7 - Environment and Sustainability LO 8 - Ethics 160 PENGAJIAN AM 4 1 HFZ40022 HAFAZAN 4 100 2 GRED 160 PENGAJIAN AM GRED 160 PENGAJIAN AM 2 1 HFZ20022 HAFAZAN 2 100 2 GRED 160 PENGAJIAN AM GRED JABATAN (PENSYARAH) ACRONYM 1 1 HFZ10022 HAFAZAN 1 100 2 GRED 160 PENGAJIAN AM SEM NO CODE COURSE WEIGHTAGE TOTAL BILANGAN KREDIT KEPUTUSAN JUMLAH JAM F2F


6 Jadual 3: Struktur kurikulum Modul Tahfiz bagi program Diploma Kompetensi/Teknologi/Industri 5. MUQARRAR/ SILIBUS 5.1 Muqarrar Modul Tahfiz ini akan dijadikan panduan sepanjang pelaksanaan program TVET Tahfiz di MJII, KKTM dan IKM yang terpilih. 5.2 Semua pelajar sama ada yang telah atau belum tamat hafalan 30 Juzu’ perlu mengikuti muqarrar yang telah ditetapkan sepanjang tempoh pengajian. 5.3 Pelaksanaan Modul Tahfiz sepanjang pengajian adalah seperti dalam Jadual 3 dan Jadual 4.


7 Jadual 4: Muqarrar Program Bridging TVET-Tahfiz SEMESTER PENGISIAN Bridging Tajwid ‘Ilmi dan Amali Tarikh Mushaf Tarikh Qurra' Adab Penghafaz al-Quran Tahdhir Tasmi’ Muraja’ah KPI PENINGKATAN JUZU’ JUZU’ HAFAZAN HARIAN MINGGUAN BULANAN 1 juzu’ 1 muka surat 5 muka surat 1 juzu’ Jadual 5: Muqarrar Program TVET-Tahfiz semasa program perdana SEMESTER SURAH HAFAZAN KPI PENINGKATAN JUZU’ BULAN MINGGU HARI 1 4 Juzu’ Surah al-Sajadah Surah al-Insan 1 juzu’ 5 muka surat 1 muka surat 2 4 Juzu’ Surah Yaasin Surah al-Mulk 3 4 Juzu’ 4 4 Juzu’ 5 4 Juzu’ 5.4 Kemajuan hafazan pelajar perlu dicatatkan di dalam Borang Prestasi Hafazan seperti berikut:


8 BORANG PRESTASI HAFAZAN Nama Pelajar: Program: Kursus: Sesi: Markah: MINGGU NAMA SURAH JUMLAH MUKA SURAT TASMI’ JUMLAH MUKA SURAT KESELURUHAN TASMI’ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Disahkan oleh: Nama Guru al-Quran: _________________________________ Tandatangan Guru al-Quran: _________________________________


9 6. PENILAIAN 6.1 Penilaian yang dijalankan bagi program TVET-Tahfiz terbahagi kepada dua kaedah iaitu: 6.1.1 Pentaksiran Tasmi’ (lisan) Pentaksiran Tasmi’ merupakan penilaian prestasi hafazan yang dilaksanakan secara berterusan untuk sepanjang semester. Prestasi bacaan pelajar perlu direkodkan dalam Borang Prestasi Hafazan pada setiap minggu dan akan disimpan oleh guru Al-Quran. Penilaian Tasmi’ adalah berpandukan kepada kelancaran dan tajwid bacaan pelajar. Borang penilaian seperti adalah seperti berikut: BORANG PENILAIAN TASMI’ Nama Pelajar: Program: Kursus: Sesi: Markah: RUBRIK MARKAH TAHSIN AL - QURAN (70 %) Item Penilaian Tahap Pencapaian dan Skala Skor Skor Markah STRUKTUR PENILAIAN TARTIL Al-QuranTAJWID (30 %) 1 Dapat menyamai kadar bacaan hukum mad ------ 30 2 Dapat menyempurnakan panjang @ pendek bacaan 3 Mampu menyempurnakan sifat Ghunnah dengan baik 4 Menyempurnakan sebutan makhraj huruf dan sifatnya 5 Mampu memelihara wajah Aula bacaan dengan tepat KELANC ARAN (40 %) 1 Cermat dan beradab dalan bacaan 2 Lancar pada sebutan huruf, lafaz kalimah dan ayat


10 3 Wakaf dan Ibtida’ bacaan dikuasai dengan baik ------ 40 4 Dapat memelihara segala baris dan tasdiq bacaan 5 Dapat memelihara susunan ayat & kalimah dengan baik. 6 Gaya bacaan mengikut lahjah Arab JUMLAH MARKAH KESELURUHAN Bil Indikator Skala 1 Lemah 1 2 Sederhana 2 - 3 3 Baik 3 - 4 4 Cemerlang 5 - 6 Disahkan Oleh: 6.1.2 Penilaian Tahriri (bertulis) i. Penilaian tahriri adalah penilaian menulis ayat-ayat yang telah dihafaz pada semester semasa. Setiap pelajar akan diberi penilaian yang berbeza mengikut prestasi hafazan pelajar. ii. Terdapat beberapa kaedah penilaian tahriri seperti mengisi ayat yang betul pada tempat kosong, soalan pilihan, soalan struktur dan lain-lain bentuk soalan yang difikirkan sesuai. iii. Soalan tahriri yang dibangunkan perlu menggunakan font Mushaf alMadinah bersaiz 18. 6.2 Rumusan kaedah penilaian Modul Tahfiz adalah seperti Jadual 6: Jadual 6: Penilaian Modul Tahfiz Kaedah Penilaian Pemberat Kekerapan Penilaian Borang Penilaian Tasmi’ Kelancaran (40%) Sepanjang semester Borang Prestasi Hafazan dan borang penilaian Tajwid (30%) Tahriri 30% 1 kali/ semester Skrip Jawapan Pelajar


11 6.3 Keputusan prestasi pelajar mengikuti Modul Tahfiz akan dinyatakan di dalam slip keputusan Pelajar seperti di jadual 7 pada setiap semester, berdasarkan sistem gred sedia ada seperti Buku Peraturan Akademik KKTM, MJII & IKM Edisi terkini. Jadual 7: Prestasi Hafazan Pelajar 6.4 Pencapaian Modul Tahfiz pelajar perlu dibentangkan pada setiap hujung semester semasa Mesyuarat Senat Pusat oleh penyelaras TVET-Tahfiz pusat yang dilantik dan dibentangkan di dalam Mesyuarat Senat BKT. Tahriri Total Markah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 30% 100% Gred Keputusan Prestasi Hafazan Pelajar Bil Nama pelajar Tasmi’ Tajwid 30% Kelancaran 40%


12 7 KAEDAH PELAKSANAAN MODUL TAHFIZ 7.1 Semasa Program Bridging 7.1.1 Pelaksanaan Modul Tahfiz bagi pelajar yang mengikuti Program Bridging sepanjang tempoh pengajian adalah seperti Jadual 8. Jadual 8: Pelaksanaan Modul Tahfiz Sepanjang Program Bridging MINGGU HARI/MASA 6.00 - 8.00 PAGI 8.30 -10.30 MLM 1-10 Isnin Muraja’ah kendiri Tasmi’ bersama Guru alQuran Selasa Muraja’ah kendiri Tarikh Qurra'/ Tarikh Mushaf Rabu Tasmi’ bersama Guru alQuran Muraja’ah Manzil Khamis Muraja’ah kendiri Tasmi’ bersama Guru alQuran Jumaat Adab Penghafaz alQuran/ Tajwid 'Ilmi/Amali Muraja’ah Manzil 11 - - Muraja’ah kendiri Nota: i. Murajaah Manzil adalah murajaah bersama rakan dimana seorang pelajar murajaah dan pelajar lain membuat semakan bacaan dan sebaliknya. Boleh dilakukan secara berpasangan/berkumpulan. ii. Jadual boleh berubah tertakluk kepada kesesuaian pelaksanaan dan keperluan pusat. iii. Pertemuan bersemuka dengan guru al-Quran untuk Tasmi’ tidak melebih 10 jam/minggu 7.1.2 Bagi program yang tidak melaksanakan Program Bridging, kuliah berkaitan Tajwid ‘Ilmi/ Amali, Tarikh Qurra' dan Adab Penghafaz alQuran boleh dilaksanakan pada Minggu Aktiviti Semester 1. 7.1.3 Olimpiad merupakan aktiviti latihan dan ulangkaji seperti Refleksi/ Tugasan/ Pembentangan/ Persembahan yang dilaksanakan pada Minggu Peperiksaan Akhir (Minggu ke-11) ATAU dilaksanakan secara berterusan mengikut kesesuaian.


13 7.1.4 Aktiviti Olimpiad TIDAK melibatkan sebarang penilaian yang membawa markah. 7.1.5 Aktiviti Olimpiad boleh dilaksanakan secara berkumpulan atau individu bagi mengukur tahap pengetahuan selain memantapkan kefahaman pelajar berkaitan dengan topik-topik yang telah dipelajari sepanjang program bridging iaitu: i. Tajwid 'Ilmi/Amali ii. Tarikh Mushaf iii. Tarikh Qurra' iv. Adab Penghafaz al-Quran 7.2 Semasa Program Perdana 7.2.1 Pelaksanaan Modul Tahfiz sepanjang Program Perdana adalah seperti Jadual 9. Jadual 9: Pelaksanaan Modul Tahfiz Sepanjang Program Perdana MINGGU 6.00 - 8.00 pg 8.30 -10.30 mlm HARI 1-10 Tasmi' (1 m/s sehari) *Guru al-Quran Muraja’ah: • guru al-Quran Isnin, Selasa & Khamis • Manzil/kendiri Rabu & Jumaat 11 - Muraja’ah: • kendiri Isnin, Selasa & Khamis • Manzil Rabu & Jumaat 12-17 Tasmi' (1 m/s sehari) *Guru al-Quran Muraja’ah: • guru al-Quran Isnin, Selasa & Khamis • Manzil/kendiri Rabu & Jumaat 18 - 23 - Muraja’ah Kendiri - Nota: iv. Murajaah Manzil adalah murajaah bersama rakan dimana seorang pelajar murajaah dan pelajar lain membuat semakan bacaan dan sebaliknya. Boleh dilakukan secara berpasangan/berkumpulan. v. Jadual boleh berubah tertakluk kepada kesesuaian pelaksanaan dan keperluan pusat. vi. Pertemuan bersemuka dengan guru al-Quran untuk Tasmi’/Murajaah tidak melebih 15 jam/minggu bagi 16 minggu pembelajaran/semester.


14 8 CADANGAN PEMBAHAGIAN PELAJAR 8.1 Cadangan pembahagian pelajar adalah seperti berikut: 8.1.1 Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 8.1.2 Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang pelajar sahaja. 8.1.3 Setiap kumpulan akan diuruskan oleh seorang guru tasmi’ 8.1.4 Pembahagian kumpulan akan ditentukan oleh Penyelaras TVET-Tahfiz pusat masing-masing. 8.2 Cadangan kedudukan pelajar semasa sesi Tasmi’ 8.2.1 Pelan kedudukan pelajar semasa tasmi’ merujuk kepada Rajah 2 Rajah 2: Kedudukan Pelajar Semasa Tasmi’ M M M M M M M M M M M M M M M M


15 8.3 Kawalan kelas / pelajar semasa sesi tasmi’ adalah seperti berikut: 8.3.1 Duduk mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. 8.3.2 Semasa salah seorang sedang tasmi’ dengan guru, seorang pelajar lain hendaklah menunggu disebelah kiri atau kanan guru. 8.3.3 Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas al-Quran kecuali kes kecemasan. 8.3.4 Pelajar yang tidak lulus tasmi’ dan murajaah akan dikenakan hukuman sebagaimana dalam sistem uqubah tasyji’iyyah. Nota: Uqubah Tasyji’iyyah adalah denda peneguhan seperti nasihat, intervensi dan lainlain sehingga teguran di peringkat TP(HEA) 8.3.5 Guru hendaklah peka dan sentiasa memastikan agar pelajar bermotivasi untuk membaca al-Quran dan tidak mensia-siakan masa yang diperuntukkan. 9. AKTIVITI 9.1 Pra Syahadah perlu dilaksanakan pada setiap enam (6) bulan sekali bagi memastikan kualiti dan konsistensi hafazan pelajar sepanjang pelaksanaan Modul Tahfiz. 9.2 Pra Syahadah boleh dilaksanakan semasa Minggu Aktiviti atau pada hujung minggu atau pada masa lain yang bersesuaian. 9.3 Pra Syahadah tidak melibatkan sebarang pemarkahan untuk mana-mana penilaian formal. Kaedah penilaian adalah seperti Jadual 10:


16 Jadual 10: Borang Tasmi’ Syahadah Pelajar 9.4 Aktiviti lain yang boleh dilaksanakan oleh pelajar / guru al-Quran sepanjang pengajian di KKTM/ MJII/ IKM adalah seperti berikut: i. Tarannum Tafsir ii. Tarannum Jamaie iii. Kem Hafazan al-Quran iv. Ihtifal Ulul Albab v. Murattal al-Quran/Azan vi. Liga Huffaz/ Inovasi Muslim vii. Tilawah dan lain-lain 9.5 Aktiviti ini boleh dilaksanakan semasa Minggu Aktiviti atau dilaksanakan pada bila-bila masa yang bersesuaian sepanjang tempoh pengajian bergantung kepada kesesuaian dan peruntukan kewangan KKTM/ MJII/ IKM. 9.6 Pelajar TVET-Tahfiz perlu merancang, melaksana/menganjur aktiviti Islamik santai yang dinyatakan dengan bimbingan guru al-Quran dan boleh melibatkan penceramah / jurulatih luar sekiranya perlu. : NAMA PENYEMAK : : PERINGKAT SYAHADAH : : KEDUDUKAN: : JUZU' AYAT KALIMAH HARAKAT TUKAR KALIMAH LUPA AYAT AWAL CATATAN MUKA SURAT MULA BACA TAMAT BACA JUMLAH MASA DIPERLUKAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 BIL MAKLUMAT BACAAN PERINCIAN KESALAHAN KELANCARAN BACAAN (MASA) SURAH BORANG PENILAIAN TASMI' SYAHADAH HAFAZAN AL-QURAN NAMA PELAJAR TARIKH TASMI' JUMLAH PEMBETULAN PRESTASI TASMI' SYAHADAH PELAJAR


17 9.7 Cadangan aktiviti pelajar TVET-Tahfiz semasa Minggu Aktiviti adalah seperti Jadual 11. Jadual 11: Cadangan aktiviti pelajar TVET-Tahfiz semasa Minggu Aktiviti SEMESTER AKTIVITI CATATAN 1 Pra Syahadah (Juzu’ 1-5) Bengkel Imam & Muazzin Pra Syahadah: • dilaksanakan secara pertandingan pada minggu aktiviti • dilaksanakan bagi menilai kekuatan hafalan pelajar mengikut juzu’ yang ditetapkan • insentif disediakan bagi mereka yang berjaya mencapai tahap yang ditetapkan Kursus Komunikasi & Penguasaan Bahasa Arab: Dilaksanakan sekali sahaja sama ada pada semester 4 atau 5 2 Pra Syahadah (Juzu’ 6-10) Kursus Sembelihan 3 Pra Syahadah (Juzu’ 11-15) Kursus Jenazah 4 Pra Syahadah (Juzu’ 16-20) Kursus Komunikasi & Penguasaan Bahasa Arab 5 Pra Syahadah (Juzu’ 21-30) Tarannum Tafsir dan Tarannum Jamaie 9.8 Penglibatan daripada pelajar selain pelajar program TVET-Tahfiz sangat digalakkan bagi memeriahkan program disamping menerapkan aktiviti Islamik dikalangan pelajar. 9.9 Cadangan pelaksanaan aktiviti boleh dirancang mengikut perancangan berikut: 9.9.1 Harian i. Pelajar akan melaksanakan Tahdhir, Tasmi', Tahriri, Muraja'ah setiap hari mengikut perancangan setiap semester.


18 ii. Pelajar boleh mengikuti senaman pagi, ikrar TVET-Tahfiz, dan riadhah petang bagi memastikan kecergasan dan kepatuhan pelajarpelajar terhadap program TVET Tahfiz 9.9.2 Mingguan i. Pelajar boleh didedahkan dengan tadabur surah-surah yang ditetapkan dalam sesi PdP ii. Pelajar boleh mengikuti ko-kurikulum yang telah ditetapkan dengan aktiviti-aktiviti secara kolektif seperti green concept, rakan surau dan lain-lain aktiviti yang difikirkan perlu untuk peningkatan kendiri bagi melahirkan kamil personality. 9.9.3 Bulanan i. Pelajar boleh melaksanakan aktiviti influencer daie dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang sesuai ii. Aktiviti introspeksi ahlul huffaz akan dilaksanakan oleh pensyarah tasmi’ untuk berkongsi tahap kemajuan pelajar dengan ibubapa. iii. Pelajar melaksanakan aktiviti qiamullail pada setiap bulan secara berjemaah. 9.9.4 Tahunan / Berkala i. Pelajar mengikuti bengkel pengukuhan teknik hafazan yang dianjurkan oleh pusat masing-masing pada setiap awal tahun ii. Pelajar mengikuti Ihtifal TVET-Tahfiz MARA (ITTIHADI) yang dianjurkan oleh BKT. iii. Setiap pusat boleh merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai seperti khidmat Ramadhan, berkuda, memanah, inovasi, jaringan komuniti, Ikon TVET Tahfiz, Kem Bina Jatidiri, Explore Alam dan lain-lain yang difikirkan sesuai bagi memenuhi elemen Innovative Muslim dan Kamil Personality.


19 10. INTERVENSI 10.1 Intervensi adalah satu kaedah mengesan kelemahan pelajar dalam hafazan di peringkat permulaan dan melakukan kawalan peneguhan agar pelajar dapat meningkatkan pencapaian hafazan. Pelajar yang dikesan mempunyai tanda-tanda kelemahan dalam menghafaz hendaklah diambil langkah intervensi oleh guru tasmi’. Tindakan ini perlu dilaksanakan sebelum Uqubah Tasyji’iyyah. 10.1.1 Tanda-tanda pelajar memerlukan tindakan intervensi hafazan adalah seperti berikut: i. Tidak lancar membaca semasa tasmi’ ii. Bacaan tidak mengikut hukum tajwid yang betul iii. Sebutan huruf tidak sempurna iv. Tidak memberi tumpuan semasa sesi hafazan malam v. Tidak memberi tumpuan semasa sesi tahdhir vi. Tidak boleh menghafaz dalam suasana bising/berjemaah 10.1.2 Langkah-langkah intervensi yang dicadangkan kepada guru tasmi’: i. Mengadakan kelas pemulihan pada waktu malam dan cuti hujung minggu. ii. Melaksanakan kaedah talaqqi musyafahah secara face to face bersama guru tasmi’ iii. Memastikan pelajar berada bersebelahan guru sepanjang kelas tasmi’ berlangsung. iv. Pengasingan pelajar ke tempat khusus bagi pelajar yang tidak boleh menghafaz dalam Jemaah


20 10.2 Cadangan pelaksanaan interversi boleh dilakukan mengikut kaedah dalam Jadual 12 berikut: Jadual 12: Cadangan Kaedah Pelaksanaan Interversi 10.3 Pelajar yang masih berlarutan masalah hafazannya sehingga ke hujung semester setelah semua tindakan diambil, boleh dirujuk kepada pihak Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan selanjutnya. 10.4 Sekiranya tiada perubahan terhadap hafazan pelajar setelah semua tindakan diambil, pelajar tidak layak menerima sijil prestasi hafazan semasa bergraduat. AKTIVITI KESALAHAN INTERVENSI Tasmi’ Pelajar tidak mencukupi tahap 2 daripada 4 muka surat seminggu Diberi nasihat dan motivasi oleh guru tasmi’ Murajaah Pelajar tidak mencapai separuh daripada 1 juzu’/ bulan Tasmi’ dan Murajaah Berlarutan sehingga bulan kedua Dirujuk kepada Penyelaras TVETTahfiz Berlarutan sehingga bulan ketiga Dirujuk kepada Kaunselor Berlarutan sehingga bulan keempat Dibawa berjumpa dengan TP HEA Berlarutan sehingga bulan kelima Ibu Bapa dipanggil


NOTA PENERANGAN PENGANTAR ULUM AL-QURAN


BIL KANDUNGAN MUKA SURAT NOTA PENERANGAN PENGANTAR ULUM AL-QURAN 1.0 AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN 1.1 Difinisi al-Quran 1 1.2 Perbezaan Antara al-Quran, Hadis Kudsi dan Hadis Nabawi 4 1.3 Sejarah Perkembangan Ulum al-Quran 7 1.4 Nama-Nama Dan Sifat-Sifat al-Quran 13 2.0 TARIKH QURRA’ 2.1 Pengenalan Imam-Imam Yang Mutawatir 22 2.2 Nama Sepuluh Imam Qira’at Perawi-Perwi Dan Biodata Ringkas 9 3.0 TAJWID ‘LMI DAN AMALI 3.1 Pengenalan 42 3.2 Makhraj Huruf 43 3.3 Cara Bacaan Alif (Alif Lam Ma’arifah) 47 3.4 Hukum-Hukum Bacaan 48 3.5 Jenis-Jenis Idgham 55 3.6 Jenis-Jenis Mad 56 3.7 Qalqalah, Waqaf Dan Cara Bacaan Hamzah Wasal 61 3.8 Iltiqa’ Sakinah/Nun Al-Wiqayah 63 4.0 ADAB PENGHAFAZ AL-QURAN 4.1 Pengenalan 64


1 1.1 DEFINISI AL-QURAN Al-Quran adalah sebuah kitab suci kepada seluruh umat Islam dan ianya mengandungi kalam Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai umat Islam kita mestilah beriman dengan al-Quran dan yakin bahawa ia merupakan kitab yang membimbing manusia ke jalan yang benar. Kita semua telah sedia maklum bahawa orang yang beriman wajib mempercayai kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada nabi-nabi yang terpilih seperti yang terkandung dalam rukun iman. Salah satu kitab tersebut ialah al-Quran yang diturunkan melalui malaikat Jibril a.s. kepada Rasulullah sa.w. pada bulan Ramadan. Bagi memahami kitab ini marilah kita teliti maksud al-Quran dari segi bahasa dan istilah. 1.1.1 Al-Quran dari Segi Bahasa Kalimah atau lafaz al-Quran yang diambil daripada perkataan qaraa bererti mengumpulkan dan menghimpunkan dan qiraah pula bererti menghimpunkan huruf dan kata-kata antara satu dengan yang lain. alQuran pada asasnya seperti qiraah kata terbitan qaraa, qiraatan, quranan (Manna al-Qattan, 1998). Namun begitu para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai takrif al-Quran dari segi bahasa. Sebahagian daripada mereka mengatakan lafaz al-Quran itu tidak berhamzah dan sebahagian yang lain pula mengatakan berhamzah. Mari kita lihat satu persatu mengenai pendapat tersebut. Mereka yang berpendapat lafaz al-Quran itu tidak berhamzah ialah Imam al-Syafii, Al-Farra dan Al-Asyari (Subhi al-Saleh, 1988), manakala mereka yang berpendapat lafaz al-Quran itu berhamzah pula ialah Al-Zujaj dan Al-Lihyan. UNIT 1.0 AL-QURAN DAN SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN


2 Jadual 1: Maksud al-Quran dari Segi Bahasa Setelah meneliti kesemua maksud al-Quran dari segi bahasa tadi kita bolehlah membuat kesimpulan bahawa al-Quran ialah kata terbitan qaraa yang bermaksud bacaan dan ini adalah pendapat yang paling masyhur. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. - al-Qiyamah (75): 17-18 Ulama Pendapat Al-Syafii Lafaz al-Quran ialah nama khusus yang digunakan untuk al-Quran seperti Taurat dan Injil. Ia tidak berhamzah dan bukan diambil daripada qarata atau mana-mana perkataan lain. Al-Farra al-Quran diambil daripada perkataan qarain iaitu jamak daripada perkataan qarinah yang memberi maksud keterangan. Ini adalah kerana sebahagian ayat menjadi keterangan bagi sebahagian yang lain. Al-Asyari al-Quran diambil daripada perkataan qarana sekiranya berhimpun dengan yang lain, kerana surah dan ayat terhimpun dan terkumpul antara satu dengan yang lain. Al-Zujaj Lafaz al-Quran berhamzah diambil daripada perkataan al-qaru bermaksud al-jam’u iaitu kumpul. Al-Lihyani Lafaz al-Quran kata terbitan diambil daripada perkataan qaraa bermasuk baca.


3 1.1.2 Al-Quran dari Segi Istilah Kita semua pasti bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah s.w.t. dan ia tidak sama dengan kalam yang lain. Ulama usul, fiqh dan bahasa Arab bersepakat al-Quran dari segi istilah bermaksud kalam Allah s.w.t yang melemahkan, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan termaktub di dalam mushaf, dipindahkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah (Subhi al-Saleh,1988). Jadual 2: Penjelasan Maksud al-Quran dari Segi Istilah. Istilah Maksud Kalam Semua perkataan, namun bila digabungkan dengan kalimah Allah terkecuali daripadanya kalam yang lain seperti kata-kata manusia, jin dan haiwan. Yang melemahkan Sebagai mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. iaitu satu bentuk cabaran kepada orang kafir untuk membawa seumpama al-Quran walaupun dengan satu surah. Yang diturunkan Cara diturunkan al-Quran iaitu wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s. dan berbeza dengan cara penurunan kitab-kitab yang lain seperti Taurat, Injil dan Zabur. Yang termaktub di dalam mushaf Sebagai isyarat penulisan al-Quran yang sistematik yang dilakukan pada zaman Saidina Usman bin ÂAffan r.a. Beliau telah menyalin kembali beberapa naskhah mushaf yang dikumpulkan pada zaman Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. Dipindahkan secara mutawatir Al-Quran dipindahkan dari satu generasi ke generasi berikutnya secara mutawatir. Iaitu sekumpulan yang ramai menyampaikannya kepada sekumpulan ramai manusia yang mustahil bagi mereka yang ramai ini untuk berdusta. Membacanya adalah ibadah Perintah membaca al-Quran di dalam solat dan selainnya dalam bentuk ibadah. Ini adalah keistimewaan al-Quran berbanding dengan kalam yang lain walaupun kalam Rasulullah s.a.w. seperti hadis-hadis Nabawi dan Kudsi.


4 Rumusan menarik yang boleh difahami dan dihayati daripada takrifan literasi ini secara jelas menampakkan tuntutan agar manusia sentiasa berinteraksi dengan al-Quran dengan cara memperbanyakkan bacaan, memahami makna kalimah dan uslub bahasa al-Quran dan menjiwai tafsiran yang diberikan oleh golongan ulama-ulama muktabar. Aktiviti 1 i. Jelaskan definisi al-Quran dari segi Bahasa. ii. Nyatakan pendapat para ulama’ yang menyatakan lafaz al-Quran tidak berhamzah. iii. Nyatakan pendapat para ulama’ bahawa lafaz al-Quran itu berhamzah. iv. Sebutkan maksud al-Quran dari segi bahasa dan istilah 1.2 PERBEZAAN ANTARA AL-QURAN, HADIS KUDSI DAN HADIS NABAWI Perbezaan antara Al-Quran dan Hadis Kudsi, tahukah anda bahawa alQuran berbeza dengan hadis? Bolehkah anda membezakan antara al-Quran dan hadis Kudsi? 1.2.1 Perbezaan antara al-Quran dan Hadis Kudsi Meskipun hadis Kudsi kesemuanya dari pengucapan Rasulullah s.a.w. anda boleh membezakan antara keduanya dengan beberapa aspek Jadua 3: Perbezaan antara al-Quran dengan Hadis Kudsi Sumber Ulama’ Al-Quran Hadis Kudsi Manna Qattan (1998) Al-Quran ialah kalam Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dengan lafaz dan maknanya. alQuran hanya dinisbahkan kepada Allah s.w.t. maka kita akan berkata Allah s.w.t. berfirman apabila hendak membacakan ayat al-Quran. Manakala hadis Kudsi maknanya dari Allah s.w.t. dan lafaznya dari Rasulullah s.a.w. Hadis Kudsi ialah wahyu dalam makna tetapi bukan dalam lafaz. Manakala hadis Kudsi diriwayatkan dengan disandarkan kepada firman Allah s.w.t. Maka kita akan menyatakan Rasulullah


5 s.a.w. bersabda mengenai apa yang diriwayatkan dari Tuhannya. Sofiah Shamsuddin (2006) Membaca al-Quran adalah ibadah dan diwajibkan membacanya dalam solat. Keseluruhan isi al-Quran dinukilkan secara mutawatir iaitu diyakini kesahihannya. Manakala hadis Kudsi tidak disuruh membacanya dalam solat dan pahala membacanya adalah secara umum sahaja. Manakala hadishadis Kudsi kebanyakannya adalah khabar ahad yang kadangkalanya berstatus sahih, hasan ataupun daif. 1.2.2 Perbezaan antara Hadis Kudsi dan Hadis Nabawi Bolehkah anda membezakan antara hadis Kudsi dan hadis Nabawi? Sebahagian ulama muktabar menjelaskan perbezaan antara keduanya adalah seperti berikut: Hadis Kudsi maknanya dari Allah s.w.t. dan lafaznya dari Rasulullah s.a.w. Manakala hadis Nabawi lafaz dan maknanya dari Rasulullah s.a.w. Namun begitu kedua-duanya adalah wahyu kerana apa yang dikeluarkan dari mulut Baginda s.a.w. kesemuanya adalah wahyu dari Allah s.w.t. berfirman Maksud: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadaNya. Al-Najm (53): 3-4


6 Hadis Kudsi diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah s.w.t. maka kita akan menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai apa yang diriwayatkan dari Tuhannya. Manakala, hadis Nabawi tidak diriwayatkan sedemikian tetapi dengan menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda. Aktiviti 2 i. Berikan contoh hadis Kudsi dan hadis Nabawi. ii. Nyatakan perbezaan antara hadis Kudsi dan hadis Nabawi. iii. Berikan dalil yang menatakan bahaw al-Quran itu wahyu dari Allah.


7 1.3 SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM AL-QURAN Sebelum kita menyelusuri sejarah perkembangan Ulum al-Quran marilah kita terlebih dahulu memahami maksud Ulum al-Quran . 1.3.1 Definisi Ulum al-Quran Perkataan Ulum al-Quran terdiri daripada dua perkataan iaitu Ulum dan al-Quran. Perkataan Ulum adalah jamak bagi perkataan ilmu yang bermaksud pemahaman dan pengetahuan. Apabila perkataan ini digabungkan dengan al-Quran boleh membawa maksud dari segi istilah iaitu ilmu yang membahaskan tentang aspek-aspek berkaitan al-Quran seperti sebab penurunannya, pengumpulannya, al-Makki dan al-Madani, nasikh mansukh, muhkam mutasyabih dan segala yang lain mengenai alQuran (Manna Qattan, 1998). Ulum al-Quran juga boleh didefinisikan sebagai segala ilmu dan pengetahuan yang bersangkutan dengan al-Quran (Abu Syahbah, 1992). Oleh yang demikian kita boleh membuat kesimpulan di sini bahawa Ulum al-Quran itu meliputi segala ilmu yang berkaitan al-Quran sama ada daripada aspek cara penurunannya, pengumpulannya, pembacaan dan qiraatnya serta pentafsiran dan pemahaman ayat-ayatnya. 1.3.2 Kepentingan Ulum al-Quran Tahukah anda bahawa Ulum al-Quran adalah salah satu ilmu yang penting dan berfaedah? Syeikh Muhammad Abu Syahbah (1992) di dalam kitabnya AlMadkhal li Dirasat al-Quran al-Karim menjelaskan kepentingan Ulum alQuran adalah membantu mempelajari al-Quran al-Karim dan memahaminya dengan lebih jelas serta mengeluarkan hukum dan pengajaran darinya. Cuba anda fikirkan bagaimana seseorang itu boleh mempelajari dan menafsirkan al-Quran sekiranya dia tidak mengetahui bagaimana al-Quran diturunkan? Bagaimana pula dengan tertib surah, nasikh mansukh, mutlaq muqayyad dan segala yang berkaitan dengan alQuran? Sudah pasti dengan mengetahui Ulum al-Quran seseorang itu akan dapat memahami dan menafsirkan al-Quran dengan lebih mudah dan jelas.


8 Para pengkaji ilmu ini mempunyai senjata yang kuat bagi menentang musuh-musuh Islam yang cuba memutar belitkan isi kandungan al-Quran. Ini adalah kerana para ulama al-Quran mengetahui selok-belok isi al-Quran dan mampu menandingi segala anasir jahat oleh musuh Islam mengenai alQuran. Mempertahankan al-Quran daripada diselewengkan adalah tanggungjawab umat Islam. Maka ilmu ini menjadi satu cara yang praktikal dalam memelihara dan menjaga kesucian kitab yang mulia ini. Para pengkaji ilmu ini adalah mereka yang sangat bertuah kerana menguasai ilmu-ilmu al-Quran. Melalui Ulum al-Quran ini mereka akan memperolehi kebijakan dan kecerdikan dengan apa yang berkaitan al-Quran dan mampu membentuk keperibadian yang tinggi dan terpuji. 1.3.3 Sejarah Penulisan Ulum al-Quran Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan kepada peristiwa dan keadaan. Selepas diturunkan, manusia berhajat kepada penjelasan dan penerangan ayat-ayatnya. Oleh yang demikian ia membawa kepada kemunculan Ulum al-Quran yang boleh dibahagikan tahap perkembangannya kepada tiga peringkat, iaitu: Rajah 1: Peringkat perkembangan Ulum al-Quran


9 • Peringkat Pertama: Ulum al-Quran Sebelum Zaman Penulisan Bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat. Ketika alQuran diturunkan, Baginda s.a.w. akan menghuraikan ayat-ayat yang memerlukan huraian. Manakala para sahabat Baginda pula akan sentiasa merujuk kepada Rasulullah s.a.w. Ketika mereka mengalami kesukaran dalam memahami sesuatu ayat. Sekiranya diajukan kepada Baginda s.a.w. soalan berkaitan cara menerima al-Quran, maka tercetuslah perbahasan mengenai penurunan al-Quran. Sekiranya terdapat pula galakan mengenai tilawah dan hafazan al-Quran, maka muncullah perbincangan mengenai tajwid dan qiraat (Ghanim Qadduriy, 2003). Namun begitu segala perbahasan dan perbincangan tersebut tidak ditulis dengan rasmi kerana tiada keperluan kepada perkara tersebut. Ini disebabkan al-Quran masih lagi diturunkan dan Rasulullah s.a.w. masih hidup untuk dijadikan tempat rujukan para sahabat. Tambahan pula Rasulullah s.a.w. melarang menulis selain daripada alQuran kerana dikhuatiri akan terkeliru antara al-Quran dengan penulisan yang lain. Ini berdasarkan kepada dalil daripada hadis Nabi s.a.w.: لا تكتبوا ع ني، ومن كتب عني غير القرءان فليمحه، وحدثوا عني ولا حرج، ومن َّي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار كذب عل Maksudnya: Janganlah kamu semua menulis (apa yang keluar) daripadaku, sesiapa yang menulis daripadaku selain al-Quran maka hendaklah dia memadamnya. Ambillah hadisku, tiada kesalahan. Sesiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka disediakan tempatnya di neraka. (Riwayat Muslim) Pada zaman Usman bin Affan berlakunya penyalinan semula alQuran dan beliau telah menggunakan Rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Oleh itu bolehlah dikatakan bermulanya Ulum al-Quran ini pada zaman Khalifah Usman ketika ilmu rasm al-Quran mula diperkenalkan (Manna Qattan, 1998).


10 • Peringkat Kedua: Ulum al-Quran pada Zaman Penulisan. Penulisan pelbagai cabang ilmu bermula pada kurun kedua hijrah dan antaranya ialah ilmu tafsir. Para ulama mengumpulkan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabiin mengenai tafsiran al-Quran. Pada permulaannya penulisan ini diletakkan di dalam salah satu bab daripada bab-bab hadis. Kemudian barulah diasingkan tafsir daripada hadis yang menyebabkan kemunculan metode tafsir bi al-mathur dan bi al-ra’yi. Para ulama yang menulis karya-karya Ulum al-Quran ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu mereka yang menulis dengan memfokuskan satu ilmu sahaja daripada Ulum al-Quran seperti Ali ibn al-Madini yang menulis kitab Asbab al-Nuzul, Abu ÂAbid al-Qasim ibn Salam menulis kitab Al-Nasikh wa al-Mansukh, Muhammad ibn Said alHufiy menulis kitab I'rab al-Quran, Al-Rummani menulis kitab mengenai I'jaz al-Quran, Ibn Qutaybah menulis kitab Majaz al-Quran, Ibn Qayyim al-Jauziyah menulis kitab Aqsam Al-Quran serta Abu al-Hasan alMawardi menulis kitab mengenai Amthal Al-Quran(Abu Syahbah, 1992). Golongan ulama yang menulis Ulum al-Quran secara menyeluruh meliputi kebanyakan ilmu berkaitan al-Quran. Contohnya, Ibn Qayyim al-Jauziyah yang dianggap kitab pertama dalam jenis ini iatu kitab Funun al-Afnan fi ÂAjaib Ulum al-Quran. Selain beliau terdapat juga ulama lain yang menulis kitab Ulum al-Quran secara menyeluruh seperti Badr al-Din al-Zarkasyi menulis kitab berjudul Al-Burhan fi Ulum al-Quran dan Imam al-Suyuti menulis kitab Al-Itqan fi Ulum al-Quran yang membahaskan hampir 80 topik perbahasan Ulum al-Quran.


11 • Peringkat Ketiga: Ulum al-Quran pada Zaman Kini. Penulisan dan kajian mengenai Ulum al-Quran terus berkembang selepas kurun ke-9 sehinggalah ke hari ini. Para ulama secara proaktif menulis dan menerbitkan buku-buku Ulum al-Quran dengan pelbagai tujuan dan kaedah. Antaranya ialah Imam al-Suyuti yang menulis kitab al-Itqan fi Ulum al-Quran, Muhammad Abdul ÂAzim al-Zarqani menulis kitab Manahil al-ÂIrfan fi Ulum al-Quran, Muhammad Ali Salameh menulis kitab Manhaj al-Furqan fi Ulum al-Quran dan Dr. Subhi Salih yang menulis kitab Mabahith fi Ulum al-Quran . Mereka ini menulis kitabkitab Ulum al-Quran yang meliputi ilmu-ilmu berkaitan al-Quran. Terdapat juga ulama yang menggunakan kaedah pengkhususan ilmu al-Quran dalam kitab mereka seperti Dr. Muhammad Abdullah Diraz dengan kitabnya yang berjudul al-Naba al-ÂAzim, Dr. Mustafa Zaid menulis kitab al-Naskh fi al-Quran, Dr. Muhammad Abdul Rahman al-Syai menulis kitab al-Makki wa al-Madani fi al-Quran al-Karim dan sebagainya. Usaha dan kegiatan penulisan ini bukan sahaja dipelopori oleh orang Islam, bahkan turut juga dilakukan oleh orang-orang orientalis seperti kitab yang masyhur berjudul Tarikh al-Quran yang dikarang oleh Theodore Noldeke seorang orientalis Jerman. Cetakan pertama kitab ini diterbitkan pada tahun 1860 dan dikatakan sebagai kitab yang menjadi asas setiap perbahasan Ulum alQuran di Eropah (Ghanim Qadduri, 2003). Selain kitab ini terdapat seorang lagi orientalis yang mengarang kitab berkaitan al-Quran iaitu Goldziher dengan judulnya Mazahib al-Tafsir al-Islami dan Regis Blachere yang menulis kitab berjudul al-Quran: Nuzuluhu, Tadwinuhu, Tarjamatuhu wa Tathiruhu. Kitab-kitab ini telah diterjemahkan oleh ulama Arab dan dijadikan rujukan oleh pengkaji-pengkaji al-Quran. Seorang penulis berbangsa Perancis, Maurice Bucaille, juga telah menulis sebuah kitab yang tidak kurang hebatnya berjudul Al-Taurat wa Al-Injil wa Al-Quran wa al-ÂIlm.


12 Pada kurun ke-14 terdapat beberapa lagi ulama yang telah menghasilkan karya- karya Ulum al-Quran . Antaranya ialah Syeikh Waliullah al-Dahlawi dengan karyanya yang berjudul Al-Fauz al-Kabir fi Usul al-Tafsir, Tahir al-Jazairi menulis kitab Al-Tibyan li bad al-Mabahith al-Muatalliwah bi al-Quran, Manna Khalil al-Qattan dengan kitabnya berjudul Mabahith fi Ulum al-Quran , Muhammad al-Dusuki menulis kitab Fi Tarikh al-Quranwa Ulumih dan yang lain-lain. Sehingga kini penulisan Ulum al-Quran masih berterusan dan berkembang di seluruh pelusuk dunia. Wajarlah al-Quran itu diiktiraf sebagai sebuah kitab mukjizat yang bersesuaian dengan seluruh zaman. Penyelidikan, kajian dan karya-karya berkaitan al-Quran tidak akan berhenti selagi mana ia masih dibaca, dihayati dan dianalisis bagi mendapatkan kefahaman dan penjelasan mengenai kalam Allah s.w.t. itu. Aktiviti 3 i. Berikan perbandingan antara penulisan al-Quran pada peringkat kedua dan ketiga ii. Siapakah ulama’ yang pertama menulis kitab tafsir al-Quran dengan lengkap? Nyatakan.


13 1.4 NAMA-NAMA DAN SIFAT-SIFAT AL-QURAN Tahukah anda al-Quran mempunyai pelbagai nama yang melambangkan kehebatan, keagungan dan ketinggian kedudukannya? 1.4.1 Pengenalan al-Quran mempunyai pelbagai nama yang lain bersesuaian dengan keagungan dan ketinggian kedudukannya. Nama-nama ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran sendiri. Selain itu al-Quran juga mempunyai beberapa sifat yang amat istimewa. Dalam topik ini, anda akan mempelajari nama-nama dan sifat-sifat al-Quran berserta dalil. Anda juga akan dapat mengetahui faedah dan manfaat mempelajari al-Quran menerusi keterangan dari al-Quran dan hadis. 1.4.2 Nama-Nama al-Quran Rajah 2: Nama-nama al-Quran Al-Quran al-Quran (disebut sebanyak 70 kali di dalam al-Quran). Firman Allah s.w.t: Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Al-Isra (17): 9


14 Al-Kitab Maksudnya: Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. (Al-Baqarah (2): 2) Al-Furqan Al-Furqan yang bermaksud membezakan iaitu membezakan antara yang hak dengan yang batil. Firman Allah s.w.t. Maksudnya: Maha berkat Tuhan yang menurunkan al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (Al-Furqan-(25 1) Al-Zikr Al-Zikr yang bermaksud peringatan iaitu memberikan peringatan dan pengajaran kepada manusia. Firman Allah s.w.t Maksudnya: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitabkitab suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. Al-Nahl (16): 44


15 Al-Tanzil Al-Tanzil yang bermaksud diturunkan. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Dan Sesungguhnya al-Quran (yang antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah, Tuhan sekalian alam. Al-Syuara (26): 192 1.4.3 Sifat – Sifat Al-Quran Setelah anda mengetahui nama-nama al-Quran, teliti pula sifatsifatnya yang istimewa. Rajah 2: Nama-nama dan sifatnya al-Quran yang istimewa Nur Nur yang bermaksud cahaya. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Al-Nisa (4): 174


16 Huda Huda yang bermaksud petunjuk. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu alQuran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Yunus (10): 57 Syifa Syifa yang bermaksud penawar. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu alQuran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Mubarak Mubarak yang bermaksud yang diberkati. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Dan ini ialah Kitab (al-Quran) yang kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya, dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya. Al An’am (6) : 92


17 Mubin Mubin bermaksud yang menerangkan. Firman Allah s.w.t: Maksudnya: Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad s.a.w.) dengan menerangkan kepada kamu banyak daripada (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab (al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Al-Maidah (5): 15 Busyra Busyra yang bermaksud berita gembira. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman. Al-Baqarah (2): 97 ÂAziz ÂAziz yang bermaksud yang perkasa. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang perkasa (tidak dapat ditandingi). Fussilat (41): 41


18 Majid Majid yang bermaksud mulia. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; Basyir Basyir yang bermaksud menggembirakan dan nazir iaitu memberikan peringatan dan amaran kepada manusia. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhiNya. Fussilat (41):4 Sebuah Kitab Yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu iaitu al-Quran yang diturunkan dalam bahasa arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. 1.4.4 Faedah Mempelajari al-Quran Kelebihan orang yang membaca, mempelajari dan mengajarkan al-Quran banyak disebutkan oleh para ulama seperti Imam al-Suyuti (2004), Imam al-Ghazali (2006), Imam al-Nawawi (1999) serta Dr. Yusuf al-Qaradhawi (2000) di dalam kitab masing-masing, kita boleh memahami faedah dan kelebihan ini dan selepas itu mengamalkannya melalui dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis.


19 i. Dalil dari al-Quran Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran mengenai ganjaran orang yang membaca kitabnya sepertimana firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadanya). Al Faatir (35): 29-30 ii. Dalil dari Hadis Terlalu banyak hadis yang diriwayatkan mengenai kelebihan membaca, mempelajari dan mengajarkan al-Quran, antaranya ialah: • Riwayat daripada Uthman bin ÂAffan r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: خ يركم من تعلم القرآن وعلمه Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain). Riwayat al-Bukhari.


20 • Daripada ÂAisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: الذي يقرأ القرآن وهو ماهر به مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن وهويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران Maksudnya: Orang yang membaca al-Quran dan dia adalah seorang yang mahir, maka dia akan bersama malaikat penulis yang mulia lagi berbakti. Manakala sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan susah, maka dia akan memperolehi dua ganjaran. Riwayat al-Bukhari dan Muslim • Daripada Ibnu Masud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: من قرأ حرفا من كتاب االله فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول الم حرفولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف Maksudnya: Sesiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka dia akan memperolehi satu kebaikan, dan satu kebaikan itu akan digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi) • Daripada Ibnu Umar r.a. daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: لا حسد إلا في اثنين، رجل آتاه االله القرآن فهو يقوم به آناء الليل وآناء النهار،ورجل آتاه االله مالا فهو ينفقه آناء الليل وآناء النهار Maksudnya: Tiada kedengkian (hasad) melainkan pada dua perkara: seorang lelaki yang dikurniakan al-Quran oleh Allah s.w.t. lalu dia membacanya sepanjang malam dan siang, dan seorang lelaki yang dikurniakan harta yang banyak oleh Allah s.w.t. lalu dia menginfakkannya dalam kebenaran sepanjang malam dan siang. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


21 Kelebihan membaca al-Quran bukan sahaja kepada pembacanya bahkan Allah s.w.t. juga memberikan ganjaran kepada ibu bapanya. daripada Muaz bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: من قرأ القرآن وعمل بم ا فيه ألبس االله والديه تاجا يوم القيامة ضوؤه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا فما ظنكم بالذي عمل هبذا Maksudnya: Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya Allah s.w.t. akan memakaikan kedua ibu bapanya satu mahkota pada hari kiamat kelak. Cahaya mahkota itu lebih indah daripada cahaya matahari pada rumah-rumah dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang yang membacanya sendiri? Riwayat Abu Daud Aktiviti 4 i. Jelaskan mengapa al-Quran disifatkan sebagai huda atau petunjuk? ii. Terangkan perbezaan antara sifat basyir dan nazir bagi al-Quran. iii. Sebutkan dalil dari hadis berkaitan kelebihan membaca al-Quran. iv. Sebutkan dalil dari al-Quran tentang kelebihan membaca laQuran


22 2.1 PENGENALAN IMAM-IMAM YANG MUTAWATIR Sesuatu kaedah atau asal bacaan yang diamalkan merupakan suatu perkara yang amat penting bagi mereka yang membaca al-Quran. Dalam bacaan al-Quran, pembaca mestilah mempunyai sandaran dari mana diambil bacaan tersebut dan apakah rujukan yang digunakan. Dalam Ilmu Qiraat, terdapat tujuh orang imam yang terkenal sebagai ahli qira'at di seluruh dunia yang disebut sebagai "Qurra' as-Sab'ah". Mereka merupakan imam yang mencapai taraf mutawatir yang terkenal hafazan, ketelitian yang mendalam bidang ilmu qira'at dan telah disepakati diambil dan dikembangkan qira'atnya. Para ulama telah memilih tiga orang selainnya yang qira'atnya adalah shahih dan mutawattir, sehingga jumlahnya menjadi 10 imam qira'at atau lebih dikenali dengan istilah "al-Qurra' al-asyarah". Rawi adalah orang yang meriwayatkan atau menyampaikan, manakala pengertian sanad adalah mata rantai persambungan periwayat. Menghafaz nama-nama imam beserta perawi dan rumuz serta mengingati nama-nama imam dan rawi yang mutawatir adalah asas dalam ilmu tarikh qurra’ dan mereka yang mempelajari Ilmu Qiraat. Terdapat 21 nama dalam Ilmu Qiraat tujuh manakala 30 nama pada pembelajaran qiraat sepuluh. Dari kesepuluh Imam, yang paling banyak diikuti oleh masyarakat asia adalah Imam ‘Asim, bacaan beliau diriwayatkan oleh Imam Hafs dan diajarkan kepada murid-muridnya sehingga riwayat ini sampai kepada imam al-Syatibe dan imam al-Jazari. Semua bentuk bacaan qiraat yang ada pada hari ini diambil oleh anak murid dari gurunya adalah secara talaqqi dan musyafahah (secara berguru). Proses ini berterusan sehinggalah sampai ke tabi'in, dari tabi'in ke para sahabat RA dan seterusnya para sahabat mengambilnya dari Baginda SAW yang semuanya berjalan di atas jalan talaqqi dan musyafahah. Suasana pengambilan bacaan ini memang berlaku ketika sejarah latarbelakang pendidikan setiap imam qurra. UNIT 3.0 TARIKH QURRA’


Click to View FlipBook Version