The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zulkarnain Bin Tajuddin, 2020-04-12 00:24:08

PEKELILING UTHM TAHUN 2003

KOLEKSI PEKELILING UTHM 2003

Keywords: PEKELILING TAHUN 2003

7 A7 UJIAN TRENGKAS BAGI PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED N

kertas 1 - Bahasa Malaysia - 100 p.s.m*

kertas 2 - Bahasa Inggeris -*
i) 80 p.s.m
ii) 100 p.s.m

iii) 120 p.s.m

8 A8 PEPERIKSAAN KEDERASAN MENAIP (UNTUK HADIAH KENAIKAN) BAGI PEMBAN

RENDAH(JURUTAIP)*

9 A9 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17

kertas 1 - Ujian Menaip (Kederasan 18 p.s.m)*

kertas 2 - Pentadbiran Am Universiti dan Pengetahuan Am Perpustakaan

kertas 3 - Syarat Perkhidmatan dan Peraturan Kewangan

10 A10 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI PEMBANTU PENERBITAN GRED N17

kertas 1 - Pentadbiran Am Universiti
kertas 2 - Syarat Perkhidmatan dan Peraturan Kewangan
kertas 3 - Kertas Jabatan (Amali/Teori)

* Peperiksaan Anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

N22/N17

K1 07.10.2003 9.30
08.10.2003 9.30
22.08.2003 09.10.2003 9.30
09.10.2003 11.30
K2
04.11.2003 9.30
NTU TADBIR T1 22.09.2003

7 --

K1 - 13.11.2003 9.00-11.30 pagi
K2 14.11.2003 9.00-11.30 pagi

5.09.2003

K3 5.09.2003

K1 13.11.2003 9.00-11.30 pagi

5.09.2003 14.11.2003 9.00-11.30 pagi
17.11.2003
K2 5.09.2003 ditentukan oleh
K3 5.09.2003 fakulti/pusat pejabat

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 117 ) 1 Oktober, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 64/2003

PENAMBAHAN SYARAT PENGESAHAN
DALAM PERKHIDMATAN

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil 11/2003
yang bersidang pada 27 Ogos 2003 telah bersetuju supaya satu kriteria
ditambah dalam syarat pengesahan perkhidmatan selain daripada syarat-
syarat yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002.

2. Berikut adalah syarat-syarat pengesahan perkhidmatan yang diterima
pakai di KUiTTHO berkuatkuasa mulai 1 Julai 2003.

3.1 Memenuhi tempoh percubaan iaitu 1 hingga 3 tahun;

3.2 Hadir dengan jayanya kursus Induksi;

3.3 Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (bagi skim yang
mengsyaratkan peperiksaan perkhidmatan);

3.4 Diperakukan oleh Ketua Jabatan;

3.5 Perlu memperolehi 80 % markah dan ke atas dalam
penilaian prestasi tahunan terkini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
-
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/30.09.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 118 ) 06 Oktober, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 65/2003

LARANGAN MEROKOK DI DALAM
KAWASAN KUiTTHO

Adalah dimaklumkan bahawa, selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan
oleh Kerajaan dalam Peruntukan Undang-Undang PU(A) 166-167 Peraturan-

Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 1997 Akta Makanan 1983 yang
telah mewartakan semua Institusi Pengajian Tinggi adalah kawasan larangan
merokok.

2. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan

Pengurusan Universiti Bil 2/2003 yang bersidang pada 25 September 2003 telah

memutuskan bahawa seluruh Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

sama ada di dalam atau di luar bangunan adalah kawasan larangan

merokok berkuatkuasa dari tarikh pekeliling ini dikeluarkan.

3. Semua staf dan pelajar adalah diminta mengambil makluman mengenai
perkara ini. Mana-mana staf atau pelajar yang didapati tidak mematuhi
peraturan ini boleh disabitkan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan

tatatertib sewajarnya sekiranya didapati bersalah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

SULAM B. HAMID
Timbalan Pendaftar
b/p Pendaftar
℡ 07-4536126

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
-
Majlis Perwakilan Pelajar

SMY/zs/06.10.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 119 ) 06 Oktober, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 66/2003

MENJALANKAN TUGAS
TIMBALAN REKTOR ( HAL EHWAL PELAJAR)

Adalah dimaklumkan bahawa Y. Bhg. Prof. Madya Ismail bin Hasan, Timbalan
Rektor (Hal Ehwal Pelajar) sekarang ini bertugas di luar kampus iaitu di Jepun
mulai 6 Oktober – 11 Oktober, 2003. Sehubungan dengan itu, Prof. Madya Ir.
Azizan B. Abd. Aziz, Pengarah Pejabat Pembangunan Dan Pengurusan Hartabina
akan menjalankan tugas Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) di sepanjang
tempoh berkenaan.

2. Diharap semua staf dapat meneruskan sokongan dan memberi kerjasama
yang sepenuhnya dalam semua urusan dan tugas mereka di universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

SULAM B. HAMID
Timbalan Pendaftar
b/p Pendaftar

℡ 07-4536126

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/06.10.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 120 ) 06 Oktober, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 67/2003

PERLANTIKAN BARU DI KUiTTHO

Adalah dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Universiti telah membuat
perlantikan baru sebagaimana berikut ;

i. Prof. Dr. Hashim bin Saim
Dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan yang baru dan dengan ini
jawatan beliau sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah ditamatkan.

ii. Prof. Madya Dr. Mohd. Nor bin Mohd. Than
Dilantik sebangai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan) di
Fakulti Kejuruteraan.

2. Perlantikan ini adalah berkuatkuasa mulai 1 Oktober, 2003 sehingga
30 September, 2005 iaitu selama dua (2) tahun.

3. Tahniah diucapkan. Diharap semua staf dapat meneruskan sokongan
dan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam semua urusan dan tugas
mereka di Universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

SULAM B. HAMID
Timbalan Pendaftar
b/p Pendaftar
℡ 07-4536126

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
-
Majlis Perwakilan Pelajar

SMY/zs/06.10.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 121 ) 08 Oktober, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 68/2003

ACCESS CONTROL SYSTEM (ACS)

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Teknologi Maklumat dengan kerjasama
Pejabat Pendaftar sekarang ini dalam proses untuk membuat ujicuba kepada
Access Control System (ACS) yang dipasang di dua bangunan iaitu Bangunan
Akademik (A4) dan Pusat Teknologi Maklumat.

2. Sistem ini berfungsi untuk mengawal keselamatan bangunan dengan
mengesan pergerakan staf yang keluar masuk di kedua-dua bangunan tersebut.
Untuk melihat keberkesanan sistem, satu ujicuba akan dijalankan
berkuatkuasa mulai 10 Oktober, 2003. Sehubungan dengan itu semua staf
diminta merujuk kepada panduan yang dilampirkan untuk memahami prosedur
penggunaan sistem ACS.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

SULAM B. HAMID
Timbalan Pendaftar

b/p Pendaftar
℡ 07-4536126

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
Majlis Perwakilan Pelajar

SMY/zs/08.10.03/Pekeliling Pengurusan

PANDUAN PENGGUNAAN ACCESS CONTROL SYSTEM (ACS)

1.0 Latar Belakang

Access Control System (ACS) merupakan satu sistem keselamatan bangunan
yang digunakan bagi memberi kebenaran kepada setiap individu di dalam
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn untuk akses ke sesuatu
bangunan/kawasan yang dibenarkan sahaja. Selain dari itu, sistem ini juga
mampu mengesan pergerakan keluar dan masuk staf dari pejabat masing-
masing.

Sebanyak 15 buah pintu telah dipasang dengan sistem ini di Bangunan
Pentadbiran Akademik (A4). Pemasangan sistem ini hanya di pintu utama
setiap pejabat iaitu pintu masuk dan keluar sahaja .

2.0 Tujuan

Garis panduan ini dikeluarkan bagi tujuan memberi penerangan kepada
semua staf di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn tentang
penggunaan ACS. Garis panduan ini meliputi individu yang terlibat, masa
pengaktifan serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

3.0 Individu yang terlibat

Kawasan yang dibenarkan untuk setiap staf akses akan ditetapkan
mengikut jabatan staf tersebut. Setiap staf hanya dibenarkan untuk
memasuki kawasan pejabat sendiri sahaja selepas waktu pejabat. Setiap
staf hanya perlu menyentuhkan kad pekerja pada reader yang terdapat di
pintu masuk atau keluar untuk akses ke sesuatu kawasan/bangunan yang
telah dipasang ACS.

3.1 Staf Tetap / Kontrak

Setiap staf dikehendaki membawa kad pekerja masing-masing untuk
memasuki ke sesuatu bangunan/kawasan yang telah dipasang ACS.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap staf untuk menjaga kad pekerja
yang diberikan kerana ia merupakan bukti pergerakan staf ke sesuatu
kawasan.

3.2 Staf Sementara

Bagi staf sementara, satu kad lain akan diberikan kepada staf tersebut
untuk membolehkan mereka memasuki sesuatu bangunan/kawasan
yang dibenarkan. Kad tersebut boleh diperolehi di Pejabat Am fakulti
masing-masing. Walau bagaimanapun, kad tersebut perlu dipulangkan
semula apabila staf tersebut menyambung pengajian mereka atau
berhenti.
3.3 Staf Sambilan

Bagi staf sambilan pula, kad pekerja untuk akses ke sesuatu kawasan
tidak akan diberikan. Staf tersebut dibenarkan untuk akses ke sesuatu
kawasan yang dibenarkan dengan mengambil kad yang dikehendaki di

Unit Keselamatan. Kad tersebut perlu dipulangkan semula di Unit
Keselamatan setelah kerja-kerja selesai dan peminjaman serta
pemulangan kad tersebut akan direkodkan.

3.4 Staf Baru

Bagi staf yang baru mendaftar, kad sementara akan diberikan
sementara menunggu kad pekerja siap diproses. Kad sementara perlu
dipulangkan apabila staf tersebut menerima kad pekerja masing-
masing.

3.5 Pengawal Keselamatan

Sekeping master kad akan diberikan kepada Pengawal Keselamatan
bagi tujuan mengadakan rondaan dan dibenarkan memasuki semua
kawasan. Pengawal keselamatan yang bertaraf tetap / kontrak pula
akan dibenarkan untuk memasuki ke semua kawasan menggunakan
kad masing-masing.

4.0 Masa Pengaktifan

Masa pengaktifan bermaksud waktu di mana setiap individu perlu
menggunakan kad masing-masing untuk akses ke sesuatu
kawasan/bangunan yang telah dipasang ACS.

Masa pengaktifan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

4.1 Sliding Door dan pintu belakang (A4-007)

Hari Masa

Isnin – Jumaat 5.00 petang – 7.30 pagi esoknya

Sabtu ( minggu ke-2 dan ke-4 ) 1.00 t/hari – 7.30 pagi esoknya

Sabtu ( minggu pertama dan ke-3 ) 24 jam

Ahad /Cuti Umum 24 jam

4.2 Pintu masuk setiap pejabat

Hari Masa
4.45 petang – 8.00 pagi esoknya
Isnin – Jumaat
Sabtu ( minggu ke-2 dan ke-4 ) 1.00 t/hari – 8.00 pagi esoknya
Sabtu ( minggu pertama dan ke-3 ) 24 jam
Ahad /Cuti Umum 24 jam

4.3 Pintu keluar setiap pejabat (jika ada)

Hari Bekerja/Cuti Umum/Hari Cuti
(24 jam)

5.0 Langkah-langkah Keselamatan

Terdapat beberapa langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam
penggunaan ACS ini.

5.1 Kad Hilang atau rosak

Tindakan yang perlu diambil sekiranya kad hilang atau rosak adalah
tertakluk kepada prosedur yang telah digunapakai. Kad sementara
akan diberikan sementara menunggu kad pekerja baru siap diproses.

5.2 Terlupa membawa kad matrik

Jika staf terlupa membawa kad matrik, staf tersebut perlu menghubungi
Unit Keselamatan (sambungan: 6106 atau 6107) untuk akses ke
kawasan tersebut.

5.3 Pintu tidak berfungsi

Sekiranya pintu tidak dapat dibuka dari dalam, pengguna perlu
menghubungi Unit Keselamatan (sambungan: 6106 atau 6107) untuk
keluar dari bangunan/kawasan tersebut.

5.4 Kes Kecemasan/Kebakaran

Sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran dan pintu tidak
berfungsi, pengguna dibenarkan menggunakan break glass yang
terdapat di sebelah reader tersebut atau menghubungi Unit
Keselamatan (sambungan: 6106 atau 6107) untuk keluar dari kawasan
tersebut.

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 122 ) 15 Oktober, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 69/2003
MAJLIS PENGHAYATAN RAMADHAN

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Islam KUiTTHO akan menganjurkan Majlis
Penghayatan Ramadhan sempena menyambut kedatangan bulan yang penuh

Barakah itu sepertimana butiran berikut:

Tarikh : 22 Oktober, 2003 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail

* Aturcara adalah seperti di lampiran 1.

2. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah diwajibkan hadir ke majlis
tersebut untuk memberikan komitmen kepada setiap program yang diadakan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/15.10.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 123 ) 17 Oktober, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 70/2003

PERTANDINGAN TARI ZAPIN IPTA & MAKTAB PERGURUAN
PERINGKAT KEBANGSAAN

Adalah dimaklumkan bahawa Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

akan menganjurkan Pertandingan Tari Zapin antara IPTA & Maktab Perguruan
Peringkat Kebangsaan sepertimana butiran berikut:

Tarikh : 21 Oktober, 2003 (Selasa)
Masa : 8.00 malam

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, KUiTTHO

* Aturcara adalah seperti di lampiran 1.

2. Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput hadir ke majlis
tersebut untuk memberikan komitmen kepada program yang diadakan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/17.10.03/Pekeliling Pengurusan

Lampiran 1

PERTANDINGAN TARI ZAPIN IPTA & MAKTAB PERGURUAN
PERINGKAT KEBANGSAAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

08.00 malam - Ketibaan Para Peserta & Jemputan

08.15 malam - Ketibaan Rektor KUiTTHO

08.30 malam - Ketibaan Y. B. Hj. Ahmad Zahri bin Jamil
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan
Gunatenaga, Belia, Sukan dan Kebudayaan
Negeri Johor

- Acara Pembukaan

- Pertandingan Zapin Peringkat Akhir bermula

- Acara Selingan

- Majlis Penyampaian Hadiah

- Jamuan Ringan

- Bersurai

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 124 ) 20 Oktober, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 71/2003

PERLANTIKAN SEBAGAI
DEKAN PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kolej Universiti di bawah
perkara 20( 4 ) Perlembagaan Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, telah
bersetuju untuk melantik Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Ahmad Faizal b. Mohd. Zain
sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah berkuatkuasa mulai 16 Oktober,
2003 hingga 15 Julai 2004.

2. Tahniah diucapkan. Diharap semua staf dapat memberikan kerjasama
dan sokongan yang sepenuhnya dalam semua urusan dan tugas beliau di
Universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/20.10.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 125 ) 22 Oktober, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 72/2003

TAKLIMAT PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
BAGI KUMPULAN SOKONGAN

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar akan mengadakan satu
taklimat Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk staf kumpulan C dan D

sebagaimana butiran berikut :-

Tarikh : 29 Oktober, 2003 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : DK 1

2. Sehubungan dengan itu semua staf kumpulan C dan D adalah
diwajibkan hadir ke sesi taklimat tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/22.10.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 126 ) 30 Oktober, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 73/2003

TAKLIMAT ASKAR WATANIAH

Adalah dimaklumkan bahawa sesi taklimat askar Wataniah akan diadakan
sebagaimana butiran berikut:-

Tarikh : 4 November, 2003 (Selasa)
Masa :
Tempat : 9.15 pagi
Penceramah :
DK2

Mejar Abdul Jalil b. Hj. Jamil
(Dari Batalion 2, Rejimen 501 Askar Wataniah)

2) Sehubungan dengan itu semua staf dikehendaki hadir ke sesi taklimat
yang diadakan tersebut. Untuk makluman semua staf taklimat ini juga akan
dihadiri oleh Y.Bhg.Rektor KUiTTHO.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/30.10.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 127 ) 08 November, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 74/2003

MAJLIS “KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA”
PERINGKAT KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kolej Universiti dibawah kelolaan Pusat
Islam akan mengadakan satu Majlis Khatam Al-Quran Dan Berbuka Puasa

seperti butiran berikut :

Tarikh : 17 November, 2003 (Isnin)
Bersamaan 22 Ramadhan 1424 Hijrah
Masa : 5.00 petang
Tempat :
Masjid Jamek, KUiTTHO

* Aturcara majlis dilampiran.

2. Sehubungan dengan itu, semua staf dijemput hadir bagi mendapatkan

manfaat dan mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhwah di kalangan warga
KUiTTHO.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/08.11.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 128 ) 18 November, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 75/2003

PINDAAN HARI REHAT SABTU

TUJUAN

1. Pekeliling Pengurusan ini bertujuan untuk menerima pakai Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2003 berkaitan Pindaan Hari Rehat Sabtu yang
mana Kerajaan membuat keputusan dengan meminda Hari Rehat Sabtu Minggu
Pertama pada bulan Disember 2003.

PERLAKSANAAN

2. Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Rehat Sabtu Minggu
Pertama pada 6 Disember 2003 dipinda kepada tarikh yang lebih awal
iaitu pada 29 November 2003.

3. Hari Rehat Sabtu yang diawalkan tarikhnya ini tidak akan mengubah
Waktu Bekerja kerana masa yang telah digunakan untuk membawa ke hadapan
Hari Sabtu pada 29 November 2003 telah diganti semula dengan bekerja pada
Hari Sabtu Minggu Pertama 6 Disember 2003.

4. Sehubungan dengan itu, pihak Pengurusan Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn telah bersetuju untuk menerima pakai Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil.4/2003 - Pindaan Hari Rehat Sabtu.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP
Pendaftar

℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
Majlis Perwakilan Pelajar

SMY/zs18.11.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 129 ) 20 November, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 76/2003

MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA HARI
KEPUTERAAN TUNKU CANSELOR, KUiTTHO

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kolej Universiti dibawah kelolaan Pusat
Islam akan mengadakan satu Majlis Doa Selamat Sempena Hari Keputeraan

Tunku Canselor, KUiTTHO seperti butiran berikut :

Tarikh : 21 November, 2003 ( Jumaat )
Masa : 5.30 petang
Tempat : Masjid Jamek, KUiTTHO

* Aturcara majlis dilampiran.

2. Sehubungan dengan itu semua staf dijemput hadir bagi meraikan majlis
yang diadakan tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

HJ. SHUIB B. MD. YUSOP

Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/20.11.03/Pekeliling Pengurusan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ATURCARA MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA
HARI KEPUTERAAN TUNKU CANSELOR, KUiTTHO

5.00 ptg - Kehadiran para jemputan / Dif-dif VIP

5.45 ptg - Hadirin mengambil tempat

5.50 ptg - Bacaan Yasin

6.30 ptg - Tahlil ringkas

7.00 mlm - Azan Maghrib
Berbuka Puasa

7.15 mlm - Solat Maghrib berjemaah

7.30 mlm - Jamuan

8.08 mlm - Solat Isya’ berjemaah
Solat Sunat Tarawih berjemaah

9.45 mlm - Bersurai

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 130 ) 1 Disember, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 77/2003

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI HUSSEIN ONN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti akan mengadakan Majlis
Sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagaimana berikut:

Tarikh : 9 Disember, 2003 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Padang Kawad KUiTTHO

2. Semua staf dan pelajar Universiti adalah dijemput hadir serta
dikehendaki berpakaian kebangsaan bagi yang beragama Islam manakala yang
bukan beragama Islam dikehendaki berpakaian kemas bersesuaian dengan
majlis hari raya tersebut. Aturcara majlis adalah seperti dilampiran.

3. Majlis yang diadakan secara tahunan ini bertujuan untuk mengeratkan
silaturrahim dan ukhwah di kalangan semua warga Universiti.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN. HJ SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
-
Majlis Perwakilan Pelajar
-
-

SMY/zs/21.11.03/Pekeliling Pengurusan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ATURCARA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

11.00 pagi - Kehadiran para jemputan

11.40 pagi - Bacaan doa

11.45 pagi - Ucapan Y. Bhg. Rektor
Onn Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein

11.50 pagi - Ucapan Y. Bhg. Pengerusi Lembaga
Pengarah Universiti

12.00 tgh - Bacaan selawat & Nasyid

12.10 tgh - Jamuan Hari Raya dengan iringan
Kombo KUiTTHO

1.00 tgh - Bersurai

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 131 ) 1 Disember, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 78/2003
MENANGGUNG KERJA PENDAFTAR

Adalah dimaklumkan bahawa Pendaftar KUiTTHO, Tn. Hj. Shuib bin Md. Yusop
akan menghadiri Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mulai 3 hingga 31
Disember, 2003. Sehubungan itu, sepanjang ketiadaan beliau, En. Sulam bin
Hamid (Timbalan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
akan menanggung kerja beliau.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN. HJ SHUIB BIN MD YUSOP
Pendaftar

℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
Majlis Perwakilan Pelajar
-
-

SMY/zs/01.12.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 ( 132 ) 3 Disember, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 79/2003
MENANGGUNG KERJA BENDAHARI

Adalah dimaklumkan bahawa Bendahari KUiTTHO, Tn. Hj. Bakar bin Hussain
akan menghadiri Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mulai 1 hingga 14
Disember, 2003. Sehubungan itu, sepanjang ketiadaan beliau, En. Norza
Iskandar Helmi bin Abdullah ( Pegawai Kewangan Unit Perolehan) akan
menjalankan tugas beliau.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

EN. SULAM BIN HAMID

Timbalan Pendaftar
℡ 07-4536126

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)

- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
Majlis Perwakilan Pelajar
-
-

SMY/zs/03.12.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 (133) 08 Disember, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.80/2003

PINDAAN PROSEDUR PENGESAHAN

DALAM PERKHIDMATAN STAF
DI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

1.0 TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua staf
mengenai pindaan kepada Pekeliling Pengurusan Bil.44/2003
berkaitan dengan Prosedur Pengesahan Dalam Perkhidmatan Staf Di Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

2.0 PROSEDUR PERMOHONAN

Dengan ini perenggan 3.0 Prosedur Permohonan adalah dipinda dimana
staf yang telah memenuhi syarat-syarat pengesahan yang ditetapkan

tidak perlu membuat permohonan melalui Pengurus Bahagian masing-
masing. Ini kerana proses pengesahan staf akan diuruskan terus oleh
Pejabat Pendaftar. ( Rujuk Carta Alir Pengesahan Dalam Perkhidmatan
yang dilampirkan.)

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,

SULAM B. HAMID

Timbalan Pendaftar
℡ 07-4536126

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/06.12.03/Pekeliling Pengurusan

Lampiran

PROSEDUR PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Semak senarai staf yang belum
disahkan

Tentukan staf yang layak
untuk disahkan (Nota A)

Sediakan borang perakuan untuk
Pengurus Bahagian

Kemukakan borang perakuan &
laporan penilaian prestasi tahun
sebelum kepada Pengurus
Bahagian

Tidak Diperakukan Ya

Sediakan jadual perakuan
untuk Panel Mesyuarat

pengesahan jawatan

Tidak Mesyuarat J/kuasa
Pengesahan/Pemilih
Maklumkan kepada staf jawatan
melalui Pengurus
Bahagian Keputusan
Lulus
Selesai
Keluarkan surat kelulusan
pengesahan jawatan kepada
staf melalui Pengurus
Bahagian

Rekod dalam sistem
Maklumat Staf

Catatkan ke dalam Buku
Kenyataan Perkhidmatan

Simpan di dalam fail peribadi
staf

Nota A : Selesai

• Tempoh perkhidmatan
• Menghadiri Kursus Induksi
• Telah lulus peperiksaan
• Penilaian prestasi tahun semasa

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 (134) Disember, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.81/2003

SAMBUTAN HARI KELUARGA 2003
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

Adalah dimaklumkan bahawa Kolej Universiti akan mengadakan Sambutan Hari
Keluarga 2003 Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn seperti berikut :

Tarikh : 13 Disember, 2003 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Utama KUiTTHO
Pakaian : Sukan

Aturcara majlis dilampiran.

2. Sambutan ini merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan untuk
mengeratkan ukhwah diantara staf dan ahli keluarga staf. Sehubungan dengan
itu semua staf dikehendaki hadir memandangkan hari tersebut merupakan

hari bekerja.

3. Sempena Sambutan Hari Keluarga ini pihak KUiTTHO telah bersetuju
untuk memberikan setiap staf sehelai T-Shirt dan topi untuk dipakai pada hari

tersebut. T-shirt dan topi boleh diambil oleh staf di Fakulti/Pejabat/Pusat
masing-masing mulai hari Jumaat ( 12 Disember, 2003). Bagi Staf sambilan
yang telah membuat pembayaran boleh dapatkan T-Shirt mereka di Unit
Pengurusan Sistem Pejabat Pendaftar.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

SULAM B. HAMID

Timbalan Pendaftar
℡ 07-4536126

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/06.12.03/Pekeliling Pengurusan

Lampiran

ATURCARA MAJLIS HARI KELUARGA 2003
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

7.00 – 8.00 am : Ketibaan Staf KUiTTHO dan Keluarga / Pendaftaran
/Sarapan Pagi
8.00 – 8.45 am :
9.00 am : J – Robik Staf dan Keluarga

9.05 am : Ketibaan Y. Bhg. Rektor diiringi oleh Pengerusi Hari
9.15 am : Keluarga KUiTTHO

9.30 am : Bacaan Doa

10.30 am : Ucapan Perasmian oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Ismail B.
Bakar, Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein
1.00 – 2.30 ptg : Onn
2.30 – 4.00 ptg :
4.00 ptg : Ceramah Keluarga Bahagia oleh Sahibul Samahah
Dato’ As’ Syeikh Haji Nooh bin Gadut Mufti Negeri
Johor

Acara Sukan dan Permainan (Lihat Lampiran A) /
Cabutan Bertuah

Makan Tengahari / Solat Zohor

Acara Sukan dan Permainan / Cabutan Bertuah

Minum Petang & Bersurai

* Terdapat Banyak Cabutan Bertuah Yang Disediakan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 (135) Disember, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.82/2003

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2003

Adalah dimaklumkan bahawa, semua staf adalah diwajibkan mengisi borang
laporan penilaian prestasi untuk penilaian kepada prestasi kerja bagi tahun
2003.

2. Sehubungan dengan itu, untuk melicinkan perjalanan proses penilaian
prestasi bagi tahun 2003, pihak pengurusan telah membahagikan semua
Fakulti/Bahagian/Pusat/Pejabat kepada 2 Fasa iaitu Fasa I seperti dilampiran
1 dan Fasa II seperti dilampiran 2.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

TN. HJ. SHUIB MD. YUSOP

Pendaftar
℡ 07-4536100

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
-
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SMY/zs/29.12.03/Pekeliling Pengurusan

Lampiran 1
JADUAL PERANCANGAN BAGI PROSES PENILAIAN PRESTASI 2003
Fasa I

BIL FAKULTI/BAHAGIAN/PUSAT/PEJABAT

1. Canselori
2. Pejabat Pendaftar
3. Pejabat Bendahari
4. Perpustakaan
5. Pusat Pengajian Siswazah
6. Fakulti Pengurusan Teknologi
7. Pusat Penyelidikan, Perundingan & Pendidikan Berterusan
8. Pusat Pengajian Sains
9. Pusat Pengajian Kemanusiaan & Komunikasi
10. Bahagian Pengurusan Kualiti & Perancangan Korporat
11. Pejabat Desasiswa
12. Pusat Pengajaran & Pembelajaran
13. Pusat Ko-Kurikulum
14. Pusat Kaunseling & Pembangunan Pelajar
15. Pusat Islam
16. Pejabat Pengurusan Akademik
17. Pejabat Hal Ehwal Pelajar
18. Pusat Kesihatan Mahasiswa

Jadual I

27.12.2003 - Taklimat dan pengedaran borang

29.12.2003 – 30.12.2003 - Edaran borang di PTJ

31.12.2003 – 01.01.2004 - Pegawai Yang Dinilai isi borang penilaian
prestasi

02.01.2004 – 09.01.2004 - Pegawai Penilai Pertama membuat penilaian

10.01.2004 – 17.01.2004 - Pegawai Penilai Kedua membuat penilaian

19.01.2004 - PTJ kumpulkan borang daripada Pegawai
Penilai Kedua

20.01.2004 - Borang penilaian prestasi dihantar ke Pejabat
Pendaftar

21.01.2004 – 26.01.2004 - Masukkan markah ke dalam sistem

27.01.2004 - Hantar laporan ke PTJ untuk diperakukan

03.02.2004 - PTJ hantar perakuan laporan kepada Pejabat
Pendaftar

Lampiran 2

JADUAL PERANCANGAN BAGI PROSES PENILAIAN PRESTASI 2003

Fasa II

BIL FAKULTI/BAHAGIAN/PUSAT/PEJABAT
1. Pejabat Pembangunan & Pengurusan Hartabina
2. Fakulti Kejuruteraan
3. Fakulti Teknologi Kejuruteraan
4. Pusat Teknologi Maklumat

Jadual II

27.12.2003 - Taklimat dan pengedaran borang

29.12.2003 – 30.12.2003 - Edaran borang di PTJ

31.12.2003 – 01.01.2004 - Pegawai Yang Dinilai isi borang penilaian
prestasi
02.01.2004 – 12.01.2004 -
Pegawai Penilai Pertama membuat penilaian
13.01.2004 – 25.01.2004 -
Pegawai Penilai Kedua membuat penilaian
26.01.2004 -
PTJ kumpulkan borang daripada Pegawai
27.01.2004 - Penilai Kedua

28.01.2004 – 03.02.2004 - Borang penilaian prestasi dihantar ke Pejabat
Pendaftar
04.01.2004 -
Masukkan markah ke dalam sistem
11.02.2004 -
Hantar laporan ke PTJ untuk diperakukan

PTJ hantar perakuan laporan kepada Pejabat
Pendaftar

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 (136) 30 Disember, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.83/2003

PENUKARAN NAMA PEJABAT PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil.14/2003
yang telah bersidang pada 10hb. Disember 2003 telah membuat keputusan
bahawa nama organisasi Pejabat Perhubungan Antarabangsa ditukar kepada
Pusat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa. Akronim bagi nama baru
tersebut ialah PEKA.

2. Pertukaran nama ini adalah berkuatkuasa mulai 01hb. Januari 2004.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

SULAM B. HAMID
Timbalan Pendaftar
℡ 07-4536126

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
-
Majlis Perwakilan Pelajar

SMY/zs/30.12.03/Pekeliling Pengurusan

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

KUiTTHO.PP/10.12/01 (137) 30 Disember, 2003

PEKELILING PENGURUSAN BIL.84/2003

PENUBUHAN PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil.14/2003
yang telah bersidang pada 10hb. Disember 2003 telah bersetuju untuk
menubuhkan Pusat Sukan Dan Kebudayaan, KUiTTHO dan diletakkan di
bawah pentadbiran Timbalan Rektor (HEP).

2. Pusat Sukan Dan Kebudayaan, KUiTTHO ini akan diurus tadbir oleh staf
sedia ada yang akan dilantik. Pejabat Pusat Sukan dan Kebudayaan, KUiTTHO
akan ditempatkan di Bangunan Stadium yang akan siap tidak lama lagi.

2. Penubuhan pusat ini adalah berkuatkuasa mulai 01hb. Januari 2004.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

SULAM B HAMID
Timbalan Pendaftar

℡ 07-4536126

s.k. - Y. Bhg. Rektor
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Y. Bhg. Timbalan Rektor (Akademik)
-
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
Majlis Perwakilan Pelajar

SMY/zs/30.12.03/Pekeliling Pengurusan


Click to View FlipBook Version