The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN DAN MODUL TVET-TAHFIZ EDISI 1.0 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamarul.mahumdin, 2024-05-14 23:31:42

GARIS PANDUAN DAN MODUL TVET-TAHFIZ EDISI 1.0 2022

GARIS PANDUAN DAN MODUL TVET-TAHFIZ EDISI 1.0 2022

3 Jadual 1: Syarat kemasukan pelajar TVET-Tahfiz Kriteria Syarat Kelayakan Pelajar Syarat-syarat lain Program Bridging TVET-Tahfiz Tanpa SPM Tanpa APEL (A) (program diploma akreditasi JPK) Syarat Umum: 1. Berumur 17 - 40 tahun 2. Berminat dalam bidang teknikal 3. Sihat tubuh badan Syarat tambahan: 1. Pelajar tahfiz (menghafaz sekurangkurangnya 15 juzuk) Wajib mengikuti Modul Titian selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana Melalui APEL (A) program (diploma akreditasi MQA) SPM Memenuhi syarat kemasukan bagi program sedia ada. Tidak Wajib 4.0 KAEDAH PENGAMBILAN PELAJAR 4.1 Pengambilan pelajar baharu akan dibuka sekali setiap tahun atau bergantung kepada permohonan semasa. 4.2 KKTM boleh membuat pengambilan pelajar melalui 2 kaedah iaitu: 4.2.1 Kombinasi pelajar TVET-Tahfiz dan pelajar kemasukan biasa dalam 1 kelas. 4.2.2 Kelas yang dikhaskan kepada pelajar TVET-Tahfiz untuk mengikuti program yang sama. Bagi kaedah ini, minimum pengambilan pelajar adalah seramai 10 orang.


4 5.0 PROGRAM BRIDGING TVET-TAHFIZ 5.1 Program Bridging TVET-Tahfiz dibangunkan khusus bagi pelajar yang tidak memiliki SPM sebagai pendedahan awal kepada pelajar TVET-Tahfiz sebelum mengikuti pengajian teknikal dalam program diploma. 5.2 Di dalam Program Bridging ini, pelajar didedahkan dengan Modul Titian yang akan dilaksanakan 3 bulan sebelum bermulanya program perdana. Modul Titian adalah melibatkan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian yang berasaskan hasil pembelajaran seperti yang tertakluk dalam Dasar Pembangunan Kurikulum Program Diploma KKTM, MJII dan IKM. 5.3 Pelaksanaan dan kursus-kursus Modul Titian adalah seperti Jadual 2 dan Jadual 3. Jadual 2: Pelaksanaan Modul Titian Bil Aktiviti Minggu 1 Minggu Pengajaran dan Pembelajaran 10 2 Minggu Ulangkaji dan Penilaian 1 Jumlah 11 Jadual 3: Kursus Modul Titian Bil Kursus Kredit Jam Pertemuan / Minggu 1 Matematik 2 6 2 Bahasa Inggeris 2 4 3 Komunikasi Sosial 2 4 4 Asas Teknikal 4 14 Jumlah Jam Pertemuan/Minggu 28


5 5.4 Kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Program Bridging dibahagikan kepada 2 aliran iaitu Modul Tahfiz dan Modul Titian. Cadangan pelaksanaan adalah seperti perincian berikut: 5.4.1 Modul Tahfiz Kelas tahfiz akan melibatkan pensyarah dalaman atau guru Quran jemputan. Pengajaran dan pembelajaran Tahfiz adalah seperti Jadual 4. Jadual 4: Pengajaran dan pembelajaran kelas Tahfiz Hari Masa Aktiviti Isnin - Jumaat 6.00 pg – 8.00 pg Tasmi’ / Saba’/ Murajaah 9.00 mlm – 10.00 mlm Tasmi’ / Saba’/ Murajaah 5.4.2 Modul Titian Pengajaran dan pembelajaran Modul Titian adalah seperti perincian Jadual 5. Jadual 5: Pengajaran dan pembelajaran Modul Titian Hari Masa Aktiviti Isnin - Jumaat 9.00 pg - 10.00 pg Pengajaran dan Pembelajaran 10.00 pg - 10.15 pg Rehat 10.15 pg - 12.15 tghr Pengajaran dan Pembelajaran 12.15 tghr - 2.00 ptg Qailullah dan Makan Tengahari 2.00 ptg - 5.00 ptg Pengajaran dan Pembelajaran Nota: Pelaksanaan jadual tertakluk kepada perubahan dan kesesuaian dari semasa ke semasa.


6 5.5 Syarat lulus Modul Titian Setiap pelajar perlu LULUS semua kursus Modul Titian yang telah ditetapkan untuk melayakkan pelajar mengikuti program perdana. 6.0 PELAKSANAAN PROGRAM TVET-TAHFIZ DALAM PROGRAM PERDANA 6.1 Kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran program perdana TVET-Tahfiz dibahagikan kepada dua aliran iaitu Modul Tahfiz dan Program Perdana seperti berikut: 6.1.1 Modul Tahfiz Kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tahfiz adalah seperti jadual 6. Jadual 6: Pengajaran dan pembelajaran Modul Tahfiz Hari Masa Aktiviti Isnin - Jumaat 4.00 pg – 6.00 pg Tasmi’ / Saba’/ Murajaah 9.00 mlm – 10.00 mlm Tasmi’ / Saba’/ Murajaah


7 6.1.2 Program Perdana Kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Program Perdana adalah seperti jadual 7. Jadual 7: Pengajaran dan pembelajaran Program Perdana Hari Masa Aktiviti Isnin - Jumaat 8.00 pg - 10.00 pg Pengajaran dan Pembelajaran 10.00 pg - 10.30 pg Rehat 10.30 pg - 12.30 tghr Pengajaran dan Pembelajaran 12.30 tghr - 2.00 ptg Qailullah dan Makan Tengahari 2.00 ptg - 5.00 ptg Pengajaran dan Pembelajaran Nota: Pelaksanaan jadual tertakluk kepada perubahan dan kesesuaian dari semasa ke semasa. 6.2 KKTM/MJII/IKM perlu memastikan masa Qailullah (tidur sebentar) diperuntukkan kepada pelajar TVET-Tahfiz. 7.0 KURIKULUM 7.1 Kurikulum Diploma Menggunakan dokumen kurikulum program sedia ada bagi mana-mana program diploma kejuruteraan / teknologi kejuruteraan / profesion / teknologi / kompetensi. 7.2 Kurikulum Tahfiz Menggunakan dokumen kurikulum tahfiz yang telah dibangunkan oleh Special Project group TVET-Tahfiz.


8 8.0 PENGANUGERAHAN 8.1 MARA 8.1.1 Syarat penganugerahan diploma adalah merujuk kepada Buku Peraturan Akademik KKTM, MJII dan IKM edisi terkini. 8.1.2 Pelajar yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk akan dianugerahkan sijil hafazan tamat 30 juzuk. 8.2 Hafazan Pelajar yang lulus dalam Majlis Syahadah akan dianugerahkan Sijil Syahadah Tahfiz oleh Maahad Tahfiz. 9.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 9.1 Pengurusan KKTM/MJII/IKM 9.1.1 KKTM/MJII/IKM yang berhasrat untuk melaksanakan program TVET-Tahfiz perlulah terlebih dahulu membuat permohonan kepada BKT. 9.1.2 Menyelaras pelaksanaan program TVET-Tahfiz di KKTM/MJII/IKM yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran, urusan pelajar dan lain-lain yang berkaitan. 9.1.3 Mengenalpasti kapasiti pengambilan pelajar TVET-Tahfiz bersesuaian dengan kemudahan sedia ada.


9 9.1.4 Menyediakan kemudahan asrama, bilik kuliah, surau dan lain-lain keperluan dalam menjayakan program TVET-Tahfiz. 9.1.5 Menyediakan bilik transit sementara kepada guru Tahfiz atau bilik penginapan bagi pengajar tahfiz, (jika perlu). 9.1.6 Memastikan kelas Tahfiz dilaksanakan mengikut dijadualkan. 9.1.7 Memastikan pelajar Tahfiz memenuhi setiap syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KKTM/MJII/IKM. 9.2 Pengurusan Tahfiz 9.2.1 Menyediakan tenaga pengajar untuk Modul Tahfiz sepanjang pelajar TVET-Tahfiz mengikuti program diploma di KKTM/MJII/IKM. 9.2.2 Elaun tenaga pengajar luar perlu disediakan. 9.2.3 Memastikan hanya pelajar tahfiz yang memenuhi syarat sahaja layak mengikuti Program TVET-Tahfiz. 9.2.4 Berusaha memastikan pelajar dapat menamatkan hafazan 30 juzuk atau Syahadah sebelum pelajar program TVET–Tahfiz bergraduat.


10 9.3 Peranan Bersama 9.3.1 Memantau disiplin dan sahsiah pelajar sepanjang mengikuti program TVET–Tahfiz. 9.3.2 Mempromosi program TVET-Tahfiz kepada Maahad Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan/Majlis Agama Islam. 9.3.3 Membuat laporan analisa keberkesanan program TVET–Tahfiz untuk penambahbaikan bersama di masa akan datang. 10.0 PERATURAN UMUM Pelajar yang mengikuti pengajian bagi program ini adalah tertakluk kepada manamana peraturan yang ditetapkan oleh pihak MARA/KKTM/IKM dan pengurusan Tahfiz.


PENUTUP Buku Garis Panduan dan Modul TVET-Tahfiz ini perlu digunakan serta di patuhi sebagai sumber rujukan dalam melaksanakan Program TVET-Tahfiz bagi memastikan semua aktiviti yang dilaksanakan dapat mematuhi standard pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh Cawangan Pengajian BKT untuk menjamin kualiti kecemerlangan Perogram TVET-Tahfiz.


1 SPECIAL PROJECT GROUP BIL NAMA PENSYARAH PUSAT KELULUSAN Pn. Yusnira Azira Bt. Abdul Rahim Timbalan Pengarah, Pembangunan Kurikulum BKT -Master in Engineering Technology (Green Energy and Building Efficient) (UniKL) -B. Sc Architecture (UM) Pn. Raja Nor Marini Bt Raja Salleh Alzaman Ketua Unit Pembanggunan Dasar, Caw. Pengajian BKT -Master Sarjana Pendidikan (TVET) (UPM) - B.A Hons Lanscape Design (UTM) -Diploma Architecture (UTM) 1 Pn. Mazura Bt. Mohd Idris Gaspar Ketua Unit Pengajian Am, Caw. Pengajian BKT -B.Sc Mathematics (UKM) -Dip.Edu -Master in Principalship (UM) 2 Dr. Khairol Asrof B. Hassan Pensyarah Cemerlang, MJII Beranang -Phd : Akidah Falsafah:Tafsir & Ulum alQuran (USM) -MA:Hadis (USM) -BA:Takhassus Qiraat (Shubra ,alAzhar) -Dip.Ed (IPDA) -Dip.Darul Quran,JAKIM 3 Ust. Mohd Nor Azmil B. Abdul Kadir Pensyarah Pengajian Islam, IKM Lumut -B.Shariah & Management (UM) -Dip.Edu (UPSI) 4 Ust. Ahmad Khairulnizam Bin Muhamad Pensyarah Pengajian Islam, KKTM Pasir Mas -M.A Pengajian Islam (OUM) -B.Shariah & Management (UM) -Dip.Edu (IPG Bangi) 5 Ust. Zainudin B. Muhammad Zain Pensyarah Pengajian Islam, IKM Jasin -B.A Usuluddin (UM) -Dip.Edu (UIAM) 6 Ust. Mohd Saufi B. Mohd Ali Pensyarah Pengajian Islam, IKM Besut -B.A Usuluddin Institut Agama Islam Negeri (IAIN) -Dip.Edu (MPI) 7 Ust. Ahmad Farizan B. Abdul Hadi Pensyarah Pengajian Islam, KKTM Ledang -B.A Usuluddin Tafsir & Ulum al-Quran (al-Azhar) -Dip.Edu (UIAM) 8 Ust. Khairulkifli B. Darus Pensyarah Pengajian Islam, KKTM Balik Pulau -BA:Takhassus Qiraat (Shubra, alAzhar) -Dip.Edu (UPSI) 9 Ust. Mohd Zulfauzi B. Mohamad Penyelaras Pengajian Islam, BKT Merangkap Setiausaha -B.A Hons Syariah & Undang-Undang (al-Azhar) -Dip.Edu (UPSI) 10 Ust. Nor Hesham B. Mat Jusoh Pensyarah Pengajian Islam, IKM Besut -Master Principle Ship (UM) -B.A Arabic Language & Islamic STU (al-Azhar) -Dip.Edu (UKM)


2


Click to View FlipBook Version