The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zulkarnain Bin Tajuddin, 2020-04-12 00:24:08

PEKELILING UTHM TAHUN 2003

KOLEKSI PEKELILING UTHM 2003

Keywords: PEKELILING TAHUN 2003

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HOSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 54 ) 1 Januari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 1/2003

PERATURAN MENGADAKAN KURSUS / BENGKEL /
SEMINAR UNTUK STAF

Adalah dimaklumkan bahawa setiap fakulti/jabatan/pusat yang ingin
mengadakan kursus/bengkel/seminar UNTUK STAF hendaklah memaklumkan
dan mendapat KEBENARAN BERTULIS daripada Pejabat Pendaftar.

2. Arahan ini bertujuan supaya setiap kursus/bengkel/seminar yang akan
diadakan dapat dipantau dari semasa ke semasa.

3. Sehubungan dengan itu, setiap fakulti/jabatan/pusat yang telah

menganjurkan kursus/bengkel/seminar adalah bertanggungjawab untuk
menghantar SALINAN KEHADIRAN kursus kepada Pejabat Pendaftar untuk
dikemaskini ke dalam Sistem Maklumat Staf. Kegagalan berbuat demikian akan
memberi kesan kepada Penilaian Prestasi staf terbabit.

Kerjasama daripada semua pihak berkaitan perkara ini adalah perlu untuk
memastikan pengurusan berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
℡ 4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
-
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/01.01.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 55 ) 2 Januari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 2/2003

PENAMATAN DAN PERLANTIKAN BARU
DI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti telah bersetuju untuk membuat perlantikan-
perlantikan baru seperti berikut :-

i. Prof. Ir. Dr. Zainal Abidin bin Ahmad
Dilantik sebagai Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan yang baru dan
dengan ini jawatan beliau sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik
ditamatkan.

ii. Prof. Madya Dr. Sulaiman bin Hj. Hasan
Dilantik sebagai Pengarah Pejabat Perhubungan Antarabangsa dan
dengan ini jawatan beliau sebagai Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan
ditamatkan.

iii. Prof. Madya Dr. Mohd. Zarar bin Mohd. Jenu
Dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan, Perundingan dan
Pengajian Berterusan

iv. Prof. Madya Saparudin bin Ariffin
Dilantik sebagai Ketua Pusat Pemindahan Teknologi dan dengan ini
jawatan beliau sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan, Perundingan dan
Pengajian Berterusan ditamatkan.

v. Puan Siti Hawa bt. Ruslan
Dilantik sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik Fakulti
Kejuruteraan.

2. Semua perlantikan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari, 2003 hingga 31
Disember, 2004.

3. Tahniah diucapkan diatas perlantikan-perlantikan yang berkenaan dan diharap
semua staf dapat meneruskan sokongan dan memberi kerjasama yang sepenuhnya
dalam semua urusan dan tugas mereka di Universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/02.01.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 56 ) 2 Januari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 3/2003

PENYAMBUNGAN PERLANTIKAN
DI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Universiti telah bersetuju
untuk menyambung perlantikan-perlantikan berikut :-

i. Prof. Madya Hj. Ayob bin Hj. Johari
Sebagai Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Teknologi Kejuruteraan

ii. Prof. Madya Dr. Nordin bin Jamian
Sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains

iii. Prof. Dr. Hashim bin Saim
Sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah

iv. Prof. Madya Hj. Ab. Aziz bin Abdul Latif
Sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan

v. Dr. Jailani bin Md. Yunos
Sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Fakulti
Teknologi Kejuruteraan

vi. Pn. Siti Fauzeyah bt. Syed Salim
Sebagai Ketua Pusat Kemanusiaan Dan Komunikasi

2. Penyambungan perlantikan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Januari,
2003 hingga 31 Disember, 2004.

3. Tahniah diucapkan diatas penyambungan berkenaan dan diharap semua
staf dapat meneruskan sokongan dan memberi kerjasama yang sepenuhnya
dalam semua urusan dan tugas mereka di Univesiti.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
-
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/02.01.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 (57) 2 Januari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 4/2003

PENYAMBUNGAN DAN PERLANTIKAN BARU
SEBAGAI AHLI SENAT

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti telah bersetuju untuk membuat
penyambungan dan perlantikan baru sebagai Ahli Senat seperti berikut :-

Penyambungan

i. Prof. Dr. Hashim bin Saim
Dekan Pusat Pengajian Siswazah

ii. Prof. Madya Dr. Nordin bin Jamian
Ketua Pusat Pengajian Sains

iii. Pn. Siti Fauzeyah bt. Syed Salim

Ketua Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi

Perlantikan Baru

i. Prof. Madya Dr. Mohd. Zarar bin Mohd Jenu
Pengarah Pusat Penyelidikan, Perundingan dan Pengajian Berterusan

2. Tahniah diatas penyambungan dan perlantikan baru tersebut. Semoga
dapat terus menyumbangkan ide dan tenaga dengan penuh dedikasi bagi sama-
sama membangunkan Universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar

4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/02.01.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 58 ) 9Januari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 5/2003

AKTIVITI HUJUNG MINGGU KUiTTHO

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan akan menganjurkan program
Senaman Aerobik dan Hari Bersama Pelanggan seperti butiran berikut :-

Senaman Aerobik

Tarikh : : 11 Januari, 2003 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Kawad, KUiTTHO
Pakaian : Pakaian Sukan

Hari Bersama Pelanggan

Tarikh : : 11 Januari, 2003 (Sabtu)

Masa : 9.00 – 12.30 tengahari

Tempat : Kaunter Pejabat masing-masing

Kerjasama dan sokongan dari semua pihak adalah perlu untuk memastikan
program yang diadakan berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar

4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Bahagian

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 59 ) 11 Januari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 6/2003

PROGRAM MINGGU PELANGGAN PERPUSTAKAAN
KUiTTHO

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan KUiTTHO akan mengadakan
Minggu Pelanggan Perpustakaan bermula 13 hingga 17 Januari 2003. Sempena
Minggu Pelanggan ini beberapa aktiviti akan dilaksanakan. Antaranya :-

Majlis Perasmian Minggu Pelanggan Dan Sesi Ceramah

Tarikh : 13 Januari, 2003 (Isnin)
9.00 pagi
Masa : Aras Satu, Bangunan Perpustakaan, KUiTTHO

Tempat : Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Awang Had Salleh
Pemakmuran Ilmu Di Kalangan Masyarakat Kampus
Penceramah :

Tajuk :

Kempen Derma Darah

Tarikh : 15 Januari, 2003 (Rabu)

Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, KUiTTHO

2. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diberi pelepasan untuk

menghadiri majlis perasmian Minggu Pelanggan Perpustakaan yang akan
dirasmikan oleh Y. Bhg. Rektor KUiTTHO dan juga sama-sama menderma darah
pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar

4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
Dekan-Dekan Fakulti

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/11.01.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 60 ) 16 Januari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 7/2003

MENJALANKAN TUGAS DEKAN FAKULTI KEJURUTERAAN

Adalah dimaklumkan bahawa Prof. Ir. Dr. Ahmad Faizal b. Mohd. Zain Dekan
Fakulti Kejuruteraan akan berada di Mekah untuk mengerjakan Ibadat Haji
mulai 7 Januari, 2003 hingga 24 Februari, 2003. Sehubungan dengan itu, Prof.
Ir. Dr. Amir Hashim b. Mohd Kassim Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan
(Akademik) akan menjalankan tugas Dekan Fakulti Kejuruteraan di sepanjang
tempoh berkenaan.

2. Diharap semua staf dapat meneruskan sokongan dan memberi kerjasama
yang sepenuhnya dalam semua urusan dan tugas mereka di universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP

Pendaftar
4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Bahagian

SMY/zs/16.01.03/Pekeliling Pengurusan



KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.P/10.12/01( 61) 17 Januari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.8/2003

RAKAMAN VISIONS OF AL-QURAN

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Media Elektronik & Penyiaran, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia
(RTM) akan mengadakan siaran rakaman rancangan Visions Of Al-Quran yang
diadakan setiap hari Rabu jam 7.30 malam di TV 1. Rakaman tersebut akan
dilakukan seperti butiran berikut:

Tarikh : 21 Januari, 2003 (Selasa)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Besar Tunku Ibrahim Ismail

KUiTTHO

2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan telah bersetuju untuk memberi
perlepasan kepada semua staf untuk menghadiri sesi rakaman yang diadakan.

Kerjasama daripada semua adalah perlu untuk melicinkan program yang
dijalankan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN HAJI SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
4536100

s.k. - Rektor
- Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti/Sekolah
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/rk/17.01.2003/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01( 62 ) 17 Januari 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.9/2003

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 2003

Merujuk kepada perkara di atas dan Pekeliling Perkhidmatan mengenai Sistem
Saraan Malaysia Bil.4/2002, tarikh pergerakan gaji tahun 2003 ialah 1 Januari,
1 April, 1 Julai dan 1 Oktober 2002 iaitu mengikut mana yang berkenaan. Bagi
memastikan urusan pergerakan gaji di atas dicapai dan dilaksanakan mengikut
jadual, berikut ialah jadual kepada intisari perancangan yang telah ditetapkan
untuk makluman dan tindakan semua pihak yang berkaitan.

a. Pengedaran borang Laporan Penilaian Prestasi kepada
semua staf.

( 22 Januari 2003)

b. Pengisian borang Laporan Penilaian Prestasi dan Pengisian
Pencapaian Kerja Sebenar 2001 oleh staf.

( 23 – 31 Januari 2003)

c. Penilaian dan Pengisian Markah oleh Pegawai Penilai
Pertama.

( 04 – 14 Febuari 2003)

d. Pengedaran borang Laporan Penilaian Prestasi kepada
semua staf.

( 17 – 22 Febuari 2003)

e. Pengumpulan Laporan Penilaian oleh pegawai bertugas di
Pejabat/Jabatan/Unit.

( 24 – 25 Febuari 2003)

f. Urusan memasukkan markah ke dalam Sistem Komputer
oleh Pejabat Pendaftar.

( 26 – 28 Febuari 2003)

2. Sehubungan di atas, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab bagi
setiap staf di Universiti ini untuk mematuhi peraturan dengan mengisi dan
menandatangani borang Laporan Penilaian Prestasi tahun 2002 serta
mengemukakan borang berkenaan bersama-sama Ssaran Kerja Tahunan (SKT)
dan Laporan Pencapaian Kerja Sebenar tahun 2002 kepada Pegawai bertugas di
Fakulti/Bahagian/Pusat/Unit masing-masing seperti Lampiran I. Pegawai
bertugas akan menyerahkan borang berkenaan kepada Pegawai Penilai Pertama
dan Pegawai Penilai Kedua untuk dibuat penilaian dan pengisian markah.
Borang Laporan Penilaian Prestasi yang dilengkapkan hendaklah dikemukakan
kembali kepada Pegawai Bertugas untuk dikemukakan kepada Pejabat
Pendaftar untuk urusan memasukkan markah ke dalam komputer dan
mengadakan Mesyuarat Penal Pembangunan Sumber Manusia.

3. Seperkara yang berkaitan, sekiranya berlaku perubahan pada struktur
organisasi dan arahan pertukaran staf di dalam tempoh urusan pergerakan gaji
yang berkaitan ianya tidak akan menganggu urusan pergerakan gaji tahun 2003
seperti yang telah ditetapkan menerusi pekeliling ini.

4. Dengan adanya kerjasama dan komitmen semua pihak diharap urusan
pergerakan gaji tahun 2003 akan dapat diuruskan dengan teratur dan
sempurna.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN HAJI SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
6100

s.k - Y.Bhg. Rektor
- Y.Bhg.Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y.Bhg.Timbalan (Akademik)

- Semua Ketua Pejabat/Jabatan/Unit

SMY/rk/17.01.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01( 63 ) 27 Januari 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.10/2003

PERLANTIKAN SEBAGAI PROFESOR MADYA

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.
8/2003 yang bersidang pada 22 Januari, 2003 telah meluluskan perlantikan
Dr. Ahmad Zaidi B. Johari sebagai Profesor Madya. Perlantikan ini adalah
berkuatkuasa mulai 1 Disember, 2003.

2. Tahniah diatas perlantikan tersebut. Semoga dengan perlantikan ini akan
dapat menyumbangkan ide dan tenaga dengan lebih giat lagi bagi sama-sama
memajukan Universiti.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN. HAJI SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
℡ 4536100

s.k. - Rektor
-
- Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti/Sekolah
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/27.01.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01( 64 ) 27 Januari 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.11/2003

MENJALANKAN TUGAS TIMBALAN REKTOR (AKADEMIK)

Adalah dimaklumkan bahawa Y. Bhg Prof. Madya Ismail B. Hasan, Timbalan
Rektor (Hal Ehwal Pelajar) akan memangku tugas Y. Bhg Dato’ Prof. Dr. Mohd
Nor B. Husain, Timbalan Rektor (Akademik) yang kini berada di Mekah bagi
menunaikan Ibadat Haji mulai 20 Januari, 2003 hingga 2 Mac, 2003.

2. Sehubungan dengan itu, diharapkan semua staf dapat meneruskan
sokongan dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam semua urusan
dan tugas beliau di universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN. HAJI SHUIB B. MD YUSOP

Pendaftar
℡ 4536100

s.k. - Rektor
- Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti/Sekolah
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/27.01.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01( 65 ) 31 Januari 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.12/2003

KENAIKAN PANGKAT

Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil.
8/2003 yang bersidang pada 22 Januari, 2003 telah bersetuju dan meluluskan
kenaikan pangkat bagi staf berikut :

1. Dr. Jailani B. Md. Yunos
Telah dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya yang berkuatkuasa 1
Januari, 2003.

II. Tn. Haji Abu Bakar B. Hussain
Telah dinaikkan pangkat sebagai Bendahari, Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn yang berkuatkuasa 1 November, 2002.

2. Tahniah diucapkan. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan dapat
menyumbangkan ide dan tenaga dengan lebih giat lagi bagi memajukan
universiti. Diharap semua staf dapat meneruskan sokongan dan memberi
kerjasama yang sepenuhnya dalam semua urusan dan tugas mereka di
Universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN. HAJI SHUIB B. MD YUSOP
Pendaftar
℡ 4536100

s.k. - Rektor
- Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti/Sekolah
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
-
Majlis Perwakilan Pelajar

SMY/zs/31.01.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01( 66 ) 13 Februari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.13/2003

MAJLIS CERAMAH PENGHAYATAN KORBAN

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Islam akan mengadakan Majlis Ceramah
Penghayatan Korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1423 H
sebahaimana butiran berikut :

Tarikh : 14 Februari, 2003 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Masjid, KUiTTHO

2. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput hadir untuk

mendapat manfaat daripada ceramah tersebut selain dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim dan ukhwah dikalangan warga Kolej Universiti.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN. HAJI SHUIB B. MD YUSOP
Pendaftar
℡ 4536100

s.k. - Rektor
- Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti/Sekolah
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/rk/13.02.03/Pekeliling Pengurusan



KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01( 67 ) 18 Februari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.14/2003

PENYAMBUNGAN PERLANTIKAN

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Universiti telah bersetuju untuk
menyambung perlantikan berikut :

I. Prof. Madya Ir. Azizan B. Abd. Aziz
Sebagai Pengarah Pejabat Pembangunan & Pengurusan Harta
Bina.

II. Prof. Madya Tuan Hj. Abd. Wahid B. Md. Raji
Sebagai Pengetua Desasiswa.

2. Penyambungan perlantikan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Februari,
2003 hingga 31 Januari, 2005.

3. Tahniah diucapkan. Semoga dengan penyambungan perlantikan ini,
mereka akan terus dapat memberi sumbangan ide dan tenaga untuk kemajuan
Kolej Universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN. HAJI SHUIB B. MD YUSOP
Pendaftar
℡ 4536100

s.k. - Rektor
- Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti/Sekolah

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
Majlis Perwakilan Pelajar
-
-

SMY/zs/18.02.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01( 68 ) 18 Februari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.15/2003

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan akan mengadakan Majlis
Perhimpunan Bulanan sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 22 Februari, 2003 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Sehubungan dengan itu, semua staf dimestikan hadir bagi sama-sama
menjayakan majlis yang diadakan tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN. HAJI SHUIB B. MD YUSOP
Pendaftar
℡ 4536100

s.k. - Rektor
- Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti/Sekolah
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/18.02.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01( 69 ) 18 Februari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.16/2003

PERLANTIKAN BARU

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Kolej Universiti telah bersetuju untuk
melantik Encik Adnan B. Husain sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan
Pembuatan Dan Mekanikal, di Fakulti Teknologi Kejuruteraan. Perlantikan ini
adalah berkuatkuasa mulai 1 Mac, 2003 hingga 28 Februari, 2005.

2. Tahniah diucapkan dan diharap semua staf dapat memberikan sokongan
dan kerjasama yang sepenuhnya dalam semua urusan serta tugas beliau di
Kolej Universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN. HAJI SHUIB B. MD YUSOP
Pendaftar
℡ 4536100

s.k. - Rektor
- Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti/Sekolah
-
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/18.02.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 70 ) 26 Februari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 17/2003

PERTUKARAN NAMA PUSAT PENYELIDIKAN, PERUNDINGAN
DAN PENGAJIAN BERTERUSAN

Adalah dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Senat Bil. 8/2002/2003 yang
bersidang pada 5 Februari, 2003 telah memutuskan supaya menggunapakai
nama PPPB sebagai Pusat Penyelidikan, Perundingan dan Pendidikan
Berterusan.

2. Sehubungan dengan itu, segala surat menyurat yang berkaitan dengan
PPPB perlu menggunakan nama seperti yang telah diputuskan.

Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP

Pendaftar
« 4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
Majlis Perwakilan Pelajar

SMY/zs/26.02.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 (71) 26 Februari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 18/2003

MERUJUK KEPADA PEKELILING PERKHIDMATAN
BIL. 9 TAHUN 2002

KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN

1.0 TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada staf mengenai
kelulusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah
Universiti Bil. 8/2003 yang mana telah bersetuju untuk menerimapakai
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2002.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Kemudahan cuti isteri bersalin selama ini sebagai tiga (3) hari
sebagai cuti tanpa rekod telah diperuntukkan di bawah perenggan 58.2,
Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991.

2.2 Selaras dengan hasrat mengutamakan keluarga (family first),
kerajaan telah bersetuju tempoh cuti isteri bersalin dipanjangkan
daripada tiga (3) kepada tujuh (7) hari.

3.0 PELAKSANAAN

Kemudahan cuti isteri bersalin hendaklah dilaksanakan seperti berikut:

a. Kemudahan ini boleh diberi selama tujuh hari sebagai cuti
tanpa rekod, kepada staf lelaki untuk membantu urusan
ketika isterinya bersalin;

b. Cuti hendaklah bermula pada tarikh isteri bersalin atau
pada hari berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu
pejabat;

c. Tempoh cuti termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan
am;

d. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang
tempoh perkhidmatan;

e. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan;

f. Staf yang menggunakan kemudahan ini hendaklah
mengemukakan salinan perakuan bersalin isterinya kepada
Ketua Jabatan.

g. Pekeliling ini terpakai untuk staf yang berjawatan Tetap
sahaja.

4.0 TARIKH KUATKUASA

Tarikh berkuatkuasa pekeliling ini adalah mulai 1 Januari 2003.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP

Pendaftar
℡ 4536100

s.k - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/26.02.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 (72) 26 Februari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.19/2003

MERUJUK KEPADA PEKELILING PERKHIDMATAN
BIL. 10 TAHUN 2002

KEMUDAHAN CUTI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

1.0 TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada staf mengenai
kelulusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah
Universiti Bil. 8/2003 yang mana telah bersetuju untuk menerimapakai
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/2002.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Pada masa ini staf yang kematian ahli keluarga terdekat perlu
mengambil cuti rehat atau cuti-cuti lain yang layak bagi mengziarahi
jenazah dan membantu menguruskan berkaitan kematian ahli terdekat
berkenaan.

2.2 Selaras dengan hasrat kerajaan mengutamakan keluarga (family
first),kerajaan telah bersetuju memberikan cuti urusan kematian ahli
keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod.

3.0 PELAKSANAAN

Kemudahan cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat hendaklah
dilaksanakan seperti berikut :

a. Kemudahan ini boleh diberi selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa
rekod kepada staf untuk menziarahi jenazah dan membantu
urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga yang terdekat;

b. Ahli keluarga yang terdekat bermaksud suami atau isteri, anak-
anak serta ibu dan bapa kandung kepada anggota berkenaan;

c. Cuti hendaklah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat
atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal
dunia selepas waktu pejabat;

d. Tempoh cuti termasuk semua hari rehat dan pelepasan am;

e. Kemudahan ini tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan;

f. Staf yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan
salinan pengesahan kematian ahli keluarga terdekat kepada Ketua
Jabatan di fakulti/pejabat/pusat untuk tujuan rekod.

g. Pekeliling ini adalah dipanjangkan kepada staf yang jawatan Tetap /
Sementara dan Kontrak.

4.0 TARIKH KUATKUASA

Tarikh berkuatkuasa pekeliling ini adalah mulai 1 Januari 2003.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
℡ 4536100

s.k - Y. Bhg. Rektor

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/26.02.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 (73) 28 Februari, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.20/2003

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Pengurusan akan mengadakan satu Majlis
Perhimpunan Bulanan seperti butiran berikut :

Tarikh : 08 Mac, 2003 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

2. Perhimpunan yang akan diadakan ini juga akan dihadiri oleh Dr. Hairul
Azmi B. Mohamad Ketua Penerangan & Penyelidikan Kerajaan Negeri
Johor.

3. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dikehendaki hadir ke majlis
perhimpunan tersebut untuk memnberikan komitmen kepada setiap program
yang diadakan.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP

Pendaftar
℡ 4536100

s.k - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/28.02.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 74 ) 27 Mac, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 21/2003

PENGGUNAAN NAMA JAWATAN : PEGAWAI UTAMA,
PEGAWAI KANAN DAN PEGAWAI UNIVERSITI

Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. 4/2003
yang bersidang pada 12 Mac, 2003 telah meluluskan kertas kerja cadangan
penggunaan nama jawatan : Pegawai Utama, Pegawai Kanan dan Pegawai
Universiti ( Pengurus Bahagian).

2. Kertas kerja tersebut telah mengklasifikasikan Pegawai Utama, Pegawai
Kanan dan Pegawai Universiti seperti berikut :

a) Pegawai Utama

i) Canselor
ii) Ahli LPU

b) Pegawai Kanan

i) Rektor
ii) Timbalan Rektor
iii) Pendaftar
iv) Bendahari
v) Ketua Pustakawan
vi) Pengarah Pembangunan & Pengurusan Hartabina
vii) Semua Dekan/Pengarah yang dilantik di bawah Seksyen

20 ( 4 ) Perlembagaan KUiTTHO ( Dekan Pusat Pengajian
Siswazah, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Dekan Fakulti
Teknologi Kejuruteraan, Dekan Fakulti Pengurusan
Teknologi, Pengarah Penyelidikan, Perundingan &
Pendidikan Berterusan dan Pengarah Unit Perhubungan
Antarabangsa )

c) Pegawai Universiti – Semua Pengurus PTJ

3. Penggunaan kategori Pegawai Utama, Pegawai Kanan dan Pegawai
Universiti adalah untuk tujuan berikut :

a) Laman Web

Pegawai Utama [ 2 (a) ], Pegawai Kanan [ 2 (b) ], dan Ahli Senat

b) Jawatankuasa Pengurusan

Susunan senarai nama untuk Jawatankuasa Pengurusan adalah
seperti berikut :

• Rektor
• Timbalan Rektor (HEP)
• Timbalan Rektor (Akademik)
• Pendaftar
• Bendahari
• Ketua Pustakawan
• Pengarah Pembangunan & Pengurusan Hartabina *
• Dekan Pusat Pengajian Siswazah
• Dekan Fakulti Kejuruteraan
• Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan
• Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi
• Pengarah Penyelidikan, Perundingan & Pendidikan

Berterusan *
• Pengarah Perhubungan Antarabangsa *
• Ketua Pusat Pengajian Sains
• Ketua Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi
• Pengurus Bahagian Pengurusan Kualiti & Perancangan

Korporat *
• Pengurus Pusat Teknologi Maklumat
• Pengetua Desasiswa
• Ketua Pusat Pengajaran & Pembelajaran
• Ketua Pusat Ko-Kurikulum
• Ketua Pusat Kaunseling & Pembangunan Pelajar
• Ketua Penerbit *
• Ketua Pusat Islam
• Timbalan Pendaftar (Pejabat Canselori)
• Timbalan Pendaftar (Pejabat Pengurusan Akademik)
• Timbalan Pendaftar (Pejabat Hal Ehwal Pelajar)

c) Pengedaran Surat

Susunan senarai nama untuk pengedaran surat adalah seperti berikut
:

• Rektor
• Timbalan Rektor (HEP)
• Timbalan Rektor (Akademik)
• Pendaftar
• Bendahari

• Ketua Pustakawan
• Pengarah Pembangunan & Pengurusan Hartabina *
• Dekan Pusat Pengajian Siswazah
• Dekan Fakulti Kejuruteraan
• Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan

• Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi
• Pengarah Penyelidikan, Perundingan & Pendidikan

Berterusan *
• Pengarah Perhubungan Antarabangsa *
• Ketua Pusat Pengajian Sains
• Ketua Pusat Pengajian Kemanusiaan & Komunikasi
• Pengurus Bahagian Pengurusan Kualiti & Perancangan

Korporat *
• Pengurus Pusat Teknologi Maklumat
• Pengetua Desasiswa
• Ketua Pusat Pengajaran & Pembelajaran
• Ketua Pusat Ko-Kurikulum
• Ketua Pusat Kaunseling & Pembangunan Pelajar
• Ketua Penerbit *
• Ketua Pusat Islam
• Timbalan Pendaftar ( Pejabat Canselori )
• Timbalan Pendaftar ( Pejabat Pengurusan Akademik )
• Timbalan Pendaftar ( Pejabat Hal Ehwal Pelajar )
• Ketua Pusat Keserasian Elektromagnet ( EMC )
• Ketua Pusat Kajian Alam Sekitar, Pembinaan &

Pengangkutan ( CECTUS )
• Ketua Pusat Latihan Teknologi Tekstil Termaju ( ADTEC )
• Ketua Pusat Pemindahan Teknologi ( TTC )
• Ketua Unit Audit Dalaman

d) Cetakan Dokumen ie: Diari, Kalendar dan lain-lain

Seperti di 3 (b) termasuk Ketua Pusat-Pusat Kecemerlangan

• Pusat Keserasian Elektromagnet ( EMC ) (

• Pusat Kajian Alam Sekitar Pembinaan & Pengangkutan
CECTUS )

• Pusat Latihan Teknologi Tekstil Termaju ( ADTEC )

• Pusat Pemindahan Teknologi ( TTC )

Nota : - * tidak menggunakan perkataan pejabat/pusat/bahagian

- Gelaran kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Kualiti

& Perancangan Korporat dan Pengarah Pusat Teknologi

Maklumat ditukar kepada Pengurus

- Untuk Pusat-Pusat Kecemerlangan diterajui oleh Ketua

4. Sehubungan dengan itu, segala urusan surat menyurat hendaklah
mengikut garispanduan senarai pegawai yang telah ditetapkan.

Kerjasama dan perhatian semua pihak mengenai perkara ini amat diperlukan
untuk memastikan ia mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh pihak
universiti.

Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD YUSOP
Pendaftar

℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)

- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 75 ) 01 April, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 22/2003

PENYAMBUNGAN DAN PERLANTIKAN BARU
DI KOLEJ UNIVESITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

Adalah dimaklumkan bahawa, Univesiti telah bersetuju untuk membuat
penyambungan dan perlantikan baru sebagai ketua pusat/jabatan berikut;

Penyambungan

I. En. Mohd. Izam B. Ghazali
Sebagai Ketua Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran

II. En. Mahmad Amir B. Radzali
Sebagai Ketua Pusat Ko-Kurikulum

Perlantikan Baru

• Prof. Dr. Maziah Bt. Ismail

Dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Binaan Dan Harta Tanah di
Fakulti Pengurusan Teknologi

2. Penyambungan dan perlantikan ini adalah berkuatkuasa mulai
1 April, 2003 hingga 31 Mac, 2005.

3. Tahniah diucapkan diatas penyambungan dan perlantikan tersebut.
Semoga semua staf dapat memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya

dalam setiap tugas yang dijalankan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD YUSOP

Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)

- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/01.04.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 76 ) 3 April, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 23/2003

JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG 2002 & MAJLIS
PELANCARAN TOTAL CAMPUS MANAGEMENT SYSTEM (TCMS)

Adalah dimaklumkan bahawa, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
Onn akan mengadakan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan
Pelancaran Total Campus Management System (TCMC) pada 10 April
2003 mulai jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail,
KUiTTHO.

2. Semua staf Universiti ini adalah diwajibkan hadir. Bagi tujuan
Rekod Kehadiran, staf diminta untuk merakamkan kehadiran masing-
masing pada mesin perakam waktuyang disediakan di pintu masuk
Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

3. Semua dari semua Ketua Pusat adalah diminta untuk memantau
kehadiran staf masing-masing pada majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP

Pendaftar
07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit

SMY/nh/03.04.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 77 ) 21 April, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 24/2003

MAJLIS PELANCARAN TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT IRAQ
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan akan mengadakan Majlis
Pelancaran Tabung Kemanusiaan Rakyat Iraq sebagaimana butiran berikut:

Tarikh : 26 April, 2003 (Sabtu)
Masa : 8.50 pagi
Tempat : Dewan Besar Tunku Ibrahim

2. Sehubungan dengan itu, semua staf diwajibkan hadir ke majlis tersebut
dengan merakamkan kehadiran masing-masing pada mesin perakam waktu
yang disediakan di pintu masuk Dewan Tunku Ibrahim Ismail.

3. Sempena Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan ini, satu Larian Amal
akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh : 26 April, 2003 (Sabtu)

Masa : 7.30 pagi
: Padang Kawad, KUiTTHO
Tempat Pendaftaran : RM 2.00 seorang

Yuran Penyertaan

4. Semua staf digalakkan untuk menyertai Larian Amal tersebut sebagai
tanda keprihatinan dan sumbangan kita kepada rakyat Iraq.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit

SMY/zs/21.04.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 78 ) 25 April, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 25/2003

PERTUKARAN KETUA PUSAT ISLAM

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju
untuk membuat pertukaran perlantikan bagi Ketua Pusat Islam KUiTTHO.

2. Sehubungan dengan itu, Ustaz Abdullah B. Sulaiman akan dilantik
sebagai Ketua Pusat Islam yang baru berkuatkuasa mulai 1 Mei, 2003 hingga
30 April, 2005.

3. Tahniah diatas perlantikan tersebut. Diharap semua staf dapat
meneruskan sokongan dan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam semua
urusan dan tugas mereka di Universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit

SMY/zs/25.04.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 79 ) 25 April, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 26/2003

PERLANTIKAN SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH
DI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melantik;

I. Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Ab. Rahman B. Omar
Pengarah Urusan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd.

II. Y. Bhg. Dato’ Mohd. Nadzmi B. Mohd. Salleh
Pengerusi Eksekutif, Express Rail Link Sdn. Bhd.

sebagai ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti di Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn.

2. Perlantikan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 April, 2003 hingga 31
Mac 2006. Semoga dengan perlantikan ini akan dapat meningkatkan lagi mutu

pengurusan dan kemajuan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit

SMY/zs/25.04.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/ 10.12/ 01 (80) 12 Mei, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 27/2003

MERUJUK KEPADA PEKELILING PERKHIDMATAN
BIL. 4 TAHUN 2000

PINDAAN FORMULA GAJI HARIAN, IMBUHAN TETAP
KHIDMAT AWAM, BAYARAN LEBIH MASA DAN CUTI REHAT

BERGAJI PENUH BAGI ANGGOTA SAMBILAN

1.0 TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada staf mengenai
kelulusan yang dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah
Universiti Bil. 9/2003 bertarikh 15 April 2003 yang telah bersetuju

untuk menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2000.

2.0 LATARBELAKANG

Pelaksanaan Hari Rehat pada hari Sabtu pertama dan Sabtu ketiga
telah memberi kesan ke atas pengiraan hari bekerja bagi staf
sambilan. Bagi memberi kesaksamaan kepada staf sambilan maka
formula pengiraan Gaji Harian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
Bayaran Lebih Masa dan Cuti Rehat Bergaji Penuh bagi staf sambilan

akan dipinda.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pindaan formula pengiraan yang terlibat adalah seperti
berikut:

3.1.1 Gaji Harian

Gaji Permulaan Sebulan Mengikut Skim = Kadar Gaji
Perkhidmatan Pegawai Dilantik

Harian
25 Hari Bekerja

3.1.2 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)

Kadar ITKA Mengikut Kategori = Kadar ITKA Sehari
Perkhidmatan Pegawai Dilantik

25 hari Bekerja

3.1.3 Bayaran Lebih Masa

Gaji Harian x 25 Hari Bekerja x 12 Bulan = Kadar Bayaran
Sejam

313 Hari Bekerja x 8 Jam

3.1.4 Cuti Rehat Bergaji Penuh

Staf sambilan layak diberi satu hari Cuti Rehat bergaji penuh
bagi setiap kali genap 25 hari bekerja tetapi tidak melebihi 7
hari cuti rehat dalam satu tahun kalendar. Baki cuti rehat yang
tidak diambil, tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

3.2 Pengambilan Cuti Rehat Bergaji Penuh

Staf sambilan perlu mengisi borang cuti staf sambilan serta
sesalinan ‘punch card’ sebelum mendapat kelulusan jabatan.
Sesalinan borang cuti dan ‘punch card’ tersebut perlulah
dikemukakan ke Pejabat Pendaftar dan Pejabat Bendahari bagi
tujuan rekod dan pembayaran gaji.

4.0 TARIKH KUATKUASA

Tarikh kuatkuasa pekeliling ini adalah mulai tarikh pekeliling ini
dikeluarkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)

- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/ Pusat/ Unit
-

SMY/zs/12.05.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 82 ) 13 Mei, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 29/2003

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1424 H
PERINGKAT KUiTTHO

Adalah dimaklumkan bahawa Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn akan
menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1424 H seperti butiran berikut:

Tarikh : 24 Mei, 2003 (Sabtu)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Penceramah : Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi B. Abd.
Majid ( Pengarah Akademik Pengajian Islam
Universiti Malaya )

2. Sehubungan dengan itu, semua staf yang beragama Islam diminta hadir ke

majlis sambutan tersebut bagi sama-sama meraikannya dan mendapat manfaat
dari ceramah yang disampaikan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti

- Ketua-Ketua Pejabat/ Pusat/ Unit

SMY/zs/13.05.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 83 ) 16 Mei, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 30/2003

PEMANGKUAN KERJA TIMBALAN PENDAFTAR GRED N48

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Eksekutif Bil.5/2003 yang bersidang
pada 2 April, 2003 telah bersetuju dan meluluskan pemangkuan jawatan
Timbalan Pendaftar Gred N48 di Pejabat Pendaftar oleh En. Md. Ngadiran B.
Ismon.. Pemangkuan ini adalah berkuatkuasa mulai 01 Mei, 2003 sehingga
30 Disember, 2003.

2. Tahniah diucapkan. Semoga semua staf dapat memberikan kerjasama
dan sokongan sepenuhnya dalam setiap tugas yang dijalankan oleh beliau.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k - Y. Bhg. Rektor

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Ketua-Ketua Pejabat/ Pusat/ Unit

SMY/zs/16.05.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 84 ) 16 Mei, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 31/2003

MESYUARAT AGUNG KS KUiTTHO

Adalah dimaklumkan bahawa pihak KS KUiTTHO akan mengadakan satu
mesyuarat Agung sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Mei, 2003 (Sabtu)

Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar B1 dan B2, Blok B6

2. Sehubungan dengan itu, semua ahli KS KUiTTHO adalah dialu-alukan
untuk menghadiri mesyuarat yang diadakan tersebut. Kerjasama dan komitmen

daripada semua staf amat diharapkan untuk memantapkan lagi pergerakan dan
aktiviti yang dijalankan oleh KS KUiTTHO.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k - Y. Bhg. Rektor

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Ketua-Ketua Pejabat/ Pusat/ Unit

SMY/zs/16.05.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 85 ) 19 Mei, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.32 /2003

SUKATAN PEPERIKSAAN BAGI
TUJUAN PENGESAHAN DALAM JAWATAN

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Panel Peperiksaan
Perkhidmatan Staf KUiTTHO Bil. 1/2003 dalam mesyuarat pada 13 Mei
2003 telah memutuskan sukatan peperiksaan bagi tujuan pengesahan
dalam jawatan staf KUiTTHO. Sukatan ini berbeza mengikut kumpulan
perkhidmatan dan skim perkhidmatan masing-masing.

2. Sukatan Peperiksaan mengikut kumpulan perkhidmatan staf
KUiTTHO dan skim perkhidmatan adalah seperti dilampiran.

3. Staf akan menerima senaskah Buku Panduan Peperiksaan sebagai
bahan rujukan. Kaedah pengedaran buku yang berkaitan akan
diselaraskan oleh pejabat am fakulti/pusat/pejabat masing-masing.

4. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut berhubung dengan
peperiksaan perkhidmatan staf sila hubungi Unit Perkhidmatan, Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar selaku urusetia bagi
Peperiksaan Perkhidmatan Staf KUiTTHO.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP

Pendaftar
07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit

SMY/hh/16.05.2003/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 86 ) 19 Mei 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 33/2003

PENGECUALIAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN STAF
BAGI TUJUAN PENGESAHAN JAWATAN

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panel Peperiksaan
Perkhidmatan Staf KUiTTHO Bil. 1/2003 yang diadakan pada 13 Mei
2003 telah membuat keputusan mengiktiraf peperiksaan perkhidmatan
dari mana-mana agensi kerajaan bagi tujuan pengesahan jawatan. Staf
yang telah lulus dalam peperiksaan perkhidmatan di jabatan lama dan
menyambung perkhidmatan di KUiTTHO boleh dikecualikan dari
menduduki peperiksaan bagi kertas II dan III. Walaubagaimana pun
pengecualian tersebut mestilah mendapat kelulusan Panel Peperiksaan
Perkhidmatan staf. Staf berkenaan juga dikehendaki menduduki
peperiksaan perkhidmatan bagi kertas Pengetahuan Am Universiti.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP

Pendaftar
07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit

SMY/hh/16.05.2003/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO. PP/10.12/01 ( 87 ) 28 Mei 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.34 /2003

TAKLIMAT TABUNG KHAIRAT KEMATIAN STAF
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

Adalah dimaklumkan bahawa Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn akan
menubuhkan Tabung Khairat Kematian Staf KUiTTHO di bawah penyelarasan

Pusat Islam. Taklimat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 31 Mei, 2003 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dewan Kuliah 2

Penceramah : Ustaz Farhan B. Mohd. Salih

2. Sehubungan dengan itu, semua staf diwajibkan hadir ke sesi taklimat
tersebut untuk mendapat maklumat yang akan disampaikan berkaitan Tabung

Khairat Kematian Staf.

3. Kerjasama dan perhatian dari semua Pengurus Bahagian adalah dimohon
untuk memastikan semua staf di Fakulti/Pusat/Pejabat menghadiri sesi taklimat
yang diadakan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP

Pendaftar
07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit


Click to View FlipBook Version