The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN DAN MODUL TVET-TAHFIZ EDISI 1.0 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamarul.mahumdin, 2024-05-14 23:31:42

GARIS PANDUAN DAN MODUL TVET-TAHFIZ EDISI 1.0 2022

GARIS PANDUAN DAN MODUL TVET-TAHFIZ EDISI 1.0 2022

23 2.2 NAMA SEPULUH IMAM QIRA’AT PERAWI-PERAWI DAN BIODATA RINGKAS 2.2.1 Nama Sepuluh Imam Qira’at Perawi-Perawi Bil Imam Qiraat Rawi 1. Nafi’ Al Madani Qalun Warasy 2. Ibnu Kathsir Al-Bazzi Qunbul 3. Abu Amr al-Bashri Ad-Duriy As-Susiy 4. Ibnu ‘Amir Asy Syaami Hisyam Ibn Zakwan 5. ‘Asim Al Kufi Syu’bah Hafs 6. Hamzah Al Kufi Khalaf Khallad 7. Al-Kisa’i Al Kuufi Al-Laits. Hafs ad-Duri 8. Abu Ja’far Al Madaniy ‘Isa ibn Wardan Ibn Jammaz 9. Ya’qub al-Basriy Ruwais Rauh 10. khalaf al-‘Asyir Ishaq Idris Jadual 4: Nama sepuluh imam qiraat 2.2.2 Biodata Ringkas Imam-Imam Qiraat Yang Mutawatir i. Nafi’ Al-Madani Nama sebenar adalah Nafi’ bin Abd Rahman bin Abi Na’im alLaithi, digelar Abu Ruwim, Abu Hassan dan juga Abu Abd Rahman, dilahirkan pada tahun 70 Hijrah di Asbahan. Seorang yang berkulit gelap namun mempunyai wajah yang mudah tersenyum dengan akhlak yang sangat mulia dan suka bersenda gurau dengan para sahabat. Merupakan Imam Qiraat di Madinah dan juga terkenal pakar dalam bidang al-Qur’an. Sejak masih muda, menekuni al-Quran dan berguru tentang Qur’an kepada lebih dari 70 orang guru. Meninggal dunia pada tahun 169 Hijrah di Madinah ketika berumur 99 tahun, pernah bertalaqqi dengan 70 orang imam tabi’in dan di antaranya ialah Abu Jaafar, Syaibah bin Nasoh, Muslim bin Jundab, Yazid bin Ruman, Muhammad bin Muslim bin Shihab dan Abd Rahman bin Hurmuz. Antara orang yang mengambil sanad dengan beliau ialah Imam Malik bin Anas, Imam alLaith bin Saad, Abu Amru bin A’la, Isa bin Wardan dan juga Sulaiman bin Muslim bin Jammaz. Antara perawi yang Mashur yang meriwayatkan


24 bacaan Imam Nafi’ ialah Qalun dan Warsh. Diriwayatkan bahawa Imam Nafi’ setiap kali beliau berkata-kata maka akan keluar dari mulutnya bau yang sangat wangi seperti kasturi. Maka orang ramai bertanya kepada Imam Nafi': "Adakah engkau memakai minyak wangi setiap kali membaca al-Quran di hadapan orang ramai?". Imam Nafi' menjawab: "Aku tidak pernah mendekati minyak wangi sepanjang hidupku apatah lagi menyentuhnya, akan tetapi aku telah bermimpi sewaktu tidurku melihat Baginda SAW membaca sesuatu di mulutnya dekat ke mulut aku. Maka semenjak itulah sesiapa sahaja akan menghirup harumnya bau itu dari mulutku". a. Qalun: Abu Musa Isa bin Mi’na bin Wardan bin Isa bin Abd Samad bin Umar bin Abdullah Al-Zarqi. Nama kedua beliau ialah Abu Musa. Mendapat gelaran Qalun kerana kelunakannya membaca al-Quran. Anak tiri kepada Imam Nafi’ Al-Madani, dilahirkan pada tahun 120 Hijrah dan telah wafat pada tahun 220 Hijrah pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Ma’mum. Mula bertalaqqi dengan Imam Nafi’ ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun. Bacaannya sangat baik, boleh berbahasa Rom dengan baik, tidak pernah mendengar perkara-perkara maksiat. Beliau mempunyai penyakit pekak dan tidak mendengar apa-apa tetapi apabila dibacakan alQuran kepadanya dapat mendengarnya dengan jelas malah mampu untuk memperbetulkan bacaan al-Quran yang salah dari qari yang sedang membaca al-Qur’an. Abu Muhammad al-Bagdadi berkata: “Imam Qalun adalah seorang yang cacat pendengaran kerana beliau sepanjang hayatnya tidak pernah mendengar perkara yang lagha walau sekali. Ini kerana setiap kali dibacakan al-Quran padanya beliau boleh mendengar dengan baik sehinggakan dia boleh memahami bacaan mereka bahkan mengetahui kesalahan bacaan al-Quran tersebut sekaligus memperbetulkan bacaan yang dibacakan padanya hanya berdasarkan dengan perhatiannya kepada gerakan mulut sahaja” Mula bertalaqi Ilmu Qiraat dengan Imam Nafi’ pada tahun 150 hijrah pada masa pemerintahan Khalifah


25 Imam Mansur. Telah berkata Imam Qalun: “Aku telah baca Qiraat kepada Imam Nafi’ bukannya sekali.” Ditanya padanya: “Berapa kali yang kamu baca padanya?” berkata Imam Qalun: “Tidak aku mengiranya melainkan aku duduk baca dengannya selama 20 tahun”. Mengambil Ilmu Qiraat daripada Imam Nafi’ dan Imam Nafi’ membaca dari Imam Abu Jaa’far yang mana sanadnya berterusan sampai kepada Baginda Rasulullah SAW. Bacaannya telah menjadi pilihan masyarakat pada waktu itu, salah seorang daripada mereka ialah Imam Ibnu Jazary. Telah berkata Imam Abu Muhammad alBaghdady: “Imam Qalun seorang yang pekak dan sangat pekak dari mendengar alat-alat muzik. Apabila seseorang membaca padanya quran dia tahu akan kesalahannya dan mengenal lahjah bacaan serta menegur untuk memperbetulkannya”. b. Warsh: Abu Sa’id Uthman bin sa’id bin Abdullah bin Amru bin Sulaiman bin Ibrahim manakala nama kedua beliau ialah Abu Sa’id. Mendapat gelaran Warsh yang diberi oleh gurunya Imam Nafi’ kerana kulitnya putih. Dilahirkan pada tahun 110 Hijrah di Quirawan di Daerah Saidi, Mesir. Mempunyai sepasang mata yang berwarna biru matang dan mempunyai pergerakan yang lincah. Pakar bahasa Arab dan mempunyai suara yang sangat merdu. Mula bertalaqi dengan Imam Nafi’ pada tahun 155 hijrah dan pernah khatam alQuran dengan Imam Nafi’ beberapa kali. Warna rambutnya perang, biru matanya dan putih kulitnya. Seorang yang rendah dan gemuk tapi tidaklah terlalu gemuk. Imam Nafi’ pernah menggelarnya Warshan dengan membawa makna burung merpati. Seorang yang rendah dan memakai baju yang singkat. Apabila dia berjalan nampak kakinya. Merupakan tempat rujukan bagi masyarakat Mesir di dalam Ilmu Qiraat. Seorang yang mahir dalam Ilmu Qiraat, ilmu tajwid dan sentiasa memelihara bahasa Arab. Seorang yang baik dalam bacaannya, lunak suaranya yang mana tidak jemu apabila mendengarnya. Pendapat lain mengatakan beliau penah khatam al-Quran sebanyak 4 kali dalam sebulan


26 bersama Imam Nafi’ Apabila selesai bertalaqi dengan Imam Nafi’, kemudian beliau kembali ke tanah airnya mengajar Ilmu Qiraat daripada riwayat Imam Nafi’. Meninggal dunia pada tahun 197 hijrah di Mesir pada masa pemerintahan Khalifah Makmun ketika berumur 87 tahun. ii. Ibn Kathir Al-Makki Abu Sa’id Abdullah bin Kathir bin Amru bin Abdullah bain Zazan bin Fairuz bin Hurmuz, dilahirkan pada tahun 45 Hijrah di Makkah. Ibnu Kathir digelar Abu Ma’bud. Berbadan tegap, berkulit hitam manis, bermata biru, serta putih kepala dan berjanggut. Merupakan seorang yang fasih berkata-kata. Ibnu Kathir mempunyai ramai anak murid. Yang masyhur adalah Al-Bazzi dan Qunbul. Wafat pada tahun 120 Hijrah di Makkah ketika berusia 75 tahun. Seorang tabi’i jalil, pernah berjumpa beberapa sahabat di Mekah antaranya Abdullah bin Zubair, Aba Ayyub Al-Ansori dan Anas bin Malik. Bertalaqi al-Quran daripada Abi Sa’ib Abdullah bin As-Sa’ib Al-Makhzumi, Abi Al-Hajjaj Mujahid bin Jabar AlMakki dan daripada Dirbas Maula Ibn Abbas. Pernah menjadi qadhi di Mekah dan imam qiraat kepada mereka, antara yang meriwayatkan bacaan daripadanya ialah Ismail bin Abdullah Al-Qusth, Ismail bin Muslim, Hammad bin Salamah, Khalil bin Ahmad, Sulaiman bin AlMughirah, Syibl bin I’bad, Abdul Malik bin Jarih, Ibn Abi Malikah, Sufian bin Uyainah, Abu Amru Al-Ala’ dan Isa bin Umar. Pernah dinaqalkan daripada kata-kata imam As-Syafie bahawa bacaan kami adalah bacaan Ibnu Kathir. Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Bazzi dan Imam Qunbul.


27 a. Al-Bazzi Abu hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazzah Al-Makki. Beliau dinasabkan kepada nama datuknya yang terdahulu, Abi Bazzah. Nama Abi Bazzah ialah Basyar. Lahir tahun 170 Hijrah di Makkah. Gelaran Abu Al-Hassan. Sifat Peribadi: Antara yang terawal meriwayatkan Qiraat Ibnu Kathir, Salah seorang perawi Ibnu Kathir, Perawi yang terbaik yang boleh dipercayai, Perawi yang dhobit yang merangkumi ingatan dan penulisan, Seorang muazzin dan imam di Masjidil Haram selama 40 tahun. Meninggal dunia pada tahun 205 hijrah di Mekah ketika berusia 80 tahun. Perawi yang paling masyhur bagi imam Ibnu Kathir, paling adil, thiqah. Mengambil bacaan itu daripada Ikrimah bin Sulaiman daripada Ismail bin Abdullah Al-Qusth dan daripada Syabil Ibnu Ibad daripada Ibnu Kathir. Antara yang mengambil bacaan daripadanya ialah Al-Hassan bin Al-Habbab, Abu Rabi’ah, Ahmad bin Farh, Muhammad bin Harun, Muhammad bin Abdurrahman. b. Qunbul Muhammad bin Abdul Rahman bin Khalid bin Muhammad bin Said Al-Makhzumi Al-Makki, Lahir tahun 195 Hijrah di Makkah Qunbul merupakan gelaran yang diberikan kepadanya kerana beliau berasal dari suatu kelompok masyarakat yang disebut Qanabilah. Kuniyahnya adalah Abu Amru. Terkenal dengan akhlak mulia, Perawi yang hobit yang boleh dipercayai, seorang yang bertaqwa dan kuat dengan hukum agama. Sumber bagi para ahli qiraat di negeri Hijaz dan para muridnya datang dari seluruh pelusuk daerah Islam. Wafat tahun 291 Hijrah ketika berumur 96 tahun di Makkah. Mengambil bacaan secara langsung daripada Ahmad Ibnu Muhammad bin ‘Aun An-Nabal, Ahmad Al-Bazzi, Abi Al-Hassan Ahmad Al-Qowas, Ismail bin Syibil, dan Ma’ruf bin Miyskan. Beliau antara perawi Ibnu Kathir yang masyhur tetapi mendahuluinya oleh Bazzi kerana beliau juga bertalaqi dengan Bazzi. Antara yang mengambil bacaan daripada beliau ialah Abu Rabi’ah Muhammad bin Ishaq, Muhammad bin Abdul Aziz, Ahmad bin Musa, Muhammad bin Ahmad Ibn Qunbuz dan Abdullah bin Jubair.


28 iii. Abu Amru Ad-Dani Zabban bin al-’Ala bin ’Ammar bin Al-Iryan bin Abdullah bin AlHassan bin Al-Harith ibnu Jahdalah. Dilahirkan pada tahun 70 hijrah dan ada pendapat yang lain mengatakan pada tahun 68 hijrah di Makkah. Gelaran Ibnu al-’Ala. Kemuliaan & Sifat Peribadi. Seorang yang sangat dihormati di kalangan bangsa arab. Pakar dalam bidang berkaitan alQur’an. Seorang yang benar, dipercayai, amanah, zuhud, dan alimdalam bidang agama. Ulama’ besar yang beramal dengan ilmunya Pakar dalam Ilmu Qiraat, Nahu dan Feqah. Wafat tahun 154Hijrah diKuffah. Merupakan salah seorang dari Qurra' tujuh yang masyhur. Qiraatnya terkenal di Kufah dan Basrah.Guru-gurunya sangat ramai berbanding dengan Qurra' tujuh yang lain. Beliau dari kalangan tabi'in yang dipercayai serta seorang ahli hadith. Sanad bacaan Abu Amru Ad-Dani telah membaca kepada Al-Hassan Bin Al-Hassan AlBasri ke atas Abi Jaafar Mid bin Qais Al-A'raj Al-Makki dan Abi Al-A'liah Yazid bin Ruman dan Syaibah bin Nasah dan A'sim bin Abi Al-Najud dan Abdullah bin Khatir dan Abdullah bin Abi Ishaq Al-Hadrami dan Abi Rabah dan Ikrimah bin Khalid Al-Makhrumi, Ikrimah Maula Ibnu A'bbas dan Mujahid bin Jabir dan Muhammad bin Muhaisin dan Nasir bin A'sim dan Yahya bin Ya'mar dan Sa'id bin Jabir. Abu Amru telah wafat pada tahun 154 hijrah di Kufah. Anak murid beliau yang masyur ialah Imam Ad-Duri dan Imam As-Susi. a. Ad-Duri Hafs bin Umar bin Abd Aziz bin Subhan bin ’Ada bin Subhan ad-Duri al-Azli Al-Baghdadi. Lahir tahun 150 Hijrah pada zaman alMansor. Gelaran Ad-Duri, Kinayah Abu ’Amru. Sifat Peribadi: Seorang yang benar, Perawi yang terawal membukukan Ilmu Qiraat, Sebagai tempat rujukan di kalangan masyarakat pada zamannya kerana ketinggian sanad dan ilmunya, Pakar dalam bidang Hadih, Wafat tahun 246 Hijrah pada zaman Mutawakkal, Beliau merupakan rawi kepada dua orang Imam Abi Amru dan juga Al-Kisa'i. Beliau dikenali dengan nama Abu Umar disandarkan kepada Ad-Durri yang


29 merupakan nama salah satu tempat di Baghdad iaitu di selatan negara tersebut. Beliau telah bertalaqqi al-Quran dengan guru yang ramai, antaranya ialah seperti Imam Nafi', Yaakub Bin Jaafar, Ibnu Jammaz, Abi Jaafar, Salim bin Hamzah, Al-Kisa'i, Yahya bin Al-Mubarak AlYazidi serta Abu Amru Al-Basri. Beliau merupakan Imam Qurra' pada zamannya, juga guru kepada masyarakat khususnya rakyat Iraq pada zamannya. Beliau adalah orang yang mula-mula mengumpulkan Ilmu Qiraat serta membukukannya. Beliau menjadi sumber ilmu kepada masyarakat seluruh pelusuk tempat dengan ketinggian sanadnya serta kehebatan ilmunya. Abu Daud Berkata: Aku melihat Imam Ahmad Bin Hambal menyalin qiraat daripada Abi Umar Ad-Duri, panjang umurnya dalam Ilmu Qiraat dan ilmu pembacaan, dan teliti dalam pengambilan qiraatnya. b. As-Susi Ar-Raqqi. Soleh Bin Ziyad bin Abdullah bin Ismail Bin Ibrahim Bin AlJarud As-Susi Ar-Raqqi. As-Susi adalah nisbah kepada Sus yang merupakan salah satu tempat di Bandar al-Ahwaz. Lahir tahun 170 Hijrah. Kinayah Abu Syuib, seorang yang muqri' merdeka, teliti terhadap setiap huruf-huruf al-Quran mengambil bacaan secara langsung kepada Abi Muhammad Yahya Ibnu Mubarak Al-Yazidi. Diantara yang mengambil bacaan dengannya adalah anaknya sendiri iaitu Muhammad selain dari itu Musa bin Jarir An-Nahwi, Abu Harith Muhammad Bin Ahmad At-Thursusi Ar-Raqqi, Muhammad Bin Said Al-Harani, Ali Bin Muhammad As-Sa'di, Muhammad Bin Ismail Al-Quraisyi, Musa Bin Jumhur, Ahmad Bin Syuib Al-Nasa'I Al-Hafiz dan ramai lagi rawinya yang lain. Sifat Peribadi: Seorang yang dhobit (kuat ingatan) Seorang yang diparcayai. Rapat dengan gurunya, Paling tua di kalangan sahabat, Wafat tahun 261 Hijrah di Raqqah, Umurnya sekitar 90 tahun sepertimana yang disebut dalam kitab AnNasyri karangan Ibnu Al-Jazari.


30 iv. Ibnu Amir Abdullah bin Amir Bin Yazid Bin Tamin Bin Rabiah Bin Amir AlYahsobii. Keturunannya sampai kepada Yahsab Bin Dahman. Beliau digelar dengan nama Abu Imran. Beliau merupakan qurra' yang paling tua dikalangan Qurra' yang tujuh dan juga sanad bacaannya paling tinggi dari yang lain. Beliau dilahirkan pada tahun 21 selepas Hijrah, ada pendapat mengatakan pada tahun kelapan Hijrah. Beliau telah bertalaqi al-Quran dengan Ali bin Hashim alMughirah bin Abi Shihab Abdullah bin Amru bin al-Mughirah alMakhzumi yang tiada perselisihan lagi dikalangan muhaqqiqin dan kepada Abi Darda' U'waimir bin Zaid bin Qais sepertimana telah terputusnya bacaan imam al-Hafiz Abu Amru Ad-Dani dengannya. Seterusnya telah membaca al-Mughirah kepada Uthman bin Affan dan Abu Darda' serta Othman telah bertalaqi dengan Rasulullah SAW. Telah thabit bahawa beliau telah mendengar al-Quran dan alHadith dari sebilangan besar para sahabat diantaranya ialah al-Nukman Bin Basyir, Mu'awiyyah Bin Abi Sufian dan Fadhalah Ibnu Abid. Beliau merupakan salah seorang dari kalangan tabi'in yang mana beliau hidup dizaman para sahabat Rasulullah S.A.W. Beliau juga adalah Imam kepada ahli Syam dalam bacaan alQuran selepas wafatnya Imam kaum muslimin Abu Darda' setelah menjadi guru dalam jangka masa yang panjang dizaman pemerintahan keluarga Umawiyyah Umar bin Abdul Aziz sebelumnya dan juga selepasnya. Ketika umar bin Abdul Aziz memegang jawatan khalifah, beliau bertalaqi dengan Ibnu Amir dengan kesungguhannya beliau telah menjadikan bidang mengajar al-Quran satu pekerjaan yang mulia. Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Hisyam dan Imam Ibnu Zakwan. a. Hisyam Nama beliau ialah Hisyam bin Ammar bin Nasir bin Maisarah As-Salami Ad-Dimashqi. Beliau digelar sebagai Abul Walid. Dilahirkan pada tahun 153 Hijrah pada zaman Al-Mansor. Menerima bacaan daripada A'rrak al-Marri, Ayyub bin Tamim. Selain daripada keduanya iaitu Yahya Az-Zimary daripada Abdullah bin Amir serta


31 sanadnya sampai kepada Rasulullah SAW. Imam kepada penduduk Damsyik serta seorang kKhatib, guru al-Quran dan hadis juga mufti kepada mereka dengan sifatnya yang dipercayai, teliti dan adil dalam segala hal. Fasih lagi alim serta luas ilmu pengetahuannya sama ada yang riwayah ataupun dirayah. Berkata Imam al-Asbahany: telah dikurniakan kepada Imam Hisyam umur yang panjang, ingatan yang kuat dan sentiasa memberi pendapat yang rajah. Maka dengan itu telah datang kepadanya manusia semata-mata untuk mempelajari lmu Qiraat dan ilmu hadis. Mereka yang telah meriwayatkan bacaannya ialah Abu Ubaid bin Qasim bin Salam, Ahmad bin Yazid Al-Hilwany, Musa bin Jumhur. Abbas bin Fadhl dan Harun bin Musa Al-Akhfash. Meriwayatkan hadis darinya ialah Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majjah dalam sunan mereka. Menceritakan riwayatnya oleh At-Tirmizi, Jaafar al-Ghary dan Abu Zur'ah. Berkata Yahya bin Muayyin adapun Imam Hisyam merupakan seorang Imam yang Thiqah. Meninggal dunia pada tahun 245H ketika berumur 92 tahun. b. Ibnu Zakwan Abdullah bin Ahmad bin Basyar ataupun Basyir bin Ibnu Zakwan bin Amru. Gelarannya ialah Abu Muhammad. Adapun pendapat yang lain mengatakan Abu Amru ad-Dimasyqiy. Dilahirkan pada tahun 173 hijriyyah pada hari Asy-syura’. Mengambil bacaan qiraat daripada Abu Ayyub bin Tamim. Berkata Imam Abu Amru: Ibn Zakwan juga telah mengambil bacaan qiraat dengan Imam Kisa’I ketika mana dia pergi ke Syam. Telah berkata Ibnu Zakwan: Aku telah tinggal bersama dengan Imam Kisa’i selama 7 bulan dan aku telah membaca al-Quran kepadanya beberapa kali. Meriwayatkan huruf-huruf al-Quran secara 'sima’n’ daripada Imam Ishaq bin Musaiby daripada Imam Nafi'. Imam yang masyhur, thiqah dan syeikh qurra’ di dalam Ilmu Qiraat serta seorang Imam di Jami’ Damsyiq setelah tamat pengajiannya di Damsyiq selepas Imam Hisyam.


32 Berkata Imam Abu Zur’ah ad-Dimasyqy: Tiada seorang pun Imam di Iraq, Syam, Kharassan, Hijjaz dan Mesir yang dapat menandinginya di dalam Ilmu Qiraat pada zamannya dan beliau merupakan pengarang kitab yang berkaitan dengan ilmu al-Quran yang mana aku telah membaca dan meriwayatkan daripadanya. Meriwayatkan bacaannya ialah anaknya sendiri Ahmad, Ahmad bin Anas dan Ishaq bin Daud, Abu Zur'ah Adur Rahman bin Amru AdDimasyqi, Adullah bin Isa Al-Asbahany, Muhammad, Ismail AtTirmidzy, Muhammad bin Musa As-Sury, Harun bin Musa Al-Aghfash dan ramai lagi. Ibnu Zakuan meninggal dunia pada hari Isnin dua hari baki daripada Hari Raya tahun 242 Hijriyyah. v. Asim Al-Kufiy Ra A’sim bin Abdullah bin Abi Najud. Gelarannya ialah Abu Bakar. Nama ibunya ialah Bahdalah. Pendapat mengatakan bahawa gelaran bapanya ialah Abi Najud. Beliau merupakan salah seorang qura’ tujuh dan juga seorang tabien sepertimana yang telah diceritakan oleh 2 orang sahabat Nabi SAW, mereka ialah Abi Ramsah Rifa'ah AtTamimy dan Harith bin Hasan Al-Bakry. Membaca qiraat kepada Imam Abi Abdurrahman Abdullah bin Habib bin Rabi'ah Al-Salmy AzDhorir. Imam A'sim pernah menghimpunkan antara fasohah kalimah dan tajwid serta itqan. Meninggal pada tahun 127 hijrah di Kufah. Murid beliau yang masyhur ialah Imam Syu'bah dan Imam Hafs. a. Syu’bah Syu’bah bin I’yyash bin Salim al-Hinadh An- Nahshily Al-Kufy. Kuniyahnya ialah Abi Bakar. Dilahirkan pada tahun 95 hijrah. Mengambil Ilmu Qiraat dan bertalaqi daripada Imam A’sim beberapa kali dan juga daripada Imam Ata’ bin Saib serta Imam Aslam alMunqary pada waktu yang lama melainkan dia menamatkan bacaannya 7 tahun sebelum kematiannya. Syu'bah merupakan seorang Imam yang alim dalam pelbagai ilmu serta beramal dengannya dan juga beliau merupakan seorang penghafaz hadis nabi SAW. Kibar Ulama’ pada masanya dan


33 bermazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaa’h. Pernah berkata di-dalam kalamnya: (barangsiapa yang berkata serta beri'ttiqad bahawa alQuran itu adalah makhluk, maka di sisi kami adalah kafir zindiq, tidak akan kami bersamanya serta bercakap dengannya) Membaca al-Quran secara (Ardho) daripada Imam Abu Yussuf Yaa’qub bin Khalifah al-A’sya, Imam Abdurrahman bin Abi Hammad, Imam Yahya bin Muhammad al-A’limy serta banyak lagi. Ketika telah hampir waktu kematiannya, menangislah saudara perempuannya. Maka berkata Imam Syu’bah kepadanya: Apa yang kamu tangisi? Lihatlah kamu kepada zawwiyyah (tiang) itu, maka sesungguhnya aku telah mengkhatamkan al-Quran padanya sebanyak 18,000 kali. Imam Syu'bah meninggal dunia pada bulan Jamadil Awwal tahun 193 hijrah. b. Hafs Hafs bin Sulaiman bin Mughirah bin Abi Daud al-Asady alKufy Al-Bazzar. Dinisbahkan gelarannya al-Bazzar kerana Imam Hafs merupakan seorang penjual baju. Gelarannya ialah Abu Umar. Lahir pada tahun 90 hijrah. Mengambil bacaan qiraat dan bertalaqi daripada Imam A’sim.Imam Hafs merupakan anak tiri kepada Imam A’sim. Berkata Imam ad-Dani: (Diambil dan dibaca bacaannya oleh keseluruhan manusia pada masa itu. Apabila dia pergi ke Baghdad dibaca oleh penduduk Baghdad akan bacaannya. Dan apabila pergi ke Mekah dibaca oleh penduduk Mekah akan bacaannya). Berkata Imam Yahya bin Mua’yyin: (Riwayat yang paling soheh daripada riwayat bacaan Imam A’sim ialah riwayat Imam Hafs). Pendapat yang sohih, Imam Hafs meniggal dunia pada tahun 180 hijrah ketika berusia 90 tahun. Riwayat Hafs banyak digunakan sebagai bacaan di seluruh dunia.


34 vi. Hamzah Al-Kufy Ra Hamzah bin Habib bin I’marah bin Ismail al-Kufy al-Taimy. Gelarannya Abu Ammarah. Merupakan salah seorang Imam yang muktabar pada masanya dan juga merupakan Imam qura’ 7. Dikenali sebagai Az-Ziyyat. Digelar sedemikian kerana menjual minyak zaitun daripada Iraq ke Helwan. Juga menjual keju dan buah Jus. Dilahirkan pada tahun 80 hijrah serta sempat berjumpa dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. Dikenali sebagai Tabien. Mengambil Ilmu Qiraat daripada Abi Muhammad Sulaiman bin Mahran al-A’masyh, Abi Hamzah Hamran bin A’yun, Abi Ishaq Amru bin Abdullah as-Sabi’e dan ramai Lagi. Berkata Imam Abi Hanifah: 2 perkara yang tidak akan kami balahkan dengan Imam Hamzah ialah ilmu yang berkaitan dengan AlQuran dan Faraid. Berkata Imam Sufyan As-Thaury: Tidak akan membaca seseorang kepada Imam Hamzah huruf-huruf al-Quran melainkan ia akan meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hatinya. Ramai yang meriwayatkan bacaannya di antaranya ialah Ibrahim bin Al-Adham, Hussain Bin Ali al-ja’fy, Sulaim bin Musa dan Imam Sufyan As-Thaury. Meninggal dunia pada tahun 156 hijrah di Helwan iaitu sempadan negara Iraq ketika mencapai umur 76 tahun. Murid beliau yang masyhur ialah Imam Khalaf dan Imam Khallad. a. Khalaf Al-Kufy Namanya ialah Khalaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Khalaf al Asady al-Baghdady Al-Bazzar. Gelarannya Abu Muhammad. Merupakan salah seorang yang meriwayatkan bacaan Imam Sulaim serta salah seorang daripada imam qura’ 7. Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah. Mula menghafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun dan mula menuntut Ilmu Qiraat ketika berumur 13 tahun. Talaqi al-Quran kepada Imam Sulaim bin Isa. Imam Abdurrahman Bin Hammad dan ramai lagi. Zuhud, thiqah, alim serta abid kepada Allah SWT. Pernah berkata didalam kalamnya: Aku pernah musykil di-dalam ilmu Nahu maka dengan sebab itu aku telah menginfaqkan sebanyak 8000


35 dirham kemudian aku menghafaznya dan memelihanya. Mereka yang telah meriwayatkan bacaannya ialah Imam Ahmad b. Ibrahim, saudaranya Ishaq b. Ibrahim dan Imam Ibrahim bin Ali al-qisor dan ramai lagi. Meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah pada bulan Jamadil Akhir di Baghdad. b. Khallad Al-Kufy Khallad bin Khalid al-Syaibany. Gelarannya Abu I’sa. Lahir pada tahun 119 hijrah, menurut pendapat lain pada tahun 130 Hijrah. Mengambil Ilmu Qiraat daripada Imam Sulaim. Meriwayatkan bacaan al-Quran daripada Imam Hussain bin Ali al-Ju’fy, daripada Imam Abi Bakar, daripada Imam A’sim, daripada Imam Abi Jaa’far. Merupakan seorang yang Thiqah dan menguasai Ilmu Qiraat. Mereka yang meriwayatkan bacaannya secara ialah Imam Ahmad bin Yazid al-Helwany, Imam Ibrahim bin Ali al-Qisor, Imam Ali bin Hussain Ath-Thobary, Imam Ibrahim bin Nasr ar-Razzy dan ramai lagi. Meninggal dunia pada tahun 220 hijrah. Pakar dalam Ilmu Qiraat seorang yang thiqah, berpengetahuan tinggi dan seorang yang diyakini dan pandai bertarannum. vii. Al-Kisaie Ra. Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Usman bin Bahman bin Fairuz Al-Asadi. Beliau berasal daripada Kufah kemudian bermastautin di Baghdad. Gelarannya Abulhassan. Digelarnya Al-Kisaie. Mengambil bacaan secara langsung daripada imam Hamzah sebanyak 4 kali, Muhammad bin Abi Laili, Isa bin Umar Al-Hamdzani, Imam Syu’bah, Ismail bin Jaafar dan Zaidah bin Qodamah. Imam qiraat pada zamanya dan mengajar mereka. Masyhur selepas imam Hamzah, juga alim tentang ilmu nahu dan lughah. Berkata sebahagian ulama’: adapun imam Kisaie apabila membaca al-Quran atau bercakap seolah malaikat yang berkata di mulutnya. Antara yang meriwayatkan bacaan daripadanya ialah Ahmad bin Jubair, Ahmad bin Mansur Al-Baghdadi, Hafs bin A’mru Ad-Duri, Abu al-Harith al-Laith, Abdullah bin Ahmad Zakwan, Abu Ubaid Al-Qosim bin Sallam, Qutaibah bin Mahran, al-


36 Mughirah bin Syuaib, Yahya bin Adam, Khallaf bin Hisham Al-Bazzar dan Yahya bin Yazid Al-Farra’. Meninggal dunia pada 189 hijrah ketika berusia 70 tahun. Murid beliau yang masyhur ialah Imam Abul Harith dan Imam Ad-Duri. a. Al-Laith Al-Laith bin Khalid Al-Marwazy al-Baghdadi. Gelarannya Abul Harith. Mengambil bacaan secara langsung daripada Imam Kisaie dan beliau merupakan sahabat besar Imam Kisaie. Thiqah, mantap lagi sempurna dalam qiraat. Antara yang meriwayatkan bacaan daripadanya ialah Salamah bin A’sim, Muhammad Ibnu Yahya, Fadhli bin Syazan dan lain-lain. Meninggal dunia pada 240 hijrah. Perawi kedua bagi imam Kisaie ialah Imam Ad-Duri yang juga merupakan perawi bagi Imam Abu A’mru Al-Basri yang telah disebutkan sebelum ini. b. Ad-Duri Nama lengkap beliau ialah Hafs bin Umar bin Abdul Aziz bin Suhban bin ‘Ada bin Suhban ad-Duri al-Azli Al-Baghdadi. Beliau dilahirkan pada tahun 150 Hijrah, pada zaman al-Mansor. Beliau digelar ad-Duri, kinayahnya adalah Abu’Amru. Duri berasal dari Baghdad. Sebutan ad- Duri adalah merupakan nama suatu tempat dikota Baghdad. ad-Duri juga merupakan anak murid kepada Imam Kisaei. Antara sifat peribadi beliau adalah, merupakan seorang yang benar serta perawi terawal yang membukukan Ilmu Qiraat. Beliau merupakan sumber rujukan dalam kalangan masyarakat pada zamannya kerana ketinggian sanad dan ilmunya. ad-Duri juga seorang yang pakar dalam bidang hadith dan telah wafat pada zaman Mutawakkal, pada tahun 246 Hijrah. viii. Abu Ja'afar Al-Madani Nama beliau ialah Yazid bin Qa’qa’ al-Makhzumi al-Madani, gelarannya ialah Abu Jaafar, merupakan salah seorang qura’ ‘asyarah dan juga seorang tabi’in. Talaqqi al-Quran daripada syeikhnya yang


37 bernama Abdullah bin ‘iyash bin Abi Rabiah dan juga daripada Abdullah bin Abbas dan juga Abi Hurairah R.A nhum. Tiga orang syeikh itu bertalaqqi dengan Ubay bin Kaab dan bertalaqqi Abu Hurairah dan Abdullah bin Abbas juga daripada Zaid bin Thabit. Dan bertalaqqi Zaid bin Thabit dan Ubay bin Kaab daripada Rasulullah S.A.W. Berkata ulama’ bahawa Abu Jaafar bertalaqqi daripada Zaid bin Thabit secara berhadapan antara seorang murid dan seorang guru. Suatu hari Abu Jaafar pergi kepada Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian, Ummu Salamah meletakkan tangannya ke atas kepala Abu Jaafar dan mendoakan kepadanya kebaikan. Abu Jaafar juga pernah bersolat bersama Abdullah bin Umar al-Khattab r.a. Imam Ahli Madinah dan juga merupakan syeikh qiraat yang masyhur di Madinah. Imam yang adil, thiqah, amanah dan beliau mempunyai sanad yang tinggi. Telah berkata Imam al-Ashma’i yang dinaqalkan daripada Ibnu Ziad bahawasanya tiada seorang pun daripada penduduk ahli Madinah mengambil wajah qiraat melainkan daripada Abu Jaafar kerana beliau merupakan Imam yang terdahulu daripada Abdurrahman bin Hurmuz al-A’raj. Ibnu Abi Hatim telah berkata, “Aku telah bertanya kepada ayahku tentang Imam Abi Jaafar”. Maka jawab ayahnya, “beliau merupakan orang yang benar percakapannya (sodiqul hadis)” Di antara mereka yang telah meriwayatkan bacaannya ialah Imam Nafi’ bin Abi Nu’aim, Imam Isa bin Wardan, Sulaiman bin Muhammad bin Muslim (Ibnu Jammaz), Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dan Imam Abu Amru bin ala’ serta ulama’-ulama’ selain daripada mereka. Imam Abi Jaafar telah meninggal dunia pada tahun 130 hijrah. Murid beliau yang masyhur ialah Imam Ibnu Wardan dan Imam Ibnu Jammaz. a. Ibnu Wardan Isa bin Wardan Al-Madani dan dikenali sebagai Abu Harith dan digelar ‘Al-Haza’’. Imam Ibnu Wardan merupakan salah seorang dari kalangan sahabat Imam Nafi’. Dan Imam Nafi’ merupakan teman sepengajian ketika mempelajari bacaan dengan Imam Abi Jaafar. Ibnu Wardan telah mengulang bacaan al-Qurannya dengan Imam Abi Jaafar dan Imam Syaibah dan juga dengan Imam Nafi’. Berkata


38 Imam Abu Amru Ad-Dani bahawa Ibnu Wardan merupakan sebaikbaik sahabat kepada Imam Nafi’ dan merupakan orang yang paling lama bersahabat dengannya. Ibnu Wardan juga berkongsi sanad dengan Imam Nafi’. Imam dalam bacaan al-Quran dan merupakan qari yang baik lagi bijaksana serta merupakan seorang rawi yang teliti lagi berdisplin. Mereka yang telah menerima dan mengulang alQuran daripadanya ialah Ismail bin Jaafar, Imam Qalun dan Muhammad bin Omar. Imam Ibnu Jazari berkata Imam Ibnu Wardan telah meninggal dunia sekitar tahun 160 hijrah b. Ibnu Jammaz Sulaiman bin Ahmad bin Muslim bin Jammaz. Beliau diberi gelaran (laqab) az-Zuhri dan juga Al-Madani. Beliau juga dikenali sebagai Abu Rabiq. Ibnu Jammaz mengambil dan mengulang bacaan daripada Imam Abi Jaffar dan Imam Syaibah dan kemudiannya dengan Imam Nafi’. Beliau mengamalkan bacaan dengan bacaan Imam Abi Jaafar dan Imam Nafi’. Mereka yang mengambil dan mengulang bacaan daripadanya ialah Ismail bin Jaafar dan Utaibah bin Mahran. Ibnu Jammaz merupakan seorang qari yang agung, teliti dan berdisplin lagi cerdik dalam bacaan Imam Abu Jaafar dan Imam Nafi’. Berkata Imam Ibnu Jazary di dalam kitab Al-Ghayah, bahawa Imam Ibnu Jammaz telah meninggal dunia pada tahun 170 hijrah. ix. Yakub Ya’kub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq al-Hadhromi alBasri. Gelarannya Abu Muhammad. Mengambil bacaan secara langsung daripada Abi al-Munzir Salam bin at-Towil al-Mazini, Shihab Syarifah, Abi Yahya, Mahdi bin Maimun, Abi al-Asyhab Jaa’far bin Hayyan al-A’thori. ada yang mengatakan beliau telah membaca kepada imam Abu A’mru, dan mendengar huruf daripada imam Hamzah dan imam Kisaie. Seorang yang alim tentang qiraat di zamannya, mahir dengan kalam-kalam arab, fiqh, riwayah, wara’ lagi zuhud penuh ketaqwaan. Thohir Ibnu Gholbun pernah mengatakan bahawa imam


39 masjid basrah tidak membaca al-Quran melainkan dengan qiraat imam Ya’kub. Antara yang mengambil bacaan daripadanya ialah Zaid bin Ahmad, Umar As-Siraj, Abu Basyar Al-Qothon, Muslim bin Sufian, Muhamad bin Mutawkkil, Rauh bin Abdil Mu’min dan lain-lain. Meninggal dunia pada 205hijrah Ketika berumur 88 tahun. Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Ruais dan Imam Rauh. a. Ruais Muhammad bin Al-Mutawakkil al-Lu’luie al-Basri. Gelarannya Abu Abdullah, laqobnya ruais. Perawi bagi imam Ya’kub, antara sahabatnya yang paling cerdik dan mahir dalam qiraat. Antara yang merawikan bacaan daripadanya ialah Muhammad bin Harun dan Abu Abdullah Az-Zubair bin Ahmad Az-Zabiri As-Syafie. Meninggal dunia di basrah pada tahun 238 hijrah. b. Rauh Rauh bin Abdul Mu’min al-Hadthali al-Basri an-Nahwi. Gelarannya Abu Hassan. Mengambil bacaan langsung daripada imam Ya’kub.juga merawikan huruf daripada Ahmad ibni Musa dan Abdullah bin Muaz yang telah mengambil daripada imam Abu Amru. Antara yang mengambil bacaan daripadanya ialah At-Thib Ibni Hamdan Al-Ghadi, Abu Bakar Muhammad bin Wahab As-Saqofi, Muhammad bin Hassan, Ahmad bin Yazid, Hasan bin Muslim. Meninggal dunia pada235\234 hijrah. x. Khalaf Al-Asyir Al-Kufi Khalaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Khalaf al-Asady al-Baghdady alBazzar. Gelarannya Abu Muhammad.Dia merupakan salah seorang yang meriwayatkan bacaan Imam Sulaim serta salah seorang daripada qura’ 7. Mula menghafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun dan mula menuntut Ilmu Qiraat ketika berumur 13 tahun. Bertalaqi al-Quran secara (Ardho) kepada Imam sulaim bin Isa. Imam Abdurrahman bin Hammad dan ramai lagi. Seorang yang Zuhud, Thiqah, Alim serta Abid kepada Allah SWT. Dia pernah berkata didalam kalamnya: “Aku pernah musykil di-dalam ilmu nahu maka dengan sebab itu aku telah


40 menginfaqkan sebanyak 8000 dirham kemudian aku menghafaznya dan memeliharanya”. Mereka yang telah meriwayatkan bacaannya secara (Ardho) dan (Sama'an) Imam Ahmad Bin Ibrahim, saudaranya Ishaq Bin Ibrahim dan Imam Ibrahim bin Ali al- Qisor dan ramai lagi. Meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah pada bulan Jamadil Akhir di Baghdad. Murid beliau yang masyhur ialah Imam Ishaq dan Imam Idris. a. Ishaq Ishaq bin Ibrahim bin Usman bin Abdullah al-Marwazy alBaghdady. Gelarannya ialah Abu Yaaqub yang mana merupakan rawi kepada Imam Khalaf A’syir juga membaca kepadanya dengan sanad mutawattir. Beliau merupakan seorang yang teliti dalam mempelajari Ilmu Qiraat dan Beliau tidak mengetahui tentangnya melainkan selepas mempelajarinya dengan Imam Khalaf. Telah meriwayatkan bacaannya ialah anaknya sendiri iaitu Muhammad bin Ishaq, Muhammad bin Abdullah bin Abi Ummar An-Naqash, Hasan bin Usman Al-Barsoty, ali bin Musa dan Ibnu Syanbuz. Meninggal pada tahun 826 Hijriyyah. b. Idris Idris bin Abdul Karim al-Hidad al-Baghdady. Gelarannya ialah Abul Hasan. Membaca qiraat kepada Imam Khalaf serta meriwayatkan bacaannya. Beliau juga pernah membaca kepada Imam Muhammad bin Habib Asy-Syamuni. Imam yang Mutqin, thiqah, teliti dalam mempelajari Ilmu Qiraat. Telah ditanya kepada Imam ad-Daraqtony tentangnya maka katanya: “beliau merupakan seorang Imam yang Thiqah dan kethiqahhannya tiada bandingan pada masanya”. Telah meriwayatkan bacaannya secara (sima'an) ialah Ahmad bin Mujahid.


41 Manakala secara (A’rdhan) ialah Muhammad bin Ahmad bin Syanbuz, Musa bin Ubaidillah Al-Qahany, Muhammad bin Ishaq alBukhary, Ahmad bin Buyan, Abu Bakar Naqasy, Hasan bin Said alMutawwa'i dan Muhammad bin Ubaidillah Ar-Razy. Meninggal dunia pada hari Aidil Adha pada tahun 292 Hijriyyah ketika berumur 93 tahun.


42 3.1 PENGENALAN Tajwid dari sudut bahasa bermaksud memperelokkan atau memperindahkan. Dari sudut istilah pula, Tajwid bererti megeluarkan huruf dari tempatnya dengan memberikan hak sifat-sifat yang dimilikinya. Ringkasnya, ilmu tajwid adalah ilmu tentang cara membaca al-Quran dengan baik dan betul. Supaya dapat membaca ayat suci al-Quran secara fasih (betul/benar), lancar, serta dapat memelihara lidah dari kesalahan-kesalahan ketika membaca al-Quran. Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah akan tetapi, hukum mengamalkan tajwid di ketika membaca al-Quran adalah Fardhu ‘Ain, atau wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf. 3.1.1 Kesalahan-kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada kesalahan nyata dan kesalahan tersembunyi. i. Kesalahan yang nyata berlaku apabila terdapat kesalahan pada sebutan huruf atau perubahan pada tanda baris, sama ada ii. membawa kepada perubahan makna atau tidak. Kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa. Jika kesalahan ini berlaku dalam bacaan solat, maka tidak sah iii. Kesalahan tersembunyi tidak membawa kepada perubahan makna, seperti meninggalkan dengung, tidak dapat menentukan kadar harakat mad dengan sempurna, atau tidak. Kesalahan ini tidak sampai mencacatkan solat, namun begitu, para pembaca al-Quran patut meninggalkannya. UNIT 3.0 TAJWID ‘ILMI DAN AMALI


43 3.1.2 Tingkatan Bacaan al-Quran i. At-Tahqiq merupakan tingkatan yang paling lambat dan perlahan-lahan. Tempo ini biasanya digunakan bagi mereka yang sedang belajar membaca al- Quran agar dapat melafazkan huruf beserta sifat-sifatnya dengan tepat. ii. At-Tartil ertinya membaca al-Quran dengan perlahan dan tenang. Setiap huruf dilafazkan satu persatu dengan jelas dan tepat menurut makhraj dan sifatnya, serta terpelihara ukuran panjang pendeknya, dan berusaha untuk memahami maknanya. Membaca dengan tartil lebih baik dan diutamakan. iii. At-Tadwir tingkatan ini berada pada pertengahan antara tartil dan hadr. Bacaan at-tadwir ini dikenal dengan bacaan yang sedan, tidak terlalu cepat dan juga tidak terlalu perlahan. Kebiasaannya dibaca dalam solat oleh para imam. iv. Al-Hadr adalah tingkatan bacaan al-Quran yang paling cepat. Namun hukum tajwid masih lagi terjaga. al-Hadr biasanya diguna pakai oleh mereka yang sudah menghafal al-Quran agar dapat mengulang hafalan dalam masa yang singkat. 3.2 MAKHRAJ HURUF Makhraj huruf bermaksud tempat keluar sebutan huruf-huruf hija'iyyah. Terdapat 5 pembahagian umum kesemuanya. Di dalamnya pula terdapat 17 makhraj huruf khusus.


44 3.2.1 Al-Halq Bermaksud kerongkong tekak atau halkum. Teradapat 6 huruf kesemuanya yang keluar dari kerongkong tekak, iaitu 6 .)ء ه ح ع غ خ )Huruf Halqi tersebut pula terbahagi kepada 3 bahagian khusus: ( ه ء) :kerongkong Pangkal• ( ح ع ) kerongkong Tengah• ( خ غ ) Kerongkong Hujung• Rajah 3: Cara bacaan kerongkong 3.2.2 Al-Lisan Bermaksud lidah. Terdapat 18 huruf Lisan atau Lidah, iaitu: ( ي ش ج ض ل ن ر bahagian 10 kepada terbahagi pula ini Lidah Makhraj ). ك ق س ز ص ظ ذ ث ط د ت khusus: • Pangkal lidah, berhampiran dengan kerongkong menyentuh bahagian anak tekak: ( ق( • Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang: ( ك( • Tengah lidah ditekan ke lelangit atas: ( ش ج ي( • Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian dalam): ( ض( • Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam): ( ل( • Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf Lam:( ن(


45 • Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah bahagian belakang: (ر( • Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah: (س ز ص) • Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas: ( ت ط د( • Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan (ظ ث ذ) :atas bahagian Rajah 4 cara bacaan lidah 3.2.3 As-Syafatain Bermaksud bibir mulut. Dan terdapat 4 huruf Syafatain, iaitu: ( م و ف (makhraj ini hanya terbahagi kepada 2 bahagian khusus sahaja: • Bibir bawah ditekan ke gigi kapak bahagian ف :atas • Bibir bawah dan atas posisi rapat: ب م و Rajah 5: cara bacaan bibir


46 3.2.4 Al-Jauf Ia bermaksud rongga mulut. Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan makhraj khusus bagi huruf-huruf Mad yang dikeluarkan melalui rongga mulut. Terdapat 3 huruf mad yang keluar dari rongga mulut, iaitu:ا و ي Rajah 6: Cara bacaan rongga mulut 3.2.4 Al-Khaisyum Ia bermaksud rongga hidung. Makhraj Khaisyum hanya khusus untuk ghunnah (dengung) sahaja. Dengung mestilah dikeluarkan melalui rongga hidung. Dengung hanya berlaku pada huruf Mim ( م ( dan Nun ( ن ( yang berbaris mati dan syaddah (sabdu) sahaja. Gambar di bawah ini dinyatakan sekali contoh-contoh bacaan dengung: Rajah 6: Cara bacaan rongga hidung


47 3.3 CARA BACAAN ALIF LAM (ALIF LAM MA’RIFAH) i. Alif Lam al-Qamariyyah Bunyi alif lam dinyatakan dengan jelas ( al / ا ل .( Cara bacaannya adalah dengan menyebut huruf lam dengan sebutan yang jelas. Ia boleh dikenali dengan tanda sukun (mati) pada huruf lam dan diikuti dengan salah satu dari huruf-huruf al-Qamariyyah. Huruf-huruf al-Qamariyyah ada 14, ف غ ع خ ح ج ب ء ي ه و م ك ق :iaitu ii. Alif Lam as-Syamsiyyah Bunyi alif lam tidak disebut atau tidak dinyatakan. Cara bacaannya adalah dengan memasukkan huruf lam ke dalam huruf-huruf asSyamsiyyah. Ia boleh dikenali dengan tanda syaddah (sabdu) pada hurufhuruf as-Syamsiyyah yang terdapat selepas alif lam. Huruf-huruf AsSyamsiyyah juga ada 14, iaitu: ت ث د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ل ن


48 3.4 HUKUM-HUKUM BACAAN 3.4.1 Hukum Bacaan Nun Mati Dan Tanwin i. Izhar Halqi Izhar bermaksud jelas atau nyata. Halqi bermaksud halkum atau kerongkong. Ia berlaku apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf halqi yang enam, iaitu: ء ه ع ح غ خ maka cara bacaannya adalah dengan menjelaskan sebutan huruf nun mati atau tanwin tersebut. Dalam Rasm ‘Uthmani, hukum Izhar Halqi diletakkan tanda sukun(mati) pada huruf nun mati. Fathatain (dua baris atas) dan Kasratain (dua baris bawah) yang selari. Manakala Dhommatain (dua baris depan) yang tidak selari.


49 ii. Idgham Bila Ghunnah Bermaksud memasukkan tanpa dengung, ia berlaku apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu daripada dua huruf Idgham Bila Ghunnah, iaitu: ( ل ر ( dalam dua perkataan, maka cara bacaannya adalah dengan memasukkan huruf nun mati atau tanwin tersebut ke dalam salah satu daripada dua huruf Idgham Bila Ghunnah tanpa didengungkan. iii. Idgham Bi Ghunnah Bermaksud memasukkan dengan dengung. Ia berlaku apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf Idgham Bi Ghunnah yang empat, iaitu: ( ي ن م و ( dalam dua perkataan, maka cara bacaannya adalah dengan memasukkan huruf nun mati atau tanwin tersebut ke dalam salah satu dari empat huruf Idgham Bi Ghunnah dengan disertakan bersamanya bunyi dengung dua harakat. Dalam Rasm ‘Uthmani, hukum Idgham Bila Ghunnah, Idgham Bi Ghunnah dan Ikhfa’ Haqiqi tidak diletakkan tanda sukun pada huruf nun. Baris Fathatain dan Kasratain yang tidak selari. Manakala baris Dhommatain yang selari. Surah Al-Qiyamah: 27


50 iv. Izhar Mutlak Ia berlaku apabila nun mati bertemu dengan huruf-huruf Idgham Bi Ghunnah di dalam satu perkataan. Cara bacaannya hendaklah dijelaskan sebutan nun mati tersebut, tanpa didengungkan. Terdapat 4 perkataan sahaja yang menggunakan kaedah bacaan Izhar Mutlak di dalam Mushaf (Al-Qur’an): v. Iqlab Bermaksud membalikkan atau menggantikan. Ia berlaku apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ba ( ب ,( maka cara bacaannya adalah dengan mengubah atau menukarkan bunyi nun mati menjadi bunyi huruf mim mati, serta di dengungkan dua harakat. vi. Ikhfa’ Hakiki Ikhfa’ bermaksud sembunyi, tidak jelas. Ia berlaku apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu daripada 15 huruf Idgham :contohnya ك ق ف ظ ط ض ص ش س ز ذ د ج ث ت Ghunnah Bi 3.4.2 Hukum Bacaan Mim Mati i. Idgham Mislain Soghir Bermaksud memasukkan dua huruf yang sama, iaitu dua huruf mim. Ia berlaku apabila mim mati bertemu dengan huruf mim(م (yang berbaris, maka cara bacaannya mesti didengungkan dengan kadar dua harakat. Dalam Rasm ‘Uthmani, hukum Idgham Mislain Soghir dan Ikhfa’ Syafawi tidak diletakkan tanda sukun pada huruf mim mati.


51 ii. Ikhfa’ Syafawi Ikhfa’ bermaksud sembunyi atau samar-samar. Syafawi bermaksud bibir mulut. Ia berlaku apabila mim mati bertemu dengan huruf mim (ب (yang berbaris, maka cara bacaannya mesti didengungkan dengan kadar dua harakat. iii. Izhar Syafawi Izhar bermaksud jelas atau nyata. Syafawi bermaksud bibir mulut. Ia berlaku apabila mim mati bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah selain huruf mim )م (dan ba (ب (maka cara bacaannya mesti dibaca dengan jelas atau nyata huruf mim mati tersebut. 3.4.3 Hukum Bacaan Mim Dan Nun Syahadah Syaddah adalah baris sabdu (ّ), apabila terdapat huruf nun atau mim bertanda syaddah, maka wajib didengungkan dengan kadar 2 harakat samada ada ketika berhenti mahupun ketika sambungkan bacaan.


52 3.4.5 Hukum Bacaan Ra 3.4.6 Hukum Bacaan Lam Pada Lafaz al-Jalalah Taghliz (tebal) Tarqiq (nipis) Wajib dibaca Taghliz atau tebal, sekiranya huruf sebelum Lafaz al-Jalalah berbaris fathah atau dhammah. Wajib dibaca Tarqiq atau nipis, sekiranya huruf sebelum Lafaz al- Jalalah berbaris kasrah.


53 3.4.7 Bacaan-Bacaan Gharib Dalam al-Quran Gharib bermaksud ganjil atau asing. Di dalam ilmu tajwid, ia bermaksud kesamaran pada bacaan. Ia merujuk kepada bacaan khusus pada sesetengah tempat dalam al-Quran mengikut Riwayat Hafs, Qiraat ‘Asim. Antara bacaan gharib yang terdapat di dalam al-Quran adalah seperti berikut: i. Saktah Ia bermaksud berhenti sejenak atau seketika sambil menahan nafas (tanpa mengambil nafas yang baru). Biasanya tempat yang wajib dibaca saktah ditulis padanya huruf sin (س (kecil. Mengikut Riwayat Hafs, hanya terdapat 4 tempat sahaja yang dibaca dengan saktah di dalam al-Qur’an, iaitu: ii. Tashil Memudahkan atau meringankan bacaan secara samar-samar. Ia berlaku apabila terdapat dua hamzah yang berturutan dalam satu kalimah. Cara bacaannya adalah dengan membaca hamzah pertama dengan bacaan biasa, dan hamzah kedua dibaca dengan bunyi samar-samar (seakan-akan bunyi di antara huruf hamzah dan alif). Diletakkan tanda bulat berwarna hitam diatas huruf hamzah yang kedua. Mengikut Riwayat Hafs, hanya terdapat satu tempat sahaja yang wajib dibaca dengan tashil, iaitu pada Surah Fussilat: 44


54 iii. Isymam Ia adalah bacaan yang memuncungkan kedua bibir mulut. Diletakkan bentuk diamond ( ) di antara huruf mim dan juga nun sebagai tanda bacaan isymam. Mengikut Riwayat Hafs, hanya terdapat satu tempat sahaja yang wajib dibaca dengan isymam, iaitu: pada surah yusuf: 11 iv. Naqal Ia bermaksud memindahkan baris huruf hamzah kepada huruf lam sebelumnya pada kalimah alif lam. Perkataan asal adalah setelah dipindahkan baris hamzah kepada lam, ia menjadi Mengikut riwayat hafs, hanya terdapat satu tempat sahaja yang wajib dibaca dengan naqal, iaitu: pada surah al-hujuraat ayat 11 v. Imalah Bacaan yang condong, iaitu dengan mengubah baris biasa kepada baris pertengahan (antara fathah dan kasrah). Diletakkan bentuk diamond di bawah huruf ra sebagai tanda untuk bacaan imalah pada huruf ra tersebut. Mengikut Riwayat Hafs, hanya terdapat satu tempat sahaja yang wajib dibaca dengan Imalah, iaitu pada surah hud ayat 41: vi. Ibdal Menukarkan huruf hamzah kepada huruf mad. Apabila dua hamzah bertemu dalam satu kalimah (hamzah pertama berbaris, hamzah kedua sukun), maka hamzah kedua berbaris sukun tersebut diibdalkan (ditukarkan) kepada huruf mad. Ia juga sama seperti hukum bacaan Mad Badal dalam surah al ahqaaf ayat 4 contoh


55 vii. Huruf Shod (ص (Yang Dibaca Dengan Huruf Sin ( س ( Sekiranya terdapat huruf sin kecil di atas atau di bawah huruf shod, maka ia boleh dibaca dengan dua cara, samada dibaca dengan huruf sin, atau kekalkan huruf shod. Namun huruf yang berada di atas adalah lebih diutamakan untuk membacanya dalam surah • al-Baqarah: 245 • Surah Al-A’raaf: 69 • Surah At-Thuur: 37 *Peringatan: Bacaan-bacaan ganjil ini mestilah diambil dari guru secara bertalaqqi, agar tidak melakukan kesilapam dalam bacaan. 3.5 JENIS-JENIS IDGHAM 3.5.1 Idgham Mutamasilain Idgham bermaksud memasukkan. Mutamasilain pula bermaksud dua huruf yang serupa. Ia berlaku apabila bertemu dua huruf yang sama, maka cara bacaannya hendaklah dimasukkan huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua dengan sempurna. 3.5.2 Idgham Mutajanisain Idgham bermaksud memasukkan. Mutajanisain pula bermaksud dua huruf yang berhampiran jenis. Ia berlaku apabila bertemu dua huruf yang sama pada mahkraj, tetapi berlainan pada sifat, maka cara bacaannya hendaklah dimasukkan huruf yang pertama ke dalam huruf yang kedua secara sempurna. * Terdapat juga huruf (ط (yang diidghamkan ke dalam huruf ( ت ( secara tidak sempurna


56 3.5.3 Idgham Mutaqoribain Idgham bermaksud memasukkan. Mutaqoribain pula bermaksud dua huruf yang berhampiran sama pada makhraj dan juga sifat huruf. Mengikut Riwayat Hafs, hukum ini hanya berlaku apabila huruf ( ل ( dengan ( ر ,( dan huruf ( ق ( dengan ( ك ( yang saling bertemu, maka cara bacaannya hendaklah diidghamkan huruf pertama ke dalam huruf kedua secara sempurna tanpa didengungkan. Terdapat satu tempat yang dikecualikan dari bacaan idgham, iaitu: Kerana ia dibaca dengan saktah Rajah 3: Jenis-jenis mad 3.6 JENIS-JENIS MAD Mad ialah bacaan panjang, atau memanjangkan suara pada sesuatu bacaan. Terdapat 3 huruf mad, iaitu: ا و ي .Mad terbahagi kepada 2 pembahagian besar, iaitu Mad Asli dan Mad Far’i. Mad Asli bermaksud asal, ia merujuk kepada bacaan panjang yang tetap dengan kadar 2 harakat sahaja. Mad Far’i pula bermaksud cabang, ia merujuk kepada bacaan panjang yang pelbagai atau melebihi 2 harakat.


57 3.6.1 Mad Wajib Muttasil Muttasil bermaksud bersambung atau berantai. Mad ini berlaku apabila salah satu daripada huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu perkataan. Dibaca panjang 4, 5, atau 6 harakat. 3.6.2 Mad Jaiz Munfasil Munfasil bermaksud berpisah. Mad ini berlaku apabila salah satu daripada huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam dua perkataan yang berlainan. Dibaca panjang 4 atau 5 harakat. 3.6.3 Mad ‘Aridh Lissukun Mad yang mendatang kerana sukun. Ia berlaku apabila selepas mad asli ada satu huruf yang berbaris, dan huruf tersebut disukunkan kerana waqaf (berhenti). Dibaca dengan kadar 2, 4 atau 6 harakat ketika waqaf. Sekiranya tidak diwaqafkan, maka hukumnya kembali seperti hukum asal mad asli. 3.6.4 Mad Lin Lin bermaksud lembut. Hanya berlaku pada dua huruf mad sahaja, iaitu: (ي (dan (و .(Sebelum dua huruf tersebut mestilah berbaris fathah, dan selepasnya terdapat satu huruf yang berbaris. Ia terjadi apabila mewaqafkan huruf yang terakhir selepas huruf mad tersebut. Dibaca dengan kadar 2, 4 atau 6 harakat ketika waqaf. Sekiranya disambungkan bacaan maka gugurlah hukum mad di situ. 3.6.5 Mad ‘Iwadh ‘Iwadh bermaksud gantian atau tukaran. Mad ini terjadi apabila mewaqafkan bacaan pada akhir kalimah yang terdapat huruf berbaris fathatain (baris dua di atas). Cara bacaannya ialah dengan menggugurkan bunyi tanwin dan menggantikannya dengan sebutan fathah biasa. Hanya dibaca panjang 2 harakat ketika waqaf sahaja.


58 3.6.6 Mad Badal Badal juga bermaksud gantian. Ia terjadi apabila huruf hamzah bertemu huruf mad pada awal kalimah. Pada asalnya, berlaku pertemuan dua hamzah (yang pertama berbaris, yang kedua sukun), dan kemudiannya hamzah kedua (sukun) tersebut digantikan dengan huruf mad dengan mengikut baris hamzah pertama bagi memudahkan bacaan. Dibaca dengan kadar 2 harakat sahaja mengikut Riwayat Hafs. 3.6.7 Mad Tamkin Tamkin bermaksud tetap. Mad ini terjadi apabila dua huruf ( ي ( bertemu dalam satu kalimah. Huruf (ي (yang pertama berbaris syaddah dan kasrah. Manakala huruf (ي (yang kedua berbaris sukun (mad). Dibaca dengan kadar 2 harakat sahaja ketika bacaannya bersambung dengan huruf yang berikutnya. 3.6.8 Mad Silah Silah bermaksud sambung. Mad ini terjadi apabila huruf Ha Dhamir ( ه ( berada pada akhir kalimah, atau kata ganti nama diri yang ketiga bagi lelaki. Syarat untuk menjadikan Mad Silah adalah huruf sebelum dan selepas Ha Dhamir tersebut berbaris samada fathah, kasrah mahupun dhammah. Dibaca dengan silah atau mad ketika menyambungkan bacaan sahaja, ia terbahagi kepada dua: i. Mad Silah Qasirah Qasirah bermaksud pendek. Terjadi apabila selepas Ha Dhamir (ه ( terdapat huruf selain huruf hamzah (ء .(Dibaca dengan kadar 2 harakat sahaja ketika sambungkan bacaan. Contohnya:


59 ii. Mad Silah Thowilah Thowilah bermaksud panjang. Terjadi apabila terdapat huruf hamzah (ء (selepas Ha Dhamir (ه .(Dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat ketika sambungkan bacaan contohnya: Terdapat satu tempat di dalam al-Quran mengikut riwayat Hafs yang tidak disilahkan Ha Dhamir tersebut walaupun cukup syarat Mad Silah. Terdapat juga satu tempat yang tidak cukup syarat Mad Silah, tetapi disilahkan Ha Dhamir juga tersebut, iaitu: 14. 3.6.9 Mad Faraq Mad ini terjadi apabila berlaku pertemuan dau hamzah pada awal kalimah. Hamzah yang pertama adalah hamzah istifham (hamzah pertanyaan), manakala hamzah kedua adalah hamzah wasal dibaca dengan kadar 6 harakat, atau dibaca dengan tashil. 3.6.10 Mad Lazim Lazim bermaksud kebiasaan atau pasti, merujuk kepada harakat mad yang wajib dibaca dengan kadar 6 harakat. Ia terjadi apabila salah satu huruf mad bertemu dengan huruf yang sukun asli atau tidak asli (syaddah). Mad Lazim terbahagi kepada 2 bahagian: Mad Lazim Kalimi Mukaffaf Muthaqqal Harfi Mukaffaf Muthaqqal i. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf Mad ini terjadi apabila huruf mad bertemu huruf berbaris sukun dalam perkataan. Sebutan huruf selepas huruf mad dijelaskan tanpa diidghamkan.


60 ii. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Mad ini terjadi apabila huruf mad bertemu huruf berbaris syaddah dalam perkataan. Sebutan huruf selepas huruf mad tersebut diidghamkan. iii. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Mad ini terjadi apabila huruf mad bertemu huruf berbaris sukun. Ia berlaku di dalam huruf pada permulaan surah (Fawatihu As-Suwar). Sebutan huruf selepas huruf mad tidak diidghamkan ke dalam huruf berikutnya. iv. Mad Lazim Harfi Muthaqqal Mad ini terjadi apabila huruf mad bertemu huruf berbaris sukun. Ia berlaku di dalam huruf pada permulaan surah (Fawatihu As-Suwar). Sebutan huruf selepas huruf mad diidghamkan ke dalam huruf berikutnya. Apabila terdapat huruf berikut (م ك ل س ع ص ق ن ( pada huruf potongan dipermulaan surah, maka ia wajib dibaca dengan kadar 6 harakat. Manakala jika terdapat huruf (ر ه ط ي ح (maka dibaca dengan 2 harakat sahaja. Huruf alif dibaca tanpa mad.


61 3.7 QALQALAH, WAQAF DAN CARA BACAAN HAMZAH WASAL 3.7.1 Qalqalah i. Qalqalah Sughra Sughra bermaksud kecil, merujuk kepada lantunan yang paling kecil atau rendah. Ia terjadi apabila huruf qalqalah bertanda sukun berada di pertengahan kalimah, atau berada di pertengahan bacaan. ii. Qalqalah Kubra Kubra bermaksud besar, merujuk kepada lantunan yang sederhana kuat. Ia terjadi apabila mewaqafkan bacaan pada huruf qalqalah yang berada dihujung kalimah, dan huruf tersebut tidak bertanda syaddah. Sukun pada huruf qalqalah di sini merupakan sukun yang ‘aridh (mendatang) disebabkan waqaf padanya. iii. Qalqalah Akbar Akbar bermaksud paling besar, merujuk kepada lantunan yang paling kuat. Ia berlaku apabila mewaqafkan bacaan pada huruf qalqalah yang berada di hujung kalimah, dan huruf tersebut bertanda syaddah. Sukun pada huruf qalqalah di sini merupakan sukun yang ‘aridh (mendatang) disebabkan waqaf padanya. 3.7.2 Waqaf Waqaf bermaksud berhenti iaitu memberhentikan bacaan pada akhir ayat atau pada pertengahan ayat. Di bawah ini antara tanda-tanda waqaf serta maksud yang terdapat di dalam Al-Qur’an:


62 3.7.2 Cara Bacaan Hamzah Wasal Mengikut Rasm ‘Uthmani, hamzah wasal ditulis dengan huruf alif, dan diletakkan simbol seakan bentuk kepala huruf Shod ( ص .( Huruf ini hanya terdapat di awal perkataan sahaja, dan ia dibunyikan (dibariskan) ketika memulakan bacaan padanya sahaja. Sekiranya bacaan sambung dengan perkataan sebelumnya, maka gugur atau hilanglah hamzah tersebut dari sebutan (baris). Hamzah wasal biasanya terdapat pada kata perbuatan (Fi’il – ٌف ع ْل (dan kata nama (isim .(م ْس اٌ – i. Hamzah wasal pada kata nama: • Cara bacaan hamzah yang dimulakan dengan alif lam ma’rifah baris fathah. ( ال ( adalah dengan • Cara bacaan hamzah wasal pada kata nama yang yang tidak dimulakan dengan alif lam ma’rifah ( ال ( ialah dengan baris kasrah. Ia dinamakan Isim Nakirah. ii. Hamzah wasal pada kata perbuatan: Cara bacaan hamzah wasal pada kata perbuatan ialah dengan melihat baris huruf ketiga: • Jika huruf ketiga berbaris fathah atau kasrah, maka hamzahnya mestilah dibariskan dengan kasrah. • Jika huruf ketiga berbaris dhammah, maka hamzahnya mestilah dibariskan dengan dhammah juga .. Terdapat 6 perkataan dalam al-Quran yang tidak mengikut kaedah asas di atas. walaupun huruf ketiganya berbaris dhammah, hamzah wasalnya tetap dibaca dengan baris kasrah.


63 3.8 ILTIQA’ SAKINAIN / NUN AL -WIQAYAH Iltiqa’ Sakinain bermaksud pertemuan dua huruf bertanda sukun. Nun alWiqayah pula beerti huruf nun pengganti. Apabila tanwin bertemu dengan hamzah wasal ketika bacaan sambung antara kedua- duanya, maka cara bacaannya ialah dengan menukarkan tanwin (baris dua) kepada satu baris, serta menggantikannya dengan huruf nun berbaris kasrah ( ِن.(


64 4.1 Pengenalan Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan nilai-nilai al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Pendidikan al-Quran adalah bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran. Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah. S.W.T. Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran alQuran secara hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran. Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-Quran. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak. Adab hamlatul Quran boleh dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu sebelum, semasa dan selepas membaca al-Quran. UNIT 3.0 ADAB PENGHAFAZ AL-QURAN


65 4.1.1 Adab Sebelum Membaca al-Quran i. Menyucikan diri daripada kekotoran dan hadas, sesuai dengan firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Tidak disentuh melainkan oleh orang-orang yang diakui bersih suci. Al-Waqiah(56): 79 ii. Bersugi dan membersihkan mulut. iii. Mencari tempat yang suci dan bersih. iv. Sentiasa berwuduk. v. Menutup aurat. vi. Duduk menghadap kiblat dan bersopan. 4.1.2 Adab semasa membaca al-Quran i. Memulakan dengan membaca taawwuz. Firman Allah s.w.t. : Maksudnya: Oleh itu, apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam. Al-Nahl(16): 98 ii. Memulakan bacaan surah dengan Basmalah kecuali surah atTaubah. iii. Membaca dengan memelihara hukum tajwid. iv. Menjaga adab ketika membaca. v. Menjaga waqaf dan ibtida.


66 4.1.3 Adab Selepas Membaca al-Quran i. Meletakkan al-Quran di tempat yang suci dan sesuai untuk mengelakkan terpijak dan sebagainya. ii. Mengamalkan segala perintah yang ada di dalam al-Quran. iii. Sentiasa menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan harian. 4.1.4 Imam al-Nawawi turut membincangkan mengenai adab-adab bersama al-Quran dalam kitabnya al-Tibyan fi Adab Hamlatul Quran: i. Mengulang ayat untuk tadabbur. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi alQuran? Al-Nisa (4): 82 ii. Menangis ketika membaca al-Quran seperti mana firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada al-Quran atau tidak (tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk). Al-Isra (17): 107 iii. Bergilir-gilir membaca al-Quran atau dipanggil bertadarrus. iv. Meninggikan suara ketika membaca bergantung pada kesesuaian tempat. Sekiranya perlu dikuatkan misalnya di dalam kelas pengajian, maka kuatkanlah suara dan jika tidak perlu seperti membaca sendiri


67 di dalam masjid maka perlahankanlah kerana dikhuatiri membawa kepada riak. v. Sunat memperelokkan suara. Ini bermakna membaca dengan cara dan kaedah yang terbaik.


68 Rujukan : • Abdul Rahman Abdul Ghani. (2003). Pengantar ilmu tajwid. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. • Al-Nawawi. (1999). Al-Tibyan fi adab hamlatulQuran.Beirut: Muassasahal-Rayyan. • Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuti. (2004). Al-Itqan fi ÂUlum al-Quran . • Kaherah:Dar al-Hadith. • Manna Qattan. (1998). Mabahith fi Ulum al-Quran . Beirut: Muassah al-Risalah. • Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuti. (2004). Al-Itqan fi Ulum al-Quran . Kaherah: Dar al-Hadith. • Manna Qattan. (1998). Mabahith fi Ulum al-Quran . Beirut: Muassah al-salah. • Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi al-Dimasyqi. (2006). • Ihya ÂUlumuddin. Kuala Lumpur: Darul Fajr. • Muhyiddin Abi Zakaria al-Nawawi. (1999). Al-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran. • Beirut: Muassasah al-Rayyan.


GARIS PANDUAN


ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 1 2.0 Objektif 2 3.0 Syarat Kemasukan Pelajar 2 4.0 Kaedah Pengambilan Pelajar 3 5.0 Program Bridging TVET-Tahfiz 4 6.0 Pelaksanaan Program TVET-Tahfiz Dalam Program Perdana 6 7.0 Kurikulum 7 8.0 Penganugerahan 8 9.0 Peranan Dan Tanggungjawab 9 10.0 Peraturan Umum 10 Penutup 11 Special Project Group 12


1 1.0 PENGENALAN 1.1 Perkembangan pendidikan tahfiz di kebanyakan negeri di Malaysia sangat pesat dengan bertambahnya bilangan sekolah tahfiz swasta dan sekolah tahfiz rakyat. Sehingga Februari 2019, terdapat kira-kira lebih 1,381 pusat pengajian tahfiz yang berdaftar di seluruh negara dengan pelajar mencecah 70,000. Pada hari ini terdapat lebih 1500 pusat pengajian tahfiz yang telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.2 Sebanyak 65.3% pelajar tahfiz berhasrat mengikuti program TVET untuk menambah ilmu pengetahuan mereka serta diperkukuhkan dengan 10.0% pelajar yang inginkan peningkatan dalam aspek kemahiran. 1.3 Secara umumnya, terdapat 2 kumpulan pelajar tahfiz seperti berikut: 1.3.1 Pelajar yang mengikuti pengajian tahfiz al-Quran sepenuhnya tanpa pendidikan akademik 1.3.2 Pelajar yang mengikuti pengajian tahfiz dengan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) (gabungan mata pelajaran tahfiz al-Quran dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)). Pelajar tersebut mempunyai kelayakan akademik sehingga tahap SPM selain menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran. 1.4 Konsep penggabungan pengajian tahfiz al-Quran dan ilmu kemahiran teknikal dapat melahirkan tenaga mahir yang soleh dan berkemahiran tinggi. Peluang pekerjaan pelajar juga terbuka luas bukan hanya tertumpu kepada tugas-tugas sebagai ahli agama semata-mata, tetapi dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang memiliki ilmu akhirat.


2 1.5 BKT menawarkan program kemahiran dan teknikal dalam pelbagai bidang yang dilihat bersesuaian untuk ditawarkan kepada pelajar tahfiz sebagai persediaan masa hadapan. Justeru, BKT proaktif untuk turut menawarkan pengajian dalam bidang kemahiran kepada pelajar tahfiz melalui program yang diberi nama TVET-Tahfiz bagi melengkapkan diri untuk memenuhi keperluan industri masa kini. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Dasar ini disusun sebagai panduan pelaksanaan program TVET-Tahfiz kepada program perdana di KKTM, MJII dan IKM. 2.2 Pembangunan dasar ini diharap dapat memberi pemahaman dan kemudahan dalam usaha melaksanakan program TVET-Tahfiz bagi mematuhi standard pelaksanaan program-program di KKTM, MJII dan IKM. 3.0 SYARAT KEMASUKAN PELAJAR 3.1 Syarat Kemasukan Pelajar bagi program pengajian TVET-Tahfiz mempunyai 2 kriteria iaitu SPM dan tanpa SPM adalah seperti dalam Jadual 1.


Click to View FlipBook Version